Sabtu, 3 September 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Siapa Mat Indera?

Posted: 02 Sep 2011 05:04 PM PDT



Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
 
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.


Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Mohamad Sabu tak sebut komunis

Posted: 02 Sep 2011 05:24 PM PDT

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
(Sumber: HarakahDaily)

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS

Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN

Liew Chin Tong, DAP

2 September 2011

BLOG - BLOG PARTI DAP

BLOG - BLOG PARTI DAP


Lim Kit Siang

Posted: 02 Sep 2011 11:56 PM PDT

Lim Kit Siang


The NEP and the downfall of Malays

Posted: 02 Sep 2011 11:02 AM PDT

Mariam Mokhtar FreeMalaysiaToday September 2, 2011 The NEP may have caused an increase in the wealth of the Malay urban middle class but on the whole, many Malays remain poor. COMMENT Dr Mahathir Mohamad came to the defence of the New Economic Policy (NEP) when economist Ramon Navaratnam and Opposition Leader Anwar Ibrahim condemned the [...]

Rakyat Merdeka: Tidak mahu lagi dijajah oleh sentimen perkauman

Posted: 02 Sep 2011 12:20 AM PDT

- Aspan Alias The Malaysian Insider Sep 02, 2011 2 SEPT — Hari ini hari ketiga syawal dan umat Islam di seluruh negara masih di dalan mood lebaran. Hari Raya tahun ini merupakan perayaan berkembar dengan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada hari semalam, iaitu hari rakyat negara kita memulakan pentadbiran negara oleh rakyat kita [...]

MY VOICE FOR NATION

Posted: 02 Sep 2011 01:49 PM PDT

MY VOICE FOR NATION


Pakatan defends Mat Sabu, claims Umno rewriting history

Posted: 02 Sep 2011 06:03 AM PDT

Media lynching and academic collaborators

Posted: 02 Sep 2011 12:04 AM PDT

Anwar's Sept 16 bid was real, says Wikileaks cable

Posted: 02 Sep 2011 12:00 AM PDT

SUARA PERAK

Posted: 02 Sep 2011 11:12 AM PDT

SUARA PERAK


Program Keseniaan - Makkal Aatchi Malarattum - 27 Ogos 2011 - Pusing

Posted: 02 Sep 2011 12:44 AM PDT

Media Post : Perayaan Tahunan Kuil Sri Maha Kaliamman, Jalan Tanjung Tualang

Posted: 02 Sep 2011 12:22 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERUTUSAN I'EDUL FITRI 1432 : KETUA DPPK

Posted: 03 Sep 2011 07:37 AM PDT

PERTAHANKAN KENYATAAN : TIM. PRESIDEN PAS

Posted: 02 Sep 2011 08:09 PM PDT

MAT SABU : MAT INDERA PEJUANG

Posted: 02 Sep 2011 08:04 PM PDT

PERUTUSAN HARI RAYA : YDP

Posted: 02 Sep 2011 07:22 PM PDT

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 02 Sep 2011 11:22 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Bangsa Lain Megah Dengan Sejarah Mereka

Posted: 02 Sep 2011 07:09 PM PDT

Orang-orang Eropah bermegah dengan sejarah bangsa mereka walaupun sejarah bangsa mereka itu tidak semuanya baik untuk dijadikan contoh tauladan, tetapi sejarah tetap sejarah, dan mereka tetap mengiktirafkannya.

Begitu juga sejarah Bangsa Arab, Bangsa India, Bangsa China -- mereka tetap mempertahankan sejarah mereka sebagai catatan yang tidak boleh direka-reka atau dipinda-pinda mengikut nafsu.

Tidak seperti UMNO yang menolak sejarah bangsa. Mereka catatkan didalam sejarah perkara-perkara yang mereka gemar, dan mereka buang dari catatan itu perkara-perkara yang mereka tidak gemar.

Didalam pada mereka memilih dan menolak catatan-catatan kejadian yang sudah lepas itu, mereka sanggup menjadikan sejarah hitam bagi Malaya iaitu Malaya yang dijajah Inggeris sebagai kebanggaan mereka sehinggakan mereka sanggup melabelkan perjuangan menentang Penjajah sebagai pengkhianatan dan menerima mereka yang mempertahankan Penjajah sebagai Pejuang Kemerdekaan.

