Banyak bukti yang telah didapati bahawa berlaku manipulasi dalam daftar pemilih SPR. Inilah salah satu agenda jahat UMNO dan BN untuk memastikan mereka terus memuaskan nafsu mereka mencuri duit rakyat. Kami Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh jika diaadakan BERSIH siri 3.
Berikut adalah berita yang dipetik drp Blog PAS Melaka(http://pasmelaka.blogspot.com):
Adakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terlibat dalam proses pertukaran alamat seperti yang berlaku di DUN Ayer Molek? Seorang penduduk, Zawawi Abdul dari Ayer Molek mengadu kepada pihak kami bahawa tempat beliau mengundi telah ditukar tanpa pengetahuan beliau sendiri.
Kejadian ini berlaku setelah beliau meminta anaknya menyemak status tempat mengundi dan mendapati tempat beliau mengundi sebelum ini telah ditukar ke kawasan lain. Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Ayer Keroh dan pihak SPR memberitahu bahawa beliau telah menukarkan alamatnya.
Beliau terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menukarkan alamat dan borang itu juga bukan beliau yang mengisinya dan tandatangan itu juga palsu. Adakah pihak yang terlibat mendedahkan butiran peribadi ini ada kaiatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara?
Bagaimana maklumat seperti ini dimanipulasi oleh pihak SPR sedangkan beliau tidak pernah berbuat untuk pertukaran alamat? Adakah pihak KEMAS dengan kerjasama JPN dan SPR telah bersatu untuk memindahkan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat ke kawasan lain?
Apakah fungsi SPR sebenarnya? Menjadi alamat kepada UMNO atau bebas sebagai sebuah badan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik?
"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya." (A-li'Imraan :54)
KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.
"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)
Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.
Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.
"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengulangi desakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sidang parlimen ini.
Menurut Sekretariat GMI, Nalini, rakyat sudah mula bertanya bila ISA akan dimansuhkan, ekoran Perdana Menteri sudah berjanji akan memansuhkan akta itu pada Mac ini.
"Hari ini, sudah akhir Mac, tetapi tidak nampak riak-riak Perdana Menteri mahu mansuhkan ISA, rakyat sudah bertanya, dan mereka tidak boleh tunggu lama-lama sangat," katanya semasa dihubungi.
Tegasnya, GMI akan mengadakan protes di hadapan Parlimen pada 9 April ini jam 11 pagi, jika sekiranya Najib dan kerajaan gagal untuk memansuhkan ISA seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.
Sebelum ini, Najib berjanji akan meminda atau memansuhkan beberapa akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat, akta membabitkan perintah sekatan atau buang daerah, Akta Percetakan dan Penerbitan.
Najib telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan akta itu akan dimansuhkan, pada Hari Malaysia, 16 September lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz pula pemansuhan ISA memerlukan tempoh lebih lama, kerana perlu ada pengganti kepada akta itu.
"Apa yang perlu ditegaskan ialah kenyataan Perdana Menteri ialah pernyataan dasar yang akan ditunaikan kerajaan BN...ISA tetap akan dimansuhkan cuma kita kena kaji dengan teliti akta yang boleh menggantikannya," kata Nazri.
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kartunis Zunar (gambar) akan mengetuai sekumpulan pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac ini.
Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar yang nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaque.
Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.
Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari Kuantan
"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang," katanya.
Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak.
Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.
Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan BADAR ini adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai.
Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut.
Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.
SHAH ALAM, 29 MAC: Pengumuman Datuk Seri Noh Omar tentang pembukaan tender untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) merupakan satu tindakan 'flip-flop'.
Menurut Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu kenyataan terbaru Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu jelas bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini bahawa projek berkenaan berjalan lancar.
Pembukaan tender tersebut itu juga bertentangan dengan kenyataan Noh sebelum ini yang NFC hampir memenuhi sasaran pengeluaran yang ditetapkan kementerian terbabit.
"Kerajaan mesti dapatkan semula duit pinjaman RM250 juta atau kalau susah, mereka mesti mengambil tindakan menerusi undang-undang.
"Tak boleh biarkan macam itu sahaja, tetapi dia nak pulangkan balik duit tu macam mana, syarikat itu dah jadi macam tu," Mohamad berkata apabila dihubungi.
Pembukaan tender itu kata Noh, adalah untuk memastikan projek tersebut mencapai sasaran pembekalan daging lembu tempatan.
Sebelum ini sasaran yang ditetapkan untuk NFC adalah sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun untuk memenuhi pasaran tempatan.
Tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara, NFC hanya mencapai 8,016 ekor lembu antara tahun 2008 dan 2010, angka yang amat jauh dari sasaran.
NFC, yang diberi pinjaman terus RM250 juta dibelengu berbagai kontroversi termasuk menggunakan dana pinjamannya untuk membeli kondominium mewah, tanah dan membiayai perjalanan ke luar negara.
Isu yang juga menimbulkan persoalan adalah bagaimana projek mega tersebut diberi terus kepada suami menteri yang tidak berpengalaman di dalam industri ternakan lembu.
Mohd Sabu turut menyamakan keputusan Noh dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering berubah-ubah dalam membuat beberapa keputusan penting kerajaan.
"Tu kira flip-flop lah sebab mula-mula dulu dia ingat tak terbongkar, nak lindungi, tetapi tidak berupaya kerana maklumat dari pembangkang sangat lengkap.
"Samalah juga dengan PM yang dah banyak kali flip-flop dalam banyak isu, kejap-kejap tukar keputusan" ujar beliau.
Perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan diadakan di ibunegara pertengahan bulan depan.
Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata 'Himpunan Mansuh PTPTN' disokong oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau yang juga pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mereka malam tadi.
Katanya, maklumat terperinci mengenai tarikh, masa, lokasi dan jumlah peserta yang dijangka hadir dalam perhimpunan itu akan diumumkan dalam satu sidang akhbar esok.
Sidang media itu juga akan dihadiri Gerakan 'Malaysia Bangkit' - yang memperjuangkan pendidikan percuma - yang turut dianggotai pemimpin LMP Adam Adli.
"Memansuhkan PTPTN dianggap realistik untuk dilaksanakan walapun kerajaan tegas untuk menetapkannya tanpa perubahan langsung," tegas Muhamad Safwan.
"Tuntutan mengurangkan faedah tidak dilayan, walaupun dikurangkan satu peratus, (tetapi) ia belum menyeluruh dan tetap membebankan," tambahnya.
Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan mahasiswa yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut pinjaman itu dihapuskan.
Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa adalah "tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan".
Sementara Pemuda PAS Pusat menempelak kenyataan Khaled dengan mempersoalkan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama, berbanding hanya memikirkan bebanan yang ditanggung kerajaan.
Tiada peruntukan atau duluan (precedent) di Dewan Rakyat bagi mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual, kata PKR.
Naib Presiden N Surendran berkata, dengan evolusi proses seperti usul tidak percaya dan siasatan jawatankuasa terpilih parlimen, mekanisne impeachment kini sudah lapuk dan di England sendiri kali terakhir berlaku 200 tahun lalu.
"Rasional penggunaan impeachment untuk memastikan menteri dan pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara bersikap telus.
"Mencadangkannya ia digunakan terhadap ketua pembangkang menunjukkan salah faham terhadap proses impeachment itu.
Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment terhadap Anwar. Peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kiri) berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.
Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.
Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.
Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.
Kerajaan persekutuan digesa mendapatkan balik pinjaman mudah kepada National Feedlot Corporation (NFC) memandangkan ia sedang mencari pelaksana baru bagi projek fidlot negara.
Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, maka ia akan membawa mesej bahawa ia membiarkan kronisme dan naungan.
NFC diuruskan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berdepan dengan bahang ekoran skandal berkaitan dengan syarikat berkenaan.
Dokumen telah muncul yang menunjukkan bahawa NFC telah menggunakan pinjaman mudah itu untuk membiayai pelaburan dalam hartanah serta bidang-bidang lain yang tidak berkaitan dengan ternakan lembu.
Bos NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Shahrizat telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965 berhubung operasi NFC.
Pua berhujah sekiranya pinjaman mudah itu tidak diperolehi kembali, maka semua tindakan terhadap Salleh dan tindakan Shahrizat melepaskan jawatan kabinet, tidak memberi sebarang makna.
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menghantar memo dalaman meminta laporan mengenai "status pendaftaran pengundi di kalangan guru", dakwa Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Teo menunjukkan memo yang ditandatangani ketua bahagian pengurusan akademik jabatan tersebut, Hasnul Hadi Abdullah Sani dan dialamatkan kepada semua timbalan pegawai pendidikan daerah.
Borang yang memerlukan pegawai berkenaan menyenaraikan bilangan guru di setiap sekolah dan jumlah yang berdaftar sebagai pengundi serta kawasan pilihan raya parlimen dan negeri mereka, turut dikembarkan bersama memo yang bertarikh 22 Mac itu.
"Menurut seorang guru, ini adalah kali pertama kajiselidik seumpama itu dijalankan," kata Teo.
Selepas selesai menjalankan kajiselidik tersebut, katanya lagi, pegawai yang bertanggungjawab dikehendaki menghantar borang berkenaan kepada "Unit Vokasional dan Teknikal Jabatan Pelajaran".
"Ini membuat sesetengah guru rasa diganggu. Kami memandang berat yang kerajaan sedang cuba menyampaikan mesej kepada guru bahawa mereka sedang diperhatikan," tambah Teo.
Former prime minister Mahathir Mohamad has admitted that it would be difficult to predict the results of the 13th general election due to the “confusing” signals received from the ground.
“What is certain, it won’t be easy for BN to get two-thirds majority this time. The opposition now is not like that of the past, and the current situation is rather confusing,” Bernama reported Mahathir as saying.
Such an acknowledgement must have been hard for Mahathir to make, given that the Pakatan Rakyat opposition coalition is led by Anwar Ibrahim, whom he has tried hard to chop down to size and even oust from the political arena completely.
In 1998, fearing Anwar’s popularity and growing clout with the Malays, Mahathir threw trumped-up sodomy and corruption charges at his his former deputy and succeeded in jailing Anwar for 6 years. It was only after Mahathir retired that the Federal Court could summon enough courage to overthrow the charges and acquit Awar.
Now 64, Anwar is poised to lead the Pakatan into its second general election as a coalition. Although denied formal registration by the Registrar of Societies, the Pakatan parties of PKR, PAS and DAP have signed a Common Policy Framework and agreed on a joint manifesto – the Buku Jingga – for GE-13.Meanwhile, GE-13 is expected to be held before the end of this year.
Gaining strength
Since the 12th general election in 2008, the Pakatan has been gaining from strength to strength, with two of the four states it governs – Selangor and Penang – praised by the Auditor General as the best managed. Both Penang and Selangor have also drawn most FDI, trouncing the BN-ruled states.
A resurgent Anwar and Pakatan are now rated as having an even chance on improving on their 2008 electoral performance, with many pundits predicting they might even wrest the federal government from Prime Minister Najib Razak.
Mahathir apparently shares this view, saying that the various assumptions made about the support for BN were fluid, with some people saying it was increasing and others saying otherwise. Mahathir did not point the finger at anyone, but a day ago, he called on Najib to allow ‘outsiders’ to contest for seats under the Umno ticket.
Mahathir lamented the shortage of ‘smart’ Malays in Umno, a situation that perhaps he is most to blame for due to his refusal to soften his hardline stance during his 22-year rule from 1981 to 2003. Indeed, during his tenure, Malaysia experience huge ‘brain drain” including from the Malay community, but Mahathir had always dismissed the issue as minor and with a ‘let them leave if they wish’.
“None of Mahathir policies contributed to building a succession line in Umno, so what is there to say now. And the damage was not only to Umno but extended to the overall economy, where Malaysia lost talent beyond what it could afford. The effects on the economy are being played out now and if not reversed soon by fresh policies and reforms, we can expect further all-encompassing deterioration,” Ramon Navaratnam, the chairman of the Centre for Public Policy Studies, told Malaysia Chronicle.
Najib failed to deliver
In recent weeks, former Finance minister Daim Zainuddin had predicted BN would easily win in only three states – Johor, Melaka and Pahang. A large portion of the blame has been directed at Najib for failing to lead Umno-BN out of its quagmire.
Umno appointed Najib as their president in 2009 after forcing his predecessor Abdullah Badawi into early retirement for losing 5 states out of 13 to the Pakatan as well as the BN’s long-held two-thirds majority in Parliament.
Mahathir and other Umno leaders had hoped that Najib would reverse the slide and regain the crucial two-thirds majority, which would allow them to amend key laws to stay in power for perhaps a few more decades. But Najib’s clumsy political maneuvers were soon rejected by the people, who now see him as a fraud.
In his comments, it was telling for Daim to point out that if Najib failed to improve on Badawi’s results, he would have to step down in favor of either his deputy Muhyiddin Yassin or a ‘new challenger’. So far, no dark horse has emerged but bets are on that it could be Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, who has lambasted Najib for his uneven-handed policies and lack of leadership.
During Najib’s tenure which began in April 2009, Malaysia suffered its worst bouts of racial and religious intolerance. Extremist groups such as Perkasa and Jati were fostered and allowed to flourish. At the same time, Najib preached policies of moderation to the West. But it looks like even they have found him out, with the influential Washington Post slamming him as a “champion of double-talk”.
