Ahad, 2 September 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi

Posted: 02 Sep 2012 12:25 AM PDT

BEAUFORT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.
 
"Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme.

"Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa," saran beliau.


(Ustaz Hadi bersama Datuk Seri Panglima Lajim dan lain-lain pimpinan Sabah)


(Pimpinan Pemuda PAS yang datang ke Sabah bergambar di lapangan terbang)


(Gambar kenangan di tapak program)

Janji Ditepati: Tanah dirampas, rumah diancam roboh

Posted: 02 Sep 2012 12:18 AM PDT

BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami.
 
PAS Batu Sapi yang menerima aduan penduduk kampung terbabit kini giat membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.

 
Yang Dipertuanya, Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin setempat terutama ahli Parlimennya yang tidak mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita minta rakyat buka mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah, inilah yang akan sentiasa berlaku.

"Tanah rakyat akan habis dirampas dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg. Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah beliau.

Penduduk di kampung berkenaan juga melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun, semuanya tinggal janji kosong.

Beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah akan turut memberikan komitmen bahawa PAS yang mewakili penduduk kampung bersedia berbincang dengan pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah itu.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rumah Terbuka PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Sep 2012 04:18 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dijemput semua untuk menghadiri Rumah Terbuka PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu 8 September 2012 bermula jam 11 pagi hingga 2 petang di Dataran Senawang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan Tamby di 019-2171942

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kes fitnah: AKSB saman Azmi Ali RM1 juta

Posted: 02 Sep 2012 01:55 AM PDT

KOTA BHARU: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk "Kelantan Misused RM600m in Loans" dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif.

Sambutan Merdeka jadi sambutan politik Umno BN

Posted: 02 Sep 2012 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun sepatutnya sambutan Hari Merdeka diraikan seluruh rakyat sengan mengenepikan segala perbezaan, namun perhimpunan "Merdeka 55: Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil kelmarin dilihat tetap dipolitikkan oleh BN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak gagal menonjolkan dirinya sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan itu sebaliknya lebih menunjukkan dirinya sebagai Presiden Umno.

Ianya merujuk kepada ucapan penutup Najib yang mendakwa "pihak pembangkang dan musuh negara sedang mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini."

"Saya berasa kesal dan sedih apabila Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap pihak pembangkang sebagai ucapan beliau bagi sambutan kemerdekaan.

"Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status atau pendirian politik patut mengenepikan semua perbezaan politik mereka, sekurang-kurangnya untuk 24 jam dan bersatu sebagai satu entiti rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun menurut Kit Siang, pertimbangan Najib salah jika beliau berfikir boleh mempengaruhi pemikiran dan semangat patriotisme rakyat dengan ucapan fitnah sedemikian.

Katanya, tokoh patriot dan nasionalis sebenar Malaysia merupakan bukan daripada puak yang menyalahgunakan kuasa dan posisi mereka dan yang memakan rasuah, tetapi oleh golongan yang rela dan bersedia berkorban untuk mempertahankan hak-hak asasi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, dan juga sehingga dipenjarakan, hilang kebebasan asas diatas nama perjuangan untuk apa yang betul.

"Ini merupakan bukti kukuh bahawa sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 telah dirampas simbol, erti dan identiti oleh Umno BN sebagai sebahagian daripada usaha terdesak mereka.

"Jika Perdana Menteri sendiri tidak boleh menjadi contoh kepada rakyatnya, bolehkah kita menyalahkan Menteri Kabinet yang gagal berkelakuan sebegitu," soalnya.

Mengulas komik propaganda yang diedar ketika sambutan Merdeka itu, Kit Siang berkata ia adalah bukti bahawa kenyataan kononnya sambutan Hari Merdeka Ke-55 di Bukit Jalil satu sambutan kebangsaan dan bukan satu sambutan Umno BN adalah palsu semata-mata.

Pemuda PAS S'wak gesa TV3 mohon maaf

Posted: 02 Sep 2012 01:55 AM PDT

BINTULU: Dewan Pemuda PAS Sarawak menggesa pihak TV3 memohon maaf ekoran kenyataan seorang pengacaranya melabelkan Bintulu sebagai kawasan dhaif.

Ketuanya, Mohd Arifiriazul Paijo berkata, kenyataan spontan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin "benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".

"Kenyataan spontan mengenai kedhaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan. Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat.

"Tidak hairanlah, saban hari berita di TV3 dipenuhi cerita dongeng, tuduhan dan fitnah terutama kepada parti Pakatan Rakyat. Rakyat hendaklah sedar hakikat TV3 bukanlah suatu saluran televisyen yang boleh dipercayai," luahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arifiriazul yang juga Ketua Penerangan PAS Miri, Bintulu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan menjadi hub industri LNG di Sarawak dan merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.

Beliau juga berkata, isu ini juga timbul kerana kegagalan kerajaan negeri membangunkan negeri Sarawak, hingga dilabel dhaif.

Masyarakat umum katanya masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan dhaif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching.

"Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya. Dengan hasil minyak mencecah 100000 tong sehari, ditambah pula hasil gas dan pembalakan, negeri Sarawak merupakan negeri paling kaya hasil bumi.

"Namun hakikat yang perlu diterima oleh rakyat ialah negeri bertuah ini masih mundur dan terbelakang berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Semalam, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga dilapor mahu Nurul Syuhada meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya itu bagi meredakan kemarahan penduduk.

Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga beranggapan Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu.

"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita. Biarlah intergriti wartawan lain tidak terjejas dengan kesilapan pengacara ini," kata Arifiriazul.

Bas: Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah

Posted: 02 Sep 2012 01:54 AM PDT


(Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu)

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi.

Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah.

Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.

"Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.

"Saya tidak  akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,"ujarnya.

Sementara itu,  Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu.

Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga 'memuja' nafsu.

Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.

"Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.

"Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,"ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan 'malu' dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan.

Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain.

"Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,"ujarnya.

Bas Jelajah Merdeka diserang di Kota Bharu

Posted: 02 Sep 2012 01:53 AM PDT


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.

"Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan prog pkr," ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan 'Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran'.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 02 Sep 2012 03:18 AM PDT

Politik Harian


Demokrasi ala PR Amat Kurang Ajar, Biadap Dan Memalukan!

Posted: 01 Sep 2012 03:56 AM PDT



Demokrasi ala PR ialah 'berak atas gambar PM'

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.

Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.

Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.

Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.

Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.

Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 02 Sep 2012 03:15 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Menolak rukunegara

Posted: 02 Sep 2012 01:44 AM PDT


Dilaporkan di sini, Anwar tidak mahu angkat tangan ketika ikrar dibacakan ketika majlis menyambut kemerdekaan Selangor.

Ikrar mengandungi 5 prinsip rukunegara yang menghendaki semua rakyat Malaysia mesti pegang kepada lima prinsip:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Kalau tidak setuju pada Rukunegara, ia bermakna Anwar mungkin berpegang kepada Rukundurjana mendokong 5 prinsip yang bercanggah dengan rukunegara ia-itu:
1. Kepercayaan kepada setan,
2. Kesetiaan kepada Yahudi dan Nasrani,
3. Keluhuran LGBT,
4. Kedaulatan puak DAP,
5. Kesopanan masa mengawan.

bumiyang

Posted: 02 Sep 2012 03:09 AM PDT

bumiyang


Menghindukan Najib Kerana Pemimpin Mereka "Masuk" Hindu???

Posted: 01 Sep 2012 06:00 PM PDT

Gempar!!! Video Seks "Lelaki Y" Dalam Bas ???

Posted: 01 Sep 2012 05:41 AM PDT

PANEH MIANG

Posted: 02 Sep 2012 01:37 AM PDT

PANEH MIANG


EDISI 2: Tugas Ketua Cawangan UMNO

Posted: 01 Sep 2012 11:22 PM PDT

11. Tegur dengan keras dan berdengung YB Dun dan YB MP yang pekak, buta, tuli, bisu.

12. Boikot program-program YB yang hanya ambil kesempatan kesusahan orang lain secara terbuka.

13. Buat laporan politik kepada UMNO Bahagian dan UMNO Negeri tentang peribadi YB yang tak senereh, tak somongah, tak menureh.

14. Mana-mana Jawatankuasa Bahagian UMNO yang bengong, bangang, baghal hendaklah ditegur secara tegas dan keras tanpa rasa curiga, takut dan malu-malu.

15. Ketua Cawangan mesti ikuti pelajaran agama secara bertalaqi, agar menjadi insan lebih pandai daripada biasa.

16. Perlu bertugas sebagai pemantau projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

17. Perlu tumpukan kepada program politik, jangan rojakkan diri dengan Pengerusi Belia Kampung, Pengerusi PIBG, Pengerusi Surau, Pengerusi Bakti Kampung, Pengerusi Pasukan Bolasepak. Cukup sebagai Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi Pengelola BN Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung.

18. Buat hubungan baik dengan Ketua Polis Balai, Ketua Polis Daerah, Ketua Cawangan Khas IPD.

19. Buat hubungan baik dengan KEMAS, JASA, BTN, Penerangan, JHEOA, MKN, Pejabat Menteri Besar, JBS, JPS, Jabatan Kesihatan, AADK, ATM (Kor Askar Wataniah), RELA, Pejabat Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah.

20. Buat program bulanan di Surau-surau dalam cawangan/kawasan, dan pusat tumpuan penduduk seperti pasar tani.

Taipingmali (tm)

Posted: 02 Sep 2012 01:15 AM PDT

Taipingmali (tm)


20120901 Azmin mahu Hisham bertanggungjawab

Posted: 01 Sep 2012 04:35 PM PDT

KEPALA HOTAK HANG HARAM JADAH AZMIN,,,,,,HANG LUPA KAH HARAM JADAH-HARAM JADAH YANG TERBALIKKAN KERETA POLIS DI DEPAN SOGO....

Budak yang berak di tengah jalan dikenal pasti

Posted: 01 Sep 2012 01:57 PM PDT


Hinanya apabila Najib naik bas

Posted: 01 Sep 2012 01:31 PM PDT

Harakahdaily, 26 Sep 2011

(Najib bersama Rosmah dan Zambry bersama isterinya buat pertama kalinya menaiki bas untuk berjumpa rakyat)

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) .

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Bekas calon PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi dalam twitternya menulis "Mau menitis air mata ni tengok gambar ni melaporkan 'PM naik bas menyelami KEPERITAN rakyat kebanyakan'


Sudah dua  minggu lebih Anwar menjelajah tanah air dengan bas haram [ tidak ada permit].. Pas dan Harakah sampai sekarang membisu dalam isu ini.

 Apakah Pas dan Harakah sudah hilang maruah, hilang kejantanannya dan enggan mengkritik, atau Harakah sudah dibayar  oleh Anwar supaya tidak mengkritik dan mencela beliau?




Setan Pas, Pkr, Dap muncul selepas puasa.

Posted: 01 Sep 2012 10:05 AM PDT

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.

Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.

Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.

Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.

Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru kelmarin Anwar berani kritik pendemo sebagai jahilliah.

Posted: 01 Sep 2012 09:37 AM PDT

Anwar Ibrahim: Baling Batu Kerja Puak Jahiliyah

Posted: 01 Sep 2012 09:25 AM PDT

Why We Must Accept PAS

Posted: 01 Sep 2012 05:42 AM PDT

Posted by Intellectual Thought Sunday, 24 July 2011 22:08




PAS Speeches: THE COLLECTION

1.PAS selama ini bercakap tentang memperjuangkan Negara Islam tetapi pada 25 Jun 2008 semasa sessi perbahasan menjunjung kasih di atas titah Paduk Seri Sultan Perak, ADUN Pasir Panjang telah membuat kenyataan seperti berikut:

"Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam. Saya minta pandangan dan jawapan di manakah transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam"

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

2. Begitu juga tentang soal hudud. Sebelum ini PAS membuat pelbagai tuduhan kepada pimpinan UMNO mengenai hudud. Namun kenapa kini wujudnya perubahan sikap pemimpin PAS sendiri mengenai pelaksanaan hudud apabila hendak mewajarkan kerjasama dengan DAP.

Pada 7 Mac 200, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Haji Hadi pernah dilaporkan berkata:

" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.

Terbaru,Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hudud pada 2 September 2010 dengan jelas menyatakan:

"Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya"

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

3. Begitu juga dalam soal pemerintahan. UMNO pernah dikafirkan kerana menjalin kerjasama dengan orang bukan Islam. Buktinya:

Majlis Ulama PAS Kelantan pada Ogos 1963 membuat kenyataan ""Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"

Namun demi kepentingan politik apa pula kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pada 12 Mei 1999 "Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP."

Tidakkah ini juga namanya menggadai prinsip ???

4.Begitu juga dalam soal Perlembagaan Negara – UMNO dituduh mempertahankan perlembagaan sekular dan Presiden PAS sekarang pada 7 April 1981 telah mengeluarkan amanat yang berbunyi:

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'"

Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS semasa menyampaikan khutbah di Masjd Pengadang Baru Marang pada Oktober 2001 menyebut:

"Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."

Namun hakikatnya dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 (11) dengan jelas menyebutkan:

"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang Negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar"

Tidakkah ini tidak berprinsip namanya ???

Amanat Haji Hadi ini jelas bercanggah dengan Islam sesuai dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan



Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.


2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: Diwartakan




Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)




Akta/Enakmen: M.P.U. 13





Banyak lagi contoh-contoh bagaimana PAS sanggup menggadai prinsip dan mengelirukan masyarakat demi memuaskan nafsu politik parti itu. Natijah daripda kenyataan yang dibuat ia telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

Antara lain:

Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.

Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh "orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad" dan "orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang". Juga ''sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan"; "tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional" dan "kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina."
Himpunan Kenyataan-Kenyataan Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP,syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)". –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga." – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. " – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. "UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ''Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.'' – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. "Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP." – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.



HUKUM MENGIKUT RASA

1. PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

2. Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq".

3. Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.



PERPECAHAN UMMAH

1. Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.



MEROSAKKAN AMAL IBADAT

1. Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

1. Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

2. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).



AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

1. Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).



PENYELEWENGAN ZAKAT

1. PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.



DERMA JIHAD

1. PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

PULAU MEMULAU

1. Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

PEMBOHONGAN PAS

1. PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

BERGADUH SURUHAN ALLAH

1. Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).



MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

1. PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.



PAS HINA WANITA

1. PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.















The King's Command

Posted by Intellectual Thought Friday, 15 July 2011 07:06 

Bas Anwar disimbah cat: Sendiri simbah cat

Posted: 01 Sep 2012 03:59 AM PDT

Di ambil dari Facebook bekas pelajar UTP dan bekas pengikut jemaah Islam Pro PAS

Teringat masa belajar di UTP dulu. 

Ada pertandingan band2 muzik di chanselor hall. Kemudian spt biasa group2 yg Islamik membuat pelbagai usaha utk menjauhkan pelajar lain utk menyertainya.

Pernah sekali, pelajar kampus dikejutkan dengan terjumpanya beberapa botol dan tin arak di dalam tandas di Chanselor Hall sewaktu berlakunya pertandingan tersebut. Lalu antara persepsi yg dibangkitkan adalah, "Ada penonton yg hadir ke sana minum arak di chanselor Hall"

Lalu gempar la cerita ini sehingga ramai yg percaya ttg persepsi tersebut dan menggambarkan BETAPA TERUKNYA PROGRAM BATTLE OF THE BAND itu sehingga ada yg minum arak!

Bila masa berlalu , saya dan seorg rakan pun telah dikeluarkan dari jemaah Islam kampus... Maka dlm satu diskusi sy dgn.rakan berkenaan yg merupakan senior saya, dia mengakui, GERAKAN SARAF jemaah Islam kampus dilakukan olehnya.

Dia menceritakan kpd saya betapa jijiknya tindakan yg telah dia buat demi mencipta persepsi... ANTARA tindakan yg dia buat adalah, dia sendiri yg dptkan botol arak dan meletakkan botol itu di tandas, lalu dia ambil gambar, kemudian disebarkan kpd pihak management dan staf.petronas lain.

Katanya, ahli gerakan saraf ini tidak ramai dan tidak diketahui oleh ahli2 jemaah Islam.. Hanya Amir Kampus dan ahli gerakan saraf sahaja yg tahu antara mereka. Kerana itu persepsi yg mereka timbulkan juga dipercayai oleh ahli2 gerakan Islam yg lain.

Antara penyelewengan dalil yg mereka gunakan adalah hadis, "Peperangan adalah tipu daya".
Maka kerana itu, mereka menganggap tipu daya dlm gerakan saraf spt contoh di atas adalah HALAL demi utk menjaga survival jemaah Islam.

Antara hasil gerakan saraf di UTP lagi adalah "Banner Kempen Heart for Islam" di conteng dgn spray...

Yg menghairankan, blog yg pertama.sekali menerbitkan gambar berkenaan adalah blog ahli jemaah Islam sendiri..

Wallahua'lam.. Ini adalah respon bagi kisah BAS PKR yg disimbah cat dan dipecahkan cermin.... Teringat juga ketika pilihan raya DUN di negeri 9 pd beberapa tahun sblum ini, dikatakan ada petugas pilihan raya PAS diserang dgn pedang samurai oleh beberapa org yg tidak dikenali..

Ketika itu tiada pihak lain yg jadi mangsa tuduhan @ persepsi, melainkan puak2 UMNO. Lalu bersemangat habis ahli2 pas utk 'berjihad' menentang UMNO di pilihanraya tersebut...

Inilah taktik gerakan Saraf oleh pihak yg berkepentingan... Jadi, jika anda menerima sesuatu berita spt di atas, maka jgnlah cepat2 percaya.. Takut2 anda terpedaya dgn tipu muslihat org yg suka menipu.

Wallahua'lam...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 02 Sep 2012 01:03 AM PDT

Sahabat-Gunung


Mana Enakmen Hudud Kedah?

Posted: 01 Sep 2012 11:35 PM PDT


Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.   Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.  

Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.   Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.  Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.

Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud. 

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.  Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.  

Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam. 

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato' Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011. 

Lebih menarik lagi apabila Dato' Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.  Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud. 

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati.

Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.  Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. (BB)

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang

Posted: 01 Sep 2012 09:33 PM PDT


Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya.   Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara 'rasminya' meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud. 

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya?   Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja 'pejuang' (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS).   Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh. 

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika 'pejuang' yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar.  Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS.  Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri. 

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS. 

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya. 

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS.  Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang. 
Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, 'apa sudah jadi?'. 

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat.   Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka.  Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS?  Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa?   DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP?  Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini. 

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR .  Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya. 

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP.  Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu. 

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal.   PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T  - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud. 

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri. 

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP.   Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…? (BB)

Manifesto Putar Alam- Khalid Ibrahim Kencing Rakyat Selangor Di Ambang Merdeka

Posted: 01 Sep 2012 08:24 AM PDT



Rakyat terperanjat bila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun kita merdeka kita mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah.

"GAPS beranggapan manifesto pakatan 2008 yang tidak perlu ditepati itu adalah manifesto pakatan putar alam yang setaraf dengan manifesto sistem pemerintahan komunis dan sosialis.

Amat menyedihkan 4 tahun lebih DAP, PKR dan Pas memerintah selangor banyak skandal yang berlaku dari skandal kewangan seperti skandal Talam, Pkns, Yayasan Selangor ke skandal moral seperti Exco telanjang dan penasihat ekonomi beraksi video lucah. Rupa-rupanya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 55 tahun nie, namun Selangor terus berada diambang kebobrokan kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai mentaliti kepimpinan yang rendah setaraf dengan anak tadika yang baru mengenal erti merdeka.

"GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah condo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20m3 air percuma dari pentadbiran DAP, PKR, Pas Selangor bermula dari April 2008 hingga ke hari ini sesuai dengan Manifesto pakatan 2008," ujarnya yang juga mantak Ketua AMK Negeri Selangor.



*** Tq kepada saudara Usin atas keprihatinan dan tunjuk ajar saudara... Sangat saya hargai....

Kerajaan Selangor Tidak Hormati Kedaulatan Institusi Raja – Noh Omar

Posted: 01 Sep 2012 07:25 AM PDT


Tidak seperti Barisan Nasional (BN), pembangkang memandang rendah kedaulatan institusi beraja negara termasuk dalam acara membabitkan sultan dan rakyat, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhari raya bersama rakyat Selangor telah dihebahkan kepada umum termasuk pihak istana.

"Ini menunjukkan perbezaan bahawa kita menyokong penuh Rukun Negara dan menghormati dan setia kepada raja.

"Tetapi pembangkang pula buat sambutan kemerdekaan di peringkat negeri dan jadikan sambutan itu gelanggang politik, mempergunakannya untuk tujuan politik sehingga sanggup tidak menjemput sultan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Najib.  

Noh mengulas tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa rakyat
Selangor sudah mula muak dengan cara pakatan pembangkang menguruskan hal ehwal rakyat di Selangor termasuk gemar 'menanam tebu di tepi bibir'.

Katanya ini terbukti apabila pembangkang menabur pelbagai janji pada pilihan raya lepas namun tidak mengotakannya.

Sikap Pembangkang Belakangkan Sultan Tidak Mengejutkan

Posted: 01 Sep 2012 06:11 AM PDT


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada  Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buluh di sini, hari ini.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)... janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor.

Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau- Hishammuddin

Posted: 01 Sep 2012 02:45 AM PDT


Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa 'bendera baharu' yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.

Umno Bahagian Pengkalan Chepa turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri ribuan tetamu.

Khalid Ibrahim Tak Hormati Sultan Selangor - GAPS

Posted: 01 Sep 2012 01:30 AM PDT


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menyelar Menteri Besar Selangor kerana tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor dalam acara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dimalam ambang kemerdekaan kelmarin.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Tuanku Sultan Selangor merupakan Sultan dan Yang diPertua Negeri Selangor serta seluruh jajahan takluknya, yang telah memastikan negeri Selangor dapat kekalkan aman sentosa dan makmur setelah 55 tahun kita merdeka.

"MB tidak faham intipati sejarah apabila gagal untuk mengiktiraf peranan Institusi Raja Melayu yang banyak menyumbang kepada arah kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah.

Pemerintahan British sekali pun telah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang diketuai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor sebelum ini.

Malah Perjanjian yang ditandatangi oleh Raja-raja Melayu dengan British dan pejuang kemerdekaan telah memungkinkan negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini dicapai dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan kerjasama terutamanya tuan punya yang sah bumi Tanah Melayu iaitu Raja-raja Melayu termasuk Tuanku Sultan Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebagai Ketua yang sah dinegeri ini yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri Selangor, selayaknya Tuanku Sultan Selangor diberikan penghormatan menjadi tetamu paling utama dalam setiap acara rasmi kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dalam acara sambutan hari kemerdekaan di Negeri Selangor.

Kegelojohan dan kegilaan kuasa pentadbiran Dap, Pkr dan Pas yang memberikan mandat kepada penasihat umum PKR untuk menyampaikan ucapan dan tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor adalah juga bukti mereka tidak mengiktiraf Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang diPertua diNegeri Selangor .

"GAPS yakin DAP, PKR dan Pas akan dihukum sepenuhnya oleh rakyat jelata negeri Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang," ujarnya lagi.

The Unspinners

Posted: 01 Sep 2012 11:40 PM PDT

The Unspinners


Anwar tak angkat tangan ikrar rukunegara?

Posted: 01 Sep 2012 07:00 PM PDT

Anwar dan fitnah basinya di Jelajah Kelantan

Posted: 01 Sep 2012 08:29 AM PDT

Trick basi Anwar simbah cat tarik perhatian

Posted: 01 Sep 2012 05:30 AM PDT

Kerajaan PR hina Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri

Posted: 01 Sep 2012 02:37 AM PDT

Pelancauan Bas Mokhtar ke Pahang dan Kelantan

Posted: 01 Sep 2012 02:34 AM PDT

sekupangdua

Posted: 01 Sep 2012 11:38 PM PDT

sekupangdua


PAKARTAN RAKYAT KENA BERTINDAK SEGERA SELAMATKAN NEZAR DAN NUAR DEMI KEMENANGAN PRU 13

Posted: 01 Sep 2012 10:09 PM PDT

Mungkin ramai PakarTan Rakyad tidak menyedari atau terlepas pandang bila semakin hari mereka didedah atau diambang Kepupusan Pemimpin yang termahsyur untuk Party mereka kian ketara, sudah tiba masanya demi kekuatan dan kemegahan Party langkah segera atau tindakan drastik diperlukan bagi menjamin kemenangan mereka di PRU yang ke berapa tak tau ler, hishhh... Macam 16 September ler jugak yang tahun nya tak ketahuan bila...

Kena dan mesti mengambil tindakan terutama kesayangan palatkon utama yang bakal dinobatkan King dan Bendahara, memang bahaya dan dikhuatiri makin kuat Meroyan dan Merepeknya nanti double N nie nanti, manakan tidak, tidak mustahil dan sudah pun kita dengar desas desus bertiup kencang bila empunya badan sudah pun melahirkan hasrat untuk jadi Cik A gu tadika dan sorang lagi bakal jadi bomoh nombor bila selalu saja ayat rekanya kantoi... Bukan sekali tapi dah sampai tak terkira nampaknya dia gagal dalam siri Ceramah Temberangnya.

Demi perjuangan sudah tiba masanya untuk keldai cacaian kena bertindak demi menyelamatkan Party Kesayangan atau  agama party. Demi kebaikan juga sudah sepatutnya tindakan segera yang diperlukan terhadap dua individu agong Party

1. NUAGAY atau ALJUB sudah sepatutnya menjalani rawatan serta pengesahan tahap terkini mental beliau. Patut dihantar ke Tanjung Rambutan sebagai tindakan drastik demi menyelamatkan Party. Kecelaruan yang kritikal dengan perkembangan minda atau otaknya nampak begitu ketara gangguannya, kena chek kat Hospital Tanjung Rambutan tahap atau status otaknya serius atau kronik, ini semua bedasarkan setiap kali makin ketara kelaku yang tersangat berbeza dan diluar kotak pemikiran dan amat sukar diterima akal, antara yang boleh kita pertikaikan bila

1.Sekejap dia kata sudah ada cukup sokongan atau YB yang nak sesegera yang boleh membentuk kera Jagaan Rejim Pakartun Rakyad, sekejap kata ada, sekejap kata kata tunggu, sekejap kata tak pernah kata atau sebut, sekejap kata Media salah anggap, sekejap kata memang dah ada cuma tunggu masa dan banyak lagi ler sorong tarik, angguk geleng. Sampai laaa ni tak tau mana satu yang betoi

2. Macam memang dah sangat benor dia nak jadi Purdano Mentori Malaysia dengan penuh YAKIN & TAWADUK dan memang dah kompom 16 September yang dia bakal jadi perdana Manteri, tang tahun tu bila sampai sekarang nie masih tak tau, agaknya 3 atau 7 kali 16 September kot baru nak jadi atau memang tak merasa seumur hidup, bak kata ramai sekadar hancing kerana kincin merata kot. Mana tak menjadi tanda tanya bila tarikh hari dan bulan dah ada, tapi bila tahun yang tentunya paling lama lama dalam bilangan hari pun tak boleh nak kompomkan

3. Mengaku kononnya berkotak-kotak ada bukti tentang penyelewengan  BN tapi sampai sekarang pun tak sehelai kertas pun dia tunjuk dan dedahkan sebaliknya bukan kertas tapi Video pulak yang timbul.

4. Jam Omega yang gagal di tunjukan sehingga kini yang kononnya ada dalam simpanan bini dia, susah sangat nak ker nak tunjuk? Dan paling ketara paling sukar dipaham benor kenapa perkataan OMEGA boleh buat dia akan merah padam. Mungkin juga Kak One memang suka buat Collection atau guna untuk dirinya. Mana gamaknya OMEGA tu? Kalau diberi Alasan gadai kat Pajak Gadai sebab nak pakai duit pun rasanya boleh jugak diterima Rakyat.

5. Kena periksa mental nya berfungsi atau tidak, kalau diikutkan dah cukup time nak mampos kerana apa yang satu dunia dia kata masa dalam tahanan dia disuntik HIV, pelik jugak tak mampos lagi... dia tau ker beza HIV dengan VHS atau kita panggil video yang macam dia hebat berlakon tu, membalun amoi made in china, mungkin teringat pasal hebat membalun tu yang tetiba kata menCOCOK HIV kot...

6. Sekejap berani, sekejap takut... kalau nak tengok berani nya boleh saksikan masa berceramah, bukan main lagi beraninya, macam-macam amaran yang dia buat, nak itu ler nak ini ler... letih jari telunjuk asyik ditunjuk-tunjuk kesana kemari, tapi bila takutnya pulak dia sorang yang kata ancaman untuk diri dia ler tu yang sekejap lari kekedutaan australia, sekejap ke india, sekejap ke amerika dan banyak lagi, ishhh takut bebenor rupanya macam hilang dua bijik yang bergayut tu.

7. Periksa kesihatan dan paling kritikal kata tulang belakang sakit kuat, tu yang nek kena berubat digerman, memang orang salah nie boleh pulak ke luar negara ker, pelik kalau nak tengok gayanya macam nak mampos jer, pelik pulak bila kat balun Amoi made in china rupanya HEBAT si 7 inci nie, lupa lak pasal sakit belakang, lagi pun sakit belakang nie gamaknya yang buat suka belakang kot!

8. Pasal Perdana Menteri nie macam dia sorang jer dalam dunia ni yang boleh ada cita-cita jadi PM, orang lain jangan simpan cita-cuta nie, tak kira ler apa sekali pun orang nak kata, tetap nak jugak, tu yang pegi ceramah dan mintak dan wajibkan percaya kata dia yang teori RAHMAN tu bila abjad N yang terakhir bukan sepatutnya Najib tapi Nuar, pelik tang sini pakai lak nama pendek. kenapa tak sebut Anwar, rasanya banyak nama yang dia ada lansung tak kena dengan hurf N nie, sama ker. macam Aljubri, al paliwat, Kaki Bunjut dan lain- lain, ishhh jauh benor yop

9. Segala bapak agenda jahat kononya kerajaan inaya dia, kalau nak dikira baratus ribu kali dia menyebut Konspirasi, semua yang tak sebulu atau tak menyokong kerja mulianya membontot maka akan keluar ler perkataan konspirasi, bukan jer pemimpin, tapi hakim, POLIS, tentera, UMNO, BN, Menteri, Doktor, Penjara... dan banyak lagi sampai Jaga dan tukang cuci hotel pun dia kata ada konspirasi

10. Apa saja yang dia buat tentu dia kaitkan dengan DS Najib sebagai Perdana Menteri, Agak-agak ler... altantuya, kapal selam, meliwat saiful malah membalun amoi made in china pun najib dilibatkan, tang mana yang sangkut pun kita tak tau... gamaknya perasan dia macam Najib tengok aksi hebat dia kot dan jeles dengan kehebatan nua kot.

Banyak lagi sebab kenapa dia perlu dihantar ke tanjung rambutan untuk rawatan susulan... itu baru nuar lepas ni sekor lagi on next post... terasa loya dan nak muntah ler pulak, bukan boleh kalau sebuat nama nie... kahak ptuiii... idak aku nak bagi undi dan sokong peliwat sebagai Perdana Menteri.. tak dapat ler yop!




RAKYAT BENGKAK DENGAN SAMSENG YANG TAK CUKUP BRUTAL...

Posted: 01 Sep 2012 01:31 PM PDT

Betui bengkak dengan samseng yang tah betui atau tidak menyimbah cat kat bas rombongan perdana Menteri aljub nie. Bukan apa berbulu jer tengok gambor bas yang sisimbah cat yang sekarang ni jadi isu hangat untuk raih simpati macam dalam drama atau filem bollywood bila semua lakonan tah ker betui atau tidak ini keja samseng ataupun sendri bikin

Paling bengkak bila samseng yang buat kerja nie memang samseng taik kucing, sebab apa teman kata begitu?

Adoyai tak cukup brutal ler samseng nie, masih ada ciri-ciri samseng yang berhemah kalau nak dibandingkan dengan betapa brutal lagi lembu dan pencacai Komunis masa dalam BERSIH Apa barang takat baling cat jer! Lansung tak nampak brutal

Kalau dah Masa BERSIH dema sampai terbalikan kereta polis, pukul Polis, hempok wartawan alhijrah dengan helmet, tu tak masuk reta awam yang dijahanamkan dah patutlah kalau jadi samseng sekalipun kenalah bagi nampak brutal macam dema buat, tak let boleh lawan samseng kaldai ambig A yang mengganas masa bERSIT sebelum nie. Patut la kena lebih sikit dari dema buat kat bersih, apa narcang setakat baling cat, bershit lagi hebat sampaipukul dan terbalik keta Polis

Paling tidak belasah pemandu atau si
Dajal yang begitu besor tertampal kat Bas yang senyum sebijik ungka. Buat macam bersih yang balun polis dan Wartawan alhijrah dengan batu, kun dan helmet. Paling elok kalau nak bersaing dengan lembu bersih yang hempok dan terbalikan keta polis. Elok bako jer bas tu dengan apa yang ada dalam kondo bergerak macam nie. Baru nampak real dan brutal, lepas tu buat la macamana dema, kalau tak dapat nak kemek dan terbalikan keta Polis macam dema buat dibersih, elok jer dibako jer kondo bas si Raja Kencing malaya nie, barulah nampak brutal sikit

Takat baling cat apa barang, tak ler sebrutal dema masa bershit sebelum nie... Tak dapat terbalik bas nie pakat bako atau letup jer, baru ler brutal macam dema
Tak sehebat Brutal BERSIH terbalik dan cederakan Polis serta Wartawan alhijrah,  bako atau letup dengan muka yang tertampal kat bas jenin sampai sekarang   Baru lah brutal, ini apa barang n erhemah








SELAMATKAN MUHAMMAD TAQHIF

Posted: 31 Aug 2012 11:52 PM PDT


Membaca dari salah sebuah blog rakan PCT rasyid zamri bila dia memapar kisah seorang anak kecil yang lahir pada 25 ogos yang lalu yang mempunyai sakit jantung dan memerlukan kos rawatan yang mencecah RM 50.000.00 untuk kos perubatan yang diperlukan segera. Teman rasa terpanggil untuk turut menyiarkan dilaman blog teman dalam usaha untuk membantu cara yang teman mampu

Mungkin kita begitu bertuah kerana bukan diantara yang tidak di takdirkan begini, tapi rasanya demi kemanusiaan kita juga boleh berkongsi RASA dengan kedua Ibu Bapa kepada anak kecil ini, sehubungan itu teman amat percaya ramai diantara rakan serta pembaca blog teman berupaya atau boleh membantu dalam apa cara sekali pun samada bantu kewangan yang termampu atau bantu mencari cara yang membolehkan anak kecil ini dibantu.

Pada rakan bloggers yang lain juga teman harap dapat mewawarkan kisah anak kecil yang amat memerlukan ini, moga Allah akan membuka ruang atau jalan bagi kita menyelesaikannya, kepadA kedua ibu bapa diharap dapat bersabar dengan dugaan ini, insyallah Allah maha mendengar dan menentukan... Semoga kita temui jalan untuk anak kecil muhammad taqhif, insyAllah...

Info terus dari blog RASYID ZAMBRI


Sumbangan boleh dibuat terus ke :-

Sariza binti Omar (Maybank) - 101105561576
Sariza binti Omar (CIMB) - 14360073527521
Mohd Taufiq Azhar (Maybank) - 162188452719
Mohd Taufiq Azhar (CIMB) - 14350071935522

Kepada mereka yang ingin bertanya keadaan anak kami boleh la hubungi saya (Sariza) atau Taufiq (Suami) ditalian 017-371 8253 @ 012-371 5771

Semoga Allah s.w.t memberi rahmat kepada anda semua
FB Sariza - www.facebook.com/SarizaOmar
FB Taufiq - www.facebook.com/mtaufiqazhar
Page Save Baby Taqhif - www.facebook.com/SaveBabyTaqhif

Panglima Perang Cyber

Posted: 01 Sep 2012 11:38 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Harakah Sahkan Pakatan Republik Akan Kalah Bila Siar Berita Sambutan Merdeka Kurang Tiga Ribu Orang ?

Posted: 01 Sep 2012 09:56 PM PDT

Bca selanjutnya : 


Sent from my iPad

Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pertahanan DS @Zahid_Hamidi Semalam

Posted: 01 Sep 2012 09:46 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=QH8CRsBRs_o&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Kepada Pelajar-Pelajar Baru IPT 2012

Posted: 01 Sep 2012 09:30 PM PDT


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,


Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup saudara dan saudari kerana berjaya menjadi pelajar-pelajar baru Universiti dan akan menjadi warga kampus. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara dan saudari atas kejayaan ini dan juga tahniah kepada ibu-bapa saudara dan saudari yang semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini.


Para mahasiswa dan mahasiswi yang saya kasihi sekalian,

Sebagai anak muda yang berilmu, anda menjadi harapan negara, untuk menjadi pewaris negara di masa hadapan. Oleh itu harapan saya dan seluruh kepimpinan negara, ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk menciptakan kecemerlangan akademik, tingkatkan pengetahuan yang ada, pupukkan budaya  inovasi dan kreativiti serta aspirasi universiti; dan yang paling penting sematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. 


Kemajuan negara yang kita kecapi sekarang sejak tahun 1957, bukan dibina dengan sekelip mata tetapi ia dibina atas pergorbanan dan usaha yang berterusan oleh kepimpinan kerajaan yang sedia ada sejak kita merdeka lagi. Jadi marilah kita bersama-sama teruskan masa depan yang lebih cemerlang untuk kita semua.


Akhir kata, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada saudara dan saudari kerana berjaya menjadi warga ilmuan di menara gading ini. Semoga saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan akademik di universiti dan seterusnya menjadi generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan.


Sekian, Terima kasih.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



http://1malaysia.com.my/blog/perutusan-kepada-pelajar-pelajar-baru-ipt-2012/


    Sent from my iPad

    Gambar-Gambar Sambutan Majlis Aidilfitri Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi cc @ShahrulYahya

    Posted: 01 Sep 2012 04:44 PM PDT

    Pengunjung tidak putus sejak 8 - 11.30 malam

    Berbagai juadah istimewa disediakan

    Kambing pun ada

    Suasana khemah utama

    Lautan manusia memenuhi khemah jamuan

    Persembahan lagu Aidilfitri

    Melayan media massa

    Setpol beliau Datuk Shahrul Yahya kelihatan di meja VVIP. Ulama Mesir turut kelihatan di meja tersebut bersama DS Zahid Hamidi.

    Keluarga Datuk Seri bersama-sama di acara kemuncak semalam iaitu potong kek

    MB Selangor Secara Terbuka Sindir @NikNazmi dan @RafiziRamli Isu Bas Dua Tingkat Anwar !

    Posted: 01 Sep 2012 03:54 AM PDT

    Kenapa disebut dua nama di atas ?

    Adakah sebelum ini wujud perselisihan antara mereka?

    Dengar betul-betul MB menyebut dua nama seolah mereka menyebut isu tempat ceramah kepada beliau.

    Khalid juga mengaku beliau menyewakan bas dua tingkat tersebut. Soalnya adakah miskin sangat Kerajaan Selangor sehingga gagal mencari dana mendapatkan bas untuk Anwar ?

    Kita nampak seakan Khalid mendedahkan dalam masa yang sama kelemahan dirinya yang gagal mendapatkan bas percuma kepada Anwar...bukti kegagalan mentadbir mengurus kewangan dan gagal mencari wang untuk membantu Penasihat Ekonomi beliau memberi ceramah kepada rakyat.

    Apa pun terima kasih kepada kenyataan Khalid Ibrahim di atas. Kita harap rakyat dapat fikirkan dengan rasional kelemahan yang ada pada Pakatan Republik dan jangan mengundi mereka lagi.

    Jika benar miskin maka elok jangan dibazirkan wang dengan menjanjikan bulan bintang dan membeli hutang Talam...

    Check out this video on YouTube:

    http://www.youtube.com/watch?v=1DBJIZBGa0U&feature=youtube_gdata_player


    Sent from my iPad

    Bendera Dikibar Pakatan Bukti Merekalah #PakatanRepublik Yang Bencikan Raja Melayu Islam Kita !!!

    Posted: 01 Sep 2012 03:23 AM PDT



    Tajuk : Sang Saka Merah Puteh yang disalah sangka-Pakatan yang tak tahu sejarah!

    Bendera Malaysia menerapkan Sang Saka Merah Puteh iaitu lambang bendera PERANG zaman berzaman bagi Kerajaan Kerajaan Islam di Nusantara ini.

    Sang Saka Merah puteh dah lama diserapkan dalam Bendera Malaysia dan Bendera Indonesia. Dan ia terkait dengan sejarah nusantara. Malaysia (Kelantan) adalah Majapahit 11 sementara Majapahit di Jawa yang pernah menguasai Nusantara sampai ke Champa adalah Majapahit 1! Kaitan Kelantan dan Jawa SINI

    Sejarah Majapahit 1 dan 11 ini juga terkait dengan gerakan dakwah pendakwah gelombang pertama Syeikh Jamaludin Al Kubra yang merupakan leluhur kepada kesultanan di Pattani, Champa, Malaysia, Brunei , Sulu (Mindanao) dan Sunan-sunan di Tanah Jawa!




    Sang Saka Merah Puteh Malaysia ada 14 jalur untuk melambangkan 14 negeri dalam Persekutuan





    Sang Saka Merah Puteh Indonesia -pertama kali digunakan dalam Peperangan Majaahit dan Demak. Pendiri Kerajaan Demak Raden Fatah adalah anakanda Maharaja Majapahit (Brawijaya V) dengan seorang puteri Kerajaan Chermin (Kelantan tua) yang Islam

    Di Malaysia Sang Saka Merah Puteh dibuat jalur 14 bagi melambangkan 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Rujukan kenapa warna kuning (DiRaja), Bintang (Lambang Islam) dan biru (rakyat) dimasukkan ada di SINI

    Di Indonesia Sang Saka Merah Puteh diletak menyeluruh tanpa camporan apa apa warna lagi bagi menunjukkan ia sebagai satu republik!

    Peristiwa sedeh yang menyebabkan Malaysia tidak jadi menyertai gagasan Indonesia dirakam dengan pembunuhan 5 Sultan dalam tempoh satu malam 3 Mac 1946 di Sumatera Timur raja-dibunuh-oleh-pakatan-komunis-di-indonesia-65-tahun-yang-lampau/. Malah ia menjadi pemangkin untuk penubuhan UMNO di Istana Johor pada tahun 1946!



    variasi Sang Saka di bendera UMNO

    Hari ini bendera Komunis Malaya "Sang Saka Malaya" cuba dikibarkan pada malam 30 Ogos 2012 oleh pendokong pembangkang yang buta sejarah. Mereka lupa Malaya merdeka dengan doa para wali dan dipilih pada tarikh falak yang membawa Berkah dan Aman kepada Negara. Baca posting terdahulu saya di Baldatun Toyyibatun



    Apakah ini langkah Pakatan juga sebagai SIMBOLIK untuk memusnahkan INSTITUSI RAJA di Malaysia seperti yang pernah berlaku di Indonesia?

    Siapa Pakatan untuk memusnahkan sejarah Nusantara dengan perbuatan biadab mengibarkan bendera yang tak menunjukkan sejarah nusantara di sebelah sini dan hakikat Malaysia maseh mempunyai Sultan (dan Yang Di Pertuan Agong) sebagai Ketua Ugama Negeri (dan Negara) serta Ugama Islam adalah Ugama Persekutuan!

    Tulisan : http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/08/sang-saka-merah-puteh-yang-disalah.html

    DARUL EHSAN TODAY

    Posted: 01 Sep 2012 11:37 PM PDT

    DARUL EHSAN TODAY


    Rumah Terbuka BN Selangor, 15 Ribu Sambut Najib...

    Posted: 01 Sep 2012 06:00 AM PDT

    Memang penuh, memang grand majlis rumah terbuka bn selangor di pusat penyelidikan getah (RRI) malaysia di sungai buloh, aku ingat dah buat tempat ceruk macam tu, tak lah ramai orang datang, rupanya dekat-dekat 15 ribu juga yang datang, dari jam 1.30 petang hingga jam 5, orang tak putus-putus datang beraya bersama pm.


























    BAS Anwar Kena Simbah Cat, UMNO Kena lagi...

    Posted: 01 Sep 2012 01:00 AM PDT


    Barua-barua anwar tuduh umno simbah cat merah pada bas yang sewa khalid gagap menggunakan duitnya sendiri untuk di gunakan oleh anwar untuk berkempen...

    Katanya kejadian tu berlaku di negeri kelantan yang di perintah oleh pas selama hampir 26 tahun, sewaktu dalam perjalanan ke tempat anwar berceramah.

    Setahu aku la, yang suka main simbah-simbah cat nie "along" je, mungkin along marah dekat khalid pasal pinjam duit depa tapi tak bayar kut, tu pasal along simbah cat kat bas tu untuk warning khalid...

    Belantan

    Posted: 01 Sep 2012 11:35 PM PDT

    Belantan


    GAPS Selar Kebiadapan Khalid Tidak Undang Tuanku Sultan Sambutan Hari Kemerdekaan!

    Posted: 01 Sep 2012 11:04 AM PDT



    GAPS menyelar Menteri Besar Selangor kerana tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor dalam acara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dimalam ambang kemerdekaan kelmarin.

    Tuanku Sultan Selangor merupakan Sultan dan Yang diPertua Negeri Selangor serta seluruh jajahan takluknya, yang telah memastikan negeri Selangor dapat kekalkan aman sentosa dan makmur setelah 55 tahun kita merdeka.

    MB tidak faham intipati sejarah apabila gagal untuk mengiktiraf peranan Institusi Raja Melayu yang banyak menyumbang kepada arah kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah.

    Pemerintahan British sekali pun telah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang diketuai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor sebelum ini.

    Malah Perjanjian yang ditandatangi oleh Raja-raja Melayu dengan British dan pejuang kemerdekaan telah memungkinkan negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini dicapai dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan kerjasama terutamanya tuan punya yang sah bumi Tanah Melayu iaitu Raja-raja Melayu termasuk Tuanku Sultan Selangor.

    Sebagai Ketua yang sah dinegeri ini yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri Selangor, selayaknya Tuanku Sultan Selangor diberikan penghormatan menjadi tetamu paling utama dalam setiap acara rasmi kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dalam acara sambutan hari kemerdekaan di Negeri Selangor.

    Kegelojohan dan kegilaan kuasa pentadbiran Dap, Pkr dan Pas yang memberikan mandat kepada penasihat umum Pkr untuk menyampaikan ucapan dan tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor adalah juga bukti mereka tidak mengiktiraf Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang diPertua diNegeri Selangor .

    GAPS yakin Dap, Pkr dan Pas akan dihukum sepenuhnya oleh rakyat jelata negeri Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

    Merdeka, Merdeka, Merdeka.

    Daulat Tuanku.

    Hamidzun Khairuddin
    Presiden
    Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
    1 September 2012
    Shah Alam.

    Suara Politik
    Taminsari

    APANAMA

    Posted: 01 Sep 2012 11:32 PM PDT

    APANAMA


    Prevention is better than cure

    Posted: 01 Sep 2012 10:09 PM PDT

    Dialog Dewasa Kritik Berasa

    Posted: 01 Sep 2012 11:23 PM PDT

    Dialog Dewasa Kritik Berasa


    BERITA TERKINI LAJIM UKIN

    Posted: 01 Sep 2012 06:30 PM PDT

    MENANGIS AIR MATA DARAH SUDAH TIDAK BERGUNA
    Berita yang baru kami terima bahawa Lajim yang sedang mengusahakan sebuah parti baru dijangka tidak sempat untuk melakukannya memandangkan PRU13 semakin dekat. 

    Alternatif lain ialah Lajim akan bertanding atas tiket Bebas bukan Pkr jauh sekali Pas. Tahu mengapa?

    Semasa Lajim silap langkah dengan mengambil keputusan keluar UMNO dan bertindak menyokong Anwar, Lajim dikatakan menerima jutaan ringgit dari Anwar! Tahu apa berlaku? Lajim hanya dapat air liur Anwar sahaja! Dengan hanya dijanjikan jawatan Ketua Menteri sekiranya berjaya menarik lebih ramai YB-YB BN.

    Kegagalan Lajim menyebabkan Anwar terus meludah dan menjauhkan diri dari Lajim. Bagi Anwar, Lajim kelulusan SPM sudah menjadi tikus busuk. Anwar tidak hendak mendekatkan diri lagi.

    Mahu tidak mahu, Lajim mempunyai dua pilihan. Menubuhkan parti baru atau bertanding bebas. Kasihan Lajim, diperbodoh-bodohkan oleh Anwar...

    PERATURAN 1 : REPUBLIK OF MALAYSIA

    Posted: 01 Sep 2012 04:30 PM PDT



    Peraturan 1 Republik Of Malaysia.

    1.1 Presiden Republik Of Malaysia tidak perlu angkat tangan semasa ikrar Rukun Negara. Ini kerana taraf Presiden Republik Of Malaysia lebih tinggi daripada DYMM Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri dan rakyat biasa. Jika Presiden Republik Of Malaysia mengangkat tangan ianya akan menjatuhkan murtabak Presiden Republik Of Malaysia di mata dunia.

    Peraturan 1.2 bersambung...

    RAHSIA UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT

    Posted: 01 Sep 2012 07:00 AM PDT

    BACAAN POLITIK: HAJI HADI MEMELUK ERAT

    MENJELANG PRU13, DAP melalui Karpal Singh mencadangkan satu undang-undang baru yang dikenali Undang-Undang Anti Lompat, bertujuan menghalang YB-YB Pakatan Rakyat khususnya dari PAS dan PKR daripada melompat kepada BN.

    Karpal sudah dapat membaca dan mencium Agenda Hj Hadi dan YB Nasharudin. Karpal dan DAP tahu selepas sahaja PRU13, kemungkinan besar kumpulan-kumpulan YB Nasharudin dan HJ Hadi melompat ke kem BN sudah pasti akan berlaku.

    Pertemuan demi pertemuan kumpulan YB Nasharudin dengan DS Najib dan pemimpin tertinggi UMNO mengesahkan kerjasama UMNO dan PAS di bawah telunjuk HJ. Hadi/YB Nasharudin.

    DUA TANGAN HAJI HADI MENERKAP SATU TANGAN DS NAJIB

    Kita hanya mengharapkan agar YB Nasha tidak dipecat pada 9 September ini. Dan kita juga berharap YB Nasha akan dicalonkan pada PRU13 nanti, dan seterusnya kumpulan-kumpulan Ulama Pas mesti dicalonkan dengan banyak berbanding caloncalon Sekular seperti Mahpuz, Husam, Mat Sabur dan M. Nizar. Kumpulan-kumpulan Sekular Pas ini lebih condong kepada Dap dan Anwar.

    Maka itu, ahli-ahli Pas mesti menghalang kumpulan-kumpulan Pro DAP dan Anwar menentukan calon-calon mereka.

    Haji Hadi yang mewakili team Ulama seperti Haron Din, YB Nasha, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azamudin mesti diberi peluang menjadi calon.

    Inilah ketakutan DAP dan Anwar, maka mereka mencadangkan Undang-Undang Anti Lompat. Perpaduan memang bukan kerja yang mudah, namun usaha ke arah itu sedang berjalan.

    Adakah kamu tidak menyedarinya?

    DS NAJIB MEMBALAS MESRA TANGAN HAJI HADI


    Pertahankanlah YB Nasha dan Hj Hadi!!! Jangan biarkan mereka disingkirkan.

    ***emel dari Ahli PAS Terengganu.

    Poster MyMassa: Kemerdekaan yang diidamkan oleh Pakatan Rakyat.

    Posted: 01 Sep 2012 05:09 AM PDT

     
     
    *Klik untuk imej yang lebih jelas. Sebar-sebarkan untuk semua rakyat tahu siapa PR ini sebenarnya.


    Berita yang buatkan @NajwanHalimi dan @AnwarIbrahim menyesal tayangkan Sang Saka P*ki mereka!

    Posted: 01 Sep 2012 12:35 AM PDT

     
     
    PATTANI - Kepolisian di Thailand melaporkan, para pemberontak di wilayah selatan Thailand membakar bendera Thailand dan mengibarkan bendera Malaysia. Peristiwa ini dilakukan di saat kelompok separatis itu merayakan hari jadinya.

    Pengibaran bendera Malaysia di Provinsi Yala, Thailand, dilakukan pada saat para pamberontak bertepatan pada saat Malaysia membebaskan diri dari pendudukan Inggris. Pengibaran bendera itu juga merupakan salah satu bagian dari peringatan 23 tahun terbentuknya fraksi pemberontak Thailand.

    Beberapa orang anggota fraksi pemberontak diduga merupakan warga etnis Malaysia. Meski demikian, Pemerintah Thailand masih bertanya-tanya, mengapa para pemberontak mengibarkan bendera Malaysia.

    Pengamat pun mengatakan bahwa, kelompok militan itu ingin memisahkan diri namun tidak ingin bergabung dengan Malaysia.

    Bersamaan dengan itu, aparat kepolisian Thailand, Kolonel Narin Busaman, melaporkan, puluhan serangan bom terjadi di sejumlah provinsi Thailand. Seorang warga terluka akibat serangan itu. Demikian, seperti diberitakan Associated Press, Jumat (31/8/2012).

    Wilayah selatan Thailand memang dikenal sebagai wilayah yang cukup rawan. Sejak 2011 lalu, Angkatan Darat Thailand telah menempatkan 60 ribu pasukannya di wilayah tersebut, untuk mengatasi perlawanan pemberontak. Lebih dari 4.300 warga tewas akibat kekerasan yang terjadi di wilayah tersebut.

    Thailand Selatan merupakan wilayah yang dihuni oleh banyak warga Muslim Melayu. Bahasa yang digunakan warga di Thailand selatan juga berbeda dengan warga Thailand lainnya. Thailand mencaplok tiga provinsi di selatan yakni Narathiwat, Yala dan Pattani pada 1902.(AUL)
     
    Sebak dada apabila baca berita di atas. Nampaknya kini jelas lagi nyata. Kalau Pattani, Yala, dan Narathiwat berjaya merdeka daripada Thailand, mereka juga dengan bangga mahu menyertai Malaysia tercinta.
     
    Itulah juga senarionya di selatan negara kita, dan di Sabah/ Sarawak. Orang Islam yang mahu mencari penghidupan sempurna berlumba-lumba mahu masuk ke Malaysia kerana mereka tahu negara ini merupakan sebuah negara Islam yang progresif, walaupun dikatakan ditadbir oleh sebuah parti yang menolak Hudud dan Sekular. Kalau mereka nampak Islam itu hanya PAS, sudah tentu bendera PAS yang akan dikibarkan dan bukannya Jalur Gemilang.
     
    Pastinya orang Pattani juga mengenali Pas kerana luluhur mereka ini adalah Kelantan dan mereka juga masih ramai lagi saudara mara dari negeri tersebut. Mengapa bukan bendera PAS yang dikibarkan?!!
     
    Sebak rasanya apabila memikirkan betapa mereka sanggup bertarung nyawa semata-mata mahu menaikkan Jalur Gemilang di tanah tumpah darah sendiri dan berkongsi saat-saat manis kemerdekaan Negara walaupun mereka masih lagi di bawah kuasa asing. Sepatutnya, bangsat-bangsat di bawah ini dihantar ke sana bagi merasai sendiri keperitan mendapatkan kemerdekaan. Kerana jika mereka pernah rasa, sudah tentu bukan Sang Saka PUKI yang mereka kebiarkan pada malam Kemerdekaan Negara!
     
     
     
     
    *Apakata beruk-beruk di atas migrasi ke Selatan Thai dan bermastautin terus di sana? Ada pun tiada makna, tiada lagi baik!

    oyabun

    Posted: 01 Sep 2012 11:23 PM PDT

    oyabun


    Apa makna demokrasi kalau selalu ingkar janji?

    Posted: 01 Sep 2012 09:29 AM PDT



    Detik 12.00 malam tadi, bermulalah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara kita - Malaysia. Sebelum tiba detik itu, pelbagai kumpulan masyarakat menantikan saat-saat kemunculan tarikh 31 Ogos itu dengan pelbagai acara sambutan.

    Kali ini agak berbeza dengan sambutan tahun-tahun terdahulu kerana pihak penyokong anti kerajaan Barisan Nasional beriya-iya juga mengadakan majlis sambutan. Tetapi acara sambutan mereka agak berlainan daripada biasa.

    Penganjur Himpunan Janji Demokrasi terus berdegil apabila mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua tempat berlainan dengan acara yang berbeza.

    Mereka mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan (dekat Jalan Petaling) dan di Dataran Merdeka - kedua-dua lokasi di tengah-tengah pusat Kuala Lumpur.

    Mereka kata tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja. Tetapi bagaikan sudah dijangka, situasi berlainan yang berlaku.

    Penganjur himpunan itu hanya boleh memberi jaminan perhimpunan itu diadakan dalam keadaan harmoni dan aman.

    Sebenarnya pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada pihak penganjur mengadakan sambutan menjelang Merdeka di lokasi berkenaan kerana gagal mematuhi syarat permohonan mengadakan perhimpunan aman. Jadi perhimpunan itu adalah haram.

    Tetapi penganjur sudah mencanangkan dalam media baru bahawa mereka tetap boleh menganjurkan sambutan Janji Demokrasi di tepi pancutan air di Dataran Merdeka pada jam 10 hingga 12 malam tadi.

    Sedangkan kawasan sekitar Dataran Merdeka ditutup pada malam tadi untuk persiapan upacara perarakan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan berlangsung hari ini.


    Sebab itu sambutan Ambang Kemerdekaan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bayangkan keadaan orang ramai di Dataran Merdeka malam tadi yang biasanya menyambut Ambang Merdeka di situ.

    Apa maksud penganjur dan peserta himpunan Janji Demokrasi ini yang kononnya mahu turut menyambut hari kemerdekaan, tetapi mereka mengenakan pakaian atau apa sahaja yang berwarna kuning.

    Yang jelas hasrat mereka - walaupun tidak menggunakan nama 'Bersih' tetapi tuntutan mereka masih sama iaitu mengulangi gesaan agar kerajaan menunaikan tiga janji demokrasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    Mereka menuntut kerajaan melunaskan janji demokrasi antaranya mempertahankan keluhuran perlembagaan, mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara; mansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan media; dan memberi jaminan pilihan raya yang bersih dan adil.

    Walau himpunan haram itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan tetapi kita boleh nampak siapa dan parti mana di belakang penganjur Janji Demokrasi.

    Demokrasi di negara kita sudah terbukti sejak Malaysia merdeka 55 tahun lalu. Sebanyak 12 kali PRU diadakan dan ada pasang surut sokongan pengundi yang memilih sistem demokrasi untuk menentukan siapa dan parti mana yang diberi mandat memerintah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    Sepanjang tempoh 55 tahun itu juga, parti-parti seperti Pas, USNO, Berjaya, PBS, DAP dan PKR mendapat kepercayaan rakyat melalui demokrasi.

    Tinggal lagi kini yang Pas, DAP dan PKR tidak mahu terima hakikat ialah kegagalan dan kelemahan mereka mentadbir negeri-negeri yang diterajui masing-masing.


    Kalau pengurusan dan pentadbiran negeri kelam-kabut, banyak penyelewengan dan skandal serta isu-isu manisfesto PRU-12 yang tidak ditunaikan, mengapa salahkan pihak lain yang telah menjalankan proses demokrasi.

    Lihat pemimpin-pemimpin Pas, DAP dan PKR yang tidak boleh dikritik - mana hak kebebasan bersuara dalam demokrasi?

    Terbaharu, baru sekarang Menteri Besar Selangor berkata manifesto bekalan air percuma 20 meter padu pertama 'bukan satu perjanjian'. Senang-senang pemimpin PKR itu cuci tangan.

    Semakin jelas alasan dan pembohongan bagaikan menjadi mainan kata-kata dan ia bukan janji yang mesti ditepati oleh pemimpin pembangkang.

    Fikirlah siapa yang memperbodohkan rakyat melalui 'janji demokrasi' dan siapa yang memegang kata-kata 'janji ditepati'.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55.

    Wasabi Oyabun...

    PISAU.NET

    Posted: 01 Sep 2012 09:43 PM PDT

    PISAU.NET


    Eksklusif! Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang Tolak Lim Guan Eng

    Posted: 01 Sep 2012 06:00 PM PDT


    Sebelum ini pernah beberapa kali Pisau katakan bahawa ketua menteri regim DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng tidor tak lena.Maklumat dalaman DAP melaporkan akan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Lim Guan Eng dan DAP.


    Dengan mengambil inisiatif sendiri turun bertanya dan berbual dengan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.Gambaran yang Pisau terima amat negatif buat regim negeri dan Lim Guan Eng.


    Pisau ambil contoh di pasar Chai Leng Park ,Sungai Puyu dan juga Paya Terubong,di kawasan yang terkenal sebagai kubu kuat DAP.Buktinya ramai tauke tauke di pasar basah mengakui dengan nada yang kecewa dan marah terhadap Lim Guan Eng.Kalangan tauke tauke ini banyak berurusan dengan puluhan ribu pelanggan.Suara rakyat yang sebenar dapat didengar dan disinilah Pisau mendapat maklumat secara terus.


    Rata rata daripada tauke tauke ini mengakui Lim Guan Eng amat angkuh malah mengambarkan ketua menteri dengan retorik politik sebagai indah khabar dari rupa.Banyak bohong daripada benar. Ayat yang paling Pisau suka dengar apabila mereka berkata " apa! dia ingat kita bodoh tadak otak ka,tipu saja banyak kausiau punya olang"


    Paling menakutkan kem Lim Guan Eng apabila pertubuhan NGO cina sekarang ini menggantung bendera BN. Dahulunya sentimen sebegini jauh panggang dari api malah kita sendiri tidak akan menyangka sokongan sedrastik ini.


    Regim DAP Pulau Pinang sekarang ini begitu paranoid ,melihat saja bendera dan banner BN digantung pasti akan dimusnahkan. Kita semua sedia maklum lebih 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang ketika itu tidak pernah menghalang mahu pun sabotaj program haprak pakatan namun ketika regim ultrakiasu chauvanis rasis DAP memerintah sebaliknya berlaku.


    Kes yang terkini berlaku jam 1 pagi 1hb September. Banner jamuan NGO 1Malaysia Brother dipotong dan ada yang dirampas oleh MPPP.Menurut sumber Pisau ini atas arahan daripada Adun dan pemimpin DAP yang tidak mahu melihat NGO pro BN ini mengadakan aktiviti mereka.
    Paling menyedihkan bukan saja bendera BN dikoyak malah Jalur Gemilang juga dimusnahkan,ini semua gara gara paranoid pakatan terhadap kebangkitan BN.
    Melihat kepada cabaran dan halangan yang diberikan oleh regim DAP,pada mulanya sangka Pisau program NGO 1Malaysia Brother ini pasti akan gagal.Namun sangkaan Pisau jauh meleset apabila semalam 2hb Sep lebih 4 ribu orang hadir di Bukit Saujana Paya Terubong.



    Penuh bersemangat 4 ribu orang ini menyanyikan lagu negaraku dan laungan 1Malaysia.Malah dengan laungan "kita sebagai keluarga yang besar di Penang berhak menentukan nasib Pulau Pinang bukan orang luar seperti Lim Guan Eng"

    Berdasarkan pemerhatian kehadiran 70% adalah kaum cina,15% kaum Melayu dan selebihnya adalah kaum India.

    Program ini dirasmikan oleh Datuk Zainudin Hamzah dan turut dihadiri oleh pemimpin BN negeri .





    Pisau kata "ada lagi kejutan selepas ni..."

    Live! Konsert K-Pop Gangnam Style Di Bandar Tasek Mutiara!

    Posted: 01 Sep 2012 08:02 AM PDT


    Sekarang ini sedang berlangsung konsert
    konsert k pop di jkkn bwh jagaan PAS . Di Bandar Tasek Mutiara Dun Sg Bakap Ust Makhtar. YB PKR ni sama naik dengan PAS..

    Pisau kata "ramai puak Pas seronok sakan tuuu"

    Demokrasi ala PR ialah ‘berak atas gambar PM’

    Posted: 01 Sep 2012 12:30 AM PDT


    Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.


    Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.


    Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.


    Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.


    Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.


    Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.


    Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.


    Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.


    Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.


    Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.


    Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.


    Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.


    Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.


    Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.


    Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.


    Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.


    Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.


    Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.


    Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.


    Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.


    Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.

    GERAKAN ANTI PKR

    Posted: 01 Sep 2012 09:37 PM PDT

    PenangWasabi

    Posted: 01 Sep 2012 09:35 PM PDT

    PenangWasabi


    PANASS!! Budak yang Tunjuk Punggung dan Cuba Berak Keatas Gambar PM, Di Kenal Pasti!! #JanjiBersih!

    Posted: 01 Sep 2012 09:14 PM PDT



    Tempohari kita dikejutkan dengan sikap kurang ajar penyokong Janji Demokrasi atau Janji Bersih yang cuba berak keatas gambar PM. Itulah contoh terbaik akal puak Pakatan Haram, kurang ajar dan sangat biadap!! Baca di sini.

    Inilah budak hingusan biadap yang dimaksudkan...budak yang berkelakuan tidak senonoh yang membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar pada muka YAB Perdana Menteri.



    Nama budak ini ialah : Ammar
    Facebook : Alice Sakai
    Asal : Johor

    Belajar di Cybernetic International College of Technology. Ambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3.

    Muka stok jambu macam ni, lepas tu suka tunjuk punggung pulak. Memang ada harapan nak jadi anak ikan Anwar ni. Anwar pun dah lama memendam rasa tu. Dalam bas pun dah ada bilik khas dengan mesin urut lagi. Lebih baik pergi apply kerja pada Anwar si juboq tu, dia akan bagi kamu tugasan menjadi Pegawai Khas untuk tugas-tugas khas!

    Belajar tinggi pun tak guna, langsung tak beradap. Bodoh melampau-lampau.. teruk budak-budak Pakatan ni.. suka berak merata!! Sama juga dengan para pemimpin mereka suka 'kencing rakyat'...dan sesuailah dengan nama mereka PKR : Pakatan Kencing Rakyat?

    Harap pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Tinggi dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap budak-budak hingusan ini sebelum keadaan menjadi parah..!!!

    Sumber : Gossip Rakyat dan Kedah Ke KL

    Penang Wasabi..

    Memerdekakan diri daripada ketaksuban?

    Posted: 01 Sep 2012 09:49 AM PDT



    Sambutan Kemerdekaan Ke-55 negara ini sepatutnya membuka mata kita untuk bersikap lebih matang dalam tindakan. Tema 'Janji Ditepati' walaupun tidak disenangi sesetengah pihak sewajarnya menjadi sumber muhasabah diri dalam menilai kematangan diri dan kesediaan kita untuk bergerak ke hadapan dalam mencapai apa jua yang dicita-citakan.

    Muhasabah diri hanya boleh dilakukan jika kita berupaya keluar dari sikap taksub yang keterlaluan terhadap banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sikap taksub atau sesetengah orang menganggap sebagai kepercayaan ekstrem menyebabkan kita gagal membuka mata hati dalam membuat penilaian sewajarnya.

    Dalam soal pendidikan misalnya, ketaksuban terhadap apa yang dianggap hebat oleh orang lain, menyebabkan kita gagal membuka mata kepada kejayaan yang kita capai selama ini. Kita hanya menganggap apa yang kita capai itu hebat, hanya apabila pihak lain mengatakan yang kita hebat.

    Kerana itulah, apabila universiti kita tidak ditarafkan sebagai antara yang terbaik maka kita menganggap sistem pendidikan apatah pengajian tinggi kita bukan yang terbaik. Sedangkan hakikatnya negara kita membangunkan dalam tempoh 55 tahun ini sebahagian besarnya dilahirkan daripada cerdik pandai kita, sama ada yang mendapat pendidikan dari dalam mahu pun dari luar negara.

    Mereka yang banyak mengkritik pengajian dan pendidikan kita pun sebenarnya lahir dari sistem pendidikan negara yang memberi peluang dan ruang yang amat jelas dalam memberikan kebebasan untuk menerokai segala yang kita ada dalam acuan dan dunia kita sendiri tanpa mengetepikan dunia luar dan proses globalisasi yang membawa kepada pelbagai cabaran yang sedang kita hadapi sekarang ini.

    Dalam tempoh 55 tahun ini juga, banyak pencapaian besar yang hanya boleh diakui jika kita tidak taksub kepada apa yang kita percayai semata-mata, atau taksub kepada perspektif yang berteraskan kepada kumpulan atau mazhab yang kita anuti.

    Kemerdekaan sebenar adalah apabila kita berupaya bersikap lebih terbuka, bersedia menerima pandangan orang lain dan pada masa sama mempertahankan nilai-nilai yang kita miliki dan yakini sebagai teras pembangunan negara bangsa yang bersifat mandiri dan mempunyai kedaulatannya yang tersendiri.

    Kita patut bersyukur, kerana dalam tempoh 55 tahun ini, banyak janji yang dilakarkan sejak 1957, kemudiannya diperbaharui melalui pelbagai dasar utama negara dari Rancangan Malaysia Pertama membawa kepada Wawasan 2020 dan teras Rukun Negara yang mencari citra bangsa yang berdaulat dan merdeka, jelas berupaya menjadikan kita satu bangsa progresif, berbudaya dan memandang jauh ke hadapan.

    Walaupun pada asasnya bumiputera diberikan keutamaan dalam pembangunan negara, namun hakikatnya kaum-kaum lain tidak pernah diketepikan. Malah, dalam tempoh 55 tahun ini, tidak juga menunjukkan orang Melayu atau mana-mana bumiputera yang berada pada kedudukan tertinggi dalam senarai mereka yang terkaya, namun ini tidak pula bermakna yang terdapat kumpulan tertentu yang disisihkan.

    Oleh sedemikian janji-janji yang diberikan oleh mana-mana pihak yang kerap pula bijak menaburkannya, haruslah dilihat dengan realistik. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, janji-janji manis mudah ditaburkan untuk memenangi hati orang ramai, golongan muda dan pihak-pihak tertentu, namun hakikatnya, apa yang kita capai selama ini tidak harus dikorbankan hanya kerana mengejar pelangi yang tidak tercapai tangan.

    Sikap taksub yang keterlaluan kerap menutup pandangan mata kita terhadap erti sebenar kejayaan dan pencapaian. Sikap taksub juga boleh merosakkan pembangunan negara disebabkan oleh sikap mengikut dan percaya secara buta tuli malah juga akan menjahanamkan satu bangsa dan mewujudkan penjajahan baru yang lebih berbahaya. Apatah lagi jika pihak atau individu yang diikut mempunyai kepentingan diri dan didalangi pihak tertentu yang mempunyai kepentingan.

    Kita telah pun melihat banyak negara yang hancur hanya kerana kesilapan yang dibuat akibat percayakan pihak tertentu. Walaupun pemimpin negara dijatuhkan disebabkan oleh pelbagai alasan, namun yang menderita akhirnya ialah rakyat apabila negara menjadi kucar kacir.

    Tidak salah untuk membuat teguran terhadap kelemahan sesuatu sistem, namun teguran yang dibuat biarlah berhemah dan bersikap objektif tanpa dipengaruhi oleh sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Rakyat dan masyarakat berhak melakukan perubahan dalam sesuatu sistem dan proses kerja yang ternyata perlu dilakukan penambahbaikan berterusan.

    Tetapi ia tidak wajar dilakukan atas kepentingan tertentu yang di luar batas agama, moral dan etika yang ada. Anak-anak muda kita pula tidak mudah dipengaruhi oleh segala yang ideal dan janji-janji manis yang hanya bermain dengan perasaan dan darah muda yang sentiasa inginkan perubahan dan sesuatu yang baru dan segar.

    Misalnya, apabila terdapat gesaan mewujudkan proses demokrasi yang lebih bebas atau sistem yang dilakukan lebih "bersih", ia harus dilihat dengan berhati-hati. Kebebasan keterlaluan tidak akan menguntungkan sesiapa. Tiada kebebasan hakiki dalam apa jua yang dilakukan, sebaliknya ia harus terkawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

    Malah, hakikat sebenar dalam mana-mana sistem pun, terdapat kelemahan dan kekurangan yang tidak mungkin bersih sepenuhnya, namun kitalah yang akan menentukan apa yang dianggap bersih atau tidak. Biar secantik mana pun sesuatu sistem, jika manusia yang melaksanakannya tidak mempunyai integriti tinggi dan akauntabiliti, maka ia sukar dilaksanakan.

    Proses penambahbaikan dalam apa jua pun yang mempunyai kepentingan masyarakat dan negara boleh dilakukan tetapi bukan berasaskan ketaksuban kepada pegangan politik atau untuk pemimpin tertentu tetapi mestilah berteraskan kepada kebaikan bersama dan kepentingan masyarakat, orang ramai dan negara.

    Seorang pemimpin dihormati kerana kepimpinannya yang terbukti jelas dan berupaya membawa masyarakat dan negara ke hadapan menghadapi segala cabaran, bukannya mereka yang hanya bijak berkata-kata, berani menabur janji dan bercakap berkobar-kobar membakar semangat dengan segala retorik, tetapi tidak berteraskan kepada realiti, tidak realistik dan hanya kata-kata manis yang payah diterjemahkan dalam tindakan.

    Kerana itu, demi memastikan kelangsungan masa depan rakyat dan negara, adalah wajar kita memerdekakan diri dari segala ketaksuban, hingga menjadikan kita buta walaupun mampu melihat, pekak walaupun mampu mendengar kerana pada akhirnya sesebuah negara hanya berupaya mengekalkan kemerdekaannya dengan keupayaan menghadapi segala cabaran jika mempunyai jati diri, bersatu padu dan rakyat yang berilmu pengetahuan, bijaksana dalam pertimbangan dan tidak mudah kalah dengan segala hasutan.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55.

    Penang Wasabi..

    ANGIN PERUBAHAN

    Posted: 01 Sep 2012 09:27 PM PDT

    ANGIN PERUBAHAN


    Dewan Ulama Pertahankan Nasharuddin Mat Isa

    Posted: 01 Sep 2012 08:01 PM PDT

     

    PARANOIA Pas kepada sekeping gambar bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa (gambar) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini, agak sukar diterima oleh kalangan pemimpin kanan dan ulama parti itu.

    Nampaknya menjadi 'dosa politik' yang besar pula bagi Pas apabila seorang pemimpin parti politik duduk bergambar dengan seorang pemimpin yang berbeza ideologi politiknya.

    Mengapa tidak dilihat dari sudut hidayah Islam apabila Nasharudin sanggup berada dalam saf yang sama dengan Perdana Menteri semasa pertemuan muhibah bersama para ulama Arab Saudi tersebut?

    Nasharudin secara jelas merujuk bahawa perbincangan yang dilakukan di Mekah adalah berkenaan isu-isu yang jauh lebih besar daripada isu Pas-UMNO. Antaranya, isu konflik pergolakan di Syria dan kekejaman junta Myanmar ke atas etnik Rohingya.

    Tetapi mujurlah masih ada ulama dalam Pas yang berfikiran dengan pandangan matang menolak kecaman terhadap Nasharudin termasuk desakan supaya memecat dari parti, hanya kerana beliau menggesa Pas supaya mengkaji semula hubungan dengan pakatan pembangkang berikutan keceluparan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan perjuangan Pas mahu mewujudkan negara Islam di negara ini.

    Nasharudin membawa imej politik sederhana berbanding fahaman politik yang membudaya semangat kebencian.

    Berikut antara petikan sokongan terbuka yang diterima oleh Nasharudin daripada sebahagian pemimpin Pas di seluruh negara.

    Beliau ialah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan walaupun beliau dilihat mengambil pendekatan menongkah arus dalam mempertahankan maruah Pas. Mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakan beliau kebelakangan ini yang dilihat cukup lantang, tetapi untuk menidakkan sumbangan yang boleh dimainkan Nasharudin adalah tidak wajar. (27 Ogos 2012)

    NOR AZMI MUSA

    Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak

    SAYA sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas."(27 Ogos 2012)

    DATUK HARUN TAIB

    Ketua Dewan Ulama Pas

    SAYA sebenarnya yakin pada mesyuarat Ahli Majlis Syura Ulama Pas pada 9 September ini iaitu mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak pihak yang mahu mengetepikan Nasharudin.

    "Dengan kata lain tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharudin dalam Pas."(28 Ogos 2012)

    DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED

    Pesuruhjaya Pas Johor

    Saya bukannya hendak kata yang saya sokong Ustaz Nasharudin atau tidak, tetapi adalah tidak adil untuk kita menghukum beliau hanya berdasarkan apa yang kita lihat melalui media. Beliau juga berhak untuk mempertahankan diri dan menjelaskan apa yang berlaku kepada Majlis Syura Ulama Pas."

    "Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya."(28 Ogos 2012)

    MUHAMAD ZIN ABDUL RAHMAN

    Ketua Dewan Ulama Pas Selangor

    Dari segi rekod, Nasharudin memang sangat rapat dengan Allahyarham Datuk Fadzil Noor (Presiden Pas pada akhir 1990-an), malah beliau telah dibawa masuk dan dididik oleh arwah untuk menjadi pemimpin Pas. Harapan saya, dia sepatutnya boleh diberi ruang lagi kerana kelebihan yang dia ada.

    "Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharudin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan Pas terbuka untuk sesiapa sahaja."(28 Ogos 2012)

    MOHD. NOR HAMZAH

    Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu

    PAS tidak akan meminggirkan sesiapa, perkara ini terpulang kepada individu masing-masing yang sanggup berkhidmat."(28 Ogos 2012)

    NIK ZAWAWI NIK SALLEH

    Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

    Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti supaya mengkaji semula hubungan dengan pakatan (pembangkang) sehingga mencetuskan polemik bukan satu kesalahan.

    "Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

    "Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan.

    "Nasharudin kekal relevan dengan Pas walaupun tewas pada pemilihan muktamar lalu kerana Ahli Parlimen Bachok itu masih ahli parti dan Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang kepada perjuangan Pas."(29 Ogos 2012)

    DATUK DR. HARON DIN

    Timbalan Mursyidul Am Pas

    KITA berharap isu ini (melibatkan Nasharudin) akan diselesaikan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama (pada 9 September ini) kerana ia telah lama berlarutan. Pas perlu lebih fokus kepada isu-isu yang lebih besar.

    "Pas Negeri Sembilan juga akan menyuarakan pandangan pada mesyuarat itu."(30 Ogos 2012)

    MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

    Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.

    r b f

    Posted: 01 Sep 2012 07:05 PM PDT

    r b f


    Syawal Belum Berlalu Pembangkang Sudah Pamer Sifat Kebinatangan

    Posted: 31 Aug 2012 08:21 PM PDT

    Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

    Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

    Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

    Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

    Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.

    Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
    Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima.
    Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
    Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

    Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

    Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

    Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

    Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
    Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

    Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

    Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
    Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

    Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura.

    Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

    Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

    Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

    Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

    Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  

    Tulisan sumbangan Beruang Biru
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    KEPAL NASI KEPAL BERAS

    Posted: 01 Sep 2012 03:38 PM PDT

    KEPAL NASI KEPAL BERAS


    DI SEBALIK KEBENCIAN RAKYAT, BUKIT JALIL DIBANJIRI LEBIH 100,000 !!!

    Posted: 31 Aug 2012 05:59 PM PDT

    Rakyat dikatakan sudah benci Umno/BN. Zalim dan menindas. Kroni dan rasuah. 

    Tapi berlawanan pula sama sekali dengan realiti yang berlaku. 

    Sambutan hari merdeka sejiwa sebangsa senegara anjuran pakatan di Selangor hanya dihadiri lebih kurang 3000 pengunjung. Takpalah. Angka ni kira tipu la. Media Umno tutup. Letak angka 10,000. Kalau tak cukup tambah lagi 10,000, jadi 20,000.

    Hakikatnya lebih 100,000 berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi bersama PM Najib.

    Tak nampak langsung tanda-tanda BN sudah dibenci oleh majoriti rakyat, sebaliknya majlis anjuran pembangkang yang dikatakan bakal mengambil-alih Putrajaya pulak yang nampak macam majlis ada orang kemalangan atau "keaghaan". Keaghaan ni maksudnya ada orang meninggal dunia la..

    BERANI MEMBUAT PILIHAN...

    Posted: 01 Sep 2012 03:36 PM PDT

    BERANI MEMBUAT PILIHAN...


    Polis seluk dan rab@ p@yudar@ aktivitis wanita, sengaja atau tidak?

    Posted: 01 Sep 2012 03:07 PM PDT

    Ketika berdemonstrasi, semangat berkobar-kobar, melaungkan pelbagai kata-kata kesat dan makian.

    Dan apabila ditahan pula, mulalah meronta-ronta mintak dilepaskan, tapi mulut tak lepas-lepas dari cacian dan maki hamun.

    Pihak berkuasa dan polis hanya menjalankan tugas. Menghalang dan menahan ahli-ahli demo menjadi tanggungjawab mereka.

    Jadi kalau yang ditangkap meronta-ronta, kalau terkena mana-mana bahagian yang agak sensitif, paham-paham aja la...

    Warga emas perkosa jururawat peribadi 23 kali sebulan

    Posted: 01 Sep 2012 10:27 AM PDT

    Seorang jururawat peribadi yang berasal dari Indonesia berusia 25 tahun dakwa diperkosa oleh majikannya di Taiwan yang berusia 78 tahun hingga 23 kali dalam sebulan. Demikian diberitaka NowNews.

    Dalam pengakuannya kepada pihak polis, dia mengatakan dirinya diperkosa di bilik mandi dan juga ruang tamu antara Februari dan September dan dia juga mengatakan majikannya memberinya beberapa ubat-ubatan sebelum memperkosanya.

    Dalam pengakuannya, jururawat ini juga menuduh majikan mengancam akan mengirimnya kembali ke Indonesia. Tetapi, pasukan penyiasat kemudian menemukan perbezaan dalam pernyataannya dan membatalkan tuduhan itu.

    Pasukan penyiasat kemudian mengatakan jika wanita akhirnya mengaku bahwa majikan tidak memperkosanya namun memintanya melakukan hubungan seks dengan dirinya.

    "Dia mengatakan bahawa isteri majikan memintanya melakukan hubungan seks dengan anak laki-lakinya," demikian kata pasukan penyiasat.Lelaki itu mengatakan dia menyewa perawat tersebut untuk merawat isterinya pada Februari lalu.

    Lelaki itu juga mengatakan, jururawat itu sebenarnya yang ingin mengadakan hubungan seks dengannya namun ia tak boleh lagi melakukannya.

    Seorang kawan lelaki tua itu mengaku bahawa jururawat itu selalu menawarkan untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran setiap kali dia berkunjung ke rumah lelaki tua itu.

    Piala Malaysia: Keputusan penuh perlawanan keempat

    Posted: 01 Sep 2012 10:00 AM PDT

    BERIKUT adalah keputusan penuh perlawanan keempat Piala Malaysia 2012 yang berlangsung malam ini:

    Kumpulan A
    Lions XII (1) mln Johor (0)
    Stadium Jalan Besar

    Johor FC (2) mln PKNS (1)
    Stadium Pasir Gudang

    Kumpulan B
    Kelantan (4) mln ATM (3)
    Stadium Sultan Muhammad IV

    Terengganu (1) mln Kedah (1)
    Stadium Sultan Ismail

    Kumpulan C
    Perak (0) mln Negeri Sembilan (1)
    Stadium Perak

    Sime Darby (3) mln Felda United (3)
    Stadium MPS, Selayang

    Kumpulan D
    Selangor (2) mln T-Team (1)
    Stadium Shah Alam

    Sarawak (2) mln Pahang (3)
    Stadium Negeri, Kuching

    Nurul Syuhada & TV3 digesa mohon maaf secara terbuka ekoran laporan 'Bintulu Daif

    Posted: 01 Sep 2012 07:11 AM PDT

    BINTULU 1 Sept. - Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mahu pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

    Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kenyataan maaf tersebut patut dibuat secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.

    Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

    "Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam, " katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

    Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

    Katanya Bintulu sudah lama membangun dan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pedalaman.

    Oleh yang demikian, katanya personaliti TV3 itu perlu berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.

    "Diharap pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan," katanya.

    Sementara itu kenyataan tersebut menjadi perbualan aktif dalam media sosial seperti Facebook dengan satu akaun khas 'Sila Mohon Maaf secara terbuka Cik Nurul Syuhada & TV3' dibuat yang kini mendapat sokongan lebih 2,000 ahli termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak.

    Turut merasa tempias ialah akaun FB MHI TV3 yang mendapat reaksi negatif dari penduduk negeri ini dengan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pengacara tersebut dan mahu minta maaf dibuat secara terbuka.

    Warga Indon dibiar ratah tubuh anak gadis sendiri

    Posted: 01 Sep 2012 04:57 AM PDT

    Baru berusia 17 tahun sudah dilacurkan oleh bapa...
    BATU PAHAT – Akibat ketagihan merokok, seorang bapa tergamak melacurkan anak sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan rokok.

    Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat menyerbu rumah suspek di Kampung Parit Gantung, dekat sini, sempena Ops Ambang Merdeka, malam semalam.

    Timbalan Penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral yang sudah lama dilakukan di rumah tersebut oleh si bapa untuk mendapatkan bekalan rokoknya.

    "Susulan maklumat yang diterima itu, kami lakukan serbuan ke rumah berkenaan.

    "Keadaan pintu yang tidak berkunci dipercayai bagi memudahkan aktiviti keluar masuk ke rumah itu menyenangkan serbuan dibuat.

    "Apabila masuk ke rumah itu, kami dapati anak bongsu suspek yang masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah dekat sini, sedang tidur bersama lelaki di ruang tamu rumah," katanya.

    Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit adalah kenalan suspek.

    Saiful Ariffin berkata, suspek dipercayai menggunakan empat anaknya yang berusia 17 hingga 25 tahun untuk memperoleh bekalan rokok.

    "Berdasarkan aduan dan siasatan, kebanyakan lelaki yang mengunjungi rumahnya itu adalah pekerja ladang dan warga Indonesia.

    "Semasa serbuan dilakukan, tiga lagi anaknya bersama isteri keluar menyambut Hari Kemerdekaan di sekitar bandar ini," katanya.

    Katanya, pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen 27(1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    "Bapa remaja berkenaan turut didakwa dan akan diberi sesi kaunseling," katanya.

    Dalam pada itu, Saiful Ariffin berkata, dalam ops sama, seorang wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini.

    Katanya, wanita berusia 49 tahun yang juga ibu kepada tiga anak itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat dadah jenis syabu di dalam biliknya menginap.

    Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila menemui 'dapur' dan syabu di atas meja ketika melakukan pemeriksaan di dalam bilik wanita terbabit.

    Menurutnya, ketika siasatan dilakukan, wanita terbabit memberi alasan baru pulang dari Melaka atas urusan kerja dan terpaksa menginap di rumah tumpangan tersebut kerana sudah lewat untuk pulang ke rumahnya di Senggarang.

    "Pada mulanya dia tidak mengaku dadah itu kepunyaannya, namun segalanya terbongkar selepas pasukan polis narkotik menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati dia positif dadah," katanya.

    Ops bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu turut disertai pegawai polis dari Narkotik Batu Pahat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Superintendan Zainal Murad.

    Bendera Sang Saka: PKR bidas individu yang menyokong mereka

    Posted: 01 Sep 2012 02:38 AM PDT

    PETALING JAYA - PKR dalam kenyataan terbukanya hari ini membidas tindakan sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab melakukan kebiadaban terhadap bendera yang seakan menyamai Singapura dan Indonesia serta perbuatan memijak gambar Perdana Menteri dan isterinya.

    Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, bagaimanapun mereka juga akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara yang tidak patut dilakukan tambahan lagi dalam sambutan kemerdekaan.

    "Kita menolak sekeras-kerasnya perkara tersebut dan akan menghalang cubaan yang memberi gambaran yang tidak baik terhadap negara kita.

    "Ia perlakuan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak dapat menilai sambutan kemerdekaan yang menjadi tanggungjawab kita dalam membela dan menyemarakkannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

    Sebelum ini, tindakan beberapa individu yang membawa 'bendera baru' kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin dibidas pelbagai pihak.

    Malah gambar individu yang membawa bendera ini mula mendapat respons yang tinggi di laman web.

    Kenapa Nik Aziz perlu zahirkan kemaluannya pada insiden bas MB Selangor di simbah cat?

    Posted: 01 Sep 2012 01:26 AM PDT

    KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan 'malu' dan kecewa terhadap serangan ke atas bas sempena siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala.

    "Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,"kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi ini.

    Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu.

    Semalam, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa.

    P/s: Seorang komentor tegar di akhbar Sinar berpendapat banyak lagi benda yang Nik Aziz patut rasa malu.

    Kadar HIV, kumpulan tanpa dara, negeri paling miskin, dan banyak lagi la.

    Tak dinafikan tempat lain pun ada, tapi Kelantan menduduki tempat teratas dalam benda2 ni macam bola sepak piala Malaysia la.

    Benda lain bagi la komen jugak. Anwar tu seorang je, kalau mati accident pun, dia sorang je.

    Bab2 yang saya sebut tadi, melibatkan orang ramai. Patut dia kena bagi lebih perhatian untuk membenteras benda2 macam tu dari dok sibuk cium bontot Anwar.

    Kesucian gadis sunti direnggut si penoreh getah

    Posted: 01 Sep 2012 12:45 AM PDT

    Gambar hiasan
    BUKIT BERUANG - Menggunakan alasan menghalau lembu, seorang penoreh getah bertindak memperdaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebelum mencabulnya.

    Lelaki berusia 55 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan di dalam sebuah ladang sawit di Bukit Asahan, baru-baru ini.

    Mangsa yang sedang bermain dengan adiknya di kawasan berhampiran, sebelum mereka didatangi lelaki berkenaan yang mengarahkan mereka mengikutnya ke dalam sebuah ladang sawit dengan alasan untuk menghalau lembu.

    Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, suspek kemudian membawa kedua beradik itu menaiki motosikal sebelum meninggalkan adik mangsa di satu tempat berhampiran.

    "Suspek membawa mangsa ke dalam ladang berkenaan sebelum membuka baju mangsa dan meraba bahagian sulitnya.

    "Mangsa mendiamkan diri dan tidak menceritakan mengenai kejadian itu kepada keluarganya apabila pulang ke rumah," katanya.

    Bagaimanapun, katanya, keesokan harinya, mangsa dipaksa menceritakan apa berlaku oleh ibunya selepas dilihat sugul dan gelisah.

    "Mangsa telah dibawa ke Balai Polis Asahan dan satu laporan polis telah dibuat," katanya di sini, semalam.

    Menurut Gunarajan, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya untuk membantu siasatan.

    Bakal guru dicekup bersekedudukan bersama teman lelaki

    Posted: 31 Aug 2012 11:45 PM PDT

    KUANTAN - "Saya tahu itu silap saya, perkara dah berlaku, nak buat macam mana," keluh seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel bajet di sini, semalam.

    Dalam operasi kira-kira jam 5 pagi yang dilakukan empat pegawai Penguat kuasa Jaip yang menjalankan operasi di hotel di Jalan Wong Ah Jang mendapati pasangan itu berada bersama di dalam bilik ketika pintu dibuka.

    Graduan sebuah universiti teknikal berkenaan mendakwa, dia bersama teman wanitanya yang juga bakal guru itu bertemu malam itu sebelum dia pulang ke Kelantan untuk bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

    Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan hanya memakai seluar pendek dan baju T manakala teman wanitanya memakai baju tidur.

    Wanita berusia 24 tahun itu juga mengaku sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam di Perak.

    Selepas disoal siasat kira-kira 20 minit, mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

    Jaip sebelum ini sudah memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang menjadikan cuti kemerdekaan sebagai peluang melakukan maksiat.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek berkata, Jaip melaksanakan Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena cuti umum 31 Ogos bagi mengelakkan individu menyalahgunakan cuti hari kemerdekaan untuk melakukan maksiat.

    Beliau berkata, seramai 38 individu berusia di antara 19 hingga 40 tahun ditangkap dalam dua sesi operasi itu.

    "Kita memulakan operasi dari jam 10.30 malam hingga 12 tengah malam manakala sesi kedua bermula jam 4 hingga 6 pagi," katanya.

    Katanya, beberapa lokasi hotel bajet sekitar Kuantan diperiksa termasuk di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Pasar, Jalan Besar.

    Ahmad Raffli berkata, kesemua mereka yang ditahan akan didakwa di mahkamah tetapi dibenarkan ikat jamin," katanya.

    Bendera Republik: Penganjur nafi keluar arahan kibarkan Sang Saka Malaya

    Posted: 31 Aug 2012 11:30 PM PDT

    SHAH ALAM – Penganjur Himpunan Janji Demokrasi menegaskan, mereka tidak memberi arahan kepada penyokong yang hadir di Dataran Merdeka, malam kelmarin untuk membawa bendera lain dan melakukan provokasi menukar Jalur Gemilang.

    Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, penganjur juga tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan oleh sekumpulan remaja yang hadir di Dataran Merdeka.

    Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada mereka yang membawa bendera berkenaan dan mengedarkan risalah adalah daripada penyokong Himpunan Janji Demokrasi atau tidak.

    "Oleh kerana ramai yang pergi ke sana untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya," katanya.

    Beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh beberapa remaja tersebut.

    "Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita mesti menghormati Hari Kemerdekaan," katanya.

    Beliau berkata demikian ekoran tindakan sekumpulan remaja mengibarkan bendera berwarna merah, putih dan kuning dan mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.

    Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi negatif terhadap sambutan Hari Kemerdekaan dan Himpunan Janji Demokrasi yang berlangsung secara aman di Dataran Merdeka, kelmarin.

    Beliau menegaskan beliau tidak mengetahui kewujudan bendera lain selain Jalur Gemilang dalam himpunan tersebut.

    Menurutnya, kemungkinan ada pihak yang mahu timbulkan persepsi negatif disebabkan program yang dianjurkan Jawatankuasa Gabungan Janji itu mampu dijalankan dalam suasana harmoni.

    "Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir perhimpunan itu, namun saya berpendapat ini mungkin tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cetuskan spekulasi.

    "Saya menggesa semua pihak agar tidak merosakkan suasana sambutan kemerdekaan dengan spekulasi mengenai isu bendera ini," katanya.

    Kisah fantasi PKR: Teruskan Jelajah, jangan gentar

    Posted: 31 Aug 2012 11:01 PM PDT

    KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

    Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

    Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

    "Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

    Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.

    Kisah fantasi PKR: Serang bas cubaan gagalkan kempen PKR kata Azmin

    Posted: 31 Aug 2012 10:31 PM PDT

    SHAH ALAM - PKR mendakwa serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat awal pagi ini bertujuan menyekat dan menggagalkan kempen yang diketuai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkembangan terbaru ini sedikit pun tidak menggugat nekad pihaknya untuk menyampaikan mesej reformasi di seluruh negara.

    "Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan PKR dan Pakatan Rakyat.

    "Ini bukanlah kali pertama keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan PKR dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan PKR dirosakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Azmin berkata, bas itu diserang kira-kira 4.20 pagi tadi.

    "Pada jam 4.20 pagi, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat.

    "Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah," katanya.

    Azmin juga berkata tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

    Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu, katanya.

    Azmin berkata, serangan yang dibuat itu jelas menyasarkan bahagian pemandu.

    "Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

    Laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

    Azmin berkata, Anwar telah diancam dan diganggu di Sembrong dan dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah partinya," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

    Kata Azmin, kereta Anwar juga dirosakkan di Kota Bharu.

    Azmin menambah, walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan.

    "Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini," katanya.

    Azmin menambah, menjelas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), "saya yakin serangan akan meningkat dan PKR akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional."

    Jelajah Merdeka Rakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan semalam.

    Katanya, ia satu inovasi politik yang dibawa PKR.

    Bas itu telah melalui destinasi berkempen Bentong dan Kuala Lipis di Pahang, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan.

    Sambil menyifatkan ia berkata, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, malangnya, perkembangan sihat itu direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng.

    Sinar

    Kisah fantasi PKR: Bilik DS Anwar pula dakwa diceroboh...mujur tak dicabul!

    Posted: 31 Aug 2012 10:04 PM PDT

    KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

    Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

    "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

    Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

    Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.

    Datuk gersang dan janda antara yang dicekup sedang lempias nafsu

    Posted: 31 Aug 2012 09:31 PM PDT

    Sepasang remaja dakwa bertunang dicekup...
    PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

    Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

    Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

    Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

    Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.

    Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

    "Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok," katanya.

    Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.

    (Video) Janda bawa anak elak dari dicekup khalwat

    Posted: 31 Aug 2012 08:31 PM PDT

    Seorang janda telah membawa anaknya gagal mengaburi pihak berkuasa yang membuat serbuan pada malam sambutan kemerdekaan di sebuah hotel bajet di Jalan Bukit Bintang.

    Ketika serbuan, beliau sedang tidur bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya bersama anak kecilnya yang berusia dua tahun.

    Janda tersebut mendakwa dirinya baru sahaja ditinggalkan suami.

    Selebihnya korang tonton la video dibawah!

    Hudud: PAS tangguh pelaksanaa kerana bimbang darurat...alasan lagi!

    Posted: 31 Aug 2012 08:00 PM PDT

    KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

    "Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.

    Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

    Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

    Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.

    "Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat," katanya.

    Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga gjsc:-) :-)Timbalan Menteri Besar Kelantan.

    PR Selangor akui gagal tunai janji pilihanraya kerana banyak kekangan

    Posted: 31 Aug 2012 07:45 PM PDT

    SHAH ALAM – Kerajaan Negeri terpaksa berhadapan beberapa kekangan sehingga menjejaskan usaha mereka bagi memastikan semua rakyat Selangor menikmati air percuma seperti yang disebut dalam manifesto pada pilihan raya umum 2008.

    Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, ini kerana, Kerajaan Negeri tidak boleh mengawal keseluruhan pengurusan pemberian subsidi berkenaan kerana mereka tiada kuasa berbuat demikian.

    "Memang kita sudah beri air percuma, tetapi sekarang ada kekangan seperti syarat ketat ditetapkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam menukar meter pukal kepada meter individu.

    "Begitu juga dengan kerenah sesetengah badan pengurusan bersama (JMB) yang lebih suka mengawal air sebab kalau penghuni tak bayar kos penyelenggaraan, mereka boleh potong air. Jadi, kita (Kerajaan Negeri) sekarang sedang mengatasi kekangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan manifesto pemberian air percuma di negeri ini yang dikatakan masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

    Iskandar berkata, sepanjang empat tahun Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri, pelbagai program dijalankan bagi memastikan rakyat Selangor menerima manfaat itu antaranya 'Program Kupon Air' dan 'Program Lapor dan Dapat'.

    "Malah, kita juga sanggup tanggung risiko apabila jalankan 'Program Lapor dan Dapat' kerana dikhuatiri berlaku penyelewengan. Dalam program itu, penghuni tidak perlu menukar meter pukal kepada meter individu, sebaliknya JMB atau perbadanan pengurusan (MC) perlu isi borang dan isytiharkan unit rumah yang dihuni.

    "Borang itu perlu dihantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kemudian akan diserahkan kepada Syabas untuk tujuan pemotongan (sebanyak RM11.40 seunit kediaman) di meter pukal," katanya.

    Menurutnya, pihaknya mengarahkan PBT untuk membuat pemeriksaan ke atas pangsapuri terlibat bagi mengatasi risiko itu.

    Katanya, setakat ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM561.742 bagi pemberian air percuma.

    "Sehingga kini, terdapat 12 pangsapuri kos rendah yang masih belum menikmati air percuma. Program Lapor dan Dapat itu akan diperluaskan di rumah kos sederhana dan kawasan lain selepas pangsapuri kos rendah menerima subsidi tersebut," katanya.

    Mengulas mengenai dakwaan subsidi itu tidak bersifat lestari dan tidak dapat mendidik penggunaan berjimat cermat, Iskandar menyangkal tuduhan itu dengan menyatakan tiada satu kajian pun menunjukkan bahawa keperluan air akan meningkat tiga kali ganda sekiranya air diberi secara percuma.

    (Gambar) Bas mewah tajaan MB Selangor dakwa diserang dan disembah cat

    Posted: 31 Aug 2012 07:26 PM PDT

    SHAH ALAM - Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kemudahan untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat didakwa telah diserang di Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi.

    Maklumat yang diperoleh siri mesej Twitter sejak awal pagi tadi menunjukkan bas tersebut, yang dipercayai tiba di destinasi pertama sejak dilancarkan semalam, disimbah dengan cat merah dan cerminnya pula dipecahkan.

    Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.

    Difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.

    Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.

    "Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan," kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.

    Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengecam usaha "menggagalkan jelajah #merdekarakyat."

    Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini.

    "Butiran maklumat sedang dikumpulkan, akan dimaklumkan pada sidang media nanti oleh YB Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Rafizi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
    Anwar merasmikan Jelajah Bas sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, semalam. Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.

    Pada majlis semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

    Saifuddin berkata, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

    Menurutnya, jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.

    Menurutnya, ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.

    Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.

    Maria Tungku Sabri hidap ketumbuhan dalam rahim?

    Posted: 31 Aug 2012 06:51 PM PDT

    Agak lama juga pihak OHBULAN! tidak keluarkan cerita berkaitan personaliti terkenal, Maria Tunku Sabri. Ketika bertemu di majlis rumah terbuka Aidilfitri Wanita Hari Ini (WHI) semalam, Maria memaklumkan bahawa sambutan lebarannya pada kali ini masih belum lengkap dan sempurna.

    Menurut Maria, Lebaran kali ini beliau belum sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, kerana suaminya sibuk bekerja. Selain itu, Maria turut melahirkan rasa sedihnya kerana ini merupakan tahun ke dua beliau menyambut Lebaran tanpa ibu tersayang.

    "Selalunya raya kedua saya akan pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah, tapi tahun ini saya belum balik sana lagi sebab suami saya sibuk bekerja. Macam tahun lepas, raya pertama saya sudah berada di kampung, sebab masa tu keluarga ada buat tahlil untuk arwah ibu."

    Untuk makluman, ibu Maria Tunku Sabri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan 2010 yang lalu, di mana pada ketika itu beliau sedang sibuk menjalani pengambaran program Singgah Sahur di TV3. Ibu Maria telah disemadikan di Makam Diraja Langgar, Kedah.

    Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, beliau merupakan seorang yang gemar memasak. Sekiranya tiada pengambaran, beliau akan masak pelbagai juadah untuk keluarganya.

    Apabila ditanya, adakah beliau ada perancangan untuk menambah cahaya mata? Dengan rendah diri Maria memaklumkan bahawa beliau sudah tidak boleh mengandung. Katanya lagi, sebelum ini beliau pernah mengalami ketumbuhan yang dipanggil cyst sebesar bola. Akibat ketumbuhan tersebut, rahimnya telah membengkak dan beliau terpaksa membuang rahim tersebut.

    Namun begitu, Maria bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Amreel Nuqman, 14 dan Aleeya Nazneen, 5 tahun.

