GPB amat bersimpati dengan pemergian seorang Sukarelawan dari negara kita dalam misi bantuan ke negara bergolak Somalia . Semoga roh beliau dicucuri rahmat . AL Fatihah ..
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna. Kenapa ada pihak dok sibuk nak jadi MB sedangkan aku masih sihat, kata Azizan
"Nak ada pemangku buat apa? Ni aku dah keluaq (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.
Menurut laporan itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan beriya-iya akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.
Azizan berkata, sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula jatuh sakit dulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.
Menteri Besar itu berkata, beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.
"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa, kalau ikut aku tak kelapaq pun jadi MB ni" katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di Alor Setar.
Komen GPB :
Pemimpin-pemimpin dalam PAS memang sah la GILA KUASA ! Ostat Zizan dah sihat pun depa nak tendang dia pulak . Baru 3 tahun lebih saja beliau perintah dan disuruh berhenti . Yang Nik Aziz itu dah berapa kali masuk hospital pun itu tak pulak disuruh berhenti .
Bila sudah ada kuasa... semua orang pakat nak berebut dan cantas !
Anwar Ibrahim cakap di sidang medianya kelmarin dalam isu Mat Sabu sokong komunis dan hina pejuang kemerdekaan ini, beliau tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan dan teruk dihentam media UMNO .
GPB sahut cabaran Pak Sheikh dan sebagai media altenatif pro kerajaan , disiarkan kenyataan media Mat Sabu ini .
Hang pa baca dan nilai lah sendiri kenyataan penyokong kuat Komunis ini ... apa pun akhirnya sekali UMNO juga akan dipersalahkan ...
Yang buta sejarah seperti Mat Sabu adalah orang yang bercakap benar dan semuanya fakta belaka ...
Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 2 September 2011.
1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).
6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.
7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.
Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.
Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.
"Saya tahu Kedah diperintah Pas dan Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Pas tapi Tuanku Sultan memiliki kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah melarang Mat Sabu memijak bumi Kedah.
"Kita tak mahu Mat Sabu menjadi lebih biadab dan bercakap hanya mengikut sedap hati beliau sahaja," katanya.
Mat Syabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Jelasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan, seluruh anak-anak gayung merasa terkilan dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan Mat Sabu itu.
Kalau dah Pak Sheikh Anwar Ibrahim sokong supaya rakyat Prmtg Pauh dan P.Pinang hadir ke Rumah Terbuka Malaysia anjuran kerajaan Malaysia , juak-juak pencacai blogger mereka nak kata apa lagi .
Tak kan nak pertikai lagi kot mengapa Najib nak buat Rumah Terbuka Malaysia di SMK Guar Perahu di dalam Prmtg Pauh . Malah sekolah terbabit juga mempunyai sejarah untuk Anwar sendiri kerana inilah sekolah yang dirasmikan oleh beliau ketika menjadi Menteri Pendidikan .
Cuma satu saja GPB musykil , kalau Anwar ajak orang ke majlis itu mengapa beliau sendiri tidak pergi sama ? Sebagai Ahli Parlimen Prmtg Pauh , beliau sewajarnya ada di situ dan GPB yakin ramai lagi pemimpin Pakatan akan ada termasuk Ketua Menteri berlidah biawak juga .
Bagi pakar sejarah tanahair, tindakan Mat Sabu memesongkan fakta sebenar, kejadian yang mencatat sejarah penting negara itu disifatkan kurang pengetahuan atau buta sejarah. Taraf pemikiran sejarah hanya setakat tingkatan Tiga sahaja.
PROF TAN SRI KHOO KAY KHIM juga PAKAR SEJARAH berkata:
"Dia tak faham saya percaya dia tak pernah tahu sejarah Malaysia apatah lagi buat penyelidikan. Dia tak pernah jalankan penyelidikan kalau saya tanya dia sekarang mana boleh dapatkan fakta gerakan komunis di negara ini saya pasti dia tak tahu".
Sehubungan itu, menurut Profesor Tan Sri Khoo, kenyataan Mat Sabu jelas menunjukkan Mat Sabu memesongkan fakta sejarah sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat bagi memenuhi agenda politik.
"Dia tak tahu apa-apa perjuangan komunis di negara ini. Sebab sejarah ketibaan ideologi komunis dan perkembangan kegiatan komunis di negara ini tak jelas kepada orang biasa. Mungkin ada bekas pegawai polis yang bekerja cawangan khas faham tapi generasi sekarang tak faham dan mereka anggap komunisma sebagai sesuatu yang memperjuangkan penubuhan negara bangsa".
Beliau juga memberi ingatan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba membangkitkan fahaman komunis kerana gerakan itu sudah lumpuh dan tidak diterima rakyat seperti yang berlaku di Russia dan China.
Waspada Dengan Pihak Cuba Ubah Kebenaran Sejarah Negara
MELAKA: Rakyat perlu berwaspada dengan pihak tertentu yang cuba mengubah kebenaran sejarah kemerdekaan negara dan menafikan jasa pemimpin terdahulu, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Beliau berkata, pihak berkenaan yang sering bersandiwara dalam dakyah mereka, mahu mengelirukan rakyat supaya mengagungkan anasir komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar adalah pejuang kemerdekaan, mereka memilih cara rundingan dan bukannya menumpahkan darah dalam menuntut kemerdekaan negara, katanya semasa berucap selepas sembahyang Jumaat di Masjid Nur Saadah, Kampung Pengkalan Batu di sini, Jumaat.
Mohd Ali mengulas kenyataan kontroversi yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong - mstar
patut la sebelum ni pasrael angguk2 bila anuvaji pandikutti sokong komunis deeayypig supaya chin peng di benarkan balik ke malaysia...
patut la sebelum ni ketua taliban pasrael mati2 sokong dan iktiraf chin peng seorang nasionalis...
patut la nizarsetanirrajim tergesa2 tubuh KERABAT, konon2 nak jaga kebajikan bekas tentera...
patut la karpal cepat2 keluar stetmen bangkang kenyataan mat sabun...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan