Rabu, 27 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 27 Oct 2010 11:07 PM PDT

Peghelih La...


Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Posted: 26 Oct 2010 11:16 PM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi 'pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Idris Ahmad

Posted: 27 Oct 2010 11:06 PM PDT

Idris Ahmad


Hiburan Malam, Candu Supaya Rakyat Leka Kegagalan Umno.

Posted: 27 Oct 2010 01:13 AM PDT

 

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN  sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini. 

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja  di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

 Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara  sebagai sebuah negara maju 2020.  Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini. 

Sebenarnya rancangan ini untuk  menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuah  yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata. 

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan umno Bn berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan  rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar  meluat untuk datang ke negara ini.  Buktinya Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.


Filed under: Agama

misbahul munir

Posted: 27 Oct 2010 09:29 PM PDT

misbahul munir


BERKEMPEN BERSAMA CALON GALAS DI GUA MUSANG

Posted: 27 Oct 2010 07:01 AM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 27 Oct 2010 09:23 PM PDT

PAS KDAS 3


Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas

Posted: 27 Oct 2010 12:53 AM PDT




GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari
 ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti
Islam itu dengan isu agama.


Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein 
memberikan amaran agar juru  kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu
 agama dan kaum dalam kempen mereka.



Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan
 sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan 
masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang
 Hishamudin dari dipermainkan.



Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang 
dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu 
wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".



Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP 
yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi
 mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke
atas bahan kempen seumpama ini.


Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang
 tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.



"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya 
(PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini.
 Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen 
sebegini," kata Nasir.



Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. 
Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik
 oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.



Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya
 tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa
 tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.



Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada 
bahan kempen tersebut. 



Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang 
nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan
 apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang
dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada 
etika dan tiada kelas langsung.



"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 27 Oct 2010 09:17 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Posted: 27 Oct 2010 04:09 AM PDT

WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT
NEGERI JOHOR
MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2010

DARIPADA:
 
YB DR MOHAMMAD TASLIM  (ADUN Maharani)
YB DR SHEIKH IBRAHIM  SALLEH (ADUN Sg Abong)
YB GWEE TONG HIANG  (ADUN Bentayan)
YB ER TECK HWA (Ahli Parlimen Bakri)


BELIA MAHU UBAH NASIB - ADUN MAHARANI

Posted: 26 Oct 2010 11:20 PM PDT

Belia mahu ubah nasib
SENAI – Faktor ingin ubah nasib dan mencari peluang lebih baik dalam hidup adalah antara sebab utama belia di Kelantan keluar mencari rezeki luar dari negeri itu.

Demikian pendapat Pengerusi Penerangan Am Pas Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim yang juga menyatakan bahawa masalah itu bukan hanya berlaku di negeri itu malah negeri-negeri lain.

Menurutnya, melihat fenomena belia Kelantan keluar bekerja di negeri lain bukan perkara luar biasa yang perlu dipertikaikan dan menjadikannya sebagai isu besar.

"Siapa pun kita, tinggal di mana pun, jika kita mahu sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita akan bertindak ke arah kemajuan.

"Sebagai contoh, orang Kelantan suka berniaga makanan dan mengambil peluang meniaga di luar Kelantan kerana prospek yang lebih baik. Itu tidak boleh dikatakan sebagai perkara negatif kerana Kelantan masih lagi mempunyai tenaga kerja yang mencukupi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan Kelantan perlu menggunakan sumber asli yang dimiliki secara optimum agar ia dapat memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi serta meningkat status pendapatan rakyat negeri itu.

"Jangan amalkan prinsip, 'tak apalah, itu saja dah cukuplah' kerana pendirian itu hanya akan membawa kepada tahap dan keadaan yang ketinggalan zaman," katanya.

Osman berkata, Kelantan merupakan negeri yang berpotensi untuk maju jika pucuk pimpinannya bijak menjana ekonomi dengan kelebihan yang dimiliki negeri itu.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan Pas seharusnya mempunyai program pembangunan yang rapi untuk memastikan peluang pekerjaan sentiasa tersedia bagi golongan belia selain mengelak kekurangan tenaga kerja mahir di negeri itu.

Ahmad Shabery berkata, negeri itu telah membiarkan perkara itu berlanjutan terlalu lama dan kurang memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang membuka peluang pekerjaan sehingga menyebabkan ramai golongan belia mencari rezeki di luar Kelantan.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8337929.asp
            Rabu 27 Oktober 2010








PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 27 Oct 2010 09:14 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Sentimen Agama Mainan Lawan @ Galas

Posted: 27 Oct 2010 08:42 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 27 Oct 2010 08:11 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


N45 Galas : Sekitar hari penamaan calon

Posted: 26 Oct 2010 07:43 PM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura













lagi gambar DI SINI...

