ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 21 Oct 2010 03:07 AM PDT 3 PROJEK UTAMA GAGAL KERANA KRONISME Posted: 20 Oct 2010 05:30 AM PDT
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran. Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan. Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal. "Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan. "Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Saifuddin Nasution (PKR-Machang) pula mendedahkan, kos pembinaan Institut Kanser Negara meningkat dua kali ganda daripada tawaran asal RM340 juta kepada RM690 juta. Ini berlaku kerana Umno BN masih mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru. Menurut Saifuddin, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan. "Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta. "Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%," ujar beliau. Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008. Satu lagi projek yang menjadi mangsa salah laku Umno BN iaitu pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu. Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) dalam sidang media sama berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007. "Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka. "Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.
"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek," ujarnya. Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.
Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik AJK Umno Hulu Terengganu.
"Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau. | |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak Posted: 21 Oct 2010 01:25 AM PDT Amanah Kepada Pekerja Posted: 20 Oct 2010 07:26 AM PDT Wakil rakyat, samada ahli parlimen atau ahli dewan undangan adalah wakil kepada rakyat. Antara tugas mereka adalah menjadi perantara atau penyelesai masalah rakyat.
Suara yang dibawa ke parlimen atau DUN adalah suara yang mewakili rakyat tidak kiralah masalah itu seremeh tak mampu membayar bil utility hinggalah masalah dunia. Keputusan mereka juga akan memberi kesan pada waktu lani dan juga masa depan. Semestinya rakyat amat berhapap pada mereka untuk masa depan yang terbaik.
Naïve nya aku katakan, rakyat dan kebajikan rakyat purlulah diletakkan diatas pada senarai keutamaan tugas wakil rakyat.
"Berikan upah pekerja sebelum kering keringatnya" Malaysian Insider hari ini melaporkan "Muflis: Umno mahu rayu, elak pilihan raya kecil DUN Kuala Nerang" data pada laporan ini mengaitkan wakil rakyat ini atau syarikat yang diwakilinya berhutang RM700,000.00 kepada KWSP untuk caruman bulanan untuk pekerja. Jumlah RM700,000.00 terhutang sejak tahun 2003 merupakan jumlah besar untuk rakyat biasa, rakyat yang mewakilkan beliau untuk menjaga amanah. Jika pada tahun itu seorang pekejanya menerima gaji RM1,000.00 sebulan, maka 22% atau RM220.00 caruman untuk KWSP yang tidak dicarumkan. Juga bermaksud 3182 bulan caruman pekerjanya tidak dicarum. Senang kira lagi bersamaan 265 tahun. Jumlah 265 tahun adalah untuk seorang pekerja, tentu saja jumlah tahun ini berkurang jika bertambah jumlah pekerja, tatapi realitinya, tentu melibatkan amanah pekerja atau pekerja-pekerjanya. Datuk Syed Sobri menjadi wakil rakyat selepas beliau gagal menunaikan amanah pekerjanya yang telah termaktub dalam undang-undang. Bayangkan bagaimana beliau akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang tanggungjawabnya tidak termaktub pada mana-mana undang-undang. Mampukan beliau menanggung amanah? | |
. Posted: 21 Oct 2010 01:24 AM PDT Pelancaran Kempen Bantah Projek Menara 100 Tingkat Posted: 20 Oct 2010 11:58 PM PDT Minggu lepas, pengumuman Bajet 2011 oleh Dato' Seri Najib Razak amat mengecewakan oleh golongan pemuda serta pendapatan rendah. Dalam pimpinan Najib Razak dalam 2 tahun ini tidak membawa perubahan yang ketara kepada golongan berpendapatan rendah tetapi malahan ekonomi negara ke arah tidak menentu.
Salah satu intipati Bajet Najib adalah membina menara 100 tingkat yang bernama Menara Warisan Merdeka. Projek mega yang dicadangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menelan kos sebanyak RM5 bilion.
Walaupun Perdana Menteri mempertahankan projek menara 100 tingkat bukan projek membazir, tetapi Malaysia sudah ada Menara Berkembar KLCC dan banyak lagi pencakar langit seperti Dayabumi yang masih mempunyai kekosongan yang tinggi. Banyak projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya menjadi projek gajah putih. Rakyat terpaksa menanggung beban atau kerugian yang dialami.
Selain itu, kepadatan Bandaraya Kuala Lumpur yang terlampau tinggi telah menyebabkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalulintas, sistem pengangkutan awam yang kurang rapi, perancangan bangunan yang tidak mesra alam sekitar sehingga banjir kilat serta tanah runtuh. Pembinaan Menara 100 tingkat hanya akan menambah kepadatan bandaraya serta merumitkan masalah yang sedia ada.
Peranan PNB adalah menaikan taraf pelaburan dan menjaga kepentingan Bumiputra melalui pengurusan pelaburan portfolio. Pembinaan menara memang bukannya keutamaan PNB malahan hanya menunjukkan kembalinya "Mahathirism" dalam pengurusan ekonomi yang berteraskan mega projek.
Projek mega Menara Warisan Merdeka yang dijangka siap pada tahun 2020 telah mendapat bantahan hebat daripada rakyat jelata. Kerajaan tidak boleh bersikap lepas tangan kepada PNB untuk membuat sebarang projek. Apakah ini adalah rakyat diutamakan?
Walaupun PNB menyatakan bahawa projek Menara 100 tingkat dibiayai dana dalaman sendiri tanpa menyentuh duit pelabur, tetapi apakah RM5 bilion boleh dimanfaatkan untuk kegunaan orang ramai? Apakah manfaat RM5 bilion sekiranya boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah? Apakah RM5 bilion boleh diguna untuk menaikkan taraf kesihatan negara kita? Mengapakah kualiti hidup rakyat tidak diutamakan semasa pembangunan dijalankan?
Jika meninjau dalam Laporan Ekonomi 2010/2011, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat daripada RM362 bilion pada tahun 2009 kepada RM408 bilion pada tahun 2010, ia telah meningkat sebanyak 12.7% setahun. Dalam Bajet 2011, kerajaan juga dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.
Dalam keadaan ekonomi negara yang masih lembab, kerajaan Persekutuan bukan sahaja tidak mengurus ekonomi dengan lebih bijaksana, malah telah mengamalkan pengurusan ekonomi pembaziran serta membebankan rakyat jelata khasnya bagi orang muda.
Oleh itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melancarkan Kempen Bantah Projek Menara 100 tingkat di peringkat nasional untuk mengutip tandatangan daripada rakyat jelata untuk membantah bajet yang membazir.
AMK akan menggerakkan semua anggota untuk turun padang dan mengadakan pelbagai program seperti forum, ceramah dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembaziran Bajet 2011. Program kutipan tandatangan di seluruh Malaysia akan dijalankan oleh pimpinan AMK di cabang-cabang.
Dengan ini, kami dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya membatalkan cadangan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat.
Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia | |
Suara Sri Andalas Posted: 20 Oct 2010 11:15 PM PDT Belanjawan Selangor 2011 Sasar Kerjasama dan Defisit Sifar Posted: 20 Oct 2010 07:35 PM PDT Belanjawan Selangor 2011 yang akan dibentang pada November depan berteraskan kepada belanjawan defisit sifar dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara Kerajaan Negeri dan Pusat. Penjimatan dari strategi defisit sifar ini dan pendapatan dari kerjasama Selangor-Putrajaya akan digunakan untuk memacu pembangunan semula kawasan bandar, mewujudkan sistem pengangkutan cekap dan membangunkan potensi komersil di sepanjang tebing Sungai Klang. "Kerajaan negeri merasakan usaha pembangunan di Kuala Lumpur Raya adalah usaha yang patut mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Kita mahu bekerjasaman dengan Kerajaan Pusat untuk merangka dan melaksana sistem pengangkutan efisien yang memberi penekanan kepada pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa," kata Khalid. Selain dari memanfaatkan program-program pembangunan yang direncana Kerajaan Pusat, Tan Sri Khalid berkata Selangor merancang untuk menjayakan beberapa projek yang direncanakan dalam pakej stimulus Selangor. "Kita merasakan program pembangunan semula kawasan bandar adalah salah-satu cara untuk merangsang ekonomi Malaysia, yang terkesan dengan aliran pelaburan asing yang berkurangan," tegas Khalid. Kerajaan Negeri bagaimanapun mengambil langkah cermat dan berhati-hati supaya pengemblengan sektor hartanah tidak akan membebankan pengguna dan pembayar cukai Selangor. Selain itu,Khalid juga ingin melihat projek pemulihan dan kemajuan Sungai Klang berjalan lancar, menjadikannya koridor pelbagai fungsi untuk pembangunan hartanah, komersil, pengangkutan dan pembekalan air. "Usaha untuk memperindah dan membangunkan Sungai Klang adalah selari dengan rancangan Kuala Lumpur Raya," kata Khalid. Menteri Besar Tan sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mengambil iktibar dari Belanjawan Nasional 2011 dan menjadikannya sebagai panduan untuk menghasilkan belanjawan yang lebih baik. Beliau berpendapatan Belanjawan Nasional yang dibentang Perdana Menteri Najib Tun Razak boleh diperbaiki lagi terutamanya dari aspek menjimat perbelanjaan dan mengurangkan defisit. "Kita harus mengambil iktibar bagaimana negara-negara Barat seperti United Kingdom yang juga mengambil langkah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Walaubagaimanapun ini tidak dilakukan dalam Belanjawan Nasional 2011" kata Khalid.
Sumber: TVSelangor | MTUC Gesa Kerajaan Kawal Dana Pencen Swasta Posted: 20 Oct 2010 07:00 PM PDT SHAH ALAM 20 OKT : Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, kerajaan yang seharusnya mengawal Dana Pencen Swasta, bukan dengan menyerahkan kepada pihak ketiga untuk menguruskannya. "Syarikat-syarikat yang menguruskan Dana Pencen Swasta ini, matlamat mereka adalah untuk membuat laba atau keuntungan. Jadi, keutamaannya ialah keuntungan," kata Syed Shahir. "Jika berlaku sesuatu, siapa yang akan menanggung? Sudah tentu negara. Jika negara yang perlu menanggung, tiada maknalah perkara (Skim Pencen Swasta) ini. Lebih baik negara yang buat," jelasnya. Beliau menjelaskan demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mendapatkan pandangannya berkenaan rancangan kerajaan untuk menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur di dalam Dana Pencen Swasta. "Pengalaman yang berlaku di beberapa negara seperti Argentina, Chile malahan di Amerika sendiri apabila Skim Pencen Swasta ini gagal. "Ertinya bila ia menghadapi masalah, maka pemerintah terpaksa mengambil alih dan menanggung apa juga beban yang ditanggung oleh syarikat-syarikat ini, kerana untuk kepentingan-kepentingan pencarum," jelasnya. Dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan pelancaran dana tersebut yang dijangkakan pada tahun hadapan. Turut diumumkan ialah pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 kepada mereka yang mencarum kepada dana itu, termasuk oleh mereka yang bekerja sendiri. Justeru, Syed Shahir menyuarakan kebimbangan, kerana beliau mendakwa cadangan ini akan mendatangkan kesulitan pada masa hadapan kepada pencarum. "Caruman KWSP ini adalah simpanan hari tua. Apabila pekerja habis sahaja tempoh perkhidmatannya, ada simpanan untuk dia lanjutkan kehidupannya. Tetapi itu pun masih tidak cukup, kerana caruman kurang. Bagaimana carumannya kurang, kerana gajinya rendah," tambahnya. "Apa yang sepatutnya diutamakan adalah perkhidmatan kesihatan, pendidikan, jaminan sosial termasuk keselamatan. Ini adalah tanggungjawab negara kepada rakyatnya," jelas Syed Shahir.
Sumber: TVSelangor | Kuil Baru Seksyen 23, Siap November Ini Posted: 20 Oct 2010 02:28 AM PDT SHAH ALAM, 20 Nov – Pembinaan bangunan baru kuil di Seksyen 23 di sini dijangka siap sepenuhnya November ini. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pembinaan bangunan baru itu akan dibina seperti bangunan asal dengan penambahan kekurangan yang ada pada bangunan lama. Menurut Rodziah, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dibuat dan memngambil kira semua maklumat daripada pihak yang terlibat serta mengambil kira kepentingan semua pihak. Rodziah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga menegaskan, isu pemindahan kuil yang 'panas' seketika dulu sebenarnya bukan berdasarkan isu agama semata-mata. Sebaliknya ia merupakan satu persepsi yang silap dan sengaja dipolitikkan oleh golongan tertentu.
Sumber: Selangorkini | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 20 Oct 2010 11:14 PM PDT response to Zaid Ibrahim’s statement “Empowering Keadilan” on Anwar Posted: 20 Oct 2010 08:08 AM PDT In response to Zaid Ibrahim's statement "Empowering Keadilan" on Anwar Ibrahim's trial
20 October 2010
I view with incredulity Zaid Ibrahim's latest unkind salvo against Parti Keadilan Rakyat (PKR), which I sometimes think he forgets is the party he currently belongs to and is in running for Deputy President. It is very irresponsible for him to suggest that PKR seems to be a one issue party – keen only to champion Anwar Ibrahim and his ongoing trial.
This myth he knows is not true and is something that we normally only hear from UMNO-BN politicians. Over the last decade or so, PKR has grown tremendously and has played a major part in forging the Pakatan Rakyat alliance while espousing its true multi-racial brand of progressive politics, leading to the Pakatan Rakyat's Common Policy Platform which we believe will pose a strong challenge to the BN in the next general election.
I am further shocked that Zaid has suggested that by defending Anwar, the party is unable to defend the rakyat. Again, very UMNO-BN-like criticism as he knows very well that the party has a good track record in defending the rakyat on various issues concerning civil, political, economic, social and cultural rights.
I am sure Zaid is well aware that securing justice for Anwar does not merely mean providing the best legal defence but involves a campaign outside court to expose the Government's manipulation of key institutions to persecute political opponents. Again, this statement that Anwar has received the best legal defence and therefore there is nothing else to do – certainly seemed very UMNO-BN-like, and certainly appalling coming from a PKR leader.
The implication of Anwar's trial if he does not know is that Anwar's current and previous trials represent all that is wrong with UMNO-BN's brand of sham democracy – one that enables the government of the day to make use of all the state machinery including the judiciary, police, AG's Chambers and even hospitals to manufacture false evidence and implicate political opponents.
In case Zaid has forgotten, Anwar has spent six years' imprisonment on trumped up charges, and is once again facing the same fate. Surely it would be extremely unkind and ungrateful of PKR to suddenly abandon Anwar just when the party is becoming a major political force in the country.
I am certainly at a loss to understand Zaid's campaign strategy as he seems bent on publicly and continuously criticising the party and its leadership (which I must remind he is also part of) instead of strengthening the party, and championing the party's policies, processes and issues including that of UMNO-BN's persecution of Anwar.
Released by:
R Sivarasa Member of Parliament, Subang Vice President, Parti KeADILan Rakyat
| |
Haniza Talha - Landscaping New Politics Posted: 20 Oct 2010 09:19 PM PDT PROGRAM KESEDARAN KANSER Posted: 20 Oct 2010 06:29 PM PDT PROGAM KESEDARAN KANSER Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tarikh : 22 Oktober 2010 (Jumaat) Masa : 10 pagi – 4.30 petang Tempat : Ruang Legar (Foyer Tingkat G), Bangunan SSAAS, Shah Alam Semua kakitangan dan orang awam di Bangunan SSAAS Shah Alam dijemput hadir. ATURCARA 10.00 pagi - Pendaftaran 10.30 pagi – 11.30 pagi Bicara Kanser (slip kehadiran akan diberikan) 11.30 pagi -12.00 t/hari Perasmian Program Oleh Y.B Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan *10.00 pagi – 4.30 petang - Pameran, aktiviti sumbangan dan pemeriksaan payudara | |
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim Posted: 20 Oct 2010 07:24 PM PDT PEMILIHAN 2010: JANGAN LUPA PRK GALAS DAN BATU SAPI Posted: 19 Oct 2010 11:05 AM PDT Dikala PKR sibuk dengan Pemilihan 2010, PRK terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang kerusi di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Pakatan Rakyat akan mewakilkan calon dari PAS bagi DUN Galas manakala Parlimen Batu Sapi, PKR telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut dan berharap SAPP akan memberi laluan. Pilihanraya kali ini amat penting dan mungkin sebagai satu ujian keampuhan serta keberkesanan jentera piliharaya samada di pihak BN mahupun Pakatan Rakyat sebelum kehadiran PRU-13 yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan. Apa yang pasti, PKR mungkin terpaksa melupakan sebentar Pemilihan 2010 dan menumpukan kepada 2 PRK ini. Pada 4 November nanti Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi PRK Parlimen Bukit Sapi. Batu Sapi mahupun Galas adalah medan awal yang menuntut komitmen dari pimpinan cabang2 yang telah dilantik atau dipilih setelah berakhirnya Pemilihan 2010 diperingkat Cabang. AMK Gelang Patah akan turut serta dalam memenangkan calon2 Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada PRK itu nanti. AMK Gelang Patah belum pernah gagal menghantar petugas di setiap PRK diseluruh negara. Tahniah AMK Gelang Patah atas komitmen yang diberikan. Semoga komitmen tersebut dapat diteruskan dan ilmu yang diperolehi dari pengalaman bertugas di PRK dapat diterapkan dalam gerakerja AMK di Gelang Patah. | |
Anwar Ibrahim Posted: 20 Oct 2010 07:17 PM PDT Response To Zaid Ibrahim’s Statement “Empowering KEADILAN” On Anwar Ibrahim’s Trial Posted: 20 Oct 2010 11:53 AM PDT –Press Statement– In response to Zaid Ibrahim's statement "Empowering Keadilan" on Anwar Ibrahim's trial 20 October 2010 I view with incredulity Zaid Ibrahim's latest unkind salvo against Parti Keadilan Rakyat (PKR), which I sometimes think he forgets is the party he currently belongs to and is in running for Deputy President. It is very irresponsible and even malicious for him to suggest that PKR seems to be a one issue party – keen only to champion Anwar Ibrahim and his ongoing trial. This myth he knows is not true and is something that we normally only hear from UMNO-BN politicians. Over the last decade or so, PKR has grown tremendously and has played a major part in forging the Pakatan Rakyat alliance while espousing its true multi-racial brand of progressive politics, leading to the Pakatan Rakyat's Common Policy Platform which we believe will pose a strong challenge to the BN in the next general election. I am further shocked that Zaid has suggested that by defending Anwar, the party is unable to defend the rakyat. Again, very UMNO-BN-like criticism as he knows very well that the party has a good track record in defending the rakyat on various issues concerning civil, political, economic, social and cultural rights. I am sure Zaid is well aware that securing justice for Anwar does not merely mean providing the best legal defence but involves a campaign outside court to expose the Government's manipulation of key institutions to persecute political opponents. Again, this statement that Anwar has received the best legal defence and therefore there is nothing else to do – certainly seemed very UMNO-BN-like, and certainly appalling coming from a PKR leader. The implication of Anwar's trial if he does not know is that Anwar's current and previous trials represent all that is wrong with UMNO-BN's brand of sham democracy – one that enables the government of the day to make use of all the state machinery including the judiciary, police, AG's Chambers and even hospitals to manufacture false evidence and implicate political opponents. In case Zaid has forgotten, Anwar has spent six years' imprisonment on trumped up charges, and is once again facing the same fate. Surely it would be extremely unkind and ungrateful of PKR to suddenly abandon Anwar just when the party is becoming a major political force in the country. I am certainly at a loss to understand Zaid's campaign strategy as he seems bent on publicly and continuously criticising the party and its leadership (which I must remind he is also part of) instead of strengthening the party, and championing the party's policies, processes and issues including that of UMNO-BN's persecution of Anwar. Released by: R sivarasa | Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat Posted: 20 Oct 2010 11:49 AM PDT Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Galas, Kelantan Sempena Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat 21 Oktober 2010 (Khamis) 7.45 Mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan Lokasi – Pejabat Operasi KeADILan PRK Galas Blok E, PT 7816, Taman Mesra, Gua Musang 8.30 Mlm – Makan malam di Kesedar Inn 9.00 Mlm – Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan Lokasi – Dataran Ilmu, Sebelah Masjid Faiz, Gua Musang Penceramah: 1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 3. YB Lim Kit Siang 4. Perisytiharan Calon Pakatan Rakyat (PAS) | Inter-Parliamentary Union (IPU) Resolution on Anwar Ibrahim Posted: 20 Oct 2010 10:29 AM PDT The IPU is the international organization of Parliaments (Article 1 of the Statutes of the Inter-Parliamentary Union). It was established in 1889. The Union is the focal point for world-wide parliamentary dialogue and works for peace and co-operation among peoples and for the firm establishment of representative democracy. | |
AMK Shah Alam Posted: 20 Oct 2010 01:16 PM PDT |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 20 Oct 2010 11:10 AM PDT Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1431H Posted: 19 Oct 2010 11:45 PM PDT PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan Objektif Program - Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan - Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com1 Bahagian RM 350.00 (Lembu) Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut : Nama akaun : PAS Dun Paroi No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) | Berdosa besar mohon bantuan daripada syaitan Posted: 19 Oct 2010 09:37 PM PDT Harian Metro 20Okt 2010 KULAIJAYA: "Amalan menggunakan ilmu hitam termasuk dalam sembilan jenis dosa besar kerana memohon bantuan daripada syaitan," kata Pegawai Fala' Syarie, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak ketika mengulas kejadian dialami Ila. Katanya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud, Allah melarang keras penggunaan ilmu sihir kerana ia menggunakan syaitan dan termasuk dalam tujuh dosa besar. Tegas Hanafiah, perbuatan menggunakan ilmu hitam bukan saja merosakkan tauhid, malah boleh mengakibatkan manusia terpesong daripada landasan agama yang sebenar. "Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, manusia yang menggunakan khidmat syaitan untuk memohon bantuan akan merasa kemaruk dan ketagih hingga sukar meninggalkan perbuatan itu. "Kita dapat lihat dalam kes ini bagaimana seorang pengamal ilmu hitam berasa ketagih melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali tanpa mengira azab yang bakal diterima di akhirat kelak," katanya. Jelasnya, pintu taubat sentiasa terbuka kerana Allah sentiasa menerima taubat daripada hambanya yang ikhlas memohon pengampunan daripada-Nya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berdosabesarmohonbantuandaripadasyaitan/Article/index_html | Tahu tak Malaysia ada lahar Gunung Berapi ? Posted: 19 Oct 2010 09:14 PM PDT Tahukah kita bahawa ada kawasan di Malaysia yang mempunyai lahar gunung berapi ? Ianya terletak di Pulau Bilean Kecil , Sabah. Kenapa kita tidak didedahkan dengan fenomena alam ciptaan Allah yang luarbiasa ini yang terdapat di Malaysia ? Nak tunggu National Geographic buat liputan, lepas tu jual balik ke Malaysia rencana tersebut ? Alahai, TV dan akhbar pula sibuk dengan PAU 2010 sekarang ni. Gambar dan cerita satu-satunya tempat di Malaysia yang ada lahar gunung berapi pada pautan berikut http://celoreng.blogspot.com/2010/10/lahar-gunung-berapi-di-malaysia.htmlSila minta kebenaran pemilik blog berkenaan kalau hendak sebar gambar atau cerita penuh. | Jerebu teruk di Muar 415 IPU, TERLALU BAHAYA, BALA ? Posted: 19 Oct 2010 06:47 PM PDT Jerebu semakin teruk di Malaysia. Muar pada jam 7 pagi Rabu 20 Okt 2010 mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU 415, jauh melebihi tahap bahaya 300. Adakah darurat perlu diisytiharkan di Muar ? Tutup sekolah ? Melaka kedua teruk pada masa ini dengan IPU 106. BALA ? Bertaubatlah Sebelum Terlambat. Indek IPU dari laman web Jabatan Alam Sekitar di http://www.doe.gov.my/apims/index.php | Sihir pecah belah Melayu, hilang kuasa, UMNO Posted: 19 Oct 2010 04:54 PM PDT Sihir semakin berleluasa. Sihir memecah belah orang Melayu. UMNO sebagai parti yang memperjuangkan perpaduan Melayu, harus memerangi sihir habis-habisan. Kerana sihir orang Melayu berpecah belah, keluarga porak peranda. Sanggupkah UMNO memerangi sihir, musuh No 1 orang Melayu ? Sihir pecah belah institusi keluarga, masyarakat Oleh Mohamad Isa Abd Ralip Berita Harian 20 Okt 2010 Tiada peruntukan undang-undang untuk dakwa pihak pelaku punca aktiviti semakin berleluasa SIHIR ataupun ilmu hitam bukan perkara yang baru dalam dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Sihir wujud sejak zaman berzaman seperti mana kisah Nabi Musa, ahli sihir menukarkan tali temali menjadi ular untuk berlawan dengan Baginda. Walaupun kita berada pada zaman moden dan menuju era globalisasi, amalan sihir masih diamalkan sesetengah pihak yang ingin memuaskan hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya terhadap akidah diri dan orang yang disihirkan, asalkan tujuan pihak yang menyihir tercapai. Ahli sihir biasanya melakukan apa saja yang diminta pelanggan bagi memuaskan hati serta melunaskan dendam kesumat mereka. Asalkan bayaran diberikan lumayan, maka permintaan pelanggan tertunai. Oleh itu, berlakulah perbuatan sihir yang mengakibatkan mangsa jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab jelas, gila, bermusuhan, runsing yang kronik, bercerai-berai malah paling menakutkan sehingga boleh membawa maut. Sihir secara langsung akan memberi kesan kepada akidah pengamalnya kerana amalan sihir berkait rapat dengan pemujaan syaitan. Maksud sihir seperti mana ditafsirkan oleh Al-Laits, adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya. Firman Allah yang bermaksud: "Akan tetapi syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir." (Surah al-Baqarah, ayat 102) Jelas di sini amalan sihir sememangnya berkait rapat dengan syaitan sekali gus memesongkan akidah pengamalnya dan berlaku syirik terhadap Allah. Melihat situasi sihir di negara ini, sedar atau tidak amalan itu sememangnya wujud. Walaupun sering kali kita dengar orang yang disihir atau terkena 'buatan orang', tetapi tidak ada tindakan boleh dikenakan terhadap yang menyihir selain mengubati orang disihir itu. Ada kala kita mengetahui orang yang menyebabkan sihir tetapi tiada sebarang peruntukan undang-undang untuk mendakwa orang yang menyihir dan ini menyebabkan ketidakadilan serta penganiayaan terhadap orang yang kena sihir, kerana yang menyihir terlepas begitu saja. Selain kesan sihir daripada sudut akidah, amalan sihir turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan yang akan menyebabkan perpecahan keluarga. Kesan atau pengaruh sihir boleh dilihat dalam kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd Rahman (1990). Perayu dalam kes itu telah melafazkan talak sebanyak tiga kali. Perayu pada ketika itu mendakwa bahawa dia tidak berniat menceraikan isterinya tetapi melafazkan talak di bawah pengaruh sihir. Perayu kemudian mendakwa selepas pergi ke kantin sebuah kilang, fikirannya tidak tenteram. Perayu menyatakan dia selalu bergaduh dan sering memarahi serta memukul isterinya tanpa dia sendiri menyedarinya. Dalam keadaan tidak sedar, perayu bertindak membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk menceraikan isterinya. Pada masa sama, perayu mendapati bungkusan kain putih di dalam kantin itu dan berusaha berubat secara tradisional berjumpa seorang dukun. Menurut dukun, perayu telah disihir kerana berjaya mendapatkan tender kantin itu. Semasa perbicaraan di Mahkamah Rendah, hakim memutuskan jatuh talak tiga terhadap isterinya berdasarkan ikrar yang dibuat perayu tanpa memanggil saksi dan melihat pada keterangan lain. Perayu kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan memutuskan talak itu dikira sebagai talak satu kerana semasa perayu melafazkan ikrar, beliau dikatakan di bawah pengaruh sihir. Oleh itu, ikrar tadi berkait perkara lain sedangkan ikrar hendaklah dipastikan tidak berkait perkara lain. Selain itu, hakim Mahkamah Rendah juga tidak menyiasat dakwaan perayu bahawa semasa melafazkan talak, dia berada di bawah pengaruh sihir. Di sini, dapat dilihat kesan sihir boleh menyebabkan perpecahan sehingga membawa kepada perceraian terhadap orang yang tidak bersalah. Jika amalan sihir tidak dikekang, dikhuatiri kesan itu akan merebak dan berlarutan tanpa diketahui penghujungnya. Bagi mengatasi masalah ini, cadangan penggubalan undang-undang bagi mengheret pengamal sihir serta pengupahnya ke muka pengadilan adalah relevan. Kewujudan undang-undang sekali gus mengekang pengamalannya secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan. Walaupun dikatakan pembuktian mungkin sukar kerana sihir adalah bersifat spiritual dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun penghuraian setiap kategori sihir perlu dilaksanakan secara profesional dan metodologi pembuktian perlu mengikut kaedah diiktiraf syariah dan sains. Selain itu, kita perlu melihat kesan sihir terhadap pesakit dengan kehadiran pakar dalam rawatan sihir atau perawat yang merawat mangsa sihir. Mereka ini akan memberi keterangan pakar seperti terkandung dalam undang-undang keterangan. Jadi, tidak mustahil dakwaan dapat dibuktikan. Pada masa sama, penubuhan satu institusi atau badan dianggotai pakar perubatan daripada bidang sihir diperlukan. Badan itu akan menjadi tempat rujukan mengenai perkara sihir seperti benar atau tidak jika ada pendakwaan sihir dilakukan. Bagaimana peruntukan undang-undang berkenaan sihir ingin diwujudkan, apa hukuman jika sabit kesalahan dan siapa boleh memperakui seseorang itu pakar? Penelitian dan perbincangan bersama pihak berkaitan seperti pengamal undang-undang, ahli agama dan pakar berkaitan diperlukan. Kewujudan peruntukan jenayah sihir perlu bagi mengekang pengamalan sekali gus menjaga akidah dan membuka mata masyarakat bahawa pengamalan sihir salah satu kesalahan jenayah dalam Islam dan pelakunya tidak boleh terlepas begitu saja. Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_Sihirpecahbelahinstitusikeluarga_masyarakat/Article | Tabung Haji tidak adil, kuota masuk syurga, nak untung? Posted: 19 Oct 2010 04:53 PM PDT TH didesak ubah sistem kuota pilih bakal haji Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 19 Okt. 2010 - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu. "Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di'control' oleh kerajaan... siapa yang mahu tanggung dosa? "Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji... mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut. - Bernama http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 20 Oct 2010 09:28 AM PDT 居民盼市政府修复捷径,舒缓孟加兰堵车问题 Posted: 19 Oct 2010 08:11 PM PDT (怡保19日讯)万合花园通往政府楼捷径路段破烂不堪,居民盼市政府可以立刻修补该路段,以舒缓孟加兰一带交通堵塞的问题。 务边区国会议员政治秘书陈家兴表示,由于孟加兰工业区和商业区近期蓬勃发展,逢下班时段通往大和园路段都会出现严重堵塞的情况,该路段属万合花园通往政府楼的捷径,可以避开主要路段的车龙。 他表示曾经向市政府反映该路段破烂的问题,而市政府也曾于去年铺上新的沥青,但是由于该路段实属私人土地,所以市政府在拨款和展开工程会面对两难问题。 "该捷径只是一小段路程出现破烂问题,路段旁沼泽地逢下雨就会淹没该小段路程,造成泊油和沙石流失,出现好几个大坑洞,严重威胁途径的电单车骑士。" 他是在日前联通孟加兰支部党要巡视该路段时这么表示,其他出席者包括公正党孟加兰支部秘书陈庆强、委员符标隆和黄友德。 他表示,怡保大蓝图计划书中说明孟加兰区将会是重点发展区,目前的主要道路根本不能够负荷随之增长的人口,希望市政府可以尽快修复该捷径路段,以暂时解决让居民懊恼的交通阻塞问题。 | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 20 Oct 2010 09:09 AM PDT |
www.telokkemang.blogspot.com/ Posted: 20 Oct 2010 07:26 AM PDT Jawapan Jawab Lisan, Isu Felda Posted: 20 Oct 2010 12:10 AM PDT 6. Dato' Kamarul Baharin Abbas minta Perdana Menteri menyatakan: (a) tindakan kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan FELDA disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan (b) apakah FELDA bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap penerokaan FELDA Kemahang, Kelantan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA mengambil iktibar yang serius terhadap ketidakhadiran peguam dalam FELDA Kemahang 3, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Januari 2008 yang telah menyebabkan FELDA disabitkan kesalahan dan FELDA telah membayar lebih kurang RM11 juta.
Mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Ahad, 13 Januari 2008 dan 14 Januari 2008. Walau bagaimanapun perbicaraan kes diteruskan tanpa kehadiran peguam FELDA pada 13 Januari 2008 itu. Peguam kes meletakkan jawatan atas sebab peribadi pada 28 Disember 2007. Mahkamah telah mensabitkan kesalahan ke atas FELDA dengan tanpa mendengar pembelaan daripada pihak FELDA, kes ini dimuktamadkan di Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos 2010.
Sebagai tindakan kepada peguam berkenaan, FELDA melalui sebuah jawatankuasa khas telah memanggil firma guaman itu dan mengeluarkan satu notis tunjuk sebab bertarikh 4 Oktober 2010 kepada firma guaman tersebut untuk mengemukakan penjelasan bertulis berhubung ketidakhadiran mereka pada perbicaraan berkaitan. FELDA akan mempertimbangkan jawapan pada notis tunjuk sebab itu untuk mengambil sebarang tindakan terhadap firma guaman tersebut termasuklah kemungkinan mengambil tindakan undang-undang, menamatkan perkhidmatan mereka dan membuat aduan rasmi kepada Majlis Peguam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada soalan bahagian dua, penentuan kadar perahan gred sawit (KPG) bagi hasil buah tandan segar (BTS) yang dihantar oleh peneroka sama ada naik atau turun bergantung kepada kualiti BTS yang diterima oleh kilang. Pemberian gred adalah berpandukan kepada manual penggredan BTS yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). MPOB adalah pihak berkuasa yang berkaitan dengan industri sawit dan sebuah badan bebas yang mengeluarkan garis panduan penggredan BTS. Ini adalah contoh manual sebanyak 40 muka surat.
Bagi memastikan penggredan berjalan lancar di peringkat kilang dan rancangan, pihak FELDA telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) yang dianggotai oleh pengurus rancangan, pengurus kilang dan wakil peneroka setiap rancangan di Malaysia. Di peringkat ibu pejabat pula, jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Khas yang dianggotai oleh FELDA, Syarikat Felda Palm Industries Sdn. Bhd., ketua peneroka yang merupakan Ahli Lembaga FELDA dan seorang Ahli Lembaga pengarah FELDA yang lain.
Jawatankuasa ini akan memantau setiap Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) dan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan, kadar perahan sawit setiap kilang adalah di antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan pemantauan akan sentiasa dilakukan. Bukti-bukti dan rekod yang ada dalam kes FELDA Kemahang 3, kadar perahan adalah yang betul dan tidak wujud penipuan konspirasi sebagaimana di pihak FELDA yang dituduh oleh pelbagai pihak. FELDA tidak menipu peneroka tetapi sentiasa membina peneroka dan generasi barunya di seluruh negara.
Mengenai kadar perahan juga, Pusat Bioteknologi FELDA di Nilai Negeri Sembilan merupakan pusat tissue culture yang terbesar di dunia, antara lain untuk mencari pelbagai benih termasuk sawit yang terbaik. Benih sawit terkini keluaran FELDA bernama Yangambi ML 161 adalah antara yang terbaik di negara ini dan berpotensi mengeluarkan kadar perahan yang sangat tinggi, terima kasih.
Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya perkara tidak seharusnya sampai ke mahkamah, sesudah 15 tahun kalau kita mengamalkan kerjasama di mana FELDA menganggapkan peneroka ini sebagai rakan kongsi dan bukan sebagai pekerja ataupun kuli. Jadi pendapat mahkamah yang berpuas hati bahawa kadar gred harga kelapa sawit yang diberikan oleh pihak berkenaan adalah tidak munasabah, ini keputusan mahkamah.
Oleh itu, jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri itu tidak menjawab apakah FELDA sekarang ini akan meningkatkan kadar gred mengikut apa yang terdapat dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang disokong oleh Makmal Sime Darby Research dan Felda Analytical Laboratory. Ini kerana dalam hal kelapa sawit perbezaannya lebih kurang dalam 5% dan ini juga akan mengakibatkan gred kadar getah kering yang sekarang ini perbezaannya lebih daripada 10%.
Jadi soalan saya ialah, kenapa FELDA tidak mengikut apa yang – kerjasama dengan peneroka untuk menentukan gred yang sesuai dan boleh diterima oleh kedua dua belah pihak, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Saya telah menjawab tadi Yang Berhormat. Kita ada satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Persepakatan Bersama. Siapa dia dalam jawatankuasa itu. Pertama pengurus kilang di tempat ladang kelapa sawit itu. Kedua ketua peneroka, ketiga pengurus rancangan. Selepas itu kita ada juga Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR).
Jawatankuasajawatankuasa ini bermuafakat dan bukan kita buat keputusan semberono. Kita ada manual penggredan buah kelapa sawit yang dikeluarkan oleh MPOB bukan kita buat keputusan sesuka hati tentang gred sawit ini. Dalam kes Kemahang 3, para pegawai memaklumkan kepada saya sebenarnya bukan tidak ada langsung penipuan. Padahal gred yang kita bagi itu adalah yang terbaik dan yang sepatutnya diberikan di Kemahang 3. Itu yang berlaku.
Kemudian mengenai kaedah-kaedah yang disebut oleh Yang Berhormat itu, FELDA sedang memikirkan tentang hal yang terbaik dan sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk peneroka. Itu sebab kita ada pelbagai usaha untuk mencari benih yang terbaik bukan hanya benih kelapa sawit, tetapi juga benih yang terbaik untuk getah dan juga tanaman-tanaman yang lain. Terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bangun] Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita melihat peranan FELDA itu dari segi pembangunan hartanah dan kawasan yang terdapat di kawasan saya merupakan antara yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Saya risau akan berterusan kes-kes saman ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan kenyataan saman baru yang diutarakan oleh pihak tertentu di akhbar Harakah baru-baru ini tentang kes saman peneroka FELDA di Sungai Koyan 2 dan 3. Saya berharap penjelasan daripada pihak kementerian, adakah ianya menjurus kepada pengurusan tanah yang akan dilibatkan peneroka itu dan ini boleh menjejaskan kredibiliti FELDA dalam pengurusan tanah di negara kita ini. Terima kasih mohon jawapan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Silam. Di Silam ada satu kawasan FELDA, nama FELDA Sahabat. Keluasan FELDA Sahabat itu lebih kurang sama besar dengan sebuah Negeri Sembilan. Apa yang berlaku baru-baru ini tentang FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 dan dilaporkan dalam muka depan sebuah akhbar pembangkang menyatakan bahawa, "FELDA Kalah Lagi." Sebenarnya laporan itu tidak benar, tidak tepat, tidak betul.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang tadi lawyer tidak hadir. [Ketawa] Lawyer letak jawatan 2007, 2008 patut cari lawyer lainlah. Apa.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Yang ini peguam bela FELDA datang. Dalam kes Koyan ini, peguam bela FELDA datang. Kalau FELDA kalah Ahli-ahli Yang Berhormat, FELDA akan merayu kes ini. Akan tetapi FELDA tidak merayu kes ini sebab keputusan mahkamah sebenarnya menyebut bahawa Felda hendaklah membayar kepada mereka yang tanam semula sawit secara sendiri ini RM1,700 seekar jika mereka mengikuti garis panduan FELDA. Kita selama ini telah memberikan mereka yang tanam semula sawit secara sendiri ini wang RM17,000 untuk 10 ekar itu jika mengikut garis panduan FELDA. Bererti keputusan itu mengesahkan apa yang dibuat FELDA sebelum ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Lawyer hadir. Lawyer hadir, lawan jugalah. [Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Dengarlah sudah cakap tadi.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Suara UMNO.
Tuan Yang di-Pertua: Perkara lain itu Yang Berhormat nanti bincang di luar.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, cara dia jawab FELDA Kemahang, lawyer letak jawatan 2007.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Saya belum habis lagi Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kes 2008 Januari patut hantar ke lawyer lain. Yang ini dia kata, dia tidak bantah keputusan mahkamah, tidak rayu sebab keputusan itu sama dengan pendirian FELDA. Kalau tidak bantah, kalau sudah sama, patut tidak hantarlah lawyer lawan. [Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Menteri kelam-kabut.
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya. [Ketawa] Ini cerita pasal Sungai Koyan Yang Berhormat Pokok Sena. Sungai Koyan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Memalukan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Kerenah Ahli Yang Berhormat itu memalukan yang sebenarnya. [Ketawa] Jadi apa yang berlaku di Sungai Koyan ini Tuan Yang di-Pertua, kes itu FELDA tidak kalah dan kita ingin menasihatkan kepada peneroka-peneroka yang dihasut oleh pihak-pihak yang macam Pokok Sena...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dua-dua kalah. Yang satu tipu, yang ini kecuaian. Dua-dua kalah. Apa.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Supaya jangan menyaman FELDA kerana kalau saman FELDA Tuan Yang di-Pertua. Kalau saman FELDA, kalau tidak saman pun kita bagi juga. [Dewan riuh]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Jangan bertengkar Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bertengkar. Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Pokok Sena sudah Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: [Ketawa] Seorang Ahli: Tidak samanlah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini, apa? Pusing. Memang ini kuat putar alam. [Ketawa]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Bukti bahawa FELDA bukan kalah lagi sebab kami tidak akan merayu. FELDA tidak merayu kes ini...
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Menteri kelam-kabut.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Itu sebab FELDA tidak kalah dalam kes Sungai Koyan ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tidak merayu tetapi lawan kes...[Ketawa]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jangan hendak jadi herolah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Kita boleh jumpa di luar selepas ini. Hari itu sudah jumpa di luar tidak selesai lagi nampaknya. Kalau tidak dapat jumpa di sini kita jumpa di Galas, insya-Allah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Boleh, no problem.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Saranan saya terima. Kamu berjumpa di Galas.[Ketawa] | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan