Rabu, 15 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 15 Dec 2010 11:18 PM PST

Idris Ahmad


Datuk Najib Mesti Beramal, Bukan Bercakap Sahaja

Posted: 15 Dec 2010 07:13 PM PST

 

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan  Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT 'Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan".( Assaf 61:2) Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan “Membangun Bersama Islam”  semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

Pas ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah Pas boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno umno kepada kerajaan rakyat yang sah. Pas boleh buktikan banyak perkara yang Pas lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti  dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang Pas gunakan seiring dnegan amalan.

Pas pun mengharapkan Datuk Seri Najib  boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja. Tinggalkan sikap pramatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monticalo Islam yang diucapkan entah ke mana. Pendekatan seperti ini mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.


Filed under: Agama, Ekonomi

BAHAN KEMPEN KENAIKAN HARGA BARANG/PETROL

Posted: 15 Dec 2010 10:57 AM PST

Kenapa Harga barang Naik

·       Pemimpin bukan jiwa rakyat

·       Mereka tidak fikir masalah rakyat

·       Mereka hanya membela kroni dan anak beranak sahaja

·       Rasuah  meningkat, menyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga

·       Khazanah dan hasil bumi semakin berkurangan

·       Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi.

·       Import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur.

·       Nilai import makanan tahun 2005 sebanyak RM 17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009.

·       Tidak ada keberkatan

·       Pelabur luar  tidak yakin dengan pimpinan negara kerana rasuah

·       Pemimpin yang tidak wibawa.

·       Kualiti  binaan rendah akhirnya wang rakyat dibazirkan contohnya stadium Terengganu yang bernila RM292 juta runtuh dalam masa setahun

·       Kejahilan pemimpin negara gagal jaga harta negara. Contohnya serah telaga minyak Blok L dan M yang bernilai RM320 bilion kepada Brunai.

 

 

 

Alasan Pemimpin Umno BN, Kenapa Minyak Dinaikkan.

·       Bukan kenaikan tetapi penyelarasan

·       Arahkan media jangan letak perkataan naik, tetapi gunakan perkataan penyelarasan

·       Minyak naik untuk elak penyeludupan minyak ke negara jiran(Datuk Dr Awang Adek)

·       Walaupun minyak naik, lebih murah daripada Singapura.

·       Rakyat digalak tanam sayur untuk kurangkan belanja.(Datuk Ismail Sabri)

·       Naik gula supaya kurangkan rakyat makan manis.

·       Subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam.

·       Naik 5 sen sahaja rakyat perlu terima kasih pada kerajaan yang prihatin (Datuk Tan Lian Hoe)

 

Jawapan Untuk Pemimpin Pak Pandir.

·       Jangan banding dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak.

·       Kena banding dengan Brunai, Iran, Bahrain, Saudi.

·       Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya  tinggi.

·        Perbandingan harga minyak atara Malaysia dan negara pengeluar minyak

·         1.United Arab Emirates – $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2.Baharin – $0.27/liter/RM0.89/liter
3.Qatar – $0.22/liter /RM0.72 /liter
4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5.Libya – $0.14/liter / RM0.46/liter
6.Arab Saudi – $0.12/liter / RM0.39 /liter
7.Iran – $0.11/liter /RM0.36/liter
8.Nigeria – $0.10/liter / RM0.33/liter
9.Turkmenistan – $0.08/liter / $M0.26/liter
10.Venezuela – $0.05/liter / RM0.16 /liter
11. Malaysia RON 95 RM 1.90 /liter

 

·       Pas bersetuju rakyat kurang minum manis, tetapi macam mana pula rakyat yang berniaga kueh mesti cukup rasa.

·       Walau pun alasan untuk meningkat pengangkutan awam, namun pengangkutan awam di Malaysia masih buruk.

·       Penambah baikan pengangkutan awam hanya ditumpukan kepada penduduk bandar, sedangkan harga minyak luar bandar dengan bandar sama sahaja.

·       Dijangka semua subsidi akan dihapuskan, harga minyak RON 95 seliter mencecah  RM2.30 sen.

·       Memang kerajaan kena  menaikan haarga minyak, gas, tepung, gula untuk elak daripada negara bankrap pada 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri

·       Pemimpin negara mereka tidak kisah, semua perjalanan mereka rakyat yang bayar.


Filed under: Politik

Wikileaks, Jangan Lupa Isu Kenaikan Harga Barang

Posted: 15 Dec 2010 09:13 AM PST

Walaupun isu wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun Pas mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini  telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar umno. Apabila minyak naik ia memang  akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang di bawa menggunakan minyak.

Isu wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan pak pander oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singgapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran, rakyat digalak tanam sayur supaya dapat mengurangkan beban keluarga. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan

Pas mengigatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit  menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang.


Filed under: Ekonomi, Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Dec 2010 09:27 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tandas PD kotor, busuk, tak selesa...

Posted: 15 Dec 2010 06:47 PM PST


Tandas awam kotor, pam tandas dicabut. Semua ini menjadikan pengguna berasa tidak selesa walaupun dikenakan bayaran sebanyak 50 sen, di kawasan peranginan Dataran Kemang, Port Dickson.
---------------------

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

TELUK KEMANG 15 Dis. - Isu tandas awam kotor barangkali bukan perkara baru sebaliknya isu lama yang sering dimainkan ekoran tiada perubahan ditampilkan untuk keselesaan orang awam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit, kebersihan tandas awam mencerminkan peribadi penduduk di negara tersebut terutama di mata pelancong luar, jadi aspek ini harus segera dipertingkatkan.

Namun, tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan peranginan di Dataran Kemang di sini mendapati, tandas awam berkenaan kelihatan seolah-olah tidak diselenggara dengan baik walaupun bayaran dikenakan sebanyak 50 sen dan RM1 untuk mandi.

Kotor, berbau dan tidak selesa, itu pasti reaksi pertama bagi pengunjung ketika menggunakan tandas tersebut.

Walhal kawasan tersebut juga merupakan tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar dan bayangkan apa reaksi mereka jika keadaan ini dipertontonkan.

Bilik mandi yang disediakan juga tidak mempunyai ciri-ciri keselesaan.

Perkara tersebut dilihat mengundang rasa kurang selesa kepada pengunjung terutama pada hujung minggu apabila kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.

Bersesuaian dengan kempen tandas awam bersih yang dilaksanakan di seluruh negara, rata-rata pengunjung di situ mengharapkan tandas awam berkenaan diselenggara dengan baik agar mampu memberikan keselesaan kepada pengunjung terutamanya dari luar negara.

Salah seorang pengunjung, Yati Abdullah, 44, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya melakukan sesuatu untuk menambah baik tandas awam bagi keselesaan semua pengunjung.

"Ini merupakan langkah memberikan gambaran terbaik kepada pelancong terutama dari luar negara.

"Sekurang-kurangnya mereka mendapat keselesaan yang sewajarnya serta sentiasa berminat untuk berkunjung ke sini," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, tandas awam tersebut perlu diurus dan diselenggara dengan baik apatah lagi apabila orang ramai turut dikenakan bayaran untuk menggunakannya.

Pelancong dari Singapura, Salethy, 40, mengakui, tandas awam di pusat pelancongan di sini kurang memuaskan berbanding tempat yang pernah dilawatinya.

"Tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakannya walaupun berasa tidak selesa," ujarnya.

Menurut pengunjung dari Sarawak, Aishah Mat, 41, keadaan tandas tersebut yang kotor dan berbau mengejutkannya apatah lagi ia terletak di kawasan pelancongan.

"Seharusnya perlu dibaik pulih agar lebih baik, selamat dan selesa," ujarnya.

Jelasnya, jika keadaannya bersih barulah ia berbaloi dengan harga yang dikenakan.

"Tandas awam di kawasan rehat dan rawat pun tidak dikenakan bayaran tetapi mampu memberikan keselesaan kepada pengguna. Kenapa tidak di pusat pelancongan seperti ini dinaikkan taraf untuk keselesaan pengunjung," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Taman permainan rosak mengecewakan

Posted: 15 Dec 2010 06:46 PM PST


Orang ramai masih lagi mengunjungi taman permainan kanak-kanak di Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik, Seremban, walaupun tidak di selenggara dengan baik.
-------------------------------------

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

SEREMBAN 15 Dis. - Para pengunjung taman permainan kanak-kanak di Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban dekat sini kecewa apabila kebanyakan permainan di situ rosak selain berbahaya kepada kanak-kanak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada permainan di taman berkenaan yang diikat dengan pita plastik bagi mengelakkan orang ramai menggunakannya.

Menurut salah seorang pengunjung, Badrul Hisham Abdullah, (gambar) 46, keadaan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak jika mereka ke situ tanpa pengawasan orang dewasa.

"Jika anak-anak kecil tidak dipantau ketika bermain di kawasan ini, dikhuatiri mereka akan menggunakan juga permainan rosak kerana ia hanya diikat dengan pita larangan," ujarnya.

Jelasnya, pihak berkuasa seharusnya memperbaiki tempat itu agar pengunjung dapat menggunakannya.

''Walaupun ada antara permainan ini tidak boleh digunakan, saya tetap membawa anak-anak ke sini kerana keadaan tempatnya sesuai untuk dijadikan tempat riadah."

Katanya, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh pengunjung jika tempat itu berubah wajah dan diceriakan.

''Selain itu juga ia memberikan banyak manfaat kepada anak-anak sekiranya disenggara dan dijaga dengan rapi," jelasnya.

Badrul Hisham juga berpendapat, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memikirkan cara terbaik bagaimana untuk memulihkan semula keadaan taman permainan berkenaan dengan segera.

''Saya berharap taman ini diselenggara dengan baik supaya menjadi pusat riadah dan destinasi pilihan terutamanya pada musim cuti," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Rezeki pemandu terjejas

Posted: 15 Dec 2010 06:46 PM PST

PPTBPS dakwa ada teksi haram tunggu luar stesen kereta api ambil penumpang

Berita Harian 16 Dis 2010

SEREMBAN: Kewujudan teksi haram di luar kawasan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini menyebabkan pendapatan pemandu teksi Persatuan Pemandu Teksi Bekas Perajurit Seremban (PPTBPS) yang beroperasi di situ terjejas.

Pengguna lebih memilih menggunakan teksi yang menunggu secara haram di luar stesen walaupun bayaran dikenakan lebih mahal, selain keselamatan dan keselesaan tidak dijamin. Pengerusi PPTBPS, Mahat Dollah, berkata persatuan berkenaan menyewa laluan teksi di situ sejak 2004 dengan bayaran RM750 sebulan bagi mengambil penumpang yang turun dari kereta api dan komuter untuk ke destinasi dalam dan luar negeri. "Apa yang dikesalkan adalah tindakan pemandu teksi haram yang menunggu di luar stesen dan 'mencuri' pelanggan kami. Mereka bukan saja menunggu di garisan kuning jalan, malah menghalang laluan teksi ahli persatuan untuk keluar.

"Setiap kali waktu puncak atau orang baru turun dari kereta api, mereka pasti akan menunggu dan melambaikan tangan kepada pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Apabila ditegur, mereka marah sehingga menimbulkan pergaduhan," katanya.

Mahat berkata, pernah beberapa kali persatuan dipanggil Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) kerana didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada penumpang, sedangkan ia dilakukan pihak lain tidak bertanggungjawab itu.

"Kami mengenakan bayaran mengikut caj yang diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukannya sesuka hati, malah kami akan mengenakan tindakan tegas kepada ahli yang mengambil tambang lebih daripada penumpang.

"Persatuan mengutamakan kebajikan dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami, tetapi teksi haram di luar bebas meletakkan harga bagi setiap perjalanan hingga kami pula yang kena tempiasnya," katanya.

Sementara itu, setiausaha persatuan berkenaan, Kamarulzaman Abd Razak, berkata pihaknya sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak berkaitan mengenai masalah teksi haram itu, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Apabila penguat kuasa datang, mereka melarikan diri dan jika hari ini disaman, esok mereka datang semula dan beroperasi secara haram seperti biasa. Tindakan mereka ini melampau dan menjejaskan periuk nasi ahli persatuan," katanya.

Kamarulzaman turut mencadangkan supaya di luar stesen KTM diletakkan papan tanda arahan dilarang menunggu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada pemandu teksi haram yang ingkar.

"Di sini hanya ada garisan kuning, tetapi papan tanda arahan tidak diletakkan walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat. Saya pasti jika papan tanda arahan ada nanti, ia dapat menghalang teksi haram menunggu, selain mengelak kesesakan jalan pada waktu puncak," katanya.

Pemandu teksi, Farizan Aziz, 62, berharap jalan penyelesaian mengenai perbuatan pemandu teksi haram itu dapat diambil secepat mungkin.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rezekipemanduterjejas/Article

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Posted: 14 Dec 2010 11:25 PM PST

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek "SEKOLAHKAN MEREKA" dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek "SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN" ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 15 Dec 2010 09:27 PM PST

PAS Cawangan Jaya Gading


Akta: Aset Melayu Kampung Baru bakal dilupus

Posted: 15 Dec 2010 08:34 PM PST


Sumber: Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 16 Dis: PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.

Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," ujarnya.

Tambahan pula, jelasnya tafsiran "kepentingan orang Melayu" yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.

Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan "mana-mana orang" untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Pembubaran Lembaga MAS juga, katanya merupakan satu tindakan yang langsung tidak menghormati badan tersebut yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya dan terus berkhidmat untuk penduduk Kampung Baru sehingga kini.

Menurutnya, tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Tegasnya, Umno jelas sekali lagi mengkhianati amanah untuk menjaga survival dan milikan tanah orang-orang Melayu di negara ini.

"Selepas tanah-tanah rezab orang Melayu semakin hari semakin mengecil jumlahnya, kini kampung-kampung tradisi dan warisan orang Melayu pula cuba diintai oleh tauke-tauke elit yang mendambakan keuntungan maksimum di kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur ini," katanya.

Beliau menambah, cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah Seksyen 19 Akta tersebut yang diwakili oleh lima belas orang wakil masyarakat Kampung Baru pula sekadar melepaskan batuk di tangga dan jelas menampakkan ketidakjujuran dan ketidaktelusan Kerajaan.

Ini, katanya kerana akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa, nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru tersebut.

Oleh itu, jelasnya peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kaca mata kerajaan.

PAS Wilayah Persekutuan, tegasnya mengulangi pendirian membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tersebut dan menyokong penuh saranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali untuk menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut.

"Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak-anak Kampung Baru sendiri," ujarnya.

misbahul munir

Posted: 15 Dec 2010 09:15 PM PST

misbahul munir


JANGAN TERPERANGKAP DENGAN ISU WIKILEAKS

Posted: 15 Dec 2010 06:54 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 15 Dec 2010 09:13 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011

Posted: 15 Dec 2010 06:11 AM PST

Program Bantuan Persekolahan ini adalah Program Tahunan DUN Maharani untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan.Ia adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan DUN Maharani yang dijalankan sepanjang masa.

Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang dan beramal jariah untuk kami menjalankan aktiviti-aktiviti berupa kebajikan.


Kami juga mempelawa pihak Syarikat, Pertubuhan Badan Kebajikan, Peniaga, Swasta, NGO dengan ikhlas hati dapat bersama membantu menjayakan program kami.


Sumbangan dalam semua bentuk sangat dialu-alukan.


Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun berikut:


BANK: RHB MUAR

NO. AKAUN: 25127200003791

ATAS NAMA: MOHAMMAD TASLIM/ MOHD TUMIRAN


Sila maklumkan melalui SMS kepada: 

012-9349944/019-6870671


Sokongan dan keperihatinan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga anda dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. AMIN.

" BERSAMA MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN" !

Program Bantuan Persekolahan bersama YB Dato' Husam Musa tahun yang lalu: (gambar ehsan akhbar The Star)


Timely help: Husam (left) and Dr Mohammed (centre) presenting school aid 
to student Tee Cheng Wai in Parit Bakar, Muar, recently.


DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 15 Dec 2010 07:43 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Najib mengaku BN berpenyakit, nak sokong apa lagi?

Posted: 15 Dec 2010 07:32 PM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya. Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama.

Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian.

Golongan muda sudah terlalu jauh dari 'zaman Jepun' dan '13 Mei'. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda. Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun.

Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal 'perogol' mereka sendiri.

Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas '13 Mei' tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, "Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?"

Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama.

Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai 'parti komponen' BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik.

Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi. Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap 'kawasan tradisi PAS'. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum. Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN?

Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance).

Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila. Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan. Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat.

"Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah," ujar Najib.

Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudak tidak berselera lagi untuk melihat BN.

Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi. Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam.

Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi?

DPPK PARIT

Posted: 15 Dec 2010 07:33 PM PST

DPPK PARIT


PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KITA BERSAUDARA" 2010

Posted: 15 Dec 2010 05:52 AM PST

Tindakan cuba sembunyi fakta sejarah diselar

Posted: 15 Dec 2010 05:37 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 Dec 2010 07:24 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Keputusan PMR Diumumkan 23 Dis, Khamis Ini

Posted: 15 Dec 2010 07:48 AM PST

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Pelajar cemerlang PMR 2009 dari SM Imtiaz Dungun,
adik Nor Syazwana
binti Mahussin (9A) sedang
menerima penghargaan daripada ADUN Sura

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.


Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.


Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.


sumber : bernama.com

Laman web Majlis Perbandaran Dungun promosikan Restoran McDonalds

Posted: 15 Dec 2010 05:39 AM PST

oleh : Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura



Restoran makanan segera McDonalds terus menerima layanan istimewa dari pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bilamana mendapat promosi percuma di laman web rasmi MPD.

Hasil tinjauan pada Sabtu 27 November, promosi ala iklan perniagaan itu diletakkan di laman utama web tersebut bersekali dengan promosi program kerajaan negeri Terengganu dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MPD.

Restoran McDonalds seolah-olah menjadi satu aset penting dan polisi dalam pentadbiran MPD sehingga dipromosikan sedemikian rupa.Sepatutnya laman web rasmi pihak berkuasa tempatan bebas dari iklan yang berbentuk perniagaan syarikat tertentu.


baca lagi...klik DI SINI

Amaran Hujan Lebat Peringkat Kuning Di Pantai Timur, Sabah Dan Sarawak

Posted: 15 Dec 2010 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Jumaat malam hingga pagi Isnin depan.


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang manakala Terengganu pula di kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman, sementara Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.


Ia boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai, kata kenyatan itu.
Sementara itu, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Tengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu, Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat,Pedalaman dan Kudat) mulai 17 hingga 19 Dis.

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

sumber : bernama.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Dec 2010 07:09 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kekejaman Baru. Sanggup Mengambil Hak Rakyat Demi kepentingan Anak-Anak

Posted: 15 Dec 2010 02:40 PM PST



New Outrage – Taking Care of My Son By Robbing My People!
Wednesday, December 15th, 2010 GMT
Another chunk of Sarawak handed to the Taibs?
Sarawak Report has uncovered an explosive situation in Sri Aman, where we can reveal that the Chief Minister is in the very process of trying to sell off land which he gave free to his son, for a multi-million ringgit profit. The 22,000 acres in question (8,800 hectares) is in Bijat Land District, Sungai Tisak. It is established Native Customary Rights Land belonging to Ibans, according to Sadia the Iban rights group. They say at least 15 communities will be affected by the acquisition of the land for oil palm plantation, however no warning has been given to these communities and no offer of compensation has been made. Is this what the State Government means by "more aggressive conversion" Local Iban people, who say that loggers moved into their area unannounced 4 months ago, have only just discovered the situation that is unfolding and they have reacted in fury. No one has informed them who the loggers are and they did not know about the involvement of Taib's sons in plans to convert their area to oil palm! One resident, who contacted Sarawak Report exclaimed "Imagine they are going to make millions of ringgit and the Dayak suffer!". The development comes just days after Minister James Masing on behalf of the State Government informed journalists that BN is planning a "more aggressive conversion" of Native Customary Rights Lands in Sarawak to oil palm plantation. This, despite international condemnation of the destruction of the environment and the illegal abuse of the human rights of the Dayak. If they win the next election BN plan to DOUBLE the area of oil palm to 2 million hectares by 2020. Abu Bekir (Taib's son) is the main shareholder of Titanium Management




Clear corruption
It is clear who is going to make the money from this land deal and so-called 'development'. It is not for nothing that the local people have been kept in the dark about the whole plan that was hatched in the Land Survey Department, which Taib Mahmud controls as Minister of Planning and Resource Management. As long ago as December 2008 the land was officialy handed to Titanium Management Sdn Bhd, a company that is mostly owned by his son and a well-known business crony of his, Chris Chung, which has been involved in numerous scandals over state contracts in recent years. This large area of valuable land was given to Taib's son in returned for an unspecified "payment in kind"! Such 'payments in kind' are a favourite method of doing business between the Sarawak government (run by Taib) and his own family members and it means that no payment has been properly identified. Effectively this NCR land belonging to the Ibans was given for free and without compensation, unless the Taibs can come up with a convincing explanation!

Disgraceful attempts to make a fat profit
Experienced businessman? Mahmud Abu Bekir Taib
Titanium's Manager, the above mentioned Mr Chris Chung, is now known to be attempting to hawk the land to the Malaysian Government body FELCRA. Sarawak Report would like to ask if this is what is meant by 'applying for Federal Government assistance to develop land in Sarawak' that BN's James Masing also referred to in his announcement? In which case all the Federal money will go to Taib's son and his crony alone. Chung is believed to be asking FECRA for at least RM 3,200 per acre, but is trying to secure RM 4,200 per acre. This would make a windfall profit to Titanium Management's shareholders of between RM 70 million and RM 93 million! All for land they were handed for free by Daddy! This may be a case of 'Kind Papa' looking after his kids, but it is also a case of a cruel, ruthless and greedy despot grabbing land from his people to hand to his own already wealthy family. Taib said recently "I have more money than I can ever spend, so I leave it to my children to look after". Why must he then continue to rob his people?

This is happening all over Sarawak and BN plans to double the land it takes
The pattern of activity here, right by the town of Sri Aman, has been repeated countless times all over Sarawak. Nicholas Mujah from Sadia, when notified of this particular case by Sarawk Report confirmed that to take Native Customary Land in this way without notification is an abuse of the law. Indeed it is only later this morning (Thursday) that 16 Headmen are due to meet officials at the District Land Office, after being summoned just two days ago by letter. The Headmen were given no inkling in their letter of what they have been summoned for but they suspect that it relates to this removal of their land. If so the notification has come more than two years AFTER the deed has officially taken place! On the other hand, our information suggests that Taib's son has yet to succeed in closing his deal with FELCRA, most likely because he and his business partner have been too greedy in the price they are asking. If this is the case there may still be a chance for the Ibans to frustrate what has clearly been an illegal transaction! In similar deals, Taib's family have been very quick to sell on their shares and take their profits along with some shares in the subsequent plantation business. On this occasion, faced with such exposure, the buyers may feel wary of proceding.

Likelihood of a bitter battle ahead
Soon to be taken for another oil palm plantation
Certainly, there is every sign that the Ibans of Sri Aman will not take this land grab lying down. Community leaders indicated, on discovering the situation today on Radio Free Sarawak, that they will fight the development. The offices of the opposition PKR leader, the human rights lawyer Baru Bian, is already handling similar land rights cases in the Sri Aman area and this one is likely to join 200 which they are now representing through the courts. Recently decisions have been going against the Chief Minister and his Government in the wake of a key ruling in the Federal Courts that recognised the land rights of the people. Caught red-handed and in the middle of his sneaky transaction to enrich his family, this will be a particularly difficult and embarrasing situation for the Chief Minister to attempt to argue his way out of. But the likelihood is that he will as usual react by saying nothing at all!

PS: Beginilah kehidupan pemimpin BN dan keluarga mereka dimana mereka hanya memperkayakan diri mereka serta keluarga mereka saja tanpa memperdulikan nasib rakyat marhaen. Hampir semua tanah2 di Sarawak telah dirampok mereka secara halus tanpa di ketahui oleh rakyat marhean. Mereka membahagi2kan tanah2 di Sarawak macam harta bapa mereka. Bah mari kita ubah sekarang sebelum terlambat. Sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT untuk mengambilkan semula hak2 kita semua.

Di Sebalik Keindahan Bandaraya Miri Ada Rakyat Yang Masih Menumpang Di Tanah Sendiri

Posted: 15 Dec 2010 05:22 AM PST

Lihatlah pada gambar dibawah ini PAS kawasan Miri bersama YB Dr Zulkifly Ahmad berkesempatan membuat tinjauan di tapak kebakaran yang berlaku di sebuah penempatan dipinggiran sungai Miri. Apa yang sedihnya nasib penduduk kampung terbabit sudah jatuh di timpa tangga... sudahlah rumah mereka terbakar nak mohon tanah lot pun susah...

Lawatan YB Dr Zulkifly Ahmad yang pertama kali datang ke Bandaraya Miri bersama Pas kawasan turut berkunjung ke kawasan DUN Sanadin, Pujut dan juga kawasan Piasau utara untuk mendekati penduduk-penduduk yang tinggal dalam keadaan yang agar menyedihkan. Mereka masih lagi belum mendapat atau memiliki tanah sendiri walaupun sudah tinggal dalam bandar Miri hampir 30 tahun tapi masih lagi menumpang di tanah kerajaan.


Menurut salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai Miri mereka sudah banyak kali memohon tanah lot untuk membina rumah yang berstatus tetap atau memohon grant tanah tapi sentiasa diberi berbagai-bagai alasan oleh pihak yang berwajib seperti 'Land and Survey' kununnya mereka tidak layak untuk mendapat tanah lot yang berhampiran dengan sungai. Apabila kroni-kroni BN atau pihak swasta yang memohon dengan mudah sekali mereka mendapat tapak untuk membina perumahaan yang harganya sudah tentu mahal dan sukar untuk rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah untuk membelinya, jadi inilah yang dikata yang kaya bertambah kaya yang miskin hidup menderita dan merana kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang daif lagi susah.

Lihatlah apa yang berlaku berapa bulan yang lalu dimana beberapa buah rumah yang terbakar dipinggiran sungai Miri tidak lagi dibenarkan mendirikan rumah mereka ditapak kebakaran tersebut dengan alasan sudah tidak sesuai lagi untuk membina dalam kawasan tersebut.

Menurut penduduk kampung terbabit mereka terpaksa membina rumah sementara di tepi sungai sebab tapak rumah yang terbakar tersebut sudah dilarang oleh pihak berwajib untuk membinanya semula, sudahlah rumah terbakar ada yang meninggal dunia semasa kebakaran tersebut, kerajaan BN langsung tidak perihatin tentang masalah penduduk kampung tersebut. Mereka sudah banyak kali memohon bantuan dan juga meminta agar tapak tanah yang mereka sudah diami itu hampir 30 tahun sampai sekarang belum dapat grant tanah lagi.

Mengapa kerajaan tidak mahu atau susah sangat nak bagi grant tanah kepada rakyat marhaen? Adakah tanah atau kawasan tersebut sudah dimiliki oleh kroni2 atau syarikat2 swasta yang mempunyai kepentingan dengan BN?

Fikir2lah wahai rakyat Sarawak, dimana hak kamu sebagai peribumi tanah sendiri susah sangat untuk mendapat hak kamu untuk hidup senang tanpa gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah menyalahgunakan kuasa. Adakah kita sanggup bertuankan orang yang tidak bertanggungjawab serta tidak amanah ini terus berkuasa?

Sedarkah tuan2 semua bahawa kita sudah kehilangan hak keatas tanah kita sendiri? Dimanakah maruah kita kalau kita masih lagi sanggup bertuan dengan mereka ini.Mereka menipu kita dengan janji2 kosong semasa pilihanraya sesudah selesai pilihanraya mereka akan jadi angkuh semula dengan rakyat yang menyokong mereka selama ini. Kalau tidak percaya lihat saja berapa kali sudah pilihanraya BN berjanji akan menyelesaikan masalah rakyat seperti kemudahan api elektrik, bekalan air bersih,jalanraya yang bertar, peparitan yang teratur serta lain2 lagi keperluan asas rakyat. Semuanya tinggal janji kosong. Kalau ada pun kemudahan tersebut hanya di tempat2 tertentu saja dimana pembangkang selalu bersama rakyat menyuarakan masalah mereka tetapi di tempat dimana kawasan BN kuat dan mudah untuk mendapat undi rakyat kawasan tersebut agar mundur sebab BN tahu samaada diberi atau tidak rakyat kawasan tersebut tetap juga mengundi BN sebab bagi mereka BN ini macam tuhan mereka. Kalau tidak sokong BN segala2nya akan hilang, hidup susah, tidak ada sekolah, tidak ada jalanraya, seolah2 semuanya akan hilang bila mereka tidak menyokong BN. Inilah yang disukai oleh BN sebab itu mereka suka melihat rakyat marhaen terus mundur dan tidak ada kemudahan asas seperti internet agar rakyat tersebut tidak dapat maklumat terkini.

Bah mari kita sama-sama berpakat sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT untuk merubah dari kerajaan zalim BN kepada kerajaan berkebajikan rakyat PAS dan PAKATAN. Semoga hidup kita berkat dan selamat.INSYALLAH

Kuasa Ketiga Mampukah Menukar Kerajaan BN?

Posted: 15 Dec 2010 03:07 AM PST

Mampukah Kuasa Ketiga Ubah Politik Negara?
Shaharul Shafie
Hari ini kita digemparkan apabila secara rasminya blogger yang penuh kontroversi, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK mengumumkan buat pertama kalinya nama seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar sebagai antara calon 'beliau' yang bakal mewakili pihak Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya umum akan datang. Bukan itu sahaja, RPK yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) selama ini dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menukar pendirian. Malah PRK sendiri dilihat mengemudi pembentukan Kuasa Ketiga dari dalam buangan sukarelanya di London melalui penubuhan Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM). RPK dikatakan kecewa dengan keadaan dalaman PKR hari ini apabila Datuk Zaid Ibrahim yang juga rakan baiknya telah dilihat beliau sebagai 'mangsa keadaan' kepada percaturan politik Anwar. Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya apakah itu Kuasa Ketiga atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai "Third Force" di dalam arus politik nasional hari ini.

Apakah itu politik 'Kuasa Ketiga'?
Kuasa Ketiga adalah satu kumpulan politik berbentuk kepartian dan kesepakatan yang ditubuhkan bagi mewakili satu kumpulan yang besar lagi berpengaruh yang berkongsi arah tuju perjuangan politik di peringkat nasional. Perjuangannya adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh dua kuasa politik yang pertama itu. Kuasa Ketiga mampu merubah lanskap politik dengan menjadi kuasa penentu kepada pembentukan sesuatu kerajaan selepas pilihanraya. Dalam konteks Malaysia, dua kuasa pertama yang dimaksudkan ialah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kuasa Ketiga yang digembar-gemburkan wujud di Malaysia ini adalah satu kumpulan politik beraspirasi baru yang bakal memberi tekanan kepada kedua-dua kuasa yang sedia ada terutamanya dari segi merebut undi di dalam satu-satu pilihanraya sama ada ia pilihanraya umum ataupun kecil. Lazimnya, pemimpin kumpulan Kuasa Ketiga ini adalah meliputi mereka yang pernah berada dalam dua kumpulan sebelum ini tetapi kerana kecewa dan perjuangan politik yang berbeza menyebabkan mereka membentuk pakatan baru. Selain itu, Kuasa Ketiga juga semakin menempa tempat di hati para pengundi di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom (UK), pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah kebanyakannya akan terjun menjadi pemimpin Kuasa Ketiga di negara masing-masing. Kuasa Ketiga yang boleh dikategorikan sebagai sangat berjaya adalah yang wujud di UK. Kita akan berbicara tentang Kuasa Ketiga di luar Malaysia nanti.

Kenapa wujud Kuasa Ketiga di Malaysia?
Kewujudan Kuasa Ketiga di Malaysia disebabkan oleh faktor kelemahan oleh BN dan PR. Ramai yang berada di dalam Kuasa Ketiga ini berasa kecewa atau tidak berpuashati dengan cara pengurusan perjuangan dan idealisma politik oleh parti masing-masing yang memaksa mereka meninggalkan parti. Sebagai contohnya, kelemahan dan ketelusan di dalam PKR telah menyebabkan ungkapan Kuasa Ketiga hari ini semakin menonjol. Ramai yang melaporkan tidak dapat menerima apa yang dikatakan berlakunya 'dinasti Anwar' di dalam PKR yang sepatutnya menjadi satu wadah perjuangan rakyat marhaen apabila anaknya sendiri, Nurul Izzah Anwar terpilih menjadi Naib Presiden pada usia yang muda. Ada juga yang tidak berpuashati dengan perjalanan pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini dan ada juga melihat kelemahan PKR di dalam pentadbiran sebagai kerajaan terutamanya di negeri Selangor. Sebenarnya, kemunculan Kuasa Ketiga di dalam negara banyak disebabkan oleh kepincangan di dalam PKR dan kurang disebabkan oleh masalah-masalah dalaman parti-parti komponen PR yang lain iaitu PAS dan DAP. Tetapi tidak dinafikan bibit-bibit permulaan Kuasa Ketiga ini sebenarnya sudah lama bermula dan ia berasal dari kelemahan UMNO dan parti-parti komponennya yang lain di dalam BN seperti MIC.

Perkasa Kuasa Ketiga?
Bercakap mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), kita boleh katakan Perkasa mempunyai kriteria untuk dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga tetapi tidak sepenuhnya. Ini adalah kerana penubuhan Perkasa hanya dibuat sebagai NGO dan mengelak membentuk kuasa kepartian. Membentuk parti adalah syarat utama bagi dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga. Ramai yang berpendapat bahawa Perkasa dilihat mampu membentuk Kuasa Ketiga tetapi hanya jika UMNO sendiri menjadi lemah.
Saya boleh mengagak bahawa Perkasa sebenarnya mempunyai cita-cita menjadi parti politik Melayu. Lebih-lebih lagi apabila dipimpin oleh ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali dan mendapat sokongan kuat daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti mana yang kita sedia maklum, penubuhan Perkasa dibuat semasa UMNO dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dan semua maklum bagaimana buruknya hubungan Pak Lah dengan Tun Dr. Mahathir. Sokongan Tun Mahathir kepada Perkasa adalah sebagai memberi tekanan kepada Pak Lah.