Nonetheless, even with his mandate to rule expiring in March 2013, Najib has continued with the same strategies of gutter politicking against Anwar, using racism and religious bigotry to scare the Malays into voting for Umno so that it can ‘protect’ them from the non-Malays.
Meawhile, the economy remains neglected and soft due to Najib’s frequent overseas trips which have been criticized for burning a hole in taxpayers’ pockets.
Corruption remains at a record high, with Malaysia slipping 4 spots to 60 in the 2011 Transparency International Corruption Perception Index. Malaysia scored 4.3 compared to New Zealand, the least corrupt at 9.5, and Somalia and North Korea who each scored 1.0, making them the two most corrupt nations in the survey. In ASEAN, Singapore scored 9.3 and Brunei 6.3.
Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.
"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.
Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.
Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.
Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.
"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.
"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.
"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen.
True leaders must have the courage to act in the best interests of the people to ensure the cost of living remains reasonable, Datuk Seri Anwar Ibrahim said yesterday.
Focusing on the economy and rising cost of living, the opposition leader stressed that a prime minister should do what is best for the public, not pander to "cronies" who benefited from lopsided deals with the government at the expense of the people.
Anwar gets up close and personal at last night's ceramah in Bangi. — Picture by Yow Hong Chieh He charged that Datuk Seri Najib Razak let vested interests gouge the people through deals such as power production agreements with independent producers and the MAS-AirAsia share swap as the latter was "afraid" to fight for what was right.
"Do you think I'm like Najib? I went to jail but when they opened the door, I fought. I went to jail and got thrashed but after I fixed my back, I fought. Lawan tetap lawan!" he said to cheers from over 700 supporters at Stadium MPKJ here.
Walking among the crowd with a wireless microphone in hand, the PKR de facto chief also challenged Najib yet again to debate him on policy matters, taunting the Umno president: "Face me if you are a real fighter."
"A leader must be brave to defend his leadership, not focus on red carpets… Those are just the trappings of power," he said.
"You are a leader, and so you must be responsible for your policies and answer my questions… This country is rich but the income gap between the wealthy and poor continues to widen."
Najib has so far declined to debate with the opposition leader.
Anwar said Najib has consistently failed to consider the "suffering" of low-income earners, citing the latter's volte face on the new government servant pay scheme as an example of his inability to understand the people.
The former deputy prime minister also questioned why Najib had resorted to consultants in coming up with the new pay scheme instead of asking the civil service what it wanted.
"The prime minister doesn't understand the suffering of the junior officers who serve the government.
"I know suffering, what it means to be insulted and beaten every day. I know," he said, alluding to his six-year stint in prison following his arrest and conviction for sodomy, which was later overturned by the courts.
Anwar concluded the night with a ditty characterising the Barisan Nasional (BN) coalition as "poison" and urging those in the audience to vote for Pakatan Rakyat (PR):
"Madu di tangan kanan mu: Pakatan. Racun di tangan kiri mu: BN. I dah tahu mana satu pilihan ku. (Honey in your right hand: Pakatan. Poison in your left hand: BN. I know what my choice is.)"
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar akan mengadakan satu sidang media berkaitan MASALAH DI ANTARA PENDUDUK DAN PEMAJU PEMBANGUNAN FLAT KG KERINCHI.
Dijemput wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan sidang media tersebut seperti dibawah:
Tarikh: JUMAAT, 30 Mac 2012
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dataran Kerinchi, Blok F, Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pengarah Biro Aduan & Kemasyarakatan, Izhar Yusof dan Setiausaha Parlimen, Ridzuan Othman.
Saya merujuk kepada kenyataan oleh peguam Umno Shafee Abdullah dan Senator BN S Nallakaruppan pada 28 Mac bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dicabar oleh Parlimen kerana ‘salah laku’.
Mereka bergantung dan merungut tentang tuduhan lama yang sama salah laku seksual yang direka oleh kerajaan BN terhadap Anwar Ibrahim, dengan kerjasama polis dan Peguam Negara.
Rakyat tidak pernah percaya pembohongan yang memalukan ini, dan telah memberikan sokongan, kepercayaan dan simpati mereka terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai beliau.
Kejahilan terlampau biasa bagi Umno dan BN
Kenyataan Shafee dan Nalla juga menunjukkan kejahilan terlampau mengenai prosedur pemecatan dan parlimen di Malaysia dan Komanwel. Tiada peruntukan atau pendahuluan bagi pemecatan di Dewan Rakyat.
Di England, prosedur pemecatan kali terakhir digunakan lebih 200 tahun lalu dalam kes Lord Melville
dan kini ia lapuk. Rasional penyelesaian pemecatan tersebut adalah untuk memegang Menteri dan Eksekutif yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.
Untuk mencadangkan bahawa ia akan digunakan terhadap Ketua Pembangkang menunjukkan salah faham yang besar tentang proses pemecatan. Dengan evolusi usul tidak percaya, jawatankuasa pilihan dan diteliti dengan mendalam oleh parlimen dan disoal siasat,mekanisme pemecatan lama telah ketinggalan zaman.
Jatuh kembali ke dalam politik kotor
Contoh Shafee ialah pemecatan Bill Clinton yang menunjukkan dia tidak memahami mekanisme pemecatan di Amerika, di mana pemecatan digunakan sebagai satu kaedah untuk mengeluarkan ahli-ahli kerajaan Persekutuan seperti Presiden.
Ia adalah tidak munasabah dan pelik bagi Shafee dan Nalla untuk mengancam Ketua Pembangkang dengan proses pemecatan yang purba dan telah digantikan .
Sekali lagi, kita dapat melihat ketidakupayaan lengkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN untuk melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan rasional bersama pembangkang.
Sebaliknya, Najib dan Umno terus bergantung kepada serangan peribadi yang cetek dan tidak berasas oleh orang-orang seperti Nallakaruppan dan sekutu beliau, yang jelas dilaporkan dalam media elektronik dan cetak yang dimiliki Umno.
KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.
Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.
Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.
Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.
Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.
KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.
Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.
Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.
KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.
KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.
On 15-3-2012 yours truly has highlighted the uplifting of AirAsia X Sdn Bhd (AA X)‘s passengers where MAS ticket showed that NO FARE was charged. On 17-3-2012 yours truly has also lodged a police report over this matter. Out of a sudden MAS management saw it fit to send out an e-mail on 28-3-2012 at [...]
Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.
DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk
Di atas adalah video yang menunjukkan penyokong pakatan rakyat yang didakwa telah memukul seorang remaja lelaki di Stadium Kuala Selangor. Pakatan rakyat dan mereka yang hadir begitu cepat menunding jari kepada UMNO/BN kononnya menghantar samseng upahan.
TANJUNG KARANG 26 Mac - Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias terhadap penduduk yang kurang bernasib memberi harapan baru kepada sebuah keluarga di Kampung Kunci Air Buang di sini, untuk memiliki sebuah rumah yang lebih sempurna.
Seorang tukang kebun, Alias Azmi, 37, tidak menyangka rumah pusaka yang usang tempat dia sekeluarga berteduh akhirnya diperbaiki hasil gotong-royong penduduk kampung yang digerakkan oleh Mohd. Shamsuddin.
Menurut Mohd. Shamsuddin, beliau bersama skuad yang ditubuhkannya melibatkan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan anggota sayap parti Barisan Nasional (BN) berjaya mengenal pasti kesusahan keluarga itu ketika melawat kampung tersebut minggu lalu.
Hari ini, beliau bersama kira-kira 40 orang penduduk kampung bertungkus-lumus memperbaiki rumah Alias agar lebih selesa untuk didiami bersama keluarganya.
"Rumah ini terlalu usang dan orang ramai pasti terkejut apabila mengetahui keluarga Alias selama ini hidup berlantaikan tanah manakala keadaan dinding dan bumbung rumah juga hampir roboh.
"Insya-Allah dalam tempoh seminggu, kita akan simen lantai bahagian ruang tamu dan dapur rumah keluarga ini melalui gotong-royong serta khidmat tukang rumah yang kita lantik," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada program gotong-royong itu, Mohd. Shamsuddin turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM500 dan barangan keperluan harian.
Mohd. Shamsuddin berkata, program membaiki rumah usang tersebut merupakan antara aktiviti mendekati rakyat yang digerakkan beliau sejak mewakili DUN tersebut pada 2004.
"Kes keluarga Alias agak istimewa kerana kerana kami memperuntukkan sebanyak RM10,000 bagi memperbaiki rumah mereka berbanding peruntukan biasa iaitu maksimum RM5,000.
"Ini kerana saya lihat rumah keluarga ini terlalu usang dan memerlukan banyak kerja baik pulih," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Shamsuddin berkata, melalui program mendekati rakyat, pihaknya telah berjaya membaik pulih lebih 300 buah rumah usang di kawasan DUN tersebut sejak 2004.
Selain itu katanya, setiap hujung minggu, beliau bersama anggota skuad khas mengadakan lawatan ke rumah- rumah penduduk dan menziarahi mereka yang sakit bagi memastikan golongan tersebut mendapat bantuan sewajarnya.
"Biasanya kalau kita dapat mengenal pasti penduduk yang patut diberikan bantuan, saya akan buat laporan bagi membolehkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat turun padang seberapa segera," katanya.
Kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Myvi dari arah yang sama membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa bersama rakannya gagal mengelak dan merempuh kereta terbabit.
Mangsa yang cedera telah dibantu dan dibawa ke hospital Tanjung Karang oleh ramai yang berada di lokasi kejadian. Manakala pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kemalangan berlaku berhadapan persimpangan masuk Setesen Bas Jalan Sungai Kajang, Tanjung Karang pada pukul 9:00 malam tadi.
IPOH, March 30 (Bernama) -- Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, a son of the Sultan of Perak, passed away early today following an asthma attack at his residence in Kuala Lumpur. The sultan's private secretary, Col Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, when contacted by Bernama, said Raja Ashman died at 1.30 am at his residence in Bukit Damansara. He said the remains of Raja Ashman were brought to the Ubudiah Mosque in Bukit Chandan, Kuala Kangsar, for prayers before the burial at the royal mausoleum adjacent to the mosque after the 'Asar' prayers. Raja Ashman, who was known to be a people-friendly person, leaves a wife, Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, a son Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah and two daughters, Raja Eminah Alliyah and Raja Bainunisa Safia. He was the third of five children of the Sultan of Perak, the others being the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Datuk Seri Raja Azureen; Datuk Seri Raja Eleena and Datuk Seri Yong Sofia. Raja Ashman was appointed the Raja Kechil Sulong of Perak on March 16, 2010.
KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim had refused to accept a subpoena when it was served on him yesterday evening at the Parliament building, the High Court was told Thursday. Counsel D. Paramalingam said he would try again to serve the subpoena on the Opposition Leader and if that too, failed, he would ask for a court order to compel Anwar to attend court. Anwar was subpoenaed to testify as the defendant's witness in the ongoing trial of the civil action over a RM445-million syndicated loan facility in 1997 when he was finance minister. Hong Leong Bank Berhad chairman Tan Sri Quek Leng Chan was also subpoenaed to be the defendant's witness. The defendant is businessman Low Thiam Hoe. High Court Judicial Commissioner Hadhariah Syed Ismail fixed April 6 to hear Quek's application to set aside the subpoena. In 1998, Hong Leong Finance Berhad (HLFB) filed the suit against Low for failure to repay a RM28 million loan to the bank. The following year, Low filed a counter-claim against HLFB, HLG Capital Markets Sdn Bhd and Seow Lun Hoo, who was Hong Leong Credit Berhad's former chief executive officer, seeking general damages for wrongful and negligent advice. At today's proceedings, Low testified that sometime in March 1997, two individuals, namely Hamzah Harun and Mohd Faiz Abdullah, from a company, Arus Murni Sdn Bhd, told him they were principals acting on behalf of Anwar and Quek. He said Hamzah and Mohd Faiz told him about a deal to acquire a financial institution, Kewangan Bersatu Berhad (KBB). "In other words, the other individuals and I would be nominees for these principals in this deal. Based on this representation, I agreed to be a nominee for the syndicated loan transaction," he said. Asked by his counsel, Paramalingam, who Mohd Faiz Abdullah was, Low said he was Anwar's speech writer. Asked again by Paramalingam who the other individuals and companies that would be nominees, Low said they were Arus Murni Sdn Bhd, Hood Osman, Nik Hussain Nik Mohamed and Mekuritek Sdn Bhd, adding that from what he knew, they were "Anwar's cronies". He said he did not apply for the loan as the entire issue was arranged by Hong Leong's representative, namely Seow Lun Hoo. Low also told the court that he was informed by Seow that Quek had directed the loan be approved. He said the syndicated loans were also given to the other nominees, as well, to reach the plaintiff's (HLFB) target of RM445 million for the acquisition of KBB. Cross-examined by counsel Andrew Chiew, representing HLFB, Low denied he had made allegations against Anwar and Quek over the deal to acquire KBB. Questioned further, he said he did not check the facts over the deal by Hamzah and Mohd Faiz, with Anwar and Quek, as he believed whatever the duo had informed him. The hearing continues on April 12.
tunku : why he refused to accept the subpoena? it's obvious only a guilty person or someone hiding something will do so. i wonder what else this moron has hidden things inside the pandora box.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Inna Illahi Wa Inna Illahi Roji'un Dimaklumkan Raja Kecil Sulong Perak , Yang Amat Mulia Raja Ashman Ibni Sultan Azlan telah sampai takdirnya dan meninggalkan dunia pada jam 1.30 pagi tadi di Kuala Lumpur. Menurut sumber Allahyarham meninggal dunia setelah selesai dzikir pada malam hari.
Jenazah Allahyarham akan dikejarkan untuk solat jenazah di Masjid Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Adat resam pengkebumian akan mengikut adat istiadat DiRaja Perak, InsyaAllah
AL-FATIHAH dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh YAM Raja Ashman Sultan Azlan. Amin
Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - UTUSAN
Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.
Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.
Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.
Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.
Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.
Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.
Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.
Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.
Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.
Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.
Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.
Pemuda Umno Pulau Pinang meningkatkan asakannya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan mencabar beliau menyaman pergerakan itu yang mempersoalkan penjualan tanah Bayan Mutiara.
Ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), berkata memandang Lim telah mengugut untuk menyamannya kerana didakwa membuat "hasutan berkaitan agama" kerana mempersoalkan penjualan tanah tersebut, maka tegasnya, lebih baiklah ketua menteri itu mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan- dakwaan yang lain juga.
Ini termasuk dakwaan mengenai kemungkin berlaku "pecah amanah dan rasuah" dalam penjualan 41.6 hektar tanah di selatan Jambatan Pulau Pinang, kata pemimpin Umno.
Menurutnya lagi, Lim juga patut menyamannya berhubung dakwaannya bahawa penjualan tanah itu oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada Ivory Kumpulan Properties Group Berhad, tidak dibuat melalui tender terbuka.
Lim dan Ivory Properties bertegas bahawa penjualan bernilai RM1 bilion itu dijalankan secara terbuka, dan dilakukan melalui tender terbuka, dengan mengurangkan tempoh pinjaman dari lapan kepada lima tahun.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Shaik Hussein berkata beliau boleh menjelaskan kepada rakyat bahawa penjualan Bayan Mutiara adalah 100 peratus tidak melalui tender terbuka.
Shaik Hussein berkata, dalam isu tanah Bayan Mutiara itu, beliau mendakwa tanah itu telah dijual pada harga yang tidak realistik.
Malah, dakwanya, membenarkan pemaju membayar balik kepada kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun itu juga tidak masuk akal.
Shaik Hussein berkata Lim (kanan) telah mengkhianati umat Islam dan bukan Islam, sambil menambah bahawa ketua menteri itu gemar mengalihkan isu dengan mendakwa ia masalah perkauman, sedangkan ia tidak begitu.
Dalam skandal Bayan Mutiara tanah ini, tegasnya lagi, beliau yakin ketua menteri Pulau Pinang itu salah.
Bagaimanapun, katanya, Lim enggan mengakui kesilapannya dan tambahnya, jika benar tanah untuk tapak masjid telah dijual, "mengakulah sahaja dan gantikan dengan tanah lain".
Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.
Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.
Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.
Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersebut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.
Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.
Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.
Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.
DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.
Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.
Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.
Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.
Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.
Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.
Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.
Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.
Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.
Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.
PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.
Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.
Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.
Ustaz Abu Bakar Baqilani, Timbalan Yang Dipertua Kawasan Sik, Kedah, dengan tajuknya tentang WASIAT RASULULLAH S.A.W. yang menceritakan bab sebuah hadis dari Abi Zar yang mengatakan mengenai wasiat Rasulullah S.A.W. kepada Abi Zar.
Ini adalah rakaman dalam kuliah maghrib di Masjid Lama Bandar Taiping. Sejak kuliah maghrib dan subuh di masjid daerah Taiping dihentikan kerana puak-puak ustaz pro Pas telah menyalah gunakan masjid, mereka mula menjadikan masjid lama sebagai markah ceramah politik mereka.
Ustaz Bakar ini sering kali berada di pentas ceramah Pas bersama kafir-kafir dan mengkritik melayu dan kerajaan.
Di Kampung Expo Kamunting Ustaz Bakar dan pengerusi penyokong Pas Cina Wee Dap telah hadir buat ceramah maulidur rasul tetapi mengutuk dan memfitnah pemerintah. Lari dari tajuk program iaitu ceramah agama maulidur rasul.
Sama perangai dengan Ustaz Bakar ini, dalam ceramah agama selit bab politik. Harap Pejabat Agama Islam dan adat istiadat melayu Perak dapat memantau keadaan ini.
Nak harap penghulu dan orang pejabat agama Taiping pun dah tak boleh pakai semuanya pro Pas.
Jom dengar ceramah Ustaz Kazim yang lebih neutral berbanding ustaz Pas
Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Tok Lobai Selipar yang bodoh
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporanHarakahdaily itu.
Apakah benar apa yang didakwa oleh isteri Hoslan kerana mendapat berita tersebut dari suaminya yang ditahan di penjara? Kalau benar, Alhamdulillah kerana ada hikmahnya Hoslan dimasukkan ke dalam penjara tetapi perlu juga kita lihat kesahihan cerita ini kerana peribadi Hoslan sendiri sudah diketahui oleh ramai orang-orang yang mengenalinya secara dekat.Kalau begitu, mari kita baca pula kenyataan dari Penjara Kajang sendiri.
KENYATAAN AKHBAR JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHUBUNG LAPORAN MEDIA HOSLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA'
Laporan oleh beberapa media online berhubung Hoslan bin Husin dikatakan telah menjadi imam di dalam penjara serta telah mengislamkan 2 orang banduan adalah dirujuk. Adalah disahkan Hoslan bin Husin mula menjalani hukuman di penjara pada 8 Mac 2012.
Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ianya bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara. Hasil siasatan mendapati laporan di atas di atas tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
Dimaklumkan berasaskan prosedur yang digunapakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di dalam penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain. Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan. Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan dilaksanakan secara teratur. Salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh penama di atas sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan. Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.
Dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan. Semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara. Kemungkinan penama di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari. Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka.
Kira-kira jam 3 pagi tadi TM menerima berita kemangkatan Raja Kecil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah 54 tahun/
Almarhum telah mangkat pada 30 Mac kira-kira jam 1.20 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, dekat Kuala Lumpur akibat serangan asma.
Jenazah Baginda dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan selepas solat Asar.
Baginda meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin dan tiga anak putera Raja Ahmad Nazim Shah, 18, puteri Raja Emina Aliyyah, 20, dan Raja Bainunisa Safia, 17. Raja Ashman telah dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Sulong pada 16 Mac 2010.
Baginda merupakan anakanda ketiga daripada lima beradik anakanda kepada Sultan Azlan Shah selepas Raja Nazrin dan Raja Azureen.
Baginda mempunyai kumpulan zikir sendiri dan sering membuat persembahan di majlis rasmi.
Manjungmari aka Mohd Desa Ahmed tarikh lahir 18 Ogos 1961, lepas pencen cuba-cuba nak jadi kontraktor/supplier.
Masaalahnya bukan nak keroja dengan jujur tapi nak buat untung melampau, nak sembelih navy besar-besaran sedangkan produknya tak ada kualiti langsung.
Rakus nak kaya cepat. Bila navy tak bagi kontrak mula meroyan kutuk navy siang malam, kronilah, kedekutlah, orang tu boleh kenapa dia tak bolehlah, tak jaga kebajikan ex-navylah dan macam-macam tohmahan lain.
Dulu masa dia dalam navy keroje pemalas, semua orang kenal dia ni - pembelit nombor satu. Standard kerjanya dah la melantung hangit.
Komplen jauh lebih banyak dari buat kerja. Pendek kata, kalau ikutkan dia ni, tak ada satu apa pun yang betul pasal navy.
Kalau CO bagi 'make and mend' (balik awal) barulah navy tu betul. Dia ni kalau pergi stand easy tu macam break makan tengahari, hilang dan sukar nak dikesan, ala-ala PASKAL lah pulak.
Eloklah berhenti dari navy, kalau ada dalam navy pun bukan membantu perkhidmatan tetapi jadi biawak hidup yang navy dok kena tanggung
Parti Pas, Pkr dan Dap merupakan parti politik anti sukan. Hari ini apa jua perancangan kerajaan untuk membangunkan sukan tetap dikritik oleh pembangkang. Mereka seolah-olah memperlekeh usaha kerajaan untuk menaikan nama negara dalam bidang ini.
Kini pencapaian bolasepak sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan semuanya dibangunkan oleh kerajaan. Pasukan bolasepak Perak lingkup di bawah pentadbiran Nizar, kini Kedah menghadapi zaman gelap, Kelantan masih gagah di bawah Anuar Musa [Umno].
Isu terbaru ialah apabila sebahagian peguam bodoh dari PKR telah menghalau pasukan rugbi daripada menjalankan latihan kerana puak-puak pembangkang nak berdemo.
Satu ketika dahulu seorang kanak-kanak Melayu bernama Hafizuddin dari Batu Kurau Perak telah menjadi juara badminton bawah 12 tahun Pertandingan Badminton Peringkat Larut Matang dan Selama tetapi kerana bapanya orang Pas maka bakat anaknya dimusnahkan begitu sahaja setelah anaknya ditempatkan di sekolah agama rakyat peringkat menengah. Cuba perhatikan pernahkan sekolah agama rakyat menganjur pertandingan sukan? Jawapannya tiada.
1Murid 1 Sukan juga diperlekehkan oleh pembangkang dengan cacian dan tohmahan. Anak-anak orang Pas menghalang anak mereka menyertai program ini tetapi menghalangkan anak-anak mereka merempit dan berpeleseran di malam-malam minggu.
Cuma akhir-akhir ini kita sering melihat Pas menganjurkan pertandingan futsal, sepak takraw dan sukanneka di peringkat kampung tetapi ianya hanya wayang untuk pancing anak-anak muda menyertai Pas sahaja. Kalau mereka ikhlas buatlah sukan yang hebat di peringkat sekolah agama rakyat tajaan mereka.
Yang ni depa pandai laa
Awas! Jika pembangkang memerintah alamatnya Hancur Sukan Negara tiada lagi slogan Majulah Sukan Untuk Negara. Tolak Pas, Tolak Pkr dan Tolak Dap.
Kerajaan negeri Perak mengaktifkan semula operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) awal tahun ini sebagai entiti yang mewakili kerajaan dalam urus niaga dan hal yang berkaitan dengan kepentingan negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perbadanan itu telah diwujudkan kira-kira 40 tahun lalu di bawah enakmen khas sama seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Perbadanan Pertanian Negeri Perak (SADC).
"Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, kita telah memaklumkan untuk mengaktifkan semula MBI secara formal bermula awal tahun ini.
"Ada pihak tertentu cuba menabur fitnah yang menggambarkan seolah-olah Menteri Besar akan mendapat semua projek yang diluluskan oleh MBI.
"Bagi rakyat yang kurang arif, mungkin mereka akan percaya dan menganggap begitu teruk sekali Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas program Klinik Dr Zambry di Parit, pagi ini.
Katanya, MBI bergiat aktif di semua negeri seperti di Selangor dan Kelantan dan ketika ini, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif disandang oleh Aminuddin Hashim yang dahulunya adalah Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR).
Mengulas lawatan kerja dua hari ke Parlimen Parit, Zambry berkata, barisan kepimpinan negeri dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyelami masalah yang dihadapi mereka.
Jelasnya, masalah utama yang dikenalpasti ialah penempatan penduduk yang sudah berpuluh-puluh tahun menduduki sesuatu kawasan tetapi masih belum mendapat geran tanah.
"Sebahagian masalah yangdibangkitkan boleh diselesaikan umpamanya melibatkan penempatan yang sudah lama tetapi penduduk masih belum mendapat sebarang geran.
"Untuk kes ini sahaja, lebih 30 rumah terlibat dan kita akan cuba menyelesaikannya dengan membuat semakan dan tindakan perlu yang lain.
"Kita juga menerima aduan berkaitan rumah golongan miskin yang memerlukan perhatian dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal," katanya lagi.
Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry mengingat kan rakyat supaya tidak terperangkap dengan janji parti pembangkang yang menggunakan perkataan `kalau' untuk meraih sokongan pengundi.
Sebaliknya, rakyat kata beliau perlu bijak menilai segala janji yang ditabur parti pembangkang yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang untuk mencapai matlamat mereka.
"Kerajaan BN bekerja keras untuk memastikan pembangunan dapat dilaksana kan dan turun padang untuk berjumpa rakyat kerana ia adalah tanggunjawab kita.
"Kita tidak pandai bercakap lebih sangat dan angkat diri sendiri seperti yang sering dilakukan oleh parti pembangkang," katanya lagi.
