Rabu, 13 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 13 Apr 2011 11:22 PM PDT

Salam Perjuangan


LYNAS@GEBENG - AHLI POLITIK AUSTRALIA BANTAH

Posted: 13 Apr 2011 09:03 PM PDT

misbahul munir

Posted: 13 Apr 2011 09:28 PM PDT

misbahul munir


Solat Hajat Seluruh Negara 14 APRIL 2011

Posted: 13 Apr 2011 12:22 AM PDT

PENGALAMAN MANIS SEMINGGU DI MUARA TUANG

Posted: 12 Apr 2011 01:19 AM PDT

Khalid Samad

Posted: 13 Apr 2011 07:44 PM PDT

Khalid Samad


Umno does not represent all Malays or Islam

Posted: 12 Apr 2011 08:51 PM PDT

By Stephanie Sta Maria (Free Malaysia Today)

KUCHING: PAS Shah Alam MP Khalid Samad today told the Christian community in Sarawak that Umno does not represent all Malays or even Islam.

He said this during a joint session with the DAP to address the concerns of the community over the controversial Al-Kitab issue at a hotel here.

"Umno is trying to make Islam look more Malay," he said to shouts of agreement from the floor. "And this is when you get funny rules like the stamping of the BM bible."

"They are going about the 'Allah' issue as though Malay is an Islamic language. Umno is creating the impression that Islam and Malay are synonymous and that Malay is even more Islamic than Islam."

"They say non-Muslims should be banned from using the word 'Allah' so as not to create confusion. Don't tell me that God only understands one language. But these are the idiocyncracies in BN."

Khalid also underlined the collaboration between DAP and PAS by pointing out that despite having no candidate in Kuching or Sibu, PAS representatives still visited the areas to show support for DAP.

"Yes, we have our differences," he said, smiling. "But we stand together in our vision of a just government. When it comes to taking the country forward, we have more similarities than differences."


More from FMT
-Pejabat YB Khalid Samad-

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Apr 2011 07:38 PM PDT

Rembau Hari Ini


Laluan gelap menyeramkan

Posted: 12 Apr 2011 08:06 PM PDT

Sinar Harian 13 April 2011 REMBAU - Penduduk Jalan Tiga Nenek 1, Kota, merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memasang lampu jalan di simpang masuk kampung berkenaan kerana membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam . Wakil penduduk, Ali Mohd Yunus, 57, berkata, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira mengenai usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya. Menurutnya, ketiadaan lampu di simpang masuk kampung menyebabkan kawasan sekeliling gelap dan ramai penduduk takut melalui jalan ini kerana beberapa tahun sebelum ini pernah terdapat kes samun serta ragut. "Kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan dan berharap tahun ini kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membatasi pergerakan pada waktu malam," katanya. Malah katanya, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan terutamanya penunggang motosikal membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu. "Keadaan jalan yang gelap dan berlubang mendatangkan bahaya dan penduduk di sini memohon agar lampu dapat dipasang dari simpang masuk hingga ke surau dan simpang jalan ke empat rumah penduduk yang tinggal berhampiran dengan surau," katanya. Menurutnya lagi, ibu bapa di sini juga turut bimbang akan keselamatan anak mereka yang ke sekolah pada awal pagi terpaksa melalui jalan yang gelap. "Penduduk berharap pihak terbabit dapat memasang lampu jalan selain menaik taraf permukaan jalan yang berlopak dan berlubang bagi membaiki kemudahan infrastruktur penduduk di sini," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8969411.asp

PAS LENGGONG

Posted: 13 Apr 2011 07:29 PM PDT

PAS LENGGONG


Saingan makin sengit, Pakatan mula rasai peluang cerah berbanding 2006

Posted: 13 Apr 2011 03:24 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUCHING, 13 April – Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi.

Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan.

Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka.

Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka.

Gerak-geri risikan menunjukkan mereka memperoleh respons yang semakin meningkat sejak hari penamaan calon Rabu lalu.

Wong Ho Leng dari DAP memberitahu The Malaysian Insider, situasi hari ini lebih menggalakkan dan meyakinkan berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parliemn Sibu, Mei lalu.

Beliau membuat kejutan dengan memenangi kerusi itu daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

"Kali ini lebih baik. Di Sibu, keadaan menjadi lebih positif ketika menuju penghujung. Tetapi di sini, sokongan sudah kelihatan sejak hari pertama (selepas penamaan calon). Saya berharap dapat mengekalkan persekitaran," katanya lagi.

Wong menyenaraikan lima kerusi disandang BN yang cukup meyakinkan DAP iaitu Repok, Pujut, Piasau, Bawang Assan dan Batu Kawah.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga yakin yang partinya akan meningkatkan undi popular pada jumlah yang signifikan.

"Selalunya, kami membandingkan dengan pilihan raya negeri sebelum ini dan dari sini, adalah jelas dan terlalu sukar untuk menafikan respons baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman," kata Ahli Parlimen Machang ini.

Beliau menambah PKR yakin ia akan memperlihatkan keputusan baik di tiga kawasan yang sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti kecil iaitu Saribas, Ba'Kelalan dan Senadin.

Rakan sejawatannya dari PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, respons pengundi sangat menggalakkan sehingga pemimpin-pemimpin setempat parti itu kini "terlalu yakin" akan peluang mereka.

"BN memandang mudah perubahan semasa. Saya boleh melihat sesetengah pemimpin setempat dan jentera mereka terlalu yakin dengan peluang kami (pada kali ini). Saya minta mereka tidak (terlalu yakin)," katanya.

Umumnya bagi PR, ini adalah pilihan raya negeri pertama sejak ia dibentuk tiga tahun lalu khususnya selepas menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.

Perikatan itu menggunakan pilihan raya negeri ini sebagai raptai menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Sementara pilihan raya negeri ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas populariti BN yang semakin terhakis di Malaysia Timur, ia juga dilihat sebagai ujian kepada PR untuk membuktikan popularitinya yang semakin meningkat sejak tsunami politik 2008.

Bagaimanapun sumber-sumber pembangkang risau dengan khabar angin mengatakan BN akan membuat usaha akhir dalam kempennya dengan memberi 'buah tangan' lumayan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang hubungannya dengan PR terjejas beberapa hari sebelum penamaan calon, dan bertanding di 26 kerusi yang disaingi PKR.

Ini, menurut beberapa sumber, dilakukan untuk memecahkan undi bakal diperoleh pembangkang dan memastikan kemenangan BN.

Wong juga mengakui mendengar khabar angin sedemikian tetapi enggan membuat spekulasi mengenainya.

Ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Satok di sini, Saifuddin juga melahirkan kebimbangan yang sama.

"Kami tidak menafikan bahawa kami menerima sokongan permulaan yang baik, tetapi isunya sekarang ialah sama ada kami boleh mengekalkan (sokongan) sehingga Sabtu ini," katanya.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) berada di sini dan beliau macam Santa Claus, memberikan buah tangan.

"Ini satu kekurangan besar bagi kami," katanya lagi.

Najib secara perubadi mengetuai kempen sejak Ahad lalum situasi yang tidak pernah disaksikan masa-masa lalu.

Meskipun begitu pemimpin-pemimpin PR kelihatan yakin bahawa mereka telah menerokai kedudukan lebih baik sejak enam hari lalu meskipun di kawasan-kawasan yang sebelum ini sebagai dilihat kubu kuat BN.

Bagi PR satu lagi faktor besar yang mendorong kempennya ialah peningkatan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NGO: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kekayaan Taib, keluarga

Posted: 13 Apr 2011 03:22 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 13 April — Tinggal tiga hari menjelang pengundian pilihan raya negeri Sarawak, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Putrajaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat aset Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, dipercayai memiliki kekayaan "luar biasa."

Pada satu sidang media di sini, gabungan 42 NGO mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan kerana tidak mungkin Taib, seorang kakitangan kerajaan mampu memiliki aset yang begitu banyak sedangkan rakyat Sarawak miskin dan tidak dibela.

"Kami hari ini mendesak kerajaan agar dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat aset Taib dan keluarga kerana tidak mungkin seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki harta begitu banyak.

"Aset Taib (dan keluarga) yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit ini adalah tidak logik, bagaimana Taib boleh mengumpul harta yang begitu banyak sedangkan beliau hanya ketua menteri yang juga kakitangan kerajaan," kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.

Jelas beliau, pihaknya mempunyai bukti bahawa aset Taib diperoleh melalui salah guna kuasa dan rasuah termasuk ada kaitan dengan syarikat-syarikat dalam dan luar negara yang tidak diketahui.

"Sebahagian daripada syarikat di Malaysia dimiliki keluarga Taib dan ada syarikat di luar negara juga yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib tapi kita tidak tahu jumlah sebenarnya.

Kata beliau syarikat yang ada kaitan dengan keluarga Taib adalah Achi Jaya Holding Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, Naim Holding Berhad, Kumpulan Sanyan, Syarikat Aluminium Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Kumpulan Ta Ann, Tatanium Management Sdn Bhd dan UBG Berhad.

"Ini hanya di Malaysia," katanya.

Kata beliau, yang di luar negara pula Adelaide Ottawa Corporation (Kanada), City Gate International Corporation (Kanada), Glowell Development Corporation (Kanada), Ridgeford Properties (Britain), Geneid Holding Pty Ltd (Australia) dan Valentine on George Pty Ltd (Australia).

Menurut Kua, keluarga Taib juga turut mempunyai kaitan dengan beberapa syarikat di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

"Suruhanjaya diraja ini perlu ditubuhkan untuk menyiasat jumlah aset yang dimiliki Taib dan keluarga.

"Semua aset ini perlu disiasat dan didedahkan, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki kekayaan yang begitu banyak? Apa yang beliau telah lakukan sedangkan ramai rakyat Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan papa," katanya.

NGO yang menyertai gabungan ini ialah Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam), Amnesty International Malaysia, Bersih 2.0, Bruno Manser Funds, Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, Inisiatif Pembangunan Kanak-kanak (CCID), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Gabungan Urus Tadbir Pulau Pinang, Badan Bertindak Jaringan Komuniti (CAN), Warga Kota Damansara (FoKD) dan Kumpulan Rakyat Prihatin.

Lain-lain ialah Inisiatif Ekuiti Kesihatan (HEI), Ikatan Hak Rakyat, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Johor Tamizhar Sangam, Persatuan Pengguna Klang, Lawyer of Liberty, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (DEMA), Persatuan Dravidian Malaysia, Persatuan Perniagaan India Malaysia dan Persatuan Pembangunan dan Uniti Masyarakat India Malaysia.

Turut bersama Pusat Pembangunan dan Kajian Manusia Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Persatuan Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang, Persatuan Alumni Chung Ling Pulau Pinang, Organisasi Perkhidmatan Awam, Persahabatan Semparuthi, Persatuan Kemajuan Pendidikan Malaysia, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan Persatuan Prihatian Belia Malaysia.

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Sembang-sembang Forum, Sem Kiong Angin, Woman Aid Organisation (WOA), Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang dan Pakatan Penulis Media Bebas (WAMI) juga menyertai gabungan NGO ini.

"Sebenarnya isu-isu yang kita bangkitkan ini bukan isu lama, kita sudah bawa sejak dari dulu lagi cuma ia tidak disebarkan melalui media.

"Sebagai contoh isu balak haram, kita dah bangkitkan sejak dari 1980 tapi sehingga kini tiada apa yang berlaku, siapa yang dapat hasil pun kita tidak tahu, syarikat mana pun kita tidak tahu. Begitu juga dengan empangan Bakun sehingga sekarang walaupun ada bantahan, ia diteruskan," kata Pengarah Eksekutif KOMAS Tan Jo Hann.

Tambah beliau, terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan Taib, namun tiada tindakan diambil sehingga beliau mampu bertahan selama 30 tahun sebagai ketua menteri.

"Banyak perkara yang berlaku (dalam pentadbiran Sarawak) dan kita tidak hanya sasarkan kepada Taib sahaja, cuma apa yang kita boleh katakan, pemimpin yang korupsi seperti beliau bagaimana masih boleh bertahan sehingga kini?

"Sebab itu kita mahu beliau disiasat, apa penyelewengan dan rasuah yang berlaku... berapa banyak? Siapa terlibat?" soalnya.

Bulan lalu, Transparency-International Malaysia (TI-M) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat dakwaan rasuah yang melibatkan Taib.

Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

Kata Kua, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kebajikan seperti yang dilakukan sesebuah kerajaan lain.

"Rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan hak mereka, mereka juga berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kemudahan.

"Sekarang sudah tiba masa bagi rakyat Sarawak untuk menentukan sendiri masa depan mereka yang telah dianugerahkan dengan alam semula jadi dan sumber alam, kini sudah tiba masa rakyat Sarawak bangkit untuk menyelamatkan diri mereka dan juga negeri," katanya merujuk kepada pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Sementara itu, Jawatankuasa Komuniti Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pilihan raya Sarawak perlu diadakan dengan telus dan bersih.
"Kita negara demokrasi tapi tidak amalkan demokrasi, jadi pada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum amalan demokrasi ini perlu diterjemahkan.

"Jangan hanya sebelah pihak mendapat kebebasan untuk bersuara tetapi pihak satu lagi tidak boleh," katanya.

Solat hajat dan berdoa esok

Posted: 13 Apr 2011 03:14 AM PDT

Solat Hajat Seluruh Negara 14 APRIL 2011

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, April 13, 2011

Parti Islam Semalaysia PAS mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas PAS dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong PAS di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.

Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. PAS sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Calon PR-Pas

Posted: 13 Apr 2011 02:27 AM PDT




DPPK PARIT

Posted: 13 Apr 2011 07:28 PM PDT

DPPK PARIT


CUMA 0.01 SAAT

Posted: 13 Apr 2011 02:39 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Apr 2011 07:24 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Perdana Menteri Satu Malaysia Atau Satu Parti?

Posted: 12 Apr 2011 08:10 PM PDT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Perdana Menteri ialah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya. Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden"


Perdana Menteri Malaysia atau Perdana Menteri BN?

Di Malaysia setiap kali ada pilihanraya hampir semua menteri-menteri kebinet turun padang berkempen untuk parti masing-masing menggunakan kedudukan mereka sebagai menteri dan menggunakan jentera kerajaan untuk melicinkan kempen mereka. Sedarkah kita semua bahawa ini adalah salah satu penyalahgunaan kuasa mereka dengan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen untuk parti mereka sedangkan mereka yang dilantik sebagai menteri tidak seharusnya berkempen menggunakan kedudukan dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti masing-masing. Cuma di Malaysia saja perkara semacam ini berlaku secara terang-terangan sedangkan pihak lawan (pembangkang) langsung disekat menggunakan kemudahan awam.


Cuba kita berfikir sejenak, patutkah seorang perdana menteri sebuah Negara berkempen menggunakan kedudukannya serta jentera kerajaan hanya untuk kepentingan partinya sahaja sedangkan dia adalah perdana menteri untuk semua rakyat tanpa mengira apa bangsa,agama dan fahaman politik. Disebabkan beliau menggunakan kedudukan dan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya maka kita sebagai rakyat terasa bahawa perdana menteri berlaku tidak adil untuk rakyat yang tidak menyokong partinya. Kita seharusnya bebas memilih parti mana yang kita suka. Kalau perdana menteri sudah secara terang-terangan menyalahguna kuasanya maka ini sudah jelas yang kita sudah tidak mempunyai perdana menteri untuk semua rakyat tetapi yang ada hanya seorang perdana menteri untuk satu parti sahaja. Kita boleh simpulkan bahawa perdana menteri di Negara Malaysia ini semacam tidak ujud kerana yang ada hanya perdana menteri untuk satu parti sahaja. Kalau perdana menteri benar-benar untuk semua rakyat beliau kena asingkan tugas perdana menteri dengan tugas sebagai president parti dan jangan sekali-kali menggunakan hak rakyat iaitu jentera kerajaan apabila beliau hendak berkempen untuk partinya. Kalau ada perdana menteri yang betul-betul dapat membezakan tugas serta perananya sebagai perdana menteri sebuah Negara barulah kita rakyat Malaysia dapat menerima beliau sebagai perdana menteri Malaysia untuk semua rakyat bukan hanya untuk parti mereka saja. Diharap rakyat Malaysia sedar yang selama ini kita telah diperalatkan atau diperbodohkan oleh pihak BN yang mengatakan bahawa mereka berkuasa menggunakan apa saja jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka.


Selepas saja parliament atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan semua menteri-menteri tidak lagi dibenar menggunakan kedudukan dan jentera kerajaan untuk berkempen bagi parti mereka dan kalau mereka hendak berkempen juga gunakan jentera parti mereka masing-masing. Sebab semasa parliament atau DUN dibubarkan parti melawan parti bukan parti melawan pemerintah. Di masa itulah rakyat diberi hak untuk memilih dan mengundi sesiapa saja yang difikir layak untuk mewakili mereka sebagai pemerintah selepas Parliament atau DUN dibubarkan. Dimanakah peranan SPR dalam hal ini?


English version

From Wikipedia, the free encyclopedia.

"The prime minister is the most senior minister in the cabinet, part of the executive branch in a parliamentary system. Although the prime minister is usually a politician, is not necessarily the case. In many systems, the Prime Minister can choose and dismiss cabinet members, and provides office to members of the Government. In most systems, the prime minister is chairman of the cabinet, but in a small number of systems, especially in semi-presidential system of government, the prime minister is appointed officials to manage public services and carry out the instructions the President"


Prime Minister of Malaysia or Prime Minister for BN?

In Malaysia, every time there are elections nearly all the cabinet ministers go to the ground campaigning for their party and use their positions as ministers and the government machinery to facilitate their campaigns. We all realize that this is one of abuse of power by using government machinery for campaigning for their party when they are appointed as ministers should not use their position to campaign and the government machinery for their own party interests. Only in Malaysia are things like this happen openly, while the opponent (the opponent) was blocked using the public facilities.


Let us think for a moment, should a prime minister of a state campaign by using its position and the government machinery alone just for the sake of his party while he was prime minister for all people regardless of race, religion and political affiliation. Because he was using government machinery for the position and interests of his party then we as citizens feel that the prime minister does not just apply to people who do not support his party. We should be free to choose which party we prefer. If the prime minister has openly abusing the power it is clear that we have not had the prime minister for all people, but that is just a prime minister for only one party. We can conclude that the prime minister of Malaysia similarly does not exist because there is only the prime minister for only one party. If the prime minister is really for all the people he needed to separate the duties of prime minister with a job as president of the party and never use the machinery of government of the people when he wanted to campaign for his party. If there is a prime minister who can distinguish right and duty as prime minister then we the people of Malaysia will accept him as prime minister of Malaysia for all people, not only for their party only. Hopefully the people of Malaysia are aware that over the years we have been manipulated by the BN or be besotted who say they can use whatever authority the government machinery for their own party interests.


After the Parliament or Legislative Assembly (DUN) dissolution of all the ministers are no longer allowed to use their position and the government machinery for campaigning for their party if they want to campaign they can use the machinery of their own party. Because the dissolution of parliament or state assembly was party against the party's and not party against the government. At that time people have the right to choose and to vote anyone who thought they qualified to represent the government after the dissolution of Parliament or State Assembly. Where is the role of EC in this case?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Apr 2011 03:27 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAHHAL AZIMM RPK ! JERUNG 'TURN' ATAU YU 'TURN ?

Posted: 13 Apr 2011 06:14 AM PDT

Rakyat Malaysia dah nampak kesumbangan RPK yang SUMBANG! Masa PRN Sarawak ke 10 ini yang sangat genting bagi BN ... tup-tup ada penyelamat yang kununnya beliau bersumpah sebab tertentu. Patutlah sebelum ini ada kabar angin kata RPK dibiayai oleh VIP seseorang. Sayang sekali, bak orang tua kata hanya beberapa langkah.

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

KABINET BN AKHIRNYA TERPAKSA ROMBAK DAN MUNGKIN BERGOLAK !

Posted: 13 Apr 2011 01:32 AM PDT

Murugiah tak disambung senator, gugur sebagai timbalan menteri.
Komen : Najib terpaksa membuat rombakan walau sedikit , namun walau kecil jawatan senator ini telah menjadi rebutan dan perbalahan Murugiah dan Presiden PPP. Najib akan bermasalah hadapi PRU13 jika melantik selain dari Presiden PPP tersebut yang telah lama terluka.

KUALA LUMPUR, 13 April — Kedudukan Datuk T. Murugiah sebagai anggota Dewan Negara yang akan berakhir Isnin ini tidak disambung, sekali gus akan digugurkan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, demikian menurut sumber-sumber MIC dan pembantunya.

Seorang menteri atau timbalan menteri lazimnya merupakan anggota Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan seorang boleh memegang jawatan senator maksimum dua penggal atau selama enam tahun.

Perkembangan itu juga dijangka membawa kepada rombakan kecil Kabinet minggu depan, sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini.

The Malaysian Insider difahamkan Murugiah, bekas pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) yang menyertai MIC Ogos lalu, telah dimaklumkan secara rasmi mengenai kedudukannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu lagi sumber berkata, Murugiah telah dimaklumkan mengenai keputusan itu minggu lalu tetapi surat rasmi hanya keluar semalam.

"Surat berkaitan juga sudah dikeluarkan hari ini (semalam)," kata satu sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Tempat beliau akan digantikan oleh Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk P. K. Suppiah, tetapi sama ada akan dilantik sebagai timbalan menteri tidak pasti.

"Berdasarkan maklumat saya terima, Datuk Suppiah hanya akan dilantik sebagai senator, bukan timbalan menteri," kata sumber itu.

Satu sumber yang melihat kandungan surat kepada Murugiah berkata, Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah memaklumkan bahawa penggal perkhidmatan sebagai senator tidak disambung dan beliau mengucapakan terima kasih kepada timbalan menteri itu.

Murugiah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau dan difahamkan berada di Sarawak berkempen untuk BN.

Empat bulan sebelum Datu Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC, Murugiah diterima secara rasmi menyertai parti itu dan menjadi ahli biasa cawangan Batu Matang di Bukit Gantang, Perak.

Murugiah, ketua Pemuda PPP yang dipecat telah dilantik sebagai senator dan diberikan jawatan timbalan menteri ketika masih menganggotai parti itu.

Kelmarin, Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata, MIC ingin mengehadkan tempoh bagi anggotanya memegang jawatan senator kepada satu penggal atau tiga tahun sahaja bagi membolehkan parti itu 'memberi kuasa' kepada pemimpinnya di negeri yang BN tewas pada pilihan raya umum 2008.

Palanivel, yang juga bertaraf senator berkata, selepas BN kehilangan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada pilihan raya umum 2008, kebanyakan senator MIC adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi enggan memberi butiran lanjut sama ada nama Murugiah turut disenaraikan untuk dilantik semula.

'Terpulang kepada perdana menteri untuk memutuskan... ia hak mutlaknya. Saya hanya mempunyai hak untuk membuat cadangan tetapi keputusan muktamad terletak di tangan perdana menteri," katanya.

Ia kali pertama tindakan sedemikian - tidak disambung senator, sekali gus digugurkan jawatan timbalan menteri diputuskan oleh Palanivel sejak mengetuai MIC Disember lalu.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Apr 2011 03:21 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MUKA-MUKA BLOGGER PENCACAI ANGKAT TAIK UMNGOK DI SARAWAK

Posted: 13 Apr 2011 02:16 AM PDT

apa lagi... alang-alang dok sarawak.... order tuak haram le satu...

INSYA ALLAH..PR MAMPU MEMBERI SAINGAN SENGIT

Posted: 13 Apr 2011 02:07 AM PDT

KUCHING, 13 April – Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi.

Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan.

Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka.

Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka.

(PANAS) KHALWAT DI TANAH MERAH... PAS KENA AMIK PORT!!!

Posted: 12 Apr 2011 06:34 PM PDT

TANAH MERAH : Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.


Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedangberkemban.

"Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

"Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite

LELAKI SIAL... ROGOL ADIK KEKASIH

Posted: 12 Apr 2011 06:15 PM PDT

SETIU – Ajakan seorang lelaki untuk mencari kekasihnya yang hilang, membawa padah apabila seorang gadis berumur 16 tahun 7 bulan, yang juga adik kepada kekasih lelaki berkenaan, dirogol di dalam kereta di kawasan semak di Lembah Bidong.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa mengikut teman lelaki kakaknya atas dasar kepercayaan dan sama sekali tidak menyangka akan berlaku kejadian seumpama itu.

"Suspek berumur 26 tahun dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kemaman.

"Pada hari kejadian, 6 April lalu kira-kira jam 3.30 petang, suspek dikatakan mengajak adik kekasihnya untuk menjejaki kakaknya (kekasih suspek) di tempat kerja, namun ketika sampai di sana, didapati kakak mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an tiada.

"Disebabkan tidak berjaya menjejaki kakak mangsa, suspek mengambil keputusan untuk menghantar semula mangsa pulang ke rumah di Batu Rakit, tetapi semasa dalam perjalanan, suspek dikatakan melencong ke satu lorong di dalam semak lalu terus merogol mangsa," katanya kepada Sinar Harian sempena lawatan kali pertamanya ke Balai Polis Sungai Tong, semalam.

Menurutnya, selepas merogol mangsa, suspek menghantarnya semula ke rumah dan mangsa telah menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.

"Bertindak berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menjejaki suspek pada petang hari sama bagi membantu siasatan.

"Suspek yang kini ditahan reman selama seminggu bermula 6 April sehingga hari ini (12 April) disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

BETINA JMM PAHAM KE SUMPAH LAKNAT TU APA?

Posted: 12 Apr 2011 05:55 PM PDT

aku pun tak tau le ngan puak UMNgOk nie asyik-asyik sumpah laknat... depa nie paham ke apa itu sumpah laknat... samapai sekarang Najib tak gak sumpah laknat pasal isu altantuya mongolia... mungkin dialog anak kecil ni lebih paham dari betina jantan UMNgOk....


Seorang anak kecil bertanya kepada bapanya mengenai Sumpah Laknat yang heboh diperkatakan sekarang..



ANAK : Ayah, sumpah laknat tu apa?


AYAH : Itu cara seseorang hendak membuktikan apa yang dia katakan itu benar. Jika tidak dia akan dilaknat Tuhan.

ANAK : Kalau macam tu tak payahlah ada lagi mahkamah, hakim dan peguam... kita bakor je mahkamah... kita pecat je semua hakim dan peguam...


AYAH : Kenapa pula?


ANAK : Kita suruh sahaja semua orang yang disyaki melakukan jenayah membuat Sumpah Laknat, senang cerita…

wakakakakaka

KES SARBAINI : KELUARGA BAGI PETUNJUK BARU

Posted: 12 Apr 2011 05:39 PM PDT

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu.


Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut.

"Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini," kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan," kata beliau lagi.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri.

Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 13 Apr 2011 01:37 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Najib Mempertahankan ADUN Umno Yang 'RASUAH'

Posted: 13 Apr 2011 10:45 AM PDT



Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang ADUN Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhanrasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah ke atas ADUN Lenggeng, Mustafa Salim.

Najib pula semasa diminta mengulas perkembangan itu, bukan sahaja tidak serta merta menasihati wakil rakyat BN itu untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, tetapi mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang ADUN yang sah.

Najib turut menegaskan bahawa Mustafa akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu.

"Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan Pakatan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba ADUN mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes ADUN Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik kepada rakyat.

"Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?" soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

"Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik," nasihat beliau.

Senarai Tanah-Tanah Di Sarawak Yang Telah Di Rompak Oleh Taib Mahmud Dan BN

Posted: 13 Apr 2011 10:44 AM PDT



Pendedahan oleh laman web Sarawak Report membuktikan dahsyatnya kerakusan (kesyaitanan) pemimpin BN Sarawak. Apabila diangkat menjadi orang besar BN, mereka sama saja walau di mana pun berada. Begitulah keadaannya di Sabah dan semua negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka amat rakus, tamak dan tiada sekelumit pun jiwa keadilan dan kesaksamaan.
Laman Sarawak Report mendedahkan pelbagai kategori rompakan harta oleh pemimpin BN khususnya oleh Ketua Menteri Taib Mahmud bersama ahli keluarganya. Taib dan keluarga memiliki empayar perniagaan yang besar seantero dunia terutama di Canada dan Amerika Syarikat. Nilai asset dan perniagaan mereka di luar negara mencecah angka bilion Ringgit Malaysia.


Bagaimana Taib yang berpendapatan RM20 ribu sebulan sebagai Ketua Menteri mampu membiayai modal bagi perniagaan yang sebesar itu? Sehingga kini Taib sudah menjawat takhta Ketua Menteri selama 30 tahun. Kalau dihimpunkan semua gajinya selama 15 tahun sejak mula memegang jawatan Ketua Menteri dan memulakan perniagaan kira-kira 15 tahun lalu, jumlah modalnya ialah RM 3.6 juta.
Mungkinkah Taib mengumpulkan wang gajinya dengan tak berbelanja sedikit pun selama 15 tahun? Sekiranya memang benar begitu, apakah logik dengan bermodalkan RM 3.6 juta itu keluarga Taib mampu mengembangkan perniagaan sehingga menjadi keluarga billionaire setelah berniaga selama 15 tahun?
Itu cerita bisnes keluarga Taib di luar negara. Laman Sarawak Report turut membongkar aktiviti bisnes keluarga Taib dalam negara, khususnya di negeri Sarawak. Di Bumi Kenyalang inilah Taib merompak harta rakyat untuk memodalkan perniagaan keluarganya.
Berikut ini adalah sebahagian (ulang tulis – sebahagian) daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.
  • 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  • 750 hektar … di Jalan, Miri.
  • 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
  • 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
  • 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
  • 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd  (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
  • 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
  • 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
  • 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
  • 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
  • 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
  • 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
  • 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
  • 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
  • 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
  • 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.

Video Seks: Presiden Majlis Peguam Kecam Kenyataan Dangkal Nazri Aziz

Posted: 13 Apr 2011 10:43 AM PDT


Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan Suruhanjaya Diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks dan  alasan elemen pelacuran.

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu -yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim - atas alasan elemen pelacuran.  Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.
"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.
Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.
"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.
"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.
Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.
"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.
Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.
Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.
Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.
"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.
Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.
"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.
Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.
"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.
"Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.
Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.
Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.
Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.
Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.
Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.
"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?
"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.
"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.
Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

BN Terkejut Beruk Dengan Perubahan 'MOOD' Rakyat Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 10:41 AM PDT

Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami "dilemma" menuju hari penentuan Sabtu ini. 
Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.

Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam "mood" yang berbeza.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.

Nik Aziz ketika berceramah di kawasan Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. 

Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam.
Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching.
Sebahagian daripada hadirin pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Batu Kawah. 
Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir. Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium.
Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk 'bersiar'siar' di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka.
Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium.
Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang 'bersemangat' dan menarik perhatian.
Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian.
Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa "Pek Moh", istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.
"Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat," kata beliau.
Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di "Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma."
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan.
Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu.
Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.
Oleh Clara Chooi

BN Semakin Panik!! Portal Berita Malaysiakini Kena Pancung!!

Posted: 13 Apr 2011 10:40 AM PDT



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.
Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
"Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini," kata Premesh.
Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana  menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.
Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia

Amat Memalukan!! Hanya 50 Penyokong BN Hadir Program Kempen Najib...

Posted: 13 Apr 2011 10:39 AM PDT



Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu.
Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen
jentera BN kurang mendapat sambutan.
Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN.
Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.
Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar diatas). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.
Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada
pilihan raya kali ini.
Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang
sebelum ini juga makin payah diselesaikan.
Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.
Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang.
Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.
Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
"Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV
meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.
"Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk
kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv.
Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.
Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.
Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.
"Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib
terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat
Beladin," katanya.
Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.
Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada
2006.
Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.
Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak
muda di Kampung Pusa Tengah semalam.
Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung
pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.
"Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.
"Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini.
(Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa)
Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu
video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.
Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.
Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.
"Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata
orang boleh jalan sekarang.
"Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya," ujarnya.
Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

Bapa Francesca Peter Mati Dalam Keadaan Seorang Islam

Posted: 13 Apr 2011 10:33 AM PDT


Terima takdir bapa peluk Islam

DUNGUN - Jenazah Muhammad Gaberial Peter, bapa Francisca, penyanyi evergreen era 80-an yang popular dengan lagu Sekadar di Pinggiran yang ditemui mati di rumahnya dekat Taman Sri Dungun kira-kira jam 10 malam kelmarin selamat disolatkankan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura, jam 2.30 petang semalam.

Penemuan dokumen memeluk agama Islam oleh sepasukan polis yang melakukan siasatan di rumah Peter mengungkai tanda tanya bahawa dia kini berstatus beragama Islam.

Biarpun perkara terbabit difahamkan tidak diketahui sebahagian ahli keluarganya yang beragama Kristian, namun dokumen yang menjadi status identiti agama Islam itu menjawab segala pertanyaan seterusnya membuka jalan untuk pihak berkaitan menyelesaikan segala kerumitan dihadapi.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan, selepas merujuk kepada pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Peter disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu.

"Sehubungan itu ia menjadi tanggungjawab pihak Pejabat Agama Daerah Dungun untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum dikebumikan mengikut cara orang Islam," katanya.

Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 40-an yang beragama Kristian ketika ditemui selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sura berkata, arwah bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, biarpun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati yang terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.

Sementara itu, solat jenazah Muhammad Peter diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.

Wan Hassan yang ditemui berkata, urusan menguruskan jenazah itu dilakukan pihaknya bukan atas dasar untuk mencari publisiti demi kepentingan politik, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul masyarakat Islam, apatah lagi arwah merupakan saudara baru yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

"Kita melihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang ada dalam keadaan kesulitan melibatkan kematian, kita perlu bantu apatah lagi dia merupakan saudara baru," katanya. -SH

Gadis Dipukau, Dicabul Depan Lif

Posted: 13 Apr 2011 10:30 AM PDT


Pukau, cabul gadis depan lif

AMPANG: Seorang lelaki mencabul seorang gadis selepas memukaunya, tengah hari kelmarin. Gambar fail

Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya menyapa mangsa sebelum memukau dan merabanya selain meminta wang.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila lelaki terbabit menunggu mana-mana gadis di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, di sini.

"Mangsa yang bekerja di tingkat atas pusat beli-belah itu keluar pejabatnya untuk makan tengah hari. Sebaik mangsa tiba di tingkat bawah, mangsa disapa lelaki terbabit yang berbadan gempal.

"Lelaki itu menyapa mangsa konon dapat melihat tuah pada wajahnya. Seterusnya lelaki itu meminta tangan mangsa untuk ditilik," katanya.

Beliau berkata, selepas mangsa menyerahkan tangan kanannya, dia berasa seperti dipukau apabila membiarkan saja diperlakukan lelaki terbabit.

"Lelaki itu meraba kemaluan dan payu dara mangsa selama beberapa minit. Selepas puas meraba, lelaki terbabit menyuruh mangsa naik ke pejabatnya semula dan mengambil wang tunai untuk diserahkan kepadanya," katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm

AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur

Posted: 13 Apr 2011 10:27 AM PDT

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

"Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

"Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini," katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite/karatejau

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 13 Apr 2011 01:08 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Muktamar DPP Puchong ke - 7

Posted: 13 Apr 2011 03:12 AM PDT

Puchong 13 Apr - Alhamdulilllah , muktamar Dewan Pemuda PAS Puchong telah berjalan dengan lancar dan baik pada 10 April , Ahad yang lalu. Keadaan menjadi penuh,sesak dan jammed ! berikutan limpahan perwakilan dan pemerhati yang hadir pada pagi berkenaan. Barangkali , tahun mendatang muktamar perlu diadakan di tempat yang lebih luas bagi menarik lebih ramai hadir ke mesyuarat terpenting ini setiap tahun.

Seperti mana yang semua maklum , tahun ini diadakan pemilihan kepimpinan di semua peringkat , begitulah juga yang berjalan semasa muktamar tersebut. Cuma yang lebih unik , perwakilan sebulat suara memilih untuk mengekalkan kepimpinan yang sedia ada (kepimpinan tertinggi) bagi memberi ruang banyak perkara untuk bertumpu kepada perlaksanaan program dan aktiviti menjelang PRU ke-13 yang tidak lama lagi.

Pemilihan AJK juga diadakan dalam suasana yang sangat harmoni dan kekeluargaan. Begitulah semangat kepemudaan , mampu menjatuhkan politik adu domba , fitnah , caci menjadi dan politiking !

Muktamar di rasmikan oleh Tetamu Jemputan Khas , Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz , yang merupakan Pengarah Akademi Tarbiyyah (AKTAR) Pusat. Ucapan perasmian beliau merupakan serampang banyak mata , terutama memberi peringatan tentang peri penting peranan ahli yang faham kepada jemaah dan juga menerangkan pelbagai isu semasa.

Tirai mesyuarat telah pun berlabuh , dan kini masa untuk setiap daripada kepimpinan yang dipilih untuk melaksanakan amanah mendampingi remaja anak muda dalam mengharungi cabaran kehidupan yang semakin mencengkam , jiwa dan rohani. Semoga Allah Taala memberi kekuatan kepada keseluruhan saf kepimpinan yang dilantik untuk sama-sama memimpin tangan dan membimbing masyarakat ke arah Jalan Yang Lurus.




PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 13 Apr 2011 01:06 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah

Posted: 13 Apr 2011 01:10 AM PDT





Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah
Rumah MB Kedah Seri Mentalon - Dulu & Kini..apa bezanya..??



kuliah mingguan di seri mentaloon
kediaman rasmi yab menteri besar kedah

bulan depan genap 3 tahun pas mentadbir negeri kedah
YAB DS ustaz Azizan menjadikan kediaman rasmi MB
sebagai gedung ilmu
kini rakyat yang membanjiri rumah MB setiap minggu
mencecah 2000 orang
ramai yang sanggup berdiri
malah lebih ramai yang sedia untuk duduk bersila
apa yang penting
ILMU diutamakan
deretan kereta disepanjang jalan ...
kawasan parkir dan terlalu padat
nah .... lihat dan saksikan
dan jom rasai serta timba ilmu
di rumah MB kedah
PASTIKAN ANDA ADALAH ANTARA
YANG DALAM PENGAJIAN INI

50 tahun lalu ..... rumah nie ....
nak masuk pun payah
la ..... tiap minggu rakyat masuk

lalu semua yang hadir berdoa
Ya Allah kekalkan kerajaan pimpinan PAS nie
moga suasana ini akan berterusan
terima kasih YAB DS ustaz Azizan
moga rakyat terhindar dalam belenggu jahiliyah

terima kasih kedah lanie
terus mengiklan kelas pengajian ini
tanpa sebarang bayaran.

yang mai mengaji dapat pahala
yang ajak orang mai lagi banyak pahala yang dia dapat
moga usaha kedah la nie
akan lebih diberkati

JADUAL
SABTU MINGGU PERTAMA - kuliah paksi
SABTU MINGGU KEDUA - USTAZ ZAINAL ASRI - KITAB BAHRUL MAZI 17
SABTU MINGGU KETIGA - USTZ AMINUDIN - HADIS
SABTU MINGGU KEEMPAT - DATO DR HARUN DIN - TASAWUR ISLAM
KULIAH MULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.30 TENGAHARI

JOM PAKAT MENGAJI SUPAYA KITA TAK JAHIL
ya Allah jangan golongan kan kami dikalangan orang yang jahil

amin

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 13 Apr 2011 01:04 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


2/3 Bonus????