Maka, Perkasa dibentuk terlebih dahulu menjadi NGO bagi memberi peluang kepada UMNO untuk mengukuhkan dirinya semula. Kini apabila tampuk UMNO dipegang oleh Datuk Seri Najib Razak dan perpaduan di dalam UMNO dapat diperbaiki maka Perkasa dijangka tidak akan meneruskan cita-citanya di dalam menceburi politik secara rasmi. Namun begitu, daripada maklumat yang boleh dipercayai, walaupun Tun Mahathir mulai senang dengan kedudukan UMNO sekarang di bawah Najib, beliau didakwa masih mengaturkan kemungkinan tetap adanya calon Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya akan datang yang disokong oleh Perkasa secara lembut. Beliau dikatakan berbuat demikian sekadar untuk mengukur sejauh mana kekuatan UMNO selepas era-Pak Lah. Wallahualam.

Satu lagi contoh jelas Kuasa Ketiga yang muncul dalam tiga tahun lepas ialah Hindraf dan Human Rights Party (HRP) yang disebabkan dakwaan kegagalan MIC sebagai wakil masyarakat India di dalam kerajaan BN di dalam memperbaiki mutu kehidupan masyarakat itu sejak merdeka. Malah, Hindraf juga tidak percaya kepada kemampuan PR bagi memperjuangkan mereka dan keadaan ini amat sesuai untuk kita takrifkan sebagai satu contoh kewujudan 'komponen' terawal Kuasa Ketiga di negara kita. Oleh kerana masyarakat India adalah kecil maka kewujudannya tidak dapat dirasai sebagai cabaran atau tekanan kepada BN dan PR sebagai kuasa yang mampu mengurangkan majoriti mereka di dalam satu-satu pilihanraya. Meskipun pengundi Cina menolak parti MCA dan Gerakan semasa pilihanraya yang lepas, mereka bersepakat menyokong DAP yang secara tidak langsungnya memberi kekuatan kepada PR keseluruhannya. Faktor kekuatan DAP yang masih dilihat sebagai alternatif parti kaum Cina menyebabkan Kuasa Ketiga tidak wujud secara jelas di dalam masyarakat Cina. Jika adapun, segelintir pemimpin kurang penting dari Gerakan dan parti-parti berteras kaum Tionghua di Sarawak yang membentuk sebuah parti baru yang dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada tahun lepas. Kekuatan PCM tidak signifikan untuk membentuk Kuasa Ketiga. Sepertimana pentingnya kuasa politik Melayu menentukan kerajaan di negara ini kepada BN dan PR, ia juga amat penting kepada Kuasa Ketiga. Dengan adanya Hindraf/HRP dan PCM yang mewakili India dan Cina masih tidak mampu mengukuhkan Kuasa Ketiga. Episod terkini dalam politik tanah air di dalam PR yang menyebabkan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti dan berjanji membentuk parti baru pastinya kesempatan yang dilihat bagus bagi mengukuhkan Kuasa Ketiga.

Kuasa Ketiga tidak semestinya parti serpihan
Mungkin ada antara kita yang berpendapat Kuasa Ketiga ini adalah kumpulan serpihan daripada BN dan PR. Mungkin ada kebenarannya hakikat itu tetapi perlu dijelaskan sekali lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Kuasa Ketiga juga merupakan mereka yang tidak pernah pun menyertai BN dan PR tetapi terlibat di dalam NGO-NGO dan berpandangan yang tidak sehaluan sama ada dengan perjuangan BN dan PR. Sepertimana Zaid yang kini dilaporkan sudah menyertai sebuah parti dorman iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan dijangka menjadi Presiden terbaru AKIM tidak lama lagi, kita tidak boleh menyebut AKIM sebagai parti serpihan kerana parti itu telah wujud sejak tahun 1995. Jika Zaid membuka parti baru mungkin parti berkenaan boleh disebut sebagai serpihan. Namun begitu, untuk mendefinisikan Kuasa Ketiga, isu parti serpihan tidak timbul sama sekali. Untuk Kuasa Ketiga sama ada sebagai sebuah parti (tidak kira batul-betul baru atau serpihan) atau sebuah lagi gabungan parti-parti, mereka perlukan sekurang-kurangnya 20 peratus sokongan daripada undi rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk mengatakan wujudnya Kuasa Ketiga secara sepenuhnya di Malaysia hari ini masih terlalu awal. Ini kerana kita belum lagi melalui satu proses pilihanraya umum untuk mengukur sejauh mana mereka yang mendakwa menjadi Kuasa Ketiga ini mampu mengaut 20 peratus undi popular bagi melayakkan mereka menggunakan istilah tersebut.

Sejarah Kuasa Ketiga di dunia Barat
Di negara-negara maju di Barat dan mengamalkan demokrasi, kewujudan Kuasa Ketiga sudah mula wujud selepas era Perang Dingin. Seperti yang penulis sebut awal-awal mengenai kelemahan sistem dua parti yang membuatkan rakyat jelik dan kecewa dengan dasar-dasar kedua-dua parti utama inilah menyebabkan kewujudan Kuasa Ketiga. Selain itu, antara pelopor Kuasa Ketiga di rantau sebelah sana yang mulai mendapat tempat telah dimulakan sebagai parti pencinta alam sekitar.
Mungkin anda pernah mendengar nama parti 'Green'. Parti-parti berhaluan alam sekitar banyak ditubuhkan di beberapa negara di dunia Barat. Namun begitu, di Amerika Syarikat, parti Green masih dilihat sebagai 'pilihan' ketiga kepada pengundi tetapi masih belum layak disebut sebagai Kuasa Ketiga. Ini kerana kemampuannya mengutip sebilangan peratusan undi popular masih di peringkat yang rendah. Parti-parti seperti Republikan dan Demokrat masih lagi dianggap teguh dan dipercayai di dalam masyarakat yang mengamalkan sistem dua parti yang kukuh itu.

Contoh yang terbaik adalah di United Kingdom (UK). Semasa pilihanraya umum UK pada pertengahan tahun ini, tiada satu parti pun yang memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Sepertimana yang anda sedia maklum, gergasi politik atau Kuasa Pertama dan Kuasa Kedua di UK adalah parti Buruh dan parti Konservatif. Dewan Rakyatnya yang dikenali dengan nama House of Commons mempunyai 650 kerusi dan parti yang boleh membentuk kerajaan memerlukan 326 kerusi sebagai majoriti mudah.

Di dalam pilihanraya tersebut, kedua-dua parti itu gagal memperolehi jumlah mudah tersebut. Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron (kini Perdana Menteri) memperolehi 306 kerusi manakala parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Gordon Brown pula mendapat 258 kerusi. Untuk membentuk kerajaan di dalam keadaan yang diistilahkan sebagai 'Parlimen Tergantung', mereka perlu mencari mana-mana parti lain atau Bebas yang memenangi kerusi untuk bergabung dan membentuk kerajaan. Akhirnya, sebuah lagi parti yang layak ditakrifkan sebagai Kuasa Ketiga iaitu parti Liberal Demokrat dengan 57 kerusi akhirnya bersetuju bekerjasama dengan parti Konservatif bagi membentuk kerajaan. Dalam lain perkataan, dengan keperluan yang teramat sangat ke atas Liberal Demokrat oleh Konservatif dan Buruh menunjukkan kepada kita betapa kuatnya pengaruhnya sebagai satu kuasa. Selain itu, Liberal Demokrat yang memperolehi hampir 23% undi popular semasa pilihanraya tersebut dan ini turut melayakkan partinya dianggap sebagai Kuasa Ketiga yang menggugat kemampuan parti Konservatif dan Liberal di dalam membentuk kerajaan bersendirian. Ini adalah satu kes yang jelas bagi menggambarkan keadaan sebenar politik tentang Kuasa Ketiga.

Konsensus Bebas di Parlimen bukan Kuasa Ketiga
Di Malaysia, kita ada sekumpulan ahli Parlimen yang berstatus Bebas dan kesemua mereka ini adalah bekas ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti tersebut kecuali Ibrahim Ali. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Konsensus Bebas' dan mendakwa mereka adalah Kuasa Ketiga. Bagi penulis, bagi memperolehi status Kuasa Ketiga tidak semudah itu kerana mereka tidak membentuk satu ikatan yang formal yang membolehkan mereka menjadi sebuah parti politik. Malah sebagai 'Bebas' dengan sendirinya meletakkan mereka 'di atas pagar' politik. Dalam pilihanraya UK yang lalu juga, mereka yang tidak menyertai Liberal Demokrat dan menang atas tiket parti lain seperti parti Green, parti-parti wilayah seperti Plaid Cymru di Wales dan Parti Kebangsaan Scotland untuk Scotland serta parti Bebas. Mereka ini seramai 37 ahli parlimen yang tidak berstatus Kuasa Ketiga.
Jika mereka (Konsensus Bebas di Malaysia) mempunyai ideologi yang sama secara sahsiahnya mereka bukan lagi berstatus 'Bebas'. Untuk menjadi ahli parlimen Bebas, setiap daripada mereka tidak boleh nampak bersama dan berkaitan antara satu sama lain di dalam tindakan dan wadah perjuangan mereka. Oleh itu, dengan mengatakan Konsensus Bebas sebagai Kuasa Ketiga adalah salah dan berangan-angan menjadi Kuasa Ketiga sebagai pakatan bersama-sama mereka juga sudah menyalahi etika sebagai mereka yang ditakrifkan sebagai ahli parlimen yang benar-benar 'Bebas'.

Sejauh mana kemampuan 'Kuasa Ketiga' dalam PRU-13?
Sepertimana yang saya ada ulas awal tadi bahawa mereka yang mendakwa mereka sebagai Kuasa Ketiga masih belum lagi sah atau layak memiliki pengiktirafan berkenaan. Mereka perlu melalui perjalanan pilihanraya untuk melihat sama ada mereka berjaya menawan lebih 20 peratus undi popular sebagai syaratnya. Namun begitu, saya jangkakan pilihanraya umum ke-13 nanti akan memberi satu perbezaan jika dibandingkan dengan pilihanraya umum ke-12 terutamanya kewujudan calon-calon yang akan bertanding menentang calon-calon BN dan PR di dalam sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri nanti.
Mungkin terlalu awal untuk menyangka akan kemampuan mereka untuk bertanding dalam tiga penjuru di kesemua kerusi Parlimen dan DUN di negara ini. Mungkin mereka akan memilih lokasi yang sesuai yang tepat dengan jangkaan jumlah pengundi yang menyokong perjuangan mereka. Kawasan yang terbaik untuk mereka menentang BN dan PR adalah di kawasan-kawasan Melayu bandar (terutamanya di Lembah Kelang) dan juga kawasan tumpuan utama pemimpin PR dan BN seperti Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Gombak. Saya berasa yakin tiada calon 'Kuasa Ketiga' di kawasan penempatan calon Cina. Ini adalah kerana berdasarkan senario politik hari ini, DAP masih mampu menguasai sentimen dan undi-undi pengundi Cina. Selain itu juga, kawasan-kawasan luar bandar juga tidak sesuai untuk mereka ini mencuba nasib kerana sentimen Melayu di kawasan ini adalah masih selesa dengan perjuangan UMNO dan PAS.

Dalam kata lain, calon-calon Kuasa Ketiga ini patut lebih selesa meletakkan calon di kawasan yang kini diduduki oleh ahli Parlimen PKR. Ini adalah kerana penonjolan Kuasa Ketiga hari ini adalah hasil daripada konflik dalaman yang melanda PKR sejak pemilihan parti yang baru lepas. Dijangkakan juga beberapa ahli Parlimen PKR sendiri yang dilihat rapat dengan Zaid yang ada sekarang mungkin membuat kejutan meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon 'Kuasa Ketiga'. PRU-13 boleh menjadi gelanggang pertama golongan yang mendakwa 'Kuasa Ketiga' yang pertama di Malaysia ini mencuba nasib dan mencari pengalaman berpilihanraya. Namun begitu, amat sukar bagi mereka untuk mencapai kedudukan seperti parti Liberal Demokrat di UK yang dipimpin oleh Nick Clegg yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri UK hasil rundingan perkongsian kuasa dengan Konservatif yang memperolehi lebih 20 peratus undi popular di seluruh UK. Mungkin pada awalnya, Kuasa Ketiga di Malaysia ini akan hanya dianggap pengacau undi tetapi dengan manifesto perjuangan yang mantap, telus dan usaha bersungguh-sungguh mampu membolehkan mereka mencapai tahap seperti Liberal Demokrat di UK.

PRK Batu Sapi permulaan Kuasa Ketiga?
Pilihanraya kecil di Batu Sapi boleh diambil contoh sebagai permulaan kepada episod Kuasa Ketiga itu. Di dalam PRK tersebut, tiga parti yang bertanding ialah PBS(BN), PKR(PR) dan SAPP. SAPP boleh diibaratkan sebagai Kuasa Ketiga dalam konteks kecil negeri Sabah. Namun begitu, keputusan yang memihak kepada BN dengan jelas sekali menang besar walaupun jumlah undi PKR dan SAPP dicampur masih belum dapat menandingi BN. Tetapi ini adalah satu permulaan kepada sesuatu yang lebih menjuruskan kepada kepentingan Kuasa Ketiga di masa hadapan sekiranya mereka memperolehi undi besar yang menakutkan calon BN dan PR.

Nasib Kuasa Ketiga hari ini tidak dapat ditentukan lagi. Keadaan mereka ini adalah bergantung kepada kemampuan PKR di dalam menjelaskan perkara sebenar dan mengaku kesalahan yang dilakukan agar nampak telus di mata penyokongnya dan rakyat yang menyokongnya supaya terus menyokongnya. Perlu diingatkan PKR dan PR tidak boleh menolak hakikat bahawa kemenangan mereka dahulu juga disebabkan oleh pengundi atas pagar dan juga ahli-ahli UMNO dan komponen BN yang lain yang mengundi protes. Jika BN sudah bersedia dan mantap kali ini, pastinya undi protes itu akan kembali semula kepada mereka. Senario politik negara kita masih sukar diramal tetapi PR terutamanya PKR masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memenangi hati rakyat semula.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com


PS: Pandangan diatas adalah pandangan peribadi penulis yang menulis artikel ini, walau apapun pandangan orang ramai terhadap PAS dan PAKATAN Rakyat yang lebih penting sekarang, kita perlu ada perubahan yang menyeluruh agar kita dapat menilai sendiri apakah kerajaan Baru PAKATAN RAKYAT lebih baik dari kerajaan BN. Bagilah peluang dulu kepada PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia barulah kita dapat menilai sendiri serta tahu sejauh mana keberkesanan kerajaan baru nanti yang bakal menganti BN. Adalah lebih baik kita mempunyai system dua (2) parti dimana semua parti2 kecil bergabung dengan parti yang sudah establish untuk menumbang kerajaan BN, sekiranya terlalu banyak parti2 kecil wujud, ini hanya akan memudahkan BN terus berkuasa, Jadi fikir2lah wahai rakyat Malaysia jangan disebabkan masalah peribadi kita berbalah sesama sendiri yang akhirnya BN akan terus berkuasa menindas rakyat yang perlukan perubahaan. Bah mari kita sama-sama berubah agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik bersama dengan kerajaan baru yang berkonsepkan Kebajikan untuk semua.

Khalid Samad

Posted: 15 Dec 2010 07:07 PM PST

Khalid Samad


Video: Najib Sahkan BN Terdesak

Posted: 15 Dec 2010 04:09 PM PST



Video ihsan TVPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Dec 2010 07:06 PM PST

Rembau Hari Ini


PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Posted: 14 Dec 2010 11:21 PM PST

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek "SEKOLAHKAN MEREKA" dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek "SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN" ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Dec 2010 03:29 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


AKHIRNYA PERKATAAN ISLAM DIBUANG OLEH DATUK ZAID

Posted: 15 Dec 2010 12:39 AM PST


ZAID IBRAHIM KETUA PARTI K.I.T.A.
Akhirnya selepas kecewa tak dapat undian banyak dalam PKR tiba-tiba Datuk Zaid Ibrahim berjaya Dilantik Sebulat Suara Sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (K.I.T.A) Nama Terbaru Parti A.K.I.M
Akhirnya parti A.K.I.M , parti yang timbul bila pilihanraya jer telah menukar nama baru bila Datuk Zaid menjadi ketua tiba-tiba(al-maklumlah beliau banyak wang) sanggup bekas ketua parti A.K.I.M membuang perkataan Islam yang diperjuangkan.

PETALING JAYA, 15 Dis - Bekas PengerusiParti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (foto) sebulat suara dilantik sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita), nama baru bagi Angkatan Keadilan Islam Malaysia(AKIM) pada Muktamar Agung Tahunan parti tersebut,hari ini. Beliau menggantikan Zakaria Salleh yang memberi laluan kepadanya menerajui parti itu.

Zakaria sebelum ini dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009. "Kita ialah parti berbilang kaum yang menghormati demokrasi rakyat", katanya dalam ucapan penggulungan beliau pada mesyuarat tersebut di Tropicana Gold Resort di sini.

PESAWAT TANPA IZIN MALAYSIA DI SURABAYA !

Posted: 14 Dec 2010 06:58 PM PST


Anak DS Najib ada bersama?

TNI menahan sebuah pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 di Bandara Juanda, Surabaya, Selasa (14/12/2010) siang. Pesawat membawa 81 orang dan sebagian besar adalah keluarga Kerajaan Melaka. Turut dalam rombongan tersebut adalah putra PM Malaysia Najib Razak.

TERKEJUT TEMAN, BURAQ ADA DI PULAU PINANG

Posted: 14 Dec 2010 06:35 PM PST


Wah Syarikat Petrol , Buraq Oil Pun Ada
Salam buat semua..
Hari Nie penulis memaparkan kedai minyak petrol , guna jenama Buraq Oil..dulu kedai ni kedai caltex...untuk makluman tua/puan adik kakak kedai buraq oil ini terletak di Utara Pulau Pinang...Abu luqman telah jalan jalan seluruh utara dan tengah Malaysia baru jumpa ni yang satu ..kalau tuan/puan adik kakak dah jumpa tak tahu le...Bagi tahu ye kat mana...mengikut tuan punya kedai Konsortium Syarikat Petrol ini nak buka 200 petrol pump kat Malaysia nie.. sape ada tanah boleh lah join.

BERITA BOCOR PANTAS ALTANTUYA VS NAJIB NAPA TAK KOMEN?

Posted: 14 Dec 2010 05:29 PM PST

WikiLeaks adalah dari perkataan Hawai 'Wiki' bermakna pantas dan leaks adalah bocor.
Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

Berikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
http://www.malaysiakini.com/news/150696

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Sebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Siti Zailah | Home

Posted: 15 Dec 2010 03:24 PM PST

Siti Zailah | Home


KETUANAN MELAYU

Posted: 14 Dec 2010 06:45 PM PST

Tsunami politik, Mac 2008, mengundang pelbagai tafsiran. Ada menyifatkan kecenderungan mengundi rakyat Malaysia sudah tidak lagi terkepung dan terkurung dengan sentimen perkauman. Isu-isu sepanjang kempen pilihan raya ke-12 itu menjangkau persoalan sejagat sehingga istilah "politik baru", yang popular semasa pilihan raya umum 1999, kembali diperkatakan. Pengundi semakin terbuka untuk membincangkan isu-isu penting dan kritikal, sekali gus memecahkan kepompong yang sengaja diwujudkan selama ini.

Umno-BN ternyata mudah panik dan menggelabah. Memang siapa pun tidak menyangka Pakatan Rakyat (yang dibentuk secara rasmi selepas pilihan raya itu) mampu mempamerkan prestasi sebegitu cemerlang. Paling ketara, pengundi bukan Melayu (serentak Cina dan India) menolak total BN (khususnya MCA dan Gerakan). Parti yang paling beruntung dan mendapat laba besar adalah DAP. Hampir semua calonnya menang.

Tanpa menunggu lama, api perkauman cuba dimarakkan kembali. Ternyata Umno ketandusan idea segar dalam usaha merebut negeri-negeri yang kecundang. Selama ini DAP memang ditohmah sebagai parti 'chauvinist Cina'. Formula lapuk Umno seperti yang termaktub dalam kurikulum BTN - membangkitkan emosi kaum demi survival BN. Melalui media yang dikontrolnya, terutama Utusan Malaysia dan siaran berita TV, "lagu lama" yang mendakwa kepentingan Melayu terancam di bawah kerajaan negeri Pakatan, didendangkan berulang kali.

Terbaru, melihat "keterlanjuran" Dr Wan Azizah Wan Ismail mengupas konsep ketuanan Melayu, semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden KeADILan dalam kongres nasional tahunan ke-7, Umno terus mengekspolitasi keadaan itu semaksimum mungkin. (Dalam teks asal dinyatakan, konsep "ketuanan Melayu" ini wajib dibakulsampahkan. Ramai merasakan ia boleh menimbulkan salah tafsir jika tiada penerangan terperindi dilampirkan). Berhari-hari serangan dilakukan secara bertubi-tubi, selain mengkritik proses pemilihan kepemimpinan KeADILan, yang dilihat ada kepincangan dan menimbulkan rasa tidak puas hati ahli-ahlinya dan calon-calon yang bertanding.

Dr Wan Azizah dalam ucapannya itu menyenaraikan kepincangan Umno, dan seterusnya merumuskan: "Para pemimpin Umno bukan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan taukeh-taukeh tertentu. ...Isu survival Melayu dan agama Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para konconya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini."

Dalam pada itu, tentulah tidak sukar untuk memalitkan wajah hodoh perkauman kepada DAP, dan langkah sasaran seterusnya adalah kepada KeADILan. Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim yang menjadi pencabar terhebat kepada hegemoni Umno-BN, menjadi target khusus. Imej Ketua Pembangkang itu mahu direndahkan ke peringkat "pengkhianat Melayu" yang sanggup "menjual" segalanya demi menggapai impian menjadi perdana menteri. Anwar sering dituduh bertindak seumpama sesumpah, yang akan bertukar rupa mengikut tempat, keadaan dan keperluan atau kepentingan! ... Ya, apa lagi istilah "jelik dan jijik" dan "sumpah-saranah" yang belum dihadapkan kepada Anwar?

BN memang diselamatkan oleh pengundi Melayu pada 2008. Sebahagian besar masyarakat bukan Melayu melakukan menggunakan sepenuhnya peti undi demi "mengajar BN". Perancang kempen BN mungkin menjangkakan, walaupun pelbagai "pembaharuan" cuba dilakukan Najib Razak untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun keberhasilannya cukup-cukup diragui. Jadi, BN tidak mahu terlepas daripada terus mendakap undi orang Melayu, dengan formula mudah, iaitu dengan terus menonjolkan imej sebagai "juara Melayu".

Jalan singkat adalah dengan mempamerkan situasi seolah-olah kepentingan orang Melayu begitu terancam dan tergugat. Melayu yang masih ketinggalan jauh (walaupun selepas diperintah BN lebih 50 tahun) digambarkan dalam kedudukan kritikal di negara sendiri. Sudahlah lemah, parti-parti politik di luar BN, khususnya DAP dan KeADILan, didakwa tidak pernah menjunjung hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu. Malah, parti-parti berkenaan ditohmah tidak mendokong peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan seumpamanya. PAS pula dilabelkan sebagai parti pak turut yang begitu lemah sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh KeADILan dan DAP.

Ditinjau kempen Umno-BN selama ini, apa yang berlaku itu sudah dapat diduga. Tengku Razaleigh Hamzah, semasa mengetuai Team B menentang Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan Umno, April 1987 dan ketika bersama PAS (membentuk Angkatan Perpaduan Ummah) dalam pilihan raya umum 1990, juga tidak terlepas daripada dilabelkan tuduhan hampir sama. Umno menyedari bahawa majoriti orang Melayu - yang masih ketinggalan dalam banyak bidang kehidupan di bawah pemerintahannya sejak merdeka - mudah dicuit emosi hanya dengan "menggilap" kembali pertuduhan palsu berkaitan isu perkauman.

Istilah ketuanan Melayu cuba dikaitkan dengan beberapa peruntukan yang terjamin dalam Perlembagaan seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Sebarang kritikan terhadap "konsep yang begitu dipolitikkan itu" akan dianggap sebagai suatu gerakan terancang untuk mengkhianati orang Melayu.

Keadaan serupa juga timbul apabila perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikritik. Walhal yang dipertikai adalah tipu-helah elit Umno untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya atas nama Melayu, sedangkan majoriti bangsa sendiri terus dihimpit kemiskinan dan kemelaratan. Apa kena mengena DEB dengan penganugerahan projek kerajaan yang begitu tinggi bidaannya kepada taukeh Melayu berbanding nilai lebih rendah yang ditawarkan pengusaha Cina misalnya? Mengapa khazanah negara mesti dibazirkan hanya untuk memuaskan nafsu serakah kontraktor Melayu kroni penguasa, yang kemudiannya sekadar menyumbangkan sedikit dana politik untuk kempen BN?

Tembelang pemimpin Umno terdedah semasa kempen mereka untuk meminda Perkara 181 Perlembagaan berkaitan imuniti Raja-Raja Melayu. Habis ditelanjang dan diganyangnya "perilaku negatif" sultan tertentu. Timbul pendedahan secara meluas di dada-dada akhbar tentang istana besar, kawasan balak dan gaya hidup mewah mereka. Benar, raja-raja juga tidak terlepas daripada kelemahan dan kesilapan, dan sesiapa pun tidak perlu mempertahankan gaya hidup orang istana yang melampaui batas. Soalnya, apakah kaedah yang dipilih Dr Mahathir Mohamad ketika itu merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan konflik?

Ku Li, dalam ucapannya sebagai Presiden Semangat 46, di Kota Bharu, pada 3 Januari 1993 mengulas hal ini: "Istana, kawasan balak dan kontrak diberikan oleh pemimpin Umno. ... Raja-Raja disuap dengan kemewahan supaya mereka lemah dan boleh diheret ke mana-mana. Raja yang lemah boleh diperas ugut bagi menyokong tindakan mereka pula.

Kita ingin tanya, sultan diberi 40 ribu hektar kawasan balak keran ia sultan, tetapi bagaimana pula kisah seorang Cina diberikan 1.5 juta hektar kawasan balak? Bagaimana pula dengan pulau, seperti Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang, atau pun bukit, seperti Bukit Bendera, Bukit Kiara dan Bukit Jalil yang diberikan kepada orang tertentu yang tiada kena mengena dengan sultan? Tanyalah kepada pemimpin Umno sendiri, siapakah yang memonopoli hartanah di Selangor dan Wilayah Persekutuan? Pulau-pulau, bukit-bukit dan hartanah ini jauh lebihj besar dan bernilai daripada istana-istana Sultan."

Ironinya, apabila Umno terdesak dan hampir kelemasan, terutama selepas menyedari rakyat mula menolaknya, maka antara yang mahu dipautnya adalah Raja-Raja Melayu. Pakatan Rakyat digambarkan seolah-olah bertindak tanpa adab mengetepikan prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan, termasuk merendah-rendahkan institusi Raja-Raja Melayu. Imiginasi pemimpin Umno dan media di bawah kongkongannya sungguh dahsyat sekali! Benda yang tidak wujud sengaja diada-adakan semata-mata untuk menghasut rakyat, terutama orang Melayu, untuk menolak Pakatan.

Apa pun, saya masih teringat penegasan Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno 2010: "Hak orang Melayu dilindungi sepenuhnya serta 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat ... seandainya mempunyai dua pertiga dalam Parlimen pun, ia tidak akan mampu mengubah setitik apa pun jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan Raja-Raja Melayu."

Jadi, apa yang perlu pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sibuk-sibuk sangat mengeksploitasi isu ketuanan Melayu ini, kan?

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 15 Dec 2010 03:24 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Nak segera bagilah dokumen - Bro Anwar

Posted: 15 Dec 2010 07:21 AM PST


Jamil Khir lupa amar maaruf Nahi mungkar

Anwar sokong minta campur tangan Agong

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang keluarga pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta campur tangan Yang Dipertuan Agong supaya menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan itu wajar disokong kerana sudah sampai masanya peranan institusi mahkamah diperbetulkan dan bebas daripada sebarang karenah birokrasi.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini.

sampai sekarang

"Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan.Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau juga berkata, kes beliau tidak harus dibezakan dengan kes-kes yang lain yang mana semua bahan bukti boleh dikemukakan.

"Pilih hakim yang benar, berani dan adil dan bebas dan pendakwa yang profesional, beri bahan bukti dan keterangan seperti mana dalam kes jenayah lain yang biasa.

"Dalam kes ini, inilah kali pertama di mana nota doktor disekat begini rupa dan bukti tidak dibawa, spesimen DNA sila kemukakan dan kita boleh segerakan," katanya.

Menteri Jamil Khir

Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamir Khir Baharom yang mebuat bantahan terhadap permohonan beliau supaya Saiful didakwa mengikut qazaf.

"Kedudukan mahkamah syariah jangan dikhianati oleh menteri agama Datuk Jamil Khir. Mengapa pendakwaan ditahan?

"Saya ada kertas pendakwaan tapi Datuk Jamil Khir,Menteri agama Umno mengkhianati tugas dan amanah ini dan mencemarkan nama baik mahkamah syariah dan kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama Wilayah Persekutuan.

menteri agama sekat

"Bolehkah seorang menteri Umno guna kuasa menyekat pendakwaan? Kalau betul nak guna jasa baik campur tangan Yang Dipertuan Agong, sila betulkan fitnah jahat pendakwaan di Mahkamah Sivil.

"Pendakwaan ditahan oleh menteri agama Umno yang sepatutnya faham agama dan Islam dan mahkamah syariah yang mendakwa kononnya merekalah tunggak yang mempertahankan syariah Islam," katanya.

April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Semalam Azlan Mohd Lazim menyerahkan surat luahan hati kepada YDPA untuk menarik perhatian baginda supaya kes yang dibicarakan disegerakan.

Mufti pertahan Tok Guru

Posted: 15 Dec 2010 06:59 AM PST


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.
Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.

yusri abimSalah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

NONEPensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz (kiri) kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.
"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?
"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Dec 2010 03:13 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KETUANAN MELAYU : TGNA MOHON RAJA MELAYU RUJUK AL-QURAN

Posted: 14 Dec 2010 05:17 PM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.
Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.
"Apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.
"Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku," kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan (gambar), ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.
"Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela," katanya lagi.

Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.
"Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t," soal Nik Aziz.

"Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah)," katanya.

LENSA DPPWM : CERAMAH DSAI TAMAN MELATI

Posted: 14 Dec 2010 04:51 PM PST

Terima kasih la pada polis kerana memberi permit untuk mengadakan ceramah DSAI walaupun pelbagai syarat yang mengarut dikenakan antaranya kawasan hendaklah di'tutup' dengan canvas supaya kelihatan seperti dewan serta ceramah hendaklah tamat sebelum jam 10.30 malam... siap buat road block lagi dan lek kon polis tepi jalan xnak kasi orang parking..... memang tali barut BN le depa nie...

Para petugas Unit Amal Wangsa Maju sedang menjaga lalulintas

nampak canvas yang dipasang keliling khemah... dah macam oven dok dalam tue...
YB Khalid antara yang berucap semalam... 5 minit je sebab nak bagi peluang kat DSAI berucap lak...

.....antara ahli parlimen yang turut hadir semalam ...
DSAI memulakan ucapan jam 9.50 mlm..
... petugas unit amal keja jaga DSAI takut puak SB menyerbu masuk tempat ceramah

puak-puak SB (siput babi) kelihatan selepas ceramah... depan pondok polis tmn melati

siap hantar polis satu bas nak kawal ceramah...
... DSAI pulang sekitar jam 11.00 malam...
petugas unit amal menikmati juadah setelah letih bertugas mengawal polis yang banyak... apapun jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan ceramah semalam

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 15 Dec 2010 01:26 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Fobia kematian seorang "First Lady....!"

Posted: 15 Dec 2010 09:56 AM PST

Pelik sungguh dunia ni.

Apa tidaknya?

Menurut mahkamah di Malaysia, didapati bersalah 2 orang bekas anggota polis kerana tuduhan membunuh seorang wanita jelita dari Monggolia.

Macam mana orang masih tak percaya dengan keputusan mahkamah Malaysia ni, akupun tak faham?

Lebih pelik lagi, orang lebih percaya laporan Wikileaks mengenai pembunuhan wanita Monggolia dari apa yang diputuskan oleh Mahkamah Malaysia. Sebahagian orang yang berkerja di Mahkamah Malaysia juga tidak percaya dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah tempat mereka berkerja.

Mungkin Wikileaks ada bukti kukuh? Wallahu'alam.

Dalam zaman moden serba canggih ni, mungkin dengan teknologi satelit, ketika saat wanita Monggolia yang jelita itu diletupkan...mungkin ada rakaman yang disimpan oleh para perisik CIA ataupun KGB. Ouch...sungguh mengerikan.!!

Mungkin atas dasar itu, perkataan seperti oportunis, Altantuya dan incompetent telah diharamkan dari Parlimen Malaysia? Maka sesiapa jua yang mengutarakan perkataan2 itu, makanya mereka akan digantung dari Parlimen Malaysia secara otomatis. He he...

Mungkin perkataan2 itu juga akan dikeluarkan dari buku teks mata pelajaran sejarah di negara ini.

Makanya, mana2 rakyat Malaysia yang mahu mengucapkan perkataan2 itu mungkin pada masa akan datang perlu membuat permohonan rasmi dari pihak2 berkuasa di negara ini. Namun susah juga ya... sebab apabila kita memohon untuk menyebut perkataan2 itu, kita terpaksa mengucapkan perkataan2 tersebut.

Hingga ke situ rupanya fobia BN atas kematian seorang yang ada potensi menjadi First Lady kerana kejelitaannya. Wow!!

Golongan muda sebagai kuasa ketiga

Posted: 15 Dec 2010 09:55 AM PST


Konvensyen Pakatan Rkyat pada 19 Disember ini sangat wajar memberikan perhatian kepada trend pemikiran anak muda dalam perkembangan politik tanah air dan trend pengundi atas pagar, yang dipanggil 'Kuasa Ketiga', selain isu lain.

Trend itu ialah: Pertama, trend pemikiran anak muda masa kini yang dilihat sangat kritikal terhadap parti pemerintah atas beberapa sebab.


Kedua, kemunculan apa yang dipanggil 'Kuasa Ketiga' iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang.

Golongan atas pagar yang baru ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Dua perkembangan terbaru dalam arena politik di Malaysia ini sangat wajar diberikan perhatian oleh Konvensyen Pakatan Rakyat nanti kerana ia tentunya mempengaruhi keputusan PRU Ke-13 nanti.

Dengan itu konvensyen ini wajar melihat secara objektif akan hal ini dan bagaimana menanganinya dengan bijaksana.

Penulis politik terkenal, yang juga Ketua Pengarang Harakah dalam satu tulisannya di Harakahdaily baru-baru ini mengulas mengenai  trend anak muda sekarang. Beliau menulis bahawa demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik.

Menurutnya, penyertaan pro-aktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatiannya.

Tanpa kehadiran mereka, kata Lutfi, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk. Saya amat bersetuju dengan pandangan Lutfi bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik.

Kata Lutfi lagi, selain merumuskan deraf manifesto awal Pilihan Raya Umum Ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan.

Bagi saya, perkembangan dan suasana politik baru di Malaysia menuntut kebijaksanaan yang sungguh-sungguh dari pemimpin  dan warga Pakatan Rakyat seluruhnya, terutama hasil dari kehadiran pelbagai media baru melalui internet dan media cetak alternatif.

Suasana tentunya sungguh berbeza dengan trend politik ketika PRU Ke-12 di tahun 2008 dulu. Ini semua, antaranya,  disebabkan Umno/BN cuba 'bangun' kembali dari kekalahan teruknya dulu, isu perkauman yang begitu disemarakkan oleh golongan berkepentingan.

Juga tidak dapat dinafikan mengenai persepsi orang ramai kesan dari krisis yang melanda PKR – walaupun kini sudah reda, juga isu pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat serta beberapa isu lain.

Dengan itu Pakatan Rakyat, pertamanya perlu memberi perhatian sungguh-sungguh kepada golongan muda justru pengaruh mereka menyerlah kembali.

Golongan muda dan 'Kuasa Ketiga' ini mungkin boleh menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka ini sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Bagi kedua golongan ini mereka hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, kurangnya potensi – atau tidak berpotensi sama sekali - untuk melompat, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Juga calon yang bukan  menjadi 'tukang sorak' semata-mata di Dun atau Dewan Rakyat.

Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan atas pagar yang baru ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mereka ini adalah 'pengundi mainoriti', tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya.

Seperti dikatakan tadi, kedua-dua golongan ini sangat terdedah kepada pelbagai maklumat dan sama sekali bukan 'pelanggan' media tradisional baik akhbar ataupun TV. Mereka golongan yang berfikir dan terbuka.

Mereka hanya mengundi calon yang boleh membawa negara ini benar-benar mengamalkan demokrasi dan adil, bersih dari segala bentuk rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya serta mereka mahukan negara ini bebas dari elemen perkauman dan kelompok.

Oleh itu jika Pakatan Rakyat dapat memberikan jaminan dan menunjukkan kemampuan melaksanakan idealisme mereka ini, tidak syak lagi kedua golongan ini akan memberikan undi kepada mereka.

Di samping itu, Pakatan mestilah juga memberi perhatian sungguh-sungguh kepada pengundi tegar PAS, DAP dan PKR selama ini supaya mereka tidak lari dan dalam masa yang sama rakyat mahukan jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen sungguh-sungguh melaksanakan sebuah kerajaan yang terbaik untuk rakyat jika menang.

Sementara itu, adalah sesuatu yang tepat keputusan PAS melarang semua pihak memberi kenyataan, ulasan dan sebagainya mengenai isu negara Islam.

Kepada saya semua pihak juga perlu berhenti dari menimbulkan isu timbalan perdana menteri jika Pakatan berkuasa serta isu yang memperlihatkan perbezaan pendapat di antara pemimpin dalam dalam Pakatan, isu perkauman dan lain-lain.

Kenyataan yang keluar selama ini, walaupun tidak selalu, banyak mencederakan kewibawaan Pakatan Rakyat justru ia menjadi 'bola tanggung' kepada pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah semua parti dalam Pakatan memberikan tumpuan serius kepada PRU Ke-13 dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melayani masalah dalaman berlarutan.

Inilah persoalan dan hala tuju yang sangat wajar difikirkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ini. Agenda, usul, rumusan dan rangka bertindak Konvensyen ini sewajarnya tepat dan bijaksana justru rakyat sedang menanti hasilnya

"Teruskan siasatan MAS ekoran penemuan petunjuk baru" – Salahuddin

Posted: 15 Dec 2010 09:54 AM PST

salahuddin-ayub Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan untuk membongkar dalang di sebalik kerugian RM8 bilion MAS ketika di bawah Pengerusinya Tan Sri Tajuddin Ramli.
Beliau yang juga ahli parlimen Bachok gembira apabila dihubungi oleh SPRM bahawa suruhanjaya itu menemui petunjuk baru dalam siasatan kes tersebut.

"Kes ini telah saya perjuangkan sejak tahun lalu termasuk membangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat. Saya juga menulis surat kepada
MAS, polis dan SPRM sehingga ada yang berkata usaha saya akan menjadi sia-sia.
"Tetapi saya terus menimbulkan isu ini kerana bagi saya kes kerugian MAS ini adalah yang kedua terbesar selepas PKFZ, " katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen petang ini.
Bagaimanapun, Salahuddin tidak mendedahkan petunjuk baru yang ditemui SPRM.
Petunjuk baru
Menurutnya, SPRM perlu meneruskan siasatan dan bukan terhenti setakat menemui petunjuk baru.
"SPRM telah ada petunjuk baru, ini merupakan berita gembira ke arah mendedahkan penyelewengan dan slah guna kuasa ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu," tambahnya.

Muka Aminulrasyid tersembam dikerusi penumpang – Saksi

Posted: 15 Dec 2010 09:53 AM PST

Aminul rashid Saksi perbicaran kes remaja mati ditembak polis hari ini memberitahu mahkamah mangsa Aminulrasyid Amzah, 15, ditemui dalam keadaan muka tersembam ditempat duduk pemandu, manakala separuh badannya di atas kerusi pemandu dan kaki terjulur ke luar kereta.
Pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zain dalam keterangannya berkata, semasa sampai ke tempat kejadian beliau sudah pun mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan sedemikian dengan pintu kereta pemandu terbuka.

Kenyataan Fauzi itu sekaligus bercanggah dengan kenyataan saksi Konstabel Hafizd Mohd Yusuf sebelum ini yang juga pemandu kereta peronda Selangor 614 membawa tertuduh, Koperal Jenain Subi pada malam kejadian.
Hafizd dalam keterangannya dimahkamah pagi tadi berkata, mayat mangsa dijumpai berada dalam keadaan tertiarap dengan muka menghadap ke bawah dikusyen tempat duduk pemandu.
Fauzi juga berkata, sampainya ditempat kejadian beliau dimaklumkan oleh Koperal Azhar tentang kejadian dari mula insiden kejar antara kereta peronda Selangor 589 dengan Selangor 614 dengan Proton Iswara BET 5023, setiap laluan yang dilalui sehinggalah diberitahu anggota sokongan Konstabel Izham dan Jenain melepaskan tembakan dan menyebabkan BET 5023 terbabas.
Beliau turut menghubungi bilik gerakan dan mengarahkan agar bilik gerakan menghubungi unit forensik dan pasukan anjing pengesan.
Melarikan diri
"Unit anjing pengesan dikerahkan kerana saya dimaklumkan ada lagi seorang penumpang telah melarikan diri.
"Saya juga telah arahkan bilik gerakan untuk kenal pasti pemilik kenderaan," katanya.
Penumpang yang melarikan diri itu adalah rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar, 15, yang sebelum ini dalam keterangannya di mahkamah mengaku berjaya keluar daripada kereta yang telah terbabas melalui tingkap dan melepaskan diri daripada ditangkap polis pada malam kejadian.
"Apabila unit anjing pengesan sampai, saya buat taklimat ringkas tentang penumpang yang melarikan diri. Bagaimanapun mereka gagal untuk kesan penumpang tersebut," katanya.
Fauzi juga berkata, Aminulrasyid disahkan mati selepas ambulan sampai ditempat kejadian kira-kira 2.30 pagi yang diperiksa oleh pembantu perubatan.
Pengenalan diri
"Saya diminta oleh pembantu perubatan untuk memeriksa jika ada apa-apa pengenalan diri pada mangsa tapi tidak jumpa," katanya ketika disoal timbalan pendakwaraya Adila Ahmad.
Selepas itu, beliau berkata anggota forensik yang diketuai Inspektor Mazli tiba di tempat kejadian dan ada memberikan taklimat ringkas sebelum mula menjalankan siasatan.
Dalam siasatan itu juga, Fauzi mendakwa dapat melihat kesan tumpahan minyak petrol dalam anggaran 50 sehingga 70 kaki daripada kerete BET 2053 yang terbabas.
Beliau juga dimaklumkan pada malam kejadian oleh unit forensik terdapat 21 kesan tembakan dikenal pasti di kereta BET 2053, manakala sekurang-kurangnya 16 das tembakan telah dilepaskan.
Fauzi turut melakukan beberapa pengecaman barang bukti termasuk parang yang dijumpai dibawah tempat duduk penumpang hadapan dan senjata yang digunakan anggota polis peronda pada malam kejadian.
Tembakan dilepaskan Jenain
Sementara itu, mahkamah pagi tadi turut mendengar keterangan daripada Konstabel Hafizd mengenai tembakan yang dilepaskan Jenain pada malam kejadian.
Hafizd dalam keterangannya berkata, Koperal Jenain telah melepaskan tembakan pertama kira-kira 1.20 pagi semasa membelok ke Jalan Tarian 11/2 di sini.
Namun beliau berulang kali menafikan melihat Jenain melepaskan tembakan, sebaliknya mendakwa hanya menumpukan perhatian kepada pemanduan dan kereta BET 5023 yang dikejarnya.
Beliau ketika ditanya timbalan pendakwaraya Dusuki Mokhtar juga mengaku tidak melepaskan sebarang tembakan pada malam kejadian.
Perbicaraan bersambung 27 Disember depan.
Jenain didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini pada 26 April lalu antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi.
Beliau dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga? Tragedi Dewan Negeri Perak berlaku di Parlimen....

Posted: 15 Dec 2010 09:52 AM PST

umnoAhli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.
Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat.  Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.  Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.
Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen.  Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi.  Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis  Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.
Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.
Persempadanan semula kawasan parlimen
Majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat sebarang pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meluluskan persempadanan semula kawasan parlimen, dakwa sesetengah ahli politik pembangkang.
Semalam kerajaan pimpinan BN telah mengusulkan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) digantung tugas kerana berbohong di Dewan Rakyat.
Beliau didakwa berbuat demikian apabila mengaitkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.
Beliau turut menuduh Apco Worldwide yang diupah pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis.  Syarikat perhubungan awam antarabangsa tersebut telah menyangkal dakwaan itu.
Pada hari ini BN turut mencadangkan tiga MP Pakatan lain turut digantung selama enam bulan kerana kontroversi berkaitan Apco.
Tiga MP Pakatan berdepan penggantungan
Ketiga-tiga mereka  – Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor) – berkemungkinan akan berhadapan dengan penggantungan tugas kerana membocorkan maklumat penyiasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkenaan kes Anwar.
BN telah memberikan notis penggantungan terhadap empat MP selama enam bulan. Tindakan ini menyebabkan beberapa MP pembangkang termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) marah. Beliau di dalam mesej Twitter berkata, "Penggantungan empat MP Pakatan dan lima MP Bebas membolehkan BN memperoleh majoriti dua per tiga secara mudah."
"Mereka boleh meminda semula garis persempadanan dan menambah kerusi baru di Sabah (dan) Sarawak," tambah beliau.
Seorang lagi ahli MP pembangkang yang lantang bersuara, Tony Pua di dalam mesej Twitternya menyoal  sama ada BN berusaha untuk "meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum pilihanraya umum dan tindakan menggantung 4 MP Pakatan Rakyat sekaligus akan mengurangkan kuasa pembangkang kepada satu pertiga."
Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) turut menulis mesej yang senada di dalam Twitter beliau.

Ketuanan Bini : Suami Najib Jadi Perdana Menteri Lagi?? Kah Kah Kah..

Posted: 15 Dec 2010 09:51 AM PST


Kah kah kah..

Sekali lagi Malaysia mempunyai "Perdana Menteri de facto" kah kah kah...

Najib Altantuya sakit lagi?? Kah kah kah...

Cacar tanah? Cacar angin?? Kah kah kah...

Habis laaa Ketuanan Melayu jadi Ketuanan Bik Mama kah kah kah.../Jalan Pulang

Rosmah lancar minyak wangi Melaka Sutra

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini melancarkan minyak wangi Melaka jenama "Sutra" di sini, hari ini.

Sutra didatangkan dengan dua variasi iaitu Sutra Glory dihasilkan daripada pati bunga kemboja dan Sutra Heritage dihasilkan daripada pati bunga cempaka. Turut hadir pada pelancaran itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Ketuanan Melayu Tipu FELDA Lagi?? Letih Laaa... Kah Kah Kah...

Posted: 15 Dec 2010 09:50 AM PST


Kah kah kah...

Dari pagi sampai la ni dok cerita Ketuanan Melayu kah kah kah...

Pagi, tipu Melayu...

Tengah hari, tipu Melayu dengan bukan Melayu...

Petang pun menipu jugak?? Kah kah kah...

FELDA ni macam "punching bag experiment" laa nak menipu orang Melayu kah kah kah...

Lepas ni jangan terkejut kalau Air Asia pun kena "bail-out" kah kah kah.../Jalan Pulang

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya.

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurang-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang ini akan membantu peneroka Felda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?

Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 jam sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogos lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa?

Siapa Pengkhianat Bangsa???

Posted: 15 Dec 2010 09:49 AM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Tun Abd Razak adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini? Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Tun Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secara persendirian? Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan? Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!
Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain? Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba' 6.25%? Apakah hukumnya riba' itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred (KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar (BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka? Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya? Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu? Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya? Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat? Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960? Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut? Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan 'jantan'; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!!!

Laporan Karpal, Sivarasa Berhubung Usul Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Gantung Anwar

Posted: 15 Dec 2010 09:48 AM PST

anwar_sumpahLaporan oleh YB Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan YB Sivarasa Rasiah (Ahli Parliamen  Subang) sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengenai Usul yang dirujukkan oleh Dewan pada 22.4.10 berhubung dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen bagi Permatang Pauh):

1. Laporan ini dibentangkan oleh kami kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ["Jawatankuasa"] selaras dengan Peraturan-peraturan  Mesyuarat 83(12)(a) berhubung dengan Peraturan-peraturan  Mesyuarat Dewan Rakyat berdasarkan penyertaan kami sebagai ahli-ahli Jawatankuasa pada empat (4) mesyuarat yang telah diadakan berhubung dengan perkara yang dirujukkan pada 17.5.10, 8.6.10, 9.6.10 dan 3.12.10, untuk dibentangkan kepada Majlis sebagai sebahagian daripada laporan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa kepada Majlis di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat 86(1).

2. Laporan dibentangkan bertentangan dengan siasatan oleh Jawatankuasa selaras dengan Usul untuk merujuk Dato Seri Anwar Ibrahim ["DSAI"], Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, kepada Jawatankuasa yang telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ["Menteri Nazri"] kepada Majlis dan diluluskan oleh Majlis pada 22.4.2010 walaupun ahli-ahli pembangkang telah melangkah keluar daripada Majlis.

2.1. Usul telah ditimbulkan oleh Menteri Nazri bagi kenyataan berikut yang telah dibuat oleh DSAI dalam Dewan Rakyat pada 17.3.2010.

"1999 Satu Israel. 2009 APCO  menasihati Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib 1Malaysia"

2.2. Kenyataan, apabila dibaca dari segi konteks, menunjukkan bahawa APCO Worldwide ["APCO"] telah memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung dengan konsep 1Malaysia beliau.
3. Tujuan laporan ini adalah untuk membuka mata ahli-ahli Majlis mengenai persendaan terhadap keadilan yang telah dilakukan terhadap DSAI dengan menolak hak beliau untuk:-

3.1.        mempunyai peguam undang-undang bagi mewakili beliau dalam pembelaannya;

3.2.        mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

3.3.        memanggil saksi-saksi dan mengemukakan pembelaan beliau sendiri; dan

3.4.        juga untuk menunjukkan pandangan kami berhubung dengan implikasi apabila didapati bahawa DSAI adalah bersalah atas pelanggaran hak dan kebebasan dalam keadaan-keadaan kes ini.

4. Ia akan menjadi jelas daripada laporan berikut bahawa terdapat penafian yang melampau dan secara terang-terangan terhadap DSAI berhubung dengan hak kepada satu perbicaraan yang adil di hadapan Jawatankuasa oleh Speaker Dewan Rakyat (dalam keupayaan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa) ["Speaker"] dan ahli-ahli Jawatankuasa yang bekerjasama rapat dengan pemerintah Barisan Nasional, dan yang secara kolektif membentuk majoriti dalam Jawatankuasa.  Untuk rekod, ahli-ahli Jawatankuasa adalah:-

4.1.        Speaker Dewan

4.2.        YB Beluran - Barisan Nasional ( yang juga merupakan Timbalan Speaker)

4.3.        YB Muar - Barisan Nasional

4.4.        YB Alor Gajah - Barisan Nasional

4.5.        YB Batang Sadong - Barisan Nasional

4.6.        YB Subang – Pakatan Rakyat

4.7.        YB Bukit Gelugor – Pakatan Rakyat

5. Ini adalah rayuan kepada ahli-ahli Majlis untuk mengenepikan kesetiaan parti dan untuk mencetuskan objektif dalam meluluskan penghakiman ke atas ahli rakan Dewan Rakyat. Sebagai ahli-ahli majlis pada ogos ini, kami sepatutnya sentiasa bertindak selaras dengan prinsip keadilan asasi dan keadilan prosedur.

6.Kami juga mesti sedar bahawa prosiding ini akan menimbulkan ancaman yang teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini kepada hak untuk kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat.  Sekiranya kenyataan dibuat oleh DSAI dianggap sebagai pelanggaran hak dan kebebasan, maka kami akan melakukan membuat kerosakan yang melampau dan kekal kepada hak asasi dalam kebebasan bersuara yang dinikmati oleh ahli-ahli Parlimen dan tanpanya yang mana Parlimen tidak akan dapat berfungsi secara bermakna. Ia akan menimbulkan kesan yang kekal ke atas imej awam Parlimen Malaysia di sini dan di seluruh dunia.  Kami akan menyatakan dengan lebih ketara lagi mengenai perkara ini apabila kami membincangkan merit-merit berhubung dengan usul selanjutnya.

Kronologi Fakta

7. Peristiwa-peristiwa material dinyatakan secara ringkas di bawah. Keterangan mengenai apa yang telah berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa adalah tidak menyeluruh, dan bagi penerangan sepenuhnya, rujukan akan dibuat kepada minit-minit.

17.3.2010

DSAI membuat kenyataan dalam Dewan Rakyat berhubung dengan perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia

Rujuk Hansard 17.3.2010

22.3.2010

YB Kota Belud mendakwa bahawa DSAI telah mengelirukan Dewan Rakyat yang bercanggah dengan Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat.
Menteri Nazri bercakap bagi pihak kerajaan mencadangkan agar DSAI diberi tempoh 1 minggu untuk menjelaskan maksud beliau dan untuk membetulkan sebarang kesilapan dakwaan dari segi fakta.

Rujuk Hansard 22.3.2010
30.3.2010

DSAI menyediakan penjelasan terperinci kepada Dewan Rakyat dengan mengemukakan asas berhubung dengan kenyataan beliau yang menentang perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia, serta juga perkaitan di antara APCO dan kerajaan Israel.

Beliau selanjutnnya telah mencabar Perdana Menteri Najib ("PM") untuk menafikan mengikut kategori bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tiada jawapan telah diberikan oleh PM.

No: 1 Petikan Hansard 30.3.2010

22.4.2010

Menteri Nazri berucap bagi pihak Kerajaan menimbulkan usul untuk merujuk DSAI kepada Jawatankuasa kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila membuat kenyataan berikut:-

"1999 Satu Israel. 2009 APCO  memberi nasihat mengenai konsep 1Malaysia Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib".

Usul selanjutnnya mencadangkan agar Jawatankuasa mengesyorkan hukuman sewajarnya terhadap DSAI, untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam perkara ini ["Usul Kerajaan"].

Atas penjelasan yang telah dipohon oleh ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain mengenai sama ada Usul Kerajaan yang mengandaikan bahawa DSAI adalah bersalah kerana mengelirukan Dewan Rakyat, Speaker (pada muka surat 5 dan 11) menyatakan bahawa prosedur berikut akan diikuti berhubung dengan rujukan kepada Jawatankuasa:

a)    Usul Kerajaan pertamanya hendaklah didebatkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat;

b)    Sekiranya usul tersebut diluluskan, Jawatankuasa kemudiannya akan menyiasat perkara tersebut dengan memanggil semua saksi yang berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan;

c)    Jawatankuasa akan membuat keputusan dan pengesyoran mereka kepada Dewan Rakyat

d)    Dewan Rakyat kemudiannya akan membuat perdebatan mengenai sama ada pengesyotan tersebut boleh diterima.

No: 2 Petikan Hansard 22.4.2010

17.5.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pertama

Ia telah dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil. DSAI tidak dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Pertama tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

No: 3 (Agenda bagi Mesyuarat PRPC)

7.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan (sebagai balasan kepada surat bertarikh 25.5.10 daripada Setiausaha Jawatankuasa) bahawa beliau akan hadir dan memberikan keterangan dalam perbicaraan Jawatankuasa pada 8.6.2010.  Beliau juga meminta untuk diwakili oleh peguam,  perbicaraan  disiarkan kepada umum, untuk dibenarkan mengemukakan senarai saksi-saksi beliau dan meminta bagi senarai saksi-saksi yang akan di panggil oleh Jawatankuasa.

No: 4 (surat DSAI bertarikh 7.6.2010)

8.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kedua

Jawatankuasa menimbangkan permohonan oleh YB Puchong dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk hadir semasa prosiding Jawatankuasa. Permintaan telah ditolak melalui undi 4:2  (empat ahli Barisan Nasional ("BN" ) iaitu YB Alor Gajah, YB Batang Sadong, YB Beluran (Timbalan Speaker) dan YB Muar mengundi untuk menolak; kami, dua  ahli Pakatan Rakyat mengundi untuk memberikan kebenaran untuk hadir).

Kami menyokong permohonan atas dasar bahawa ia adalah amalan sedia ada menurut autoriti Amalan di Parlimen Erskine May ("Erskine May "Parliamentary Practice") (lihat muka surat 755, Edisi ke 23, Lexis-Nexis Butterworths) untuk berhak hadir  pada prosiding-prosiding Jawatankuasa yang mana orang awam tidak dibenarkan melainkan kehadiran mereka menghalang urusan jawatankuasa.  Kami tidak mendapati sebarang alasan bagi halangan tersebut akan berlaku.

DSAI kemudiannya dipanggil dan membuat permohonan untuk diwakili oleh peguam.  Permohonan itu ditolak atas dasar undi yang sama seperti mana di atas yang menafikan permintaan bagi representasi mengikut undang-undang. Empat ahli BN mengundi untuk menolak representasi oleh peguam; kami pula mengundi memihak kepadanya. Walau bagaimanapun DSAI dimaklumkan oleh Speaker bahawa peguam beliau dibenarkan hadir bagi memberi nasihat.

No 5 – Erskine May muka surat 755

8.6.2010

Kami kemudiannya dimaklumkan pada hari tersebut bahawa Jawatankuasa berhasrat untuk memulakan prosiding pada 9.6.2010 dengan memeriksa Menteri Nazri dan wakil daripada APCO.

8.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan bahawa Jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan peguan DSAI hadir bagi menasihati beliau. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa akan teruskan prosiding  memulakannya tanpa kehadiran beliau pada hari berikutnya, iaitu pada hari Rabu 9.6.10 untuk mendengar keterangan saksi-saksi dan meminta agar beliau dibenarkan hadir dalam prosiding pada 9.6.2010 bersama peguam beliau untuk tujuan mempunyai akses kepada keterangan diberikan oleh saksi-saksi tersebut dan hak untuk memeriksa balas mereka.

No: 6

(surat DSAI bertarikh 8.6.2010)

9.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga

Ia telah dinyatakan dalam agenda bagi mesyuarat jawatankuasa ketiga bahawa Menteri Nazri dan Brad Staples, Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika ["CEO APCO"] akan dipanggil untuk memberikan keterangan mereka dihadapan Jawatankuasa.

Walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi  mesyuarat tersebut, DSAI bersama dengan peguamnya, Dato Ambiga Sreenevasan, telah menghadiri mesyuarat tersebut. DSAI kemudiannya terus memperbaharui permohonan beliau untuk diwakili peguam. Permohonan peguam beliau untuk bercakap bagi pihak beliau dan mengemukakan kepada Jawatakuasa, hanya atas isu ini telah dinafikan oleh Speaker.

Kebenaran untuk membenarkan DSAI untuk diwakili oleh peguam sekali lagi telah ditolak selepas undi yang sama seperti sebelumnya - 4:2 menentang.

Walau bagaimanapun, Speaker bersetuju untuk membenarkan DSAI sendiri hadir apabila keterangan saksi diberikan di hadapan Jawatankuasa dan selanjutnnya memeriksa balas saksi-saksi. DSAI kemudiannya meninggalkan mesyuarat tersebut.

Selepas beberapa pertengkaran yang panas pada mesyuarat tersebut, mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Speaker.

No: 7 (Agenda bagi Mesyuarat Jawatankuasa)

9.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengemukakan senarai saksi-saksi yang beliau kehendaki untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 83(9).

No: 8 (surat DSAI bertarikh 9.6.2010)

20.8.2010

CEO APCO menghantar surat bertarikh 19.8.10 kepada Speaker mengatakan antara lainnya bahawa:-

a)    beliau telah datang dari Brussel ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di hadapan PRPC pada Jun 2010 tetapi beliau telah dinafikan peluang untuk berbuat demikian;

b)    APCO menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia; dan

c)    APCO tidak terlibat dalam pembentukan 1Malaysia atau 1Israel.

Atas alasan-alasan yang tidak diketahui, surat ini tidak dibawa untuk perhatian segera Jawatankuasa tetapi hanya dikemukakan di hadapan Jawatankuasa pada mesyuarat (keempat) berikutnya yang diadakan pada 3.12.10 ditetapkan melalui notis yang bertarikh 30.11.10.

No: 9 (surat DSAI bertarikh 19.8.2010)

3.12.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Keempat

Notis telah diberikan kepada kami melalui surat  bertarikh 30 November 2010 yang tidak membayangkan sebarang agenda khusus bagi mesyuarat. DSAI tidak dimaklumkan berhubung dengan mesyuarat tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

Agenda menunjukkan pada pagi semasa mesyuarat tersebut hanya perbincangan yang telah diadakan "Perbincangan mesyuarat Jawatankuasa ..."

Surat tersebut di atas oleh CEO APCO yang bertarikh 19.10.2010 yang dialamatkan kepada Speaker telah ditunjukkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa.

YB Muar mencadangkan agar Jawatankuasa membuat keputusan mengenai perkara berdasarkan surat daripada CEO APCO dan jawapan oleh Menteri Koh Tsu Koon dan Menteri Nazri yang bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10  bagi pihak Jabatan Perdana Menteri kepada 3 soalan oleh ahli Majlis ("jawapan Jabatan PM") tanpa mendengar sebarang keterangan daripada mana-mana saksi yang dicadangkan sebagaimana diputuskan sebelum ini.  Beliau berpendapat bahawa dokumen-dokumen ini adalah mencukupi bagi Jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Speaker juga menimbulkan perkara tersebut berhubung dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 82 dan khususnya 82(11) .
Kami membantah atas dasar, antara lainnya, bahawa Speaker telah memberikan jaminan dalam Dewan Rakyat bahawa Jawatankuasa akan ,menyiasat perkara ini dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat kepada semua dokumen berkenaan,  Jawatankuasa juga telah menimbangkan perkara tersebut dan membuat keputusan untuk memanggil saksi-saksi termasuk DSAI.  Fakta semata-mata berhubung dengan surat oleh APCO tidak boleh digunakan sebagai asas bagi mengubah semua yang tersebut dan melanggar peraturan asasi berhubung dengan keadilan dan keadilan asasi. Nota-nota prosiding Jawatankuasa akan menunjukkan pertikaian yang dibuat oleh beberapa ahli.

Usul YB Muar telah diletakkan untuk diundi dan diluluskan oleh undi 4:2 yang serupa seperti sebelum ini.

Kami memaklumkan Speaker bahawa kami tidak lagi dapat mengaitkan diri kami selanjutnya dengan prosiding memandangkan pelanggaran yang melampau ke atas ketidakadilan prosedur dan ketidakadilan yang melampau telah dilemparkan ke atas DSAI dengan menafikan beliau akan hak asas beliau untuk didengar. Kami kemudiannya menarik diri daripada prosiding pada masa tersebut.

Ketidakadilan Prosedur

8.            Daripada kronologi di atas, ia adalah bukti bahawa Jawatankuasa telah menafikan DSAI akan hak beliau untuk:-

8.1.        mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi membantu beliau dalam pembelaannya;

8.2.        mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

8.3.        memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaan beliau.

8.4.        Mendengar keterangan beliau secara persendirian mengenai fakta-fakta dan isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau

Hak kepada peguam undang-undang

9.            DSAI telah membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk diwakili oleh peguam undang-undang yang hadir untuk membantu beliau dalam pembelaan beliau semasa prosidingnya.

10.         Permohonan DSAI adalah wajar memandangkan fakta bahawa Usul Kerajaan adalah usul bahawa DSAI telah bertindak dalam menghina Dewan Rakyat atas kenyataan yang dikatakan mengelirukan Dewan Rakyat.

10.1.     Ia adalah penting bahawa sekiranya didapati bersalah, hukuman yang mungkin dikenakan ke atas DSAI termasuk hukuman penjara sehingga 60 hari[1]

10.2.     Fakta bahawa Usul Kerajaan mungkin mengenakan sanksi sedemikian ke atas DSAI dalam perlaksanaan beliau dalam peranan Ahli Parlimen dan sebagai Ketua Pembangkang sendiri secara jelas menunjukkan keperluan untuk memberikan kepada DSAI, peluang sepenuhnya unutk mempertahankan diri beliau.

11.         Adalah penting untuk diperhatikan bahawa Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat secara khusus memperuntukkan agar DSAI boleh diwakili oleh peguam undang-undang dalam prosiding di hadapan PRPC, dengan syarat bahawa kebenaran tersebut adalah yang pertama diberikan oleh Jawatankuasa.

11.1.     Peraturan 83(7A) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan siasatan dalam bentuk subjek melalui Jawatankuasa Terpilih boleh diwakili oleh peguam, sekiranya kebenaran diberikan oleh Jawatankuasa Terpilih.

12.         Menolak hak DSAI untuk diwakili oleh peguam undang-undang dengan  demikian mempersendakan peruntukan ini. Sekiranya budi bicara untuk membenarkan representasi undang-undang tidak akan dilaksanakan dalam keadaan-keadaan kes penting ini yang melibatkan Ketua Pembangkang sedikit sebanyak dan dengan implikasi teruk sedemikian bagi kebebasan bersuara di Parlimen, bilakah sebenarnya ia akan dilaksanakan?

13.         Ia jelasnyata pada 9.6.10, apabila Speaker menolak untuk membenarkan peguam undang-undang DSAI, Dato Ambiga Sreenevasan, yang telah hadir pada prosiding tersebut, untuk mengemukakan kepada Jawatankuasa mengenai kepentingan dalam membenarkan DSAI hak  untuk diwakili pada prosiding tersebut, sebelum undi dibuang.

14.         Memandangkan pertuduhan pengataan yang ditujukan terhadap DSAI kerana menghina mungkin akan menarik sanksi-sanksi penal, pertuduhan tersebut dianggap seolah-olah seperti kesalahan jenayah dalam Mahkamah Undang-undang. Oleh yang demikian, DSAI sepatutnya diberikan hak dan peluang sepenuhnya untuk mempertahankan diri beliau terhadap kesalahan tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam kesalahan jenayah. Ini adalah hak asas yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta juga Konvensyen Antarabangsa.

14.1.     Artikel 5(1) dan 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah akan diberi kebenaran untuk meminta nasihat dan untuk dipertahankan oleh pengamal undang-undang mengikut pilihan beliau.

14.2.     Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights menyatakan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah adalah berhak kepada jaminan minimum ("minimal guarantee"), antara lainnya, mempunyai kemudahan bagi penyediaan pembelaan beliau dan untuk berkomunikasi dengan peguam yang telah beliau pilih.

Lihat:  Lampiran 12 International Covenant on Civil and Political Rights

15.         Pada hakikatnya, dalam kebanyakan Parlimen moden dengan sistem yang bermakna  yang mengamalkan demokrasi berparlimen, hak untuk diwakili oleh peguam undang-undang apabila hadir di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah dijamin.

15.1.     Sebagai contoh, dalam Parlimen New Zealand, mana-mana orang yang memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah berhak untuk meminta nasihat peguam undang-undang di sepanjang prosiding tersebut. Selanjutnya, peguam undang-undang mereka malahan adalah berhak untuk menghujah dan menimbulkan bantahan bagi pihak mereka, dengan kebenaran Jawatankuasa Terpilih.

15.2.     Di sini, DSAI bukan sahaja hadir sebagai saksi semata-mata, beliau sebenarnya pesalah yang tindakannya dikatakan sebagai perkara subjek dalam siasatan ini.

Lihat:  Lampiran 13 Keadilan Asasi di hadapan Jawatankuasa Terpilih Parlimen New Zealand

16.         Kami berpendapat bahawa tidak ada alasan yang munasabah sama sekali telah diberikan oleh Speaker atau mana-mana ahli Jawatankuasa yang mengundi untuk menolak kebenaran tersebut.

17.         Kami menerima bahawa Jawatankuasa pada 8.6.10 telah memutuskan untuk membenarkan DSAI, dengan hak terbatas beliau untuk mempunyai peguam beliau hadir dan memberi nasihat kepada beliau di mana perlu. Walau bagaimanapun, hak tersebut bukan merupakan hak yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 83(7A).

18.         Walau apapun, penafian serius hak DSAI untuk mempunyai peguam undang-undang telah dianggap sebagai (situasi yang berbentuk) akademik apabila Jawatankuasa pada 3.12.10 mengambil keputusan yang lebih drakonian dalam menafikan beliau akan hak untuk hadir secara sendiri, mengemukakan bukti dan memanggil saksi-saksi bagi mempertahankan diri beliau.

Hak untuk mendengar dan menguji bukti

19.         DSAI juga telah dinafkan akan hak beliau untuk mendengar bukti terhadap beliau serta juga untuk menguji bukti sedemikian.

19.1.     Keadaan ini berlaku walaupun beliau telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22.4.10 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8.6.2010 dan 9.6.10 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi.

20.         Satu-satunya "bukti" yang tersedia terhadap DSAI pada masa kami menarik diri daripada prosiding tersebut  terdiri daripada:-

20.1.     3 jawapan Jabatan PM yang dibuat oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri; dan

20.2.     surat yang bertarikh 19.8.2010 daripada CEO APCO.

Lihat Lampiran 14 – 3 jawapan Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10.

21.         Adalah amat tidak boleh dipercayai bahawa majoriti daripada Jawatankuasa secara keseluruhannya, berpuashati dalam mengandungi menerima kebenaran dan ketepatan akan semua pengataan yang dibuat oleh CEO APCO tanpa keperluan untuk mendengar daripada beliau secara peribadi atau mengajukan mana-mana soalan selanjutnya kepada beliau.

21.1.     Dalam hubungan ini, ia hendaklah diperhatikan bahawa pengataan yang dibuat oleh CEO APCO bukan merupakan kenyataan yang dibuat di bawah kenyataan bersumpah dan oleh mana-mana pandangan munasabah, secara jelas mungkin dianggap sebagai kenyataan yang mementingkan diri sendiri apabila mengambil kira realiti kontrak mereka dengan Kerajaan dan jumlah besar yang telah mereka bayar.

21.2.     Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh di bawah Seksyen 18 Akta Dewan-Dewan Parliamen (Hak & Kebebasan) 1952 yang dikehendaki saksi-saksi memberi keterangan secara bersumpah. (Lihat Lampiran 15)

21.3.      Ia juga hendaklah diperhatikan bahawa sebagai ahli-ahli Jawatankuasa sendiri, kami, walaupun mempunyai soalan untuk ditujukan kepada beliau, peluang kami telah dinafikan untuk berbuat demikian.

21.4.     Kami juga memerhatikan bahawa APCO pada sekurang-kurangnya dalam 2 keadaan tertentu, telah membuat kenyataan palsu yang boleh ditunjukkan seperti di bawah:

21.4.1 Pertama, pada 30.3.10, apabila Bernama menyiarkan kenyataan mereka menafikan bahawa mereka bekerja dengan kerajaan Israel.  Ini telah didedahkan sebagai kenyataan palsu dalam artikel Straits Times yang bertarikh 31.3.10 di mana ia telah mendedahkan bahawa berdasarkan rekod-rekod Jabatan Keadilan AS ("US Justice Department"), mereka telah melakukan kerja untuk kerajaan Israel pada 1992.

 Lihat Lampiran No:  16 artikel Bernama yang bertarikh 30.3.10 dan Straits Times yang bertarikh 31.3.10

21.4.2 Kenyataan palsu kedua terkandung dalam surat APCO yang bertarikh 19.8.10 di mana penulis CEO Brad Staples yang sepatutnya hadir sebagai saksi membuat kenyataan palsu dalam perenggan kedua "... Saya tidak dibenarkan untuk memberi keterangan". Ini sama sekali adalah palsu. Beliau mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa prosiding bagi hari tersebut telah ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan. Beliau sepatutnya telah dipanggil untuk memberi keterangan pada tarikh tersebut. Tidak ada soalan yang ditimbulkan Jawatankuasa dan Jawatankuasa menolak untuk mendengar keterangan beliau walaupun ia ditimbulkan.

21.5    Berdasarkan dua kenyataan palsu boleh ditunjukkan ini yang dibuat oleh APCO, kredibiliti surat secara jelas boleh dipersoalkan. Ia adalah tidak munasabah untuk hanya menerima pengataan kosong yang dibuat bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembentukan 1 Malaysia.  Ia akan menjadi jelas kepada mana-mana orang/orang-orang yang munasabah bahawa kenyataan APCO adalah untuk kepentingan diri sendiri dan mungkin dengan mudah diperolehi atas permintaan Kerajaan.

21.6    Berhubung dengan jawapan bagi pihak Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Nazri, kami memerhatikan bahawa tidak ada seorangpun daripada mereka, dan tidak di mana-mana sekalipun secara jelas menyatakan bahawa APCO tidak terlibat dalam penubuhan konsep 1 Malaysia walau dalam apa cara sekalipun. Ini adalah seiring dengan dengan sikap membisu PM untuk mencabar isu yang dikeluarkan oleh DSAI, yang dari segi kategorinya menafikan bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tidak ada jawapan telah dibuat sehingga kini sepanjang pengetahuan kami yang dikeluarkan oleh PM.

21.7    Tidak terdapat juga penafian khusus dalam jawapan Menteri Nazri kepada andaian YB Tanah Merah dalam soalan beliau bahawa APCO telah dibayar oleh Perdana Menteri untuk melancarkan konsep 1 Malaysia. Jawapan Menteri Nazri kelihatan cuba untuk menumpukan kepada "promosi" dan mengelakkan sebarang rujukan kepada "pelancaran" dalam soalan.

21.8    Jawapan mereka turut mengulangi bahawa tidak ada syarikat komunikasi sama ada syarikat tempatan atau asing telah dilantik untuk mempromosikan secara khusus  konsep 1Malaysia tetapi mendakwa pada masa yang sama bahawa APCO telah dilantik untuk melaksanakan "perkhidmatan komunikasi komprehensif".  Ia mungkin menjadi soalan yang jelas mengenai bagaimana untuk mengasingkan promosi konsep 1Malaysia daripada menyediakan perkhidmatan komunikasi komprehensif.  Ia juga jelas daripada jawapan mereka bahawa APCO adalah satu-satunya syarikat (sama ada syarikat tempatan atau asing) yang memainkan peranan utama dalam mengendalikan komunikasi komprehensif atau keseluruhan bagi Kerajaan. Kami juga memerhatikan bahawa kedua-dua Menteri juga mengelak daripada menjawab bahagian soalan-soalan yang bertanyakan tentang berapa banyak kos bagi perkhidmatan tersebut walaupun selepas itu dalam Majlis, Nazri sendiri telah mengesahkan bahawa kos perkhidmatan APCO berada pada sekitar RM 76 juta.

21.9    Dengan menafikan DSAI akan hak beliau untuk memeriksa balas semua individu ini, Jawatankuasa telah 'mencacatkan' dengan teruk keupayaan DSAI untuk mempertahankan diri beliau. DSAI tidak akan dapat mengemukakan sebarang soalan kepada mereka bagi menguji ketepatan kenyataan mereka. Ini adalah pelanggaran secara terang-terangan akan peraturan keadilan asasi dan secara jelas merupakan sesuatu yang tidak adil kepada beliau.

Hak untuk memanggil saksi-saksi dan hak untuk didengar

22.         Ia juga penting bahawa DSAI telah dinafikan akan hak beliau untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar.

23.         Ini secara jelasa tidak konsisten dengan:-

23.1.     representasi dibuat oleh Speaker kepada Dewan Rakyat pada 22.4.2010 di mana beliau telah memberi kepastian kepada majlis bahawa Jawatankuasa akan menyiasat perkara dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan, dan

Lihat:  Lampiran No: 1 Hansard 22.4.2010, muka surat 5 dan 11

23.2.     keputusan oleh Jawatankuasa pada Mesyuarat Pertama pada 17.5.2010 bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil.

24.         Berhubung dengan hak untuk memanggil saksi-saksi, ia adalah penting bahawa Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat secara nyata membenarkan DSAI untuk memanggil saksi-saksi tersebut.

24.1.     Dalam pematuhan dengan prosedur yang dinyatakan di bawah Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat, DSAI telah menulis kepada Speaker pada 9.6.2010, iaitu memberikan notis saksi-saksi yang beliau berhasrat untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan PRPC.

Lihat:  Lampiran 7 Surat DSAI yang bertarikh 9.6.2010

24.2.     Ia hendaklah diperhatikan bahawa Jawatankuasa tidak mempunyai budi bicara untuk menolak dalam mendengar keterangan saksi-saksi ini kecuali dan melainkan PRPC berpendapat bahawa saksi-saksi tersebut bersikap degil atau akan menyediakan keterangan yang tidak relevan (Peraturan 83(11) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat).

24.3.     Walau bagaimanapun, Jawatankuasa tidak boleh mengambil pendirian bahawa saksi-saksi DSAI bersikap degil atau keterangan mereka adalah tidak relevan memandangkan surat DSAI tidak pernah dikemukakan di hadapan Jawatankuasa dan senarai saksi tidak pernah dibincangkan oleh kami.

24.4.     Sekurang-kurangnya, Speaker sepatutnya membawa surat DSAI yang melampirkan senarai saksi untuk perhatian Jawatankuasa bagi perbincangan kolektif dalam menentukan sifat keterangan yang akan diberikan oleh individu-individu ini dan yang berkaitanya kepada prosiding yang ada.

24.5.     Di bawah Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights, jaminan minimum yang lain hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah untuk memeriksa, atau telah memeriksa, saksi-saksi terhadap beliau dan untuk mendapatkan kehadiran dan pemeriksaan saksi-saksi tersebut bagi pihak beliau di bawah syarat-syarat yang sama seperti saksi-saksi terhadap beliau.

Lihat:  Lampiran 14 International Covenant on Civil and Political Rights

24.6.     Kebergantungan oleh Speaker dan Jawatankuasa ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak  mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan adalah taksiran salah. Sekurang-kurangnya DSAI sepatutnya didengar secara peribadi mengenai apakah bukti yang beliau perlukan daripada saksi-saksi tersebut dan mengapa Jawatankuasa kemudiannya boleh memutuskan sama ada keterangan tersebut adalah relevan di hadapan Jawatankuasa yang dari segi undang-undang boleh menolak untuk memanggil mereka.

25.         Penolakan oleh majoriti daripada Jawatankuasa untuk memanggil saksi-saksi yang diperlukan oleh DSAI, atau malahan untuk menimbangkan kesesuaian mereka untuk memberikan keterangan, adalah pelanggaran yang jelas ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat. Kegagalan selanjutnya untuk melayan saksi-saksi DSAI dalam cara yang sama sebagaimana saksi-saksi yang lain, yang mana keterangan mereka telah diambil kira sebagai secara jelas bersifat tidak jujur di pihak majoriti Jawatankuasa.

26.       DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia di pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula dengan bagus sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan.  Beliau telah memberi keterangan mengikut keadaan dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain.  Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34.  Pada pandangan kami, dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi mengatakan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan "komunikasi komprehensif" bagi "rangkaian meluas inisiatif pemulihan" (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33)(Lihat Lampiran 1).  Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan sendiri telahpun membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

27.       Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis, telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO mengambil kira reputasinya bagi memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya.  Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin. Tujuan beliau dalam menimbulkan isu ini adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungan Kerajaan dengan APCO mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti.

28.       Ia mungkin akan menjadi jelas kepada mana-mana tribunal munasabah yang menyiasat kebenaran pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang ia merupakan perkara asasi kepada siasatan sedemikian untuk membenarkan saksi-saksi yang berkenaan kepada fakta-fakta sebagaimana dikatakan oleh DSAI untuk dipanggil dan diperiksa secara bersumpah. Malahan, Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

29.       Hanya selepas memeriksa saksi-saksi tersebut, Jawatankuasa secara munasabah dapat merumuskan satu pendapat mengenai sama ada terdapat fakta-fakta mencukupi yang telah dibuktikan atau sebaliknya untuk menunjukkan asas bagi pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia.  Begitu juga, hanya selepas itu ia boleh memutuskan sama ada penafian kosong APCO dalam suratnya yang bertarikh 18.8.10 bahawa ia tidak terlibat dalam 1 Malaysia sebenarnya adalah penafian yang boleh dipercayai.

30.       Ia adalah hak yang suci dilindungi di bawah Perlembangaan Persekutuan kami dan sebenarnya adalah salah satu daripada rukun suci ("hallowed tenets") daripada prinsip-prinsip keadilan asasi bahawa tidak ada orang yang boleh dijatuhkan hukuman tanpa haknya untuk didengar.

31.       Prinsip ini adalah berdasarkan maxim latin Audi Alteram Partem – yang bermaksud paling ringkas – untuk mendengar di pihak satu lagi. Ia juga adalah prinsip undang-undang yang dipelihara dengan baik yang telahpun mempunyai akar umbinya sejak zaman purba Greek lagi. Seawal Abad Keenam Belas, hakim-hakim berbangsa Inggeris telah membuat rujukan nyata kepada maxim di atas. Ia telah diringkaskan dengan sebaiknya melalui ungkapan terkenal oleh Hakim Fortescue pada 1723 dalam Kes Dr Bentley bahawa semua pelajar undang-undang diajar apabila membaca mengenai undang-undang:

"… even God himself did not pass sentence upon Adam before he was called to make his defence"

Diterjemahkan sebagai:

"… malahan Tuhan sendiri tidak menjatuhkan hukuman ke atas Adam sebelum beliau dipanggil untuk memberikan pembelaannya"

32.       Jawatankuasa hendaklah menyedari mengenai situasi duluan yang berbahaya yang ia telah putuskan dengan cuba untuk menjatuhkan hukuman ke atas DSAI tanpa memberikan beliau, hak dan peluang untuk didengar khususnya dari segi hak dan kebebasan fakta dan keadaan berhubung dengan pengataan yang dibuat terhadap beliau.  Isu-isu dari segi fakta telah dipertikaikan secara 'panas'. Dalam situasi ini, mereka sepatutnya disiasat.

33.       Penolakan oleh majoriti Jawatankuasa untuk membenarkan DSAI akan hak dan peluang untuk :-

33.1    mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi dalam pembelaannya;

33.2    mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksan balas; dan

33.3    memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaannya sendiri.

Memberi maksud kepada  mala fides, dengan terang-terangan melanggari keadilan asasi dan akan menjadikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa sama sekali tidak selamat dan arbitrari.

34.       Sebagaimana dianalisis di atas, ia adalah tidak mungkin bagi mana-mana tribunal munasabah dan tidak berat sebelah untuk mendapati bahawa DSAI bersalah dalam mengelirukan majlis di bawah Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atas dasar bahawa Usul Kerajaan adalah berdasarkan keterangan yang kurang memuaskan (sekiranya ia boleh dipanggil sebagai keterangan pada asalnya) dalam bentuk surat daripada APCO dan jawapan diberikan oleh Menteri Koh dan Nazri.

Implikasi teruk bagi kebebasan bersuara untuk Ahli-ahli Parlimen

35.       Sebagaimana dinyatakan di atas, kami menarik diri daripada prosiding pada mesyuarat keempat Jawatankuasa selepas majoriti Jawatankuasa memutuskan untuk meneruskan dengan siasatan tanpa memanggil mana-mana saksi termasuk DSAI dalam pembelaan beliau. Hakikatnya mengikut hati nurani, kami tidak boleh mengaitkan selanjutnya dengan prosiding yang begitu cacat dan tidak adil dan sekarang ini telah dipercepatkan lagi untuk membuat tindakan sewenang-wenangnya ke atas hak-hak asas DSAI dengan sasaran utama adalah untuk mencapai keputusan bersalah dan pengesyoran bagi hukuman yang cepat.  Majoriti Jawatankuasa bukan lagi merupakan penanya yang munasabah dan mempunyai objektif tetapi sekarang jelas bertindak secara fide untuk tujuan yang tersembunyi.

36.       Kami tidak menganggapnya sebagai satu ilusi bahawa keputusan bersalah akan diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang selebihnya berhubung dengan usul yang dirujukkan oleh Majlis mengenai DSAI.  Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai pengetahuan mengenai hukuman yang majoriti Jawatankuasa telah syorkan.

37.       Prosiding ini telah dimulakan disebabkan oleh DSAI membuat kenyataan tertentu dalam Majlis berhubung dengan perhubungan di antara APCO dan Kerajaan dan Kerajaan Israel.  Apa yang kelihatan mengujakan adalah rujukan kepada APCO dalam memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang sekarang dianggap sebagai "kesalahan melanggar" dalam perkara yang dirujukkan kepada Jawatankuasa oleh Majlis.

38.       Sebagaimana dinyatakan di atas, DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia dalam pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula lebih awal sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan sendiri.  Beliau telah membuat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain.  Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34.  Pada pandangan kami dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi pengataan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan "komunikasi komprehensif" bagi "rangkaian meluas inisiatif pemulihan" (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33).  Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan telah membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

39.       Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO dengan mengambil kira reputasinya yang telah memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya.  Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin.  Tujuan beliau dalam menimbulkan isu tersebut adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungannya dengan APCO apabila mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti dan memanggil bagi pembatalan kontrak dengan APCO.  Beliau juga telah menimbulkan kebimbangan tentang pelanggaran serius atas keselamatan berhubung dengan sistem IT untuk pihak polis melibatkan ejen-ejen perisikan Israel.
40.       Pada pandangan kami, pengataan oleh DSAI ini adalah sepenuhnya dalam skop dan kuasa beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan lakukan. Sebenarnya, beliau berkewajipan untuk berbuat demikian.

41.       Perkara melanggar yang kelihatan akan dianggap sebagai perkara yang mengujakan di mana APCO memberi nasihat kepada Kerajaan mengenai 1 Malaysia secara jelas merupakan ulasan politik yang adil mengambil kira fakta-fakta mengikut keadaan yang telah beliau kemukakan sebagai sokongan sebagaimana dikemukakan di atas.

42.       Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) berhubung dengan kesalahan "mengelirukan Parlimen" terhadap DSAI secara jelas merupakan pengeliruan yang lengkap dan penyalahgunaan yang ketara ke atas kaedah tersebut.  Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) dalam konteks ini akan mengakibatkan ancaman serius kepada kebebasan bersuara ahli Majlis.

43.       Kebebasan ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilindungi oleh statut dalam bentuk Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952 (Disemak 1988, Akta 347)(Lihat Lampiran 15).  Seksyen 3 dibaca seperti berikut:

Freedom of speech and debate.

There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House.

Diterjemahkan sebagai:

Kebebasan bersuara dan berdebat.

Akan terdapat kebebasan bersuara dan berdebat atau prosiding dalam Majlis dan kebebasan bersuara dan debat atau prosiding sedemikian tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Majlis

44.       Imuniti bagi ahli-ahli akan apa-apa yang dikatakan atau dilakukan di hadapan Majlis adalah diperuntukkan dalam Seksyen 7 seperti berikut:

7.  Immunity of members from civil or criminal proceedings for anything done or said before the House.

No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion, or otherwise, or have said before the House or any committee.

Diterjemahkan seperti berikut:

7.  Imuniti ahli-ahli daripada prosiding sivil atau jenayah bagi apa-apa yang dilakukan atau dikatakan di hadapan Majlis.

Tidak ada ahli yang bersalah atas mana-mana prosiding sivil atau jenayah, penahanan, hukuman penjara, atau kerosakan atas alas an mana-mana perkara atau keadaan yang beliau mungkin mulakan melalui petisyen, rang undang-undang, resolusi, usul, atau sebaliknya, atau telah dikatakan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.

45.       Ia juga diperuntukkan dalam seksyen 32 undang-undang yang sama bagi mengelakkan sebarang keraguan bahawa ahli-ahli Parlimen di Malaysia mempunyai hak dan kebebasan, imuniti dan kuasa yang sama sebagaimana dimiliki oleh ahli-ahli House of Commons di United Kingdom dengan itu memelihara semua hak dan kebebasan dan imuniti common law yang diberikan kepada ahli-ahli parlimen.

46.       Ahli-ahli Majlis sepatutnya memahami sepenuhnya bahawa Kaedah 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat bertindak untuk melarang ahli-ahli Parlimen daripada mengelirukan Majlis dan adalah terpakai kepada semua ahli Parlimen, melalui konvensyen, konvensyen yang ditubuhkan dalam Parlimen Komanwel yang serupa seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia adalah yang pada kebiasaannya digunakan terhadap Menteri Kabinet Kerajaan bagi memastikan agar mereka tidak mengelirukan Parlimen.

46.1    Ia adalah untuk memastikan agar Menteri Kabinet menunjukkan tahap keikhlasan dan kejujuran yang paling tinggi apabila mengemukakan jawapan mereka kepada pertanyaan tertentu dalam Parlimen dan adalah perkara utama kepada konvensyen perlembagaan "Tanggungjawab Menteri" kepada Parlimen.

46.2    Ciri asasi mengenai penggunaan kaedah adalah bahawa Menteri/ahli yang melanggar hendaklah secara mengetahui mengelirukan Majlis dengan menyatakan fakta-fakta yang beliau ketahui sebagai palsu. Ini dengan mudah boleh ditunjukkan oleh satu contoh disebut dalam Erskine May "Amalan Dalam Parlimen" (lihat muka surat 132)(Lihat Lampiran 17) yang berlaku dalam House of Commons pada 1963 di mana Lord Profumo, yang pada masa itu adalah Setiausaha Pertahanan, secara diketahui telah membuat kenyataan palsu dalam Majlis bahawa perhubungan beliau dengan pelacur kelas atasan, Christine Keeler tidak mengandungi kata-kata yang kurang sesuai.  Soalan ditanya oleh beliau adalah relevan disebabkan oleh wanita yang sama yang telah dikenali mempunyai hubungan sulit dengan atase pelayaran daripada Kedutaan Soviet.  Selepas itu ia telah didedahkan kepada umum bahawa beliau sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan Cik Keeler dan kemudiannya telah meletak jawatan sebagai Menteri. Majlis kemudiannya telah mendapati beliau bersalah atas penghinaan melampau dalam mengelirukan Majlis.

47.       Peraturan tidak pernah dihasratkan untuk digunakan sebagai alat bagi menghukum mana-mana ahli Majlis bagi menyediakan tafsiran yang berbeza berhubung dengan fakta-fakta yang serupa atau menyatakan sesuatu dari sudut pandangan politik.

48.       Ahli-ahli Kerajaan mungkin terkejut dengan kenyataan bahawa syarikat perhubungan awam dengan hubung kait diketahui dengan Israel jugalah yang memberi nasihat mengenai 1Malaysia.  Itu adalah sebahagian daripada pertikaman lidah dalam debat di Parlimen dan hendaklah diiktiraf sedemikian rupa.

49.       Kenyataan DSAI bukan sahaja merupakan ulasan politik yang adil tetapi juga telah disokong oleh pengataan-pengataan mengikut fakta. Malangnya beliau kemudiannya telah dihalang daripada mengemukakan dokumen dan keterangan oleh beliau sendiri dan melalui saksi-saksi bagi mewujudkan fakta-fakta tersebut.

50.       Pendirian Kerajaan dalam memilih untuk membesar-besarkan kesan yang timbul daripada ulasan tersebut, dan selanjutnya melancarkan satu usul bagi penghinaan berbelakangkan ulasan sedemikian, boleh dilihat sebagai apa yang sebenarnya adalah – satu percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat.

51.       Sekiranya kami memilih untuk menutup mata sekarang dan membenarkan penggunaan berterusan ke atas Peraturan-peraturan  Mesyuarat 36(12) terhadap DSAI, ia mungkin membentuk keadaan duluan yang berbahaya yang mungkin bertindak untuk mengurangkan keupayaan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjalankan secara berkesan peranan perlembagaan mereka sebagai pemeriksaan terhadap Kerajaan.  Bagi sistem sekatan dan imbangan untuk berfungsi, ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah dibenarkan untuk meneliti secara bebas dan berkesan tindakan Kerajaan tanpa ketakutan didakwa.

52.       Atas semua alasan di atas, kami mendorong semua ahli Majlis untuk menolak sebarang keputusan bersalah oleh Majlis berhubung dengan pengataan terhadap DSAI yang mengelirukan Majlis.



Yang benar,



................................................                                      ..............................................

Karpal Singh                                                                  R.Sivarasa

Ahli Parlimen bagi Bukit Gelugor                                    Ahli Parlimen bagi Subang


[1] Seksyen 29 Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952( "Akta 347") (Lampiran No 15)

ANWAR DI NAFIKAN HAK BERKENAAN USUL GANTUNG 6 BULAN

Posted: 15 Dec 2010 09:45 AM PST


Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.
"Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno.
Dinafi hak pertahan diri
"Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya.
Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah.
"Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah.
"Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya.

DUN Lembah Jaya

Posted: 15 Dec 2010 11:13 AM PST

DUN Lembah Jaya


Dialog Dengan Persatuan Penduduk: Wadah Perbincangan Telus

Posted: 15 Dec 2010 02:01 AM PST

YB Hj Khasim berucap dan memberi penerangan berkenaan beberapa isu berbangkit

12 Disember 2010, Taman Ampang Indah - Luahkan segala masalah, segala yang terpendam secara berdepan dan berterus terang. Biar semua pihak berpuas hati, biar segala yang kabur menjadi jelas. Itulah yang berlaku dalam pertemuan dengan setiap persatuan penduduk termasuk yang terbaru pertemuan dengan Persatuan Penduduk Taman Ampang Indah.

Dalam pertemuan tersebut segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk diluahkan untuk dicatit oleh YB Hj Khasim. Menurut YB Khasim, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan semua permasalahan tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis MPAJ En. Abdul Latif Shaari dan En. Tan Hua Meng.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi melancarkan usaha demi kepentingan rakyat.

En. Fauzan, Pengerusi Persatuan Penduduk membuka bicara


Antara ahli Jawatankuasa yang hadir

Pegawai DUN, En. Azhar Sabirin (kanan) Saudara Rasimi Ali dan En. Che Yusof, Ketua Kg. Tasek Permai yang mengiringi YB Hj Khasim

Wakil wanita Persatuan Penduduk

Pas CawanganSurada

Posted: 15 Dec 2010 11:04 AM PST

Pas CawanganSurada


Pengkhianatan atas nama Ketuanan Melayu

Posted: 14 Dec 2010 09:35 PM PST

Ketuanan Melayu - Ratib terakhir UMNO

Posted: 14 Dec 2010 09:06 PM PST

Pemuda Guchil

Posted: 15 Dec 2010 09:31 AM PST

PAS Kawasan Gerik

Posted: 15 Dec 2010 09:28 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Cermah Isu Semasa

Posted: 15 Dec 2010 08:35 AM PST


Tempat: Markas PAS Kampung Kerunai Gerik Perak

Masa: 9.30 Malam

Tarikh: 20/12/2010

Hari: Isnin

Penceramah: Mat Sabu - AJK PAS Pusat & YB Khalil Idham Lim - Ketua Penerangan PAS Perak

Agenda: HI TEA bersama MAT SABU di Markas PAS Felda Bersia Gerik Perak Jam 5.00 Petang

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Dec 2010 09:27 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Posted: 14 Dec 2010 11:22 PM PST

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek "SEKOLAHKAN MEREKA" dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek "SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN" ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

Jualan AMAL Kembali ke Sekolah 1 Jan 2011 Seremban

Posted: 14 Dec 2010 08:09 PM PST


JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH
Tarikh : 1 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 2 ptg
Tempat : AMAL Corner, No 22 , Jalan Bunga Raya 27,Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

Kupon Amal: RM 10 , RM 100 (satu pek)

Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan yang berikut :
En Hakki 013-3840022
En Rozmal 012-2267406
Pn Hajjah Nur 017-3629686

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH ialah RM 10 untuk satu Kupon

Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Bengkel ke Menara Gading 26 Dis 2010 Seremban

Posted: 14 Dec 2010 07:03 PM PST

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 50/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

INSENTIF YURAN ISTIMEWA UNTUK PESERTA BERKUMPULAN, PERSATUAN, MASJID SERTA SURAU

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Jasindaily Online

Posted: 15 Dec 2010 09:21 AM PST

Jasindaily Online


Akhirnya G-Pang jadi Presiden

Posted: 14 Dec 2010 09:26 PM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Dec 2010 09:17 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Laman web Majlis Perbandaran Dungun promosikan Restoran McDonalds

Posted: 15 Dec 2010 05:04 AM PST

oleh : Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura




Restoran makanan segera McDonalds terus menerima layanan istimewa dari pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bilamana mendapat promosi percuma di laman web rasmi MPD.

Hasil tinjauan pada Sabtu 27 November, promosi ala iklan perniagaan itu diletakkan di laman utama web tersebut bersekali dengan promosi program kerajaan negeri Terengganu dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MPD.

Restoran McDonalds seolah-olah menjadi satu aset penting dan polisi dalam pentadbiran MPD sehingga dipromosikan sedemikian rupa.Sepatutnya laman web rasmi pihak berkuasa tempatan bebas dari iklan yang berbentuk perniagaan syarikat tertentu.


Berbeza dengan laman web rasmi Majlis daerah Setiu (MDS) yang mempromosikan bangunan perkedaian milik MDS yang telah siap pembinaannya dan telah dibuka penawaran untuk disewa kepada peniaga.

Maka bertepatanlah pihak MDS telah mencapai taraf 5 bintang dalam Penilaian Laman Web Sektor Awam 2010 sebaris dengan laman web rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman, Majlis Daerah Marang dan juga Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tidak pasti samada laman web rasmi MPD ada menerima atau tidak pencapaian taraf 5 bintang sepertimana pihak berkuasa yang lain.Mungkin pihak MPD terlepas pandang itu semua dikala sibuk terkejar-kejar untuk menyiapkan dengan segera pembinaan bangunan Restoran Mcdonalds seperti sepantas makanan segera yang dihidangkan di restoran tersebut.

Sepertimana yang terkandung dalam memorandum bantahan yang dihantar kepada Yang DiPertua MPD baru-baru ini adalah berkisar mengenai layanan istimewa dan mencurigakan yang diberikan kepada syarikat luar seperti McDonalds dan pada masa yang sama peniaga tempatan ditekan dan dibebankan dengan syarat-syarat yang tidak munasabah.


Pendedahan terdahulu :
Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun.

Iman

Posted: 14 Dec 2010 10:00 PM PST

Makna Iman
Iman = Aqidah iaitu kepercayaan dasar sebagai titik tolak permulaan seorang muslim.

Rukun Iman
Adapun dalil-dalil dari rukun Iman ini, berdasarkan al-Qur'an dan al-Hadist. Dalam rukun Iman ini, berupa hal-hal apa saja yang wajib diimani oleh seorang Muslim.

1) Al-Hadist
"Iman adalah engkau percaya (membenarkan dan mengakui) kepada Allah Swt dan malaikat-Nya dan dengan menjumpai-Nya, rasul-rasul-Nya, dan engkau percaya dengan Hari Berbangkit" (H.R. Bukhari dan Muslim).

2) Al-Qur'an
"Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah Swt dan rasul-Nya dan kepada kitab yang diturunkan kepada rasul-Nya, serta kitab Allah Swt diturunkan sebelumnya. Barang siapa beriman kepada Allah Swt, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Kemudian maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (Surat an-Nisa:136).

Inti Aqidah
Percaya dan pengakuan terhadap ke-Esa-an Allah Swt. (tauhid), yang merupakan landasan keimanan terhadap keimanan lainnya, seperti keimanan terhadap malaikat, rasul, kitab, hari akhir dan qadha qadar.

Pendekatan Iman
1) Dalil Naqli (al-Qur'an dan al-Hadist)
2) Dalil Aqli (Hukum Akal)

Pengertian Kufur
Kufur bermakna ingkar, artinya tidak beriman kepada pondasi-pondasi Iman. Adapun macam-macam kufur, meliputi:

1) Kufur Besar
Kufur model ini, dapat mengeluarkan seseorang dari Agama Islam. Kufur yang termasuk golongan ini, antara lain:

a. Mendustakan kebenaran Allah Swt (al-Ankabut: 68).
b. Tidak tunduk dan congkak terhadap Allah Swt (al-Baqarah: 34).
c. Meragukan Allah Swt (al-Kahfi: 35-38).
d. Berpaling dari seruan Allah Swt (al-Ahqaf: 3).
e. Menampakkan keimanan, sembunyikan kejahatan (al-Munafiqun: 3).

2) Kufur Kecil
Kufur model ini, tidak dapat mengeluarkan seseorang dari Agama Islam. Kufur ini meliputi:

a. Kufur Amali, yaitu dosa-dosa yang disebutkan dalam al-Qur'an dan al-Hadist.
b. Kufur Nikmat (al-Nahl: 85).

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan

PAS Kulaijaya

Posted: 15 Dec 2010 07:32 AM PST

PAS Kulaijaya


KONSEP PENDIDIKAN ISLAM.

Posted: 14 Dec 2010 06:23 PM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 15 Dec 2010 07:24 AM PST

i n t a n h i j a u


APA MACAM NI MACHA.....AKIM KA KITA...? / اڤ ماچم ني ماچ.....اکيم ک کيت...؟

Posted: 15 Dec 2010 06:35 AM PST

hanafi hamat akim permatang pauh by election 180808 02Hanafi Hamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.
Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

NONEZaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan
pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya.

- Bernama

HADIAH KRISMAS UNTUK BN / BN هديه کريسماس اونتوق

Posted: 15 Dec 2010 01:35 AM PST


Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

NONEMenurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

NONETindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.(malaysiakini)

(video) PENJELASAN ANWAR ISU WIKILEAKS DI WANGSA MAJU /ۏيدياو﴾ ڤنجلسن انور ايسو ويکيلياکس د وڠسا ماجو)

Posted: 14 Dec 2010 04:56 PM PST






PELANCARAN BAPA (BADAN BERTINDAK WARGA FELCRA)

Posted: 14 Dec 2010 03:14 PM PST

Pelancaran Badan Bertindak Warga Felcra (BAPA) secara rasminya akan diadakan pada 25 Disember 2010 ini bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping. Ianya Insyallah akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. BAPA ditubuhnkan dengan pelbagai tujuan dan yang pastinya untuk mengembalikan keadilan , kebenaran , kesedaran dan hak seluruh warga FELCRA MALAYSIA.

Muslimin muslimat dijemput untuk hadir dan sebarankan maklumat ini agar sama-sama kita menjadi insan pejuang kebenaran dan bukan sekadar menjadi kuda tunggangan pihak-pihak yang sering membolot kekayaan hasil ketidaksempurnaan dan keringat insan bawahan.(paspasirsalak.blogspot.com)

WIKILEAKS-ALTANTUYA : NAJIB DIAM SAJA / ويکيلياکس-التنتويا : نجيب ديام ساج

Posted: 14 Dec 2010 08:14 AM PST



KUALA LUMPUR,14 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.(harakahdaily)

Pengikut