UMNO dan semua media talibarut UMNO sanggup memutarbelitkan sejarah dan sanggup mengecop semua mereka yang mempertahankan sejarah perjuangan rakyat sebagai pengkhianatan bangsa.

UMNO adalah sebuah parti yang tidak ada akhlak dengan sikap buruk yang tidak boleh dipertahankan itu.

Penulisan kembali sejarah amatlah perlu apabila Pakatan Rakyat memerintah Negara ini.

Hari ini ada 3 kenduri

Posted: 02 Sep 2011 07:00 PM PDT

Alhamdulillah, hari ini ada 3 kenduri kahwin, satu di kawasan Jerantut dan 2 lagi di kawasan Temerloh.

Dengan kenduri pada hari Raya ini ada kebaikan juga kepada saya. Sepatutnya saya kena pergi menziarahi banyak rumah kawan-kawan dan saudara mara sempena Hari Raya ini, tetapi dengan berlakunya kenduri pada hari Raya, saya sudah boleh jimatkan masa dan dapat bertemu dengan kawan-kawan dan saudara mara di tempat kenduri.

Kenduri di Jerantut pula adalah perkahwinan anak kepada Sdr Mohd Nor Jaafar, Ketua Parti KITA kawasan Jerantut.

Bukan sahaja Mohd Nor yang menyampaikan jemputan itu, isterinya Fatimah pun memanjangkan jemputan.

Yang berkahwin adalah anak mereka yang masih memegang jawatan sebagai Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat Cabang Jerantut, dan difahamkan bahawa Fatimah, isteri Mohd Nor, pun masih menjadi anggota PKR.

Insya Allah, saya akan pergi ke tiga-tiga kenduri itu hari ini bermula dengan 2 kenduri di Temerloh dan selepas itu di Jerantut.

Didalam perjalanan ke Jerantut, saya akan singgah di rumah Wan Kisam Daud, beliau adalah Ketua PKR Ranting Kg Pian, sebuah perkampongan Orang Asal.

Pada awal tahun ini, beliau dan ahli keluarganya telah memeluk agama Islam; saya ingin menyampaikan sedikit buah tangan untuknya dan keluarganya, moga-moga di Hari Raya ini beliau dan keluarga akan merasa nikmat berhari raya, dan Hari Raya ini merupakan Hari Raya pertama baginya.

Didalam bulan Ramadhan dulu saya mengunjungi dia, dia belum meninggalkan puasanya, dia rasa seronok berpuasa walaupun agak letih dan lapar kerana merupakan Puasa kali pertama didalam hayatnya.

Tersentak dengan sikap rakan-rakan JK PKR Cbg Kuala Krau

Posted: 02 Sep 2011 06:04 PM PDT

Semalam saya betul-betul tersentak dengan sikap beberapa orang Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau.

Akhir-akhir ini, saya memang berusaha keras untuk mencetuskan satu penerimaan di kalangan Jawatankuasa dan anggota-anggota PKR di Kuala Krau bahawa saya akan memimpin, memandu dan menggerakkan jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat di DUN Jenderak. Tetapi saya melahirkan juga pandangan saya bahawa saya tidak mungkin mahu bertanding lagi untuk memberi ruang kepada rakan-rakan pimpinan yang lebih muda.

Saya tidak akan letak jawatan sehingga selesai Pilihanraya Umum ini kerana saya tidak mahu berlaku sebarang keretakan atau kelemahan. Saya akan pimpin PKR Cabang Kuala Krau sehinggalah Pilihanraya berlangsung, dan saya akan buat kerja seolah-olah sayalah menjadi calonnya, dan selepas itu, menang atau kalah, maka saya memohon izin untuk melepaskan jawatan supaya dapat disandang oleh rakan-rakan pimpinan Cabang yang lebih muda.

Sdr Ramli, Ketua Penerangan PKR Cabang menyatakan bahawa jika saya enggan menjadi calon, beliau enggan membuat kerja untuk PKR semasa Pilihanraya itu; dan jika saya melepaskan jawatan, maka beliau tidak lagi mahu bergerak didalam PKR.

