Muar dikejutkan dengan masalah JEREBU sejak beberapa hari ini.Dengan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada hari Rabu 20 Oktober 2010 di paras 432 sekolah di daerah Muar telah diarahkan tutup.
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah melapangkan masa memberi topeng mulut dan hidung percuma kepada pesakit-pesakitdan orang ramai di Klinik Kesihatan Maharani (dahulunya Klinik Komuniti Bandar Maharani ) pada hari Khamis 21 Oktober 2010.
Dengan diiringi pembantu-pembantu dan pemberita akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press,lebih 100 orang pesakit yang berada di Klinik telah mendapat manafaat.Inilah simbul kerjasama ADUN Pakatan Rakyat membuat kerja-kerja kebajikan.Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh , ADUN Sg Abong.
Keesokan harinya program memberi topeng percuma akan diteruskan di bandar Muar di sekitar perhentian bas dan warong-warong.
YB Gwee sedang memakaikan topeng kepada seorang pesakit. YB Dr Mohammad bersedia dengan topeng untuk diberi percuma kepada orang ramai.
Baru-baru ini Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat sempat berkunjung ke Masjid Batu 14 bagi menyampaikan kuliah Maghrib. PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus menggunakan ruang yang ada untuk berdakwah. Kalah atau menang dakwah akan diteruskan melalui pelbagai bentuk dari ceramah, kuliah, tazkirah dan juga forum. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan seluruh umat faham tanggungjawab kita hidup di dunia ini.
Selepas program tersebut beliau meluangkan sedikit masa untuk berbincang dengan pimpinan MTD yang juga Pengarah JPD Saudara Mohd Jan Sulong bagi berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran.
Bagi meningkatkan kesedaran rakyat, program mesra rakyat telah dirangka bagi memberi penerangan yang berterusan kepada warga Dusun Tua segala hasrat kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat. Kepimpinan tertinggi Parliman Hulu Langat YB Che Rosli dan Pengarah DUN Saudara Mohd Jan telah mengarahkan pimpinan setempat agar memastikan program-program yang bakal dilaksanakan nanti mencapai matlamatnya. Ini bagi memastikan segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat dan menyedari segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini juga satu kebakaran telah berlaku berhampiran Flat Sri Kundang Batu 15, yang memusnahkan sebuah rumah penduduk. Alhamdulilah, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana penghuni tiada semasa kejadian berlaku. Dua buah jentera bomba telah dikejarkan ketempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Inilah akibat hendak tunjuk pandai dan tak mahu merujuk kepada mereka yang labih arif..... Dewan Bahasa telah lama dipinggirkan bahasa Melayu sudah lama 'ditalkinkan' kini satu pengajaran yang amat berharga kepada orang yang mendakwa penjaga kebajikan orang Melayu.
__________________
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".
Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah 'mendaya' yang tepat.
"Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan," dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.
Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)".
Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.
"Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi.
Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.
"Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," ujarnya lagi.
Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.
"Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan," katanya.
ADA tiga perkara besar yang menjadi rukun terpenting kepada belanjawan negara. Sumber kewangan, pengurusan dan sasaran. Kejayaan belanjawan sangat bergantung dengan ketiga-tiga perkara ini.
Sebarang kelemahan, kekurangan atau kecacatan, menjadikannya gagal mencapai matlamat untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kemajuan negara dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun berapa banyak peruntukan kewangan dan apa pun slogan yang dicipta serta indahnya kata-kata yang diucapkan, tanpa menyempurnakan rukun-rukun tersebut pasti menemui kegagalan.
Kesemua rukun ini hendaklah dilaksanakan dengan adil dan bijak, secara makruf dan mencegah kemungkaran, menunaikan amanah perintah Allah dengan betul dan ikhlas.
Allah menjanjikan keberkatan kepada perbelanjaan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Dan kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, necaya kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu kami bertindak keatas mereka dengan sebab apa yang telah mereka usahakan".
Perkataan berkat hanya berada dalam istilah ekonomi dan kewangan Islam. Ia bermaksud memberi faedah dunia dan akhirat. Perkataan ini cukup bermakna setelah kita menyaksikan dan merasai tanda-tanda awal kemusnahan yang menimpa manusia hari ini, tempiasnya juga dirasai oleh kita di sini.
Kita semua menerima Islam menjadi agama persekutuan dan hak kepada penganut agama lain secara adil. Kerajaan wajib membebaskan pemikiran sempit yang membelenggu pelaksanaan Islam secara menyeluruh dan melaksanakan Islam secara teragak-agak serta terpilih, bukannya secara pengabdian diri kepada Allah.
Saya (Hadi Awang, gambar kiri) ingin mengemukakan dasar dan konsep Islam dalam belanjawan negara, bagi mengisi ketiga-tiga rukun belanjawan tersebut. Saya yakin dan percaya perbezaan agama, bangsa dan politik tidak menghalang sedikit pun pelaksanaannya, sekira ianya difahami dan dilaksanakan dengan adil yang menjadi anutan semua manusia.
Sumber Kewangan
Islam mewajibkan sumber yang halal dan diambil dengan cara yang adil. Dalam perbezaan perkara halal, Islam melarang paksaan terhadap penganut agama lain, mengambil dan memanfaatkan sumber yang diizin oleh agama masing-masing mengikut kepercayaan mereka, dengan syarat meletakkan sumber itu ke dalam simpanan khas bagi mereka dan untuk mereka dan tidak disasarkan kepada penganut Islam.
Dalam mengendalikan urusan ini pihak kerajaan masih tidak istiqamah dengan tidak melakukan pengasingan ini. Kerajaan negeri di bawah Pas diberi arahan melaksanakan perkara ini iaitu mengasingkan hasil halal dan haram.
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.
Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
"Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden," ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.
Berikut ialah resolusi penuh :
Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.
Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan "Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad" dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:
Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti'jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala', thiqah dan intima' terhadap pimpinan dan jemaah.
Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.
Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.
Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.
Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah 'Islamik'.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan 'Islamic fashion' mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
Yang teman tahu tidak pernah lagi pekerja di PWTC di bawah seliaan UMNO merungut sehingga teruk sekali seperti terkandung dalam emel yang diterima ADUKATARUNA ini. Kalaulah benar maka memang ada yang dah jangka tapi biasalah orang Melayu kalau boleh tak mahu komplen selagi boleh. Tapai kalau nak meletop Allah yang lebih tahu. Mungkin pengurusan kali ini memang teruk seperti bunga diberi kepada beruk. Memang rakyat Malaysia tak heran kalau ini adalah petanda UMNO akan runtuh. Memang kebetulan tepat pada masanya perkara ini ditimbulkan dalam masa PAU sedang berjalan.Sekurang-kurangnya kita akan dengar dan lihat semasa ucapan pengulungan terakhir nanti mesti Presiden UMNO akan memberi ucapan terima kasih pada jawatankuasa dan pengurusan PWTC. Masa tu elok benor kalau ada staf yang tak puas hati mohon bercakap.
KUALA LUMPUR 21 Okt - Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadhan lalu.
Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.
Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulailan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.
Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.
Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.
Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.
Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oelh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.
Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.
Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.
"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.
Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.
"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli.
AKU SAJE NAK BALAS BALIK... LEPAS UMNGOK ONLINE FITNAH CALON PAS GALAS.. AKU CARIK SUMBER DAN BAPE BUKTI UNTUK TUNJUK KAT HANGPA PUTERI UMNO... SOK LUSA AKU DAPAT LAK PUTERA KE PRESIDEN UMNO KE AKU TOLONG SIARKAN LAGI... KAHKAHKAH
JOM TENGOK!
Seorang gadis beragama Islam sangat berbangga bergambar dengan arak. Berada di Rum Jungle pada hari yang mulia hari Jumaat. Ramai yang menasihati Puteri Umno ini tetapi dibalas dengan cacian dan makian. Bagaimana untuk kita selamatkan gadis ini? Ajaran siapakah yang mempengaruhi gadis bernama samaran Ann Syikiro? :Author Faethal
KALAU AGAK-AGAK ADE YANG TAK NAMPAK TU... KORANG KLIK BAGI BESAR YE!
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar. "Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi. Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook. Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat. "Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," ujarnya lagi. Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi. "Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan," katanya.
Cadangan pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa supaya Menara Warisan 100 tingkat dibina di Kampung Baru bakal mengusutkan lagi keadaan yang sudah sedia mengelirukan penduduk. Apatah lagi pmbinaan Menara Warisan tersebut ditolak oleh rakyat umumnya, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kepada Harakahdaily. Ini dibuktikan dengan sokongan 100,000 orang terhadap 'fanpage' bantah Menara Warisan dalam masa 6 hari sahaja berbanding dengan yang menyokong tidak sampai 400 orang. "Apatah lagi isu Kampung Baru yang menjadi kebimbangan penduduk adalah berkenaan Draf Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sehingga kini belum lagi dikemukakan kepada pemilik hartanah Kampung Baru sebagaimana yang dijanjikan," katanya. Menurut beliau, rang undang-undang tersebut dikatakan akan dikemukakan di parlimen sesi ini tetapi para pemilik hartanah Kampung Baru langsung tidak diberi peluang mendengar atau melihat dan mengemukakan pandangan mengenainya. "Tiba-tiba pemangku Ketua Umno Titiwangsa menyebut tentang cadangan nak bina Menara Warisan di Kampung Baru. Di manakah keutamaan beliau?" soalnya. Lo' Lo' juga mempersoalkan, adakah pemimpin Umno itu hanya melihat lubuk emas RM5 bilion projek tersebut sehingga lupa tentang pembelaan hak-hak penduduk Kampung Baru dan memastikan mereka tidak dipinggirkan dari proses membuat keputusan dalam isu hartanah warisan Melayu ini. Bagi beliau, daripada mencadangkan membina Menara Warisan berharga RM5bilion itu, lebih baik PNB menggunakan dana tersebut untuk membina keseluruhan Kampung Baru. "Ini masalah yang terbentang depan mata yang belum diselesaikan," katanya. Pembangunan Kampung Baru juga akan menjana ekonomi, menaikkan nilai hartanah Kampung Baru dan memacu penglibtan Melayu dalam kerancakan pembangunan Kuala Lumpur, katanya. Kerajaan, katanya, mesti meletakkan keutamaan di tempat yang betul.
Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan. Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN. Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini. "Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan. "Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa. Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi. "Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya. "Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya. Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini. Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi.
"Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi.
"KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta ahli dan penyokong parti agar tetap teguh serta tidak goyah dalam memperjuangkan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Umno BN akan menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji serta habuan yang sementara. "Bila kita berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' yang dijanjikan oleh mereka kerana berbentuk sementara sahaja," tegasnya ketika berucap pada majlis perasmian Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, hari ini. Katanya, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Menurutnya, perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat 'membujur lalu, melintang patah' sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan. Justeru itu, katanya pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat. "Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT. "Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu di hadapan 8,000 para hadirin. Beliau juga mahu setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatu padu bagi mencapai kemenangan Islam. Katanya, soal bila tarikh pilihan raya akan diadakan tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan mesti diteruskan. Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam, rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmat daripada Allah. Ijtimak tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ternyata setelah lebih 50 tahun merdeka, Umno tetap berwajah perkauman dan bersikap berpura-pura, bahkan menentang Islam. "Justeru, kita tidak mempunyai pilihan dalam membangunkan negara yang makmur dan masyarakat yang adil, melainkan dengan mendaulatkan Islam dan ianya tidak akan tercapai melainkan dengan kita memperkasakan jihad," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 di Kampung Tanjung, Batu Rakit, pagi ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib turut berucap pada majlis itu yang dihadiri sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mutakhir ini, katanya Umno BN sedang mengukuhkan strategi gerakan Islam Liberal melalui pengisytiharan kemasukan sekumpulan mereka yang dianggap sebagai 'ulama muda'. Menurutnya, mereka diharapkan oleh Umno menjadi barisan hadapan untuk menentang gerakan PAS di bawah kepimpinan ulama. Mutakhir ini juga, tambahnya apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Umno BN menjadi sangat bimbang sehingga mereka mengambil langkah mempertajamkan semula gerakan perkauman dengan didokongi oleh beberapa NGO seperti Perkasa. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, seperti yang sedia maklum Kerajaan Umno BN telah menyalahgunakan undang-undang untuk menghalang pelaksanaan Islam yang syumul. Mereka, katanya komited untuk menghalang kemaraan PAS di mana pada hari ini bersama Pakatan Rakyat atau menyekat PAS daripada memerintah. Katanya lagi, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan undang-undang yang berkaitan. Mereka, ujarnya sentiasa menakut-nakut dan memperbodohkan rakyat seperti yang digambarkan di dalam surah az-Zukhruf, ayat 54 yang bermaksud:(dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik derhaka. "Di atas kenyataan seperti inilah kerajaan Umno BN menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk menekan rakyat. "Mereka mempunyai kuncu-kuncu dan agen-agen dari golongan tertentu yang sanggup menindas dan merampas hak rakyat demi survival kepentingan mereka," ujarnya lagi. Beliau turut menyentuhmengenai media yang berat sebelah di Malaysia juga menjadi faktor besar penghalang kepada jihad yang didokongi PAS. "Lihatlah siapa yang memiliki media elektronik negara kalau bukan Umno BN. Siapakah pemilik TV3, RTM, NTV9? "Siapa pula pemilik akhbar arus perdana Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times kalau bukan Barisan Nasional? Baginya, media itulah yang digunakan untuk memberi persepsi yang negatif terhadap PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di mana kerap kali PAS digambarkan sebagai parti ekstrimis. Tambahnya lagi, dengan media itulah mereka menguasai minda rakyat yang mana propaganda demi propaganda dilancarkan melalui media demi meneruskan kezaliman mereka. "Setiap waktu, musuh selalu menakut-nakutkan kita melalui media dengan menyebarkan berita-berita bohong dan membentuk persepsi negatif bagi memecahbelahkan saf perjuangan kita. "Didiklah diri kita agar tidak mengikuti apa yang kita tidak ketahui tentangnya," katanya. Justeru, beliau mengingatkan pendukung PAS agar jangan tergolong dalam orang yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai pembohong hanya kerana menceritakan apa sahaja yang dia dengar walaupun berita yang dibawa adalah bohong. Beliau juga menyentuh mengenai rakyat dan pengundi yang jahil di mana pepatah ada menyebut "kamu adalah musuh kepada apa yang kamu jahil". Ini, katanya kerana rakyat dan pengundi yang tidak mendapat maklumat yang sepatutnya menyebabkan persepsi mereka terhadap PAS menjadi negatif. "Kejahilan inilah menjadi senjata Umno BN untuk memancing undi mereka setiap kali pilihanraya berlangsung," ujarnya. Menurutnya, punca rakyat menjadi jahil adalah disebabkan dua faktor penting iaitu malas membaca dan penguasaan media oleh Umno Barisan Nasional. Tambahnya lagi, memang jelas bahawa antara penghalang kepada rakyat untuk bersama dengan jihad PAS ialah kejahilan mereka terhadap kebenaran jihad perjuangan PAS dek kerana tipudaya melalui propaganda media Barisan Nasional. "Inilah gerak kerja golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan semangat juang umat Islam untuk berjihad menentang kebatilan mereka," katanya. Sehubungan itu, tegasnya PAS haruslah memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat melalui program-program ilmu seperti kuliah, ceramah, tazkirah dan seumpamanya yang hendaklah diatur dengan sebaiknya bagi menangani kejahilan masyarakat terhadap Islam dan perjuangan PAS itu sendiri.
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius penganjuran Islamic Fashion Festival atau Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang gagal memenuhi serta mematuhi kehendak syariah serta konsep aurat yang digariskan di dalam Islam. Helwa Abim berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam. "Justeru, Helwa Abim merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya," ujar Naib Presiden Helwa Abim, Fadhlina Siddiq dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Malah, katanya apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival itu nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas. Tegasnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam yang hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam. Tambahnya, aa bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik. "Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun," ujarnya. Jelasnya lagi, anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata kerana ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran. Beliau memetik maksud ayat Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya. Begitu juga dengan firman Allah SWT di dalam Surah al- Ahzab, ayat 59 yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya. "Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar," katanya lagi. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung festival tersebut. Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim itu yang jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pastinya pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran. Justeru, Gamis mempersoalkan ke mana perginya badan-badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur, ayat 31. Katanya, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam. Tegasnya, Gamis mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Tambahnya, sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu itu. "Dulu umat Islam sangat sensetif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegasnya. Sehubungan itu, katanya Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman pada hari ini sebagai membantah tindakan penganjuran festival itu. Sehubungan itu, katanya Gamis meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan ke atas muslimah seluruhnya di samping bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar.
Nurul - Pakatan must free Putrajaya for all Malaysians
The Prime Minister, who is also the Umno president, made several statements during the 2010 Umno assembly today.
The most important is the admission that Malay rights are so tightly locked with a golden key in the Constitution that even if any party possesses two-thirds majority in Parliament, it will still not be able to alter Malay rights without the permission of the Rulers' Council. All the more, it becomes the responsibility of Pakatan Rakyat to hold this golden key so that we can open new spaces for the good of all citizens and to democratize our multiracial country.
This key must also open the door to a new political contract where anti-democratic laws such as ISA, AUKU, PPA and so forth must be repealed immediately. Such a key means that these anti-democratic laws are no longer necessary since Malay rights are already enshrined and therefore do not need to be protected by such laws, which exist not to protect but to chain the people to Umno for its selfish interests.
This key also exposes the falsehood of Umno politics which have claimed that Umno is Malay and Malay is Umno but this is not true because the key actually lies in the hands of the Malay Rulers, who in fact are the Rulers of all Malaysian citizens.
The lies of Umno have been perpetuated to benefit an elite few in Umno and to impoverish the rest of the citizenry and this is borne out by the Umno Youth Chief himself, who acknowledges that after 53 years of Independence, 60 percent of rural Malays are still poverty-stricken.
Yet the Umno president has urged his party to defend Putrajaya, but actually what is imperative is for the citizenry to free Putrajaya from Umno.
Enough is enough because the time has come for all Rulers and citizens to regain custody of this special key and not leave it with Umno, which has become a liar and hypocrite in its false fight for the race. - (English translation by Malaysia Chronicle. The original text in Malay is appended below)
Kunci pembuka fitnah politik Umno — Nurul Izzah Anwar
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.
Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah "terkunci kemas" di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.
Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.
Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.
Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.
Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.
Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.
Seorang perwakilan dalam perhimpunan agung Umno hari ini memberikan mesej adan amaran kepada kepada parti komponen BN yang lain, terutamanya MCA bagi menamatkan perang psikologi antara mereka.
Menyentuh kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tentang kontrak sosial yang boleh dibincangkan secara tertutup, wakil Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dengan nada keras mendesak pemimpin Cina itu dapat menjaga hati orang Melayu.
"Ini perjuangan Melayu yang pertahankan hak Melayu? Takkan di rumah saya sendiri, saya tak boleh cakap dengan isteri?
"Saya cakap atas dasar perpaduan yang diminta oleh presiden supaya kita jaga semua kaum untuk bangsa dan negara," kata Jalaluddin.
"Kita minta MCA pun juga pun hati orang Melayu. Betul kalau MCA, MICA tak sokong kita (dalam pilihan raya) kita tak boleh menang. Tetapi kalau Umno tak sokong, lagi MCA dan MIC tak boleh menang.
Semalam, Chua dilaporkan berkata jika kontrak sosial tidak seharusnya dibincangkan kerana soal itu mungkin menimbulkan sedikit kontroversi kerana generasi muda berpendapat, sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya diberi ruang. katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, Datuk Seri Najib Razak antara lain berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam perlembagaan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.
Jalaluddin yang juga pemimpin Umno Jelebu menegur perhimpunan NGO dan parti bukan Melayu yang didakwanya dalam pelbagai medan menghentam orang Melayu.
"Jangan sebut lagi, jangan sentuh lagi hak Melayu. Kita tak pernah tanya apa Cina dapat. Mreka lebih senang daripada kita. Kalau kita cabut semua bangun di Kuala Lumpur, yang tinggal hanya warung-warung tua peninggalan Melayu," katanya disambut sorakan dan tepukan para perwakilan.
