Khamis, 23 Disember 2010
BLOG - BLOG PARTI PAS
BLOG - BLOG PARTI PAS
PAS Negeri Sembilan
Posted: 23 Dec 2010 09:29 PM PST
PAS Negeri Sembilan
ADUN Paroi lepaskan Konvoi ke Permatang Pauh
Posted: 23 Dec 2010 08:32 PM PST
ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau bersama ADUN Sikamat YB Hj Aminuddin dan Chegubard telah melepaskan sekitar 100 orang peserta Konvoi dari Rembau ke Permatang Pauh pada 23 Disember 2010 di Dataran Senawang.
Berita lanjut dan gambar sekitar program pelepasan peserta konvoi tersebut pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/12/konvoi-anak-muda-ke-permatang-pauh.html
Sekolahkah Mereka
Posted: 23 Dec 2010 07:03 PM PST
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Meraikan Program Berkhatan di Jempol
Posted: 23 Dec 2010 06:58 PM PST
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Bersama Unit Amal
Posted: 23 Dec 2010 06:58 PM PST
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Penduduk N.Sembilan marah jalan rosak teruk, bom jangka
Posted: 23 Dec 2010 05:30 AM PST
SEORANG penduduk menunjukkan jalan utama yang berlubang dan ditakungi air di laluan masuk Jalan Serampang Indah, dekat Jempol, baru-baru ini.
---------------------
Utusan Malaysia 23 Dis 2010
JEMPOL 22 Dis. – Apa cerita di kawasan Serampang Indah, dekat sini sehingga penduduknya marah-marah dan tidak puas hati?
''Bila naik kereta atau motosikal, kami seperti mengelak 'bom jangka', bila-bila masa sahaja boleh terbabas masuk lubang. Sudah lama jalan di sini rosak teruk," kata penduduk.
Memang ada sebab mengapa penduduk di situ melenting, apatah lagi dengan kedudukannya yang sedikit terpencil, Serampang Indah rupanya tidak seindah nama yang diberikan.
Tinjauan Utusan Malaysia di jalan utama ke Serampang Indah, penuh dengan 'berliku', apa tidaknya lubang-lubang besar menanti untuk membenamkan tayar kereta anda.
Menurut penduduk, J. Satianadan, 56, dia sudah tidak berdaya membuat aduan lagi kerana dakwanya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
''Sudah berlaku sejak enam tahun lalu. Oleh kerana Serampang Indah ini terpencil, maka tiada siapa pun ingin ambil tahu," katanya di sini hari ini.
Kawasan penempatan penduduk di Serampang Indah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari sini dan majoriti penduduknya kaum India dan selebihnya 20 peratus merupakan orang Melayu dan Cina.
Rata-rata penduduk di situ merupakan penoreh getah dan laluan utama ke situ ketika ini 60 peratus mengalami kerosakan teruk dipercayai berpunca akibat kenderaan berat yang berulang-alik di situ.
''Inilah laluan utama kami setiap hari dan semuanya terpaksa kami harungi.
''Keadaan lebih teruk apabila berlaku hujan dan lubang yang dalam itu mula dipenuhi air," ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chong Kai Ming, 28, amat berharap agar pihak berkuasa datang melihat keadaan di situ dan segera membantu penduduk di sini.
''Ada yang tidak sanggup datang sini selepas mengetahui masalah jalan di sini.
''Jalan ini hanya untuk kegunaan lori yang beratnya lima tan ke bawah.
''Kita amat berharap supaya ada satu arahan, mahupun penghadang yang melarang lori melebihi berat berkenaan menggunakan laluan ini kerana ia akan menjadikan kawasan itu bertambah parah," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
Tandas kotor, Majlis Perbandaran Port Dickson teruk
Posted: 23 Dec 2010 05:29 AM PST
Berita Harian 23 Dis 2010
Pelancong kesal PBT abai kebersihan bilik air di Teluk Kemang
PORT DICKSON: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menerangkan keadaan tandas awam di kawasan peranginan Teluk Kemang di sini.
Walaupun pengguna kemudahan awam itu dikenakan bayaran 50 sen dan RM1 untuk mandi, tahap kebersihan masih tidak memuaskan. Usaha Tourism Malaysia Negeri Sembilan mempromosikan kawasan itu sebagai lokasi pelancongan utama negeri ini seperti sia-sia jika kurang mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Tinjauan Berita Harian mendapati tandas awam di sini tidak diselenggara dengan baik sehingga pengguna terpaksa menutup hidung kerana berbau busuk. Malah, pintu bilik mandi juga tidak berpintu.
Ini menyebabkan pengguna tidak selesa terutama ketika pantai peranginan di sini dikunjungi ramai pelawat pada hujung minggu dan cuti persekolahan seperti sekarang.
Pengunjung, Yati Abdullah, 44, berkata MPPD perlu memberi perhatian serius keadaan tandas awam dan mengambil tindakan segera kerana ini membabitkan imej Port Dickson sebagai pantai peranginan terkenal.
Katanya, keadaan ini tidak sejajar dengan status Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara, Bandar Tentera Darat dan diiktiraf sebagai zon kesihatan.
"Port Dickson masih menjadi pilihan kerana mempunyai pantai peranginan paling hampir dengan Lembah Klang dan kemudahan jalan raya yang baik, namun banyak kemudahan di sini tidak menepati keperluan pengunjung," katanya.
Katanya, keseronokan mandi di laut hilang sebaik saja memasuki tandas awam yang buruk dan kotor.
Pelancong Singapura, M Salethy, 40, bersetuju bahawa tandas awam di kawasan pelancongan di sini kurang memuaskan dan perlu dibaiki segera.
"Saya datang dari jauh untuk berkelah di Port Dickson kerana pantai di sini sesuai untuk aktiviti perkelahan, tetapi kemudahan tandas amat menyedihkan.
"Saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakan tandas awam di sini walaupun keadaan tidak selesa," katanya.
Bagi pengunjung dari Sarawak, Aishah Mat, 41, keadaan tandas awam yang kotor dan berbau mengejutkannya kerana kemudahan itu terletak di kawasan pelancongan.
"Tandas awam perlu diperbaiki dan dinaik taraf supaya lebih bersih, selesa dan selamat untuk digunakan. Tidak berbaloi bayar 50 sen, tetapi kemudahan disediakan seperti tandas percuma," katanya.
Malah, katanya tandas awam di kawasan rehat dan rawat lebuh raya PLUS tidak dikenakan bayaran, tetapi bersih dan selesa.
Masalah kebersihan tandas awam di Teluk Kemang bukan perkara baru kerana keadaan di sini berlarutan sejak dulu, tetapi masih tidak berubah hingga kini.
Baru-baru ini ruangan Surat Pembaca Berita Harian, turut memaparkan pandangan pelancong dari Kota Kinabalu, Sabah, yang menegur tahap kebersihan tandas awam di Dataran Kemang.
Jika keadaan berterusan, ia boleh menjejaskan usaha mempromosikan Port Dickson sebagai pantai peranginan terkemuka berikutan kemudahan tandas kotor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tandaskotor/Article
Penduduk Taman Rasah mohon lampu isyarat
Posted: 23 Dec 2010 05:29 AM PST
Utusan Malaysia 23 Dis 2010
RASAH 22 Dis. - Penduduk Taman Rasah dekat sini berharap pihak berkuasa negeri dapat meletakkan lampu isyarat dan tanda arah sesuai di jalan Seremban ke Port Dickson berhadapan taman tersebut.
Mereka mendakwa, jalan tersebut yang juga merupakan laluan utama mereka keluar masuk taman ini sesak selain sering berlaku banyak kemalangan.
Menurut seorang penduduk Mohammad Baidullah , 47, jalan berkenaan sering berlaku kemalangan kerana ramai yang keliru tentang arah jalan selain memandu laju.
"Sejak saya tinggal di sini, sudah kerap berlaku kemalangan di jalan ini," ujarnya.
Jelasnya, jalan tersebut merupakan jalan sehala yang hanya boleh digunakan oleh pemandu yang datang dari arah Port Dickson serta dari Seremban sahaja untuk masuk ke taman ini.
"Sementara bagi penduduk yang ingin keluar ke bandar Seremban atau ke kawasan lain terpaksa membuat pusingan 'U' di bulatan berdekatan Mambau.
"Ia agak menyukarkan kami untuk keluar berurusan ke bandar. Bagi penduduk lain yang keluar bekerja pula, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa juga menggunakannya walaupun agak jauh untuk membuat pusingan," ujarnya.
Kata Mohammad, jika pihak berkuasa meletakkan lampu isyarat di jalan itu, pasti penduduk di sini menarik nafas lega kerana lebih mudah untuk digunakan ke bandar Seremban.
"Saya juga berharap agar lebih banyak papan tanda diletakkan di kawasan ini untuk mengelak berlaku kemalangan serta memudahkan kami," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
PAS Cawangan Jaya Gading
Posted: 23 Dec 2010 09:12 PM PST
PAS Cawangan Jaya Gading
FELDA : Saman jangan tak saman, dia tu memang tak makan saman.
Posted: 23 Dec 2010 04:16 PM PST
Khairil Abdul Rahim
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.
Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk 'Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara' yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.
Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.
Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.
Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.
"Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?
"Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.
"Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah," hujahnya.
Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.
"Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian," katanya.
Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.
"Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.
"Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung," jelasnya.
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI
Posted: 23 Dec 2010 09:02 PM PST
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI
DANA JOHOR - PELABUR KENA SAMAN BANK
Posted: 23 Dec 2010 03:29 AM PST
Pesara bengang disaman
MUAR – Seorang pesara kakitangan kerajaa bengang apabila disaman sebuah bank kerana didakwa gagal me- lunaskan tunggakan pinjaman kira-kira RM40,000.
Rosnah Tahir, 55, ber-kata, dia disaman pada tahun lalu setelah tertarik dengan satu skim pelaburan yang disertainya pada 1995.
Menurutnya, ketika itu pelbagai janji manis diberikan dengan jaminan masa depan yang lebih cerah bakal menanti setiap pelabur.
"Oleh kerana memikirkan masa depan, saya tertarik menyertai skim ini dengan membuat pinjaman untuk membeli sebanyak 30,000 unit dengan kadar RM1 seunit.
"Mengikut perjanjian, saya perlu membayar se- banyak RM143 setiap bulan dalam tempoh 10 tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, bagaimanapun bayaran balik pinjaman itu sebanyak RM143 telah berlarutan selama 11 tahun dan bayaran terakhirnya ialah pada Julai 2006.
"Dalam tempoh ini, hanya lima agihan keuntungan yang saya terima tetapi nilainya jauh lebih kecil berbanding yang sepatutnya mengikut perjanjian sedangkan saya telah membayar balik pinjaman ini lebih daripada tempoh masa ditetapkan.
"Kali terakhir agihan dividen ialah pada Oktober 2002 dan kini telah lapan tahun tidak menerima sebarang agihan pembayaran dividen," katanya.
Rosnah berkata, mengikut perjanjian asal, kadar bayaran balik tahunan adalah se- banyak RM2,850 setahun dalam tempoh 10 tahun bermula dari tarikh pinjaman di- buat melalui pemotongan terus yang dibuat daripada dividen atau bonus yang dikeluarkan pelaburan dana berkenaan.
"Namun, bayaran berkenaan tidak dibuat seperti mana dalam perjanjian menyebabkan pihak bank telah menuntut bayaran itu daripada saya," katanya.
Katanya, tuntutan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM60,000 termasuk bayaran ansuran yang telah dijelaskan sebelum ini.
"Saya sangat kecewa dan berasa tertipu dengan skim ini yang dahulunya dikatakan bakal memberikan ke- untungan besar apabila harganya melambung tinggi menjadi RM5 pada suatu tempoh masa tertentu.
"Malangnya ramalan ini tidak benar dan ramai pelabur seperti saya menjadi mangsa dengan skim pelaburan ini," katanya.
Rosnah berkata, dia turut melahirkan rasa musykil terhadap skim itu kerana dokumen yang ditawarkan ialah skim dana tetapi dalam perjanjian itu ialah skim amanah saham.
Katanya, dia menegaskan tidak akan membayar hutang dituntut bank se- baliknya meminta ia dilupuskan dan wang yang telah dilaburkan dikembalikan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, insiden ter- babit diharapkan dapat memberi pengajaran kepada rak-yat supaya lebih berhati-hati apabila hendak membuat sebarang pelaburan.
"Kami simpati dengan masalah yang dihadapi Rosnah dan akan berusaha membantunya menyelesaikan perkara ini.
"Sehingga kini ada lima kes sama telah dirujuk kepada kami dan dijangka lebih ramai lagi yang akan tampil membangkitkan isu ini," katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8549056.asp
             Sinar Harian Khamis 23 Disember 2010
Berita di atas juga tersiar dalam Nanyang Siang Pau (Edisi Johor) dan 
China Press (Edisi Nasional)  hari ini, Khamis 23 Disember 2010. 
Khalid Samad
Posted: 23 Dec 2010 07:42 PM PST
Khalid Samad
PAS Mohon Agong Tangguh RUU Pengangkutan Jalan
Posted: 23 Dec 2010 04:27 PM PST
PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen.
"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," kata Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
"Akta yang begitu penting, yang menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat begitu tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."
Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa wakil rakyat PAS dan dua orang peguam mereka ke istana negara pagi ini.
Antara terlibat ahli Khalid Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Taib Azamuddin (Baling), Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) dan Zulhazmi Shariff.
Dalam sidang media selepas menyerah memorandum tersebut, Mahfuz berkata rang undang-undang tersebut tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.
"Kebanyakkan yang dinaikkan (dalam rang undang-undang) adalah kesalahan teknikal, katanya.
Wakil istana terima baik
Sebagai contoh, Mahfuz berkata masalah pertukaran alamat atau kegagalan memberi maklumat yang betul menyebabkan pengguna jalan raya akan dikenakan hukuman penjara.
"Ini bukan satu kesalahan jenayah yang berat," katanya.
Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Seri Paduka, dilampirkan juga hansard perbahasan di parlimen berhubung akta tersebut.
Mereka kelihatan memasuki Istana Negara pada jam 10.20 pagi dan kelihatan keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Ditanya mengenai reaksi pihak Istana, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata: "Wakil Tuanku menerimanya dengan baik".
Sementara itu, Taufek yang juga naib pengerusi KASE berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyusun langkah penerangan mengenai isu berkenaan kepada rakyat.
"Selagi rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas tentang perkara ini, saya rasa rakyat tidak akan melihat isu ini sebagai isu yang besar," katanya.
Berita dan gambar ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua
Posted: 23 Dec 2010 07:37 PM PST
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua
Selamat Tinggal UMNo
Posted: 23 Dec 2010 04:55 PM PST
Hari ini sibuk sungguh.Sibuk dengan bicara kes dari pagi lagi...Mujurlah saksi pendakwaan tak hadir hari ini, Mahkamah menangguhkan bicara...
Baru berkira-kira untuk masuk pejabat melihat beberapa fail yang memerlukan 'sentuhan', telefon berdering. Seorang perkenalkan diri sebagai Mat E memohon untuk bertemu saya di rumah beliau di sebuah perkampungan terpencil di Jalan Sungai Lumpur, berhampiran Kampung Sungai Meranti, Rompin, Pahang.
Allah sahaja yang tahu letihnya tubuh ini. Jarak dari Bandar Rompin ke situ boleh tahan juga...tapi saya percaya ini satu amanah besar Allah, saya keberatan untuk menolak.Sampai di sana, terpaksa pulak mengharungi kawasan lecak berlumpur..Nama pun Sungai Lumpur...he..he.
Tersergam rumah walaupun sederhana tapi selesalah nampaknya..Sangkaan saya meleset bila dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik bapa mertua beliau..Beliau hanya menumpang di situ dengan anak beliau seramai 8 orang dan isteri beliau. Rumah tersebut pula dibina di atas tanah berstatus TOL. Beliau pula menanggung semua anak-anak dengan gaji RM500 hingga RM600 sebulan sebagai mekanik. Bagi saya, kes Mat E ini biasa sahaja sebab ramai orang miskin berkedudukan seperti beliau.
Beliau akhirnya membuka cerita. Mat E atau nama sebenarnya Ahmad Baijuri Hariff adalah seorang ahli dan aktivis UMNO khususnya di Cawangan Sepayang. Beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Cawangan Sepayang. Beliau aktif dalam UMNO selama 17 tahun.
Beliau adalah Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi bagi UMNO Rompin khususnya DUN Tioman dalam dua siri pilihanraya iaitu 2004 dan 2008. Beliau adalah perwakilan UMNO Cawangan ke Mesyuarat UMNO Bahagian Rompin yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini. Beliau jugalah pasukan pengiring Dato' Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) sewaktu pilihanraya kecil Pendang tidak lama dulu rentetetan kematian Presiden PAS. Beliau jugalah aktivis masyarakat yang banyak membantu kejayaan program sama ada anjuran UMNO dan kerajaan di Rompin.
Hari ini beliau kecewa dengan parti yang ditatangnya selama ini. Beliau menunjukkan sekeping surat yang dihantar ke IbuPejabat UMNO Malaysia di PWTC. Tertera tajuk surat. PERMOHONAN KELUAR UMNO!!
Terdiam saya. Kenapa marah sangat dengan UMNO ni, saya cuba mengorek cerita sebenar. Rupa-rupanya, Mat E ni lama sudah perjuangkan isu hakmilik tanah di kampungnya kerana ramai yang masih menumpang rumah saudara mara di situ. Tiada tanah untuk diduduki. Alasan, mereka orang Kedah.
Mat E perjuangkan isu orang muda setempat sehingga menjadi tulang belakang sewaktu program baktisiswa sebuah IPTA di Kampung Sepayang baru-baru ini. Namun kemuncak kemarahan Mat E, apabila beliau ingin memohon pertolongan YB untuk memohon tanah bagi kemudahan penduduk setempat di kampungnya. Jawab YB: " Pegi la tebang pokok nibung buat tiang rumah". Bermula tarikh itu, beliau bertekad untuk meninggalkan UMNO yang disayanginya sekian lama. Masih terngiang-ngiang beliaulah yang menjadi pembantu YB ke hulu hilir berkempen untuk memenangkan YB tersebut.
Mat E bukan meminta projek berjuta, kontrak bertimbun..tetapi cukuplah pemberian hakmilik tanah kepada beliau dan orang kampung nya. Kalau tidak mahu diberi pun jangan mereka ini dihina.
Sesungguhnya apa yang berlaku pada Mat E, adalah antara kisah sedih penindasan pemimpin UMNO dan BN pada rakyat. Mat E sebagai ahli UMNO pun dikeji demikian rupa, apa jaminan rakyat biasa diberi pembelaan. Saya melihat Mat E perlu dibantu. Bukan kerana parti, tapi jasa beliau kepada masyarakat setempat. Mat E terpinggir kerana membantu YB dan UMNO. Beliau jatuh susah dan miskin sehingga kediaman nya sendiri pun tiada. Inikah imbuhan bakti yg ditabur sekian lama.
Mat E sempat memberitahu saya bahawa beliau ada membina rumah secara beransur-ansur. Sedih saya tengok rumahnya. Walaupun tahu isu ini bakal menjadi tamparan bagi YB memandangkan Mat E adalah ahli UMNO dari Kampung yang sama, saya melihat lebih jauh bahawa Mat E perlu diberikan pembelaan. Mat E..walupun namamu tidaklah sehebat wakil rakyat, anda punyai satu keberanian...kami bersamamu..AMENO JUARA RAKYAT...
penguamkita.blogspot.com
Adun Selinsing cabar UMNo dedah bukti
Posted: 23 Dec 2010 04:41 PM PST
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap 'berzina' dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.
"Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.
"Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.
"Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.
"Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti)," ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.
Tak reti dosa pahala
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menggunakan blog sebagai medan membuat fitnah sebagai 'buta' dosa dan pahala.
Ketika diminta mengulas isu yang kini sedang leka didendangkan blogger pro-Umno itu, Mursyidul Am PAS itu didakwa berkata "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala,".
Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.
Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.
Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.
Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.
________________
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS.an-Nur:4)
DPPK PARIT
Posted: 23 Dec 2010 07:27 PM PST
DPPK PARIT
NIKAH
Posted: 23 Dec 2010 05:59 PM PST
SAMAN TETAP SAMAN!
