Ahad, 18 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 18 Dec 2011 03:25 PM PST

Oley ! Pecah Panggung

Posted: 18 Dec 2011 03:02 AM PST

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Sejak semalam dan berlarutan sehingga pagi ini, telefon saya senantiasa panas dengan deringan masuk yang bertali arus. Tidak menang tangan saya dibuatnya. Saya terpaksa menggunakan ear phone untuk mengelakkan rasa sakit pada gegendang telinga, melayan panggilan masuk sejak semalam.

2. Segalanya bermula dengan Oley ! .... Segala puji bagi Allah Tuhan yang memberi hidayah dan taufiq buat hambaNya.
3. Tahniah ustaz ! dengan nada sebak dan seketika beliau berhenti lalu menangis di hujung talian mengakui kebenaran dan keinsafan beliau kerana salah sangka terhadap hukum Allah selama ini. Insaf setelah menonton filem pendek berjudul "Oley !" tujuh kali berulang tonton. Saya kesal ustaz ! saya fitnah hukum Allah selama ini ! .... saya hanya mampu bersyukur mendengar luahan dari insan yang saya tidak kenali di hujung talian telefon pagi tadi.

4. Tanpa disedari, menitis jua air mata saya terharu dengan kesan filem yang kami hasilkan ... biarpun tidak seberapa tetapi berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan rakan - rakan yang mahu membersihkan nama baik Islam dan syariatnya setelah diserang dari segenap arah. Semoga Allah menerima amalan yang sedikit ini sebagai amal soleh dan menjadikannya asbab hidayah kepada semua yang menontonnya.

5. Pada awalnya saya sendiri teragak - agak, bagaimana mahu menangani penghinaan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap hukum Allah swt. Pada kebiasaannya kami dari Dewan Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi membantah penghinaan terhadap hukum Allah swt. Tetapi saya mula mengukur dan melihat pendekatan demonstrasi untuk zaman cyber ini.... saya akui demonstrasi mempunyai impaknya yang tersendiri, cuma kalau terlalu kerap di adakan, nanti yang hadir hanya seribu dua, kemudian selepas demo dan meluahkan bantahan, semua pulang dan berakhir begitu sahaja. Hanya sekadar mampu menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan menghina hukum Allah, namun pihak berkuasa tetap degil dan enggan bertindak, masyarakat pula masih terlalu ramai yang terperangkap dalam kejahilan yang mengepong mereka.

6. Begitu juga isu - isu nasional yang lain, mutaakhir ini, penganjuran demonstrasi tidak menarik jumlah yang diharapkan kecuali demonstrasi bertaraf high level seperti BERSIH, BERSIH 2.0, PPSMI, Mansuhkan ISA. Demonstrasi bantah kezaliman di keduataan Syria, Libya dan Mesir sebelum ini pun hanya dihadhiri sekitar ratusan para peserta tegar demonstrasi. Begitu juga himpunan aman membantah isu Mykad juga tidak mencapai angka yang diharapkan.

7. Saya cuba mencari alternatif lain terutama di zaman anak - anak muda "lepak" di dalam talian jalur lebar. Saya perlu anjur "demonstrasi" dalam jaringan dan talian ini justeru di sinilah berhimpunnya anak - anak muda. Patutlah mereka kurang hadir berhujan dan berembun di padang lapang untuk mendengar ceramah umum oleh pimpinan PAS. Kalau hadhir pun, hanyalah crowd biasa dan jumlah yang terhad. Kecualilah ceramah yang disampaikan oleh pemimpin high class dan himpunan rasmi yang melibatkan kerahan wajib kepada ahli atau penceramah yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri seperti Al Fadhil ustaz Azhar Idrus yang mencetus fenomena kuliah agama mutaakhir ini.

8. Mungkin saya naif dalam hal ini. Sehingga ada pihak yang tidak suka pendekatan saya malah menganggap langkah saya tidak menganjurkan demonstrasi ini sebagai pengecut. Ketua Pemuda paling pengecut ! letak jawatan sahaja lah ! saya hanya tunduk diam sambil menahan dan mengawal emosi. Menidakkan saya dan menggelarkan saya sebagai pengecut kerana semata - mata tidak menganjurkan demonstrasi adalah tidak benar.

9, Usah dihitunglah berapa kali saya menyertai dan menganjurkan demonstrasi sebelum ini termasuklah keluar masuk lokap dan mahkamah. Isunya bukan saya takut .... tetapi isunya ialah pendekatan dan imej ! kerana kekerapan demonstrasi ini jugalah ada pihak termasuk pengamal media menggelarkan pemuda PAS Taliban ! Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada saya dan menetapkan tapak kaki ini di atas perjuangan suci untuk menegakkan syariat Allah swt.

10. Ceramah adalah untuk sampaikan maklumat. Demonstrasi juga bermaksud untuk menghantar mesej kepada pihak tertentu dan juga umum sambil menunjuk perasaan dan sikap kita terhadap sesuatu isu. Maksudnya ceramah dan demonstrasi adalah sebahagian dari mekanisme untuk menyampaikan maklumat, memahamkan masyarakat serta menarik perhatian umum terhadap risalah atau mesej yang mahu kita sampaikan. Apa yang penting ialah masyarakat dapat maklumat, faham dan sedar.

11. Sambil meneruskan pendekatan yang sedia ada seperti ceramah dan demonstrasi, saya perlu menambah dan menganjurkan pendekatan baru yang membawa objektif yang serupa iaitu membawa dan menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan kita kepada masyarakat umum. Termasuklah menjawab isu dengan baik dan hikmah.

12. Alhamdulillah, pendekatan terbaru ini mendapat tempat dihati anak - anak muda. Bermula dengan filem "Gua Ikut Enta" kini diikuti pula dengan fiem "Oley !" Semoga pendekatan ini turut memberi impak yang besar kepada perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Filem Oley telah mencecah hitnya melebih 15 ribu penonton dalam tempoh 24 jam. Bukan calang - calang demonstrasi boleh menghimpunkan 15 ribu orang untuk mendengar dan memahami mesej yang kita nak bawa.

13. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS akan mendokong apa jua bentuk pendekatan yang membawa kita mencapai objektif. Insyaallah, jika kerajaan UMNO dan BN gagal menunaikan tuntutan BERSIH 2.0 dan suara rakyat terus diketepikan, insyaallah sekali lagi Dewan Pemuda PAS sedia untuk turun menyertai himpunan aman BERSIH 3.0



Adakah mufti buat fitnah bila dia kata haji carpab tu tak selesai?

Posted: 18 Dec 2011 02:51 AM PST

Oleh Penarik Beca

Perdana Menteri Datuk Eri Najib Tun Razak mendakwa, foto yang disebarkan ketika beliau di Mekah adalah fitnah (foto di sebelah tu ka?). Entah kenapa, saya langsung tak tertarik dengan foto-foto tu dan tak siarkan dalam blog ni sebelum ini. Nasib baik. Saya hanya bernasib baik dan bukan la berhati-hati sangat pun.


Meskipun begitu, saya tetap menulis tentang haji carpab (carpab adalah singkatan kepada cari publisiti). Tetapi, saya tidak tulis mengenai orang yang mungkin terhalang dari mendapat rahmat Allah s.w.t. walaupun saya mendengar cerita orang buat haji tak selesai.

Bila ibadat selesai dikerjakan, kita boleh merayu dan bertawakkal kepada Allah agar ibadat diterima. Tapi kalau ibadat pun tak selesai, itu mungkin tanda terhalangnya rahmat Allah.

Dapat selesaikan ibadat, itu boleh dianggap mendapat rahmat Allah. Soal Allah terima atau tak terima, itu terpaksalah kita merayu, mengemis dan bertawakkal kepada-Nya. Tapi kalau ibadat pun tak dapat diselesaikan sedangkan ia sepatutnya boleh diselesaikan dengan berderet-deretnya penasihat,nampak sangat seperti terhalang dari mendapat rahmat Allah.

Dari arkib berita:
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji (Malaysiakini 8/11/11)
Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu (Malaysiakini 15/11/11)

http://penarikbeca.blogspot.com

KERANA RM 500 UNTUK RAKYAT!!! Menteri UMNO dah bercanggah kenyataan

Posted: 18 Dec 2011 02:28 AM PST

PASPB

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

"Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu.

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA

Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Posted: 18 Dec 2011 02:06 AM PST

Ariff Alfian Rosli Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Tak terkata kami dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.

Ariff Alfian Rosli 7 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Ariff Alfian Rosli, anak kedua daripada empat beradik. Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Berjaya mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). Ariff Alfian Rosli menuntut di Dublin, Republik Ireland dalam bidang perubatan. Dihantar ke UK untuk membuat A Level.

  • pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)
  • Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
  • Gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
  • Petronas enggan terus menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup
  • Berikutan masalah kewangan, Ariff disaran agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi Ariff Alfian Rosli
  • Hubungan Ariff Alfian Rosli dnegan ibubapa mula terjejas
  • Sekarang, ibubapa Ariff Alfian Rosli berdepan dengan saman pihak Petronas melibatkan wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 sebagai penjamin pertama

Ariff Alfian Rosli 3 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Inilah yang dinamakan umat akhir zaman. Itu sebablah kita kena sentiasa ingat pada Allah supaya tidak terpengaruh dengan hawa nafsu yang menggunung. Kami tumpang simpati dengan kedua ibubapa Ariff Alfian Rosli ini. Segunung harapan mengharap anak disayangi pulang ke tanah air membawa segulung ijazah. Tapi apakan daya, yang dapat sijil kahwin pula.

Semasa kedutaan mengatakan Ariff Alfian Rosli berada di Ireland secara sah, timbul kemusykilan dikalangan kami sebenarnya. Bagaimana Ariff Alfian Rosli boleh dapat visa untuk tinggal lebih lama kalau sudah tidak belajar lagi sana? Mesti ada sebab-musababnya yang membolehkan beliau terus tinggal di sana. Akhinnya selepas berita ini berjaya dibongkarkan, rupanya Ariff Alfian Rosli telah "berjaya dapat visa kahwin".

Gambar Ariff Alfian Rosli bersama-sama berita di akhbar di atas ditunjukkan oleh bapanya sendiri beliau pada masa itu baru sahaja menghabiskan SPM. Muda lagi masa itu. Dan ketika berita kehidupan sebenar Ariff Alfian Rosli di luar negara ketika ini, Ariff Alfian Rosli berumur sekitar 28 tahun. Dah lebih 10 tahun pun beza dengan gambar beliau ketika remaja.

Ariff Alfian Rosli 4 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Kami sendiri pun ketika menerima berita ini pun perasaan bercampur-baur. Marah…sedih dan takut bila baca kisah-kisah macam ni. Tambah-tambah apabila anak dah meningkat remaja dan mula nak kebebasan.

Tiba-tiba, ketika keluarnya berita Ariff Alfian Rosli kahwin dengan gay di Dublin Ireland heboh diperkatakan, keluar pula kenyataan daripada salah seorang artis Malaysia iaitu Azwan Ali di Twitter. Anda lihat sendiri apa yang cuba disampaikan beliau mengenai berita perkahwinan Ariff Alfian Rosli yang salah di sisi agama ini :

Ariff Alfian Rosli 6 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Walaubagaimanapun, kami lebih kasihankan ibubapanya.

  • Hilang anak
  • Kemudian bakal dikenakan tindakan saman daripada Petronas sekitar RM900,000
  • Anak berkahwin sesama jenis
  • Satu masalah yang cukup rumit melibatkan keluarga ini

Ariff Alfian Rosli 2 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Kepada ahli keluarga Ariff Alfian Rosli, diharap bersabarlah. Bersyukur Ariff Alfian Rosli masih hidup dan ada masa & ruang lagi untuk bertaubat. Ini semua dugaan daripadaNya. Banyakkanlah berdoa agar dibukakan hati Ariff Alfian Rosli untuk kembali ke pangkal jalan dan terimalah beliau seadanya. Perkara ini dah pun berlaku. Lebih elok fokus untuk jalan penyelesaian untuk masa depan. Harap keluarga dan saudara-mara terdekat dapat berikan moral dan sokongan yang penuh kepada ibubapa Ariff Alfian Rosli ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

Kepada Ariff Alfian Rosli :

Kalau anda tak sayangkan diri anda, sayangi ahli keluarga anda. Selama ini, mereka dah banyak bergenang air mata & hancur luluh hati mereka menunggu kepulangan anda, Ariff Alfian Rosli. Jangan menambahkan lagi "kesakitan" kedua-dua ibubapa anda. Cukuplah…

Shahidan Kassim 'atur' nama calon MB

Posted: 18 Dec 2011 02:02 AM PST

ADUN Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim menyebut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat sebagai calon bakal Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada Rabu lepas.

Kelmarin, beliau menyebut pula satu lagi nama yang juga dikatakan layak untuk menjawat jawatan tertinggi Kerajaan Negeri itu.

Menurutnya, pegawai kanan kerajaan itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

"Mereka berdua layak untuk menjadi Menteri Besar Perlis kerana rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan mempunyai kelayakan," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 pada sidang Dun kelmarin.

Ketika itu, Speaker, Datuk Yazid Mat mencelah dan bertanya Shahidan akan bertanding kerusi apa pada PRU13 sama ada Dun atau parlimen

Shahidan tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya bertanya kembali kepada Yazid kerusi yang sesuai untuk ditandinginya.

"Datuk Speaker rasa saya sesuai di mana," kataya.

Yazid menghela seketika dan kemudian berkata, "kedua-duanya".

Shahidan kemudian bertanya sama ada Speaker mahu jawatan Menteri Besar atau Speaker selepas PRU13.

"Saya tidak minat dengan jawatan Menteri Besar. Tetapi kalau jawatan Speaker ok lah kot," kata Yazid.

Shahidan kemudian mengusik Yazid dengan berkata perkara itu akan dipertimbangkan, yang kemudian terdengar qgelak ketawa dalam kalangan hadirin dalam dewan.

Adun itu berkata semua wakil rakyat layak untuk menjadi Menteri Besar sambil menyebut nama beberapa Exco yang berada di hadapannya.

Sumber: Sinarharian.com.my

Mahkamah sahkan akhbar Umno Utusan Malaysia pengamal fitnah dan perkauman

Posted: 18 Dec 2011 01:54 AM PST

WarkahDaily – Walaupun ramai sudah tahu yang Umno dan akhbar rasminya, Utusan Malaysia merupakan kaki fitnah dan pengamal perkauman jahat bagi merosakkan perpaduan rakyat Malaysia demi mengekalkan survival politik kotornya.

Tapi kini semakin terserlah apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sendiri yang mengesahkan akhbar rasmi Umno itu adalah pengamal fitnah dan perkauman jahat.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000.

Dalam keputusannya, Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk "Kebiadapan Guan Eng" telah memfitnah Lim, sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

"Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif," kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.

Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Nampak jelas sekali taraf akhbar yang dikatakan 'Pemangkin Fikiran Rakyat' itu sekadar omong-omong kosong dan indah bunyi dari realiti sebenar.

Dengan makna mudah, Utusan Malaysia sudah diperbodohkan Umno untuk membodohkan rakyat dengan menjadikannya sebagai medan penyebar fitnah utama negara.

Lebih Senang dan Murah Untuk Berniaga Di Bawah Pakatan Rakyat

Posted: 17 Dec 2011 10:45 PM PST

Oleh Sheridan Mahavera
SHAH ALAM : Kajian seorang Pakar politik-ekonomi Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih senang menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding di era Barisan Nasional.

Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan dibawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar "komisyen" kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek.

Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya-saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN.

Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

"Akibatnya, golongan usahawan Melayu yang tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan dari komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

"Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan," kata Edmund.

Beliau berkata demikian di dalam satu sessi forum ekonomi bertajuk "Malaysia's Economy : Are We Heading in the Right Direction?" (Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar?) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir majlis tersebut pengarah eksekutif kumpulan pemikir Research for Social Advancement (REFSA) Teh Chi-Chang dan pakar ekonomi Dr Cheong Kee Cheok dari UM.

Exco Selangor Teresa Kok bertindak selaku moderator.

Edmund menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

"Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir telah membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

"Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai 10 perniagaan terbesar di Malaysia," katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

"Kita tengok, walaupun dibawah Dasar ekonomi Baru(DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu," jelasnya.

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

Posted: 17 Dec 2011 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.

"Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS," kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.

Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun "diarah pimpinan parti."

Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

"Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa," katanya lagi.

Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.

Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.

Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.

"Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.

"Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya," katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.

"Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.

"Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu," kata beliau.

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai "kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan."

"Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil," katanya lagi.

Kerajaan BN belanja berbilion ringgit untuk jawatan-jawatan klon

Posted: 17 Dec 2011 10:29 PM PST


Tahukah anda, sejak daripada tahun 2008 sehinggalah pada penghujung tahun 2010, kerajaan persekutuan BN yang didominasi oleh Umno telah membelanjakan lebih daripada RM138 juta bagi membiayai kos operasi dan membayar elaun-elaun serta faedah ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung-Persekutuan (JKKKP).

JKKKP ini telah ditubuhkan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang sejak daripada dahulu lagi telahpun mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) lantikan peringkat negeri yang asal.

JKKKP ini telah ditubuhkan di semua perkampungan di negeri-negeri di mana BN telah dikalahkan dan kehilangan kuasa di dalam pilihanraya umum yang lalu bagi mencabar kewibawaan JKKK asal yang sedia ada.

Manakala bagi negeri-negeri yang masih ditadbir oleh BN, JKKKP tidak ditubuhkan kerana JKKK lantikan negeri masih dikuasai oleh mereka.

Tujuan pembentukan dan perlantikan JKKKP ini adalah jelas, BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat dan kekalahan mereka di dalam pilihanraya umum yang lalu, justeru daripada itu, menggunakan kaedah sedemikian (JKKKP) untuk mencabar dan melawan kesahihan JKKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Inilah disebut JKKK Klon yang digelar JKKKP.

Ada juga Penghulu Persekutuan!

Selain daripada JKKKP lantikan kerajaan persekutuan BN untuk mencabar kewibawaan JKKK asal yang sedia ada, BN turut melaksanakan perlantikan Penghulu-penghulu Persekutuan bagi mencabar para Penghulu-penghulu asal perkampungan yang telahpun dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perbuatan kerajaan persekutuan BN yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf sepenuhnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan melantik JKKKP dan Penghulu Persekutuan di kawasan-kawasan dan perkampungan-perkampungan di negeri-negeri tersebut telah mengakibatkan perbelanjaan boros wang rakyat yang langsung tidak berfaedah kerana wang-wang tersebut hanya diberikan kepada para penyokong BN yang menganggotai JKKKP dan menjadi Penghulu Persekutuan.

Dah ada Penghulu Klon pula yang bergelar Penghulu Persekutuan.

Wakil-wakil Rakyat Klon turut wujud

Dalam pada itu, kita juga dapati bahawa wakil-wakil rakyat klon turut wujud di kesemua kawasan-kawasan parlimen dan dewan undangan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, yang digelar sebagai Penyelaras Parlimen ataupun Penyelaras Dewan Undangan Negeri.

Para Penyelaras-penyelaras BN Parlimen dan Penyelaras-penyelaras BN Dewan Undangan Negeri ini adalah dilantik secara terus oleh kerajaan persekutuan BN melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan lantikan-lantikan mereka dikawal selia oleh Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) JPM.

Bagi mengurus tadbir para Penyelaras-penyelaras BN peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini, ICU telah membentuk Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) di setiap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi membayar gaji dan faedah para Penyelaras-penyelaras BN tersebut sambil menguruskan peruntukan kewangan untuk mereka.

Gaji yang dibayar kepada para Penyelaras-penyelaras BN Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini adalah sama dan setaraf dengan elaun-elaun yang diterima oleh para Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya umum.

Justeru daripada itu, para Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dinafikan hak mereka untuk mendapat peruntukan kewangan untuk kawasan-kawasan yang diwakili oleh mereka sebaliknya, ianya telah disalurkan pula kepada para Penyelaras-penyelaras BN.

Jelaslah bahawa hak-hak para Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat telah dinafikan terus walaupun mereka-mereka ini telah dipilih secara sah oleh rakyat jelata, kerana peruntukan kewangan mereka telah dirampas oleh para Penyelaras-penyelaras BN yang mendakwa kononnya, merekalah "wakil rakyat" yang sebenarnya.

Tetapi rupa-rupanya mereka ini (para Penyelaras BN) hanyalah wakil-wakil rakyat klon.

Klon-klon JKKK, Penghulu dan Wakil rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan BN ini jelas menunjukkan bahawa BN yang didominasi oleh Umno ini masih enggan mengiktiraf wakil-wakil pilihan rakyat yang sah mengikut perlembagaan dan lunas-lunas demokrasi yang sedia ada.

Di samping itu, kewujudan klon-klon JKKK, Penghulu dan Wakil rakyat yang dilantik dan digaji oleh BN ini juga telah jelas membuktikan BN terlalu boros di dalam mengejar dan mengekalkan kuasa mereka, wang-wang rakyat dibelanjakan berbilion-bilion Ringgit dengan begitu sahaja di mana rakyat jelata langsung tidak mendapat sebarang faedah pun akibat daripada pengklonan jawatan-jawatan dan kedudukan tersebut.

Tujuan BN melaksanakan pengklonan kesemua jawatan dan kedudukan JKKK, Penghulu dan Wakil rakyat tersebut hanyalah politik jijik semata-mata, iaitu untuk mencabar kewibawaan dan kesahihan kerajaan-kerajaan negeri dan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Kalau begitu, kenapa tidak BN-Umno ini klonkan sekali jawatan-jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar dan Exco-Exco Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bagi menyempurnakan sepenuhnya keengganan mereka mengiktiraf demokrasi dan kuasa rakyat untuk mengundi wakil-wakil pilihan mereka?

Pertelingkahan dlm Umno: Perebutan kuasa peringkat negeri - Bhg 2

Posted: 17 Dec 2011 10:28 PM PST


Dalam Malaysia menanti PRU 13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi selepas bekas PM Mahathir Mohamad yang masih merupakan orang penting dalam politik negara, ada pertelingkahan yang dijangka akan berlaku dalam Umno iaitu untuk menguasai Umno.

Sememangnya bagi parti yang telah memerintah selama 54 tahun itu, ia sebenarnya sedang melalui fasa-fasa terakhirnya dan momentumnya sedang laju dan mungkin melangkaui kepentingan ahli-ahlinya pada PRU 13 nanti. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berkaitan dan keputusannya mungkin berhubungkait.

Elit Umno memplot dan merangka sedang Umno diambang kejatuhan

Di bahagian tertinggi, presiden dan juga perdana menteri negara Najib Razak sedang menepis cabaran daripada Muhyiddin Yassin.

Di usia 64 tahun, 6 tahun lebih tua daripada Najib, Muhyiddin yang berimej lembab itu sebenarnya sedang membuat percaturan yang agak baik dengan kumpulan ekstrim Umno. Sifat perkauman beliau menyerlah di mata mereka dan rasa takut kepada cabaran sekiranya parti itu hilang kuasa.

Pemain lain yang mempunyai lebih banyak kuasa disebabkan kekayaan yang mereka perolehi hasil daripada pentadbiran jenis authoritarian mereka juga sedang menunggu peluang dan mereka sedang sibuk membina rappo dengan ahli lain supaya mereka dapat pastikan bahawa mereka dicalonkan dan proksi mereka kuat supaya mereka dapat membina kuasa justeru mendapat jawatan tinggi dalam parti.

Selain daripada Mahathir yang berusia 86 tahun, mereka yang jatuh dalam kategori ini adalah Dain Zainuddin, bekas PM Abdullah Badawi, dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh.

Untuk mereka ini, tugas utama adalah memastikan orang mereka, ini termasuk ketua Wanita dan Pemuda berpeluang bertanding di sebanyak mungkin kerusi pada PRU 13 nanti. Mereka yang mempunyai penyokong teramai menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi yang paling dominan dalam Umno.

Ini sangat penting walaupun sekiranya Pakatan BN kalah di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana parti itu mempunyai kepentingan yang banyak dalam ekuiti dan aset yang berjumlah berbillion ringgit. Ini sahaja mampu menjadikan Umno pulangan terbaik di negara.

Masa depan UMNO

Secara politiknya, imej Umno sememangnya sudah teruk dan orang Umno sekarang tidak berani menyatakan secara terang-terangan bahawa mereka adalah ahli Umno. Tidak seperti zaman dulu, menjadi ahli Umno adalah suatu yang dibanggakan dan akan memberikan penghormatan kepada ahli nya. Sekarang, ahli Umno boleh bersyukur sekiranya tidak ditikam dengan telur busuk dan setakat mendapat "boo" daripada orang lain.

Tetapi, penjenamaan semula parti politik itu adalah sesuatu yang tidak mustahil. Umno dan BN akan berhadapan dengan masa yang sukar dalam PRU 13 dan mereka mungkin juga akan kalah. Tetapi, mereka masih ada PRU 14 untuk memenangi hati rakyat yang telah mereka perintah selama 5 dekad.

Pemikir dalam Umno menyedari hakikat ini. Dan inilah sebabnya walaupun Umno diambang kejatuhan mereka masih lagi berebut untuk menguasai Umno dan pertelingkahan ini akan menjadi begitu sengit dalam sejarah Umno.

Untuk pemain yang diluar kumpulan elit yang dikawal Najib, Mahathir dan Badawi, PRU 13 dan pemilihan Umno 2012 memberikan mereka peluang terbesar untuk mereka masuk ke kumpulan yang elit dan mendapatkan faedah sendiri.

Pertelingkahan dalaman yang sentiasa berlaku dalam Umno ini sekarang semakin jelas semejak beberapa bulan lalu. Ia telah menjadi semakin dashyat dan akan meletup tidak lama lagi.

Johor

Ada cakap-cakap bahawa Najib akan meletakkan ramai penyokong beliau di negeri itu dalam usaha untuk meminggirkan Muhyiddin yang sedang berusaha keras mendapatkan sokongan di sana. Walaupun beliau berasal dari Johor, Muhyiddin tidak begitu popular di sana.

Khabar angin semakin kencang mengatakan bahawa Najib sedang merancang untuk meletakkan MB Johor, Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen di sana untuk memberi laluan kepada Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin untuk mengambil alih.

Walaubagaimanapun, ada lagi calon berpotensi yang merupakan orang Najib yang boleh menggantikan Abdul Ghani seperti Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamad dan timbalan menteri pertahanan, Abdul Latiff Ahmad.

Abdul Ghani sudah pun mentadbir sejak 1995. Beliau diletakkan di sana oleh Mahathir yang telah pun membina hubungan baik dengan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan akhbar Cina, beliau telah hilang kepercayaan daripada Umno.

Persoalannya, siapa yang tidak lagu suka pada Ghani? Sekiranya hanya Najib yang semakin hilang kuasa itu, Ghani mungkin tidak mahu buang masa untuk menjawab. Beliau mungkin akan terus berpaut kerana masih mendapat sokongan dari Istana dan kumpulan-kumpulan yang tidak nampak dalam parti.

Sekiranya Ghani memilih untuk terus di Johor, satu pertelingkahan hangat akan berlaku. Bukan sahaja Najib akan dicabar Muhyiddin, yang juga merupakan ketua bahagian Pagoh tetapi juga daripada Ghani yang merupakan bekas pensyarah universiti yang agak baik perwatakannya yang berkemungkinan mahu kekal di Johor dan juga mengekalkan kuasa beliau.

Kekecohan di Kedah

Tidak lama dahulu, Najib telah membuat keputusan untuk menggantikan orang yang dipercayainya Shafie Afdal, ketua penghubung Umno Kedah. Beliau telah melantik Ahmab Bashah Md Hanapiah sebagai ketua Umno dengan Mukhriz Mahathir anak bongsu bekas PM sebagai timbalannya.

Tiga hari kemudian, Mukhriz memberitahu sidang akhbar bahawa sudah ada semangat dalam kepimpinan Umno di negeri itu dan ahli diminta mengenepikan isu remeh temeh demi mengukuhkan parti dan mengembalikan negeri itu kepada Umno. Kedah sedang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan dengan kata-kata kuat daripada Mukhriz itu, beliau telahpun menyinar daripada Ahmab Bashah.

Pada Ogos lepas, ketua bahagian Umno Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah diminta untuk melepaskan jawatannya dengan nasihat kepimpinan tertinggi Umno. Menurut ketua Umno Kedah Ahmad Bashah, Abdul Rahman akan kekal sebagai koordinator untuk Merbau Pulas.

Ahmad Bashah tidak mengulas lanjut mengapa Abdul Rahman diminta untuk melepaskan jawatan. "Beliau tidak dikorbankan dan parti amat berterima kasih kepada beliau terhadap dedikasi dan sumbangan beliau terhadap parti selama ini" beliau memberitahu Bernama selepas majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Karangan.

Tidak diketepikan? Ahmad Bashah mungkin cuba menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya, semua orang-orang Najib diketepikan di Kedah dan cuba teka oleh siapa?

Ya, sememangnya Kedah adalah tanah tumpah Mahathir Mohamad yang telah mentadbir negara selama 22 tahun. Anak-anak beliau sekarang sudah menjadi antara orang terkaya di dunia. Pada awal oktober di Jitra, Mahathir menyeru ahli Umno untuk kembali kepada perjuangan asal parti. Mahathir bukannya bersederhana, malah beliau sedang membuat seruan biasa beliau kepada orang Melayu untuk jadi bijak "demi agama, bangsa dan negara" dan jadilah yang mementingkan diri untuk menang PRU 13.

"Sebelum ini, ahli Umno berkorban apa sahaja termasuk menggadai barang kemas mereka untuk membantu parti tetapi sekarang, jawatan mereka membolehkan mereka mendapat kontrak dan memberikan mereka peluang jadi calon. Secara amnya, jika pilihan raya diadakan sekarang, Umno mungkin akan kalah teruk kerana sokongan dan semangat sudah hilang." Amaran Mahathir.

Tetapi orang Najib dan Badawi membidasnya mengatakan Mahathir hanyalah melakukakan itu untuk kepentingan diri "seperti biasa". Sememangnya perpaduan antara Ahmad Bashah dan Mukhriz itu lakonan semata.

Penghinaan terakhir untuk orang-orang Najib adalah pada akhir Oktober di mana mereka telah diberitahu bahawa mereka harus "berkorban" untuk orang lain. Ahmad Bashah berkata bahawa beliau akan akur dengan keputusan yang dibuat pengerusi BN iaitu Najib berkaitan penentuan kerusi untuk semua komponen BN di negeri itu.

Agak menarik juga untuk dilihat bahawa baru-baru ini ketua Umno Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin telah mengumumkan kemungkinan Mukhriz atau Jamil Khir Baharum untuk dilantik menjadi MB Kedah selepas PRU 13 – semestinya ini bergantung kepada kejayaan Umno merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat.

Di sebelah yang menerima perkara itu, berapa lama agaknya Ahmad Bashah dan penyokong beliau akan kekal setia pada Umno? Walaubagaimana sekalipun kita lihat perkara ini, dalam keterdesakan mereka untuk mendapatkan bahagian mereka dan mendapatkan semula Kedah, golongan elit Umno sebenarnya telah menimbulkan kekacauan dalam parti.

Yang harus dipersalahkan adalah Najib. Inilah masalah Najib PM yang berusia 58 taun itu. Beliau mungkin yang paling lemah daripada 6 PM sebelum ini. Beliau mahu menentang Mahathir tetapibeliau tidak berani melakukan secara terang-terangan. Inilah sebabnya beliau melantik Ahmad Bashah sebagai ketua Umno dan Mukhriz sebagai timbalan untuk memuaskan Mahathir.

Keadaan ini tidak mungkin akan memenagi Kedah untuk Najib dan orang kuat Umno kedah yang sudah jemu. Mereka ramai yang membenci Mahathir dan berkemungkinan akan bangkit menentang secara sendiri.

Perkasa menghina kaum India

Posted: 17 Dec 2011 10:26 PM PST

Pertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel 'Interlok' sebagai teks sastera.

PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini. Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India.

Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa 'Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina'.

Beliau juga menambah bahawa apa yang tertera dalam novel tersebut yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. Apa maksudnya dengan perkataan 'fakta' ini? PERKASA cuba mengukuhkan kenyataan-kenyataan novel Interlok itu sebagai satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan. Dalam kata lain, PERKASA menyokong Interlok dan menghina kaum India sebagai Pariah.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap PERKASA yang terang-terang menghina kaum India di negara ini sebagai Pariah dengan mengatakan itu adalah fakta. Bukankah ini satu kenyataan yang boleh mewujudkan perpecahan yang mengancam perpaduan negara. Kenyataan beliau mengandungi 3 unsur perkauman yang menghina orang-orang India :

1) Golongan minoriti yang besar kepala

2) Ini sangat biadap

3) Perkara kontroversi dalam Interlok adalah fakta

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah terlalu sensitif yang bertujuan untuk membarakan semangat perkauman. Apakah tindakan yang akan diambil oleh jaguh-jaguh MIC terhadap PERKASA yang terang-terang menghina pimpinan mereka dan kaum India secara umumnya?

Dalam isu 'Black Matallic ' di Perak, puak MIC melompat-lompat untuk membuat laporan polis di merata tempat terhadap YB Nga Kor Ming walaupun beliau langsung tidak menghina kaum India dalam ucapannya. Apakah pula gelagat puak MIC ini dalam adengan baru PERKASA yang jelas menghina kaum India? Rakyat seluruh negara sedang memerhatikan bagaimana MIC akan bertindak dalam hal ini.

YB V Sivakumar ialah Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh

Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff

Posted: 17 Dec 2011 10:20 PM PST

Pejabat Anwar Ibrahim

Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad (gambar kanan) merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka. Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2 -http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim (gambar kiri), Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Persamaan, perbezaan PRU-12 dan PRU-13

Posted: 17 Dec 2011 10:16 PM PST

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.


Adakah senario tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 lalu akan sekali lagi melanda politik tanah air dalam PRU-13 yang dijangka diadakan tahun depan?

Mungkinkah kali ini 'swing' pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN), menghayun pembangkang yang pertama kali berjaya menafikan kelebihan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menawan empat buah negeri lain selain mempertahankan Kelantan dalam PRU-12 lalu?

Secara kasarnya, kita boleh melihat beberapa persamaan dan perbezaan corak yang boleh dianggap penyebab terbentuknya gelombang tsunami politik 2008 lalu dengan situasi pra pilihan raya yang ada pada hari ini.

Rata-rata penganalisa politik bersetuju, antara faktor utama yang telah menyumbang kepada berlakunya tsunami politik dalam PRU-12 lalu adalah peningkatan harga barangan keperluan pengguna yang makin meningkatkan kos sara hidup masyarakat negara ini.

Kesan berantai dari kenaikan harga bahan api seperti petrol dan takri elektrik dikatakan penyebab peningkatan kos pengeluaran sesuatu produk dan menaikkan harga barangan di pasaran.

Selain itu, langkah kerajaan menguatkuasakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan dijangka akan menyebabkan rakyat negara ini terus berhadapan dengan peningkatan kos sara hidu melambung tinggi yang masih belum bernoktah.

Jika diteliti peningkatan kos sara hidup ketika sebelum berlakunya tsunami politik pada 2008 hingga ke hari ini masih lagi tidak berhenti setakat itu, malah berterusan meningkat naik secara mendadak dalam jangka masa yang amat pendek.

Keadaan ini masih tidak menunjukkan sebarang petanda kenaikan harga barangan pengguna ini telah mencapai paras statik.

Bagi kebanyakan pengguna, sekiranya harga barangan keperluan harian tidak turun pun, mungkin sedikit lega sekiranya ianya berada dalam kedudukan statik dalam satu jangkamasa yang panjang.

Kesimpulan dalam isu peningkatan kos sara hidup ini, jelas ianya tidak menunjukkan perbezaan antara pra PRU-12 lalu dengan pra PRU- 13 hari ini.

Keadaan ini akan mendorong pengundi yang memilih calon pembangkang dalam PRU-12 lalu atas faktor ini, sekali lagi memberikan sokongan mereka kepada pihak yang sama dalam PRU-13 nanti.

Islam Hadhari lawan 1Malaysia


Secara umumnya, majoriti masyarakat Islam negara ini boleh dianggap tiada masalah dalam penerimaan gagasan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, gagasan ini dikatakan telah memberi impak negatif terhadap sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan BN ketika PRU-12 lalu.

Hari ini mungkin menyedari kesilapan ini, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membetulkan kesilapan ini dengan memperkenalkan gagasan yang kontras dengan Islam Hadhari Abdullah iaitu gagasan Satu Malaysia.

Malangnya, berdasarkan keputusan-keputusan pilihan raya kecil dan PRU Negeri Sarawak lalu, gagasan tersebut masih tidak menunjukkan tanda-tanda mampu membawa pengundi bukan Melayu-Islam kembali memberikan sokongan kepada BN.

Dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU-12 dan PRU Sarawak lalu menunjukkan sokongan pengundi masyarakat bukan Melayu -Islam, khasnya pengundi kaum Cina masih menyebelahi dan terus meningkat kepada calon Pakatan Rakyat.

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah yang dikenali sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.

Ditambah pula dengan tindakan-tindakan isteri beliau yang banyak menimbulkan kontroversi yang turut menjejaskan imej beliau berbanding isteri Abdullah ketika menjawat jawatan PM.

Bagi pengundi yang mengutamakan imej bersih pemimpin dalam menentukan logo parti mana yang bakal dipangkahnya maka Najib berada dalam kedudukan lebih sukar berbanding Abdullah.

Ekonomi era Abdullah lawan era Najib


Dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara, Najib dengan program transformasinya dikatakan lebih bijak menguruskan ekonomi negara berbanding Abdullah.

Sehingga kini, melalui data yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan dakwaan dari Najib sendiri memberitahu bahawa ekonomi negara berada di landasan yang betul dan berkembang baik.

Sebaliknya data yang dikeluarkan oleh agensi berkecuali dalam negara dan agensi penyelidik ekonomi antarabangsa kerap kali menunjukkan angka-angka sebaliknya.


Malahan angka-angka pertumbuhan positif yang dipersembahkan oleh Najib dan agensi-agensi kerajaan kepada rakyat juga dianggap tidak memberi sebarang makna kepada rakyat terbanyak.

Kebanyakan anggota masyarakat negara ini juga kurang berminat untuk mengambil tahu tentang angka-angka ekonomi yang tidak berapa difahami, memeningkan dan mengelirukan ini.

Apatah lagi, perkembangan positif ekonomi negara yang digembar-gemburkan oleh Najib itu masih tidak menunjukkan sebarang tanda positif dalam kehidupan majoriti masyarakat negara ini.

Maka, sekali lagi meskipun Najib dikatakan lebih bijak menguruskan ekonomi berbanding Abdullah tetapi dalam isu ini keadaan masih tidak menyebelahi beliau.

Bajet beri faedah kepada rakyat

Abdullah ketika memegang tampuk kuasa sebelum ini dikatakan kurang perihatin akan beban rakyat negara ini termasuk kakitangan awam apabila gagal memberikan manfaat pada tahap optima kepada rakyat terbanyak setiap kali bajet dibentangkan.

Selain dalam bajet-bajet yang dibentangkan beliau, keputusan beliau dan kabinetnya menaikkan harga petrol lebih 70 sen dalam satu kenaikan turut mencatat sejarah sebagai kenaikan paling tinggi harga petrol dalam sekali kenaikan.

Satu-satunya keputusan Abdullah yang diingati khususnya oleh kakitangan awam negara ini ialah mengadakan kenaikan tangga gaji baru kakitangan awam bermula 7.5 hingga 35 peratus bermula Julai 2007.

Najib pula, kecuali Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, beliau turut dikatakan bersikap kurang perihatin, sama seperti Abdullah.

Malahan, meskipun tiada disebut dalam bajet tahunan, tindakan menarik subsidi dan perlaksanaan GST juga dikaitkan dengan sikap kurang perihatin terhadap golongan berpendapatan sederhana dan rendah negara ini.

Bagaimanapun dalam Bajet 2012 lalu, kerajaan di bawah Najib telah menunjukkan sikap yang berbeza dengan menghamburkan pelbagai manfaat untuk dinikmati rakyat negara ini sekali gus dikaitkan dengan bajet musim pilihan raya yang semakin hampir.

Apatah lagi peruntukan hadiah besar untuk rakyat dalam bajet tersebut telah menyaksikan belanjawan negara telah mengalami defisit atau disebut sebagai bajet hutang telah menyebabkan andaian ini semakin kuat.

Keadaan ini telah memberikan gambaran seolah-olah kerajaan terpaksa menghadiahkan sesuatu untuk rakyat sebelum pilihan raya diadakan atau dalam erti kata lain 'gula-gula' pilihan raya.

Lebih menghairankan, sebelum ini Najib pernah mendakwa kerajaan negara ini bakal menjadi muflis sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah berjimat cermat termasuk mengambil langkah memansuhkan subsidi untuk rakyat.

Bagaimanapun, langkah terbaru Najib ini meskipun dilihat terselindung muslihat di sebaliknya, sedikit sebanyak ia mampu memberikan kesan positif terhadap sokongan pengundi terhadap BN.

Cuma mungkin jumlah sokongan itu tidaklah sebanyak yang Najib harapkan ketika beliau memutuskan untuk menganugerahkan pelbagai hadiah untuk rakyat dalam bajet 2012 tersebut.

Rasuah era Abdullah lawan era Najib

Meskipun di era Abdullah yang dikenali dengan gelaran 'Mr Clean' turut dikaitkan dengan kontroversi salah guna kuasa yang dikaitkan keluarga terdekatnya, era Najib boleh dianggap yang terburuk dalam sejarah negara.

Beberapa skandal seperti skandal PKFZ, NFC, istana Khir Toyo, skandal perniagaan Taib Mahmud dan banyak lagi walaupun dikatakan berlaku ketika era sebelum Najib lagi, tetapi kerajaan yang dipimpin Najib hari ini terpaksa menerima padahnya.

Selain itu skandal tepat ke batang hidung Najib tambah menjejaskan reputasi beliau ialah skandal pembeliaan kapal selam Scorpene, pembelian kenderaan berperisai kegunaan Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan dua enjit pesawat F-5E dan banyak lagi.

Indeks persepsi rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh badan bebas pemantau rasuah antarabangsa, Transparency International (TI), baru- baru ini turut menunjukkan prestasi negara jatuh merudum dengan banyak dari kedudukan 56 ke tangga ke 60 tahun ini.

Penguasaan BN era Abdullah dan Najib

Perbezaan ketara di era Abdullah selepas PRU-11, BN pernah berada dalam kedudukan cukup selesa setelah beroleh kemenangan cemerlang dalam PRU tersebut.

Manakala Najib pula mula mengambil alih pentadbiran negara ini dari Abdullah dengan keadaan BN sedang menghadapi masalah 'kecairan' kepercayaan pengundi dalam PRU-12 lalu.

Sedikit sebanyak kemerosotan teruk prestasi BN dalam PRU-12 itu telah menjadikan satu momentum baru, baru tersedar dan kebangkitan semula Yang Berhormat dari BN dengan berusaha lebih gigih dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat negara ini.

Sebelum ini, pada tanggapan YB dari BN ini, rakyat negara ini akan terus memilih mereka walau seteruk mana pun prestasi dan imej yang disandang oleh pemimpin BN.

Bagaimanapun pada masa yang sama, sesetengah pemerhati juga menganggap keputusan PRU-12 lalu sebagai papan lonjakan baru bagi pembangkang untuk meluaskan penguasaan mereka dalam PRU-13 nanti.

Pembangkang PRU-12 dan PRU-13

Pakatan ketika menghadapi PRU-12 lalu tidaklah berada dalam keadaan ditekan seperti mana yang ada hari ini. Antara penyebab utama, Pakatan ketika itu hanya memiliki Kelantan berbanding lima negeri dalam PRU-12 lalu.

Berbeza dengan BN, Pakatan tidak banyak dibebani isu-isu yang membebankan mereka kecuali beberapa isu utama yang melibatkan isu lompat parti dan kes liwat 2 yang menyelubungi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi cabaran PRU-13 nanti.

Isu-isu lain selain isu lompat parti dan isu melibatkan Anwar itu boleh dianggap sebagai isu sampingan, tempelan dan sesetengahnya boleh dianggap remeh berbanding isu yang dihadapi BN.

Beberapa isu dijangkakan akan mendapat liputan besar-besaran oleh media kawalan kerajaan dalam kempen PRU-13 nanti termasuklah tiga isu utama iaitu isu lompat parti pemimpin pembangkang, rakaman video lucah dan tentu sekali tuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Anwar.

Meskipun pemimpin pembangkang sedang berusaha meyakinkan rakyat bahawa ianya merupakan konspirasi terancang pemimpin tertinggi Umno, sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang Pakatan untuk menawan Putrajaya.

Meskipun sesetengah masyarakat percaya bahawa ianya adalah satu konspirasi, ia masih boleh mempengaruhi undi sebahagian pengundi yang lain.

Berbanding pra PRU-12 lalu, Anwar masih dalam 'tempoh edah' yang tidak membenarkan beliau menyertai politik dan ketika itu juga Anwar tidak diuar-uarkan sebagai PM menanti sekiranya pembangkang menang.

Sebaliknya hari ini, Anwar dengan imej tercalarnya bukan sahaja nmengetuai pakatan pembangkang bahkan turut diuar-uarkan sebaga bakal PM Malaysia sekiranya Pakatan memenangai PRU-13 nanti.

Sedikit sebanyak imej terluka Anwar ini akan mempengaruhi kesan undi terhadap parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan terhadap kepercayaan pengundi-pengundi negara ini.

Bagaimanapun, Anwar masih dianggap sebagai penggerak utama yang membawa kesepakatan parti-parti dalam Pakatan dan juga 'anchor' untuk sekali lagi 'swing' mengenai tepat kepada BN.

Penulis adalah seorang penulis/wartawan bebas. Selain di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di blog bedukcanang.blogspot.com

Media dalam era Malaysia pasca-BN

Posted: 17 Dec 2011 10:14 PM PST

Patrick Boehler

"Jika dan apabila pembangkang mendapat kuasa, dari saat pertama, meraka harus segera menjawab kepada akhbar sebenar yang kuat dan tidak bersifat penakut," kata penulis Dean Johns.

"Malaysia akan mempunyai ruang media yang luas dengan pelbagai akhbar yang menyajikan segala macam pandangan dalam dunia pasca-BN," tambah kolumnis Malaysiakini itu.

