Khamis, 2 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 02 May 2013 03:23 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:23 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Panas! Ku Li Kepala Derhaka Sultan Kelantan?

Posted: 02 May 2013 12:08 AM PDT

Klik pada gambar untuk tatapan yang lebih jeslas. Allahuakhbar! Selamatkan sultan kelantan dari sebarang musibah!

Lagi Politik Ugutan Dari Pihak Atasan Kepada Pegawai Kerajaan

Posted: 01 May 2013 10:16 PM PDT

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Apa sudah jadi. Seluruh jentera kerajaan dikerah untuk membantu umno bn. Kalau ada yang tidak ikut arahan, ugutan tukar tempat kerja atau diletak di mana-mana bahagian.

Di kelantan, ramai ketua bahagian yang jadi baru umno.

DIALOG RAKYAT

Posted: 02 May 2013 03:17 PM PDT

4,000 keluarga bakal dihalau angkara janji Najib

Posted: 02 May 2013 06:10 AM PDT

Roketkini.com

GEORGE TOWN, : Nampaknya begitu terdesak sekali Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menabur janji sehingga tidak sedar bahawa bagi melunaskan janjinya itu, 4,000 keluarga bakal hilang tempat tinggal.

Perdana Menteri sementara, Najib Razak telah mengejutkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengumumkan pembelian tanah di tiga kawasan kononnya bagi membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Setiausaha Agung DAP merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, tindakan itu adalah suatu penghinaan terhadap 4,000 keluarga yang bakal diusir bagi memberi jalan kepada janji Najib itu.

"Mengapakah BN dan Najib berperangai buruk sebegitu dengan tidak berunding dahulu dengan 4,000 keluarga tetapi hanya terus mahu meranapkan rumah mereka dengan satu pengumuman sahaja tanpa memaklumkan mereka?" ujar beliau.

Dalam satu majlis BN semalam, Najib mengumumkan bahawa melalui 1Malaysia Development Berhad, beliau telah menandatangani perjanjian beli tanah di Air Putih, Ayer Itam dan Paya Terubong bagi membina 2,222 rumah kos rendah dan sederhana serta 1,111 rumah mampu milik.

"Jelas sekali Najib sangat terdesak sehingga membuat janji kosong untuk membina 9,999 rumah mampu milik, satu janji yang tidak bernilai kerana ia dibuat betul-betul sebelum pilihan raya umum," tambah Guan Eng.

Kitaran semula janji BN terhadap warga negeri Pulau Pinang terus diulang dengan tanpa segan silu termasuk untuk membina rumah tiga bilik bagi menggantikan rumah pangsa satu bilik di Kampung Melayu Ayer Itam serta janji membina monorail di Pulau Pinang.

Menurut Guan Eng, kali terakhir janji itu diucapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop pada 2008 dan sehingga kini tidak pernah ditunaikan.

Beliau turut mencabar Najib untuk melaksanakan janji tersebut terutamanya projek monorail yang dijanjikan pada tahun 2006, yang gagal dilaksanakan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Najib Razak setelah mengambil alih kuasa.

"Jelaslah bahawa monorail atau tram hanya akan diwujudkan di Pulau Pinang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru pada 5 Mei ini," ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Maklumat AirAsia dan MAS bocor, Anwar dedah usaha bawa masuk warga asing

Posted: 02 May 2013 06:07 AM PDT

Roketkini.com

PETALING JAYA: Terdapat bukti bagi mendakwa bahawa ada pihak tertentu dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri sedang cuba membawa masuk pengundi yang diragui dalam jumlah yang besar.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kemasukan pengundi dari pelbagai lokasi dalam jangka masa beberapa hari sahaja menjelang pilihan raya umum amat mencurigakan.

"Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini," kata Ketua Umum PKR itu.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh pihaknya menunjukkan terdapat 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.

"Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo… jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan ketika musim mengerjakan haji," ujarnya.

Menurut beliau, berdasarkan kiraan pihaknya menjelang hari mengundi sekurang-kurangnya 40,500 orang diterbang masuk sambil menambah bahawa maklumat yang diterima turut menunjukkan bahawa penumpang terbabit adalah warga asing.

Maklumat yang diterima daripada pekerja syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut termasuk salinan komunikasi email di antara MAS dengan pejabat Perdana Menteri berkenaan penerbangan berkenaan.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat kebanjiran masuk pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan laluan masuk pengangkutan laut. – Roketkini.com

Pilih PAS, PKR, DAP untuk tamat fitnah, pembohongan UMNO/BN

Posted: 02 May 2013 06:04 AM PDT

Roketkini.com

GELANG PATAH: Hanya dengan memilih Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pada 5 Mei ini (Ahad), rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru sekaligus menamatkan fitnah 13 Mei 1969 dan pembohongan UMNO-Barisan Nasional (BN) selama ini.

Calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata golongan yang menuduh beliau menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa diambil sebarang tindakan tegas oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon BN Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, golongan berkenaan memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

"Mereka menyangka rakyat masih hidup pada tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum. Oleh itu, saya dengan rendah diri, memohon agar semua pengundi Malaysia menjatuhkan hukuman berat kepada penyebar fitnah bersama dengan pemimpin yang merestui perbuatan keji mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

"Caranya mudah saja, semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi calon Pakatan Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, dengan mandat baru pengundi, beliau mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat nanti menubuhkan Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat punca dan mereka yang menjadi dalam berlakunya tragedi 13 Mei 1969 itu.

Menurutnya, ini penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang menjadi dalang dan punca berlakunya rusuhan perkauman 13 Mei itu.

Lagi pun, katanya, kerajaan UMNO-BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu, malah pimpinan UMNO-BN terus membenarkan penyokong mereka menabur fitnah itu.

Beliau berkata, PRU kali ini bukan sekadar persaingan di antara Pakatan Rakyat dan BN, juga perjuangan di antara semua rakyat menentang BN yang semakin teruk korupsi dan tidak boleh lagi dipulihkan keangkuhan kuasa mereka.

"Dengan itu, saya meminta semua pengundi membuat pilihan yang bijak, terbaik dan amat penting untuk diri, keluarga dan masyarakat serta masa depan anak kita pada Ahad ini untuk membuka satu lembaran baru untuk Malaysia," katanya.

Ubah! Ini kali lah! – Roketkini.com

MB yakin BN menang lebih besar di NS

Posted: 02 May 2013 05:49 AM PDT

Mohamad Hasan percaya Barisan Nasional akan merampas kerusi yang kalah pada pilihan raya umum tahun 2008.

SEREMBAN: `Jeneral' Barisan Nasional Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin kerajaannya mampu mempertahankan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Negeri Sembilan disebut-sebut oleh kepimpinan Pakatan Rakyat, bakal jatuh ke tangan gabungan pembangkang itu.

Mohamad  kali pertama bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada tahun 2004 dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengetuai cabaran BN pada PRU-12 (2008) dan akibat Tsunami politik yang tidak dijangka, BN kehilangan tiga kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN.

Ini merupakan rekod terburuk BN dalam mana-mana PRU yang diadakan sebelum ini di Negeri Sembilan.

Walaubagaimanapun Mohamad tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana fenemona ini bukan berlaku di Negeri Sembilan sahaja, malah lebih teruk di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, apabila empat negeri BN ini tumbang pada Mac 2008.

Justeru itu kali ini Mohamad berazam menebus rekod yang tercalar dengan memastikan kemenangan dua pertiga BN pada PRU-13 ini.

FMT sempat mengadakan wawancara ringkas dengan Mohamad dan menyatakan keyakinan beliau mampu mempertahankan Negeri Sembilan dengan kemenangan yang lebih besar berbanding tahun 2008 (PRU-12)

Sudah lama bersedia

FMT: Adakah Datuk merasakan BN mampu mempertahankan Negeri Sembilan pada PRU-13 ini?

Mohamad: Bukan sahaja mampu mempertahankan malah saya yakin kali ini BN mampu mencapai kemenangan dua pertiga pada Ahad  ini. Keyakinan saya berdasarkan kita (BN Negeri Sembilan) sudah lama bersedia untuk PRU-13 ini iaitu sejak awal 2012 lagi. Malah kita membuat persiapaan dengan jangkaan PRU berlaku tahun lepas.

Sebenarnya pada tahun 2008, kita tidak ada isu berkaitan rakyat di Negeri Sembilan (isu tempatan), yang ada isu nasional sahaja.  Selain itu ada sedikit masalah dalaman di satu dua kerusi.

Kali ini kita tidak ada sebarang masalah. Mereka yang pernah sabotaj parti pun sudah sedar yang rugi adalah mereka sendiri dan parti. Ramai yang mengaku secara terbuka bahawa mereka telah melakukan kesilapan dengan menyokong pembangkang. Oleh itu kali ini semua kepimpinan dan ahli bersepakat untuk menangkan BN.

Kerusi DUN manakah BN akan menang balik (dari Pakatan Rakyat) kali ini untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri?

Saya yakin kita berpotensi untuk menang di kerusi-kerusi DUN yang kita kalah tipis di Ampangan, Sikamat, Paroi, Nilai, Repah, Chuah, Rahang dan Senawang.

Kerusi-kerusi DUN ini dimenangi oleh pembangkang pada tahun 2008 hanya dengan majoriti kurang lima peratus.

Saya juga yakin kita akan mengekalkan 21 kerusi DUN yang kita menang pada tahun 2008. Iaitu Rantau, Kota, Chembong, Gemencheh, Gemas, Palong, Jeram Padang, Serting, Sungai Lui, Pertang, Klawang, Chennah, Sri Menanti, Pilah, Juasseh, Senaling, Johol, Labu, Lenggeng, Linggi dan Bagan Pinang.

Untuk mendapatkan majoriti dua pertiga kita perlu menang sekurang-kurangnya 24 kerusi DUN. Maka dengan mempertahankan 21 kerusi yang kita sandang, kita hanya perlu menambah tiga kerusi DUN sahaja lagi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.

Tetapi kita tetapkan sasaran kita lebih tinggi dan seandainya kita menang di lapan kerusi DUN yang saya nyatakan tadi, maka kemenangan BN di Negeri Sembilan nanti akan menjadi lebih daripada dua pertiga.

Bagaimana pula peluang BN di kerusi parlimen?

Saya percaya kali ini BN akan menang di kerusi parlimen Telok Kemang dan Seremban kerana mood pengundi di situ mahukan perubahan. Kita sudah selesaikan masalah dalaman yang berlaku pada tahun 2008.

Selepas 12 hari berkempen, bagaimana mood pengundi terhadap BN?

Mood pengundi semakin baik terhadap kita. Kita boleh tengok respon dari rakyat, mereka terima baik pengumuman dan polisi-polisi baik yang dilaksanakan oleh kerajaan terutama sekali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 'The feel good factor is there'.

Bagaimana sokongan pengundi India pula terhadap BN?

Saya sangat gembira melihat sokongan kaum India kembali semula kepada BN. Ia sangat-sangat baik baik berbanding tahun 2008. Saya boleh katakan sokongan pengundi India kepada BN sudah melonjak sehingga 65 peratus.

Mahasiswa dakwa ada lagi pengundi hantu

Posted: 02 May 2013 05:47 AM PDT

KAMI mengesan jadual penerbangan sebuah pesawat Air Asia AK9798 membawa 180 penumpang secara percuma daripada Johor dan tiba ke Kota Kinabalu.

SHAH ALAM: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa akan ada lagi pergerakan kemasukan pengundi meragukan menaiki kapal terbang esok dan Sabtu, iaitu sehari sebelum mengundi.

Presiden KAMI Khalid Ismath mendakwa, pihaknya mengesan jadual penerbangan sebuah pesawat Air Asia AK9798 membawa 180 penumpang secara percuma dari Johor dan tiba ke Kota Kinabalu.

Khalid berkata, berdasarkan bukti dokumen yang diperolehnya wujud beberapa keraguan apabila senarai penumpang tersebut tidak menunjukkan sebarang data peribadi penumpang seperti biasa.

"Pesawat akan bertolak daripada 920 pagi dan tiba pada pukul 11.20 pagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat dalaman kakitangan syarikat penerbangan dalam sehari sekurang-kurangnya tiga penerbangan membawa penumpang meragukan, majoritinya warga asing termasuk Bangladesh dan Nepal.