Posted: 23 Dec 2010 05:25 AM PST
Mengapa Nazri Dedah Surat Apco Selepas Anwar Digantung
Posted: 23 Dec 2010 05:20 AM PST
PAS Kawasan Miri
Posted: 23 Dec 2010 07:26 PM PST
PAS Kawasan Miri
Cuba Dulu Baru Tahu, Pilih Pakatan Tolak BN
Posted: 23 Dec 2010 02:44 PM PST
Bagi Peluang Pakatan Perintah Dulu Baru Boleh Buat Tuduhan
PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat. Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.
Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin Umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.
Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.
(Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat)
PS: Mengapa Umno/BN takut dengan Pakatan Rakyat? Salah satu sebabnya ialah pemimpin Umno/BN takut segala pembohongan mereka selama ini yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah akan terbongkar dengan sendirinya apabila rakyat sendiri melihat janji 100 hari Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Sebab itulah mereka sekarang ini merasa gelabah dan mulalah mereka berjanji dengan rakyat bahawa mereka sajalah yang pandai perintah Malaysia ini, sekiranya Umno/BN kalah dalam PR13 nanti Malaysia akan jadi bankrap dan semua pembangunan akan lupus, kita semua akan kembali kezaman batu. Sekarang pemimpin Umno/Bn datang ke Utara Sarawak dengan janji pilihanraya mereka untuk membina lapangan terbang di Lawas. "Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian istimewa terhadap permohonan bagi pembinaan lapangan terbang baru di Lawas, daerah yang paling utara di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini." Sudah pasti penduduk Lawas gembira dengan janji TPM ini sebab setelah 47 tahun BN perintah Sarawak baru sekarang nak buat Airport diutara Sarawak, buat apa buat airport banyak2 sedangkan banyak lagi penduduk di Sarawak ini hidup dalam kemiskinan, penduduk miskin mana mungkin mampu nak menggunakan pesawat tersebut bila terbina nanti, yang untung dengan projek ini sebenarnya adalah kroni2 BN bukannya rakyat Sarawak. Kita bukan menentang pembangunan tapi seperti kata PM "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan" apa makna semua ini kalau rakyat masih hidup dalam keadaan susah sedangkan semua ini tidak memberi keuntungan pada rakyat marhean. Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.
Jadi fikir2lah wahai rakyat Sarawak. Bagilah peluang pada PAS dan PAKATAN perintah dulu baru kita buat penilaian samaada janji mereka benar atau tidak. Umno/BN sudah perintah Malaysia lebih daripada 50 tahun tapi rakyat masih ramai lagi hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sedangkan pemimpin Umno/Bn hidup dalam kemewahan dan kesenangan diatas kesusahan rakyat yang setia menyokong mereka selama ini. Sekarang masanya untuk rakyat Malaysia bersama-sama bersedia untuk berubah dan menerima pemerintahan baru yang berkebajikan untuk rakyat semua. Bah mari kita pakat2 sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT agar kehidupan kita lebih baik dari pemerintah UmnoBN. Selamat berjuang pada PAS dan PAKATAN RAKYAT.
N.27 - PAS DUN Sura
Posted: 23 Dec 2010 07:24 PM PST
N.27 - PAS DUN Sura
PMR 2010 : Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya
Posted: 23 Dec 2010 11:59 AM PST
DUNGUN 24 Disember, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar di daerah Dungun khususnya di dalam kawasan DUN Sura yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Bergambar kenangan...ADUN Sura, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi
(8A PMR 2009 dari SMK Sultan Omar),
Encik Rohaidi dan Encik Baharuman
" Saya mengambil kesempatan ini,mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya di dalam PMR baru-baru ini, semoga kecemerlangan akademik yang diperolehi seimbang dengan pencapaian akhlaq yang seharusnya turut diberi perhatian, "
" Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik yang sememangnya merupakan di antara faktor yang turut membantu kejayaan para pelajar ini, " ujar beliau yang sentiasa mengambil berat dan cakna kepada kejayaan para pelajar.
Sementara itu, seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di Putrajaya hari ini.
Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas. Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
PAS Johor Yakin Boleh Tawan DUN Tenang
Posted: 23 Dec 2010 11:41 AM PST
JOHOR BAHARU, 23 Dis - PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India. Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.
"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang.
Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.
Ini katanya akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.
Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.
Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat. Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
sumber : bernama.com
Anwar Ibrahim : Negara Mampu Menaikkan Imbuhan Pendidik
Posted: 23 Dec 2010 01:44 AM PST
Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).
Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.
Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.
baca artikel penuh...di sini.
Rembau Hari Ini
Posted: 23 Dec 2010 07:21 PM PST
Rembau Hari Ini
Sekolahkah Mereka
Posted: 23 Dec 2010 07:04 PM PST
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan
Posted: 23 Dec 2010 07:03 PM PST
Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan
Kanopi terbang
Posted: 23 Dec 2010 10:19 AM PST
pas sembrong (bangkit membuat perubahan)
Posted: 23 Dec 2010 03:33 PM PST
pas sembrong (bangkit membuat perubahan)
Peperiksaan Darjah Khas Johor
Posted: 22 Dec 2010 06:38 PM PST
Hari ini hari terakhir peperiksaan Darjah Khas Sekolah Igama Kerajaan Johor. Buat yang terbaik semoga lulus cemerlang. Malam tadi majlis kuliah bulanan dan majlis doa semoga anak Sdr Kornain yang sedang mengambil peperiksaan di SMA Bandar Tenggara dapat keputusan yang baik.
Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.
Pemuda PAS Wangsa Maju
Posted: 23 Dec 2010 03:20 PM PST
Pemuda PAS Wangsa Maju
APCO: KERAJAAN TAK JAWAB ISU SEBENAR
Posted: 23 Dec 2010 08:43 AM PST
Rakyat bukan nak tahu One Malaysia di cipta oleh APCO atau tidak. Sama ada One Malaysia dan One Israel lahir secara kebetulan atau memang dirancang juga tidak menarik minat rakyat untuk tahu:
Isu sebenar yang rakyat nak tahu,
1. Adakah APCO merupakan agen zionis?
Surat Rasmi APCO cuma menafikan mereka terlibat cipta One Malaysia dan One Israel.
2. Benarkah beberapa orang penting APCO adalah bekas agen Mosad Israel?
Doron Bergerbest-Eilon adalah bekas agen Mosad.
3. Rakyat juga nak tahu apa hubungan individu ini (lihat gambar) dengan Zionis Israel?
Putaran hidup kembali lagi di-TENANG
Posted: 23 Dec 2010 08:17 AM PST
Oleh: cucupakkasim
"Ini lah gambar yang telah menyebabkan TENANG menjadi gempar suatu ketika dulu ...
TENANG ... terletak dalam daerah Segamat, dalam parlimen Labis. Perjalanan ke TENANG akan mengambil masa selama dua jam setengah jika kita memandu dari Johor Baru.
Sepanjang perjalanan dari JB ke sana, kita akan dapat menikmati suasana alam semulajadi dengan udara yang nyaman lagi segar, paling best ketika waktu pagi-pagi, kita juga akan dihidangkan dengan pemandangan yang hijau dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga pokok-pokok getah.
Pekan TENANG pula lebih kurang macam Galas, pekan koboi. Semuanya bergerak perlahan, sentimental, 'slow-paced town' kata orang putih. Terhegeh-terhegeh dan terkemut-kemut kata gurkah-gurkah politik di'port' ... Kah..Kah..Kah..
Kebanyakan penduduk di-pekan TENANG ini hidup sebagai penoreh getah, ada yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Yang ada tanah sendiri pula mereka berladang secara kecil-kecilan dan ada juga sikit-sikit yang berniaga sendiri dengan membuka gerai dan kedai kopi.
Dekat-dekat dua puloh tahun dulu, TENANG yang sentiasa tenang tiba-tiba sudah tidak tenang dengan cerita yang cukup gempar, mendapat liputan dimuka depan akhbar-akhbar dalam Malaysia serta akhbar-akhbar luar negara (walaupun masa itu belum lagi ada internet) bila gambar seekor ular sawa sepanjang dua puloh kaki sedang menelan seorang lelaki cina yang gemuk dan sasa. Kejadian ini telah berlaku di Felda Ledong.
Beginilah putaran kehidupan, selepas hampir dua puloh tahun, TENANG akan kembali menjadi tidak tenang bila pilihanraya kecil yang kali yang ke-14 akan mengambil tempat dan TENANG akan kembali menjadi bahan-bahan berita semasa, TENANG akan kembali menerima kunjungan orang-orang ramai yang ada sangkut-paut dengan politik dari segenap pelusuk tanah air. Pekerja pilihanraya, ahli-ahli parti-parti politik, peminat-peminat politik, gurkah-gurkah politik (Kah..Kah..Kah..), mereka yang suka bikin kacau bila masuk bab politik, pak-pak menteri, press-press dan juga yang jenis suka kepada suasana ketika hari penamaan calun pada mana-mana pilihanraya kecil dimana mereka-mereka ini dijangka akan memenuhi pekan TENANG dan kawasan sekitar dengan berbagai ragam dan gaya serta imej.
Harap orag-orang di TENANG sana jangan lah pula terkejut bila tengok gelagat-gelagat pilihanraya kecil ini nanti ...
dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
umno Labis pun ada 2 group, dan salah satu group ini dijangka akan memudahkan kerja-kerja kempen PAS.
(VIDEO) REMAJA AJARAN UMNgOk...
Posted: 22 Dec 2010 11:52 PM PST
Apa nak jadi dengan anak melayu hari ini....sanggup mempersendakan pemakaian tudung .... mungkin terlalu dek cetek agama akibat dari ajaran sesat UMNO melalui Islam Hadharinye...
Anda boleh download video tersebut dari link berikut:
Dan ini pula remaja yang mempersendakan zikirullah
KEPUTUSAN PMR : 386 DAPAT SEMUA 'E'.
Posted: 22 Dec 2010 11:31 PM PST
Seramai 386 orang calon mendapat semua E menurun daripada 397 orang tahun lepas.
Pada tahun ini, 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.
(GAMBAR) PANAS ADUN SELISING 'PROJEK' KERETAPI
Posted: 22 Dec 2010 08:24 PM PST
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap 'berzina' dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.
"Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.
"Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.
"Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.
"Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti)," ujarnya.
*Projek Keretapi Adun Selising ana tak jumpa yang jumpa projek landasan berkembar Ketapi ada la... mungkin di kot yang puak-puak UMNgOk maksudkan....
TREND BAYI MELAYU DIBERI KEPADA KELUARGA INDIA
Posted: 22 Dec 2010 08:03 PM PST
Alhamdulillah ana dikurniakan seorang lagi puteri (bukan puteri UMNO)... cuma bukan nak cerita pasal puteri ana tetapi kebetulan semalam ana membawa zaujah ana pergi mengurut di Bukit Beruntung (ala area flat 1 Malaysia tue). Sampai di sana, makcik yang mengurut tue (ana panggil dia kak ida cz umur dalam 53 tahun) sedang memegang seorang bayi perempuan yang berusia dalam 3 minggu. Lalu ana tanya anak siapa? Jawabnya anak segera/ anak angkat... lalu diceritakan berkenaan bayi tersebut ...
Menurut Kak Ida bayi itu adalah anak kepada seorang gadis berusia 15 tahun (form 3) dan berbapakan lelaki berusia 17 tahun (x sekolah dan bekerja satu bengkel dengan suaminya). Nak jadi cerita atuk dan nenek kedua-dua pasangan tersebut tak nak mengaku itu adalah cucu mereka menyebabkan kedua-dua remaja tadi melahirkan bayi mereka di rumah seorang India (hindu) dan budak lelaki itu sendiri yang memotong tali pusat bayi tue. Kemudian bayi tadi diserahkan kepada keluarga India tadi kerana mereka tak mampu nak bela bayi tue.
Kebetulan budak lelaki tue satu tempat kerja/ kenal dengan suami Kak Ida tue jadi dia pun buka cerita la kat suami Kak Ida pasal baby tue... so bila suami kak Ida tue tahu pasal cerita tue terus dia bagi tau wife dia dan Kak Ida terus pergi ke rumah india tadi untuk mengambil baby tue.. masa tue usia dia 3 hari.. tapi masa ambil baby tue dah ada 'nandet' (kire cam rupa anak hindu la).. akhirnya Kak Ida pergi balai polis naik mahkamah untuk dapatkan hak menjaga anak angkat...
... mungkin banyak lagi kes sebegini yang kita tak tau... sebab remaja yang dah berzina/ mengandung dia sanggup buat apa sahaja asalkan masalah depa selesai...
* gambar hiasan
MP WANITA BAWA BABY 1 BULAN DALAM PARLIMEN
Posted: 22 Dec 2010 07:40 PM PST
Ahli Parlimen bukan di Malaysia la tapi di Eropah membawa bayi ke sidang parlimen
Seorang Ahli Parlimen di Eropah, Licia Ronzulli  membawa anaknya yang berusia 1 bulan ke sidang parlimen
AGAK-AGAK ADA DAK MP MALAYSIA YANG BERANI BUAT GINI??? 
BANCI 2010 : MAKIN RAMAI LE LELAKI TAK KAWIN
Posted: 22 Dec 2010 05:04 PM PST
Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.Berdasarkan bancian itu, jumlah penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
LGE BAGI AMARAN BUAT UTUSAN
Posted: 22 Dec 2010 05:00 PM PST
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf sebelum membawa akhbar itu ke mahkamah.
Peguam Lim, Jagdeep Singh Deo memberitahu pemberita di sini bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada akhbar berkenaan agar menarik balik beberapa perkataan yang dianggap bersifat fitnah dalam artikel bertajuk "Kebiadaban Guan Eng", yang disiarkan kelmarin.
Utusan didakwa melabelkan Lim (gambar) sebagai rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua, yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mahu akhbar harian itu menyiarkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi kerana memfinah beliau.
Jagdeep berkata Lim, menafikan kesemua dakwaan dalam surat tuntutan yang dihantar itu.
Lim juga mahu mengambil tindakan perundangan peribadi terhadap Utusan, yang dimiliki Umno, kerana mendakwanya sebagai ejen asing dan mahu DAP dibubarkan.
Jagdeep berkata, sejak 2008 Lim telah menghantar lima surat tuntutan kepada Utusan.
Satu kes fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, kata beliau.
ULAMA PEWARIS NABI
Posted: 23 Dec 2010 03:19 PM PST
ULAMA PEWARIS NABI
DATUK JJ MERANGKAP DUTA AS KEHILANGAN SEORANG AHLI UMNO YANG AKTIF (MENINGGALKAN UMNO)
Posted: 22 Dec 2010 05:58 PM PST
Ahli UMNO Rompin yang Cukup aktif, akhirnya hantar surat "PERMOHONAN KELUAR UMNO" ke PWTC
Hari ini sibuk sungguh.Sibuk dengan bicara kes dari pagi lagi...Mujurlah saksi pendakwaan tak hadir hari ini, Mahkamah menangguhkan bicara...
Baru berkira-kira untuk masuk pejabat melihat beberapa fail yang memerlukan 'sentuhan', telefon berdering. Seorang perkenalkan diri sebagai Mat E memohon untuk bertemu saya di rumah beliau di sebuah perkampungan terpencil di Jalan Sungai Lumpur, berhampiran Kampung Sungai Meranti, Rompin, Pahang.
Allah sahaja yang tahu letihnya tubuh ini. Jarak dari Bandar Rompin ke situ boleh tahan juga...tapi saya percaya ini satu amanah besar Allah, saya keberatan untuk menolak.Sampai di sana, terpaksa pulak mengharungi kawasan lecak berlumpur..Nama pun Sungai Lumpur...he..he.
Tersergam rumah walaupun sederhana tapi selesalah nampaknya..Sangkaan saya meleset bila dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik bapa mertua beliau..Beliau hanya menumpang di situ dengan anak beliau seramai 8 orang dan isteri beliau. Rumah tersebut pula dibina di atas tanah berstatus TOL. Beliau pula menanggung semua anak-anak dengan gaji RM500 hingga RM600 sebulan sebagai mekanik. Bagi saya, kes Mat E ini biasa sahaja sebab ramai orang miskin berkedudukan seperti beliau.
Beliau akhirnya membuka cerita. Mat E atau nama sebenarnya Ahmad Baijuri Hariff adalah seorang ahli dan aktivis UMNO khususnya di Cawangan Sepayang. Beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Cawangan Sepayang. Beliau aktif dalam UMNO selama 17 tahun.
inilah rumah imbuhan jasa yang disemai bersama 'mu'
Beliau adalah Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi bagi UMNO Rompin khususnya DUN Tioman dalam dua siri pilihanraya iaitu 2004 dan 2008. Beliau adalah perwakilan UMNO Cawangan ke Mesyuarat UMNO Bahagian Rompin yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini. Beliau jugalah pasukan pengiring Dato' Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) sewaktu pilihanraya kecil Pendang tidak lama dulu rentetetan kematian Presiden PAS. Beliau jugalah aktivis masyarakat yang banyak membantu kejayaan program sama ada anjuran UMNO dan kerajaan di Rompin.
Hari ini beliau kecewa dengan parti yang ditatangnya selama ini. Beliau menunjukkan sekeping surat yang dihantar ke IbuPejabat UMNO Malaysia di PWTC. Tertera tajuk surat. PERMOHONAN KELUAR UMNO!!
Terdiam saya. Kenapa marah sangat dengan UMNO ni, saya cuba mengorek cerita sebenar. Rupa-rupanya, Mat E ni lama sudah perjuangkan isu hakmilik tanah di kampungnya kerana ramai yang masih menumpang rumah saudara mara di situ. Tiada tanah untuk diduduki. Alasan, mereka orang Kedah.
Mat E perjuangkan isu orang muda setempat sehingga menjadi tulang belakang sewaktu program baktisiswa sebuah IPTA di Kampung Sepayang baru-baru ini. Namun kemuncak kemarahan Mat E, apabila beliau ingin memohon pertolongan YB untuk memohon tanah bagi kemudahan penduduk setempat di kampungnya. Jawab YB: " Pegi la tebang pokok nibung buat tiang rumah". Bermula tarikh itu, beliau bertekad untuk meninggalkan UMNO yang disayanginya sekian lama. Masih terngiang-ngiang beliaulah yang menjadi pembantu YB ke hulu hilir berkempen untuk memenangkan YB tersebut.
Mat E bukan meminta projek berjuta, kontrak bertimbun..tetapi cukuplah pemberian hakmilik tanah kepada beliau dan orang kampung nya. Kalau tidak mahu diberi pun jangan mereka ini dihina.
Sesungguhnya apa yang berlaku pada Mat E, adalah antara kisah sedih penindasan pemimpin UMNO dan BN pada rakyat. Mat E sebagai ahli UMNO pun dikeji demikian rupa, apa jaminan rakyat biasa diberi pembelaan. Saya melihat Mat E perlu dibantu. Bukan kerana parti, tapi jasa beliau kepada masyarakat setempat. Mat E terpinggir kerana membantu YB dan UMNO. Beliau jatuh susah dan miskin sehingga kediaman nya sendiri pun tiada. Inikah imbuhan bakti yg ditabur sekian lama.
Mat E sempat memberitahu saya bahawa beliau ada membina rumah secara beransur-ansur. Sedih saya tengok rumahnya. Walaupun tahu isu ini bakal menjadi tamparan bagi YB memandangkan Mat E adalah ahli UMNO dari Kampung yang sama, saya melihat lebih jauh bahawa Mat E perlu diberikan pembelaan. Mat E..walupun namamu tidaklah sehebat wakil rakyat, anda punyai satu keberanian...kami bersamamu..AMENO JUARA RAKYAT...
penguamkita.blogspot.com
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil
Posted: 23 Dec 2010 01:39 PM PST
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil
Hati - hati penduduk Melaka, barang sudah luput tarikh dijual
Posted: 22 Dec 2010 06:51 PM PST
MELAKA - Terdapat sebahagian pasar raya besar di negeri ini dikesan menjual barangan dengan menawarkan potongan harga, tetapi sebenarnya sudah tamat tarikh luput.
Ia mungkin tidak disedari pengguna kerana beranggapan barangan dijual di pasar raya terjamin kualiti.
Bagaimanapun, Yayasan Insan Melaka (YIM) mengesan sebuah pasar raya mega di negeri ini menjual barangan yang sudah luput tarikh yang tidak sedari pembeli.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, perbuatan itu dikesan setiap kali jualan musim perayaan dengan menawarkan potongan harga bagi menarik pembeli.
Beliau mengakui, pihaknya mendapat banyak aduan daripada pengguna kerana tertipu membeli barangan murah, tetapi rupa-rupanya sudah luput tarikh.
"YIM memandang keadaan ini sebagai satu penganiayaan kepada pengguna. Sepatutnya pengusaha pasar raya lebih peka dan tidak mengambil ringan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, dekat sini semalam.
Beliau berkata, selain menjual barangan sudah tamat tarikh luput, terdapat juga aduan mengenai barangan dijual tidak menepati kualiti seperti makanan dalam tin sudah kemik serta bungkusan makanan tidak menepati spesifikasi.
Menurutnya, amat memeranjatkan kerana aduan berkenaan datangnya daripada pelanggan pasar raya besar di negeri ini.
"Ini dilihat sebagai sesuatu serius kerana tidak sepatutnya sebuah pasar raya besar sanggup menipu pengguna semata-mata mahu meraih keuntungan.
"Orang ramai sudah pasti mempercayai pasar raya itu menjual barangan berkualiti berbanding kedai runcit biasa," katanya.
Sinar Harian
PAS KOTA TINGGI
Posted: 23 Dec 2010 01:07 PM PST
PAS KOTA TINGGI
Beri Pakatan Rakyat Perintah, Baru Buat Tuduhan
Posted: 23 Dec 2010 06:25 AM PST
PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin Umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.
Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.
Batu Gajah Mari
Posted: 23 Dec 2010 11:37 AM PST
Batu Gajah Mari
Tuntutan melampau: PR Pahang lapor SPRM
Posted: 23 Dec 2010 01:30 AM PST
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof.
Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong.
Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat.
"Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.
"Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain," jelasnya.
Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP.
"Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan," tambahnya.
Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut.
Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu.
PAS bidas Najib
Posted: 22 Dec 2010 09:30 PM PST
17 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.
"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.
"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.
"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.
Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.
Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.
"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.
"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.
"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.
"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya.
Harakahdaily/-
DUN Lembah Jaya
Posted: 23 Dec 2010 11:24 AM PST
DUN Lembah Jaya
Diari Minggu Ini: Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah JKKK Tasek Permai & DUN Lembah Jaya - 24 Disember 2010, 9 Mlm
Posted: 23 Dec 2010 07:07 AM PST
Program : Sumbangan Kembali Ke Sekolah
Tarikh : 24 Disember 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9 Malam
Tempat : Dewan Kg. Tasek Permai
100 Terima Sumbangan Kembali Ke Sekolah DUN Lembah Jaya & JKP MPAJ Zon 12
Posted: 22 Dec 2010 04:11 PM PST
Menjelang tahun baru 2011, para ibubapa pastinya tak menang tangan menguruskan persiapan akhir untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah. Namun tidak semua ibubapa yang mampu menyediakan semua keperluan untuk persekolahan anak-anak mereka.
Menyedari hakikat ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 12 yang diketuai oleh Puan Hjh Wan Hasrina Wan Hassan mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Majlis yang diadakan di Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara pada 18 Disember 2010 itu dirasmikan oleh Encik Che Yusof Che Mat, Ketua Kampung Tasek Permai yang mewakili YB Tuan Hj Khasim. Beliau turut menyampaikan sumbangan tersebut kepada 100 orang penerima.
Program-program kebajikan untuk rakyat seumpama ini akan terus diadakan oleh kerajaan prihatin Selangor bagi menyalurkan hasil negeri hingga ke akar umbi. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerimanya.
PAS KAWASAN KENINGAU
Posted: 23 Dec 2010 11:21 AM PST
PAS KAWASAN KENINGAU
Pas keningau turun ke Simbuan dan Kawakahan
Posted: 22 Dec 2010 11:20 PM PST
                           Penduduk menunjukkan peta tanah yang dirampan BN kepada Hisammuddin.
                                           Bergambar dengan penduduk yang dizalimi BN.
             Motor semacam ini lah yang dirampas oleh Jabatan Hutan ketika mereka menoreh getah.
                         Penyerahan bendera PAS kepada wakil penduduk di Simbuan,sook Keningau.
                                    Mereka berazam menumbangkan BN dalam PRU akan datang.
    Penduduk menunjukkan lokasi tanah mereka yang dirampas BN kepada Ketua Penerangan Pas Sabah.
Peristiwa rampasan tanah rakyat oleh Barisan Nasional di kampung Simbuan dan Kawakahan,Sook Sabah telah diambil cakna oleh Pas kawasan Keningau.
Pas kawasan Keningau yang diketuai oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Keningau,Hisammuddin Sulaiman berserta Ahli jawatankuasa Pas Keningau,serta Lahirul Latigu,Ketua Pemuda Pas Sabah telah turun padang untuk membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka.Isu rampasan tanah ini tidak diambil peduli oleh Adun dan juga Ahli Parlimen mereka.
Tanah yang telah mereka usahakan sejak tahun 70'an lagi telah dirampas secara terhormat oleh Kerajaan BN,lebih teruk lagi apabila penduduk yang menoreh getah semenjak sekian lama telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah.
Penduduk yang ditemui Pas kawasan Keningau telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai Pas seterusnya menolak Umno dan kuncu-kuncunya.Menurut mereka lagi,Bn hanya pandai berjanji di waktu pilihanraya dan akhirnya hilang setelah waktu diumumkan menang.
Rampasan tanah yang berlaku ini bukan hanya kepada kampung-kampung tersebut namun terdapat juga berita bahawa banyak lagi tanah-tanah akan dirampas.
Hisammuddin yang telah memberi komitmen dengan isu rampasan tanah tersebut berjanji akan menyuarakan hasrat penduduk dan menyebar luas isu kezaliman ini ke seluruh Malaysia melalui blog,facebook serta media sosial yang lain.
Isu ini kian kritikal kerana setakat ini seramai 10 penduduk telah didakwa menceroboh hutan simpan dan pada masa yang sama motosikal yang digunakan penduduk kampung tersebut telah dirampas oleh jabatan hutan sehingga kini.
Agenda kezaliman ini dibuat secara halus oleh kerajaan untuk menghimpitkan perut rakyat marhein.Kenyataan bantahan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pas Sabah telah mendatangkan hasil apabila Tan Sri Joseph Kurup telah "terbangun dari kerusi empuk nya" dengan membuat kenyataan balas dalam akhbar Daily Express pada 18.12.2010.
Rakyat Sabah perlu bangkit menendang Umno dan kuncu-kuncu nya yang sentiasa menghisap kemewahan dan kekayaan serta merampas tanah rakyat untuk diberikan kepada kroni-kroni mereka.Rakyat perlu sedar bahawa Pakatan rakyat lah yang layak untuk menggantikan BN dalam pilihanraya akan datang.
BN RAMPAS TANAH LAGI KALI INI DI SOOK KENINGAU
Posted: 22 Dec 2010 06:02 PM PST
 YDP Hisammuddin bersama penduduk yang dirampas tanah mereka bergambar di depan Mahkamah Keningau.