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja membantumemperkasakan pertubuhan belia yang ada di negara ini melalui pelabagai bantuandan program namun turut memberi galakankepada golongan belia di negeri ini untuk menubuhkan persatuan belia di kawasanmasing-masing.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata ianyaselaras dengan komitmen kerajaan agar golongan belia sebagai pemimpin pelapispada masa akan datang dapat diperkayakan dengan daya kepimpinan dan sasiah diridalam aktiviti berpersatuan
"Ia merupakan langkah terbaik memperkasakan golongan tersebutsebagai aset dan meneruskan proses kesinambungan pembangunan negara pada masaakan datang," katanya ketikaberucap merasmikan penubuhan persatuan belia Tahol Kemabong di kampungKalamatoi Kemabong dekat sini baru- baru ini
Sambil mengucapkan tahniah atas inisiatif penubuhan persatuanbelia di kampung tersebut, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNOMalaysia berkata, penubuhan persatuan tersebut penting bagi melaksanakanpelbagai program belia dan ini sekali gus golongan belia dapat dulibatkan dalamaktiviti yang bermanfaat serta mampumembanteras masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang.
Selain itu, katanya, ia membolehkan peruntukan daripada kerajaandan pihak swasta dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar bagi menjayakanpelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Menurutnya, terdapat banyak persatuan belia di negeri ini yangboleh dijadikan model kepada para pemimpin belia dalam mencapai keberkesanankepimpinan, agar setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai hala tuju yangjelas
.
"Kita berharap penubuhan persatuan ini tidak hanya pada namasahaja, tetapi pelbagai program kemasyarakatan dapat dilaksanakan, demi memberifaedah kepada semua pihak," katanya.
Tambah Jamawi program pembangunan belia perlu dirancang dandilaksanakan dengan sebaiknya, termasuk melibatkan aspek seperti pendidikan,ekonomi, sukan, sosial dan agama.
Jelasnya, ia bertujuan untuk membolehkan ahli persatuan lebihdekat dengan masyarakat setempat.
BN MEMBELA RAKYAT... Majlis Gotong Royong Pemimpin Bersama Rakyat di KampungMendulong Sipitang kelmarin memberi kejutan menggembirakan kepada dua pendudukkampung tersebut.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang bersama pendudukkampung tersebut bagi menjayakan majlis itu, telah menyampaikan sumbangan zinkdan kayu bagi membantu Dawat Lasong dan Endrik Salutan Lasong bagi memperbaikirumah masing-masing.
Dawat dan Endrik mendiami rumah yang telah uzur dan tidakmenyangka bahawa Ahli Parlimen Sipitang itu bukan sekadar hadir menjayakanmajlis gotong royong tetapi menyampaikan sumbangan bagi memastikan mereka dapatmemperbaiki kediaman masing-masing.
"Ia merupakan sumbanganyang bermakna buat kami dan sumbangan itu benar-benar mengejut dan kamiberterima kasih kepada beliau (Sapawi)." kata Dawat ketika ditemui selepaspenyerahan sumbangan tersebut.
Kelihatan Sapawi menyampaikan sumbangan zink dan kayu kepada Dawatdan Endrik sempena kunjungan tersebut..
Sebagai anak Selangor, aku ada sebab untuk mempertahankan MenteriBesar aku, siapa lagi kalau bukan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Siapa lagi kalau bukan Anak Selangor untuk mempertahankan MB,jangan nak harap Azmin Ali untuk mempertahankan Khalid sebab dia pun dalam masayang sama sedang pasang perangkap untuk menjahanamkan Khalid. Dia pun nak jadiMB beb …
Berbalik pada citer Khalid Ibrahim nie …. Sejak 2-3 hari nie,sibuk sangat blogger-blogger BN termasuk Sahabat-Gunung sendiri menyiarkangambar Khalid Ibrahim memakai kasut di dalam rumah orang…
Eerrrmmmm, bro, jangan hentam sangat.
Korang kena faham, kaki MB busuk…. Busuk sangat bau sampah. Kalau diabukak kasut tu, menyemaraklah bau busuk sampah tu…
Dia kan MB Sampah. Mahunya pengsan tuan rumah tu nanti....masalah lain plak yang timbul.
Menurut laporan KOSMO, tiga wanita beragama Islam didenda RM25seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tuduhanberkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusathiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan NooranishahMohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapanMajistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dariKuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaiankurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-KesalahanKecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di NegeriSembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduhinsaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dankeluarga mereka.
Confirm, pemilihan akan diadakan Jun 2012. Pemilihan apa plak nie?Takkan pemilihan UMNO atau PAS. PKR dan DAP confirm tak lahkan sebab depa nieparti anak-beranak.
jais abd karim, Presiden
Pemilihan yang aku maksudkan ialah Pemilihan Jawatankuasa MajlisKerja Tertinggi Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Khabarnya hebat gakpersaingan kali nie, ramai yang dah turun berkempen kecuali Tuan Presiden.
Tahniah kepada sahabat aku, Jais Abd Karim yang bakal dinobatkansebagai Presiden buat penggal kedua kerana tidak ada tokoh lain yang layakuntuk menerajui GPMS untuk penggal yang seterusnya.
Kepada yang nak berkempen dengan aku tu, tak payahlah korang nakbersusah payah sebab aku tak lagi ada kuasa untuk membantu korang berkempen…. Akubukan lagi Pengerusi GPMS Selangor seperti tahun-tahun yang terdahulu….
Kalau korang nak cari Pengerusi baru GPMS Selangor, namanya IsmadeeAsmara Dato' Ishak yang juga merupakan Ahli MKT GPMS Kebangsaan.
ismadee asmara dato' ishak
Aku telah disingkirkan dari jawatan walaupun ada pihak yangmengatakan aku meletakkan jawatan. Kalau benar aku letak jawatan, mana suratperletakan jawatan aku….
Itu bukan persoalannya, yang penting adalah GPMS berada dilandasannya untuk menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan danmemperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. 4 Sedar harusdipatri dalam hati setiap pejuang dan penggerak GPMS….. Itu lebih utama.
Berbalik kepada persaingan dan perebutan jawatan dalam kepimpinanGPMS ini, ia akan bermula dari peringkat Timbalan Presiden. Khabarnya, dua namayang bakal dilihat akan menduduki kerusi no 2 ini ialah ezaruddin Abd Rahmanyang juga Naib Presiden 2 GPMS selain Setiausaha Agung, Zambri Mohd Isa.
Namun jika dicongak-congak, Ezaruddin lebih selesa mendudukikerusi no 2 nie berbanding Zambri.
Cukup setakat di sini, selepas nie kita jengok pula calon-calonNaib Presiden GPMS. Nama-nama hebat juga yang berminat jawatan Naib ini … kitatunggu dan lihat perkembangan seterusnya…..
Kompleks Belia & kebudayaan Selangor Jadi `Barang Dagangan' kerajaan Khalid Ibrahim
Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeriSelangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawahsyarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHDyang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa danmenjalankan aktiviti di Kompleks Belia.
TimbalanPresidennya, Badrul Hisham Badrudin berkata, Bangunan Kompleks Belia di Seksyen7 Shah Alam ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu.Bangunan serta dewan besar Raja MudaMusa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasanpemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalamnegeri Selangor.
"MenjunjungMerapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja MudaSelangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yangmahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif denganterbinannya kompleks ini.
MBS telahmenghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang.Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakansebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralihkuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaanSetiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengankadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searastingkat," ujarnya kepada pemberita, petang tadi.
Tambahnya, tanpabelas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga menolak rayuan MBS agartidak dikenakan sewa bulanan. MBS juga terpaksa merelakan dan melepaskanpenggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan danhanya beroperasi di aras 5 sahaja.
"Sekalilagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dansinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBSadalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendakmendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yangtetap.
Sepertisudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikandan perutusan "Tabung Warisan AnakSelangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiranKerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualitihidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupundukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat,"ujarnya yang juga Pengerusi Belia 4B negeri Selangor
MBS terusdianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku.Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dantidak mendengar permasalahan MBS malah sudah terlalu banyak permohonanpengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidakdiendahkan.
Sejakdari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuankewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payungMBS.
"Mengapakahperuntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT),Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dankeikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkankerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?
Jikakerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan beliadan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yangtinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yangdibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaannegeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untukmempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks inikepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkankeuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan,"tambahnya lagi.
Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahimsecara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya DatukNallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nallamengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.
Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untukmenghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokonganrakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti EzamMohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapayang lain.
Malah ugutan kekerasan oleh dua orangpenyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitanAnwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkarsalahlaku Ketua Umum PKR itu.
Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagisecara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dantidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen- satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.
Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakiliNallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segeramenyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraanyang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikankes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.
Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyakberkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanyatermasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yangpernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, tekanan yang bertali arusdari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdikwartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.
Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahimseperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkansedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwarmempercepatkan proses saman kes tersebut.
Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bilakes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyakbergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.
Pada masa sekarang Anwar hanya baru sajamemfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkankepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejakdari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkankepada pihak Nalla.
Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bilaAnwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliaumenyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiriperbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuhtidak berganjak.
Ramai yang menantikan penghujung kes inidengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan sepertiblur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKRyang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan dibicarakan selama lima hari bermula 11 Jun depan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin hari ini dengan kehadiran peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin yang mewakili Mohamad.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu menolak permohonan Mohamad untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen itu atas dakwaan tersebut.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Ahli politik pembangkang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu.
Mohamad bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu.
Ibarat menepuk air didalam dulang, terpercik air kemuka sendiri. Akhirnya Rafizi Lembu terperangkap dengan kenyataan 'bodoh'nya sendiri.
" Rasuah politik ada persepsi dan realiti penting," kata Rafizi ketika bercakap sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang tadi.
Mengambil contoh dengan tujuan untuk 'mengenakan' Perdana Menteri, menurut Rafizi rasuah berlaku apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas menyatakan bahawa "I help you, you help me", itu adalah rasuah!
Kenyataan itu merujuk kepada mesej kempen Najib ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dua tahun lalu.
Kenyataan bodoh Rafizi ini seolah-olah memberi satu 'tamparan hebat' buat Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dan juga bekas seorang banduan rasuah kuasa yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Perdana Menteri. MB Khalid juga tidak dapat lari dari terkena tempiasnya juga!
Apa tidaknya, disebalik tindakan Rafizi Lembu menuduh Perdana Menteri melakukan rasuah politik, sebenarnya dia terlupa yang BOSSnya adalah 'Raja Rasuah Politik' yang sebenar!
Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji. Selepas berkuasa sekali lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.
Pada awal tahun ini Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.
Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan. Bukankah ini dinamakan rasuah politik?
Dan jika tidak silap semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun Anwar membuat janji yang sama iaitu untuk menurunkan harga minyak serta-merta jika berjaya menang dalam piliharaya namun segalanya hanya tinggal janji manis sahaja walaupun mereka memenangi lima negeri di semenanjung!
Apa sudah jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?
Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang!
Janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini. Denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.
Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.
Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten.
Jadi kepada Rafizi, apakah pula penjelasan anda terhadap semua janji-janji politik yang telah dibuat oleh BOSS anda dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor samada sebelum ataupun sesudah berkuasa! Masih nak menegakkan benang yang basah! Bukankah ianya satu rasuah politik yang nyata! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi kamu yang lebih! Fikir-fikirkan lah ya..!!!
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan tidak wujud kem atau kelompok warlord dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
Sebaliknya kata beliau, kepimpinan BN Selangor bersama ketua-ketua bahagian parti dan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor sepakat bekerjasama dalam menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
''Ada orang kata di Selangor ini banyak warlord, saya kata mana ada. Yang ada saya dengan (Datuk Seri Ir.) Mohd. Zin Mohamed. Kalau kami berdua tidak mendapat sokongan ketua-ketua bahagian, kita pun tidak boleh berjalan.
''Saya memberikan jaminan bahawa di Selangor tidak ada kem, kita bersatu-padu dan saya amat terharu dengan sokongan daripada Mubarak, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kesembilan Mubarak Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang wujud di Selangor adalah begitu ramai bekas pemimpin dan tokoh hebat yang berjasa membangunkan negeri ini sehingga menjadi maju seperti sekarang.
Katanya, gabungan tenaga kesemua tokoh itu membolehkan kepimpinan parti mendapat dokongan pasukan terbaik iaitu syarat bagi membolehkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus kembali berkuasa di negeri ini.
Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat agar dapat memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
''Muhammad dan Mubarak akan bersama-sama Badan Perhubungan UMNO negeri bagi bekerja dalam satu pasukan supaya kita tidak menghampakan harapan rakyat dalam memastikan kemenangan BN,'' katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik kira-kira 40 orang ahli Mubarak Selangor sebagai fasilitator di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
''Kita lantik mereka sebagai 'ayah' yang akan memberikan nasihat dan bimbingan serta menyelesaikan masalah yang timbul di sesuatu kawasan," katanya.
Yang penting pastikan tidak ada 'tempoh lanjutan' kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pas sebuah parti terbesar selepas Umno yang mewakili orang melayu di negara ini. Pas yang sebelum ini kononnya bertindak sebagai sebuah gerakan yang diharapkan untuk memperjuangkan Islam bagi mengimbangi Umno ternyata tidak boleh diharapkan lagi. Pas sekarang lebih kepada pengkianat kepada agama,bangsa dan negaranya sendiri yang semakin jelas sejak bermula gabungannya bersama DAP dan PKR.
Pas mengkianati sokongan yang diberikan oleh rakyat dalam PRU12 menyebabkan parti tersebut ada sedikit kuasa. Disebabkan pemimpin atasan mereka yang terlalu ego yang sepatutnya bergabung bersama Umno bagi memperbetulkan Umno dari dalam sebaliknya memilih bersama DAP dan PKR. Dari tindakannya itu mengambarkan pas sedia membantu bagi merealisasikan impian DAP sekian lama untok memerintah negara ini. Allah SWT baru mencuba bagi sedikit kuasa untok kita kenali sikap sebenar pemimpin2 pas tersebut.
Bagimana perangcangan halus sehingga landasan perjuangan pas pun boleh ditukar kepada negara berkebaikan, bagaimana pas beri kerjasama dalam menangani isu murtad(Antara penyebab Hassan Ali , disingkir dan Zulkifli Nordin dikecam)) bagaimana pas berdolak dalih dalam isu membenar penggunaaan kalimah Allah kepada bukan islam(Sampai dalam gereja pun Khalid Samad sanggup masuk bersabit dengan siu ini) , bagimana pas berdepan dengan isu moral dan sokongan Anwar terhadap keselamatan Israel(Mat Sabu tetap memberi sokongan katanya itu masalah pribadi Anwar-liwat) kata dua Nik Aziz terhadap Anwar sekadar sediwara politik pas sahaja yang akhirnya Hadi Hadi menutup isu ini dengan mengatakan tidak salah berkerjasama dengan yahudi atas perniagaan. Orang Umno yang memberi undi kepada pas semasa PRU12 sudah tentu akan mengajar pas bagimana kedudukan parti pas selepas PRU13 nanti. Mereka tidak lagi menyokong memberi undi sebaliknya menyokong pembubaran Pas itu sendiri.
PAS patut diundurkan daripada menjadi parti politik dan aktivisnya wajib memberi tumpuan bagi memperbetulkan kembali pada isu keagamaan secara telus. Nik Aziz dan geng2nya kena perbetulkan dahulu akidah umat islam di negara ini yang terseleweng dari islam sebenar kesan dari menyalahgunaan agama untok mendapat pengaruh. Setelah perkara ini dilakukan semuga umat islam di negara ini mengampuni dosa2 mereka dan berserahlah kepada Allah maha kuasa untok menentukannya selepas itu barulah bertindak meletak jawatan politik dan kerajaan.
Seandainya mereka tidak bertindak sedemikian nama2 pemimpin tersebut akan tercatit dalam buku sejarah bagi rujukan anak2 sekolah akan datang bagaimana cara jatuhnya islam dan bangsa melayu ditanah air sendiri kesan dari kerakusan mahu kepada kuasa didunia dan dendam-Wallahu'Allam.
Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.
Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.
Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.
Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.
Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.
Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.
Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.
DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.
Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.
Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.
Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.
Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.
Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.
Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.
Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.
Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.
Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.
PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.
Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.
Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon. To Allah we belong and unto Him do we return.
On behalf of Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani and his family: Hajjah Naziha, Shaykh Muhammad, Hajj Baheddin, Hajjah Ruqiyya, Shaykh Hisham and Feridun and all grandchildren of Mawlana Shaykh Nazim and on behalf of all Naqshbandis around the world we express our deepest condolences for the passing of His Royal Highness Raja Ashman bin Azlan Shah.
The tongue cannot express the warm sympathy and love that we all had for Raja Ashman. It is an extraordinary tragedy and a great loss to Mawlana Shaykh Nazim and all his mureeds and everyone of us feels it intensely.
He left this life immediately after doing dhikr tonight. We request all mureeds to make salat al-janaza al-ghaib for him in their mosques or homes, asking Allah that his soul be with the Prophet Sallallahu Alayhi Wassallam and with Grandshaykh `Abdullah al-Fa'iz ad-Daghestani Alayhi Rahma. We ask everyone to do tahlil by reciting Surah Yasin and dhikr and dedicating it to his soul.
We express the deep condolences of all the mureeds of Mawlana Shaykh Nazim around the world and especially in Malaysia.
We ask Allah swt to give patience and perseverance to his family, his wife, his children, his father Sultan of Perak and his mother the Queen of Perak and all his sisters and his brother Raja Muda.
SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.
Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.
"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.
"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.
Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.
Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.
"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.
Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.
"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.
Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."
Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.
"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi.
RM0.UM.30/03: Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meninggal dunia kerana serangan asma. Almarhum juga suami kepada Noraini Jane
Baginda anak murid Syeikh Nazim Al-Haqqani Khalifah tariqah Naqsyabandiah.
Meninggal malam Jumaat tanda baginda dimuliakan Allah.
Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
BH 29/03: Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM pada 4 April kerana didakwa secara terbuka kritik prestasi skuad Datuk K Rajagobal. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ok biar aku story sikit apa yang berlaku semalam di ceramah hasan ali, semalam aku tak de assignment, so aku pergilah ke ceramah hasan ali di kampung kuantan, klang, saja cari shoot gambar hasan ali dan zul nordin, keadaan tenang ketika zul nordin start ceramah sampailah dia balik dan gantikan dengan hasan ali.
Kira-kira setengah jam hasan ali ceramah, ada seorang pompuan yang sekali pandang nampak normal ni berdiri depan aku, dia kemudian dia ke hulu ke hilir, aku ingatkan dia nie nak cari air atau tengah ushar tempat duduk wanita yang ada di tengah khemah tu, tapi dekat sepuluh minit dia dok mundar mandir tepi khemah tapi tak duduk-duduk jugak.
Kemudian dia berdiri balik depan aku, dia keluarkan handphone balckberry torch dan mula ambik gambar kerusi kosong, macam mane aku boleh nampak? pasal dia berdiri betul-betul depan aku, memang aku pelik jugak la, punya lah ramai orang duduk di luar khemah tu kenapa gambar kerusi kosong jugak yang dia shoot.
Masa tu kalau tak silap aku hasan ali tengah cerita macam mana dia bertekak dengan azmin ali kerana dia mencabar azmin nyatakan dari mana dia dan shamsidar dapat duit beli saham berjuta-juta ringgit ketika sidang dun selangor hari tu, lepas pompuan tu shoot gambar kerusi kosong, dia pun blah, ok la aku ingat dia terus balik, tapi rupanya tak, dia pergi ke dua-tiga orang yang berlonggok dengar ceramah tu dengan suara yang agak kuat, dia kata "sudah la, tak payah dengar ceramah nie, dia tu orang kena buang, dia tu makan rasuah" dia ulang-ulang ayat tu pada siapa yang dia nampak berdiri depan dia, makin lama makin kuat.
Sampailah dia lari kerana di kejar oleh budak-budak kampung yang tak puas hati dengan perangai dia tu, untuk pengetahuan korang, pompuan ni drive kereta perdana v6 warna silver, nombor plate aku tak perasan, dan menurut sumber, pompuan ni adalah ahli wanita pkr cabang klang, so pesan aku kepada kawan-kawan yang nak buat ceramah, berhati-hatilah sekiranya korang nampak pompuan nie, dia ni masuk masuk ceramah orang kemudian buat provokasi, ini modius operandi terbaru pkr, pasal depa tau kalau depa hantar budak-budak jantan untuk provok, alamatnya kelongkang lah budak tu, so dia hantar pompuan, takan kita lelaki nak pukul pompuan kut, badruamin boleh la...
Inilah rupe pompuan giler tu, nampak macam normal tapi tak betul, bila kena hambat dia lari, aku cadangkan korang print gambar pompuan ni dan berikan pada setiap petugas di tempat ceramah, bukan apa untuk keselamatan manelah tau, semalam dia bawak handphone ada kamera esok lusa dia bawak pisau ke, bom ke, letupkan diri dia kat tempat ceramah tu, tak naya beb...
Sahabat seperjuangan Anwar di awal tahun 1970-an yang sama-sama mengasaskan ABIM dan mengasaskan Yayasan Anda, Ustaz Ismail Mina turut bersungguh menyedarkan umat Islam akan bahaya Anwar yang memperjuangkan Islam Plural. Bahasa mudahnya, Anwar memperjuangkan Agama Islam sama sahaja dengan agama Kristian, agama Hindu, Buddha iaitu kata Anwar semuanya mempunyai Tuhan yang satu, Satu Tuhan sahaja, iaitu sama dengan Islam. Rujuk Video Ucapan Anwar tentang Islam Plural di aidc.com.
Di Parlimen semalam, Anwar tidak lagi dibantu oleh geng-gengnya dari DAP mahupun PAS, semuanya berdiam diri. Baik YB Sallehudin, apatah lagi YB Nasharudin, apatah lagi YB Dr Tan Seng Giaw, semuanya membatu, menikus dan tak peduli percakaran Anwar dengan YB Gobalakrisnan.
LGE: "Hello Brader Salleh Man, You Jangan Macam2 Nak Ikut Hassan Ali,
Rahsia Kamu Dalam Tangan I Tau...
LGE: "Ingat Salleh Man, Jangan Lupa Kita Ada Cerita, Ada Gambar, Kat Luar Negara Tu"
LGE: " Ingat Salleh Man, you pakai kopiah you punya pasallah, Mat Sabu pun kadang2 pakai Kopiah, Tapi ehem ehem Rahsia kamu in my hand...You Mau Lompat, Lompatlah Kalau Berani"
Setakat itu sahaja. Anda tafsirlah sendiri.
Sumber Sahih : Ahli DAP yang bersama-sama ke luar negara!
***PERHATIKAN WAJAH LGE MERENUNG TAJAM MENIKAM KE ARAH WAJAH SALLEH MAN. ITU RENUNGAN UGUTAN TAU...
Agak-agaknya, logik tidak alasan yang mengatakan tandas itu meletup dan berkecai kerana letupan mercun?!! Harap-harap pihak berkuasa dapat menamakan mercun yang begitu kuat letupannya sehingga boleh menghancurkan mangkuk tandas agar rakyat tahu dan dilarang membelinya.
Jom kita tengok macamana agaknya letupan yang menyebabkan lelaki tersebut cedera?!!
Walau apa sekalipun alasannya, kami berharap pihak berkuasa tidak menyembunyikan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat jelata. Perkara ini tidak sesekali boleh dikompromi walaupun terpaksa menjejaskan imej negara dan keyakinan pelabur asing!
Kami mahu tahu sekiranya kini wujud satu kumpulan pelampau yang tidak tahan dengan feel good factor yang dibawa oleh PM dan juga BN yang menyebabkan mereka mulai gusar dan menggunakan pendekatan keganasan. Yelah, kalau biasa buat kacau atas jalanraya, menteri pun boleh ditumbuk, apalah sangat bom-bom tandas ini, kan?!!
Dulu zaman komunis pun puak-puak ini sudah biasa buat...
Kami masih lagi cuba memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahfuz Omar melalui mesej tweeternya ini. Adakah beliau bermaksud yang beliau sedang makan tengahari dengan Speaker Dewan atau melancarkan sesuatu dengan Speaker Dewan sebelum mesyuarat bermula?!!
Tetapi berdasarkan kepada makanan yang terhidang di depan mereka berdua itu, kami menganggap yang L.A.U.N.C.H yang dimaksudkannya adalah makan tengahari.
Inilah akibatnya memilih pengangkut bagasi lapangan terbang lulusan SPM sebagai YB dan bakal MB.
Apa-apapun, kepada juak-juak PAS yang wala', jangan lupa ilmu baru yang cuba disampaikan oleh pemimpin anda ini. Untuk makan tengahari, ejaan bahasa Inggerisnya adalah L.A.U.N.C.H
Ingat apa yang Mahfuz ajar ye...
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
Semoga bahasa Inggeris anda lebih cemerlang selepas ini.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Pusat telah menyumbangkan dana sebanyak RM567 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan tapi masalah air bersih tidak juga dapat diselesaikan oleh PAS..persoalannya, mana pergi duit tu?? - put3
Kementerian Pelajaran mengesan sebanyak 77 daripada 585 buah sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air awam yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada kesemua sekolah yang tidak mendapat bekalan air awam itu, sebanyak 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.
"Pada satu mesyuarat sebelum ini, AKSB telah digesa supaya meningkatkan sistem bekalan air kepada sekolah yang tidak mendapat bekalan air bersih disebabkan tekanan rendah kerana saluran paip bekalan yang kecil dan tidak mampu menampung tekanan tinggi.
"Ia adalah sebagai satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian. Selain itu, sekolah terbabit menerima sokongan daripada Jabatan Kesihatan yang memantau kebersihan dan taraf kesihatan bagi penggunaan bekalan air tersebut," katanya menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Puad berkata, kementerian berusaha mendapatkan sumber bekalan air daripada punca lain dan akan terus melaksanakannya sebagai langkah menyediakan kemudahan asas sempurna kepada semua sekolah di seluruh negara.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM567 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih, namun ia tidak juga diselesaikan. "Sehubungan itu, kementerian telah memperuntukkan RM27 juta bagi membina perigi tiub untuk sekolah.
Sebanyak 83 buah telah disiapkan dan lapan lagi dalam proses penyerahan," ujarnya. Puad berkata, Kerajaan Pas Kelantan turut dicadangkan menubuhkan jawatankuasa pemandu khusus bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu yang masih berterusan.
NIBONG TEBAL 28 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa bersikap tidak adil dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini apabila projek yang tidak mampu melonjakkan kualiti hidup penduduk dibina di Seberang Perai.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bahagian pulau dilihat seperti diberikan keutamaan apabila banyak projek yang 'bagus' dibina di kawasan tersebut.
