Isnin, 7 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 07 Feb 2011 11:16 PM PST

PAS TELUK INTAN


kelantan di sisih bagi misi keselamatan pelajar malaysia, najib cakap tidak serupa bikin

Posted: 07 Feb 2011 05:10 AM PST

Benarkah operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik?
Kalau betul, mengapa wakil Kelantan yang ditawarkan pada awalnya menyertai misi menghantar bantuan ke Kaherah 2 Febuari lalu diketepikan?
Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob berkata, pada awalnya beliau ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar bantuan ke Mesir.
"Saya telah serahkan passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab Putera Malaysia.
"Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang 1Malaysia.
"Saya kata saiz badan saya XL tetapi mereka beri saiz L jadi saya kata tidak padan, kalau pakai akan jadi macam pembalut nangka. Namun mereka minta ambil juga," katanya sambil mempamerkan baju itu pada ceramah solidariti kebangkitan di Timur Tengah di Putik malam tadi.
Sebelum itu diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Mohamad Mustafa.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata misi bantuan ke Mesir untuk kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.
Zulkapli berkata, selepas pihak penganjur tahu beliau membawa sejumlah wang untuk diberi kepada pelajar Kelantan di Mesir, ada sahaja helah dilakukan bagi menghalangnya.
duit sejumlah RM120,000 diberi kerajaan negeri untuk dibawa ke Kaherah bagi membantu pelajar Kelantan di sana. Ini kerana mereka menghadapi masalah kewangan berikutan bank tidak beroperasi.
"Pihak penganjur memberitahu saya tidak boleh terbang bersama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan.
"Saya pun hairan barangan bukan diletak di tempat duduk penumpang sebaliknya dalam perut kapal terbang. Mereka minta saya tunggu penerbangan keesokan harinya.
"Dan selepas berjam-jam menunggu dan tidak mendapat sebarang respons saya mendapatkan sendiri tiket menggunakan penerbangan SIA yang mengambil masa 25 jam untuk sampai ke Kaherah,
Beliau bersyukur dapat sampai juga ke Mesir biar pun diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.
ketika sampai di sana beliau disambut pelajar dan diagihkan wang untuk mereka membeli bekalan makanan.
"Saya hairan Perdana Menteri kata misi bantuan tidak ada unsur politik, sedangkan usaha wakil kerajaan Kelantan menyertai sama misi bantuan disisihkan,
Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail,
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Selain itu Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,
anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Teras,
Azmi Abdul Hamid serta wakil Palestin.
Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Difahamkan Kelantan satu-satunya negeri yang menghantar bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir. Zulkapli kembali dari Kaherah pagi semalam.

Peghelih La...

Posted: 07 Feb 2011 11:15 PM PST

Peghelih La...


Perbaiki gerakerja, jangan mudah berpuashati: Ketua Pemuda Pusat

Posted: 07 Feb 2011 06:39 PM PST


KANGAR - Jentera Pemuda PAS perlu sentiasa memperbaiki gerakerja yang sedia dan jangan berasa mudah berpuashati, demikian pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurutnya, Pemuda PAS perlu lebih peka dan responsif kepada keadaan sekeliling khususnya dalam suasana politik negara yang cepat berubah.

"Kita berada dalam era maklumat yang begitu cepat, jadi pemuda PAS perlulah lebih agresif, kreatif dan responsif dalam menangani semua ini. Manfaatkan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk kita menyalurkan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perjumpaan Pemuda PAS Pusat bersama jentera Pemuda PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini Sabtu lalu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Manakala jentera Pemuda PAS Perlis pula dihadiri Eco Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan.

Jamuan Tahun BAru Cina di rumah Ketua DHPP Perlis

Posted: 06 Feb 2011 11:45 PM PST

Cikgu Khoo (kanan sekali) melayani tetamu yang hadir

JEJAWI - Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pimpinan PAS Perlis turut menghadiri majlis jamuan yang dianjurkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis, Khoo Yang Chong.

Majlis diadakan di kediaman beliau di Taman Utara dekat sini.

Kemeriahan majlis dapat dirasakan dengan tuan rumah serta Jawatankuasa Lajnah saling menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

Antara barisan pimpinan yang hadir ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis, Hairy Hashim; Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam; Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Abdul Zakaria, Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional serta ahli DHPP Perlis.

Salam Perjuangan

Posted: 07 Feb 2011 11:09 PM PST

Salam Perjuangan


PRK MERLIMAU - PENJELASAN ZULKIFLI SULONG

Posted: 07 Feb 2011 12:46 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Feb 2011 09:23 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Pidato Pemuda 13 Feb 2011 Seremban

Posted: 07 Feb 2011 04:49 PM PST

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 13 Feb 2011, AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Senawang
Pemidato :
Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Ust Azman Sapawi, Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor
Ust Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

PEMUDA PEJUANG RAKYAT !

Semua Dijemput Hadir

PAS KDAS 3

Posted: 07 Feb 2011 09:20 PM PST

PAS KDAS 3


KEMELUT DIMUARA KASIH...

Posted: 06 Feb 2011 11:58 PM PST



ape benda la yang kita ada sampai rasa perlu untuk tayang2 pada org...berlagak???poyo??mcm bagus??gaya gud2??mana asal semua perkataan ni...kita datang dari duania yang sama bepijak atas paksi yang sama...

lihat kiri dan kanan ada tak yang pelik??...sudah tentu itu bukan alasan untuk orang yang sentiasa megah dengan ada dirinya yang dirasakan lebih layak menerima kemasyuran dari orang lain...ahh menyampah!! nada benci mula terkeluar...

lihat jam baru pukul 3.15 petang...seharian meninjau gelagat manusia sehingga cinta aku pada gelagat manusia semakin tinggi sehingga tidak senang duduk dibuatnya....sukar untuk mengerti namun tidak sukar untuk didekati..mereka yang bernama rakyat pencari ilmu...tidak tinggi mana darjat ilmu mereka namun sedikit pon tidak rasa diri kecil...hilang hormat sebagaimana hormat hang tuah pada raja zalim...tidak sedikit nampak harga diri terpancar dari raut wajah mereka yang mentah...tidak ada lagi kata-kata manis saat mereka bergelak ketawa...kata-kata lucah jadi santapan telinga meneroka isu pagi dan petang...

aku hanya ketawa kecil dan geleng kepala...turun lif cari makan...perasan ada mata memerhati atas dan bawah...malu ku tahan jua...buat2 x perasan...teringat kata2 oleh seorg pelajar ku...mereka hanya memandang susuk tubuh yang dpt mengiurkan mereka...tidak kira lelaki dan perempuan...mungkin itu menjadi faktor utama lelaki mendekati wanita dan wanita mendekati lelaki...tiba-tiba ada suara jahat cuba menghasut aku....

lekas2 aku balik ke bilik sambung kerja...aku semakin x mengerti dunia yang  penuh dengan noda...sampai keliru tahap dimana aku...x tau mana level aku disisi tuhan...takut menyelubungi namun atas tugas ku teguhkan jua...mungkin suatu hari nanti aku dapat membawa diriku kenal dunia dan isi...atau mungkin persoalan tinggal persoalan saat semua habis ditelan kerana bumi tak larat lagi...sadis derita menghadapi kemelut kecundang dek jahiliah alaf baru yang lebih teruk dari jahiliah dahulu...

sekelumit kasih tiada lagi...

bunyi macam sajak...tapi ni dunia remaja...nak tarik balik...ish! bukan main tarik tali...geli, berdosa, terasa sedikit...tiadakah jalan untuk kita kembali tenang...alkohol, judi, seks, pagang2 tangan, clubbing, rempit, dah jadi mainan anak muda sekarang...kadang-kadang aku pon leh terikut sama dek tiada iman yang kuat...ish!

boleh hitung siapa punca???

back to bottom...
lahir seorang anak yang umpama kain putih bersih...kasih sayang ibu bapa diberi ikut acuan mereka...seperti kuih yang memerlukan acuan...betul acuan, cantik dan menjadi kuih tersebut, kalo salah? buruk dan tak sanggup nak makan...namun jika kuih yang salah acuan kita mampu buat balik namun tidak pula anak yang terpesong... ibu bapa sendiri biarkannya...

apa erti sayang...menagih sayang sehingga mencari kemelut di celah2 muara kasih ibu dan bapa...sehingga akhirnya cuba dapatkan perhatian manusia lain...serah sahaja tubuh mereka biar dimamah manusia rakus kerana mereka sahaja yang membiarkan diri diperlakukan seperti binatang..."murah" kata2 jijik siapa yang mendengar namun itu yang dilakukan...mungkin tak perasan  tapi sedarlah kenyataan. apa lagi yang tak dapat???anak org kaya atau miskin sama sahaja...sampai sudah hilang simpati insan nurani...seperti semua tidak boleh dipercayai...

sehingga mereka meningkat remaja...bebas ke mana sahaja...erm...
esok lihat lagi gelagat mereka....mungkin ada idea mencurah2 untuk kita hitung bersama...

yang benar>>
orang yang menyayangi adik2ku...

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 07 Feb 2011 09:12 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Malaysian politician faints on hearing graft charges

Posted: 07 Feb 2011 06:41 AM PST

ANN - Tuesday, February 8

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A politician from Malaysia's ruling party fainted suddenly in a Sessions Court here on Monday when a court interpreter read to him his amended bribery charges, shocking everyone in the court.

Abd Ghani Ismail, 45, division chief of United Malays National Organisation (Umno) - Pandan branch, fell sideways with a loud bang. His wife, a relative, the intepreter and two lawyers rushed to the dock to help him sit up.

Sessions Court judge Rozilah Salleh immediately adjourned the court proceedings briefly.

His lead counsel M. Athimulan asked him to lean down. His wife wiped the sweat off his face and asked him to remove his coat.

A court policeman asked Abd Ghani if he was diabetic but he responded that he had fainted because "he had walked far".

More please click below link

Source: Yahoo News

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Feb 2011 07:49 PM PST

Rembau Hari Ini


Pidato Pemuda 13 Feb 2011 Seremban

Posted: 07 Feb 2011 04:50 PM PST

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 13 Feb 2011, AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Senawang
Pemidato :
Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Ust Azman Sapawi, Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor
Ust Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

PEMUDA PEJUANG RAKYAT !

Semua Dijemput Hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Feb 2011 07:43 PM PST

PAS Kawasan Miri


Masanya Tiba Rakyat Bangkit Menagih Semua Janji-Janji BN

Posted: 07 Feb 2011 08:36 AM PST

RAKYAT TAGIH JANJI SHAZIMAN ABU MANSOR!

Miri, 7 Februari 2011 - Rakyat Miri khususnya penduduk Bandar Baru Permyjaya, Pujut 7, Tudan hingga ke Kuala Baram masih menunggu projek ini. Lawatan kerja Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke Miri Oktober 2010 telah merungkaikan segalanya. Projek ini sepatutnya dilaksanakan bermula November 2010, iaitu meliputi pembesaran Jalan Pujut 7 ke Kuala Baram iaitu dari satu lorong ke dua lorong sepanjang 15 kilometer, penukaran bulatan Pujut 7 ke lampu isyarat serta melebarkan Jambatan Pujut 7. (klik disini)

Beliau sendiri turut memberi jaminan perkara ini;
RM120 juta bagi atasi kesesakan trafik ke Kuala Baram.
"Sebagai permulaan pada tahun ini kita akan membelanjakan RM30 juta manakala selebihnya untuk fasa seterusnya tahun depan."

"Kementerian memberi keutamaan pada projek ini supaya boleh disiapkan dalam RMK10 yang mana kita percaya bahawa projek ini apabila siap kelak akan memberi banyak faedah kepada seluruh warga Miri khasnya pengguna jalan raya di kawasan Pujut, Tudan, Kuala Baram dan Senadin,"

"Saya difahamkan, jalan di ketiga-tiga kawasan ini dibina sejak 10 tahun lalu dan kini tidak mampu menampung jumlah penduduk yang kian meningkat. Keadaan sesak semakin buruk semasa waktu puncak iaitu pagi dan petang."

"Sehubungan itu, saya telah merujuk perkara ini kepada bos Kementerian Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan agar projek ini disegerakan,"

Semalam Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dataran Kipas, Miri. Sepatutnya beliau memberi maklumat pembangunan kepada rakyat Miri khasnya perkara ini. Tapi, malang kepada pengunjung yang hadir apabila ucapan beliau berkisar pada politik semata-mata (klik disini). Rakyat tidak mahu dengar perkara ini, rakyat mahu janji ditunaikan, rakyat mahu projek pembangunan dan kemudahan prasarana dilaksanakan dengan segera setelah peruntukan diluluskan.

Jangan berjanji mengikut sedap mulut, selang beberapa bulan lori, jentolak dan jengkaut mengorek dan mengangkut tanah dan sehingga ke tahun ini tiada apa perkembangan dari projek tersebut. Papan tanda Projek Kerajaan juga tiada, yang ada cuma papan tanda syarikat pemaju yang hendak mendirikan rumah kedai.

Setiap hari apabila waktu kemuncak iaitu jam 6.00 pagi, 12.00 tengahari dan jam 5.00 petang, sepanjang jalan bermula dari bulatan Pujut 7 hingga ke Jambatan Pujut 7 mengalami kesesakan trafik yang amat teruk.

Kami menagih janji Datuk Shaziman Abu Mansor! Dan kepada YB Peter Chin Fah Kui, rakyat Miri sepatutnya 'happy' (klik disini) sekiranya Tuan selaku Menteri yang sering bersemuka dengan Menteri Kerja Raya dan Perdana Menteri setiap kali bermeyuarat kabinet atau di Parlimen menyuarakan perkara ini, tetapi Tuan gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

INGAT! JANGAN SAMPAI RAKYAT MUAK DENGAN JANJI-JANJI KERAJAAN!

masalahrakyat

Penduduk Kampung Tudan Masih Lagi Menumpang Di Tanah Sendiri

Posted: 07 Feb 2011 03:29 AM PST

NASIB PENDUDUK TUDAN TERUS DIBELENGGU KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN
Sumber Berita dari NGO HAK Tanah Sarawak

Penduduk kampung sedang diberi taklimat dari pihak penganjur tentang masalah tanah yang dihadapi oleh mereka.

Miri, 6 Februari 2011- Nasib kira-kira lebih dari 50 keluarga yang mendiami di sekitar Kampung Tudan yang masih tidak mendapat hak tanah milik kekal semakin mendapat perhatian umum dan juga pihak NGO. Semalam, sebuah NGO yang baru ditubuhkan untuk membela nasib rakyat dalam isu tanah telah hadir untuk mendengar sendiri masalah penduduk kampung terbabit, Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK) telah mengadakan sesi aduan rakyat di kampung tersebut. Sesi aduan rakyat itu, diadakan bagi tujuan membantu pihak penduduk terbabit dalam membuat permohonan tanah dengan pihak berwajib. Penduduk di sekitar kampung tersebut, dilaporkan telah diarah berpindah secara paksa rela dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Canada Hill dan Kampung Lereng Bukit sejak enam tahun yang lepas. Pemindahan mereka yang dikatakan dibuat secara paksa itu tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya termasuk tidak mendapat pampasan yang adil. Tambah mengecewakan lagi, tanah lot penempatan baru yang diberikan kepada mereka di sekitar Kampung Tudan ini masih tidak mendapat status hak milik kekal sehingga sekarang.

Penduduk yang ditemui di majlis aduan rakyat semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan lembab pihak berkuasa tempatan dalam usaha membantu menyelesaikan isu tanah mereka.
"Pihak berwajib kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu kami. Lebih menghairankan, apabila ada golongan yang berpendapatan tinggi pun mendapat lot tanah di kampung ini, sedangkan pada waktu yang sama, kami golongan yang miskin masih tidak diberi lot tanah kekal" kata seorang ibu tunggal.

Penduduk terbabit juga jelas bimbang dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka bakal diarah pindah ke kawasan baru tidak lama lagi. "Kami bimbang akan diarah berpindah ke kawasan baru jika hak milik tanah kami masih tidak mendapat status hak milik kekal" ujar seorang lagi penduduk yang ditemui.
Menurut penyelaras Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK), saudara Arif yang ditemui semalam, tujuan penubuhan NGO tersebut bukanlah untuk menjanjikan tanah kepada penduduk, namun seketariat ini membantu penduduk terbabit membuat permohonan dan bertindak sebagai orang tengah diantara penduduk terbabit dan pihak berkuasa tempatan.

"Kami bukanlah wakil kerajaan, yang boleh menjanjikan apa-apa. Kami di sini sebagai pembantu dan penghubung antara penduduk terbabit dengan pihak berkuasa tempatan. Yang penting, penduduk bersatu dan berkerjasama dalam menjayakan permohonan tanah mereka" kata Arif yang ditemui selepas majlis semalam.
"Tanah Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan Hak rakyat Sarawak untuk mendapat tanah di negeri ini sepatutnya diberi keutamaan oleh pihak kerajaan. Kami akan mengadakan tindakan susulan dengan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit secepat yang mungkin di samping membantu penduduk terbabit membuat permohonan tanah mereka secara sah dan mengikut undang-undang. Kami berikrar akan membantu penduduk terbabit dalam usaha untuk mendapatkan hak tanah mereka" tambah Arif lagi.
Isu tanah Sarawak, yang sering kali dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih belum mempunyai penyelesaian yang sewajarnya sehingga hari ini.


PS: Sumber berita ini diterima dari pihak NGO Tanah Sarawak untuk diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan agar sesuatu tindakan boleh diambil dengan segera agar masalah penduduk yang terbabit diberi perhatian dan pembelaan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Pihak PAS dan Pakatan Rakyat sedia membantu sesiapa saja yang menghadapi masalah tanah mereka agar usaha mereka selama ini untuk mendapat hak milik tanah sendiri sewajarnya sudah lama ditunaikan. Kiranya pihak kerajaan BN benar-benar membantu dan membela rakyat marhaan sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku lebih-lebih lagi Sarawak tanahnya luas seluas Semananjung Malaysia. Jangan menyusahkan rakyat dengan bebanan premium tanah yang tinggi dimana golongan miskin sukar sekali untuk mendapatkannya. Biarlah berlaku adil untuk semua. Jangan memberi keutamaan hanya kepada syarikat kroni2 saja sedangkan banyak lagi rakyat yang belum memiliki tanah sendiri. Bah kalau kerajaan BN sudah tidak mampu berlaku adil untuk rakyat berilah peluang pada PAS dan PAKATAN Rakyat pula untuk memerintah Sarawak ini. InsyaAllah pasti ada perubahan.

DPPK PARIT

Posted: 07 Feb 2011 07:37 PM PST

DPPK PARIT


Penyanyi Hina Quran Di KLCC, Haramkan Masuk M'sia!

Posted: 07 Feb 2011 08:12 AM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 07 Feb 2011 07:28 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Elak Pilihanraya Pelabuhan Klang

Posted: 07 Feb 2011 04:28 PM PST

Beberapa kes sebelum ini apabila percubaan untuk mengelak pilihanraya dibuat maka pilihanraya kecil lain terpaksa diadakan disebabkan kematian ADUN atau Ahli Perlimen.
________________________
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan status ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah sehingga 17 Feb ini. Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi interim terhadap SPR, sementara menunggu saman pemulanya bagi satu deklarasi bahawa beliau masih ADUN kawasan berkenaan didengar.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said yang mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam (kanan) Harun untuk Badrul Hisham.

Badrul Hisham memfailkan permohonan pada 28 Jan lalu bagi menghalang SPR daripada mengadakan pilihan raya kecil di kawasan berkenaan, atau mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Sebelum itu, pada 24 Jan, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharkan mahkamah bahawa beliau masih ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.

Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas sebagai tidak sah dan batal kerana ia melangkaui perlembagaan Selangor.

Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong atas alasan Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang sebab munasabah.

Badrul Hisham yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, meninggalkan parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Beliau menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

- Bernama

PAS Bertanding di Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:18 PM PST


Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan. Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu. "Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan," katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Ditanya jika PAS akan meletakkan calon wanita seperti yang dilakukan mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang bulan lalu, Abdul Hadi berkata: "Tunggu dan lihat". Katanya parti itu akan menggerakan jentera pilihan raya dan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan. "Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah. "Lazimnya calon adalah orang tempatan," kata Abdul Hadi.

Turut serta pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya. DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Sementara itu, seorang pemimpin pemuda PAS kawasan Jasin berkata mereka telah memajukan kepada PAS Melaka, dua orang calon pemuda PAS kawasan berkenaan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau 6 Mac ini. Kedua-dua calon tersebut telah dimajukan ke PAS Melaka, seminggu selepas kematian wakil rakyat BN.

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon tersebut, tetapi berkata kedua-dua mereka adalah ahli jawatankuasa PAS kawasan Jasin dan anak tempatan. Katanya, seorang daripada mereka adalah exco pemuda kawasan tersebut.

Tambahnya, ada kemungkinan bilangan calon bertambah mengikut pertimbangan PAS negeri sebelum dimajukan kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 Feb 2011 03:37 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Perjuangan menegakkan bangsa (assobiah) adalah perjuangan kaum jahiliah.

Posted: 07 Feb 2011 09:03 AM PST


Oleh: Kalambatu

"Mengapa orang Melayu yang mengaku berugama Islam masih lagi memilih pemimpin yang memperjuangkan assobiah fahaman tinggalan zaman jahiliah? Malah ada juga yang berpendapat memperjuangkan suku bangsa (assobiah) tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana tidak menzalimi orang lain. Lantaran itu, berlakukan perlakuan cantas-mencantas sesama mereka didalam pertubuhan kebangsaan mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, "Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiah" (Hadis riwayat Abu Daud).

Dengan hanya menyeru kepada Assobiah pun susah mencukupi untuk sesaorang itu terkeluar dari umat Nabi Muhammad saw. Inikan pula meletakkan perjuangan atau nama suku kaum seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO-BN), Persatuan China Muslim (MACMA), Persatuan India Muslim (PERMIM), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan macam-macam lagi yang kesemuanya mengaku Islam tetapi pada hakikatnya masing-masing memperjuangkan kepentingan suku bangsa masing-masing. Mengapa tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan seperti menamakan persatuan itu sebagai Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Islam Malaysia, Kongres Islam Malaysia atau seumpamanya, yang tidak langsung menyentuh tentang suku bangsa?

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw menjelaskan maksud "assobiah" melalui sabdanya yang mafhumnya, " Assobiah ialah jika kamu membantu kaum kamu diatas kezaliman" (Riwayat Abu Daud).

Kedua-dua hadith diatas jelas mengaitkan antara assobiah dengan kezaliman. Perjuangan menegakkan suku bangsa biasanya tidak terlepas dari berlakunya kezaliman keatas suku bangsa yang lain. Apatah lagi bila maksud assobiah dirujuk sebagai "kaum kamu". Ia boleh sahaja bermaksud diantara satu puak dengan satu puak, antara satu kumpulan dengan satu kumpulan, atau antara kaum kerabat (satu kroni) dengan kroni yang lain. Kezaliman disini bermaksud: Tidak memberikan sesuatu itu haknya yang sebenar. Hak yang hakiki adalah menjalani kehidupan dengan bertuhankan Allah, dan menyeru manusia supaya bertuhankan Allah (amal maaruf nahi mungkar), atau sekurang-kurangnya hak untuk mendengar seruan kepada agama Allah.

Sekiranya ada sekumpulan manusia menyeru kepada agama Allah dan mereka itu dihalang-halangi untuk berbuat demikian oleh sesuatu puak, bermakna mereka telah dizalimi oleh puak yang zalim. Inilah yang berlaku terhadap pendokong PAS yang dizalimi dari dulu sehingga kini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya: "Tolonglah saudaramu, baik ia orang yang zalim, mahupun yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya, wahai Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana untuk kami menolong orang yang zalim? Rasulullah saw menjawab: kamu tegahlah ia daripada melakukan kezaliman"

Allah berfirman yang tercacat dalam surat hud, ayat 113 yang mafhumnya: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan".

Dalam mentafsirkan ayat ini, Ulama tafsir menjelaskan bahawa memadai dengan hanya adanya kecenderungan kepada orang zalim, sudah mencukupi untuk orang tersebut dimasukkan kedalam neraka, inikan pula jika orang itu benar-benar melakukan kezaliman.

Tidakkah dengan mengundi atau melantik orang-orang yang memperolok-olokkan hukum-hakam Allah sebagai pemimpin atau wakil rakyat sudah memadai bagi Allah untuk mencampakkan orang itu kedalam neraka? Tidakkah menakut-nakut orang-orang bukan Islam dengan hukum hudud bukan suatu kezaliman? Bukankah dengan mengatakan: "Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai kekawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahu undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri" bukan suatu kezaliman. Bukankah dengan adanya kecenderungan menyokong orang yang berlaku zalim seperti ini suatu kezaliman seperti yang dimaksudkan oleh ayat diatas? Tidakkah Allah telah memberi amaran akan mencampakkan kedua-dua golongan ini, orang yang menyokong dan orang yang melakukan kezaliman, kedalam Neraka? Mengapa kecoh bila ada yang mendakwa jika menyokong UMNO-BN masuk Neraka?

Kita sepatutnya sedar bahawa memperjuangkan suku bangsa adalah amalan orang-orang di zaman jahiliah. Jihiliah disini bukan bermaksud bodoh, buta huruf atau kaum yang tidak bertamaddun. Perlu ditegaskan, semasa zaman jahiliah, orang-orang Arab cukup maju dalam kesusasteraan Arab. Sebab itu apabila Al-Quran diturunkan, mereka cukup terpesona dengan keindahan bahasa Al-Quran. Maksud jahiliah disini adalah jahil dari mengenal Allah, tuhan yang menciptakan Alam. Alam bermaksud segala sesuatu yang baru.

UMNO-BN beria-ia mendabek dada mendakwa ia parti yang memperjuangkan "Islam yang sebenar". Dalam masa yang sama ia juga beria-ia benar menonjolkan diri sebagai pejuang bangsa Melayu. Dari kata-kata pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang, mereka akan melaungkan perjuangan untuk memertabadkan bangsa (istilah sekarang ini negara bangsa) dan Agama. Sedangkan memperjuangkan suku bangsa adalah amalan orang-orang di zaman jahiliah.

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 Allah telah berfirman yang mafhumnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..... "

Dalam ayat ini, dapat difahamkan bahawa Allah tidak melarang kita memperjuangkan puak atau suku bangsa masing-masing. Tetapi dalam masa yang sama Allah juga tidak menyuruh kita memperjuangkan puak atau suku bangsa masing-masing. Apa yang Allah suruh adalah "supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain". Apabila Allah tidak melarang dan tidak pula menyuruh untuk berbuat sesuatu, maka jika ia dilakukan juga bermakna usaha tersebut sia-sia disisi Allah, tidak mendapat redo dan rahmat Allah.

Seterusnya dalam ayat tersebut, Allah berfirman yang mafhumnya "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)....." Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Allah iaitu menjadi orang yang bertakwa, bukan memperjuangkan suku bangsa. Bertakwa bermaksud takut yang menyebabkan ia tunduk dan patuh kepada segala yang diperintahkan oleh Allah secara total.

Dengan yang demikian, apakah benar pemimpin-pemimpin UMNO-BN memperjuangkan "Islam yang sebenar"? Adakah ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan "Islam yang tidak benar"? Adakah hukum hudud yang sering dijadikan modal dalam pilihan raya bagi menakut-nakutkan orang bukan Islam dan orang Islam sendiri adalah ciptaan atau tafsiran PAS seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO-BN?

Cuba renung firman Allah dalam surah Al-Maaidah, ayat ke 38, yang mafhumnya; Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan ayat ini, adakah hukum potong tangan merupakan hukum yang yang direka-reka oleh pemimpin-pemimpin PAS? Ingatlah amaran Allah dalam surah Al-An'aam ayat 93 yang mafhumnya; "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 14 pula Allah berfirman yg mafhumnya, "Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '.... "

Ayat ini sesuai sangat dengan keadaan Pemimpin-Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang. Mereka hanya sekadar mengaku Islam tetapi belum lagi beriman atau iman belum lagi meresap masuk kedalam hati dan sanubari mereka. Sekiranya mereka beriman pastinya mereka akan memperjuangkan Islam seperti yg diperjuangkan oleh ahli-ahli PAS dari dulu, kini dan selamanya. Sekiranya mereka beriman, pastinya mereka tidak akan memperlekeh, memperolok-olok undang-undang dan peraturan-peraturan yang diturunkan oleh Allah yang sedia terpelihara didalam Al-Quran. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang mengatakan undang-undang hudud itu ciptaan pemimpin-pemimpin PAS. Kalau begitulah keadaannya, adakah pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini masih lagi Islam? Adakah orang-orang Melayu amnya menyedari hakikat ini?? Atau mereka turut membenarkan apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin (UMNO-BN) mereka?? Kalau begitulah natijahnya, bermakna mereka ini sebenarnya jahil tentang Islam. Sayangnya mereka tidak menyedari apatah lagi mengakui kejahilan diri.

Fakta ini jelas. Ia terbukti dari perlakuan-perlakuan mereka dimutakhir ini. Peristiwa mengarak kepala lembu, kekecohan isu penggunaan istilah "Allah" oleh penganut ugama lain, menentang wakil rakyat bukan Islam berucap dimasjid, mempertikaikan orang bukan Islam membaca tafsir Al-Quran dan memandang serong apabila orang bukan Islam mengambil hujjah dari Al-Quran, dan macam-macam lagi. Adakah itu yang difahami oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan orang-orang Melayu pendokong perjuangan assobiah tentang Islam?

Apa yang dilakukan oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO-BN dari dulu hingga sekarang sesuai benar dengan firman Allah dalam Surah Al-Balad, ayat 6 yang mafhumnya, "Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan negara bangsa)". Secara mudah, mereka meletakkan fahaman memperjuangkan kebendaan atau ekonomi sebagai teras untuk mencapai kersejahteraan hidup didunia. Kepatuhan kepada ajaran Islam dilihat dari sudut material seperti pembinaan masjid yang besar-besar dan indah, pembinaan monumen atau bangunan yang berasaskan "senibina Islam" , pembinaan taman-taman tema tamadun Islam yang diwar-warkan sebagai bukti pemerintah memperjuangkan Islam dan seumpamanya.

Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara ibarat melepaskan batuk ditangga dan jelas sekali bertujuan untuk memperlihatkan seolah-olah pemerintah benar-benar memperjuangkan Islam. Tetapi yang jelas lagi nyata, terpapar dihadapan mata kita, betapa rosaknya akhlak dan akidah orang-orang Melayu hasil dari sistem pendidikan yang sedemikian itu selepas lebih 50 tahun ditadbir-urus oleh UMNO-BN. Berapa ramai orang melayu tidak mendirikan solat apatah lagi untuk memelihara solat. Berapa ramai anak-anak muda bersekududukan sehingga melahirkan anak dan anak-anak itu dibuang seperti sampah. Berapa puluhan ribu pula yang telah murtad samada terang-terangan memohon untuk murtad, atau tanpa disedari mereka telah murtad lantaran meperolok-olokkan perintah Allah atau disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Itulah ajaran Islam yang mereka faham sehingga agama Islam yang telah sempurna semenjak lebih 1430 tahun dahulu terpaksa dijenamakan semula untuk disesuaikan dan memenuhi tafsiran nafsu mereka dengan jenama baru "Islam hadhari" atau Islam yang bertamaddun. Dengan erti kata lain, samada tersurat atau tersirat, ia boleh ditafsirkan bahawa ajaran Islam yang telah diamalkan semenjak lebih dari 1430 tahun dahulu sebagai ajaran agama yang tidak bertamadun atau barbarik. Sebab itulah pemimpin-pemimpin dunia terutama dari Barat begitu teruja, berlapang dada dan memuji-muji usaha tersebut. Ia sebagai "rubber stamp" pengesahan bahwa perjuangan umat Islam yang tertindas diseluruh dunia selama ini adalah sebagai perjuangan "pengganas". Dan amat menyedihkan apabila pembaca-pembaca berita dimedia elektronik kongkongan kerajaan yang mengaku Islam dengan sedap mulut melaporkan pejuang-pejuang Islam sebagai pengganas.

Jelas sekali fahaman dan tafsiran pemimpin-pemimpin UMNO-BN tentang ajaran Islam jauh sekali dari yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Ia bercanggah dengan ajaran Islam yang meletakkan syarat "Takwa" sebagai asas untuk mencapai kesejahteraan kehidupan bukan sahaja didunia malahan berlarutan hingga keakhirat. Bahkan matlamat kehidupan semasa didunia bukanlah untuk membina tamadun "Hadhari" tetapi mengabdikan diri secara total kepada yang maha pencipta. Setiap gerak laku dan amalan akan diperhitungkan di Mahkamah Agong Robbul Jalil. Ini isu aqidah. Malangnya, terlalu ramai orang Melayu yang telah menjalani kehidupan sebagai seorang yang "merdeka" selama lebih dari 50 tahun tetapi masih jahil dalam agama.

Apabila sesaorang itu bertakwa bermakna ia menjalani kehidupan berasaskan prinsip-prinsip "dinul Islam" secara total yg dituntut oleh Allah. Sesunggunya, sekiranya mereka memperjuangkan "dinul Islam" secara total, dengan sendirinya, kesejahteraan hidup manusia keseluruhannya akan turut berkembang. Inilah yang dilihat dari keagungan kerajaan Islam silam. Malangnya, mereka tidak menerima hakikat ini lantaran keimanan yang amat tipis malahan sanggup pula mempersenda hukum hakam yg ditentukan Allah.

Kalambatu: Sila betulkan tafsiran-tafsiran dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith diatas sekiranya salah. Wallahu'alam"

MOTIVASI MERLIMAU

Posted: 07 Feb 2011 08:55 AM PST


Dia Pegang Panji Islam Dgn Dua Puntung Tangannya

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'tampan' di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan mengimpikannya.


Artikel Penuh

haramkan kemasukan penyanyi hina nabi

Posted: 07 Feb 2011 08:51 AM PST


Penghina Al Quran Gelar Konser di Kuala LumpurPenyanyi ini menghina Al-Quran, mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan. Malaysia masih berkerjasama?

KL 7 Feb 11: Kerajaan Malaysia perlu mengharamkan kemasukan penyanyi kontroversi Iran Mohsen Namjoo yang akan tampil di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre, beberapa hari lagi. Demikian pandangan dari editor Weblog Ibnu Hasyim.

Menurut beliau, penyanyi tersebut, adalah penyanyi yang menghina Al-Quran dalam lagu-lagunya. Pemerintah Iran juga telah menjatuhkan hukuman padanya, bahkan penyanyi ini menjadi buruan negara. Mahkamah Iran telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas penyanyi itu.

Sebelumnya, Namjoo menyatakan minta maaf atas tindakannya. Tetapi telah mencabut balik dan mengulang kembali kegiatannya ini. Namjo juga mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan.

Seorang penulis dan blogger terkenal, Feisal Tehrani memberitahu wartawanIRIB yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Indonesia, "Sangat disesalkan, tidak ada media-media lokal yang menentang konser penyanyi Iran yang terang-terangan menghina Al-Quran dan mendendangkan lagu tak sopan. Media-media Malaysia sudah seharusnya sensitif atas kasus ini."

"Ya!" kata editor Ibnu Hasyim. '"Sepatutnya pihak berwajib seperti JPM Bahagian Agama dan sebagainya patut bertanggung jawab, demi sensitifiti umat Islam."

Kepada blogger-blogar, sila panjangkan berita dan tuntutan ini segera! (Weblog Ibnu Hasyim/2MA)

(PANAS) ANAK TANGKAP IBU BER'DOGGY' DGN TIMB. KETUA UMNO

Posted: 06 Feb 2011 06:49 PM PST

Sial punye Timb. Ketua Cawangan UMNO, Pangsa Perdana yang juga Pengerusi Rukun Tetangga  ditangkap dengan isteri orang itu dikatakan merupakan Pekerja Am Rendah di sebuah universiti (standard UMNO). Selebihnya sila baca surat di bawah ini yang didakwa ditulis sendiri oleh suami wanita terbabit (copy dari blog Bujang Susah):-


(ini dia muka Rosli Alias itu.. yang belakang tue dah ade rupe perempuan tersebut)

(ini muka ibu sial tue yang semasa ditangkap tanpa seurat benang pun... ada tak iras-iras dengan yang muka kat atas) 

(ini plat keta barua UMNO tersebut... saman tertunggak PDRM sebanyak RM70 je... maklumat daripada DAPAT 32728...wakakaka)


(... ini berita daripada HM...)
(HM) KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun... (berita lanjut korg cari sendiri... sebab aku nak highlightkan yang UMNO tue je..)

MANA TOK AI? .. 'PADAN MUKA' ORANG TENANG...

Posted: 06 Feb 2011 06:31 PM PST


Rumah ini ketika banjir air paras dada. Bukan dada Tok Ai, kalau ikut dada calon BN tu, tenggelam dia.


Jalan turut rosak.Walhal jalan ini baru di turap semasa PRK Tenang belaku..Tar jalan pun masih jelas nampak baru dan hitam.

Kelihatan sukarelawan PAS dari PAS Pontian hadir membantu penduduk termasuk pengundi berdarah biru Umno, tiada kelibat puteri dan Wanita, jauh sekali kelibat Tok Ai..!

Apa pun Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua petugas unit amal yang bersama-sama Cikgu Mala dan suami...

AYAT STANDARD SEBELUM NAIKKAN HARGA PETROL

Posted: 06 Feb 2011 06:13 PM PST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau.



"Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," katanya.


Katanya sepanjang tahun lepas, memperuntukkan subsidi berjumlah RM6.3 bilion tahun lepas untuk petrol dan diesel.

"Sebanyak RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95 dan bakinya subsidi diesel," katanya.

Setakat ini, kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah AS$100 (RM310) setong.


Malah, Ismail Sabri berkata Kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.

"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia, secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.
— Bernama
(yang nie tak yah pakai petrol dah 'naik'...wakakaka)

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 07 Feb 2011 03:23 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


WELCOME TO HIMPIT 2011

Posted: 07 Feb 2011 06:39 AM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Feb 2011 03:16 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ANTARA RIMAU DAN LIMAU BN DAHULUI TANPA RISAU

Posted: 07 Feb 2011 01:21 AM PST



Untuk makluman SPR belum sampai lagi kut dan kebanyakan jalan di Melaka telah ditar cantik (kualiti tak tahu ler) dan oleh itu kemungkinan projek mengtar jalan kemungkinan tiada di Merlimau. jadinya samada beri buah limau atau wang kertas (Dulu org panggil rimau) akan jadi sumbangan dalam kempen sebelum dan selepas penamaan calon.
Ini pula kisah benar ini diceritakan oleh kawan teman yang memang kg beliau kebetulan di Jasin. Pada hari Sabtu 5 Januari 2011 yang lalu beliau kebetulan mengikuti program Ketua Menteri dengan Petani/Peladang di sebuah dewan kecil. Malangnya bila giliran Ali Rustam kena bercakap, tiba-tiba kemaafan diminta kerana tekak beliau sakit tak dapat bercakap maka kempunan lah kawan teman nak dengar ucapan Ketua Menteri. Walaubagaimanapun lepas majlis dialog satu pengumuman telah dibuat dan kawan teman pun ikut beratur ambil sumbangan RM50 seorang. Jadiler kawan teman kata. Orang bagi kita ambik. Tengoklah , kalau sesiapa yang dapat hadiri majlis sebegitu tolonglah buat rakaman video atau ambil gambar atau rakam suara dengan alat perakam canggih sekarang. Kita dapatkan sebanyak bukti agar rasuah kecil atau besar dipatahkan menjelang kemenangan PAS insyallah di DUN Merlimau ini.

INGAT PROJEK 6B ZAHID TERINGAT PROJEK KANTOI AMIN 6B JUGA

Posted: 07 Feb 2011 12:14 AM PST

SHAH ALAM, 6 Feb - Kerajaan Umno-BN perlu menjelaskan keutamaan kerajaan kerana sanggup membelanjakan RM6 Bilion untuk pembinaan enam buah kapal peronda untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi menarik balik subsidi rakyat dengan alasan kerajaan tidak mencukupi dana.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan membelanjakan RM6 Bilion bagi membina 6 kapal peronda TLDM generasi kedua dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Tegas beliau, tindakan ini langsung tidak mencerminkan polisi kerajaan Umno-BN yang sentiasa melaungkan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Perlukah kerajaan Malaysia membuat pelaburan membeli kapal pada masa ini walaupun ekonomi kita masih belum pulih dengan sempurna dan walaupun kerajaan pada masa ini kerap memberitahu rakyat bahawa kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan wang untuk subsidi rakyat pula dikurangkan," kata beliau.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan ketelusan kontrak ini kerana kerajaan mahu memberikannya kepada sebuah syarikat mempunyai rekod korupsi yang amat kronik hingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan untuk 'menjamin keluar' syarikat tersebut.

"Bukankah kerajaan sepatutnya lebih teliti dengan penawaran kontrak supaya kontak-kontrak yang ditawarkan juga perlu ditawarkan kepada pihak yang paling berkebolehan untuk menyiapkan kerja," tegas beliau.

Sebelum ini, syarikat milikan kerajaan, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal 6 kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.

Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.

Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

"Saya rasa perkara ini, sepatutnya kalau menteri ingin mengumumkan perkara ini sepatutnya memberikan maklumat yang lebih terperinci agar rakyat dapat menilai samada kontrak ini adalah munasabah, wajar," kata beliau.

Katanya lagi, penerangan juga perlu diberikan kerana rakyat juga perlu tahu spesifikasi kapal yang melonjakkan harga kapal peronda ini hingga mencecah RM1 Bilion seunit.

