Khamis, 21 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Oct 2010 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dakwaan perlu guna fakta

Posted: 21 Oct 2010 08:40 PM PDT

Sinar Harian 22 Okt 2010

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) perlu membuktikan dakwaan yang mengatakan pemimpin pembangkang mempunyai agenda peribadi tersendiri daripada menjaga kepentingan rakyat.

Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, mana-mana individu yang ingin mempertikaikan kewibawaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), mereka haruslah menjelaskan kepada masyarakat dengan menggunakan fakta.

Menurutnya, jangan hanya bercakap mulut sahaja sedangkan tiada bukti mahupun fakta yang kukuh untuk membuat pertuduhan.

"Jika benarlah pemimpin PR ini hanya pandai retorik sahaja, kita tidak akan memperjuangkan kebajikan rakyat, seperti dilakukan oleh pemimpin BN.

"Banyak pembaharuan telah kita lakukan, terutama di negeri yang diperintah PR, antara yang ketara adalah memberi elaun kepada tahfiz dan guru Kafa di Pulau Pinang serta Selangor sebanyak RM1,000 setiap bulan, berbeza dengan negeri pimpinan kerajaan yang membayar kurang daripada itu," katanya.

Zulkefly berkata, di Kelantan sendiri, pemberian cuti bersalin selama 90 hari telah lama dilakukan, berbanding kerajaan yang baru sahaja meluluskan cuti itu pada pembentangan bajet yang lalu.

"Dengan semua bukti ini, jelas kita dapat melihat bahawa pemimpin PR sentiasa memperjuangkan kebajikan rakyat, sekali gus memberi kebaikan maksima kepada semua masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa niat utama pemimpin pembangkang bukan untuk kestabilan dan kesejahteraan Malaysia tetapi demi kepentingan peribadi untuk berkuasa.

Zulkefly berkata, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat berhak memilih siapa yang mereka inginkan.

"Justeru, jangan salahkan mana-mana pihak jika parti kerajaan tumbang suatu masa nanti kerana jelas masyarakat kini semakin bijak memilih dan tahu yang mana satu kaca dan permata," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8319038.asp

Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H

Posted: 21 Oct 2010 07:42 PM PDT

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H.

Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450.

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi :
Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Motivasi Remaja 20 Nov ke 5 Dis 2010 di Rembau

Posted: 21 Oct 2010 07:42 PM PDT

PROGRAM "DIARI KEHIDUPAN MUSLIM"
Tarikh : 20 Nov - 5 Dis 2010 (dua minggu, Sabtu-Ahad)
Tempat : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim , Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 20 tahun, lelaki sahaja
Yuran : RM 200 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Terhad kepada 40 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240

APA YANG MENARIK ?
Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Bongek http://madrasahbongek.blogspot.com terletak berhampiran jalan utama Seremban – Tampin dalam suasana kampung yang tenang dan menyegarkan.

OBJEKTIF PROGRAM :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

32 rumah dilanda ribut

Posted: 21 Oct 2010 05:00 PM PDT


Utusan Malaysia 22 Okt 2010


JELEBU 21 Okt. - Penduduk di Kampung Durian Tipus dekat Simpang Pertang di sini berhadapan detik mencemaskan apabila sebahagian besar atap, bumbung dan zink rumah diterbangkan ribut dalam kejadian pada pukul 5 petang semalam.

Dalam kejadian itu, 32 rumah, sebuah sekolah dan balai raya mengalami kerosakan teruk apabila ribut kencang yang tiba-tiba berlaku di kawasan berkenaan mengejutkan penduduk dan pelajar yang mendiami asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir (SMKTH), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, kejadian itu merupakan terburuk yang pernah berlaku di kawasan berkenaan.

''Saya difahamkan dalam kejadian itu, sebuah kolam ternakan ikan turut mengalami kerosakan. Kita telah menerima laporan, 32 rumah kediaman rosak dan ada yang teruk sehingga tidak boleh didiami kerana atap habis diterbangkan," katanya di sini malam tadi.

Chen Pin ditemui pemberita semasa melawat mangsa kejadian ribut di Simpang Pertang dan turut ditemani Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.

''Setakat ini kita telah pun menyalurkan bantuan segera kepada penduduk di kawasan berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi yang lain," katanya.

Buat masa ini, katanya semua kerosakan sedang dinilai dan kerajaan akan segera membaiki kerosakan rumah penduduk supaya mereka dapat kembali mendiami rumah masing-masing.

''Kerajaan akan membantu sedaya upaya kepada semua mangsa dan berharap mereka bersabar dengan kejadian yang menimpa itu," katanya.

Chen Pin yang berada di lokasi kejadian melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak menjangka ia sebegini teruk.

''Kita bersyukur kerana tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini, walaupun ada di antara mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kita akan berikan bantuan nasihat dan kaunseling kepada mereka," katanya.

Tambahnya, bantuan bencana seperti selimut, bantal dan keperluan asas telah diuruskan oleh agensi berkaitan dan kerja-kerja membaiki kerosakan juga sedang dilakukan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad, berkata, pihaknya kini menganggarkan kerugian yang dialami SMKTH termasuk bumbung, siling yang rosak akibat kejadian ribut semalam.

''Jumlah kerugian itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk diberikan perhatian segera dan melakukan baik pulih untuk keselesaan pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah juga dimaklumkan bahawa beberapa asrama yang menempatkan pelajar turut mengalami kerosakan selain beberapa dewan peperiksaan untuk pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

''Pada masa sama, kita telah meminta pihak sekolah menyediakan pelan tindakan alternatif bagi membolehkan peperiksaan percubaan SPM dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Nor Azizah Rony, 33, yang ditemui memberitahu, kejadian itu berlaku dengan pantas mengakibatkan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.

Nor Azizah bersyukur kerana dalam kejadian itu kesemua ahli keluarganya terselamat walaupun sebahagian besar barangan dalam rumahnya mengalami kerosakan.

''Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana segera memberikan bantuan kepada kami dan penduduk di sini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Perjuangan Rakyat

Posted: 21 Oct 2010 09:08 PM PDT

Perjuangan Rakyat


Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota # 2

Posted: 17 Oct 2010 07:53 AM PDT

Lagi foto Jamuan Rakyat Kawasan Indera Mahkota...


YDP bersantai di kanopi daftar pemilih





Sahabat ar-Rasyidin yang banyak membantu, takkan sampai pejam mata



Sedap sangat sampai jadi macam tu... rugi sapa tak datang!


Muslimat pun ramai


Persembahan silat dari Chengal Lempong





Anggota Amal yang sentiasa kelihatan di mana-mana program parti.






1 Malaysia?





TYDP, Aziz Ahmad segak berbaju melayu


TYDP dah jadi DJ


Gerai muslimat yang sentiasa dikunjungi



Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan



TKP DPPIM, Ustaz Zaki...Dah makan ke belum?





YDP Pas Indera Mahkota sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi DAP Teruntum






ADUN Beserah, Syed Mohammad



YDP PAS IM dan Adun Beserah sedang memeriksa barisan anggota Jabatan Amal Indera Mahkota



Siap sedia!


YDP Pas Indera Mahkota sedang menyampaikan buku kepada saudara Siew Fook Chan, wakil PKR.


Pengerusi DAP Teruntum menerima buku dari YDP PAS IM, saudara Nasrun Amir.




Pelajar PASTI




Perkara biasa setekah berakhir program













Batu9kgtengah's Blog

Posted: 21 Oct 2010 09:05 PM PDT

Batu9kgtengah's Blog


Dewan Pemuda PAS Pusat Membidas Penganjuran Islamic Fashion Festival

Posted: 21 Oct 2010 07:21 AM PDT

Kuala Lumpur, 21 Okt    : Penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] disifatkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi sebagai satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

Menurutnya, Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian. Islamic Fashion Festival yang jelas bertentangan dengan Islam  telah menghina Rasulullah SAW melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas

Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya  sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

"Katakan kepada orang – orang perempuan yang berima , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang – orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak – kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang – orang yang beriman mudah – mudahan kamu beroleh kejayaan"

Islamic Fashion Festival ini diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah  sementara Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur  telah bertindak sebagai penaungnya

Penganjuran Islamic Fashion Festival adalah satu idea yang bijak tetapi malangnya pakaian yang di peragakan adalah salah, ujarnya

Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama’ Muda yang  baru – baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri, ujarnya lagi yang Ahli Majlis Syura Ulama' PAS Pusat

Justeru itu, katanya, saya melihat jahil bukan alasan dalam isu ini. Saya bimbang benar (jika) Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh – musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu.

Namun, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .


PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 21 Oct 2010 09:01 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 21 Oct 2010 08:57 AM PDT

Islamic fashion? Fesyen Islam or Fesyen Pengkhianat Islam

Assalamualaikum warahmatuLLAH,

Tak payah berkuliah, baca ayat al-Quran or hadith........sekali tengok dah tahu reti bahawa ini adalah Fesyen Bukan Islam or Fesyen Jahiliah or Fesyen Islam 1 Malaysia.

Yang menjadi perasmi dan penanungnya pun sama aje. Yang tukang sokong dan mengampu pun sama aje BAHKAN turut sama menanggung dosa. Kalau tak berdosa tentu dapat pahala. - uye







Memo Taubat Buat Rosmah

Oleh : Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi.

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .




PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 21 Oct 2010 09:01 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Mat Sabu dan Nizar- Gegarkan Dun Trong

Posted: 21 Oct 2010 07:51 PM PDT



DS Nizar penceramah pertama.Antara lain menyentuh isu pembunuhan Sosilawati dibesarkan sedang kes bunuh diri dan membunuh bekas Adun Permatang disenyapkan.

Di samping itu DS Nizar menyentuh isu bajet bangunan seratus tingkat. Di Dubai BURJ aL-KHALIFA tinggi 162 tingkat hanya bernilai RM 4.2 bilion ,Malaysia 100 tingkat sampai RM 5 bilion.

Abg Mat Sabu ....Umno pentingkan bangunan lebih dari pembangunan

Sumbangan untuk Pak Hamid yang masih terlantar di hospital.. wakil beliau menerima daripada YB Ds Nizar...

BAJET 2011-BELANJAWAN SEORANG CEO YANG AKAN TAMAT KONTRAK-NIZAR

Posted: 21 Oct 2010 07:09 AM PDT

Pada 15 okt (Jumaat) YAB PM telah bentangkan bajet bagi tahun 2011 yg berdefisit 5.6% dari GDP dgn jumlah perbelanjaan mencecah RM212Bilion. Sebelum pembentangan banyak telahan dibuat mengenai perkara yg akan disentuh serta diberi peruntukan sewajarnya, khususnya bonus anggota kerajaan, penurunan cukai, penurunan harga barangan keperluan dan utiliti dsbnya. Kesimpulanya suatu bajet yg bersemangat rakyat, memunafaatkan rakyat. Namun terbokti ianya hanya memenuhi kepentingan pihak tertentu yg amat kecil jumlahnya dan bukan rakyat jelata.

Segala pengharapan tidak termaktub dlm bajet tersebut cuma kenaikan imbuhan bagi JKKK, para imam , tok batin, guru2 kafa . Tidak dinafikan peruntukan untuk SAR dlm bentuk pemberian perkapita RM95juta dikembalikan semula yg dahulunya telah dimansuhkan oleh Tun Dr Mahathir sehingga menyebabkan banyak SAR menjadi SABK.

Apabila seorang ketua firma , MD atau CEO mengetahui bahawa kontrak perkhidmatanya tidak akan disambung lagi utk tahun2 berikutnya, maka belanjawan terakhir yg dibuatnya buat kali terakhir akan mengandungi ciri memperbanyakan perbelanjaan yg bolih memberi munafat atau pulangan bagi dirinya atau suku sakatnya utk tahun2 mendatang. Perjanjian akan dimuktamadkan, kelulusan dan apa jua dokumen kontrak akan segera dimuktamadkan sehingga ada dianatarnya dalam bentuk serta merta.

Ini jelas terkandung didalam bajet 2011 ini. Projek permata Rm111j, bangunan 100 tingkat warisan merdeka RM5Billion, pembangunan KL International Financial Centre di Sg Besi kpd 1MDB(Jho Low)-RM2.1 B , kemudahan Infra, highway dll . ini semua akan memunafaatkan segelintir orang tertentu. Rakyat jelata tidak mendapat apa2 pulangan langsung/direct.

Penghapusan cukai eksais untuk sekitar 300 barangan persendirian amat memualkan kerana kebanyakan barangan impot ini dinikmati oleh para pelancung.

Mungkinkah ini yg dimaksudkan dgn belanjawan terakhir buat BN? sebelum mereka menjadi pembangkang di Parlimen?Tanya Yb Mahfoz Omar (Pokok Sena)!

.

Posted: 21 Oct 2010 07:26 PM PDT

.


Posted: 21 Oct 2010 09:19 AM PDT

Sumber: PriaMelaya

[Kemaskini] ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)



Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..































VIDEO: Legends Islamic Fashion Show HD



P/s: Ada seorang hamba Allah bertanya penulis, siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah...(baca juga di SINI)..



Berita berkaitan....

ISLAMIC FASHION FAST BECOMING LUCRATIVE BUSINESS, SAYS ROSMAH

KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) -- Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said it was an enormous market that had yet to be fully tapped.

"The global Muslim population comprises one of the fastest-growing consumer markets in the world, hence representing a major growth opportunity for businesses around the globe, including in the fashion sector," she said at the opening of the Malaysian-inspired festival, the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday night. The text of her speech was released here.

The event was attended also by, among others, Prince Albert II of Monaco, Qatar Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rosmah said that according to the prestigious Dubai French Fashion University Esmod, over half of the world's 1.6 billion Muslim population is spending a substantial part of their annual income on fashion and accessories.

"This recent interest in Muslim fashion signals the changing dynamics of the ever-increasing interaction among Eastern and Western cultures. Nowadays, Muslim women can choose from a broad selection of designs to create a look that matches their values, traditions and tastes, without compromising any of the three," said Rosmah.

She said that thus "the fashion players would do well to plan ahead so as not to miss the proverbial boat in capturing this lucrative segment of fashion".

Rosmah said major clothing retailers had been busy highlighting how top brands like Anne Klein and Ralph Lauren were already producing fashion lines that met the Islamic requirement of full coverage.

"In the same vein, it is interesting to note that even as the great 'veil' debate raged in France, the country, being the fashion capital of the world, remains as one of the world's major exporters for Muslim couture 'abayas' and 'niqabs'.

"Clearly, politics notwithstanding, those in the fashion business are increasingly aware of the burgeoning demand for Muslim apparel worldwide," she said.

Rosmah said she hoped that Monaco could emerge as one of the gateways to the European market for Islamic-inspired fashion from Malaysia and the rest of Asia.

On IFF, she said its main mission was to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race to bring Islamic Couture into the mainstream of style and fashion.

Since it was started in 2006, IFF has spread its wings to Jakarta, Dubai, Abu Dhabi and New York, featuring the works of more than 200 designers, and had showcased a varied choice of styles and looks for Muslim-dressing, decidedly different from the stereotypical impressions of Islamic apparel held by many.

"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.

In fact, in affirming the coming-of-age of Muslim fashion through the impressive collections, Islamic fashion is now considered as the breath of fresh air in a global culture, she said. - Bernama

Artikel berkaitan:
- Rosmah Membuat Bidaah Baru (Hizbut Tahrir)
- Kita seharusnya berbangga isteri Perdana Menteri kita suka menari dan menyanyi...(video inside)
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno

TERBARU: Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!

Posted: 21 Oct 2010 09:18 AM PDT

Sumber: Oleh: Pria Malaya

Kita seharusnya berbangga isteri Perdana Menteri kita suka menari dan menyanyi...(video inside)





Tunjukkan mana bini/isteri Perdana Menteri Malaysia yang pandai menyanyi dan menari di depan orang ramai?..tunjukkan mana isteri pemimpin tertinggi negara yg berani membuat show di depan orang ramai..hatta, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 (Siti Hasmah) selama 22 tahun lebih pun tak mampu beraksi seperti Rosmah Mansor..

Sesungguhnya kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam seharusnya terharu dan berbangga dengan kelebihan dan keistimewaan ini..sekurang2nya ia membuatkan negara jiran Indonesia dengki dan cemburu..akhir kalam, '1 Malaysia Menjana Tranformasi'..













p/s: Rasa2 gambar Rosmah menari dgn Najib kat bawah ni, lagu apa ek?..cuba klik mp3 di bawah...;)






VIDEO: Datin Rosmah dan Mawi Berduet Demi Kebajikan Rakyat



VIDEO: rosmah mansor menyanyi gerimis mengundang



Artikel berkaitan:
1. SENSASI BERANI! Video cara Umno sambut kemulian Syawal!..(18SX)

Artikel berkaitan Rosmah Mansor:
1. Ds Asri perli Rosmah Mansor?? (DrMAZA.com)
2. Kalah Piala Thomas: Rosmah Mansor 'kempunan' lakukan aksi ini....
3. Nakhaie Ahmad kata, "berdosa tak pakai tudung"....Rosmah kata, "saya tak hirau tuduhan liar"..
4. Gambar Rosmah bertudung litup menunaikan tawaf..
5. Bicara Gambar dan Video: Siapa Perdana Menteri? Najib atau Rosmah?
6. Perihal wanita nombor satu negara dimata penyokong gerombolan dan Pakatan.....
7. Perihal Najib+kucing+peluk: Najib suka peluk kucing, anak bini suka peluk benda lain....
8. Ahli keluarga sedih Rosmah tiada masa jenguk cucu sendiri..
9. Rosmah Perempuan Puaka???
10. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
11.ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Rosmah promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)

p/s: Entry ini akan sentiasa di kemaskini..sila rujuk pada sidebar blog ini pada setiap kali ingin membuat rujukan...