Pn Nieta, AJK Cabang yang juga Setiausaha Wanita Cabang menyatakan bahawa beliau menyertai PKR ini sebagai "suka-suka" sahaja tetapi setelah mendapat didikan dari saya, beliau kini menjadi begitu serius untuk berjuang didalam PKR.

Saya dianggap menjadi inspirasi kepada beliau, dan tidak semudah itu beliau mahu melepaskan saya dari memimpin PKR Kuala Krau. "Saya setuju bahawa Haji sudah lanjut umur, tetapi pimpinan Haji masih diperlukan. Kalau Haji mengundur diri, saya juga akan undur diri, dan kalau saya mahu aktif dalam PKR, saya tidak lagi akan aktif di Kuala Krau," katanya.

Saya benar-benar tersentak dengan pandangan seumpama ini. Sejak Pilihanraya 2008 lagi saya telah mengambil sikap bahawa saya tidak mahu bertanding didalam Pilihanraya seterusnya, dan setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang, saya telah mengingatkan kepada pimpinan Cabang akan hakikat ini.

Didalam mesyuarat Jawatankuasa Cabang dua bulan dulu, saya meminta supaya Mesyuarat itu, menamakan paling kurang 3 orang penama yang boleh dijadikan calon. Walaupun beberapa orang Jawatankuasa menyatakan bahawa penamaan itu tidak perlu kerana mereka menyatakan bahawa saya mesti menjadi calon semula, saya tetap mempastikan lebih dari 3 orang dari pimpinan Cabang termasuk juga di luar Cabang yang difikirkan mampu menjadi calon, dinamakan dan senarai nama-nama mereka dihantar ke PKR Negeri Pahang untuk diputuskan oleh PKR Negeri/Pusat. PKR Cabang Kuala Krau menamakan 8 orang untuk dipilih sebagai calon, termasuklah Timbalan Ketua, seorang Naib Ketua, seorang Ketua Penerangan, seorang Ketua Wanita, seorang Setiausaha, seorang bekas Naib Ketua dan seorang Ahli Jawatankuasa.

Nama-nama itu telah pun dihantar untuk pertimbangan peringkat Negeri Pahang, dan saya berdoa agar PKR Negeri akan memilih seorang daripada mereka sebagai calon yang akan diketengahkan untuk DUN Jenderak nanti, dan kesemua daripada mereka yang disenaraikan itu akan menjalankan kerja untuk memenangkan calon itu tidak kira siapa yang dipilih.

Ada fitnah daripada pihak tertentu mengatakan bahawa saya enggan bertanding di DUN Jenderak kerana mahu bertanding di kawasan Parlimen Temerloh. Ini adalah fitnah yang sengaja diadakan untuk melaga-lagakan diantara saya dengan pimpinan PKR Temerloh.

Fitnah ini berniat jahat. Kalau saya sudah tidak mahu menjadi calon, ini bererti saya tidak mahu bertanding didalam Pilihanraya yang akan datang samada di DUN Jenderak mahupun di mana-mana kawasan yang lain.

Hasrat saya ini sudah saya sampaikan kepada Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang dan juga kepada Sdr Ahmad Nizam Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Bagaimanakah kedudukan saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal? Kerja-kerja dibidang ini sangat saya minati. Saya berjuang untuk peneroka-peneroka Felda sejak tahun 1978 lagi dan sekarang ini kerja-kerja dibidang itu dan untuk Orang Asal menjadi lebih mencabar.

Tetapi, terserahlah kepada Parti Keadilan Rakyat di peringkat Pusat samada mahu mengekalkan saya menjadi Pengerusi Biro itu atau menukarkan jawatan itu dengan pimpinan pelapis didalam Biro. Kini pimpinan pelapis didalam Biro ini telah menjalankan tugas dengan baik dan kehadiran mereka menyemarakkan lagi kerja-kerja untuk peneroka felda, generasi baru felda dan Orang Asal.

Samada saya memegang apa-apa jawatan didalam parti, saya bertekad untuk bersama-sama parti dan memberikan sumbangan yang termampu oleh saya demi parti.

Saya hanya memohon kepada rakan-rakan didalam pimpinan PKR Kuala Krau supaya bersabar, beristiqomah dan menerima perubahan apabila berlaku nanti.

Sanak saudaraku di Temerloh

Posted: 02 Sep 2011 12:58 AM PDT

Ini adik saya, seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.
Ini seorang lagi adik saya dengan anak-anaknya berkhidmat di Kuala Lumpur.
Anak-anak saudara saya.
Anak-anak saudara saya bersama cucu saya, Annuar
Dia senyum melebar, seorang pembantu rumah yang bekerja dengan adik saya.
Ini semua anak-anak saudara saya
Anak-anak saudara saya, yang sedang menangis tu adalah Aina bersama Wannya.
Saudara-mara saya disebelah keluarga angkat tinggal di Selangor.
Semua anak-anak saudara saya dengan anak masing-masing
Semuanya anak saudara saya
Saya, berbaju hitam, bersama pupu saya Kak Zamiah, bekas anggota Rejimen ke-10, di sebelah kiri saya adalah anak Zamiah, bernama Zamni bersama dua orang anaknya, dan disebelah Kak Zamiah adalah anaknya bernama Mazni.
Saya dikiri bersama Kak Zamiah dan anak saudara saya, iaitu anak kepada adik saya Jaenah yang tinggal di Kelang.
Mazni dan Zamni, anak saudara saya.
Jaenah, adik kandung saya, sebelah kanan, sebelah kirinya Zainal Zain, suaminya, dibelakang Zainal, Mohd Syukri, anak saya dan kiri bercermin mata, menantu adik saya.
Yang menangis ni, Aina, dia betul-betul tidak sihat pada Hari Raya ni, dia demam.
Ini adik saya, Jaenah Said, tinggal di Kelang.

Waris-waris dari Haji Ismail, aki saya sebelah ayah dan Haji Ibrahim, aki saya sebelah emak saya adalah begitu besar dan meluas. Majoriti daripada mereka jarang-jarang dapat saya bertemu, sesetengahnya bekerja di kampong, sesetengahnya menjadi peneroka Felda, sesetengahnya berniaga, sesetengahnya menjadi pegawai dan kakitangan kerajaan, ada juga yang menjadi tentera dan tidak kurang juga yang menjadi Polis.

Haji Ismail mempunyai 9 orang anak, kecuali ayah saya yang tidak ramai mempunyai anak-anak, yang lain-lain mempunyai hingga berbelas orang anak, dan pupu saya sebelah ayah saya tidak kurang dari 60 orang, dan masing-masing mempunyai keluarga yang besar, menjadikan antara pupu-pupu dan anak-anak saudara sebelah ayah saya berjumlah beratus orang.

Haji Ibrahim mempunyai 4 orang anak sahaja, dan pupu saya sebelah ibu saya hanya berjumlah lebih sedikit dari 20 orang.

Tetapi diantara kedua-dua aki saya sebelah ayah dan ibu saya mempunyai tali kekeluargaan yang begitu besar sehinggakan hampir keseluruhan penduduk Kg Bintang, Kg Berhala Gantang, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, menjalar ke Sanggang, Bangau, Telok Ira, Kerdau, Songsang, Chatin dan Penak adalah anggota keluarga kedua-dua aki saya.

Keluarga besar ini bolehlah dikatakan bertaburan di Mukim Bangau, Mukim Sanggang, Mukim Mentakab dan Mukim Songsang, iaitu kesemua Mukim dalam DUN Mentakab. Sekira-kiranya jika keluarga ini bersatu padu, maka DUN Mentakab sudah pasti tidak akan terlepas kepada pihak lain menjadi wakil rakyatnya melainkan menjadi milik keluarga besar ini.

Setakat hari ini, Dato Sabaruddin Chik pernah mewakili kawasan Parlimen Temerloh, Dato Mohd Sharkar, Exco Kerajaan Pahang mewakili DUN Lanchang dan suami kepada anak saudara saya, menjadi wakil rakyat 3 penggal mewakili DUN Guai dan kemudiannya Kemayan, manakala suami kepada pupu saya, Haji Idris Long menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Dari segi politik keluarga besar ini berpecah, ada yang menjadi ahli UMNO, ada yang menjadi ahli PAS, ada yang menjadi anggota PRM dan kini ramai pula yang menjadi anggota PKR. Bagaimanapun, trend mengundi keluarga besar ini masih lagi memilih anggota keluarga menjadi wakil rakyat kawasan Temerloh jika tidak ada pertembungan sesama keluarga yang bertanding, yakni mereka masih boleh memilih dikalangan ahli keluarga.

