Ahad, 22 April 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


BERSIH 3.0 BANGKIT RAKYAT MALAYSIA

Posted: 22 Apr 2012 07:42 AM PDT

AYUH RAKAN SEMUA SEMUA JANGAN LUPA 28 .04 .2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 22 Apr 2012 03:06 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:06 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Memperkenalkan Primadona Opera China Terbaru

Posted: 22 Apr 2012 09:30 AM PDT

Nak tahu Primadona Opera China yang terbaru? Alo! alo! You ustazah kah! Ha! ha! Ustazah Umno....bolehkah dijadikan contoh?


Saman Ke atas Gani, Musa, SPRM

Posted: 22 Apr 2012 05:56 AM PDT

"Saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan)

pegawai polis RM27 juta

sedangkan mereka tahu ini semua penipuan" Demikian yang diisytihar oleh bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff.


Kenyatan itu merupakan susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa Ramli akan bertanding atas tiket parti itu. Beliau berkata, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya tidak tepat.

Beliau berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS dan akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi.

DIALOG RAKYAT

Posted: 22 Apr 2012 03:05 PM PDT

Kes Hannah Yeoh Sekali Lagi Menunjukkan Polis Berat Sebelah

Posted: 22 Apr 2012 05:09 AM PDT


SHAH ALAM-Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi didakwa bertindak berat sebelah kerana memanggil pemimpin Pakatan Rakyat untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program Umno-BN.

Sehubungan itu MP Puchong, Gobind Singh Deo menyarankan agar PDRM bertindak adil dan saksama dengan tidak memihak kepada pemimpin gagasan Umno-BN.

MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, PDRM seharusnya mengambil kira fakta terhadap sesuatu isu dan bukannya bertindak melulu jika ia melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Polis seharusnya membuat siasatan dahulu berkaitan isu membabitkan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang didakwa memfitnah MCA," katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Gobind mengulas tindakan PDRM memanggil Hannah ke Balai Polis SS17, Subang Jaya semalam untuk memberi keterangan tentang kenyataannya yang mempersoalkan satu program MCA di kawasannya baru-baru ini.

Pada permukaannya, program tersebut memberi perkhidmatan kesihatan percuma, akan tetapi Hannah mendakwa MCA menggunakannya untuk tujuan yang lain.

Sejurus selepas kenyataannya dikeluarkan menerusi laman blognya, MCA membuat laporan polis terhadap Hannah dan beliau dipanggil PDRM.

Gobind dan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan wakil-wakil penduduk adalah antara orang yang menemankan Hannah ke balai polis tersebut.

Selepas beliau memberi kenyataan kepada PDRM, Hannah menulis di dalam blognya dan mengatakan beliau mewakili penduduk Subang Jaya dan boleh mempersoalkan sebarang perkara yang menimbulkan syak wasangka.

Beliau juga menyoal sejak bila MCA menjadi kebal kepada undang-undang.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan mempersoalkan sikap polis yang seolah-olah lepas tangan terhadap laporan jenayah yang dibuat oleh pemimpin gagasan itu.

Contohnya, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pernah dipukul oleh samseng semasa membuat lawatan ke Tanjong Karang pada 4 Nov 2010 tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan daripada PDRM.

Pada Februari lepas, seorang wartawan di Pulau Pinang cedera apabila sekumpulan ahli Umno menyerang sebuah himpunan bagi membantah loji Lynas di Georgetown.

Begitu juga serangan sekumpulan 50 orang berbaju hitam terhadap perkhemahan aktivis di Dataran Merdeka minggu lalu di mana anggota PDRM yang ada di situ didakwa melihat sahaja perkara itu berlaku.

Gobind Singh berkata PDRM seharusnya menyiasat laporan yang dikemukakan NGO Bersih 2.0 yang menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pengundi yang meragukan.

"Jika polis menggunakan undang-undang untuk semua pihak, seharusnya polis menjalankan siasatan terhadap laporan mengenai senarai pengundi yang meragukan," jelasnya lagi.

"Jika polis hendak siasat Hannah Yeoh, polis juga semestinya menyiasat pelbagai perkara lain contohnya isu Bersih 3.0," katanya.

Lebih 10 Ribu Rakyat Selangor Sudah Dapat Tanah Sendiri

Posted: 22 Apr 2012 05:06 AM PDT


HULU LANGAT : Lebih 10 ribu penduduk di Selangor sudah menerima notis borang 5A atau surat kelulusan pemberimilikan tanah, menerusi program kediaman persendirian.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi setiap permohonan untuk memiliki tanah sendiri yang telah diduduki selama puluhan tahun.

"Pada Pilihanraya 2008, pengundi di Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir, jadi rakyat mesti dibela," ujarnya ketika memberi ucapan di Majlis Penyampaian Notis Borang 5A Kampung Sungai Makau Hulu Langat disini hari ini.

Sebanyak 55 orang penduduk Kampung Sungai Makau, Hulu Langat  menerima notis borang 5A dan 29 orang penduduk Kampung Bahagia, Bangi menerima surat hak milik tanah yang disampaikan oleh Abdul Khalid sendiri.

Menerusi usaha ini, kerajaan negeri memberi hakmilik tanah dengan bayaran premium fleksibel bagi memudahkan rakyat memiliki kediaman sendiri.

Menurut Abdul Khalid, setiap permohonan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk penelitian dan keputusan mesyuarat ini adalah berdasarkan kelayakan pemohon tanah tersebut.

"Pemohon yang terpilih bukannya kerana mereka menyokong Pakatan Rakyat, ataupun kroni Exco tetapi kerajaan negeri mengamalkan prinsip tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab tanpa mengira perbezaan bangsa, agama atau fahaman politik," tegasnya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri memulakan pusat maklumat tanah bersepadu bagi membolehkan pemilik tanah memeriksa dan mengemaskini status, lokasi dan hal-hal yang berkaitan urusan tanah.

Bagaimanapun, beliau menyeru kepada semua pemohon yang diluluskan pemberimilikan ini agar menjelaskan bayaran premium dalam tempoh ditetapkan.

"Saya harap setiap pemohon sudah mengetahui tatacara pembayaran premium ini dan boleh mendapatkan maklumat pembayaran dari Pejabat Daerah kawasan masing-masing," katanya.

Isu Scorpene: Pegawai M'sia boleh ditahan, kata peguam

Posted: 22 Apr 2012 04:19 AM PDT


Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan kemungkinan ditahan di Eropah, seperti yang dialami bekas presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya enggan menghadiri inkuiri di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Seorang peguam terkemuka dalam negara berkata, sekiranya prosiding mahkamah Perancis itu tidak memihak kepada pegawai Malaysia, pendakwaan mungkin dibuat ke atas perdana menteri atau menteri pertahanan.

Seperti juga permohonan oleh kerajaan Sepanyol kepada Britain untuk menangkap Pinoche, kerajaan Perancis boleh memohon kepada anggota Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia yang didakwa itu, sekiranya mereka memasuki negara Eropah.

Pinochet ditahan pada 1998 di hospital London Bridge atas waran Interpol – yang mendakwa beliau melakukan kekejaman ke atas warga Sepanyol.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Antara saksi yang disenaraikan Suaram ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Ahmad Zahid.

Persoalan yang timbul kini adalah sama ada mahkamah Perancis berkuasa untuk memerintahkan pegawai Malaysia untuk hadir ke prosiding mahkamah di Paris.

Ramli akan fail saman ke atas Gani, Musa, SPRM

Posted: 22 Apr 2012 04:17 AM PDT


Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.

Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.

Katanya, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya, ketika beliau berada di luar negara.

"Sesetengahnya tidak tepat," katanya yang berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya.

Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi.

Penyokong serang rumah pengurus pasukan T'ganu

Posted: 22 Apr 2012 04:13 AM PDT

MALAYSIA KINI

Dek kekalahan demi kekalahan yang  dicatatkan oleh pasukan Terengganu, pihak pengurusan Terengganu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu.

Kali ini rumah Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh menjadi mangsa diserang oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi ada penyokong yang bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di Kuala Terengganu.

Serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu sebaik selesai perlawanan suku akhir pertama Piala FA malam tadi yang menyaksikan sang penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Bagaimanapun, keadaan itu berjaya dikawal setelah pihak polis ke rumah berkenaan setelah menerima panggilan telefon daripada pengurus pasukan itu.

Che Mat ketika dihubungi Bernama berkata beliau kesal dengan tindakan tidak bertamadun segelintir penyokong pasukan termasuk menyerang rumahnya.

Katanya dia tidak akan melepaskan jawatannya dan tindakan yang dibuat oleh beberapa peminat hanya akan memberi kesan negatif ke atas pemain.

"Saya terkejut dengan tindakan mereka tetapi saya tidak akan melepaskan jawatan saya sebagai pengurus pasukan dan tidak akan menekan butang panik lagi.

"Para pemain telah mencuba yang terbaik...peminat sebenar sepatutnya  menyokong pasukan walaupun ketika pasukan itu menang atau kalah," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu ACP K. Manoharan ketika dihubungi berkata akibat tindakan agresif itu bumbung rumah pengurus itu rosak akibat dibaling objek dan ada sebahagian daripada mereka bertindak menekan loceng dan menggoncang pintu pagar.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.- Bernama

KITA Kedah umum nama 4 calon bakal tanding PRU-13

Posted: 22 Apr 2012 04:07 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

SUNGAI PETANI- Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah hari ini mengumumkan nama empat calon yang bakal bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata mereka akan diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Petani, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, DUN Sungai Tiang dan DUN Gurun.

"Setakat ini kita umum empat orang sahaja dulu dan bila ada lagi calon yang sesuai kita akan umumkan lagi secara berperingkat," katanya kepada pemberita pada Majlis Beramah Mesra Dengan Ketua Parti KITA bersama Anggota Jawatankuasa KITA Kedah di sini hari ini.

Empat calon itu ialah ahli perniagaan Suhaimi Hashim (Parlimen Sungai Petani), ahli perniagaan Cherean Isen (DUN Sungai Tiang), ahli perniagaan Ong Choon Seng (DUN Gurun) dan Pengerusi KITA Kedah Kamal Naseer Thow Beek (DUN Bukit Selambau).

Zaid berkata beliau tidak mempunyai sasaran bilangan calon KITA yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana apa yang penting mendapatkan calon yang benar-benar layak dan tidak mempunyai masalah serta mampu memperjuangkan nasib rakyat.- BERNAMA

Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri

Posted: 22 Apr 2012 04:03 AM PDT

  MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM- Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Busrsa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.

"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor pagi tadi.

Selain itu beliau turut melemparkan persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH perlu disenaraikan dan sanggup berdepan resiko begitu besar.

"Syarikat bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan.

"Kalau ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham bagi tujuan mendapatkan modal," katanya.

Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara.

Selain Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz.-Harakahdaily

PTPTN: Kenyataan Hadi, Anwar tidak bercanggah

Posted: 22 Apr 2012 03:57 AM PDT

 MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyelar laporan The Star dan beberapa media perdana hari ini yang cuba menggambarkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN.

Menurutnya, akhbar itu juga dalam laporannya cuba menunjukkan kononnya presiden PAS menyanggah cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan PTPTN jika Pakatan Rakyat meguasai Putrajaya.

"Ini adalah menunjukkan niat jahat untuk melaga-lagakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semata-mata. Media arus perdana ini dengan jeleknya telah sengaja memutar belitkan maksud ulasan Presiden PAS seperti mana menjadi amalan kebiasaan mereka.

"Ingin dipertegaskan bahawa isu penghapusan PTPTN telah dibincang dengan mendalam dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga turut memberikan pandangan yang menjadi pendirian bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini," kata Samsuri.

The Star dalam laporannya yang bertajuk 'PTPTN must stay for now' yang memetik sumber Sinar Harian melaporkan kononnya Abdul Hadi tidak menyokong penghapusan PTPTN dan memberikan pandangan yang bercanggah dari Anwar dalam isu PTPTN.

Sedangkan kenyataan asal Abdul Hadi yang dipetik akhbar berbahasa Melayu itu langsung tidak menunjukkan sebarang percanggahan dengan kenyataan Ketua Umum PKR itu seperti dilapor The Star.
"Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS ialah bahawa PTPTN akan dihapuskan. Manakala penghapusan PTPTN pula akan dilaksanakan dengan prosesnya.

"Proses yang dimaksudkan oleh Presiden PAS di sini ialah penghapusan PTPTN sepatutnya tidak membimbangkan mana-mana pihak, kerana ianya akan dilaksanakan dengan penuh prinsip keadilan dan tidak membebankan rakyat, di mana orang miskin akan dibela tanpa mengira kaum mereka dan orang yang kaya mestilah memainkan tanggungjawab membantu mengikut kemampuan mereka dalam sebuah negara," kata Samsuri lagi.

Menurut laporan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi juga turut mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

"Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang PAS kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

"Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan," katanya.-Harakahdaily

Kecoh tsunami: Pemimpin Malaysia tidak sedar

Posted: 22 Apr 2012 03:54 AM PDT


Ramai di antara kita memilih untuk tinggal di rumah pada hari Rabu, menonton pertabalan YD Agung ke-14 setiap lima tahun sekali disamping melihat kelibat Istana baru yang mewah yang tidak sunyi dari skandalnya sendiri.

Kebanyakan daripada kita enggan melakukan kerja yang serius, dan mahu berehat dan bermalas-malasan sahaja untuk sepanjang hari. Bahkan ada yang pergi ke pantai untuk berkelah dan berenang bersama keluarga. Hanya selepas matahari mula jatuh dan orang mula bersedia untuk malam, beberapa bahagian negara ini mengalami gegaran yang menakutkan.

Mereka yang berada di bangunan-bangunan tinggi yang sedang menghabiskan kerja mendapat satu 'kejutan'. Gempa bumi! Malah mereka yang sedang dalam perjalanan di lebuh raya berhenti tiba-tiba aabila tanah bergetar. Semua mula panik.

Twitterjaya dan Putrajaya yang sunyi sepi


Ruang siber Malaysia yang aktif sedang rancak menyebarkan maklumat gempa bumi besar-besaran di Aceh, Indonesia. Apabila laporan dan tweets muncul bercerita pengalaman setelah merasai gegaran, secara kolektifnya, ada rasa lega dikalangan rakyat Malaysia apabila mengetahui bahawa gempa bumi itu tidak berada di sini tetapi jauh di Indonesia.

Namun, ia juga boleh menjadi satu yang serius dan mencetuskan tsunami, ia masih jauh dan di sini hanya terasa 'gegaran'.

Perlu ditegaskan bahawa di kalangan rakyat yang berfikiran sivik yang juga pengguna Twitter dan Facebook, yang berkongsi maklumat hanyalah dikalangan ahli politik Pakatan Rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui, tidak memberi sebarang maklumbalas pun.

Kemudian amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia yang dilaporkan oleh akhbar New Straits Times di laman webnya memberitahu bahawa jika tsunami memang berlaku, ia boleh menyerang Pulau Pinang pada pukul 9 malam dan Port Dickson pada jam 2 pagi. Bagi penduduk di kedua-dua lokasi ini, mereka mula berada dalam keadaan panik, manakala saudara-mara mereka yang berada di luar negera dan di seluruh Malaysia menanti dengan penuh kebimbangan dan debaran.

Berdasarkan kelajuan gelombang bergerak pada 800km/sejam dan lokasi pusat gempa dan pantai di sekitarnya, ramalan terperinci adalah tsunami akan melanda Thailand oleh 8.45 pm, Pulau Pinang 9.20 pm, kemudian Kedah, Langkawi, Perak dan ke Port Dickson ada 2.00 pagi. Bahkan Singapura tidak akan terlepas, dengan tsunami dan dijangka akan sampai ada 7.51 pagi.

Sikap acuh tak acuh dan tindakan campur aduk


Dalam masa yang sama, Jabatan Bomba Malaysia mengarahkan trak mereka dan brigade di seluruh Kuala Lumpur dan lain-lain kawasan yang terjejas untuk bersedia, manakala RTM rangkaian TV kebangsaan masih leka dengan acara utama – Pertabalan YDA. TV3, media kawalan Umno telah melaporkan berita tentangnya tetapi hanya melaporkan beberapa maklumat umum mengenai gempa bumi Aceh dan menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah.

Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang kononnya mengumumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara perkhidmatan feri dihentikan tidak lama selepas itu. TV3 kemudiannya melaporkan Jambatan Pulau Pinang masih dibuka, tetapi perkhidmatan feri telah dihentikan.


Sama ada ia adalah perkara yang betul untuk menutup jambatan atau menghentikan perkhidmatan feri adalah persoalan yang besar, ini perlu untuk diuruskan oleh jawatankuasa bencana negara. Sebelum kita masuk ke dalam perkara itu, mari kita senaraikan dan uruskan beberapa kekeliruan yang disebabkan oleh kerajaan persekutuan yang tidak bersedia.

Anehnya, RTM kekal senyap tetapi kemudian melaporkan berita itu dalam berita utamanya pada pukul 8:00 malam. Walau bagaimanapun, ia dirantai bersama beberapa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tanpa apa-apa koheren, dengan itu menyebabkan kekeliruan yang lebih besar.

Tiada sesiapa, termasuk ramai dalam agensi itu sendiri, tahu apa yang sedang berlaku atau apa yang telah dilakukan - sejak Jabatan Meteorologi memberi amaran kepada Polis untuk jabatan bomba atau pihak berkuasa tempatan yang lain. Harus diingat bahawa dalam kecemasan dan bencana alam, orang selalunya beralih kepada televisyen sebagai sumber maklumat utama mereka – bukan sekadar untuk berita dan hiburan.

Ketiadaan kepimpinan dalam masa krisis


Ternyata, tiada seorang pun dari Kabinet memberi kenyataan atau menggesa orang ramai untuk bertenang. Tiba-tiba, negara adalah dalam keadaan auto pilot, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan mengelak isu itu sama sekali.

Bagaimana sekiranya gempa bumi Aceh telah tidak berlaku dalam side-slip zone dan tsunami pembunuh seperti yang melanda pada tahun 2004 berlaku? Bagaimana Kabinet tahu bahawa gelombang bencana tidak akan berlaku? Adakah mereka mempunyai deria istimewa atau bola Kristal tsunami?

Tidak, berkemungkinan perut mereka masih terlalu penuh dengan makanan baik yang dihidangkan secara bufet di Hotel Palace, dan mereka telah memutuskan untuk tidak peduli. Adakah ini kepimpinan?

"Nasib baik gempa bumi ini berlaku dalam zon slide-slip," pengarah bahagian geofizik dan tsunami di Jabatan Meteorologi Malaysia Saw Bun Liong berkata dalam taklimat lewat malam untuk mengumumkan keadaan berwaspada.

Menurut Saw, zon slide-slip adalah kawasan di mana plat gelongsor melepasi satu sama lain - menyebabkan anjakan air kurang. Oleh itu, gelombang berskala tsunami 2004 tidak boleh dijana. Amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia telah dibatalkan kira-kira empat jam selepas ancaman itu disifatkan telah berlalu.

Amalan biasa menyalahkan antara satu sama lain


Kemudian dalam gaya tipikal kerajaan BN, permainan menyalahkan orang lain bermula. Mereka yang tidak peka dan cuba untuk menyampaikan maklumat untuk membantu seberapa ramai orang yang boleh dipersalahkan kerana menyebarkan "panik" oleh mereka yang duduk bersandar tanpa melakukan apa-apa.

Paling utama, soalan yang perlu dijawab adalah apakah yang berlaku kepada Pusat Bencana Kebangsaan pada hari kejadian? Adakah mereka semua sedang bercuti dalam Istana baru juga? Siapakah yang bertanggungjawab di Malaysia untuk menyelaraskan tindakan, aliran maklumat, menyelamatkan, memberi amaran, dan membuat keputusan sama ada perlu untuk berpindah?

Hakikatnya, pada hari itu Malaysia telah terperangkap dalam keadaan tidak berjaga-jaga. Tiada arahan pusat untuk memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dan apa yang perlu dilakukan. Tidak hairanlah bahawa ramai yang telah trauma.

Keputusan mesti dibuat sama ada oleh pihak berkuasa atau oleh individu sama ada untuk berpindah dari rumah bertingkat tinggi atau tidak. Sebagai contoh, pengurus hospital juga perlu memutuskan sama ada perlu untuk memindahkan pesakit mereka untuk keselamatan atau tidak.

Tetapi tiada. Tiada yang peduli dan satu-satunya perkara yang penting kepada pihak berkuasa adalah bagaimana untuk melindungi diri daripada disalahkan. Dan tindak balas mereka untuk itu ialah untuk menyalahkan orang lain dahulu!

Adakah kita mempunyai Pelan Bencana Kebangsaan?


Maklumat hendaklah disampaikan dengan benar.

Jika tsunami tiba, rakyat mempunyai hak untuk mendapat amaran. Dalam apa jua cara, masukkan amaran bahawa ramalan-ramalan berkemungkinan tidak menjadi kenyataan. Tetapi yang terbaik bagi pihak berkuasa dan berdasarkan nasihat pakar, dalam kes ini Pusat Amaran Tsunami Pasifik, rakyat harus diberitahu apa yang telah diramalkan dan diberitahu untuk menyediakan mereka bagi apa-apa juga kemungkinan.

Jika perkara yang paling buruk berlaku, maka langkah-langkah yang betul telah diambil dan tiada siapa yang akan dipersalahkan. Jika ia tidak berlaku, seperti yang berlaku, maka kita semua harus bersyukur kepada Tuhan.

Mereka yang terlibat dengan krisis itu tidak patut menggunakannya sebagai kesempatan untuk tergesa-gesa menyalahkan orang lain apabila mereka sendiri telah gagal untuk menjalankan tugas mereka.

Bangunlah, Malaysia mungkin tidak akan terlepas dari bencana


Pada 11 April yang lalu, gempa bumi kuat bermagnitud 8.6 dan satu siri gempa susulan yang kuat telah berlaku di Aceh, Indonesia menyebabkan ramai yang lari dari bangunan dan rumah-rumah mereka. Tsunami telah digerakkan tetapi hanya berlaku yang kecil disebabkan oleh kesan sampingan slip zon ini'. Ia telah memintas Malaysia tetapi tidak melanda Thailand.

Gempa bumi di Aceh telah berlaku dalam Kawasan kerap gempa (Lingkaran Api) di antara dua plat tektonik. Plat adalah seperti rakit raksasa atas permukaan bumi yang sering luncur dan seterusnya berlanggar dengan dan mengelonsor bawah plat yang lain. Sekitar Lingkaran Api, Plat Pasifik berlanggar dengan dan menggelongsor dibawah plat yang lain. Proses ini dikenali sebagai subduction dan kawasan volkano dan seismik aktif berdekatan dikenali sebagai zon subduction.

Malaysia begitu hampir dengan Lingkaran Pasifik dimana satu hari kesan mengelonsor pasti akan melanda kita dengan teruk. Aktiviti gunung berapi yang memberi kesan kepada Malaysia adalah dari hujung timur Sabah, melengkung ke pantai selatan Borneo, Pulau Jawa dan Sumatera dan bersambung ke hujung barat laut Sumatera, sebelum ia terus ke pantai timur benua kecil India.

Soalan yang perlu ditanya dan jawapannya


Mari kita bertanya soalan-soalan yang perlu. Adakah Malaysia bersedia untuk gempa bumi yang sebenar? Adakah bangunan kita cukup selamat?

 Siapakah yang perlu bertanggungjawab? Adakah sesiapa menjadi menteri de-facto dalam pengurusan bencana alam? Atau adakah ia di bawah Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein, di mana rakyat Malaysia mungkin perlu merasa lebih bimbang lagi!

Perlu diingatkan bahawa Sri Langka, yang telah teruk dibadai tsunami pada tahun 2004, mempunyai menteri yang menguruskan bencana alam iaitu Mahinda Amaraweera.

Apakah kriteria untuk perlunya berlaku pemindahan? Kenapa tidak diadakan kempen kesedaran bagi bagaimana menangani masa-masa seperti gegaran dan pengosongan bagi orang awam?

Perlukan kita tunggu sehingga Menara Berkembar Petronas untuk runtuh barulah kerajaan Umno-BN akan mengambil tindakan? Bukankah itu sudah terlalu lambat?  Malaysia Chronicle

Demo PTPTN: Misi kami belum gagal, kata SMM

Posted: 22 Apr 2012 03:41 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Malaysia Bangkit masih berpendirian tegas bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajar dimansuhkan sambil menafikan tanggapan bahawa misi pihaknya telah gagal atau sudah beralih fokus.

Kedua-dua pergerakan penuntut institusi pengajian tinggi itu mengadakan demonstrasi menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April lalu di ibu negara dan kemudian berkhemah di Dataran Merdeka sejak itu.

Pihaknya yang mengosongkan Dataran Merdeka buat sementara sejak petang kelmarin mahu kembali berkhemah hari ini.

"Kemungkinan sasaran kami belum seratus peratus tercapai setakat ini, selepas satu minggu mengadakan demonstrasi, tetapi kami belum gagal dalam matlamat perjuangan kami.

"Dakwaan mengatakan kami sudah gagal atau sudah beralih daripada fokus perjuangan kami, tidak benar, tidak berasas," kata Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mengambil kira perkembangan sepanjang seminggu ramai beranggapan bahawa misi dan matlamat pergerakan pelajar itu sudah gagal.

Beliau berkata, dalam tempoh yang singkat ini pihaknya sudah berjaya mencetuskan satu 'gelombang' di kalangan mahasiswa dan rakyat pada keseluruhannya mengenai isu ini.

"Sebagai contoh, selepas kami diserang minggu lalu, sokongan rakyat kepada kami meningkat. Lebih 1,000 orang datang pada sebelah malam Khamis lalu, sertai pada aktiviti-aktiviti yang diadakan," katanya merujuk kepada sidang rakyat dan kuliah 'Dataran Merdeka' yang diadakan setiap malam sepanjang minggu lalu.

SMM dan Malaysia Bangkit mengadakan demonstrasi di ibu negara pada 14 April lalu dengan berarak dari Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan berkhemah di lokasi bersejarah sejak itu.

Mereka mengosongkan Dataran Merdeka buat sementara waktu bagi menghormati Konsert Diraja yang diadakan malam tadi sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad Shukri berkata, matlamat pihaknya juga tidak berubah iaitu mahukan PTPTN dimansuhkan sama sekali, dan digantikan dengan pendidikan percuma.

"Ini matlamat kami, kami mahu kerajaan menyediakan pendidikan percuma dan disediakan elaun sara hidup kepada pelajar yang meneruskan pengajian tinggi," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan pengurusan PTPTN, Ahmad Shukri berkata, pihaknya tiada hasrat untuk berbuat demikian.

"Kami tidak akan berjumpa dengan mereka. Dan, kami juga mahu kerajaan memberi respons kepada tuntutan kami, kami mahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) datang jumpa kami di sini dan memberikan jaminan, tidak kisah jika datang meluangkan sedikit masa sahaja untuk bertemu dengan kami.

"Jika Perdana Menteri boleh bertemu dengan rakyat di seluruh negara dan meluangkan masa untuk mereka, mengapa tidak bagi kami di Dataran Merdeka," katanya yang menegaskan, pihaknya akan berada di Dataran Merdeka sehingga Sabtu ini.

Sambil mendakwa "Perdana Menteri seolah-olah tutup sebelah mata", Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga tidak pernah menjemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) datang ke Dataran Merdeka.

"Mereka datang dengan sendiri, kami tak jemput mereka pun. Jadi, kami pun berharap pemimpin kerajaan akan datang," katanya lagi.

Pihaknya kata beliau, akan mengadakan aktiviti kemuncak pada sebelah malam Jumaat ini.

"Kami akan mengadakan Malam Unggun Bersih sebagai aktiviti terakhir kami di Dataran Merdeka," kata beliau.

Occupy Dataran: Hanya Fahmi Reza dibebas

Posted: 22 Apr 2012 03:38 AM PDT

Jamilah Hamzah

[TERKINI JAM 5 PETANG]
KUALA LUMPUR - Fahmi Reza, salah seorang daripada dua aktivis Occupy Dataran, yang ditahan awal pagi tadi oleh polis, telah dibebaskan petang ini.

Fahmi Reza dibebaskan sekitar jam 3 petang manakala rakannya, Umar Mohd Azmi masih belum dibebaskan.
Fahmi tiba di Dataran Merdeka, tempat mereka berkhemah sejak Sabtu lalu, sekitar jam 3.30 petang.

Walaupun pada awalnya Umar dikatakan turut dibebaskan, tetapi maklumat yang diterima kemudian menunjukkan beliau masih ditahan dan disiasat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Rempuh Khemah Mahasiswa di Pagi hari , Cerita Dari Saksi

Posted: 21 Apr 2012 10:22 PM PDT


Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

 

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.

Skandal Seks, Kenapa Shafie Membisu?

Posted: 21 Apr 2012 10:06 PM PDT

SABAH DAILY

SEMAKIN hampir pilihanraya, apa sahaja boleh dijadikan modal untuk tujuan politik. Free Malaysia Today melaporkan hari ini ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Shafie Apdal mengenai skandalnya dengan Artis Zahida Rafik.

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk."

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang."

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida."

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidah juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Dahulu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin." – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.

-nescafeais / Sabahkini

Pekan Muncul Hub Dorper Terbesar Asia Tenggara - PM

Posted: 21 Apr 2012 10:01 PM PDT

MSTAR ONLINE

PEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Projek Agropolitan di sini bukan sahaja akan mengubah daerah Pekan sebagai hub penternakan biri-biri dorper terbesar di Asia Tenggara, malah mampu meningkatkan pendapatan peserta Orang Asli dalam projek itu sehingga RM5,000 sebulan.

Perdana Menteri berkata projek berkenaan sejak dilaksanakan pada Ogos 2008, sehingga kini berjaya menjana pendapatan tetap bulanan masyarakat Orang Asli di antara RM750 hingga RM1,200.

"Kita menjangkakan dalam masa lima tahun lagi Projek Agropolitan Pekan di Runchang dan Batu 8 di sini mampu menghasilkan sehingga 25,000 ekor dorper sekaligus menjadikan Pekan sebagai hub dorper terbesar di rantau Asia Tenggara.

"Harapan kita juga untuk melihat pendapatan peserta Orang Asli terus dapat dipertingkatkan di mana kita menetapkan sasaran tidak lama lagi pendapatan mereka mampu mencecah RM5,000 sebulan," katanya ketika berucap di majlis perasmian Projek Pesisiran Warisan Pekan dan Lelongan Biri-biri Dorper Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) di sini, Sabtu.

Najib berkata komitmen itu dapat dilihat pada acara lelongan biri-biri dorper pertama yang dianjurkan ECERDC pada tahun lepas yang berjaya meraih jualan sebanyak RM265,000 melibatkan 465 ekor dorper.

Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata projek pesisiran warisan Pekan bakal menarik seramai 700,000 pelancong dari luar dan dalam negara ke Pekan menjelang 2020.

Katanya projek itu merangkumi penaiktarafan Jalan Sultan Ahmad, pembinaan kiosk untuk peniaga tempatan, medan selera moden, kompleks pemasaran dan pameran untuk industri kecil dan sederhana, kerja naik taraf Muzium Sultan Abu Bakar dan sebuah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan muzium tersebut dengan masjid berdekatan.

Najib berkata kesemua projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 935 pekerjaan.

Menurutnya pembangunan infrastruktur itu turut disokong dengan penganjuran pelbagai acara untuk orang ramai seperti Karnival Rakyat Pekan yang akan menambahkan lagi daya tarikan di Pahang.
Beliau mencadangkan supaya karnival itu dijadikan acara tahunan di Pekan. BERNAMA

Perhimpunan Dibenarkan, Tapi Bukan Di Dataran Merdeka - Hishammuddin

Posted: 21 Apr 2012 09:56 PM PDT

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan tidak akan berurusan dengan mereka seperti perhimpunan yang dilakukan sebelumnya, termasuk Bersih 1.0 dan Bersih 2.0.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan ini lebih awal sebelum Bersih 3.0 diadakan hujung minggu ini. Bagaimanapun, beliau berkata perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap kawasan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tidak membenarkannya.

Menteri Dalam Negeri berkata, pihak berkuasa telah membenarkan DBKL untuk membuat keputusan setelah menentukan bahawa ianya tidak melibatkan isu keselamatan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima tiga permohonan untuk berkumpul di Dataran Merdeka, termasuk salah satunya daripada Bersih 3.0.

"Saya jangka mereka konsisten dengan keputusan yang telah dibuat (untuk tidak membenarkan perhimpunan itu) tetapi ini tidak seharusnya menghalang penganjur daripada mencari tempat lain.

"Ia bukannya menjadi isu keselamatan. Jadi jika terdapat peningkatan dalam kehadiran polis (pada hari itu), ia hanya untuk membantu orang-orang yang akan menyertai perhimpunan. Kami telah menjelaskan pendirian kami bahawa kami membenarkan berhimpun secara aman. "

Bersih 3.0 diumumkan berikutan pengumuman laporan akhir oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bulan lepas. Penganjur Bersih 3.0 mendakwa laporan itu tidak cukup untuk menangani isu-isu daftar pemilih.

Dilaporkan bahawa penganjur Bersih 3.0 telah menerima surat yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Normah Malik, memberitahu mereka bahawa Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara peringkat kebangsaan.

Mengenai pendekatan baru yang diambil pihak berkuasa dalam berhadapan dengan Bersih 3.0, Hishammuddin berkata Akta Perhimpunan Aman memberi garis panduan yang jelas mengenai perhimpunan seperti ini.

"Saya telah menjelaskan bahawa saya membenarkan mereka untuk mengadakan perhimpunan selagi ianya aman dan dengan kita bertanggungjawab terhadap tindakan kita. Ini adalah satu pendekatan yang datang dengan kematangan demokrasi dan kemajuan masyarakat, "katanya.

Hishammuddin mengakui bahawa pihak berkuasa mungkin telah bertindak keterlaluan terhadap Bersih 1.0, mengisytiharkannya sebagai haram dan mengharamkan pemakaian kemeja kuning.

"Ya, saya fikir mungkin kita keterlaluan. Tetapi apa yang berlaku di London (semasa rusuhan) apabila ia terbakar? Terdapat banyak bantahan awam kerana kekurangan reaksi daripada agensi-agensi penguatkuasaan. Jika sesuatu yang berlaku semasa Bersih 2.0, mungkin dakwaan bahawa kami bertindak keterlaluan menjadi sebaliknya.

"Tetapi kita telah belajar daripada itu. Bagi Bersih 3.0, kita kini mempunyai pendirian. Ia bukan mengenai kuasa, tetapi Akta tersebut telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan tugas saya dengan bijak dan bertanggungjawab, berdasarkan undang-undang, "katanya.

Mengenai transformasi politik, termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin berkata: "Ia menjadi satu perjalanan yang sukar yang memerlukan banyak keberanian."

"Bagaimanapun, ia terpaksa dilakukan, dan sekarang ia telah dilakukan, saya lega.

"Perubahan landskap, nasional dan global, telah memaksa kita untuk kembali melihat diri kita," katanya.
"Kita sedang bergerak ke hadapan dan saya benar-benar percaya transformasi ini mencerminkan bukan hanya keberanian, tetapi juga kesedaran yang kita perlu lakukan."

Najib umum Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Tsu Koon

Posted: 21 Apr 2012 09:51 PM PDT


Teng Chang Yeow

Teng Chang Yeow


GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Chang Yeow adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan.

Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan perjumpaan Bersama Jentera BN negeri sempena lawatan seharinya ke Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club, di sini, pagi ini.Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.

Najib berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.

"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Pada November tahun lepas, Koh yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Najib berkata pelantikan Teng sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu juga sebagai pemangkin kepada kekuatan jentera BN khususnya di negeri ini yang memerlukan pembaharuan.

Pembaharuan ini bererti bahawa semua pihak harus bekerjasama dan bermuafakat serta boleh bekerja sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan parti, katanya.

"Dalam konteks Pulau Pinang ini, kita perlu kepada pembaharuan dan sebab itulah bila saya berbincang dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, beliau sedar hakikat ini dan sebab itulah beliau umumkan tak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau beritahu akan tamatkan perkhidmatan dalam kerajaan sebab beliau tahu realitinya begitu.

"Terima kasih Koh Tsu Koon," kata Perdana Menteri.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan. - BERNAMA

Iskandar peluk Islam setelah sering lihat kalimah Allah

Posted: 21 Apr 2012 09:49 PM PDT

Lapan saudara baru memeluk Islam (dari kiri) Teh Chai Kok, Pang Chon Siong, Lau Sook Lee, Pang Yun Ang, Teng Hie King, Alex Chua Kim Soon serta dua anaknya Chua Tsim Yee (baju merah jambu) dan Crystal Chua Tsim Rho pada Majlis Pengislaman Saudara Baru Islam di Surau Agib Kampung Telok Mawar, Bukit Katil, Melaka, semalam. - BERNAMA 

MELAKA - Sejak enam tahun lalu, Alex Chua Kim Soon sering terlihat kalimah Allah pada pokok dan juga di langit sebelum dia terdorong untuk mempelajari tentang Islam dan akhirnya menganuti agama tersebut hari ini.

Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu yang kini mengguna nama Iskandar Abdullah, berkata, dia amat bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam sejak berbelas-belas tahun dahulu akhirnya tercapai jua.

''Semuanya bermula selepas saya memohon kepada Tuhan supaya diberikan petunjuk selepas merasakan seperti ada yang kurang lengkap di dalam hidup ini.

Menteri Sabah Azizah Mohd Dun terlibat kemalangan

Posted: 21 Apr 2012 09:44 PM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KOTA KINABALU  - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Pahlawan menuju ke Tanjung Aru di sini, kira-kira 7.45 pagi ini.

Azizah bersama dengan pengawal peribadinya, Sairun Hamid dan pemandu kenderaan , Yousriesyah telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Azizah dan Sairun dilaporkan tidak sedarkan diri, namun keadaan sebenar masih belum dikenal pasti.

Semasa melalui lampu isyarat itu, dikatakan kenderaan mereka hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan dan melanggar besi penghalang jalan. - UTUSAN

Zahid Kalau Penakut, Katakan Takut

Posted: 21 Apr 2012 05:06 PM PDT

 
Seorang lagi naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan tidak akan ke Perancis untuk menjadi saksi perbicaraan berhubung rasuah penjualan kapal selam yang dikaitkan dengan komisyen sebanyak RM500 juta yang diberikan dua orang pegawai tinggi kerajaan.

Isu pembelian kapal selam Scorpene  itu dikatakan ada kaitan dengan Najib Razak.

Kata Zahid dia tidak akan menghabiskan wang poket sendiri dan juga wang kerajaan dan terserah kepada Suaram kalau hendak menggunakan undang-undang Perancis untuk kepentingan politik. Iya terpulang juga kepada Zahid kalau dia merasakan tidak perlu dan dia boleh untuk tidak pergi tidak menjadi masalah.

Tetapi kata-kata Zahid kononnya Suaram tidak bertindak atas prinsip atau kebaikan undang-undang tetapi demi kepentingan politik, satu kata-kata menghina tidak wajar bahkan tidak profesional atau lebih tepatnya tidak bijak dari seorang menteri. Kata-kata itu juga bernada prejudis dan ego lebih kurang sama dengan kata-kata Khalid Nordin dalam isu PTPTN.

Dakwanya kerajaan telus mengikut undang-undang dan kononnya isu sudah jawab, soalnya kalau benar-benar telus kenapa enggan (takut) untuk pergi ke Perancis? Biasanya orang yang beralasan dan takut saja yang bersalah.

Bukankah dengan sedia menjawab apa-apa perkara dibangkit sebagai saksi ia membantu menjaga maruah negara dan juga perdana menteri yang dikaitkan dengan tuduhan itu. Atau pun Zahid sengaja mengambil tindakan demikian kerana ingin menyusahkan Najib? Almaklumlah khabarnya hubungan Zahid dengan Najib katanya tidak seintim dulu selepas ada seseorang yang lain menjadi jurumudi Rosmah.

Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi yang dicadangkan, saksi itu dikatalkan berwibawa (penting) ia termasuk Zahid sendiri dan Najib Razak.

Jawaban Zahid itu meletakkan dirinya sudah kecut perut untuk berdepan dengan mahkamah Perancis yang tentunya tidak mudah untuk dipermainkan seperti mahkamah Malaysia.

PAS akan terus sertai Duduk Bantah

Posted: 21 Apr 2012 04:58 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS akan terus bersama-sama Sasterawan Negara A. Samad Said (Pak Samad) dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 untuk meneruskan rancangan Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April ini walaupun tidak dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu berkata, keputusan Bersih 3.0 untuk berhimpun juga merupakan keputusan PAS.

"PAS akan ikut keputusan Pak Samad dan jawatankuasa Bersih 3.0. Kita serah kepada jawatankuasa itu," katanya kepada Harakahaily.

Beliau juga mengulangi apa yang diungkapkan oleh Pak Samad "kalau tak bagi duduk dan bantah, Dataran Merdeka akan jadi dataran penjajah".

Beliau yang sedang mengadakan pertemuan dengan PAS Kota Kinabalu, berkata, halangan DBKL itu tidak akan mematahkan semangat rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang adil.

"Rakyat tidak perlu mengalah walaupun tidak dibenarkan, bahkan mereka harus hadir dalam himpunan itu nanti," katanya.

DBKL tak perlu takut

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Dr Hatta Ramli berkata, DBKL tidak perlu takut kerana rakyat yang datang pada Sabtu depan hanya duduk dan bantah.

"Mereka datang duduk dan bantah, bukannya hendak cangkul padang Dataran Merdeka tu, jadi apa masalahnya hendak halang pula?" katanya.