Sebagai kerajaan memerintah, ujarnya, DAP perlu bersikap adil dan tidak membeza-bezakan kawasan di negeri ini.
"Jangan anak tirikan rakyat di Seberang Perai dan memberi keutamaan di bahagian pulau sahaja.
"Kenapa tidak bina kilang panel solar di Bayan Lepas? Seberang Perai bukan kawasan longgokan sampah," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan awal persekolahan di Simpang Ampat di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pembinaan dua loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan di sini yang diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ahad lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, sebuah syarikat beribu pejabat di Jiangsu, China sedang mengadakan temu duga terbuka selama dua hari di sebuah hotel di Butterworth bagi mencari pekerja baru untuk loji tersebut.
Sebelum ini, Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan negeri, Rich Too mempersoalkan tindakan kerajaan negeri mahu membina loji yang sama oleh sebuah syarikat dari Jerman, juga di Batu Kawan - Utusan
Tok peratikan bahawa kebelakangan ni nampak nye PAS semakin mendapat sokongan dari cina2 kafir DAP. Memang agak pelik juge bila si kafir ni menyokong Parti Islam(PAS), sedangkan tidak ramai pule orang melayu yang beragama islam menyokong PAS.
Pade pandangan Tok, ada dua sebab utame mengapa si kafir DAP ni menyokong PAS. Pertama mungkin mereka ni berminat dengan Islam, tapi dah hampir satu penggal tempoh PRU tidak ade nampak ade seorang pun pemimpin2 DAP yang sudi memeluk agama Islam.
Jadi Tok pasti menyatakan yang si cina kafir DAP ni sokong PAS bukan kerana perjuangan Islam. Kalau le betul2 mereke tu perjuangkan Islam dah tentu Lim Guan Eng dan bape nye berserta dengan Karpal Singh bertemu Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Hj Hadi untuk lafaz dua kalimah.
Mungkin pada pendapat Tok yang kedua ni ada sedikit benar nye, tujuan nye tidak lain tidak bukan untuk pecah belah kan perpaduan orang melayu/Islam sahaja. Ini dalil nye yang agak lemah dari fikiran Tok, ianye lebih kurang begini ayat2 nye :-
Bila kaum PAS dengan tiba2 mendapat sokongan dan pertolongan dari kaum kafir DAP, make bertambah besar lah kepale pemimpin2 kaum PAS. Kaum PAS ini menjadi semakin angkuh, sombong dan bongkak. Api permusuhan nye dengan UMNO menjadi bertamah marak.
Siapa kaum PAS dan siapa pula kaum UMNO ni? Kan ke ke dua2 nya terdiri dari kaum melayu/Islam yang same. Mengapa pule kita harus ber pecah belah dan bersengkete? Nampak se sangat kaum melayu/Islam dari puak2 PAS ni tidak berakal fikiran yang waras.
Tok tidak pernah same sekali ngatakan UMNO tu baik se sangat. Akan tetapi jika di bandingkan dengan PAS, UMNO tu ada lebih baik sedikit dari PAS. Se tidak2 kita sudah same2 menikmati ke amanan, kemakmuran dan kesejateraan hidup di bawah nanungan UMNO.
Itu cume pendapat Tok aje, haraf pencacai2 PAS jangan le marah Tok. Ape yang Tok selalu nyatakan dalam blog 'Tok Gajah' ni adalah berdasar kan pengalaman Tok yang di lahirkan di zaman sebelum kemerdekaan negara.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lim Guan Eng,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang seperti biasa dengan lagak kiasu dan rasis langsung tidak menjawab puluhan persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Ir Shaik Hussien.
Sebaliknya Lim Guan Eng menggunakan taktik ala Lim Kuan Yew untuk menyaman Ketua Pemuda Umno agar isu ini tidak didedahkan kepada umum,Kuan Yew cukup terkenal dengan cara menyaman lawan politik agar penyelewengan mereka tidak terdedah.
Guan Eng gagal sama sekali untuk memberi bukti bahawa tapak kawasan masjid tidak dilupuskan sebaliknya mahu menutup mulut pihak yang mendedahkan penyelewengan hak umat Islam.
Malah Ketua menteri lidah bercabang ini sendiri mengaku telah menjual keseluruhan kawasan Bayan Mutiara kepada Ivory Sdn Bhd.Ini bermakna secara langsung kawasan tapak masjid yang ada didalam plan asal yang diluluskan oleh pihak PDC dilupuskan.
Tahukah anda,tapak masjid dan surau sekarang ini tidak lagi dikawal oleh MAIPP,sebaliknya tanah yang diwakafkan diambil oleh Chief Minister 'Incorpirated'(CMI) dan ditukar statusnya kepada tapak rumah ibadat.Bayangkan jika ada ahli keluarga anda mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak masjid bertukar menjadi tapak rumah ibadat yang lain.
Ini satu lagi penghinaan daripada regim DAP terhadap umat Islam.Ramai yang masih tidak sedar manipulasi DAP didalam isu tanah wakaf.
Selama ini banyak pendedahan dibuat agar untuk menyedarkan umat Islam atas kegampangan rasis chauvanis ultrakiasu DAP,Hari ini sudah terjadi didepan mata bagaimana Lim Guan Eng dan DAP menghakis apa yang dikatakan hak milik mutlak umat Islam secara halus.
GEORGETOWN - Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin berkata, beliau menyambut baik hasrat Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di sini.
Katanya, menerusi tindakan undang-undang itu kelak, isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah berkenaan dapat didedahkan dalam mahkamah. "Biar rakyat negeri ini tahu apa sebenarnya kerajaan negeri telah buat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik Lim sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana didakawa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu penjualan tanah berkenaan.
Shaik Hussein berkata, sehingga sekarang Lim masih tidak menjawab dakwaan bahawa tapak masjid dan tapak sekolah yang diluluskan untuk fasa satu Bayan Mutiara itu telah dijual sebaliknya Ketua Menteri itu telah mengalih isu penjualan tanah itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan isu perkauman.
"Persoalan utama adalah isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah. Kalau betul telah jual, akuinya dan bagi tapak baru untuk bina masjid di kawasan yang sama dan jangan hendak tutup isu berkenaan," katanya.
Shaik Hussein berkata, Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam berhubung isu itu dan akan terus bersuara sehingga kerajaan negeri mengembalikan tapak masjid dan tapak sekolah di Bayan Mutiara. - Bernama
GUAN ENG BERTERUS TERANG MENYATAKAN KEADAAN RUMAH DI BAYAN MUTIARA. SEMUA PEMBACA BOLEH LIHAT RUMAH CONTOH BAYAN MUTIARA. SIAPA YANG MAMPU BELI RUMAH SEPERTI DI ATAS. INI RUMAH KOS MEWAH. GUAN ENG TELAH MEWUJUDKAN KASTA RAKYAT. GOLONGAN MARHAEN MELAYU, CINA DAN INDIA TIDAK LAYAK LAGI TINGGAL DI KAWASAN PULAU. SIAPA NAK TINGGAL DI KAWASAN INI? MENGAPAKAH PEMAJU MEMBINA RUMAH SEMAHAL INI? KEPADA SIAPAKAH RUMAH INI AKAN DI JUAL ?
PERSOALAN :
SEHINGGA KE HARI INI TIDAK WUJUD TABUNG ATAU AKAUN KHAS YANG MENYIMPAN RM 500 JUTA . GUAN ENG TERANG TERANG BERBOHONG?
DARI MANAKAH DATANGNYA WANG RM 500 JUTA INI DAN MENGAPAKAH IANYA TIDAK DINYATAKAN DALAM SIDANG DUN TERAKHIR 2011?
SEBENARNYA JUMLAH RM 500 JUTA MEMANG TIDAK ADA DAN INI ADALAH SEBAGAI ANGKA MEMBOHONG RAKYAT. BK CABAR GUAN ENG TUNJUKKAN AKAUN TABUNG RM 500 JUTA INI
SEBAGAI MAKLUMAN JUMLAH 11 596 UNIT YANG DINYATAKAN DI ATAS ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA JUMLAH SEJUMLAH 33 514 UNIT RUMAH YANG TELAH DILULUSKAN UNTUK DI BINA OLEH KERAJAAN BN SEBELUM INI ( 2004-2008)
11 800 UNIT RUMAH YANG DICADANGKAN OLEH GUAN ENG UNTUK DI BINA DI BATU KAWAN SEBENARNYA TIADA SATU PUN DI BINA LAGI.
RUMAH KOS RENDAH MENGIKUT SKALA KERAJAN DAP IALAH ANTARA RM 72 500 HINGGA RM 220 000. INI MERUPAKAH HARGA RUMAH KOS SEDERHANA DAN BUKANNYA RUMAH KOS RENDAH. MARI KITA LIHAT KADAR RUMAH KOS RENDAH KERAJAAN BN :
KOS RENDAH MENGIKUT SKALA SPNB IALAH :
RM 35 000, SELUAS 700 KPS DAN MEMPUNYAI 3 BILIK
KOS SEDERHANA RENDAH
RM 50 000, SELUAS 750 KPS DAN MEMPUNYAI 3 BILIK
KOS SEDERHANA
RM 80 000 , SELUAS 800 KPS DAN MEMPUNYAI 3 BILIK
KENYATAAN DI ATAS MENYEBUT " BAKAL DIBINA " BUKAN TELAH SIAP DI BINA"
APAKAH GUAN ENG MENCABAR LAPORAN AUDIT YANG MENYATAKAN KERAJAN DAP PENANG TIDAK MEMBINA RUMAH KOS RENDAH?
GUAN ENG BERMIMPI INDAH UNTUK TERUS MEMBOHONGI RAKYAT.
GUAN ENG WAJIB LETAK JAWATAN SEBAB MEMBOHONG SECARA TERBUKA.-sumber BadarKhubro
Berita pelantikan YB Malik Itik sebagai YDP MAIPP sebenarnya sudah lama diketahui ramai.Tetapi sebenarnya tidak diumumkan secara rasmi .
Jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum ini disandang oleh Ustaz Elias,beliau dikatakan sudah tidah mahu menyambung jawatan tersebut akibat daripada tekanan daripada kerajaan regim sendiri.
Seperti yang kita semua sedia maklum,PAS begitu mengharapkan jawatan tersebut agar diberikan kepada Salleh Man Adun Permatang Pasir,malah didalam kempen Anwar semasa prk Permatang Pasir beliau turut menjanjikan jawatan tersebut kepada Salleh Man jika beliau menang.
Seperti biasa yang kita semua tahu,Khawarij PAS hanyalah pak angguk dan suruhan ultrakiasu rasis chauvanis DAP. Memandangkan Khawarij PAS hanyalah berkasta rendah,maka adalah tidak menjadi masaalah buat regim DAP tidak memberikan apa apa kepada khawarij,cukup sekadar memberi tulang dan sampah kepada mereka.
Jawatan jawatan penting yang melibatkan umat Islam diberikan kepada PKR.Yb Malik dilantik sebagai Exco Agama Islam,jawatan tersebut seharusnya diberikan kepada PAS,tetapi hak mereka didalam regim DAP dinafikan.
YB Malik Itik sebelum ini begitu mengharapkan jawatan sebagai TKM1 sebelum jawatan itu dirampas oleh Dr Mansor,Untuk menutup mulut beliau jawatan YDP MAIPP diberikan sebagai galang ganti .
Nak tahu bagaimana pemilihan sebagai YDP dibuat? Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,kesemua barisan exco membuat penilaian calon calon untuk dilantik sebagai YDP MAIPP.Didalam mesyuarat tersebut Yb Malik Itik turut sama berada membuat penilaian.
Mengikut amalan dan etika jika seseorang yang dicalonkan ke sesuatu jawatan beliau tidak boleh bersama sebagai penilai jawatankuasa pemilih.Tetapi lain benar dengan Malik Itik,beliau sendiri nilai ,beliau sendiri angkat diri untuk jadi YDP MAIPP yang kemudian dipersetujui oleh kesemua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Kesemua exco exco dan Ketua Menteri bersetuju untuk melantik YB Malik ,SUK telah menghantar nama Malik sebagai YDP MAIPP yang baru kepada DYMM YDP Agong,dan tuanku sudah perkenankan perlantikan Malik.
Menurut sumber Pisau yang rapat kepada Dr Mansor,surat tersebut sudah ditandatangan oleh YDP Agong dan telah di dikembalikan ke pejabat SUK.Apa yang menariknya Malik Itik sudah berasa lega nama beliau disahkan oleh Tuanku sendiri hasil cadangan daripada Guan Eng dan MMK.
Khawarij PAS Pulau Pinang meroyan apabila mengetahui Malik di lantik sebagai YDP MAIPP.Kemudian timbul pula isu di Selangor apabila khawarij PAS disingkirkan daripada memegang portfolio agama dan digantikan oleh Khalid Ibrahim.
Pulau Pinang mempunyai persamaan dengan Selangor ,jawatan portfolio agama dipegang oleh PKR.Guan Eng sekarang ini cuba menutup kerja mereka apabila sudah mengarahkan pejabat SUK untuk menukarkan nama Malik Itik kepada Salleh Man.
Keputusan yang dibuat oleh Guan Eng sebelum ini tidak mengambil perkiraan bahawa PRU13 semakin hampir,nah sekarang ini melihat pilihanraya semakin dekat beliau mahu menunjukkan kepada umat Islam terutamanya khawarij PAS kononnya beliau mengiktiraf khawarij PAS dan Salleh Man berhak dilantik sebagai YDP MAIPP.
Tetapi tindakan regim DAP yang mahu menukar nama Malik kepada Salleh Man sebagai YDP seolah olah YDP Agong bagaikan office boy atau peon pejabat mereka. Sesuka hati mencadang dan mahu menukar balik ini semua atas percaturan untung rugi politik mileage mereka.
Khawarij PAS Pulau Pinang harus sedar cara mereka diperlakukan oleh regim DAP dan PKR. Mereka sebenarnya tidak diutamakan sebagai rakan didalam regim negeri,sebaliknya hanya menjadi watak pak pacak semata mata.
Pisau kata "Majlis makan malam tabung TYT disabotaj oleh DAP,200 dijemput hanya 17 yang datang...hehe..best tak?"
Apabila melihat kembali video rakaman Nizar berucap,adalah tidak mengejutkan mengapa khawarij PAS begitu bermati matian memperjuangkan hak ketuanan DAP.
Perjuangan DAP adalah Malaysian Malaysia,dakwah Kit Siang dan Guan Eng amat berjaya hingga khawarij yang paling tua dalam PAS pun turut berimankan kitab DAP.
Haram syarie pangkah BN,tetapi dihalalkan pula jika pangkah DAP,kitab mana khawarij rujuk hingga mensyariatkan sokongan terhadap DAP?
Pisau kata "Ada cerita disebalik pelantikan Malik Kassim sebagai YDP MAIPP"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sesuatu yang amat kelakar dalam dunia perundangan 'dunia ' ... Zaman sudah menghampiri akhirnya dan gelapnya moral kita adalah lambang kejatuhan nilai manusia sejagat.
Allah sedang berbicara dengan kita, umat... percayalah!
Azmin Ali dakwa Hassan Ali belanja RM 300 ribu untuk pengubahsuaian pejabatnya.
Hassan Ali jawab balik, dia kata perbelanjaan pengubahsuaian pejabatnya dilakukan mengikut prosedur kewangan yang telah ditetap dan diluluskan.
Hassan Ali turut mendakwa seorang lagi Exco Selangor , iaitu Dr Halimah Ali juga diberi peruntukan besar untuk ubahsuai pejabatnya.
Dr Halimah Ali melompat menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dakwaan Hassan sebagai satu tuduhan liar. Lihat di sini
Manakala mengikut selangor daily, jawapan yang diberikan oleh Dr Halimah tidak tepat. Katanya peruntukan untuk Dr Halimah telah diluluskan dan sebahagian kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan. Lihat lebih lanjut di sini.
Sekarang Dr Halimah perlu jawab dakwaan yang dikeluarkan oleh selangor daily. Jika Dr Halimah tidak menjawab atau menjelaskan dakwaan itu, maka orang akan menganggap apa yang didakwa itu benar dan orang akan memandang beliau sebagai seorang pembohong.
Setakat hari ini Dr Halimah masih boleh dikatakan mempunyai imej yang agak baik di kalangan wakil-wakil rakyat atau barisan Exco Selangor. Jadi, beliau tidak boleh diamkan dirinya dari menjawab dakwaan tersebut.
Dr Halimah perlu jawab supaya imejnya tidak rosak. Kalau benar jawab benar, kalau tidak benar jawab tidak benar.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya. Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Shu Qi, merupakan seorang pelakon Taiwan yang begitu popular pada era awal tahun 2000. Namanya meningkat naik melalui filem-filem erotik Hong Kong yang bertaraf 3 bintang.
Kemudian beliau dilamar pelbagai syarikat-syarikat filem besar hinggalah ke Holllywood apabila beliau berlakon di dalam filem Transporter.
Namun, beliau kini menjadi mangsa keadaan apabila gambar-gambar bogelnya ketika beliau baru meningkat naik sebagai seorang pelakon, tersebar di Internet.
Semuanya gara-gara pertelingkahan antara Donnie Yen dan Vincent Zhao di dalam penggambaran sebuah filem di sana. Shu Qi yang menyokong tindakan Yen secara terbuka telah menjadi mangsa keadaan. Peminat-peminat fanatik Zhao amat marah dengan tindakan Shu Qi dan mereka telah menyebarkan gambar-gambar bogel lama pelakon itu di internet.
Shu Qi makan pizza dengan seksinya di SINI. Boleh refer berita ini di Asiaone.com
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu "Bawaku Pergi" nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.
"Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah Jelebu di sini hari ini.
Rais menegaskan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tindakan mahupun keputusan melulu sebelum penelitian dibuat terhadap lagu berkenaan. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 29 Mac – Tiga buah buku iaitu "Pengantar Ilmu-Ilmu Islam", "Dialog Sunnah Syi'ah" dan "Tafsir Sufi Al-Fatihah" terbitan Indonesia yang menyebarkan fahaman Syiah diharamkan penjualannya kerana bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku tulisan Murtadha Muthahhari, A Syarafuddin Al-Musawi dan Jalaludin Rakhmat itu, awal bulan ini.
Beliau berkata, buku-buku itu akan dibawa kepada Seksyen Kawalan Media Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dirujuk ke mesyuarat jawatankuasa berkaitan sebelum diserahkan kepada KDN untuk diwartakan.
"Kerajaan serius membendung penyebaran ajaran Syiah yang mana pada tahun lepas pihak berkuasa turut memberkas empat pengikut ajaran itu yang menganjurkan sambutan hari lahir Fatimah al-Zahra," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan memandang serius berhubung penyebaran ajaran berkenaan di mana pada 25 Ogos tahun lepas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah merampas 35,000 buku dan risalah mengenainya yang diharamkan KDN setelah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, yang dipercayai menjadi markas penganut fahaman itu. - BERNAMA
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib jika benar dirinya dianggap bersalah oleh badan induk itu.
Namun katanya, pada masa yang sama, FAM perlu realistik dalam menjatuhkan hukuman itu kerana jika silap, hukuman berkenaan akan dilihat sesetengah pihak sebagai satu "salah pentafsiran" yang akan memburukkan lagi keadaan.
"Apa yang saya khuatir akan berlaku salah tafsir dan jika berlaku salah tafsir akan berlaku ketidakadilan... ini perlu penelitian lebih lanjut (jika berlaku perkara itu) dan kongres perlu buat penambahbaikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau juga tidak mahu menjangkakan apa bentuk hukuman yang bakal diputuskan nanti kerana khuatir ia akan menimbulkan persepsi lain dan semua pihak perlu menghormati apa sahaja keputusan jawatankuasa itu.
Annuar berkata, beliau akan membawa seseorang yang arif dalam bidang undang-undang ketika menghadap jawatankuasa berkenaan bagi membantunya menjawab segala pertuduhan yang dikenakan gara-gara secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal sebelum ini.
Katanya, FAM perlu melihat daripada sudut mana kesalahan itu dijatuhkan kerana pada masa itu beliau hanya menjawab soalan wartawan mengenai persembahan pasukan negara.
"Ketika itu Presiden dan timbalan tidak ada dalam negara dan saya pada waktu itu mewakili FAM yang jika saya tidak menjawab soalan mudah dari rakan wartawan ketika itu adalah tidak baik untuk persatuan dan saya boleh dihukum jika tidak menjawabnya pula seolah-olah saya tidak bersedia dan tidak bertanggungjawab," katanya.
Dalam pada itu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkata, Annuar dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Rajagobal di media.
Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.
"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya di Kuantan.
Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.
Baginda bertitah, Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.
Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM. - Bernama
JAKARTA: Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe, enggan mengenakan jilbab sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan seorang ustaz.
Khabar mengenai usaha ibunya, Sri Wulansih untuk mengahwinkan artis yang penuh sensasi itu dengan seorang ustaz tersebar sejak beberapa minggu lalu tetapi hingga kini, identiti ustaz itu tidak pernah diketahui.
Khabar angin itu mencetuskan tanggapan kononnya Jupe yang sering muncul seksi di khalayak ramai akan mengubah penampilannya, menjadi lebih sopan.
Malah, bekas kekasih Gaston Castano itu mengakui dia diminta ramai pihak untuk berpakaian sopan dan berjilbab.
Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.
"Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan," katanya.
Menurutnya, buat masa ini, dia enggan mengubah penampilannya. Katanya, Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerimanya seadanya, termasuk cara penampilannya yang mendedahkan aurat. - Agensi
p/s: Kelaaasss...jawapan ko Jupeee..! Takut tak sempat pakai udah mampus...naya lu!
Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, berkata skirt yang di atas paras lutut mungkin tergolong dalam definisi bahan pornografi.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai, untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi.
"Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya," kata Suryadharma.
Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam, satu set kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu diwujudkan dan satu daripadanya ialah skirt mini. "Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik," katanya.
Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara, Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008
Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali untuk menguruskan hal operasi harian.
Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP
p/s: Ini punya undang-undang lagi bagus dari hukuman RM25 untuk penari-penari tiang tu la...
There are many movies available in 3D, but how about pizza in 3D? Yes! 3D sensation is now available for your taste buds instead of just your eyes. Give your taste buds a 3D treat today!
Try the new Triple Chicken Sensation from Pizza Hut. Flavourful chicken loaf on a bed of succulent chicken salami, topped with fluffy chicken floss. The best part? You don't have to wear 3D glasses for this.
We're always looking out for gadgets that set themselves apart from the crowd, and there's nothing that says "you've made" it more than a phone which is equal parts luxurious elegance and killer functionality.
The unbeatably stylish LG Prada phone has arrived at our shores, and is now available exclusively with Celcom. Sporting a 4.3" NOVA display, an 8MP rear camera and 1.3 MP front-facing one, 1.0 Ghz dual-core processor and running on the Android 2.3 Gingerbread OS all in a sleek, Prada-embossed casing, this is one phone you'll fall in love with at first sight.
The LG Prada phone is available from Celcom for as low as RM 1,518, and if you're one of the first 100 customers at selected outlets, you stand a chance to get an exclusive Bluetooth headset valued at RM499 too. Get yours today!
Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.
Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.
"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.
"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.
"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya secara eksklusif kepada mStar Online, di sini, petang Rabu.
Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang.
"Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.
"Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya.
Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.
"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.
"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.
Terbaru, Fouziah bakal memulakan penggambaran blok kedua drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua di TV1.
p/s: Pendedahan gambar tersebut dibuat oleh Media Malaya di SINI not HERE
PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar dengan diperkuatkan oleh kehadiran Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, terus pening dengan gelagat dan ketegasan yang dipertontonkan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.
Dalam pada mereka sangat berharap, Azizan akan tunduk dengan tekanan daripada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, Azizan dengan tegas memberikan isyarat kepada ketua mereka itu bahawa Pakatan tidak perlu memandai-mandai di Kedah.
Itu yang berlaku apabila Azizan dengan tegas menolak cadangan PKR dan DAP untuk menambah kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU akan datang. Tidak sahaja cadangan tersebut ditolak mentah-mentah, malahan Jawatankuasa Pemandu yang seharusnya memulakan tugas mereka sebagai Residen Inggeris di bumi Kedah, turut tidak dihiraukan oleh Azizan.
Sebenarnya, serba-salah kumpulan Anwarinas mudah difahami. Sokongan Melayu sebagai majoriti di Kedah adalah penentu segala-galanya. Politik di Kedah tidak boleh mengimport politik MENGHALALKAN SEGALANYA seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan anggota-anggota PARASIT PAS.
Amat mustahil kumpulan Anwarinas dan PARASIT berani bercakap tentang kelancangan Nik Abdul Aziz yang menyamakan Nabi Muhammad s.a.w dengan BUDAK KAMPUNG ARAB BIASA kecuali kerana wahyu dan kerasulan baginda. Mereka tidak akan berani memberitahu rakyat dan pengundi-pengundi di Kedah bahawa Nik Abdul Aziz tersalah cakap tentang perkara itu.
Anwarinas dan PARASIT tidak akan berani membuka mulut tentang Anwar Ibrahim dengan LIBERALISME dan PLURALISME. Beranikah PARASIT-PARASIT PAS Kedah untuk memberitahu setiap pengundi di Kedah, terutama sekali dari kalangan masyarakat Melayu-Bumiputera-Islam bahawa kalimah ALLAH boleh dikongsi dengan penganut-penganut agama lain?
Tentunya Anwarinas dan PARASIT tidak akan mampu untuk memberitahu para pengundi mereka, terutama dari kalangan orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung dan menjadi pengikut totok PAS bahawa PAS dan Pakatan Rakyat membenarkan BIBLE diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan setiap naskhah BIBLE dihantar ke kampung-kampung untuk diperhatikan, dibaca dan dikaji oleh orang-orang kampung berkenaan.
