Rabu, 15 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 14 Dec 2010 09:20 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PERSIAPAN RALLY JOM 1MALAYSIA PEMUDA MALAYSIA...

Posted: 14 Dec 2010 05:57 AM PST


Mesyuarat AJK PPU Rompin yang telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin telah membincangkan beberapa program yang bakal dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat.Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Ahli PPU daripada Gugusan Selendang dan pemimpin setempat yang bakal menjadi tuanrumah Program Rally JOM 1Malaysia ini.

Perbincangan turut berkisar tentang persiapan dan membentuk jawatankuasa kecil bagi memastikan setiap yang dirancang akan berjalan lancar.

Antara acara yang bakal dijalankan ialah seperti sambutan konvoi bermotor,gotong-royong membaiki rumah rakyat yang susah,Pentas Pemuda dan sebagainya.

Program juga akan turut sama disertai oleh para Puteri UMNO Bahagian yang turut sama hadir dalam mesyuarat pada malam ini.

Segalanya perlu dirancang dengan teliti kerana rombongan pada kali ini turut disertai oleh EXCO Kanan PPU UMNO Malaysia dan rombongannya.Adalah menjadi harapan YB KP PPU Bahagian Rompin agar semua AJK memberikan fokus dan komitmen agar program ini akan menjadi satu program yang berjaya dan cemerlang.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 14 Dec 2010 03:28 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KBS Menghitung hari

Posted: 14 Dec 2010 12:15 PM PST

E-Info@DRI

SEBAGAIMANA bergeloranya semangat pasukan-pasukan yang bakal bertanding pada pusingan akhir Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku penganjur juga tidak sabar-sabar untuk melancarkan kejohanan kemuncak itu yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Futsal, Presint 18, Putrajaya itu akan menjadi pentas untuk 444 pasukan lelaki dan wanita yang mewakili 222 Parlimen di seluruh negara berentap memburu gelaran juara keseluruhan.

"Kami kini menghitung hari. Tidak sabar untuk melancarkan kejohanan, menanti kehadiran pasukan-pasukan dan menyaksikan aksi yang bakal mereka tampilkan. Kita yakin, setiap Parlimen menampilkan pasukan terbaik mereka," kata Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Madzrib Ibrahim kepada Kosmo! ketika ditemui di pejabatnya di Wisma KBS, Putrajaya semalam.

Setelah pasukan-pasukan bertarung di peringkat Parlimen pada Mei hingga Oktober lalu, Madzrib menyifatkan ini tentunya detik yang amat dinanti-nantikan para pemain yang bertanding.

"Masyarakat di luar sana juga amat menanti-nanti kejohanan seperti ini. Dengan minat terhadap sukan futsal yang semakin berkembang dan pusat-pusat sukan futsal tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kejohanan yang besar seperti ini memberi peluang kepada pasukan-pasukan termasuk dari desa dan pelosok tempat bertarung di peringkat kebangsaan," tambahnya.

Madzrib berkata, kejohanan itu sebagai lanjutan daripada sambutan memberangsangkan yang diterima pada Kejohanan Rentap Futsal Kosmo! yang disertai 1,078 pasukan Mei lalu.

Bercakap tentang persiapan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia, Madzrib berkata, KBS kini sudah bersedia lebih 80 peratus untuk melancarkannya.

"Pihak urus setia iaitu Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan sudah memulakan gerak kerja sejak bulan Oktober lagi.

"Pasukan pertama yang akan tiba dijangka pasukan-pasukan dari Sabah, Sarawak dan Labuan iaitu pada 15 haribulan (hari ini). Pihak KBS telah berbincang dengan syarikat penerbangan AirAsia untuk menawarkan kadar tambang terendah bagi mereka.

"KBS juga menawarkan tempat penginapan di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk semua pasukan namun sekiranya mereka mahu menginap di tempat lain ia masih dibenarkan," katanya sambil memberitahu pengangkutan dan kos pengangkutan dari UPM ke Kompleks Futsal Putrajaya disediakan dan ditanggung sepenuhnya oleh KBS.

Semua pemain turut dilindungi insurans.

Pihak KBS juga akan bekerjasama dengan pasukan ambulans, doktor, polis trafik, pasukan RELA dan sebagainya untuk melancarkan perjalanan program dan kemudahan tempat letak kereta.

Terdahulu, majlis perasmian kejohanan akan berlangsung di Hotel Nouvelle, Sungai Besi pada pukul 8 malam esok oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan acara sepak mula kejohanan akan berlangsung pada pukul 8 pagi, 17 Disember yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Berhubung format pertandingan, semua pasukan akan bermula dengan bermain di peringkat kumpulan secara liga. Sebanyak 37 kumpulan bagi kategori lelaki dan 37 kumpulan bagi kategori wanita.

Kemudian, johan dan naib johan setiap kumpulan akan berlawan secara kalah mati bagi menentukan pasukan yang akan layak ke peringkat suku akhir.

"Bermakna, setiap pasukan berpeluang bermain sekurang-kurangnya lima kali dan pasukan yang mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara perlu melalui 12 perlawanan," ujarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KL hantar nota bantahan kepada Singapura berkaitan WikiLeaks

Posted: 14 Dec 2010 02:52 AM PST

Link artikel: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KLhantarnotabantahankepadaSingapuraberkaitanWikiLeaks/Article


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sudah menghantar nota bantahan kepada Singapura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kanan kementerian itu terhadap pemimpin negara ini yang didedahkan menerusi laman web, WikiLeaks.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen ke pejabatnya di Parlimen pagi ini bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan berkenaan.
"Ini adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruh jaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya.
"Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan (Lee Hsien Loong)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anifah mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat pada November 2008, terhadap beberapa pemimpin negara ini.

Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada.
Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza.

Beliau berkata ini kerana negara ini menerusi konsep gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," yang lebih menekankan kebajikan rakyat berbanding negara republik itu.

"Kita mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India...Kalau tidak silap ada 214 kumpulan etnik di negara ini. Apa yang dipanggil tidak kecekapan " daripada penangan Singapura, sebenarnya kita turun ke bawah berjumpa dengan rakyat dan kemungkinan Singapura menganggap apa yang kita buat ini adalah remeh temeh walhal ia adalah kepentingan rakyat.

"Disebabkan itu, saya katakan pengurusan Singapura adalah berbeza dengan Malaysia," kata Anifah.

Beliau berkata sebagai jurucakap kerajaan Malaysia, menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan warga negara Malaysia termasuklah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, selaku Menteri Luar sudah tentu ada pihak dari negara luar akan bertanya mengenai pendedahan tersebut sama ada ia benar atau tidak, namun terpulang kepada individu yang dituduh untuk mempertahankan diri mereka.

"Saya tidak dapat mengulas atau tidak mempertahankan apa yang diperkatakan pemimpin negara jiran sama ada betul atau tidak...saya cakap sebagai menteri luar kerana orang yang dituduh itu adalah warga negara Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata ada keperluan bagi parti pembangkang untuk mempertahankan pendiriannya berikutan mereka sering kali dituduh kerana: "Tiada sangkut paut dengan Malaysia, ini adalah tuduhan yang dilemparkan oleh negara jiran dan bekas pemimpin, jadi tiada sangkut paut dengan konspirasi politik di Malaysia".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gantung Anwar enam bulan tak ‘cukup berat’, kata anggota panel

Posted: 13 Dec 2010 10:56 PM PST

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/gantung-anwar-enam-bulan-tak-cukup-berat-kata-anggota-panel/


E-Info@DRI
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Beberapa anggota Jawatankuasa Hak dan Bebas Parlimen dari Barisan Nasional merasakan hukuman gantung enam bulan yang disyorkan panel itu tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu APCO-Israel-gagal 1 Malaysia.

Dua anggota berkenaan iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Dr Fong Chan Onn menyokong syor hukuman enam bulan tetapi berkata kenyataan Anwar mengaitkan gagasan 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel telah menjejaskan imej negara.

Menurut minit mesyuarat jawatankuasa itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini, Razali dipetik berkata beliau pastinya menyokong hukuman lebih berat jika keputusan dibuat lebih awal.

"Jika ini (keputusan) dibuat awal, saya mungkin merasakan (hukuman gantung) enam bulan tidak mencukupi kerana apabila ia (dakwaan) dibuat, dakwaan itu adalah serius dan telah memberi kesan ke atas pandangan masyarakat mengenai konsep 1 Malaysia," kata Razali kepada jawatankuasa itu pada mesyuaratnya 3 Disember lalu.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin

PKR kemaruk sokongan bukan Melayu

Posted: 13 Dec 2010 04:04 PM PST

PKR kemaruk sokongan bukan Melayu

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu hanya bertujuan mendapatkan sokongan politik bukan Melayu.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, A. Chandrakumanan berkata, tindakan terbaru PKR itu menunjukkan parti itu semakin tenat dan bimbang sokongan politik terhadap mereka semakin luntur.

"Adakah Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa perkara yang melibatkan keistimewaan bumiputera dilindungi Perlembagaan Persekutuan?

"Ini hanya menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perjuangan sebenar PKR adalah jelas iaitu merealisasikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Wan Azizah hanyalah orang suruhan dalam parti itu kerana Anwar yang mengawal segala-galanya. Malah pemilihan cabang parti itu baru-baru ini juga menonjolkan lagi kepincangan PKR kerana soal ketelusan yang sering mereka laungkan telah berkubur.

"Amat menyedihkan bagi sebuah parti yang ghairah melaungkan prinsip perjuangan berasaskan keadilan tetapi tidak dapat berlaku adil kepada ahlinya sendiri," katanya.

Menurutnya, gelaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pembangkang sebagai pakatan nepotisme atau 'Anak Beranak Sendirian Berhad' adalah tepat.

"Anwar sebagai Penasihat, Wan Azizah pula memegang jawatan Presiden manakala anak mereka, Nurul Izzah sebagai salah seorang Naib Presiden sudah cukup membuktikan segala-galanya.

"Begitu juga halnya dengan DAP yang menyaksikan penguasaan Lim Kit Siang bersama anak dan menantunya dalam parti itu, seolah-olah menunjukkan mereka ketandusan pemimpin berkaliber untuk memimpin parti," katanya.

PANDANGAN PPUBJ : SOALNYA MENGAPAKAH MEREKA YANG DIPERGUNAKAN TIDAK SEDAR LAGI, DENGAN SENDIWARA MEREKA SELAMA INI?

Sikap sebenar PKR dan DAP terhadap Pas

Posted: 13 Dec 2010 03:59 PM PST

Sikap sebenar PKR dan DAP terhadap Pas

Oleh Zulkiflee Bakar

SELAMA ini apabila Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang dilihat menyokong pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, beliau pasti akan disokong oleh pemimpin kedua-dua parti berkenaan.

Biarpun kadang kala kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dilihat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin Pas tetapi oleh kerana ia memihak kepada PKR dan DAP, maka beliau akan dibela.

Tetapi dalam isu cadangan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau mimpi pembangkang menawan Putrajaya menjadi kenyataan Nik Abdul Aziz menerima layanan sebaliknya.

Ia hanya kerana apabila Mursyidul Am Pas tersebut menegaskan, Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Penasihat DAP itu menjadi seorang muslim yang taat.

Anwar menganggap itu kenyataan peribadi Nik Abdul Aziz dan mempertahankan hak Kit Siang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Di pihak DAP pula, Karpal Singh dalam satu kenyataan meminta Nik Abdul Aziz mengkaji peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata, kedua-dua parti itu yang selama ini dilihat sudah lama memperkotak-katikkan Pas demi kepentingan politik mereka menolak menentang kenyataan Nik Abdul Aziz.

Pendirian PKR dan DAP ini seharusnya memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Pas tetapi juga Nik Abdul Aziz bahawa kedua-dua parti itu sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang pandangan Pas jika ia menyentuh kepentingan mereka.

PKR dan DAP hanya ingin memperalatkan Pas bagi meraih undi demi mencapai cita-cita mereka untuk menguasai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mereka tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas apatah lagi jika menyentuh soal-soal Islam.

Pas bukannya tidak mengetahui perkara ini tetapi sengaja melupakannya demi menjaga hati kedua-dua parti tersebut. Tetapi dalam masa yang sama PKR dan DAP tidak pernah mempunyai niat sedemikian.

Bagi mereka, Pas hanya perlu menyokong sahaja apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh PKR dan DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi 'pak turut', bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan kedua-dua parti berkenaan.

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Kita juga seharusnya tidak terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas bahawa mereka tidak dibawa berbincang berhubung soal pelantikan itu.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Sebagai contoh dalam isu pilihan raya bagi memilih ahli majlis daerah seperti mana dicadangkan oleh DAP di Selangor baru-baru ini, ia juga tidak diketahui oleh Pas tetapi atas nama pakatan mereka dipaksa untuk menyetujuinya.

Semua ini sudah menampakkan ketidakjujuran kedua-dua parti itu dalam bersahabat dengan Pas.

Kita juga tidak harus lupa bagaimana DAP menentang perjuangan Islam yang cuba dibawa oleh Pas dan demi kepentingan bersama Pas seolah-olah sudah tidak lagi berani bercakap soal itu.

Satu lagi fakta yang tidak harus dilupakan oleh PKR dan DAP atau mungkin di kalangan sesetengah pemimpin Pas ialah Pas bukanlah calang-calang parti.

Justeru apabila Anwar lebih mengutamakan Kit Siang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jelaslah sudah ada hasrat tersembunyi untuk memastikan dalam pilihan raya umum akan datang, Pas tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang bakal diperolehi oleh PKR dan DAP.

Maknanya, Pas akan ditentukan berada pada kedudukan ketiga di kalangan parti-parti pembangkang bagi membolehkan PKR dan DAP menguasai semua jawatan penting dalam kerajaan jika pembangkang merampas tampuk pemerintahan negara.

Mungkin bagi pemimpin Pas apa yang lebih penting sekarang ialah menang dulu pilihan raya barulah bercakap soal kedudukan tetapi mesej yang boleh dipelajari oleh Pas ialah sudah ada kecenderungan oleh Anwar untuk mengutamakan DAP dalam apa juga segi.

Semua ini perlu disedari oleh Pas supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan 'yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.'

Rombakan UMNO Kedah: Mukhriz akur keputusan parti

Posted: 13 Dec 2010 03:55 PM PST

Rombakan UMNO Kedah: Mukhriz akur keputusan parti

BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti tentang kedudukannya ekoran kemungkinan berlaku rombakan kepimpinan UMNO Kedah menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ditanya desas-desus mengenai perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Mukhriz berkata, ia adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri ada menyebut mengenai perkara ini (perubahan kepimpinan UMNO negeri) ketika persidangan UMNO serta konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini. Justeru ada kemungkinan ia akan dilakukan.

"Saya tidak pasti kalau ia melibatkan diri saya tetapi apa juga keputusan parti yang difikirkan wajar, saya terima kerana niat saya berkhidmat untuk parti walau di mana sekalipun," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang ZF Steerings (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Mukhriz diminta mengulas desas-desas termasuk di laman-laman blog politik mengenai akan berlakunya rombakan kepimpinan UMNO beberapa negeri termasuk di Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.

UMNO Kedah kini diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Cakap-cakap politik juga menyebut, bagi memantapkan jentera UMNO di negeri itu, Mukhriz bakal digandingkan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalannya.

Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

Cubaan Awal Jatuhkan Mukhriz : UMNO Kedah Tidak Pernah Insaf
Nampaknya UMNO Kedah sudah mula bergolak. Belum pun Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - "gendang perang" sudah berbunyi. Kenyataan Setiausaha UMNO Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad, tidak ubah seperti seorang budak sekolah rendah. Tahap mentaliti seperti inikah yang masih ada dalam kalangan ahli UMNO Kedah? Alasan yang diberikan oleh beliau, kononnya Mukhriz kurang pengalaman dalam politik Kedah, menyebabkan anak Tun Mahathir itu tidak layak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, merupakan hujah yang dangkal lagi jijik.

Apakah Shamsuddin lupa berapakah usia DS Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang? Begitu jugan dengan Khairy Jamaluddin, berapakah usia beliau tatkala menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Shamsuddin wajib cermin dirinya terlebih dahulu, sebelum memandai memberi komen. UMNO sekarang bukan lagi seperti dahulu - kita memerlukan orang muda yang mampu menarik sokongan generasi tersebut, agar kembali menyokong UMNO. Soalnya, bolehkah batang tubuh Johari Baharum menarik sokongan orang muda di Kedah agar mengundi UMNO dalam PRU Ke-13 kelak?

Bahkan, kalau ditanya kepada sekalian rakyat Kedah, khususnya orang muda, apakah mereka mengenali insan bernama Johari Baharum - saya fikir pasti jawapan mereka - "Tak Kenal". Cuba tanyakan pula siapa yang tidak kenal Datuk Mukhriz Mahathir di Kedah? Susah rasanya untuk bertemu dengan orang yang tidak mengenali Mukhriz Mahathir. Untuk pengetahuan Shamsuddin, hari ini UMNO bukan hanya mahu orang yang berpengalaman semata-mata, sebaliknya, kita lebih memerlukan orang yang popular dan disenangi rakyat.

Jangan kita lupa, Johari Baharum dan Shamsuddin pernah membuat "taik" di Kubang Pasu, sewaktu Tun Mahathir bertanding untuk menjadi perwakilan G7 ke persidangan UMNO Kebangsaan di PWTC beberapa tahun yang lalu. Malah, sehingga sekarang isu "RM200" yang diedarkan kepada semua perwakilan UMNO Kubang Pasu, bagi menghalang daripada Tun Mahathir menjadi salah seorang perwakilan G7 - terus menjadi misteri dan tanda-tanya, sehingga sekarang.

Politik wang sememangnya berleluasa pada waktu itu, namun cuba disembunyikan oleh UMNO Kubang Pasu daripada pengetahuan umum. Cukup! Johari Baharum tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Namanya sudah cukup kotor dan tidak mampu untuk dibersihkan lagi. Soalnya, siapakah Shamsuddin untuk mempertikaikan kehendak DS Najib, sekiranya beliau tetap mahukan Mukhriz untuk menerajui UMNO Kedah? Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah :

ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pengerusi baru termasuk anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathiz yang juga ahli Parlimen Jerlun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan perlantikan pengerusi Umno Kedah pada 28 Disember. Ketika ini, pengerusi Umno Kedah disandang oleh Datuk Shafie Apdal, naib presiden Umno dari Sabah sejak April 2009.

Bagaimanapun, Setiausaha Umno Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad berkata, belum masa lagi untuk melantik Muhkhriz sebagai ketua perhubungan negeri Kedah. "Beliau belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. "Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhriz, timbalan menteri perdangangan antarabangsa merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mukhriz menjadi ketua perhubungan Umno Kedah jika dilantik jawatan itu. Menurut Shamsuddin, ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.

"Datuk Johari Baharum (ketua bahagian Kubang Pasu) lebih layak kerana beliau sudah lama dalam politik Kedah," katanya. Ketua Umno Pendang, Datuk Rozai Shafian pula berkata, Umno bahagiannya boleh menerima sesiapa untuk menerajui kepimpinan Umno negeri. Katanya, telah menjadi kelaziman presiden Umno memilih pengerusi sesebuah negeri. "Kita terima Mukhriz. Kalau beliau layak menajdi timbalan menteri, tentulah beliau layak jadi ketua perhubungan Umno Kedah," katanya.

APA PULA KALI INI.....

Posted: 13 Dec 2010 03:53 PM PST

Put your stuff here

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU...

Posted: 13 Dec 2010 03:42 PM PST

Suara Raja Melayu

Dalam tempoh empat hari, tiga Raja Melayu bersuara. Nada ketiga-tiga raja kita itu tegas dan mesejnya jelas kepada semua. Pada 5 Disember, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang nampak ketara dan banyak sangat sekarang. ''Melayu tidak minta lebih, cuma apa yang kita ada kena jaga,'' titah baginda dalam wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu.

Pada sambutan Maal Hijrah Negeri Perak, 7 Disember, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka terhadap bangsanya.

Sehari selepas itu, Sultan Johor mahu orang Melayu bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu. Ketiga-tiga peringatan tersebut menjadi berita utama di muka depan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Apa yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu ini amat bertepatan pada ketika kedudukan Melayu makin diasak. Semua ini angkara muslihat golongan kaduk naik junjung yang berhasrat menjadikan Malaysia negara republik suatu hari nanti. Golongan tersebut kian membesar dan membentuk gelombang yang kuat. Semua tahu bahawa ada pemimpin pembangkang Melayu yang membuka pintu pengkhianatan untuk kepentingan politik diri sambil membawa keuntungan besar kepada kaum tertentu.

Maka Awang menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu yang tampil ke hadapan untuk membantu menyelamatkan kedudukan Melayu. Sejak merdeka, tidak pernah rasanya institusi raja kita sebegini lantang. Ternyata senario pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berisiko kepada masa depan umat Islam, tidak lagi boleh diambil mudah.

Titah Sultan Perak perlu dijadikan pemula kejutan. ''Adalah menjadi tanggungjawab Raja-Raja Melayu bersama umat Islam dan orang Melayu di bumi ini, untuk terus mempertahankan segala hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu daripada sebarang usaha menghakisnya.'' Awang sudah lama sahut dan bangkit. Sesungguhnya, ia adalah semboyan untuk umat Islam dan orang Melayu. Kita tiada pilihan melainkan bersatu. Apa lagi...

Di mana salahnya ketuanan Melayu?

Posted: 13 Dec 2010 03:40 PM PST

Di mana salahnya ketuanan Melayu?

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba.

Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.

Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.

Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam UMNO, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam UMNO, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik.

Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku - patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain.

Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba.

Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan.

Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang UMNO mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar UMNO semakin terbuka. UMNO ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya.

Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah.

Feudal

Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pula ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Kepada mereka yang faham sejarah, istilah ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-Raja Melayu, yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini.

Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800-an dan 1900-an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta. Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama.

Ketuanan Melayu atau Ketuanan 3A

"PAKATAN 3A (Anwar-Azizah-Azmin) adalah spesies yang sengaja memutar-belitkan konsep Ketuanan Melayu untuk kepentingan politik sempit mereka.

"Isunya bukan soal ekonomi atau kekayaan, walaupun mereka bertiga antara yang paling banyak mendapat manfaat daripada konsep Ketuanan Melayu semasa memegang tampuk kekuasaan dalam UMNO dahulu."

Itulah komen terbaru Zulkifli Noordin (kul4kulim.blogspot.com) mengenai penolakan Ketuanan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dicetuskan oleh Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

Kata beliau, tujuan mereka memutar-belitkan Ketuanan Melayu adalah bagi memenuhi cita-cita mereka untuk membina Dinasti Anwar dengan konsep baru "Ketuanan 3A".

"Dinasti Anwar tercipta dengan nyata dalam PKR. Apabila Anwar menjadi Ketua Umum (tanpa perlu bertanding jawatan yang tidak wujud sebab dia dianggap anugerah Tuhan), Azizah yang menang percuma (kerana dia isteri makhluk anugerah Tuhan ini), Azmin (anak emas yang menang dengan bantuan manusia anugerah Tuhan ini), dan Nurul Izzah (anak sulung Dinasti Anwar ini).

"Lengkap sudah Dinasti Anwar di dalam PKR. Kini, mereka mahu Dinasti Anwar memerintah negara ini pula berdasarkan konsep Ketuanan 3A. Itulah cita-cita dan nafsu serakah mereka," kata beliau.

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com) pula berkata, kenyataan ala penderhaka kepada bangsa dan tanah air yang dihamburkan oleh Anwar dan sekutunya akhir-akhir ini adalah semata-mata untuk mempertahankan saki-baki sokongan yang masih ada terhadap PKR.

Katanya, kenyataan provokasi sedemikian khas ditujukan kepada umat Melayu dengan tujuan mengembalikan dan mempertahankan sokongan kaum Cina dan India terhadap parti mereka yang semakin hampir hilang kepercayaan sehingga terpaksa menggunakan sentimen dan provokasi berbau perkauman.

"Jadi, hasil daripada mainan sentimen dan provokasi kaum ini, mereka dapat mengalih isu keributan dan keharu-biruan peringkat dalaman parti. Kedua, kes liwat yang sedang memasuki fasa pertengahan yang bakal membongkar bukti-bukti yang sukar dipatahkan, sekurang-kurangnya akan dapat mengalih fokus rakyat," katanya.

Jelas beliau, tuhan juga telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia orang agama yang bersetuju dengan semua perkara, asalkan sahaja tindakan itu datang dari kelompok mereka, walau pun terang dan jelas menyesatkan

"Inilah harapan baru untuk Malaysia ala Anwar Ibrahim," katanya.

Sementara itu, Zainol Abideen (mahaguru58.blogspot.com) mempersoalkan kenapa hanya Sultan Selangor sahaja yang begitu lantang mempertahankan kedudukan orang Melayu daripada diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apakah hanya Sultan Sharafuddin Idris Shah sahaja satu-satunya sultan Melayu yang prihatin akan pengkhianatan Wan Azizah bersama sang suaminya serta sekalian para pengkhianat dan pemuka lain berbangsa Melayu.

"Kononnya, beragama Islam tetapi sudah sampai ke tahap sedia menghapuskan kedudukan umat Islam berbangsa Melayu di bumi tanah Semenanjung ini demi dahagakan kuasa sementara di dunia ini, walaupun untuk hanya sepenggal menjelang ajal mereka.