Diawasi pihak berkuasa

Penumpang terbabit, sejurus tiba di lapangan terbang diawasi sepenuhnya oleh pihak berkuasa dan dibawa menaiki bas menuju ke destinasi tertentu.

"Kejadian sama dikesan berlaku sejak bulan Disember tahun lalu," katanya.

Katanya, walaupun tidak boleh menyimpulkan penumpang terbabit adalah pengundi hantu, namun pihaknya tetap mempersoalkan cara warga asing terbabit dibawa keluar-masuk Semenanjung dan Sabah serta Sarawak itu boleh mencetuskan kebimbangan.

  

Tambah meragukan, pergerakan itu dilakukan pada saat-saat menjelangnya hari mengundi Ahad ini.

"Kami akan turun memantau penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbangan Subang esok pagi kerana maklumat mengatakan akan ada lagi jadual penerbangan membawa penumpang meragukan," katannya.

Kemasukan warga asing

Beliau mendakwa, pihaknya terlebih dahulu menyedari kemasukan warga asing ini dan membawa isu ini kepada perhatian pemimpin Pakatan Rakyat sejak awal tahun ini.

Namun, kecewa kerana isu ini tidak mendapat respon memberangsangkan daripada pemimpin parti.

"Malam tadi baru pegawai PKR hubungi kami nak dapatkan maklumat tentang isu ini," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR siang tadi mendakwa wujud konspirasi membawa masuk pengundi meragukan dari Sabah dan Sarawak.

Anwar berkata, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu termasuk menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules, didalangi Jabatan Perdana Menteri.

Ambiga ragui dakwat kekal selepas kegagalan semasa pengundian awal

Posted: 02 May 2013 05:29 AM PDT

TERKINI

 Ambiga (tengah) berkata SPR harus dedahkan semua garis paunduan mereka kepada kakitangan. - Gambar failPETALING JAYA— Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendedahkan kepada umum garis panduan kakitangan mereka  berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke 13.

Beliau mengatakan alasan SPR semalam berkenaan kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi disebabkan oleh kakitangan mereka tidak menggoncangkan botol dakwat tersebut.

"Adalah penting SPR dedahkan semua garis paunduan mereka kepada kakitangan," kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini.

"Adakah ianya dakwat kekal atau tidak? Tidak sepatutnya ada masalah sama ada botolnya digoncangkan atau tidak."

SPR hari ini membuktikan kepada wakil-wakil media dalam satu demonstrasi khas di sini bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.

Demonstrasi khas itu dibuat untuk wakil-wakil organisasi media tempatan bagi menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya dakwat kekal yang digunakan untuk pilihan raya umum ke-13 boleh dihilangkan dengan mengelap atau membasuhnya dengan air.

Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR membuat demonstrasi itu melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan-rakan sejawatan mereka.

Dalam demonstrasi itu, ternyata percubaan petugas media berkenaan untuk memadamkan kesan dakwat yang dicalit pada ruas pertama jari telunjuknya termasuk bahagian kuku tidak berhasil meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.

Dakwat yang digunakan dalam demonstrasi tersebut adalah sama dengan yang digunakan oleh SPR bagi pengundian awal, katanya kepada sidang media di Pusat Media SPR di sini.

SPR semalam menjelaskan bahawa kejadian dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi awal berjaya ditanggalkan kerana petugas SPR terbabit tidak menggoncang botol dakwat sebelum menggunakannya.

Kamaruddin, pada majlis itu, turut mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi pada hari mengundi Ahad ini.

MCA menentang Perkasa, tapi terima 'taubat' Zul Noordin, kata Soi Lek

Posted: 02 May 2013 05:26 AM PDT

 Oleh Zurairi AR


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata MCA menerima naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon Barisan Nasional (BN), walaupun sekeras-kerasnya menolak kumpulan berhaluan kanan Melayu tersebut.

Maklum balas oleh presiden MCA tersebut susulan iklan hitam putih yang diletak oleh DAP dalam akhbar harian Cina, Sin Chew Daily dan China Press yang mengatakan undi kepada MCA adalah undi untuk Umno dan Perkasa.

"MCA menentang Perkasa ... Dalam kes Shah Alam dia mengamalkan politk pelampau semasa dia dalam PAS. Lepas dia masuk BN dia sudah insaf dan bertaubat," kata Dr Chua (gambar) kepada wartawan merujuk kepada Zulkifli yang bertanding di kerusi majoriti Melayu, Shah Alam sebagai calon dipilih secara terus oleh BN.

"Orang yang minta maaf secara terbuka kita terima dengan ikhlas, semua ugama buat demikian."

Dr Chua juga menghentam DAP kerana mengelirukan pengundi dengan mengatakan satu undi kepada MCA sama dengan satu undi kepada Perkasa, memandangkan kedua-dua organisasi tidak mempunyai kaitan.

Dalam pada itu, Dr Chua berkata ia berbeza dengan mengatakan satu undi kepada DAP adalah satu undi untuk PAS kerana kedua-dua mereka adalah rakan dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Risalah 'Cina kuasai Malaysia' diedarkan di program BN

Posted: 02 May 2013 05:06 AM PDT

SHAH ALAM ― Risalah bertajuk "Malaysia Negara Rakyat Cina" adalah diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.

"Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini.

Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu," tulis risalah tersebut.

"Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia."

Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina.

Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.

Risalah itu diakhiri dengan amaran, "Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita."

DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.

Sementara MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan pelaksanaan hukum Islam hudud oleh PAS.

Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut menyentuh tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan sebagai seorang pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya membenci Melayu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman," kata bekas perdana menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan "betul".

Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan iklan kempen pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas "Allah" telah merebak di internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk menawan Putrajaya.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik dari agensi berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan BN menerbit, mencetak serta memasang banner kempen yang melampau dan tidak bertanggungjawab.

Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada PR untuk mentadibir negara.

KEADILAN optimis menang semua kerusi di Pahang

Posted: 02 May 2013 05:00 AM PDT

Oleh Aliff Fikri

PAHANG : KEADILAN Pahang optimis untuk menang keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, sekaligus membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya selepas 5 Mei.

pahang-flag

Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, penerimaan baik setakat ini terhadap kesemua calon KEADILAN Pahang merupakan petunjuk perubahan bakal tercetus di negeri itu.