"Saya minta MCA dan MIC tamatkan perang psikologu antara kita supaya perpaduan kaum ditingkatkan."
Katanya, Umno sebagai "komander politik" pada BN, harus mengingatkan bahawa jangan ada sikap "cakap belakang, buat di depan" atau ungkapan seperti "sama rata, sama rata",
Sebelum menamatkan ucapanya bagi mengulung ucapan dasar presiden, Jalaluddin sempat membacakan kembali 'Tujuh wasiat Raja-raja Melayu' yang antaranya berkaitan hak, bahasa, tanah dan tanah rezab Melayu.
Sementara itu, pengerusi tetap pula mengambil kesempatan selepas itu menyampaikan nasihat kepada orang Cina dalam bahasa Hokkien - dialek Cina popular di Utara semenanjung Malaysia - yang menggamatkan dewan.
"Kita kawan, jangan kacau hak istimewa Melayu. Hormat orang. Jangankah kacau hak kita. Kita satu pasukan barulah boleh menang pilihan raya," katanya yang menterjemahkan sendiri ucapannya itu.
Teringat beberapa minggu yg lepas..penyokong atau lebih tepat blogger fanatik Umno cuba memanipulasi gambar mesra Tok Guru bersama Tuanku Sultan Kelantan..Gambar yg memaparkan Tuanku Sultan memberi penghormatan (laluan) kepada Tok Guru Nik Aziz di'pusing'nya mengikut selera nafsu mereka...
Dituduhnya Tuanku Sultan telah 'mengajar' Tok Guru kononnya tidak tahu protokol, perkara biasa org yg lebih muda menghormati org yg lebih tua dan pelbagai lagi alasan2 mereka..kononnya nk menggambarkan penyokong PAS terdesak mahu menonjolkan hubungan akrab pihak istana dan kerajaan negeri..kononnya gambar itu menunjukkan Sultan sindir dan tidak berkenan dengan Tok Guru Nik Aziz..
Boleh rujuk di SINI dan di SINI...kisah sebenar sebagaimana yang diceritakan oleh blogger Topeng Perak yg berada di tempat kejadian boleh dilihat di SINI...
Apakah SPIN mereka untuk kali ini??...sama2 kita saksikan...;)
Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
"Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
"Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini," ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru. - TPU
Bahang bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat semakin terasa, apabila hampir 100,000 orang menyertai kumpulan dalam laman sosial facebook untuk menyatakan pendirian mereka. Malah, Angkatan Muda Keadilan, bersama sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka akan berkempen untuk mengumpul tandatangan sebagai protes terhadap projek mega yang membazir ini, semalam.
Perwakilan UMNO bagaimanapun mempertahankan keputusan tersebut, ketika usul ekonomi dicadang dan disokong dalam Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.
Razali Ibrahim: "Dia jual dulu..."
"Ada pemuda di kalangan kita nak buat demonstrasi menentang. Mereka ni tahu tentang saja. Dulu kita bina Putrajaya, dia (pembangkang) kata apa? Dia nak jual Putrajaya kalau dia jadi kerajaan. Hari ni dah lupa. Nak berlumba-lumba ke Putrajaya. Yang bina Putrajaya tu kita. Yang dia nak jual dulu, tapi hari ini dia pulak kata nak pergi Putrajaya," kata Razali Ibrahim, yang mewakili Pergerakan Pemuda.
Naib Ketua Pemuda UMNO (gambar kiri) meneruskan, "Dulu kita bina Jambatan Pulau Pinang, 'Oh! Bangkrap negara.' Hari ini dia minta Jambatan kedua. Dulu kita bina SIC (Litar Sepang Antarabangsa). Hari ini yang kata SIC ni bagus, tu, yang dituankan, Singapura mengatakan bahawa Singapura sepatutnya dah ada track litar dari dulu lagi sepatutnya. Jadi ini pengiktirafan. Tapi masa nak cadang tu memanglah susah, tapi janganlah bakar benda yang kami cadang. Dah-lah dia tak buat. Dia nak hapuskan. (Apabila) dah berjaya, dia kata dia pula nak."
Razali Ibrahin yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menambah, "Yang ini kita kena pastikan bahawa Menara ini ada banyak maknanya. Yang buat ni PNB, bukan duit kerajaan. Dia bentangkan ketika itu lebih kurang 200 berapa bilion tu, tak sebut pun perbelanjaan itu. Yang nak maksud ini, negara maju, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak swasta. Bukan kerajaan lagi."
Awang Adek: Cuma Malaysia yang menentang bangunan tinggi
Sebelum ini, Awang Adek Hussin sebagai pencadang usul ekonomi cuba menjustifikasikan pembinaan menara 100 tingkat ini dengan alasan untuk menyediakan infrastruktur agar memenuhi keperluan perkembangan sektor perkhidmatan.
"Perlunya infrastruktur ini akan menjadi lebih terdesak, terutamanya selepas liberalisasi sektor perkhidmatan menjelang 2015. Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sg, Buloh dan Menara Merdeka PNB."
Timbalan Menteri Kewangan (gambar kanan) ini berkata, "Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan. Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit, bukan satu atau dua, bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi. Tak ada masalah pun!"
"Cuma di Malaysia saya kita dengar cerita-cerita seperti ini. Dulu tak setuju dengan Jambatan Pulau Pinang, Bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan saja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya."
Ahli Majlis Tertinggi yang juga wakil Bahagian Bachok, Kelantan ini berkata, "Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, mereka tak apa."
Kira-kira 100,000 orang pengguna laman sosial facebook telah menyertai satu kumpulan untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka. Kumpulan ini disertai lebih daripada 80,000 orang dalam masa 144 jam, menuntut agar suara mereka didengar seandainya Perdana Menteri Najib Razak berpegang kepada slogan 1Malaysia-nya, "Rakyat didahulukan".
Menara 100 tingkat di Kampung Baru?
Di samping itu, ketika wakil Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani membahaskan usul ekonomi, beliau mencadangkan agar Menara Warisan Merdeka dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri ucapannya, perwakilan dari Bahagian Titiwangsa ini meminta agar Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan ini, walaupun tidak perlu membuat keputusan pada hari ini.
Beliau melontarkan cadangannya yang disambut dengan tepukan, "Apalah salahnya Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini, dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru?"
"Kerana PNB mempunyai tanah di stadium itu 22 ekar. Di Kampung Baru, kita mempunyai 230 ekar. Jadi, 10% daripada tanah itu saya percaya orang-orang Melayu di Kampung Baru ini akan bersetuju sungguh kalau YAB dapat memikirkan membawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ke Kampung Baru, supaya dia menjadi mercu kejayaan orang Melayu di Tanah Melayu."
Johari Abdul Ghani menyambung, "Seperti mana hari ini kita lihat KLCC menjadi satu kebanggaan. Seluruh kawasan tanah KLCC menjadi mahal. Hari ini dengan wujudnya mercu Menara Warisan Merdeka ini saya percaya 220 ekar tanah Kampung Baru ini dalam masa 10, 30, 40 tahun akan datang, menjadi satu harga yang ternilai bagi orang Melayu."
Tahniah penulis ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak..suatu langkah yang bijak lagi profesional bagi merungkai persoalan yang timbul...
Penulis bersangka baik, mungkin Mufti Perak ini sibuk sehingga tiada masa utk mengambil tahu isu semasa tanah air..atau mungkin beliau xsempat nk baca berita dll..mungkin kerana inilah beliau dilihat seolah2 membisu tidak mengulas isu-isu yang melingkari pemimpin2 Umno..
Nak harapkan penyokong dan blogger fanatik Umno memberi teguran pada Mufti Perak? jangan harap..mereka tidak akan bertindak jika sesuatu isu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka...tiada keperluan bg mereka mendesak Mufti Perak mengulas isu ini jika terbukti boleh merosakkan imej Umno..
Di bawah, adalah dua isu 'besar' yang sedang melanda negara kita ketika ini..dan atas dua isu inilah pemuda PAS menggagahkan diri utk bertemu dengn Mufti Perak supaya turut sama 'turun ke gelanggang' mengulas isu yang berlaku..jangan kerana ianya berlaku pada kerajaan (Umno), maka demi menjaga 'tuan' kita, kita tidak berani menyatakan kebenaran...
Akhir kalam..sama2 kita tunggu respon dan reaksi Tok Mufti Perak kita ini...wallahua'lam....
MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan dan isu tersebut.
2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo.
Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
Sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.
Anda tahu apa yang berlaku semasa kapal USS Abraham Loncoln berlabuh di pelabuhan Klang 8 Oktober lalu?...penulis yakin ramai di antara kita tidak mengetahui 'perkara tersirat' yg berlaku disebalik kehadiran kapal perang US ke Malaysia awal bulan lalu...
Gambar-gambar di bawah akan menceritakan segala-galanya...(bukti dan ulasan penulis di akhir entry ini..)
Persoalan kini, siapakah yang bertanggungjawab 'menaja' anak Melayu Islam ini utk membuat 'show' di depan tentera US?..
Berdasarkan pengakuan waita melayu ini, show ini adalah sbg 'mewakili Malaysia dalam acara pentas'..hanya mereka yang tertentu sahaja dibenarkan untuk berada dalam kapal US ini, apatah utk beraksi 'mesra' bersama anak-anak kapal US Abraham Lincorn ini...
Ikuti BUKTI pengakuan di bawah...
Pengkuan 1
"Show arini selesai, x sabar show d klang esok...di atas kapal U.S army yg singgah ke malaysia..nyum nyum"
Pengakuan 2
"Hari ini kakak2 manis **** ada show di kapal U.S Army d Pelabuhan Klang..wakil Malaysia dlm acara pentas..wish us dpt gold medal!"
Pengakuan 3
"Kehendak agen...show biasa lah...jap lagi nk wat show depan tentera USA ni takutnyer..emm...nervous nervous.."
"by invitation only lah mak hayam...kitorang dah pass ic copy aritun...*akan mewawai (pakai) baju sailor yer...ngengenge"
Ini bermakna, 'free show' anak melayu ini telah 'ditaja' (atas kebenaran) oleh pihak atasan!...penulis yakin, hal ini dibawah pengetahuan kerajaan Malaysia termasuk kementerian pertahanan sendiri!!..
Ukt yg terakhirnya penulis menuntut kerajaan menjelaskan hal ini kepada rakyat! kerajaan Malaysia harus bertanggungjawab!!...sila beri penjelasan, rakyat berhak tahu!..
Sebelum ni, kerap kali penulis bertemu dengan komentar/kenyataan penyokong2 tegar Umno yang membela Rosmah Mansor dan menghentam sesiapa yang mengkritik isteri perdana menteri itu..
Dakwa penyokong Umno yang pertahankan Rosmah Mansor, sesiapa yg mengkritik Rosmah Mansor adalah orang yang mempunyai sifat dengki, perasaan iri hati dan mcm2 lagi..
Dikutuknya penyokong PR sebagai org yg jelous dengan kemampuan Rosmah mansor yang katanya tidak boleh dilakukan oleh wanita di dalam PR..kata mereka lagi, semua yg dilakukan Rosmah Mansor itu membuktikan beliau seorang isteri PM yg rajin, baik hati, terkehadapan, cerdik, berwawasan dan seribu macam pujian dan pujaan..
Namun tidak sedikit juga dari kalangan mereka yang penulis temui meluahkan perasaan mual, geli, meluat dan sebagainya terhadap tindak-tanduk Rosmah Mansor...
Kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian luahan seorang blogger pro-kerajaan (Umno) terhadap isu yang berlaku kini..mungkin kalau luahan ini dari blogger pro-PR, berbakul cercaan dan hinaan dilemparkan terhadap blogger PR berkenaan..so, kali ini, kalau tidak puas hati, sila berdepan dengan blogger Umno ini sebelum tunjuk 'berani' di depan penyokong PR..fikir2kan..wallahua'lam..
First Lady of Malaysia is our DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Nor Zahirah not Datin Seri Rosmah Mansor a citizen of Kuala Pilah!!!
To those who are clueless about who our real 'First Lady' is, let me reintroduce to you our Queen, Her Royal Highness, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah, D.K. ~ Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (Terengganu), Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
Her Royal Majesty Tuanku Sultanah Nur Zahirah is our real First Lady.
Our beloved Queen and Consort of His Royal Highness, Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, the reigning Supreme King of Malaysia.
Their Royal Majesties reign at the Istana Negara, not at Seri Perdana, Putrajaya.
Their Royal Majesties remain as Royals returning back to their functions as the Sultan and Sultanah of the Sultanate of Terengganu Darul Iman once their 5 year term as the Supreme King and Supreme Queen of Malaysia is complete.
The one who is currently masquerading as the 'First Lady' of Malaysia is just the wife of the current Prime Minister of the Federal Government of Malaysia.
A common citizen of this country who by chance happened to become the 2nd wife of the premier.
So, I find it unbecoming for a citizen of this country to upstage and wrongfully assume the title of the 'First Lady' of Malaysia when it is our beloved Supreme Queen of this federation of Malay Sultanates and former British Colonies, who must be given that honor and prestige to represent our nation at the 'First Ladies Summit'!!!
Truly Datin Seri Rosmah Mansor ought to know better than to steal the limelight from her own Queen?
What bloody hell kind of a glamor seeking person is she?
I wonder how do our government officials and ministers condone such breach of conduct and obvious case of 'Lese Majeste'?
Are all the Istana Negara officials especially those who are supposed to take care and watch out for the dignity and majesty of our beloved Queen clueless about this blatant commandeering of the royal position of our charming and graceful Raja Permaisuri Agong of Malaysia???
Hello!!! What are you guys doing over there in the Istana?
Let me ask you as to whether the Supreme Queen you serve is this karaoke 'queen'?....
...or ...Her Royal Highness, the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah, the Supreme Queen of Malaysia and the Sultanah of Kesultanan Melayu Terengganu Darul Iman?
Don't tell me that those who are supposed to be the Protocol Officials of the National Palace are all ignorant as to who is really their 'First Lady'?
Even a trishawman can tell the difference between a Supreme Queen and a commoner?
Do we need to hold special classes now on this subject matter and teach the nation as to who is whom?
No wonder that the Cartoonkini political caricaturist Zunar is having a field day with his lambasting the Datin Seri from Kuala Pilah for her delusional condition that she is the 'First Lady' reigning over this nation from Seri Perdana!
Where is Tun Dr Mahathir now? Maybe he has a prescription for such hallucinations. You know, some medicine to cure this state of dementia, plaguing the poor lady from Kuala Pilah?
Problem is...will she be willing to swallow the bitter pills of REALITY?
As to who is our rightful First Lady of Malaysia?
Her Majesty the Supreme Queen, Her Royal Highness, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah....or the commoner?
Despite all such trappings and fine regalia that one adorns on oneself, one has to come to terms that phony grandeur and pomp or pageantry will soon come to pass and when the clock strikes 12 after the 13th GE, reality will come stare at her face?
The Ministries in charge of this screwup have only themselves to be blamed for being party to such obvious acts of treason and proven case of 'Lese Majeste'!
What a whole load of hogwash this government has come to end up as?
Megalomaniacs at large!
No matter whichever glamor crazed commoner tries to steal your limelight Dear beloved Supreme Queen of the Kingdoms of Malaysia, you will always reign in our hearts as the rightful First Lady of us all.
May Allah bless you and your beloved family with the best of this life and in the next, Insya Allah!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
And to the 'Great Pretender', do us a favor and wake the hell up, will you?
We don't begrudge you being the PM's wife. Not at all. You can be the head of BAKTI or whatever, but please do respect our Royal Highness, our beloved Supreme Queen of Malaysia and accord to her the rightful position that you have unwittingly usurped, maybe out of your own vanity?
Our First Lady. The one and only Queen of our hearts.
Her Royal Highness, our symbol of Malaysian regality, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah.
Long live our Queen. Our real and true FIRST LADY!!!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! *baca selengkapnya di SINI..
1. Sebelum korang teruskan pembacaan, penulis cadangkan korang baca dahulu artikel terbaru Ketua Pemuda PAS di blognya bertajuk "Memo Taubat Buat Rosmah", mengulas isu yang sedang hot ketika ini....suatu artikel yang penulis kira tepat, jelas dan 'sempurna' bagi menggambarkan hakikat yang berlaku..
2. Sebagai makluman, esok (Jumaat, 22/10/10) juga dijadualkan akan berlangsungnya demontrasi secara aman di seluruh masjid utama negeri-negeri..memetik kenyataan Ust. Nasrudin Hassan dlm portal berita Malaysiakini:
3. Satu page bantahan di facebook turut diaktifkan bagi pengguna facebook..walaupun baru dilancarkan (tidak sampai 1 hari), sudah hampir 13,000 facebooker telah menyertai page ini bagi menunjukkan sokongan mereka membantah FFI yang terang2 menghina Islam, serta mendesak Penaung Utama FFI, Rosmah Mansor memohon maaf kepada seluruh umat Islam..
4. Kembali kepada tajuk utama..berikut penulis lampirkan suara-suara blogger tegar Umno yang tegas mengkritik Rosmah Mansor dalam isu ini, serta menghentam rakan-rakan mereka dalam Umno yang masih buta hati menyokong dan mempertahankan Rosmah Mansor...
Penulis ucapkan syabas kepada blogger2 ini...
Tidak seperti kebanyakkan penyokong Umno yang penulis temui di dalam facebook dan forum politik, mereka masih setia menyokong Rosmah Mansor dengan memberikan pelbagai alasan membela Rosmah, dan dalam masa yang sama mengkritik pembangkang kononnya tiada isu, dan suka menyebarkan fitnah..
Kepada penyokong/blogger umno ini, yang masih ligat mempertahankan Rosmah Mansor dan Najib, korang fikir-fikirkan nasihat 'keras' dari rakan kamu sendiri..jangan kerana sokongan kalian, masa depan Islam di Malaysia menjadi tidak keruan...fikir2kan..wallahua'lam..
BLOGGER UMNO 1
Rosmah perlu bertanggungjawab!
Kalau ada yang mengatakan Rosmah tak bersalah, rasanya mereka adalah Anjing Politik ataupun Khinzir Kuasa dan Wang sahaja. Ingat, yang kita bicarakan adalah kesucian Agama Allah dan juga nama Rasul Junjungan. Ianya bukan agama bapak kita yang boleh kita buat sesuka hati dan bukannya nama haiwan peliharaan yang boleh dipanggil sesuka hati.
Penyelesaiannya amat mudah. Rosmah perlu bertanggungjawab dan meminta maaf. Kenapa Tun Hasmah tak pernah "buat palat" walaupun suaminya menjadi PM selama 22 tahun? Sebab Tun Hasmah tahu sempadan menjadi SEKADAR ISTERI yang tidak dipilih melalui proses demokrasi pun. Dah kebetulan sahaja menjadi bini PM.
Selagi tiada tindakan dari DS Rosmah, selagi itulah tiada rasa hormat langsung aku pada dia. Blogger pro-UMNO YANG MERASAKAN MEREKA ISLAM wajar respon kepada kekurang-ajaran ini. Jika tidak, kamu hanya layak menjadi Anjing dihalaman rumah ahli politik ataupun menjadi khinzir belaan peminat makanan eksotik. Noktah!
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini).
Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.
Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.
Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!
Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua.
Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.
p/s: Lain-lain lokasi seperti di PP, Kuala Lumpur, Selangor dan lain2 akan dikemaskini kemudian..
Ribuan himpun bantah festival busana Islam
Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.
Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.
Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam. Tak sempat berucap
Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.
Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.
"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.
Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.
Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.
"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.
Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.
Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.
Mufti, ulama muda Umno dicabar
Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".
Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong. - MK
Berebut nak buat Menara tertinggi, masa nak bina bukan main naik harga, tetapi bila dah siap dan manusia dah jemu dengan yang tinggi ni, harga jatuh menjunam. Jadi sesiapa yang nak beli yang murah, yakni menara yang murah yang tertinggi didunia, pi lah ke Menara Burj Al Khalifah, diDubai. Tak percaya baca berita disini.
Di Kl pun ana dengar nanti akan ada Taman Sari di Jalan Tun Razak Jalan Pahang bangunan yang akan naik 60 tingkat, siap dengan aliran Sungai Gombak yang akan mengalir di bawah katanya akan dibina oleh JV DBKL dengan syarikat Asie Sdn Bhd, dan satu lagi di dekat bangunan Matrade akan dibina oleh Naza, dan yang satu lagi Warisan Merdeka yang akan dibina oleh PNB, Presiden dia kata tak pakai duit pelabur, tapi guna keuntungan depa meniaga selama ni, katanya ada kumpul sampai 140 billion, jadi ana nak tanya dah untung banyak pasal apa yang setiap tahun beri kepada mak haji dan pak haji dikampong yang melabur hasil toreh getah dan padi hanya 28.00 sen saja, tidak beri RM28.00 setiap kali dibuat pengumuman. Tapi bila kata nak buat bangunan 100 tingkat, kata duit banyak hasil keuntungan depa meniaga, memang dasar nak cekau duit rakyat lah tu. Baca ceriTA Burj Khalifah tu dan fahami apa keluhan orang yang beli dulu, melesit la ni....tak tau nak bina lagi , apa nak kata, jangan lesap saham rakyat sudah lah labu ooi.
Memang amat dikesali, sia-sia lah rasanya ilmu yang dipelajari dan sia-sia jugalah gelaran yang diberi, suatu pengiktirafan oleh Islam dengan gelaran Ulamak, tetapi masih mempertahankan apa yang jelas mungkar dilakukan , demi bertujuan untuk menghina Nabi Besar Muhammad saw.
Ana tertarik dengan apa yang ditegur oleh Dr Asri , BekaMereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak," katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.
"IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
"Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini," katanya.
Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
"Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
"Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim," katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
"Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak," katanya lagi.
Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun. s Mufti Perlis mengenai apa yang terjadi di Monte Carlo dimana pemimpin besar negara menjadi tetamu di IIF konon, yang jelas lebih jahiliah dari Abu Jahal dan Abu Lahab didalam memperagakan apa yang disebut Fesyen, tetapi tidak ada apa niali pun bagi manusia yang waras, nampaknya monyet dan lotong lebih cantik jika dikenakan fesyen begini berbanding manusia. Ana amat setuju sarana bekas mufti ini agar umat Islam bangun mendesak agar manusia ini memohon maaf kepada seluruh umat Islam dari seluruh dunia atas kesengajaan menghina Islam ini. Ana paste teguran Dr Asri disini.
Ucapan DS Rosmah semasa merasmikan IFF ini boleh dibaca disini. Fahamilah kata-kata beliau, dan bandingkan dengan apa yang dipaparkan didalam internet gambar mereka yang memakai Fesyen yang dikatakan Islamic fahin ini, buat penilaian sendiri!!
Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Penganjur Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini secara amnya dilihat bagus, tetapi malang seribu kali malang ... Fesyen Busana Muslim yang hendak ditonjolkan terbabas dan menyimpang jauh dari yang sepatutnya. Sekadar berpakaian labuh tetapi terdedah disana sini, apakah itu ciri-ciri pakaian seorang wanita muslim?
Jelas sekali Rosmah selaku Penaung dan Penganjur telah membelakangkan syariat Islam dan dalam masa yang sama menghina Rasullullah SAW. Amat tidak wajar perkataan Muhammad dalam bahasa Arab telah di peragakan dengan sewenang-wenangnya ditubuh badan wanita yang boleh dikatakan suku bogel itu.
Adakah Rosmah terlalu jahil sehingga perkara begini boleh berlaku?. Kalau pun beliau jahil, tidakkah beliau mahu merujuk kepada mana-mana imam muda UMNO yang dikatakan hebat itu? Atau pun bertanya kepada Jamil Khir menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama?
Nampaknya Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri telah menunjukkan sikap berani dan melampaunya yang amat keterlaluan !! ...... Inikah Malaysia negara Islam? seperti yang dilaung-laungkan oleh UMNO dan Najib selama ini? Jauh sekali !! Bertaubatlah Datin ! sebelum tersesat lebih jauh !
Penulis amat mengalu-ngalu dan menyokong Dewan Pemuda PAS dan lain-lain NGO yang hendak mengadakan himpunan aman pada 22/10/10 Jumaat ini sebagai tanda membantah Festival Busana Muslim tersebut. Mari kita turun beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda protes!!
KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini. Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Festival Fashion) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam. "Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi. Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut. "Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya? "Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu? "Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya. Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat. Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur. "IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya. Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu. Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam. Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu. "Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya. "Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis iblis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.
SETIU - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan parti itu akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian dihadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 disini semalam, 22 Oktober.
"pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,
"agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya (Gambar kanan)
Sebaliknya menurut beliau Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya anti Islam.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.
"Bawah BN RM12 juta, bawah Pakatan Rakyat RM24 juta, kalau menurut peruntukan ini, siapa yang anti Islam? Yang anti Islam (adalah) Barisan Nasional,'jelasnya .
Beliau berkata DAP mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam tetapi yang menjadikannya satu masalah adalah Umno kerana Umno semakin tertekan.
Katanya dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, Pakatan Rakyat telah menjadi satu kuasa yang benar-benar dapat mencabar Umnoi dan BN, yang tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu.
Turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar negeri Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Razak
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - melalui tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Mempertahankan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.
Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.
"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," katanya.
Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang datang merujuk kepada ulama(akhirat) Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
SHAH ALAM- Undang-undang anti- demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Penerbitan dan Percetakan (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dihapuskan segera bagi mewujudkan ruang demokrasi sebenar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab membuka ruang-ruang baru bagi menyejahterakan dan mewujudkan demokrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010, kelmarin. Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah 'terkunci kemas' di dalam Per�lembagaan.
"Beliau berkata, seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab PR memegang kunci itu bagi membuka ruang baru untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, kunci itu juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas, melainkan undang-undang anti-demokratik itu digunakan bagi mengunci dan merantai rakyat untuk kepentingan UMNO.
"Kunci itu juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali. Ini kerana kunci itu terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya raja bagi semua rakyat.
"Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan," katanya.
Nurul Izzah berkata, saranan Presiden UMNO untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada UMNO. "Sudahlah dan cukuplah kerana telah tiba masanya semua raja dan rakyat memegang kunci ini, bukan UMNO yang menjadi pemfitnah dan berpura-pura memperjuangkan bangsa," katanya.
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU FAHAM KETUANAN MELAYU 192
FIR'AUN RASA BUMI DIA PUNYA DENGAN MENGAKU DIA TUHAN UMNO RASA MALAYSIA DIA PUNYA PERTAHAN PUTRAJAYA SEHINGGA BERCERAI NYAWA
Inilah kebodohan kepimpinan. Fir'aun pusat pemerintahannya ialah tempat tertegaknya piramid. Kajian oleh ahli arkeologi bahawa inilah pusat pentadbiran Fir'aun. Disinilah Fir'aun mempertahankan kekuasaannya. Sehingga rakyat Mesir yang bodoh itu menerima dakwaan bahawa Fir'aun adalah tuhan yang maha tinggi mengatasi Allah Nabi Musa. Dakwaan ini adalah karut kerana ada lagi Yang Maha Kuasa iaitu ALLAH. Kenapa Fir'aun membuat dakwaan seperti ini tidak lain UNTUK MENGEKALKAN KUASA PEMERINTAHAN FIR'AUN. APA YANG TERJADI? Kerajaan Fir'aun yang sesat itu ditelan bumi.
Begitulah UMNO, apakah yang dirasai UMNO sekarang? UMNO rasa
1) Kuasa pemerintahan kekal dengannya 2) KUASA memerintah adalah hak UMNO sahaja di Malaysia 3) UMNO rasa pembangunan negara ini adalah dari duit ahli UMNO bukan dari bayaran cukai rakyat 4) Najib sebagai PM, dia rasa nak bagi pada siapa sahaja termasuk isterinya boleh ATAU nak buat apa projek ppun boleh
Sedangkan tiada Presiden negara maju yang membuat pengakuan seperti UMNO. Bush ketika mahu kalah dengan Obama tidak membuat kenyataan akan mempertahankan White House sehingga bercerai nyawa dengan badan kalau Obama memegang Preseden Amerika. Begitu juga PM Britain (Parti Labour) yang lalu juga tidak membuat kenyataan mempertahankan 10 DOWNING STREET sehingga berkecai nyawa apabila Parti Konservatif menang.
Apa makna kenyataan Najib bahawa UMNO akan mempertahankan apa sahaja walau nyawa sekalipun terhadap PUTRAJAYA? Ini membawa makna DEMOKRASI DI MALAYSIA SUDAH MATI. Ini adalah arahan dari PM Najib. Badan yang mesti segera bertindak ialah SPR. SPR MESTI memenangkan UMNO-BN.
BANGKITLAH WAHAI RAKYAT. LAWANLAH KEPERCAYAAN KARUT UMNO-BN. TEGAKKAN SEMULA DEMOKRASI. SIAPA SAHAJA BOLEH MENDUDUKI PUTRAJAYA. MANA-MANA PARTI YANG MENANG DI PERINGKAT NASIONAL PILUHANRAYA UMUM MAKA LAYAKLAH PARTI ITU MEMERINTAH MALAYSIA. HAPUSKAN FAHAM YANG KARUT INI. HANYA RAKYAT DAPAT MENGAJAR UMNO-BN MELELUI UNDI KEPADA CALON PAKATN RAKYAT.sumber
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah 'Islamik'.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan 'Islamic fashion' mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
http://mutaligat.blogspot.com/ Inilah ajaran Islam cara UMNO dan Barisan Nasional! Bila pemimpin jahil diserahkan tanggung jawab memerintah negara dan agama, nescaya agama akan dimanipulasi sesuka hati mengikut selera dan kepala mereka sendiri. Sebelum kita serahkan tanggung jawab menegakkan dan memperjuangkan Islam kepada Najib, kita lihat dulu bagaimana majlis yang kononnya Islamik pada pandangan pemimpin jahil ini [...]
Oleh : Chegu Zul Para pengulas dan penganalisis setiap kali Perhimpunan Agong Umno akan sibuk. Kesibukan mereka kerana ‘sibuk menganalisis’ isi ucapan yang tersirat oleh Presiden Umno. Analisis mereka sudah tentulah mahu mengeluarkan gagasan-gagasan idea-idea bernas yang tertunas dek pemikiran presiden parti Melayu terbesar di dunia ini. Sibuk penganalisis adalah bagaimana ucapan Najib mahukan Budaya [...]
Oleh : Khairi Nampaknya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan begitu marah dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang dikatakannya mengaibkan Islam dengan menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu. Dalam blognya yang bertajuk “Memo Taubat Buat Rosmah”, Nasruddin begitu kesal [...]
http://propartiislammalaysia.blogspot.com/ Dr.Zulkefli bin Mohamad akhirnya menjadi pilihan Pas sebagai calon bagi pilihanraya kecil N45 Galas.Tatkala UMNO masih bergelut dan berteka-teki dalam soal pemilihan calon,Pas sudah terkehadapan.Namun,apa yang menyedihkan,hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut,fitnah yang agak berat dilemparkan terhadap calon Pas tersebut di mana beliau dituduh sebagai seorang pelaku dosa besar di masa lampaunya kerana didakwa [...]
Alhamdulillah. Syukur kepada kerana dengan izin-Nya program khidmat masyarakat pada 17 Oktober 2010 yang lalu telah selesai dengan jayanya.
Para anggota Amal Indera Mahkota yang terlibat turun menyumbangkan masa dan tenaga seperti yang diharapkan. Inilah mesej yang ingin disampaikan melalui Jabatan Amal, PAS DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG.
Pada tarikh tersebut, para anggota Amal Indera Mahkota telah turun ke Kampung Sungai Karang Darat untuk membantu seorang penduduk kampung menyiapkan dapur rumahnya. Alhamdulillah, kerja-kerja berjaya disiapkan menjelang tengahari.
Sebelum pulang, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Indera Mahkota telah menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu. Jazakallah.
Banner program khidmat masyarakat yang digantung setiap kali turun ke tempat sasaran
Anggota Amal sedang mendengar taklimat dari saudara Nurudden, Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah DPP Indera Mahkota
Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan sedang mengikat bata bersama dengan saudara Zulkifli
Dua orang anggota Briged Amal Indera Mahkota turut membantu menyiapkan kerja-kerja pembinaan
Saudara Zulkifli sedang memecahkan lantai untuk di turap dengan simen yang baru
Saudara Azam Zakaria salah seorang penduduk tempatan yang turut membantu
Papan dipotong untuk menggantikan yang telah reput
Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah DPP Indera Mahkota, saudara Nuruddin
Meninjau-ninjau bahagian dapur yang perlu diperbaiki
Saudara 'Konju' sedang memesin rumput
Saudara Badillah sedang memotong pokok di hadapan rumah
Sheikh Azlan sedang menebas di tepi rumah penduduk terbabit
ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, saudara Fadzil sedang menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah
" PAS: DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" Bergambar dengan tuan rumah sebelum pulang
KUALA LUMPUR - Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin mengejutkan perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO semalam apabila beliau menyampaikan ucapan peringatan dalam bahasa Hokkien, yang menekankan perlunya tiada persoalan terhadap keistimewaan Melayu, termasuk 30 peratus ekuiti Bumiputera.
Ucapan yang melucukan, tetapi mempunyai mesej jelas itu, nampaknya ditujukan khas kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi.
Sambil melihat tulisan atas kertas di hadapannya, Badruddin berucap ringkas dalam bahasa Hokkien, yang kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Sebagai sebuah pasukan dalam Barisan Nasional (BN), katanya, hak 30 peratus ekuiti Bumiputera itu yang digariskan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak patut dipersoalkan.
"Soi Lek, kita semua kawan. Saya nak beritahu 30 peratus (ekuiti) jangan ganggu.
"Kami bagi orang Cina, orang Melayu dan orang India kongsi itu 100 peratus," katanya.(Cerita lanjut di sini)
P/S:-Sebelum ini dalam beberapa ucapan pemimpin UMNO telah menyebut supaya tidak ada ucapan dan tindakan yang mempertikaian atau mempersoalkan hal-hal perkauman.
Tapi kali ini,masih ada lagi berbunyi tentang hak dan kepunyaan sesuatu bangsa(dalam hal ini bangsa Melayu).Mungkin ini adalah gurauan sesama parti dalam BN atau mungkin juga sindiran pada Presiden MCA oleh Pengerusi Tetap UMNO.Kita tidak pasti sebenarnya.
Tapi yang jelas,tidakkah UMNO sedang bermain "api perkauman"?Bukankah mereka pernah menuduh bahawa Parti pembangkang banyak menimbulkan isu perkauman sebelum ini.padahal merekalah yang sebenarnya bermain ISU ini yang nampaknya sentiasa meniti di bibir-bibir PEMIMPIN UMNO?
Jadi apakah dia semua ini?Adakah ia cuma gurauan SEMASA?
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KANGAR, 23 Okt (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPKK) pada Sabtu meminta Kementerian Pelajaran agar meneliti isu guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu dengan menghadiri pelbagai kegiatan termasuk kelas tambahan.
Presidennya Hashim Adnan berkata buat masa ini semakin ramai guru terpaksa mengorbankan hari rehat tersebut yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga kerana tugas-tugas berkenaan.
"Sewajarnya perkara ini diteliti kerana ia juga menjadikan beban tugas guru semakin bertambah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco KPKK di sini.
Selain itu, Hashim berkata KPKK juga meminta kementerian agar memberi pendedahan secukupnya mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada kira-kira 10,000 guru sekolah rendah di negara ini sebelum dilaksanakan tahun depan.
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan rata-rata guru belum memahami KSSR yang akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tersebut.
"Bagi memastikan pelaksanaan KSSR berkesan, para guru harus diberi pendedahan yang secukupnya kerana kurikulum tersebut menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran," kata beliau.
Mengulas isu berkaitan, Hashim berkata KPKK juga akan menghantar permohonan kepada Kementerian Pelajaran agar meneliti pengurusan kewangan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Perguruan (PSKPP).
Beliau berkata ini kerana sehingga kini tidak ada satu laporan yang jelas mengenai pengurusan kewangan persatuan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran negeri.
Katanya KPKK juga menerima aduan daripada para guru yang dipaksa membayar yuran antara RM3 dan RM5 setahun oleh persatuan tersebut walaupun ia sebenarnya tidak wajib.
"Guru tak boleh dipaksa bayaran yuran.
Jabatan Pelajaran tak ada hak (memaksa guru). Ini sukarela," katanya.
Hashim turut menegur tindakan Jabatan Pelajaran daerah di sebuah negeri yang bertindak di luar batas profesional apabila mengedarkan senarai nama guru dan butiran peribadi mereka termasuk gaji, kepada sekolah tempat guru terbabit mengajar untuk menuntut tunggakan yuran PSKPP.
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.
Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.
Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.
"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.
"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."
Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan degan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.
Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh. Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.
PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden umno "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini. PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini. PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat. Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.
Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.
Shafie Afdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihanraya menggunakan masjid diseluruh negara. Beliau berucap dalam PAU..
Apabila PAS mendidik masyarakat dengan memberi kuliah di surau dan masjid, juak-juak ini menuduh PAS menggunakan masjid dan surau untuk berkempen. Apabila mereka mula merasakan kehilangan undi daripada orang melayu, kini Umno melihatkan surau dan masjidlah medan terbaik untuk mencari ahli mereka kerana mereka sedar orang yang ke masjid dan surau ini tidak suka menipu, rasuah, jujur dan amanah.
Shafie juga berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu. Sebenarnya siapa yang tak serupa bikin? Kenapa perlu ada "double standard".? Rasa-rasa PRU13 semakin hampir, pelbagai isu nak dijawab, rakyat mula membandingkan kebaikan pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah PR berbanding BN, mereka mula hilang arah sehinggakan terdetik dipemikiran seorang Naib Presiden untuk mula berjinak-jinak dengan masjid. Bukan kita benci mereka nak berjinak-jinak dengan masjid untuk memahami Islam sebernar tetapi niat mereka nak ke masjid untuk meramaikan ahli untuk layak mengundi pada pilihanraya akan datang.
Naib Presiden macam ini yang ada dalam Umno? Nak tergelak dengan idea tersebut kerana pandangan tersebut setaraf dengan ahli-ahli PAS di peringkat cawangan 20 tahun dahulu. Sekiranya ahli-ahli PAS ini diangkat menjadi menteri, pasti lebih baik pengurusannya berbanding Naib Presiden Umno seorang ini.
Malaysiakinimelaporkan Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.
"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ternyata setelah lebih 50 tahun merdeka, Umno tetap berwajah perkauman dan bersikap berpura-pura, bahkan menentang Islam.
"Justeru, kita tidak mempunyai pilihan dalam membangunkan negara yang makmur dan masyarakat yang adil, melainkan dengan mendaulatkan Islam dan ianya tidak akan tercapai melainkan dengan kita memperkasakan jihad," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 di Kampung Tanjung, Batuk Rakit, pagi ini.
Mutakhir ini, katanya Umno BN sedang mengukuhkan strategi gerakan Islam Liberal melalui pengisytiharan kemasukan sekumpulan mereka yang dianggap sebagai 'ulama muda'.
Menurutnya, mereka diharapkan oleh Umno menjadi barisan hadapan untuk menentang gerakan PAS di bawah kepimpinan ulama.
Mutakhir ini juga, tambahnya apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Umno BN menjadi sangat bimbang sehingga mereka mengambil langkah mempertajamkan semula gerakan perkauman dengan didokongi oleh beberapa NGO seperti Perkasa.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, seperti yang sedia maklum Kerajaan Umno BN telah menyalahgunakan undang-undang untuk menghalang pelaksanaan Islam yang syumul.
Mereka, katanya komited untuk menghalang kemaraan PAS di mana pada hari ini bersama Pakatan Rakyat atau menyekat PAS daripada memerintah.
Katanya lagi, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan undang-undang yang berkaitan.
Mereka, ujarnya sentiasa menakut-nakut dan memperbodohkan rakyat seperti yang digambarkan di dalam surah az-Zukhruf, ayat 54 yang bermaksud: (dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik derhaka.
"Di atas kenyataan seperti inilah kerajaan Umno BN menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk menekan rakyat.
"Mereka mempunyai kuncu-kuncu dan agen-agen dari golongan tertentu yang sanggup menindas dan merampas hak rakyat demi survival kepentingan mereka," ujarnya lagi.
Beliau turut menyentuh mengenai media yang berat sebelah di Malaysia juga menjadi faktor besar penghalang kepada jihad yang didokongi PAS.
"Lihatlah siapa yang memiliki media elektronik negara kalau bukan Umno BN. Siapakah pemilik TV3, RTM, NTV9?
"Siapa pula pemilik akhbar arus perdana Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times kalau bukan Barisan Nasional?
Baginya, media itulah yang digunakan untuk memberi persepsi yang negatif terhadap PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di mana kerap kali PAS digambarkan sebagai parti ekstrimis.
Tambahnya lagi, dengan media itulah mereka menguasai minda rakyat yang mana propaganda demi propaganda dilancarkan melalui media demi meneruskan kezaliman mereka.
"Setiap waktu, musuh selalu menakut-nakutkan kita melalui media dengan menyebarkan berita-berita bohong dan membentuk persepsi negatif bagi memecahbelahkan saf perjuangan kita.
"Didiklah diri kita agar tidak mengikuti apa yang kita tidak ketahui tentangnya," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan pendukung PAS agar jangan tergolong dalam orang yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai pembohong hanya kerana menceritakan apa sahaja yang dia dengar walaupun berita yang dibawa adalah bohong.
Beliau juga menyentuh mengenai rakyat dan pengundi yang jahil di mana pepatah ada menyebut "kamu adalah musuh kepada apa yang kamu jahil".
Ini, katanya kerana rakyat dan pengundi yang tidak mendapat maklumat yang sepatutnya menyebabkan persepsi mereka terhadap PAS menjadi negatif.
"Kejahilan inilah menjadi senjata Umno BN untuk memancing undi mereka setiap kali pilihanraya berlangsung," ujarnya.
Menurutnya, punca rakyat menjadi jahil adalah disebabkan dua faktor penting iaitu malas membaca dan penguasaan media oleh Umno Barisan Nasional.
Tambahnya lagi, memang jelas bahawa antara penghalang kepada rakyat untuk bersama dengan jihad PAS ialah kejahilan mereka terhadap kebenaran jihad perjuangan PAS dek kerana tipudaya melalui propaganda media Barisan Nasional.
"Inilah gerak kerja golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan semangat juang umat Islam untuk berjihad menentang kebatilan mereka," katanya.
Sehubungan itu, tegasnya PAS haruslah memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat melalui program-program ilmu seperti kuliah, ceramah, tazkirah dan seumpamanya yang hendaklah diatur dengan sebaiknya bagi menangani kejahilan masyarakat terhadap Islam dan perjuangan PAS itu sendiri. Harakahdaily/-
Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak," katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.
"IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
"Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini," katanya.
Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
"Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
"Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim," katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
"Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak," katanya lagi.
Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.
"Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.
Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.
Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.
Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.
Tak sempat berucap
Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.
Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.
"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.
Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.
Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.
"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.
Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.
Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.
Mufti, ulama muda Umno dicabar
Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".
Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula pada 1 November ini ditangguh kepada 7 November, kata Speaker DUN Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Jumaat.
Beliau berkata penangguhan bagi membolehkan semua anggota dewan dapat memberi perhatian penuh kepada persidangan DUN memandangkan proses pilihan raya kecil DUN Galas telah selesai ketika itu.
Tarikh sidang DUN Perak seperti tidak diambil kira oleh pihak SPR bila menetapkan tarikh hari mengundi pada 4 November.
"Keputusan penangguhan itu diputuskan semalam dan keputusan ini bagi membolehkan semua dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persidangan DUN yang akan memfokuskan kepada pembentangan bajet 2011. "Ini adil kepada semua pihak yang mungkin tidak dapat beri tumpuan kerana ketika itu pilihan raya kecil Galas sedang berlangsung," katanya.
Beliau berkata persidangan akan berlangsung sehingga 11 November.
Baru-baru ini Mohd Nassuruddin dilapor berkata persidangan itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan dan hanya ditangguh sehari iaitu pada 4 November yang merupakan hari pengundian DUN Galas.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas diadakan selepas wakilnya Chek HashimSulaima dari PAS meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lepas.
Kini, rancangan menggalakkan pendidikan dua bahasa, iaitu bahasa Mandarin dan bahasa Uygur dilaksanakan secara aktif di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Selepas meninjau ke beberapa kawasan kediaman etnik di Xinjiang, rancangan yang telah dijalankan itu mendapat sambutan baik penduduk tempatan.
Kursus bahasa Mandarin dan bahasa Uygur telah ditawarkan oleh Sekolah Jiashi Xinjiang walaupun lebih 80% pelajar sekolah tersebut adalah berasal daripada etnik-etnik minoriti di Xinjiang.
Presiden Sekolah Jiashi, Puan Cai Xiumei menyatakan kursus bagi pelajar-pelajar sekolah diberikan dengan dua bahasa, iaitu bahasa Mandarin dan Uygur. Kata beliau,
"Pihak sekolah berusaha mewujudkan suasana untuk para pelajar menguasai bahasa Mandarin. Manakala mereka boleh belajar dan bertutur bahasa Uygur di rumah kerana kebanyakan mereka berasal daripada etnik minoriti."
Sejak pendidikan dua bahasa dipopularkan di Xinjiang pada tahun 2004, tadika "dua bahasa" telah mencapai 34 buah, dan 32 buah lagi tadika sedang didirikan.
Guru etnik Uygur, Rehanguli, yang berkelulusan Universiti Vokasional Urumqi menyampaikan rasa gembiranya ketika menyentuh pembelajaran para penuntutnya dalam bidang dua bahasa. Kata beliau,
"Mereka fasih bertutur bahasa Mandarin. Saya berasa malu semasa bercakap bahasa Mandarin di depan mereka kerana mereka lebih bagus daripada saya. Sekarang ini saya masih belajar bahasa Mandarin setiap hari untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin saya. Saya bercita-cita mengajar bahasa Mandarin suatu hari nanti."
Pelajar-pelajar tempatan mempunyai semangat yang kuat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Pada pandangan mereka, bahasa Mandarin dan bahasa etnik sama-sama penting bagi masa depan mereka. Tuxun'ayi, Gadis Uygur, 11 tahun berkata,
"Nama saya Tuxun'ayi. Bahasa Uygur ialah bahasa ibunda saya. Tetapi saya juga belajar bahasa Mandarin kerana ia memudahkan saya untuk bergaul dengan lebih ramai orang. Apabila saya dewasa, saya bercita-cita untuk mengurus sebuah syarikat dan saya menjadi ketua pengurusnya."
Ramai penduduk tempatan berpendapat, bahasa Mandarin sebagai bahasa yang dikuasai dan diguna oleh kebanyakan orang di seluruh China, dapat memberi manfaat kepada mereka untuk berkomunikasi dengan penduduk lain di China sama ada dalam bidang ekonomi mahupun kebudayaan.
Di samping itu, mereka juga tidak akan melupakan bahasa etnik sendiri kerana ia merupakan asas bagi mereka mewarisi dan membangun budaya etnik sendiri.
Pendidikan dua bahasa dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan lebih ramai tenaga manusia yang menguasai dua bahasa. Oleh sebab itulah, rancangan menggalakkan pendidikan dua bahasa telah mendapat sambutan yang baik daripada ramai penduduk di kawasan kediaman etnik di Xinjiang.
Kini, sistem pendidikan dua bahasa yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta pendidikan dewasa sudahpun diwujudkan.
Sementara itu, pendidikan dua bahasa juga dipopularkan dalam badan-badan pentadbiran kerajaan di pelbagai tempat di wilayah Xinjiang. Pada pandangan Naib Ketua Kaunti Jiashi, Puan Gao Zhengrong, pegawai yang menguasai dua bahasa dapat menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang lebih bermutu untuk para penduduk pelbagai etnik.
"Pegawai etnik Han perlu belajar bahasa Uygur, manakala pegawai Uygur perlu belajar bahasa Mandarin. Ini merupakan satu asas bagi kami menjalankan pelbagai tugas.
Sekarang terdapat papan kecil tertulis 'sebaris ayat sehari' dalam bahasa Mandarin dan bahasa Uygur digantung pada dinding berdekatan pintu masuk sekolah, pejabat dan tempat awam. Papan ini untuk mengingatkan orang ramai supaya belajar bahasa tiap-tiap hari."
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya
: Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu.
Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu. Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.
Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.
Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.
Bagaimana?
Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?
Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.
Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.
Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.
Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.
Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.
Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah.
Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.
Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?
Saya faham... Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.
Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali.
Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Kesimpulan Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga.
Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf.
Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.
Berhubung dengan pencalonan Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad yang telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil N.45 DUN Galas pada 4 November ini.
Calon merupakan graduan lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992 yang juga bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.
Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Pakatan Rakyat Perak bersetuju dengan pencalonan tersebut kerana Dr Zulkefli Mohamad memiliki kelayakan sebagai pemimpin yang diperlukan pada masa kini, Pakatan Rakyat juga menyatakan bahawa inilah calon yang paling tepat bagi memenangi DUN Galas bagi meneruskan agenda rakyat Kelantan Khususnya.
2. Pihak sekretariat ingin menggesa supaya seluruh rakyat Perak turun ke Galas bagi menyatakan sokongan moral dan juga membantu jentera petugas parti bagi memastikan kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat di DUN Galas.
3. Kemenangan di DUN Galas amat penting kerana ini bukti sokonganrakyat Kelantan terhadap agenda kepimpinan ulama yang diterajui oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 20 tahun, Rakyat Kelantan khususnya perlu menggerakkan seluruh jentera pilihan raya di DUN Galas sebagai penerus agenda Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya tidak lama lagi.
Kenyataan Media, 22 Oktober 2010.
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, PERAK.
GUA MUSANG, 22 Okt: Allahyarham Chek Hashim Sulaima ditimpa kecelakaan jalan raya pada 21 Mac 2008 iaitu kira-kira dua minggu selepas bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri.
Kejadian di Ciku 2, Gua Musang tersebut berlaku ketika Chek Hashim bersama isteri, Aida Zakaria, 40, dan anak-anak dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh.
Ekoran kemalangan tersebut, beliau cedera di kepala, anak bongsunya berlaku pendarahan di bahagian dalam perut, manakala isterinya patah kaki.
Selang beberapa bulan selepas itu, beliau kemudiannya sekali lagi diuji apabila dikesan menghidap kanser usus.
Dengan bantuan masyarakat Cina Galas, Allahyarham menerima rawatan di The First People's Hospital Fu San di Guantong, China pada pada 23 Julai 2008, yang kemudiannya menjalani pembedahan pada 7 Ogos.
Sejak dari itu beliau perlu menerima rawatan susulan sehingga banyak masanya dihabiskan untuk memulihkan kesihatannya.
Biarpun diuji dengan masalah kesihatan, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai Yang Berhormat Galas tidak pernah diabai.
Ikhlas dan tidak sayang wang ringgit
Tugas wakil rakyat itu kemudiannya dipikul dua orang yang rapat dengan beliau iaitu Husein Embong yang kini sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) dan seorang lagi Setiausaha MTD, Rosmadi Abdul Wahab.
Menurut Husein, memikul tugas allahyarham bukan sesuatu yang mudah.
Biarpun masyarakat Galas tahu allahyarham ketika itu sedang sakit, namun mereka tetap mengharap komitmen dan khidmat 100 peratus dari pengganti sepertimana Adun asal.
Menurutnya, Allahayarham Chek Hashim terkenal di kalangan masyarakat sebagai seorang yang ringan tulang dan suka menolong orang.
Namun biarpun tidak berjaya 100 peratus menjadi seperti Allahyarham, beliau tetap menunaikan tanggungjawab semampu mungkin.
"Pertama sekali keikhlasan dia kita nampak. Dia ni senang kira, mudah bahasa, tak kedekut wang ringgit atau tenaga dia.
"Itu yang sukar bagi saya nak buat, sebab kita hanya mengurus apa yang perlu dibuat, nak jadi macam dia saya tak mampu," katanya.
"Satu kelebihan dia (Chek Hashim) ni kalau ada rakyat dia meninggal dunia, dia akan hadir dan urus sampai ke kubur," jelasnya lagi.
Selain itu, Chek Hashim juga jelasnya seorang yang komited dan tekun dengan kerjanya.
Sepanjang mengenali Allahyarham katanya, beliau tidak pernah tinggal mesyuarat rasmi di Kota Bharu.
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan jasa besar Allahyarham adalah menyelesaikan isu tanah rakyat sejak sekian lama tertunggak dan diabaikan Adun BN sebelum ini.
"Di sini banyak isu tanah, YB Che Hashim ni banyak selesai isu tanah di kawasan Tanah Putih, Sungai Kepa dan Perkampungan Kundor," jelasnya.
Tolong tak kira parti politik
Menurut Rosmadi pula, kehilangan Allahyarham Chek Hashim sukar dicari ganti.
Kesungguhan menjaga rakyatnya, tidak mampu ditandingi sesiapa.
"Bukan calang-calang orang boleh jadi seperti dia. Dengan jarak Galas dengan Kota Bharu 200 km, dia boleh ulang alik berkali-kali sehari urus hal rakyat.
"Dia tolong rakyat tak kira orang itu penyokong PAS ke Umno ke, semua dia tolong.
"Kalau dengar rakyat dia sakit je, walaupun ada mesyuarat di KB, dia akan balik biarpun pukul 1 pagi," katanya.
Seperkara lagi antara kelebihan yang ada pada Allahyarham Chek Hashim adalah rapat dengan masyarakat Orang Asli.
"Dia memang rapat dengan Orang Asli sebab dia dulu kerja jual rotan di Kuala Betis.
"Orang Asli anggap dia tauke rotan, dan semua Orang Asli kenal dia," katanya.
Sebab itu katanya, semenjak Allahyarham menjadi wakil rakyat, banyak pembangunan dan kemudahan dikecapi oleh masyarakat di pedalaman itu.
Chek Hashim Sulaima bagaimanapun meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus yang dihadapinya.
Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon.
Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu.
Sempena Perhimpunan Agong UMNO ni teringat pulak aku dengan satu babak dalam Filem Pendekar Bujang Lapok, arahan P.Ramlee. Apa yang menggelikan hati saya hanya kalimat "Alif, Mim, Nun, Wau = Sarkis".
Nak tegelak saya, hahaha...Ada ke P.Ramlee buat filem mengata UMNO=Sarkis? Patut ka? Tak patut-tak patut. Barangkali kalau dia masih hidup, teruk dia kena dengan Najib ni. Mungkin akan diharamkan terus filem tu. Hehehe... Anda nilailah sendiri ya.
Nampaknya, apa yang dinukilkan oleh P.Ramlee ni ada logiknya. Benarlah karyanya, memang UMNO hari ini macam sarkis. Sebuah pentas drama pertunjukan yang dilakonkan oleh watak-watak seperti polis, tentera, pegawai kerajaan, rakyat biasa.
Siapa yang untung? Pemilik sarkis la yang untung, mereka yang kaut keuntungan. Siapa pemilik sarkis? Tuan punya UMNO=Sarkis lah...hehehe...Benar nggak?
Maka kita semua boleh nampak, sejak zaman P.Ramlee lagi UMNO ni bermain sarkis, membuat roadshow ke bandar-bandar, ke pekan-pekan, ke kampung-kampung. Macam kisah dibawanya, malahan rakyat yang menonton sarkis ini semakin percaya dengan kisah-kisah dongeng yang dibawa dalam setiap roadshow ini.
Apa boleh buat, baginya pentas dunia hanya untuk bersuka ria. Urusan mati tu belakang kira, apa yang penting, selagi kita hidup, nikmatilah sepenuhnya hidup ini, Seperti pertunjukan hiburan pentas SARKIS.
Maka terhiburlah rakyat jelata menonton Sarkis sepanjang minggu ini.
RAJA Sesumpah Ezam nampaknya masih belum semboh dari penyakit `meroyan'nya. Di kala parti yang dia `melutut' sedang sibuk mengadakan perbahasan di PWTC kununnya membicarakan nasib orang-orang Melayu yang telah di`layu'kan oleh mereka sendiri, raja sesumpah masih `mengigau' nama DS Anwar. Senatak (Senator Katak) yang kaki bersumpah ini seperti akan `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar.
Semalam raja katak muncul di kaca TV. Bicaranya tetap serupa dengan hujah yang serupa semenjak maruahnya `dijual' kepada parti sekular itu. Nama DS Anwar disebut lagi.
Nama Mahathir dipujanya. Kata Ezam, tindakan Mahathir mengambil tindakan itu tepat dan sebab itulah Ezam sesumpah keluar dari KeADILan. Kita mahu tanya, Mahathr mengambil tindakan ke atas DS Anwar bila? Raja sesumpah keluar dari KeADILan bila pula?
Bukankah sebelum ini raja sesumpah bagitahu dia percaya DS Anwar melakukan `perkara itu' apabila mendengar sendiri dari mulut Saiful pemuda yang tidak cuci dubur 3 hari itu.
Tiba-tiba semalam dia beritahu dia yakin tuduhan ke atas DS Anwar itu benar apabila Mahathir mengambil tindakan ke atas mantan TPM itu, dan juga apabila mahkamah melepaskan DS Anwar kerana `teknikal' sahaja.
Teknikal apanya kalau pertuduhan pun dipinda sebanyak tiga kali? Tidak tentu arah Ezam bercakap sekarang.
Beliau tidak mengambil tahu lagi nasib rakyat bawahan. Beliau tidak lagi bicara tentang rasuah, penghinaan ke atas agama Islam, kezaliman Akta ISA dan tidak juga mahu bercerita pasal `Bajet Seluar Dalam'.
Beliau lebih senang bercerita tengan peribadi DS Anwar kerana ia tidak memerlukan hujah yang berfakta, tidak perlu kajian dan lebih penting lagi Najib seronok mendengarnya.
Tidak hairanlah ceramah raja sesumpah di Selangor tidak lagi dihiraukan orang kerana ramai yang sudah tahu apa yang bakal dikeluarkan dari mulut busuk Ezam itu.
Hakikatnya Ezam sudah tahu, kekuatan PR terletak kepada kekuatan DS Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng khususnya. Langkah awal, musnahkan kredibiliti DS Anwar dengan cerita fitnah. Raja sesumpah terus menghasut sekutu PKR terutamanya PAS untuk menjauhi DS Anwar.
Beliau lupa bahawa PAS menyokong perjuangan DS Anwar selagi DS Anwar tidak melakukan kesalahan terhadap hukum Islam. Sebab itu juga PAS tidak mahu menyokong Umno kerana Umno berterusan memusuhi Islam.
Setakat mahu bercerita, buat fitnah tanpa ditampilkan bukti, sesiapa pun boleh sebut Ezam juga pernah `meliwat' kambing.
Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang- bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
14 Zulkaedah 1431 H Oleh : YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Berhubung dengan satu penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu dan ia dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, merupakan penganjur Festival tersebut.
Pakatan Rakyat Perak mengecam tindakan mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Dengan ini saya mewakili pihak Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Pakatan Rakyat Perak Membantah Sekeras-kerasnya penghinaan tersebut kerana Rasulullah merupakan manusia yang termulia di sisi Allah SWT yang merupakan Penghulu bagi seluruh Rasul utusan Allah SWT dan ia jelas termaktub di dalam Al-Quran surah Al-Ahzab :
"لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا"" "Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".
2. Seluruh rakyat diseru supaya menghukum kerajaan BN dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN pada PRU 13, pimpinan tertinggi BN iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia membiarkan Isteri beliau melakukan penghinaan tersebut sedangkan
ia jelas telah menghina Nabi Muhammad saw dan tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan, reaksi Dato' Seri Najib Tun Razak seolah-olah meredhakan perbuatan isterinya menghina Rasulullah saw.
3. Pakatan Rakyat Perak menggesa umat Islam bangun menyertai perhimpunan di lokaliti masing-masing bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.
Artikel sebelum ini berkaitan sekatan Facebook terhadap kumpulan anti Menara Warisan Merdeka, tetapi kini ia boleh di akses di alamat http://www.facebook.com/NoMegaTower