Ahad, 13 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 13 Feb 2011 09:33 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Wahai anak Adam!

Posted: 13 Feb 2011 07:12 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 13 Feb 2011 09:30 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011

Posted: 13 Feb 2011 09:33 AM PST



SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011 ANJURAN BAKTI BAKRI 


Bakti Bakri yang di terajui oleh YBhg Dato' Chua Jui Meng telah mengadakan majlis sambutan Deepavali dan Tahu Baru Cina serentak di Muar Traders Hotel pada Sabtu 12 Februari 2011. Majlis yang sungguh meriah ini di serikan dengan persembahan Tarian Singa, Tarian Zapin dan Tarian India. Seramai 320 orang penduduk Muar dan Bakri dijemput bersama menerima ang pow dan sumbangan beras dan barangan dapur.


YB Dr Mohammd Taslim , ADUN Maharani, dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong turut hadir meraikan majlis tersebut.


Ucapan Perasmian Dato' Chua Jui Meng di Muar Traders Hotel.


;;
 Dato' Chua Jui Meng di kerumuni wartawan

 
 Para tetemu penerima bantuan di Muar Traders Hotel.


RUMAH TERBUKA  DAP PARLIMEN BAKRI
Pada hari Ahad 13 Februari 2011 pula YB Er Teck Hwa mengadakan majlis Rumah Terbuka DAP Parlimen Bakri bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat, YB Dr Mohammad Taslim (Maharani), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong)  dan YB Gwee Tong Hiang (Bentayan). Majlis diadakan di Taman Bakri Jaya, Bakri mulai  jam 1.00 petang.
Majlis jamuan ini dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat berbagai bangsa. Kanak-kanak yang hadir mendapat angpow daripada YB Er. 

Di antara tetamu yang turut hadir ialah  Sdr Ahmad Ton, Sdr Tan (SU DAP Johor), Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang Keadilan Muar).


 Ucapan Perasmian oleh YB Er selaku tuan rumah.



YB Dr Sheikh Ibrahim turut berucap.

 
Giliran YB Dr Mohammad berucap.

YB Gwee memberi amanat.

Ucapan Ketua PKR Cabang Bakri.

 Tetamu memenuhi meja yang diusediakan,



 Wakil PAS Muar.
Dari Kiri: Sdr A Bakar Ismail (PengarahMTD Maharani), YB Dr Mohammad,
Sdr vA Razak Sulaiman (SU ADUN) dan Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar)



YB  Dr Sheikh Ibrahim, YB Gwee, Sdr Ahmad Ton, Sdr Tan. 

 Ucapan Tahun Baru Cina daripada YB dan Kepimpinan Pakatan Rakyat.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 13 Feb 2011 09:08 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Jalan Runtuh di Pilah , Harakah 14 Feb 2011

Posted: 13 Feb 2011 04:08 PM PST


Kempen Anti Saman Ekor

Posted: 13 Feb 2011 04:07 PM PST


Muak alasan tiada peruntukan

Posted: 12 Feb 2011 11:24 PM PST

Sinar Harian 13 Feb 2011

TANJUNG IPOH – Penduduk Kampung Panglang melahirkan rasa kecewa apabila jalan utama yang sering dilalui mereka rosak teruk hingga menyebabkan ada kenderaan rosak selepas melalui jalan itu.

Penduduk, Abu Bakar Ujang, 66, berkata, masalah jalan rosak di kawasan berkenaan sudah lama berlaku dan boleh dianggap perkara biasa.

"Walaupun ia bukanlah satu isu baru, tetapi jalan itu tidak pernah dibaiki dengan sempurna sehingga hampir sepuluh tahun, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan masalah yang sama.

"Bukan tidak pernah mengadu atau membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun alasannya tetap sama tiada peruntukan. Tetapi sampai bila penduduk di sini boleh bertahan? Setiap hari kami menggunakan jalan ini dan tayar kenderaan juga semakin lama semakin rosak," katanya.

Menurutnya, mengakui keadaan itu cukup berbahaya kepada penduduk kerana ia adalah jalan yang perlu dilalui setiap hari.

"Kami di sini sudah terlalu lama terdedah dengan risiko terutama pada waktu malam.

"Ramai yang tidak nampak lubang tersebut terutama pada waktu malam dan hujan kerana air bertakung. Lebih malang lagi apabila penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terjatuh," katanya.

Abu menambah, di beberapa jalan yang lain, terdapat pula mendapan yang berpunca dari aliran air di bawah tanah ataupun sebaliknya.

"Memang ada berlaku sedikit mendapan dan lubang di jalan itu. Apabila hujan berterusan selama beberapa hari, ia menyebabkan air bertakung sehingga 0.3 meter.

"Ada sesetengah pengguna jalan raya tidak tahu jalan itu rendah dan tetap melaluinya sehingga menyebabkan enjin kereta rosak dimasuki air," katanya.

Menurutnya lagi, pemilik kenderaan juga terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan tayar dan rim jika terlanggar lubang berkenaan walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana.

"Kami bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi seharusnya mereka prihatin terhadap masalah kami.

"Ada juga penduduk yang terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar ke pekan disebabkan jalan rosak dan tidak elok," katanya yang memohon agar pihak berkaitan dapat segera mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, tiada sebarang alat amaran seperti kon keselamatan diletakkan di laluan air bertakung tersebut sehingga meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Laluan masuk ke jalan ini juga gelap pada waktu malam dan sangat berbahaya terutamanya mereka :yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8751759.asp

PAS Kawasan Pekan

Posted: 13 Feb 2011 08:00 PM PST

PAS Kawasan Pekan


PAS Pahang ucap takziah

Posted: 12 Feb 2011 08:23 PM PST

PAS Pahang ucap takziah
Harakahdaily

TEMERLOH, 12 Feb: PAS Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mesej ringkasnya berharap keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi.

Sebelum ini, Zaharuddin telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi PRK.

Bagaimanapun pada tahun lalu beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru Kemas daripada Jengka 23.

Sementara itu kematian Zaharuddin memungkinkan negara terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) iaitu ke-16 selepas Merlimau pada 6 Mac ini.

Pada PRU 2008 Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 4,135 undi berbanding Hasanuddin sebanyak 2,520.

N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Tuan Ibrahim.

Posted by : Lajnah IT, DPP Pekan


PAS LENGGONG

Posted: 13 Feb 2011 07:58 PM PST

PAS LENGGONG


'Dr M, anda ada 7 hari untuk namakan mereka

Posted: 13 Feb 2011 02:48 AM PST

Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.

Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.

Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut.

Mahathir sebenarnya Pembohong

Posted: 13 Feb 2011 02:46 AM PST

Mana ada kuasa Polis yang boleh mengatasi kuasa Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri?
ada banyak lagi hujah pembohongan mahathir.