Mahu tidak mahu, saya kena akui bahawa semasa saya bertanding untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh dulu, saya menang kerana faktor keluarga juga kerana saya tidak bertembung dengan ahli keluarga yang lain, walaupun pada waktu itu Ketua Bahagian Temerloh memilih untuk tidak menyokong saya, tetapi saya bukan berlawan dengan beliau.

Keluarga ini juga terkenal dengan perjuangan menentang Penjajah Inggeris. Seluruh kampong Lubok Kawah diisytiharkan sebagai kawasan hitam kerana penduduk kampongnya yang sebahagian besarnya adalah dari keluarga ini menyokong PKMM, API dan Awas. Begitu ramai daripada keluarga ini yang ditangkap oleh Inggeris dan disumbat di beberapa kem Tahanan Inggeris.

Ramai juga yang menyertai Rejimen ke-10 dan sesetengahnya kembali ke kampong setelah wujud Perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.

Ada 3 orang dari keluarga ini mati dengan penuh tragik, dua darinya ditembak mati oleh tentera Inggeris, dan seorang lagi dihukum gantung kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Saya bergembira menjadi sebahagian dari keluarga besar yang penuh dengan warna-warni ini.

Di Hari Raya ini hanya sebahagian kecil sahaja dari keluarga besar ini yang datang ke rumah saya, yang lain-lain, juga mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan hari ini sebelah petang dan malam hinggalah hari esuk dan lusa adalah giliran saya untuk menziarahi ahli-ahli keluarga ini yang berpangkat kekeluargaan yang lebih tua dari saya. Begitulah adat bersaudara.

Bila Lagi Pilihanraya..lagi cepat lagi baik

Posted: 02 Sep 2011 12:14 AM PDT

Saya sudah melakukan segala yang termampu oleh saya untuk memperkukuhkan kedudukan PKR di DUN Jenderak. Pada bulan November 2007, secara rasminya Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau telah diwujudkan dan dirasmikan oleh Sdr Dr Syed Husin Ali yang pada waktu itu adalah Timbalan Presiden PKR di Kg Paya Luas, Kuala Krau.

Keanggotaan PKR pada waktu itu berjumlah lebih kurang 50 orang dan tidak mempunyai walaupun sebuah Ranting pun.

Lebih kurang 5 bulan selepas itu Pilihanraya Umum telah berlangsung, saya menjadi calon PKR untuk DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Dan didalam tempoh itu saya bersama kawan-kawan telah berusaha memperkukuhkan parti dengan menubuhkan ranting-ranting dan kami telah berjaya menubuhkan sebuah Ranting iaitu Ranting Pekan Kuala Krau, dengan kesemua anggota PKR yang ada dilonggokan kedalam sebuah Ranting.

Dengan sebuah Ranting itu, kami wujudkan Jawatankuasa Pilihanraya, berjaya menubuhkan PACA untuk menguruskan Daerah Mengundi, dan walaupun kami tidak mempunyai ranting-ranting yang menyeluruh, kami berjaya mengambil masuk beberapa orang kader dari setiap kampong dan kader-kader itulah menjadi Jawatankuasa Pilihanraya kami di kampong-kampong.

Dengan kerjasama yang kami wujudkan dengan PAS, maka gerak kerja kami untuk pilihanraya itu berjalan agak lancar juga. Dan keputusan Pilihanraya 2008 untuk DUN Jenderak menunjukkan kenaikan undi dan kami kalah 1300 undi, suatu majority BN yang paling kecil pernah berlaku di DUN ini.

Kini kami sudah mempunyai keanggotaan melebihi 1000 orang, dengan 16 buah Ranting di seluruh DUN Jenderak.

Machinery kami sudah berbeza jika mahu dibandingkan dengan 2008. PKR pun sudah terkenal di DUN Jenderak kerana sejak 2008 yang lalu gerakkerja parti tidak pernah menyorot, sentiasa ada aktiviti dan sentiasa menambahkan bilangan keanggotaan.

