Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng mengucapkan takziah kepada keluarga Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Perak, Puan Hanisah Hassan kerana ibu mertuanya telah kembali mengadap Illahi jam 11.00 malam pada 20 September 2011 di rumahnya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
1. Ini adalah tindakan terdesak Najib untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina 2. Tindakan ini juga akan mengundang lebih banyak perbalahan beliau dengan blok Muhyidin yang disokong oleh Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.Perdana Menteri berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan "kita harus menggalakan hak Bumiputera."
Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera."Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai."Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju," kata beliau pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini hari ini.
"Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka," katanya lagi.Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang "baik, teruji dan berdedikasi", dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.
Sebagai contoh kata beliau, Teraju baru-baru ini melancarkan program untuk melatih 1,100 syarikat Bumiputera kecil, mikro dan pertengahan di bawah program keusahawanan khusus.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah 'dinasihatkan' oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya 'membalas budi' dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN.
Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan 'kempen kotor' untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai 'Projek IC' yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara 'kotor dan haram'. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.
Kesian sungguh membaca kisah di bawah ini. 18 tahun berkhidmat dalam ATM diberhentikan sebab gemuk. Tak boleh ke di tukar unit lain atau di hantar kursus atau kaunseling untuk kuruskan badan? Sedangkan pegawai SPRM yang terlibat dengan kes samun hampir RM1 juta hanya ditukar jabatan.
Mungkin bekas tentera ini tak dapat pencen. Dahlah tak sempat dapat pencen, pampasan pun belum diterima walaupun dan 9 bulan. Zahid Hamidi apa sudah jadi? Sibuk dengan Bukit Kepong ke?
*************** ASKAR GEMUK INGIN PEMBELAAN
Tujuan surat ini ditulis adalah untuk meluahkan apa yang terpendam selama hampir setahun.
Saya adalah saudara kepada seorang bekas anggota tentera yang terkilan dengan pengurusan Kem Bukit Keteri.
Saudara saya telah berkhidmat selama 18 tahun tetapi diberhentikan atas alasan masalah kegemukan.
Bagi pengetahuan pihak tuan, dia diberhentikan sembilan bulan lalu. Apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah wang pampasan untuk bekas tentera yang telah diberhentikan ini masih belum diberi.
Bila ditanya, alasan yang diberi ialah "dalam proses", sedangkan sudah sembilan bulan berlalu.
Di sini masalahnya ialah bukan wang semata-mata tetapi nasib yang perlu dibela dan nafkah anak-anak seperti makanan, pakaian, yuran sekolah, belanja dapur dan sebagainya.
Saya sebagai saudara dekat melihat sendiri kesusahan keluarga saudara saya itu, amat terkilan dengan pengurusan kem terbabit.
Saya berharap perkara ini dapat diatasi dengan segera.
FIZA, Perlis
FORUM UM 26/9/2011
************** SPRM TUKAR TIGA PEGAWAI DITUDUH SAMUN PENGURUP WANG 2011/09/25
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.
Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
— Dr Ahmad Farouk Musa The Malaysian Insider Sep 27, 2011 SEPT 27 — The hudud controversy has now returned to the eyes of the media after it was discussed at the National Syariah Seminar sponsored by the Department of Islamic Affairs of Kelantan. PAS indeed had taken a step forward in their comprehensive proposals [...]
By Shannon Teoh The Malaysian Insider Sep 27, 2011 KUALA LUMPUR, Sept 27 — The DAP accused The Star today of falsely reporting that Lim Guan Eng had threatened to pull the party out of Pakatan Rakyat (PR) if hudud became part of the pact's joint policy. Zairil Khir Johari, Lim's political secretary, wrote in [...]
By Shazwan Mustafa Kamal | September 26, 2011 The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Sept 26 — Taking away the Attorney-General’s power to prosecute will not stop abuses of power, a former senior police officer said today. Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim said that there was nothing wrong with the functions of [...]
I feel very passionate about this issue. I grew up as a prefect in school and back then, we held elections to select our Head Prefects. Our peers were given the choice to select their own leader. Students worked hard to shine. They acquired leadership skills and were able to practice them in school.
However, with the issuance of this circular by the Ministry of Education, students in school can no longer have a say in choosing their own leader. The principals of the schools can now appoint anyone they wish to be Head Prefect/School Captain.
This is how the Barisan Nasional government wants to educate our students : to tell them at a very young age that they really do not have a choice and they must accept whoever is given to them to be their leader. Favoritism is being promoted here and this circular effectively robs students of the democratic experience and it retards their growth. It kills the chance for these students to know what choice is.
So if you are a parent and your child may have all the qualities which present him the opportunity to lead, this circular has just taken that opportunity away from your child. And will you remain silent?
THE Klang High School is in crisis mode as 16 prefects resigned en masse following what they claim is a breach of protocol and bias in the appointment of new prefects.
It is believed what sparked the move by the multi-racial group were newbies being appointed deputy head prefect and assistant secretary with immediate effect. The straw that broke the camel's back was a newly-appointed Form Four student being made head prefect.
According to parents of some of the prefects who quit — eight Form Four boys, five Lower Six girls and three Lower Six boys — they had resigned following the school's Sept 15 decision to appoint seven new prefects who did not undergo the standard probationary period.
According to them, while the 16 students had to undergo 14 weeks of probation, the new prefects, which included two Lower Six students, also took their posts as deputy head prefect and assistant secretary with immediate effect.
