Selasa, 3 Januari 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Sayangi Selangor, tolak Umno BN

Posted: 03 Jan 2012 12:03 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Rakyat Selangor mesti bangkit menolak Umno BN untuk kesejahteraan rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas pembangkang Selangor, Umno BN selesai mengadakan Karnival Sayangi Selangor pada 28 hingga 31 Disember lalu dengan harapan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk merampas itu.

Katanya, pemimpin Umno BN menyedari betapa peritnya menjadi pembangkang dan banyak lubuk emas sudah terkambus, maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk merampas kembali Selangor

menurutnya, walaupun beberapa isu yang diputar di Selangor untuk menarik perhatian rakyat supaya menyebelahi Umno BN, namun masih lagi gagal.

"Dilemanya pembangkang di Selangor masih memainkan skrip lama dan pengarahnya otak sudah tamat tempoh," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, isu perkauman dan agama diputar dengan melalui televisyen dan media perdana masih tidak mampu merubah pemetaan politik di Selangor.

Ini, katanya kerana rakyat yang celik maklumat anggap itu berita yang layak dibakul sampah sahaja.

"Nekad BN, Selangor mesti dirampas kembali dengan apa cara sekali pun. Banyak program Kementerian dicurahkan ke Selangor, seolah-olah negeri Selangor satu-satu negeri di Malaysia," ujarnya.

Katanya, pemimpin BN menganggap tidak ada makna Kerajaan Pusat diperintah oleh BN, kalau mereka masih menjadi pembangkang di negeri Selangor di dalam pilihan raya akan datang.

Maklumlah, katanya hampir 40% penyumbang ekonomi Malaysia datang daripada negeri Selangor.

"Insya Allah, oleh kerana BN menumpukan di Selangor, maka Putrajaya pula akan ditawan oleh PR, ibarat untung segantang rugi seguni," ujarnya lagi.

Justeru, katanya rakyat Selangor pula memang sayang kepada negeri mereka dan mesti bangkit menolak BN.

Beliau mengambil contoh hasil pasir Selangor meningkat sejak PR memerintah Selangor, tahun 2005 (BN) RM 3.54 Juta, tahun 2006 (BN) RM 4.37 Juta, tahun 2007 (BN) RM 4.39 Juta, tahun 2008 ( PR) RM 8.17 Juta, tahun 2009 ( PR) RM 13.76 Juta tahun 2010-sehingga JUN ( PR ) RM 15.3 Juta.

Katanya, ketika pemimpin Umno, Datuk Seri Khir Toyo disabitkan rasuah dan dijatuh hukuman satu tahun penjara oleh mahkamah, maka kerajaan PR Selangor menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM12 juta dalam bajet 2012 untuk memerangi rasuah.

"Asas inilah rakyat sayangi Selangor mereka tidak akan biarkan pemimpin rasuah dan parti rasuah berkuasa kembali di Selangor," ujarnya lagi.


Sumber: Harakahdaily

Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni

Posted: 03 Jan 2012 12:02 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan.

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

"Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu.

"Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau.

Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu.

Jumaat lalu, Seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu.

Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat.

Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat.


Sumber: HarakahDaily

Lagi tamparan kepada MCLM berhubung artikel RPK

Posted: 02 Jan 2012 11:40 PM PST


Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

Semua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu.

"Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya.

Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).


Sumber: Malaysiakini

Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman

Posted: 02 Jan 2012 11:30 PM PST


Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

"Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.


Sumber: Malaysiakini

Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini

Posted: 02 Jan 2012 11:00 PM PST


Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.

Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan

Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.

"Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini.

Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut.

"Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman.

"Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut.

'Tangan ghaib'

Ditanya pemberita tindakan PKR jika Anwar didapati bersalah dan dihumban ke penjara tanpa diikat jamin, Azmin berkata beliau tidak mahu prejudis dengan apa yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut.

Katanya, jika sistem perundangan telus dan tiada 'tangan ghaib' daripada pihak eksekutif, beliau yakin Anwar akan dibebaskan pada 9 Januari ini.

Diasak wartawan mengenai kemungkinan Anwar dihumban ke penjara, Azmin berkata segala perancangan dan strategi yang telah disusun parti akan diteruskan sama ada ketua umum PKR itu didapati bersalah ataupun dibebaskan.

"Apa yang kita susun, kita akan teruskan sama ada beliau dibebaskan atau dijatuhkan hukuman, dengan jaminan atau tidak.

"Ia bukannya bermusim, tetapi perlu diteruskan hingga pilihan raya umum ke-13... Jangan buat hipotesis sama ia berlaku atau tidak.

"Tetapi bagi saya, beliau tidak bersalah, perlu dilepaskan dan (ramai) rakyat telah meneropong tentang kes ini," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Haramkan arak di Kulim: Cubaan sabotaj Kedah?

Posted: 02 Jan 2012 10:30 PM PST


Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata seorang wakil rakyat PKR hari ini.

Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (kanan), keputusan itu dibuat semata-mata oleh pejabat daerah itu tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri Kedah.

Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun.

"Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka.

"Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim.

Akhbar the Star hari ini melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun.

Menurut akhbar milik MCA itu, kira-kira 100 penjual arak dijangka terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu.

Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu.


Sumber: Malaysiakini

Bekas sarjan TUDM mohon campur tangan Agong

Posted: 02 Jan 2012 09:30 PM PST


Seorang sarjan tentera yang telah bersara bercadang untuk menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda untuk mendapatkan keadilan setelah mendakwa Jabatan Peguam Negara menolak 17 laporan polis yang dibuatnya ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Faizzal Jinong Abdullah, 47, dan keluarganya telah menulis surat berkenaan dan dalam proses menyerahkannya kepada istana.

Pada Julai 2010, Malaysiakini melaporkan Faizzal mendakwa bahawa beberapa pegawai TUDM telah "menderanya" kerana mendedahkan penipuan yang melibatkan kecurian elektrik di kuarters di Kuching, di mana beliau ditempatkan.

Di rumahnya, sekarang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Faizzal berkata Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas kepada aduannya dalam surat bertarikh 22 Disember lalu, dengan menyatakan bahawa semua laporan polis itu "tidak berasas".

"Saya hilang kepercayaan dalam sistem undang-undang negara ini, seolah-olah ini sebuah negara Islam yang tidak bertamadun dan tanpa undang-undang," katanya.

"Apa yang pasti sekarang ialah (sistem) undang-undang di Malaysia mengamalkan pilih kasih dan boleh dibeli atau dijual dengan wang dan kuasa untuk menafikan kita yang menjadi mangsa."

Surat jawapan berhubung laporan polis yang dibuatnya ditandatangani oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Tun Abd Majid Tun Hamzah yang berkata Pejabat Peguam Negara telah mengkaji laporan mengenai kes yang dikemukakan oleh Jabatan Undang-Undang Sarawak.

"... dan mendapati bahawa dakwaan-dakwaan tersebut, termasuk bahawa anda dan keluarga anda dianiaya, diancam dan diugut akan dicederakan pada 22 Dis, 2008, adalah tidak berasas," kata Tun Abd Majid.


Sumber: Malaysiakini

Penulis blog Umno dilaporkan sertai DAP

Posted: 02 Jan 2012 08:30 PM PST


Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Ariff Sabri dipercayai meninggalkan Umno berikutan artikel terbaru menerusi laman blognya yang berjudul "Hutang Umno pada budi orang Melayu" yang membidas parti itu.

"Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal.

"Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno," tulisnya.

Menurut Ariff Sabri, Umno menjadikan orang Melayu peminta sedekah kepada parti itu dan bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.

"Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.

"Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu," katanya.

Berita kedua-dua pemimpin veteran Umno menyertai DAP itu juga disiarkan di FreeMalaysiaToday yang mana Ariff Sabri adalahseorang kolumnis di portal berita itu dan juga akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan Online.

Malah, beliau juga dilapor memberitahu FMT bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno.
"Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

"Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

"Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini," kata Ariff Sabri dipetik FMT.

Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

"Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir," katanya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Polis diingatkan tak ulang insiden 'mata lebam'

Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST


Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim.

Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (bawah) merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan.

"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya.

"Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila
terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri."

Dalam perhimpunan Ahad lalu, mahasiswa yang tercedera Muhammad Safwan Anang mendakwa beliau dipukul anggota polis sehingga terpaksa dikejarkan dan bermalam di hospital.

Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang salinannya diberikan pada media, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya berharap tiada unsur 'menipu' dalam insiden di hari tahun baru itu.

Pemuda PAS juga mendesak agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ekoran penafian polis tersebut dan meminta agar Suruhanjaya Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan di dalamnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadual akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur awal petang ini.


Sumber: Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Lajim Ukin mahu keluar UMNO?

Posted: 02 Jan 2012 11:12 PM PST

KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada UMNO/ BN.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa UMNO/ BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

"Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada UMNO/ BN.

"Ini merupakan petanda bahawa, UMNO/ BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu," katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

"Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.

"Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin UMNO/ BN," ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dari UMNO/ BN dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Lahirul, sifat pemimpin UMNO/ BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada UMNO/ BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

"Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada UMNO/ BN bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan UMNO/ BN mendapat majoriti mudah mentadbir negeri," jelasnya.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

Biaqpila

Posted: 03 Jan 2012 04:06 PM PST


Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.

Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.

Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terde­kat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.

Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.

Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.

Pada masa itulah, Masli­ana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul.
Kena sembelih

Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.

Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.

Proses rawatan tidak meng­­gunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.

Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 03 Jan 2012 03:27 PM PST

Sepetang bersama Khalid Ibrahim

Posted: 03 Jan 2012 05:06 AM PST

Roketkini.com

Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang merupakan seorang bekas tokoh korporat. Sebagai ahli politik, beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Ijok di Selangor. Beliau telah meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Mazir Ibrahim untuk berkongsi pandangan tentang kejayaan kerajaan negeri Rakyat Pakatan Selangor serta isu-isu politik semasa.

Boleh ceritakan sedikit latar belakang Tan Sri dalam politik?

Saya datang dari latar belakang yang mana saya mengurus dan memimpin syarikat besar. Terdapat lebih dari 20,000 orang pekerja yang bekerja di bawah saya. Saya datang dari syarikat korporat yang mengawal dan mengurus dengan jayanya hal-ehwal kewangan.

Apa yang saya boleh katakan ialah, saya tidak ada apa yang digelar sebagai waktu munasabah dalam menyesuaikan diri dalam arena politik. Saya sertai PKR pada 2006, saya aktif dalam politik selama dua tahun sehingga dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi, pasukan kerja terbentuk secara bersama. Ia bukan seperti apabila anda berada dalam sebuah pasukan yang sedia ada dan kemudian bergerak menjadi sebuah organisasi. Itulah gambarannya.

Bagaimana dengan cabaran sebagai Menteri Besar ?

Apabila menjadi Menteri Besar, saya rasa seperti semua orang bercakap, "Kau dalam neraka sebab semua orang akan pastikan dan berharap kau akan gagal." Saya hargai jika diletakkan begitu (neraka), tetapi saya juga tidak mahu mewujudkan sebuah neraka lain.


Malah, (bekas Timbalan Presiden PKR Senator) Dr Syed Husin Ali pernah berkata, "Saya ingatkan kamu Khalid, ramai kawan-kawan yang tidak sukakan anda, ia seakan melawan roh parti. Yang terbaik kita boleh buat ialah 'potong tangan mereka'." Tetapi berapa banyak (tangan) perlu saya potong dan berapa banyak pula tangan yang tidak patut saya potong? (ketawa)

Jadi akhirnya datang kepada kesimpulan bahawa, saya cuma ada dua pilihan sama ada mencari orang untuk saya cantas atau meneruskan program-program yang saya mahu lakukan untuk rakyat Selangor. Yang mana satu lebih yang penting? Jawapan saya ialah program-program untuk rakyat.

Jadi apa pula strategi saya? Bagaimana saya menggunakan sumber-sumber negeri untuk diterjemahkan kepada rakyat? Jadi, untuk menjadi pemimpin, perlu ada visi. Saya sangat tertarik dan suka untuk melakukan perkara-perkara sebegini. Saya bukan hanya bercakap, tetapi saya buat kerja.

Saya fikir, selepas tiga, empat tahun (memerintah dan mentadbir) saya tahu ramai yang berada bersama saya. Dan, sudah tentu ada juga yang tidak bersama saya, tetapi apabila lebih 70 peratus bersama saya, itu boleh diletakkan diri saya sebagai berjayalah. Malah, ketika 'zaman kegemilangan UMNO-BN' mereka pun tak dapat 50 peratus sokongan dari penjawat awam. Sesetengah dari mereka tidur ketika bekerja. (ketawa) Jadi itulah sebabnya saya tidak terlampau reaktif kerana saya cuma lebih reaktif kepada kejayaan program-program sahaja.

Bagaimana Tan Sri menterjemahkan usaha menjadi satu kejayaan ?

Pertama kali saya melangkah masuk pejabat, saya akan bertanya tentang 'akaun negeri' maksudnya balance sheet, sama ada ada keuntungan atau pun kerugian. Di sini, apa yang saya maksudkan ialah saya mencari kekuatan akaun negeri dan menyoal berapa banyak duit dan dana yang kita ada.

Dan sudah tentu, kakitangan awam negeri, yang sudah punya pengalaman, tahu ia adalah satu perkara yang mudah, jadi jawapan mereka ialah, "Ya, kita ada lebih RM400 juta duit dalam tangan." Tetapi mereka tidak sedar saya melihat bukan dari jumlah wang tersebut tetapi pulangan duit itu. Jadi saya tanya pula apakah kadar yang kita dapat untuk bulan itu? Soalan itu meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa dan ganjil kerana mereka tidak fikir itu adalah perkara penting.

Jadi saya lihat sendiri akaun dan pulangan wang itu dan mengarahkan mereka untuk mengirim ucapan salam saya kepada pegawai bank yang mengambil wang kita. "Apa ini? Ada yang tak kena dengan MB ni, utus salam kepada orang lain (pegawai bank)," mereka tertanya-tanya. Bagaimana pun, mereka mengambil saranan saya dan setelah berjumpa dengan pegawai bank itu, selang dua hari kemudian, pegawai awam ini berjumpa saya dan berkata, "Ya, mereka sambut salam MB, dan mereka juga menaikkan kadar kepada dua peratus."

Jadi ini apa maksudnya? Ini bermaksud dengan kadar dua peratus setahun dari RM400 juta, kami telah meningkatkan pulangan faedah sebanyak RM8 juta. Secara langsung ia bermaksud, cabaran kepada saya adalah memastikan bahawa saya dapat mengenal pasti sumber-sumber negeri dan terjemahkan untuk memberi keuntungan kepada rakyat Selangor. Dari itu, saya atur satu perancangan menjadi objektif kerajaan negeri kepada apa yang dipanggil Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Apa pandangan Tan Sri tentang prestasi Exco dan Adun Pakatan Rakyat?

Pandangan terhadap mereka sudah tentu perlu diakui bahawa sebahagian daripada mereka adalah baru dalam hal-hal sebegini. Kita perlu bersama-sama dengan mereka. Tetapi secara keseluruhan, yang bernasib baiknya ialah, mereka telah ada pengalaman mengendalikan program. MES (program Merakyatkan Ekonomi Selangor) berjaya apabila mereka meluangkan sepenuh masa dan jiwa kepada rakyat. Itulah yang telah dan perlu diterapkan lagi dalam diri.

Yang keduanya, saya rasa sesetengahnya mempunyai bakat terutamanya dalam berorganisasi, menyelesaikan masalah rakyat, menghargai birokrasi. Maka, ini menunjukkan mereka juga bagus dan pandai berbanding UMNO-BN.

Bagaimana pula peranan dan kerjasama penjawat awam negeri ?

Tidak, soalan yang sepatutnya ialah bagaimana penjawat awam respon kepada usaha saya. Soalan ini penting kerana ia bukan seperti bermain bola dengan membawa pengadil sendiri, bawa doktor sendiri dan sebagainya, bukan seperti itu. Perkara ini ialah, anda datang keseorangan sementara semua orang sudah berada di tempat masing-masing.

Bagaimana saya menyesuaikan diri? Saya rasa, saya lebih bertuah berbanding rakan-rakan politik yang lain kerana pernah bekerja bersama penjawat awam, saya faham tentang sesuatu kebiasaan, saya tahu bagaimana mereka menyesuaikan diri. Mereka perlu diberi jaminan berbanding diberi cabaran. Jika anda mencabar mereka, mereka akan menjadi lebih reaktif berbanding untuk menyokong anda.

Bagaimana dengan prestasi ekonomi negeri?

Saya fikir kita telah berjaya mengubah minda rakyat bahawa mereka kini sedar sumber ekonomi negeri Selangor adalah untuk mereka. Kemudian kita terjemahkan sumber-sumber itu kepada program yang dipanggil Hasil Negeri Untuk Rakyat. Saya fikir lebih 20 atau 40 tahun yang lalu, anda tidak mendengar jenis kenyataan sebegitu, walau pun terdapat kenyataan seperti 1Malaysia dan lain-lain. Tetapi ia tidak pernah benar-benar diterjemahkan menjadi sesuatu yang real. Tetapi kini kerajaan Selangor tidak seperti itu.

Maka dengan penilaian dan kapasiti saya, saya berjaya tingkatkan hasil negeri dan saya terjemahkannya dalam bentuk dividen buat rakyat. Saya rasa kami telah melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya kerana mereka tidak melihat dari sudut itu, mereka hanya melihat "Ya, kita bagi ikut permintaan," tetapi tidak melihat kepada kesan mikro dan mengapa mereka melakukannya.

Bagaimana dengan ekonomi Selangor dan ekonomi Malaysia dari kaca mata Tan Sri?

Sudah tentu ekonomi Selangor sangat berhubung kait dengan ekonomi Malaysia. Malah, ekonomi Selangor merupakan gambaran kepada ekonomi Malaysia kerana Selangor menyumbangkan tidak kurang daripada 25 peratus dari ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor memberi sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi Malaysia. Malaysia ini menjalankan dasar ekonomi terbuka maka, Selangor juga menjalankan dasar yang sama.

Maknanya kebanyakan urus niaga yang kita lakukan ini ada hubungkaitnya dengan negara luar. Lebih 70 peratus daripada apa yang kita hasilkan ke luar (eksport) yang bermakna domestik kita tidak bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dalam negeri, tetapi ekonomi dunia. Berdasarkan pergolakan ekonomi dunia seperti di Eropah yang masih berjuang menyelesaikan masalah mereka, Amerika Syarikat pula punya masalah sendiri.


Gambaran cerah yang dapat dilihat adalah dari rantau Asia seperti China, India dan sebagainya. Tetapi kita boleh lagi berkata yang kita berada di dalam rantau yang betul dan masih selamat, Asean dan Asia. Walau pun begitu, kita tidaklah benar-benar dalam kedudukan yang sangat selesa.

Oleh itu, bolehlah saya katakan perkara yang baik berlaku sekarang dalam susunan untuk ekonomi bertahan dalam tempoh sangat tidak selesa. Maka itu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kita telah meningkatkan aktiviti-aktiviti domestik yang pastinya selaras seperti apa yang kita perlukan, memajukan (boosting) Lembah Klang.

Kita telah pun berada di situ. Itulah sebabnya BN tidak tidur lena. Ekonomi Selangor akan melonjak dengan pelbagai program dan urus niaga yang akan dilakukan. Negeri-negeri di bawah UMNO akan berhadapan masalah, tetapi Selangor tidak akan berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti itu.

Program pencegahan rasuah (dalam Geran Selangorku ada program pembasmian rasuah dan penyelewengan ), setakat ini bagaimana responnya?

(Ketawa) Everybody is scared now! Sekarang saya cuba untuk melaksanakan satu persatu dahulu. Sekarang kita sudah ada dana untuk diterjemahkan seperti contohnya Transparency International. Mereka akan menilai cara untuk melakukan tender dan boleh mengenal pasti sama ada berlaku rasuah atau tidak. Mereka juga memerlukan penyelidikan tertentu. Saya akan menggunakan wang itu untuk diberikan kepada mereka.

Terdapat sebuah lagi yang mahu sertai tetapi itu saya perlu baca dan mengkaji dahulu. Tetapi yang lain-lain pula, cuma bermain sembunyi-sembunyi sebab saya rasa ia adalah kerana budaya Malaysia sendiri, akan ada yang berkata, "Si polan itu rasuah, si polan ini pun rasuah."

Tetapi apabila ditanya kembali kenapa berkata begitu, mereka akan cakap, "Tak tahu tetapi saya tahu si polan itu rasuah." Jadi, kami mahu mengubah budaya sebegini. Dalam masa sama, whistle blower (pendedah penyelwengan) juga penting, tetapi anda perlu ingat bahawa mereka juga ada liabiliti. You blow the whistle you may loose the job. (Anda dedahkan sesuatu anda mungkin hilang kerja). Oleh kerana itu kita perlukan insurans, dan itulah sebabnya saya masukkan sekali (insurans).

Bagaimana hubungan dengan Istana Selangor?

Berhubung isu dengan Sultan, anda perlu patuh, isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti patuh kepada raja-raja dan kedudukan istimewa Melayu. Ia telah termaktub di situ melainkan jika kita mahu mempersoalkannya, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan Perlembagaan. Ya, terdapat orang-orang di dalam istana yang mahu kita menguatkuasakannya, tetapi secara keseluruhan ia kembali kepada tahap asal yang telah ditubuhkan (berdasarkan Perlembagaan).

Isu gereja Damansara, kita boleh dikatakan ia berjaya diselesaikan secara profesional. Tidak ada lagi spekulasi. Jika anda fikir kejadian itu memang berlaku, laporkan. Anda tidak boleh cuma membayangkan dan kemudian mengatakan, "Ya kejadian itu memang berlaku."

Di akhir kelak, salah satu kriteria yang paling penting untuk kejayaan Pakatan ialah dapat bekerja semula sebagai satu pasukan yang kukuh. Inilah isu yang lebih penting. Saya yakin yang kita memang boleh sebab kita berjuang kerana tujuan yang lebih besar. Dan ia sentiasa merangsang minda dan keazaman kita.

Bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ?

Saya perlu sebut di sini setelah tiga tahun, kita boleh melihat masyarakat telah merasakan bahawa mereka berada dalam situasi yang lebih baik sekarang. Betapa selesanya berbanding 2008, saya sendiri sedikit terkejut. Rakyat sudah mengenali kita dengan lebih dekat. Sebelum ini mereka kenal kita dengan meneka, tetapi sekarang mereka kenal kita kerana mereka betul-betul kenal kita. Kita adalah sebahagian dari mereka.

Malah, ketika saya masuk ke kawasan Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan lain-lain itu. Masyarakat di sana baik-baik saja. Mereka banyak bercerita tentang 'kejahatan' kami yang ditulis melalui Utusan. Tetapi saya fikir secara keseluruhannya, kami telah mendekati rapat masyarakat dan kami sekurang-kurangnya tidaklah seburuk 2008.

Kami lakukan pelbagai program untuk rakyat, yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan negeri Selangor selama lima tahun. Untuk itu kami telah membuat dan sentiasa merangka plan. Kalau tahun ini ada pilihan raya dalam dua atau tiga bulan pertama, bagaimana saya sempat terjemahkan belanjawan itu kepada rakyat Selangor?

Sebab itu saya katakan dahulu, kalau Kerajaan Persekutuan hendak mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun 2012, baru kita akan mempertimbangkannya. Tetapi jika mereka hendak adakan pada Januari, Februari, Mac, kita tidak akan pertimbangkan.

Apa risiko perbezaan pembubaran DUN dan Parlimen?

Hujah saya ialah, saya mahu membuktikan kepada rakyat tanpa mengira apa yang Kerajaan Persekutuan buat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat sebaik mungkin yang setakat yang saya fikir saya mampu lakukan.

Gambarkan begini, (pilihan raya) cuma ada dua kesan iaitu sama ada kita kalah atau menang. Jika kita menang, jelas bahawa usaha kita mendapat sambutan rakyat. Jika kita kalah, kita masih ada peluang lagi pada pilihan raya seteusnya (PRU14). Kita perlu lawan kembali sehingga menang. – Roketkini.com

Program Anak Emas Pulau Pinang: Kata dikota

Posted: 03 Jan 2012 04:42 AM PST

Roketkini.com

Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/buletinmutiara dan http://www.facebook.com/cmlimguaneng


GEORGE TOWN – Minggu pertama tahun baru 2012 dipenuhi dengan usaha mengotakan janji-janji Pakatan Rakyat termasuk di Pulau Pinang di mana ribuan ibu bapa kepada bayi-bayi yang baru telah menerima pemberian wang tunai RM200.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas kerajaan Pakatan kepada ibu bapa bayi-bayi berkenaan di beberapa kawasan di seluruh pulau dan tanah besar pada minggu ini.

Ibu bapa boleh mendaftarkan bayi mereka dengan Program Anak Emas di pejabat Ahli Dewan Negeri (Adun) atau Pegawai Penyelaras DUN di kawasan masing-masing serta di pejabat-pejabat daerah.

Untuk melayakkan diri bagi menerima sumbangan "one-off" (pemberian sekali sahaja) itu, sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa perlu mengesahkan diri sebagai pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

Apabila diluluskan program itu pada petengahan tahun lalu, sumbangannya adalah RM100 tetapi berikutan kejayaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang melaksanakan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) yang menyekat rasuah dan penyelewengan, lebihan perbelanjaan telah membolehkan nilai sumbangan dinaikkan kepada RM200 untuk bayi-bayi yang lahir mulai 1 Januari lalu. – Roketkini.com

Mahasiswa mahu anggota polis diheret ke mahkamah

Posted: 03 Jan 2012 04:38 AM PST

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Anggota polis yang bertindak ganas pada himpunan pro kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 1 Januari lalu, perlu diheret ke mahkamah, tegas Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).

Presidennya, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tindakan itu penting bagi memberi keadilan terutama kepada mahasiswa yang menjadi mangsa keganasan pihak berkuasa itu.

Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz (memakai kot) bersama peguam dari LFL, Fadiah Nadwa Fikri

"Tindakan ini penting kerana kesalahan anggota polis pada malam itu juga adalah satu jenayah dan polis tidak boleh melindungi atau mempertahan anggota seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan bagi mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) di balai polis Dang Wangi hari ini.

Haziq turut menegaskan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tiada kejadian sama berulang selepas ini.

"Kalau tiada tindakan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam insiden malam itu, kita bimbang mereka akan melakukan lebih ganas terhadap rakyat Malaysia lain selepas ini," katanya yang juga mahasiswa jurusan undang-undang dari Universiti Malaya.

Beliau turut membetulkan dakwaan sesetengah pihak, bahawa polis tidak bertindak ganas terhadap Presiden Bebas, Muhammad Safwan Anang sehingga mendatangkan kecederaan.

"Kami juga ingin tegaskan bahawa Safwan cedera kerana dikasari polis, manakala pintu klinik itu hanya dipecahkan selepas pegawai klinik itu enggan membuka pintu dan merawat Safwan.

"Keengganan pihak klinik merawat Safwan yang cedera teruk ketika itu adalah satu kesalahan jenayah dan mencabuli hak asasi manusia," katanya.


Pada 1 Januari lalu, BEBAS, SMM dan sekumpulan aktivis mahasiswa mengadakan himpunan pro-kebebasan akademik di depan UPSI.

Himpunan itu kecoh selepas polis mengganas sehingga menyaksikan kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan, Manakala Safwan Anang pula terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

'Auntie Bersih' beri 'ceramah percuma' pada wanita Umno

Posted: 03 Jan 2012 04:35 AM PST

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Sekumpulan Wanita Umno mendapat 'ceramah khas' dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.


Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

"Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman," kata Annie.

Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan 'mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada'.

Manakala seseorang menyampuk dengan berkata 'tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu'.

Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.

Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.

"Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat," tegasnya yang juga bekas guru.

Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini.

Perhimpunan 9 Januari akan berlangsung dengan aman- Azmin

Posted: 03 Jan 2012 04:34 AM PST

Oleh: Nabihah Hamid

PETALING JAYA: KEADILAN memberi jaminan perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, akan berlangsung dengan aman, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan pihak tertentu bahawa parti itu mahu mencetuskan huru hara pada hari keputusan perbicaraan Fitnah II yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Himpunan ini adalah gerakan rakyat yang dijamin akan berjalan dengan aman, tidak akan berlaku apa-apa melainkan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab," tegas beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Menurut Azmin, Pas dan Dap turut menyatakan persetujuan untuk bersama memberikan sokongan dan mengerahkan anggotanya berhimpun pada hari tersebut.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk hadir.

"Sokongan ini bukan sekadar mendokong Datuk Seri Anwar tetapi atas dasar persetujuan bahawa sistem negara ini perlu diubah sama ada ekonomi, sistem kehakiman mahupun pendidikan.

"Pakatan yakin bahawa dengan kepimpinan yang ada pada Anwar dan kerjasama pimpinan Pakatan, sistem ini mampu diubah sepenuhnya," kata beliau.

Beliau dalam pada itu turut membidas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan rakyat hanya perlu menjadi hakim sewaktu pilihanraya dan bukannya dalam sistem kehakiman negara.

"Biar rakyat yang menentukan dan membuat keputusan samada rakyat nak berhimpun atau tidak. Biarlah rakyat yang tentukan. Kenapa Zahid Hamidi nak tentukan bila boleh berhimpun?," tegasnya.

Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah ekonomi

Posted: 03 Jan 2012 04:26 AM PST

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR — Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan "syarikat kroni" yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

"Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman," kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: "Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind."

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk "berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan."

"Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring," kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk "memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu."

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi.

Chef Wan Batal Hasrat Tutup Akaun Facebook

Posted: 03 Jan 2012 04:20 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

PETALING JAYA- Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) membatalkan hasrat untuk menutup akaun Facebook dengan alasan tidak dibenarkan oleh peminat-peminatnya.

Chef Wan menerusi satu entri menerusi Facebook miliknya itu berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak sampai hati untuk menghampakan semua peminatnya selepas mengumumkan untuk berbuat demikian sempena Tahun Baru 2012.

"Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di sini (Facebook) dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya," ujarnya pada entri tersebut.

Pada Jumaat lalu Chef Wan membuat keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega atas alasan tidak mahu laman sosial itu menjadi medan perbalahan para peminatnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, walaupun banyak pihak cuba menghentamnya menerusi komen-komen di laman sosial miliknya itu, dia mengambil jalan untuk tidak lagi melayan golongan tersebut sebaliknya ingin menumpukan perkatian kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong.

Ujarnya, segala komen negatif mengenai dirinya di Facebook akan diambil secara positif selain tidak cuba terlalu memikirkan tentangnya.

"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," ujarnya. -mStar

Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu

Posted: 03 Jan 2012 04:16 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad .

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad. -Harakahdaily

Skandal NFC: Polis sahkan kertas siasatan 80 peratus siap

Posted: 03 Jan 2012 04:07 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR— Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan siasatan pasukan berkenaan terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudah "80 peratus selesai".

Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dan pendakwaan dilakukan.

"Siasatan terhadap skandal NFC sudah 80 peratus siap, beri kami sedikit masa lagi, kami perlu melakukan 'wrap up' sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Ketua Hakim Negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Perkembangan terbaru skandal yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat ini adalah pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan JSJK semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan JSJK yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.-Themalaysianinsider

Pendedahan seorang ikon palsu: RPK akan pulang!

Posted: 03 Jan 2012 04:03 AM PST


Akhirnya, Raja Petra Kamarudin sudah mendapat tiket beliau untuk kembali ke tahan air! Kita fikir, berapa lamakah anda boleh dibung negara dan berpura-pura untuk berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom? Kita semua ada perut untuk diisi.

Saya masih ingat lagi pendedahan yang dibuat oleh RPK melalui Malaysia Today yang membuatkan orang seperti saya memulaukan Barisan Nasional dan menginginkan Malaysia yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak tanpa kerajaan yang dipimpin UMNO. RPK yang membuatkan kita ketagih dengan blog, dia membuat kita meng-emel pendedahannya kepada rakan-rakan kita dan yang paling penting, dia telah mengembalikan minat kita kepada penulisan. Memang benar, saya tidak pernah menulis untuk topik politik sehinggalah saya menjadi peminat RPK dan tagged beliau.

Setiap pagi saya akan mulakan dengan Malaysia Today kemudian barulah saya membaca surat khabar lain. Dia juga telah menyebabkan saya memulaukan New Straits Time yang saya sudah pun baca selama 10 tahun dan saya hanylah membaca berita domestik dan antarabangsa secara online. Memang saya dapat berjimat wang dan kini hampir 5 tahun saya tidak membeli suratkhabar mainstream. Jumlah orang yang saya telah yakinkan untuk tidak membeli suratkhabar juga semakin meningkat. Tidak syak lgi RPK telah memberikan kepada kita sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti. Dia juga sering merujuk kepada manuskrip, undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu kelihatan seolah-olah dialah pakar dalam undang-undang terhandal di negara.

Kali pertama rakyat Malaysia dapat akses untuk hentam UMNO!

RPK telah membuat kita melihat perkara dari perspektif beliau tetapi kutukannya terhadap Umno lah yang menjadi perkara utama. Terutamanya kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan Rosmah Mansor begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dengan pendedahan kejahatan Najib dan Rosmah, beliau telah pun di angkat menjadi wira. Ia juga menunjukkan untuk pertama kali, betapa teruknya imej Najib dan Rosmah.

Dengan pendedahan RPK, Umno dan BN dilihat tidak lebih daripada penyangak murahan. Kita juga menjadi obses dan menginginkan berakhirnya rejim jahat ini. Akhirnya kita makan, tidur dan bernafas politik Malaysia menentang BN. Sememangnya hampir semua yang dia katakana mengenai Umno dan BN adalah benar ataupun menjadi kenyataan walaupun Menteri dalam negeri, Hishamuddin mengatakan bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia Today hanyalah 40% fakta.

Kemuncaknya adalah pada pilihanraya 2008, di mana RPK membuat ceramah di Kampong Raja Uda dan ia pasti akan diingati untuk satu jangkamasa yang lama bersama dengan penceramah lain, Kit Siang dan Anwar Ibrahim dan ceramah mereka yang mengutuk UMNO terutama yang ada di Selangor telah membuatkan semua terkedu. Mungkin inilah yang cuba dicipta Umno menggunakan RPK- tetapi pastinya dalam mode yang bertentangan.

Tetapi, mampukan RPK mempengaruhi rakyat Selangor bahawa Anwar itu jahat dan Najib itu wira? Sangat menyedihkan yang kehidupan RPK sudak berputar sebegitu. Dia seharusnya menjadi orang yang disanjung bukanlah alat UMNO.

2008, penangkapan dan buang negara

Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik paling tinggi buat RPK. Pembankang mengambil 5 negeri termasuk Selangor yang merupakan harta paling berharga mereka. IA juga telah menurunkan jumlah wakil BN dalam Parlimen untuk BN. Saya tidak pasti dengan anda tetapi dia telah membuatkan kami bekerja keras ketika itu. Saya dan rakan-rakan berkempen menentang Samy Vellu di Sungai Siput.Kami benar-benar mahu Samy kalah pada ketika itu jadi kami telah berbelanja RM7 ribu untuk kempen di sana termasuk menghantar sms kepada ramai orang yang tidak dikenali.

Kemudian, beliau ditangkap dibawah ISA dan perbicaraan dijangka berlaku. Beliau menjadi wira kami dan beliau juga mmepunyai pembaca blog dan peminat yang berjumlah lebih daripada 50 000. Saya masih ingat ketika kami membawa lilin di seluruh bandar termasuk yang paling puopular di Amcorp Mall di mana kami bersama isetri beliau Marina. Kami juga berdiri di luar mahkamah untuk berjam-jam lamanya untuk perbicaraan dan kami tidak pedulikan panas ataupun penat. Ada juga diantara kami yang ditangkap tetapi kami tidak peduli. Kami bersama RPK yang telah menunjukkan kepada kami Malaysia yang lebih baik.

Kemudian, dia melarikan diri di luar negara. Kami juga gembira untuk dia dan mengharapkan yang terbaik untuk dia dan Marina, kerana sekurang-kurangnya dia masih boleh menulis di luar negara dengan aman dan selamat. Kami juga menangis mengenangkan anaknya yang di tangkap dan dipukul dan kami rasakan ia adalah pembalasan dendam dari pihak Umno kepadanya. Kami doakan keselamatan dia dan anaknya sehinggalah pada hari dia memberi temuramah pertama dengan The STAR.

Kejutan The STAR

Kami rasakan bahawa dia telah mengecewakan kami dalam temuramah tersebut. Bagaimana setelah sekian lama mengutuk Rosmah dia dengan tiba-tiba menjadi jinak dan mengutarakan sokongan kepada Rosmah dan Najib dalam temuramah itu. Pada ketika itu, pembaca blognya sudah merasa syak. Pembaca terus memulaukan dia. Dia sudah menjadi orang suruhan. Sungguhpun begitu, ada yang masih belum berputus asa terhadap dia kerana sedar mungkin dia dipaksa berbuat demikian.

Ayah yang mana akan membenarkan anaknya di sakiti kerana dia dan kerjanya? Kami syak mereka yang bekuasa sedang mengambil langka-langkah ekstrim untuk menjinakkannya. Mungkin ada betulnya. Anaknya kemudian dibebaskan tidak lama selepas temuramah itu. Kini saya ingin beranya kepad RPK mengenai hubungannya dengan Anwar- sememangnya selama ini hubungan itu kadang-kadang panas, kadangkala sejuk dengan Anwar dan juga parti Keadilan. RPK masuk dan keluar parti itu bila saja dia mahu.

Sedari mula, memang dia tidak begitu suka kepada Anwar dan orang keadilan. Ini kerana mereka berasal dari Umno. Disebabkan ini, RPK merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan sikap berat sebelah. Semasa dalam Umno, Anwar sering cari pasal dengan orang India. Orang India tidak digemari oleh Anwar.

Semasa era Reformasi, ramai yang bersimpati dengan Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan barulah Anwar tetapi, menerusi Kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah menjadikan kita percaya kepada Anwar semula.

Putaran terakhir?

Rakanku RPK, hari ini kamu telah memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak kisah kerana itu pandangan kamu atau apa yang kamu rasa salah dahulu sudah menjadi betul sekarang. Untuk kamu, kami sudahpun menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang benar Anwar bukanlah malaikat dan samalah juga dengan Najib dan Rosmah kesayangan kamu itu.

Anwar seorang yang berkarisma dan oleh sebab itulah beliau dapat menjadi penghubung kepada perikatan Pakatan dan mengaharungi rintangan yang dilemparkan Umno dan BN. Walau macam mana benci pun kamu kepada Anwar, Anwar tetap menjadi katalis kepada Pakatan- satu-satunya pambangkang yang boleh melawan BN.

Kami rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk mengimbangi BN. Pakatan telah mendapat kekuatan selama 3 tahun ini. Memang ada kelemahan. Mungkin betul atau tidak menurut RPK bahawa Pakatan tidak akan menang PRU 13. Kami tidak kisah itu semua. Kami cuma mahu menghentikan 54 tahun penyalahgunaan kuasa Umno dan BN.

Tidak kisahlah apa yang kamu mahu katakan, tidak lama lagi kita aka nada pembangkang dalam kerajaan dan mereka sudah pun matang pada waktu itu. Kamu katakana bahawa kita akan kehilangan Selangor, tetapi saya yakin ini tidak akan berlaku.

Apapun pandangan anda terhadap Anwar, kami tidak kisah. Walaupun Anwar telah liwat Saiful atau melanggan pelacur Thai itu, kami tidak kisah. Itu adalah masalah peribadi sehinggalah ia dibuktikan benar. Kami hanya kisahkan Pakatan dan Anwar adalah katalis mereka.

Pakatan lebih kuat daripada kamu dan blogger Umno juga lebih baik daripada kamu

Jika Anwar tidak penting mengapa Najib bayar kamu begitu banyak atau berusaha gigih untuk dapatkan kamu bercakap dipihaknya? Mengapa masih peduli untuk hentam Anwar? Apa yang bagus sangat mengenai Anwar jika dia tidak bagus?

Dan, amat menyedihkan walaupun temuramah sensasi dalam suratkhabar Melayu, saya tidak yakin ramai rakyat akan lupa dengan skandal NFC dan kekejaman polis terhadap pelajar UPSI dan protes Adam Adli dan juga keputusan kes Liwat II pada 9 Januari. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, bukan Anwar yang kalah disebabkan temuramah kamu itu. Kamu sendirilah yang kalah dan kalah teruk.

Tidak RPK. Hari ini kamu telah membeli kebebasan kamu dan akan kembali tidak lama lagi. Saya rasa ada udang disebalik batu dalam kes kamu dan saya rasa kamu tidak benar-benar percaya dengan apa yang kamu cakapkan bahawa kamu tidak kisah kepada pengkritik kamu seperti saya.

Yang sedihnya, mereka yang seperti Big Dog Zakhir Mohamad, Rocky's Bru Ahhrrudin Attan dan Parapu Kari atau Papagomo adalah jauh lebih baik daripada kamu kini. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan pendirian mereka.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu dan selamat tinggal kepada kamu dan Malaysia Today.Malaysia Chronicle

Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu

Posted: 03 Jan 2012 04:01 AM PST

Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di Sibu kira-kira 7 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Shafie berkata, polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa.

"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon, petang ini berhubung kes itu," katanya. Bernama

Calon tewas BN mungkin dicalon semula

Posted: 03 Jan 2012 04:00 AM PST

BN Perak tidak menolak kemungkinan memilih semula calon-calon yang tewas pada pilihan raya umum lepas untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

NONEPengerusinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, BN negeri telah mengumpul pelbagai maklumat dan maklum balas daripada orang ramai mengenai calon-calon yang tewas dalam pilihan raya umum sebelum ini.

"Mungkin calon-calon ini kalah tipis atau menang tipis dalam pilihan raya umum sebelum ini tetapi kita harus tahu sebab kekalahan itu.

"Bagi saya ada di antara mereka sebenarnya boleh menang tetapi disebabkan tsunami politik yang berlaku menyebabkan mereka tewas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Laluan Alternatif Bercham ke Lebuhraya Utara-Selatan di Ipoh hari ini.

Katanya, hasil maklumat yang dikumpul, terdapat permintaan daripada orang ramai supaya calon yang tewas dicalonkan semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry berkata maklum balas itu juga mendapati orang ramai turut melahirkan rasa kesal kerana tidak mengundi calon-calon yang tewas itu pada pilihan raya umum lalu.

"Apabila saya turun padang, saya tidak hanya berjumpa dengan anggota Umno dan BN tetapi turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat lain. Pelbagai maklum balas yang diterima mengenai perkara ini," katanya.

Katanya beliau mendapati terdapat calon-calon yang tewas terus menjalankan tugas membantu masyarakat dan perkara itu memberi kelebihan kepada mereka untuk dicalonkan semula.
- Bernama

Tricubes dapat kontrak RM6 juta urus komputer polis

Posted: 03 Jan 2012 03:20 AM PST

Anak syarikat Tricubes Bhd - syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia - dengan pemegangan 70 peratus, TricubesNCR JV Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menyenggara perkakasan dan perisian serta server sistem pengurusan mudah alih canggih (EMMS) pasukan polis.

Menurut Bernama, Tricubes dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata kontrak tersebut bernilai RM6 juta.

Ia termasuk menyenggara Peranti Penerimaan Kad Mudah alih (MCAD) pasukan berkenaan, kedua-dua bagi tempoh dua tahun mulai 1 Jan, 2012 hingga 31 Dis, 2013.

Menurut syarikat, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Kontrak lounge suit: Nga saman penulis blog RM10j

Posted: 03 Jan 2012 03:18 AM PST


MALAYSIA KINI

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dirinya telah menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

NONE"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya pada posting di Facebook hari ini.

Dalam tuntutannya Jumaat lalu, Nga telah menghantar surat kepada penulis blog Ahmad Sofian Yahya supaya membuat permohonan maaf kepada dirinya dalam tempoh 48 jam.

Ini kerana penulis blog pro-BN berusia 47 tahun itu didakwa memfitnahnya melalui artikel di www.sekupangduas.blogspot.com

Blogger itu bagaimanapun dilaporkan enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa peyalahgunaan kuasa oleh Nga, yang ketika itu exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan.

[Baca berita penuh]

Versi Bernama

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini menfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap seorang blogger 'Sekupangdua', Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya.

Writ saman itu difailkan pada 11.30 pagi tadi melalui peguamnya Leong Cheok Keng, Augustine Anthony dan Nga Hock Cheh dari Tetuan Leong & Tan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ia difailkan.

NONEDalam writ saman itu, plaintif turut menuntut satu injuksi bagi menghalang defendan atau ejen dan pekerja defendan daripada menulis, menerbit serta atau memaparkan pengataan, kenyataan, tulisan berunsur fitnah dalam blog 'Sekupangdua' ataupun dalam apa jua cara yang menyentuh plaintif atau anggota keluarganya.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada 16 Dis lepas, defendan telah menulis dan menerbitkan satu artikel yang mengandungi fitnah terhadapnya menerusi artikel bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Kormeng dan Pakatan Rakyat Menyamun' serta memaparkan atau menyebabkan artikel itu dipaparkan dalam blog berkenaan bertujuan merosakkan, merendahkan dan memusnahkan nama baiknya di kalangan rakyat Malaysia.

Nga turut mendakwa artikel itu telah dibaca, muat turun dan diedarkan dengan liputan yang luas sehingga plaintif diminta menjelaskan kesahihan dan kebenaran artikel berkenaan oleh wartawan media arus perdana, media online, anggota parti DAP-PKR-Pas, pengundi dan rakyat Malaysia.

NONEBerdasarkan permintaan serta tuntutan wartawan, anggota dan pemimpin gabungan parti politik DAP-PKR-Pas, pengundi serta ramai rakyat negara, plaintif tidak boleh membiarkan artikel tersebut tanpa menafikan, memperjelaskan kesahihan serta kebenaran artikel tersebut kepada kesemua pihak berkenaan.

Kandungan artikel itu dan perkataan-perkataan yang terkandung di dalam artikel itu adalah berunsurkan fitnah dan difahami merujuk kepada plaintif, dakwanya. Plaintif menyatakan namanya mempunyai bunyi sama dengan 'Nga Komeng' serta perkataan di dalam artikel tersebut mempunyai makna biasa dan semula jadi adalah bermaksud dan difahami sebagai merujuk kepadanya sebagai seorang yang tidak jujur dan amanah, penyamun harta rakyat Malaysia, menyalahgunakan kuasa sebagai seorang anggota Exco kerajaan negeri semasa urustadbir negeri Perak, seorang pemimpin yang korup dan munafik, tidak layak menjadi Anggota Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri Perak atau memegang sebarang jawatan awam dan hipokrit.

Artikel itu adalah fitnah semata-mata kerana plaintif tidak pernah berlaku secara tidak amanah, menyalahgunakan kuasa dan tidak pernah campur tangan dalam urusan pemberian tender Majlis Bandaraya Ipoh untuk memihak kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi isterinya sendiri, dakwanya.

Defendan juga didakwa membuat satu laporan kononnya salah guna kuasa yang dilakukan oleh plaintif kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan berterusan kepada plaintif.

NONEPlaintif yang juga Anggota Parlimen Taiping menerusi peguam caranya telah menghantar satu surat tuntutan bertarikh 28 Dis 2011 kepada defendan supaya meminta maaf rasmi dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun defendan enggan berbuat demikian malah dengan angkuh melanjutkan dan meneruskan fitnah serta sindirian di dalam blog berkenaan.

Nga turut mendakwa akibat daripada fitnah bertulis yang palsu dan dibuat serta diterbitkan secara niat jahat, beliau telah hilang maruah dan reputasi serta mengalami tekanan mental yang teruk di samping karakter, reputasi serta jawatannya telah dicalar dengan serius.

Plaintif menyatakan defendan mempunyai niat jahat di dalam menulis dan menerbitkan artikel itu dengan tujuan menghancurkan dan memusnahkan nama baiknya, kerjaya politik dan segala karier politiknya di masa depan akan terus musnah.

Selain itu, Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut menuntut defendan menyiarkan satu pernyataan mohon maaf bertulis kepada plaintif dalam tiga akhbar arus perdana berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina serta di dalam blog 'Sekupangdua'.

NONESelain ganti rugi am berjumlah RM10 juta itu, plaintif turut menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang jumlahnya difikirkan sesuai oleh mahkamah di samping faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam sidang media berasingan, Ahmad Sofian berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya serta tidak akan memohon maaf kepada Nga walaupun berdepan dengan tindakan saman.

"Hari ini juga saya mahu Nga menarik balik tuduhan beliau yang keluar dalam portal berita Malaysiakini bertarikh 19 Dis yang menuduh saya mempunyai rekod mengada-adakan bukti serta memalsukan dokumen," katanya sambil memberi tempoh 48 jam untuk Nga memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan atau berdepan dengan tindakan saman olehnya.

Pengundi tanpa hadir: Keputusan Jumaat ini

Posted: 03 Jan 2012 03:16 AM PST

Tidak seperti di Afrika Selatan dan Singapura, rakyat negara ini yang bekerja di sektor swasta di luar negaratidak dibenar melaksanakan hak mereka untuk mengundi kerana tidak diklasifikasikan sebagai pengundi tidak hadir.

edmund bon gmi lawyer 090805Malaysia, hujah peguam Edmund Bon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, adalah antara beberapa negara-negara Komanwel yang tidak membenarkan warganegara di luar negara untuk mengundi dengan taraf sebagai pengundi tidak hadir.

"Tidak mengklasifikasikan anak guam saya sebagai pengundi tidak hadir melanggar hak-hak mereka di bawah Perkara 8 untuk hak sama rata dan Perkara 119 untuk hak mengundi di bawah perlembagaan persekutuan," katanya.

Beliau mewakili enam rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.

Keenam-enam mereka adalah Teo Hoon Seong, V Vinesh, Paramjeet Singh, Yolanda Sydney Augustin, Sim Tze Wei dan Leong See See.

Yolanda, adalah anak perempuan Stanley Augustine, bekas ketua pendakwa Kuala Lumpur. Stanley kini dalam sektor swasta tetapi berada di mahkamah untuk mendengar permohonan anaknya itu.

Anak perempuannya adalah seorang pakar onkologi yang berusia 32 tahun.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal menyatakan sebarang alasan atau asas untuk menjustifikasikan keputusan tidak mendaftarkan enam rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di luar negara, sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Edmund Bon yang mewakili keenam-enam mereka, berkata SPR menolak permohonan mereka atas alasan mereka tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir di bawah definisi "pengundi tidak hadir" mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

"Tetapi SPR tidak memberi justifikasi bagi keputusannya itu dan objektif Peraturan itu yang membenarkan sesetengah warganegara dan sesetengahnya tidak," hujahnya dalam permohonan semakan kehakiman difailkan enam warga Malaysia itu yang menetap dan bekerja di United Kingdom untuk mendesak SPR mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir.

Edmund berkata keputusan untuk tidak mendaftarkan keenam-enam mereka sebagai pengundi tidak hadir adalah jelas tidak adil dan merupakan layanan diskriminasi terhadap semua warganegara.

"Pemohon menetap di luar negara, dan oleh yang demikian, sepatutnya boleh mengundi sebagai pengundi tidak hadir mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak asasi untuk mengundi," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili SPR pula berhujah SPR mendapati keenam-enam pemohon tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir mengikut Peraturan 2, Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, kerana mereka menetap dan bekerja dengan sektor swasta di luar negara.

Beliau berkata SPR memutuskan keenam-enam mereka tidak termasuk dalam kategori orang yang berhak menjadi pengundi tidak hadir dan SPR menolak permohonan mereka secara sah mengikut undang-undang.

Amarjeet berkata keenam-enam mereka boleh pulang ke Malaysia pada hari pengundian kerana mereka menetap dan bekerja di sana atas pilihan sendiri.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 6 Jan untuk menyampaikan keputusan.

Enam pemohon itu ialah Teo Hoon Seong seorang doktor, 43; V Vinesh seorang jurutera elektrik, 32; Paramjeet Singh seorang usahawan, 54; Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, 31; Sim Tze Wei seorang penterjemah, 28, dan arkitek perisian Leong See See, 41.

Mereka memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegara Malaysia
yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir yang bermakna mereka layak menjadi pengundi pos.

Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 Sept, 2011, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai pemilih tidak hadir.

Ibrahim Ali: Demo jalanan tak lagi relevan

Posted: 03 Jan 2012 03:14 AM PST

Bekas pemimpin pelajar sekitar tahun 70-an Datuk Ibrahim Ali berkata, isu yang dijuarai aktivis mahasiswa hari ini berbeza jika dibandingkan dengan apa yang diperjuangkannya 40 tahun lalu.

NONEKatanya, mahasiswa hari ini tidak patut membawa kepada demonstrasi jalanan kerana ia tidak lagi relevan berbanding keadaan dahulu di mana negara ini kurang membangunm harga komoditi tidak stabil dan ancaman komunisme yang kuat.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA itu berkata, demonstrasi jalanan seharusnya menjadi pilihan terakhir kerana sudah terhadap banyak cara menyampaikan pandangan.

Menyentuh aktivisme mahasiswa hari ini, antaranya dengan menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, Ibrahim berkata ia dibuat tanpa berjumpa dengan pelbagai pihak terlebih dahulu.

Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini

Posted: 03 Jan 2012 03:09 AM PST

Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

NONE"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.

Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan

Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.

NONE"Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini.

Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut.

"Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman.

"Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut.

'Tangan ghaib'

Ditanya pemberita tindakan PKR jika Anwar didapati bersalah dan dihumban ke penjara tanpa diikat jamin, Azmin berkata beliau tidak mahu prejudis dengan apa yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut.

NONEKatanya, jika sistem perundangan telus dan tiada 'tangan ghaib' daripada pihak eksekutif, beliau yakin Anwar akan dibebaskan pada 9 Januari ini.

Diasak wartawan mengenai kemungkinan Anwar dihumban ke penjara, Azmin berkata segala perancangan dan strategi yang telah disusun parti akan diteruskan sama ada ketua umum PKR itu didapati bersalah ataupun dibebaskan.

"Apa yang kita susun, kita akan teruskan sama ada beliau dibebaskan atau dijatuhkan hukuman, dengan jaminan atau tidak.

"Ia bukannya bermusim, tetapi perlu diteruskan hingga pilihan raya umum ke-13... Jangan buat hipotesis sama ia berlaku atau tidak.

"Tetapi bagi saya, beliau tidak bersalah, perlu dilepaskan dan (ramai) rakyat telah meneropong tentang kes ini," katanya.

Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman

Posted: 03 Jan 2012 03:03 AM PST

MALAYSIA KINI

Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked studentMenurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

smm protest in sultan idris university 010112 05"Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.

Pada kejadian itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang dilaporkan cedera.

Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam

Posted: 03 Jan 2012 02:59 AM PST

Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti dan saksi yang menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah (bawah) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.

NONE"Kita percaya siasatan secara bebas untuk menentukan kejadian sebenar yang berlaku... Dan kita juga ada video dan gambar yang jelas menunjukkan mereka (polis) telah bertindak ganas dalam meleraikan himpunan tersebut.

"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.

Bercakap dalam sidang media di depan IPD itu, Fadiah turut mempersoalkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu memartabatkan demokarasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

'Penipuan' Najib

Sebaliknya, Fadiah menyifatkannya sebagai "satu penipuan" jika ianya dilihat kepada insiden yang menimpa mahasiswa yang berhimpun di hadapan universiti berkenaan.

"Kita lihat bagaimana mahasiswa dipijak, disepak pada hari berkenaan. Inikah yang dikatakan oleh Najib untuk menjunjung nilai-nilai demokrasi dan hak asasi. Ini adalah satu penipuan," katanya.

smm protest in sultan idris university 010112 muhammad safwan anangKatanya, Malaysia telah menerima prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan polis tidak boleh menggunakan kekerasan atau menggunakan kekerasan pada tahap minumum dalam satu perhimpunan.

"Tapi bila kita tengok dalam kes ini, pelajar langsung tidak bersenjata, mereka hanya mempunyai suara untuk menyatakan tentang kebebasan akademik.

"Tetapi mereka dipijak oleh lebih 200 pihak polis, dipukul dan diterajang dan tidak diberikan bantuan perubatan dan guaman. Adakah ini berpatutan?" dakwa Fadiah.

Sehubungan itu, mahasiswa berkenaan membuat laporan polis supaya kerajaan bertanggungjawab berhubung perkara tersebut dan mendakwa polis yang terlibat ke muka pengadilan.

Pakatan sedia hadapi kemungkinan Anwar dipenjara

Posted: 03 Jan 2012 02:51 AM PST

MALAYSIA KINI

Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

"Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

"Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.

Insiden Mahasiswa Dibelasah Polis: Mengapa Harussani Membisu?

Posted: 02 Jan 2012 04:15 PM PST

MSO

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin masing-masing telah memberi reaksi ke atas insiden polis membelasah membuta tuli sekumpulan mahasiswa di pintu UPSI Tanjung Malim, Perak malam tadi.

Asri menulis surat terbuka memberi pesan dan peringatan kepada polis. Menjelaskan tugas dan apakah sikap yang perlu polis negara ini amalkan. Asri juga menyebut tugas polis sebenarnya dan pasukan itu adalah satu pasukan terpuji. Justeru gulungnya harapan atau impian itu perlulah dipertahankan dengan bersikap lunak dalam tugas dan tanggungjawabnya.

Katanya menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan, mencegah kemungkaran.

Dr Juanda pula mengeaksan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan orang awam.

Katanya sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk. Juanda barang kali nampak tindakan polis (FRU) di dalam kejadian itu diluar pertimbangan anggota pasukan keselamatan.

Beliau juga mencadangkan untuk mengelak insiden sampai tumpah darah ke bumi itu sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding.

Saya puji atas kepekaan Juanda dan Asri dalam memberi reaksi. Seharusnya orang berilmu bangun segera memberi nasihat dan pedoman kepada mereka yang jahil mengenai hak dan kepentingan awam dalam konteks Islam. Para ulmak yang dilihat manusia soleh seharusnya bercakap dalam hal seperti itu dan bukan saja bercakap fasal anak bulan dan nilai zakat setiap tahun.

Tetapi saya merasa anih sedikit di mana Mufti Perak Harussani Zakaria. Biasanya beliau akan ikut memberi ulasan, pandangan dan nasihat bila terjadi sesuatu. Bila timbul isu Umno hendak berbaik dengan Pas beliau akan cepat-cepat iktidal memberi pandangan. Begitu juga bila Pas enggan bersama Umno beliau cepat-cepat memberi salam dan terus mengkritik Pas.

Katanya dia sanggup bekereta tengah malam dalam hujan pergi berjumpa Nik Aziz untuk mengajak Pas bersama Umno?

Tindakan Harusani selama ini seolah dia seorang ulamak yang celik dan peka. Dalam perihal Melayu beliau akan ke depan dan menyokong mana-mana NGO yang obses kepada Melayu. Harussani tidak peduli atau meneliti latar belakang NGO itu asal Melayu beliau akan puji. Akan keluarlah wajahnya di tv memberi pandangan dan sokongan.

Tetapi berlainan dalam kes mahasisiwa di belasah kali ini. Harussani diam membisu seolah merasakan kejadian itu tidak termasuk dalam kitab tegurannya. Apakah beliau masih belum selesai mendirikan solat tahjud atau solat Subuh. Atau beliau tidak ada dalam negeri. Kejadian di Perak di mana negeri yang dibawah takluki ilmu Harussani.

Saya tidak kira Harussani tidak mengetahui akan kejadian itu. Beliau mungkin sedang mendapat maklumat dari polis. Sebagai mufti beliau kena berhati-hati dan kena siasat dulu sebelum membuat teguran. Itu sifat ulamak. Sekiranya tindakan mahasiswa itu menentang pemerintah beliau terus akan diam.

Kita tunggu apa kata Harussani terhadap kejadian itu. Kita tunggu apakah fatwa beliau mengenai kejadian itu. Kita boleh kenal apakah dia Mufti untuk semua atau Mufti untuk satu puak sahaja. Adalah malang kalau tiba-tiba beliau mengeluarkan fatwa tindakan mahasiswa itu sebagai boleh disifatkan penderhaka kepada pemerintah

Politik Malaysia 2012

Posted: 02 Jan 2012 04:11 PM PST

Oleh Liew Chin Tong

Adakah kita akan menyaksikan peurbahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang?

PRU ke-12 pada 2008 telah menghasilkan keputusan yang mengejutkan untuk Barisan Nasional. BN memperolehi 49 peratus undi popular di Semenanjung manakala pembangkang mendapat 51 peratus.

Secara keseluruhannya, apabila dicampur dengan undi di Sabah dan Sarawak, jumlahnya bertukar kepada BN mendapat 51 peratus manakala pembangkang 49 peratus.

