Selasa, 21 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 21 Jan 2014 03:12 PM PST

Masih akan terbelakah maruah pekerja Islam?

Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.

Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.

Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Pada pagi Ahad 19 Januari, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru), sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menziarahi Cikgu Choy yang menetap sementara di rumah keluarga angkatnya di Kota Tinggi untuk mendengar sendiri kisah yang dilalui oleh guru muda itu.

Rombongan disambut dengan ceria oleh Cikgu Choy dan keluarga angkatnya. Dalam pertemuan ringkas itu, kami mendengar luahan hati Cikgu Choy berkenaan kesnya yang kurang mendapat perhatian daripada pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.

AZAM BARU 2014

Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam.

Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.

Namun, Cikgu Choy meneruskan tekadnya bertudung. Pada hari berikutnya, beliau menerima reaksi yang sama.

Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi "nasihat" mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara "nasihat" beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan "nasihat" itu.

Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.

DIUGUT BUNUH

Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.

Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.

Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.

Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.

Pada petang 7 Januari itu juga, Cikgu Choy diminta hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh seorang Pegawai PPD. Maka Cikgu Choy berniat untuk berjumpa dengan Bapa Angkat Sekolah untuk mendapat pendapat beliau terhadap masalah yang baru ditimpa itu selepas perjumpaan dengan Pegawai PPD tersebut. Tiba sahaja di PPD, baru Cikgu Choy mengetahui bahawa pegawai PPD tersebut ingin memberi zakat peribadi kepada beliau. Pegawai PPD tersebut bertanya sama ada Cikgu Choy mempunyai masalah setelah memeluk agama Islam. Cikgu Choy menyatakan baru timbul masalah dengan penduduk Telok Sengat. Beliau menggunakan istilah "penduduk Kampung"  kerana masih tidak tahu mengajukan kepada siapa. Pegawai PPD tersebut mencadangkan untuk terus berjumpa dengan Timbalan PPD Kota Tinggi.

Dengan segera, Cikgu Choy berjumpa dengan Timbalan PPD dan memberitahu masalah yang dialami itu untuk mendapat pandangan Tuan Timbalan PPD.

Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.

Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 

Walaubagaimanapun, ugutan yang diterima tidak melemahkan semangat Cikgu Choy untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Beliau tidak merasa gusar dengan peristiwa yang berlaku, bahkan merasa bertuah kerana apa yang berlaku ini telah menjadikan keislamannya bukan lagi rahsia. Apa yang beliau bimbangkan bahawa tudungnya perlu dibuka telah dapat diatasi. Beliau masih boleh memakai tudung walaupun diugut.

Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang bertudung oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.

Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.

Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?

Adakah tudung seorang muslimah telah dianggap sebagai mengancam keselamatan di sekolah?

Siti Khadijah Salleh
Wartawan ISMA Johor

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 21 Jan 2014 01:20 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:20 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Blogger Sebagai Pendakwah?

Posted: 21 Jan 2014 08:00 PM PST

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka. 

Fungsi weblog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut. Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenali sebagai blogger. 

Bagi dakwah, "menguasai dunia" sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da'wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat anjal dari segi kaedah atau cara dakwahnya. 

Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan. Penggunaan teknologi maklumat dan komukmuasi (ICT) dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang kaedah dakwah di abad ini. 

Kecanggihan ICT kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi telah memungkinkan blog digunakan untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Justeru blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Wujud fenomena baru di dalam dunia ICT dikalangan generasi muda yang dipanggil weblog. Hampir dari kita semuanya sudah tidak asing lagi dengan blog atau weblog, contohnya Wordpress, Blogspot dan lain-lain. 

Apa itu Blog?
Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog. Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. 

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu sama ada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. 

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Malah ada yang menyebut 'maklumat adalah kuasa'.

Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan. 

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Blog boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat.

Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi(http: //www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi.

Malah hasil penelitian melalui laman alexa.com sebelum ini menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). ~harakahdaily



Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Harga laptop

Posted: 21 Jan 2014 03:44 AM PST

Harga laptop seperti halnya Harga Harga barang elektronik lainya mengalami perubahan yang fluktuatif. Perubahan ini sangat dipengaruhi oleh naik turunnya nilai rupiah terhadap dolar. Hal ini wajar karena laptop dan barang barang elektronik lainya adalah bukan produk asli buatan orang indonesia melainkan barang impor dari luar negeri yang dibayar dengan dolar. Jika dolar menguat, rupiah menurun maka Harga laptop akan naik begitu juga sebaliknya jika rupiah yang menguat dan dolar melemah maka Harga barang barang elektronik termasuk laptop dengan sendirinya akan mengalami penurunan.
akan menjadi beda ceritanya jika saja barang barang tersebut bisa di produksi di dalam negeri dengan bahan dan tenaga kerja serta teknologi dari negeri sendiri, maka Harga barang tersebut akan menjadi stabil tidak terpengaruh oleh naik dan turunnya nilai rupiah terhadap dolar amerika

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISU TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK : MOHON KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI.

Posted: 20 Jan 2014 10:01 PM PST

Pengikut