Joseph kurup mengamuk dalam akhbar apabila isu ini dibangkitkan.
Keningau,18 Dis 2010-Penduduk kampung Simbuan,Sook Keningau dan penduduk kampung Kuakahan beramai-ramai ke mahkamah Keningau untuk membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional merampas tanah mereka.
Sehubungan dengan itu,mereka sanggup turun ke Mahkamah Keningau untuk memberi sokongan kepada 10 orang penduduk kampung yang telah didakwa di Mahkamah kerana menceroboh kawasan hutan simpan.
Amat menyedihkan lagi,penduduk mendakwa motosikal yang mereka gunakan untuk menoreh getah juga turut dirampas oleh jabatan hutan dan dilabel sebagai penceroboh.
Ketua Penerangan Pas Sabah yang juga YDP PAS Keningau,Hisammuddin Sulaiman telah turun padang mengambil "alih tugas" yang berhormat yang dilantik untuk membela penduduk.Turut sama turun memberi sokongan ialah Lahirul Latigu,Ketua Pemuda Pas Sabah serta Ram Singh,Peguam yang mewakili penduduk dalam kes tersebut.
Hisammuddin meyifatkan apa yang berlaku kepada penduduk Kg Simbuan adalah suatu penginayaan secara terhormat.
Berita ini telah menjadi bahan sensasi dalam media tempatan di Sabah sehingga kenyataan bantahan Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin telah disiarkan di Akhbar Daily Express.
Mangsa rampasan tanah ini telah dipergunakan oleh Barisan Nasional hanya waktu pilihanraya sahaja.
Setelah itu undang-undang digunakan untuk menangkap dan mendakwa penduduk yang menoreh getah di atas tanah yang diusahakan sendiri sejak tahun 1973 dengan permohonan yang tidak dilayan.
Sudahlah peluang pekerjaan tidak disediakan, ada rakyat yang mahu berdikari tidak dibantu malahan hendak dipenjara pula.
Di saat mereka dalam kesusahan YB mereka dari BN, usahkan kata hendak peduli rakyat ,jengok pun tiada.
Malang nasib rakyat berada di bawah BN. Hanya satu jalan boleh menyelamatkan mereka ditindas oleh BN iaitu "sepak keluar BN Sabah dalam Pilhanraya akan datang."
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai
Posted: 23 Dec 2010 11:19 AM PST
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai
sumbangan
Posted: 22 Dec 2010 08:07 PM PST
Sumbangan dari DUN Chukai untuk anak tok iman masjid cukai mengikuti  tahfiz di Madinah. Jika ada sumbangan boleh hubungi pas chukai.
Dupahang's Weblog
Posted: 23 Dec 2010 11:18 AM PST
Dupahang's Weblog
CERAMAH HARI INI
Posted: 22 Dec 2010 09:01 PM PST
Pas CawanganSurada
Posted: 23 Dec 2010 11:12 AM PST
Pas CawanganSurada
Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu
Posted: 23 Dec 2010 12:58 AM PST
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR
Posted: 23 Dec 2010 11:04 AM PST
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR
Felda 'rayu' jangan saman
Posted: 23 Dec 2010 05:30 AM PST
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.
Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk 'Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara' yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.
Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.
Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.
Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.
"Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?
"Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.
"Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah," hujahnya.
Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.
"Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian," katanya.
Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.
"Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.
"Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung," jelasnya.
Mohamad Taufek Abd Ghani
Posted: 23 Dec 2010 09:28 AM PST
Mohamad Taufek Abd Ghani
Akta JPJ: PR mohon Agong titah bahas semula
Posted: 22 Dec 2010 10:17 PM PST
KUALA LUMPUR, 23 Dis:
Pakatan Rakyat hari ini memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan
Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.
Permohonan itu dibuat dalam memorandum yang diserahkan kepada Tuanku melalui Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mohd Zuki Ali pagi tadi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, momorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.
"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Saya sudah hantar surat kepada Dewan Negara minta ia ditolak, tapi diluluskan juga," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga memohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa.
"Jadi kita pohon Tuanku mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini melibatkan kepentingan rakyat, bukan isu politik.
"Saya sedia bertemu Tuanku memberi penjelasan lanjut bersama pegawai undang-undang kita", kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase).
Tidak selesai masalah
Menurut Mahfuz juga, pindaan-pindaan terhadap akta ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES).
Beliau mempersoal tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum rang undang-undang itu diluluskan.
"Timbalan Menteri menyatakan letter of award belum dikeluarkan tetapi letter of intent telah diberikan sedangkan pindaan rang undang-undang belum diluluskan, nampaknya Kementerian telah mendahului Parlimen dalam hal ini," katanya.
Pindaan ini juga didakwa tidak menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.
"Persoalannya bagaimana kedudukan saman-saman ekor yang dikuatkuasakan sebelum pindaan ini kerana imej yang dirakam yang digunakan sebelum pindaan tidak boleh diguna di mahkamah," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat.
"Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat.
"Sudah pasti syarikat yang diberi kontrak ini mahukan keuntungan sebab dia akan dapat habuan untuk setiap saman yang dikeluarkan," katanya.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata, kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap sesuatu rang undang-undang yang diluluskan.
"Penswastaan JPJ ini satu konsep yang salah. Umno BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak. Pengurusan kerajaan tidak bijak dan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.Itulah BN," katanya.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kase , Taufek Abdul Ghani memberitahu, Kase akan bermesyuarat pada 27 Disember ini untuk merangka tindakan seterusnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan perkara ini.
Turut mengingiringi Mahfuz ialah bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK PAS Pusat, Taib Azamuddin yang juga ahli Parlimen Baling selain dua peguam Kase.
http://malaysiakini.com/news/151501
PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan
PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.
Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.
NONE"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."
Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.
Pemuda Guchil
Posted: 23 Dec 2010 09:07 AM PST
Pemuda Guchil
Anwar: Menteri pelajaran perlekeh peranan guru
Posted: 23 Dec 2010 01:07 AM PST
i n t a n h i j a u
Posted: 23 Dec 2010 07:45 AM PST
i n t a n h i j a u
10 PERKARA DILAKUKAN DALAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT /
Posted: 23 Dec 2010 05:44 AM PST
INILAH 10 PERKARA YANG PERLU DITERANGKAN KEPADA RAKYAT
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
MAHFUZ PERTIKAI SWASTA KENDALI 6 JUTA SAMAN EKOR / مهفوظ ڤرتيکاي سواستا کندالي 6 جوت سامن ايکور
Posted: 23 Dec 2010 12:43 AM PST
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.
Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
NONE"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.
"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.
Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.
Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.
NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.
"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.
"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.(malaysiakini)
ISU ZINA : ADUN SELISING JAWAB....! / ايسو زنا : ادون سليسيڠ جواب....!
Posted: 22 Dec 2010 08:03 PM PST
[UtusanMalaysia] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.
Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.
"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.
Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.
"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.
Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.
Pengikut