Tegasnya, apa halangan sekali pun rakyat  tetap berhimpun di sana kerana itulah medan untuk rakyat suarakan hak mereka.

"Kita warganegara Malaysia, kita hendakkan kemakmuran dan kemakmuran itu sepatutnya ada," tegasnya.

Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menerima surat DBKL pada pagi Khamis.

Surat tersebut memberi alasan permohonan Bersih 2.0 tidak diluluskan kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Menurutnya, acara-acara yang dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka hanyalah acara-acara yang bertahap Nasional sahaja, contohnya sambutan hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan acara-acara lain yang setaraf dengannya.

Keputusan DBKL itu tidak mengejutkan Jawatankuasa Bersih 3.0 dan keputusan itu sebagaimana dijangka sebelum ini, malah mereka akan teruskan himpunan duduk bantah Sabtu depan.

Ikram turut sokong Bersih 3.0

Posted: 21 Apr 2012 04:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) meletakkan keyakinan penuh terhadap pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat madani menggerakkan masyarakat untuk menyertai Bersih 3.0.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram menyokong penuh penganjuran Bersih 3.0- Duduk Bantah sebagai langkah ke arah merealisasikan perubahan dalam pilihan raya.

"Untuk memastikan bahawa perhimpunan ini benar-benar mewakili suara rakyat dan melangkaui kepentingan politik, maka Ikram menyeru agar perhimpunan ini kekal diterajui oleh gabungan NGO masyarakat madani," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ikram turut menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha memobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan Bersih 3.0.

"Ikram juga menggalak ahli terlibat ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan himpunan Bersih 3.0 dan saya mengingatkan ahli menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang himpunan," katanya.

Sabah juga sokong

Sementara itu Pengerusi Bersih Sabah 3.0, Andrew Ambrose berkata, NGO di negeri itu yang menyokong himpunan Bersih kian bertambah.

Mereka termasuklah Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah), Bangkit 2.0, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Cawangan Sabah (Gamis Sabah), Himpunan Hijau dan parti politik di negeri itu.

"Kami juga akan berhimpun pada 28 April ini walaupun semalam polis negeri memaklumkan kami bahawa pasukan itu akan mengadakan latihan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada tarikh yang sama.

"Kami melihat tindakan polis ini secara sengaja untuk menggagalkan himpunan Bersih di Sabah kerana sebelum ini polis memberi jaminan akan membenarkan Bersih diadakan di tempat itu," katanya selepas sidang media Bersih 3.0 hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, Bersih 3.0 akan dilaksana di lebih 51 lokasi seluruh dunia termasuk di tujuh nandar Australia dan 14 bandar Amerika secara serentak 28 April ini.

Disangka mati 20 tahun lalu

Posted: 21 Apr 2012 04:48 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

TOBIAR (Pendang) – 'Mati hidup kembali'. Itulah yang diperkatakan oleh seorang warga emas di Kampung Titi Kera dekat sini, yang kesal dan terkejut setelah dimaklumkan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar bahawa dia telah meninggal dunia 20 tahun lalu.

Abu Bakar Saad, 65, berkata, dia mendapat tahu berita kematiannya semasa ingin membuat pertukaran nama atas motosikal jenis Honda EX5 miliknya di pejabat terbabit Selasa lalu, kerana motosikal itu telah dijual di sebuah kedai.

"Saya masih hidup dan memiliki Mykad tetapi terkejut setelah kakitangan JPJ memaklumkan bahawa urusan pertukaran nama tidak boleh dilakukan kerana nama saya dalam sistem disahkan telah meninggal dunia pada 1992.

"Saya terkejut mendengar bahawa saya telah 'mati' sedangkan saya masih kuat bekerja, aktif pelbagai sukan dan masih berkhidmat dalam Lembaga Pertanian Muda (Mada) sebagai Ketua Unit Peladang D-III Titi Haji Idris hampir 34 tahun," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pendang, semalam.

Menurutnya, dengan terbongkarnya maklumat itu menjawab segala persoalan mengenai pelbagai urusan gagal dilaksanakan, termasuk memperoleh sebarang bantuan kerajaan sejak 20 tahun lalu.

Malah, katanya, satu perkara lagi menjadi tanda tanya mengapa namanya tidak tersenarai sebagai pemilih ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu akhirnya diketahui dengan berita 'kematian' itu.

"Saya juga gagal memperoleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gara-gara masalah ini dan saya terpaksa membuat rayuan kepada pihak berkenaan, namun tiada jawapan hingga ke hari ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendafatran Negara (JPN) Pendang kelmarin untuk membuat semakan, tetapi gagal kerana mengalami masalah teknikal untuk membuat semakan.

Sementara itu, anaknya, Zurina Abu Bakar,30, turut kecewa dengan kesilapan JPN mengenai perkara ini dan berharap agar pihak terbabit dapat mengambil jalan penyelesaian yang terbaik berhubung perkara ini.

"Saya mahukan hak bapa saya balik yang ditindas sepanjang 20 tahun gagal mendapat apa-apa bantuan dan saya sangat kesal dengan kesilapan pihak terbabit.

"Selama 20 tahun bapa saya tertekan memikirkan perkara ini, sedangkan kami orang kampung tidak sepatutnya ditindas sebegini dan sebagai rakyat Malaysia, saya berharap bapa didaftarkan sebagai pengundi supaya dapat menunaikan saya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU akan datang," katanya.

Penyelaras Dun Sg Dua meninggal

Posted: 21 Apr 2012 04:46 PM PDT

TASEK GELUGOR: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua dalam Parlimen Tasek Gelugor, Saudara Fahmi Abdul Wahab telah kembali ke rahmatullah pukul 3.00 pagi tadi akibat sesak nafas.

Jenazahnya dikebumikan selepas solat zohor tengahari ini di perkarangan masjid Tuan Haji Samad, Permatang Sungai Dua.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus, allahyarham merupakan aktivis yang senantiasa dekat dengan masyarakat apabila sering turun padang menyalurkan bantuan kepada golongan yang daif.

Pengorbananya terhadap parti cukup tinggi apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Negeri sessi 2011-2013 serta menjawat jawatan Ketua Lajnah Alam Sekitar PAS Negeri selain sebagai pengerak utama Dun Sungai Dua sejak pilihanraya ke 11 sehinggalah sekarang.

"Pengorbanan allahyarham terhadap parti cukup tinggi dan tiada tolok bandingnya.  Beliau mempunya wawasan yang tinggi dan strateji bagaimana untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), " terangnya.

Bakat kepimpina Fahmi (gambar kiri) dicungkil ketika Dewan Pemuda PAS Negeri di penghujung tahun 1990 an mengadakan program 'Sayembara Puisi' di mana beliau dilantik menjadi 'host' dalam usaha mencari 10 peserta terbaik untuk menjadi finalis 'Malam Sayembara Puisi Peringkat Negeri' di Kampung Guar Kepayang.

Bakat yang ada itu akhirnya membuatkan beliau terpilih sebagai Timbalan Pengarah Dun Sungai Dua dan
mengetuai jentera pilihanraya umum sejak 2004 sehingga beliau memberi mandat kembali kepada Haji Zahadi

Mohamad mengetuai jentera parti apabila menumpukan kerja-kerja sebagai Penyelaras Dun setelah Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

"Akibat sikapnya yang mesra dengan rakyat termasuk dengan kepimpinan Umno di Bahagian Tasek Gelugor menjadikan beliau seorang tokoh yang di sanjung dan dihormati.  Ketiadaanya merupakan satu kehilangan besar kepada Dun, PAS Kawasan dan negeri, " ujar Zamri.

Perjuangan terakhir beliau ialah berucap di program bantah Lynas yang diadakan di hadapan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh bersama Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain selepas solat Jumaat minggu lepas.

Lynas saman FMT, SMSL

Posted: 21 Apr 2012 04:41 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Lynas Corp telah memfailkan saman terhadap laman portal berita Free Malaysia Today atas dakwaan "membuat kenyataan palsu" dalam artikel terbaru mereka.

Syarikat perlombongan dari Australia itu turut mengemukakan saman yang sama terhadap pengarah, dan ahli jawatankuasa pertubuhan Save Malaysia, Stop Lynas's (SMSL) berhubung surat terbuka yang disiarkan di laman web mereka.

"Lynas telas dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menentang mereka yang menyiarkan artikel berbaur hasutan atau maklumat salah terhadap Lynas dan operasinya," kata Pengerusi Eksekutif Lynas Nicholas Curtis dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami khuatir kenyataan berkenaan akan memberikan maklumat salah dan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terhadap operasi kami," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa operasi kilang mereka adalah selamat dan selari dengan standard keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar di Malaysia seperti yang dikuatkuasakan oleh Agensi Perlesenan Tenaga Atom Kebangsaan (AELB).

Lynas telah menerima tekaman daripada penduduk Kuantan dengan pemimpin pembangkang mengatakan kilang pemprosesan nadir buminya di Gebeng Kuantan yang bernilai RM2.5 akan menghasilkan pencemaran radioaktif walaupun syarikat Australia itu telahpun mematuhi piawai dan syarat antarabangsa.

Mereka berulangkali mempersoalkan mengapa Lynas tidak membuka kilang di Australia, dan lokasi asalnya di Terengganu, dengan mendakwa perpindahan itu disebabkan oleh khuatirnya berlaku pencemaran radiasi.

Namun Lynas tetap menegaskan kilangnya hanya akan menghasilkan radiasi di tahap paling minimum dan sisanya boleh di proses menjadi bahan binaan jalan yang tidak merbahaya.

AELB telah memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Januari lalu berdasarkan tambahan syarat untuk menyimpan sisa buangan mereka untuk tempoh yang lama.

Lynas bulan lalu telah mengenalpasti tapak terbabit. Dan menegaskan "kerja sedang berjalan." Mereka turut berkata, adalah penting buat keputusan AELB kerana fasiliti deposit kekal (PDF) hanya akan diperlukan apabila berlaku "kejadian yang terburuk" apabila mereka tidak lagi mempu memproses sisa buangan kepada produk komersial.

Lynas Corporation Limited hari ini mengemukakan prosiding hasutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur terhadap "Free Malaysia Today".

Menurut Curtis, "Lynas telah terlibat dengan program penerangan awam termasuk berkomunikasi dengan 10,000 penduduk tempatan, pemimpin komuniti, sejak Julai 2011.

"Kami sekarang sedang mengadakan perbincangan dengan komuniti Malaysia supaya kilang tersebut dapat diteruskan, tapi kami lhuatir berlakunya gejala hasutan ini yang menimbulkan keresahan kepada orang ramai berkenaan tahap keselamatan kami.

"Operasi kilang Lynas akan selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar, malah mematuhi piawai antarabnagsa," katanya lagi.

PAS meminang Ramli Yusoff, Abdul Kadir bertanding dalam PRU13

Posted: 21 Apr 2012 04:39 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 22 April — PAS telah mula berkempen untuk merekrut bekas orang kuat kerajaan dengan harapan dapat meningkatkan sokongan terhadap parti Islam berkenaan dengan pilihan raya ke-13 semakin hampir.

The Malaysian Insider difahamkan, parti Islam itu sedang cuba untuk memikat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff termasuk bekas ahli jawatankuasa tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) untuk bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya akan datang.

Ramli telah berulangkali memberi tekanan kepada kerajaan  Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa Peguam Negara, dan Abdul Kadir telah mengumumkan keluar Umno bulan lalu selepas menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kedua-dua pemimpin berkenaan adalah individu yang kritikal dan vokal terhadap pentadbiran kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin parti Islam telah mengesahkan mereka telah membuat "pelawaan" tidak rasmi kepada kedua-dua tokoh tersebut supaya menyertai PAS, namun Abdul Kadir dan Ramli masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Mereka adalah antara nama yang telah disebut, namun masih lagi belum ada keputusan daripada kedua-dua mereka," kata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider semalam.

Ketua penyelidik PAS, Dzulkefly Ahmad berkata, penyertaan kedua-dua pemimpin itu ke dalam PAS akan memberikan banyak kelebihan kerana mereka akan membekalkan maklumat lengkap berkenaan jenayah yang telah dilakukan kerajaan BN suatu masa dulu.

"Mereka berasal daripada sistem. Ini adalah orang yang kritikal terhadap sistem, pernah menyokongnya. Mereka juga pernah melihat segala kekurangan sebelum ini, itu akan didedahkan dan digunakan bagi memusnahkan sistem sedia ada," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Mereka adalah contoh terbaik individu yang pernah bekerja dengan BN yang korup, yang kini tidak lagi tahan untuk terus bekerjasama dengan BN, dan mahukan kerajaan yang lebih baik," kata pemimpin PAS itu.

Namun Dzulkefly menjelaskan, beliau tidak akan menolak kemungkinan kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai pemimpin lapuk idea, namun memandangkan umur dan perkhidmatan yang yang telah mereka lakukan dengan kerajaan.

"Mereka perlu dinilai daripada diri mereka sekarang, apa yang mereka katakan," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dipetik sebuah portal online semalam berkata parti Islam itu akan meletakkan Ramli sebagai calon dalam PRU akan datang.

Namun apabila dihubungi, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan Ramli masih lagi belum memberi kata putus untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya ada berjumpa beliau (Ramli) beberapa hari lalu ... soalan itu ditanya, namun beliau masih lagi belum membuat sebaranh keputusan.

"Tunggu dan lihat, kita tunggu dan lihat," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.

Abdul Kadir mengesahkan PAS dan PKR telah "mencadangkan" agar beliau menyertai mana-mana daripada kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebelum pilihan raya, namun berkata beliau masih lagi belum membuat "sebarang keputusan" untuk menyertai mana-mana parti politik sekarang ini.

Bekas menteri itu berkata beliau ada menyertai ceramah PAS sebagai panel, dan akan terus menyertai perhimpunan dan program PR.

"Saya ada banyak masa terluang, jadi saya boleh menghadiri ceramah-ceramah ini," tambahnya.

Pengikut