"Harga RM 1 bilion setiap kapal merupakan harga yang mungkin munasabah dan mungkin terlalu mahal. Ini tertakluk kepada samada kapal ini mempunyai jenis senjata ataupun jenis misil yang canggih ataupun radar yang tak sama, kerana menurut maklumat yang saya dapat, harga kapal ini adalah antara RM100 juta hingga RM1 Bilion pun boleh," jelas beliau.
Rujukan :
http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Consumer_Bankruptcy_Law-363.htm
http://monazmuslim.blogspot.com/2010/12/skandal-eurocopter-psc-rakyat-mahu.html

NAJIB PECAH TANAH, RAKYAT PECAH KEPALA

Posted: 06 Feb 2011 08:51 PM PST

6 Februari 2011 Projek RM190j untuk penduduk Kg. Baru ?
Cuba jelaskan skit wahai blogger AMENO ? Apa penduduk Kg Baru sebenarnya akan dapat dengan pembinaan kondo tersebut? Adakah Rakyat mampu beli kondo harga RM850 kaki persegi? kalau kali dengan 600 kaki maka nilai sebuah kondo lebihkurang RM500,000! Mungkin dengan cara ini akan dapat menarik tuan-tanah Kg baru agar menjual aset mereka untuk mendapat hasil lumayan kalau dijadikan projek kondo atau hotel. Mesti PERKASA akan bangga dengan projek yang akan menaikkan nama Melayu pasal Datuk Mohd Kay adalah Melayu.

NAJIB melihat model bangunan Mercu Zikay Kampung Baru
selepas merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan hotel dan kondominium setinggi 40 tingkat dikenali sebagai Mercu Zikay akan dibina di Kampung Baru di sini.
Pengarah Urusan Zikay Group, Datuk Mohd. Khay Ibrahim berkata, projek mercu tanda Zikay bernilai RM190 juta itu merangkumi 289 bilik hotel dan 130 unit kondominium.

"Kondominium ini akan dijual pada harga RM850 bagi satu kaki persegi selain turut disediakan perkhidmatan helikopter di bumbung bangunan," katanya melalui satu kenyataan semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan projek Mercu Zikay akan bermula pada suku kedua tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Mohd. Khay berkata, selain kemudahan helikopter, penghuni Mercu Zikay akan turut menikmati kemudahan bertaraf lima bintang lain termasuk gimnasium.

Majlis pecah tanah projek berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tapak projek yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Baru semalam.
Tengah rakyat 'pecah kepala' dengan negara masih alami ekonomi yang belum pulih dan kenaiakan harga petrol 95 & 97 dan harga barangan melambong Najib berbangga dengan majlis pecah tanah dan pengumuman RM20,000,000 untuk baiki Masjid Kg. Baru. Yang Menteri Pertahanan umum RM6,000,000,000 untuk bina 6 buah kapal tentera. Sebelum tu RM1,600,000,000 untuk FELDA dan berbilion untuk bantuan segera Sabah. Untuk rakyat subsidi ditarik balik kunun untuk kebaikan rakyat. Rakyat akan diperambat dengan saman ekor, saman polis dan saman JPJ di semua kategori jalan.

Terdahulu Najib melancarkan Program Ziarah Masjid di Masjid Kampung Baru dan merasmikan penubuhan Kelab Belia 1Masjid Kampung Baru.

Pada majlis itu juga, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih masjid berkenaan.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

BILA AT-TAHTAWI SOKONG AL-QARDAWI

Posted: 06 Feb 2011 07:28 PM PST

Syukur alhamdulillah Ulama tersohor dari Universiti Al-Azhar sanggup letak jawatan

Seorang jurucakap universiti al Azhar berkata, beliau telah mengambil satu ketetapan untuk meletak jawatannya untuk turun padang dan membantah ketuanan Hosni Mubarak sehinggalah dictator itu tumbang.

Menurut laporan akhbar Fars, Mohamed Rifaa al-Tahtawi selaku jurucakap al-Azhar itu berkata kepada surat kabar al-Masry al-Youm, menegaskan yg beliau akan tetap bersama rakyat Mesir serta turun berdemonstrasi di Tahrir Square dan menyokong mereka sepenuhnya sehinggalah Mubarak turun dari takhta nya.

Al-Tahtawi juga telah mengesahkan mengundurkan diri dari jawatannya sebagai jurucakap resmi Universiti al-Azhar. Beliau berharap segala tindak tanduk nya nanti tiada lagi hubungkait nya dengan al Azhar.

al-Tahtawi menjelaskan, "Agama Islam mengajarkan kepada kita untuk melawan segala bentuk kezaliman dan sekarang ianya sedang berlaku di Mesir serta ini satu contoh terbesar sebuah kezaliman."

Bekas jurucakap al Azhar itu juga berkata, "Penentangan terhadap rejim yang berkuasa akan terus berlanjutan apabila tuntutan rakyat agar Mubarak melepaskan kekuasaannya tidak didengarkan. Sementara menanti tumbangnya Mubarak inilah senjata awal dari menyelesaikan krisis yg berlaku."

Al-Tahtawi menekankan pentingnya membentuk pemerintahan awam di Mesir di mana rakyat secara aktif dapat mengikuti dalam pemilihan wakil-wakilnya. Menurutnya, "Para demonstrasi tidak boleh mengakhiri tindakan pemogokannya dengan balasan janji-janji bohong yang bakal gagal ditunaikan."

Dengan sokongan Amerika kepada Mubarak, ada juga ulama al-Azhar mengambil sikap membela Mubarak dan merugikan rakyat dengan fatwa mereka yang mengharamkan siapa saja yg mengambil bahagian dalam demonstrasi. -sumber radioiran/men.cahaya

BANTU NEGERI YANG BELUM DITADBIR PAKATAN RAKYAT !

Posted: 06 Feb 2011 06:53 PM PST


Alhamdulillah Kerajaan Selangor sentiasa ingat rakyat di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat namun rakyat di bawah negeri-negeri yang belum menerima Pentadbiran Pakatan rakyat Kerajaan Selangor tidak lupa membantu terutama di kala bencana Alam seperti kejadian banjir yang menimpa negeri Pahang, melaka dan Johor.

SHAH ALAM, 6 Feb – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM150,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di selatan tanah air iaitu di Johor, Melaka, dan Pahang.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pihaknya telah turun padang sejak Khamis lalu untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Menurut Rodziah, bantuan yang diberikan termasuklah keperluan asas seperti makanan untuk memudahkan mangsa banjir memulakan kehidupan selepas kediaman mereka dilanda banjir.

"Fasa pertama kita keluar RM50,000 lepas tu bila kita tengok keadaan banjir pula berlaku di Johor dan Melaka jadi kita tambah lagi RM150,000 jadi RM200,000 semuanya," katanya.

Rodziah berkata, kebanyakan mangsa banjir telah pulang ke rumah namun, masih terdapat keluarga yang tinggal di pusat pemindahan sementara.

Jelas Rodziah, bantuan RM150,000 adalah bantuan tambahan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di negara ini setelah berjaya memperuntukkan RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Rodziah turut akan menyalurkan bantuan mangsa banjir ke Negeri Sembilan.

"Saya sendiri turun ke Terangganu, Pahang, insyaAllah akan pergi juga ke Negeri Sembilan untuk bantuan tersebutlah, kita bagi rumah ke rumah dan kita kumpulkan mereka untuk beri bantuan secara teratur," katanya.

Sehingga semalam, keadaan banjir di Johor, Melaka dan Pahang dilaporkan surut sepenuhnya dengan jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan kekal dan hanya beberapa pusat pemindahan masih lagi dibuka.

MESEJ TERAKHIR DARI MESIR

Posted: 06 Feb 2011 06:47 PM PST


Doakan Manda,
Kami tjebak dalam baku tembak
...Ambulance tertembak
Terkena lemparan batu
Blom bisa d evakuasi karna massa makin memanas ..
Please doakan manda dan kawan-kawan.

Komen : Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan menemuinya ...dari itu kita harus bersedia dan maut akan datang bila-bila , Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 07 Feb 2011 01:35 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


YB Ustazah Aishah Di Majlis bertemu Pelanggan MPKK

Posted: 07 Feb 2011 05:50 AM PST





Hari bertemu pelanggan Majlis Perbandaran Kulim
pada 30/1/2010
jam 9.00pagi

Pengundi P17 Desak YB GO Bala Berundur

Posted: 06 Feb 2011 07:32 PM PST


Fakhri Ali

PADANG SERAI, 6 Feb: Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

K'jaan Negeri sumbangkan RM100,000 bantu pelajar Kedah di Mesir

Posted: 06 Feb 2011 06:13 PM PST


Monday, February 7, 2011
K'jaan Negeri sumbangkan RM100,000 bantu pelajar Kedah di Mesir
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kewangan RM100,000 kepada pelajar Kedah di Mesir bagi membeli makanan dan barangan keperluan sepanjang mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Jeddah.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, bantuan itu dihantar bersama empat pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) Khamis lalu, untuk memantau keselamatan pelajar yang terkandas di sana.

"Sebagai permulaan peruntukan itu adalah bagi membeli makanan dan keperluan harian pelajar yang belum pasti bila akan jejak ke tanah air. Difahamkan, seramai 835 pelajar Kedah sedang mengikuti pengajian di Mesir," katanya.

Menurutnya, ibu bapa diminta bersabar kerana proses penghantaran pulang pelajar Malaysia sedang dilakukan Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri turut memantau perkembangan menerusi pegawai YINK yang berada di sana.

"Kita beri keutamaan pada pelajar yang berkeluarga, ada anak kecil, ibu mengandung, kurang sihat akan dibawa pulang terlebih dahulu. Bagaimana pun setakat semalam, dilaporkan keselamatan pelajar terjamin," katanya.

Mohamed Taulan berkata, buat masa ini kesemua pelajar Kedah berkumpul di Jeddah dan kerajaan Arab Saudi memberi tempoh transit selama sebulan.

"Mungkin ambil masa sedikit untuk bawa mereka pulang ke Malaysia. Bagaimana pun mereka tetap akan dibawa pulang sama ada melalui pengangkutan udara mahupun laut. Mereka dijangka tiba di Pulau Pinang atau Port Kelang tapi tarikhnya saya tak pasti," katanya.

Mohamed Taulan berkata, beberapa pegawai di Iskandariah turut memaklumkan situasi di sana tidak lagi genting seperti minggu lalu, dan sebahagian kedai runcit dan institusi bank telah beroperasi.

"Perintah berkurung masih berjalan. Pada waktu siang, sudah ada yang keluar membeli makanan, cuma waktu malam mereka tidak berani keluar rumah," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat pemimpin pembangkang mempolitikkan pelan tindakan menyelamat rakyat Malaysia di Mesir, yang dikatakan lambat bertindak, Mohamed Taulan berkata, isu ini mungkin dimanipulasikan pihak lain yang berkepentingan peribadi.

"Saya percaya isu itu bukan dipolitikkan oleh parti Pas, sebaliknya diprovokasi pihak tertentu yang sengaja mahu memburuk-burukkan parti pembangkang. Mungkin dakwaan bantuan lewat itu sekadar luahan ibu bapa yang bimbangkan keselamatan anak mereka," katanya.

Mohamed Taulan berkata, Kerajaan Negeri mahupun pemimpin pembangkang tidak pernah mempertikai sama ada bantuan lewat diberikan atau sebaliknya, kerana yang penting kerjasama semua pihak bagi melancarkan proses perpindahan pelajar.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Feb 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS Melaka tekad tawan Merlimau

Posted: 06 Feb 2011 07:13 PM PST

JASIN, 7 Feb: Pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertekad untuk menawan Merlimau pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu yang dijadualkan pada 6 Mac ini.

Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek pada Himpunan Pemuda PAS Melaka sempena PRK Dun Merlimau yang berlangsung di Madrasah As-Solihin, Merlimau di sini semalam.

"Pemuda Negeri Melaka akan berjuang habis-habisan bagi menggempur BN dan menerangkan kepada rakyat akan kepentingan mereka mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, insya Allah.

"Sudah sampai masanya PAS menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang nyata gagal mentadbir dan menjaga kepentingan umat Islam di Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dalam ucapannya menggesa pemuda supaya bekerja kuat bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini.

"Pemuda mesti turun ke segenap ceruk berjumpa dengan pengundi agar risalah Islam ini dapat disampaikan kepada mereka.

"Umat Islam Melaka mesti diselamatkan dari cengkaman dan kezaliman Umno yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun di Melaka ini.

"Insya Allah, PAS mesti menang supaya suara kita dapat berkemundang di Dun Melaka bagi memberi peringatan dan nasihat kepada Umno," tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.

Dalam ucapannya Azman mengingatkan ahli pemuda PAS Melaka supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana cabaran amat getir kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN.

"Pemuda Pusat seperti biasa akan mengarahkan seluruh jentera pemuda seluruh negara bagi membantu calon PAS di Merlimau, kita tidak akan undur dan akan terus mara walau apapun dugaan yang datang," kata Azman penuh semangat.

Azman diberi penghormatan menyampaikan bendera PAS kepada semua Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan sebagai simbolik bermulanya gerak kerja pemuda di Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seluruh pimpinan PAS negeri dan pemuda negeri.

Program tersebut turut diserikan dengan lagu-lagu nasyid penuh semangat daripada Azhan Atan.

Sumber :Harakahdaily

Di atas robohan kota Melaka ....

Posted: 06 Feb 2011 07:04 PM PST

Oleh : Roslan Hamid aka LanH

"DI atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka…" demikian kata-kata keramat cendekiawan yang juga bekas pemimpin PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sewajarnya menjadi panduan bagi anak bangsa terutama orang Melaka yang akan mengenang kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka 500 tahun lalu di tangan Portugis (1511).

Sebenarnya ada satu pantun yang sangat mengusik jiwa mengenai perkara ini yang berbunyi:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesungguhnya akan datang umat ini suatu golongan yang berlebihan dalam bersuci dan berdoa." (HR. Ahmad dan Abu Daud)
***

"DI atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka…" demikian kata-kata keramat cendekiawan yang juga bekas pemimpin PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sewajarnya menjadi panduan bagi anak bangsa terutama orang Melaka yang akan mengenang kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka 500 tahun lalu di tangan Portugis (1511).

Sebenarnya ada satu pantun yang sangat mengusik jiwa mengenai perkara ini yang berbunyi:

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan saya serahkan.

Sebagai peminat Sejarah, masih tertanam di ingatan saya akan catatan bahawa pada Julai 1511, Melaka telah jatuh ke tangan armada Portugis. Kini selepas hampir 500 tahun peristiwa memilukan itu, apakah agaknya yang bakal terjadi di bumi Melaka teristimewanya akhir-akhir ini?

Lebih 10 tahun lalu, ketika menganggur, saya gemar mengisi masa mengikuti ceramah tokoh PAS, antaranya membabitkan Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa. Dalam salah satu ceramahnya, beliau memberitahu orang Melayu Melaka memerlukan masa sekurang-kurangnya 10-15 tahun untuk berubah ke arah menerima kehidupan Islam sepenuhnya termasuklah dari segi politik. Ketika itu (malahan sehingga sekarang), parti politik Islam (PAS) tidak mempunyai sebarang kerusi dalam Dun Melaka, begitu juga di peringkat Parlimen.

Ustaz Mujahid (kini sudah bergelar Dr) mengungkapkan perkara itu 10 tahun dulu, jadi saya percaya tempohnya sudah sampai bagi rakyat Melaka bersedia dalam membuat pembaharuan termasuk memilih parti Islam yang insya-Allah akan mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Melaka lebih lima abad lalu sebelum empayar bertuah itu dilanggar oleh si Benggali Putih.

Kini dengan beradanya umat Islam Melaka pada tahun 2011 iaitu 500 tahun selepas moyang mereka dihambat keluar daripada negeri bersejarah, apakah Islam dengan segala hukum hakamnya berpotensi dinobatkan kembali menepati peribahasa bagaikan sireh pulang ke ganggang?

Kita percaya, umat Islam sudah terlalu rindu untuk melihat Islam kembali berdaulat. Kerinduan itu memukul pilu hati yang bagai disayat-sayat dan dirasakan semakin mendesak sejak akhir-akhir ini apabila menyaksikan dengan mata sendiri penyelewengan dan aneka maksiat yang begitu hanyir.

Berlabuhnya bulan pertama 2011, menyaksikan parti Islam berpeluang menguji penerimaan rakyat Melaka terhadapnya pada pilihan raya kecil N27 Merlimau yang insya-Allah akan diadakan pada masa terdekat. Sudah sekian lama, pencinta kehidupan Islami mahu menikmati kesyahduan di bawah payung Islam, jadi diharapkan di Merlimau ini akan membuah hasil sebagai anak sulung.

Kemudian pada pilihan raya umum ke-13 nanti, didoakan parti Islam mengorak langkah lebih jitu untuk mengepali Pakatan seterusnya menerajui negeri dan menggembalikan kedaulatan Islam seperti dinikmati rakyat pelbagai bangsa dan kepercayaan agama di bumi bersejarah lebih 500 tahun lalu.

Insya-Allah di bawah naungan Islam, semua akan selamat kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1,400 tahun lalu adalah untuk membawa rahmat kepada sekalian alam.

Sumber : Minda Rakyat

Dupahang's Weblog

Posted: 07 Feb 2011 12:01 PM PST

Dupahang's Weblog


Analisis awal peluang PAS di Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 09:35 AM PST

Kali terakhir Pilihanraya Kecil menjengah ke bumi Hang Tuah adalah pada tahun 2007 dalam Pilihanraya Kecil Dun Machap yang menyaksikan calon MCA,Lai Meng Chong menang besar ke atas calon DAP,Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.Dan akhir bulan ini,setelah hampir empat tahun bumi Melaka sunyi daripada Pilihanraya Kecil,satu lagi siri pilihanraya kecil menjengah bumi Melaka,yang [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 07 Feb 2011 11:41 AM PST

Batu Gajah Mari


Kalau nak debat, samak dulu tangan kamu tu dulu!!

Posted: 07 Feb 2011 03:58 AM PST



Mat Nor selaku Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan yang juga merupakan bekas anggota dewan ulama' Pas '81 – '88 gembira bila Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju untuk berdebat dengan beliau.

Namun tok guru menegaskan apa yang disiarkan di akhbar sinar harian itu adalah tidak benar dan tidak menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Ini kerana tok guru memberitahu bahawa bersedia mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya dengan Mat Nor yang hanya timbul bila isu berdebat dengan tok guru.

Siapa Mat Nor untuk berdebat dengan Tok Guru.

Mat Nor hanyalah watak picisan dalam umno. Berdebat atau berbicang dengannya tidak dapat mengubah apa-apa dalam dasar negara apatah lagi mengubah perjuangan Umno. Mat Nor juga tidak pernah terlibat dalam isu kenegaraan dan untuk apa tok guru harus berdebat dengannya yang pernah menyerang tok guru kerana berkawan dengan DAP namun persahabatan UMNO dengan MCA dan MIC sudah lama terjalin.

Kenapa Mat Nor tidak menyerang atau berdebat dengan Najib kerana berkawan dengan MCA dan MIC?

Dan jika diteliti, apa sumbangan Mat Nor kepada Umno atau negara Malaysia ini. Pernahkan Mat Nor mengeluarkan fatwa atau pendirian tentang penubuhan negara islam. Sedangkan Karpal Singh sudah pun bersedia untuk berbincang tentang negara Islam. Pernahkan Mat Nor berbicara pasal hudud? Pernahkan Mat Nor memberitahu kepada para isteri Menteri membuka aurat itu adalah haram?

Mat Nor didalam Umno tidak ubah seperti budak suruhan. Ini kerana beliau tidak pernah mengambil mana-mana bahagian pun dalam isu di negara ini selain memburuk-burukkan imej tok guru. Bagaimana dengan isu penghinaan yang dibuat isteri perdana menteri yang merupakan penauang kepada FFI yang jelas menghina kesucian aurat wanita islam. Dimana Mat Nor ketika itu? Dimana kreabiliti Mat Nor sebagai Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan.

Dan bagaimana dengan cerita lama Mat Nor yang pernah berfatwa bahawa bersalam dengan orang Umno adalah haram. Bila Mat Nor mahu memperjelaskan isu ini secara terbuka kerana kami TERLALU ingin mengetahui apakah benar Mat Nor pernah berfatwa sebegitu rupa?sumber

Pertembungan calon wanita di Merlimau?

Posted: 06 Feb 2011 11:45 PM PST


Pergerakan Wanita UMNO, minggu lepas telah meminta agar BN meletakkan calon wanita di Merlimau dan daripada tujuh nama untuk dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada PRK itu ialah Ketua Wanita UMNO Bhgn Jasin, Zaleha Bujang. Beliau ialah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Gambar: Hajjah Zaleha Bujang - UMNO (kiri) dan Hajjah Kintan Osman - PAS (kanan)

Berita Harian pula melaporkan PAS mungkin pertaruhkan calon wanita di Merlimau jika keputusan mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang hari ini memihak kepada PAS, parti itu tidak menolak kemungkinan meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac depan.

Dewan Muslimat PAS sepastinya sudah bersedia jika calon muslimat terpilih lagi untuk pilihanraya kecil sekalipun calon muslimat di Tenang, Normala Sudirman tewas di tangan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Jika benar PAS menurunkan calon muslimat di Merlimau, diantara nama muslimat yang popular di kawasan Merlimau ialah Hajjah Kintan Osman, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat pendidikan dari UPM dalam bidang Sains Pendidikan.

Hajah Kintan adalah seorang yang mempunyai ramai saudara-mara dan sahabat di Merlimau kerana beliau dahulu bmendapat pendidikan meengahnya di Sek Men Dang Anum Merlimau dan merupakan Ketua Pengawas Perempuan di sekolah tersebut.

Beliau juga pernah aktif di dalam Persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, dilaporkan berkata tidak menjadi masalah kepada parti itu untuk meletakkan calon wanita kerana keputusan mengenainya tidak ditentukan faktor jantina, sebaliknya kelayakan dan kepemimpinan calon pada peringkat kawasan ditandingi.

Parti juga katanya, tidak pernah menetapkan sebarang kuota untuk calon lelaki dan wanita, sebaliknya keputusan terbaik adalah selepas mengambil kira pandangan kepemimpinan parti peringkat negeri yang memilih berdasarkan potensi calon untuk menang dan persetujuan Majlis Syura Ulama.

Beliau berkata, PAS tidak pernah serik untuk meletakkan calon wanita walaupun pilihan raya kecil DUN Tenang tidak memihak kepada parti itu apabila calon mereka, Normala Sudirman tewas kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 07 Feb 2011 11:34 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Gotong Royong baiki rumah di Geliga

Posted: 06 Feb 2011 08:24 PM PST

Umno sebar risalah perang saraf 'DAP ganti PAS'

Posted: 06 Feb 2011 08:07 PM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/dapgantipas.jpg- kerana bimbang kebangkitan rakyat bersama PGU
  KUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu menyebarkan risalah propaganda dimerata tempat sehingga menyusahkan orang ramai khususnya para peniaga di bandaraya ini.

Dua minggu lalu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sedang memuncak, Umno-BN Terengganu telah menyebarkan risalah tidak bertulisan tetapi meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersebelahan dengan gambar Penasihat DAP, Yang Berhormat Lim Kit Siang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, tindakan menampal 'gambar' tersebut di dinding dan pintu rumah serta kedai sekitar Kampung Cina disini, telah menimbulkan kemarahan para peniaga.ka DAP dan PAS yang

"Mereka (peniaga) menelefon saya, marah-marah kerana sangkaan mereka DAP dan PAS yang menyebarkan gambar itu, saya jawab tidak, bukan DAP dan bukan juga PAS yang melakukan kerja tersebut,"katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan, Umno-BN Terengganu dikesan sekali lagi menyebarkan risalah 'adu domba' yang bertulis 'DAP ganti PAS'.

Katanya, Umno-BN bertindak menyebarkan risalah-risalah tersebut kerana tertekan akibat kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang telah mendapat sambutan puluhan ribu rakyat Terengganu.

"Saya mendapat maklumat gerakan yang sedang dibuat oleh Umno, saya nampak sekurang-kurangnya dua latar belakang yang menjadi dia(Umno-BN) membuat(menyebarkan risalah) ini,

"yang pertama kerana terakhir sekali kita membuat kempen 'Pas Ganti Umno' (PGU) bermula daripada (program) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat di Shah Alam. sampai(sehingga) apabila kita adakan(anjurkan) di Terengganu,"jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, beberapa siri himpunan telah dirancang dan dianjurkan PAS jelas menunjukkan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sikap mereka dengan jelas.

"Rakyat sudah memberi  kepercayaan(kepada PAS) dan mula menunjukan sikap mereka secara yang jelas(terbuka) apabila jumlah mereka(yang hadir) sangat ramai.

"Puluhan ribu orang samada mereka dalam program-program yang khusus untuk 'Pas Ganti Umno' (PGU) atau program yang sekitar(berkaitan),"katanya kepada pihak media selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini semalam, Sabtu 5 Februari.

Pelancaran jentera pilihanraya bagi DUN yang ke 12 tersebut telah dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh 300 orang petugas tegar DUN Baru Rakit.



lihat video temuramah : http://www.youtube.com/watch?v=TsG01FptStI&feature=player_embedded

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 07 Feb 2011 09:31 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Tak layak dialog dengan majlis fatwa

Posted: 06 Feb 2011 03:41 PM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendirian beliau berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, ia kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ahli politik yang mempunyai rekod memutarbelitkan ayat al-Quran bagi kepentingan politiknya dan mengelirukan rakyat.

"Beliau hanya layak berdialog mengenai ajaran al-Quran dengan Karpal Singh kerana Pengerusi DAP itu terus-terang menolak Islam. Tetapi, demi politik Nik Abdul Aziz akan mempertahankan Karpal.

"Kita semua sudah cukup bosan dengan manipulasi agama beliau yang hanya untuk kepentingan politiknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah, beliau juga bersedia berdialog dengan pihak yang berkaitan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Isu itu timbul apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak mengundi Pas ialah orang jahiliah.

Berikutan itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan beliau yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut Nik Khairul Annuar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang itu yang menganggap umat Islam yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menunggu keadaan menjadi keruh dan huru-hara baru hendak mengkaji kenyataan kontroversi yang dikeluarkan pemimpin Pas itu," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
Utusan Malaysia 7 Februari 2011 (Isnin)

Nik Aziz letak syarat muzakarah

Posted: 06 Feb 2011 03:33 PM PST

TUMPAT 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat supaya debat antaranya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

"Kerana apa orang Melayu tolak Islam, ada orang nasionalis tolak Islam. Saya nak soal itu sahaja, kalau jawapan dia sama dengan Islam, saya boleh terima, jawapan itu mesti sama dengan ajaran Nabi Muhamad.

"Debat ini ajaran agama, masyarakat di kedua-dua belah pihak kena berdebat untuk memberi pendapat dan mendapatkan kebenaran," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Skim Bantuan Makanan Untuk Rakyat Termiskin di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Nik Abdul Aziz tiada sebarang masalah jika Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Malah Menteri Besar Kelantan itu juga bersedia untuk berdebat dengan dengan sesiapa sahaja bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan, debat itu akan hanya dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd. Noor seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.

"Debat dengan Mohd. Noor mengarut, saya hanya debat dengan yang berkuasa sahaja, kalau yang duduk di universiti tidak payah, Mohd. Noor tidak ada dalam senarai.

"Kaedah debat ini adalah letak al-Quran dan hadis di depan supaya dapat mencari kebenaran,'' katanya.

Semalam, laporan muka depan sebuah akhbar menyatakan Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd. Noor bagi menjelaskan beberapa kenyataan yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas itu.
utusan malaysia 7 Februari 2011 (Isnin)

Nik Aziz tidak pernah ditegur - Zam

Posted: 06 Feb 2011 03:29 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah berasa bersalah mengeluarkan pelbagai 'fatwa' karut kerana golongan ulama tidak pernah menegur tindakannya.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, keegoan dan keyakinan Menteri Besar Kelantan itu bertambah tinggi apabila golongan ulama seolah-olah takut mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

"Golongan ulama tempatan hanya berani bertindak terhadap intelektual Islam yang mencabar mereka dengan menganggap golongan itu sebagai tidak rasional dan kurang cerdik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sikap Mursyidul Am Pas itu juga berikutan desakan pertubuhan-pertubuhan Islam supaya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja bertindak terhadap 'fatwa' karut Nik Abdul Aziz tidak pernah diberi perhatian.

Beliau menambah, Nik Abdul Aziz juga sanggup berbohong apabila mendapati 'fatwanya' sudah tidak sesuai dengan zaman.

Beliau memberi contoh kenyataan Nik Abdul Aziz apabila beliau menafikan kononnya telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa wanita tidak boleh bertanding dalam pilihan raya semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini.

"Beliau memberi contoh Allahyarham Khatijah Sidek pernah bertanding sebagai calon Pas. Beliau lupa ketika itu Pas masih dikuasai golongan nasionalis Melayu seperti Allahyarham Datuk Asri Muda dan Zulkifli Mohammad.

"Tetapi apabila golongan ulama menguasai Pas larangan telah dibuat terhadap wanita bertanding dengan alasan mereka akan terdedah kepada fitnah dan tidak boleh berhimpit-himpit semasa berkempen," katanya.

Bekas Menteri Penerangan itu juga menarik perhatian bahawa Mursyidul Am Pas tersebut yakin beliau di pihak yang benar apabila pernah berkata menteri-menteri UMNO yang mengkritiknya terpaksa meminta maaf dengannya di akhirat kelak.

"Kenyataan ini menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz yakin dia tidak bersalah dan akan masuk ke syurga. Dialah satu-satunya orang Islam di Malaysia yang tahu nasibnya di akhirat kelak," ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, memandangkan usia dan keuzuran pemimpin Pas itu, sebarang tindakan terhadapnya sekarang termasuk dakwaan melakukan rasuah hanya akan menimbulkan simpati ramai terhadapnya terutama golongan yang fanatik terhadapnya. Justeru, kata Zainudin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes pembiayaannya untuk menunaikan fardu haji.
utusan malaysia 7 Februari 2011 (Isnin)

Jasindaily Online

Posted: 07 Feb 2011 09:28 AM PST

Jasindaily Online


LENSA KAMERA : HIMPUNAN DEWAN PEMUDA PAS MELAKA 6 FEBRUARI 2011

Posted: 07 Feb 2011 07:59 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 Feb 2011 09:07 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Bertaubatlah kita sebelum terlambat!

Posted: 07 Feb 2011 08:49 AM PST

Tiada orang yang tidak pernah buat dosa.Namun keampunan Allah YANG MAHA PENGAMPUN harus kita mohon untuk membersihkan jiwa kita yang berkarat sehingga tidak dapat melihat mana yang benar mana yang batil.Dosa yang menggunung menjadikan hijab yang menyelubungi kalbu sehingga gemar melakukan yang maksiat daripada yang baik. Sehingga mulut dan sekarang ini tangan celupar memperkatakan bahasa kesat dan nista.
Sewajarnyalah kita bertaubat kepada TUHAN YANG ESA, YANG hanya kepadaNyalah semua makhluk bergantung. Ya Allah ya Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami...

TERKINI:OPS SELAMAT PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR

Posted: 07 Feb 2011 08:36 AM PST

Dijangka 29pelajar SELANGOR akan tiba di KLIA pkl 10pg SELASA 8/2/11 daripada JEDDAH

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR PELAJAR MESIR

Posted: 07 Feb 2011 04:34 AM PST

Nazri Abdullah   
SEPANG, 7 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan berbincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kedutaan Malaysia di Mesir bagi memastikan pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air tidak tergendala.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, usaha tersebut antara sedang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu pelajar Malaysia khususnya anak-anak Selangor.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan semua pelajar terlibat dalam masa terdekat.
"Kita akan kumpulkan mereka, kita nak tahu cerita sebenarnya dari mereka, tapi kita beri peluang kepada mereka berehat dan bersama keluarga dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada anak-anak Selangor ketika menyambut kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.
Katanya, kerajaan negeri juga turut menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar yang mengkin mengalami trauma kesan pergolakan di negara teluk tersebut sehingga menyebabkan mereka hilang semangat untuk meneruskan pelajaran.
Kerajaan Selangor seblum ini melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukan RM100 ribu bagi membantu rakyat negeri itu yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Selain LZS, Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar di Mesir.
"Hari ini Alhamdulillah mereka sudah sampai dengan selamat. Kita sedang melihat keperluan mereka untuk selepas ini," katanya lagi.
Selain ahli keluarga masing-masing, kepulangan pertama itu turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Ketibaan mereka disambut penuh syukur ahli keluarga masing-masing yang sebelum ini risau keselamatan mereka ekoran bantahan besar-besaran rakyat Mesir yang mahu Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Bantahan tersebut juga telah mengakibatkan beberapa tempat Mesir diisytihar darurat dan sistem pentadbiran negara itu hampir lumpuh.

i n t a n h i j a u

Posted: 07 Feb 2011 07:48 AM PST

i n t a n h i j a u


KOS KAPAL TENTERA LAUT MAHAL 870%...WAU, WOW...!!!

Posted: 07 Feb 2011 12:08 AM PST

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lepas hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Tony.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tony juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.(MALAYSIAKINI)

Pemuda PAS Merbok

Posted: 07 Feb 2011 07:34 AM PST

Pemuda PAS Merbok


Tahniah Kg Bujang

Posted: 06 Feb 2011 08:19 PM PST




































Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Kg Bujang yang berjaya menganjurkan Kejohanan Bolasepa 8 Sebelah Piala Dato' DR Hj Hamdan, ADUN Tg Dawai.

PRK DUN N.05 TENANG

Posted: 31 Jan 2011 08:27 PM PST




Kempen ke Himpunan 30K

Posted: 09 Jan 2011 08:12 PM PST




Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 07 Feb 2011 03:25 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Ceramah Isu semasa di DUN Sri Muda

Posted: 07 Feb 2011 02:48 AM PST


Ceramah PANAS, isu-isu semasa akan berlangsung di Perkarangan Markaz PAS Bukit Naga pada malam ini, seberkan dan anda Semua di jemput hadir.

Wajib Tonton

Posted: 06 Feb 2011 06:03 AM PST

PAS TAMBUN

Posted: 07 Feb 2011 01:43 AM PST

PAS TAMBUN


CERAMAH ISU SEMASA LUJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS TAMBUN

Posted: 06 Feb 2011 10:28 PM PST




YB Khalid Samad sedang menyampaikan ceramah beliau..



Gambaran tidak jelas, kehadiran yang baik pada malam itu

AF Ust Wan Tarmizi. Sdr Azhar Rafaie dan Sdr Zairul Azrun selaku Ketua Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar menjadi pengerusi pada malam tersebut.


YDP Dr Khairuddin Dato Abd Malek turut memberi ceramah ..

Tenpin Bowling Zon Meru 2011

Posted: 06 Feb 2011 04:25 AM PST

Hj. Azmi dan urusetia pertandingan memberikan taklimat awal

Hj. Mahfudz dengan aksi tersendiri. Veteran bukan sebarang veteran, banyak kali strike!

Ready ! Set ! Go !

Kamarulzaman Salleh menerima hadiah daripada Khair Faizal

Hj. Rahman dan Anuar, dua peserta sensasi

Dapat hadiah senyum meleret...yang tak berjaya cuba lagi tahun depan!

Ipoh- PAS Zon Meru telah menganjurkan kejohanan Tenpin Bowling Zon Meru 2011 bertempat di pusat bowling Greentown Mall Ipoh. Pertandingan ini telah diadakan pada 30.1.2011 menarik penyertaan seramai 40 orang peserta. Masing-masing mewakili Pas Taman Meru, Taman Meru 2B dan Taman Meru 2C. Wakil PasTambun.Blog.Spot yang membuat liputan mendapati pertandingan berlangsung dengan meriah di mana peserta mempamerkan skill tersendiri.

Haji Azmi selaku kordinator kejohanan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak urusetia yang telah memberikan komitmen tinggi bagi memastikan kejohanan berjalan lancar. " Kejohanan tenpin bowling ini akan diadakan secara tahunan dan saya berharap pada tahun hadapan jumlah peserta akan meningkat selain menjadi antara kejohanan utama di peringkat Parlimen Tambun" , ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pas Taman Meru, Ahmad Khair Faizal ketika ditemui merakamkan ucapan tahniah kepada urusetia kejohanan di atas berlangsungnya kejohanan ini. "Tanpa komitmen dan kesungguhan bekerja, sukar untuk menjayakan pertandingan seumpama ini. Sebagai tanda sokongan, saya turut menyertai pertandingan ini. " menurutnya lagi. Beliau juga merupakan Setiausaha Pas Kawasan Tambun berharap agar kejohanan sukan seumpama ini tidak sekadar riadah tetapi mampu mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan penyokong parti di semua peringkat.


MASYARAKAT CINA DI KUALA KUANG TIDAK DILUPAKAN

Posted: 06 Feb 2011 03:43 AM PST

Rakan PR yang turut sama memberi sokongan tenaga



Penerima sumbangan sempena Gong Xi Fa Cai daripada PAS Tambun

"Terima kasih kerana prihatin dengan kami..."

IPOH - Majlis sumbangan untuk orang-orang miskin dan tua di Kuala Kuang merupakan program kedua PAS Tambun melalui Lajnah Kebajikan. Ia diketuai oleh Sdr. Syed Mohd. Nor Hisham bertindak sebagai penganjur program yang telah diadakan pada sebelah petang 30 Januari 2011. Program prihatin PAS Kawasan ini membuktikan bahawa masyarakat cina tidak dikesampingkan. Hampir 40 orang penerima menerima sumbangan. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PAS Kawasan, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek, Sdr. Ahmad Khair Faizal, Setiausaha PAS Kawasan Tambun, Ust. Wan Ahmad Tarmizi , Ketua Urusan Ulama' PAS Tambun dan saf AJK PAS Kawasan di samping wakil rakan PR yang membantu dari sudut komunikasi. YDP PAS Kawasan Tambun dipetik sebagai berkata "PAS Tambun telah lama mengamalkan kebajikan kepada semua tidak mengira kaum dan anutan agama. Sikap keterbukaan masyarakat bukan Islam kepada wadah yang dibawa oleh PAS pada masa kini menambahkan sokongan masyarakat kepada PAS khususnya dan rakan PR umumnya".



MAJLIS SUMBANGAN UNTUK ORANG-ORANG CINA MISKIN DAN TUA DI KANTHAN

Posted: 06 Feb 2011 03:16 AM PST

Sdr. Syed Mohd Hisyam, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun menyampaikan kata aluan

Thanks Mr. Tan..banyak membantu menjayakan program ini.

YB Leong Lee Meng turut menjayakan program sumbangan di Kanthan

Antara penerima sumbangan daripada PAS Tambun

Barisan muslimat yang hadir

Ust. Wan mewakili PAS Kawasan Tambun menyampaikan sumbangan

Berjiwa penyayang.Tn. Hj. Asmuni menyampaikan beg sekolah kepada kanak-kanak

Bergambar dengan penerima sumbangan

IPOH – PAS Kawasan Tambun melalui Lajnah Kebajikan telah mengadakan Majlis Sumbangan untuk Orang-orang Cina Miskin dan Tua pada 30 Januari 2011 yang lalu . Seramai lebih daripada 30 orang sekitar Kanthan menerima sumbangan. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Leong Lee Meng, Tn. Hj. Asmuni, AJK Perhubungan Negeri, Sdr. Ahmad Khair Faizal, S/U PAS Kawasan Tambun, Ust. Wan Ahmad Tarmizi, Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Tambun, AJK PAS Kawasan Tambun dan AJK DMP Kawasan Tambun. Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk beras,gula,tepung, minyak dan limau yang telah disampaikan oleh Ust. Wan Ahmad Tarmizi mewakili AJK PAS Kawasan Tambun. Dalam majlis ini juga sumbangan beg sekolah turut disampaikan oleh Tn. Hj. Asmuni. Majlis ringkas ini telah memberikan makna yang cukup besar kepada masing-masing penerima. Mereka menyambut baik bentuk sumbangan ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. "PAS ADIL UNTUK SEMUA"

PAS KAWASAN TAMBUN EDAR LIMAU DAN KAD UCAPAN TAHUN BARU CINA DI PEKAN CHEMOR

Posted: 05 Feb 2011 05:30 PM PST

Sdr. Hadhri sedang menyampaikan taklimat kepada para petugas

Tn. Hj. Asmuni antara yang turut serta dalam program sumbangan PAS Tambun kali ini

Kad ucapan Gong Xi Fa Cai dan buah limau tanda ingatan tulus ikhlas dari PAS Tambun

Mesra ! Petugas muslimat dan petugas Keadilan/DAP sama-sama berganding bahu

Apa agaknya yang diarahkan oleh Sdr. Hadhri kepada petugas-petugas

"Ini daripada PAS Kawasan Tambun", kata Pn. Carmila

Tangan yang memberi lebih baik ....

GONG XI FA CAI


IPOH – Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, PAS Kawasan Tambun turut mengambil kesempatan menyampaikan buahtangan berupa buah limau dan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di sekitar Pekan Chemor pada 30 Januari 2011. Program muhibbah ini telah mendapat respon yang baik di kalangan masyarakat cina. Mereka memuji usaha PAS Kawasan Tambun dalam menjaga integriti dan perpaduan antara kaum di kawasan Tambun ini.

Pengikut