    Oh Bulan

    Butler 'fitnah' Muslim, Ismail bawa balik perempuan ke bilik hotel?

    Posted: 31 Aug 2012 05:43 PM PDT

    KAMI difitnah! Itulah hujah dua tonggak Terengganu, pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri dan pertahanan, Muslim Ahmad yang didakwa membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan mereka di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Kedah, Selasa lalu.

    Menurut Ismail Faruqi, 25, laporan disiar di dada akhbar harian itu satu pembohongan dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar itu.

    "Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.

    "Kami kini dipandang serong oleh masyarakat dan saya sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan nama saya," katanya.

    Kata pemain kelahiran Kuala Terengganu yang baru saja mendirikan rumah tangga lebih dua bulan lalu, jurulatih, Peter Butler menuduh mereka membawa masuk perempuan ke bilik namun beliau sebenarnya tidak berada berhampiran biliknya pada masa itu.

    "Kami dikatakan membawa masuk perempuan pada jam 3 pagi namun Butler tidak ada di situ pada masa itu dan beliau sudah tentu mendapat maklumat itu daripada pihak ketiga.

    "Semuanya mudah saja dibuktikan kerana hotel itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan sekiranya pihak tertentu meneliti rakaman itu, sudah tentu mereka tidak akan melihat seorangpun perempuan memasuki bilik kami," katanya.

    Muslim, 23, pula berkata, memang dia pulang agak lewat malam itu namun dia tidak diiringi perempuan.

    "Bukan saya tidak mahu tidur awal tapi saya cedera dan tidak disenaraikan untuk bermain menentang Kedah keesokan harinya, begitu juga Ismail yang demam dan tidak tersenarai.

    "Terkejut kami apabila jurulatih menuduh kami membawa masuk perempuan ketika makan pagi dan meskipun menyangkal semua dakwaan, jurulatih masih mahu kami digugurkan daripada pasukan Piala Malaysia," katanya.

    Menurutnya, dia belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan susulan sebelum bertemu dengan pengurusan yang dijadual lewat petang semalam.

    "Berita sebegini menjejaskan imej saya kerana masih bujang dan tidak tahu sejauh mana kesan berita ini ke atas Ismail yang baru saja mendirikan rumah tangga," katanya yang ingin perkara itu diperbetul dan semua pihak meminta maaf kepadanya dan Ismail.

    Kita MESTI Selamatkan Melayu

    Posted: 01 Sep 2012 03:15 PM PDT

    Kita MESTI Selamatkan Melayu


    Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol

    Posted: 01 Sep 2012 05:15 AM PDT

    Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.

    Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.

    Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.

    Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.

    Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.

    Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.

    Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.

    Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.

    Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan/Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan) Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.

    Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.

    Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.

    Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.

    Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".

    Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.

    Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah.

    Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.

    Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?

    Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut.

    PELIK..!! Anwar Jadi Bingung Dengan Perubahan Sikap Nurul Izzah

    Posted: 31 Aug 2012 11:00 PM PDT

    Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

    Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

    Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

    Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

    Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

    Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

    Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

    ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

    Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

    Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

    Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

    Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

    Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

    Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

    Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

    Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

    Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

    Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

    Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

    Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

    Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

    Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

    Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

    Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

    Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

    Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

    Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

    Noh Omar Kata " Yb Ng Suee Lim Tak Bijak.., Bercakap Macam Orang Mabuk...!"

    Posted: 31 Aug 2012 04:32 PM PDT



    bERANIKAN hATI

    Posted: 01 Sep 2012 03:03 PM PDT

    bERANIKAN hATI


    #MERDEKA55

    Posted: 31 Aug 2012 07:49 PM PDT


    Bebas merosakkan harta awam dan menganggu ketenteramam awam?

    Bebas merusuh dan bahkan menyerang pegawai keselamatan?

    Kalau Tok Guru kencing berdiri, 'Achi' akan kencingi Tok Guru..

    1. Menjelang merdeka, berbagai perkara berlaku akibat dari provokasi pihak pembangkang yang tujuannya hanya untuk meraih undi dalam PRU akan datang. Golongan yang jadi sasaran mereka adalah generasi muda yang semangat berontaknya berkobar-kobar namun masih hijau dalam tipu muslihat politik.

    2. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga tidak kurangnya dalam mengeluarkan kenyataan termasuk yang sensitif berkaitan hubungan kaum maupun agama. Mereka sudah tidak lagi peduli dan menghormati agama dan adat resam kaum-kaum lain, nampaknya 'politik binatang' sudah tidak dipedulikan dan matlamat menghalalkan cara.

    3. Wajarkah dalam kita menyambut #Merdeka55 kemerdekaan itu dicemari dengan tunjuk perasaan? Wajarkah bendera 'Jalur Gemilang' dipermainkan dan ingin diubah sesuka hati? Wajarkah slogan Merdeka Ke2 dibawa seolah-olah kita masih belum merdeka? Yang belum merdeka adalah fikiran puak-puak pembangkang yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan keamanan negara kerana cita-cita politik peribadi mereka sendiri.

    4. Seorang sahabat pembaca yang tidak ingin dikenali mengirimkan emel untuk dikongsikan bersama-sama:


    PERISTIWA KEMERDEKAAN - HARUS DIMENGERTIKAN UNTUK MENJAMIN KEMAKMURAN NEGARA
    Oleh: Olexs

    Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

    1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

    2. Usul Ketua Pembangkang di dalam Sidang Penggal Pertama Parlimen pada Mei 2008 yang mahu perkataan Melayu dibuang dari Perlembagaan Persekututan merupakan usaha terancang dan halus untuk memungkiri Kontrak Sosial dan secara sistematik menghapuskan dan bersifat anti Islam, Melayu & Institusi BeRaja.

    3. Tuntutan-tuntutan Su Qiu, Dong Zhong, Hindraf, SUARAM, Bersih dan lain-lain NGO pro pembangkang yang ditaja oleh dana-dana zionis antarabangsa merupakan contoh yang amat jelas untuk merubah struktur sosial dan asas kenegaraan Malaysia secara terancang dan sistematik untuk menuju sebuah kerajaan republik baru di masa hadapan.

    4. Sikap hipokrit dan munafik pimpinan PAS yang menyebarluaskan di dalam usrah-usarah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di kalangan mahasiswa bahawa Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah dan perlu ditentang amat bertentangan dengan Persetujuan Konvesyen Rakyat & Buku Jingga di samping kenyataan-kenyataan pimpinan mereka kepada Rakyat bahawa mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.
    * Renung-renungkanlah…

    5. Siri-siri Demonstrasi Bersih & Hindraf tidak menggambarkan Janji Ditepati sebagaimana yang telah termaktub di dalam 5 Prinsip Rukunegara.

    6. Kebiadapan beberapa ahli Parlimen dan pimpinan pakatan pembangakang terhadap Bendera Negara, Institutsi Sultan dan Bangsa Melayu merupakan contoh yang amat biadap dan pada akhirnya dimanifestasikan di dalam Himpunan Janji Bersih Merdeka malam 30 Ogos 2012.







    Cucu Tok Selampit

    Posted: 01 Sep 2012 01:33 PM PDT

    Cucu Tok Selampit


    Eksklusif - Penjelasan Anak Muda Yang Mengibarkan Bendera Kontroversi Di Dataran Merdeka

    Posted: 01 Sep 2012 04:08 AM PDT


    CTS ada menulis mengenai perkara tersebut semalam. Untuk berlaku adil kepada empunya diri yang mendakwa mereka telah mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam Kemerdekaan Ke 55 di Dataran Merdeka, kita baca penjelasan mereka mengenai perkara tersebut. CTS boleh menerima alasan yang diberikan, atas kapasiti tidak menghina Jalur Gemilang. Cuma masa dan ketika tidak kena dengan tindakan mereka tersebut. Tambahan lagi, dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, menyebabkan CTS berasa sedikit ragu-ragu tindakan mereka ini tidak didalangi parti politik pembangkang. Baca ulasan mereka seperti berikut
    Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
    Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
    Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini. Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
    Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
    Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
    Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
    Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
    Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
    Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
    Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
    Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.
    Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
    Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.
     (Sumber: http://singaselatan.blogspot.com/)

    Ahh! Puak P"Gay"R, Jangan Kata Bas Dilempar Cat, Kucing Mati Lintas Jalanpun Salah UMNO!

    Posted: 01 Sep 2012 12:43 AM PDT





    Bas Merdeka Rakyat Pakatan Haram disimbah cat merah di Kelantan. Seperti biasa belum apa-apa lagi sudah tuduh UMNO. Mereka lupa bukan UMNO saja tak suka mereka, ramai lagi yang tak suka mereka termasuk Rakyat Kelantan yang di atas pagar. Macam mana UMNO saja yang dituduh? Kalau bas UMNO yang disimbah cat merah, mereka akan kata ini tanda rakyat sudah hilang sabar dengan UMNO. Bila bas mereka yang kena, macam biasalah, semuanya salah UMNO! 

    Kadang-kadang CTS terfikir, taktik ini sama dengan taktik semasa budak hingusan Adam Adli datang ke Kelantan, bila sambutan hanya 300 orang sahaja, terus ada orang yang melempar cat. Mungkin juga ada masalah dengan Anwar Ibrahim? Setiap kali Anwar Ibrahim datang ke Kelantan ada saja yang berlaku kepadanya. Dulu semasa datang ke Kelantan kereta pun kena pecah jugak! Adakah ini rancangan ANWAR sendiri? 

    Satu lagi teori yang bermain di benak CTS adalah apabila negara ini gempar dengan cerita Perhimpunan Raksaksa Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, mungkin ada pula pihak yang hendak mengalihkan isu dan meraih simpati dengan menyimbah dan memecah cermin bas sendiri. Taktik rosakkan harta benda sendiri ini sudah digunakan sejak tahun 80an lagi iaitu ketika Pilihanraya Kecil Parit Raja. Taktik tarik simpati dan tarik perhatian adalah merupakan sebagai langkah terakhir Anwar Ibrahim! Dia sudah goyang. Sambutan Janji Demokrasi oleh juak-juak BERSIH di Dataran Merdekapun gagal menarik perhatian sehingga terpaksa ada yang menunjuk punggung.

    Kedah Ke KL - MctHeory

    Posted: 01 Sep 2012 01:17 PM PDT

    Kedah Ke KL - MctHeory


    TUDIAA!! Gangnam Style Ala Malaysia Kampung? kelakar la video ni..

    Posted: 01 Sep 2012 01:13 AM PDT


    Demam Gangnam style dah mula melanda Malaysia. Lepas ni ramai la tukang copy paste yang mula cari makan dengan meniru si PSY. aduh.. biasa laa..

    PANASS!! Mat Sabu Pejuang Syiah Dalam Pas!!

    Posted: 31 Aug 2012 10:06 PM PDT



    Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Nasharuddin Mat Isa mendapat banyak sokongan dari serata pelusuk negeri antaranya Johor, Selangor dan Terengganu. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Tantawi Nik Salleh juga bersetuju yang beliau masih relevan kepada perjuangan PAS serta banyak berjasa kepada parti. Rata-ratanya mengakui kewibawaan Nasharudin dan menganggap beliau sebagai pemimpin masa depan.

    Nasharudin adalah antara 'sisa-sisa' pemimpin pro-Ulama yang masih 'hidup' di dalam PAS. Yang lainnya, kalau pun masih ada, telah pun diresapi parasit ataupun telah selamat ditendang keluar.

    Kini, Nashrudin telah menjadi 'hero' baru apabila beliau dengan konsistennya membelasah Karpal Singh dalam memperkatakan permasalahan hudud antara PAS dan DAP.

    'Kebangkitan' Nasharudin ini pastinya menggetarkan Mat Sabu yang berjaya mengambil tempatnya sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan yang lalu, dipercayai dengan bantuan dan sokongan DAP. Mat Sabu dan Nasharudin walaupun bersama di dalam satu parti tetapi kedua-duanya membawa aspirasi dan hala tuju yang berbeza. Mat Sabu mewakili golongan parasit manakala Nashrudin dari golongan ulama.

    Dengan kelantangan Nashrudin serta sokongan yang diterima beliau dalam isu hudud, pastinya meletakkan kedudukan Mat Sabu dalam keadaan sedikit goyah. Mat Sabu pastinya enggan berkonfrontasi dengan DAP dan tindakan Nashrudin benar-benar menyusahkan hatinya.

    Jika Nashrudin mendapat sokongan dari seluruh pelusuk negeri, sokongan terhadap Mat Sabu pula sangatlah terhad di negeri-negeri di mana bertapaknya Syiah dengan agak meluas antaranya ialah Kedah dan Pulau Pinang.

    Seperti yang ramai telah maklum, Mat Sabu adalah pendokong dan pelopor Syiah di dalam PAS. Mat Sabu adalah seorang Syiah dari aliran Syiah Imamiah. Hadi Awang, walaupun bukan Syiah, tetapi adalah seorang yang simpati kepada Syiah, dan pernah mengeluarkan fatwa bahawa ada Syiah yang boleh di terima.

    Mungkin ada yang masih kabur mengenai Syiah dan menganggap perbezaan pendapat antara Syiah dan Sunnah tidak sepatutnya menghalang penyatuan Umat Islam. Jika, ada, kita sarankan agar mereka memikirkan semula pendapat mereka.

    Syiah adalah golongan yang menganggap Abu Bakar, Omar dan Osman, sahabat nabi sebagai kafir. Saidina Habsyah dan Habsah, isteri nabi di samakan dengan taraf pelacur. Di zaman ini, Syiah jugalah yang memberi laluan untuk tentera Amerika Syarikat masuk ke Iraq dan mereka jugalah yang melakukan kekacauan dan pembunuhan ke atas orang awam dari golongan sunnah. Sebenarnya, Syiah telah beberapa kali bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah.

    Pada Februari 2009, puak Syiah bertindak mencemarkan perkuburan Baqi' dan Masjid Nabawi dengan berdemo dan mencela Saidina Umar bin al-Khattab. Peristiwa ini dilaporkan media secara meluas dan mengundang kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.

    Antara kesesatan Syiah yang lain ialah, melebihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w, merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim serta menghalalkan zina atas nama mutaah.

    Jika ada yang masih ingat, ketika siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan Wisma Denmark suatu ketika dahulu, ada di antara peserta yang membawa sepanduk poster Imam Khomeini. Mereka ini adalah tajaan Mat Sabu dan beberapa orang daripada mereka adalah pemuda PAS Kuala Kedah. Mat Sabu juga tidak mungkin dapat menafikan yang beliau sering berkunjung ke Lubnan dan Tehran sejak dari dahulu lagi.

    Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan seperti berikut mengenai Syiah:

    Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut pada 5 mei 1996 :

    "Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia." Dimansuhkan.

    b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam" seperti berikut: "Hukum Syarak atau "Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak."

    e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

    f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.

    g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan 5 mei 1996.

    Dengan maklumat ini, mungkinkah masih ada ahli-ahli PAS yang akan terus menyokong Mat Sabu dan menolak Nashrudin?

    Pengikut