Selasa, 9 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Oct 2012 03:29 PM PDT

Posted: 09 Oct 2012 03:36 AM PDT

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sering kali mengunjunginya setiap kali ke Kelantan.

Menurutnya, Nazri Aziz satu-satunya menteri yang kerap mengunjunginya setiap kali datang ke Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu, di pejabatnya pagi tadi.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.

"Tindakan ini seolah-olah menafikan hak dalam demokrasi yang diamalkan dalam negara kita, apa salahnya datang dan bertanya khabar,"ujarnya.

Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.

Sementara itu, Tuan Guru turut menyatakan kerajaan Pusat berjanji akan menyelesaikan segera pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok.

Katanya, sebanyak RM6 bilion bakal diperuntukkan untuk kemudahan itu.

"Saya ucapkan terima kasih banyak, moga ianya akan menjadi kenyataan," ujarnya lagi.

Pertemuan mereka yang memakan masa selama 40 minit berkisar kepada masalah banjir yang sering melanda Kelantan khususnya musim tengkujuh.

Wacana: Peluang nilai Bajet Pusat-Bajet Alternatif PR

Posted: 09 Oct 2012 03:33 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian Siri ke-14 malam esok akan membolehkan rakyat mengupas bajet dibentangkan oleh Kerajaan Pusat dan bajet alternatif oleh Pakatan Rakyat (PR), kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.

Abdul Jali berkata, pihaknya yakin wacana kali ini akan bertindak sebagai ruang kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong kedua-dua BN dan PR memperoleh gambaran menyeluruh mengenai bajet kali ini.

Sehubungan itu, kata beliau, Sinar Harian membawa ahli panel yang dapat membicarakan topik kali ini dengan sebaik yang mungkin, untuk rakyat membuat perbandingan.

"Ahli panel terdiri daripada pemimpin parti politik yang  berwibawa, yang saya yakin mampu mengetengahkan hujah dengan bernas bagi membolehkan orang ramai memahami bajet dengan mendalam," kata beliau.

Sinar Harian diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Katanya, Kumpulan Media Karangkraf mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengikuti wacana di auditorium.

"Seperti biasa, kami mengharapkan kehadiran hadirin lebih awal untuk mendapatkan tempat di auditorium kerana tempat yang disediakan terhad," katanya lagi.

Wacana Sinar Harian kali ini akan mengupas topik berkaitan dengan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.

Beberapa hari sebelum Bajet 2013 Kerajaan Pusat, PR pula mengumumkan bajet alternatif mereka.

Pertemuan kali ini, yang akan berlangsung mulai jam 8.30 malam dan mengetengahkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Wacana kali ini akan dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ia akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Masuk adalah percuma dan mereka yang berminat boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) dan Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

Janji Bandar Baru Dabong jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 03:25 AM PDT

Aslani M | Foto Mijie Yusof,

KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya.

Jayathas Pilih PKR Untuk Bela Rakyat

Posted: 09 Oct 2012 03:23 AM PDT


DAMANSARA : Pemimpin tertinggi Hindraf (Hindu Rights Action Force), S Jayathas hari ini dengan rasminya menyerahkan borang keahlian PKR kepada Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga aktif dalam Human Rights Party Malaysia memberitahu, PKR merupakan landasan dan platform terbaik untuknya terus berjuang menegakkan keadilan dan hak kesaksamaan rakyat.

"Matlamat saya adalah untuk menamatkan riwayat Umno-BN di Putrajaya yang selama 55 tahun pemerintahan ini begitu angkuh menindas hak dan harta rakyat.

"Saya berharap dapat bersama-sama PKR dan Pakatan Rakyat, berganding bahu untuk merealisasikan impian ini demi masa depan Malaysia yang lebih harmoni," jelasnya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana pagi tadi.

Selain Nurul Izzah, turut hadir memberikan sokongan dalam sidang media tadi ialah Naib Presiden PKR, N. Surendran, MP Subang, R. Sivarasa serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar.

Ditanya jawatan yang ditawarkan kepada beliau dalam PKR, Jayathas berkata, beliau tidak memikirkan soal itu dan hanya fokus untuk turun padang dan sama-sama berjuang demi keadilan.

Izzah juga Naib Presiden PKR mengesahkan buat masa ini tiada perbincangan mengenai jawatan sebaliknya PKR lebih berminat dengan komitmen yang ditunjukkan Jayathas.

"Perjuangan harus berlandaskan keikhlasan dan kesungguhan dalam menggerakan perjuangan parti demi rakyat," ujar beliau.

Jayathas merupakan seorang aktivis yang aktif berjuang untuk masyarakat India negara ini selain beliau juga pernah bertanding untuk kerusi DUN Merlimau pada tahun 2004.

Bantah Tindakan DBKL Keluar Notis Roboh Kuil Berusia 100 Tahun By Lizawati Madfa – October 9, 2012Posted in: Badan Kerajaan, Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Fokus, Fokus Rakyat, Kebajikan Rakyat, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 50 views Email DAMANSARA 9 OKT : Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini membantah notis yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan sebahagian struktur Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia lebih 100 tahun. Notis bertarikh 25 September itu juga dengan jelas menyatakan kegagalan untuk memenuhi arahan dalam tempoh sebulan membolehkan DBKL meruntuhkan kuil yang terletak di Jalan P Ramlee itu. Notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen (72) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi, Surendran berkata, notis tersebut merupakan satu simbol jelas penindasan masyarakat India di negara ini oleh Kerajaan Umno-BN. "Dalam surat khabar berbahasa Tamil, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Razak) meletakkan iklan besar-besar merayu masyarakat India memberikan kepercayaan kerajaan (Umno-BN). "Tetapi dalam masa sama, notis dikeluarkan oleh kerajaan yang diketuai Najib untuk merobohkan rumah ibadat kaum India yang berusia lebih 100 tahun. "Tindakan ini adalah salah di sisi undang-undang, mencabul keadilan dan hak penganut-penganut Hindu," tegas Surendran. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta agar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib untuk menimbang kembali keputusan tersebut demi kepentingan rakyat. "Kami tidak menolak pembangunan namun biarlah ia dilakukan dengan cara dan prosedur yang betul serta jelas. "Mereka perlu juga meneliti nilai kemanusiaan dan masalah masyarakat dalam segala keputusan yang dibuat," ujarnya. PKR juga akan membuat laporan polis dan mengadakan bantahan perobohan kuil secara aman di bangunan DBKL pada satu tarikh yang akan diputuskan kemudian.

Posted: 09 Oct 2012 03:20 AM PDT


DAMANSARA  : Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini membantah notis yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan sebahagian struktur Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia lebih 100 tahun.

Notis bertarikh 25 September itu juga dengan jelas menyatakan kegagalan untuk memenuhi arahan dalam tempoh sebulan membolehkan DBKL meruntuhkan kuil yang terletak di Jalan P Ramlee itu.
Notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen (72) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi, Surendran berkata, notis tersebut merupakan satu simbol jelas penindasan masyarakat India di negara ini oleh Kerajaan Umno-BN.

"Dalam surat khabar berbahasa Tamil, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Razak) meletakkan iklan besar-besar merayu masyarakat India memberikan kepercayaan kerajaan (Umno-BN).

"Tetapi dalam masa sama, notis dikeluarkan oleh kerajaan yang diketuai Najib untuk merobohkan rumah ibadat kaum India yang berusia lebih 100 tahun.

"Tindakan ini adalah salah di sisi undang-undang, mencabul keadilan dan hak penganut-penganut Hindu," tegas Surendran.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta agar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib untuk menimbang kembali keputusan tersebut demi kepentingan rakyat.

"Kami tidak menolak pembangunan namun biarlah ia dilakukan dengan cara dan prosedur yang betul serta jelas.

"Mereka perlu juga meneliti nilai kemanusiaan dan masalah masyarakat dalam segala keputusan yang dibuat," ujarnya.

PKR juga akan membuat laporan polis dan mengadakan bantahan perobohan kuil secara aman di bangunan DBKL pada satu tarikh yang akan diputuskan kemudian.


Posted: 09 Oct 2012 03:09 AM PDT

55 views

SHAH ALAM  : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menggunakan pam untuk membolehkan air diagihkan ke kawasan penanaman padi di sekitar Kuala Selangor.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar penurunan paras air di Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Sireh sejak seminggu lalu.

Katanya, paras kritikal muka sauk LPA Sungai Sireh adalah pada paras 0.20 meter. Buat masa ini, paras air di muka sauk berada pada paras 0.05 meter di bawah paras kritikal.

Beliau berkata, setakat ini, LPA Sungai Sireh terpaksa mengurangkan kapasiti pemprosesan air kepada tahap 40 peratus.

"Operasi biasa LPA Sungai Sireh memproses 21 juta liter sehari (JLH) air bersih dan mampu untuk memproses sehingga 27 JLH bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di sekitar kawasan Tanjong Karang.

"Keperluan pengairan padi adalah di antara 4 hingga 9 meter padu sesaat bergantung kepada peringkat kawasan penanaman.

"Namun, rekod aliran air Sungai Bernam pada 8 Oktober(semalam) masih lagi tinggi iaitu pada jumlah 2083 JLH. Bacaan paras air di Bernam River Headworks (BRH) juga di atas paras kritikal iaitu 4.2 meter berbanding 3.5 meter.

"Akan tetapi, air tidak mencukupi di muka sauk loji dan kawasan penanaman padi.

"Justeru, kesemua enam pintu air di BRH telah dibuka untuk kemasukan air bagi meningkatkan paras air tersebut," katanya kepada TV Selangor dalam satu kenyataan media.

Khairi bagaimanapun menjelaskan paras air di LPA lain setakat ini masih berada dalam keadaan normal dan di atas paras kritikal serta operasi bagi kesemua LPA berjalan seperti biasa.

Tambahnya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, tinjauan cuaca bagi 1 hingga 10 Oktober 2012 menunjukkan peningkatan hujan terutamanya di kawasan pertengahan Semenanjung Malaysia di antara 10 mm hingga ke 70 mm daripada kadar biasa curahan air hujan.

Peralihan musim kering (Monson Barat Daya) ke musim hujan (Monson Timur Laut) bermula pada bulan Oktober juga menunjukkan peningkatan kadar hujan yang diterima.

Manakala, mengikut ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi mendapati, hujan akan berlaku di seluruh Selangor bermula 8 hingga 14 Oktober depan terutama di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ahad lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan kaedah pembenihan awan bagi mempertingkatkan penurunan hujan.

Ia akan dilaksanakan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencecah tahap 45 peratus yang mana dijangkakan di dalam tempoh 21 hari bermula daripada 2 Oktober 2012.

Posted: 09 Oct 2012 03:05 AM PDT

0 views

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar digesa meletakkan jawatan berikutan tiada ketelusan dan wujud skandal meragukan dalam proses tender membekalan benih padi oleh kementerianya.

Skandal benih padi negara itu melibatkan tender bernilai RM164.8 juta yang diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria serta mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.

"Terdapat dua syarikat yang dapat lebih separuh dari kouta keseluruhan iaitu Seri Merbok Sdn Bhd yang pengarahnya Datuk Rais yang juga bekas exco Negeri Sembilan dapat 22,000 tan dan satu lagi, Hj Mohd Noor Sdn Bhd yang dapat 20,000 tan," demikian menurut Adun Sekinchan, Ng Sue Lim ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Menurut Sue Lim lagi, anak kepada pemilik syarikat Hj Mohd Noor Sdn Bhd, Ahmad Fuad Mohd Noor pula merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor.

Selain dikaitkan sebagai milik kroni Umno, kemampuan dua syarikat tersebut menyediakan jentera, kewangan, peralatan dan kemahiran dalam proses penyediaan benih padi juga diragui sekaligus dibimbangi mampu mencetuskan krisis bekalan makanan negara.

Sebelum ini dalam satu laporan Malaysiakini yang turut disertakan keputusan pemenang tender membekal benih padi negara mendedahkan terdapat lapan syarikat lain yang turut berjaya memenangi tender, masing-masing memperolehi kurang 10,000 tan.

Antaranya Felcra Plantation Service Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan Syarikat Perniagaan Peladang Sdn Bhd (MADA) yang masing-masing hanya memperolehi 8,000 tan dan sementara baki lima syarikat lain memperolehi sekitar 2,000 hingga 3,000 tan.

Rabu lalu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan satu salinan surat bertarikh 20 Julai 2012 yang mendedahkan berlaku ketidaktelusan dalam urusan pemberian tender berkenaan.

Surat yang ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Fenomena Astronomical Tide Penduduk Diminta Berjaga-jaga

Posted: 09 Oct 2012 03:02 AM PDT



SHAH ALAM : Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena 'Astronomical Tide' dijangka akan berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak terutama di kawasan terbabit.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang dijangka berlaku minggu depan itu.

Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

"Penduduk diingatkan untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dan pada masa yang sama memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir kali ini.

"Antara yang perlu dilakukan ialah kebersihan perlu dijaga termasuk penyelenggaraan longkang yang sistematik di halaman masing-masing agar tidak tersumbat dengan sampah sarap akibat faktor sekeliling," katanya dalam kenyataan media.

Ehsan berkata, MPK akan membuat pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena Astronomical Tide dan setiap jabatan terlibat bersedia melalui kepakaran masing-masing untuk kemungkinan yang bakal berlaku kelak.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk segera menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 33716044 / 4404 untuk sebarang kes kecemasan berkaitan fenomena itu nanti.

Pelajar Malaysia ditangkap di Yogyakarta miliki ganja

Posted: 09 Oct 2012 02:56 AM PDT

SINAR HARIAN

JAKARTA - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah universiti di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia pada Sabtu lalu kerana memiliki ganja seberat 6.8 gram.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan  Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).

Dimaklumkan pelajar itu memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet.

Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut padanya dalam bungkusan kertas surat khabar lama.

Polis Daerah Sleman sedang menyiasat lebih lanjut kes itu, termasuk bagi membongkar  jaringan pengedaran dadah dalam kalangan mahasiswa.

Jika sabit kesalahan, pelajar itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun di  bawah Fasal 111 dan 115 Undang undang Narkotik Republik Indonesia.

Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pelajar berkenaan memegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Keluarga pelajar itu telah mengetahui mengenai kes berkenaan dan ibunya telah berada di Yogyakarta sejak hari Sabtu itu.

"Pihak EM Indonesia melalui bantuan Atase Konsular dan Imigresen serta Atase PDRM Kedutaan  Besar Malaysia di Jakarta telah memulakan proses bantuan supaya beliau mendapat pembelaan  dan keadilan sewajarnya," katanya di sini.

Dr Juzhar berkata pihaknya dengan bantuan pemimpin persatuan pelajar Malaysia juga memantau  kebajikan dan kesihatan pelajar itu semasa dia ditahan di Balai Polis Daerah Sleman.- Bernama

Pas: 'Isu Faekah urusan dalaman PKR'

Posted: 09 Oct 2012 02:52 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

 

KUALA LUMPUR - Pas menegaskan tidak akan masuk campur dalam isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,  Faekah Husin yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas percaya pada apa jua keputusan PKR demi kebaikan bersama.

Menurutnya, Pas tidak akan mencampuri urusan itu dan membiarkan PKR menyelesaikannya sendiri kerana mereka lebih mengetahui hal sebenar.

"Kita tak campuri urusan parti itu (PKR), kita tak tahu apa hujung pangkal isu itu.

"Itu urusan parti merekalah, biar mereka selesaikan sendiri, saya ada kepercayaan sepenuhnya kepada mereka," katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Selnagor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan PR.

Tambahnya, isu Faekah juga tidak perlu dibawa sehingga ke peringkat PR kerana isu tersebut adalah isu dalaman PKR.

Abby mahu berdakwah melalui lakonan

Posted: 08 Oct 2012 11:00 PM PDT

KL TODAY

Mungkin ramai menyangka bidang kerjaya pelakon Gerak Khas, Abby Abadi telah berubah selari dengan imejnya kini.

Semakin aktif dengan ceramah politik dan agama, bekas isteri pelakon, Norman Hakim ini dilihat seolah-olah enggan kembali ke dunia seni lagi.  

 Bagaimanapun, Abby mengakui masih rindu untuk berlakon yang menjadi punca rezekinya sebelum ini.

"Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin  kembali berlakon seperti dahulu.

"Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon," katanya.

Tidak mahu digelar ahli politik, kata Abby, itu bukanlah bidang kemahirannya. Jelas Abby, dia tidak akan menolak tawaran lakonan yang dirasakan sesuai dengan imejnya kini.

"Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan.

"Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak," katanya.

Mat Sabu akui pernah temui Abdullah C.D

Posted: 08 Oct 2012 10:57 PM PDT


 MALAYSIA CHRONICLE

PULAU PINANG . - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui pernah menemui Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah C.D yang disifatkan sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand, kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Mohamad, lawatan beliau ke kampung itu adalah atas kapasiti peribadinya dan bukan satu lawatan rasmi mewakili Malaysia dan telah menghadiahkan senaskhah al-Quran kepada Abdullah serta menerima hadiah beberapa buah buku daripada pemimpin utama PKM itu.

Mohamad bagaimanapun menjawab tidak pasti ketika ditanya sama ada beliau mengetahui yang Abdullah ialah pemimpin utama PKM serta Kampung Perdamaian Sukhirin adalah perkampungan khas anggota PKM yang dikhaskan kepada mereka selepas perjanjian damai pada 2 Disember 1989.
-utusan

KLIA2: Skandal baru projek sistem ruang udara? - Nurul Izzah

Posted: 08 Oct 2012 10:51 PM PDT



Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan mengesahkan jumlah RM4 bilion - setakat ini.

Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran maha besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012
menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP - iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.

Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:

1. Hubungan rapat ENAV-SELEX

Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.

Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.

Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?

Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan.

Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?

Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut. Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?

2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV

Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?

3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab

Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.

Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.

Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

Pakatan adalah perspektif baru politik Malaysia

Posted: 08 Oct 2012 10:46 PM PDT

MALAYSIA CHRONICE

KOTA KINABALU- Parti-parti Pakatan Rakyat diyakini tidak akan mudah pecah selepas pilihan raya umum nanti kerana ketiga-tiga sangat memerlukan antara satu sama lain.

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Yahya Lampong dalam wawancara eksklusifnya dengan Harakahdaily berkata, jika mana-mana parti dalam Pakatan itu keluar atau dikeluarkan, Pakatan akan hancur.

Bagi beliau, gabungan ini adalah perspektif baru dalam politik Malaysia dan bakal mendapat sokongan semua pihak.

Atas dasar itulah, beliau yakin, kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan dalam pilihan raya nanti akan stabil dan tidak akan ada istilah 'minoriti partner' di dalam gabungan itu sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan pusat sekarang.

Ini kerana, ketiga-tiga parti perlu melayan rakan mereka sama penting kerana masing-masing sedar kehilangan atau kelemahan sokongan salah satu dari mereka akan merosakkan mereka bersama.

Oleh itu, beliau yakin hubungan berdasarkan kepentingan bersama ini akan menyebabkan ketiga-tiga parti akan menjaga kepentingan rakan masing-masing.

Beliau juga yakin, mana-mana pihak yang akan menjadi perdana menteri termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjaga tingkah laku masing-masing dalam mentadbir negara.

"PAS akan tetap PAS sampai bila-bila dan akan menegur mana-mana yang membuat silap, ini saya yakin Anwar tahu. Begitu juga DAP, pemimpinnya akan jaga intergritinya dan ini Anwar tahu," kata beliau.

Yahya mengulas usaha yang dibuat oleh Umno sejak dari dahulu untuk menarik PAS keluar dari bergabung dengan PKR dan DAP dengan melagakan antara mereka.

Bagi beliau, usaha begitu dibuat Umno kerana mereka tahu, tanpa PAS Pakatan akan hancur sebagaimana tanpa DAP atau PKR.

Yahya juga yakin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar perkara ini.

Jurunikah

Beliau manamakan Anwar sebagai 'jurunikah' PAS dan DAP dan seterusnya membentuk Pakatan Rakyat.

Melalui gabungan ini, Yahya yang pernah menjadi menteri Sabah, Pengurus Besar SEDC Sabah yang pertama dan lain-lain jawatan itu yakin, Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin, kerusi Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja. Pakatan sudah akan menang melalui kerusi-kerusi di Semenanjung sahaja," kaya Yahya.

Beliau yang mengumumkan tindakan keluar Umno minggu lalu memberi jaminan akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan jaringan hubungan yang ada untuk membantu PAS khasnya menyertai kabinet Sabah selepas pilihan raya umum nanti.

Sehingga kini, PAS belum mempunyai Adun di tiga negeri iaitu Melaka, Sabah dan Sarawak.

Yahya yakin, PAS bukan sahaja akan ada wakil dalam DUN Sabah selepas pilihan raya umum akan datang tetapi beliau akan memastikan wakil PAS akan ada dalam Kabinet Sabah.

Menurut Yahya, PAS akan menang paling kurang dua kerusi DUN Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, beliau terlibat secara langsung dalam kedua-dua kerusi yang bakal ditandingi PAS itu sejak dari dahulu lagi.

PAS Sabah dijangka akan bertanding 11 kerusi DUN dan beberapa kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum nanti.

"Sikap dan peranan pemimpin PAS ini sangat penting untuk menjadi penentu arah perjalanan kerajaan negeri.

"PAS sudah biasa jadi kerajaan dan biasa jadi pembangkang. Oleh itu, dia akan berani membuat apa-apa teguran yang perlu jika sesiapa saja membuat salah," katanya.-harakahdaily

Isu Pengerang: Penduduk hidu bau aneh

Posted: 08 Oct 2012 10:38 PM PDT

Kelibat kapal dipercayai punca bau gas asli dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Rabu lalu.

PENGERANG: Gabungan NGO Pengerang mendakwa penduduk Kampung Jawa dan Sungai Kapal  dan Batu Mas terhidu bau aneh yang disyaki sebagai bau gas asli.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan bau tersebut cuma semakin hilang pada pada jam 6 petang Rabu lalu.

Selepas membuat penyiasatan, ahli-ahli Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang mendapati penduduk di Kampung Jawa, Kampung Batu Mas dan Pekan Sungai Kapal terhidu bau aneh tersebut.

Menurut penduduk, mereka ternampak sebuah kapal yang berhenti di luar persisiran pantai Kampung Jawa, pada masa yang sama angin meniup ke arah barat daya, menyebabkan kapal tersebut disyaki sebagai sumber bau tersebut.

Beberapa orang pekerja penambakan Syarikat Dialog Group Berhad juga berkata, kira-kira jam 1.30 petang hari tersebut terdapat sebuah ambulan hospital swasta telah keluar dari tempat penambakan.

Pihak berkuasa, terutamanya Jabatan Laut perlu membuat penyiasatan terhadap bau aneh tersebut untuk mengetahui sama ada sumbernya adalah dari persisiran Sungai Kapal atau dari tempat lain.

Pengerusi Gabungan NGO Pengerang Anis Anifah berkata, sejak projek penambakan Dialog Group Berhad di persisiran Sungai Kapal, terdapat banyak khabar angin bahawa kerap berlaku kemalangan industri sehingga ada yang meragut nyawa pekerja.

Beliau mendakwa, kemalangan terakhir meragut nyawa projek penambakan ini berlaku pada bulan Julai yang lalu.

"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu bertanggungjawap terhadap apa yang berlaku di kawasan penambakan, di mana penjelasan terhadap perkara ini terutamanya terhadap penduduk amatlah diperlukan untuk mengelakkan khabar angin terus tersebar, sehingga menyebabkan panik di kalangan penduduk", katanya.

Maruah Utusan Tercampak Ke Tong Najis Kerana Niat Jahat Ubah Cerpen Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok. Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008. Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil. Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil. Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia. Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat. Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa. "Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya. "Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu. "Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok. " Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya. Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal. "Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil. Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.

Posted: 08 Oct 2012 06:13 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok.

Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.

"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok.

" Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.

Mahathir Dah Lupa Beliau Dah Lama Bersihkan Nama Soros

Posted: 08 Oct 2012 06:11 PM PDT


KELAB GREENBOC

George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyelar dakwaan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyifatkan undi kepada pembangkang seperti memberi undi kepada penyangak mata wang antarabangsa berketurunan Yahudi, George Soros.

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

"Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

"Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang "Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

"Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya.

Isu undi: Mahathir cemas, takut nasib serupa Gaddafi, Mubarak

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan.

"Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir.

"Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi keluarga bersama kekayaan mereka terjamin," katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, tuduhan Mahathir bahawa mengundi Pakatan Rakyat umpama menyokong George Soros sebagai reaksi panik kerana takut penyelewengan dan pemusatan harta kekayaan dipersoal rakyat.

"Tuduhan (undi Pakatan bermakna undi Soros) adalah percubaan untuk melepaskan diri dan bersiap sedia untuk 'menyerang' seperti dulu," katanya.

"Sekarang apa yang lebih utama, kita ingin mendesak satu (tribunal) siasatan ditubuhkan untuk menyiasat semua anugerah projek kepada anak-anaknya. Tidakkah dia sedar, tindakan itu boleh menyebabkan Malaysia bankrap?" soal Izzah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, Mahathir hipokrit kerana berdiam apabila menerima dana dari Open Society Institute (OSI) yang dimiliki Soros.

"Dr Mahathir hipokrit. Kalau Soros bantu, dia akan diam. Bila Soros tak respon (permohonan biaya dana), dia melenting. Dalam sekelip mata dia menuduh Soros menjadi dalang (kerosakan ekonomi)," kata Yusmadi ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Yusmadi, Soros lebih objektif dalam gerakan keamanan antarabangsa, berbanding Mahathir yang pura-pura menjadi jaguh menentang jenayah perang, hakikatnya takut dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat.

"Dr Mahathir pentingkan diri sendiri. Dia hanya bercakap atas kepentingan dan agendanya sahaja. Dia tidak memikirkan hal negara dan rakyat.

"Ini hanya percubaan serangan seperti mana dahulu. Dia tidak sedar bahawa NGO (diterajui) anaknya sendiri (Marina Mahathir) menerima dana OSI," kata Yusmadi merujuk pertemuan dua kapitalis itu di Kuala Lumpur pada 2006.

Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, jika Mahathir berprinsip, pasti dia akan menyelar tindakan anaknya kerana pernah menerajui Majlis AIDS Malaysia yang mendapat dana OSI.

"Saya sendiri hadir ke program penerangan tentang polisi menangani isu dadah Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Mengapa (Mahathir) tak persoal?" kata Yusmadi.

Dr M clears Soros of '97

LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has accepted that George Soros is not to be blamed for the 1997 Asian financial crisis.

Dr Mahathir, who once called Soros a moron, said: "Soros said he was not personally involved in the devaluing of the Malaysian currency and that the devaluing was done by other traders. I accepted that.

" He was speaking to reporters after a one-hour meeting with Soros at a five-star hotel here.

Dr Mahathir was asked whether he had forgiven Soros and changed his perception of the man.

"It has certainly changed. That is why I talked to him. It is not a question of forgiveness.He didn't do it. I accepted that he didn't do it. That's all.

" MEETING OF MINDS: Dr Mahathir and Soros at the press conference after their private meeting at a leading hotel in Kuala Lumpur on Friday.

Asked whether his earlier opinion of Soros was formed because he didn't have the right information, Dr Mahathir said: "I read about it in the press. I had no personal meeting with him.

" Dr Mahathir, who recently had a heart attack, was a picture of health when he arrived at 10.

55am for the meeting, while Soros, who was staying in a nearby hotel, arrived 10 minutes later.

Dr Mahathir and Soros seemed at ease as they sat next to each other on a sofa at the presidential suite of the hotel.

During the press conference, Dr Mahathir helped translate what was said in Malay into English so that Soros would understand.

The former premier described their discussion as very good and said they shared the view that war was not the solution to problems, and that root causes in the Israeli-Palestinian crisis should be tackled.

Asked the reason for the meeting, Soros said: "We had exchanged correspondence. Dr Mahathir is interested in promoting peace in the world. I felt that the idea of getting people to renounce war is not enough.

"We are both concerned about the future of civilisation.

" During the meeting, they also cleared the air over Dr Mahathir being labelled anti-Semitic following press reports during the 1997 financial crisis which highlighted his criticism against Soros, who is Jewish.

Dr Mahathir said he was not anti-Semitic and believed that if anybody did something wrong, everyone had the right to criticise that person regardless of race and such.

However, they did not touch on currency speculators during the meeting. Dr Mahathir and Soros do not share similar views on the matter.

Dr Mahathir said he was still concerned about currency speculators destroying the economies of poor countries.

"I am still against it. I don't think there is a need for such actions in order to make correction," he said.

Soros, however, said authorities should decide how the market functions, whether under capital control or under certain conditions, while speculators act according to prevailing rules.

"Knowing the market, sometimes it's appropriate to impose some restrictions on capital movement. The way things are right now is that the markets find ways to adjust themselves," he said.

"There is a danger of excessive capital movement because financial markets are inherently unstable. It is the role of the authorities to maintain stability.

" Currently, he said, the authorities were doing a good job.

Soros also said he believed the financial authorities made the mistake of pegging the ringgit for too long, creating a lot of financial distress but after the exchange rate was adjusted and capital control imposed, the damage that Malaysia suffered was reduced.

Asked to comment on Malaysia's currency management now, he said: "I'm no longer active in the financial market. I can't answer that question." Thestar(16/12/2006

Projek kawalan udara: KEADILAN persoal hubungan Enav-Selex

Posted: 08 Oct 2012 05:29 PM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPUR : KEADILAN bimbang hubungan niaga antara Enav S.p.A, perunding lantikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi projek Air Traffic Modernization System (ATMOP) dengan Selex Sistemi Integrati (Selex) mencetuskan konflik kepentingan.

Perkara tersebut disuarakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, DCA pada 3 Oktober lalu menganugerahkan surat tawaran kepada Enav sebagai perunding untuk tingkatkan tahap komunikasi pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitar.

"Dalam kenyataan media 11 Mei 2009, Enav dan Selex (umumkan) kerjasama untuk tembusi pasaran antarabangsa dalam perkhidmatan kawalan trafik udara.

"Klausa 29.1 surat perjanjian DVA dan Enav nyatakan perunding perlu patuhi undang-undang negara termasuk dalam soal perolehan.

"Bukankah Enav akan berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara?" soalnya.

Izzah berkata, klausa 33.1 perjanjian juga melarang perunding terlibat dalam perniagaan di Malaysia secara langsung atau tidak bercanggah dengan tugas perunding.

"Adakah hubungan Enav dan Selex secara tidak langsung melanggar klausa itu?" soal beliau lagi.
Sebelum ini, beliau membuat beberapa pendedahan mengenai masalah sistem kawalan trafik udara Lapangan Terbang Subang yang dibangunkan Selex dan Advanced Air Traffic Systems (AAT).

AAT dimiliki  anak bekas  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis.

21 September lalu, fungsi radar dan radio di Lapangan Terbang Subang tergendala dari 2 pagi hingga 4 pagi menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan sistem kawalan udara diserahkan kepada negara jiran.

"Dengan rekod prestasi (buruk) Selex serta hubungan Enav-Selex, apakah langkah yang akan diambil DCA untuk pastikan pelbagai masalah pada sistem kawalan trafik udara Lapangan Terbang Subang tidak berulang di KLIA2?" soal Izzah lagi.

Bapa Saudara Sultan Sertai Pas

Posted: 08 Oct 2012 05:27 PM PDT

MSO

Minggu lepas saya ada membuat posting di blog MT ini seorang kerabat Di-raja sebuah negeri di Pantai Timur akan menyertai Pas. Bayangan itu terjawab kini apabila semalam Tengku Seri Peduka Raja Tengku Ibrahim dikenali dengan nama Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai Pas. Tengku Paduka yang juga bapa saudara Sultan Terengganu, Sultan Mizan menyerahkan borang penyertaan itu kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz dalam satu majlis parti di Jabi, Terengganu.

Penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan semangat baru kepada Pas Terengganu. Tengku Paduka pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Terenggu untuk kerusi Tanggol 1990 - 1995 yang dimenanginya atas tikit parti Semangat 46.

Menurut sumber di raja Tengku Paduka dikatakan tidak berhajat untuk menyertai pilihan raya akan datang tetapi penyertaannya memberi sokongan kepada Pas untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

Sementara itu seorang lagi kerabat di raja Terengganu, Raja Bahrin Shah sudah pasti akan menyertai pilihan raya akan datang. Kerusi yang disebut-sebut akan ditandingi ialah kerusi parlimen Kuala Terengganu. Bagaimana pun tidak pasti apakah beliau akan bertanding atas tikit Pas atau pun PKR?

Sudah pasti dengan penyertaan kedua kerabat di raja ini yang menyokong Pakatan Rakyat menyebabkan ada orang tambah sakit telinga di negeri penyu menangis itu.

Kenapa Zahid Hamidi Perlu Takut

Posted: 08 Oct 2012 05:23 PM PDT

MSO

Kalau Zahid Hamidi yakin bahawa tidak ada penyelewengan dan rasuah dalam pemnbelian kapal selam Scorpone kenapa beliau perlu takut dengan penjelasan peguam Perancis, William Bourdon dan perlu menghalangnya dari datang ke negara ini? Sebagai menteri yang kelihatan mempunyai integriti Zahid seharusnya mengalu-alukan kedatangan peguam berkenaan bukan cuba mempertikaikannya.

Tidak perlu Zahid memutar kata dengan menganggap kedatangan Bourdon itu sebagai campur tangan atau demi kepentingan politik pembangkang. Apa yang penting rakyat mahu tahu penjelasan apa-apa dapatan atau analisa peguam itu terhadap skandal berkenaan kerana ia hak rakyat dan umum mengetahuinya.

Sekiranya Zahid Hamidi merasakan tidak ada penyelewengan dan menteri pertahanan sebelum ini, ketika kapal selam itu dibeli bersih dan putih, kenapa perlu bimbang dan walang, biarlah peguam itu memberi penjelasan ataupun menteri pertahanan itu dipanggil ke mahkamah.

Kita sama-sama penjelasan berkenaan, kita ada otak boleh menilai sendiri apakah penjelasan itu rekaan atau satu hakikat. 

Apa juga kemungkaran dan kejahatan tidak boleh disembunyikan. Betapa ia disusuk akhirnya ia akan menanah dan berdarah juga dari dalam kemudian akan pecah. Begitu juga dengan kebenaran itu akan menjelma juga satu hari nanti kalaupun tidak hari ini tetapi esok, lusa dan beberapa tahun akan datang akan diketahui juga. Memang fitrah begitu kemungkaran itu akan ditenggelami oleh kebenaran.

Cara Zahid memberi pandangan berhubung jemputan Bourdon oleh pihak tertentu itu seakan beliau cuba ingin melindungi bosnya saja. Bagaimana pun pelik sedikit, dalam masa sama beliau menjelaskan skandal itu berlaku bukan di zamannya menjadi menteri pertahanan. Apakah motif pernyataan itu?

Khatib ingin mengingati Zahid dan diri khatib sendiri, bukan sesuatu yang baik melindungi seorang penjenayah walaupun dia kawan sekalipun. Islam tidak mengajar demikian.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan sekiranya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya menunjukkan bahawa Islam tidak ada tolak ansur di dalam soal sesiapa berbuat salah. Rasanya sebagai seorang pelajar kolej Islam, rasanya Zahid arif mengenai patah-patah kata Rasulullah itu.

Menuduh Anwar Ibrahim ada kepentingan politik atas pelawaan Bourdon itu, kata-kata itu membidas ke atas batang hidung Zahid sendiri. Apabila Zahid juga mempertahankan seseorang yang mungkin dianggap bosnya, apakah itu bukan dibuat atas kepentingan politik (dirinya)?

Kita tidak nampak kedatangan peguam itu untuk memburukkan negara dan imej PM seperti tanggapan Zahid. Walhal penjelasan itu nanti demi menjaga maruah negara dan imej perdana menteri sendiri. Selagi isu itu tidak dijelas dunia akan menganggap Malaysia mempunyai skandal rasuah terbesar dan perdana menterinya kini, Najib Razak berada di bawah belenggu skandal dan jenayah paling huduh.

Kepada Zahid bertindaklah dengan waras dan jangan sesekali mengulangi beberapa kali, beberapa tindakan politik anda yang kelas budak-budak Keadilan yang menghidap kudis di atas tengkok.

Malaysia "Pakar Perangi Rasuah"? Tahniah…Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

Posted: 08 Oct 2012 05:16 PM PDT

Staff Berita Semasa

Rasuah di Malaysia Malaysia Pakar Perangi Rasuah? Tahniah...Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

Apapun tahniah kami ucapkan ketika membaca sahaja keratan akhbar semalam di Berita Harian, memaparkan pujian demi pujian diterima oleh beberapa delegasi luar terhadap prestasi Malaysia dalam menangani gejala rasuah di Malaysia. "Yang terharunya" ramai yang nak belajar dan ikut amalan Malaysia. Hebat….

Sekarang ini, kita boleh melihat pelbagai siasatan & dakwaan berkenaan dengan kes rasuah di Malaysia :

Jika dalam keadaan dan tahap sekarang ini pun negara Malaysia sudah diangkat dan dipuji melambung seperti ini, kami merasakan jikalau kerajaan Malaysia berbesar hati membuka semula kes siasatan bagi skandal pembelian Scorpene dan kes pembunuhan gadis Mongolia ini, pastinya lebih ramai negara akan membuka mata melihat "keberanian" dalam membentung gejala rasuah di Malaysia ini…..Sekurang-kurangnya menambah satu lagi potfolio kejayaan kerajaan Malaysia termasuklah melibatkan SPRM.

"Bukanlah lebih baik begitu?"

Malangnya apa yang berlaku sekarang ini? Negara asing pula yang lebih berminat dengan pengendalian kes yang sarat dengan  elemen rasuah, skandal hubungan dengan gadis model Mongolia ini dan juga pembunuhan. Apa yang boleh kami katakan, memalukan.

Di mana SPRM dan pihak-pihak yang bertanggungjawab daripada Malaysia ketika ini?

"Bukan tak minta SPRM membuka semula kes ini, ada. Tetapi SPRM tidak berminat untuk meneruskannya. "

Hierarki mahkamah Perancis meletakkan bukti yang dikemukakan & yang diperolehinya cukup membolehkan kes skandal Scorpene ini dibuka semula dan diteruskan untuk siasatan yang lebih mendalam. Itu sebablah, kes skandal Scorpene ini dibuka semula pada 16 Mac 2012 oleh Mahkamah Perancis, tetapi sehingga ke hari ini tiada satu pun laporan berita terpampang di laporan berita mereka. Adakah mereka lebih berminat dengan berita _________ & berita berbentuk sebegini ___________. Entahlah, tak sanggup kami menulisnya.

"Sedangkan inilah antara kes rasuah di Malaysia paling "hebat" ketika ini. Tetapi hakikatnya?"

Apatah lagi cara kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu ini pun diberhentikan secara tiba-tiba sehingga menimbulkan banyak tanda tanya daripada jawapan yang sedia ada. Sehingga sekarang rakyat Malaysia masih lagi tidak menemui jawapan bagi persoalan seperti:

  1. Apa motif pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu oleh 2 orang UTK yang menjadi "bodyguard" kepada Datuk najib semasa menjadi TPM sebelum ini? Sedangkan Altantuya hanya seorang penterjemah…
  2. Siapa yang bagi arahan sehingga membolehkan Bom C4 yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya dibawa keluar daripada simpanan Kementerian Pertahanan Malaysia?
  3. Siapa yang arah rekod keluar masuk Altantuya ke Malaysia dipadamkan?
  4. Lagi?

Sedangkan terdapat bukti yang menunjukkan semasa pembelian kapal selam Scorpene ini:

  • Bayaran komisen telah diberikan kepada syarikat Perimeker sebanyak RM500 juta
  • Dan…..terdapat bayaran yang diberikan kepada syarikat Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong sebanyak RM142 juta
  • Kedua-dua syarikat ini didakwa ada kaitan dengan Razak Baginda
  • Jumlah kedua-dua komisen adalah berjumlah RM642 juta. Berapa banyak projek pembangunan yang dapat dilakukan dnegan duit sebanyak ini? Erm…..

Hakikatnya Perimeker tiada pengalaman langsung dalam urusan pembelian atau perolehan kapal senjata di mana-mana di dunia. Macam mana tu? Bertambah teruk lagi apabila siasatan setakat ini mendapati syarikat Terasasi telah menjual dokumen rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada syarikat di Perancis. Bagaimana boleh terbongkar maklumat ini?

Apabila pejabat syarikat Talis di Perancis telah disita dan pihak yang bertanggungjawab menemui dokumen sulit milik TLDM yang telah diberikan oleh syarikat Terasasi. Jelas setakat ini?

Sayang seribu kali sayang, negara asing pula yang mengadili & membuat siasatan kes yang melibatkan wang rakyat Malaysia wang kita semua bagi mencari kebenaran disebalik skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Sedangkan ia institusi awam di Malaysia yang sepatutnya bertindak melakukannya. Dah "terbalik" sekarang ini…..

Bajet BN rendah punca ekonomi negeri Pakatan terbantut – Khalid

Posted: 08 Oct 2012 05:08 PM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Bajet 2013 BN gagal memberi jawapan berhubung penyelesaian masalah di beberapa negeri yang mengalami pertumbuhan ekonomi rendah termasuk yang ditadbir Pakatan Rakyat.

 Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasil perancangan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2010 tidak meningkatkan perkembangan ekonomi di negeri yang mencatat pertumbuhan rendah.

"Contohnya, walaupun ada pelaburan besar di Kedah terutama di Langkawi pada 2005 hingga 2010, kesan keseluruhan kepada negeri itu sendiri tidak besar.

"Kita juga dapati ada jurang pendapatan (antara negeri) yang tidak dapat diselesaikan," katanya pada sesi perbahasan Bajet BN di Parlimen, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, satu kaedah baru dan perubahan struktur peruntukan perlu dibuat agar belanjawan negara dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.

Beliau mengambil contoh Australia dan Kanada yang mengamalkan 'formula kesamarataan' (equalisation formula) dalam merangka belanjawan negara agar pembangunan negara dibuat menyeluruh dan lebih saksama.

"(Antaranya) Kerajaan Pusat beri peruntukan lebih dari segi pembangunan kepada negeri yang pendapatan per kapitanya rendah dan pertumbuhannya tidak stabil," katanya.

Kata Khalid, penyelesaian pembangunan ekonomi Malaysia untuk lima tahun akan datang tidak bergantung penuh kepada pelabur luar, sebaliknya pembangunan dalam negeri.

"Apatah lagi pertumbuhan ekonomi dunia sangat lembap ketika ini dan pembangunan dalam negeri menjadi sangat penting.

"Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) terlalu tumpu kepada pelaburan di Lembah Kelang…(sebab) Selangor dan Wilayah Persekutuan beri hasil lebih 40 peratus kepada (pendapatan) negara," katanya lagi.

Jelas Khalid, jika negeri lain tidak dibangunkan dengan teratur, pertumbuhan menyeluruh tidak akan berlaku dan negara tidak akan mencapai ke tahap yang diinginkan.

"(Contohnya) Pembangunan infrastruktur dari Kuching hingga Kota Kinabalu yang ada dalam Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat tunjukkan keupayaan untuk ubah struktur peruntukan perbelanjaan agar dapat memangkin pembangunan negara," katanya.

Dasar gaji minima BN masih belum selesai- Abdullah Sani (Oleh: Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 8 Oktober: Dasar gaji minima RM900 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin hanya dapat dilaksana pada 2014, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Ini kerana katanya, dasar berkenaan yang akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2013, memerlukan tempoh percubaan selama enam bulan dan perlu dibawa semula ke Majlis Gaji Minima Negara. Menyifatkan dasar itu masih belum selesai, beliau berkata, kerajaan juga tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian mengarahkan majikan menetapkan dasar gaji minima tersebut. "Akhirnya gaji minima akan 'terkapai'. (Masalah) Ini turut melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak," katanya dalam perbahasan Belanjawan 2013, hari ini. Sebaliknya, kata beliau, dasar gaji minima Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 lebih munasabah apabila mengguna peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kakitangan kerajaan. Manakala baki kenaikan gaji kakitangan swasta pula akan ditampung Kementerian Sumber Manusia melalui peruntukan RM2 bilion. "Industri Kecil Sederhana (IKS) akan dibantu kerajaan daripada tabung khusus, seperti diumum Datuk Seri Anwar pada 26 September 2011. Jadi syarikat kecil tak perlu melatah," ujar beliau. Katanya lagi, dasar gaji minima Pakatan berupaya menghapuskan 84,000 keluarga miskin tegar dan meningkatkan pendapatan dari RM300 kepada RM550 sebulan "Kalau kerajaan nak meningkatkan kadar pendapatan isi rumah, isu ini perlu ditangani secara serius," tegas Abdullah. Beliau turut membidas penguatkuasaan kerajaan yang lemah apabila mengabaikan Akta Kerja 1955 terhadap pekerja asing yang bekerja lebih lapan jam di sektor perkhidmatan. "Difahamkan ada 3.8 juta pekerja asing di Malaysia tak termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Ini punca persaingan tidak sihat," ujarnya.

Posted: 08 Oct 2012 05:06 PM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR Dasar gaji minima RM900 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin hanya dapat dilaksana pada 2014, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Ini kerana katanya, dasar berkenaan yang  akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2013, memerlukan tempoh percubaan selama enam bulan dan perlu dibawa semula ke Majlis Gaji Minima Negara.

Menyifatkan dasar itu masih belum selesai, beliau berkata, kerajaan  juga tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian mengarahkan majikan menetapkan dasar gaji minima tersebut.

"Akhirnya gaji minima akan 'terkapai'. (Masalah) Ini turut melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak," katanya dalam perbahasan Belanjawan 2013, hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, dasar gaji minima Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 lebih munasabah apabila mengguna peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kakitangan kerajaan.

Manakala baki kenaikan gaji kakitangan swasta pula akan ditampung Kementerian Sumber Manusia melalui peruntukan RM2 bilion.

"Industri Kecil Sederhana (IKS) akan dibantu kerajaan daripada tabung khusus, seperti diumum Datuk Seri Anwar pada 26 September 2011. Jadi syarikat kecil tak perlu melatah," ujar beliau.

Katanya lagi, dasar gaji minima Pakatan berupaya menghapuskan 84,000 keluarga miskin tegar dan meningkatkan pendapatan dari RM300 kepada RM550 sebulan

"Kalau kerajaan nak meningkatkan kadar pendapatan isi rumah, isu ini perlu ditangani secara serius," tegas Abdullah.

Beliau turut membidas penguatkuasaan kerajaan yang lemah apabila mengabaikan Akta Kerja 1955 terhadap pekerja asing yang bekerja lebih lapan jam di sektor perkhidmatan.

"Difahamkan ada 3.8 juta pekerja asing di Malaysia tak termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Ini punca persaingan tidak sihat," ujarnya.

Bank Negara rugi RM30 bilion angkara Menteri?

Posted: 08 Oct 2012 04:59 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilion akibat skandal matawang oleh spekulator tempatan.

"Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam," demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

"Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,"

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, Tan Sri Nor dikenal pasti sebagai watak utama dalam menguruskan urusniaga matawang untuk Bank Negara ketika itu dengan pertaruhan besar.

"Ia melibatkan beratus-ratus juta Dolar Amerika untuk setiap lot pertaruhan dan sehingga kini beliau enggan menjelaskan penglibatan beliau atau mengapa beliau memperjudikan dana negara dengan begitu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia."

Dalam perkara yang berkaitan, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan melindungi spekulator matawang Malaysia seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?

"Lebih teruk lagi, Kerajaan BN bukan sahaja gagal menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar atau menuntut kebertanggungjawaban sepenuhnya, tetapi telah menaikkan pangkat spekulator mata wang forex seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada jawatan Menteri Kabinet." ujar beliau.

Tambahnya, kegagalan untuk menjelaskan kepada umum berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan BN hanya berpura-pura dalam komitmennya terhadap kebertanggungjawaban awam dan ketelusan.- Roketkini.com

Indeks persepsi rasuah sudah lapuk, kata kawan UMNO

Posted: 08 Oct 2012 04:57 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Kecacatan yang terserlah malahan memalukan buat Malaysia dan SPRM telah pun 'diuruskan' dengan mengatur supaya anggota lembaga penasihat antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menimbulkan kesangsian ke atas Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index, CPI) Transparency International.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini mendakwa bahawa Dmitri Vlassis dimanipulasi supaya mengatakan bahawa  CPI Transparency International "sudah lapuk' dengan alasan bahawa ia tidak dapat menerangkan dengan tepat kompleksiti negara yang diberikan kedudukan", "tidak produktif" dan "tidak dapat digunakan sesiapa pun".

Vlassis merupakan anggota penasihat antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang merupakan ketua bagi Cawangan Rasuah dan Jenayah Ekonomi PBB (UNODC) yang dijemput dalam Persidangan dan mesyuarat agung Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) baru-baru ini.

Vlassis mengatakan setiap negara bertindak dengan cara berbeza menangani rasuah, maka negara itu hanya boleh dibandingkan dengan dirinya dan bukan negara lain.

"Akan tetapi, ketika membandingkan dengan dirinya dan bukan negara lain, hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah CPI TI 2011 merangkul kedudukan dan mata terendah Malaysia dalam tempoh 17 tahun,

"Ia menunjukkan bahawa gejala rasuah di bawah pemerintahan Najib lebih teruk jika dibandingkan dengan lima tahun di bawah Tun Abdullah dan 22 tahun di bawah Tun Mahathir!" ujar beliau

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata kenyataan Vlassis amat mengejutkan apabila meminta rakyat Malaysia mengabaikan CPI TI 2011 pada tahun ke-17 terburuk Malaysia dengan kedudukan teruk di nombor 60 dan mata terendah 4.3.

"CPI TI 2011 yang dikeluarkan Disember tahun lepas sebenarnya adalah 'kad laporan' antarabangsa terburuk Malaysia berkaitan rasuah, dalam tempoh 17 tahun semenjak CPI TI tahunan diperkenalkan."

Menjelaskan kedudukan sebenar, Kit Siang mengimbas kembali tahun 2004 apabila Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meminggirkan laporan CPI TI apabila beliau mengumumkan Pelan Integriti Nasional dengan sasaran lima tahun untuk menambahbaik indeks CPI Malaysia.

Menyimpulkan situasi yang berlaku, Kit siang meluahkan rasa bimbang beliau apabila samada Najib atau SPRM seolah tidak bimbang terhadap keadaan Malaysia yang ketinggalan jauh dari negara-negara lain membanteras jenayah rasuah dalam tempoh 17 tahun.

"Malaysia bukan sahaja gagal untuk mencapai sasaran CPI TI sekurang-kurangnya tempat ke-30 dan 6.5 mata pada 2008, malah kedudukan kita kini dua kali ganda pada nombor 60 dengan mata paling rendah 4.3 dalam CPI TI 2011," ujar Kit Siang. – Roketkini.com

ALHUSSEYN

Posted: 09 Oct 2012 03:12 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:12 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Alahai mangkuk !

Posted: 09 Oct 2012 05:03 AM PDT

Mangkuk ni bila menyalak dan menyondol saling tak tumpah macam Asang Jati. 

Dia menyalak di satu seminar dakwah nasional di di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini di sini.

Hello Hospital Bahagia Tanjung Rambutan..... ada kosong lagikah?

Posted: 09 Oct 2012 03:11 AM PDT

Hari ini Dr Mahathir mengaku, "...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?"

Dia berkata begitu sebagai alasan untuk mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an. Baca di sini 

Nak buat macam mana bila dah ngaku nyanyuk? Elok dimasukan ke Hospital Bahagia Tanjub Rambutan sebelum  buat perkara yang tidak karuan.

Maka , tidak ada sebab lagi bagi mereka yang tukang ampu teloq Mahathir marahkan Tony Pua kerana memanggil bekas perdana menteri seorang yang nyanyuk sebab Mahathir pun dah akui sendiri. 

Pua merujuk kepada Dr Mahathir sebagai nyanyuk kerana mengatakan undi untuk pembangkang adalah undi untuk jutawan spekulator kewangan, George Soros. 

Pua berkata bahawa Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam dunia hari ini dan mengingatkan bahawa mantan PM itu sendiri pernah meminta bantuan Soros untuk Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Perasmian Pasar Saidina Ali, Kok Lanas

Posted: 09 Oct 2012 01:51 AM PDT


YAB. Tuan Guru Menerima Kunjungan Dari Dato' Seri Nazri Aziz

Posted: 09 Oct 2012 01:47 AM PDT






13,052,274 pemilih sehingga 16 Ogos lalu

Posted: 09 Oct 2012 01:46 AM PDT

Majlis Perletakan Batu Asas Bandar Baru Dabong&Perasmian Pjbt KPK

Posted: 09 Oct 2012 01:43 AM PDT
















Ceramah Perdana

Posted: 09 Oct 2012 01:39 AM PDT

Janji Bandar Baru Dabong jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 01:10 AM PDT

KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya.

Gerak Kerja pilihanraya DPPKM bagi Dun Temangan

Posted: 09 Oct 2012 01:10 AM PDT















































Dakwaan makin karut elak BN kalah PRU13

Posted: 09 Oct 2012 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan mengambil cara berfikir Tun Dr Mahathir Mohamad, mengundi Barisan Nasional (BN) bermakna mengundi syaitan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dr Mahathir mendakwa, undi untuk pembangkang adalah undi untuk (George) Soros.

"Dengan mengambil cara beliau berhujjah, mengundi BN beermakna mengundi syaitan sebab Dr Mahathir sendiri yang kata sebelum ini bahawa Umno BN adalah syaitan yang orang kenal," katanya.

Mahfuz menyifatkan dakwaan bekas Presiden Umno itu membuktiikan betapa terdesaknya Umno BN untuk memastikan segala jenayah dan salah laku mereka dapat disembunyikan terus dari rakyat.

"Mereka akan membuat dakwaan demi dakwaan karut untuk memastikan Umno BN tidak kalah dan kehilangan kuasa dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

"Kalah adalah sesuatu yang amat mereka takuti kerana jika Umno BN kalah, banyaklah jenayah dan salah laku mereka yang akan terbongkar dan tidak dapat disembunyikan lagi dari rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, taktik menggunakan Yahudi untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu adalah skrip lapuk yang diulang-ulang oleh Umno.

"Itulah yang dilakukan dari dahulu lagi. Selepas itu, Umno sendiri yang berganding bahu dengan yahudi dan memohon petunjuk mereka," katanya.

Zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kata beliau, firma Yahudi, Saatchi & Saatchi dijadikan tempat bergantung Umno BN dalam usaha untuk mencipta dakyah-dakyah supaya terus berkuasa.

"Hari ini, zaman (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jadi Perdana Menteri, berpuluh juta wang rakyat digasak untuk memohon petunjuk dari Yahudi-Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide," katanya.

Bagi Mahfuz, Umno BN tidak sepatutnya terus menuduh tanpa sebarang siasatan yang adil dan telus.

"Jangan hanya tuduh Suaram terima dana Soros. Buatlah siasatan yang diiktiraf adil dan telus oleh semua pihak untuk membuktikan tuduhan itu.

"Tetapi, jangan siasat Suaram sahaja. Siasat juga pendedahan Suaram tentang unsur-unsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene dengan siasatan yang diiktiraf adil dan telus oleh semua pihak," katanya.

Bagi Mahfuz, jika benar sekalipun mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) menerima dana dari Foundation Open Society yang dikaitkan dengan Soros, mereka tidak patut diburu seperti penjenayah selagi mereka tidak mengikut telunjuk pihak penyumbang dana.

"Orang PAS ramai yang terima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) daripada kerajaan Umno BN.

"Tetapi mereka tetap undi PAS atau PR (Pakatan Rakyat) dan PAS juga tidak menghukum mereka kerana menerima BR1M selagi mereka tidak menjadi budak suruhan Umno BN," katanya.

Ahli-ahli dan penyokong PAS atau PR yang menerima BR1M tidak menjual maruah mereka seperti yang dilakukan oloeh kerajaan Umno BN kepada Apco, kata Mahfuz lagi.

"Kerajaan Umno BN gasak duit rakyat berpuluh juta ringgit untuk membayar kepada Apco semata-mata untuk menjadi pak turut Apco.

"Apa yang Yahudi Zionis dalam Apco suruh buat, mereka buat," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, dengan sinis kartunis terkenal, Zunar menulis dalam ruang Facebooknya bahawa "tak mustahil satu hari mereka buat cerita bahawa idea-idea kartun saya juga dikasi oleh Soros!"

Permainan Badminton ikatan ukhwan DPPKM Bersama Pemuda Dun

Posted: 09 Oct 2012 12:58 AM PDT


















'Tak boleh di dalam, depan stadium kita himpun'

Posted: 09 Oct 2012 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalau tak bagi buat 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' dalam stadium, kita akan buat di hadapan stadium, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menolak permohonan untuk mengadakan himpunan tersebut di situ.

"Tidak ada masalah kalau pihak stadium tolak permohonan kita atas alasan hendak baiki bumbung.

"Kita hendak buat perhimpunan itu bulan Januari depan dan pada 3 November ini kita anjurkan dahulu perhimpunan pelancaran untuk perhimpunan di Stadium Bukit Jalil itu," kata beliau sambil menjangkakan masih sempat kerja memperbaiki bumbung itu diselesaikan.

Perhimpunan pelancaran pada 3 November ini, kata Mohamad, akan diadakan di Negeri Sembilan di tempat yang akan diberitahu kelak.

Akhbar The Sun hari ini melaporkan, pengurusan Stadium Nasional dijangka akan menolak permohonan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran yang merupakan penerusan kepada perhimpunan-perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.

Menurut akhbar itu, Perbadanan Stadium Malaysia (MSC) yang menguruskan stadium tersebut tidak dapat memproses permohonan PR itu kerana kerja-kerja memperbaiki bumbung yang berterusan di stadium tersebut.

"Pihak pengurusan baru-baru ini menerima permohonan untuk mengadakan perhimpunan dari wakil PAS.

"Bagaimanapun, permohonan itu dan juga (permohonan) dari penganjur lain tidak mungkin dapat dipenuhi kerana kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan di sini," akhbar tersebut memetik sumber stadium itu.

Menjelaskan mengenai perhimpunan itu, Mohamad berkata, ia bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Malah, kata Mohamad, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media utama sedangkan pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ketika mengendalikan himpunan 28 April lalu itu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, kita akan berhimpun lagi tidak kira di dalam atau di hadapan stadium Bukit Jalil," katanya.

Pengikut