KEADILAN bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN di Pahang. PRU 12, KEADILAN berjaya memenangi dua kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat pula berjaya memenangi empat kerusi.

Katanya, kerusi-kerusi di kawasan luar bandar turut menampakkan perkembangan positif apabila penduduk menyatakan sokongan terhadap KEADILAN.

"Di kawasan-kawasan seperti Kuala Lipis dan Jerantut, sokongan dari rakyat juga begitu hebat," katanya yang juga calon KEADILAN di Parlimen Indera Mahkota.

Menurutnya, kerusi ditandingi KEADILAN di Paya Besar yang diwakili peguam muda, Murnie Hidayah Anwar misalnya berpotensi untuk dimenangi, berdasarkan penolakan rakyat terhadap calon BN, Datuk Abdul Manan.

Beliau turut yakin calon KEADILAN di Parlimen Pekan, Fariz Musa mampu memberi tentangan paling sengit terhadap Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, sekurang-kurangnya menurunkan majoriti.

"Jika majoriti undi tersebut berjaya dikurangkan ia merupakan satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat," kata Fauzi.

Penjawat awam Putrajaya antara 5,000 berpanas sambut Anwar

Posted: 02 May 2013 04:58 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

PUTRAJAYA : Lebih 5,000 warga Putrajaya termasuk penjawat awam hadir ke program sambutan Hari Pekerja anjuran Pakatan Rakyat semalam.

putrajaya-5000

Program berlangsung pada jam 2 petang dan dihadiri Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Penyokong mulai memenuhi tapak program di Presint 3 seawal jam 1.30 petang, dan menghabiskan masa dengan membeli baju-T, payung serta mafla sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Anwar tiba kira-kira jam 2.15 petang, disambut tepukan serta sorakan 'Reformasi' yang bergema di segenap wilayah tersebut.

Sebaik Anwar berucap, penyokong terus mengambil tempat duduk di atas tar jalan raya tanpa kerusi dan hanya menggunakan payung sebagai pelindung dari terik matahari.

Anwar turut mengisytiharkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Seorang penjawat awam, Khadijah Zainal, 30, ketika ditemui Keadilan Daily berharap agar Pakatan berjaya memenangi pilihan raya kali ini supaya kos hidup dapat diturunkan.

"Harapan kita supaya Pakatan menang. Dengan manifesto yang ditawarkan, kita harap kos hidup yang tinggi dapat diturunkan," katanya yang juga pengundi bagi Parlimen itu.

6 Mei diisytihar cuti umum sebaik Pakatan Rakyat menang

Posted: 02 May 2013 04:56 AM PDT

pr-menang-6may
Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Tanggal 6 Mei diisytihar sebagai cuti umum sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

"Hari Isnin depan akan diumumkan sebagai hari cuti awam sebaik Pakatan Rakyat menang," katanya.

Anwar berkata, cuti umum tersebut untuk mempermudahkan urusan mengundi bagi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mereka yang tinggal di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

SPR bazir RM5 juta beli dakwat kekal boleh 'tanggal'

Posted: 02 May 2013 04:55 AM PDT

dakwat-5juta

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membazirkan RM5 juta untuk pembelian dakwat kekal tetapi boleh ditanggalkan dalam masa singkat, selepas dicalit di jari pengundi pada pengundian awal Selasa lalu.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty mempersoal jaminan SPR yang mendakwa dakwat itu tahan seminggu.

"Jaminan SPR sangat bercanggah dengan apa yang berlaku pada hari pengundian awal kerana calitan dakwat kekal boleh ditanggalkan dalam masa sekejap sahaja.

"Ini hanya membazirkan duit rakyat kerana kita tahu untuk menempah dakwat kekal melibatkan kos yang tinggi berdasarkan pengakuan SPR sebelum ini. Mana jaminan SPR?" katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, SPR melalui pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui pembelian dakwat kekal melibatkan kos yang besar tetapi tidak mendedahkan amaun sebenar.

Bagaimanapun, Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, SPR membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat kekal baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU 2008 sudah dilupuskan kerana tamat tempoh.

Pada 2008, SPR bercadang menggunakan dakwat kekal, tetapi membatalkan seminggu sebelum pilihan raya atas faktor keselamatan.

Sehubungan itu, dakwat kekal dengan kos RM2.4 juta itu dilupuskan pada 25 November 2009.

Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, SPR perlu mencari jalan menyelesaikan segera masalah dakwat tidak kekal itu supaya tidak berulang pada hari pengundian 5 Mei ini.

"SPR perlu bertanggungjawab. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi pada hari mengundi. Kita tidak tahu sama ada dakwat itu betul-betul berkualiti atau sebenarnya berkualiti rendah.

"Kita tidak mahu duit rakyat dibazirkan. Jangan sesekali mengatakan penggunaan dakwat kekal akan ditarik balik di saat akhir seperti berlaku pada 2008," kata calon Parlimen Bagan Serai itu.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak jika masalah tersebut berpunca akibat perancangan SPR untuk membantu Umno kerana bimbang dengan momentum rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Mungkin ini juga taktik terancang SPR bersama Umno kerana takut dengan sokongan rakyat yang mahukan perubahan. Manipulasi dakwat kekal ini antara taktik yang akan digunakan," kata Muhammad Nur.

Anwar dedah JPM terlibat seludup 40,000 pengundi hantu

Posted: 02 May 2013 04:48 AM PDT


Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

bangla

"Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

"Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak)," kata Anwar.

Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

"Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional," kata Anwar.

anwar-pc-close-01

Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

"Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?" soal Anwar.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

"Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.

"Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi," kata Anwar.

Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi

Posted: 02 May 2013 04:29 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

 

PETALING JAYA - Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini.

Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang.

Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu.

"Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

"... saya tak boleh sebut semua kerusi takut Barisan Nasional (BN) pergi buat kajian pula.

"...pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan PR boleh memerintah negara sama seperti kerajaan BN yang berteraskan Islam dan Melayu.

Namun beliau juga berkata, apa yang membezakannya kerajaan korup atau kerajaan yang bertakwa.

"Kita akan pimpin negara berteraskan Melayu-Islam apa yang beza PR dan BN, takwa atau korup, adil atau rasis?" katanya.

Pengundian PRU13 berlangsung Ahad ini.

Mahkamah: Wakil calon Pas mengaku tidak bersalah kunci peti undi

Posted: 02 May 2013 04:26 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

PORT DICKSON - Seorang wakil kepada calon Pas bagi kawasan Parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Selasa lepas.
  
Azahari Ismail, 46, yang bekerja di MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo), Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M. Mageshwary.
  
Mengikut pertuduhan, Azahari didakwa menganggu dengan mengunci sembilan peti undi menggunakan sembilan mangga jenama Yunxian, di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA, antara pukul 7.00 malam dan 7.10 malam, 30 April 2013.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Mageshwary kemudiannya membenar Azahari diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
 
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dan Hazwan Mohd Nor.
   
Akhbar hari ini melaporkan seorang wakil PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA di sini Selasa lepas.
  
Pada PRU13 Ahad ini, kawasan Parlimen Telok Kemang menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dicabar penyandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR, dan calon Bebas Datuk Kumaravel Abdullah. - Bernama

PRU13: Nik Aziz kecewa sikap pemimpin Umno-BN

Posted: 02 May 2013 04:25 AM PDT

NIZAM ZAIN

 

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai tidak mempercayai hari kiamat hingga sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi.

"Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati.

"Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi.

"Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu.

"Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan kekesalannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan cuba memperbodohkan rakyat di Sarawak dengan mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih baik daripada penurunan harga minyak.

"Saya boleh tengok kebangkitan rakyat semasa berada di Sarawak baru-baru ini.

"Bila perjalanan saya sampai ke Sarawak, Perdana Menteri pun adakan program dan beliau boleh kata insentif RM500 BR1M itu lebih baik daripada penurunan harga minyak," katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula berkata, penjawat awam kini lebih berani menyertai program ceramah PR secara terbuka meskipun ada pihak tertentu cuba mengugut mereka.

Dakwanya setiap kali pemimpin Pas turun kawasan bertemu rakyat, sambutannya bukan hambar seperti yang digambarkan 'cybertroopers' Umno, sebaliknya kehadirannya sangat mengejutkan, membuktikan penjawat awam kini mahu perubahan dilakukan segera.

"Laa ini pegawai kerajaan nak tukar kerajaan pusat.

"Orang Putrajaya berani sokong PR, orang datang sampai 50,000 nak dengar amanat Tok Guru dan calon Pas, (Datuk) Husam (Musa).

"Pegawai kerajaan tak perlu takut lagi pada Umno sebab parti itu dah sampai ke penghujungnya," katanya.

Dalam program malam tadi, Pas juga membuat penampilan khas apabila pelakon tempatan, Mustafa Kamal Mohd Daud mengetuai bacaan ikrar kepada anak kelahiran Kelantan yang berada di perantauan supaya balik mengundi pada 5 Mei ini.

Bukti Mengapa Ku Nan & UMNO Wajib Ditolak!

Posted: 02 May 2013 04:19 AM PDT


KELAB GREENBOC

Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!

Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian!

Ulasan GB

Maaf cakap ler, rata-rata pemimpin UMNO ini buta AL-Quran.

Itu sebab mengapa apabila bercakap bab agama, terserlah kejahilan masing-masing.

Kemudian bagaimana mahu memimpin umat?

Larangan Mengadakan Sebarang Perarakan Kenderaan

Posted: 02 May 2013 04:17 AM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/pc%202%20mei.jpgKUALA TERENGGANU - PAS Terengganu melarang sebarang bentuk perarakan kenderaan berkuatkuasa serta merta bagi mengelakkan sebarang provokasi oleh parti lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pihak 'war room' PAS telah mendapat maklumat perancangan 'musuh' yang cuba melakukan suatu tindakan menyebabkan rakyat kurang senang dan menjejaskan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"sebarang program yang berbentuk perarakan kenderaan anjuran PAS perlu dihentikan bagi mengelak provokasi pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN)  menjelang hari pengundian pada 5 Mei ini,"tegas Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di bilik media Badapan Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini hari ini Khamis 2 Mei.

Sehubungan dengan itu, beliau mengarahkan pihak PAS Kawasan dan Cawangan-cawangan supaya memantau dan memastikan sebarang konvoi atau perarakan yang memakai lambang PAS seperti baju PAS, bendera PAS dan lain-lain hendaklah dihentikan.

Menurutnya,  PAS tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku perarakan yang menggunakan lambang PAS dan Yahaya meminta semua pihak suapya melaporkan sebarang perarakan yang menggunakan lambang PAS kepada Bilik Operasi Jabatan Pilihanraya PAS Nenegeri Terengganu (JPNT).

Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku

Posted: 02 May 2013 04:13 AM PDT

MSO

Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi.

Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi sembahyang istikharah.

Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.

Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh...

Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar.

Biarkah Azlan hendak buat kenyataan apa-apa sekali pun, buatlah. Hari ini rakyat sudah membuat keputusan mereka akan melakukan perubahan. Cerita-cerita pak pandir seperti cuba ditayangkan Azlan itu sudah tidak laku lagi. Ia akan diketawakan bukan saja oleh orang tua yang tidak ada gigi tetapi oleh budak-budak Tadika juga. Hari ini rakyat sudah lupa semua isu, sama isu di sebelah Pakatan Rakyat atau BN. Walhasilnya yang kena sorak dan dijuah nanti ialah bapa pembacuh kopi dan anaknya itu kerana berdolak dalih.

Kalau pun hendak buat sadiwara janganlah nampak sangat akan kebodohan. Sandiwara yang tidak ada nilai umpama wayang yang tidak akan ditonton oleh orang ramai. Kalau tidak ramai tonton kuranglah jualan tikit dan kempislah poket. Kesian...

Saya rasa pengakuan undur belakang Azlan itu tidak akan memberi kesan kepada mood pengundi hari ini. Pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana yang mereka akan pilih. Isu-isu seperti yang cuba dibawa oleh Azlan itu sudah tidak mempengaruhi mereka lagi. Sebaliknya pengakuan reverse itu menyebabkan orang akan mencemuh dan mentertawakan kedua beranak itu.

Saat ini segala isu telah ditinggalkan oleh pengundi. Pengundi tidak lagi mengenang apa juga isu sama ada dari Pakatan Rakyat atau UBN. Isu kapal selem, Altantuya, cincin RM25 juta, lembu yang selalu dibangkitkan Pakatan Rakyat tidak menjadi perhitungan pengundi lagi. Pengundi sudah faham dengan isu-isu itu.

Begitu juga isu liwat, video lucah dan lucu, kalimah Allah dan sebagainya juga tidak akan diperkirakan rakyat. Rakyat sudah lumat mengunyahnya. Mereka sudah hadam sehabis-habisanya mencari kebenaran atas segala isu-isu itu. Yang rakyat lihat hari ini isu calon dan keperibadian calon. Keperibadan calon, kehebatan calon atau pun kewibawaan calon yang menjadi perhitungan. Yang rakyat tengok dan menilai hari ini apakah janji-janji batau menu yang disediakan oleh kedua-dua parti.

Rakyat akan pilihan calon yang berwibawa untuk disangkutkan harapan kepada negara. Sehubungan itu rakyat akan memilih parti untuk menjadi pemeritah Malaysia. UBN sudah lebih 55 tahun rakyat sudah mengenali parti itu luar dan dalam. Sekarang ini sudah sampai untuk mereka buat perubahan.

Kepada Azlan selamat berdolak dalih dan rancanglah apa saja dengan pembacuh kopi, apa juga pendedahan dan kejutan rakyat Malaysia tidak akan pedulikan kamu lagi. Rakyat akan mencemuh dan membenci kamu sampai ke bila-bila pun dan sejarah akan merakam segala apa yang berlaku.

Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!

Posted: 01 May 2013 10:22 PM PDT

Staff Berita Semasa

 

Semakan kami berdasarkan data Bank Negara Malaysia (BNM), simpanan aset luar negara Malaysia bernilai lebih daripada RM500 bilion ketika ini, satu angka yang agak besar. Besar……Belum campur yang lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kalangan pakar analisis ekonomi ada juga memberikan nasihat, pandangan agar semua hasil negara diuruskan dengan baik dan berhemah bagi mengelak sebarang kemungkinan risiko fiskal & kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi.

Hutang negara yang ada ketika ini, ramai yang mengatakan sebenarnya tidak memberikan impak besar kepada negara Malaysia ketika ini. Ada benarnya….Kami bersetuju. Tetapi!!

Yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa dalam masa 5 tahun sahaja hutang negara Malaysia hampir mencecah RM250 bilion. 5 tahun sahaja sudah hampir mencecah RM250 bilion hutang Malaysia? Hasilnya kepada negara & rakyat Malaysia ?

  • Hutang Malaysia Tahun 2008 : RM306.437 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
  • Hutang Malaysia Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
  • Hutang Kerajaan Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
  • Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
  • Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion

Jikalau ada usaha-usaha penurunan tidak mengapa lagi. Malangnya angka hutang negara Malaysia yang diperlihatkan terus meningkat dan meningkat! Sehingga kini, Berita Semasa belum nampak lagi sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Terima kasih kepada Petronas. Nasib baik ada Petronas.

 Sumber : Bank Negara Malaysia

Hasil Negara (Mengikut Semakan Data Perbendaharaan Negara)?

  1. Tahun 2000 – 61,864 (kenaikan 5.4%)
  2. Tahun 2001 – 79,567 (kenaikan 28.6%)
  3. Tahun 2002 – 83,515 (kenaikan 5.0%)
  4. Tahun 2003 – 92,607 (kenaikan 10.9%)
  5. Tahun 2004 – 99,396 (kenaikan 7.3%)
  6. Tahun 2005 – 106,305 (kenaikan 7.0%)
  7. Tahun 2006 – 123,547 (kenaikan 16.2%)
  8. Tahun 2007 – 139,885 (kenaikan 13.2%)
  9. Tahun 2008 – 159,794 (kenaikan 14.2%)
  10. Tahun 2009 – 158,639 (Penurunan -0.7%)
  11. Tahun 2010 – 159,653 (kenaikan 0.6%)
  12. Tahun 2011 – 185,419 (kenaikan 16.1%)
Sumber : Perbendaharaan Negara

Bajet Kerajaan Malaysia 2008 – 2011?

Perbelanjaan defisit adalah satu perkara yang tidak sepatutnya terjadi dalam pengurusan kerajaan kecuali, kecuali…..kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya. Realitinya?
Semua angka dalam bilion
  • Tahun 2008 – RM176.9 (Belanjawan Diluluskan) & RM195.0 (RM 18.1 Belanja Melampaui Kelulusan)
  • Tahun 2009 – RM206.0 (Belanjawan Diluluskan) & RM207.9 (RM1.9 Belanja Melampaui Kelulusan)
  • Tahun 2010 – RM191.5 (Belanjawan Diluluskan) & RM203.0 (RM11.5 Belanja Melampaui Kelulusan)
  • Tahun 2011 – RM212.0 (Belanjawan Diluluskan) & RM228.0 (RM16.0 Belanja Melampaui Kelulusan)
Jumlah Belanja Melampaui Kelulusan (RM Bilion) : RM47.5 bilion
 
Sumber : Perbendaharaan Negara
 

Kalau ikutkan sebenarnya, rakyat Malaysia perlu benar-benar risau apabila hutang negara sudah meningkat kepada 65%% KDNK negara ini. Sebabnya?

  • Kebanyakan hutang negara Malaysia ketika ini, kebanyakannya adalah pinjaman yang disokong pihak kerajaan Malaysia

Pinjaman yang disokong pihak kerajaan Malaysia? Jadi…daripada mana datang hutang yang telah mencecah RM549.267 bilion ketika ini? Sebenarnya Malaysia ada undang-undang yang mana kerajaan Malaysia hanya boleh meminjam dengan jumlah kecil untuk pinjaman luar negara.

Oleh itu, semua hutang lain mesti dipinjam dalam negara. Hutang Malaysia yang terkumpul setakat ini majoritinya adalah daripada 'domestic loan" (hutang dalam negara)

Jikalau hutang dalam negara, maknanya kerajaan Malaysia berhutang dengan rakyat Malaysia. Kami, anda dan kita semua yang bergelar rakyat Malaysia. Mana datangnya sumber duit tersebut? Kerajaan Malaysia pinjam daripada mana?

  • KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
  • KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen)
  • PNB (Permodalan Nasional Berhad)
  • Bank-bank (Maybank, CIMB, RHB) yang rakyat Malaysia letakkan deposit mereka di bank-bank tersebut
Jadi, bank-bank akan beli hutang daripada kerajaan. Kerajaan hutang bank ambil alih.
  • bank beli terbitan bon daripada kerajaan Malaysia, manakala kerajaan akan mendapat laba besar untuk tujuan pengurusan dan perbelanjaan negara
  • Kerajaan pastinya akan dibayar dengan kadar faedah yang lebih tinggi

Apabila hutang negara Malaysia semakin meningkat, makin naik, makin naik. Apabila mengalami kesukaran utnuk membayar kembali hutang milik anda semua, nah….itu sebabnya kita akan mendengar pelaksanaan dasar seperti :

  • menaikkan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta kepada 60 tahun
  • dengan harapan lebih banyak lagi simpanan terkumpul dalam KWSP

Jadi persoalannya sekarang, mengapa terlalu banyak hutang yang telah dibuat kerajaan Malaysia yang adakalanya dilihat berlebihan ketika berbelanja? Sebenarnya bagi kami rakyat Malaysia, tiadalah kami menghalang menggunakan dana rakyat Malaysia di KWSP contohnya tetapi harapan kami janganlah membazir untuk perkara-perkara yang tiada keperluannya utnuk rakyat Malaysia.

Gunakanlah di jalan yang betul dan sentiasa berjimat cermat, dahulukan segala keperluan untuk rakyat Malaysia bukannya untuk orang lain.

Dan…sebelum kami terlupa, kepada kerajaan Malaysia jangan "lupa" membayar semula terbitan bon berserta dengan kadar faedah mengikut tempoh matang yang telah dipersetujui supaya rakyat Malaysia tidak terus terkena tempias yang lebih teruk kepada rakyat. Hutang tetap hutang. 

Apa pandangan anda pula?

Khalid mampu jaga diri

Posted: 01 May 2013 10:13 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

JOHOR BAHRU - Air dicincang tidak akan putus perumpamaan sesuai untuk dua ahli politik terkemuka tanah air yang menjadi 'musuh' politik meskipun memiliki pertalian kekeluargaan yang sangat rapat.

Mereka ialah calon Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adik beliau, Khalid, calon Parlimen Shah Alam.

Perbezaan fahaman politik antara kedua- duanya jelas berdasarkan kedudukan Shahrir sebagai orang kuat Barisan Nasional (BN), sementara Khalid berjuang dengan parti Pas.

Shahrir satu nama yang tidak asing dalam kalangan pimpinan BN-Umno kerana pelbagai jasa sudah dicurahkan meliputi soal politik semasa, ekonomi, sosial dan pembangunan negara.

Beliau pertama kali menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen Johor Bahru pada 1978 dan pernah menjawat pelbagai jawatan di dalam Kabinet.

Pada PRU12, nama Shahrir melonjak dan dikenali umum hasil kemenangan bergaya bagi kerusi Parlimen Johor Bahru dengan meraih majoriti 25,349 undi menewaskan calon lawan.

Sementara Khalid merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor.

Menyertai Pas pada 1983, Khalid pernah gagal dalam pilihan raya di Kuala Krai, Arau, Sri Gading dan Shah Alam.

Namun pada PRU12, Khalid menang di Parlimen Shah Alam menumpaskan penyandang, Datuk Aziz Shamsuddin dari BN dengan majoriti 9,314 undi.

Kini, PRU13 sekali lagi menjadi 'medan' kepada adik beradik ini untuk terus menang kerusi yang disandang pada pilihan raya umum lalu.

Shahrir bakal berdepan cabaran calon PKR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, manakala Khalid menerima tentangan bekas ahli PKR, Zulkifli Noordin.

Katanya, pertembungan dua 'Tan Sri' bagi merebut kerusi Parlimen Johor Bahru tidak 'sepanas' pertandingan antara Khalid- Zulkifli di Shah Alam.

Ketika ditanya mengenai adiknya Khalid yang akan menentang bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Shahrir memilih untuk tidak memberi komen lanjut.

Lebih beri tumpuan kepada kemenangan BN di Parlimen Johor Bahru, beliau sekadar mahu adiknya lebih berfikir mengenai soal perjuangan bersama Pas selain berharap Khalid mampu menjaga diri sendiri.

Meskipun begitu, ia jelas menunjukkan jurang akibat perbezaan ideologi tidak mampu untuk memisahkan dua individu yang memiliki pertalian darah daging ini.

SPR jamin ketahanan dakwat kekal

Posted: 01 May 2013 10:11 PM PDT

SINAR HARIAN

 

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.
  
Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
  
Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.
  
Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.
  
"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di sini hari ini.
 
Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti.
  
Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.
  
Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci.
  
Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR.
  
Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi. - Bernama

Peguam PKR sahkan penahanan blogger Milo Suam

Posted: 01 May 2013 10:09 PM PDT

RUZY ADILA IDRIS

 

SHAH ALAM – Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

"Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

"Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi," jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Najib bakal menjadi Ketua Pembangkang digeruni?

Posted: 01 May 2013 10:06 PM PDT


Oleh S.Barathidasan

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.

 Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.

 Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India?  Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada 'double standard'. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

 Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu.

Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala  kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?

 Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.

 Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung "Kesilapan" pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan 'Harapan Rakyat'?

 Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai "TOPENG 1MALAYSIA" yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu "Puthiya Nambikei" (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.

Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

Rakyat marah kempen primitif

Posted: 01 May 2013 10:03 PM PDT

Oleh Abd Shukur Harun

BELUM pernah sepanjang sejarah pilihan raya umum dan kecil di Malaysia, rakyat menyaksikan dengan penuh jijik, benci dan marah terhadap kempen video lucah, fitnah, samseng, perkauman dan pelbagai kejahatan lagi yang bermunculan dalam suasana PRU13 ini. 

Tidak ada rakyat yang waras fikirannya yang menerima kempen jijik seperti ini, bahkan mereka berpendapat bahawa kempen jahat ini adalah jahiliyah, primitif, kehilangan maruah dan harga diri pelakunya.

Ini bukan cara masyarakat dibawa menuju transformasi, tetapi membawa mereka ke zaman jahiliyah dan ini sangat malang bagi sebuah negara yang sudah lebih setengah abad merdeka.

Pelbagai pihak, baik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat prihatin, menyatakan kebencian dan kemarahan yang amat sangat terhadap kempen yang amat buruk dalam sejarah tanah air yang berlaku sekarang.

Mereka bertanya di mana undang-undang, di mana institusi dan penguat kuasa agama serta di mana para  ulama, terutama mufti, yang sepatutnya berada di depan dalam menentang kemungkaran ini. Rakyat resah dan terpingapingan melihat perkembangan yang memalukan dan menakutkan ini. Apa yang telah terjadi kepada negara ini, tanya mereka.

Sepatutnya isu yang perlu di ketengahkan dalam kempen ini ialah isu memilih kerajaan yang adil, baik, telus dan amanah, tanpa rasuah, nepotisme, kroni dan unsur penyelewengan. Parti mana yang boleh mendukung konsep ini?

Namun apa yang muncul dan sangat menakutkan ialah tiupan fahaman perkauman – kebencian kaum, fahaman agama yang sempit, rangkaian gerakan samseng yang menakutkan dengan merosakkan harta benda musuh politik mereka, malah keselamatan penyokong politik musuh mereka juga terancam.

Di tengah-tengah itu muncul pelbagai fitnah dan video lucah. Jelas rupanya kecanggihan teknologi baru ini hanya mampu digunakan untuk kerja-kerja jahat seumpama ini.

Dalam hubungan ini NGO Islam utama menolak politik tidak bertamadun ini. Mereka telah mengadakan muzakarah khas baru-baru ini untuk menyatakan pendirian mereka terhadap budaya politik fitnah, lucah, samseng serta rasuah.

Dalam masa yang sama, 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga membantah penyebaran video lucah di media.

Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak wajar dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini.

Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat, khasnya wanita, menolak mereka yang menggunakan pendekatan begitu dalam kempen mereka.

Mereka menyatakan demikian pada sidang media 'Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kumpulan wanita ini diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita Ikram dan Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram. Individu perseorangan pula adalah Prof Dr Muhaya Muhammad (pakar motivasi & personaliti TV), Wardina Safiyyah Fadhullah (pengacara dan personaliti TV) dan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin (penulis novel dakwah dan penceramah).

Dua minggu saja lagi rakyat akan mengundi.

Ramai berpendapat ia adalah ibu segala pilihan raya, memandangkan pertarungan yang hebat antara Umno-BN yang hendak mempertahankan kuasanya yang memerintah negara ini selama 56 tahun dan gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, daripada sebuah kerajaan yang korup kepada kerajaan yang adil, telus dan amanah.

Lebih menarik dalam PRU kali ini, apabila kira-kira 40 peratus pengundi generasi muda – di bawah 40 tahun – akan mengundi. Persepsi pengundi muda ini, termasuk golongan mahasiswa yang juga sedang bangkit, menolak sama sekali kempen fitnah, lucah, cara samseng, perkauman dan sebagainya.

Maknanya di sini, majoriti rakyat telah bersatu menentang cara kempen PRU yang paling buruk kali ini dalam sepanjang sejarah tanah air. Perlu diingat, pengundi generasi baru berbeza dengan kebanyakan pengundi generasi lama dari segi sikap, persepsi, sistem nilai dan pemikiran mereka mengenai masa depan negara.

Mereka menentang rasis dalam apa bentuk pun, di samping menentang rasuah, penyelewengan, kronisme dan seumpamanya. Mereka ini adalah masa depan negara.

Mereka berfikiran sangat terbuka, tidak sentimental, terdedah dengan pelbagai sumber maklumat daripada media baru, tidak berminat dengan media tradisional, justeru merasakan 'diperbodoh' jika mereka menonton berita TV dan membaca akhbar tradisional.

Dengan kempen PRU yang sedang rancak sekarang, kita boleh memerhatikan ke arah mana kecenderungan pengundi generasi baru ini. Sudah jelas mereka menolak kempen rasis, fitnah lucah, gaya samseng dan sebagainya.

Oleh itu jangan terkejut dengan keputusan PRU13 malam 5 Mei nanti.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM DI PORT DICKSON

Posted: 01 May 2013 09:32 PM PDT


Pasar pekan Rembau yang lesu dan tak bermaya menjelang PRU-13

Posted: 01 May 2013 06:10 PM PDT




Hari Pekerja 1 Mei 2013 adalah merupakan hari cuti umum di Malaysia. Kebiasaannya pasar-pasar akan sesak di pagi hari dengan kunjungan para pembeli terutamanya suri rumah. Namun suasana agak berbeza di pasar besar pekan Rembau, yang boleh dikatakan sebuah bangunan pasar yang baru dibina, akan tetapi masih banyak lagi lot-lot kosong di bahagian belakang pasar.

Pasar pekan Rembau tidak semeriah semasa ianya masih di bangunan lama, walaupun kecil pada ketika itu, namun ianya berjaya menarik ramai pembeli untuk mengunjungi pasar Rembau. Terdapat banyak pilihan ulaman dan sayuran kampung di pasar Rembau pada ketika itu.

Namun kini, agak pelik, semakin maju negara, semakin canggih bangunan pasar Rembau namun ianya semakin lesu. Peniaga yang menjual produk hasil kampung tidak semeriah dahulu lagi.

Ramai peniaga ikan, sayur di pasar Rembau mengeluh, mereka terpaksa bersaing dengan beberapa pasaraya berhampiran. Rata-rata peniaga di pasar Rembau berpendapat kerajaan mesti melakukan sesuatu untuk mempastikan pasar pekan Rembau semeriah waktu dulu. Lesen penjualan barangan basah di pasaraya berhampiran sepatutnya di kawal dengan menghadkan waktu jualan mereka.

Mungkinkah sekiranya PAS memenangi DUN Chembong dan PKR memenangi Parlimen Rembau PRU-13 nanti, barulah pasar pekan Rembau ini akan meriah, kerana barulah nanti semua pihak, termasuk Perdana Menteri akan turun sendiri ke pasar pekan Rembau mendengar keluhan peniaga di pasar baru pekan Rembau?

Dapatkan maklumat kempen Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Saksikan sendiri gambar-gambar kelesuan di Pasar Pekan Rembau pada hari cuti umum 1 Mei 2013 sekitar jam 8 pagi di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/05/pasar-pekan-rembau-yang-lesu-dan-tak.html

Pengikut