Dari segi kedudukan kerusi, pada 8 Mac 2008, BN memperolehi 85 kerusi di Semenanjung manakala pembangkang 80 kerusi.

Pembangkang hanya mendapat satu kerusi (Bandar Kuching) daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan satu (Kota Kinabalu) daripada 25 kerusi di Sabah. Di Semenanjung, pembangkang menang satu (Bakri) daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dan dua (Kuantan dan Indera Mahkota) daripada 13 kerusi Parlimen di Pahang.

Empat negeri "simpanan undi tetap" BN ini mempunyai sejumlah 95 kerusi Parlimen. Perubahan akan hanya berlaku jika Pakatan Rakyat menang satu pertiga daripada kesemua jumlah kerusi di Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

Selain isu-isu ekonomi seperti inflasi dan kemerosotan nilai pendapatan keluarga, PRU ke-13 akan datang juga akan berkait rapat dengan faktor-faktor berikut:

  1. Undi Melayu yang sensitif kepada isu-isu korupsi, salah guna kuasa dan taktik membuli lawan politik (seperti kes Anwar Ibrahim, Adam Adli dan lain-lain).
  2. Sekurang-kurangnya dua "bank undi" tradisi UMNO – Felda dan perkhidmatan awam – sedang dalam krisis kerana pilihan dasar-dasar yang mencurigakan (seperti penyenaraian Felda FGV dan sistem saraan baru perkhidmatan awam).
  3. Sokongan kaum India kepada BN tidak sekukuh yang disangkakan sebelum ini. Ada perbezaan di kalangan kaum India seperti kedudukan geografi Utara-Selatan (Pakatan Rakyat tidak begitu kuat di selatan Semenanjung), bandar-estet (akses untuk maklumat alternatif agak terhad untuk penduduk estet), kelas menengah-golongan miskin (golongan miskin lebih menyokong BN, walau apa pun sebabnya).
  4. Sokongan kaum Cina kepada BN yang terhakis pada 2008 semakin merosot, khususnya kerana tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia.
  5. Dalam keghairahan Perkasa dan Utusan untuk membangkitkan semangat ketuanan Melayu, ia telah menimbulkan kemarahan "pengundi simpanan tetap" BN di Sabah dan Sarawak – kaum Bumiputra bukan Islam yang merasakan diri terpinggir.
  6. UMNO Sabah sebagai penentu perubahan politik. UMNO hanya menang 79 daripada 112 kerusi Parlimen yang ditandinginya dalam PRU 2008. Daripada jumlah itu, 13 kerusi hasil kemenangan UMNO Sabah dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi, UMNO hanya menang 65 kerusi Parlimen di Semenanjung.
  7. Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud sebagai penentu perubahan politik. Najib Razak dikatakan tidak suka kepada Taib. Jika Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa sebelum PRU akan datang, Taib yang menang 14 kerusi Parlimen melalui partinya Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dalam PRU lalu dijangka terus mengekalkan kemenangan. Jadi Taib dapat menentukan imbangan politik selepas PRU ke-13.

Biarlah dijelaskan di sini bahawa BN dengan segala kuasa yang ada mempunyai kelebihan sebagai penyandang. Lagi pun, pilihan raya di Malaysia tidak pernah diadakan secara bersih dan adil.

Hampir semua pihak dalam BN percaya bahawa pentadbiran Najib yang kaya dengan singkatan nama pelbagai program dan projek telah berjaya memulihkan diri daripada malang tahun 2008. Sesetengah pihak dalam BN yakin kerana kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu. Ada pula menganggap Najib sebagai Perdana Menteri yang hebat kerana tidak pernah tertidur sewaktu mesyuarat.

Namun, usia pemerintahan yang lama menjadi faktor negatif kepada BN. Selain negara-negara tidak demokratik seperti regim komunis di China, Vietnam dan Korea Utara, BN (dan Perikatan yang diwarisinya) adalah kerajaan yang paling lama memerintah di dunia.

Mungkin terlampau lama sangat. – Roketkini.com

Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP

Kesan Perbelanjaan Melampau PRU 13, Najib Laksana GST

Posted: 02 Jan 2012 04:02 PM PST

Oleh Naeem Raffi

KLANG : Dalam memastikan negara terus ditadbir oleh kepimpinan tradisi Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak terpaksa mengambil langkang melaburkan satu dana yang besar pada kempen Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata atas tekanan ini, Najib secara semulajadi akan melepaskan beban tanggungan kerajaan itu kembali kepada rakyat dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Sekirannya Umno-Bn menang sekali lagi pada PRU akan datang, kerajaan akan menguatkuasakan GST, kepada warga kampung GST dalam bahasa mudah ialah cukai tambahan, sedia maklum hari ini semua benda bercukai, dan kita bakal dikenakan lagi dengan cukai tambahan," beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Umum di Dewan Batu 7, Sijangkang semalam.

Langkah melaksanakan GST ini dilihat oleh kerajaan sebagai menjana satu bentuk pendapatan baru kepada negara selain membantu kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan daya saing perniagaan.

Matlamat GST antara lain adalah sebagai usaha mengurangkan defisit negara.

Dengan mengambil contoh pelaksanaan GST seperti yang diamalkan oleh negara jiran, Singapura, Malaysia boleh memperolehi RM13 billion setahun dengan hanya mengenakan 5 % cukai keatas rakyat.

Namun, pelaksanaan ini secara tidak langsung akan memberi tekanan hebat kepada golongan pertengahan, dan yang berpendapatan rendah meneruskan kehidupan dalam sebuah negara yang serba serbinya adalah cukai.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kehadiran pembangkang menerusi medan perbahasan di Parlimen membuatkan kerajaan berfikir panjang untuk melaksanakan cukai tambahan itu.

Salahuddin menambah, kini terpulang kepada rakyat untuk menentukan untung nasib mereka melalui pilihanraya dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara selepas PRU-13.

"Rakyat Malaysia tidak pernah rugi memilih jumlah ahli parlimen yang banyak dari kalangan pembangkang,"

"Barulah pemimpin BN sedar langit tinggi atau rendah (kuasa rakyat), belum sempat kita memerintah, hari ini kita telah mengajar mereka dengan menafikan majoriti 2/3 di parlimen,"katanya dihadapan seribu hadirin.

Papisma mohon polis bersikap profesional

Posted: 02 Jan 2012 04:00 PM PST

Dr Awisul Islah Ghazali, Presiden Papisma

Sekali lagi negara dikejutkan dengan tindakan kekasaran yang tidak seharusnya dilakukan oleh pihak polis ke atas seorang pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apatah lagi ianya berlaku di permulaan tahun baru masehi ketika seluruh rakyat Malaysia menanam azam dan cita-cita ke arah kebaikan dan kejayaan untuk diri dan keluarga.

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) merakamkan rasa dukacita, kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang Talib yang dilaporkan patah tulang rusuk akibat tindakan pihak polis, manakakala beberapa orang lagi cedera hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang disertai tidak sampai 100 orang di hadapan UPSI yang tidak langsung berunsurkan jenayah atau menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang awam.

Saat di mana beribu-ribu rakyat seluruh negara dibiarkan bermaksiat sepanjang malam menyambut pesta hedonism tahun baru, mengotori setiap ceruk negara bukan sahaja dengan sampah sarap bahkan akhlak hina, pihak bkuasa rela utk menafikan hak sekumpulan lagi rakyat Malaysia yg ingin berhimpun aman, tanpa apa sekelumit nilaian maksiat di bumi UPSI.

Adakah ini definisi kebebasan bersuara di negara kita? Hak maksiat diraikan, hak bersuara dibisukan?

Apa yang dilakukan oleh pihak polis ini telah melanggar kebebasan hak asasi sebagai rakyat malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Perkara 10 Fasal (1) a dan b.

Pada pandangan kami ianya memalukan badan profesional dan penjawat awam di negara kita Malaysia.

Ia memberi gambaran seolah-olah para penjawat awam ini tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan adakalanya boleh bertindak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Tambahan lagi orang yang dikasari adalah rakyat Malaysia sendiri yang sedang menuntut ilmu di menara gading pula, iaitu kelompok yang lebih banyak menggunakan minda daripada menggunakan kekuatan tulang empat kerat.

Sebagai NGO Profesional, kami menyeru pihak polis agar lebih bersikap profesional dengan mengaku bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan segera memohon maaf kepada pihak mangsa, ibu bapa mangsa dan seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia apatah lagi setelah Perdana Menteri melaungkan transformasi ke arah kebebasan berhimpun serta slogan keramat yang didendangkan setiap hari, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Raja Petra: Umno BN terdesak melampau

Posted: 02 Jan 2012 03:59 PM PST

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.

"Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai 'blogger upahan Umno' juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.

"Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya," katanya.

Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.

Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

"Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita," ujarnya.

Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.

Pengikut