Ohpolitik!™ Posted: 04 Aug 2014 03:34 AM PDT BEKAS Pemandu Karpal MERINGKUK DI PENJARA : Bukti DAP HANYA BERMINAT BANTU KES YANG MEMBERI KELEBIHAN POLITIK Posted: 03 Aug 2014 08:49 PM PDT BEKAS pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam seorang warganegara India yang telah berkhidmat dengan setia bertahun-tahun kini terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai lalu setelah dituduh kerana didakwa memandu secara cuai dan berbahaya.
Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 tahun yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor setelah dipilih pada 25 Mei lalu menggantikan kerusi tersebut yang kosong ekoran kematian bapanya pada 17 April lalu serta turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak itu berlaku memberi alasan beliau tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan beliau juga adalah saksi kejadian.
Sejak itu Selvam telah direman dan terpaksa meringkuk dalam penjara dengan tiada siapa yang sanggup tampil membantu.
Akibat gagal menyediakan wang jaminan, tempoh penahanannya dipanjangkan sehingga tarikh perbicaraan.
Adalah mengelirukan bila peguam dalam DAP pantas menawarkan khidmat guaman mereka dalam kes lain antaranya membabitkan pemandu wanita, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya baru-baru ini.
Ini menimbulkan persoalan sama ada peguam-peguam dalam DAP hanya berminat mewakili kes-kes yang dilihat memberi kelebihan politik kepada mereka berbanding mahu membela nasib individu yang benar-benar memerlukan serta sudah berkhidmat dengan setia kepada keluarga Karpal dan secara tidak langsung kepada parti DAP itu.
Bukankah DAP selalu bermegah mempunyai peguam yang hebat-hebat belaka, kononnya bersedia untuk membantu masyarakat mendapatkan keadilan. http://jawaber6.blogspot.com | |
bumiyang Posted: 04 Aug 2014 03:28 AM PDT |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 03 Aug 2014 11:15 PM PDT Peguam Negara Jadi Sasaran. Posted: 03 Aug 2014 10:19 PM PDT Apa dah jadi dengan Peguam Negara?
Mengikut laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail merupakan antara Peguam Negara yang lama berkhidmat. Bermula dari tahun 2002 sehingga 2014, sudah 12 tahun beliau memegang jawatan tersebut.
Sepatutnya tiada masalah untuk beliau menguruskan situasi seperti ini berdasarkan pengalaman beliau. Jika tidak mampu, mungkin sudah tiba masanya untuk digantikan dengan yang lebih aggresif.
*Apa pula pandangan pembaca? | |
Panglima Perang Cyber Posted: 03 Aug 2014 11:10 PM PDT MIC perlu bersuara penghinaan terbaru terhadap Islam oleh India di Facebook cc @NajibRazak @GPalanivel Posted: 03 Aug 2014 05:52 PM PDT
1. MIC sudah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mempertahan agama kaum India dengan bersuara isu Shahul Hameed yang dirakam tanpa kebenaran dan dibuat dalam masjid bukan tempat awam. Meskipun beliau 'public figure' namun tindakan tetap dikenakan terhadap beliau, sama kepada mana-mana pihak yang didapati perlu disiasat atau ditahan. Bukti Polis buta warna dalam menegakkan undang-undang.
2. Untuk mengelakkan konflik PAS dilihat berusaha menjadi orang tengah dengan membuat majlis kenyataan media dihadiri Mujahid Rawa. Kerana didapati beliau merupakan ahli PAS meskipun Shahul sendiri kelihatan seperti keliru sejak bila beliau menjadi ahli PAS. Mungkin untuk mengelakkan undi INDIA lari maka cepat-cepat diadakan sidang media.
3. Jika hendak dikira banyak video untuk orang Islam dirakam dalam masjid dan menyentuh tentang agama lain. Adakah apabila membicarakan tentang ketuhanan maka kita tidak boleh menyentuh agama lain? Boleh namun ia perlu ditonton dengan sikap ingin mencari kebenaran bukan keburukan. Begitu juga kandungan yang dirasakan tidak sesuai perlu diminta keizinan penceramah untuk elak fitnah. Gurauan kadangkala dianggap sebagai kenyataan menjadikan suasana antara kaum semakin mendidih suhunya.
4, Yang dilarang oleh Islam ialah menghina Tuhan agama lain. Seperti diterangkan dalam Al Quran. Yang dibenar ialah mengkritik dengan hujjah konsep ketuhanan tanpa menghina agama lain apatah lagi mengatakan semua agama adalah betul seperti kehendak penganut Pluralisme.
5. Facebook Youtube Blog adalah medium antarabangsa yang boleh diakses seluruh dunia maka masyakarat dunia perlu difahamkan situasi Islam di Malaysia. Maka semua pihak perlu bijak mengatur perkataan agar tidak disalah faham dan digunakan untuk tujuan tidak sesuai dengan keadaan.
6. MIC diharap turut menjalankan tanggungjawab untuk menghebohkan sikap tidak betul orang India yang menghina agama Islam selepas mereka berjaya mendedahkan perkara yang menimbulkan kemarahan kaum India ekoran kenyataan Shahul Hameed dalam kuliahnya.
7. Jika MIC berani dan berjaya sudah tentu masyarakat akan tabik kepada mereka kerana terbukti bahawa mereka tidak hanya berjuang kerana agama kaum mereka apabila dihina tetapi turut menyerang sesiapa yang menghina agama Islam yang menjadi agama Persekutuan di Malaysia....
Kenyataan menghina agama Islam di Facebook yang dimaksudkan :
| Peguam Negara - Jangan Tidur (Sinar Harian) @SinarOnline @ AGCPutrajaya Posted: 03 Aug 2014 04:52 PM PDT | Blogger Yahudi cadang pembunuhan beramai-ramai Gaza Posted: 03 Aug 2014 09:12 AM PDT | Doakan Keselamatan Pasukan Malaysia Siasat Nahas MH17 - DS @Zahid_Hamidi @KDNPutrajaya Posted: 03 Aug 2014 08:38 AM PDT | Kenyataan IGP @KBAB51 Kes Kelvin Yap dan @SKMM_MCMC di Utusan Malaysia @UMOnline Posted: 03 Aug 2014 08:29 AM PDT
Polis akan bertindak oleh AZRAI MOHAMMAD dan NAWWAR ABDUL RAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 2 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip kerana memaparkan kenyataan yang nyata menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menyiasat akaun Facebook terbabit bagi mengesan pemiliknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). "Kita tidak akan berdiam diri atas kesalahan undang-undang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Baru-baru ini, Kelvin menggunakan kata-kata lucah dan kesat meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan takbir Hari Raya Aidilfitri yang berkumandang melalui pembesar suara pada pukul 6.45 pagi. Kelvin seterusnya meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan yang telah dipadamkan daripada laman Facebooknya itu. Bagaimanapun tindakan biadab Kelvin itu mengundang kemarahan umat Islam di negara ini dan pelbagai yang turut mendesak PDRM mengambil tindakan tegas terhadapnya. Turut mendesak perkara itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap akaun Facebook menggunakan nama Kelvin Yip yang didakwa telah menghina umat Islam. Menurut Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. "Kita masih lagi sedang menyiasat akaun tersebut dan akan bekerjasama dengan pihak polis bagi mendapatkan pemilik akaun yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tersebut. "Kita juga sedang berusaha menyiasat identiti sebenar pemilik akaun tersebut kerana agak sukar mendapatkan individu yang bertanggungjawab melakukannya jika mereka menggunakan akaun palsu,"katanya ketika dihubungi di sini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140803/je_02/Polis-akan-bertindak#ixzz39LLhKAdh © Utusan Melayu (M) Bhd | Anak kembar 4 lahir ditengah konflik Palestin - @501Awani Posted: 03 Aug 2014 04:24 AM PDT | Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video) Posted: 03 Aug 2014 04:20 AM PDT | |
The Unspinners Posted: 03 Aug 2014 11:08 PM PDT Takkan sebab AG takut, Melayu marah dan tak undi BN??? Posted: 03 Aug 2014 07:56 PM PDT | Ustaz PAS Shahul tak salah, MIC yang patut didakwa!!!! Posted: 03 Aug 2014 03:00 AM PDT Tidak tahu apa yang dikatakan UStaz Shahul tentang ugama Hindu tetapi perspektif sesuatu ugama tentang ugama lain sedemikian. Suatu biasa untuk dengar orang Islam, Yahudi dan Kristian kata ugama Hindu menyembah berhala. Atau Islam dan Yahudi kata Kristian sembah patong dan menyelutukan tuhan jadi tiga. Biasa didengar ugama lain mengatakan Nabi Muhammad tentang amala poligami. Islam dituduh sebagai teroris. Tak hairan orang Hindu ngata pasal ugama lain juga. Apa yang dikatakan oleh suatu ugama tentang ugama lain kepada pengikutnya perkara biasa dan pastinya biasa diingatkan pengikut tentang kekurangan ugama lain. Yang salah adalah menhasut supaya membuat orang membenci. Penganut ugama hanya mendengar untuk diberi amaran supaya hindar ugama lain tapi tidak disuruh membenci. Nampaknya yang menghasut untuk jadikan kenyataan Ustazz PAS Shahrul adalah MIC. Mereka yang membesar-besarkan dan membuat orang India membenci orang Islam. Terus terang cakap, penghasut adalah MIC dan MIC patut di siasat dan dakwa. Huh! Sekarang mahu dengar MIC buat report sama semua ini???? Beranikah kata ... bila melibatkan kaum Hindu sendiri??? Baca TFK SINI | Baru rakyat tahu betapa teruk PR .... Posted: 03 Aug 2014 12:00 AM PDT | |
Belantan Posted: 03 Aug 2014 11:04 PM PDT Guan Eng sokong Wan Azizah MB Selangor? Posted: 03 Aug 2014 07:51 AM PDT Parti Pas terus dilihat bersendirian dalam mempertahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas DAP hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak mempunyai halangan untuk menyaksikan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid apatah lagi tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut seorang wanita tidak boleh memegang jawatan Menteri Besar. Malah, menurut beliau, pemimpin pembangkang juga akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini yang antara lain menyentuh mengenai persoalan sama ada seorang wanita boleh menjadi Menteri Besar atau sebaliknya. Tambahnya, isu itu wajar diatasi terlebih dahulu yang mana semua pemimpin pembangkang daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas perlu bersetuju seorang wanita boleh menyandang jawatan tersebut. "Kita perlu membuat pendirian itu untuk membuktikan pembangkang bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini. Sebelum ini, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan menyingkirkan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden PKR yang juga isterinya, Wan Azizah sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, hasrat Anwar itu ditentang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahan Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan tersebut memandangkan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Isu penggantian Menteri Besar Selangor itu meletakkan pembangkang dalam krisis terburuk selepas beberapa pemimpin Pas terutama di Selangor menyuarakan hasrat keluar daripada pembangkang kerana rasa tidak puas hati. Suara politik Belantan | |
PenangWasabi Posted: 03 Aug 2014 09:28 PM PDT Barang peribadi bantu cam mayat? Posted: 02 Aug 2014 10:33 PM PDT Sekumpulan penyiasat antarabangsa melihat dari dekat serpihan bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di timur Ukraine, baru-baru ini. Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17. Amidon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih. "Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu. "Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya. "Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya. Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang meliputi 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan. "Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17 ini, ia mengambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri. "Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya. Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata, mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17. "Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman. Amidon menarik perhatian, tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka. Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi. Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri. Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh.- BERNAMAPenang Wasabi.. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 03 Aug 2014 09:26 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 03 Aug 2014 09:11 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 03 Aug 2014 03:26 PM PDT Sukan Komanwel: Malaysia gagal capai sasaran Posted: 03 Aug 2014 04:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Beregu badminton lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem menambah pingat emas keenam untuk kontinjen negara selepas menewaskan pasangan Singapura, Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-12, 12-21-21-15 dalam final di Arena Emirates, Glasgow, sebentar tadi. Ini juga emas ketiga secara keseluruhan dalam badminton pada edisi kali ini selepas dimenangi berpasukan campuran dan beregu wanita, Woon Khe Wei-Vivian Hoo. Apa pun jumlah keseluruhan untuk kontinjen negara pada edisi kali ini kurang satu daripada apa disasarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia sebelum ini iaitu tujuh. | MCA Bidas Nazri Sokong Lim Guan Eng Membuta Tuli Posted: 03 Aug 2014 07:52 AM PDT Pemuda MCA hari ini mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana "bersetuju" dengan cadangan Pulau Pinang melarang warganegara asing memasak di pusat penjaja makanan. Setiausaha Agungnya Leong Kim Soon berkata beliau berasa Nazri berbuat demikian untuk meraih publisiti peribadi kerana masih banyak kontroversi berkaitan cadangan ketua menteri Lim Guan Eng itu "Adakah Nazri benar-benar memahami bahawa cadangan (Lim) Guan Eng akan memberi kesan terhadap Pulau Pinang sebagai syurga makanan?" tanya beliau dalam satu kenyatan hari ini. Leong menyatakan selalunya, pekerja asing hanya menyediakan dan menghidangkan makanan selepas semua bahan-bahannya dicampurkan "Tiada apa yang dikatakan sebagai 'sentuhan rahsia', apabila ia melibatkan penyedian bahan dan menghidangkannya," katanya. Semalam, Nazri menyokong cadangan Lim melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang bagi mengelakkannya "sesat" rasa. The Star sebelum ini melaporkan selebriti rancangan masakan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya. - Malaysiakini.com | Anwar tersepit, PR mahu Azmin jadi MB Posted: 03 Aug 2014 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Mesyuarat Biro Politik Khas PKR yang berlangsung pada malam Ahad di Ibu Pejabat PKR difahamkan menjadi pertemuan pemutus isu pengganti Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat 'berdegil' untuk melepaskan jawatan. Permintaan Abdul Khalid yang dikatakan hanya akan mengundur diri sekiranya digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini hanya menimbulkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) terutama penolakan daripada PAS. Menurut sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menolak pencalonan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kini terpaksa berfikir dua kali untuk menamakan 'anak didiknya' sebagai MB Selangor demi menjernihkan kemelut dalaman PR sendiri. "Anwar sebelum ini telah terpaksa menolak cadangan menamakan Azmin sebagai MB atas permintaan Khalid. Akan tetapi apabila keadaan celaru begini, Anwar memerlukan Azmin," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini. Sumber itu mengulas isu pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah yang dijangka berlaku bulan ini. PAS sebelum ini menyatakan pendirian mahu Abdul Khalid kekal menerajui Selangor selain DAP dilihat mengambil pendirian senyap dan memerhati sahaja. Bagaimanapun, isu ini menimbulkan pergolakan di dalam PR selepas beberapa pemimpin PAS dan DAP menyatakan pandangan masing-masing yang bersifat kontra dengan keputusan pertukaran jawatan MB itu. Ia juga dilihat semakin kronik selepas mesej kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar. Jelas sumber itu lagi, Azmin yang baru pulang daripada umrah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dikatakan bakal menjadi calon alternatif MB Selangor biarpun tanpa persetujuan Khalid. "Pemilihan Azmin ini dikatakan setelah mendapat 'lampu hijau' daripada DAP dan juga memenuhi kehendak PAS untuk calon MB selain daripada wanita. Azmin juga menerima sokongan majoriti Pengerusi - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR yang telah disampaikan kepada Anwar. "Antara negeri yang dikatakan memberikan sokongan penuh kepada Azmin sebagai calon MB adalah Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak," ujarnya. Kata sumber itu, dalam mesyuarat MPP yang lalu, keputusan memilih Wan Azizah dibuat tanpa proses undian setelah cadangan mencalonkannya dicadangkan Anwar. "Anwar sendiri tidak mahu menerima cadangan nama lain termasuk cadangan daripada MPN Selangor yang mencalonkan Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali," katanya. Ujar sumber itu, Azmin yang mendapat sokongan majoriti pimpinan MPP dalam mesyuarat tersebut tidak dibenarkan untuk bersuara dan menyatakan sokongan. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/anwar-tersepit-pr-mahu-azmin-jadi-mb-41181?cp | Lelaki disamun, rakan wanita diperkosa bergilir-gilir Posted: 03 Aug 2014 03:01 AM PDT | Gambar hiasan |
BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu. Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa. "Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa mendakwa dirogol tiga suspek berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa. Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin sini. Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. "Kami sedang menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Bernama | CCTV bilik air homestay di Ipoh rakam aksi mandi teman wanita Posted: 03 Aug 2014 02:01 AM PDT | Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka. Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi. "Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim. "Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu. Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim. "Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera". Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi. Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian. "Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay. "Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim. Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya. MStar | Bayi dinoda, dipukul separuh mati Posted: 03 Aug 2014 12:26 AM PDT Polis cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh menimbulkan huru-hara apabila seorang bayi berusia sebulan didakwa telah dirogol dan dipukul separuh mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain. Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru, lebam di seluruh tubuh dan semua tulang rusuknya patah. Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Namun, mereka dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook memaksa pihak polis penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend serta nama pasangan berkenaan didedahkan. Bayi malang tersebut kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London. | Foto raya Felixia Yeap naikkan nafsu peminat lelaki? Posted: 02 Aug 2014 11:01 PM PDT Terdapat sumber daripada peminat FB Felixia Yeap memberitahu admin bahawa akhir-akhir ini terdapat beberapa peminat Felixia bertengkar di FB hanya kerana sekeping gambar. Gambar tersebut merupakan gambar ucapan Selamat Hari Raya daripada Felixia kepada peminatnya. Tetapi ada di kalangan peminatnya menegur Felixia supaya tidak menunjuk-nunjuk sampai menaikkan nafsu lelaki, dan tercetus pertengkaran antara peminatnya. "Kalau ko tgk dg pandangan nafsu memanglah dol...kau kalau tgk pokok getah pakai skirt pun ko ghairah.." komen daripada seorang peminat Felixia Hanya kerana komen ini, maka bermulalah perang itu.. Peminat lain pun mengambil kesempatan dengan memberi pelbagai pendapat masing-masing.. Inilah gambar yang mencetuskan pergaduhan itu.. P/s : Hari raya untuk umat bermaaf-maafan.. Tunjuk teladan yang baik sikit kat saudara baru kita ni.. :) | Wanita hamil diperkosa mak nyah Posted: 02 Aug 2014 09:01 PM PDT SHANGHAI: Seorang lelaki yang berpakaian perempuan ditahan kerana disyaki merogol dua wanita termasuk yang hamil ketika kejadian di rumah mereka dalam serangan yang berlaku dengan jarak 11 tahun. Dalam kedua-dua kes, lelaki terbabit buruh binaan bernama Wang, 50-an, berpakaian seperti wanita sebelum mengikat mangsa dan memperkosa mereka. Ketika ditahan Mei lalu, polis menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam serta rambut palsu di rumah Wang. Wang yang mengakui gemar berpakaian seperti wanita berkata dia membeli pakaian berkenaan manakala ada yang dicuri dari ampaian. Malah dia memberitahu pasukan penyiasat dia lebih mudah mendapat mangsa kerana wanita mudah percaya kepada wanita lain. Wang ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita hamil April lalu di Daerah Songjiang namun ketika siasatan dijalankan dia berjaya dikaitkan dengan satu lagi kes serupa di Daerah Baoshan pada 2003. Dalam kejadian di Songjiang, Wang yang memakai rambut palsu hitam, topi dan kot wanita memasuki rumah mangsa selepas wanita itu membiarkan pintunya terbuka ketika mengambil segelas air. Wanita itu merayu tidak diapa-apakan kerana mengandung empat bulan, namun diikat, ditutup matanya sebelum dipukul dan dirogol. Wang turut merompak wang serta telefon bimbit mangsa sebelum ditahan di sebuah lokasi pembinaan di bandar Dongjing. Sementara itu, dalam kejadian pada 2003 pula Wang dipercayai mengekori seorang wanita ke rumahnya sambil memakai pakaian perempuan. Dia kemudian menyerang wanita terbabit dan mengambil wang serta beberapa gambar selepas merogolnya. – Agensi | Berbogel untuk 'seni' Posted: 02 Aug 2014 08:00 PM PDT Seramai 1500 orang tanpa seurat benang pun di tubuh telah berhimpun untuk sessi fotografi di Perancis. Semuanya untuk seni, kata mereka. Jurufoto yang diberi penghormatan untuk merakam pesta bogel ini ialah Spencer Tunick. Spencer Tunick berasal dari New York dan terkenal dengan koleksi gambar-gambar bogel yang beliau pamerkan atas dasar seni. Ini bukanlah kali pertama aktiviti bergambar bogel beramai-ramai ini dianjurkan untuk kerja-kerja seni Spencer Tunick. Beliau telah melakukan aktiviti yang sama di Barcelona, Chile, Melbourne dan Helsinki. Kali ini giliran Perancis pula di Lyon. Peserta-peserta bogel ini terdiri daripada segenap lapisan umur, remaja sehinggalah kepada warga tua. Semua foto gambar bogel ini akan dipamerkan oleh Spencer Tunick di sebuah Festival Kesenian pada bulan November tahun ini, menurut sumber Maklumat.my. | (Foto) Artis wanita tayang punggung ketat sempena hari raya? Posted: 02 Aug 2014 07:01 PM PDT Seorang artis sendu yang bergelar Datin yang tidak tahu malu telah menunjukkan punggungnya yang ketat berlemak di Hari Raya Aidilfitri ini. Artis yang kurang popular ini dikatakan baru bertapak dalam industri hiburan tempatan namun oleh kerana seorang VIP telah melamarnya, dia seakan lupa diri pula. Sekeping gambar beliau yang selamba menunjukkan punggungnya yang ketat berlemak telah tersebar. Apa agaknya motif wanita ini berbuat demikian? Bukan cantik pun melakukan posing mengarut itu. Siapakah beliau? | Rakam aksi seks jiran sendiri di hari raya Posted: 02 Aug 2014 06:00 PM PDT KOTA KINABALU: Ia bermula dengan mencuri rakam aksi seks pasangan suami isteri yang juga jiran berhampiran rumahnya menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit menunjukkan rakaman curi berkenaan kepada anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 17 tahun dan beberapa jiran sambil melemparkan beberapa komen sinis. Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu berakhir dengan tragedi apabila La Kampo, 47, maut akibat ditikam dengan pisau oleh lelaki dalam rakaman itu, kira-kira tujuh jam kemudian. Kejadian berlaku di perkampungan setinggan Kampung Bukit, Batu 2 1/2, Sandakan, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata suspek mendapat tahu aksinya di kamar tidur dirakam apabila terdengar suara mangsa berbual dengan anaknya di ruang tamu. Katanya, mangsa dikatakan menunjukkan rakaman di telefon bimbit itu kepada anak remaja suspek di rumahnya (suspek) sambil melemparkan kata-kata sinis dan didengar oleh suspek. "Melihat suspek keluar dari bilik, La bergegas meninggalkan rumah suspek dan menunjukkan pula rakaman sama kepada beberapa jiran. "Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan pergi ke rumah La dan memberi salam sambil meminta izin untuk masuk. "Suspek kemudian mengarahkan La duduk di kerusi manakala isterinya berada berhampiran. Secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (sm) lalu menikam perut serta lengan La sebanyak lima kali, mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian. "Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dengan membawa pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya. Mengesahkan kedua-duanya bukan warga tempatan, Rowell berkata, La mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat. Katanya, suspek kini ditahan reman, manakala kes disiasat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. - BH | Terkedu dengan jawapan Pas Kedah, Saifuddin kunci mulut Posted: 02 Aug 2014 05:22 PM PDT SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama termasuk namanya. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut. "Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya. "Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya. Terdahulu, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya berkata, kenyataan Saifuddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali. Menurutnya, situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara. Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya 'persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis'. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 03 Aug 2014 01:29 PM PDT Apa Kah Parti PAS Parti Pak Turut kepada DAP dan PKR? Posted: 02 Aug 2014 11:44 PM PDT APAKAH Parti PAS akan sekali lagi menjadi Parti Pak Turut pada DAP dan PKR? Langkah Kajang pada awalnya ditentang oleh PAS, namun akhirnya akur. Perlucutan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim, bukan calang-calang lagi pemimpin PAS yang menentangnya- Presiden dan Mursidul Am parti itu; apa kah akhirnya PAS akan akur?
Pada 10 Ogos PAS akan bermesyuarat untuk membincangkan isu itu? terlalu dini untuk mencongaknya, atas sebab PAS sebelum ini senantiasa mengubah keputusannya kalau membabitkan DAP dan PKR.
Kalaulah keputusan Mesyuarat PAS pada 10 Ogos bersetuju dengan pelucutan Khalid, memang syahlah, PAS adalah parti yang dianggap DAP dan PKR, kalau disuruh duduk, maka duduk, kalau disuruh berdiri maka berdiri, kalau disuruh berlari maka berlari, ertinya parti itu hanya parti pak turut; demi mencapai agenda DAP dan PAS.
Adalah malang bagi sebuah parti yang mengaku berlandaskan agama, sudah tentu parti yang berkiblatkan kepada kaum melayu; hanya menjadi pak turut kepada parti-parti yang berlandaskan kepada hawa nafsu.
Juga malang bagi parti yang terkanan dalam Pakatan, namun para pemimpinnya bagaikan tidak berkutik berdepan dengan Anwar dan Kit Siang; seolah-olah parti itu berkiblatkan pemimpin lain, bukannya pemimpinnya sendiri. | |
Duke of UMNO Posted: 03 Aug 2014 01:02 PM PDT SERANGAN TERBARU HACKERS MALAYSIA PADA ISRAEL..!!! #OpSaveGaza Posted: 02 Aug 2014 11:51 PM PDT
Saya yakin, ramai lagi bakat-bakat terpendam yang berada di Malaysia dan masih menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Mungkin tengah rangka plan... nak serang web Israel yang mana dulu...kan?
Terbaru, sebuah fan page pro-tentera rejim zionis tu dah kena hacked. Sempat lagi hackers tu dok nakal-nakal dalam fan page tu...heh!
Tu rasanya baru sikit saja... nak lagi ke?
Saya mohon pada pakar-pakar IT dan hackers-hackers untuk gunakan kelebihan yang ada untuk bantu "serang" puak-puak Yahudi laknatullah di sana. Mungkin kita tak boleh menang... tapi at least kita boleh bantu beri tekanan pada depa...kan?
Mungkin kita tidak terlatih untuk memegang senjata. Tapi cubalah buktikan status "keyboard warriors" yang ada kita untuk dimanfaatkan dengan cara berjihad begini. Berbaloi atau tidak, biarlah Allah yang tentukan... Wallahu'alam... | |
waadat Posted: 03 Aug 2014 01:02 PM PDT Perangi riak & riba bagi memenangi perang gaza Posted: 02 Aug 2014 06:52 PM PDT Boikot: memerangi riba menghindari riak Mengikuti perkembangan di Gaza sememangnya meruntun emosi yang berselang seli. Terkadang marah, geram, bangga, gembira, dan yang penting meningkatkan keinsafan tentang banyak perkara.
Ini ujian besar daripada Allah taala. Selain penduduk Islam di bumi berdarah itu, ia adalah ujian pada ummat Islam di seluruh dunia. Ia menguji jatidiri ummat Islam. Mencabar kita untuk menyingkir semua perkara lain dan bersatu hati dalam menghadapi musuh bersama. Adakah kita telah menyediakan diri kita untuk itu? Penyatuan ummat Islam tidak boleh sekadar ikut-ikutan meski ia perlu untuk permulaan. Kesedaran mesti timbul dari sudut hati. Insaf dengan kekerdilan diri dan dari situ bertekad untuk keluar daripada belengu kebergantungan pada makhluk, yang merugikan. Serentak dengan kebencian pada Yahudi muncul pelbagai kempen memboikot produk berkaitan Yahudi. Ia suatu usaha yang bagus dan sudah menampakkan impak positif. Ibarat gerakan burung ababil, ia adalah sumbangan yang cukup bermakna kerana adakalanya kita terpaksa melawan nafsu yang sekian lama terjerat dalam perangkap 'branding'. Kempen boikot jika diteruskan akan merombak pemikiran ummat Islam yang terjajah dengan 'kosmetik' dan mementingkan 'kulit'. Mengenepikan kulit bukan bermaksud kulit itu tidak perlu sebaliknya mengembalikan kita pada kualiti sebenar produk iaitu manafaatkan kegunaan sesuatu produk. Lebih dari itu ia adalah permulaan untuk menyingkir sifat riak. Sedar tidak sedar ekonomi dunia telah dikuasai Yahudi melalui sistem riba. Pelengkapnya ialah promosi berdasarkan kulit produk. Wanita dieksploitasi secara sedar dan sedia pula merelakan diri untuk diperguna. Kesemua ini menimbulkan kemurkaan Allah taala. Justeru kesungguhan kita untuk menolak unsur-unsur jahiliyah tersebut (riak & riba) adalah langkah awal untuk kita memenangi peperangan ini. | |
A Piece of My Mind Posted: 03 Aug 2014 11:30 AM PDT The end is near, Pakatan Rakyat Posted: 02 Aug 2014 08:48 PM PDT In the Barisan Alternative's manifesto in 1999, the Opposition pact included a call to end BN's Oppression, Corruption, Cronyism and Nepotism. In this manifesto, Barisan Alternative said "From the 1980s, the NEP has been an excuse to practise cronyism and nepotism in business and politics. Corruption, cronyism and nepotism under the BN government has served to cripple our economic competitiveness and mortgaged our future".