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 13 Feb 2011 07:55 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Engangement dengan Kelab Sukan AU3

Posted: 13 Feb 2011 06:02 PM PST

(gambar) Pertemuan ukhuwah antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan Kelab Sukan AU3

AU3 - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif untuk menyahut seruan "Orang Muda Geng Kita" dengan mengadakan satu pertemuan ukhuwah dengan Kelab Sukan AU3 di sebuah kedai makan di Taman Sepakat, AU3.

Pertemuan pertama ini telah diketuai oleh Ketua UKJ sendiri, saudara Habibullah dengan disertai bersama 3 orang AJK UKJ Hulu Kelang. Sementara pihak Kelab Sukan AU3 pula dengan berbesar hati menyambut pertemuan ini dengan disertai oleh Penasihat, Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta beberapa orang AJK kelab.

Selain beramah mesra dan berkenal-kenalan, pertemuan ini turut diisi dengan perbincangan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab ini sama ada dari aspek pengurusan, kemudahan mahupun perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan pihak Kelab Sukan AU3.

Dalam usaha 'engangement' ini, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang sedaya upaya akan membantu beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab untuk diselesaikan melalui hubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Ahli Majlis, MPAJ mahupun pihak ADUN Hulu Kelang sendiri.

Di akhir pertemuan, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang memberi komitmen untuk membantu sebagai pemudahcara bagi pihak kelab menyelesaikan beberapa permasalahan yang berbangkit. Sementara pihak kelab pula menghargai usaha yang diambil oleh Pemuda PAS Hulu Kelang untuk mengadakan pertemuan ini dan seterusnya juga sedia bekerjasama dalam agenda membangunkan belia-belia di Hulu Kelang khususnya di kawasan AU3.

(gambar) Cenderahati kenangan berupa bolasepak Nike T90 Premier League disampaikan oleh saudara Habib kepada Presiden Kelab Sukan AU3, Haji Mohammad



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 13 Feb 2011 07:22 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


PAS Adil, Tidak Kira Bangsa Dan Agama

Posted: 13 Feb 2011 08:40 AM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPGDUNGUN 14 Februari, Isnin - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama. Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu, 12 Februari


"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,


http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai), "dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.




"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya.

sumber : buletinonline.net

DPPK PARIT

Posted: 13 Feb 2011 07:09 PM PST

DPPK PARIT


ANTARA REVOLUSI JALANAN DAN REVOLUSI PEMIKIRAN ?

Posted: 12 Feb 2011 11:44 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 13 Feb 2011 03:23 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Seramai 300 Pemuda Kemaman Ke HIMPIT 10K 2011 Di Batu 6, Kuala Nerus

Posted: 12 Feb 2011 10:42 PM PST

Usrah Outdoor Inter Pemuda DUN - DUN di U-Bowl, Mesra Mall Kerteh Anjuran DPPKK

Posted: 12 Feb 2011 10:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Feb 2011 03:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Kerja2 pemansangan sign board baru sekitar Wangsa Maju

Posted: 13 Feb 2011 12:08 AM PST

















































ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Feb 2011 03:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MENTERI WILAYAH GOYAH !

Posted: 13 Feb 2011 12:08 AM PST


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail didesak memberikan jawapan tepat berhubung persoalan berbangkit berkaitan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter menghubungkan KLCC dengan Hotel Impian.
Desakan itu dibuat ekoran Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad sehingga kini masih diam membisu bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Fasa pertama projek jejantas pejalan kaki berhawa dingin di ibu negara yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC itu telah dilancarkan oleh Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad pada 7 Februari lalu.
Jejantas hanya sepanjang 142 meter yang dilengkapi sistem penghawa dingin dan eksalator itu dibina dengan kos amat tinggi sehingga RM10 juta atau dengan nilai RM70,422 semeter, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan kepada pelbagai pihak.
Nurul Izzah Anwar ketika membuat desakan itu berkata, disebabkan kosnya yang terlalu tinggi, Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad tidak sepatutnya berdiam diri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai jumlah sebenar perbelanjaan jejantas itu.
Menurut beliau, disebabkan jejantas itu berhawa dingin dan melibatkan penggunaan elektrik, bagaimanakah pula dengan kos penyelenggaraan dan pendendaliannya pada masa depan yang pasti meningkat akibat peningkatan unit elektrik.
"Oleh kerana syarikat-syarikat terbabit berkaitan dengan kerajaan dan badan-badan kerajaan termasuk Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Prasarana, adakah proses tender terbuka dilakukan dan apakah ada pilihan-pilihan yang lebih murah?" katanya.
Bercakap kepada pemberita pada sidang medianya di Jalan Pinang, di sini, hari ini, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut mengajak pelbagai pihak membuat perbandingan antara jejantas itu dengan jejantas di Singapura yang juga berhawa dingin, tetapi dibina di bawah tanah yang pasti melibatkan kos lebih tinggi dengan mengambil kira kos penggalian dan kos-kos lain.
"Pembinaan jejantas di Singapura diselenggarakan Perbadanan Pembangunan Semula Bandar (Uban Redevelopment Authority, URA. Syarikat swasta yang bertanggungjawab membina jejantas-jejantas di bandar tersebut dipilih menerusi sistem bidaan terbuka," katanya.
Kos pembinaan jejantas di Singapura juga, menurut beliau, dihadkan kepada $14,000 (RM33,400) untuk setiap meter persegi bagi pembinaan di tanah milik kerajaan di kawasan membeli-belah Orchard Road, berbanding kos pembinaan jejantas di KLCC bernilai secara purata RM70,422 semeter.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak Raja Nong dan Ahmad Fuad memberikan jawapan bagaimanakah kos pembangunan RM70,422 semeter bagi jejantas itu diputuskan?
"Adakah wujud formula khusus yang menyimpulkan kos sebesar itu yang ditanggung oleh Petronas dan Prasarana, bukan sahaja melibatkan jejantas itu, tetapi juga jejantas-jejantas lain yang melibatkan Petronas dan Prasarana? tanyanya.
Menerusi laporan Belanjawan DBKL 2009, dinyatakan bahawa 72 jejantas pejalan kaki disediakan di bawah seliaan DBKL, manakala 35 buah lagi telah ditaja oleh syarikat swasta.
"Apakah status kesemua 107 jejantas pejalan kaki yang diumumkan bagi tahun 2009 itu? Berapa pula kos purata bagi penyelenggaraan jejantas-jejantas tersebut?" katanya.
Memandangkan kos sara hidup rakyat akan terus meningkat dengan terlaksananya potongan subsidi secara berdikit dan konsisten oleh Kerajaan Pusat, beliau mendesak Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad menjawab kesemua persoalan itu supaya rakyat yakin tidak ada satu senpun wang negara dibelanjakan tanpa penelitian serius dan tanpa pembaziran.
Turut hadir pada sidang media itu termasuklah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan pembantu khas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua iaitu Rozan Azen.
Source: HarakahDaily.net

WAKIL PERKASA, UMNO, KABINET DAN SPR DAH SETUJU APA LAGI?

Posted: 12 Feb 2011 04:26 PM PST

Sudah sampai masa Malaysia mengunakan daftar pengundi automatik dan tanda
Cadangan Daftar Undi Secara automatik nampaknya dapat persetujuan sebulat suara dalam panel Wacana Sinar di Intekma Resort tempohari.
Walaupun berlainan bidang dan parti politik , empat ahli panel bersetuju kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi pengundi umur 21 tahun kerana kaedah itu memudahkan bakal pengundi.
Walaupun dikatakan proses melaksanakan akan mengambil masa namun pesetujuan mencapai titik persamaan adalah langkah awal yang sangat positif yang tidak harus ada sebarang tentangan atau alasan dari mana-mana pihak.
4 panel berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) Datuk Noordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam Profesor Datuk Hamdan Adnan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Feb 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Maut pikat burung

Posted: 12 Feb 2011 05:14 PM PST

BUKIT KATIL - "Arwah ayah memang gemar memikat burung dan sewaktu kemalangan berlaku, dia dalam perjalanan memikat burung di kawasan belukar berhampiran."

Demikian menurut anak kedua mangsa, Azmi Seman, 43, mengenai bapanya, Seman Bujang, 67, yang maut ketika melintasi jalan berhampiran Jambatan Sungai Tebing Tinggi, di sini, pagi semalam.

Azmi berkata, kali terakhir dia bertemu ayahnya sewaktu minum kopi di warung berhampiran rumahnya dan ketika itu arwah tidak menunjukkan tanda pelik.

"Tetapi semalam ketika bertemunya di warung kopi kira-kira jam 8 malam, ayah tidak banyak bercakap, jadi saya pun tidak syak apa-apa.

"Cuma setahu saya, ayah sudah lama tidak keluar memikat burung. Tidak tahu kenapa semalam dia tiba-tiba keluar, mungkin sudah takdir," katanya yang reda dengan pemergian ayahnya itu.

Menurutnya, sebelum ini ayahnya memang sering keluar dan adakala bersama rakan untuk memikat burung.

"Itulah hobi ayah dan jika sudah banyak burung diperoleh, adakala ayah jual. Kadang-kadang ayah pergi memikat sampai ke luar Melaka," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tiga tahun derita mental, batin

Posted: 12 Feb 2011 05:11 PM PST


MELAKA - Demi cinta, seorang janda sanggup memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang duda.

Namun, sejak tiga tahun lalu, istana kasih yang dibina tiba-tiba dipukul badai apabila mendapati suaminya curang dengan wanita lain.

Kerana itu juga, Anne, 53, (bukan nama sebenar) bercadang untuk kembali kepada agamanya asalnya iaitu Kristian gara-gara terseksa batin dan mental sejak suaminya tidak lagi menyentuhnya.

Lebih malang, Anne mendakwa suaminya memperlakukannya seolah-olah 'habis manis sepah dibuang' apabila tidak lagi tidur sekatil selepas dia banyak berkorban wang ringgit membayar hutang puluhan ribu ringgit suaminya yang berusia setahun muda daripadanya itu.

Anne ketika menemui wartawan Sinar Harian dengan sebak bercerita, dia berasal daripada suku kaum Bidayuh di Sarawak, berkahwin dengan anak :kelahiran Melaka yang kini bekerja di salah sebuah jabatan penting di bawah kerajaan negeri.

Menurutnya, sebelum Islamnya, dia pernah berkahwin dan mempunyai tiga anak lelaki yang kini berumur 34, 31 dan 29 tahun.

"Cuma anak bongsu sahaja mengikut saya memeluk Islam dan kini sudah mendirikan rumah tangga.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, dia juga mempunyai seorang anak perempuan berumur 26 tahun hasilp perkahwinan terdahulu," katanya.


Anne berkata, perkahwinan keduanya pada 2003 tidak dikurniakan anak dan kehidupannya bahagia.

"Mungkin ketika itu saya mempunyai wang simpanan. Walaupun suami tidak membimbing saya dengan sempurna, saya tetap mengambil inisiatif sendiri dengan mencari guru agama.

"Alhamdulillah, saya boleh buat semua yang dituntut Islam seperti solat dan mengaji," katanya yang tertekan dengan penderaan batin oleh suami.

Menurutnya, suaminya mula menampakkan sikap dinginnya sejak 2007 lalu.

"Apa salah saya? Siapakah saya di sisi suami. Selama ini saya begitu patuh dengan suami sehingga selangkah hendak keluar rumah, saya minta izin kerana saya faham Islam melarang isteri keluar rumah tanpa izin suami.

"Apa lagi tanggungjawab yang tidak cukup saya jalankan? Sehinggakan saya habiskan segala wang simpanan saya untuk atasi masalah suami dengan bank, malah sebahagian besar kos belanja bina rumah kami sekarang saya tanggung sampai duit saya sudah tiada lagi," katanya.

Anne berkata, hatinya sudah remuk dan amat sedih selepas tiga tahun bersabar dengan sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

"Jika diikutkan hati, saya rasa bagai hendak keluar kembali daripada Islam walaupun hakikatnya saya sayangkan Islam.

"Lagipun, isteri mana yang tidak sakit hati jika terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit suami yang tertera ayat cinta dan sayang daripada perempuan lain," katanya.

Paling kecewa menurutnya, hasratnya mendapatkan pertolongan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tidak banyak membantu sebaliknya pihak berkenaan hanya mampu menyuruhnya bersabar dan memberikan sedikit sesi kaunseling.

"Kerana tidak tahan dengan perangai suami, saya bawa hati yang lara tinggal bersama keluarga yang beragama Kristian dan kini menetap di negeri ini.

"Saya terpaksa keluar dari rumah daripada dilayan bagai tunggul kayu. Sekurang-kurangnya keluarga saya tetap melayan saya dengan baik," katanya.

Menurutnya, suami tahu di mana dia berada tetapi tidak pernah mengambil peduli, sebaliknya tergamak menghantar pakaiannya yang masih tertinggal di rumah mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Mohammad ketika dihubungi terkejut dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan yang dibuat wanita terbabit.

Menurutnya, pihak MAIM amat mengambil berat soal saudara baru terutama membabitkan hal kebajikan mereka.

"Saya bimbang, wanita berkenaan merujuk pada salah tempat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga terpaksa menanggung penderitaan sejak tiga tahun lalu.

"Apa pun, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenainya dan akan segera membantu secepat mungkin," katanya.

Artikel asal : Sinar Harian

PAS tandingi Merlimau, tiada percanggahan

Posted: 12 Feb 2011 05:07 PM PST

PETALING JAYA: KeADILan menjelaskan keputusan meletakkan calon PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Merlimau adalah muktamad dan ia sekali gus menolak spekulasi percanggahan pendapat antara parti itu dengan PAS untuk bertanding di kerusi tersebut.

Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali menyifatkan Pakatan Rakyat secara muafakat bersetuju mengekalkan kerusi kepada PAS untuk bertanding di PRK Merlimau 6 Mac nanti. Jelasnya, walaupun terdapat cadangan meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar sebagai calon mewakili parti itu, Azmin berkata ia hanya sebahagian daripada isu perbincangan Pakatan Rakyat, 7 Februari lalu.

"Kita bincang cadangan Shamsul mewakili pandangan KeADILan Cabang Jasin bukan kapasiti beliau sebagai Ketua AMK. Beliau adalah Ketua Cabang Jasin dan merupakan seorang tokoh tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di kawasan berkenaan," jelas beliau.

Tambah Azmin, parti itu mengambil kita pandangan semua pihak termasuk PAS dan DAP untuk mengenalpasti kekuatan maksima bagi meletakkan wakil Pakatan Rakyat yang mampu merampas kerusi tersebut yang disandang BN sebelum ini.

"Maka dalam mesyuarat Pakatan Rakyat semalam kita menghormati pandangan dan maklumbalas yang dikemukakan Shamsul, tapi pada masa yang sama dalam perbincangan berkenaan kita telah mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan termasuk PAS dan DAP.

"Akhirnya kita membuat keputusan untuk mengekalkan kerusi Dun Merlimau kepada PAS dan ini diterima baik Shamsul Iskandar. Beliau sekadar memberi pandangan untuk erbincangan. Tidak salah bagi kita mendengar dan menghormati pandangan beliau. Akhirnya Pakatan Rakyat telah bermuafakat untuk bersama-sama membantu PAS dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Azmin turut menolak dakwaan bahawa PAS tidak berhasrat untuk bertanding di Dun Merlimau justeru jelasnya Pakatan Rakyat akan memberi sokongan kuat kepada parti itu seperti mana pilihan raya kecil lalu.

Kerusi Dun Merlimau kosong apabila penyandangnya Dato' Mohd Hidhir Abu Hassan mewakili Umno-BN meninggal dunia akibat serangan jantung 20 Januari lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac bagi pilihan raya kecil kali ke-15 Dun Merlimau.

Sementara itu, PAS akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti senarai calon pada PRK itu pada 13 Februari ini. Pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi Merlimau diwakili calon PAS, Jasme Tompang, sebelum itu pada pilihan raya umum 2004 ia diwakili calon KeADILan, S Jayanthas.

Harakah edisi 8 - 10 RABIULAWAL 1432 / 11 - 13 FEBRUARI 2011

Tuan Ibrahim pengarah PRK Merlimau bagi PAS

Posted: 12 Feb 2011 05:04 PM PST

TEMERLOH, 11 Feb: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik menjadi Pengarah jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau 6 Mac depan.

Menurutnya perlantikan tersebut dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat baru-baru ini.

Tuan Ibrahim yang mengesahkan perkembangan tersebut berkata, mesyuarat pertama jentera PAS bagi PRK berkenaan telahpun diadakan semalam.

Pilihan raya ini merupakan PRK ke 16 sejak pilihan raya umum (PRU) Mac 2008.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan calon PAS yang akan membawa cabaran bagi merampas kerusi BN itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian BN sebelumnya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69% pengundi adalah berbangsa Melayu,21.11% Cina,14.16% India dan baki 0.04% pengundi lain-lain kaum.

Sumber : Harakahdaily

Ke mana menghilang bas 'London' Melaka ?

Posted: 12 Feb 2011 05:02 PM PST

HUTANG kerajaan negeri Melaka meningkat RM587.3 juta pada 2009 berbanding RM441.76 juta pada 2008, tetapi pemimpinnya terus boros berbelanja termasuk menjalankan projek pembangunan yang diragui keberkesanannya atau memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan.

Pelbagai projek mega dijayakan dengan membuat pinjaman kepada kerajaan Pusat tetapi sebahagian daripadanya tidak berdaya maju sehingga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.

Antara projek yang gagal, tersadai atau cuba dimajukan semula adalah Pulau Melaka, roda gergasi Eye On Malaysia dan Litar Go-Kart di Ayer Keroh.

Sekalipun rakyat Melaka khasnya dan seluruh Malaysia amnya digembar-gemburkan dengan kejayaan negeri ini dari segi fizikal termasuk perisytiharan sendiri sebagai negeri berstatus maju pada 2010, prasarana untuk rakyat awam tidak banyak berubah.

Misalnya, jika dikaji dari segi pengangkutan awam, keadaan bas berhenti-henti yang menjalankan operasi dari pusat bandar (Melaka Sentral) hampir semuanya adalah buruk-buruk belaka.

Jika seseorang berada di Melaka Sentral, jenguklah di bahagian yang menempatkan bas tempatan. Akan terlihatlah puluhan bas lama, berdedu dan keadaan ini berbeza dengan seksyen bas ekspres yang kebanyakan bas di situ adalah baru-baru belaka termasuklah jenis dua tingkat.

Selain pelbagai syarikat persendirian yang mengendalikan bas tempatan (berhenti henti) itu, ada sebuah syarikat kerajaan negeri (PM Culture and Tour, PMCT) tutut terbabit dengan menawarkan perkhidmatan bas Panorama di sekitar bandar raya Melaka.

Baru-baru ini kerajaan Melaka membeli 10 buah bas baru bagi menggantikan bas sedia ada. Sebuah bas yang ditempah khas dari China itu membabitkan harga RM235,000.

Apabila dikatakan bagi MENGGANTIKAN bas sedia ada, apakah bermakna sejumlah bas termasuk bas dua tingkat berwarna merah yang didatangkan khas dari London sudah dinyahkan. Patutlah sejak setahun ini, penulis tidak pernah lagi melihat bas London ini bergerak di jalan raya Melaka.

Tiga tahun lalu, bas London ini menjadi kebanggaan hampir kebanyakan pemimpin dan rakyat Melaka. Hakikatnya dua bas London ini sudah uzur (buatan 1981) dibeli dengan status bas terpakai daripada London Bus Export dengan harga RM200,000 setiap satu.

Adalah amat malang bagi rakyat Melaka jika wang pembelian dua bas ini sebanyak RM500,000 (termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan seperti pemasangan alat penghawa dingin berharga RM56,000) lebur dalam masa beberapa tahun saja.

Membeli bas buruk adalah kerja sia-sia, tetapi tentunya ada pihak ketawa berdekah-dekah kerana dapat menjual besi buruk dengan harga sebegitu tinggi, demikian juga mungkinkah ada pihak kenyang dengan projek terlalu ke belakang ini (al-maklumlah bas bersejarah tentunya sesuai untuk negeri bersejarah).

Dulu pemimpin amat berbangga dapat membeli bas ini kononnya ia pernah menjelajah tempat-tempat menarik di kota London seperti Istana Buckingham, Tower Bridge, Madamme Tussaud's Museum, Westminster Abbey dan West End, tetapi kini apakah bas tua ini masih mempunyai kudrat menyelusuri Jalan Bandar Hilir bagi melewati tempat-tempat bersejarah seperti A'Famosa, bangunan Stadhuys dan binaan baru seperti Menara Taming Sari? Atau pun bas tua ini sudah sampai masa persaraannya, dibiarkan nazak bersama berkaratnya besi buruknya di sebuah gubuk yang tidak diketahui lokasinya.

Sungguh malang bas tua dua tingkat dari London ini, tetapi lebih malang lagi rakyat Melaka yang pemimpinnya boleh menghabiskan wang RM500,000 begitu saja!
Hal ini tidak menghairankan kerana laporan Ketua Audit Negara 2009 membuktikan terlalu banyak pembaziran membabitkan kerajaan negeri termasuk di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) sendiri.

Antara JKMM telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Laporan itu menyatakan keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri dan pembaziran wang awam.

Demikianlah terlalu banyak berlaku pembaziran dan pemborosan oleh pemimpin negeri. 'Kehilangan' bas tua London daripada pandangan mata umum adalah bukti jelas pemimpin pandai bermain silap mata, jadi apakah rakyat mahu terus memilih orang jenis ini (sudah tua pun) sebagai pemimpin mereka pada masa depan?

Sumber : LanH

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Feb 2011 11:42 AM PST

Batu Gajah Mari


Fitnah Tok Guru : Isu 2 Imam Di Tenang- UMNO ni memang spesis tengin

Posted: 13 Feb 2011 07:20 AM PST

Solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong. Tok Guru Nik Aziz pula mengimamkan solat jamak dan qasar sebaik selepas imam bagi salam.
Menunggu masuk solat zohor. Disebalh Nik Aziz ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

Sumber Asal : http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=5

Ni Dia Fitnah UMNO

Pemuda Guchil

Posted: 13 Feb 2011 09:32 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Feb 2011 09:20 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KERAJAAN SELANGOR TERUSKAN USAHA SERIUS PERANGI WABAK ZINA

Posted: 13 Feb 2011 08:55 AM PST

13.2.11
DATARAN SHAH ALAM

     Penyakit kronik yang berupa maksiat seperti zina tidak akan terhapus dengan usaha yang tidak berterusan kerana ia terhasil daripada jahiliyyah mendalam dikalangan masyarakat.Zina berleluasa kerana pihak berkuasa tidak memandang serius kepada bahayanya, jauh sekali untuk melabelkannya sebagai punca utama kepada fenomena destruktif seperti buang bayi,jual bayi, penyakit puan,penyakit tuan, HIV/AIDS.
Isu bayi yang baru dilahir samada yang masih hidup mahupun yang sudah terkulai layu, bahkan ada yang sudah dibaham anjing liar menjadi satu tumpuan sekejap-sekejap sang pencari publisiti.Ramailah yang bersuara seolah-olah mereka tokoh pejuang hak kemanusiaan sibayi malang.Kemudian pembicara tadi senyap sepi sehinggalah ada bayi lain pula dijumpai dengan keadaan serupa atau lebih kurang serupa.
   Mungkin ada seorang dua yang berbicara serius dan menekuni kebarangkalian membanteras masalah kecelaruan waris dan ancaman ketagih aksi dosa ini.Namun suara mereka terkurung di sudut kecil dalam kosmos pemerintahan/urus tadbir negara yang tidak peduli bab dosa pahala dalam erti sebenarnya.Maka tidak kedengaran suara tulus yang tenggelam dek hingar bingar kehidupan hedonisme yang tercorak oleh kerajaan yang tidak berorientasikan sistem Tuhan. 'Master mind' yang mengaut keuntungan melimpah daripada 'keperluan'terwujud atas desakan nafsu seperti perlu asmara walaupun tanpa ikatan pernikahan yang sah.Perlu kepada bajet hotel tempat memuas nafsu, perlu kepada muqaddimah zina seperti bunga, coklat, kain,baju dan apa-apa sahaja yang dicipta secara kreatif oleh pengusaha opportunis yang boleh mengkaburkan mata hati si penerima sehingga tidak kenal dosa.

SERIUS
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mahu remaja-belianya rosak kerana sistem yang sepatut mendidik mereka membiar mereka lalai dan leka hingga terjebak ke kancah maksiat yang boleh mengakibatkan kehancuran masa depan mereka.
Justeru, di bawah JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL NEGERI SELANGOR menetapkan di antara fokus utamanya ialah kempen anti zina. Memandangkan kajian trend kemuncak perlakuan zina ialah MALAM MERDEKA, MALAM TAHUN BARU MASEHI dan malam ST .. VALENTINE's day, maka pasukan khas yang mensinergikan kolaborasi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang penting seperti JAIS, PDRM,PBT,AADK,RELA dan mobilisasi AJK MASJID/JKKK dan penglibatan NGO-NGO serta pimpinan masyarakat setempat dan aktivis sosial.
S'gor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial
Feb 13, 11 9:35pm
Kongsi 109
Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik

Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

selangor anti-zina event crowdKempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.

Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.

Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

Jasindaily Online

Posted: 13 Feb 2011 09:08 AM PST

Jasindaily Online


PAS BANTAH BN KIBAR BENDERA DI MERLIMAU

Posted: 13 Feb 2011 01:09 AM PST

MERLIMAU BELUM SELESAI KERDAU DAH TUMBANG

Posted: 12 Feb 2011 11:26 PM PST

ROSMAH DI MERLIMAU - ADUN MATI, MERLIMAU MAJU

Posted: 12 Feb 2011 07:35 PM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 13 Feb 2011 07:27 AM PST

i n t a n h i j a u


INDAHNYA ISLAM APABILA IA DIPRAKTIKKAN - ADUN CHANGKAT JONG

Posted: 13 Feb 2011 05:57 AM PST


TELUK INTAN, 12 Februari - Islam adalah agama menyeluruh dan ia mempunyai sistem yang relevan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Namun, segala keindahan Islam itu tidak akan nampak jika ia tidak dipraktikkan. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong di dalam ucapan beliau semasa merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Al-Munir di Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan.
YB Anuar bersama Pengerusi SR Al-Munir, Tn. Hj. Sanusi menerima tabik hormat perbarisan.

Acara perbarisan kontijen rumah sukan penuh warna-warni.

Oleh kerana itu, tambah beliau lagi, ibu bapa wajib berperanan memastikan anak-anak menerima pendidikan Islam secukupnya. Pendidikan Islam mampu melahirkan pemimpin yang bertaqwa.

"Anak-anak mewarisi kepimpinan masa depan. Hanya pemimpin yang bertaqwa  sahaja yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dunia dan akhirat," tambah beliau lagi.
YB Anuar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Isteri ADUN, Pn. Hjh. Faridah turut menyampaikan hadiah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama. Beliau berharap mereka akan meneruskan pengajian anak ke sekolah agama di sekolah menengah nanti.

Akhirnya, beliau berharap aktiviti seperti sukan ini akan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.
Acara golek tayar.

Acara lari galah panjang.

Pada sukan tahun ini, rumah Kuning telah diisytiharkan menjadi juara keseluruhan dan rumah Merah menjadi naib johan.

Turut hadir ialah isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajjah Faridah Rajiah Fakhrur Radzi, Pengerusi SR Al-Munir Tuan Haji Sanusi Suratman dan Guru Besar SR Al-Munir Puan Hajjah Mardziah binti Samad.

intanhijau.blogspot.com

DHPP TELUK INTAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI TAMAN CICELY / ديوان هيمڤونن ڤڽوکوڠ ڤاس سمڤأيکن سومبڠن د سيسيلي

Posted: 12 Feb 2011 07:30 PM PST


TELUK INTAN, 11 Februari - Sayap baru PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kepada  empat orang warga emas di Taman Cicely, Teluk Intan. Bantuan tersebut berupa barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya.

Warga emas tionghua turut juga menerima sumbangan.

Warga emas India menerima sumbangan.

Menurut Ketua DHHP Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh, bantuan oleh pihaknya merupakan penerusan usaha kebajikan yang sering dilakukan oleh pihak PAS Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong. 

"Program kebajikan seperti ini sebenarnya sudah lama pihak kami lakukan dengan tanpa mengira kaum dan agama kerana inilah yang diajar oleh Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS," ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DHPP Negeri Perak.
Sdr. Hacharan menyerahkan sumbangan kepada wakil kuil, Sdr. G. Iyyakannu.

Pada hari yang sama juga, beliau telah memberikan sumbangan RM300 kepada pihak Kuil Sri Maha Mariaman, Kg. Glouster Batu 6, Jalan Bidor bagi membantu usaha membaik pulih kuil tersebut. Turut sama ialah Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna.

intanhijau.blogspot.com

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Feb 2011 03:33 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2011)

Posted: 12 Feb 2011 09:33 AM PST

11 Feb – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menganjurkan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011 di padang bola, Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh ribuan para pemuda Islam daripada seluruh negeri Terengganu.

Program HIMPIT menerima suntikan motivasi daripada Abang Mat Sabu yang memberikan input-input motivasi tentang mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh gerakan Islam daripada seluruh dunia pada abad ke 21 terutama yang berkaitan dengan penyelewengan pilihanraya oleh kerajaan-kerajaan daripada dunia ketiga dan beliau member amaran jika demokrasi pilihanraya terus dicabuli, rakyat akan berarak ke jalan raya menuntut keadilan.

Setelah itu, majlis perasmian dilangsungkan bermula dengan ucapan pengarah HIMPIT 2011, Ustaz Ridzuan Hasyim, ucapan ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Thantawi, yang turut dihadiri oleh wakil DAP, PKR dan wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Khairul Faizi, saudara YB Mohd Firdaus Jaafar dan saudara Mohd Adram di samping wakil-wakil Badan Perhubungan Negeri Terengganu.

Ustaz Nasruddin menjawab persoalan berkaitan kenyataan beliau mengenai Valentine day disalah lapor oleh wartawan yang menelefon beliau, di mana lantaran itu, beliau menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk oleh tokoh dalam PAS sendiri tetapi beliau tetap bertegas usaha dakwah akan tetap dijalankan DPPP untuk mengurangkan bebanan masalah sosial yang membanjiri ummat Islam dewasa ini.


Majlis Perasmian dijalankan oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS, di mana ucapan beliau menegaskan menggantikan UMNO menjadi tanggungjawab PAS di seluruh negara di samping memberikan senario terkini tentang demonstrasi rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan rejim zalim Hosni Mubarak di sana.

Seterusnya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkhutbah di Masjid Kampung Batin, Seberang Takir dan Ustaz Nasruddin Hassan berkhutbah  Jumaat di Masjid Batu Enam berdekatan dengan tapak HIMPIT.       

Sebelah petang, ceramah Ustaz Azahar al-Idrus mengambil tempat dengan coleteh berunsurkan tazkirah yang menggelikan hati dan mendatangkan pengajaran khususnya berkaitan Valentine Day dan pergaulan bebas yang terkeluar daripada batas-batas agama Islam.

Sebelah malam pula satu ceramah diadakan di Kampung Petai Bubus.

Beberapa gambar sekitar program disertakan untuk tatapan.




Suasana sekitar pendaftaran sebelah pagi.








Pengarah program sedang memastikan beberapa keperluan majlis perlu dilengkapkan oleh para petugas.




Abang Mat sebelum berucap dan semasa berucap.






Ustaz Saiful. Ustaz Wan Faizul dan wakil DAP, Encik Ng Chai Hin.

Jabatan Amal dan skuad mereka.





Tempat khas parkir motosikal ARC di tapak HIMPIT.







Ustaz Razki dan 'brader-brader' Unit Amal yang bertugas.





Rombongan ARC








Perbincangan antara Timbalan Ketua dan Bendahari tentang perkara-perkara penting.


Di meja pendaftaran


Orang arab pun ada join jugak!



Jawatankuasa DPPNT dalam saff

Perbarisan Jabatan Amal



Ustaz Nasruddin menerima tabik hormat.





Episode Sebuah Perjuangan, lawo jugak kereta Ustaz!


Abang Mat beramah mesra dengan pegawai Amal


Pengarah Program Ustaz Ridzwan Hasyim

Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.






Antara pimpinan dan jemputan.

Ustaz Nasruddin Hassan Thantawi berucap.

From Dungun with fighting spirit.


Kuda untuk gimik perasmian.







Orang ramai mendengar dan melihat daripada jauh.


Setiausaha PAS Kawasan Setiu sentiasa bermuka manis... Payah cari ni.

YB Dr. Alias turut hadir.


Ustaz Abu Bakar Soleh, masih muda lagi!





Gimik pelancaran.




Jabatan Amal, dulu dan sekarang.





Ustaz Din kena jengok jugak!

Rombongan Presiden PAS tiba diiringi ARC.



Kenderaan membawa Datuk Seri Presiden.



Masih sempat berbincang sekejap Ketua Pemuda dengan Presiden.



Tuan Guru Presiden menyampaikan ucapan perasmian.


Wakil DPPP.


Kenderaan Ahli Parlimen Marang.





Din yang masih macho.



Ayah Wer pun sempat posing.


Ustaz Mohd Nor bersama bekas-bekas ketua pemuda negeri Terengganu.

Cenderahati untuk Tuan Guru.

Ustaz Azhar Al-Idrus menyampaikan kuliah khas sempena HIMPIT dipengerusikan oleh setiausaha DPPNT, Ustaz Wan Faizul.

Dalam panas terik, peserta program masih tekun mendengar kuliah Ustaz Azhar.






Abang Unit Amal yang mengawasi perjalanan program tanpa kejadian tidak diingini.


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 13 Feb 2011 03:27 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA N-26 RANTAU ABANG

Posted: 12 Feb 2011 10:53 PM PST

JOM RAMAI-RAMAI KE PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA N26 RANTAU ABANG DI SURAU USTAZ DAUD,BALAI BESAR PADA 18HB FEBRUARI 2011 JAM 3 PETANG.PAS GANTI UMNO,MASA UNTUK BERUBAH....

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Feb 2011 03:04 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


FACEBOOKS: KEMPEN ANTI SAMAN EKOR

Posted: 13 Feb 2011 01:40 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Feb 2011 01:28 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kumpulan Terakhir 602 Warga M'sia di Jeddah Tiba Esok

Posted: 13 Feb 2011 12:29 AM PST

Sebahagian daripada para pelajar Malaysia di Mesir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah dengan menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH 0151 di sini hari ini. Foto BERNAMA

10 Rabiul Awal 1432H.

SEPANG: Kumpulan terakhir 602 warga Malaysia yang masih lagi berada di Jeddah, Arab Saudi dijangka dibawa pulang ke tanahair esok.

Kumpulan itu akan dibawa pulang menaiki dua pesawat masing-masing Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Air yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari.

Bercakap kepada Bernama di sini, pegawai Wisma Putra berkata pada hari ini terdapat empat penerbangan membawa pulang 1,010 warga Malaysia, dengan salah satu pesawat mendarat di Jakarta, Indonesia.

"Seramai 170 rakyat Malaysia yang terlibat akan dibawa pulang menaiki pesawat Hercules C-130 dari Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Tentera Udara Malaysia, Subang kira-kira pukul 6 petang," katanya.

Hadir di KLIA menyambut kepulangan pesawat pertama MAS yang tiba pada pukul 5.20 pagi dengan membawa 450 warga Malaysia hari ini ialah Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.

Dua lagi pesawat MAS dan Saudi Air akan tiba di KLIA kira-kira pukul 11 pagi dan 1 petang ini, masing-masing membawa 150 orang dan 240 orang lagi rakyat Malaysia yang rata-rata merupakan pelajar. - BERNAMA

Orang Asli parah diserang harimau

Posted: 13 Feb 2011 12:15 AM PST

10 Rabiul Awal 1432H.

IPOH 13 Feb. - Seorang penduduk Orang Asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik, 200 kilometer dari sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut," katanya.

Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka. - Bernama

Kekosongan kerusi DUN Kerdau akan dimaklum kepada SPR esok

Posted: 13 Feb 2011 12:02 AM PST

10 Rabiul Awal 1432H.

TEMERLOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya, pemakluman secara tidak rasmi diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam. Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata, selepas itu SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil.

Zaharuddin, 64, dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 7.15 malam.

Allahyarham menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA

8 cedera lori pikap berisi bom meletup di selatan Thailand

Posted: 12 Feb 2011 11:57 PM PST

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran akibat letupan bom lori pikap di luar bank daerah Yala, selatan Thailand menyebabkan lapan orang awam termasuk empat anggota polis cedera. - Foto AFP

10 Rabiul Awal 1432H.

YALA: Sebuah lori pikap berisi bom meletup di luar sebuah bank selatan Thailand menyebabkan lapan orang awam tercedera, kata polis.

Letupan itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi waktu di Yala, satu daripada tiga wilayah berdekatan sempadan Malaysia yang diletakkan dalam keadaan darurat sejak 2005.

"TAda sebutir bom dalam alat pemadam kebakaran dalam sebuah lori pikap yang diletakkan di hadapan kedai runcit dekat Siam City Bank," kata polis tempatan. "Letupan it menyebabkan kebakaran di kedai berdekatan dan menyebabkan lapan orang cedera," katanya.

Pada Khamis lalu tiga orang termasuk seorang guru, ditembak mati dan mayat mereka dibakar di wilayah Pattan iaitu salah satu serangan bersenjata pada minggu lalu. - AF

Lebih 600 banduan lari dari penjara Kaherah

Posted: 12 Feb 2011 08:53 PM PST

10 Rabiul Awal 1432H.


KAHERAH 13 Feb. - Lebih kurang 600 orang banduan melepaskan diri dari penjara di Kaherah selepas rusuhan berlaku, hari ini.

Menurut pegawai keselamatan, beberapa orang terbunuh dan cedera ketika banduan-banduan tersebut membuat rusuhan dan orang yang tidak dikenali di luar Penjara Marg menembak kearah pengawal.

Ia merupakan kali kedua banduan melarikan diri secara beramai-ramai sejak 28 januari lalu di Penjara Abu Zaabal ketika demonstrasi besar-besaran yang mahu Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Antara mereka yang berjaya melarikan diri ketika itu termasuk militan Pakistan dan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban. - AFP

Di sebalik pengunduran Hosni Mubarak

Posted: 12 Feb 2011 06:04 PM PST

10 Rabiul Awal 1432H.
Ahmad Baei Jaafar

Memang wajar Umat Islam seluruh dunia mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang telah berjaya meruntuhkan tembok besi yang melindungi Hosni Mubarak. Mereka dilihat tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari walaupun dihalang oleh tentera Presiden Mesir itu.

Lautan manusia melahirkan kegembiraan

Kebangkitan rakyat Mesir tentu berpunca daripada detik-detik pemerintahan Hosni yang banyak mempenjarakan fikiran mereka. Ya, berapa lama manusia yang normal boleh dikongkong kebebasan mereka? Apabila sampai masanya, mereka boleh hilang sabar.

Sepanjang pemerintahan Hosni Mubarak selama 30 tahun, bukan sahaja ulama tidak boleh bersuara dalam membetulkan pemerintahannya, universiti Al-Azhar berjalan tidak mengikut cita rasa ulama berwawasan Rasulullah. Akhirnya mahasiswa al-Azhar yang pulang berkhidmat di negara masing-masing berfikiran sempit. Tiada kreatif untuk membangunkan negara dan rakyat ke arah yang islami.

Saya tidak pasti apakah kebangkitan rakyat ini ada kaitan dengan kesusahan rakyat akibat kos sara hidup yang semakin melonjak dan kadar pengangguran yang tinggi, tetapi yang saya pasti rakyat sudah mual dengan keganasan pihak keselamatan. Apa sahaja yang diperintahkan oleh presiden, tentera pasti bertindak.

Antara keganasan tentera Mesir yang kita boleh lihat secara jelas ialah usaha bantuan kemanusian ke Gaza melalui Mesir dihalang. Mengapa? Tentu kerana tidak mendapat lampu hijau daripada Presiden. Dan yang terbaru, tentera bertindak tidak berperikemanusian terhadap penunjuk perasaan di Madinatul Tahrir. Ini tidak termasuk beberapa orang ulama yang hilang tanpa diketahui kuburnya.

Tetapi tahukah anda tentera yang ganas itu sebenar manusia yang hidup mereka seperti robot apabila di suruh itu, maka dibuatlah yang itu. Sebaliknya kalau mereka tidak diperintahkan itu dan ini oleh pihak yang berwajib, mereka mampu kembali kepada perikamanusian. Mereka juga tahu erti baik dan kebaikan.

Bukti yang jelas boleh anda lihat pada sikap tentera Mesir itu, setelah Mubarak meninggalkan pemerintahan, jiwa mereka kembali normal. Walaupun rakyat masih berkumpul di dataran tahrir, melakukan acara bagi menyambut kegembiraan menggulingkan presiden Mesir, tentera hanya melihat sahaja tanpa sebarang tindakan.

Tentera itu bukan sahaja tidak marah dengan sikap rakyat yang telah menjatuhkan majikannya, tetapi ada yang turut bersama mereka bergembira. Ertinya apa? Tentera juga tidak suka kepada keganasan, tidak suka juga kepada Mubarak. Mereka juga suka kepada kebaikan. Tetapi mereka telah dibisukan dan ditulikan pemerintah.

Itulah fitrah manusia apabila mereka kembali kepada normal. Manusia di manapun mereka adalah sama, mahukan kebaikan. Tetapi kalau mereka jahil malah apabila dikuasai nafu, syaitan sama ada syaitan manusia atau jin, fikiran mereka akan berubah. Jadi, berhati-hatilah agar anda tidak dikuasai semua makhluk itu.

Berbalik kepada peristiwa di atas, suka saya hendak ingatkan kepada orang-orang politik terutama mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara mahupun negeri, peristiwa yang sama boleh berlaku di sini. Maksud saya, kalau kebencian rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi, pelbagai usaha boleh mereka lakukan.

Jangan ingat, orang Melayu baik semua dan tidak suka berperang. Lihat sejarah orang Melayu masa silam. Mereka boleh bertindak apabila terdesak dan mendesak. Ketika itu boleh jadi, tentera yang selama ini bersikap "samikna waatakna" kami dengar dan taat, akan bertindak secara tidak ikhlas lagi. Boleh jadi mereka juga akan belot.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan negara kita tidak sama dengan Mesir, riak-riak kebencian rakyat sudah ada. Oleh sebab itu berpadalah dalam pemerintahan. Kalau sudah ada isyarat bahawa mereka tidak suka kepada anda, tukarlah kepada yang lebih baik. Tanyalah kepada yang pakar, ulama dan sebagainya. Jika anda masih rasa ego dengan cara anda, tunggulah kehancurananya.

BN mirip Rejim Hosni, Ada potensi digulingkan ?

Posted: 12 Feb 2011 05:46 PM PST

10 Rabiul Awal 1432H.
Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 13 Feb : Suara rakyat Mesir akhirnya telah berhasil menggulingkan sebuah rejim setelah 18 hari berdemonstrasi di jalan raya dengan kehilangan ratusan nyawa warga marhein disebabkan keangkuhan seorang diktator menggunakan polis sebagai perisai.

Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN," kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.

Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.

Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.

"Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini" jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengulas revolusi yang telah berlaku di Mesir tidak mengambil masa yang lama seperti kerana kepesatan teknologi maklumat dalam era ICT.

"BN dinasihati jangan bertingkahlaku seperti Hosni dalam hal memerintah, rakyat tidak boleh ditipu, maklumat terkini negara mudah dicapai dengan kemudahan internet." Ujarnya.

Dalam pada itu Khalil menyatakan, Berdasarkan rekod BN tidak pernah adil kepada rakyat dalam banyak hal serta isu, Khalil mengingatkan bahawa PRK di Merlimau dan yang terbaru akan berlaku di Kerdau merupakan suara rakyat yang wajib didengari oleh kerajaan.

Beliau menggesa rakyat perlu menyatakan suara protes terhadap BN dengan mengundi Pakatan Rakyat bagi memastikan gelombang Malaysia baru yang lebih selamat dapat diteruskan hingga menjelang PRU 13.

(Update)Al Fatihah : ADUN Kerdau meninggal dunia

Posted: 12 Feb 2011 05:30 AM PST

9 Rabiulawal 1432H.[MOD] -

ALFATIHAH-Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia - memungkinkan akan berlaku PRK ke 16. ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 13 Feb 2011 01:07 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


Posted: 12 Feb 2011 08:33 AM PST

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

azlan

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS DI KOTA SARANG SEMUT

Posted: 12 Feb 2011 08:30 AM PST

Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

Sumber : http://www.eperjuangan.com
( Episod sebuah perjuangan )

Kebangkitan Anak Muda :
30K di Kedah Darul Aman
19 Feb 2011 [ Sabtu ]

1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .

2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.

3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :

Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]

5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.

6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :

Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.

7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.

8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]

" Ayuh semua AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, AJK Pemuda Cawangan, Ahli-ahli pemuda pas Cawangan..kita berhimpun di Kota Sarang Semut...kehadiran anda disana pasti menyumbangkan kegerunan kepada musuh tradisi UMNO Barisan Nasional "


Peghelih La...

Posted: 12 Feb 2011 11:27 PM PST

Peghelih La...


Mai pulak dah..... next? Perlis? WP?

Posted: 12 Feb 2011 09:20 PM PST


Malaysiakini
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Baca selanjutnya

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 12 Feb 2011 11:27 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA N-26 RANTAU ABANG

Posted: 12 Feb 2011 10:52 PM PST

JOM RAMAI-RAMAI KE PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA N26 RANTAU ABANG DI SURAU USTAZ DAUD,BALAI BESAR PADA 18HB FEBRUARI 2011 JAM 3 PETANG.PAS GANTI UMNO,MASA UNTUK BERUBAH....

Pengikut