Dean Johns book launchJohns (kanan) menyertai Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan sebagai anggota panel dalam forum "Peranan media dalam dunia pasca-BN" di sebuah universiti di Kuala Lumpur malam tadi.

"Media arus perdana, tidak hanya akhbar, tetapi semua media akan mempunyai peranan penting dalam Malaysia pasca-BN.

"Dan pasaran berada dalam keadaan untuk memutuskan yang mana akan bertahan," Johns membuat jangkaan.

Manakala Gan pula membandingkan Malaysia dengan negara lain di rantau ini dengan berkata, jika berlaku perubahan, ia mungkin tidak sekata.

"Terdapat ketidakpastian - yang dijangka untuk negara yang akan melalui peralihan, terutamanya di Indonesia, Taiwan, Korea, yang mana parti memerintah telah berkuasa untuk masa yang sangat lama.

"Mudah-mudahan, Malaysia akan mengambil jalan Indonesia, di mana media menunjukkan rasa tanggungjawab serta menghormati privasi dan menghormati kebenaran," katanya.

Ratusan siswa berarak ke pejabat Umno

Posted: 17 Dec 2011 10:10 PM PST

MALAYSIA KINI

Kira-kira 500 orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini.

Bantahan itu kebetulan serentak dengan perbincangan meja bulat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa aktivis mahasiswa sebagai "membunuh aktivisme mahasiswa".

student handing memo to umno on academic freedom crowdKumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian,

"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan. Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.

Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi.

Ia dibuat bersama tuntutan lain melibatkan kebebasan akademik di universiti, hak terlibat dalam politik dan autonomi mahasiswa di kampus.

AUKU tak akan ulangi bil perhimpunan'

Posted: 17 Dec 2011 10:08 PM PST

MALAYSIA KINI

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah berikrar bahawa kementeriannya tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat ketika merangka Akta Perhimpunan Aman apabila meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau memberi jaminan, deraf pindaan akan ditunjukkan dahulu sebelum dibentangkan di parlimen.

NONE"Saya tak mahu (presiden Majlis Peguam) Lim Chee Wee berarak lagi," selorohnya merujuk kepada perhimpunan membantahan Akta Perhimpunan Aman yang dikritik kerana dibuat dengan keadaan kurang rundingan awam.

Selepas mempengerusikan diskusi meja bulat AUKU semalam, Saifuddin berkata pindaan itu akan memastikan AUKu menjadi progresif dan bukan regresif.

Antara yang hadir Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kumpulan hak asasi Progam, Majlis Profesor Negara, Majlis Belia Nasional dan wakil mahasiswa daripada seluruh negara,

Donald Lim: Rugi RM150b 'bukan isu baru'

Posted: 17 Dec 2011 10:06 PM PST

Timbalan Menteri Kewangan Datik Donald Lim berkata bahawa tambahan RM150 bilion yang dikatakan mengalir keluar secara haram pada 2009 "bukan perkara baru".

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, jumlah yang dinyatakan pemantau berpengkalan di Washington Global Finance Integrity (GFI) sebenarnya tidak mendedahkan apa-apa yang baru.

"Setakat ini, tiada sebarang isu baru didedahkan. Ia pernah dibawa oleh GFI dan kita telah buat pengumuman di Parlimen supaya tindakan lanjut dalam diambil," katanya ketika dihubungi.

Kenyataan Lim itu senada dengan kenyataan Ketua POlis Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat bahawa polis sedia maklum tentang aktiviti penyeludupan wang dan justeru memberikan aset pihak yang menjalankan aktiviti itu.

Ditanya sama ada jumlah anggaran GFI hampir sama dengan Bank Negara, Lim berkata jumlah itu mungkin bukan angka sebenar.

"Tiada siapa dapat pastikan angkanya. Kita tidak akan tahu kecuali jika diberikan perincian."

"Sefaham saya, GFI dan Bank Negara sudah berhubung berhubung isu ini," katanya.

Katanya, ketika pihak berkuasan kewangan terus memantau keadaan, risiko itu akan sentiasa dihadapai dalam keadaan ekonomi terbuka.

"Perdagangan Malaysia pada 2010 sebanyak RM1.2 trilion dan kira jangkakan akan berkembang sebanyak 7 peratus pada tahun ini," katanya.

Anwar musnah ETP Najib, 8.3 juta rakyat miskin pada 2020

Posted: 17 Dec 2011 04:10 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.

(Anwar menunjukkan 3 dari empat orang miskin di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra)

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.

"Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun," kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk 'Debunking ETP: Widening Income Gap'.

Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan.

"Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700)," kata beliau.

(Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah)

ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu.

"Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP," kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit.

"Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti," kata Anwar.

Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP.

"Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu," tegas Anwar.

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah

Posted: 17 Dec 2011 04:09 PM PST

Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.

Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.

"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.

"Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.

Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.

"Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.

"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi.

Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M

Posted: 17 Dec 2011 04:06 PM PST

Rizal Tahir

KOTA BHARU: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi.

Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS.

"Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara," ujarnya.

Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

"Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

"Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik," ujarnya.

Jauhi tuduh menuduh, sayangi sesama ahli

Posted: 17 Dec 2011 04:03 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.

"Ini kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain," katanya mengulas tentang perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi PAS seperti mana yang hangat diperkatakan oleh media arus perdana sejak mutakhir ini.

Menurutnya, menyayangi sesama ahli adalah satu tanggungjawab syarie.

"Dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah," ujarnya yang juga Adun Manir, Terengganu.

Tambahnya, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam.

"Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli, untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah seperti mana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam," tegas beliau lagi.

Suhakam: Usah pertikai teguran kami, bentuk PSC hak asasi manusia

Posted: 17 Dec 2011 03:59 PM PST

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR — Suhakam mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai hak asasi manusia dibentuk sebagai mekanisme penting untuk membuat pertimbangan lebih berpengetahuan dan memberi fokus ke atas isu-isu hak asasi manusia di kalangan ahli Parlimen Malaysia.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, langkah itu juga akan mengukuhkan proses demokrasi berparlimen di negara ini.

Pada masa yang sama, Hasmy (gambar) meminta tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pandangan dan teguran dibuat oleh Suhakam mengenai hak asasi manusia negara ini.

"Sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional, Suhakam menjalankan tanggungjawabnya bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara kita berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan serta 30 Perkara yang terkandung dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," katanya pada Majlis Makan Malam Suhakam Bersama Media di Kuching malam tadi.

Teks ucapan dikeluarkan di sini hari ini.

Tegas beliau, ia adalah mandat Suhakam yang telah termaktub dalam Akta Suhakam.

"Jadi, sekiranya dari semasa ke semasa Suhakam menegur ke atas perkembangan-perkembangan yang dari segi hak asasi sepatutnya ditegur, ini adalah tugas kami, dan sepatutnya di anggap sebagai komen-komen yang membena atau konstruktif.

"Ini adalah tugas kami untuk membantu Kerajaan kita mempertingkatkan lagi tahap atau standard hak asasi manusia di negara kita, sebagai sebuah negara yang pesat maju dan bertamadun," katanya.

Oleh itu kata Hasmy, beliau amat berharap semoga tanggungjawab dan mandat Suhakam difahami oleh semua rakyat dan tidak lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Jelas Hasmy, tuntutan terhadap hak asasi harus dihormati dan permintaan serta cadangan orang ramai tentang isu-isu penting perlu diberi pertimbangan dan keutamaan dalam penyediaan dasar dan implimentasi program-program tertentu. Kritikan membina yang diterima dari masyarakat antarabangsa juga tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Menurut Hasmy, laporan tahunan suruhanjaya itu yang dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen setiap tahun, tidak diperdebatkan.

"Di sini juga, Suhakam ingin mengambil pendekatan dengan melibatkan secara aktif bersama media agar pihak media dapat memainkan peranan dalam membantu kami di Suhakam mengetengahkan isu-isu penting berhubung hak asasi manusia," katanya.

Kata beliau, Suhakam telah secara konsisten menyeru agar kajian semula harus dibuat terhadap undang-undang yang tidak selari dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang menyekat kebebasan berpendapat dan menerima maklumat termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kebebasan mengeluarkan pendapat tetapi dengan sekatan-sekatan yang tertentu, seperti terkandung dalam Perkara 10(20) dan 10(4) dan Perkara 149, atas dasar ketenteraman awam, keselamatan, moraliti dan hasutan, yang seterusnya menjadi sebahagian undang-undang negara.

"Kami di Suhakam percaya media sepatutnya bebas dan mesti memainkan peranan secara profesional dalam melaporkan sesuatu perkara tanpa bimbang dan takut, seiringan dengan tanggungjawab lebih beretika dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam," katanya lagi.

Sambil berkata konsep hak asasi manusia telah mendapat tempat di hati rakyat dan pengetahuan serta kesedaran mengenainya semakin meningkat khususnya tuntutan terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya, Hasmy berkata, sesetengah pihak berpendapat perjuangan menuntut hak asasi sebagai satu fahaman atau "agama baru" ataupun gaya kehidupan baru masyarakat di zaman ini.

"Ini adalah tidak benar," kata beliau lagi sambil menegaskan, sebaliknya, "perjuangan hak asasi manusia telah bermula sejak tamadun manusia berkembang dan kesedaran tentang pentingnya untuk kita tuntut dan pertahankan hak asasi ini harus dilihat secara terbuka dan positif."

"Apa yang berlaku, dalam dunia yang bertambah global ini, yang sering disebut sebagai 'a global village', perkembangan yang berlaku beribu-ribu kilometer di negara dan di wilayah lain, membawa impak kepada negara kita.

"Ini bermakna sebagai sebuah negara kita tidak boleh tinggal berasingan dalam 'isolation' seperti dahulu," katanya.

Oleh itu kata beliau, jika ada perkara-perkara negatif dalam Malaysia yang melanggar atau mencabul hak asasi manusia, ia akan ditegur oleh negara-negara lain, yang kebanyakannya terdiri daripada negara-negara sahabat — baik di Barat maupun di benua lain.

"Sepatutnya, kita menganggap komen-komen ini sebagai teguran yang membina. Peranan ini iaitu untuk menegur atau memberi komen-komen yang membina dan konstruktif adalah juga tanggungjawab Suhakam - dan tanggungjawab semua," katanya.

Najib lancar Kelab Usahawan Siswazah Tani dengan dana RM20 juta

Posted: 17 Dec 2011 03:56 PM PST

SUNGAI PETANI — Kelab Usahawan Siswazah Tani (Myagrosis) yang dilancarkan hari ini mampu menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sebagai nadi pengeluaran makanan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kelab itu juga akan membantu negara dalam menangani defisit import makanan negara yang ketika ini begitu besar berbanding eksport makanan negara.

"Ketika ini kita eksport RM18 bilion setahun tetapi import makanan kita RM30 bilion. Kita berdepan dengan defisit yang cukup besar.

"Jadi Myagrosis ini akan membantu kita menampung defisit ini dengan kaedah-kaedah baru," kata beliau ketika melancarkan Myagrosis peringkat kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia dan Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini.

Katanya, jika pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan, rakyat tidak akan dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Punca kos sara hidup yang besar adalah kerana kos makanan. Jadi untuk mengelakkan rungutan rakyat, cara terbaik adalah supply pengeluaran negara ditingkatkan," katanya dipetik Bernama Online.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu program Myagrosis itu.

Katanya, Inisiatif Dana Pembiayaan Usahawan Siswazah Tani Agrobank dengan dana khas sebanyak RM10 juta diluluskan oleh Agrobank sebagai pinjaman mudah usahawan siswazah Myagrosis tanpa penjamin dengan had pinjaman maksimum RM30,000 untuk menjalankan perniagaan.

"Pada hari ini sebagai tanda sokongan penuh kerajaan kepada usahawan Myagrosis, saya ingin mengumumkan dana tambahan sebanyak RM10 juta lagi menjadikan RM20 juta keseluruhannya.

"Dana ini akan memudahkan usahawan siswazah Myagrosis yang berminat dan mempunyai daya usaha yang tinggi untuk memulakan projek agrobisnes mereka," katanya.

Najib (gambar) berkata, Inisiatif Dana Pembiayaan Myagrosis Tekun Nasional pula adalah dana khas dan istimewa untuk Pembiayaan Perniagaan Pelbagai bagi ahli-ahli Kelab Myagrosis dan Tekun Nasional.

"Saya dengan sukacita mengumumkan dana khas ini sebanyak RM10 juta khusus untuk usahawan siswazah yang menyertai Kelab Myagrosis ini," katanya.

Najib berkata peruntukan sebanyak RM10 juta pula diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membolehkannya menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi program Myagrosis seperti sistem hidroponik dan sistem bekalan air.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu, beliau berkata Program Myagrosis memenuhi beberapa perkara dengan yang pertama adalah kerjasama antara dua kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengajian Tinggi yang merentasi sempadan biasa kementerian-kementerian berkenaan.

"Selain itu, ia juga peluang untuk mendedahkan siswa dan siswi kepada bidang pertanian dengan paradigma baru iaitu pertanian sebagai 'business model' dan 'business concept'.

"Ia juga dapat menambah daya pengeluaran pertanian negara dan usaha menambah rangkaian agrobazar yang dapat menjual bahan makanan pada harga yang lebih berpatutan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata universiti-universiti mempunyai kawasan luas yang masih belum digunakan dan ia boleh dioptimumkan menerusi program seperti Myagrosis.

Anak: Lupakan penyenaraian, tumpu usaha kukuhkan Felda

Posted: 17 Dec 2011 03:48 PM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR— Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang lantang menentang penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) membentuk jawatankuasa khas bagi mengenal pasti risiko penyenaraian di Bursa Malaysia.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya telah melantik beberapa pakar ekonomi sebagai anggotanya dan akan mengkaji kesan buruk ekoran cadangan kerajaan mahu menyenaraikan FGVH dan akan memberi cadangan alternatif kepada Putrajaya yang dijamin lebih berkesan untuk mengukuhkan institusi Felda.

"Anak bukan sahaja telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan itu, malah turut akan menyediakan satu jalan alternatif untuk mengelakkan daripada penyenaraian itu berlaku.

"Kita lupakan penyenaraian, tetapi kukuhkan institusi Felda. Pelan penambah baikan ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PAS di sini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata pihaknya turut menuntut perdana menteri berterus terang berkenaan tujuan penyenaraian tersebut.

"Anak percaya tujuan penyenaraian ini mempunyai motf tersembunyi pihak-pihak tertentu, perdana menteri harus memberi penjelasan sebenar berhubung perkara ini, katanya lagi.

Sehubungan itu, Anak telah menyerahkan surat kepada perdana menteri untuk menyerahkan memorandum berkaitan cadangan penambah baikan tersebut dan berharap dapat bersemuka secara empat mata dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

"Kata putus terletak di tangan perdana menteri, kami telah menghantar surat kepada beliau untuk menyerahkan memorandum tersebut, tetapi masih lagi belum ada jawapan balas.

"Anak berharap dapat bersemuka dengan perdana menteri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelasnya lagi.

SBPA: Jelaskan rasa tidak puas hati, Subra gesa Cuepacs

Posted: 17 Dec 2011 03:43 PM PST

SERI KEMBANGAN — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Cuepacs akan mengadakan perhimpunan khas di ibu negara esok. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, Cuepacs kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya dipetik Bernama Online.

Subramaniam (gambar) ditemui pemberita selepas merasmikan "Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar" di sini hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut Cuepacs akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin bagi membincangkan mengenai SBPA yang disifatkan tidak begitu adil.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata skim baru yang ditawarkan itu bukan satu paksaan, malah terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk menerima tawaran atau kekal dengan sistem lama.

Biaqpila

Posted: 18 Dec 2011 03:12 PM PST

HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

"Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

"Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka," katanya.

-SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Pengikut