"Mahukah dibiar anasir-anasir ini meracuni fikiran warganegara lain sehingga mereka mampu menghapuskan institusi Kesultanan Melayu dan menggantikannya dengan sebuah Republik Rakyat Malaysia di mana agama Islam akan disamaratakan dengan kefahaman lain seperti dibuktikan dengan sokongan mereka terhadap Suruhanjaya Antara Agama dahulu?," soal beliau.

Blog Paneh Miang (paneh.blogspot.com) pula berkata, geruh Sultan Selangor merupakan petanda bahawa pakatan PKR-Pas-DAP hanya akan bernafas kurang daripada 44 hari.

Katanya, beliau percaya titah baginda itu akan disambut oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Raja Perlis, Sultan Kelantan, Sultan Terengganu dan Sultan Pahang.

"Inilah sembilan buah kuasa kerajaan raja berperlembagaan yang dipersekutuankan membentuk Malaysia bersama dua Negeri Selat dan dua negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

"Ingatlah wahai umat Malaysia bahawa bumi ini merupakan anugerah Allah, dan DYMM ialah anugerah dan kurniaan Allah. Mereka ialah manusia terpilih yang dicipta Allah untuk tujuan-tujuan khusus.

"Nasab dan sanad mereka diberikan darjat tertentu. Moga Allah beri hidayah dan petunjuk agar jalan yang lurus dapat diurus oleh Tuanku Raja-Raja Melayu," katanya.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

APA SEBENARNYA TUJUAN WIKILEAKS?

Posted: 13 Dec 2010 03:25 PM PST

Wikileaks: Hubungan dengan negara sabahat tidak terjejas

13/12/2010 8:16pm

SINGAPURA 13 Dis. — Singapura menyatakan bahawa laporan terkini Wikileaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

"Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang," kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.

"Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini," kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan "bukan cakap-cakap atau mengumpat".

Jurucakap itu menjawab pertanyaan media mengenai laporan akhbar Australia mengenai kabel Kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh Wikileaks semalam.

Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

"Laporan akhbar itu berdasarkan interpretasi Amerika Sayrikat mengenai perbualan sulit yang tidak memberikan konteks sepenuhnya, dan dalam sesetengah kes, adalah daripada sumber pihak ketiga," kata jurucakap itu.
"Sebagai prinsipnya, kementerian itu tidak mengulas mengenai kebocoran itu," tambah beliau.

Ditanya jika beliau menjangkakan bahawa laporan Wikileaks seterusnya akan mengandungi komen yang kritikal mengenai Singapura oleh negara-negara lain, jurucakap itu berkata: "Beribu-ribu kabel bocor daripada perwakilan diplomatik Amerika Syarikat di seluruh rantau kita.

"Saya sangat terkejut jika Singapura bukan menjadi perkara sekurang-kurangnya sesetengah daripada mereka. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kementerian tidak mengulas mengenai kebocoran itu."
"Singapura menganggap kebocoran maklumat sulit sangat serius dan tidak akan bertolak ansur," tambah jurucakap itu. - Bernama

Dr. M yakin Lee Kuan Yew tahu kegiatan Anwar

13/12/2010 6:38pm

PUTRAJAYA 13 Dis. — BekasPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.

"Ya memang...saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Globalizing Malaysians in 2020 di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini.

Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008. - Bernama

WIKILEAKS SUKAR MENYIMPAN RAHSIA....

PADA zaman Internet ini, sangat sukar untuk merahsiakan sesuatu maklumat. Apa yang diklasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah tersebar ke pelosok dunia dalam sekelip mata.

Cuba bayangkan seorang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi didedahkan sering berdampingan dengan jururawat seksi dari Ukraine. Presiden Turkmenistan pula dianggap tidak terlalu cerdik dan pembohong terlatih.

Jika ini sekadar gosip, ia boleh difahami. Tetapi ini ialah dokumen rasmi. Ia maklumat yang dipintas daripada kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) oleh laman web antarabangsa, WikiLeaks.

Memang benarlah tiada lagi rahsia dalam dunia Internet ini. Tinggal lagi kita harus tahu cara untuk memperolehinya. Maklumat tersimpan rapi dan diklasifikasikan sulit mudah untuk bocor tanpa perlu bersusah payah melakukan pencerobohan secara fizikal.

Segala data yang memasuki jaringan, sekebal manapun tembok yang dibina, berisiko untuk dipintas dan digodam bagi tujuan tertentu.

Jika tidak pun memasuki jaringan, maklumat sulit itu boleh disalin secara pantas melalui penyimpan data mudah alih oleh orang dalam. Untuk mendedahkannya kepada umum tidak lagi sukar kerana Internet menyediakan tempat tanpa had.

Aksi kebocoran rahsia yang sebelum ini selalu kita saksikan dalam filem, kini telah menghantui banyak negara, konglomerat mahupun tokoh-tokoh antarabangsa. Semakin tinggi teknologi, semakin kurang rahsia yang manusia akan miliki.

Atas nama kebebasan media dan hak mendapatkan maklumat, pembocoran rahsia kerajaan dan syarikat oleh WikiLeaks disifatkan bukan lagi perlakuan jenayah. Malah ia dijunjung kerana dianggap bentuk ketelusan untuk menegakkan demokrasi.

Perjuangan Wikileaks - menyiarkan fakta-fakta yang perlu diketahui umum tanpa rasa takut - dianggap suci. Setakat ini, Wikileaks sudah menelanjangi pentadbiran banyak negara dengan membocorkan lebih 1.2 juta kabel diplomatik. Hebat kerana maklumat daripada WikiLeaks mendapat perhatian akhbar-akhbar utama dunia termasuk The New York Times (AS), The Guardian (Britain), El Pais (Sepanyol) dan Der Spiegel (Jerman).

Melalui WikiLeaks, hal yang selama ini menjadi gosip dan sekadar teori konspirasi dapat disahkan benar. Konspirasi perang Iraq dan Afghanistan yang didedahkan umpamanya telah mencetuskan hubungan yang tidak harmoni dan perbalahan.

Bagi mereka yang selama ini suka bercakap soal ketelusan, WikiLeaks adalah perangkap untuk mereka. Di AS sendiri tiada yang namanya kebebasan. Jika ada yang masih berfikir AS itu menjunjung tinggi kekebasan media dan mendapatkan maklumat serta hak asasi individu, respons terhadap WikiLeaks ini memberikan jawapannya.

Pentadbiran AS dilaporkan telah mengeluarkan amaran memecat kakitangan yang membaca dokumen rahsia kabel diplomatik itu. Kakitangan White House yang tidak mempunyai autoriti juga dilarang membaca dokumen rahsia WikiLeaks sama ada di pejabat atau melalui komputer peribadi mereka.

Pelajar yang didapati membaca, memasang pautan atau sekadar memberi komen di laman sosial, diingatkan bahawa mereka berisiko untuk tidak diterima bekerja sebagai pegawai kerajaan. Begitu sekali huru-hara yang dicetuskan oleh WikiLeaks yang beroperasi atas sumbangan umum ini.

Penangkapan pengasas WikiLeaks, Julian Assange di London pada 7 Disember lalu juga telah mencetuskan bantahan meluas. Bekas pengodam warga negara Australia ini rupa-rupanya telah mempunyai ramai pendukung dan peminat. Tahun lalu, dia mendapat anugerah media daripada Amnesty International selain beberapa anugerah antarabangsa lain terhadap inisiatifnya.

Walaupun banyak halangan, laman web berurusan perkara rahsia ini dikatakan mampu bertahan lama. Sekarang ini ia mempunyai beberapa alamat di Internet dan lebih 500 laman web menawarkan salinan muatan WikiLeaks.

Penyokong WikiLeaks di Facebook meningkat daripada 500.000 kepada lebih 960.000 pengguna hanya dalam waktu tiga hari sejak Jumaat lalu. Penangkapan Assange yang bakal diekstradisi ke Sweden atas tuduhan seksual itu, tidak akan menutup 'mulut tempayan' WikiLeaks yang mendakwa memiliki beribu-ribu lagi dokumen rahsia AS.

Wikileaks yang servernya dikatakan berada di sebuah bunker di Sweden seperti kebal. Banyak tindakan mahkamah di beberapa negara tidak memberi kesan terhadap 'perjuangan suci' mendedahkan kebenaran itu.

WikiLeaks yang beroperasi sejak 2006, yang menyimpan dan memintas data-data rahsia diplomatik AS itu telah memeningkan banyak negara terutama AS, yang kerjanya memang suka mencatur urusan dunia.

Sebenarnya belum ada pendedahan yang luar biasa dan tidak terduga dilakukan oleh WikiLeaks setakat ini. Bagi mereka yang biasa dengan kehidupan seorang diplomatik, membuat analisis adalah antara tugas mereka. Cuma yang agak memeranjatkan bahasa-bahasa yang digunakan oleh para diplomat AS itu.

Jika diamati dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks sama ada melibatkan perang Iraq dan Afghanistan serta hubungan diplomatik dengan negara lain, ia hanya mengesahkan sahaja perilaku mereka selama ini.

Lingkungan diplomatik dan pemerhati politik tahu begitulah sikap pentadbiran AS yang suka mengenakan tekanan, bahkan sering bersikap angkuh dan ala Rambo itu. Mungkin bagus juga terutama untuk negara-negara lemah mempelajari strategi diplomatik AS ini.Tetapi benarkah apa yang dilakukan oleh WikiLeaks ini demi perjuangan menegakkan demokrasi? Mungkin sahaja ada pihak di AS sengaja membocorkan kabel-kabel komunikasi diplomatik itu untuk tujuan politik mahupun ekonomi. Bagaimana jika ada dokumen itu sengaja dipalsukan atau diubahsuai? Mungkin itu juga satu rahsia yang akan terdedah nanti.

Bagi kebanyakan orang, berurusan dengan perkara rahsia begitu menyeronokkan. WikiLeaks sudah ada saingan apabila bekas kakitangan Assange yang juga mendakwa memiliki beribu-ribu dokumen rahsia, bercadang untuk membuka OpenLeaks.

Internet telah menyediakan ruang untuk itu. Dan Internet sememangnya dilahirkan untuk manusia bebas meluahkan pendapat. Kini dunia terutama AS perlu menghadapinya.

Oleh Zulkefli Hamzah

Sampai bila sandiwara Anwar?




Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my




MUNGKIN tiada pemimpin politik paling bermasalah di rantau ini selain Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari semasa ke semasa, kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teraju utama pakatan pembangkang semakin terserlah.

Beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah, malahan dari hari ke hari satu demi satu konflik wujud berkaitan dirinya.

Malahan Anwar juga dihimpit satu demi satu persoalan yang menuntut penjelasan beliau secara tegas.

Tetapi malangnya, Anwar seolah-olah tidak berupaya menghadapi semua persoalan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan politik mahupun peribadi.

Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar dilihat lebih selesa mendiamkan diri terhadap kepincangan pemilihan parti itu yang berlaku baru-baru ini biarpun majoriti ahli PKR mendakwa wujudnya penyelewengan.

Desakan dan pendedahan bagaimana Anwar didakwa memainkan peranan bagi memastikan orang kesayangan, Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

Ia termasuklah tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala yang mencabar beliau dan Azmin menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dengan taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

Malahan Anwar juga tidak mempedulikan mengenai kekecohan demi kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti sebaliknya mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution membuat kenyataan yang sudah diduga bahawa semua itu didalangi pihak luar.

Namun begitu, difahamkan kemelut dalam PKR biarpun menampakkan kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tidaklah meresahkan beliau.

Tetapi apa yang dianggap boleh merimaskan Anwar dan mewujudkan pelbagai persepsi ialah berhubung hubungan istimewanya dengan Azmin yang kini semakin didedah satu persatu oleh bekas-bekas orang kanannya.

Walaupun satu demi satu cabaran dilontarkan oleh kelompok itu tetapi Anwar hanya mendiamkan diri, paling tidak pun jalan selamat yang beliau ambil ia mendakwa, kelompok berkenaan telah diupah oleh UMNO.

Bagaimanapun ini bukanlah jaminan bahawa segala yang didedahkan boleh didiamkan begitu sahaja. Jika Anwar merasakan apa yang mereka dedahkan itu tidak benar, beliau boleh mengambil tindakan undang-undang.

Apatah lagi persoalan dan dakwaan yang dibuat bukanlah ringan sebaliknya ia melibatkan maruah beliau sebagai pemimpin, suami dan bapa.

Paling ketara dan menjadi bualan ramai kenapakah sampai sekarang Anwar tidak menjawab cabaran bagi menjelaskan kenapa Azmin dianggap begitu istimewa dan apa kaitannya isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan beliau.

Cabaran itu bukanlah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO tetapi oleh bekas-bekas rakan karib Anwar sendiri seperti Datuk S.Nallakarupan dan Senator Mohamad Ezam. Mohd. Noor.

Shamsidar bukanlah seorang ahli politik tetapi kenapa beliau turut dikaitkan dalam hubungan rapat antara Anwar dan Azmin?

Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Anwar tetapi beliau seolah-olah mengelak untuk berbuat demikian sebab itulah Mohamad Ezam mencabar Anwar supaya menyaman Nallakarupan kalau apa yang didakwanya berhubung perkara tersebut tidak benar.

Kita harus ingat persoalan hubungan istimewa antara Anwar, Azmin dan Shamsidar ini bukanlah sekali dua dibangkitkan oleh Nallakarupan, malahan sudah berkali-kali.

Dan desakan yang sama turut dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah ada antara mereka meminta isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya tampil menyatakan kebenaran.

Begitu juga Shamsidar, ramai yang hairan kenapa beliau turut mendiamkan diri sedangkan ini melibatkan maruah beliau sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Pendedahan terbaru adik bongsu Azmin, Ummi Hafilda turut menuntut penjelasan daripada Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar. Ia kerana apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda telah membangkitkan persoalan mengenai 'hubungan istimewa dan misteri' melibatkan Anwar, Azmin dan Shamsidar.

Sememangnya, kita tidak pasti sampai bilakah Anwar akan terus mengelak daripada menyatakan kebenaran serta bersedia berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin.

Tetapi apa yang pasti, semakin lama Anwar cuba mengelak maka semakin banyak pula dakwaan yang berkaitan dengan dirinya terdedah kepada rakyat.

Sebab itulah, sama ada Nallakarupan mahupun Ezam serta bekas pemimpin-pemimpin PKR lain mendesak Anwar berhenti bersandiwara sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya.

Anwar sering sahaja mendakwa semua itu konspirasi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai hujah yang kukuh bagi mempertahankan diri.

Kenyataan balas Anwar terhadap dakwaan-dakwaan ke atasnya lebih banyak 'dihiasi' dengan teori dan serangan balik tanpa bukti, seolah-olah semua orang yang menuduh beliau tidak betul dan berkonspirasi.

Bagi Anwar, hanya beliau sahaja betul, baik dan sempurna manakala mereka yang tidak menyebelahinya 'jahat' sama ada kelompok itu di dalam atau luar negara.

Sikap Anwar itu jelas dalam pendedahan terbaru oleh WikiLeaks yang menyatakan ejen perisikan Singapura mengesahkan beliau memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan oleh agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Dalam isu ini, Anwar seperti biasa menuduh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia terlibat sebagai sumber pendedahan WikiLeaks manakala Azmin pula memberi hujah lebih dangkal apabila mendakwa pendedahan berkenaan menunjukkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

Seperti biasa, Anwar dan Azmin menggunakan taktik berdolak-dalih bagi menutup isu atau persoalan utama yang dibangkitkan.

Kita tidak menafikan bahawa kedua-dua mereka mungkin mampu memperdayakan sesetengah pihak yang menyokong atau menyebelahi mereka.

Namun begitu, pendedahan dan konflik yang berlaku sudah jelas membongkar satu persatu wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim ini yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar mungkin boleh terus bersandiwara dengan menutupi segala kepincangan dalam kehidupan mereka sama ada dalam dunia politik mahu pun peribadi.

Tetapi mereka perlu ingat kata-kata Umi Hafilda bahawa, ''Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi.''

umno bahagian cheras

Posted: 14 Dec 2010 01:11 PM PST

umno bahagian cheras


DUNIA TAHU CERITA LIWAT ANWAR

Posted: 13 Dec 2010 08:34 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

WALAUPUN dunia tahu betapa jijiknya aktiviti liwat didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyokong mereka tetap menyifatkan beliau manusia bermoral.

Bagi penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar seolah-olah dewa suci yang tidak terpalit sebarang dosa.

Oleh sebab itu PKR berhempas pulas menyangkal pendedahan laman web WikiLeaks berhubung aktiviti liwat Anwar.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tanpa sedikitpun rasa malu menjelaskan pendedahan itu sekadar catatan peribadi individu untuk burukan imej negara.

Sebenarnya beliau sengaja memperbodohkan rakyat supaya menilai catatan sesawang itu boleh diterima pakai atau pun tidak.

Saifuddin sebenarnya cuba 'melindungi' Anwar, yang bukan sahaja dikaitkan dengan kes liwat tetapi merupakan pengkhianat kepada bangsanya sendiri.

Berpegang kepada falsafah menghalalkan cara, Anwar bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan orang Melayu bagi memenuhi mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Angkara perlakuan politik songsang Anwar juga, bukan Melayu semakin biadap sehingga ada yang berani mencerca ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu.

Oleh sebab itu pada hemat saya, Saifuddin cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun dalam usaha mereka (PKR) mengetepikan pendedahan tersebut.

Walhal pendedahan WikiLeaks dipercayai berdasarkan maklumat agen perisikan Singapura, tidak ada kaitan langsung dengan negara ini.

Imej negara sesekali tidak akan tercemar akibat pendedahan WikiLeaks mengenai aktiviti seks Anwar kerana ia merupakan isu 'tabiat' peribadi beliau.

Kalau tidak masakan Anwar cuba kaitkan PDRM dengan pembocoran maklumat tersebut.

Oleh sebab itu saya bersetuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan beliau yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tahu mengenai aktiviti liwat Anwar.

Saifuddin burung kakak tua Anwar

Inilah yang cuba diputarbelitkan oleh Saifuuddin, sesuai dengan posisinya selaku burang kakak tua kepada Anwar.

Dalam pada itu, saya juga kasihan melihat penyokong Melayu PKR yang berterusan disogokkan dengan penafian Anwar bersabit kes liwatnya.

Dan untuk sekian lamanya mereka masih beranggapan Anwar sengaja diperangkap menerusi konspirasi untuk membunuh kerjaya politkiknya.

Ini juga persepsi karut yang ditanam oleh Anwar kepada pengikutnya dengan menunding jari kepada UMNO kononnya sengaja menjatuhkan beliau.

Persoalannya, sampai bila penyokong PKR akan diperbodohkan oleh pemimpinnya sendiri dan apa yang pasti, Saifuddin adalah tukang karutnya.

Apakah mereka tidak berfikir jika seluruh dunia sudah tahu mengenai aktiviti liwat Anwar dan didedahkan pula oleh WikiLeaks, bermakna pembohongan Anwar sudah tidak boleh ditutup lagi.

Apapun, kemunculan semula Ummi Hafilda bakal menayangkan episod baru dalam 'cerita' liwat Anwar manakala Mohd. Saiful Bukhari masih menyimpan seribu rahsia yang bakal terdedah tidak lama lagi. Tunggulah.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 14 Dec 2010 11:32 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Pembangkang Tak Layak Perintah Negara – raja petra

Posted: 14 Dec 2010 07:54 AM PST

Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang’ parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini. Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok … Continue reading

Jelaskan ‘hubungan’ dengan Shamsidar – Ezam

Posted: 12 Dec 2010 11:15 PM PST

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menjelaskan kenyataan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan mengenai ‘hubungannya’ dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin. Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, kenyataan Nallakaruppan itu … Continue reading

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 14 Dec 2010 11:31 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PUTERI UMNO PASTIKAN BAKI 66,000 AHLI JADI PEMILIH

Posted: 13 Dec 2010 06:38 PM PST

Sejumlah 66,000 daripada 315,473 ahli Pergerakan Puteri UMNO belum berdaftar sebagai pemilih, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Yang Berhormat Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Maka itu, penubuhan Bilik Gerakan Pilihanan Raya di setiap negeri, akan dapat mengenal pasti dan mengeluarkan peringatan kepada ahlinya yang mencapai umur 21 tahun untuk berdaftar sebagai pemilih.

Datuk Rosnah berkata, kira-kira 70 peratus golongan belia di negara ini masih belum menentukan parti pilihan untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, Pergerakan Puteri Wilayah Persekutuan telah merangka strategi sesuai dengan minat dan keperluan golongan muda setempat untuk menarik golongan tersebut mendaftar sebagai pemilih. Pada Karnival Jom Heboh anjuran TV 3, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya telah membuka kaunter pendaftaran pengundi dan telah berjaya mencapai sasaran 500 pengundi baru.


Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 14 Dec 2010 09:23 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Usah Terlalu Ghairah Dengan Pendedahan WikiLeaks

Posted: 13 Dec 2010 06:00 PM PST

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 14 Dec 2010 07:33 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Firaun rupanya masih wujud di Malaysia..

Posted: 14 Dec 2010 06:19 AM PST

Agaknya kenapa semua pemimpin PAS langsung tak bersuara apabila Lee kuan Yew mendakwa Anwar memang mengamalkan perbuatan liwat? Mengapa mereka tak membuat kenyataan mengulas atau menafikan pendedahan tersebut?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS takut Nik Aziz marah jika mereka menghentam Lee Kuan Yew? Maklumlah, bekas pemimpin Singapura itu adalah sahabat baik Nik Aziz. Bininya mati pun Nik Aziz sanggup bersusah payah pergi menghadirinya. Mungkin juga itu sebabnya.

Ataupun, pemimpin-pemimpin PAS memang sudah lama tahu bahawa Anwar mewarisi tabiat kaum Nabi Allah Luth? Bukankah Mat Sabu yang mula-mula sekali menggelar Anwar dengan panggilan "Al Juburi"? Dan sebelum Anwar dipecat dari UMNO, ramai pemimpin-pemimpin PAS bersetuju dengan nafsu songsang Anwar.

Tetapi, demi untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh politik didalam negara, semua perlakuan buruk Anwar ditutup rapat dan ditelan bulat-bulat oleh semua pemimpin-pemimpin PAS. Mungkin mereka berharap dapat jadi menteri kalau Anwar dapat menguasai kerajaan selepas menumbangkan UMNO/BN selepas PRU13 nanti.

Semua ini mungkin menjadi sebab mengapa pemimpin-pemimpin PAS langsung tak mahu bersuara mengulas pendedahan amalan liwat Anwar. Matlamat mereka untuk berkuasa nampaknya telah menghalalkan cara politik mereka.

Selagi Anwar mampu dijadikan alat dan boneka untuk pemimpin-pemimpin PAS menumbangkan UMNO serta BN, selagi itulah PAS akan menggunakannya secara maksimum.

Apa yang saya nampak, pemimpin yang paling licik dan pandai bermuka-muka didalam PAS ialah Nik Aziz. Nik Aziz bukan sahaja sanggup mempermainkan para pengikutnya didalam PAS, tetapi dia juga sanggup mempermainkan rakan-rakan politiknya demi memenuhi apa yang dirasakannya betul.

Malah, Nik Aziz juga tak keberatan mempermainkan ayat Quran serta Hadis dan dia juga sanggup mempermainkan Tuhan apabila mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut dan memaki hamun! Tiada satu perkara didalam dunia ini terlepas daripada permainan politik pemimpin PAS yang sorang ini.

Lihat saja bagaimana Nik Aziz mengkafirkan masyarakat yang tak mahu menyertai partinya. Lihat juga bagaimana Nik Aziz mencerca mereka yang tak sefahaman dengannya. Dan yang paling utama, lihat saja bagaimana Nik Aziz menolak perpaduan dikalangan muslim kerana takut kuasa politiknya tergugat.

Semuanya dilakukan semata-mata kerana ketaksuban berpolitik. Sebab itulah didalam PAS disyaratkan supaya wala' kepada Mursyidul Am iaitu Nik Aziz. Semua didalam PAS juga hanya berpaksikan keputusan dari Nik Aziz seorang sahaja. Tiada pemimpin lain yang mampu dipatuhi didalam PAS kecuali Nik Aziz seorang sahaja.

Jadi, didalam hal Anwar, sudah tentulah pemimpin-pemimpin PAS lain tak berani bersuara kerana Nik Aziz sudah memberi restu kepada Anwar. Malah Nik Aziz juga telah mengangkat Anwar sebagai Ketua Mereka didalam Pakatan. Siapa didalam PAS yang berani menentang keputusan Nik Aziz ini walaupun mereka sebenarnya tak suka?

Disebabkan perangai diktator dan gaya ala firaun Nik Aziz ini, maka pemimpin-pemimpin PAS lain tak akan berani membuat kenyataan ataupun mengulas sebarang isu tanpa keizinan dan juga mendapat arahan dari Nik Aziz terlebih dahulu. Malah Hadi Awang sebagai Presiden juga takut dengan Nik Aziz, apatah lagi pengikut PAS.

Semua ini membuatkan kita faham permainan sebenar ahli politik yang bernama Nik Aziz Nik Mat. Dia hanyalah umpama pelakon wayang yang licik memainkan peranan sebagai seorang alim ulama berkostumkan jubah dan serban.

Namun di dunia yang sebenar, dia hanyalah seorang manusia biasa yang mencari makan melalui lakonannya didalam kancah politik semata-mata!

Oleh: Che Wan

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 14 Dec 2010 07:21 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Nafi..nafi..dan nafi..sampai bila

Posted: 14 Dec 2010 12:19 AM PST

Sumber: sinarharian (14 Dec 2010)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut