Jumaat, 4 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 04 Feb 2011 11:03 PM PST

PAS TELUK INTAN


perdana menteri malaysia takut ulas mubarak

Posted: 04 Feb 2011 04:52 PM PST

PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak,"

Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita,"

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak,"

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki,"

PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri,"

PAS KDAS 3

Posted: 04 Feb 2011 09:36 PM PST

PAS KDAS 3


Kepentingan Menjaga Solat

Posted: 04 Feb 2011 04:48 AM PST

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 
Huraian Hadith: 
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Posted: 04 Feb 2011 04:28 AM PST

Perayaan Hari Kekasih atau  Valentine's Day mula membudayai kalangan 
masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an 
beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas 
dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. 
Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya 
asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak 
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari 
berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk 
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai 
atau dikasihi. 
Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang 
romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan 
coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan 'I wish you will be my 
valentine'  kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang 
diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan  sebagainya. Ini tidak 
menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat 
yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu). 
Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai 
sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, 
mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut  dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.  
Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan 
Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk 'Apa dihairankan dengan 
parti buih.' Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa 
ke atas 'parti buih' di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian 
mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada 
penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih 
tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, 
Bangsar.    
Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang 
ditayangkan atas nama 'Valentine's Special.' Di samping itu, didapati mereka 
sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan 
bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut 
bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej 
istimewa seumpama 'Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam 
Romantik'  dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari 
Kekasih. Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud 
di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari 
sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau  Valentino dalam bahasa 
Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga  berbangsa Rom, iaitu 
Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; 
kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web  Behind The Name: The 
Etemology and History of First Name).  
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine  diambil sempena nama seorang 
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu 
Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di 
Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu 
Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 
Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova  bagi merayakan 
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine. 
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari 
Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 
14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari  berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu 
perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, 
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. 
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih 
akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.  
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine 
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh 
Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan 
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam 
peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah 
mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. 
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang 
akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal  kepalanya pada 14 
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol 
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai 
upacara keagamaan.  
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine  diambil daripada nama 
seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu 
Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di 
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat 
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan 
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang 
tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi 
sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil 
keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka 
Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 
14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.  
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan 
keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk 
kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih 
menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.  
Di dalam laman web  Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian 
Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik 
Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di 
bawah indeks Saint Valentine's Day menyebut bahawa: "Christian celebration of 
the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St 
Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a 
secular celebration of love."  Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan 
kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, 
St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali 
dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.   
Termaktub di dalam laman web  Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa 
walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka 
adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut :  At least three different 
Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies 
under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga 
orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya 
disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.      
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan 
pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan 
di Gereja  St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang 
Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada 
hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum 
dengan termaktub di atas kerandanya tulisan 'Corpus St. Valentine Martyris'. 
Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis
semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja 
meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak  kadbod di atas almari 
berhampiran rumah gereja. Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja 
Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, 
seumpama  St. Valentine Church  di Philadelphia, Pennsylvania,  St. Valentine's 
Catholic Church di Peru, Illinois,  St. Valentine Church  di Bethel Park, 
Pennsylvania,  St. Valentine Church di  Thonstetten, Moosburg, Munich dan  St. 
Valentine Church di Buffalo, New York. 
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari  Valentine merupakan salah 
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini 
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya 
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang 
melibatkan aqidah Islam.  
Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai 
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu 
penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta 
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan 
umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan 
akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. 
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.; 
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku  tidak akan 
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu 
menyembah  (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan 
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu 
beribadat secara aku beribadat.  Bagi kamu agama kamu, dan bagi 
aku agamaku." 
                            (al-Kafirun ayat 1-6) 
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat 
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, 
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri 
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam.  Hukum Islam jelas dalam hal 
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan 
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;                                                         
 "Sesiapa yang mengamalkan  perkara yang bukan dari pada 
amalan kami maka ia akan ditolak."  
                           Riwayat al-Bukhari dan Muslim 
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan 
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan 
menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan 
dengan ajaran Islam".  Manakala  Jawatankuasa Fatwa Majlis 
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang 
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa 
amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan 
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah 
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan  meraikan Hari 
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam". 



PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Feb 2011 09:32 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tetap dengan pendirian bantah saman ekor

Posted: 03 Feb 2011 10:46 PM PST


Sinar Harian 3 Feb 2011

SENAWANG – Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan tegas dengan pendirian mereka terhadap Kempen Anti Saman Ekor pada tahun ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya sebulat suara mahu keadilan kepada pengguna jalanraya yang sering kali tidak tahu menahu mengenai saman ekor.

"Sekiranya mereka didapati bersalah, apakah mekanisma menyatakan bahawa mereka bersalah dan terlibat dalam melebihi had laju.

"Bagi saya yang mewakili PR dan AMK, akan menggerakkan Kempen Anti Saman Ekor secara berterusan khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan.

"Ini untuk menyedarkan bahawa kepimpinan tertinggi PR mahukan rakyat menyokong kita bukan semata-mata berasaskan emosi dan masalah kewangan tetapi terus berdasarkan kepada persoalan nilai keadilan undang-undang," katanya kepada media selepas mengedarkan risalah Kempen Anti Saman Ekor di tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, kelmarin.

Kira-kira 1,000 risalah mengenai kempen berkenaan diedarkan kepada pengguna jalan raya pada petang itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8709948.asp

Lima hari tiada bekalan air

Posted: 03 Feb 2011 10:45 PM PST


Sinar Harian 3 Feb 2011

JEMPOL - Hujan tanpa henti sejak minggu lalu menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini mengalami gangguan bekalan air.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar daerah ini mendapati masalah itu menyebabkan urusan seharian penduduk terjejas.

Penduduk dari Air Hitam, Mohd Razif Ismail, 25, berkata, sudah lebih lima hari dia mengalami gangguan bekalan air.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia terpaksa menadah air hujan di hadapan rumahnya dan kadangkala bekalan air ada pada waktu tengah malam.

"Air paip pun kecil, kadangkala air keroh dan agak kotor dan hanya menggunakan bekalan air yang ada untuk memasak serta urusan lain.

"Waktu cuti pun terjejas, apabila ahli keluarga berkumpul bekalan air tiada pula, lagi-lagi untuk menguruskan sebarang majlis," katanya.

Sinar Harian difahamkan kawasan itu pernah mengalami gangguan air dan pihak yang bertanggungjawab ada menghantar bekalan air.

Razif berkata, diharap pihak berkenaan dapat memantau mana-mana kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi GPW, Palong 5, Hasmi Mat Sidi berkata, sejak kebelakangan ini kawasan Palong juga mengalami masalah air.

Menurutnya, keadaan itu berlaku sejak bencana banjir di tempoh hari.

"Saya ada mendengar cerita mengatakan paip pecah tetapi saya tidak pasti pula dan kebiasaannya jika ada gangguan air, saya akan tunggu sehingga bekalan air datang," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8708624.asp

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 04 Feb 2011 09:26 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


Isu Nasionalisme : Jawapan TGNA kepada Tun Mahathir

Posted: 04 Feb 2011 06:34 AM PST

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Feb 2011 07:13 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Tiada Pilihan Melainkan Berurusan Dengan Ikhwanul Muslimin

Posted: 04 Feb 2011 07:23 AM PST

ANALISIS, 4 Feb - Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu - antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.

Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.

Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.

Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas "perbuatan jenayah" mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

"Hosni macam 'drakula'," kata Youssef Nada yang pernah bertindak sebagai 'menteri luar' pertubuhan itu dan kekal sebagai penasihat berpengaruh sehingga ke hari ini.

"Dia diktator tanpa belas kasihan dan telah membunuh ramai orang.

"Dia mesti dibicara dan perlu ditanggungjawabkan," kata beliau lagi.

Ikhwanul Muslimin, barisan pembangkang yang lebih tersusun di Mesir, menjadi sebahagian daripada arus perdana sosial negara itu sejak lewat 1920-an. Tetapi ia diharamkan oleh rejim Hosni. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada 1928.

Disebabkan pengharaman itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mengadakan kontak dalam skala terhad dengan Ikhwanul Muslimin, demikian menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Jon Alterman.

Semalam, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman berkata Ikhwanul Muslimin telah dipelawa untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan baru sebahagian daripada dialog kebangsaan dengan semua parti.

Alterman adalah antara sekumpulan penganalisis Asia Barat meminta White House awal minggu ini agar membincangkan keadaan di Mesir yang melalui perkembangan pantas sejak 10 hari lalu.

baca artikel penuh...di sini.

DPPK PARIT

Posted: 04 Feb 2011 07:08 PM PST

DPPK PARIT


Ikhwanul Muslimin - Kuasa Yang Tak Boleh Dipandang Sepi

Posted: 04 Feb 2011 07:01 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Feb 2011 07:05 PM PST

PAS Kawasan Miri


Hasil Kekayaan Anak Buah CM Diragui!

Posted: 04 Feb 2011 03:13 PM PST

Elia geneid contoh belia sarawak yang menjadi kaya sebagai perampas tanah!
Thursday, February 3rd, 2011 GMT This post is also available in: English - Petikan dari Sarawak Report
[Hasil nukilan penulis undangan dari majalah Asian Tatler]
Semua kita ingin sama seperti usahanita dan pemudi elitis, Elia Abas/Geneid! Dia mungkin kelihatan seperti anak gadis yang gemar berpesta, tetapi Elia dalam usia semuda 20-an suatu ketika dahulu sudah mendapat status sosial yang tinggi dengan menceburkan dirinya dalam industri perladangan kelapa sawit, dan juga memiliki beberapa siri konsesi bernilai berjuta-juta ringgit! Tetapi, wanita yang tampak cantik dan hebat ini juga merupakan anak saudara Ketua Menteri Taib Mahmud dan oleh itu dia memiliki beberapa ciri (jika tersembunyi) menarik. Keluarga Taib sememangnya mempunyai ahli-ahli keluarga yang muda yang boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada kaum muda di negeri Sarawak ini, dengan menunjukkan kita cara bagaimana hendak merebut 'peluang sama rata' yang diberikan menerusi projek-projek kerajaan! Ketika Taib menyeru kepada semua kaum muda-mudi di kalangan rakyatnya untuk menunjukkan kekuatan dan inisiatif dan menambahkan usaha untuk keluar dari belengu kemiskinan, beliau harus merasa bangga kerana anak-anak saudaranya telah berjaya melalui jalan-jalan menuju ke arah kekayaan dan kemewahan,
Pesta-pesta ria yang akan merinduimu Elia!
Lebih mengkagumkan, Elia telah menjadikan dirinya sebagai wanita yang mewah, di samping mampu melibatkan dirinya dalam banyak pesta keramaian dan bergaul dengan ramai kenalan lelakinya! Elia telah melalui dua perkahwinan dan tiga pertunangan dalam masa dua tahun dan ini merupakan suatu perkara yang hebat dilalui orang perempuan muda sepertinya! Bolehkah Elia dianggap bertuah kerana dia memiliki kemewahan yang mampu dibayarnya untuk berpesta-ria? "Bekerja keras dan berpesta sepuas-puasnya" adalah cogankata yang Taib seru kepada anak-anak saudaranya sejak mereka masih kecil lagi! Apakah yang kita tahu mengenai perniagaan yang diceburi oleh Elia, dan bagaimana dia mengoptimumkan peluang yang telah diterimanya dan juga rakan-rakanniaganya yang lain? Dalam tahun 2008 Elia berjaya memeterai perjanjian dengan LCDA yang kebetulannya dikawal oleh bapa saudaranya, Taib Mahmud. Elia ternampak peluang, manakala orang lain adalah terlalu lambat dan malas yang akhirnya menyebabkan mereka tidak menyedari tanah-tanah masih ada untuk diusahakan! Sebenarnya Elia yang bermata helang itu telah menguruskan pembahagian hampir 10, 000 hektar tanah NCR dari orang-orang asal di kawasan Tatau di daerah Bintulu tanpa disedari atau diketahui oleh mereka! Elia telah bergerak pantas dan (diandaikan tiada seorang pun berminat ke atas tanah tersebut) maka dia telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM5.5 juta dari tanah tersebut. Nilai tersebut merupakan sebahagian kecil dari nilai sebenar dan Elia telah bersetuju bahawa pembayaran dilakukan secara beransur-ansur! Betapa bijaknya Elia berniaga!