The 16-year-old head boy, however, underwent probation. Five other new prefects comprise three Form Four students and two Lower Six students.
On the Sept 19 installation day at the morning assembly, the 16 students told a teacher, who was to announce the names of the new appointees, they were stepping down.
According to some of their parents, who preferred anonymity, they were concerned with the message being sent to these impressionable young minds.
"My child said a teacher told a Lower Six class the present batch of senior prefects were good for nothing," the parent claimed, adding other parents were afraid to come forward, fearing their children would be "marked".
Another parent said he was in disbelief this was taking place at an established school.
"I cannot believe this is happening in a school that has been around for more than 80 years. Such a thing should not happen in an established school like Klang High.
"The school administration must rectify this situation. I brought this matter up with several teachers and they said it is almost impossible to get the headmistress to discuss this as she is adamant about her decision."
The Malay Mail visited the school twice and was told headmistress Huzaimah Bahari was "very busy".
The school’s senior assistant (student affairs), Sahrudin Kasman, declined to comment, saying the matter must be referred to the headmistress.
However, a senior teacher, who declined to be named, said procedures pertaining to the appointment of prefects were done unfairly.
He said never in the history of the school had a Form Four student been made head prefect.
The teacher said while the headmistress inevitably made the final decision, the selection committee did not include the Prefectorial Board advisor and assistant advisor — the two teachers who are always present in the selection process.
“This has forced the parents to question the criteria used for the selection of prefects. If the selection has always been done with the original committee members and the headmistress, why was it done differently this time?” the teacher asked.
The school’s Parent Teacher Association chairman, Dr Desmond Lee, said he would meet with the school administration today.
“Several parents have brought the matter to my attention and I will meet the headmistress and teachers who are said to have made the decision.
“There must be a logical explanation. If it was justifiable or with sound reasoning on how the selection process was conducted, I am sure the students themselves will accept it, but an explanation must be given.”
On July 12 last year, the school came under the spotlight when it dissolved three non-Islamic societies set up in 1969.
The school had blamed the Selangor Education Department for a circular it issued to this effect in 2000.
At the time, Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong clarified the circular meant permission from the State Education Department needed to be obtained for societies formed after 2000.
On the present issue, Wee, in a text message to The Paper That Cares, raised his concerns, saying he would study the matter before commenting.
Meanwhile, Klang MP Charles Santiago, who was approached by some of the parents, urged the ministry to investigate.
"These are impressionable young minds. The school owes them an explanation or they will take this matter into adulthood," he said when contacted.
"I am all for meritocracy and if a junior person can do a better job than someone more senior, then by all means appoint the younger person.
“But if there are doubts over the fairness of the new appointments, then someone must set the record straight
UMNO mensejarahkan perjuangan kemerdekaan hanya kepada Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan perjuangan polis dan tentera menentang komunis.
Sejarah sebegini amatlah mengelirukan.
Pertamanya, perjuangan menuntut kemerdekaan itu adalah perjuangan tali-menali. Perjuangan menentang penjajah Inggeris adalah bertentangan dengan sejarah jika nama-nama perwira Melayu seperti Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Maharaja Lela, Tok Gajah, Mat Kilau dan kumpulan yang mengikuti gerakan mereka tidak dikaitkan.
Tidak juga dijadikan catatan sejarah jika Pejuang-Pejuang dalam tahun 30-an yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya dan kemudiannya oleh PKMM, API, AWAS dan PUTERA-AMCJA tidak dicatatkan.
UMNO memulakan gerakannya hasil dari gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu didalam tahun 1946 dan sikap ulungnya tidaklah menentang Inggeris bahkan menjadi rakan kongsi kepada Inggeris dengan kebanyakan pemegang-pemegang pimpinannya adalah pegawai-pegawai yang berkhidmat dibawah penjajahan Inggeris.
Apabila semua parti-parti politik yang progresif dan kiri diharamkan oleh Inggeris dan ribuan ahli-ahli mereka disumbatkan kedalam penjara tanpa bicara dan apabila sebahagian mereka mengambil tindakan menentang Inggeris melalui perjuangan bersenjata, Inggeris telah memupuk UMNO untuk mengambil alih pemerintahan Negara.
UMNO telah dibawa berunding oleh Inggeris untuk menerima syarat-syarat kemerdekaan termasuklah syarat-syarat menerima orang-orang Cina dan India menjadi warga negara dan Melayu diberikan hak keistimewaan.
UMNO menerima syarat-syarat kemerdekaan yang dibentangkan oleh Inggeris termasuk menerima Perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid iaitu yang bertentangan dengan Perlembagaan Rakyat yang digubal oleh golongan nasionalis, Islam dan kiri.
UMNOlah yang menerima kemerdekaan yang dihidangkan, dan Tunku Abdul Rahmanlah yang menerima pengisytiharan kemerdekaan apabila UNION JACK diturunkan pada 31hb Ogos 1957.
Sesungguhnya Inggeris tidak mempunyai kekuatan lagi untuk mempertahankan penjajahan mereka keatas Malaya. Perjuangan menentang Inggeris bukan sahaja berlaku di Malaya tetapi diseluruh pelusuk dunia yang dijajah oleh Inggeris, dan anak-anak jajahan juga mengetahui bahawa Inggeris boleh dikalahkan apabila Jepun mulai menduduki Asia; Jepun hanya menyerah diri apabila Negara mereka dilumatkan oleh 2 Bomb Atom oleh Amerika Syarikat.
Dan sikap Inggeris yang melarikan diri dari Malaya semasa kemasukan Jepun menunjukkan bahawa Penjajah Inggeris tidak sanggup mempertahankan Malaya dan sikap ini memberikan semangat kepada penduduk Malaya untuk menentang Inggeris apabila Jepun "mengangkat tangan".
Tetapi apabila rakyat Malaya bangun untuk menentang Inggeris, ramai pula anak-anak Negeri yang sanggup bekerja dengan Inggeris sebagai Polis dan Tentera. Maka mahu atau tidak mahu, wujud pertentangan diantara pejuang-pejuang kemerdekaan dengan tentera-polis upahan Inggeris ini.
Sejarah perlu mencatatkan bahawa Polis-Tentera upahan itu adalah sebahagian daripada jentera Inggeris mempertahankan penjajahan, dan perlu diterima bahawa mereka mati kerana mempertahankan penjajahan Inggeris.
Sejarah untuk mereka itu bukanlah sejarah memperjuangkan kemerdekaan tanah air, tetapi sejarah mempertahankan penjajahan Inggeris.
Untuk tidak mencatatkan bahawa mereka yang berjuang menentang Inggeris itu sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, maka UMNO melalui beberapa orang profesor kangkong, menyatakan bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Inggeris hanya datang ke Malaya untuk menasihati Raja-Raja Melayu. Alangkah hinanya Raja-Raja Melayu diperlakukan oleh profesor-profesor kangkong ini apabila seluruh episod penjajahan Inggeris itu dicatatkan sebagai peristiwa jemputan Raja-Raja Melayu untuk menasihatkan mereka.
Sejarah tetap sejarah, fakta tetap fakta; mereka yang menentang penjajahan wajib dicatitkan sebagai pejuang kemerdekaan walaupun ideologi yang mereka wakili itu tidak bersesuaian dengan cita-rasa kita; dan mereka yang mempertahankan Inggeris wajib dicatitkan sebagai talibarut Inggeris, walaupun mereka itu terdiri daripada anak negeri sebangsa dengan kita.
Sejarah tidak boleh diputarbelitkan sebagai suatu permainan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, roh kemerdekaan akan hanya kekal apabila sejarah dicatatkan mengikut fakta yang benar!
Daud bin Mahad adalah seorang anggota PAS. Pihak PAS kawasan Kuala Krau telah memberikan sumbangan dan begitu juga kutipan daripada anggota-anggota PAS yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Felda Jenderak Selatan hari semalam. Mengetahui akan kebakaran ini, saya pergi ke Felda Jenderak Selatan dan dapat bertemu dengan Daud bin Mahad yang sekarang ini ditempatkan dirumah seorang anggota PAS di perkampongan Felda itu. Saya sempat juga menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan Daud dan keluarganya. Daud memberitahu bahawa semasa kebakaran berlaku dia tidak sempat berbuat apa-apa; semua kain-baju, pinggan mangkuk dan apa juga yang ada didalam rumah semuanya musnah; yang dapat diselamatkan oleh beliau hanyalah keretanya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan dan sumbangan daripada orang ramai, dan dengan sumbangan itu dapatlah beliau meneruskan kehidupan sehingga memperolehi pendapatannya daripada ladang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Felda kerana meluluskan serta-merta pinjamannya untuk membina sebuah rumah yang baru berharga lebih kurang RM60,000.00 (RM40,000.00 daripada pinjaman Felda dan RM20,000.00 daripada Insuran Kebakaran).
Sdr Nawi Ralit, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Selatan menunjukkan tapak rumah Daud yang telah ditolak dan sedia untuk dibina rumah barunya.
Inilah rumah Daud yang musnah teruk akibat kebakaran.
Pihak bomba sedang menyuraikan api.
Rumah Daud hangus dijilat api. Kepada mana-mana pihak yang bersimpati dan ingin membuat sebarang sumbangan seperti kain baju, alat-alat dapur, tilam, bantal dan sebagainya serta wang tunai bolehlah berhubung dengan Haji Suhaimi Said, F-128 Tkt 1, Jalan Tengku Ismail, Temerloh, Pahang no. hp: 0199321260.
My humble views on the "Call to separate the functions of the Attorney-General(AG) and the Public Prosecutor(PP) to different individuals."
IT'S NOT THE CONSTITUTION,IT'S THE AG WHO'S AT FAULT
1.There is nothing wrong with our Constitution or the Laws concerning this subject matter.They have been functioning well for more than half a century, so there is no need to mend it.We should not blame the Constitution.Its the AG who has abused the powers conferred upon him several times over.Its the honesty of the person holding the post that matters.
Even if we were to separate the functions of the AG and the PP,there are no guarantees that either one or both of them will not abuse their powers.There's no guarantee that the two appointees are not buddies,or even cousins or even blood brothers.Worse still if the two happened to have this "abang-adik" type of relationship.
It was not too long ago,when the Government split the Ministry of Home Affairs into two entities,with two separate Ministers and Ministries and all the stuffs.One can imagine how much of public funds that have gone to waste.A couple of years later for reasons best known to the Govt.they returned to the original arrangements.We don't need another costly trial and error experiment such as this.We cannot afford it.
