Selasa, 4 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 04 Jan 2011 11:20 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Yang di-Pertuan Agong Perintah Mengadap

Posted: 04 Jan 2011 07:49 AM PST

Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Salam Perjuangan

Posted: 04 Jan 2011 11:18 PM PST

Salam Perjuangan


TAZKIRAH SUBUH : FADHILAT BERJEMAAH

Posted: 04 Jan 2011 03:17 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 04 Jan 2011 11:06 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Perang puak Umno Kedah makin menjadi-jadi

Posted: 04 Jan 2011 05:40 AM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Blog Pria Malaya memetik pendedahan 'Kedahleaks' oleh blogger Kedah Times (sebuah blog pro BN) perihal skandal oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Kedahleaks semasa menjawat jawatan pemangku Menteri Besar Kedah selama enam bulan, Mahdzir Khalid telah melakukan urusniaga balak dengan pemberian tender secara tertutup membolehkan beliau mengutip hasil peribadi yang dimasukkan kedalam beberapa akaun proksi bernilai RM10juta.

Dedah blog itu, seorang kerani kewangan di Pejabat Menteri Besar semenjak era Tan Sri Sanusi Junid, kini bertugas di bahagian pembelian dan kewangan SADA, mengesahkan perkara ini kerana beliau antara salah seorang yang ditugaskan untuk memasukkan wang kutipan berkenaan kedalam akaun peribadi orang tertentu.

Mahdzir Khalid, menurut Kedahleaks, menggunakan jet TUDM dan jet pihak swasta yang disewa dari seorang Kapten untuk semua urusan rasmi dan peribadi meskipun pekeliling dan arahan pentadbiran tidak melayakkan beliau berbuat demikian. Arahan perbendaharan mewajibkan MB mesti menaiki pesawat komersial Malaysia Airlines. Hutang tertunggak sewa jet berkenaan kini mencecah RM1.2 juta. Dakw

a blog itu lagi, mengikut rekod bendahari Negeri menunjukkan sejumlah RM4.4 juta dibelanjakan untuk lebih 23 kali lawatan keluar negeri sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.

Satu pendedahan yang mengejutkan (jika benar) ialah kononnya semasa menjadi Pemangku Menteri Besar, beliau telah mengupah wartawan TV3 dan Jeffery jurukamera dengan bayaran RM450,000 termasuk hadiah sebuah kereta BMW3series dan Honda CRV dengan tujuan mendedahkan satu persatu apa yang dikatakan kepincangan pentadbiran Syed Razak (MB Kedah yang sedang sakit diserang mild stroke ketika itu).

Mahdzir Khalid, dakwa Kedahleaks lagi, dengan kuasanya sebagai Menteri Besar telah menjadikan para pegawai khasnya kaya raya dan jutawan segera.

Saya tidak tertarik untuk mengetahui benar atau salah dakwaan yang disenaraikan itu kerana ia bersumberkan blog oleh penulis hantu. Ia boleh jadi semuanya bohong. Atau semuanya benar. Dan mungkin juga bercampur antara yang benar dan bohong.

Hari ini blog tidak boleh dijadikan sumber rujukan yang kuat atau muktabar, kerana jika ada pihak diserang oleh blog yang selama ini menyerang pihak lawannya, maka terpaksalah pihak tersebut membuat dua piawaian yang berbeza. Bukankah hipokrit namanya?

Macam media pro BN yang beriya-iya mensahihkan dakwaan (kononnya) Anwar benar-benar peliwat berdasarkan sumber Wikileaks. Apabila tiba-tiba Wikileaks mendedahkan pula seorang menteri BN adalah perogol maka tercungap-cungap mereka mencari dalih.

Apa yang mahu saya dedahkan ialah sikap puak-puak di dalam Umno negeri ini sedang bertungkus lumus bekerja keras untuk menjatuhkan musuh politik mereka sesama parti. Serangan melalui medan maya adalah antara langkah yang digunakan secara meluas dan terbuka.

Apa yang sedang dihadapi oleh Mahdzir sekarang ialah usaha nekad untuk menyahkan beliau dari persada kepimpinan Umno Kedah. Mahdzir diangkat sebagai ketua pembangkang kerana beliau bekas Menteri Besar. Jika berjaya BN merampas Kedah maka ketua pembangkanglah adatnya menjadi Menteri Besar. Namun untuk Mahdzir, jawatan ketua pembangkang itu juga mahu dinyahkan darinya selepas beliau dilucutkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Terkini Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ialah ADUN Bakar Bata yang menang pilihanraya dengan 358 undi, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Pelantikan yang dibuat oleh Presiden Umno itu begitu mengecewakan penyokong Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Mukhriz hanya diberi jawatan Timbalan Pengerusi sebagai 'gula-gula' untuk meredakan kemarahan penyokongnya. Bagi penyokong Mukhriz, Ahmad Bashah tidak mampu menarik sokongan golongan muda, memandangkan beliau adalah ADUN warisan zaman Tan Sri Osman Aroff lagi. Zamannya sudah berlalu. 11 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian yang dipimpinnya meletak jawatan kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan bahagian yang diterajuinya. "Bahagian sendiri pun kelam kabut, nak mampu nak satukan, macam mana nak satukan Umno Kedah?" ujar pengkritiknya.

Sementara penyokong Ahmad Bashah membalas kritikan tersebut dengan menonjolkan kelemahan Mukhriz. "Nak tarik golongan muda konon, piiraahh, nak tarik Pemuda Umno sokong dia pun tak mampu sampai kalah di tangan Khairy, macam mana nak tarik golongan muda yang bukan ahli Umno…" balas pengkritiknya.

Perang puak dalam Umno Kedah menjadi sangat menarik. Jika mahu dibuat catatan, boleh buat kitab setebal hikayat seribu satu malam.

Beberapa hari selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno, Mukhriz melancarkan Gelombang Merah Tawan Kedah di Kuala Nerang. Masyarakat dapat menilai apa rasionalnya program tersebut dibuat tanpa kehadiran Pengerusi Perhubungan serta lain-lain pemimpin utama Umno negeri. Takkanlah nak gerakkan gelombang tawan negeri setaraf dengan program mesyuarat agung cawangan? Jangankan gelombang, riak pun tak nampak. Program tersebut tidak mendapat sambutan ahli-ahli Umno tempatan sendiri. Kredibiliti politik Mukhriz jatuh tersepuk. Kebetulan di sebelah malamnya, seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan meranapkan gelombang merah di Stadium Bung Karno.

Hakikatnya siapa pun yang naik memimpin Umno Kedah maka nasib yang dialami sama saja, iaitu tidak akan mendapat sokongan padu ahli-ahli serta kepimpinan bawahan mereka. Tiada lagi tokoh penyatupadu Umno di Kedah macam di zaman Tun Mahathir, Osman Aroff, Sanusi Junid dan Syed Razak Syed Zain. Umno Kedah sedang bergelut di hujung nyawa, sementara menunggu kuasa mereka di Pusat runtuh menyembah bumi.

http://warta-utara.blogspot.com/



Perjuangan Rakyat

Posted: 04 Jan 2011 09:34 PM PST

Perjuangan Rakyat


Sumbangan bantuan banjir PAS Indera Mahkota

Posted: 04 Jan 2011 07:41 AM PST

Pada 30 Disember 2010 yang lalu, beberapa tempat dalam kawasan Indera Mahkota telah di naiki air. Ini berikutan hujan yang turun selama tiga hari tanpa henti.

Di antara kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Sungai Karang Darat, Taman Pelindung Perdana, Seberang Balok dan kawasan sekitarnya.

PAS Indera Mahkota segera menggerakkan unit banjirnya bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pimpinan kawasan telah turut sama melawat kawasan terlibat serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

"DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" kami realisasikan...

Banjir di Taman Pelindung Perdana


Musolla ar-Raudhah yang turut dinaiki air














Kampung Sungai Karang Darat





YDP PAS Indera Mahkota, Haji Nasrun Amir dan KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan sumbangan kepada haji Razali yang merupakan mantan imam masjid kampung Sungai Karang Darat.


Syed Kama dan saudara Azira


Bertanya keadaan banjir di rumah seorang penduduk


Petugas PAS yang siap siaga membantu


Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota, saudara Andansura


KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan sumbangan banjir kepada salah seorang penduduk


Sentiasa siap siaga membantu


YDP PAS Indera Mahkota, Haji Nasrun Amir sedang mengharungi air banjir





Sampan turut digunakan untuk memudahkan pergerakan





Bersama mengharungi banjir untuk menyelami penderitaan penduduk


Jom pakat sokong PAS kerana kami adalah "DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG"

misbahul munir

Posted: 04 Jan 2011 09:31 PM PST

misbahul munir


PENJELASAN TOK GURU MELEGAKAN

Posted: 03 Jan 2011 11:50 PM PST

RAKYAT DAHULUI BEBAN

Posted: 03 Jan 2011 11:43 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jan 2011 09:30 PM PST

PAS Negeri Sembilan


PAS namakan Rais dalam kes ‘rogol’, desak siasatan

Posted: 04 Jan 2011 03:53 PM PST


PAS names Rais in 'rape' case, demands probe
Wednesday, January 5, 2011

KUALA KELAWANG: PAS has named Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim as the high-profile figure who allegedly raped his Indonesian maid four years ago.

The opposition party also challenged the 69-year-old Jelebu MP to deny the charge.

Referring to the alleged WikiLeaks disclosure of diplomatic whisper regarding the matter, Negri Sembilan PAS chief Zulkefly Mohamed Omar led a delegation of local PAS leaders armed with placards to file a police report on the matter.

The report was lodged by Jelebu PAS vice-chief Jamalus Mansor with the district police headquarters here this morning.

Naming Rais in the report, Jamalus urged the police to investigate WikiLeaks, Rocky Bru's blog and Migrant Care (member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrants Worker's Convention) regarding the matter.

Speaking to reporters later, Zulkefly called on the Umno minister to clear his name or resign.

"If Rais has any dignity, he should clear his name by suing WikiLeaks, Rocky's Bru and Migrant Care over the allegation," he said.

"WikiLeaks also reported that former Singapore premier Lee Kuan Yew believed that (Opposition Leader) Anwar Ibrahim was involved in the sodomy case. But at least Anwar challenged Lee to furnish evidence in court and the latter denied that he said it.

"If Rais does not dare to do this, then he should just resign from the Cabinet and as MP for Jelebu," he added.

Najib must break his silence

The PAS chief also wanted Prime Minister Najib Tun Razak to break his silence over the serious allegation.

"The country's image is at stake because this allegation does not concern an ordinary citizen, but a Cabinet minister. Najib should be bold enough to clear this matter, and if the allegation is true, he must take action against Rais," he said.

Meanwhile, another police report would be lodged on the matter in Seremban tomorrow by an NGO called Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) led by PKR's Badrul Hisham Shaharin.

In a text message to FMT, SAMM claimed they would expose evidence regarding the alleged rape case.

Contacted later, Federal CID director Mohd Bakri Zinin said that the police would investigate the allegation.

Previously, it was reported that based on the alleged WikiLeaks report, former premier Abdullah Ahmad Badawi had purportedly covered up the rape case.

Source : http://national-express-malaysia.blogspot.com/2011/01/pas-names-rais-in-rape-case-demands.html

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 04 Jan 2011 09:09 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


EDUCATIONAL AID FROM PAS MUAR

Posted: 03 Jan 2011 10:26 PM PST

Tuesday January 4, 2011

Needy students get aid

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metro@thestar.com.my


MUAR: The district PAS division presented educational aid, including cash, to nearly 200 needy students in the Maharani constituency.


The aid, donated by the party and several individuals, was presented by Maharani assemblyman Dr Mohammad Taslim at his service centre in Parit Bakar here.
Dr Mohammad said the aid presented was the party's social obligation to needy families with school-going children regardless of race and religious backgrounds.
"We realised how much a family needs to spend on books and uniforms alone for their children and we decided to help."

For the poor: Mohammad Taslim (left), assisted by Teck
Hwa (second from left) presenting educational aid to
some200 poor students in the Maharani constituency 
.
Dr Mohammad said although the goods were the bare-minimal, it would at least ease some of the family's financial burden.
He said that when he was studying, the Government provided him and other poor students with scholarships.
Today, he added, poor students would have to apply for study loans to be able to go for higher studies and to repay the loan after they completed their studies.
He said by right, good students whose families income is less than RM1,500 a month should be given scholarships to enter the universities.


Dr Mohammad, who was accompanied by Muar PAS leaders and Bakri MP Er Teck Hwa, also urged the students to study hard and help their families after they obtained good jobs.
He said they should also adopt the good values in life and be good and respected citizens, adding that they should not get involved in any negative social activity and crime.

 source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/1/4/southneast/7688860&sec=southneast

            METRO: SOUTH & EAST Tuesday, January 04, 2011

Needy students get aid 
MUAR: The district PAS division presented educational aid, including cash, to nearly 200 needy students in the Maharani constituency.
.
Tne above programmae was also covered by Sinar Harian edisi Johor. 




Dr Azman Ibrahim

Posted: 04 Jan 2011 08:30 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Minyak Naik Lagi!

Posted: 04 Jan 2011 07:48 AM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 04 Jan 2011 08:11 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Sekitar Ceramah BN

Posted: 04 Jan 2011 06:59 AM PST

Hari ini BN lagi.... Minyak naik lagi. Berapa Naik - 10 sen, bila naik malam ini.....













Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Posted: 04 Jan 2011 06:56 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber yang boleh dipercayai. Bagaimanapun harga petrol RON 95 masih belum berubah pada RM1.85 seliter.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Jan 2011 07:50 PM PST

PAS Kawasan Miri


Petrol Naik Di Awal Tahun 2011. Bila Lagi Kita Nak Menurun BN?

Posted: 04 Jan 2011 05:10 PM PST

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi
Jan 4, 11 7:13pm
Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

PS: Harga petrol Ron 97 naik lagik, lepas tok jangan heran pasti harga petrol Ron95 menyusul naik....jadi apakah rakyat Malaysia sanggup memilih BN lagik? Kalau sanggup bersedialah kita semua untuk menikmati kenaikan semua harga barang keperluan harian kita. Kalau tidak sanggup marilah kita sama-sama menurunkan BN dari takhta pemerintahan. Bah mari kita mengubah cara hidup BN. Bagi sokong PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan umat.

PAS LENGGONG

Posted: 04 Jan 2011 07:23 PM PST

PAS LENGGONG


Gambar tahun lalu

Posted: 03 Jan 2011 09:29 PM PST




Kenangan - gambar lama tahun 2010

Posted: 03 Jan 2011 09:25 PM PST





DPPK PARIT

Posted: 04 Jan 2011 07:06 PM PST

DPPK PARIT


NUH DAN PERAHUNYA

Posted: 04 Jan 2011 08:07 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Jan 2011 03:41 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) TGNA & FAHMI MASA MAJLEH HADIOH GHUMOH

Posted: 04 Jan 2011 12:54 AM PST

Tahniah buat 'Apek' kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia seterusnya nama Kelantan ... dan atas kemenangan itu TGNA sudi menghadiahkan sebuah rumah kepada beliau... memandangkan TV 3/4 tak siarkan berita 'bergambar/ video pasal majlis semalampasal puak ni memang balaci UMNgOk...









Harap Apek akan terus kekal bersama skuad Red Warriors dan 'Pasukan Kelantan'

MENTERI ROGOL AMAH : LAPORAN POLIS DI IPD SEREMBAN 2 ESOK

Posted: 04 Jan 2011 12:47 AM PST



Tarikh: 5 Januari 2011 (Rabu)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Balai Polis Seremban 2
Anjuran: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


GEMPAR!!! Laporan Polis Terhadap Menteri Perogol Amah !!!

Ayuh bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) & Che'gubard ke Sidang Media Pendedahan Bukti Dokumen Menteri Rogol Amah
Demi menjaga maruah Negeri Sembilan , Chegubard, SAMM dan rakyat N.Sembilan akan berkumpul beramai-ramai di IPD Seremban 2 untuk menyerahkan bukti dokumen bahawa salah seorang Menteri Kabinet Najib telah merogol seorang amah ~Pertanyaan 012-3696474 Azizi~

Ayuh hadir beramai-ramai ke IPD Seremban 2 (5hb jam 10pagi) bagi memberi sokongan padu kepada Chegubard dan keadilan sejagat !!

APA BEZA LELAKI INI DAN INI???

Posted: 04 Jan 2011 12:19 AM PST

Pengarah JAIS
&
... KEDUA-DUANYA ADALAH 'MUKE DOK MALU'....

FACEBOOK IS FOR ..... (korg pilih la sendiri)

Posted: 03 Jan 2011 06:06 PM PST

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia yang celik IT ada facebook... tapi tahukah korg yang facebook itu sebenarnya untuk siapa???
... cube korang tulis "facebook is for.." dalam search Google... dan korang akan lihat....

Korang pilih le yang mane satu korang rasa diri korang.....

''TIGER SHOW' DI PUTRAJAYA... JAWAB POK JIK!!!

Posted: 03 Jan 2011 05:24 PM PST

Gambar-gambar dibawah dihantar oleh seorang Hamba Allah di suatu majlis anjuran Sony di Marriot Hotel Putrajaya pada 16 Disember lalu.





Gambar menunjukkan 'wanita' berpakaian separuh bogel yang bukan sahaja boleh dilihat malah boleh di'JAMAH'... walaupun lelaki namun apakah penampilan golongan ini terus diikhtiraf oleh masyarakat yang rata-rata hadir pada malam itu adalah melayu... kalau sebelum ini acara ini biasa terdapat di negara barat serta di Thailand... namun kita kita boleh lihat di 1 Malaysia yang gah dengan slogan negara Islam Hadhari

BANGGA....POLIS UK GUNA KERETA PROTON

Posted: 03 Jan 2011 04:46 PM PST

Sebelum ini ana ada cerita pasal PDRM hilang kepercayaan kepada kereta keluaran tempatan Proton sebagai kereta rasmi peronda di Malaysia. Namun ini tidak mematahkan semangat pengurusan Proton apabila UK sendiri mengikhtiraf kereta Proton dan menjadikan Proton sebagai kereta peronda di negara mereka... bangga!!!!

Pautan sebelum http://dppwm.blogspot.com/2010/12/kereta-polis-pdrm-tak-percaya-kereta.html


Biaq pi la Proton... jangan dihiraukan dengan Polis Malaysia... janji Polis UK percaya kat kemampuan hang

LAGI BUAT CERITA "KATAK" KULIM...

Posted: 03 Jan 2011 04:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai "Ops Gerhana".


Katanya, kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan "Kaum Si-Tanggang" – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Zulkifli (gambar) mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu.

Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Jan 2011 03:14 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KEJAHATAN DI PERAK TERPAHAT, KETUA PERHUBUNGAN SELANGOR YANG TERAMAT JAHAT!

Posted: 04 Jan 2011 11:58 AM PST

Selama ini tiada Ketua Perhubungan UMNO Selangor sezalim dan sejahat Ketua Perhubungan UMNO Selangor sekarang. Sejahat-jahat Khir Toyo tak terfikir beliau nak merampas Selangor dengan cara terkutuk ala rampasan UMNO terhadap negeri Perak. Habis jahat Khir Toyo hanya melantak tanah dan wang rakyat, takder terlibat dalam skandal seks , khalwat dengan artis atau ambil komisyen pembelian peralatan tentera atau terlibat dengan pembunuhan (wau kembang jubur Khir Toyo)
Rentetan UMNO/PEKEMBAR Selangor ketandusan calon sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor maka DS Najib sebagai Pengerusi UMNO Malaysia terus menyambung lantikan dirinya sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kali ke 2. Mungkin beliau merasakan dirinya hebat almaklumlah berjaya merampas Perak dengan jalan yang jijik sedangkan Perak telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kini Ketua perhubungan UMNO Selangor ini yang juga merangkap Pengerusi UMNO Malaysia dan merangkak Perdana Menteri dan merangkak sebagai suami Rosmah Mansur serta yang tamak kuasa dan terdesak nak mempertahankan kuasanya ini cuba dengan cara 'hook by crook' merampas semula negeri-negeri dalam genggaman Pakatan Rakyat sebelum PRU13.
Semoga Allah menetapkan hati-hati rakyat/pengundi terhadap Pakatan Rakyat dan mudahan Allah gagalkan niat jahat sesiapa yang cuba merampas kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara kotor.

PEKUNG UMNO RAWANG SEBIJIK ' PENYAMUN TARBUS '

Posted: 04 Jan 2011 11:50 AM PST

Jumaat lepas saya solat di Masjid Nurul Iman, Rawang. Seperti biasa, tiba awal di masjid tidak susah mencari parking kereta, dan selesa mengambil tempat duduk di dalam masjid. Orang belum ramai. Saya pilih saf ketiga di depan.

Sedang beriktikaf, tiba-tiba terdengar satu suara yang begitu familiar memberi salam dan memulakan tazkirah. Satu suara yang lembut tetapi jelas dan sedap didengar. Tidak terasa seperti suara yang tiba-tiba datang mengganggu orang beriktikaf.

Apabila dilihat ke depan nampaklah orangnya yang sedang memberi tazkirah itu. Dia berdiri. Memang susuk yang familiar. Dr Badrul Amin, atau biasa juga dipanggil Ustaz Badrul Amin. Seorang tokoh dalam pimpinan Parti KeAdilan Rakyat yang agak berbeza daripada tokoh-tokoh lain dalam parti itu, hingga ada orang mengatakan dia sepatutnya jadi orang PAS.

Ustaz Badrul Amin memberi tazkirah sebelum solat Jumaat? Ya, apa salahnya! Saya bertanya dan menjawab sendiri di dalam hati. Bertanya begitu kerana belum pernah melihatnya memberi tazkirah Jumaat, dan menjawab begitu kerana dia memang layak. Bukan sekadar layak seperti layaknya ustaz-ustaz kebanyakannya yang selalu memberi tazkirah, tetapi lebih daripada itu.

Apa lebihnya? Lebihnya ialah pada caranya, pendekatannya, gayanya dan juga suaranya. Bukan kerana dia pernah menjadi pensyarah di universiti (UIA), tetapi saya rasa kerana dia memang seorang yang berbakat di bidang ini. Lihatlah itu, terasa yang dia begitu mesra dengan jemaah di depannya.

Buat baiklah, katanya. Allah suka dengan orang yang buat baik. Dan beruntunglah orang yang hari ini dia lebih baik daripada hari semalamnya. Amalannya hari ini lebih baik daripada semalam; ilmunya hari ini bertambah sedikit daripada hari semalam, dan seterusnya, kerana setiap hari yang bertambah itu bermakna modal kita bertambah. Apabila modal bertambah, kalau untung tak bertambah, maknanya kita sedang mengalami kerugian.

Sedang sedap kita mengikuti tazkirahnya itu dia pun memperkenalkan diri. Katanya dia hadir sebagai Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor, mewakili Menteri Besar untuk memberi penjelasan mengenai satu isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan orang Islam di Rawang, iaitu isu sebuah surau hendak dirobohkan.

"Itu bukan kerja kita," katanya. "Kita bukan orang yang hendak merobohkan masjid atau surau. Kerja kita hendak memakmurkan masjid, memakmurkan surau."

Maka dia pun menjelaskanlah kedudukan sebenar isu yang dikatakan pihak kerajaan Selangor hendak merobohkan sebuah surau di tengah-tengah bandar Rawang itu. Satu lagi cerita bagaimana orang-orang Umno di Selangor sedang ghaflah dan gelabah hendak menutup pekung dan tembelang mereka yang satu demi satu sedang terdedah dan mengeluarkan bau busuk, yang menyedarkan seluruh rakyat betapa jahatnya mereka selama ini.

"Tanah itu sebenarnya tanah hak massjid ini," kata Ustaz Badrul Amin. "Jadi kita sedang berusaha hendak mengambil balik tanah itu dan serahkan kepada pentadbiran masjid ini."

Kelihatan beberapa orang yang duduk berhampiran dan di depan penceramah itu mengangguk-anggukkan kepala mereka. "Oh.. begitu rupanya!" agaknya demikianlah hati mereka berkata.

Dan saya membayangkan kalau hal yang serupa begini dapat dijelaskan kepada rakyat, khasnya orang-orang Melayu di seluruh Selangor, akan kedudukan sebenar banyak lagi perkara-perkara jahat yang dilakukan oleh orang-orang Umno selama ini, maka demikianlah rakyat Selangor akan mengangguk-anggukkan kepala mereka.

Tanah itu asalnya tanah wakaf. Tetapi pada tahun 2003 pihak pentadbiran masjid ini telah membuat pecahan lot ke atas tanah wakaf tersebut, dan membahagi-bahagikan di kalangan mereka, seramai tujuh orang. "Satu untuk kau. Satu untuk aku. Fahamlah ya!" kata Badrul Amin.

"Sedangkan undang-undang atau Enakmen tanah tidak membenarkan tanah wakaf dipindah milik kepada orang lain, samada dijual ataupun untuk dibangunkan. Tanah wakaf mestilah kekal sebagai tanah wakaf," jelas Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor itu lagi, di dalam tazkirahnya sebelum solat Jumaat itu.

Maka demikianlah. Yang dihebohkan kononnya pihak Kerajaan Negeri Selangor hendak merobohkan surau. Ada yang kata Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu halang pihak pemaju yang hendak merobohkan surau itu untuk suatu projek pembangunan. Macam-macam cerita. Timbul juga cerita pemilik gerai di atas tanah tersebut yang sudah bertahun-tahun membayar sewa kepada orang yang mendakwa mengutipnya untuk surau, tetapi pihak surau itu tidak pernah pun menerima duit tersebut.

Apa pun, yang jelasnya satu lagi tembelang dan pekong Umno sedang terbongkar. Tanah wakaf kepunyaan masjid! Tergamak mereka mengambilnya dan membagi-bagikan sesama mereka, seperti penyamun dalam filem P.Ramlee itu membagi-bagikan harta hasil rompakan mereka. Memang mereka merompaklah tu! Lagi jahat daripada penyamun dalam filem P.Ramlee. Penyamun pun tak merompak tanah wakaf masjid.

Tapi itulah pemimpin Umno. Yang ada kuasa besar, besarlah rompakannya. Yang ada kuasa kecil, kecillah rompakannya. Asalkan ada kuasa, maka adalah yang dirompak mereka.

Baguslah Dr Badrul Amin! Sangat berkesan cara penyampaiannya. Dan lebih menariknya lagi, selepas selesai membuat penjelasan tersebut, pihak pentadbir masjid itu memaklumkan bahawa Ustaz Badrul Amin "akan menyampaikan khutbah dan akan mengimamkan solat Jumaat kita pada hari ini."

Alhamdulillah! Seorang tokoh pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Boleh bagi tazkirah, boleh baca khotbah Jumaat, dan boleh jadi imam solat jemaah. Dan yang lebih pentingnya bagi saya ialah kemahiran dan kebolehannya menyampaikan tazkirah dan khasnya khutbah Jumaat yang berkesan.

Pembaca yang mengikuti kolum ini daripada awal dulu tentu pernah membaca beberapa kali saya menyentuh hal khutbah Jumaat yang suka membebel meleret-leret dan gagal menyampaikan khutbah yang berkesan. Maka terlintas dalam fikiran saya: Alangkah bagusnya kalau Dr Badrul Amin diberi amanah untuk memimpin sebuah institusi yang dibina khas, iaitu Institut Latihan Khutbah Jumaat dan Tazkirah Masjid. Sebuah institusi yang sangat-sangat kita perlukan sekarang, demi memajukan ummah!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

http://warta-utara.blogspot.com/

UMNO BIMBANG TENANG AKAN TUMBANG ! TAKBIR !!!

Posted: 04 Jan 2011 01:21 AM PST

Jika pengundi DUN Tenang amati,pesanan dan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa undi PAS dapat pahala kerana pengundi memilih calon berakhlak mulia, beriman, bertakwa yakni yang tahu dosa pahala yang pasti tidak melakukan perkara terkutuk seperti dilakukan beberapa menteri kerajaan. Insyallah DUN Tenang akan terus tenang tidak bergolak dengan maksiat dan terus makmor.

Ingatlah , jangan kerana habuan tak seberapa yang diberikan kerajaan BN/UMNO, sehingga rakyat atau pengundi lupa akan keberkatannya memilih pemimpin.

Masihkah kita ingat mengenai khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid seluruh Kelantan sehari sebelum pilihan raya umum 1990 mengenai panduan memilih pemimpin yang bakal menerajui negara?
Dengan kutbah itulah dengan izin Allah rakyat Kelantan dan pengundi Kelantan sedar panduan memilih memimpin menyebabkan BN kalah teruk.

Ini adalah antara punca utama Kelantan masih kekal memerintah Kelantan, kerana Negeri Cik Siti Wan Kembang itu ditadbir seorang pemimpin yang berakhlak mulia, beriman selain bersih daripada rasuah apatah lagi untuk melakukan perkara terkeji seperti dilaku dan diamalkan pemimpin BN.

Kalau pengundi DUN Tenang terus memberi kemenangan kepada BN/UMNO maka memang pengundi buta hati dan buta mata dari melihat kebobrokan pemimpin UMNO/BN yang terserlah bergelumang dengan rasuah dan maksiat terutama kes Menteri dan ADUN serta bekas ADUN yang terlibat dengan skandal seks. Parlimen Labis di mana DUN Tenang berada juga pernah di terajui oleh Presiden MCA yang terlibat dengan video lucahnya sendiri.
Tak tahulah kalau rakyat / pengundi Islam di Tenang masih kabur dengan calon PAS yang memang sudah diterima oleh orang bukan Islam. Lihatlah bukti di ulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Di bawah ini boleh baca rungutan blogger BN/UMNO yang bimbang dengan Menteri UMNO yang sibuk pangkah amah yang sepatutnya jadi contoh untuk pangkah dacing.

Asal PRU, kita berkempenlah suruh pangkah BN. Setiap kali kita dapat yakinkan pengundi, kekallah dia jadi wakil rakyat atau Menteri.

Orangnya pandai cakap, berpantun dan faham budaya. Pelajan tinggi educated. Kita percaya dia bagus dan baik.

Mana nak sangka rupanya anak dia ada macam-macam hal.

Kemungkinan dah lama sangat Menteri. Dah terambil mudah macam-macam perkara.

Besuk ada laporan polis di IPD Seremban 2 pukul 10:45 pagi pulak. Susah ni ....

PRK Tenang dah dekat. Macam mana pengundi nak ikut cakap dia bila dia ceramah suruh pangkah BN di Tenang?

Pasal dia sendiri tak pangkah BN. Dia pangkah amah.
Nukilan Husin Lempoyang

YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT, AUTONOMI PENUH SARAWAK !

Posted: 04 Jan 2011 01:13 AM PST

AZMIN JANJI 'AUTONOMI PENUH' UNTUK SARAWAK

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.

"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak.

TAK PERLU ANDAIAN, DAH ADA JAWAPAN !

Posted: 03 Jan 2011 11:41 PM PST

Kenyataan Nik Aziz Selepas Bertemu Abdul Hadi

KOTA BHARU, 4 Jan 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.
Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS

SENASKAH BUKU UNTUK RUAS

Posted: 03 Jan 2011 08:58 PM PST

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini diserahkan senaskhah buku Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai 'hadiah istimewa' kepada beliau.

'Hadiah' itu diserahkan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor beserta memo sebagai membantah perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang didakwa mereka dibuat dengan proses yang mencabul kuasa kerajaan negeri.
Mereka diiringi hampir 100 penyokong, berarak dari perkarangan Masjid Putrajaya menuju ke pajabat KSN di Kompleks Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 10.30 pagi dengan dikawal oleh lebih 50 anggota polis.
Hanya tiga dibenar pihak polis masuk membuat penyerahan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainudin dan Adun DAP Teratai, Janice Lee Ying Ha yang juga ketua DAPSY Selangor.
Pada sidang media selepas itu mereka memaklumkan hadiah dan memo tersebut berjaya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Setiausaha Sulit Kanan KSN.
Dalam memo tersebut antara lain menggesa Mohd Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.
Mereka mendakwa perlantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

"Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu perlantikan ini.
"Membelakangkan hak kerajaan negeri sama lah juga membelakang hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.
Selain itu, perlantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.
"Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.
"MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita mintak KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya.
Hasbullah dalam pada itu mahu KSN menarik balik perlantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini.
Beliau juga menyeru mana-mana pihak tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.
"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.
"Kita mintak beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.
Janice pula mendakwa perlantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut.
Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

5 MINIT SETIAP AHLI PARLIMEN, KALAU RAIS YATIM BERAPA MINIT?

Posted: 03 Jan 2011 07:48 PM PST

Kalau 5 minit jer, mungkin ahli parlimen boleh cakap ok dan ok dan ok sahaja, nak cakap tak ok ...beranike?
Pengerusi BN dijadual 8 Januari 2011 akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ahli Parlimen BN untuk mendapatkan maklum balas mengenai langkah mengadakan pilihan raya umum awal memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu kelihatan berbelah bahagi dalam soal itu.
"Najib akan bertemu dengan setiap ahli Parlimen BN selama 5 minit pada 8 Januari. Pertemuan itu dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam atau 660 minit, jadi kemungkinan akan berlarutan sehingga Ahad 9 Januari,"
Seorang ahli Parlimen BN mengesahkan pertemuan itu sambil berkata Najib telah meminta mereka melaporkan pandangan tentang persediaan di bahagian masing-masing.
"Kami kena berikan satu laporan. Tetapi lima minit adalah waktu yang singkat kecuali setiap orang yakin dan mengatakan kesemuanya OK," kata wakil rakyat itu.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan ketika cuti sekolah bulan Mac.
Bagaimanapun BN sekarang dikatakan mempertimbangkan untuk menangguhkannya sehingga apabila projek-projek ekonomi diperkenalkan Najib mula merancakkan ekonomi tempatan.
The Malaysian Insider difahamkan Najib telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin komponen BN awal bulan lalu di Parlimen untuk membincangkan sama ada mengadakan pilihan raya umum pada bulan Mei atau Jun.
Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. Ia pertemuan pertama seumpama itu sejak Najib menjadi perdana menteri April 2009.
BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

"Ketika mesyuarat Kabinet baru-baru ini, dipersetujui bahawa pilihan raya umum kemungkinan diadakan minggu kedua bulan Jun. Jika tidak, ia akan dianjak sehingga November," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun perkembangan-perkembangan terbaru ini menunjukkan wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak berhasrat untuk bertanding mahukan pilihan raya diadakan tahun depan.
"Ahli-ahli Parlimen kanan mengharapkan faedah daripada pelbagai projek yang dilaksanakan sebelum pilihan raya umum. Mereka juga menyebarkan khabar angin bahawa ahli-ahli Parlimen muda (penggal pertama) tidak akan memperoleh pencen jika pilihan raya umum diadakan awal," kata sumber itu lagi.
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 memperuntukkan pencen bagi wakil rakyat jika mereka berkhidmat sekurang-kurangnya 36 bulan.
Penasihat-penasihat Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempata pada suku ketiga.
Najib, perdana menteri keenam, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini.
Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.
Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran Najib.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, dua minggu lalu mengadakan konvensyen kedua mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menerima Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari.

ADA ORANG TERKENAL AKAN KARAM DI TV3 ?

Posted: 03 Jan 2011 05:25 PM PST


TV3 siasat Karam Singh Walia

KARAM SINGH WALIA
PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
-kosmo-

IMBAS BERBISA BAGI YANG PATUT TERASA !

Posted: 03 Jan 2011 05:03 PM PST




Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar berkata, bukan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang sepatutnya dijatuhkan 'hukuman gantung', sebaliknya pemimpin Umno yang telah melucutkan kuasa raja-raja Melayu pada 1983 dan 1993.

Shamsul berkata demikian mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahu Shuhaimi Shafie 'dihukum gantung' kerana kononnya cuba mencetuskan 'peperangan terhadap Sultan Selangor', berdasarkan satu tulisan di blog beliau.

Kedua-dua NGO berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam yang mahu Shuhaimi diheret mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah atau Seksyen 121 (1B), masing-masing memperuntukkan hukuman gantung dan penjara seumur hidup.

"Bagi saya ini adalah tindakan terdesak yang dilakukan Perkasa dan Gaps yang menggambarkan mereka tidak memahami undang-undang sedia ada, sebaliknya jelas mereka sebenarnya didokong oleh Umno, " kata Shamsul.

Menurut Shamsul, beliau percaya apa yang ditulis Shuhaimi berdasarkan takrifan dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, dalam konteks kuasa yang ada pada Sultan dan bukan bermakna 'mengisyitiharkan perang kepada baginda.

Perkara itu, katanya diperkukuhkan lagi dengan penjelasan Sultan Sharifuddin Idris Shah hari ini, bahawa baginda tidak dapat berbuat apa-apa dalam isu pelantikan SUK yang baru, Datuk Khusrin Munawi kerana kuasa yang ada pada baginda telah dilucutkan ketika pindaan perlembagaan pada 1993.

Jesteru Shamsul melontarkan pertanyaan kepada Perkasa dan Gaps tentang siapakah sebenarnya yang telah menghina raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan pada 1983 dan 1993.

"Sepatutnya pemimpin Umno pada waktu itu lah yang dibawa ke tali gantung kerana menderhaka kepada raja. Kerana Umno-BN lah yang terang-terang telah menempelak kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Jadi siapa sebenarnya yang telah menderhaka kepada raja-raja Melayu kalau bukan Umno," tegas Shamsul.

Krisis utama yang membabitkan Raja-Raja dengan Kerajaan Persekutuan berlaku pada 1983 membabitkan soal perkenan diraja dalam penggubalan rang undang-undang yang diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, serta kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat.

Pindaan Perlembagaan 1983 itu bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka, Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja, yang telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina di mata rakyat.

Pindaan Perlembagaan tahun 1993 pula melibatkan cubaan Umno menghapuskan imuniti raja-raja meskipun keputusan Majlis Raja-Raja pada masa itu meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut, namun ditolak Umno.Media-media massa yang dikawal Umno pada masa itu menyiarkan kenyataan biadap beberapa Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 04 Jan 2011 01:33 PM PST

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Tahniah Rakyat Malaysia,hadiah Tahun Baru dari kerajaan Be End

Posted: 04 Jan 2011 08:10 AM PST

Baru saja kita dibuaikan dengan habuan cuti istimewa sempena kemenangan pasukan kebangsaan Piala Suzuki 2010,rakyat Malaysia sekali lagi diberi kejutan dengan kenaikan harga minyak. Sudah tiga kali atau empat kali dalam masa 3 bulan minyak naik. Ini secara direct telah memberi implikasi inflasi untuk awal tahun ini.

Tahniah rakyat Malaysia,sokongan anda kepada Barisan Nasional berbaloi.Teruskanlah mengundi Barisan Nasional,Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. kemana rakyat didahulukan,pencapaian siapa diutamakan?

Minyak masak naik ? Gula naik? Semua naik ....

Tahniah Rakyat Malaysia,hadiah Tahun Baru dari kerajaan Be End

Posted: 04 Jan 2011 08:07 AM PST

Baru saja kita dibuaikan dengan habuan cuti istimewa sempena kemenangan pasukan kebangsaan Piala Suzuki 2010,rakyat Malaysia sekali lagi diberi kejutan dengan kenaikan harga minyak. Sudah tiga kali atau empat kali dalam masa 3 bulan minyak naik. Ini secara directtelah memberi implikasi inflasi untuk awal tahun ini.

Tahniah rakyat Malaysia,sokongan anda kepada Barisan Nasional berbaloi.Teruskanlah mengundi Barisan Nasional,Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. kemana rakyat didahulukan,pencapaian siapa diutamakan?

Minyak masak naik ? Gula naik? Semua naik ....

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 04 Jan 2011 01:13 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


YOUR URGENT ASSISTANCE REQUIRED!!!

Posted: 04 Jan 2011 07:32 AM PST

MR RAYMOND SALIM
AUDITING AND ACCOUNTING UNIT,
BANK OF AFRICA.(BOA)
OUAGADOUGOU -BURKINA FASO,

Dear Friend,

It's just my urgent need for foreign partner that made me to contact you for this transaction, I choose to reach you through this means because it still remains the fastest medium of communication. However, this correspondence is private. I got your contact from the chambers of commerce here in my country ouagadougou,burkina faso.

I am incharge of the auditing unit of bank of africa Burkina faso in west Africa . I have the opportunity of transfering abandoned fund ($25 million) of late Sir Ratnavale Victor, dual citizen of Switzerland and Britain whom died in a Plane crash on Monday the 7th of September 1998 GMT 14:22 UK alongside his only daughter while they were travelling from New York to Geneva living nobody as the next of kin to the fund.I discovered the fund during the bank auditing and the fund has remained dormant in his account .

My request to you to stand as next of kin in this transaction is occasioned by the fact that the deceased customer was a foreigner .As the bank law stipulates,a burkina faso citizen is not eligible to stand as next of kin to a foreigner.It is upon this discovery that I decided to make this business proposal to you so that the money would be released into your bank account as the next of kin for safety and subsequent disbursement,it's an abandoned fund. Our Banking law further stipulates that if such money remained unclaimed the money will be transferred into the Bank treasury as unclaimed fund and i don't want this money to go into the bank treasury .Please see site below for more information.

http//www.cnn.com/WORLD/9809/swissair.victims.list/index.html

I have invited you to a business deal where the fund will be shared between us in the ratio of 60/40 .You will be entitled to 40% of the total sum as gratification, while 60% will be for me.

If you capable to handle this transaction/claim independently on my behalf in the bank,i require you to furnish me with your personal informations such as your full name,your telephone number,your occupation,your full home address, and your identity card.Immediately i receives those datas,i will draft an application of claim to you which you will fill and send to the bank to commence the claim ,I'm looking forward to hearing from you.

Your Faithfully
Mr .Raymond Salim

NB, ENSURE YOU KEEP THIS TRANSACTION AS TOP SECRECT AND MAKE IT CONFIDENTIAL TILL WE RECEIVES THE FUND INTO YOUR BANK ACCOUNT

Akibat Ghairah Cari Publisiti

Posted: 04 Jan 2011 01:22 AM PST


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera ke atas Ketua Pemuda BN Kedah, Badrul Hisham Hashim ekoran tindakannya mendedahkan beberapa butiran aduan kepada pihak media.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkata, sebarang butiran, isu dan dokumen yang dikemukakan sewaktu aduan dibuat kepada SPRM tidak boleh didedahkan ke pengetahuan umum melalui media selaras Akta SPRM 2009 di bawah Seksyen 29(4) akta tersebut.

Jelasnya, tindakan mendedahkan butiran berkenaan boleh dikenakan penalti am di bawah Seksyen 69 akta tersebut yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun.

"Pemuda PAS Kedah memandang serius tindakan Badrul Hisham yang telah melanggar akta tersebut akibat keghairahan beliau mencari publisiti politik.

"Beliau seolah-olah telah mempergunakan SPRM untuk mencemarkan nama baik pihak yang dituduh dalam laporan beliau," ujar Ahmad di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 4 Januari lalu.

Ketua Pemuda BN itu sehari sebelumnya telah membuat laporan kepada SPRM mendakwa wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil.




PAS KOTA TINGGI

Posted: 04 Jan 2011 01:06 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Slogan Umno Dahulukan Rakyat, Halwa Telinga Pilihanraya

Posted: 03 Jan 2011 07:39 PM PST


Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. PAS berpandangan slogan Umno dahulukan rakyat hanyalah halwa telinga sahaja untuk melalikan rakyat di negara ini. Ia tidak lebih daripada modal pilihanraya yang sudah hampir, bukan sebagai satu tanggungjawab yang berterusan daripada seorang pemimpin.


Ketika slogan ini berkumandang di dada akhbar dan kaca televisyen, rakyat bawahan mengeluh dan sesak dada ketika membawa anak-anak daftar sekolah di awal tahun. Cuba bayangkan anak yang belajar di darjah enam terpaksa berbelanja hampir RM200, manakala sekolah menengah yang berasrama penuh pula ada yang mencecah sampai RM1000.00. Apa erti dengan slogan yang indah, hakikatnya rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, semua gara-gara pemimpin yang rakus dan boros.


Apakah rakyat kenyang dengan slogan yang indah, apabila kenaikan harga barang barang mendadak naik, seperti bawang merah daripada RM3.50 sen sudah mencecah kepada RM12.50 sekilo. Semua peniaga makanan sudah menaikkan harga 10 peratus kerana kos bahan mentah yang naik mendadak . Persatuan kedai kopi Selangor/Wilayah Persekutuan menaikkan teh dan kopi susu 20 sen segelas mulai 1 Januari 2011.