DPPK PARIT

Posted: 27 Oct 2010 08:07 PM PDT

DPPK PARIT


Candu hiburan agar rakyat lalai petaka rasuah

Posted: 27 Oct 2010 03:42 AM PDT

.

Posted: 27 Oct 2010 07:14 PM PDT

.


Posted: 27 Oct 2010 06:15 PM PDT

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih?


Malaysia kini mempunyai 15 JUTA warga yang berkelayakan untuk menjadi pengundi, dengan kata lain, 15 JUTA inilah yang bakal memilih siapa bakal meneruskan legasi kepemimpinan Malaysia, Negara yang kita cintai.


Namun, dalam bilangan 15 JUTA itu, yang telah sedia ada adalah 11 JUTA orang, masih terdapat 4 JUTA pengundi berkelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Angka 4 JUTA ini bukan angka yang sedikit, 4 JUTA pemilih baru ini bakal penentu masa depan Negara. Bilangan inilah yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang.


Setiap daripada kita sering melaungkan pendapat dan idea tentang apa yang kita mahu, ada yang berceramah, ada yang membuat demonstrasi, dan banyak lagi lagak dan gaya. Akan tetapi sedarkan kita, yang menjadi pemilih adalah kita, jika sekadar berdemo dan berarak menunjukkan ketidak puasan hati, tetapi tidak mengundi, tidak ada gunanya.


Sistem pemilihan di Malaysia, telah membuka ruang kepada warganya untuk memilih siapa yang kita mahu bagi meneruskan legasi pemerintahan, tetap dengan yang sedia ada atau membuat pembaharuan supaya Malaysia mendapat nafas baru, semuanya di tangan anda!


1 UNDI daripada kita bakal memenangkan idealisme yang di sokong, dan tanpa 1 UNDI kita itu, harapan untuk melihat Malaysia di terajui oleh kerajaan yang telus akhirnya hanya akan tinggal harapan. Tanggungjawab sebagai seorang pemilih sangat besar, jika kita mengundi dan memenangkan pihak yang salah, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan kita pastinya akan dipertanggungjawabkan atas pilihan itu.


Begitu juga jika kita memandang enteng tanggungjawab sebagai pemilih, kita tidak mengundi walaupun layak dan secara tidak langsung kita biarkan pihak yang tidak sepatutnya menang itu terus selesa, maka dengan hal itu juga kita akan dipertanggungjawabkan!. Anda hanya ada satu pilihan…


DAFTAR PEMILIH DAN TURUN MENGUNDI!!!


Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih?


Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.


ANDA SUDAH LAYAK?...DAFTAR SEKARANG!!!


Di mana Boleh Mendaftar?


(a) Pejabat-pejabat SPR

(b) Pejabat-pejabat pos berkomputer

(c) Wakil-wakil jabatan

(d) Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);

(e) Pasukan Outreach SPR


* Di syorkan supaya selesaikan saja urusan daftar pemilih di pejabat pos berkomputer yang berhampiran, sangat mudah dan cepat. Hanya perlu membawa diri dan kad pengenalan, urusan seterusnya akan diselesaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab, anda hanya perlu menunggu dalam masa 10-15 minit, kemudian semak dan tandatangan, mudahkan?

Bagaimana Cara Mendaftar?


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftarlah Sekarang, Ianya Mudah!


Sebenarnya urusan daftar pemilih tidak rumit dan tidak juga mengambil masa yang lama, hanya dalam masa sekitar 10 - 15 minit, ianya dapat diselesaikan dan anda berpeluang menunaikan hak kepada agama, negara dan bangsa!

Masa Depan Pilihan Kita!


Melihat kepada perkembangan semasa, senario politik di Malaysia sekarang nampaknya tidak menentu. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbaiki keadaan ini, dan caranya adalah dengan MENGUNDI!, tetapi untuk mengundi pilihan hati, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH terlebih dahulu!.


Masa depan negara pilihan kita!, kitalah yang yang mencorakkannya, jika putih, putihlah ia, jika hitam, hitamlah ia. Jangan pula setelah segalanya selesai, baru kita merungut itu dan ini, menyalahkan pihak – pihak yang lain dan sebagainya, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.

Daftar Pemilih, Mengundi : WAJIB!


Memilih pemerintah yang adil adalah wajib bagi mengelakkan berlaku kezaliman dalam Negara yang tercinta. Jika kita hanya menjadi penonton kepada senario yang berlaku, tidak ambil peduli, maka tindakan itu adalah satu tindakan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH!.


Bilangan 4 JUTA yang masih belum mendaftar seperti yang telah disebutkan ini jika ia condong kepada Barisan Nasional, maka tampuk kekuasaan berkemungkinan besar akan kekal sebagimana sekarang buat masa ini, sebaliknya jika ia condong kepada Pakatan Rakyat, maka peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bakal berlaku, begitulah hebatnya kuasa kita sebagai pemilih!


Memilih antara Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hak kita, timbanglah antara baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Mengambil bahagian dalam memilih kerajaan yang benar – benar adil adalah satu KEWAJIPAN, justeru sebelum layak untuk mengundi adalah WAJIB untuk kita MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!...

Artikel sumbangan : insan.celik.sinar.harian

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 27 Oct 2010 03:31 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) LAGI PROJEK MEE SEGERA UMNO DI GALAS

Posted: 27 Oct 2010 12:36 AM PDT

Nampaknya UMNgOk sekali lagi mengumumkan projek 'mee segera' dalam usaha merasuah masyarakat Galas apabila menjadikan Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program "Kampung Wifi" melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.


Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.







sumber dari kementerian depa sendiri http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2140%3Amajlis-pelancaran-program-kampung-wifi-gua-musang-oleh-yb-dato-seri-utama-dr-rais-yatim-menteri-kpkk-pada-26102010&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

GALAS : PENGANALISIS POLITIK RAMAL PAS MENANG KERANA....

Posted: 26 Oct 2010 10:56 PM PDT

Penganalisis politik meramalkan keputusan pilihan raya kecil 4 November ini akan menyaksikan status quo dengan PAS boleh mengekalkan kerusi Galas.


"Kerusi DUN Galas akan kekal di tangan PAS ," kata Dr Ong Kian Ming (gambar) pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas di sini malam tadi.

Kira-kira 10 jam sebelum itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan status calon dengan DUN Galas menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
Menurut Ong, walaupun persaingan di Galas kelihatan sengit tetapi PAS akan mempertahankan kerusi tersebut.

"Saya meletakkan peluang 52 peratus untuk calon PAS menang di Galas dan 48 peratus untuk calon BN," kata beliau.

Selepas proses penamaan calon semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu pemberita bahawa kempen pihaknya bergerak dari paras keyakinan 48 peratus untuk mencapai kemenangan di Galas.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali dari tangan BN pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Hari pengundian pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi ditetapkan 4 November.

Di DUN Galas, BN diwakili Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang mewakili PR.

Ong juga berkata, arah aliran sokongan pengundi Cina di kawasan DUN Galas akan kekal sebagaimana pernah disaksikan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum di mana undi mereka tidak memihak kepada BN.

Dengan mengambil kira arah aliran sokongan pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang pada Mac 2009 dan Hulu Selangor April lalu, ahli akademik UCSI University ini juga melihat BN tidak akan menikmati perubahan besar citarasa di kalangan pengundi Cina.

Begitu juga kata beliau, isu gereja diroboh juga akan memberi impak dalam sokongan Orang Asli kepada BN di Galas.

Isu tindakan meroboh gereja Orang Asli di Pos Pasik dan Kampung Jias juga dikatakan boleh mempengaruhi undi mereka kepada BN walaupun Orang Asli dilihat sebagai "kubu kuat sokongan" bagi perikatan itu selama ini.

Kedua-dua Pos Pasik dan Kampung Jias terletak dalam bahagian DUN Nenggiri, yang dimenangi BN dua tahun lalu. Pada 2008, BN memperoleh 64 peratus daripada 1,942 undi Orang Asli di Galas.

Galas terdiri daripada 11,553 pengundi dengan kalangan orang Melayu adalah 7,125 atau 61.7 peratus, Cina (2,317 atau 20.06 peratus), India (185 orang atau 1.6 peratus), Orang Asli (1,889 orang atau 16.3 peratus) dan Bumiputera Siam (10 orang atau 0.08 peratus).

Ong juga tidak melihat "faktor Ku Li" akan menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kali ini.

Dengan merujuk kepada arah aliran sokongan yang tidak memihak kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008, Ong berpendapat bahawa situasi tersebut akan berulang kali ini.

Dr Zulkefli merupakan calon kerusi Parlimen mencabar Tengku Razaleigh pada 8 Mac 2008.

Tengku Razaleigh berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya tetapi sokongan beliau daripada DUN Galas hanya 3,826 undi berbanding undi diterima Zulkefli sebanyak 4,143 undi.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh memperoleh undi terbanyak di dua DUN yang lain dalam Parlimen Gua Musang.

Difahamkan PAS juga meletakkan sandaran pada aspek itu untuk menang di Galas.

Ong juga berkata fenomena itu merupakan salah satu sebab mengapa Tengku Razaleigh yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" tidak mahu menjadi calon pilihan raya kecil ini.

"Beliau sebaliknya hanya bersedia untuk mengetuai jentera pilihan raya," kata Ong lagi.

PRESIDEN "KITA BEKERJASAMA DENGAN DAP UNTUK PERUBAHAN NEGARA".

Posted: 26 Oct 2010 06:00 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen pilihan raya kecil di DUN Galas malam tadi dengan menegaskan bahawa parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.


Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi "jambatan" antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang," kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Dalam ceramahnya itu, Hadi terus mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN sambil menyifatkan parti itu tidak menghormati pemimpin yang lebih senior.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Kerinting di sini malam tadi, Hadi berkata, Tengku Razaleigh tidak lagi dihormati dalam kepimpinan BN sekarang.

NENEK 50 TAHUN BERKHALWAT NGAN ABANG LA

Posted: 26 Oct 2010 05:45 PM PDT

KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

"Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga," katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

"Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

"Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin," katanya...

INDEX RASUAH : OK APA NO 56 DARIPADA 178 NEGARA

Posted: 26 Oct 2010 05:40 PM PDT

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.


Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu "secara statistik tidak signifikan".

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umum bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenal pasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam. Kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya. -Aidila Razak

PAUL "PIALA DUNIA" DAH MATI!!!

Posted: 26 Oct 2010 05:35 PM PDT

Paul The Octopus menjadi sangat terkenal pada musim Piala Dunia Afrika yang lalu. Sotong kurita ini diberitakan telah mati pada hari Selasa lalu di sebuah akuarium di Oberhausen, Jerman. Menurut sumber, Paul  telah mencapai usia maksimum bagi haiwan sejenisnya, iaitu 2 1/2 tahun.

berita lanjut (dlm bahasa ongputeh) http://www.dailychilli.com/news/7264-oracle-octopus-paul-dies

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 Oct 2010 03:25 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KERAJAAN PERSEKUTUAN HIDUP MENYEWA RM9.4 JUTA DARIPADA TUAN TANAH KEDAWUNG PUTRAJAYA HOLDING, RASANYA BIJAKKAH KERAJAAN BN?

Posted: 26 Oct 2010 11:45 PM PDT


Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin berjumlah RM9.4juta setahun.

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau.
-tvsnews-

RAKYAT MALAYSIA HAIRAN PROJEK RM35 JUTA DIRASMI OLEH PM INDIA ?

Posted: 26 Oct 2010 08:51 PM PDT


Agaknya lepaih nie , ajak PM Negara China rasmi Petaling Street pula kot?
SEPANG: Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan Dr Manmohan yang diiringi oleh isteri Gursharan Kaur disambut oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.

Lawatan itu sebagai membalas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India pada Januari lepas, selain sebagai usaha memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India.

Esok, Dr Manmohan akan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat delegasi di mana kedua-dua Perdana Menteri dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dua hala, rantau dan antarabangsa.

Najib dan Dr Manmohan juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kerajaan dan memorandum persefahaman.

Selepas itu, Najib dan Dr Manmohan dijadual melancarkan mesyuarat pertama Forum Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia-India di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dr Manmohan dan isteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Najib dan Dr Manmohan kemudian dijadualkan melancarkan 'Little India' di Brickfields, yang merupakan salah satu kemuncak atur cara lawatan itu.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis jamuan malam untuk meraikan tetamu itu di Seri Perdana, Putrajaya.Dr Manmohan dan delegasi dijadualkan berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Khamis petang. -

CALON BN BATU SAPI KANTOI BAHASA MELAYU

Posted: 26 Oct 2010 03:49 PM PDT


Barisan Nasional telah memilih isteri kepada mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi,Datuk Edmund Chong - Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 – sebagai calon untuk pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.
Memang BN tiada pilihan kerana mereka kekeringan calun yang ummph untuk mewakilkan BN. Akhirnya mereka memilih Datin Linda iaitu balu bekas Wakil Rakyat itu kerana mungkin beliau masih bersih.
Walaubagaimanapun sesesiapa yang lihat wawancara sebaik penamaan calun diumumkan terserlah kelemahan Datin Linda berbanding 2 orang calun PKR atau Bebas.
Datin Linda membalas wartawan dengan berbahasa inggeris manakala yang 2 lagi faseh berbahasa Melayu. Beginikan calon tangkap muat BN?
Sudahlah majoriti pengundi 61% adalah Melayu , di mana PERKASA yang dikatakan pejuang Melayu?
Pengumuman sebelum itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman di Sandakan Ahad. Linda ialah Timbalan Ketua Wanita Parti bersatu Sabah (PBS) bahagian Elopura yang diketuai oleh Edmund.Sementara itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Ketua cabang PKR Tuaran,Ansari Abdullah sebagai calon parti itu untuk pilihanraya kecil berkenaan.

Parti SAPP sudah umum ketuanya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon.- 24/10/2010

Siti Zailah | Home

Posted: 27 Oct 2010 03:18 PM PDT

Siti Zailah | Home


setiap rakyat malaysia tanggung RM14000 seorang hutang negara

Posted: 27 Oct 2010 01:02 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.


PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.


Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 27 Oct 2010 03:07 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Pemuda Amanah Menjadi Tonggak Dalam PAS

Posted: 26 Oct 2010 07:21 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 27 Oct 2010 01:19 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Bulan Jatuh Ke Riba..

Posted: 25 Oct 2010 04:47 AM PDT

MP Pendang

Posted: 27 Oct 2010 01:15 PM PDT

MP Pendang


Moga cepat sembuh Mak Cik.

Posted: 26 Oct 2010 06:25 PM PDT


Sihat, sakit, rezeki , jodoh , maut adalah ketentuan Allah keatas hambanya. Seandainya kita bersabar dan redha dengan kesakitan yang menimpa, ini bermakna Allah akan mengampunkan dosa kita.
Ahad lepas, sebelum datang ke parlimen, ana diberitahu tentang seorang warga emas yang tidak sihat dan kekeringan badan, tak lalu makan sejak 4 hari lalu, maka ana ziarah beliau dan memasukkan drip buat menmbah sedikit kekuatan moga selepas ini insyaallah akan dipulihkan kekuatan dan ditambah selesa untuk beliau boleh menjamah sedikit makanan .
Diharap mak cik Esah dari Felda Sungai Tiang akan cepat sembuh, syafakillah, insyaallah.

Hai nasib la kau Labu!!

Posted: 26 Oct 2010 06:02 PM PDT

Semasa memulakan perbahasan bajet 2011 malam tadi bermula 7.15 malam, ana mulakan dengan ayat 77 surah al Qasas yang dibaca maksudnya oleh YAB PM semasa pemebntangan 15 Oktober lalu, tetapi apa yang dibuat beliau semasa pembentangan 12 projek ETP dengan mengadakan pertambahan 10 kelab malam menjelang 2014, dan apa yang diharapkan akan membawa kemasukan pelancong sehingga menghasilkan pendapatan 0.9 billion pada ketika itu. Jelas apa yang beliau lakukan akan berlawanan dengan mafhum ayat yang dia baca semasa nak mula bentang bajet hari tu. Tahniah juga kerana Ulamak Muda UMNO ini mungkin sekli ni boleh bela juga kot, sebagaimana mereka membela isteri beliau dalam hal IFF ( Jahiliah Fashion Festival di Monaco hari tu).
ana paste dari Malaysiakini.

KEMASUKAN `ULAMA MUDA' DALAM UMNO, KELAB MALAM BAKAL BERTAMBAH

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Andrew Ong
Okt 26, 10

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada "garis panduan yang lebih fleksibel", pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.


Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan./Malaysiakini.

Agak agaknya kot lepas ni KK kena tambah methadon untuk beri kepada penagih, Melaka kena tambah sekolah untuk anak-anak sekolah yang termengandung dan akan bertambah wad dihospital menghadapi masalah penyakit hati akibat daripada konsumpi alkohol yang berlebihan dan akan bertambah ketidak hadiran rakyat ketempat kerja kerana mengantuk pasal kelab malam dah tambah masa operasi.
Nak dapat duit pelancong 0.9 billion, kerana belanja merawat kerosakan sosial dan penyakit berkaitan lebih banyak daripada itu dan kerosakan kesihatan yang amat dahsyat selepas daripada itu.
Nauzubillah min zaalik.

Batu Gajah Mari

Posted: 27 Oct 2010 11:32 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ahli Parlimen Ketawakan Jawapan Bodoh Nazri

Posted: 27 Oct 2010 05:03 AM PDT

Oleh Fazli Othman

IMG_6894KUALA LUMPUR 27 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.

Anwar berkata tugas SPR sepatutnya menjamin pilihan raya diadakan dalam keadaan bebas dan adil.

"Kalau SPR betul-betul adil dan bebas kenapa tidak boleh pantau perkara ini.

"Kalau menurut jaminan Menteri, SPR adalah adil dan bebas dan jika ini betul maka tidak akan boleh kalah. Itu merupakan logik yang tidak betul sebab ada kes di mahkamah kadang-kadang perompak pun boleh menang tidak semestinya dia betul," bidas Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa dengan penjelasan Nazri tersebut.

Beliau juga menjelaskan bukan niatnya untuk mengumpamakan SPR sebagai perompak tetapi alasan yang diberikan Menteri tidak langsung masuk akal.

"Sepatutnya SPR mempertimbangkan pendaftaran 4 juta pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki.

"Ini kata 4 juta tidak berdaftar sebab salah alamat, ini merupakan alasan karut," tegas beliau.spr

Kata beliau lagi, sebab yang diberikan adalah cuma sekadar alasan untuk tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan supaya sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah itu boleh mengundi. Ini tidak, Menteri pula yang bagi jawapan salah alamat. Mana dia tahu salah alamat?," soalnya ketika bangun meminta Nazri memberi penjelasan berhubung isu sama ada kerajaan bercadang untuk mendaftarkan pengundi yang layak secara automatik.

Sebelum itu, dalam menjawab sesi soal jawab pertanyaan lisan pagi semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dalam soalannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan samada kerajaan bercadang mencari kaedah penyelesaian bagi memdaftarkan pengundi secara automatik.

Nazri dalam jawapannya berkata kerajaan tidak ada cadangan untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun dengan alasan sebahagian rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.

KJ setuju PAS guna masjid solat hajat

Posted: 26 Oct 2010 11:09 PM PDT

GUA MUSANG, 26 Okt: Tindakan PAS menggunakan masjid untuk mengadakan solat hajat bagi memohon proses penamaan calon dan pengundian berjalan lancar disambut baik oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata pendekatan yang diambil oleh PAS tersebut tidak boleh dipandang serong kerana bagi setiap umat Islam, mereka seharusnya memohon dengan Allah dalam segala urusan.

"Bagi saya PAS menggunakan masjid untuk berhimpun dan mendirikan solat hajat adalah satu perkara yang amat baik dan kita harap mana-mana pihak tidak mempertikaikan hal tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihanraya Umno bagi PRK Dun Galas, Datuk Mustapha Mohamed ketika ditemui media berkata, BN mengambil pendekatan yang berbeza dalam pilihan raya kecil kali ini apabila mereka menggerakkan jentera kempen dengan memasuki kampung ke kampung dan bertemu dengan akar umbi secara terus tanpa menggunakan peringkat pertengahan.

Beliau berkata langkah tersebut adalah lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan mengharapkan pihak tertentu kerana bimbang segala maklumat tidak dapat disampaikan secara terus kepada pengundi.

Menyentuh pertandingan satu lawan satu, beliau berkata ia adalah satu petunjuk yang baik dan berharap tidak akan berlaku soal fitnah memfitnah antara kedua-dua pihak.

Mustapa juga berharap jentera dari kedua-dua pihak akan bertindak secara profesional dalam masa tempoh berkempen kali ini.

Harakahdaily/-

Dupahang's Weblog

Posted: 27 Oct 2010 11:25 AM PDT

Dupahang's Weblog


BN & Tawaran Ganjaran Untuk pengundi Galas

Posted: 26 Oct 2010 07:27 PM PDT

PESTA BERJANJI, RASUAH, UMPAN DAN UGUT BERMULA Sebaik sahaja penamaan calon selesai maka dengan rasmi pesta berjanji, memberi habuan, rasuah, sogok dan ugut pengundi bermula. Semua itu sudah menjadi ‘wirid’ BN pada setiap kali pilihanraya. Akan ada ‘Santa Klaus’ yang menggoyangkan loceng membawa hadiah dan habuan kepada rakyat sebagai umpan supaya mengundi calon mereka. Mereka [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 27 Oct 2010 11:25 AM PDT

Pas CawanganSurada


Umno: Akhir sebuah impian

Posted: 26 Oct 2010 10:38 PM PDT

Penganalisis ramal Galas, Batu Sapi kekal status quo

Posted: 26 Oct 2010 09:47 PM PDT

Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Posted: 26 Oct 2010 07:58 PM PDT

Pemuda Guchil

Posted: 27 Oct 2010 09:28 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 27 Oct 2010 09:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


PROGRAM TURUN PADANG KE KG SUNGAI SERDANG

Posted: 27 Oct 2010 01:14 AM PDT














Satu Program Turun Padang Pimpinan Negeri Selangor bersama Penghulu, Ketua Kampungdan Ahli JKKK telah di adakan dalam bentuk 2 sesi di Daerah Klang.
Sesi pertama di sebelah pagi telah di adakan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang di mana pihak JKKK dan Penghulu berpeluang mendengar taklimat mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ), Skim Mikrokredit dan Garispanduan Tatacara Kerja JKKK di ikuti dengan majlis dailog.
Sesi kedua ialah turun padang ke Kg Sg Serdang di mana wakil YAB Menteri Besar, Datuk Termidi bin Omar, selaku Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah di beri taklimat mengenai aktiviti penduduk Kg Sg Serdang yang antara lain membekalkan telur masin, membuat kerepak ubi dan pisang, membuat gentian kaca, bengkel ukiran kayu dan butik pakaian.






PAS Kawasan Gerik

Posted: 27 Oct 2010 09:09 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Sekitar gambar-gambar penamaan calon galas gua musang

Posted: 26 Oct 2010 08:52 PM PDT


























Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 27 Oct 2010 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Laporan Audit 2009 N.Sembilan dedah beberapa kelemahan

Posted: 26 Oct 2010 07:03 PM PDT

Berikut beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009. Untuk laporan penuh sila ke laman web www.audit.gov.my . Penyenggaraan jambatan dan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan.

Hutang Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Pada akhir tahun 2009, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM259.06 juta atau 12.1% kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2008.

Pada keseluruhannya hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009
berjumlah RM247.79 juta iaitu berkurangan sejumlah RM12.91 juta atau 4.9%
berbanding tahun 2008 berjumlah RM260.70 juta.

Kadar Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada 13 negeri iaitu 53.1%. Bagi tahun 2008 dan 2009 tiada perubahan bagi NRW di Negeri Sembilan di mana masih kekal di tahap melebihi 50% berbanding tahap kebangsaan pada kadar 37%.

Majlis Perbandaran Port Dickson. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti seperti ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan aspek pemantauan yang tidak teratur. Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan dengan baik dan selesa oleh orang awam antaranya seperti permukaan jalan yang rosak, bahu jalan berlubang dan tidak sempurna, jalan pecah selepas diturap semula dan pembersihan longkang yang tidak sempurna.

Kelemahan pengurusan secara keseluruhannya dilihat dari aspek pembayaran balik pinjaman. Sehingga tahun 2009, tunggakan bagi bayaran balik pinjaman adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada keseluruhan pinjaman berjumlah
RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam.

Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan
merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah dan tunggakan sewa serta tunggakan pinjaman dari Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan.

Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan
Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Prestasi kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tempoh tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB.

LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2009

AKTIVITI JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI

1. Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan - Pengurusan Penyenggaraan Jambatan
Di Jalan Negeri

Pada keseluruhannya, pengurusan penyenggaraan jambatan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah JKR Negeri tidak mengguna pakai garis panduan yang disediakan untuk menjalankan pemeriksaan jambatan jalan negeri seperti mana yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jambatan bagi jalan-jalan persekutuan dan daftar inventori jambatan di jalan negeri yang tidak lengkap. Tindakan segera perlu diambil
bagi memantapkan dan mempertingkatkan pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan-jalan negeri.

2. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Dan Tanah,
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Dan Badan Kawal Selia
Air Negeri Sembilan - Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan
Pasir Serta Kesannya Terhadap Alam Sekitar

Kajian Audit mendapati pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran yang mengakibatkan penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai di kawasan yang ada aktiviti pengambilan pasir. Semakan juga mendapati syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang dikeluarkan oleh JPSNS tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang berperanan melindungi pencemaran sungai oleh Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan tidak dilaksanakan.

3. Majlis Perbandaran Port Dickson - Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya
Terhadap Alam Sekitar

Tapak pelupusan sisa pepejal di Sua Betong dan Bukit Palong merupakan dua tapak yang diselia oleh pihak MPPD. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian audit ini dijalankan seperti longgokan sisa pepejal secara haram, ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan aspek pemantauan yang tidak teratur. Tindakkan penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah haram dan pemantauan pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal perlu dipergiatkan lagi oleh MPPD bagi memastikan kelemahan dapat diatasi.

4. Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
- Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan dengan baik dan selesa oleh orang awam antaranya seperti permukaan jalan yang rosak, bahu jalan berlubang dan tidak sempurna, jalan pecah selepas diturap semula dan pembersihan longkang yang tidak sempurna. Pihak Majlis hendaklah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan jalan raya secara berkala bagi memastikan jalan raya dalam keadaan selamat.

5. Yayasan Negeri Sembilan - Pengurusan Pinjaman Pendidikan

Kelemahan pengurusan secara keseluruhannya dilihat dari aspek pembayaran balik pinjaman. Sehingga tahun 2009, tunggakan bagi bayaran balik pinjaman adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada keseluruhan pinjaman berjumlah
RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam. Yayasan perlu mengkaji kemampuan dalam memberi pinjaman pada masa akan datang untuk kekal sebagai badan pemberi pinjaman pendidikan. Kelemahan lain yang diperhatikan ialah masalah yang dihadapi oleh Yayasan untuk memproses dan menjana maklumat yang tepat dan kemas kini daripada Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (SPPYNS) kerana teknologi yang jauh ketinggalan. Usaha untuk menggantikan
SPPYNS juga didapati belum berhasil kerana sistem baru gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun telah lebih daripada tiga tahun dibangunkan dan belum diserahkan kepada Yayasan.

6. Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

Kadar NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada 13 negeri iaitu 53.1%. Bagi tahun 2008 dan 2009 tiada perubahan bagi NRW di Negeri Sembilan di mana masih kekal di tahap melebihi 50%
berbanding tahap kebangsaan pada kadar 37%. Pada tahun 2008, SAINS menganggarkan kehilangan hasil dari NRW berjumlah RM40 juta setahun. Beberapa isu yang ditemui antaranya kadar NRW yang tidak mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pengiraan imbangan air tidak tepat dan peningkatan semula kadar NRW. Kelemahan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan kakitangan dalam penyenggaraan dan pemantauan secara berterusan serta kepakaran dan peralatan yang tidak mencukupi. Pada keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan dan memerlukan penambahbaikan bagi mengekalkan kadar NRW selaras dengan objektif NRW SAINS.

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

7. Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd.

Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan
merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Modal
dibenarkan adalah RM5 juta dan setakat Jun 2008 modal berbayar berjumlah RM3.55 juta. GASB menjalankan perniagaan pendidikan di dua buah pusat pengajian di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah dan tunggakan sewa serta tunggakan pinjaman dari Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan. Prestasi kewangannya yang dilihat daripada margin keuntungan menunjukkan pulangan negatif yang semakin meningkat sementara trend nisbah semasa semakin menurun dari tahun 2006 hingga 2008. Kelemahan yang dikenal pasti memerlukan langkah mengurangkan kos operasi, melupuskan aset yang usang, menstrukturkan semula organisasi dan mempromosikan produk syarikat dengan lebih agresif.

8. Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd.
Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan
Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Objektif penubuhan LCSB adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran kritikal iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar. LCSB menguruskan tiga buah pusat tuisyen milik Yayasan iaitu di Rantau dan Simpang Pertang yang mula beroperasi pada tahun 2008 serta di Palong 5 yang mula beroperasi pada tahun 2009. Pengurusan aktiviti utama syarikat tersebut adalah baik tetapi terdapat beberapa kelemahan seperti misi dan wawasan syarikat tidak ditentukan, penyediaan bajet yang tidak realistik, pemeriksaan fizikal ke atas aset tidak dilaksanakan, pembaikan dan pelupusan aset tidak dilakukan serta pemantauan fizikal serta lawatan ke pusat tuisyen tidak direkodkan. Prestasi kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tempoh tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB. Oleh itu LCSB perlu mempertingkatkan strategi untuk memperbaiki kedudukan kewangan sekurang-kurangnya dapat mengatasi kerugian terkumpulnya.

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2009

b) Kutipan Hasil Sebenar Tahun 2009 Berbanding Tahun 2008
Pada keseluruhannya hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009
berjumlah RM247.79 juta iaitu berkurangan sejumlah RM12.91 juta atau 4.9%
berbanding tahun 2008 berjumlah RM260.70 juta. Pengurangan hasil tersebut
adalah disebabkan oleh pengurangan hasil cukai sejumlah RM2.01 juta atau 1.7%
kepada RM113.51 juta pada tahun 2009 berbanding RM115.52 juta pada tahun 2008.
Terimaan bukan hasil juga berkurangan sejumlah RM17.59 juta atau 21.8% kepada
RM63.02 juta pada tahun 2009 berbanding RM80.61 juta pada

4.8.3 Hutang Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan
Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Pada akhir tahun 2009, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM259.06 juta atau 12.1% kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2008. Baki berjumlah RM2.4 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Bekalan Air, Rumah Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai. Peningkatan baki pinjaman antaranya adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM278.19 juta pada tahun 2009. Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2009 berbanding tahun 2008 adalah seperti di Jadual 4.36.

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

























Pemuda Bersamamu v3

Posted: 27 Oct 2010 09:02 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


N45 Galas : Sekitar hari penamaan calon

Posted: 26 Oct 2010 05:54 PM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura






















































































BLOG PEMUDA PAS LANGKAP

Posted: 27 Oct 2010 07:33 AM PDT

BLOG PEMUDA PAS LANGKAP


Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Posted: 26 Oct 2010 07:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi 'pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.


"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Nasrudin juga melihat apa yang dirancang oleh kerajaan pimpinan Najib sebagai suatu yang mundur, bersifat jahiliah dan tidak sepatutnya terfikir oleh seorang pemimpin di dunia moden kini.

"Langkah ini, langkah mundur kebelakang kerana negara sepatutnya dipacu untuk menjadi negara maju kehadapan dengan mendidik rakyat kerja keras dan menjadikan rakyat berdikari, rajin dan bermoral, tetapi malan dia mahu menjadikan rakyat malas, bodoh dan tenggelam dalam dunia hiburan," katanya.

Nasrudin juga hairan pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memperbanyakkan program-program hiburan, berbeza dengan zaman Dr Mahathir yang tidak menjadikan hiburan sumber utama dalam penjanaan ekonomi.

"Saya bukan menolak hiburan, tetapi menjadikan hiburan sebagai suatu tumpuan, industri besar akan melumpuhkan modal insan dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan modal insan," tambahnya.

i n t a n h i j a u

Posted: 27 Oct 2010 07:27 AM PDT

i n t a n h i j a u


MALAYSIA JADI HUB PUSAT HIBURAN MALAM....hang gila ka...!! / مليسيا جادي هوب ڤوست هيبورن مالم....هڠ ݢيلا کا

Posted: 27 Oct 2010 06:17 AM PDT


















Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pengikut