What we badly need now is a strong willed Government capable in enforcing the Rule of Law to the letter, and truly without fear or favour..What is right is right,what is wrong is wrong,exactly what was said by a senior Minister a week ago.The truth shall remain the truth,no one can change the facts!
If it is the AG himself who has committed a crime,so be it.He has to face the music like everybody else.He may be empowered, exercisable at his discretion to institute,conduct or discontinue any proceedings for an offence…but the Constitution never provided him with the powers to commit any crimes.We are equals. No one is above the law !.
This will serve as a deterrent to the next person to be given that privilege.
2.Stated below is the summary of evidence on the allegations made against the AG thus far.
Illustrations;
An underaged girl alleged she was raped by her boy-friend, she identified as 'Male X'.The man denied her allegation vehemently and claimed that he doesn't even know her, let alone have sex with her.Eventually she gave birth to a child. DNA tests prove that the child's father is "Male X".Can the man still deny he had sex with the girl, consented or otherwise,when the product of the act,i.e..the child is alive for all to see. The issue here is not whether Male X was charged or would be charged later or not at all,but whether he did commit rape.In this instance it was proven that he did.
In the case of Tan Sri Abdul Gani Patail,he was alleged to have fabricated evidence in an investigation sometime in 1998.He denied vehemently ever being involved in such despicable act.However upon investigation by the MACC,one of the Independent Panel Members appointed to scrutinize the reports, discovered that he was involved in the criminal wrong doing as alleged.Can Gani Patail now deny that he ever fabricated the evidence when the products of the criminal act, in the form of 3 expert reports,65 pages in all, do exist for the public to see.In fact two of them were used in the RCI that followed..Just like "Male X" whose DNA was found on the child,Gani Patail's "DNA" were found all over the fabricated documents,recorded by the Expert who was instructed to prepare all of them.
One wonders how the other two Independent Panel Members could have overlooked the fabricated documents, unless they were misled or the documents was concealed from them.For the benefit of the public,the Panel did not sit together to discuss the case like normally done by a Panel of Judges of the Court of Appeals or Federal Court..The Panel Members looked at the case individually and separately.
The Cabinet has to explain to the public,how they could clear Gani Patail from any wrong doing, when the evidence presented to them are crystal clear.The AG must be made to account for the 3 expert reports in question.Nevertherless,he must be accorded his fundamental rights to a fair hearing.The allegations against him are very very serious.
Still the issue here is not whether action has been taken,or would be taken at a later time or not at all against the AG.The issue is whether he did fabricate any evidence or otherwise.Based on the evidence that have been revealed thus far,we can conclude without any doubt, that he did.
I put in on record that I have warned the AG against doing it several times in October 1998 as I knew there would be "complications" later on.Now the more he try to cover-up the complications,the more complicated they become.One can lie to all the people sometimes, but he cannot lie to all the people All the time..
Regards.
Mat Zain Ibrahim. 26.09.2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.
Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini.
Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog.
"Kesedaran rakyat dimulakan dengan anak-anak muda. Ini yang mencetuskan perubahan. Perkembangan yang berlaku hari ini, semua mengatakan tentang kebangkitan yang luar biasa anak muda.
"Dan yang uniknya, yang istimewanya kebangkitan ini anak-anak muda lelaki dan wanita terlibat. Semua orang terlibat, orang dewasa, orang tua dan muslimat terlibat.
"Kita melihat melalui rangkaian laman web, twitter, blog dan facebook hingga timbul kesedaran baru di kalangan anak-anak muda menuntut keadilan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.
Menurutnya, dengan kebangkitan serta kesedaran di kalangan anak muda Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi menipu rakyat.
Katanya, pelbagai khazanah negara 'dirompak' oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu.
"Di Terengganu ini kita hendak anak-anak muda yang berfikir. Mana boleh tanah kita dirampas, saham kita diambil, balak kita hilang, keluarga kita hidup dalam miskin, tidak ada peluang pekerjaan, diperbodohkan dan tidak boleh tegur pemimpin.
"TV3 macam TV Mesir, Utusan Malaysia macam Utusan Mesir, perbodohkan orang Melayu. Ini anak muda kena bangkit," tegasnya.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menyifatkan perubahan dan kesedaran tersebut boleh berlaku di seluruh negara dalam pilihan raya akan datang.
Ini kerana, katanya rakyat Malaysia terutama orang Melayu bukan lagi bodoh untuk mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN.
Menurutnya, perubahan boleh berlaku di Terengganu bahkan di Melaka yang mempunyai sejarah tersendiri.
"Kita boleh buat perubahan di Terengganu ini, termasuk di Melaka pun saya yakin kita boleh buat perubahan berdasarkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, kerana negeri yang mempunyai sejarah.
"Saya minta kawan-kawan fikirkan. Jadi saya haraplah PAS, KeADILan (PKR) dan DAP diberi ruang dan jika kita tengok pada laporan media kerajaan, beratlah," ujarnya dihadapan 5000 hadirin.
Datuk Seri Anwar mendakwa Umno akan lingkup jika rakyat tahu keadaan sebenar cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya Umno-BN sanggup melakukan pelbagai fitnah, pendustaan serta mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat bagi menimbulkan kecurigaan.
Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Pentadbiran Najib mesti menghentikan fitnah terhadap agenda ekonomi Pakatan Rakyat dan membentuk semula perancangan kewangan Negara yang kukuh, bermula dengan mendedahkan rahsia yang menyelaputi syarikat minyak Negara, Petronas. Ini sahaja dapat menghasilkan berbilion ringgit di dalam tabung Negara, mengaktifkan semula ekonomi dan membantu berjuta rakyat Malaysia di dalam melalui keadaan sukar sekarang ini, kata ahli ekonomi dan ketua-ketua pembangkang.
"Dari 1974 hingga 2010, Petronas melaporkan ia beroleh keuntungan sebanyak RM700 bilion. Ini merupakan satu lawak jenaka. Bagi Petronas untuk menghasilkan keuntungan yang sedikit dalam jangkamasa yang panjang iaitu 36 tahun, merupakan suatu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang. Jika dibandingkan dengan pendedahan WikiLeaks bahawa Petronas merupakan syarikat ke-13 paling untung di dunia, ini adalah amat tidak masuk akal dan ini menunjukkan betapa teruknya rasuah sebenarnya," Chua Jui Meng, Timbalan Presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.
Dunia minyak yang dibayangi rahsia dan tipu helah kroni
Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974 dan telah menikmati kadar kenaikan harga petroleum yang tinggi pada dekad yang lalu. Petronas mendapat keuntungan pra-cukai sebanyak RM90.5 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Selain cukai, Petronas telah membayar kepada kerajaan dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun 2009, yang merupakan kenaikan dari RM24 bilion pada tahun 2008, RM20 bilion pada tahun 2007, RM13 bilion pada tahun 2006 dan hanyalah RM9.1 bilion pada tahun 2005.
Tetapi ura-ura mengatakan bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.
"Sudah tentu, semua rahsia dan tipu daya ini mesti disiasat dan dihentikan. Ia adalah seperti membenarkan pihak-pihak ini merampas keuntungan yang sepatutnya milik Petronas. Dan ini juga mungkin menyebabkan laporan hasil terkumpul adalah sangat rendah. Siapakah pihak-pihak ini, siapa yang memberi mereka hak-hak ini dan yang penting sekali, hentikan urusan ini dengan kadar segera kerana wang tersebut adalah milik rakyat. Ia merupakan kekayaan bangsa dan sekarang, simpanan minyak kita mula berkurang," kata Jui Meng.
Membuka pekung: Apakah Dr M memimpin reformasi atau sebaliknya?
Baru-baru ini, pembocoran saluran diplomatik Amerika telah membuat pendedahan bahawa seorang pegawai Petronas, Mohd Azhar Osman Khairuddin, memberitahu jurucakap kedutaan mengenai simpanan minyak dan gas Malaysia yang semakin berkurang. Conoco Philips Malaysia juga telah mengesahkan perkara tersebut, tanpa penemuan baru hasil minyak Malaysia akan berkurang pada kadar 10 peratus setiap tahun, dari 550,000 tong sehari pada tahun 2008 kepada 490,000 tong sehari pada tahun 2009 dan 450,000 tong sehari pada tahun 2010.
Jui Meng dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahukan 'Royal Commission of Inquiry' terhadap Petronas. Anwar berkata bahawa kekayaan minyak milik rakyat dan audit yang benar dan menyeluruh mesti diadakan. Beliau meminta Petronas agar menjawab terus ke Parlimen untuk bertanggungjawab dan ketelusan.
Ramon Navaratnam, ahli ekonomi dan ketua masyarakat sivil yang dikenali ramai, bersetuju bahawa sepatutnya terdapat lebih banyak ketelusan diaplikasikan di syarikat minyak Negara. Beliau menyeru penasihat Petronas, Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Perdana Menteri untuk mengambil tindakan.
"Sememangnya bagi taraf dunia, Petronas dilihat sebagai kurang telus dari segi perolehan keuntungannya dan banyak perlu dilakukan untuk membaikpulih. Tun Mahathir adalah orang yang terbaik di dalam usaha malakukan reformasi di Petronas ini. Akta Pembangunan Petroleum haruslah dikaji semula dan semua klausa yang dimasukkan untuk melindungi rahsia sepatutnya dilupuskan," kata Ramon yang juga merupakan presiden 'Transparency International' Malaysia.
Basmi rasuah untuk tingkatkan hasil pengeluaran
Kedua-dua Jui Meng dan Ramon telah memberi maklumbalas kepada kenyataan yang dibuat oleh Pemandu, sebuah unit ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, di mana pada Hari Jumaat telah berkata bahawa kerajaan persekutuan telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada kira-kira RM1,500 kepada RM4,000 setiap bulan.
Pemandu tidak menyatakan sebarang jangkamasa perlaksanaannya, menyebabkan kedua-dua Ramon dan Jui Meng mengecam usul tersebut. Mereka memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk memberi harapa palsu pada rakyat dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka hanya akan menimbulkan masalah lebih besar.
Penganalisis kewangan telah bersetuju bahawa perancangan tersebut akan mengambil masa, dan dengan keadaan angin kemurungan ekonomi dunia yang bertiup kencang ke arah Asia dan Malaysia, jawapan kepada penyelesaian segera berada di dalam Petronas sendiri, iaitu dengan menghapuskan segala amalan negatif yang berleluasa, juga mempertingkatkan aktiviti penjimatan yang berfokus kepada pembasmian rasuah. Masalahnya terletak pada keupayaan pihak atasan yang berpengaruh politik kuat untuk melaksanakannya, kata mereka.
"Hakikatnya, membasmi rasuah adalah kunci kepada segala penyelesaian permasalahan. Sebagai contoh Selangor – dalam jangkamasa 3 tahun ini telah berjaya mempunyai simpanan tunai tertinggi di dalam 28 tahun sejarahnya. Penyelesaian yang tidak berkesan pada masa pemerintahan BN berkesan sekarang, ini kerana pentadbiran Pakatan telus dan ikhlas melaksanakan tugas.Tanpa rasuah, seperti Pulai Pinang," kata Jui Meng.
Di dalam Buku Jingga, PKR telah mengusulkan kenaikan pendapatan isi rumah dari RM1,500 kepada 4,000 yang akan hanya berkuatkuasa di dalam jangkamasa 5 tahun. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil, kata Jui Meng, tetapi jangka masa yang munasabah dengan pengambilan langkah serius seperti perlaksanaan pendapatan minima sebanyak RM1,500, memberi peluang kepada pasangan untuk bekerja dari rumah supaya mereka boleh beroleh sumber pendapatan isi rumah kedua, melupuskan dan mengurangkan tol, mengawal kadar bayaran air dan elektrik.
"Kenyataan Pemandu telah dicuri dari Buku Jingga Pakatan, hampir serupa. Terlalu banyak cadangan yang telah dicuri dari kami untuk tampak bagus, akan tetapi, walaupun mudah di dalam bidang kuasa mereka untuk merealisasikannya, kami tidak nampak sebarang usaha drastik dari pentadbiran Najib kearah itu. Baru-baru ini, BN telah mengiktiraf Hari Malaysia dan ia merupakan cadangan kami. Panggilan 16 September hasil usaha Anwar dan ketegasannya agar hari tersebut diberi pengiktirafan menyebabkan BN mengambil langkah serupa," kata Jui Meng
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melancarkan Agenda Selangorku pada 16 September 2011 sempena sambutan Hari Malaysia perinkat Negeri Selangor.
PILIHANRAYA TEMPATAN Pihak Berkuasa Tempatan yang berkhidmat harus bertanggungjawab penuh kepada rakyat. Sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan gagal menjunjung amanah yang diberi rakyat, rakyat berhak memilih pimpinan yang baru.
Pilihnraya tempatan pertama dirancang akan dilakukan di Petalin Jaya pada tahun 2012.
GAJI MINIMA Rakyat yang bekerja berhak mendapat gaji yang mencukupi dan sesuai dengan kos keperluan harian yang semakin meningkat.
Demi memenuhi dasar Pakatan Rakyat yang menekankan kepentingan gaji minima, semua anak syarikat kerajaan negeri akan implementasikan gaji minima RM1,500 berkuatkusa 1 Januari 2012.
INFRASTRUKTUR Rakyat berhak mendapat kemudahan infrastruktur yang sempurna dan sentiasa dipelihara dengan baik.
RM1 juta diperuntukkan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, jambatan, longkang, dan sebagainya di bawah selian pihak berkuasa tempatan.
RM5 juta diberi untuk pembangunan Kampung Baru manakala RM4 juta diperuntukkan untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi.
KESELAMATAN Kerajaan negeri akan memfasilitasikan usahasama dengan penduduk-penduduk serta sektor swasta untuk membiayai keselamatan bagi kawasan-kawasan yang memerlukannya. Projek pertama akan diadakan di Subang Jaya.
Kerajaan negeri akan terus menawarkan polis bantuan untuk membantu polis dan pihak persekutuan untuk menjaga keselamatan rakyat di Selangor.
Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk pemasangan CCTV.
PERUMAHAN Setiap rakyat Selangor berhak mendapat perumahan yang mecukupi pada harga yang berpatutan.
140 projek perumahan dibiar terbengkalai akibat kegagalan kerajaan terdahulu. Di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, 23 daripada projek-projek tersebut dipulihkan dan disiapkan, melibatkan 9,179 rumah.
Pengusaha ladang wajib memenuhi keperluan Skim Perumahan Pekerja Ladang. Sebanyak RM2 juta diperuntuk untuk membina Hostel Anak-Anak Pekerja Ladang.
Rumah Mampu Milik seluas 50-1,000 kps berharga kira-kira RM100,000 akan dibangunkan dan disasarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. Sejumlah 11,000 unit akan dibina setiap tahun oleh PKNS di awasan seperti Ulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Langat, Petaling dan Shah Alam. Projek sulung telah bermula di Bangi.
Apa nak jadi segenlitir polis di Malaysia ini, kerana nila beberapa titik habis susu satu kolam. Sebelum ini kisah polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam. Juga kisah cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak.
Kini kisah polis tak boleh ditegur kerana buang sampah.
Apabila menteri-menteri kita sibuk berpolitik, mereka sudah hilang kawalan terhadap kementerian mereka masing-masing.
TEGUR POLIS BUANG SAMPAH, PEKERJA DAKWA DIPUKUL 26 September 2011
Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.
Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.
"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.
"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.
Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.
"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.
"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.
Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.
"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.
"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.
Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) atau dahulu dipanggil Pasukan Polis Hutan (PPH) telah begitu banyak berjasa kepada negara dalam membendung kegiatan pengganas komunis di hutan belantara seluruh Malaysia. Kini jasa mereka semakin dilupakan, keluhan mereka seolah-olah tiada siapa yang peduli.
*** RUMAH TERBENGKALAI DI TAMAN BUKIT RIAH, PENGKALAN HULU, PERAK
Saya ingin perhatian pihak tuan berkaitan rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu, Perak telah 23 tahun kami menunggu rumah tak juga diserahkan, dah baiki semula minta pihak tuan ketengahkan ADA PEMBELI DAH MENINGGAL rumah tak juga dapat duduk.
KAMI BEKAS PASUKAN GERAK AM BATALION 18 kebanyakan dah pencen rumah tak dapat duduk, potongan tetap di bayar pada kerajaan dan bank. Minta kerjasama sangat tuan untuk ketengahkan isu ini, Rumah Kos Rendah Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu Jalan Betong.. tarikh beli 30/4/1991. Puas mengadu tapi tak dapat perhatian.
Rumah dah di baiki tapi kunci pula tidak mahu diserah. Pihak kami tidak membuat tuntutan apa-apa dari mana-mana pihak, kami hanya menunggu untuk rumah diserahkan, itu sahaja, kerjasama pihak tuan amat kami nantikan ibarat menanti buah yang tidak gugur
Entahlah, tak tahu nak cakap apa lagi. Kapal selam Agosta 70 yang Malaysia beli digunakan untuk melatih krew kapal selam pada tahun 2005 akan dijadikan muzium di Melaka. Di Pakistan, kapal selam jenis sama masih digunakan dan akan dinaik tarak dengan sistem pertempuran yang baru. Di Colombia mereka boleh buat kapal selam dari kayu dan gentian kaca, begitu juga di Sri Lanka, mereka boleh buat kapal selam dalam hutan belantara.
Tapi kita di Malaysia, kapal selam dijadikan muzium. Indonesia masih menggunakan kapal selam yang dibeli pada tahun 1981 dan akan membuat kapal selam mereka sendiri pada tahun 2012.
Malaysia-Perancis Tandatangani Pemindahan Pemilikan Kapal Selam Ahad September 25, 2011
KUALA LUMPUR: Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis pada Jumaat.
Agosta digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.
AGOSTA AKAN DIANGKUT DI ATAS SEBUAH LIMBUNGAN TERAPUNG KE MALAYSIA PADA MINGGU PERTAMA OKTOBER OLEH FELDA TRANSPORT DAN IA AKAN DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA YANG KEMUDIAN DIJADIKAN SEBUAH MUZIUM DI KLEBANG, MELAKA. – BERNAMA
Pakistan Navy to Upgrade Old Agosta 70 Submarines with SUBTICS Combat System Sep 2010 - Pakistan Navy has signed a contract with the French company DCNS to purchase Submarine Tactical Integrated Combat System (SUBTICS) for the old Agosta 70 diesel-electric submarines. This contract was signed by the Pakistan Navy in June. http://pakmr.blogspot.com/2010/09/pakistan-navy-to-upgrade-old-agosta-70.html
Saat ini TNI AL hanya mengoperasikan dua kapal selam kelas U-209 buatan Jerman Barat, yaitu KRI Cakra/401 dan KRI Nanggala/402. Kapal selam yang datang tahun 1981. ini terasa sudah uzur di tengah tuntutan tugas negara yang padat. http://hagemman.wordpress.com/2009/09/14/mengabdi-dalam-kesunyian/
Kapal selam buatan kayu ditemui 26 September 2011
MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu.
Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).
Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.
Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama.
Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.
Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.
Satu laporan berita yang perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia dan perlu siasatan terperinci polis. Datuk R. Jeevanthiran telah ditembak selepas satu kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Penyerangnya menunjukkan kad pengenalan Pasukan Gerakan Am. Datuk R. Jeevanthiran yang merupakan bekas polis simpanan sukarela cam kad pengelanan PGA tersebut.
Datuk R. Jeevanthiran teleh ditembak dengan pistol semi otomatik Walter PPK yang kebiasaannya digunakan oleh para pegawai. Dan kenderaan yang digunakan oleh saspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang dua minggu lalu.
KUALA LUMPUR: A businessman said a man shot him in the waist after a minor car crash on Sept 17.
Datuk R. Jeevanthiran, 35, speaking from his hospital bed, said about midnight on Sept 16, he left home a car to meet a friend, S. Paramaguru, in Bangsar.
When he entered Jalan Bangsar, a black Proton Perdana bumped into the left side of his car.
Suspecting foul play, and looking at the fully-tinted windows of the Perdana, Jeevanthiran did not immediately stop. He slowed and stopped after about 50m.
The Perdana also stopped but the driver did not come out of the car.
Jeevanthiran drove for another 100m before stopping again. The driver of the Perdana did the same thing. When this happened, he called Paramaguru and told him what was happening.
He drove off and turned into Jalan Maarof about 12.30am and parked the car in front of the Arulmigu Sri Ramalingeswarar temple.
The driver of the Perdana did the same.
The Perdana driver, a man in his 30s, wearing a white T-shirt and jeans and sporting a cap, got out of his car and knocked on Jeevanthiran's car window.
Jeevanthiran opened the window and asked the man to wait, as he was waiting for a friend.
ANOTHER MAN CAME OUT OF THE PERDANA AND SHOWED JEEVANTHIRAN A POLICE GENERAL OPERATION FORCE AUTHORITY CARD AND ASKED HIM TO GET OUT OF THE CAR.
JEEVANTHIRAN, WHO WAS A MEMBER OF THE POLICE VOLUNTEER RESERVE IN JOHOR BARU FROM 2001 TO 2005, RECOGNISED THE POLICE ID CARD.
Paramaguru arrived, parked his Proton Perdana behind the first Perdana and approached them.
The four started talking about the accident. When Jeevanthiran said they should report the matter to the police, one of the men shouted expletives at him and Paramaguru.
When they wanted to leave, one of the men took out a gun, while the second person told him to shoot.
Paramaguru tried calming down the two men while asking Jeevanthiran to get into his car.
As Jeevanthiran opened the door, the man shot at him. He then tried to shoot Paramaguru, but the gun did not work.
The man tried again. This time the shot went off, but missed the target.
JEEVANTHIRAN SAID: "THE GUN THAT THE SUSPECT USED WAS AN OFFICERS' ISSUED SEMI-AUTO, MAGAZINE-TYPE WALTER PPK GUN."
Jeevanthiran, now bleeding, drove the car with Paramaguru to a private hospital, where he was rushed to the intensive care unit. Paramaguru called the police.
Paramaguru and two policemen went back to the scene only to find that his Perdana was gone.
Police checks revealed that the suspect's car plate was reported stolen about two weeks ago by the owner of a car, which is in a workshop.
Jeevanthiran said the doctor told him it would take at least six months for him to recover.
Pada 25 September 2011 sebuah gereja telah dibom di Indonesia menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik. Sila baca artikel bertajuk CIA ATTACK ON CHURCH? Baca dulu, samada betul atau tidak artikel tersebut, logik atau tidak dan seterusnya.
Pengebom berani mati serang gereja di Solo, Indonesia Kosmo 26 Sep 2011
SOLO - Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja semalam menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik.
Ia merupakan kejadian terbaharu dalam satu siri serangan ke atas kumpulan-kumpulan minoriti di negara ini yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia.
Bandar Solo yang didiami kira-kira 500,000 orang merupakan tempat kediaman seorang guru agama, Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan Jun lalu kerana terlibat selama 15 tahun dalam sebuah kumpulan pengganas.
Seorang penganut Kristian, Kristanto berkata, dia dan isterinya bersedia untuk meninggalkan gereja Injil Bethel apabila bom tersebut menggegarkan bangunan berkenaan.
"Terdapat jeritan dan histeria. Suasana aman semalam telah menjadi situasi yang kelam-kabut," katanya.
Pengebom tersebut berada di dalam gereja bersama dengan penganut Kristian lain semasa dia bangun dan meletupkan bom ketika dalam perjalanan pulang.
Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Awam, Djoko Suyanto berkata, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk keras perbuatan keganasan itu. - AFP
BATANG KALI - "Kita serius hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, sebab kita mahu menang kali ini," kata Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Muhamad Nazar Yakin selepas menghadiri Mesyuarat Jentera Pilihan Raya (JPR) PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, di sini, kelmarin.
Muhamad Nazar berkata, PKR akan memanfaatkan masa yang ada untuk meyakinkan rakyat dan menggerakkan seluruh jentera sebelum tibanya PRU.
"Kita bertanding di peringkat Parlimen dan kita perlukan jentera yang kuat di setiap Dun, usaha ini akan digerakkan dengan bantuan komponen Pakatan Rakyat (PR) lain untuk merampas kembali Parlimen ini dan seluruh kerusi Dun," katanya.
Dalam mesyuarat JPR itu, beberapa usul turut dikemukakan khususnya mengenai pemilihan calon tempatan yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha PKR Cabang, Romeyzee Zainuddin itu turut dihadiri Timbalan Ketua PKR Cabang, Mustafa Kamal Sapinggi dan Pengarah Dun Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Sementara itu, Mustafa turut melahirkan keyakinan PR mampu menang dan merampas kembali Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, rakyat semakin matang, jentera yang disusun juga sudah mampu mengatur strategi menumpaskan lawan.
"Kita yakin PR boleh menang, bukan saja di Parlimen malah di kesemua kerusi Dun, jentera yang matang setelah melalui beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sudah mampu menewaskan parti lawan," katanya.
Dalam pada itu, Mat Rahat menasihatkan ahli parti dan penyokong supaya tidak mudah mengalah dengan menterjemahkan sokongan serta harapan mereka melalui undi.
Menurutnya, penyokong parti perlu berkorban, ikhlas dan sabar serta mengikut strategi parti ketika menentang jentera BN.
SABAK BERNAM 26 SEPT : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini.
Rata-rata yang menerima notis 5A adalah waris kepada peneroka tanah yang selama ini menanti lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Penyerahan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya untuk memberikan hak milik tanah kepada rakyat.
Menteri Besar dalam ucapannya berkata, penerima notis 5A diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain.
Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sijil ASB kepada 45 orang penduduk setempat.
Pemerhatian TV Selangor melihat penerima kelihatan gembira dengan pemberian notis 5A oleh kerajaan negeri.
Dalam majlis itu juga, rakyat berpeluang berdialog dan menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi "perbincangan rapat" bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.
Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.
"Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil," kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.
Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.
Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.
Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, "penyelesaian kreatif" akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.
"Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti," katanya.
Kata Najib, adalah penting "model-model baru" diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.
Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.
Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.
Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.
Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi.
Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.
Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.
Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.
Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.
Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.
Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif, katanya