This was despite the fact that when Tun Dr Mahathir Mohamad was in office, none of his children held any positions in the government or in the party. Dr M was strongly against his family members from pursuing a career in politics when he was the Prime Minister and Finance Minister.
In the recent 13th GE, there was no mention or use of the word "nepotism" in Manifesto Rakyat. Why? Is nepotism endorsed and accepted as a political culture in Pakatan Rakyat?
Say what you like but look at UMNO again. The party did not accept the combination of Tun Abdullah Ahmad Badawi and Khairy Jamaluddin in Government at the same time. Pak Lah faced a series of attacks and resigned to make way for Datuk Seri Najib Razak to be Prime Minister. Najib did not appoint Khairy to any Government positions until the recent 13th General Election. Today, KJ has risen from the ashes with a firm grip as MP of Rembau and he is popular in urban areas with youths.
Clearly, UMNO has demonstrated maturity in politics with no room for patronage and nepotism.
Nepotism is intolerable.
When Greek MP Byron Polydoras used his brief tenure as Parliament Speaker to make his daughter a permanent employee in the Speaker's Office, there was uproar in Parliament and the public.
In France, when former President Nicolas Sarkozy's son Jean Sarkozy was in line for a job in a GLC that manages a major financial district in Paris, the Opposition and public were outraged and cried nepotism.
Last year in Germany, when Bavaria's State legislature released a list of 79 lawmakers who employed siblings, spouses or children as staff at public expense, criticism was loud and clear. In fact, Georg Winter from the ruling Christian Social Union had to step down from his post as chairman of the budget committee because he employed his wife and her salary was paid by the State Parliament.
Historian Patrick French's book India: A Portrait has some interesting data on Indian politics. In India, more than 65% of the MPs below 40 are hereditary MPs. He classified 27 MPs as hyper hereditary including 19 from the Congress Party. Patrick French concluded that if this trend continues, there is a possibility that India will return to where it started, with rule by a hereditary monarch and assorted Indian princelings. In the recent elections, Narendra Modi's BJP Party was voted into power to replace the Congress Party. After he was sworn in as Prime Minister, Modi was stern in his message to his BJP MPs – avoid nepotism.
Today, the Selangor MB tussle has exposed a series of criticisms on Pakatan Rakyat, the loudest of all is nepotism. In DAP, Lim Kit Siang and the late Karpal Singh's families are firmly in power. In PKR, Anwar Ibrahim and family holds the top 3 posts in the party.
UMNO has seen a change of leadership 6 times (3 times since Anwar Ibrahim entered politics), MCA is currently with its 10th President (5 Presidents since Anwar Ibrahim entered politics). And today, we are still talking about democracy and principles with Anwar Ibrahim and family?
The voters are not blind. Direct nepotism that involves immediate family members is a subtle form of corruption and it must not be taken lightly.
The end is near, Pakatan Rakyat. Nepotism is intolerable and if UMCEDEL's polls that support for Pakatan Rakyat Selangor is at 35% only, then Pakatan Rakyat's mandate in Selangor will not go beyond two terms. | |