Tarif letrik sudah diersetujui oleh kabinet untuk naik, hanya menunggu keputusan BN menang PRU 13. Sekarang tidak berani naik kerana takut rakyat hukum dalam pilihanraya. Alasan kenaikan kerana kos operasi meningkat. Ini semua gara-gara Tenaga Nasional ( TNB) yang terpaksa membayar tenaga kepada pembekal kroni walaupun TNB tidak pakai sebanyak yang dijanjikan di bawah perjanjian ini yang tidak memberi unsur ekonomi langsung. TNB dikehendaki membeli tenaga daripada IPP (penjana tenaga bebas) pada harga yang lebih tinggi berbading dengan kos penjanaan sendiri. Apabila ini terjadi maka rakyat menjadi mangsa walaupun perjanjian yang yang merugikan wang rakyat. Bagi pemimpin mereka tidak kisah kerana bil eletrik mereka, rakyat yang membayar.


PAS ingin mengingatkan kepada rakyat undi BN bererti menempah lubang maut, yang akan membawa kesengsaraan dalam hidup.


Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 04 Jan 2011 01:03 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Bunuh pengkritik sultan,satu cadangan yang hina.

Posted: 04 Jan 2011 06:00 AM PST

Rampas Selangor,projek terbesar umno untuk PRU 13

Posted: 04 Jan 2011 04:44 AM PST

"Tiger Show"...Keruntuhan Akhlak.

Posted: 03 Jan 2011 03:54 PM PST

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 04 Jan 2011 01:03 PM PST

Pemuda PAS Sandakan


Kenyataan media Ketua Penerangan PAS Sabah ke atas lantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang baru.

Posted: 04 Jan 2011 07:40 AM PST

Setinggi-tinggi junjung kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin yang dilantik sebagai Tuan Yang Terutama bagi Negeri Sabah yang ke -10.

Ybg.Tuan Hisammuddin Hj. Sulaiman
Ketua Penerangan PAS SABAH


Kami Penerangan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Negeri Sabah mengalu-alukan perlantikan tersebut dan diharapkan dengan perlantikan jawatan tertinggi tersebut rakyat Sabah akan terus membangun serta bangkit dari negeri yang difaktakan termiskin di Malaysia kepada negeri yang terkaya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu,diharapkan TYT yang baru akan memberi fokus kepada pembangunan negeri ini sama ada pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan agar Sabah akan terus maju dalam mendepani zaman global ini.

Kami Penerangan Pas Sabah memohon TYT yang baru agar dapat turun padang meninjau dan mendalami masalah penduduk seluruh Sabah terutama di bahagian pendalaman atas yang masih lagi terhimpit dengan masalah kemiskinan dan ketiadaan infrastruktur yang baik.

Akhirnya,kami daripada Parti Islam Se-Malaysia(PAS)Negeri Sabah mengharapkan Tuan Yang Terutama(TYT)yang baru menjadi tonggak kepada perpaduan dan menyuburkan demokrasi baru di Sabah seterusnya mengangkat SABAH sebagai negeri membangun setaraf dengan negeri-negeri di Malaysia.


Yang benar,

Ybg.Tuan Hisammuddin Hj. Sulaiman
Ketua Penerangan PAS SABAH

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 04 Jan 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS Melaka anjur Anak Harapan

Posted: 04 Jan 2011 12:00 PM PST

MELAKA, 4 Jan: Apabila musim persekolahan tiba, ibu bapa merupakan golongan paling sibuk apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan mendepani isu itu dengan menganjurkan program "Anak Harapan".

Menurut Exco lujnah berkenaan, Ustaz Adnan Sulaiman, program berlangsung pada 30 Disember 2010 hingga 2 Januari lalu di beberapa tempat seluruh negeri.

Katanya, program itu bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang tidak berkemampuan, terutamanya kepada anak yatim.



(Gambar: Adnan Sulaiman menyampaikan bantuan kepada Noradila Zailan.)

"Program ini melibatkan 15 orang pelajar dari sekolah rendah di beberapa tempat di Melaka seperti di Tangga Batu, Durian Tunggal, Bukit Baru, Telok Mas dan Serkam," katanya.

Ibu kepada seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Serkam menerima sumbangan sebanyak RM150 bagi membiaya yuran persekolahan.

Ibu berkenaan yang kematian suami sejak lima tahun yang lalu kini terpaksa menyara anaknya yang masing-masing masih lagi bersekolah.

Keadaan suami yang mengidap penyakit mental memaksa ibu kepada Mohd Hidayat di Bukit Baru untuk bekerja keras sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Ayer Keroh.

Ibu kepada empat orang anak itu mengakui tidak mampu menanggung kos perbelanjaan isi rumah dengan gaji hanya RM500 sebulan sahaja.

Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih atas keperihatinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam mendepani isu-isu kebajikan.

Seorang ibu tunggal di Telok Mas terpaksa menyara tiga orang anaknya selepas kematian suaminya pada Mac 2010.

Noriahty Bahari berkata, dengan gaji sebanyak RM430 sebulan, beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mengakui agak sukar menyara tiga orang anaknya yang bersekolah, apatah lagi kos hidup kini semakin meningkat.

Sementara itu, di Tangga Batu, Dewan Pemuda PAS negeri juga berkesempatan melawat pelajar cemerlang Noradila Zailan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Sungai Udang yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu.

Beliau yang tinggal bersama keluarga di Pantai Kundur berkata, hidup dalam serba kekurangan membuatkannya tetap gigih dan tidak menjadikan miskin sebagai penghalang untuk berjaya.

Laporan oleh : Shahrin Azam Haji Ismaon

Harakahdaily

Penduduk Taman Bantah Bela Ayam

Posted: 03 Jan 2011 01:16 PM PST

Melaka : Penduduk di Taman Laksamana, Peringgit, di sini membantah tindakan seorang pengusaha ayam yang menjalankan penternakan ayam di belakang taman tersebut sehingga menyebabkan keselesaan hidup mereka selama ini terganggu.

Taman yang mempunyai 20 buah rumah itu mula diganggu dengan pencemaran bau dan lalat apabila pengusaha tersebut mula beroperasi pada bulan Julai lalu dengan menternak 500 ekor anak ayam dan rebannya dibina tidak sampai 1.5 meter daripada belakang taman.

Menurut Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab bahawa tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana walaupun ianya merupakan tanah persendirian tetapi dia perlu mengambil kira kawasan tersebut yang terletak di kawasan taman perumahan dan di belakang Hospital Besar Melaka.



"Selain ianya menimbulkan pencemaran bau dan lalat, kita juga khuatir sekiranya berlaku wabak penyakit dan sebagainya memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan hospital serta di dalam kawasan bandar.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi memastikan penduduk di taman itu dapat hidup selesa seperti sebelum ini dan memandangkan di taman itu juga ramai terdapat kanak-kanak serta warga emas yang dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan mereka," ujarnya.

Beliau juga hairan bagaimana penternakan itu boleh dijalankan sedangkan lokasinya di dalam kawasan bandar yang padat dengan penduduk serta dikelilingi dengan taman perumahan seperti Taman Harta dan Taman Desa Baru.

Seorang penduduk, Nadzari Md Zain, 55, berkata, bahawa beliau sudah tidak tahan lagi dengan masalah itu memandangkan reban ayam itu cuma jaraknya 1.5 meter daripada belakang rumahnya.

"Saya telah buat aduan kepada Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar serta Pejabat Tanah dan Daerah Melaka Tengah tetapi tiada tindakan yang diambil sehingga kini, malahan jawapan yang diberikan amat mengecewakan di mana mereka mengatakan bahawa ianya di atas tanah persendirian.

"Kita persoalkan jawapan tersebut kerana jika atas nama tanah persendirian mereka boleh buat sesuka hati maka bagaimana kalau ada yang bela babi tindakan tidak boleh diambil walaupun di kawasan perumahan.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dan keharmonian hidup di taman ini, saya harap pihak yang terlibat berlaku adil dan jangan krana adanya campur tangan politik pihak tertentu maka tindakan tidak berani dilakukan," katanya.

Sumber : HARAKAH 25 - 27 MUHARAM 1432 / 31 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 04 Jan 2011 11:37 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Sumbangan Bantuan Banjir PAS Indera Mahkota

Posted: 04 Jan 2011 07:03 AM PST

Pada 30 Disember 2010 yang lalu, beberapa tempat dalam kawasan Indera Mahkota telah di naiki air. Ini berikutan hujan yang turun selama tiga hari tanpa henti.

Di antar kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Sungai Karang Darat, Taman Pelindung Perdana, Seberang Balok dan kawasan sekitarnya.

PAS Indera Mahkota segera menggerakkan unit banjirnya bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pimpinan kawasan telah turut sama melawat kawasan terlibat serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

"DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" kami realisasikan...

Taman Pelindung Perdana yang di naiki air


Musolla ar-Raudhah yang turut di naiki air


Imam Musolla ar-Raudhah, Ustaz Azli














Kampung Sungai Karang yang juga di naiki air


YDP PAS Indera Mahkota, Haji Nasrun Amir bersama KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad menyampaikan sumbangan


Syed Kama dan Saudara Azira





Petugas PAS Indera Mahkota membawa barang sumbangan


Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota, saudara Andansura sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk


KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad


Pimpinan PAS Indera Mahkota


YDP PAS Indera Mahkota.Haji Nasrun Amir mengharung air banjir bagi menyelami masalah penduduk


Bersama mengharungi banjir untuk merasai penderitaan penduduk


Kami adalah Duta Penyelamat dan Kasih Sayang





Anggota Amal Indera Mahkota turut sama dalam misi ini


Jom pakat sokong PAS

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 04 Jan 2011 11:11 AM PST

PAS KAWASAN KENINGAU


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS SABAH ATAS LANTIKAN TUAN YANG TERUTAMA(TYT)SABAH YANG BARU

Posted: 03 Jan 2011 08:21 PM PST

                                                         

                                                           
Setinggi-tinggi junjung kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin yang dilantik sebagai Tuan Yang Terutama bagi Negeri Sabah yang ke -10.

Kami Penerangan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Negeri Sabah mengalu-alukan perlantikan tersebut dan diharapkan dengan perlantikan jawatan tertinggi tersebut rakyat Sabah akan terus membangun serta bangkit dari negeri yang difaktakan termiskin di Malaysia kepada negeri yang terkaya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu,diharapkan TYT yang baru akan memberi fokus kepada pembangunan negeri ini sama ada pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan agar Sabah akan terus maju dalam mendepani zaman global ini.

Kami Penerangan Pas Sabah memohon TYT yang baru agar dapat turun padang meninjau dan mendalami masalah penduduk seluruh Sabah terutama di bahagian pendalaman atas yang masih lagi terhimpit dengan masalah kemiskinan dan ketiadaan infrastruktur yang baik.

Akhirnya,kami daripada Parti Islam Se-Malaysia(PAS)Negeri Sabah mengharapkan Tuan Yang Terutama(TYT)yang baru menjadi tonggak kepada perpaduan dan menyuburkan demokrasi baru di Sabah seterusnya mengangkat SABAH sebagai negeri membangun setaraf dengan negeri-negeri di Malaysia.



Yang benar,



Ybg.Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman

Ketua Penerangan PAS SABAH

Dupahang's Weblog

Posted: 04 Jan 2011 11:08 AM PST

Dupahang's Weblog


Kes Mazlan Aliman saman Felda RM20 juta dibicara 22 Mac

Posted: 04 Jan 2011 06:24 AM PST

TEMERLOH, 4 Jan: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011. Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Siti Hajar Mustafa menetapkan demikian selepas meneliti dokumen peguam kedua-dua pihak plaintif dan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Jan 2011 11:04 AM PST

Batu Gajah Mari


Kenangan Manis Pemuda PAS Batu Gajah bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 04 Jan 2011 09:16 AM PST




Sebelum berangkat pulang ke Batu Gajah, Rombongan Mahabbad Dewan Pemuda PAS Batu Gajah sempat mengunjungi kediaman Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka. Kami cukup bertuah kerana ketika itu Tuan Guru ada di rumah. Kami berkesempatan bertemu, bersalaman , bermesra dan bergambar dengan beliau sebelum beliau ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Tuan Guru sempat melayani kami walaupun beliau ada program lain. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan ulama' tersohor itu. Kami tidak ketinggalan bergambar tanda kenang- kenangan sebelum pulang ke Batu Gajah.
Penutup tahun 2010 yang sungguh mengembirakan.





bersama kereta tok guru






YDP Pas Batu Gajah memeluk Tuan Guru


pemuda-pemuda sungguh teruja




kami bersalam dengan tuan guru


bergambar tanda kenangan




Tuan Guru berangkatt ke Masjid


Para pemuda ternyata gembira


Ketua dan Timbalan KP

TG Nik Aziz jelaskan perjumpaannya dengan YDP Agong

Posted: 03 Jan 2011 11:26 PM PST


"Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam."

Janji bukan sekadar janji

Posted: 03 Jan 2011 08:27 PM PST



I

Jika diberi mandat mentadbir negara
Pakatan rakyat akan
Melaksanakan reformasi
Menyeluruh dalan semua
Aspek pengurusan negara
Ekonomi
Pentadbiran
Dan sebagainya
Berdasarkan prinsip
Yang digariskan bersama

II

Dalam 100 hari menerima
Mandat Rakyat
P.R akan mereformasikan
Institusi penting negara
Seperti
SPR
SPRM
Pejabat Peguam Negara
PDRM
Untuk mengembalikan
Kewibawaan sistem
Pentadbiran kerajaan

III

Kerajaan P.R juga akan
Memansuhkan ISA
Mengambil alih aset lebuhraya bagi
Memansuhkan tol dan
Merombak skruktur subsidi
Dengan mengurangkan
Subsidi pihak swasta
Memindahkannya kepada
Subsidi untuk rakyat

IV

Tawaran ini munasabah
Hanya Kerajaan Pusat kena berubah
Di PRU-13 hanya pangkah
Calon-calon Pakatan Rakyat
Di semua Kawasan Parlimen
Dengan iman
Dengan setiakawan
Dengan keikhlasan
Dengan bersatu dalam kepelbagaian
Semua rakyat dapat kebajikan
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya

V

Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia

Nasib amah-amah di Malaysia

Posted: 03 Jan 2011 04:24 PM PST



Inilah nasib amah-amah di Malaysia

-MATI DIBUNUH
-MATI NAK LARIKAN DIRI

dan macam-macam lagi...

tapi yang paling hot!!!

-menjarjis jarjis ke hulu
meraba-raba ke kelab malam
merais-rais dahulu
merogol amah diam-diam........

Kerajaan PAS Kelantan tidak pinggir sukan

Posted: 03 Jan 2011 02:29 PM PST

Kerajaan Kelantan Hadiah Rumah Untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.kelate.net

foto: jeming hasan

Pemuda Guchil

Posted: 04 Jan 2011 09:29 AM PST

Pengikut