DPPK PARIT

Posted: 21 Oct 2010 07:18 PM PDT

DPPK PARIT


ROSMAH LIBERAL

Posted: 20 Oct 2010 11:17 PM PDT

ANAK SOSILAWATI MASUK UMNO

Posted: 20 Oct 2010 11:09 PM PDT

Bujet 2011 : Nak beli Spenda punya pasal negara hilang RM185juta

Posted: 20 Oct 2010 10:59 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 21 Oct 2010 07:07 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Bangunan Umno Kelantan kini milik PAS

Posted: 21 Oct 2010 09:07 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 21 Oct 2010 07:06 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 21 Oct 2010 02:43 AM PDT

Selepas 20 hari Pak Tih Latif Pergi

Posted: 20 Oct 2010 09:07 PM PDT

Hari Paktih meninggal tu Harussani dalam keadaan berpapah pergi juga menziarahi Tok Guru kita itu. Nampak terlalu dhaif dia ketika itu. Kenapa dia pergi agaknya? barangkali nak jadi imam bagi solat jenazah Tok guru tu. Tapi ada orang yang kata dan kata orang itu barangkali dia dengar. Tapi harus dia tak dengar sebab kalau dia dengar pasti dia akan mendapat iktibar dari pemergian Paktih.
sebab itu dia masih menentang arus sebanar islam.


Adun Lompat: Mudarat Banyak Sebab
Posted on Wednesday, October 20 @ 04:57:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Drs Raja Ahmad Al-Hiss

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak bersetuju penjelasan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria yang masih mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti tidak bersalah dan merasakan perjelasan tersebut tidak mengambil kira pelbagai kemudaratan yang menyeluruh.

Sudah tentu Agama Islam melarang umatnya melakukan pecah amanah yang telah dikhianati oleh ADUN tersebut. Sudah tentu rakyat yang telah memberikan undi kepada ADUN tersebut kerana faktor partinya dan bukan individu tersebut. Oleh kerana yang menang tersebut membawa amanah partinya, maka yang pecah amanah tersebut telah menafikan hak partinya dan rakyat yang memilih di atas kemenangannya.

Sekarang ini, pencapaian ekonomi menerusi FDI di Negeri Perak setelah kemelut dahulu masih memberikan tekanan kepada pelabur asing yang tidak yakin akan pelaburan mereka di Perak. Mana mungkin keselamatan pelaburan mereka di atas sebuah kerajaan negeri yang berkuasa oleh 'kuasa ketiga'. Faktor ini jelas menunjukkan bahawa ADUN tersebut adalah punca utama menyebabkan krisis keyakinan sehingga sekarang.

Pentadbiran 'di hujung tanduk' kerajaan negeri juga menjadi persoalan yang masih tidak terjawab disebabkan wujud blok 'kuasa ketiga' kerana kebergantungan daripada ADUN Bebas tersebut. Persoalan masih tidak terjawab, kenapa ADUN Bebas tersebut tidak menyertai mana-mana parti di dalam Kompenan Barisan Nasional (BN) bagi mengakis keyakinan perubahan semasa Persidangan DUN di dalam usaha 'undi tidak percaya' nanti.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 21 Oct 2010 07:05 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


Ancak berancak

Posted: 21 Oct 2010 05:14 PM PDT






Petikan dari Kitab Risalah At-Tauhid:

Wal hasil apakala dikata wajib bagi Tuhan bersifat Wahdaniah maka ternafilah kam-kam yang lima itu yaitu ternafi kam muttasil dan kam munfasil pada zat,kam muttasil dan munfasil pada sifat dan kam munfasil pada perbuatan.

Maka dengan kenyataan yang di atas ini zahirlah tiada zat yang lain,sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat,sifat dan perbuatan Tuhan.Yang demikian tertolaklah segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan Tuhan.Bagaimana yang berlaku di sisi satu bangsa di dalam dunia ini ada mempunyai adat dan kepercayaan yang karut,sehingga membawa rusak imannya kerana kepercayaannya itu membawa menyekutukan Tuhan dengan yang lainnya.

Maka perkara yang seperti ini masih banyak pada masa ini dan banyak pula yang melakukan dia dengan tidak sedak akan mudaratnya merusakkan iman kepada Tuhan.Maka di sini disebutkan sebahagian daripadanya supaya dapat diketahui kesalahannya :

Ancak

Adalah membuang ancak dan memberi makan hantu syaitan ini satu daripada adat kepercayaan orang menyembah berhala kerana mereka itu beriktikad bahawa hantu dan syaitan itu berkuasa menyebabkan sakit atau sampuk dan sebagainya maka mereka yang mengadakan ancak serta mengadakan jamuan dan perkara yang seumpama itu telah melakukan perbuatan orang musyrikin.

Rujukan: Kitab Risalah At-Tauhid (jawi),ms 21.


-Nur12-

Siti Zailah | Home

Posted: 21 Oct 2010 03:22 PM PDT

Siti Zailah | Home


ISU BENTENG SUNGAI GOLOK UNTUK ATASI BANJIR

Posted: 21 Oct 2010 02:23 AM PDT

SOALAN KAK LAH KEPADA MENTERI SUMBER MANUSIA DAN ALAM SEKITAR MENYATAKAN APA USAHA PIHAK KERAJAAN BAGI MENGATASI BANJIR DI RANTAU PANJANG?

JAWAPAN MENTERI:
SEBAGAI LANGKAH AWAL SEJUMLAH 5 PROJEK UNTUK MENSTABILKAN TEBING SUNGAI GOLOK DIRANTAU PANJANG MELIBATKAN KOS RM28.9 JUTA TELAH DILAKSANAKAN DALAM RMK9.

PIHAK JPS TELAH MELAKSANAKAN REKABENTUK TERPERINCI BAGI PROPOSED SG GOLOK(KESBAN)PROTECTION SCHEME YG MELIBATKAN KOS RM13,494,300.00

ISLAMIC FASHION FESTIVAL TAJAAN ROSMAH MENGHINA ISLAM

Posted: 21 Oct 2010 02:16 AM PDT

ISLAMIC FASHION FESTIVAL ALA APCO

Dmpp mengecam keras program ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam bahkan menghina Islam dan RSAW dengan memperagakan pakaian yang tertera perkataan "Muhammad" dalam tulisan arab yang pastinya merujuk kepada nama Nabi Muhammad SAW.

2. Islamic Fashion Festival yang perkataan "Islamic" itu membawa makna ikut islam dan ajaran agama Islam. Tetapi apa yang di peragakan adalah bercanggah sama sekali dengan syariat Islam. Tetapi sekiranya digunakan perkataan "muslim" lainlah sedikit bunyinya kerana ramai juga wanita muslim yang tidak menutup aurat termasuklah wanita-wanita melayu seperti DS Rosmah sendiri.
3. Dalam kontek perkembangan umat Islam seluruh dunia hari ini, termasuk di negara barat, di mana ramai wanita Islam kembali berjilbab(menutup aurat)ketika ada golongan yang menghalang mereka berbuat demikian , termasuk yang mengharamkan pemakaiannya. Apa yang dikatakan Islamic Fashion Festival yang dianjurkan oleh DS Rosmah, seolah-olah mendokong pihak yang menentang fashion menutup aurat/jilbab wanita Islam hari ini.
4. Apakah memang ini messagenya I.F.F yang dianjurkan oleh Rosmah , apabila beliau memperkenalkan ini di sebuah negara barat beberapa bulan yang lalu dimana wanita Islam sedang berhadapan dengan momokan berjilbab dan mendapat tentangan dari gerakan Islam Fobia seperti di Amerika.
5. Sehubungan dengan ini sewajarnya, kami menyeru badan-badan NGO Islam khususnya yang di dukong olih kaum wanita Islam agar sama-sama menyatkan bantahan terhadap Rosmah dan program I.F.F nya yang sangat berbahaya tambahan pula ketika ia memperkenal dan memperagakan dirinya sebagai Wanita Pertama Negara..
6. Isu Penghinaan terhadap Islam yang dilakukan olih Rosmah adalah lebih besar daripada isu YB Neo(MP Serdang) yang di isukan olih UMNO, kononya beliau menghina Islam kerana masuk ke surau tanpa bertudung.

Hjh Siti Zailah Mohd Yusof
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pusat,
Ahli Parleman Rantau Panjang.

21/10/10.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Oct 2010 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DAH LAMA TUNGGU , KINI DAh ADA

Posted: 21 Oct 2010 01:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 Okt. - RHB muncul sebagai bank pertama di Asia Pasifik membolehkan pelanggannya membuat pembayaran masa sebenar melalui akaun bank ke PayPal selepas ia menjadi bank tunggal di Malaysia menawarkan pembayaran dalam talian melibatkan entiti yang sama hari ini.

Pengerusi RHB Bank Bhd., Tan Sri Azlan Zainol berkata, dengan memiliki akaun RHB-Paypal, pelanggan RHB boleh membuat pembayaran ke pedagang PayPal di seluruh dunia.

"Perkhidmatan tambah nilai menerusi Paypal telah bermula hari ini (semalam) manakala perkhidmatan penghantaran wang pula akan bermula 26 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kerjasama eksklusif antara RHB Bank dan Paypal yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank, Datuk Tajuddin Atan, Naib Presiden dan Pengurus Besar Paypal Asua Pacific, Farhad Irani.

Perkhidmatan yang julung kali diperkenalkan oleh RHB itu membolehkan para pelanggannya membeli belah di seluruh dunia dan mendapat tawaran menarik lebih lapan juta pedagang di 190 pasaran yang menerima pembayaran melalui Paypal.

Sementara itu Farhad Irani berkata, PayPal kini menyediakan perkhidmatan bayaran dalam ringgit yang membolehkan pelanggannya memindahkan wang daripada akaun PayPal terus ke akaun bank Malaysia.

Katanya, perkhidmatan baru itu menyediakan pilihan untuk pembeli dan penjual Malaysia melakukan pembayaran dan menerima pembayaran dalam mata wang tempatan untuk transaksi dalam negeri.

"Para penjual di Malaysia mampu memperoleh akses laju dan mudah untuk dana mereka sekali gus menjadikan e-perdagangan lebih mudah selain selamat.

"Secara purata, jualan e-perdagangan di Malaysia merangkumi kira-kira AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion) daripada 35 peratus untuk Asia Pasifik, menjadikan negara ini salah satu pasaran terbesar di rantau ini bersama-sama Thailand dan Singapura," katanya.

PayPal yang berpusat di San Jose, California dengan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura menawarkan perkhidmatan yang selamat dan pantas untuk melakukan pembayaran dan menerima pembayaran secara dalam talian.

Perkhidmatan itu membenarkan pelanggannya membayar tanpa mendedahkan maklumat kewangan dengan fleksibiliti membayar menggunakan baki akaun dan kad kredit masing-masing.
Dengan mempunyai lebih 78 juta akaun aktif di 190 pasaran dan 24 mata wang asing di seluruh dunia, PayPal membolehkan e-perdagangan global dilaksanakan.

RAYUAN BERTOPENGKAN AMARAN ! DS NAJIB YAKIN SANGAT PARLIMEN PEKAN TIDAK TERLEPAS

Posted: 21 Oct 2010 02:40 AM PDT

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

Bajet terakhir dah dibentang cuma rayuan hari-hari terakhir beliau kena canangkan sebabnya memang beliau tak yakin boleh pertahankan BN 1Malaysia ditambah pula dengan andaian Tun Mahathir bahawa sukar DS Najib dapat 2/3 di PRU13 nanti.
Beliau ingat akan selamat Parlimen Pekan untuk dirinya kerana banyak undi tentera di sana. Sebab itu beliau beria-ia mempertahankan Putrajaya walau apacara sekalipun.
Bahaya perkataan walau apa cara !! Cara kotor pun boleh? Atau cara darurat?
Pakatan Rakyat tak perlu kecaikan badan orang UMNO/BN, tapi dengan undi rakyat sahaja dah boleh rampas Putrajaya dan semua negeri DUN dan Parlimen dengan cara baik.

Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.

"Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.

"Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara," katanya lagi.

"Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya," kata Najib.
Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.

"Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain," katanya.

DETIK 20-10-2010 TOKOH 20 TAHUN MENTEN ...

Posted: 20 Oct 2010 11:49 PM PDT



Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

"Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

"Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini," ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

TERUKNYA JEREBU DI MUAR, TAHAP BAHAYA

Posted: 20 Oct 2010 08:06 PM PDT



Jerebu paras bahaya, TPM nasihat sekolah Muar tutup
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.
Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.
Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.
Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.
"Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

"Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," kata Muhyiddin.
Bilik gerakan jerebu dibuka
Sementara itu, di Muar, bilik gerakan jerebu dibuka berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.
Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Muar berkata jawatankuasa yang turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan itu akan menyelaras tindakan yang perlu dibuat mengikut pelan tindakan yang ditetapkan bergantung kepada situasi semasa.
"Catatan IPU pada tengah hari ialah 432. Kami akan memantau keadaan kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata orang ramai dinasihat memakai topeng penutup mulut ketika berada di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mengalami masalah kesihatan.
Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin berkata pihaknya akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar pentadbiran sekolah di daerah ini menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya.
Sufaat berkata pihaknya akan menghubungi Pengetua dan Guru Besar malam ini bagi memastikan mereka mematuhi arahan Menteri Pelajaran berhubung penutupan sekolah.

"Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Bencana Daerah bagi memantau keadaan terkini di Muar," katanya.
STAM bermula esok
Beliau berkata ketika ini hanya ada satu pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Muar tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu esok bergantung kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

JOM BANTAH DSRM HINA ISLAM & RASULULLAH

Posted: 20 Oct 2010 07:51 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.
"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.
Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.
Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival."

RISIKO PELOBI INSURAN, KWSP JADI TARUHAN

Posted: 20 Oct 2010 03:57 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 10 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menyertai cadangan penubuhan Dana Pencen Swasta tahun depan kerana mendakwa pulangan terhadap pelaburan mereka itu kelak tidak dapat dijamin.

"Hasil pulangannya bergantung kepada kuasa pasaran dan ini adalah sangat berisiko untuk pencarum kerana mungkin mereka kehilangan semua simpanan mereka," kata Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Beliau berkata, syarikat insurans telah melobi penubuhan dana tersebut sejak sekian lama dan MTUC telah menolaknya dengan disokong oleh Lembaga KWSP.

"Namun kini ia muncul kembali dengan pelobi insurans telah berjaya, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik syarikat insurans mengurus dana berkenaan," katanya.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, telah mengeluarkan kenyataan bahawa dividen KWSP akan dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggalakkan pencarum melabur di dalam Dana Pencen Swasta.

Dalam Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada dana itu termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.

Rajasegaran berkata, berikutan perkembangan terbaru berkenaan, MTUC akan melancarkan kempen secara agresif tidak lama lagi bagi menggalakkan pekerja supaya menolak dana pencen tersebut.

Sementara itu, MTUC akan meminta untuk bertemu dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan soal dana tersebut dan kesan jangka panjangnya terhadap pekerja terutama tentang kebajikan masa tua mereka, katanya.

BILA PESARA PEGAWAI KANAN POLIS MENULIS, RAMAI TERGURIS

Posted: 20 Oct 2010 03:49 PM PDT

WAJIB BACA:Surat Terbuka Dato Mat Zain B Ibrahim,Bekas Pegawai Kanan Polis
SURAT TERBUKA
Kepada,
Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Melalui Pos & Email

YBhg Datin,
THE SHAFEE YAHAYA STORY - Estate Boy To ACA Chief.
Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.
2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes "Mata-Lebam" satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).
3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.
3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).
PELANCARAN BUKU TERSEBUT.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.
SURAT TERBUKA INI.
5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang "Estate Boy to ACA Chief". Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal "What happened to the probe on Dr. Mahathir?".
Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; "And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)" Surah Al Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.
Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk "Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula" yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.
6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.
Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.
7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato' Mohd. Zaki bin Mat Yasin.
7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.
7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.
7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk "The aftermath") (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa "simple dan humble serta peramahnya" Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.
7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah "on a one to one basis".
Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.
"Rampasan" Kertas Siasatan BPR.
7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;
7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.
7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes "mata-lebam" (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).
7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis "merampas" kertas siasatan BPR.
"Jikalau kail panjang sejengkal".
7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, "on a one to one basis" dalam suasana yang lebih "tense" lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah "self-inflicted".
Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang "disyakki" melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan "self-inflicted" pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang "transpired" dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan.
Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).
Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah "Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi". Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.
7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;
"Ketua Bahagian Pendakwaan,
Jabatan Peguam Negara,
Bangunan Bank Rakyat,
Kuala Lumpur.
………….
Para 5: RUMUSAN.
Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-
5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.
5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai "evidential value" oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan "hearsay"sahaja.
5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.
5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk "hearsay" atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.
Salam sejahtera dan terima kasih.
Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.
(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
Kuala Lumpur."

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.
7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;
The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)
"Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case."
In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,
"The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations"
7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.
7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).
7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.
7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka "flood-gates" untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah "undermine" penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes "mata-lebam", yang bukan sahaja mereka telah "undermine" siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.
Cadangan kepada Dato Shafee.
7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.
7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus "tepuk dada tanya seleranya sendiri". Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.
Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.
8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.
INSIDEN MATA-LEBAM.
9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah "mendedahkan" sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.
Laporan DSAI pada 1.7.2008.
10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.
10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat "rampasan" dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat "rampasan" dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.
10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh "mengaitkan" sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh "mensabitkan" kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.
10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih ("cleared") dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak "dibersihkan" sekali dengan mereka berdua.
10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.
10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.
10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri.
Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.
10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.
10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.
10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..
"Para 48.
Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.
Yang benar,
t.t.bertarikh:15 April 2009.
(Mat Zain bin Ibrahim)"
10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat "pengistiharan" yang berbunyi antaranya;
"Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;
a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.
b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;……."
10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI.
Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan "complications" dikemudian hari.
Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.
Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.
11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi "isyarat awal" berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan "scape-goat" sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.
12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.
12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.
Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada "precedent" yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.
13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.
14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;
"Para 32.
Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.
Para 33.
Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.
Wassalam.
Bth:6 Mei 2010.
PENUTUP
15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.
16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.
17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.
Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; "And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.
Wassalam.
Yang Benar,

t.t
(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)
Posted by ahmadnizamhamid

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 21 Oct 2010 03:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


CALON PAS YANG TERBAIK UNTUK GALAS

Posted: 21 Oct 2010 06:59 AM PDT

Bersempena dengan PRK GALAS:
DPPHS akan mengumpulkan dana jihad melalui penjualan tshirt PRK GALAS
RM15 sehelai termasuk kos penghantaran.


sila klik pada thumbnail untuk image yang lebih besar






Hubungi dpphuluselangor@gmail.com untuk pembelian.
Sila nyatakan quantiti dan saiz yang diperlukan
Selamat beramal...................................








PAS tampil calon terbaik untuk masyarakat Galas
Nazri Abdullah
Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli Parlimen PAS Kelantan yakin, calon bagi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Galas yang akan diumum malam ini adalah terbaik untuk rakyat di Dun itu.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, beliau yakin segala pertimbangan
sudah dibuat kepimpinan parti bagi memastikan calon PAS yang akan mewakili
Pakatan Rakyat pada PRK itu bukan sahaja mampu menjadi wakil rakyat, mala
 juga mampu meneruskan legasi khidmat cemerlang Adun sebelum ini
 Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Menurutnya, kaedah pemilihan calon yang bermula dengan PAS negeri membuat
saringan di peringkat PAS kawasan, kemudian dibawa ke PAS pusat dan seterusnya
kepada Majlis Syura PAS, sudah cukup untuk memastikan calon yang bakal
diketengahkan adalah calon terbaik dari segala aspek.



"Saya yakin, siapa juga calon yang akan diumum malam ini adalah yang terbaik kerana
telah melalui saringan di peringkat akar umbi.
"Tentunya calon tersebut seorang yang dikenali rakyat Galas dan sumbanganny
 juga diketahui umum masyarakat di situ," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar juga mempunyai pandangan
serupa.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat berkata, calon yang akan diumum
malam ini tentunya sesuai dengan kondisi masyarakat Galas yang rencam.
"Galas ini kawasannya luas, ada penduduk bandar dan ada luar bandar. Tentunya
calon yang dipilih adalah calon yang menguasai keadaan di Galas ini," katanya yang
juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Selain itu jelasnya, calon yang akan dipilih PAS juga sudah tentu calon yang
memahami kepelbagaian kaum di Galas yang terdiri daripada Melayu, Cina, India
dan masyarakat Orang Asli.
"Saya yakin calon itu nanti akan mempermudah kempen kita bagi mengekalkan Dun
Galas," katanya.
Dalam pada itu, PAS akan mengumumkan calon mereka malam ini bertempat di
perkarangan Markas Besar PAS di Bandar Lama bersebelahan pejabat pos Gua Musang.
Ketiga-tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP,
Lim Kit Siang telah mengesahkan kehadiran malam ini.
Pengumuman malam ini juga adalah bersempena ceramah perdana sambutan
20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 21 Oct 2010 03:12 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


20 tahun kerajaan kelantan di bawah pas

Posted: 20 Oct 2010 06:55 PM PDT

Salam Palestin, Semalam, 20 Oktober 2010 genaplah 20 tahun pemerintahan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS. Dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi slogan yang sentiasa segar di hati rakyat dan pemerintah, kini negeri Kelantan dengan megahnya memperkenalkan Islam sebagai al deen dan al daulah ( agama dan negara ) kepada rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia [...]

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Oct 2010 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MAK AI... 20 BORANG PENCALONAN DIJUAL

Posted: 21 Oct 2010 01:37 AM PDT

SANDAKAN, 21 Okt — Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah setakat ini mengeluarkan 20 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi.

"Saya tidak pasti sama ada semua borang itu akan diserahkan kembali. Kami hanya menjual, siapa-siapa pun boleh beli.


"Tetapi kalau ada yang memutuskan untuk bertanding nanti, saya berharap borang pencalonan akan diserahkan dengan deposit RM10,000 untuk bertanding sebagai calon Parlimen," kata Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Noordin Che Ngah.

 
Borang berharga RM20 bagi satu set.


Hari penamaan calon adalah Selasa ini sementara hari mengundi pada 4 November.


Kerusi kawasan Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas. — Bernama
 
(nama Batu Sapi diambil sempena nama batu ini yang seakan seekor sapi)

KENYATAAN MEDIA : SYABAS KONTINJEN MALAYSIA

Posted: 20 Oct 2010 11:28 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
15 Oktober '10 / 07 Dzulkaedah 1431
SYABAS KONTINJEN MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas kepada kontinjen Malaysia yang beraksi di Sukan Komanwel di New Delhi, India setelah pulang dengan membawa 12 pingat emas, 10 perak, dan 13 gangsa.

Pencapaian ini merupakan yang terbaik pernah diraih oleh kontinjen Malaysia dan melepasi sasaran 10 pingat emas seperti yang disasarkan sebelum ini. Walaupun ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 1998, Malaysia hanya mampu mengutip 10 pingat emas sahaja.

DPPWP percaya pencapaian ini adalah komitmen dan kesungguhan setiap atlit yang bertanding. Mereka telah berjaya memberikan sumbangan yang besar dan mengharumkan negara dalam lapangan sukan.

Kepada atlit yang tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat, jangan berputus asa dan mengalah. Hanya dengan usaha yang berterusan, komitmen serta bersaing di kejohanan peringkat tertinggi, para atlit negara akan mampu memenangi pingat dalam kejohanan dunia akan datang. Gunakanlah segala kemudahan yang bertaraf dunia milik negara kita sebagai persediaan rapi bagi memantapkan lagi prestasi dan jangan hanya lena dibuai mimpi indah kejayaan di New Delhi sedangkan perjalanan masih jauh untuk kita mampu berdiri sama tinggi dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel kali ini akan mampu diteruskan dalam temasya sukan dunia akan datang seperti Sukan Olimpik dan yang terdekat Sukan Asia yang akan berlangsung di Guanzhuo, China pada 12 – 27 November tahun ini. MALAYSIA BOLEH!

AZMIN BIDAS ZAID IBRAHIM... KORANG JANGAN LA GADUH

Posted: 20 Oct 2010 09:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Calon timbalan presiden Azmin Ali mendakwa pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim mengamalkan pendekatan propaganda Umno ekoran kenyataan beliau kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bergerak atas isu tunggal — Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?" kata Azmin kepada The Malaysian Insider mengulas tulisan Zaid dalam blognya kelmarin.

"Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar," kata beliau yang memperoleh pencalonan tertinggi pada pemilihan PKR kali ini.

Dalam tulisan terbarunya, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, PKR perlu diacuankan untuk menjadi sebuah "kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik."

(GAMBAR) PAKAIAN TULISAN MUHAMMAD 'TERBALIK' DI 'ANU' DAN DADA

Posted: 20 Oct 2010 07:39 PM PDT


Salah satu model yang memakai pakaian 'islam' sempena Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur yang mana tertera perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada serta di depan 'anu' salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.



WARISAN MERDEKA:KATA DUIT PNB SENDIRI... AWAT BENTANG DALAM BUDGET KERAJAAN?

Posted: 20 Oct 2010 06:45 PM PDT

Ketua Eksekutif PNB kate duit RM5 billion tue adalah duit PNB sendiri dan tidak melibatkan duit kerajaan mahupun duit para pelabur.... tapi yang musykilnya kenapa pembinaan menara tue diumumkan dalam budget kerajaan 2011 baru-baru ini... biar PNB je lah yang umum untuk bina menara tue... yang Najib susah-susah umum pasal apa???.................. saya petik:-

(HM) PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat (lebih tinggi daripada KLCC sebab KLCC 88 tingkat je) yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik, selain menjana dana di pasaran modal.

"Dana bagi tujuan membangunkan projek ini adalah daripada portfolio yang berlainan. Ia adalah daripada keuntungan operasi kami sejak 30 tahun lalu. Ia tiada kaitan dengan dana saham amanah bernilai RM150 bilion yang diuruskan PNB," katanya pada taklimat mengenai projek Warisan Merdeka kepada editor kanan media di Kuala Lumpur, semalam.

Penjelasan itu diberi berikutan kritikan beberapa pihak terutama pembangkang yang mendakwa projek bersepadu bernilai RM5 bilion itu membazirkan wang rakyat.

UMNO TAKUT NAK HADAPI PILIHANRAYA KUALA NERANG

Posted: 20 Oct 2010 06:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.

Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

"Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat," kata Shafie.

Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.

"Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.

"Dulu saya pernah jumpa dengan beliau tapi perkara lain," kata Shafie kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas melawat bilik media Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Jelas Shafie, parti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya kecil membabitkan kerusi DUN Kuala Nerang.

"Kalau perlu merayu kita akan buat tapi sekiranya perlu buat persediaan dengan keadaan berhadapan pilihan raya kecil kita akan adakan.

"Tiada masalah bagi kita, tapi saya harap tidak ada pilihan raya kecil," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

MENYUSAHKAN ORANG BETUL LA GADIS NIE

Posted: 20 Oct 2010 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di Kuantan 13 Oktober lalu ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara semalam, tetapi enggan meneruskan perkahwinan.

Rozaliya yang dikatakan hilang ketika membeli-belah kelengkapan perkahwinan di Kuantan minggu lalu bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Noor, 24, bekerja di kedai serbaneka di sini sejak dua hari lalu.

Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

"Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai," katanya kepada pemberita di Kuantan malam tadi.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya Rabu lalu.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam tadi dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

Mat Lazim dipetik Berita Harian berkata, Rozaliya memutuskan untuk enggan meneruskan perkahwinan dipercayai ekoran perubahan tunangnya.

Mereka bertunang April lalu.

"Rozaliya tawar hati untuk mengahwini Hilmi lalu bertindak melarikan diri selepas takut dan tidak tahu bagaimana mahu memaklumlannya kepada keluarga," kata Mat Lazim di Kuantan.

Mohd Hilmi pula berkata, dia menyerah kepada kedua-dua keluarga untuk membincangkannya.
"Saya maafkan dia (Rozaliya) atas apa yang berlaku. Saya memang sayangkan dan suka kepadanya, tapi selepas perkara ini saya tidak tahu nak macam mana hendak gambarkan perasaan saya," katanya.

MENGAPA JANGAN SERTAI DANA PENCEN SWASTA?

Posted: 20 Oct 2010 05:31 PM PDT

[Bernama] Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 10 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menyertai cadangan penubuhan Dana Pencen Swasta tahun depan kerana mendakwa pulangan terhadap pelaburan mereka itu kelak tidak dapat dijamin.

"Hasil pulangannya bergantung kepada kuasa pasaran dan ini adalah sangat berisiko untuk pencarum kerana mungkin mereka kehilangan semua simpanan mereka," kata Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Beliau berkata, syarikat insurans telah melobi penubuhan dana tersebut sejak sekian lama dan MTUC telah menolaknya dengan disokong oleh Lembaga KWSP.

"Namun kini ia muncul kembali dengan pelobi insurans telah berjaya, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik syarikat insurans mengurus dana berkenaan," katanya.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, telah mengeluarkan kenyataan bahawa dividen KWSP akan dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggalakkan pencarum melabur di dalam Dana Pencen Swasta.
Dalam Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.


Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada dana itu termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.
Rajasegaran berkata, berikutan perkembangan terbaru berkenaan, MTUC akan melancarkan kempen secara agresif tidak lama lagi bagi menggalakkan pekerja supaya menolak dana pencen tersebut.
Sementara itu, MTUC akan meminta untuk bertemu dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan soal dana tersebut dan kesan jangka panjangnya terhadap pekerja terutama tentang kebajikan masa tua mereka, katanya.

DUN Lembah Jaya

Posted: 21 Oct 2010 11:29 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Lebih 40 Lagi Warga DUN Lembah Jaya Terima Manfaat SMUE

Posted: 20 Oct 2010 07:44 PM PDT

16 Oktober 2010, Kg. Ampang Indah - Seramai lebih 40 orang warga DUN Lembah Jaya menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dalam Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat Peringkat Kedua yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Ampang Indah bermula jam 9:00 pagi.

Turut hadir meraikan majlis ialah Penguhulu Mukim Ampang 1 Tuan Abdul Rashid Saman, Ahli Majlis MPAJ Encik Abdul Latif Shaari, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat dan YB Puan Hjh Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang selaku perasmi.

Majlis berakhir jam 11.30 pagi setelah semua penerima menerima sumbangan masing-masing. Mudah-mudahan akan meringankan sedikit sebanyak bebanan yang harus ditanggung oleh mereka setelah kematian orang tersayang. Itulah antara manfaat yang dapat dikongsi oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersama rakyat dan semestinya manfaat-manfaat ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa, insyaAllah.

Sesi pendaftaran



Bacaan doa dipimpin oleh En. Arshad, Ketua Kg. Tengah

Ketua Kg. Ampang Indah Tuan Hj Misbah Samad


Pengerusi Majlis Saudara Mohd Iqbal Bakti

YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz



Ucapan Perasmian YB Puan Hjh Zuraida Kamarudin

YB Hj Khasim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima



Bergambar kenangan bersama semua penerima

Entah apalah jenaka yang dibuat oleh Tuan Hj Misbah Samad yang sememangnya mesra dan disenangi oleh warga kampungnya

Majlis Tautan Silatulrahim Keluarga JKKK Ampang Campuran Bersama ADUN Lembah Jaya Meriah

Posted: 20 Oct 2010 06:47 PM PDT

Nama Program: Majlis Tautan Silatulrahim Keluarga JKKK Ampang Campuran Bersama ADUN Lembah Jaya
Tarikh / Masa: 15 Oktober 2010 / 9:00 malam
Pengarah Program: Puan Hjh Rohainah Hj Hasan (Bendahari JKKK Ampang Campuran)
Objektif Program: Saling mengenali dan mengeratkan ukhwah di kalangan keluarga JKKK serta ADN Lembah Jaya kerana gerak kerja yang cemerlang dalam membantu masyarakat berakar umbi daripada keluarga yang harmoni dan sejahtera.
Turut Hadir Meraikan: Ketua-ketua Kampung seluruh Lembah Jaya dan wakil Penghulu Mukim Ampang 1 Saudara Ikram.

Pengerusi Majlis memulakan ucapan aluan

'Tok Bomoh' kata YB Khasim berseloroh ketika mengalu-alukan kedatangan Ketua Kampung Tengah En. Arshad



Salehuddin (berdiri) dan keluarga. Di meja belakang keluarga Saudara Rejab

Keluarga Tuan Hj Abd Kodir Mujid

Saudara Mansur Shaari dan keluarga

Saudara Rejab Abu Hasan dan keluarga

Tuan Hj Daud Yusof, penerima hadiah keluarga ideal pada malam itu


YB Tuan Hj Khasim bergambar kenangan bersama AJK JKKK Ampang Campuran.
Tiada di dalam gambar Tuan Hj Abu Bakar Ammak dan En. Ravindrannathan


Semoga persefahaman di kalangan mereka berkekalan bagi memastikan khidmat yang cemerlang demi kepentingan masyarakat setempat.



Batu Gajah Mari

Posted: 21 Oct 2010 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


Terkini!!! Dr Zulkefli Calon PAS di Galas

Posted: 21 Oct 2010 09:05 AM PDT

daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

"Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya dengan ini mengumumkan calon PAS yang akan bertanding di dalam pilihanraya kecil n45 Galas pada 4 November ini ialah Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. Semoga Allah memberikan kemenangan.."


GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.
"Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai 'Calon Kita' bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad," umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.
Biodata Zulkefli:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Kunci Pembuka Fitnah Politik UMNO

Posted: 21 Oct 2010 08:26 AM PDT

http://www.nurulizzah.com/site/wp-content/themes/obama/images/profilePic.png


Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.

Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah "terkunci kemas" di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.

Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.

Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.

Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.

Teruk sekali Islam dihina.. Wahai Penyokong UMNO.. Berubahlah!!

Posted: 20 Oct 2010 11:53 PM PDT

Screenshot dan video ini khas untuk penyokong-penyokong UMNO dan ahli 'kipas susah mati' UMNO.. Sila perhatikan baik-baik di mana kah islamic sangat islamic fashion show anjuran perdana menteri kesayangan kowang, Rosmah Mansur.. errhhh silap, isteri perdana menteri, Rosmah Mansur.. yang di urus-selia oleh pihak pengurusan the legend hotel..

Ini versi video dan ini yang anda semua boleh menonton secara live.. Manakala di bawah ini pula versi screenshot yang berjaya saya captured untuk tatapan pembaca-pembaca yang budiman..












Beberapa perkara yang menjadi tanda tanya ialah ;
- Kenapa pengacara menafsirkan rosmah sebagai first lady?

- Di bahagian mana fashion yang dipaparkan adalah menurut konsep islam?

- Kenapa kebanyakkan model kelihatan macam bukan orang malaysia?

- Berapa banyak wang yang rosmah habiskan utk anjur fashion show ini?

- Tujuan/Aim fashion ini sampai atau tidak kepada rakyat?

- Boleh ke kita pakai tudung, tetapi terbuka kat leher, kaki dan dada?

Updated : Lihat gambar dan baca link2 yang diberikan, bukti bahawa ROSMAH adalah penaung bagi fashion show terbabit.. sebab ada orang2 UMNO sudah panas 'mata'..


Link satu
Link dua
Link tiga


Ameno : Aku neh bukanlah complete sangat bab2 aurat neh.. tapi tengokla bebaik.. kita kena akur kepada kebenaran.. mana boleh diberikan nama islamic fashion show kalau pakaian yang dipaparkan langsung tak islamic beb.. jangan buat gila dengan hukum islam.. boleh tak wahai penyokong2 UMNO?sumber

Tok Guru Nik Aziz Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

Posted: 20 Oct 2010 11:22 PM PDT


KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

"Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

"Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini," ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKBvHD3H6wx_OkajZDWTtCZkTYEjI1XdwQaOn7d4ksrgd5V-cfOL1ojGI89OlkNkVn6nvvwCCt4Nd3-lec98wNb1euyWFMeLvpUHZtVC8ZOgGoisjB95IyE0hh4q31ZiCy4iBKI-3aGQnK/s320/mari-berdoa.jpg

Ya Allah Ya Tuhan.. panjangkanlah umur Tok Guruku agar dapat terus memperjuangkan Agama Islam dan menentang kebathilan di Malaysia khususnya di Negeri Kelantan.

PR bantah sepanduk Umno di Parlimen

Posted: 20 Oct 2010 11:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Umno yang menggantung sepanduk Perhimpunan Agung mereka di laluan ke Parlimen, Pakatan Rakyat hari ini melakukan perkara yang sama.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/31jan/21okt_bannerpr.jpg


Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat menggantung sepanduk parti masing-masing di kawasan bangunan Parlimen sebagai tanda protes ekoran tiada sebarang tindakan diambil terhadap tindakan Umno tersebut yang didakwa menghina Parlimen.

Dalam sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, Umno telah menyalah gunakan laluan ke Parlimen untuk mempromosi program mereka, yang langsung tidak ada kaitan dengan persidangan Dewan Rakyat ketika ini.
"Jalan ke Parlimen sememangnya meraikan rakyat dan ahli-ahli Parlimen yang ingin keluar masuk ke bangunan ini dan tidak menjadi masalah kalau Kerajaan menggantung sepanduk yang mempromosi program Kerajaan yang melibatkan semua rakyat.
"Tapi mereka ternyata mempromosi program parti yang tidak ada kaitan dengan persidangan Parlimen," kata beliau yang juga bendahari PAS Pusat.
Sementara itu, Teresa Kok (DAP-Seputeh) menegaskan, tujuan mereka mereka menggantung sepanduk Pakatan Rakyat itu bagi mengetahui pendirian pentadbiran Parlimen mengenai perkara itu.
"Selepas saya buat protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkaera sama.
"Kita nak tahu apa pendirian Speaker atau pentadbiran Parlimen," katanya.
Isnin lalu, Teresa Kok yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP membangkitkan perkara itu di dalam dewan.
Beliau mempertikai tindakan menggantung sepanduk itu dan mahu semua parti diberi peluang yang sama.
Namun Speaker, Tan Sri Amin Mulia berkata, perkara itu tidak ada kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke dalam Dewan.
"Yang Berhormat...sudah berapa kali saya ingatkan...kalau nak bangun bercakap, bercakaplah perkara yang berkaitan sidang.
"Berkenaan banner, itu bukan bidang kuasa saya. Kalau nak suruh saya melarang atau apa sahaja, tidak boleh. Itu kuasa DBKL.
"Jangan campur adukkan Dewan ini dengan soal politik dan soal-soal lain," kata Pandikar.
Tambah Teresa lagi, tiada asas yang membolehkan Umno menggantung sepanduk perhimpunan agung mereka kerana ianya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan di Parlimen.
"Perhimpunan mereka berlangsung di PWTC, jadi apa kena-mengena dengan Parlimen?" soalnya.
Abdullah Sani (PKR-Hulu Langat) pula berkata, Pakatan Rakyat ingin menguji kuasa mana yang digunakan kerajaan kerana sebelum ini, Pakatan tidak pernah diberi peluang yang sama walaupun telah membuat permohonna untuk menggantung sepanduk atau mengdakan sebarang program.
"Kita nak lihat di mana keadilan. Ini ujian di mana kuasa Speaker, di mana kuasa DBKL. Kalau mereka cabut sepanduk kita, bermaksud merekalah yang berkuasa.
"Sebelum ini pun, kita sentiasa mengikut prosedur dalam membuat permohonan untuk program kita tapi tak pernah diluluskan," katanya.

Pas CawanganSurada

Posted: 21 Oct 2010 11:14 AM PDT

Pas CawanganSurada


Belanjawan Rosmah 2011

Posted: 21 Oct 2010 01:59 AM PDT

Ayam 'korban'; Hari Malaysia hidup semula

Posted: 21 Oct 2010 01:48 AM PDT

Amaran terakhir Najib

Posted: 20 Oct 2010 10:57 PM PDT

Tengku Razaleigh: Perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Posted: 20 Oct 2010 10:15 PM PDT

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

Posted: 20 Oct 2010 09:19 PM PDT

NGO Islam digesa kaji pesta fesyen Rosmah

Posted: 20 Oct 2010 09:15 PM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 21 Oct 2010 11:10 AM PDT

Dupahang's Weblog


Galas: Dr Zulkefli calon PAS

Posted: 21 Oct 2010 09:50 AM PDT

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas. Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam [...]

Dr Asri Zainal Abidin hadir perhimpunan agung Umno?

Posted: 20 Oct 2010 05:19 PM PDT

Oleh Abdullah Ngah Tidak lama dahulu kecuh sekali pasal Dr Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis dikatakan masuk Umno bersama beberapa orang ulamak muda Negara. Saya  turut menulis satu rencana berjudul: Ada yang susah hati bila dengar Dr Asri nak masuk UMNO . Intro judul ini saya mulakan dengan perkataan Macam macam ada dan macam [...]

Menara Warsian : RM 5 Billion Tidak Membazir ?

Posted: 20 Oct 2010 05:12 PM PDT

Oleh ; Chegu Zul Belumpun pembentangan Bajet 2011 berusia seminggu, Najib menerima serangan bertali arus pembangkang. Paling terkesan dalam pembentangan Bajet Najib adalah soal ‘imbuhan’ pelaburan wang berjumlah RM111 juta kepada PERMATA yang diterajui isterinya. Paling aneh Bajet ini adalah tindakan menteri kewangan memberikan ‘kelulusan khas’ kepada NGO kumpulan PERMATA PINTAR. Dalam pembentangan Bajet Negara [...]

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 21 Oct 2010 11:08 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Lawatan Muhibbah ke Mawilla, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan

Posted: 17 Oct 2010 07:57 AM PDT

Pada 16 Oktober 2010, satu program Lawatan Muhibbah ke Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla) Pangkalan TLDM Tanjung Gelang telah diadakan yang disertai oleh DPP IM dan JAIM seramai 37 orang. Ianya diketuai oleh saudara Andansura Bin Rabu selaku ketua kontinjen. Antara pimpinan PAS Indera Mahkota yang turut sama ialah Adun Beserah, YB Syed Mohammad Bin Tuan Lonik, TYDP Indera Mahkota, saudara Aziz Bin Ahmad, KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Bin Ibrahim, Exco DPP Indera Mahkota dan anggota Jabatan Amal Indera Mahkota.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua belah pihak serta membincangkan beberapa ruang-ruang kerjasama yang dapat diusahakan bersama.

Aktiviti lawatan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu meliputi kawasan Balai Bomba TLDM. Ketibaan kami disambut oleh pegawai yang bertugas dan sedikit taklimat ringkas telah diberi berkenaan dengan operasi dan kawasan-kawasan liputan yang berkaitan dengan gerak kerja pihak Bomba di TLDM. Menurut beliau, Jabatan Bomba TLDM telah dibuka sejak tahun 1986. Pada masa kini, balai ini dianggotai seramai 40 orang beserta 2 jentera melawan kebakaran. Di akhir lawatan bersama pihak Bomba, kami diberi peluang untuk bersoal jawab dan bertukar-tukar pandangan.

Selepas itu kami bergerak menuju ke "Naval Dock" TLDM untuk lawatan seterusnya. Ketika ini terdapat 6 buah kapal TLDM yang sedang berlabuh. Kami juga disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas dan sedikit taklimat ringkas mengenai gerak kerja telah disampaikan. Sesi soal jawab dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan bersama beliau, dan berjalan dengan lancar. Para peserta berasa amat teruja kerana berpeluang menaiki salah sebuah kapal perang laju milik TLDM yang diberi nama Handalan. Peserta juga berpeluang untuk masuk dan membidik sasaran melalui meriam bersaiz 150mm. Peserta juga dibenarkan untuk mengabdikan kenangan mereka melalui gambar-gambar yang diambil di kawasan sekitar.

Lawatan berakhir pada pukul 12 tengahari disusuli ucapan jutaan terima kasih oleh ketua kontinjen kepada wakil TLDM Tanjung Gelang yang bertindak sebagai pegawai pengiring disepanjang lawatan tersebut. Cenderamata disampaikan pihak PAS Indera Mahkota melalui ketua kontinjennya kepada wakil pegawai pengiring TLDM sebagai satu ikatan yang terjalin antara kedua-dua belah pihak.

Diharapkan supaya program-program seperti ini dapat diteruskan sebagai salah satu aktiviti tahunan dan juga salah satu pendedahan yang amat memberi manfaat kepada pada ahli PAS khususnya.

Berkumpul di PUTRA Balok sebelum bertolak ke Tanjung Gelang.



TYDP PAS Indera Mahkota sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh KP DPP Indera Mahkota, saudara Yusri Ibrahim. Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) "apa yang gelihati tu..."


Ini dia skuad yang amat digeruni oleh....






YB Syed Mohammad dan Syed Kama sedang menyantuni seorang veteran Amal Indera Mahkota.


Encik Mahmud yang segak dan bergaya, sentiasa ada dalam program-program PAS Indera Mahkota


Siap sedia ke medan juang





Mendengar taklimat dari pegawai bomba TLDM


Sesi soal jawab yang cukup harmoni


Sebagai kenang-kenangan. Insya Allah nanti kami datang lagi


Di atas KD Handalan yang memang handal. "Ini kapal perang laju," kata pegawai TLDM.

Disambut oleh para pegawai TLDM yang peramah dan sabar melayani kami semua


"Nak tembak siapa tu....





Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan. harap-harap ada sesuatu yang dapat dipelajari untuk Jabatan Amal Indera Mahkota


Hati-hati melangkah...


KD Terengganu yang tampak gagah...





Cenderamata dari pihak PAS Indera Mahkota kepada pihak TLDM yang disampaikan oleh ketua kontinjen, saudara Andansura.


YB Syed Mohammad sedang berbual dengan salah seorang anak kapal KD Terengganu.





Bergambar sebelum berpisah


Kenduri di Pok Kob Corner


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 Oct 2010 09:11 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Memo Taubat Buat Rosmah

Posted: 20 Oct 2010 10:19 PM PDT



(Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .



Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

mtdchenderoh

Posted: 21 Oct 2010 07:25 AM PDT

mtdchenderoh


BUDAYA SONGSANG ROSMAH: KALI INI APA PULAK ALASAN HARUSSANI

Posted: 21 Oct 2010 06:56 AM PDT

Majlis ni bukan dikendalikan oleh mana- mana ADUN atau Ahli Parlimen DAP atau Pakatan Rakyat. Sebab itu ia tidaklah menjadi kesalahan menurut hukum- hakam Kitab UMNO. Dan sebab itu juga ia tidak menjadi berita utama di muka depan mana- mana akhbar berketurunan UMNO.

Kalau ianya dianjurkan oleh mana- mana ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dah tentu Ahli Majlis Tertinggi Pembela Melayu UMNO yang diketuai oleh Harussani merupakan orang pertama yang akan berkokok serta mengeluarkan fatwa.

Tapi disebabkan ianya melibatkan isteri Perdana Menteri idola beliau, maka beliau hanya membuat "NOHEN" (Bahasa orang Perak).

Ke mana perginya suara- suara penasihat agama PM, Menteri JPM (hal ehwal agama), ulama ulama muda yang dikatakan dah jadi ahli UMNO, mufti- mufti, ahli panel- ahli panel forum perdana ehwal Islam, pensyarah- pensyarah universiti yang berkelulusan agama (yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO), biro agama dalam UMNO dan sesiapa sahaja yang mengalir darah UMNO dalam urat sarafnya?

Ke mana perginya PERKASA yang kononnya begitu lantang membela kepentingan Melayu?. Bukankah majlis tersebut jelas telah menjatuhkan maruah dan martabat orang melayu secara tidak langsung? Opsss.. terlupa, bosnya tengah berehat baru dibedah. Atau mungkin juga isteri Ketua Pemudanya juga berminat adat istiadat seumpama ini.

Walau apa pun, ayuh kita bersama Dewan Pemuda Pas Perak yang akan turun sekali lagi ke Pejabat Jabatan Agama Islam Perak ESOK (22.10.2010) bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kebiadaban Rosmah Mansor membawa budaya songsang yang jelas bercanggah dengan syariat Islam di Malaysia ini.

Moh kita tengok... apa Mufti Perak nak kata dan berkata- kata...

i n t a n h i j a u

Posted: 21 Oct 2010 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


HNA ISLAM : PEMUDA PAS DEMO SELEPAS SOLAT JUMAAT ESOK DI MASJID-MASJID NEGERI

Posted: 21 Oct 2010 03:51 AM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.


"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.(foto di atas)

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/10/pemuda-pas-berhimpun-bantah-rosmah.html#ixzz12zO5l07n

IKLAN SANTA PAK HAJI KENA DENDA

Posted: 21 Oct 2010 02:14 AM PDT

Harakahdaily   
 

KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lembaran yang didapati menghina Islam.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.
Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.
TV3 telah menyiarkan iklan Sinari Lembaran beberapa hari menjelang hari raya yang lalu. Namun selepas menerima bantahan  dari pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS, iklan yang memakan belanja RM200,000 itu ditarik balik oleh TV3.
Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Oct 2010 03:12 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Crony ism still alive and well under BN

Posted: 20 Oct 2010 08:18 AM PDT


INFO TERACHI

Posted: 21 Oct 2010 03:02 AM PDT

INFO TERACHI


Futsal Anjuran Team Reformasi 3.0

Posted: 21 Oct 2010 01:52 AM PDT

Tahniah kepada AMK yang diketuai oleh saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin kerana berjaya menjalinkan kerjasama yang baik terhadap golongan belia melalui program futsal terbuka anjuran Team Reformasi 3.0 di Kota Damansara. Kelihatan di sana ialah beberapa Exco AMK antaranya Khairul Anuar dan Hj. Ramlan Roes. Untuk keterangan lanjut layari http://shamsuliskandar.wordpress.com/2010/10/21/muafakat-amk-melalui-futsal/

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Posted: 10 Sep 2010 02:11 AM PDT

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI NEGARA INI SEMOGA DENGAN BULAN YANG PENUH DENGAN KEBAIKAN INI AKAN MEMBAWA RAHMAT KEPADA KITA SEMUA.

Pengikut