Iban 'bodoh' untuk menyedari hakikat mereka ditipu!
Sarawak Report telah mengemukakan beberapa persoalan dan telah berjaya mengetahui bahawa tanah-tanah NCR milik masyarakat Iban di Tatau telah sebenarnya diukur dan dibahagi oleh Taib Mahmud pada tahun 1996. Apa yang kelihatan bodoh dan dungunya di sini adalah kemiskinan kaum Iban ini telah menghalang mereka mendapatkan khidmat seorang peguam untuk membawa kes ke mahkamah, jadi bagai manakah kita boleh menjangkakan bahawa mereka boleh merebut peluang seperti yang dikatakan Taib sebagai peluang yang ada di depan mata mereka sendiri? Pada minggu yang lalu, Taib dipetik sebagai mengatakan pengkritik-pengkritiknya sebagai 'ketam' yang hanya pandai mengkritik atau mencemburui kekayaan yang dimiliki oleh perampas tanah seperti anak saudaranya, si Elia itu, dan juga ahli-ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Taib telah membidas kritikan-kritikan ke atas kemewahan yang dikecapinya, dan kami percaya bidasan seperti ini akan beliau jadikan sebagai landasan ucapan-ucapannya semasa pilihanraya nanti. Kita ada seorang Ketua Menteri yang amat bijak – tahniah kepada kemewahan yang dimilikinya, dan kita ingin mengingatkan semua orang mengenainya dan bagaimana bijaknya engkau memperolehi semua ini! Sebaik sahaja orang-orang Iban telah kehilangan tanah-tanah mereka, Taib seterusnya menjualkan konsesi pembalakan kepada syarikat Borneo Pulp and Paper, yang menebang kayu-kayu hutan yang berusia 150 tahun (hutan yang dikatakan paling tua di dunia ini) dan menjadikannya pulpa dan keretas sahaja. Selepas itu, pada 2008 Elia dengan cepat-cepat merebut peluang untuk mendapatkan tanah itu dengan harga RM5.5 juta sebelum orang lain menyedarinya. Ya! Sebenarnya tiada seorangpun yang akan menyedarinya, kerana di 'negerinya yang ada kesama-rataan' Taib Mahmud lebih gemar menganugerahkan konsesi-konsesi secara tertutup … kepada keluarganya. Saudara Minda yang berasal dari Sungai Anap (iaitu anak kepada bekas Penghulu Jipun) merupakan seorang jurucakap bagi pihak kominiti rumah panjangnya yang telah kehilangan tempat pencarian disebabkan kawasan mereka didatangi pembangunan. Minda menyatakan bahawa dia amat terkejut apabila dia mengetahui bahawa Elia yang muda itu sedang memiliki konsesi ke atas tanah-tanah mereka. Menurutnya "Kami telah menerima sepucuk surat dari kerajaan British suatu ketika dahulu yang mengisytiharkan bahawa kawasan ini adalah milik kami, tetapi kerajaan sekarang mengatakan itu tidak lagi relevan. Pada mulanya syarikat telah datang dan membayar 4 orang ketua masyarakat untuk menutup mulut mereka, tetapi apabila mereka datang bersama-sama jentolak-jentolak mereka, kami telah membuat laporan polis. Perkara ini sedang dalam rundingan".

Kompeni Ikrar Bumi Sdn Bhd
Di antara 2008 dan 2009 Elia telah berjaya mendapatkan beberapa siri 'lesen sementara' to menukar seluruh kawasan itu kepada ladang kelapa sawit – dalam suatu perjanjian yang dimeterai pada bulan Mac tahun lalu. Lesen-lesen tersebut adalah sementara, kerana pada teorinya orang-orang tempatan yang ada NCR ke atas sesuatu kawasan itu harus dilibatkan dalam sebarang bentuk perjanjian mengenainya. Tetapi tiada seorangpun dari kalangan orang-orang tempatan itu menyedarinya – tidak memilik sebarang kehendak berniaga, atau boleh juga dikatakan sebagai kaum yang pemalas. Syarikat yang digunakan oleh Elia untuk mendapatkan tanah NCR yang luas itu dikenali sebagai Ikrar Bumi Sendirian Berhad. Secara kebetulannya, ianya didaftarkan di ibupejabat yang sama alamat dengan syarikat Parabena, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh ibunya, Raziah Mahmud, saudara kepada Taib Mahmud. Malah Taib sendiri memegang saham yang banyak dalam Parabena dan syarikat berkenaan telah menerima banyak tawaran untuk melaksanakan kontrak-kontrak kerajaan dan juga konsesi-konsesi negeri. Kami dapat menganggarkan bahawa anak-anak syarikat Parabena telah menerima keluasan tanah NCR seluas negara Brunei! Sungguh hebatnya keluarga Taib! Elia, yang sememangnya seorang yang masih muda mentah, maka individu yang melaksanakan tugas menguruskan hal-hal membosankan yang berkaitan tanah-tanah bagi pihaknya adalah Joanna Kho, yang sebenarnya setiausaha kepada ibunya. Kho telah meletakkan nombor telefonya sebagai nombor telefon utama untuk Parabena Sdn. Bhd. Pewaris segala-galanya di sini memang tidak diragui. Elia merupakan anak kedua Raziah, dilahirkan hasil perkahwinan Raziah yang pertama. Justeru itu, nama sebenarnya adalah Elia Abas, sempena nama suami pertama Raziah. Elia Abas merupakan seorang pengarah dalam Ikrar Bumi, seperti juga ibunya. Elia memiliki 998 daripada 1,000 saham di syarikat itu! Hebat, kan?! Kecergasan perniagaan Elia terus ditunjukkannya walaupun Ikrar Bumi hanya ada RM1,000 dalam bentuk modal, tetapi Elia berjaya memujuk bapa saudaranya, Taib Mahmud, jumlah modal tersebut boleh digunakan untuk membeli aset negeri yang bernilai RM5.5 juta dengan janji bayaran balik secara beransur-ansur pada masa akan datang. Kenapakah muda-mudi Sarawak tidak mengikuti jejak langkah si Elia yang cemerlang ini? Kita seharusnya merasa malu kerana dibelengu kemiskinan sedangkan Elia berjaya menjadikan dirinya kaya dan mewah!

Di manakah dia mendapatkan wangnya?
Walau bagaimanapun Elia masih perlu memeterai perjanjian dengan memindahkan tanah-tanah barunya untuk mendapatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit kepada sebuah lagi syarikat perladangan yang tulen yang dapat melaksanakan tugas-tugas seperti mengendalikan aduan-aduan dari orang-orang tempatan dan memulakan kerja-kerja menanam kelapa sawit. Anda pun tidak akan mengharapkan si Elia yang kaya itu akan mengotorkan tangannya untuk kerja-kerja bercucuk tanam di ladang! Biasanya, sebarang protes mengenai 'lesen sementara' yang dijual oleh orang-orang seperti Elia dengan mudahnya dikendalikan oleh pihak kedua. Mereka hanya perlu berbohong. Orang-orang tempatan akan diberitahu bahawa mereka tidak lagi berhak ke atas mereka dan lesen yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja di situ bukannya sementara, tetapi lesen-lesen itu berstatus penuh dan membenarkan kerja-kerja membalak dan membuka ladang kelapa sawit. Orang-orang tempatan yang bodoh terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak berhak menuntut sebarang pampasan walaupun seringgit-dua! Jika keadaan dibiarkan, maka para samseng akan masuk ke kawasan mereka dan polis pula akan menutup mata sehingga isu dapat diselesaikan. Begitulah perniagaan bagi anda, dan begitulah cara keluarga Taib merebut segala peluang yang ada. Anda mungkin mengkagumi betapa bijak dan pintarnya mereka, kan? Tetapi sebenarnya kita semakin merasa risau bagi pihak si Elia yang bergaya itu. Kini, dia seharusnya membasuh tangannya dan seterusnya menjualkan lesen kepada salah seorang dari penguatkuasa bagi mendapatkan keuntungan yang amat lumayan. Secara sulitnya, penulis udangan Sarawak Report dari Tatler telah dibiarkan berfikir kenapakah Raziah dan suaminya Robert telah terlalu lama membenarkan anak perempuan mereka itu mengaut keuntungan dan tiba-tiba menjauhkan dirinya dari mereka? Jika dahulunya proses jual-beli tanah-tanah sentiasa dilakukan dalam masa satu atau dua minggu! Atau mungkin Elia terlalu sibuk dengan persediaan-persediaan tiga perkahwinannya dua atau tiga tahun yang lalu? Atau, adakah keluarganya menghadapi beberapa masalah sejak kebelakangan ini? Atau mungkinkah mereka telah menghadapi kesukaran untuk mencari pembeli tanah-tanah mereka? Janganlah kita lupa, sejak kebelakangan seseorang akan berhadapan dengan pelbagai-bagai kesukaran dan dengan mudahnya dihadapkan ke mahkamah jika didapati 'bermain-main' dengan harta dan hak orang-orang asal.

Kini, segala-galanya sudah berubah dengan pantas. Dari hari ke hari keadaannya bertambak banyak berakhir di mahkamah, terima kasih kepada perjuangan-perjuangan yang dilancarkan oleh peguam pejuang hak asasi manusia seperti ketua PKR yang baru, iaitu saudara Baru Bian. Beliau kini sedang mengendalikan lebih 200 kes dan sudah mula menampakkan kemenangan menentang Kerajaan Taib Mahmud! Dan, sememangnya terdapat satu lagi masalah, iaitu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat ladang kelapa sawit gergasi yang ingin 'berterusan'. Corak ini dilihat sebagai cara baru dan Tatler mengatakannya sebagai panas, panas, panas! Penebangan hutan adalah cara yang tidak lagi boleh diamalkan kerana dunia kini menyokong penghijauan! Dengan itu, membeli lesen-lesn sementara daripada keluarga Taib Mahmud yang sudah terkenal sebagai keluarga penjahat di dunia, tidak akan kelihatan baik pada laporan tahunan dan terpaksa melibatkan banyak penjelasan kepada pemegang-pemegang saham mereka dan juga pihak-pihak NGO! Lebih baik elakkan terlibat dengan keluarga tersebut! Lihatlah, pada minggu ini sahaja, si ibunya, Raziah, yang dituduh merampas tanah-tanah di kawasan Simunjan, Sebangan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan operasinya. Ini merupakan tamparan yang hebat kepada syarikat Quality Concrete Sdn. Bhd., yang telah membeli kawasan yang amat luas itu daripada Raziah. Mereka telah memberikannya kedudukan yang tinggi dalam syarikat mereka dan juga banyak saham kepadanya bagi menambah seri sempena perjanjian jual-beli dimeterai! Adakah kesukaran yang dihadapi oleh si Elia yang muda dan cantik itu mencari para pembeli tanah-tanah yang telah diperolehinya dari bapa saudaranya? Proses jual-beli mungkin dianggap mudah tiga-empat tahun yang lalu, tetapi kini tidak semudah itu!

Jangan pertikaikan kekayaan seseorang 'pereka kekayaan' seperti Elia!
Segala kesukaran yang timbul sejak kebelakangan ini di kalangan keluarganya telah menyebabkan Ketua Menteri terus berusaha untuk meyakinkan rakyat melalui ucapan-ucapannya bahawa kita harus MENGGALAKKAN sesiapa yang boleh mencipta kekayaan seperti apa yang dilakukan Elia adalah baik untuk kita semua. Di manakah kita tanpa perbelanjaannya? Bagai mana pula kerja-kerja menghidang makanan dan minuman sempena majlis-majlis keramaiannya dan berkemas selepas majlis-majlis, (dan menulis mengenainya)? Kita MEMERLUKAN kekayaannya! Taib juga runsing memikirkan sama ada keluarga sudah cukup mewah, dan bagi dirinya dan juga isterinya, mungkin pasangan itu menunggu kelahiran cahaya mata dari isterinya yang berdekad-dekad jauh lebih muda darinya. Berdasarkan sebab-sebab inilah Taib kini mula mengancam para hakim yang sedang mengendalikan kes-kes yang menentangnya dan juga mengancam untuk mengganggu-gugat profesyen mereka. Walau bagaimanapun, para hakim itu terpaksa mendengar penilaian-penilaian pihak mahkamah yang lebih tinggi dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain sekadar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Ini juga bermakna Elia terpaksa menghadkan dirinya menjadi isteri kali kedua. Tidak seperti ibunya, mungkin dia tidak mampu berkahwin kali ketiga.
PS: Kekayaan yang melampau hasil dari rampasan tanah-tanah NCR land merupakan perkara biasa berlaku dimana penguasanya tidak mengambil berat tentang masalah rakyat. Bagi penguasai yang zalim dan menyalahguna kuasa mereka langsung tidak memperdulikan nasib rakyat yang masih hidup dalam keadaan kemiskinan. Selagi ada peluang untuk mengambil tanah rakyat selagi itulah mereka akan sedaya upaya untuk melakukannya. Biarlah rakyat hidup dalam kemiskinan yang penting keluarga serta kroni2 mereka hidup dalam kesenangan, buktinya ada dihadapan kita. Sanggupkah kita melihat tanah-tanah kita dirampas begitu saja tanpa membuat sesuatu? Kuasa ditangan kita. Bah mari kita sama2 mengubah keadaan ini dari terus berlaku dengan mengundi PAS dan PAKATAN Rakyat pada waktu pilihanraya nanti.Insya-Allah pasti ada perubahan.

PAS Miri Chinese New Year Visit Showcase the spirit of "PAS for ALL "

Posted: 04 Feb 2011 07:56 AM PST

Bersempena Tahun Baru Cina, PAS Kawasan Miri melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Miri dan Dewan Muslimat PAS telah menganjurkan ziarah muhibbah ke keluarga masyarakat Tionghua di sekitar DUN Senadin dan Krokop. Program ini bertepatan dengan slogan "PAS For ALL" yang telah diadaptasikan dalam perjuangan PAS selama ini.
Program bermula dari malam tahun baru Cina dengan sebaran sms "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat Miri khasnya yang menyambut perayaan tersebut.

Program ziarah Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee, Setiausaha DHPP Miri,Mr Yeo dan pimpinan Muslimat dan Pemuda Kawasan. Rombongan yang mulakan ziarah sejak tengahari sehingga waktu Asar disambut meriah dan penuh ceria oleh masyarakat Tionghua sekitar DUN Senadin dan Krokop. Lebih manis
lagi;program kali ini turut mendapat tetamu istimewa iaitu Dr Halimah Ali,Exco Kerajaan PR Selangor dari PAS ,yang merupakan anak jati Sarawak ,juga berbangsa Tionghua yang turut hadir di Miri bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan keluarga asal beliau di sini. Bagi Dr Halimah,program Ziarah sebegini menzahirkan konsep PAS for ALL yang lebih relevan dan mendahului konsep BN 1Malaysia. Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan pelbagaian,tambahnya lagi.Turut mendapat perhatian dalam Ziarah kali ini adalah keluarga miskin dan Ibu tunggal sekitar Kg Sealine yang turut menerima sedikit buah tangan dari rombongan Muslimat PAS kawasan Miri. Sebanyak 7 keluarga menerima bantuan
barangan keperluan.

Pada sebelah malamnya, PAS Kawasan Miri telah menganjurkan Sesi Taklimat "PAS Ganti UMNO/PBB" di Pejabat PAS Kawasan Miri. Dr Halimah ali dalam pengisian 1.5 jam menegaskan sekiranya di DUN Selat kelang ,yang selama 50 tahun BN tidak pernah tumbang,tapi akhirnya dirampas oleh PAS melalui kemenangannya pada PRU yang lalu,maka tidak mustahil situasi sama akan berlaku pada PR DUN Sarawak akan datang khasnya kerusi DUN Miri. Malah sejarah turut membuktikan kerusi DUN khasnya di Miri pernah tewas ketangan pembangkang. Beliau mengingatkan jentera khasnya DHPP dan Dewan Muslimat agar meneruskan program turun padang mendahului BN bagi memastikan maklumat dan dasar PR disebarluaskan pada rakyat disamping menunjukkan fakta kegagalan BN Negeri khasnya dalam mengurus tadbir ekonomi Sarawak yang mengakibatkan negeri yang
kaya ini,tapi rakyatnya antara yang termiskin di Malaysia. Secara simboliknya,beliau menegaskan bahawa Dacing(BN) kini sudah tidak lagi digunakan,malah disimpan dalam Muzium,tetapi peniaga lebih gemar menggunakan timbang elektronik yang berbentuk empat segi,dengan bulatan (PAS) ditengah.Jelaslah masa untuk rakyat memilih PAS sebagai
pilihan terbaik untuk kini dan masa hadapan. Secara sinis beliau menyatakan BN ..0,PAS/PR...1,disebabkan beliau lebih awal sampai di Miri sebelum PM Najib.


------------------------------------------------------------------------------------

In conjuction with Chinese New Year celebration,inline with "PAS for ALL" concept ,PAS Women Wings and PAS Non-Muslim Supporter jointly organised Chinese New Year Visit to several houses at DUN Senadin and krokop Area. Program begin with a night before the Chinese New Year,by circulation of SMS" "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" to all PR Supporters mainly for Chinese community.

The function also have a special guest ,YB Dr Halimah Ali, Selangor Exco,who is originated from Miri,and also a Tionghua who having a family visit here in Miri.Dr in his speech,mention PAS for ALL is the real concept tho show that ISLAM is respect all the religion and culture in this world. The concept is ahead and outshine the 1 Malaysia rhetoric which is fail to gain Chinese and Indian thrust in this Country as UMNO/PBB keep manipulate the race issues with recent Interlock case and TBH death.

Apart from CNY Visit,PAS also distributed some household items to
those needy mainly single mothers and old folks. about 7 family received the aids.
On Friday night, YB Dr Halimah Ali share with PAS Kawasan Miri Election Machinery on paper title " PAS Replaced UMNO/PBB" to showcase PAS plan and strategy to ensure that PAS will be the selection of the voters in next election to replace the corrupted government of UMNO/PBB. She highlighted ,as in her constituency DUN Selat Kelang, that she win with a thumping majority ,although the seat is so called BN Safe Deposit Seat,people has make the miracle. She mentioned that as the people already fedup with the abuse of power by BN and corrupt leader,the change shall happen.

She believe ,for Sarawakians,after 3 decade of Taib regim,BN shall be topple and People Power shall emerge as victorious. Tunisia,Egypt and Yemen spirit of people power definitely motivated Sarawakian people to deserve their rights. Time for Change has come,she reiterated.

Penduduk Kampung Tukau Tagih Janji Pemimpin BN

Posted: 01 Feb 2011 11:17 PM PST

Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau belum selesai

Gambar menujukan sebuah papan tanda Projek NaikTaraf Jalan Kampung Tukar yang sudah bertahun-tahun dipacak kat situ sehingga ditumbuhi lalang2 tapi jalan masih lagi teruk tanpa diberi perhatian sewajarnya oleh mereka yang berwajib.


Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau,Jln Bakam masih menanti dengan penuh harapan dan kesabaran dengan janji-janji pemimpin BN yang kononnya akan menyelesaikan masalah mereka seperti kemudahan infrastruktur menerusi NKRA,iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara dimana kerajaan janjikan perkhidmatan terbaik dan tetap menjadi keutamaan bagi penduduk pendalaman. Mereka penduduk Kampung masih terkilan dengan janji janji YB untuk menaik taraf jalan tanah kepada jalan batu sepanjang beberapa km yang di anggarkan dengan kos RM350,000.00. Kebanyakan penduduk kampong tersebut bekerja sebagai pekebun dan rata-rata mereka bekerja sendiri. berikut:-

1. Bekalan Api Elektrik yang dipohon sekian lama masih belum ditunaikan.
2. Bekalan Air Bersih yang sepatutnya disalur kedalam kampong masih belum lagi ditunai.
3. Jalanraya berturap dan batu belum lagi disempurnakan sepanjang jalan masuk kampong.
4. Kemudahan asas yang memudahkan penduduk kampong berhubung dengan orang luar.
5. Infrastructure yang masih jauh ketinggalan sepanjang pemerintah BN

Jalan Masuk kampong yang masih ketinggalan dari arus pembangunan. Jalanraya pun tidak berbatu jauh sekali hendak diturap, apabila waktu hujan sudah pasti menyukarkan penduduk kampong menjalankan urusan harian mereka sebab jalan becak dan berlumpur.










Sebuah rumah yang terdapat dikampong Tukau yang sangat daif dimana segala kemudahan asas masih belum disalur ke kawasan tersebut. Mereka terpaksa menggunakan generator untuk menerangkan rumah mereka diwaktu malam. Sudahlah harga petrol naik kena lagi menggunakan generator yang sudah tentu lebih mahal lagi kos penggunaannya. Di mana keperihatinan kerajaan BN 1 Malaysia terhadap penduduk kampong yang serba kekurangan begini.






Jalan masuk ke kampong Usaha Jaya yang masih lagi teruk belum berturap sampai sekarang penduduk kampong terpaksalah berhati-hati apabila waktu malam dan hujan lebat dimana kenderaan kecil sukar sekali untuk masuk kedalam kawasan perumahan mereka.
Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau yang rata-rata bekerja sebagai pekebun dan bekerja sendiri terpaksa menempuh jalan yang berlumpur dan becak ini setiap hari apabila mereka hendak ke kebun. Sampai bila lagi pihak berkuasa dan yang berwajib menjalankan tugas mereka untuk membantu meringankan bebanan penduduk kampong tersebut.


Salah seorang penduduk kampung berjalan menuju ke program pemimpin BN bersama penduduk. Penduduk kampong dengan penuh harapan berharap agar kali ini pemimpin BN akan menunaikan janji mereka yang telah janjikan dulu.









Pemimpin BN sedang berucap menjanjikan sesuatu kepada penduduk kampong Tukau usaha Jaya berapa bulan yang lalu. Kita boleh dengar sendiri rakaman video janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampong tersebut.








Mana janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampong yang berharap sangat diberi kemudahan asas. Jangan bila dekat pilihanraya baru nak tunjuk muka dengan penduduk kampong ini bukan sikap yang jujur dan amanah. Jangan pandai berjanji tapi sukar untuk menunaikannya. Jangan salahkan penduduk kampong apabila mereka hendak perubahan dan menyingkir pemimpin yang tidak jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
Penduduk kampong Usaha Jaya Tukau menagih janji pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka yang selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata kini adalah menaikkan taraf jalanraya kampong tersebut. Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalanraya yang berturap tersebut hendak diturapkan sampai ujung kampong. Cuma yang ada dijalan utama masuk kampong tersebut saja yang diturap dengan tar tapi itu pun separuh jalan saja. Penduduk kampong teramat kecewa dengan sikap pihak yang berwajib kerana mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan.



Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya Tukau menetap di situ sampai sekarang masih ada lagi yang belum mendapat 'grant tanah' atau 'Land title' sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan. Penduduk tempatan yang sudah lama menetap disitu sukar sekali untuk mendapat tanah sebagai tapak perumahan.





Kita mewakili penduduk kampong Usaha Jaya, Tukau memohon agar pihak berwajib segera melaksanakan tugas-tugas yang telah diberi amanah kepada mereka agar penduduk kampong Usaha Jaya, Tukau tidak ketinggalan dalam arus pembangunan di Negara ini. Kita juga meminta agar pihak yang berkenaan bertindak segera tanpa menunggu pilihanraya yang akan datang baru hendak bertindak. Kita mahu melihat penduduk kampong tersebut hidup dalam keadaan yang selesa dengan peruntukan asas yang telah dijanjikan seperti jalanraya yang bertar bukan hanya separuh-separuh jalan saja ditar. Kita tidak mahu apabila masuk kedalam kampong tersebut seolah-olah kita berada dalam zaman 40an dan 50an yang lampau. Laksanakan janji-janji yang telah ditaburkan selama ini.

PAS serta Pakatan Rakyat bersedia untuk membantu penduduk kampung yang tertindas selama ini dengan sedaya upaya walaupun dengan keupayaan yang terhad, kita berharap agar rakyat Sarawak sedar dan dapat menilai sendiri apa yang telah BN lakukan terhadap penduduk kampong dan rakyat Sarawak selama ini. Pemimpin BN hanya pandai berjanji tapi sukar sekali untuk melaksanakannya sedangkan mereka telah diberi peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk Infrastructure dan kemudahan asas kepada penduduk pendalaman serta tempatan. Dimanakah perginya peruntukan tersebut??? Satu persoalan yang sentiasa menjadi tanda tanya rakyat Sarawak selama ini.

Dengarlah sendiri sedutan rakaman video janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampung semasa membuat lawatan di Kampong Usaha Jaya beberapa bulan yang lalu (2010).



Adakah pemimpin BN yang sama akan datang sekali lagi ke kampong Usaha Jaya, Tukau untuk membuat janji baru semasa kempen pilihanraya DUN Sarawak nanti? Sudahlah janji-janji terdahulu belum ditunaikan ini pulak nak buat janji baru. Sampai bila pemimpin BN nak menunaikan janji-janji mereka dengan penduduk kampong setiap kali mereka buat lawatan? Tidak malukah kamu sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat tapi tidak dapat melaksanakan tugas anda dengan jujur dan amanah? Jadi fikir2lah wahai rakyat Sarawak usahlah lagi mendengar janji2 kosong pemimpin BN, apa yang perlu kita buat sekarang adalah perubahan yang nyata bukan hanya janji kosong.

Kalau pembangkang belum mampu menunaikan janji sebab mereka belum memerintah dan ada peruntukan tetapi kerajaan BN sudah lama memerintah dan mempunyai peruntukan yang berbilion-bilion untuk rakyat kemana perginya peruntukan tersebut???




Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 04 Feb 2011 07:02 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Firaun Dulu Dan Sekarang

Posted: 04 Feb 2011 05:39 PM PST


Siapa tak tahu kisah Firaun. Bagi umat Islam, Firaun adalah manusia yang menjadi lambang kejahatan dan kekufuran. Pemerintah Mesir kuno yang berkuasa dan kaya-raya. Dengan tentera yang ramai dan tamadun yang hebat tetapi zalim dan mengaku sebagai tuhan. Disebut didalam al-Quran lebih 60 kali.

Di Makamkan dalam binaan hebat pyramid. Diawet dan dikekalkan. Dibawa ke muzeum untuk dilawati, dikagumi sepanjang zaman. Pernah dibawa ke Paris untuk dikaji dan diberi sambutan hebat mengalahkan raja-raja di dunia. Firaun nama yang cukup gah meskipun sudah mati beribu tahun yang lalu tetapi dipuja manusia hingga kini. Sedangkan ianya agar diambil peringatan sebagaimana Allah telah mengekalkan badan dan jasadnya seperti disebut dalam surah Yunus-92:

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maka pada hari Ini kami selamatkan jasadmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

Langit tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun. Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.

Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Musa berkata: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, Ya Tuhan kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Feb 2011 03:26 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PESANAN RINGKAS NAK LEKAS TAPI BINGKAS DAN TANGKAS

Posted: 04 Feb 2011 03:14 PM PST

Kita rakyat Malaysia terutama yang telah berdaftar sebagai pengundi dan boleh mengundi (kecuali pengundi POS ) dah bagi yang beriman dengan Allah, kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat kedudukan terbaik di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia di dunia saja malah kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan...Adakah kita sebagai pemimpin membiarkan ahli keluarga kita membuat maksiat dengan bergaul dengan bukan muhram dan diketahui rakyat jelata melalui internet.
Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
Sedangkan yang bukan Islam di Malaysia dah buka mata dan sedar mana yang baik untuk dipilih sebagai pemimpin berbanding dengan pemimpin yang makan rasuah dan tiada maruah tetapi harta dan wang melimpah ruah.

SEBUAH TEMPAT SESUAI UNTUK MUBARAK TELAH DIJUMPAI !

Posted: 04 Feb 2011 01:20 PM PST


pENEMUAN INI MUNGKIN SESUAI UNTUK DIDIAMI MANUSIA YANG BONGKAK DANSOMBONG SERTA KAYA DAN SUKA BERKUASA. SPESIS ATAU SEKAPAL DENGAN MUBARAK MEMANG SESUAI DITEMPATKAN DI SINI.
NASA akhirnya mengumumkan penemuan planet Kepler-10b, yang disebut exoplanet karena memiliki orbit bintang ketimbang matahari, Rabu (2/2/2011). Penemuan planet alien atau ekstra surya terbaru hasil misi pesawat antariksa Kepler, dilakukan di Auditorium Markas NASA di Washington dan disiarkan di Television NASA.

Pengumuman dilakukan dalam sebuah briefing pada pukul 13.00 waktu setempat atau sekitar 3 Februari pukul 01.00 WIB. Briefing tersebut hanya membahas temuan planet ekstra surya terbaru.Pengumuman resmi di situs NASA mengungkapkan, "Data yang di-release akan memperbarui jumlah kandidat planet. Data berdasarkan observasi yang dilakukan antara tanggal 2 Mei – 17 Sepetember 2009." Pertemuan akan mengikuti jadwal yang telah dirilis hari ini.

Hadir dalam pertemuan itu, pihak yang terkait misi Kepler. Diantaranya Douglas Hudgins dari Kepler Program Sceintist NASA, William Borucki dan Jack Lissauer yang menjadi investigator misi Kepler di Ames Research Center NASA serta Debra Fischer, professor astronomi dari Yale University.Seperti yang dikutip Tribunnews sebelumnya dari CNN, Selasa (11/1/2011), sebuah pesawat ulang-alik NASA berhasil mendeteksi sebuah planet berbatu-batu dan merupakan planet terkecil yang pernah ditemukan di luar sistem tata surya.

Planet yang disebut exoplanet, karena memiliki orbit bintang ketimbang matahari, disebut Kepler-10b. Memiliki ukuran 1,4 ukuran diameter bumi dan berhasil dikonformasi setelah data dikumpulkan selama delapan bulan. Planet bebatuan yang mirip bumi pertama kali ditemukan oleh Kepler."Seluruh kemampuan Kepler berhasil dikonvergensi menjadi sebuah bukti yang solida dari planet berbatu yang menggunakan orbit bintang ketimbang mengorbit di sistem tata surya," demikian dikatakan Natalie Batalha, kepala sains dari dari misi NASA."Tim Kepler membuat komitmen di tahun 2010 mengenai penemuan tanda-tanda planet kecil dan kini sudah mulai terlihat," katanya.

Ukuran Kepler 10b dan juga komposisi berbatu lebih mirip bintang ketimbang planet bergas yang memiliki air dan sangat jauh dari bentuk bintang. Demikian keterangan disampaikan NASA. Meski demikian, NASA mengatakan jika model planet ini sangat kecil untuk disebut bintang karena ukurannya 20 kali lebih kecil ketimbang Mercury. Bintang Kepler -10b memiliki jarak 560 tahun perjalanan cahaya ke bumi. (*)

SYAHIDNYA HUSSIEN 19

Posted: 04 Feb 2011 12:47 PM PST

MALAM UMNO SOLAT HAJAT, SIANG RAKYAT BN HAMBAT !

Posted: 04 Feb 2011 01:38 AM PST







Komen : Alhamdulillah kira-kira 5,000 rakyat Malaysia prihatin kesengsaraan rakyat Malaysia ditimpa kenaikan petrol dan harga barang serta prihatin dengan rakyat Mesir yang ditindas turun ke KL bagi melahirkan bantahan kepada Amerika dan juga pada kerajaan Malaysia agar prihatin dengan keadaan sebenar.Dengan ini lebih 11,000 pemuda Islam di Mesir dapat segera dibawa pulang ke Malaysia tanpa rasa prajudis kepada pelajar kita di sana.
Dilaporkan Najib tidak selesa dan risau jika 11,000 pelajar kita pulang ke Malaysia. Beliau dikatakan bercadang mengadakan PRU13 lebih awal akan terrencat dengan kehadiran tenaga muda dari Mesir yg rata-rata dituduh condong kepada Pakatan Rakyat.
Bayangkan separuh dari 11,000 boleh mengundi, siapa yang akan dapat? Dengan sebab itu kita dapat lihat betapa lembab laporan dari kedutaan di Mesir bagi membuat keputusan menyelamat dari Malaysia. Itupun, kalauboleh Najib mahu sebahagian pelajar di hantar ke negara ke 3.wALLAHHUALLAM BISAWAB.


5000 berhimpun bantah Amerika
Harakahdaily melapurkan lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.
Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.
Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.
Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.
Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

SWEDEN TUTUP KEDUTAAN DI MALAYSIA ! KENAPA ?

Posted: 04 Feb 2011 01:22 AM PST




Sweden akan menutup lima kedutaan nya diseluruh dunia penutupan ini dijangkakan bakal dilaksanakan pada tahun 2011, kedutaan Sweden itu ternasuk diBuenos Aires, Brussels, Hanoi, Kuala Lumpur dan Luanda.

Difahamkan antara sebab sebab yg membuatkan kedutaan tersebut akan ditutup adalah kerana kos pembiyaan meningkat sekitar SEK300 juta, kata Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Sweden Carl Bildt. Keputusan yg bakal dilakukan itu diambilkira dalam perbincangan di Riksdag. Dari pandangan lain masih ada sebab tertentu yg membuat kerajaan Sweden bertindak untuk menutup kedutaan nya.

Kami tetap menjalankan tugas seperti biasa sehingga kesatu tarikh yg diberitahu kelak dan pihak kami akan membuat kenyataan nanti, kata jurucakap kedutaan.

Walau bagaimana pun Sweden masih meneruskan operasi nya di beberapa kedutaan lain di Asean, kedutaan nya juga terdapat di Singapura, Bangkok, Jakarta, dan Phnom Penh. Tidak dipastikan secara total, mengapa pula kedutaan nya di Kuala Lumpur terpilih untuk ditamatkan operasi nya selain dari masaalah kos pembiyaan.

Penutupan kedutaan nya di Kuala Lumpur turut memberi impak imej kepada Malaysia kerana kedua Negara ini mempunyai hubungan dagang yg besar antara Sweden dan Asia Tenggara, menurut laman web Embassy Sweden.

DARI KAHERAH DIUMUMKAN MODUS OPERANDI EVAKUASI

Posted: 04 Feb 2011 12:27 AM PST

MODUS OPERANDI EVAKUASI

PENGUMUMAN DARI MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT KAHERAH

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011
...Modus Operandi

1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)

2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)

3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.

5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.

6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.

7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.

8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan

Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).

Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:

a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar

1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil

Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs
*TBC

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
2 Februari 2011

Disediakan oleh - SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA..

http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf
jpmk.info
DICATAT OLEH C L J

NAUZUBILAH ! KISAH BENAR BILA KETUA UMNO BUAT ONAR !

Posted: 03 Feb 2011 05:41 PM PST

Komen : Ketua UMNO Caw merangkap Pengerusi Rukun Tetatngga lagi membuat onar pada UMNO dan yang lebih buruk dan menjijikkan beliau membuat zina yang boleh membawa hukum rejam jika sabit kesalahan dalam hukum Islam.
Yang membimbangkan rakyat Malaysia ialah kesombongan Ketua UMNO ini menganggap UMNO terlalu berkuasa sanggup beliau menakutkan orang lain walau beliau memang dah bersalah. Pada beliau UMNO ada kuasa boleh menguasai Polis dan anggota keamananan bagi kecualikan beliau dari apa=apa hukuman atau apaapa kesalahan.
Inilah yang wajar Presiden UMNO tarbiyahkan ahliahlinya agar berdiri dibumi yang nyata bukan berdiri/berlindung di pohon yang rendang saja.

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com

Note: Kalau cerita ni meletup mesti sedikit masa lagi mamat ni tarik balik kenyataan dia ni. Mesti no telefon dia tiada dalam perkhidmatan.. mesti dia akan buat kenyataan baru yang dia dan isteri dah jadi orang PKR.. Dan mesti ada seribu satu macam mesti .

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.
Share |

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 04 Feb 2011 03:17 PM PST

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning


Rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan sebagai mati syahid – al-Qaradhawi

Posted: 04 Feb 2011 02:58 AM PST

Polis halang demo anti Mubarak, adalah Umno akan adakan demo sokong Mubarak ?

Posted: 04 Feb 2011 02:46 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Feb 2011 03:14 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Terima kasih polis Mesir ops silap"Polis Raja Di Malaysia"

Posted: 04 Feb 2011 09:32 AM PST







Aku dan la pi semayang Jumaat kat Masjid tabung Ha
ji Jalan Tun Razak tengahari kemarin. Sampai sana kul 12.30, uisy.. awai sangat ka aku... jalan lengang gila. Polis bukan setakat
bercupak bergantang lagi, malah berblack- black
maria.Geng 2 SB (baca Siput Babi ) saja dok tengah berbaris 36 org. Ketua dia Sigh berserban jingga.. Fuih semangat Buku jingga PR
jugak nie.. steady la Singh... ada 2 ekoq budak kan
yaq dlm baris depa tu. baru passing out kot.Yg lawaknya sorang SB tu pakai t-shirt Caltex. sure org tak perasan punya yg dia tu SB. ingat kot bangla stesen Caltex sebelah bgn PNB tu.. heeee. Hat polis GD nie berkepoi kepoi. PGA tak mai pulak. Hat pelik lagi sibelatuk kepala merah (FRU) tak nampak kelibat.. Cuma 2 biji water canon dok berselindung dekat USA embassy .


Kalau ginilah ghamainya polis, org awam hat nak semayang jumaat kat sini takat ujung kuku depa ja.. cuakk jugak aku..Jumaat masuk lambat hari nie 1:29 tghari. Lepas azan baru ghamai org mai. Yg tak sangka nya... pak2 arab pon ghamai. abih semayang kami lepak2 kat depan masjid TH tu. Dok tunggu group dari Masid KLCC mai. Sambil2 tu ada la 2,3 ustaz dok bakaq semangat
Cerita lain pasai demo berikutnya tu hangpa baca artikel
org lain la. kalau aku nak taip pon nanti hangpa kata aku copy paste jugak....

lepas Doa dibaca oleh ustaz Taliban, kami pon diarah bersurai secara aman damai menuju ke masjid TH.


tot-tot sampai ja sebelum jejambat dekat Singapore Embassy, org ghamai dok kena halang dgn si burung belatuk kepala merah (FRU) la tu. aku pon tak ketahwan punca tiba2 ja keadaan jadi cempegha. Polis tiba2 bersungguh dok balun org awam. sorang kakak tu (dlm lingkungan 50-an) kena spray ngan gas pedih mata.
Unit amal cuba tenteram keadaan. alih- alih sorang anggota unit amal berambut paras bahu dari JOHOR (ghasanya) teruk dibelasah. dia cuba gelepaq. kena penerajang pulak , terus jatuh. masa jatuh tu la aku takleh nak cerita mcm mana beradabnya polis Raja Di Malaysia melayan brader unit amal nie. Tak kurang dari 10 ekoq polis , GD, FRU & SB bakat pijak sepak terajang dan balun dia bertubi- tubi. kami cuba bantu. sama ja kena henjak dgn barua2 kembaq siam Husni Mubarak yg ada di Malaysia nie.
.

Puas dok gentap bibiaq saja . nak pi buat mcm demontrator Mesir aku ghasa masa di sini belum sampai kot. Sakit hati gila. bro. kami dah dihambat sampai masjid TH dan bersiap nak balik dah pon diligan, dipukui, ditangkap dan disembuq ayaq pedih & gatai lagi.
Terpikiaq pulak aku, kalaulah Demo nie dianjur oleh UMNONgok ka Perkasam ka GELIman, ka atau pon puak2 yg belarak kepala lembu di selangoq ka atau puak yg dok hingut pagaq DUN P. Pinang ka, atau puak2 yg tak puas hati kerajaan kedah naik harga ayaq dulu ka.... Sure LaGI aman DAMAI Suasana perhimpunan ini. PAS dan PR kena belajaq banyak dari depa kot nooo....
Rakyat Mesir turut sertai himpunan
Harakahdaily

MARI BERJIMAT BERSAMA MENTERI WILAYAH

Posted: 04 Feb 2011 08:45 AM PST

Apa khabar anak - anak kita di Mesir?

Posted: 04 Feb 2011 06:59 AM PST

Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Jumaat. Foto BERNAMA

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 06:56 AM PST

1 Rabiul Awal 1432H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya

Harakahdaily/-

Thousands demonstrate against Mubarak, 8 arrested

Posted: 04 Feb 2011 06:20 AM PST

Eight people are said to have been arrested after thousands of people gathered today in Kuala Lumpur to protest the violent crackdown in Cairo, Egypt, against pro-democracy demonstrators which have seen half-a-dozen killed.



Representatives of the group Lawyers called for lawyers to come to the Dang Wangi district police station to assist affecting their release.

Reports are unclear, but Malaysiakini understands that after Friday prayers at the Masjid Syakireen mosque in the Kuala Lumpur City Centre park and the Tabung Haji mosque on Jalan Tun Razak, members of the respective congregations streamed out and unfurled banners and took out posters condemning Egyptian president Hosni Mubarak.

Calling for "Yasqut Mubarak!" (Mubarak step down!) and "Yahya al-sha'ab!" (Long live the people!), the two groups marched and converged to Jalan Tun Razak.

They headed towards the US Embassy about 300 metres from the Tabung Haji mosque on Jalan Tun Razak where they will seek to submit a memorandum on the matter to embassy officials.

According to a report, Dang Wangi police chief ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman said the eight were arrested after they failed to disperse despite receiving orders to do so.

Lensa DPPWM: Demo Anti Husni Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 03:25 AM PST







Di hdapan kedutaan US



Untuk melihat lebih banyak gambar,klik sini

Peserta himpunan disembur, ditangkap!!

Posted: 04 Feb 2011 01:42 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.






Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.





















PAS KOTA TINGGI

Posted: 04 Feb 2011 01:08 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Selamat Tahun Baru Cina- Presiden PAS

Posted: 03 Feb 2011 03:50 PM PST


Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu 'makan besar' yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.



Selamat Tahun Baru Cina.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Feb 2011 11:37 AM PST

Batu Gajah Mari


Tak kan ni pun Polis nak kacau

Posted: 04 Feb 2011 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.






Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.




















Tinggalkan Nationalisma dan Masuk Islam

Posted: 03 Feb 2011 07:19 PM PST

Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz( harakahdaily.net/3.2.11 )
Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Dupahang's Weblog

Posted: 04 Feb 2011 11:06 AM PST

Dupahang's Weblog


5 May 2011. Tarikh PRU telah diumumkan.

Posted: 04 Feb 2011 12:25 AM PST

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/. Tiada siapa boleh memaksa Robert Mugabe untuk mengumumkan tarikh pilihanraya diadakan pada 2011 bagi menyelesaikan permasalahan politik di Zimbabwe. Keputusan berada ditangannya. Bahkan pilihanraya diadakan dipadang yang tak sama rata, penuh tipu-helah bagi mengekalkan kuasa beliau. Kata wakil parti Movement for Democratic Change, MDC pimpinan Morgan Tsvangirai, pembangkang terbesar di Zimbabwe yang dipimpin oleh [...]

Jasindaily Online

Posted: 04 Feb 2011 09:42 AM PST

Jasindaily Online


DOKTOR DAN BEKAS PENGETUA DISENARAI BAKAL CALON PAS MERLIMAU

Posted: 04 Feb 2011 07:36 AM PST

Banjir Di Melaka : UMNO /BN Perlu Bertanggungjawab

Posted: 04 Feb 2011 07:34 AM PST

Warga Emas Doakan Adun Merlimau Mati ??

Posted: 04 Feb 2011 07:31 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Feb 2011 09:33 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KERAJAAN THAILAND BANTU WARGANYA DI MESIR

Posted: 03 Feb 2011 11:04 PM PST

Praveena Sorsavee kiri, seorang warga Thai yang dibantu oleh Kerajaannya untuk pulang ke Bangkok dari Kaherah.


TERIMA KASIH MAS, TUDM, TLDM, AIRASIA KERANA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)

Posted: 03 Feb 2011 09:22 PM PST

Kumpulan pertama 356 pelajar tiba di Jeddah

Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.

"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Jeddah hari ini.

Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.

Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.

Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.

"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.

"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya
yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.

Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.

"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.

Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia
dua tahun.

Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.

Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Bernama/Malaysiakini

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 04 Feb 2011 09:30 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Cerdik pandai Islam memperjuang perpaduan jangan bimbang dikecam

Posted: 03 Feb 2011 03:46 PM PST

4 Februari 2011

JELEBU 3 Feb. – Para cerdik pandai Islam tidak perlu bimbang dikecam oleh mereka yang kononnya ulama daripada parti politik dalam usaha mengatasi masalah perpecahan di kalangan orang Melayu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, walaupun tanpa gelaran tertentu seperti mursyidul am, mereka perlu tampil ke depan memperjuangkan perpaduan dan menjauhi permusuhan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, banyak cerdik pandai agama di negara ini yang layak untuk bersuara dan ia bukan hak ulama politik sahaja.

"Para pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam hal ehwal Islam pun layak memberikan pandangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menghadiri sambutan perayaan Tahun Baru Cina di rumah ahli Exco kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Datuk Siow Chen Pin di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa perpecahan bangsa Melayu hari ini adalah disebabkan kerana perbezaan politik antara mereka.

Rais berkata, perpecahan di kalangan umat Islam negara ini diburukkan lagi dengan takrifan sesuka hati oleh pemimpin pembangkang yang dianggap ulama seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sering memberikan kenyataan yang bertentangan dengan seruan perpaduan yang dikehendaki oleh Islam.

Menurutnya, tidak ramai yang mahu menyanggah Menteri Besar Kelantan itu malah ramai pula yang sanggup menyokong kenyataannya walaupun ia berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.

Sehubungan itu, katanya, UMNO juga tidak boleh berdiam diri kerana ia turut dianggotai oleh alim ulama dalam pelbagai bidang yang boleh memberi pandangan dan pendapat yang selari dengan Islam.

Tambahnya, apa yang berlaku kepada orang Melayu hari ini rata-ratanya berpunca daripada salah tafsir agama dan salah tafsir perjuangan.

Jangan tunggu keadaan huru-hara

Posted: 03 Feb 2011 03:44 PM PST

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

SEMPORNA 3 Feb. – "Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi keruh dan huru-hara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."

Begitulah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila diminta mengulas mengenai desakan supaya Majlis Fatwa mengkaji kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kelantan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan terlalu taksub terhadap pemimpin tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengikut beberapa mazhab di luar negara.

Menurut beliau, pengikut fahaman-fahaman itu mempunyai akidah yang sama iaitu beriman kepada Allah tetapi pada masa sama bergaduh sesama sendiri kerana ajaran dan tafsiran agama berbeza yang ditonjolkan oleh pemimpin masing-masing.

"Kenyataan demi kenyataan yang boleh memesongkan rakyat tidak boleh lagi dibiarkan kerana dikhuatiri akhirnya ia akan dianggap sebagai betul oleh sesetengah kumpulan.

"Kita perlu teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu nanti akan berlaku sesuatu perkara tidak sihat di negara ini. Pihak berkuasa agama yang mempunyai autoriti perlu bertindak dan jangan lagi biarkan sesiapa sahaja membuat fatwa mengelirukan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Seraya di sini hari ini.

Tegas Mohd. Shafie, perkara membabitkan ketaksuban terhadap agama dan bangsa amat berbahaya kerana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya termasuk sanggup menggadai nyawa mereka.

"Cukuplah segala-galanya dipolitikkan hinggakan dalam perkara agama pun politik tetap didahulukan demi memenuhi agenda peribadi," katanya.

Semalam, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Terbaru, katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, baru-baru ini.

Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Pemuda Guchil

Posted: 04 Feb 2011 09:28 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 04 Feb 2011 09:16 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Peserta Himpunan Anti Mubarak disembur & ditangkap

Posted: 04 Feb 2011 04:13 AM PST



KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Baca lagi DI SINI

i n t a n h i j a u

Posted: 04 Feb 2011 07:30 AM PST

i n t a n h i j a u


SUASANA DEMONSTRASI BANTAH MESIR DI KL

Posted: 03 Feb 2011 11:13 PM PST









TEKS KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI / تيک‌س خطبة جمعة ميڠݢو اين

Posted: 03 Feb 2011 05:44 PM PST

 

MAULIDURRASUL S.A.W SEMARAKKAN PERJUANGAN ISLAM

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu:
محمد رسول الله والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم ترئهم ركعا سجدا يبتغون فضلا من الله ورضـونا سيماهم فى وجوههم من أثر السجود ذلك مثلهم فى التورئة ومثلهم فى الإنجيل كزرع أخرج شطئه فئازره فاستغلظ فاستوى  على سوقه يعجب الزراع ليغيظ بهم الكفار وعد الله الذين ءامنوا وعملوا الصــلحــت منهم مغفرة  وأجرا عظيما
Maksudnya :  Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah tegas terhadap orang-orang kafir serta berlemah lembut sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya. Tanda-tanda mereka nampak jelas pada muka mereka daripada kesan sujud. Demikianlah sifat mereka dalam Taurat dan sifat mereka dalam Injil iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu membesar dan tegak lurus di atas pokoknya di mana tanaman itu menyenangkan hati penanamnya kerana Allah hendak menyakitkan hati orang-orang kafir dengan kekuatan orang-orang mukmin. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar
            Rabiul Awwal pernah mencatat sejarah gemilang dengan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhbir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Hadirnya bersama wahyu al-Quran bagaikan mentari yang bercahaya terang menerangi alam semesta yang dulunya diselubungi kegelapan jahiliah yang penuh dengan kesesatan dan penindasan. Sudah menjadi sunnatullah di mana setiap yang batil akan dikalahkan oleh yang hak, setiap kesesatan nafsu akan dikuburkan oleh kebenaran wahyu, setiap kegelapan jahiliah akan dihilangkan dengan cahaya Islam dan setiap ancaman kekufuran akan dipadamkan oleh siraman keimanan. Oleh itu, Allah melalui para rasulNya termasuk nabi kita Muhammad s.a.w telah memberi petunjuk yang jelas kepada umatnya dalam membeza antara yang hak dan batil seterusnya menyuruh agar diikut ajaran yang benar dengan menolak sebarang ajaran yang sesat. Ini ditambah pula dengan betapa sempurnanya ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi lagi rasul akhir zaman di mana ajarannya meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk aqidah, ibadat, muamalat, perundangan.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
            Kedatangan Rabiul Awwal kali ini sewajarnya digunakan sebaik mungkin oleh seluruh umat Islam pada hari ini untuk kembali semula kepada semua ajaran dan sistem Islam yang menyeluruh agar kita kembali menjadi umat mulia. Apa gunanya kita menghabiskan wang yang beribu dalam memperingati hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w sedangkan apabila dituntut agar dilaksanakan seluruh ajaran nabi maka kita tidak mahu. Bezakanlah sambutan Maulidurrasul yang kita adakan saban tahun dengan Maulidurrasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab. Kita mesti ingat bagaimana Abu Lahab sanggup memerdekakan hambanya Suwaibah serta menyembelih 100 ekor unta kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w tetapi akhirnya apabila nabi menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam maka dialah antara mereka yang paling utama menentang nabi sehingga dia mengatakan celaka kepada nabi tetapi Allah telah menyatakan bahawa Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil yang celaka bukannya nabi sebagaimana yang tertera dalam surah al-Masad. Kita dapat saksikan bagaimana permusuhan Abu Lahab terhadap nabi begitu kuat antaranya dia sanggup mengahwinkan dua orang anaknya dengan  anak nabi iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthom tetapi apabila nabi menyatakan kenabiannya maka Abu Jahal menyuruh agar kedua anaknya itu menceraikan anak nabi bagi menambah bebanan dan tekanan terhadap nabi. Begitu juga ketika berlakunya pemulauan terhadap suku Bani Hashim maka Abu Lahab turut serta memulaunya walau pun dia sendiri dari suku yang sama kerana bencinya terhadap nabi. Manakala isterinya Ummu Jamil sanggup menyakiti nabi dengan meletak duri disepanjang jalan yang digunakan oleh nabi.
            Oleh itu umat Islam perlu sedar dan insaf  bahawa sambutan Maulidurrasul yang diadakan mestilah selari antara apa yang dipuji dalam bacaan berzanji dan selawat dengan apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Janganlah pula kita begitu bersungguh memuji akhlak nabi dan cara baginda menangani masalah sosial dengan sistem Islam sedangkan adanya umat Islam hari ini yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memerangi pengajian agama sedangkan dalam masa yang sama menggalakkan hiburan yang melalaikan serta penambahan kelab malam yang lebih banyak melahirkan pelacur dari kalangan umat Islam sendiri. Jangan kita hanya tahu memuji nabi yang mengharamkan arak sedangkan adanya umat Islam yang mengizinkan pembinaan 27 kilang arak dalam negara. Jangan hanya tahu memuji nabi yang mengharamkan judi yang banyak membawa masalah kepada negara sedangkan adanya umat Islam yang terang-terang memberi lesen dalam menambah bilangan pusat perjudian dalam negara. Jangan hanya tahu memuji nabi yang telah berjaya menyampaikan dakwah Islam kepada umat manusia serta berusaha dalam memperkukuhkan aqidah dan mengawal daripada berlakunya murtad dengan perundangan Islam sedangkan umat Islam hari ini bukan sahaja tidak melakukan kerja dakwah bersungguh-sungguh malah aqidah umat Islam semakin tercabar disamping tiada hukuman Islam bagi membasmi kemurtadan yang bertambah serius memandangkan perundangan yang ada itu sendiri telah pun murtad bagaimana mahu menjaga umat Islam daripada murtad. Jangan hanya tahu memuji nabi yang mampu membina ekonomi berasaskan Islam yang kukuh dengan menghapuskan riba sedangkan umat Islam hari ini ramai yang terus bergelumang dengan riba serta negara dihantui oleh masalah ceti haram yang sememangnya menghidupkan amalan riba.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
            Sambutan Maulidurrasul s.aw yang kita adakan saban tahun jika benar-benar dilakukan dengan ikhlas kerana Allah sebagai menyambut tubuh dan seluruh ajaran yang dibawa oleh nabi akan menjadi dalil dalam menjawab tohmahan dan cacian tokoh kafir Quraisy yang pernah mengatakan : " Biarkan Muhammad  kerana dia akan mati tanpa meninggalkan seorang pun anak lelaki dan perjuangannya tak lama lagi akan berakhir begitu sahaja". Nabi Muhamma s.a.w yang diuji dengan kewafatan kesemua anak lelakinya ketika kecil iaitu Qasim, Abdullah dan Ibrahim agak tertekan dengan cacian tersebut sehinggalah Allah menghiburkan nabi dengan turunnya ayat 1-3 surah al-Kauthar :
إنا أعطيناك الكوثر فصل لربك وانحر إن شانئك هو الأبتر
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang melimpah ruah. Oleh itu, dirikanlah solat dengan ikhlas kerana Tuhanmu dan korbankanlah pada hari raya haji. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau maka dialah orang yang putus keturunan.
            Surah ini menyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w dikurniakan nikmat yang terlalu banyak dan berterusan serta menolak dakwaan bahawa dakwah nabi akan terputus kerana tiada anak lelaki yang bakal meneruskan dakwahnya. Sebaliknya Allah menyatakan bahawa mereka yang kufur sebenarnya yang terputus kejahatannya kerana nama nabi Muhammad s.a.w terus disanjung sehingga hari ini sedangkan mereka yang menentangnya terus dilupa. Malah dakwah Islam terus berkembang sehingga seluruh pelusuk dunia sedangkan kekufuran yang dibawa oleh oleh musuhnya terus lenyap. Keimanan, kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus kerana ia tetap menghulurkan dahan-dahan dan cabang-cabangnya dan menunjangkan akar-umbinya jauh ke dalam. Sebaliknya apa yang terputus ialah kekufuran, kebatilan dan kejahatan walau bagaimana pun ia membesar dan kuat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
            Semoga kehadiran Rabiul Awwal kali ini memberi sinar kepada umat Islam sebagaimana bersinarnya dunia setelah kelahiran Rasulullah s.a.w. Umat Islam mesti kembali bersatu atas landasan Islam dengan menolak sekuler dan semangat kebangsaan sempit. Umat Islam mesti bersatu atas dasar iman dengan menolak ideologi ciptaan manusia yang sesat dan membawa kepada kekufuran. Cukuplah dengan penjajahan baru yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan penderitaan umat Islam di Palestin terutama Menteri Dalam Negeri Israel telah mengumumkan bahawa yahudi dibenarkan masuk ke kawasan Masjid al-Aqsa untuk beribadat. Jangan tunggu sehingga satu demi satu negara umat Islam dijajah barulah kita mahu bersatu terutama Asia Tenggara kini mula bergolak kembali setelah Asia Barat dihancurkan. Selatan Filiphina telah kembali bertelagah setelah gencatan senjata ditarik balik. Kedudukan Acheh bagaikan menunggu masa untuk dihancurkan oleh saudara seagama Indonesia walau pun usaha baru damai sedang dijalankan. Malah tuduhan bahawa militan Islam terlibat dalam menyerang kem tentera di Yala tidak lebih daripada usaha Thailand dalam menjemput Amerika membuka pusat anti pengganas di Selatan Thailand yang diduduki oleh majoriti umat Islam. Oleh itu kembalilah bersatu sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya :
مَثَلُ المُؤْمِنِيْنَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الجَسَدِ الوَاحِدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالحُمَّى
Maksudnya : Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan
Bersungguh dalam bersatu dengan Islam sebagai wadah perjuangan. Semarakkan semangat jihad agar kita tidak terus menjadi  mangsa penindasan kuffar. Kita tidak akan sama sekali tunduk kepada kekufuran. Biar bermandi darah asalkan Islam kembali gagah. Biar darah membasahi bumi asalkan Islam dijulang tinggi. Yakinlah kepada pertolongan Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Umat Islam yang bermaruah tidak sama sekali menyerah kalah walau pun kita sedar bahawa kemenangan Islam bukannya mudah. Biar pelbagai ujian, halangan, cabaran dan tentangan yang datang dalam perjalanan mencari keredhaan Allah namun perjuangan Islam mesti diteruskan sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.
Firman Allah dalam ayat  65 surah al-Anfal:
يـــأيها النبي حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صــبرون يغلبوا مائتين وإن يكن منكم مائة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأنهم قوم لايفقهون
Maksudnya :  Wahai nabi! Semarakkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu maka mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir disebabkan orang-orang kafir itu merupakan kaum yang tidak mengerti
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 04 Feb 2011 03:38 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


100 warga emas kaum Tionghua dapat 'limau dan angpau' PAS

Posted: 03 Feb 2011 06:06 PM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/serenarantauabang1.jpgDUNGUN - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun telah berjaya menghapuskan halangan 'persepsi' dikalangan masyarakat Tionghua di kawasan ini yang selama ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada program-program yang dianjurkan oleh PAS.

Sehubungan itu, bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, Pengerusi Lajnah tersebut, Puan Serena Lim Abdullah berkata, seramai lebih 100 orang warga emas berketurunan Tionghua di dalam kawasan Dungun telah di ziarahi oleh Lajnah terbabit.

Beliau yang ditemui Buletinonline ketika menyampaikan sumbangan 'buah limau' dan 'ang pau' dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang berkata, program ziarah yang diadakan berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kaum.

Turut bersama Puan Serena (Gambar ; paling kiri) ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun (Gambar; paling kanan)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 04 Feb 2011 03:36 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir- Tn Guru Nik Aziz

Posted: 03 Feb 2011 03:40 PM PST

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

            Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

            Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

            Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

            Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
Yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!
Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

            Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
            Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.  Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.  Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

            Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Perutusan Tahun Baru Cina -Pesiden PAS

Posted: 03 Feb 2011 03:35 PM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.
Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu 'makan besar' yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.
 Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.


Selamat Tahun Baru Cina.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Feb 2011 03:13 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


5000 berhimpun bantah Amerika

Posted: 03 Feb 2011 11:09 PM PST

Harakahdaily melapurkan lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.



Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.

Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Feb 2011 01:05 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Krisis Mesir : AS campurtangan , bincang pelan pengunduran Mubarak

Posted: 03 Feb 2011 06:43 PM PST

1 Rabiul Awal 1432H.

WASHINGTON: Amerika Syarikat nampaknya tidak capat berselindung dengan campur tangan dalam krisis politik di Mesir. Menurut suber dari AFT, pegawai-pegawai Amerika sedang berbicang dengan pegawai Mesir satu rancangan untuk Presiden Hosni Mubarak berundur serta merta dan melepaskan jawatan kepada kerajaan peralihan yang diterajui Naib Presiden, Omar Suleiman, lapor The New York Times.

Solat hajat di Masjid Negeri malam ini !

Posted: 03 Feb 2011 06:32 PM PST


1 Rabiul Awal 1432H. MOD. Harakahdaily

SHAH ALAM, 4 Feb: Sekretariat isu pelajar Mesir kerajaan negeri Selangor akan mengadakan solat hajat malam ini di Masjid Negeri, Shah Alam.

Di samping itu, satu dialog juga akan diadakan bagi membincangkan isu ini sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan penjelasan perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu pelajar negeri ini di sana.

Sehubungan itu, ibu bapa dan saudara mara pelajar Selangor di sana dijemput untuk menyertai majlis ini.

Semalam dua pegawai Pusat Zakat Selangor telah dihantar ke sana dengan menaiki kapal TUDM.

Pakatan: Najib perlu respons isu ‘Tanah Melayu’ Mahathir

Posted: 03 Feb 2011 06:26 PM PST

1 Rabiul Awal 1432H.MOD
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.

Malah mereka juga mahu perdana menteri menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya.

Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang dihubungi The Malaysian Insider berpendirian tegas kenyataan Dr Mahathir bercanggah dengan konsep 1 Malaysia sama sekali.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir (gambar) berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Oleh itu tegas Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib tidak boleh berdiam diri dalam hal ini.

"Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara, beliau perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.

"Penting untuk melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PAS itu menarik perhatian, pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan bekas perdana menteri itu berakhir dengan kerjaya politik singkat memandangkan Dr Mahathir tidak boleh menerima kritikan.

Merujuk kepada serangan Dr Mahathir terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz mendakwa ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar dibawa Najib seperti konsep 1 Malaysia.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

"Kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Najib di sebelah lain telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia.

"Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu?" kata Mahfuz.

Oleh itu kata beliau, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan Tony Pua pula melabelkan Dr Mahathir sebagai 'supremacist' dengan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu.

"Kemungkinan Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana adanya konsep 'supremacist' dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita.

"Najib perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan dibawa Dr Mahathir," kata ahli Parlimen ini.

Dalam pada itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir memperlihatkan "percanggahan" memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya.

"Apa yang beliau katakan itu penuh dengan percanggahan... ia bercanggah dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) dan juga 1 Malaysia," kata ahli Parlimen veteran ini.

Kata beliau, Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara, kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama.

Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.(MInsider)

Pelantikan Rektor KISDAR : Kerajaan Negeri hilang kredibiliti

Posted: 03 Feb 2011 04:16 PM PST

1 Rabiul Awal 1432N.
Anak Watan Perak

Kerajaan Negeri Perak dilihat telah semakin hilang kredibiliti apabila terus menyambung kontrak Datuk Dr. Mohamed Yusuf Hussain sebagai Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan. Penyambung kontrak tersebut merupakan kali ketiga selepas kontrak tersebut tamat pada bulan Oktober 2010.

Kali pertama kontrak itu disambung adalah selama 2 bulan iaitu sehingga 31 Disember 2010, selepas itu kontrak tersebut disambung lagi selama 1 bulan iaitu sehingga 31 Januari 2011. Maklumat terbaru menyebut bahawa kontrak tersebut disambung lagi bermula 1 Februari 2011 sehingga tempoh 6 bulan ke 1 tahun.

Kerajaan Negeri Perak dikatakan masih gagal untuk mencari Rektor baru yang dapat diterima oleh semua pihak yang tertentu. Perbalahan dan perbezaan pandangan diantara pihak-pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri dalam memilih Rektor baru menyebabkan khidmat Rektor lama diteruskan.

Beberapa orang calon Rektor telah dikemukakan tetapi Kerajaan Negeri masih gagal dan tiada kata sepakat untuk memilih seorang Rektor yang benar-benar layak dan mampu untuk menerajui Kolej Islam Darul Ridzuan. Kegagalan tersebut menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah hilang kredibiliti dan keupayaan untuk mentadbir negeri.

Kerajaan Negeri Perak dilihat seolah-olah hilang pedoman apabila terus menyambung kontrak Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain yang mengalami masalah kesihatan yang serius. Masalah kesihatan Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain difahamkan bermula sejak tahun 2008 dan amat ketara sejak akhir-akhir ini.

Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain telah tidak hadir ke Kolej selama 3 bulan iaitu sejak bulam November 2010 kerana menjalani rawatan di beberapa pusat rawatan termasuk di IJN. Menurut sumber-sumber tertentu keadaan fizikal Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain semakin kurus, tidak bermaya, sentiasa kelihatan letih, berjalan perlu dipimpin dan mengalami masalah jantung yang serius menggambarkan bahawa beliau tidak berupaya lagi untuk menjalankan tugas sebagai Rektor dengan baik dan berkesan.

Bagaimana mungkin seorang yang sedang sakit dan lemah mampu untuk berfikir secara proaktif, merancang dan menjalankan tugas dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej. Situasi ini juga dikhuatiri akan memberi kesan dan melambatkan usaha yang sedang giat dilaksanakan untuk menaikkan taraf kolej ke Kolej Universiti.

Kerajaan Negeri Perak telah mengambil sikap memandang ringan terhadap isu Kolej Islam Darul Ridzuan. Sekiranya Kerajaan Negeri benar-benar serius ingin melihat Kolej Islam Darul Ridzuan terus maju dan membangun maka isu perlantikan Rektor baru Kolej Islam Darul Ridzuan perlu diselesaikan segera. Kerajaan Negeri perlu segera melantik Rektor baru yang benar-benar berkelayakan dan mampu memimpin dan mentadbir Kolej dengan bijaksana, professional dan agresif.

Rektor merupakan individu utama untuk menggerak dan membangunkan Kolej. Kegagalan Kerajaan Negeri melantik Rektor baru yang lebih berkeupayaan fizikal, mental dan intelektual boleh menyebabkan berlaku pelbagai kepincangan dan masalah dalaman Kolej seterusnya membantutkan usaha menaik taraf Kolej. Sebagai satu-satunya institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri maka amat wajar Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius dan lebih terhadap Kolej Islam Darul Ridzuan. Dengan ini segala matlamat, visi dan misi Kolej dapat dicapai.

Kerajaan Negeri Perak juga dilihat telah hilang keupayaan untuk mentadbir negeri apabila gagal mendapat kata sepakat berhubung isu perlantikan Rektor baru Kolej Islam Darul Ridzuan. Kegagalan memilih seorang calon Rektor di antara beberapa calon yang ada membukti bahawa wujud pihak-pihak yang berkepentingan di dalam isu tersebut. Kemelut perlantikan Rektor baru Kolej Islam Darul Ridzuan telah berlarutan beberapa bulan.

YB Dato' Hj Mohd Zaim Abu Hassan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan langsung tidak berperanan dalam kemelut ini dan beliau lebih selesa bertindak sebagai boneka semata-mata. YAB Menteri Besar Perak seolah-olah telah hilang kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan siapakah yang layak untuk menjadi Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan. YAB Menteri Besar Perak amat lemah sehingga tidak berupaya untuk menyelesaikan kemelut perlantikan Rektor baru Kolej Islam Darul Ridzuan yang berlarutan sehingga beberapa bulan.

Bagaimana mungkin YAB Menteri Besar Perak dapat mentadbir Negeri Perak dengan baik sedangkan kemelut sekecil itupun tidak mampu untuk diselesaikan. Apakah benar YAB Menteri Besar Perak telah hilang kuasa ? Apakah benar wujud pihak lain yang lebih berkuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak ? atau apakah benar wujud 'de-facto leader' di dalam Kerajaan Negeri Perak ? Jika benar, siapakah yang lebih berkuasa itu ? dan siapakah 'de-facto leader itu ? YB Dato' Seri Dr Abd Rahman Hashim selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mungkin tahu jawapannya ?

Mahathir sekular, Rakyat tidak faham Islam sebenar.

Posted: 03 Feb 2011 04:04 PM PST



1 Rabiul Awal 1432H,
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 3 Februari :-Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyebut bahawa kenyataan Dr Mahathir ( Bekas Presiden UMNO ) baru-baru ini bahawa Islam Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( Mursyidul AM PAS ) lebih teruk daripada Islam nasionalis, merupakan bukti jelas perjalanan yang ditempuh PAS sama seperti perjalanan Rasulullah SAW.

Tindakbalas yang diterima Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh seorang yang membenci dakwah beliau merupakan suatu perkara biasa dalam perjalanan dakwah Rasulullah SAW.

Beliau menegaskan ayat :

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin" (Surah Al-An'am: 112)

Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata bahawa "Orang Melayu di sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan". Kata-kata Tuan Guru ini kemudian membuatkan Dr Mahathir terasa bagaikan cacing kepanasan, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Memetik kata-kata Pesuruhjaya PAS Perak itu, " Dr Mahathir mempersoalkan kenapa Tuan Guru menyerang orang di dalam Malaysia dan bukannya Lee Kuan Yew. Padahal benarlah kata Tuan Guru itu kerana ancaman dari dalam negara sendiri adalah jauh lebih merbahaya daripada ancaman luaran".

" Adakah Dr Mahathir lupa bahawa sirah Rasulullah SAW membuktikan ancaman daripada puak munafiq lebih berbahaya berbanding ancaman daripada puak kafir? Hinggalah Allah SWT menyebut bahawa orang yang berpura-pura islam lebih teruk azabnya berbanding orang yang terus terang islam" soal beliau.

Ustaz Abu Bakar juga menasihatkan agar pemimpin UMNO dan Dr Mahathir khususnya melihat kembali ayat Al Quran berkenaan orang munafik dalam surah an-nisa' ayat 145

"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka" (surah an-nisa': 145)

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyanggah kata-katanya, Dr Mahathir apabila mantan presiden umno itu mengatakan bahawa islam telah banyak berkembang di bawah pemerintahan nasionalis.Kononnya kemajuan islam dikaitkan dengan kehebatan semangat kebangsaan Barisan Nasional.

" Mahathir lupa yang bukan jasa UMNO islam semakin berkembang di Malaysia tetapi jasa orang yang menentang UMNO seperti Dr Burhanuddin Helmi, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Noor. Mereka inilah yang menjadi pengimbang, "check and balance" kepada kerajaan sehingga kerajaan BN terpaksa mengamalkan islam" Tegas beliau

Menurut beliau, Inilah kewajipan yang mereka lakukan walaupun nyawa mereka diancam. Kalau hendak diikutkan nafsu BN, sudah lama islam dianggap kuno, tidak sesuai dan merugikan Negara.

Menurut Ustaz Abu Bakar Hussain lagi, Allah SWT telah menetapkan bahawa sejak dahulu lagi dunia ini menjadi medan pertempuran di antara yang hak dan yang batil. Pertempuran antara iman dan kufur. Rasulullah SAW. dahulu dituduh oleh puak Quraisy sebagai pemisah suami dan isteri, saudara mara dan bangsa qurasiy sendiri, hanya kerana baginda mengajak orang kaumnya untuk beriman kepada Allah SWT dan menyelamatkan mereka daripada azab api neraka. Hari ini orang menganggap PAS sebegitu pula. Padahal kita menyeru supaya bumi ini diperintah dengan adil utk kesalamatan dunia dan akhirat. Menjadi keyakinan kami bahawa jika rakyat Malaysia beriman dan bertaqwa, Allah SWT akan membantu kita

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menegaskan bahawa kini terbukti kebenaran perjuangan PAS adalah perjuangan Islam yang sebenar bukannya seperti umno yang bertopengkan Islam. Sebelum ini ada pemimpin PAS yang telah dipenjara, ada yang dihalau, ada yang dipanggil gila, ada yang dipanggil pemecah-belah masyarakat. Padalah semua ini adalah ujian sama yang dilalui Rasulullah SAW. Dari sini wujudlah rasa perjalanan yang gerakan islam PAS tempuhi, sama dengan perjalanan Rasulullah SAW.




Krisis Mesir: Sekurang-kurangnya 5 Terkorban

Posted: 03 Feb 2011 03:59 PM PST


Pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti kerajaan di Dataran Tahrir awal pagi Khamis. Foto AP
1 Rabiul Awal 1432H.

KAHERAH: Sekurang-kurangnya lima terkorban apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti kerajaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, di sini Khamis.

Dilaporkan ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan mengalami kecederaan dalam pertembungan dengan kumpulan pro kerajaan sedang menunggu giliran untuk menerima rawatan kecemasan di Dataran Tahrir.

Dalam pertembungan semalam, tembakan senjata api berlarutan sehingga lebih daripada satu jam di sekitar kawasan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman Mubarak yang hanya akan berundur pada September depan.

"Kami tidak akan meninggalkan tempat ini selagi Mubarak tidak berundur," kata seorang wanita yang dikenalpasti oleh Al Jazeera sebagai Mona Seif.

Menteri Kesihatan Mesir, Ahmad Samih Farid memberitahu televisyen kerajaan bahawa lima orang penunjuk perasaan disahkan terbunuh manakala 836 yang lain mengalami kecederaan.

Katanya kebanyakan korban adalah akibat daripada membaling batu dan serangan menggunakan besi dan kayu. Reuters

ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini

Posted: 03 Feb 2011 03:55 PM PST

1 Rabiul Awal 1432H.

KUCHING: Kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memberi laporan terperinci berhubung kawasan masing-masing, termasuk masalah dihadapi, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini.

Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengakui setiap kawasan DUN di Sarawak ada cabaran tersendiri namun ia telah diselesaikan dan akan dicari jalan penyelesaian memandangkan bukan semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata ADUN terbabit telah cuba memperoleh maklum balas mengenai pelbagai isu di kawasan masing-masing sejak setahun lalu melalui perbincangan dengan pemimpin peringkat akar umbi.

Taib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti tersebut di sini Khamis.

Sementara itu, Perdana Menteri dijadual tiba di Miri pada Ahad ini dengan aturcara pertama beliau ialah mengadakan sesi perjumpaan dengan Adun Sarawak, manakala pada sebelah malam pula, beliau akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Dataran Kipas, Miri.

Ramai penganalis politik di sini meramalkan pertemuan dengan ADUN itu sebagai langkah terakhir Perdana Menteri untuk mengumpul maklumat bagi membuat keputusan sama ada mengadakan pilihan raya umum serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Sebelum ini, Taib dipetik berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Tempoh penggal kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada Julai tahun ini.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak menang 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. mStar/-

Padam Hansard: Maruah DUN S'wak tergugat

Posted: 03 Feb 2011 03:39 PM PST

1 Rabiul Awal 1432H.

Jika ada bahagian-bahagian dalam Hansard yang dipadamkan secara sengaja, ia akan mengaibkan reputasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Hansard adalah cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.

Menegaskan demikian, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang
Khim berkata sejak penubuhan institusi Parlimen dan dewan undangan negeri di negara ini, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku .

Teng (kanan) mengulas insiden di DUN Sarawak di mana ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui mendakwa sebahagian daripada ucapannya dalam persidangan dewan November lalu, tidak termasuk di dalam Hansard.

Yong telah menulis kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Awang Asfia Nasar mengenai perkara itu, tetapi beliau belum lagi menerima sebarang jawapan.

Menurut Yong, sebahagian daripada ucapannya menyentuh tentang keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari hansard.

Malaysiakini/-

Salam Perjuangan

Posted: 03 Feb 2011 11:25 PM PST

Salam Perjuangan


HARGA MINYAK NAIK - SATU ANALISIS

Posted: 03 Feb 2011 06:57 PM PST

Pengikut