Saya sendiri sangat berharap agar Pilihanraya ini dapat diadakan dengan cepat. Saya sangat teringin mahu melihat kesannya kepada gerak kerja yang selama ini kami telah jalankan.

Ada orang kata bahawa kekuatan PKR di DUN Jenderak sudah meningkat jauh lebih baik dari 2008, tetapi belum cukup untuk menang. Ada orang kata bahawa kekuatan PKR di DUN Jenderak sudah cukup untuk menang.

Tidak mengapa. Saya sendiri merasakan bahawa segala apa yang patut dilakukan untuk menghadapi Pilihanraya sudah kami buat; menang dan kalah itu ditentukan oleh Allah swt.

Saya juga ingin melihat pilihanraya dapat dijalankan segera kerana saya sudah bertekad untuk tidak mahu lagi memegang apa-apa jawatan didalam parti, dan saya tidak mahu lepaskan jawatan saya sebelum Pilihanraya berlangsung.

PKR Cabang Kuala Krau sudah pun menghantar 8 orang nama untuk dipilih menjadi calon bagi DUN Jenderak dan amatlah diharapkan bahawa Parti akan memilih calon daripada kalangan pelapis parti yang berpotensi untuk mengambil alih pentadbiran parti di Kuala Krau.

Ahli-ahli keluarga saya meminta saya melepaskan semua jawatan didalam parti memandangkan umur saya yang sudah lanjut dan membantu parti bukan sebagai pemegang jawatan tetapi sebagai sekadar penasihat. Saya akur dengan kehendak ahli-ahli keluarga saya. Insya Allah.

Anwar Ibrahim

Posted: 02 Sep 2011 07:45 PM PDT

Anwar Ibrahim


Anwar’s Sept 16 Bid Was Real, Says Wikileaks Cable

Posted: 02 Sep 2011 08:51 AM PDT

Malaysiakini

A leaked US embassy cable has lent credence to Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim’s claim that a group of Sabah and Sarawak politicians had planned to defect from the BN on Sept 16, 2008, over the marginalisation of the two states.

salleh said keruakAn entry in the cable, posted by Wikileaks, quotes former Sabah chief minister Salleh Said Keruak (right) as telling US Embassy officials that potentially more than half of the 25 Sabah MPs were ready to abandon the BN.

The cable claimed further that embassy officials found “no expressions of support” for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s leadership among the senior Sabah politicians they met in a series of meetings in the state from June 18-20 that year.

“Matter-of-factly, Salleh stated that between eight and 14 BN MPs (out of Sabah’s 25 MPs) would leave the BN, naming five from Umno and four from Upko, in addition to two from Sapp,” the cable, dated June 24, 2008, reads.

keadilan manifesto general election 2008This is the first time a source outside of Pakatan has lent any legitimacy to Anwar’s Malaysia Day claims, which eventuallyturned out to be a dud despite months spent declaring that the opposition would take over the federal administration on the symbolic date.

Talk of the purported defections were not helped by a “study tour” in Taiwan organised by the BN backbenchers club (BNBBC) – consisting largely of MPs from Sabah and Sarawak – in the weeks before Sept 16, with claims that it was to block attempts to woo the MPs over to the other side.

The situation became even more suspect when a five-memberteam from PKR followed suit a few days later, with vice-president Tian Chua – then the publicity chief – confirming that they would be meeting “some MPs” to rethink their positions in the BN.

BNBBC chief and Bintulu MP Tiong King Sing, however, denied that the tour had any objectives outside the official line that they were there to learn about Taiwan’s agriculture industry.

Loathing Abdullah, distrusting Anwar

Abdullah Ahmad Badawi meets the king to resign as PMHowever, the cable, marked confidential, said that while senior Sabah politicians were unanimous in their disgruntlement over Abdullah’s (right) leadership, they at the same time had little support for Anwar.

This appeared to be the case across political lines, with old wounds clearly still raw over Anwar’s purported role in the toppling of the PBS state government in 1994, when he was deputy prime minister in Dr Mahathir Mohamad’s administration.

The cable said Salleh, described as an “Umno warlord”, and Sapp president Yong Teck Lee – also a former chief minister – had both pointed out Anwar’s popularity in Sabah, especially among local Malays, but stated little else in terms of support for the former Umno stalwart.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 pairin kitinganPBS president Joseph Pairin Kitingan, a direct casualty of his party’s downfall in 1994 from a string of defections to BN, made his stand clear against Anwar, who he described as someone who “is only interested in becoming prime minister”, as quoted in the cable.

More intriguingly, however, is the alleged statement of the then-state DAP chief and current Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu, who the cable quoted as “scornfully” saying; “why should anyone sacrifice for Anwar’s ambitions?”

The cable also cited discussions by “some Sabah politicians” of forming a third block outside of BN and Pakatan, with support – especially from DAP – for Umno veteran and former Semangat 46 chief Tengku Razaleigh Hamzah to lead a third parliamentary block incorporating “disaffected MPs” from Umno, East Malaysia and opposition parties PKR and DAP.

“Other politicians, including PBS leader Pairin, simply appeared to endorse DPM Najib taking over immediately from Abdullah,” the cable added, in reference to Prime Minister Najib Abdul Razak, who served as deputy premier during Abdullah’s term.

Defections needed to clean out EC

A separate cable, issued a month earlier on May 13, also classified as confidential, quoted the then PKR vice-president Azmin Ali as saying that some BN parliamentarians were expected to announce their defections between May 17 and 18, describing it as an important move to avoid “manipulation” of the electoral rolls ahead of a planned by-election that eventually saw Anwar elected to Parliament. The by-election was on Aug 26.

NONEThe cable quoted Azmin, now the party’s deputy president, as claiming that the Election Commission would delay any by-election to the very end of the 60-day period to give BN and the commission time to “manipulate the electoral roll” and guarantee that Anwar would lose.

Azmin had apparently argued that it was better for the opposition to first take in BN defectors and form an interim government, before having a by-election to allow Anwar to contest and win a parliamentary seat.

“Once the Peoples’ Alliance (Pakatan) obtains the mandate to form the government, it will immediately oust the current Election Commission chairman, who is seen as able to block Anwar’s chances of becoming an MP,” the cable said.

The EC chief at the time was Abdul Rashid Abdul Rahman, who served until his retirement in December, 2008 after overseeing seven general elections. He was succeeded by the then Home Ministry secretary-general Abdul Aziz Mohd Yusof.

Wee Choo Keong

Posted: 02 Sep 2011 03:11 PM PDT

Wee Choo Keong


Greetings from Khazanah: Fly AirAsia fly

Posted: 02 Sep 2011 03:12 AM PDT

Below is the e-mail dated 25th August 2011 from MAS HQ to all its agents. Dear Valued Agent, Greetings from Firefly! We regret to inform you we will no longer operate JB – Kuching V V & JB – Kota Kinabalu V V route from September 15 onwards. We don't advise a re-routing of flights because we don't want to inconvenience you further. A re-route [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 02 Sep 2011 11:14 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis Malaysia jadi perompak, pengedar dadah, pengganas?

Posted: 01 Sep 2011 05:12 PM PDT


Ini bukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, ini dah lebih setitik nila yang dah rosakkan susu sebelanga. Sebelum ini dilaporkan kes polis jadi perompak, polis jadi pengedar dadah, polis tendang perut ibu tunggal, kini polis pula diberitakan tembak pelajar dalam satu kes gaduh. Ayoyo, apa sudah jadi dengan polis di Malaysia sekarang ini?

Berita Polis tendang perut ibu tunggal dalam serbuan di http://amkns.blogspot.com/2011/08/polis-tendang-perut-ibu-tunggal-dalam.html

Berita Lima anggota polis jadi perompak http://amkns.blogspot.com/2011/08/lima-anggota-polis-jadi-perompak.html

Berita Enam Pegawai Polis jadi Pengedar Dadah http://amkns.blogspot.com/2011/06/enam-pegawai-polis-kl-jadi-pengedar.html

Khamis September 1, 2011
TIGA ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN KES TEMBAK PELAJAR

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Khamis.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.

Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 September bagi membantu siasatan.

Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi.

Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/9/1/mstar_jenayah/20110901144830&sec=mstar_jenayah

Pengikut