Presiden Obama sendiri pada pertengahan November lalu dah bagi green light akan mengizinkan pendatang-pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan di Amerika Syarikat melalui pengisytiharan "executive order".
Dasar terbaru ini memberikan peluang kepada ramai pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan setelah sekian lama bermastautin di negara tersebut terutamanya di wilayah California.
Agaknya sebab itulah si blogger porno si Alvin Tan lari ke Los Angeles, California kerana mungkin mengetahui mudah untuk mendapatkan kerakyatan US.
Lagipun takkan lah tak der puak-puak sebangsa atau seideologi dengannya akan membantu menyara beliau di sana. Yahudi geng-geng Anwar pun ramai di sana dan boleh beri akses mudah kepada si blogger porno sasau ni.
Paling menarik di Amerika tak de parti UMNO dan Barisan Nasional. Di sana tak de Sultan dan tak de Akta Hasutan.
Jadi bolehlah penghijrah-penghijrah memaki hamun juga Presiden Obama, kerajaan Amerika atau sesiapa saja di dunia kerana ia adalah hak asasi kebebasan bersuara.
Sebab tu Naib Presiden Amerika Joe Biden boleh mengkritik kerajaan Malaysia untuk menghapuskan Akta Hasutan atau membebaskan peliwat pujaannya.
Namun tanpa Akta Hasutan Amerika kini berhadapan dengan konflik antara kaum kulit hitam dengan kaum kulit putih dan polis. Ini semua kerana polis kulit putih dilihat sering mengamalkan kekerasan terhadap kaum kulit hitam.
Ia mungkin salah UMNO juga kerana UMNO berbaik-baik dengan Presiden Obama...itulah yang sering dimomokkan kepada puak-puak tertentu di Malaysia ini.
Adakah apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan maka berduyun-duyunlah orang menjadi lebih baik dan berbudi bahasa di negara kita, jenayah semakin berkurangan, undi kerajaan semakin bertambah, "rakyat itu" semakin bersyukur?
Joe Biden lantang mengkritik Akta Hasutan kononnya zalim dan menghalang kebebasan bersuara. Namun apabila berlakunya insiden rusuhan kaum di Ferguson ramai rakyat Amerika sendiri berpendapat bahawa kerajaan Amerika perlu menyekat sebarang provokasi bersifat perkauman dan sentimen keagamaan.
Di Malaysia Akta Hasutan menjadi sumber perundangan dan pencegahan yang berjaya menghalang merebaknya sentimen kebencian antara kaum.
Itupun segelintir manusia yang kufur beria-ia benar mahu menghapuskan Akta Hasutan dengan harapan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja Berpelembagaan boleh dikritik.
Hak Melayu je puak-puak ni nampak. Apakata jika orang-orang Melayu mula menyoalkan hak keistimewaan yang diperolehi oleh kaum-kaum lain berdasarkan prinsip memberikan kewarganegaraan "jus soli" ?
Apa akan terjadi jika orang Melayu-Bumiputera yang majoriti pula mempersoalkan hak-hak, kekayaan, hak milik aset, peluang dan kedudukan bukan Melayu di Malaysia melalui pelbagai forum, seminar, ceramah hatta di dalam khutbah Jumaat nanti???
Tambahan pula bila pihak berkuasa sendiri tak dapat bertindak, maka elemen militan-pengganas seperti Islamic States (IS) pula yang akan menjalankan kegiatan subversif dan balas dendam terhadap sesiapa saja yang kurang ajar terhadap Islam macam di Iraq.
Maka ketika itu negara ini sudah hancur, puak-puak penghasut dan pembenci Akta Hasutan dan hak-hak kaum majoriti ini mungkin akan memanggil Uncle Sam untuk campur tangan lalu mereka pun akan diangkat sebagai pemimpin di bawah kawalan kuasa besar itu.
 |
Kekejaman militan Islamic States (IS) menghukum puak Syiah dan bukan Islam yang selama ini begitu lantang menghina puak sunnah di Iraq. Adakah kita mahu ini terjadi di Malaysia akibat kesabaran tidak dapat dibendung lagi???? |
Hakikatnya perbalahan kaum dan agama tidak diperlukan di negara ini. Kita sekian lama hidup aman damai dan harmoni antara kaum.
Namun apabila ada manusia yang tersadung jenayah songsang mahu merebut kuasa maka negara kita makin huru hara.
Mungkin dia fikir dengan sokongan 52% tu dia boleh perintah negara mengikut sistem republik berpresiden. Namun dia silap 48% yang tak setuju sudah tentu tak akan berdiam diri. Maka amankah pemerintahannya nanti?
Kesalahan dan dosa yang dipikul pemimpin itu berbakul-bakul sudah diketahui orang.
Tapi adakah kuasa-kuasa besar atau sekutu-kutu politiknya akan duduk diam tak akan meminta sesuatu atau mengugut apa-apa jika mereka inginkan sesuatu dari pemimpin belaan mereka itu?
Itu yang kita perlu elakkan dengan tidak melantik manusia begini dan partinya menjadi pemimpin kita buat selama-lamanya.