Posted: 13 Apr 2011 05:26 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 13 Apr 2011 11:16 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


JOM SANTAI BERSAMA BOB LOKMAN

Posted: 13 Apr 2011 07:36 AM PDT


ACARA
:
- JAMUAN PETANG
- RAMAH MESRA
- SESI AUTOGRAF DAN BERGAMBAR
- CABUTAN BERTUAH

DAPATKAN POSKAD DENGAN HARGA SEMURAH RM 5.00

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

NORHAFIZAN (017 9190132)
AMARUDIN (014 8263835)
RIDZWAN (013 9150759)
SYUKRI (013 9736878)

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK MENGGERAKKAN PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN. SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN : BIMB 06019010080651

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Apr 2011 11:07 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jom Ubah Sarawak : Pengabaian nasib Peniaga Kecil oleh Kerajaan Barisan Nasional di Kota Samarahan.Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 09:44 PM PDT

oleh Dato' Paduka Husam Musa


Tajong Bundong, Muara Tuang.Kota Samarahan, Sarawak

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Surah Al-Qasas, ayat 77

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kota Samarahan, Sarawak . 11 April - AJK PAS Pusat, YB Dato Haji Husam Musa turut turun ke medan perang untuk menggempur Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri Sarawak.YB Husam turut serta di dalam program mendekati rakyat,mendengar aduan masalah rakyat serta pencerahan maklumat kepada rakyat bersama calon PAS N15 DUN Muara Tuang, Puan Noraini bt Hamzah dan jentera PAS Negeri Perak di kawasan jeti Kota Samarahan.Sarawak.


Lawatan muhibbah jentera PAS DUN Muara Tuang di kawasan jeti Kota Samarahan mendapati para penjual ikan dan sayur-sayuran yang terdiri dari kaum melayu pribumi Sarawak ini masih berniaga dalam keadaan daif dengan gerai kayu yang uzur, berbumbungkan kain kanvas dan zink, sistem perparitan dan pengairan yang tidak sempurna.Para peniaga di kawasan jeti Kota Samarahan ini mengadu kepada YB Dato Haji Husam bahawa tempat mereka berniaga secara kecil-kecilan ini tiada kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk mereka berniaga dengan selesa.

YB Husam amat sedih dan kecewa dengan pengabaian kemajuan rakyat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri sarawak, Barisan Nasional khasnya para peniaga kecil di Kota Samarahan ini.
Walaupun Kota Samarahan maju dengan wujudnya UITM, Unimas, IPG Kota Samarahan, kawasan-kawasan komersial tetapi ketidak adilan sosial dan ketidakseimbangan ekonomi di antara penduduk kampung dengan kawasan yang lebih membangun amatlah ketara.



Inikah hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Menteri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud selepas 30 tahun.Negeri Sarawak bukankah kaya dengan sumber alam dan tanah yang subur yang sudah diterokai seperti petroleum dan gas, kayu balak, emas, besi dan bahan mineral serta projek ladang kelapa sawit mega oleh kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.


Bukanlah niat untuk menghina rakyat Sarawak, tetapi sebagai satu contoh perbandingan, iaitu Bazar Tok Guru yang dibina oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah satu simbol keadilan oleh kerajaan Pakatan Rakyat /PAS untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, Pasar Ikan Tok Bali, Pasar Ikan Kuala Besar, pasar-pasar di seluruh Kelantan diurus dengan baik oleh PBT-PBT Tempatan yang bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan.


Rakyat Sarawak yang rata-ratanya sudah cerdik dan berilmu boleh menilai akan prestasi kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak dan seluruh Malaysia amnya.
Kemenangan Parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak adalah penting untuk mengubah pemerintahan di putrajaya.Semoga rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia amnya tidak akan terus dizalimi oleh mereka-mereka berkenaaan.


YB Husam berharap Rakyat Sarawak dapat mengundi calon dari parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk terus membela nasib mereka di dalam DUN Sarawak dan seterusnya mengubah pentadbiran kerajaan negeri Sarawak.Rakyat Sarawak disarankan agar mengundi parti politik yang tidak membohongi serta menzalimi mereka.

PEMUDA PAS LIPIS

Posted: 13 Apr 2011 11:05 AM PDT

PEMUDA PAS LIPIS


Hujan lebat secara berterusan

Posted: 13 Apr 2011 05:33 AM PDT



KUALA LIPIS - Hujan lebat berterusan bermula dari malam kelmarin hingga awal pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar Lipis ditimpa bencana tanah runtuh dan pokok tumbang. 

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa tempat yang dilanda hujan lebat semalam mendapati batang pokok dan tiang telefon Telekom Malaysia (TM) merentangi jalan menyebabkan penduduk tidak dapat melalui laluan terbabit. 



Berpuluh-puluh pekerja terkandas 



Di Jalan Bukit Residen, berpuluh-puluh kakitangan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), pekerja Rumah Rehat Bukit Residen dan pengunjung Bukit Residen tidak dapat melalui laluan tersebut berikutan beberapa batang pokok tumbang serta menutup jalan terbabit. 

Pekerja dan pengunjung terbabit terpaksa menunggu beberapa jam sehingga kerja pembersihan laluan yang giat dijalankan oleh kakitangan Majlis Daerah Lipis (MDL) selesai. 

Selain itu, berlaku runtuhan tanah berdekatan dengan pejabat Risda dan pengguna yang melalui kawasan terbabit diminta berhati-hati bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. 

Di laluan yang sama, tempat duduk dan pagar sekitar Tasik Residen runtuh serta turut mengalami kerosakan teruk akibat kejadian terbabit. 

Hasil tinjauan mendapati, rekahan teruk berlaku pada tempat duduk yang dibina daripada simen terbabit dan lebih memburukkan keadaan apabila batang pokok turut menimpa kawasan terbabit. 



Penduduk berhadapan dengan bahaya 



Sementara itu, beberapa buah rumah di kawasan perumahan Bukit Kerani yang dibina berhadapan pam minyak Esso turut berisiko apabila tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku berhampiran rumah mereka. 

Tanah runtuh itu berlaku di sekitar Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) lama yang kini didiami oleh beberapa keluarga dan hakisan tanah berlaku beberapa meter sahaja dari kediaman penduduk. 

Selain itu, di kawasan yang sama beberapa keluarga turut terkandas dan tidak dapat keluar dari kediaman mereka apabila pokok dan tiang telefon TM tumbang dan merentangi jalan. 

Beberapa kawasan lain seperti Jalan Pekeliling berhadapan dengan Kem Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Jalan Datuk Mahmud berhampiran simpang masuk ke Taman Desa Perwira, jalan pintas ke Institut Pertanian (IP) dan kawasan Flat Sungai Kerpan 2 turut terjejas akibat kejadian tanah runtuh serta pokok tumbang. 



Rumah dimasuki air 



Di TempoYANG :pula beberapa rumah turut dimasuki air mengakibatkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. 

Salah seorang penduduk, Halimah Bidin, 63, berkata, dia menyedari kejadian terbabit berlaku apabila dikejutkan oleh jiran berhampiran sekitar jam 3.45 pagi. 

"Setelah sedar dari tidur, saya bersama suami, Abdul Aziz Ismail,70, meninjau keadaan rumah dan mendapati air sudah memasuki kawasan dapur rumah kami. 

"Kami bertindak pantas mengalihkan barangan elektrik dan dokumen penting ke tempat yang lebih tinggi. Setelah itu, kami bertindak meredah air banjir untuk ke rumah sebelah yang dibina lebih tinggi sekali gus mengelakkan kejadian buruk berlaku," katanya kepada Sinar Harian. 

Halimah berkata, kawasan rumahnya dibina berhampiran dengan Sungai Tempoyang ditambah dengan keadaan hujan lebat secara berterusan selama beberapa jam menyebabkan aras air meningkat dengan lebih cepat. 

Selain itu, Markas Pas Tempoyang turut terjejas dengan banjir dan sebahagian daripada peralatan di dalam markas terbabit mengalami kerosakan serta kotoran akibat terkena lumpur. 

Setiausaha Pas Kawasan Lipis, Muttalohiri Ludin berkata, banjir kali ini adalah kejadian kelima melanda markas terbabit sepanjang 2011 dan paling teruk dialami oleh mereka. 

"Kejadian ini disedari oleh salah seorang ahli Pas, Hasbullah Ludin yang datang ke markas ini sekitar jam 7 pagi dan mendapati limpahan air dari sungai berdekatan memasuki markas ini. 

"Hasbullah kemudiannya bertindak memanggil ahli Pas lain yang tinggal sekitar kawasan ini bagi melakukan kerja gotong royong bagi membersihkan lumpur yang masuk ke dalam markas," katanya. 



Usaha baik pulih jangka masa pendek, panjang 



Sementara itu, Setiausaha MDL, Mohd Pauzi Abu Hussaini berkata, pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), TNB dan pekerja kontrak bagi pembinaan Hospital Lipis bekerjasama bagi menjalankan kerja pembersihan. 

Menurutnya, bagi tindakan jangka masa pendek, pihaknya melakukan kerja pembersihan di kawasan yang mengalami masalah pokok tumbang selain turut meletakkan plastik di kawasan tanah runtuh. 

"Setelah menerima aduan daripada orang ramai, pihak kami bertindak pantas mengalihkan pokok tumbang di kawasan yang dikenal pasti menggunakan jentolak. 

"Kami juga meletakkan plastik pada permukaan tanah runtuh bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk," katanya. 

Mohd Pauzi berkata, bagi tempoh jangka masa panjang, pihaknya menyediakan laporan lengkap berserta gambar kejadian untuk dihantar ke pihak penguasa negeri bagi memohon peruntukan membaik pulih kawasan yang terjejas. 

"Antara kawasan teruk yang dilanda tanah runtuh adalah di Jalan Bukit Residen di mana tempat duduk di Tasik Residen terbabit terjejas teruk dan anggaran kerugian mencecah RM200,000," katanya. 

Menurutnya, kerja baik pulih kawasan Tasik Bukit Residen terbabit dianggarkan mencecah RM500,000 selain turut mengambil kira kerja membaik pulih tanah runtuh di atas bukit kawasan terbabit. 

"Sekiranya peruntukan diluluskan, pihak kami mencadangkan supaya dibina dinding penahan di tersebut bagi menghalang kejadian sama berulang. 

"Kos keseluruhan bagi membaik pulih kawasan yang dilanda bencana terbabit mencecah lebih RM1 juta dan pihak kami akan menyediakan laporan ini dengan kadar segera," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Apr 2011 09:32 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Laluan gelap menyeramkan

Posted: 12 Apr 2011 08:06 PM PDT

Sinar Harian 13 April 2011 REMBAU - Penduduk Jalan Tiga Nenek 1, Kota, merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memasang lampu jalan di simpang masuk kampung berkenaan kerana membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam . Wakil penduduk, Ali Mohd Yunus, 57, berkata, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira mengenai usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya. Menurutnya, ketiadaan lampu di simpang masuk kampung menyebabkan kawasan sekeliling gelap dan ramai penduduk takut melalui jalan ini kerana beberapa tahun sebelum ini pernah terdapat kes samun serta ragut. "Kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan dan berharap tahun ini kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membatasi pergerakan pada waktu malam," katanya. Malah katanya, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan terutamanya penunggang motosikal membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu. "Keadaan jalan yang gelap dan berlubang mendatangkan bahaya dan penduduk di sini memohon agar lampu dapat dipasang dari simpang masuk hingga ke surau dan simpang jalan ke empat rumah penduduk yang tinggal berhampiran dengan surau," katanya. Menurutnya lagi, ibu bapa di sini juga turut bimbang akan keselamatan anak mereka yang ke sekolah pada awal pagi terpaksa melalui jalan yang gelap. "Penduduk berharap pihak terbabit dapat memasang lampu jalan selain menaik taraf permukaan jalan yang berlopak dan berlubang bagi membaiki kemudahan infrastruktur penduduk di sini," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8969411.asp

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi

Posted: 12 Apr 2011 05:03 PM PDT


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011


Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)


Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban


Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir


Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Apr 2011 09:13 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EMPAYAR TAIB BERMULA 30 TAHUN LALU

Posted: 12 Apr 2011 10:04 PM PDT

KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.

Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Laporan penuh di SINI


Taib says he has identified his successor
 Malaysian Insider
April 12, 2011


KUCHING, April 12 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today he has identified his successor, but did not name the person.

Saying that he has groomed his successor for 20 years, he said the person replacing him must be acceptable not only to the Sarawak Barisan Nasional (BN) but also the people.

He said he must choose the best person to take over from him, one who could work as a team.

The team taking over must be able to work together to ensure that all government policies and plans were implemented smoothly, he added.

On the view that he had been chief minister for too long, Taib said he chose to stay after the 2006 state election because the SUPP lost several seats and he had to "groom new talents."

Read more HERE

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Apr 2011 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penduduk Kampung Sebayor Teruja Tunggu Kak Ani

Posted: 12 Apr 2011 09:59 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MUARA TUANG, 13 April: Dalam kesibukan kempen hari ketujuh pilihanraya negeri (PRN) Sarawak, kehadiran calon PAS Muara Tuang Noraini Hamzah (Kak Ani) ke Kampung Sebayor disini, disambut meriah.

Program ziarah pengundi dari rumah ke rumah pada Selasa 12 April, diatur oleh kontingen PAS Terengganu, diselang seli dengan nyanyian dan laungan slogan dari anak-anak kecil, seolah-olah satu pasukan sorak.

"Pusing-pusing jalan-jalan, dulu dacing sekarang bulan,"jerit anak-anak dengan gembira kerana PRN Sarawak kali ini adalah pengalaman yang baru kepada PAS dan mereka.

Fenomena PAS yang bertanding buat kali pertama di sini menjadi buah mulut dan percakapan orang ramai.

Mereka yang baru berkenalan dengan PAS, kekadang memanggil parti itu sebagai 'bola ping pong', 'telur atau bendera jepun', selain nama 'glamour' PAS sebagai parti bulan.

Individu yang menjadi teras, menyokong Pakatan Rakyat di Kampung Sebayor adalah Pak Ghali, 70, yang sebelum ini banyak membantu calon PKR yang bertanding di situ.

Ketika ditemui, Pak Ghali sedang sibuk memasang bendera 'Jepun' berwarna hijau dengan galah buluh yang panjang. 

Katanya, beliau dan para penyokong di kampung tersebut sudah berhari-hari, menunggu-nunggu kedatangan Kak Ani ke kampung Sebayor.

"Saya memang tunggu dah beberapa hari, tunggu calon datang ke sini, orang ramai pun sudah tanya saya, bila calon akan datang.

"Saya kata mungkin dia sibuk ke kawasan lain yang ada pengundi lebih ramai lebih dulu,"kata bekas tentera yang juga pesara Jabatan Pelajaran Sarawak itu.

Menurutnya, dalam rumah beliau, ada sembilan orang pengundi yang akan mengundi Kak Ani dari parti PAS.

Menurutnya, beliau tidak ketinggalan dari mendengar perkembangan PAS di Semenanjung kerana salah seorang anaknya yang bekerja sebagai tentera telah 20 tahun menetap diKelantan.

"Anak saya kerja askar, sudah 20 tahun tinggal di Kelantan, dia banyak beritahu saya tentang pemerintahan PAS di Kelantan,"jelasnya.

Turut serta dalam kempen tersebut adalah, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

H/daily

Malaysiakini dan Sarawak Report diserang

Posted: 12 Apr 2011 09:52 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 13 April: Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati.

Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam. 

SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud. 

Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN.

Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak.

Menurut sumber dalaman, kedua-duanya diserang dari luar negeri melalui D-DOS atau denial-of-service. Dalam kenyataannya, Malaysiakini memaklumkan, laman mereka gagal berfungsi kerana di serang penyerang siber. Perkara ini dimaklumkan Malaysiakini jam 5:46 petang semalam dalam laman web sementara mereka.

Melalui serangan ini, kedua-dua laman ini diserang oleh komputer yang menyebabkan terlampau ramai permintaan untuk memasukinya sehingga ia lumpuh.

(Gambar: Laporan Sarawak Report terkini)

Namun kedua-duanya sudah mengubah ke laman sementara untuk mempastikan mereka terus boleh memberikan khidmat menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Malaysiakini telah dipindah ke laman sementara mereka iaitu malaysiakinicom.wordpress.com manakala Sarawak Report di http://www1.sarawakreport.org/

H/daily

Sidang DUN Perak LIVE@Cina Islam - Day 2

Posted: 12 Apr 2011 08:25 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak dimulakan tepat jam 10 pagi ini. Loceng baru sahaja dibunyikan sebentar tadi menandakan sidang rasmi dimulakan. Speaker Haram Ganesan, membuat pengumuman diantaranya :

1. semua ahli dewan dikehendaki patuh peraturan tetap
2. perbahasa ikut tertib dab sopan
3. dilarang merakam gambar dan guna telefon bimbit
4. sidang media diadakan dibilik media aras dua. dan lain2 arahan masa kesemasa
5. semua adun dipohon adakan pemeriksaan kesihatan



Perdebatan dari dalam dewan.

[..] dewan hangat dan ada pertikaman lidah bila zambry menuduh sungkai penipu. sungkai bangun bantah dengan bantah perkataan penipu dengan mengatakan pangkor penakut. sungkai mencabar pangkor supaya berkata diluar kalau berani.

setiawan masih bangun dan tidap puas hati dengan jawapan speaker dan memohon supaya waktu yg cukup diberikan kepada adun untuk berbahas. Masa tamat untuk sesi soalan lisan. Hanya 4 soalan lisan dijawab. setiawan minta lalauan supaya soalan yg tidak dijawab mohon dijawab dengan bertulis, ganesan mnta adun hubungi exco berkenaan untuk dapat jawapan bertulis.

ganesan mengumumkan masa soalan lisan tamat dan menyatakan supaya soalan yang tidak sempat dijawab dibangkitkan dalam perbahasan. soalan no 4 dari pokok asam/dap mengenai langkah kerajaan terhadap golongan belia bagi mengurangkan nilai impot makanan negara.

setakat ini saya sudah 5 kali bangun untuk bertanya soalan tambahan, sebentar tadi nak tanya soalan tambahan mengenai anak yatim namun gagal lagi. wakil dari behrang bertanya soalan ke 3 dan dijawab olh sungai rapat mewakili kerajaan mengenai rumah anak yatim.

agenda ke 5- membawa rang undang2 kerajaan dalam mesyuarat dan dibaca untuk kali pertama oleh mb zambry. agenda 6- usul dari pengkalan hulu menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas titah ucapan duli yang maha mulia @emangku raja perak...belua meneruskan perbahasan. Perbahasan dimulakan oleh Dato Seri Diraja Tajol Rosli, Pengkalan Hulu.

akan menyusul..

Jenazah Sahimi Selamat di Semadikan di Kota Bharu

Posted: 12 Apr 2011 07:36 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



(Jenazah Allahyarham Kapten Sahimi disolatkan di rumahnya. Turut sama adalah Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU, 13 April: Kepulangan jenazah Allahyarham Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan di Dataran Perbandaran Sibu petang Ahad lalu disambut dengan kesedihan oleh anggota keluarganya.

Turut serta menyambut jenazah beliau adalah pemimpin kerajaan negeri yang diketuai Datuk Husam Musa jam 7.20 malam tadi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Sahimi meninggal selepas kemalangan helikopter yang dipandunya sebaik sahaja selesai menghantar para pembantu Timbalan Perdana Menteri yang berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Jenazah allahyarham Sahimi, 38 yang juga bekas anggota polis tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.20 malam dengan pesawat khas jenis  Nomed 20A milik Layang-Layang Air.


Pesawat yang diterbangkan khas dari Sibu itu mula berlepas dari lapangan terbang Sibu kira-kira jam 1.45 petang dan kemudiannya mendarat di Lapangan Terbang Senai, Johor Bharu untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Bharu.

Solat jenazah allahyarham Sahimi diimamkan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hasan,  di rumah saudara mangsa di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini selepas solat Isyak. Turut serta menyembahyangkan jenazah allahyarham adalah Husam sendiri.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab. Turut menguruskan jenazah allahyarham adalah 15 anggota Unit Amal Kota Bharu yang diketuai Mohd Aliman Ismail.

Allahyarham ditimpa nasib malang apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Husam ketika ditemui berharap Allahyarham tergolong pada golongan orang yang syahid dalam menjalankan tugasnya.

"Saya juga berharap anggota keluarga tenang menerima takdir dan ketentuan Allah,"ujarnya.

Sempena kunjungan itu, Husam turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga dan akan mencadangkan pada kerajaan negeri untuk memberi sumbangan lain yang sewajarnya.


Abang allahyarham, Mohd Bizanuddin Ghazali, 45, menyifatkan allahyarham seorang adik yang baik, warak serta pendiam.

"Apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah lebih tahu tentang ketentuan itu, kami sekeluarga redha,"ujarnya.

Isteri allahyarham Suriani Mohammad, 38 yang begitu tenang ketika ditemui juga turut redha di atas apa yang berlaku.

"Dia seorang suami yang baik dan saya redha pemergiannya,"ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta empat cahayamata, Salman, 13 yang kini sedang belajar di salah sebuah sekolah tahfiz, Mohd Helmi, 9, Yasmin Salsabila, 7 dan Iskandar, 4.

H/daily

Medan Pilihan Raya Kembalikan Hak Rakyat

Posted: 12 Apr 2011 07:31 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 13 April: Kelab PAS Ireland menyeru seluruh rakyat Sarawak bangkit dengan penuh kesedaran dan membawa perubahan yang positif kepada negeri agar hasil bumi negeri dapat dinikmati oleh semua anak jati.
"Penentuan siapa yang bakal memerintah Sarawak sedang berada di tangan anda semua. Laksanakan tanggungjawab anda semua dengan baik," seru kelab berkenaan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Pilihan raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 16 April 2011 adalah yang ke 10 semenjak Borneo menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963.

Menurut kenyataan itu, beberapa dekad berlalu menyaksikan 'apathy' kepimpinan yang berjaya mengikis minda pribumi serta membunuh dalam diam semangat juang Bangsa Sarawak.

Bagi kelab tersebut, itulah hegemoni diktator Bumi Kenyalang, Taib Mahmud, bermaharajalela sepertiga kurun, merampok hasil bumi, mencabul hak-hak serta memundurkan ekonomi rakyat.

"Kini angin perubahan telah tiba ke Bumi Kenyalang. Arus deras yang melanda sudah tidak bisa dikekang lagi. Tsunami PRU12 2008 yang mengubah corak lanskap politik Malaysia masakini mula dirasai oleh anak-anak bangsa Sarawak," tambah kenyataan itu.

Bag imereka, penamaan calon yang telah berlangsung pada 6 April lalu telah menunjukkan sokongan yang padu kepada politik baru yang dibawa oleh PAS dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

H/daily

Tradisi BN Sarawak Memangsakan Rakyat

Posted: 12 Apr 2011 05:29 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MUARA TUANG, 13 April: Rakyat Sarawak mesti melakukan perubahan pada pilihan raya negeri yang berlangsung 16 April ini daripada terus menjadi mangsa kerajaan.

Ini kerana kerajaan BN negeri secara tradisi menjadikan rakyat sebagai mangsa termasuk merampas tanah mereka dengan alasan untuk menjadikan negeri ini maju.

Justeru, adakah rakyat dan pengundi termasuk di Dun Muara Tuang kepada jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjadikan Sarawak Maju pada 2020.

Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad semasa berucap di hadapan kira-kira 100 orang kaum Iban di Kampung Rembus, malam tadi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, sedangkan apa yang berlaku tanah rakyat dirampas dan kehidupan mereka terpinggir.

Katanya, tanah mereka diambil oleh kerajaan dan diberikan kepada pemaju untuk pembangunan kononnya untuk menjadikan negeri ini maju pada 2020 nanti.

Namun, ujarnya pampasan yang diberikan kepada tuan tanah hanyalah sekelumit yang menjadikan kehidupan mereka semakin terhimpit.

"Apakah rakyat percaya kepada jaminan Taib pada tahun 2020 untuk menjadikan Sarawak maju sedangkan yang kaya raya adalah suku sakatnya," ujarnya.

Menurutnya, Sarawak adalah negeri kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan balak tetapi dibolot dan 'difaraidkan' oleh pemimpin negeri kepada suku sakat mereka.

Tambahnya, ini menjadikan anak beranak, adik beradik dan kawan-kawan Taib menjadi kaya raya umpama memiliki hartanah lapan negara merentasi empat benua.

Beliau mengambil contoh bagaimana adik Taib melalui syarikat Titanium Management Sdn Bhd mendapat tanah terbesar seluas 70,000 hektar di Sungai Kloh dan Dor.

Paling kecil pun, katanya suku sakat Taib mendapat seluas 61 hektar tanah rakyat.

Beliau turut mengambil contoh projek Empangan Bakun yang menyebabkan 10,000 orang yang terdiri daripada 13 kaum termasuk Penan, Kayan dan Kanyah terpaksa keluar dari penempatan asal.

Ekoran itu, mereka terpaksa mencari kehidupan di bandar sedangkan tidak mempunyai kelayakan, kedudukan dan ketrampilan yang akhirnya menjadi 'alat' kepada permasalahan sosial.

H/daily

10,000 Terkorban Dalam Perang Libya

Posted: 12 Apr 2011 05:10 PM PDT

9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LUXEMBOURG 13 April – Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah membunuh kira-kira 10,000 orang sepanjang pertempuran di Libya, dengan 20,000 lagi hilang dan 30,000 cedera.

Angka itu diumumkan oleh wakil dari Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Ali Al Isawi kepada wartawan selepas beliau menghadiri rundingan dengan Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) di Lexembourg, semalam.

Beliau dalam pada itu turut menggesa supaya lebih banyak usaha melindungi penduduk awam dilakukan.

Dalam pertemuan itu, EU yang dianggotai 27 negara buat pertama kalinya telah menerima Majlis Peralihan Kebangsaan itu yang beribu pejabat di Benghazi, sesuatu yang disifatkan sebagai 'isyarat pengiktirafan' oleh Menteri Luar Perancis, Alain Juppe. 

AFP

Wanita Iran dan Lelaki Nigeria Ditahan

Posted: 12 Apr 2011 03:24 AM PDT

8 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SHAH ALAM 12 April – Seorang ibu tunggal dari Iran dan seorang penuntut rakyat Nigeria ditahan selepas tiba di negara ini melalui udara kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM850,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supt Abdul Razak Md Zin berkata, dalam kes pertama, wanita Iran itu membawa dadah yang disorok di dalam bengkung dipinggangnya ketika ditahan pada Khamis lepas (7 April) di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Beliau berkata, ibu tunggal berusia 44 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan terutama bentuk badan dan gaya beliau berjalan selepas tiba dengan penerbangan dari Teheran pada pukul 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan badan, polis menemui lima paket syabu seberat 1.43kg dengan nilai pasaran RM350,000 di dalam bengkung khas yang dipakai wanita yang tidak mempunyai pekerjaan itu, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada keesokan harinya, seorang lelaki rakyat Nigeria berusia 32 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 2.30 petang setelah polis menemui dua bungkusan mengandungi syabu seberat 2.1 kg bernilai RM500,000 di sembunyikan dalam beg pakaiannya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang dalam pengajian Bahasa Inggeris. 

Bernama

13 ditahan kes pintasan kad kredit

Posted: 12 Apr 2011 02:55 AM PDT

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 individu termasuk tujuh orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Mereka yang berumur lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata selain pekerja Pos Malaysia dan JPN, lima lagi yang ditahan adalah penganggur yang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita.

"Semua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini sejak 2009. Tangkapan pertama telah dibuat pada 1 April lepas, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras," katanya.

Amar Singh berkata lelaki itu ditahan kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

"Pejabat Pos telah menghubungi wanita itu yang menafikan dia telah mendapat kad kredit yang dipohonnya.

"Pemeriksaan mendapati, suspek turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan (wanita) itu bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan," katanya.
Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan ke atasnya, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank yang dipercayai palsu.

"Sindiket itu akan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas," katanya.

Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain.

"Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos.

"Suspek yang bekerja di JPN pula akan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu sebelum kad itu disahkan dan seterusnya dapat digunakan kumpulan terbabit," katanya.

Susulan penahanan semua suspek itu, polis turut berjaya merampas sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit. - BERNAMA

Terdesak dan dalam ketakutan, BN kerah polis jaga sidang DUN Perak.

Posted: 12 Apr 2011 02:37 AM PDT

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Dalam sidang media yang diadakan selepas sidang hari ini ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dengan dipetik berkata tidak kurang 100 orang polis yang berada dalam luar dewan dan kelihatan polis mnenurunkan gedjet untuk merakamkan sidang hari ini . saya dihalang oleh 3 orang polis dan cuba scan dan saya membantah kerana mereka tidak ada hak menghalang kami masuk dewan.

Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada sidang media di parlimen beberapa minggu lalu berkata, jaminan itu diminta Pakatan Rakyat ekoran setiap kali berlangsungnya sidang DUN di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

"Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami. Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya.

Namun begitu dari lampiran 4 gambar yang saya ambil secara rambang dibeberapa sudut sekitar pintu masuk dewan negeri Perak dan pintu masuk bangunan SUK Perak menunjukkan masih ramai yang berkeliaran dalam bangunan dan dalam bangunan pada sidang DUN Perak hari ini.

Demikianlah siri pelanggaran demokrasi dan undang-undang yang sedia ada selepas rampasan kuasa di Perak sejak 6 Februari 2009> Sejak dari tarikh itu bila setiap kali sidang DUN berlangsung, Dewan Negeri Perak akan bertukar menjadi "Zon Perang".

BN semacam takut kepada bayang-bayangnya sendiri dengan mengerah pasukan keselamatahn yang sepatutnya menguruskan soal rakyat yang lebih penting dan perlu diutamakan bukannya mengikut telunjuk pemimpin BN Perak yang terdesak dan dalam ketakutan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.





Lagi desakan di tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

Posted: 12 Apr 2011 02:23 AM PDT

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PEMUDA PAS PARIT

Parit , 11 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar satu suruhanjaya diraja dibentuk dengan segera untuk menyiasat kematian seorang Pegawai Kanan Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang berasal dari Kg Talang, Lambor Kanan, Parit Perak.

Mangsa telah ditemui mati di banggunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur setelah hadir kepejabat itu pada 6 April yang lalu untuk membantu penyiasatan SPRM terhadap beliau.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Syah Hakimi "Kita menggesa suruhanjaya diraja ini dibentuk dengan segera untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham yang berasal dari Parit ini. Tindakan kerajaan yang dilihat melengah-lengahkan penubuhan suruhanjaya ini dilihat satu kegagalan besar pentadbiran kerajaan selain menimbulkan spekulasi yang berterusan dari orang ramai."

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah yasin di kampung Allahyarham di Kg Talang, Lambor Kanan, Parit pada hari Khamis malam Jumaat ini iaitu 14 April 2011. Seluruh masyarakat kampung dan rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran dijemput untuk bersama menghadiri majlis tersebut untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Libya: Dari revolusi ke kancah perang saudara

Posted: 12 Apr 2011 02:00 AM PDT

08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pemimpin Libya, Muammar Ghadafi memang menunggu saat kejatuhannya. Tetapi kejatuhan Ghadafi tidak secepat kejatuhan Ben Ali Tunisia dan Hosni Mubarak, Mesir.

Bukan setakat Ghadafi yang menunggu saat digulingkan.Ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia Arab yang akan jatuh dan bakal digulingkan oleh rakyat masing-masing, satu demi satu dalam revolusi kebangkitan rakyat yang kini sedang melanda seluruh Timur Tengah.

Tiada sesuatupun yang kekal kecuali Allah yang maha pencipta dan begitu jugalah dengan pemerintahan-pemerintahan dimuka bumi ini, akan berakhir apabila tamat tempuhnya. Pemerintahan-pemerintahan di negara-negara yang sedang mengalami kebangkitan rakyat ini akan berubah dan akan mengalami tempuh lupusnya apabila rakyat sudah bosan dengan regim-regim diktator yang zalim dan menindas ini.

Pada mulanya dijangkakan nasib Ghadafi sama saja dengan nasib Ben Ali dan Hosni Mubarak, kerana setiap pemerintahan mereka sama sahaja antara satu dengan lain. Zalim, menindas, rasuah, kukubesi dengan menyekat kebebasan bersuara; memenjara penentang politik; memperkosa hak asasi manusia sehingga rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan.

Ben Ali dan Mubarak tunduk kepada kehendak rakyat walaupun cuba mempertahankan tempuk kuasa mereka, tetapi apabila kelihatan ia tidak mampu bertahan lagi, pemerintah diktator ini membuat exit mereka, tanpa menunggu lebih lama lagi. Mereka meninggalkan takhta kuasa mereka dalam susana penuh penghinaan.

Ben Ali dan Mubarak berpaut kepada kuasa melebihi dari had dan batas waktu yang sepatutnya menyebabkan akhirnya mereka hilang segala-galanya.

Ghadafi memilih jalan berkonfrantasi berhadapan dengan rakyat menyebabkan Libya kini berada diambang perang saudara. Situasi tidak menentu dan huruhara yang melanda Libya akan memakan masa lebih lama dan memakan korban yang lebih besar.

Setakat ini revolusi rakyat Libya yang bangkit menentang Muammar Ghadafi telah dapat menguasai timur Libya termasuk bandar kedua terbesar Benghazi dan beberapa bandar lain dan Ghadafi masih dapat mempertahankan Tripoli, ibunegara Libya.

Terdapat juga pihak-pihak yang menyokong Ghadafi dan mereka telah mencuba mengambil semula bandar-bandar dan kedudukan-kedudukan yang kini berada di tangan rakyat. Lebih ramai rakyat Libya yang akan terkorban apabila berlaku pertempuran antara yang bertelagah.

Ghadafi melalui ucapan-ucapan yang di siarkan oleh saluran TV pemerintah keras tidak akan tunduk kepada desakan rakyat yang mahukan dia berundur. Ghadafi dan anaknya Saiful Islam sama-sama berdegil tidak akan tunduk kepada desakan rakyat.

Wajah Libya bertukar, dari satu kebangkitan rakyat menjadi pertentangan antara rakyat yang menentang dan menyokong Ghadafi, termasuk pasukan-pasukan tentera, ada yang bersama dengan kebangkitan rakyat dan ada pula yang masih setia dengan Ghadafi.

Keadaan ini telah mencetuskan implikasi lebih buruk apabila Ghadafi menggunakan jet-jet pejuang tentera udaranya untuk melakukan serangan terhadap kedudukan–kedudukan pro kebangkitan rakyat yang kini menguasai sebahagian besar wilayah Libya.

Akibat dari keengganan Ghadafi menyerah kepada desakan revolusi kebangkitan rakyat, dimensi dari satu kebangkitan berubah menjadi peperangan terbuka yang akan memakan masa yang lebih lama bergantung sejauh mana keupayaan Ghadafi mempertahankan dirinya.

Masyarakat antarabangsa melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan beberpa resolusi bagi menekan Ghadafi untuk tunduk kepada tekanan dan akur dengan kehendak kebangkitan rakyat yang mahu menukar regim diktatornya kepada yang lebih demokratik dipilih rakyat.

Ghadafi, anaknya, Saiful Islam dan pembantu-pembantu rapatnya kini terdedah kepada pendakwaan di Mahkamah Dunia kerana jenayah kemanusiaannya terhadap rakyat Libya dalam mempertahankan regimnya.

Majlis Keselamatan juga sebulat suara menggenakan sekatan terhadap harta Ghadafi, keluarganya dan konco-konconya bagi meneruskan tekanan untuk memaksa Ghadafi berundur dari tampuk kuasanya. Ghadafi kini dalam keadaan makin lemah, bagaimana pun Ghadafi berlainan dari Ben Ali dan Mubarak, dia tidak akan tunduk dan mahu mati dalam perjuangan.

Demikianlah Ghadafi yang menganggap dirinya sebagai saorang revolusiner yang merampas kuasa mengulingkan Libya yang beraja dan menukar menjadi republik pada 1969.

Kini akibat pertempuran antara penyokong dan penentang Ghadafi di beberapa buah bandar dan kawasan menyebabkan kapasiti pengeluaran minyak Libya yang di exsport ke Eropah telah berkurangan menyebabkan Arab Saudi menambah pengeluarannya bagi menampung kekurangan pengeluaran minyak Libya.

Para pekerja asing terdiri dari rakyat pelbagai negara yang berkerja dalam pelbagai sektor dan kategari pengeluaran minyak telah meninggalkan Libya kerana menyelamatkan diri dan keadaan ini memungkinkan Libya menghadapi kekurangan tenaga kerja yang nanti menyebabkan pengeluaran minyak Libya terus berkurangan.

Dalam keadaan ini akan berlaku campurtangan kuasa Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya di Libya bagi menjamin pengeluaran minyak Libya. Inilah yang sedang direncana oleh AS dan sekutunya apabila resolusi zon larangan penerbangan dikuatkuasakan terhadap regim Ghadafi.

Apakah Ghadafi akan tunduk dengan segala sekatan yang dikuatkuasakan terhadap regimnya. Tentu sekali tidak, kerana Ghadafi telah mengambil pendekatan berbeza setelah melihat nasib yang menimpa Ben Ali dan Mubarak.

Ghadafi yang menyalahkan Al-Qaeda atas kebangkitan rakyat yang menentangnya akan mempunyai alas an baru iaitu apa yang berlaku di Libya adalah atas perancangan AS dan sekutu baratnya untuk merampas minyak Libya selepas AS dan barat menyerang Iraq untuk mendapat jaminan minyak Iraq.

Campurtangan AS dan barat tidak memberi kekuatan kepada revolusi rakyat Libya bahkan ia akan memberi kekuatan kepada Ghadafi untuk mengubah keadaan untuk memihak kepadanya kerana sentimen anti AS dan barat sangat kuat di rantau Timur Tengah. Jika camputangan ini mengambil tempat, maka Libya akan menjadi seperti Iraq yang kini dalam keadaan berperang memasuki lapan tahun.

Selagi konflik perang saudara di Libya tidak selesai, maka revolusi kebangkitan rakyat dijazirah Arab yang lain seperti di Yaman, Bahrian, Oman, Jordan, Algeria dan lain-lain negara akan berterusan kerana negara-negara ini juga terus mahu mempertahankan regim masing-masing.

Beberapa pembaharuan telah cuba di perkenalkan bagi menanggani dan membendung kebangkitan rakyat, tetapi rakyat mahukan pertukaran regim dinegara-negara ini. Regim-regim ini bagi mempertahankan status quo kuasa mereka telah mengerakkan rakyat yang menyokong regim berdemonstrasi menentang demonstrasi kebangkitan rakyat.

Keadaan ini akan membahayakan dan mencetuskan huruhara dan pertembungan yang boleh membawa kepada anarki seperti yang berlangsung diLibya sekarang, sedangkan yang berdemonstrasi menyokong regim hanya segelintir kecil sahaja, tetapi yang mencetuskan revolusi kebangkitan rakyat terdiri dari majoriti rakyat.

Harakahdaily/-
Oleh : Suhaimi Mokhtar

Pengikut