Tidak mungkin kumpulan Anwarinas dan PARASIT PAS berani untuk bercerita bagaimana Pakatan Rakyat menjadi begitu kuat dan penuh strategik kerana mendapat bantuan daripada Zionis Israel, terutama dengan sokongan dan ikrar mempertahankan Israel yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dalam temubualnya dengan sebuah stesen media Britain. Kalau ditanya sekalipun, kumpulan Anwarinas dan PARASIT PAS akan mengatakan semua itu hanyalah fitnah dan tohmahan UMNO-BN semata-mata.
Sebagaimana pengakuan yang dibuat oleh Ambiga Sreevanasan yang begitu disanjungi oleh para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Lembah Kelang, malah amat menyanjungi perjuangan Ambiga Sreevanasan yang ingin menjadikan masyarakat Malaysia mengiktiraf kumpulan LGBT, tidak ada seorang pun PARASIT PAS mahupun geng Anwarinas yang berani bercakap tentang NDI dan KAF yang menghantar bantuan kewangan kepada Pakatan Rakyat.
Justeru, tindakan dan keputusan Azizan yang amat tegas menolak apa-apa sahaja tekanan daripada PAS Pusat yang telah dikuasai sepenuhnya oleh Anwarinas dan PARASIT seperti Mahfuz Omar dan Mat Sabu, tentu sekali akan mengakibatkan Menteri Besar Kedah itu menjadi sama taraf dengan UMNO yang perlu diperangi oleh setiap orang PAS.
Buat masa sekarang, Azizan dilihat semakin berseorangan. Seorang lagi Exco yang sebelum ini dilihat sebagai 'orang Azizan' tetapi sebenarnya merupakan kumpulan Anwarinas yang sengaja dibiarkan agar mendapat kepercayaan penuh daripada Azizan iaitu Amiruddin Hamzah, tidak mampu berselindung dengan jubah tawaddu' apabila dilihat berceramah bersama-sama Anwar Ibrahim di Bandar Baru dan Kulim tidak beberapa hari lepas dalam usaha Anwarinas dan PARASIT PAS menguasai kerusi-kerusi di selatan Kedah.
Bagaimanapun, adalah dijangkakan, Azizan akan sekali lagi menunjukkan ketegasannya yang pasti akan membuatkan kumpulan berkenaan tersandar sambil menepuk dahi kerana tidak menyangka tindakan Azizan yang tidak disangka-sangka.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah tunggu! Parasit PAS patut ke SINI
Aku lihat benda ini dari perspektif sedikit berbeza walaupun tuntutan Dong Zong ini ada diantaranya tidak masuk akal.
Walaubagaimanapun aku respek dengan orang yang mahukan haknya diambil berat dan diberi pertimbangan.
Berbanding pula dengan Nik Aziz yang malu menjadi Melayu kerana Melayu tidak mencerminkan amalan Islam sebenar sedangkan di Malaysia ini semua sedia maklum, andainya seseorang itu dilahirkan Melayu maka Islam ia.
Dong Zong punyalah pulun mahukan bangsanya diberi keadilan dan hak, tapi Melayu sorang ni malu dengan bangsanya sendiri...rujuk SINI bukan SINI..(iklan nih!)
Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) disifatkan amat biadab dan begitu berani mencabar kerajaan dengan pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal dan melampau.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, walaupun pergerakan komunis sudah tiada, pemikiran mereka yang dipanggil ultra kiasu ini masih tebal.
Menurutnya, kelompok ini akan menuntut sebanyak-banyaknya walaupun menyedari kerajaan tidak akan tunduk, namun akhirnya pemberian sedikit oleh kerajaan itulah kemenangan terbesar buat mereka.
"Kerajaan patut sudah tahu strategi ini. Jangan takut dengan ugutan-ugutan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat. Biar kalah tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai.
"Jangan terlalu harap undi daripada kelompok ini hingga maruah tergadai. Pentingkan dahulu agenda kebangsaan. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ini, saya tidak tahu hendak kata apa lagi," katanya.
Katanya, Dong Zong langsung tidak pernah risau sebahagian produk keluaran sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang langsung tidak menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.
"Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan iaitu bahasa Melayu dibincangkan atau dibawa sekali. Ini tidak, semuanya mesti Cina, Cina dan Cina.
"Malah mereka ini menutup kedua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi," katanya.
Mohd Ridhuan berkata, kerajaan perlu tahu sebanyak mana pun pemberian kepada kelompok ini, ultra kiasu tidak akan mengundi kerajaan.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Atory Hussain berkata, kekurangan guru di SJKC kerana kesilapan mereka sendiri yang tidak mengembangkannya.
Katanya, kerajaan sepatutnya tiada masalah menambah guru-guru di SJKC namun tuntutan yang dibuat Dong Zong amat keterlaluan.
"Walaupun tuntutan mereka melampau, namun secara perlahan-lahan kerajaan memenuhinya juga," katanya.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Ahmad Sauffiyan Abu Hasan pula berkata, kerajaan seharusnya menimbang tuntutan Dong Zong ini secara terperinci demi manfaat bersama.
"Saya memahami aspirasi Dong Zong ini, mereka berhak menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan, tetapi tuntutan tersebut haruslah bersyarat," katanya.
Guan Eng hilang sabar? Eleh, dia punya sabar ajer kira, rakyat Pulau Pinang yang kena hambat dalam laut punya sabar dia tak kira!
Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.
Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.
Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.
"Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.
"Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.
Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.
Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.
Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.
Macam biasa, janji-janji manis mula ditaburkan untuk memenangi hati rakyat. Letih dah nak bagi tahu kebobrokan puak-puak Pakatan ni. Rakyat pastinya bijak menilai...
Kalau nak diikutkan, andainya Pakatan memerintah, semua punca pendapatan negara boleh dikatakan akan dihapuskan. Jadi bagaimana pula Bakal Perdana Menteri ini mahu janakan pendapatan negara selain dari pelaburan asing?
Owwh! Maafkan aku, aku terlupa beliau mempunyai sumber-sumber kewangan yang kukuh diseberang laut.. tapi, halal ke tuh?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dihapuskan.
"Pakatan Rakyat berjanji, InsyaAllah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali," tegas Anwar.
Anwar dalam ucapannya berkata, jika GST dilaksanakan, rakyat akan lebih terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang melambung tinggi.
"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata pembangkang perlu duduk semeja dengan kerajaan bagi membincangkan pendekatan terbaik melaksanakan GST.
Menurut Idris, walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.
"Sakit...sakit..." itulah rintihan didengari pengguna jalan raya sebaik mendapati kereta Perodua Kancil dinaiki seorang pondan terbabas dan merempuh pagar sebuah kem tentera di Kota Sentosa, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, kehadiran orang ramai bagi membantu individu terbabit mengundang kejutan apabila mendapati pondan itu yang hanya memakai coli dan berseluar dalam tersepit di tempat duduk depan dalam kejadian jam 12.20 tengah malam.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, 26, dari Jalan Pengkalan Kuap, Kota Samarahan berseorangan ke Kota Sentosa. Pondan klik SINI!
Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan nyaris terbalik sebelum orang ramai menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.
Menurutnya, pelbagai pihak tertanya-tanya motif mangsa yang hanya memandu dengan memakai pakaian dalam.
Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.
"Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.
"Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa," katanya di sini, semalam.
Siapa tidak mengenali ratu kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. Apa sahaja kisah yang berkisar mengenai dirinya, pasti menjadi bualan.Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Zarina pernah mencetuskan kontroversi ekoran gambar seksi di majalah Indonesia pada tahun lalu.
Seakan tidak serik dengan kontroversi yang ada, Zarina sekali lagi mencipta kontroversi baru apabila gambar mesranya bersama penyanyi, Aliff Aziz, dijadikan bahan tohmahan masyarakat.
Namun, sebagai manusia biasa, Zarina tidak pernah menjadikan cerita yang kurang enak itu sebagai halangan dan menganggap itu semua adalah lumrah sebagai selebriti.
Ingin tampil secara terbuka dan mendedahkan perkara sebenar kepada masyarakat mengenai kontroversi demi kontroversi yang melandanya sebelum ini, Zarina menerima tawaran daripada pihak televisyen swasta, NTV7, bagi merungkai kisah peribadinya menerusi rancangan terbaru, Bilik 7.
Jelas Zarina, Bilik 7 adalah platform paling sesuai yang mampu membersihkan namanya yang pernah menjadi tohmahan segelintir pihak.
"Saya memang menunggu saat memberi pendedahan mengenai perkara itu. Ia bukan membuka pekung setiap artis, tetapi di sini kita bakal lihat keikhlasan selebriti yang sanggup mengakui kesilapan secara rela.
"Saya tidak kisah apa orang kata mengenai diri saya. Saya tidak pernah berniat jual tubuh kerana ia adalah sebahagian daripada kerjaya saya.
"Bezanya, semasa fotografi di Indonesia, saya dibayar sedangkan di sini saya tidak menerima apa-apa bayaran. Lebih baik saya menerima bayaran daripada tidak dapat apa-apa langsung," katanya yang turut menerima bayaran besar dari pihak NTV7 untuk rancangan soal siasat itu.
Kata Zarina, secara tidak langsung, Bilik 7 memberi ruang kepada artis yang dilanda kontroversi hebat untuk membela diri dan masyarakat boleh mendengar sendiri kenyataan daripada mulut artis itu sendiri.
Dikendalikan hos terkenal, Richie Rachman, Bilik 7, bakal bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam, mulai 5 April ini,Rancangan 13 episod ini juga menampilkan barisan selebriti terkenal dengan segala jenis kontroversi seperti Azwan Ali, Pian Cecupak, Radhi OAG, Raja Azmi Raja Sulaiman, Lisdawati, Mawi. Melia Aimelia, Natasha Hudson, Ayu Damit, Johan Asari
Tundakahwin, bakalbermadu.
Baru-baru ini, berita mengenai Zarina yang bakal menamatkan zaman bujangnya turut mendapat perhatian masyarakat.Namun, ketika tampil di sidang media Bilik 7, di Sri Pentas Bandar Utama, Zarina memberitahu bahawa hasratnya melangsungkan perkahwinan bulan ini terpaksa ditunda.
"Memang saya ingin segera kahwin, tapi banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami sepakat menundakan tarikh tersebut.
"Jadi, tarikh yang jelas masih belum diperoleh sehingga kami sama-sama berbincang menetapkan tarikh sesuai. Saya berharap, perkara ini tidak perlu dikontroversikan kerana memang kami akan berkahwin tidak lama lagi.
"Saya berharap, perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada timbulnya cerita lain yang kurang enak lagi. Jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini," katanya yang mengakui bakal bermadu.
Enggan mendedahkan gerangan bakal suaminya, Zarina berkata, lebih baik sekiranya orang ramai tidak mengetahui siapa yang bakal menjadi suami nanti untuk mengelakkan sebarang masalah.
"Biarlah ia menjadi satu rahsia buat masa sekarang kerana saya ingin mengelakkan lebih banyak kontroversi lain," katanya.
Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa Barisan Nasional [BN] hanya akan memperoleh tiga negeri pada Pilihanraya Umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.
Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di Temerloh menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.
"Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.
"Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.
"Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR," ujarnya.
Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.
Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.
Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.
"Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.
"Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.
"Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan," tambahnya lagi.
Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.
Dari segi moral dan maruah, sesuatu tuduhan yang dipalitkan kepada seseorang pun boleh dianggap sesuatu yang boleh menjejaskan kredibiliti si tertuduh.
Si tertuduh wajib membersihkan diri samada melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh atau menafikan dengan cara mengemukakan mengemukakan bukti-bukti jelas yang boleh mematikan segala tuduhan tersebut ATAU, bersedia mencabar kebenaran tuduhan tersebut dan cara bersumpah dengan nama Allah dan bersedia menerima apa saja balasan dari tindakan mereka melakukan sumpah.
Ini saja 3 mekanisma atau saluran yang menasabah untuk membersihkan diri dari palitan pertuduhan yang boleh menimbulkan keraguan dan boleh membawa kepada terjejasnya kredibiliti seseorang pemimpin.
Ada lagi cara selain dari itu?
Jika di Jepun ada lain sikit. Jika pemimpin yang disabit pelbagai skandal dan penyelewengan mereka akan meletak jawatan, dan ada yang melakukan harakiri @ tindakan bunuh diri sebagai jalan penebus maruah.
Di kebanyakan negara barat, pemimpin yang disabit, kelazimannya akan meletakkan jawatan sebelum kes mereka dibicarakan. Salah atau tidak bukan persoalan bagi mereka. Salah dari segi undang-undang atau pun moral juga bukan persoalan.
Di Malaysia budayanya juga lain sikit. Mereka tidak memandang ke timur atau pun ke barat. Caranya macam DEB juga, iaitu mengadunkan kedua-dua kaedah.
Itu sebab kita lihat di Malaysia budaya meletak jawatan secara sukarela ini adalah kaedah pilihan terakhir bagi mana-mana pemimpin. Samada pihak kerajaan atau pun pembangkang sama saja.
Jadi pihak pembangkang jangan mendabik dada dan menjadikan kaedah mendesak supaya pemimpin kerajaan meletak jawatan apabila tuduhan atau sabitan moral dan penyelewengan berlaku kepada pemimpin kerajaan.
Malah trend akhir-akhir ini kelihatan pembangkang sudah menyalah gunakan desakan meletak jawatan ini dengan sengaja mencipta pelbagai tuduhan tapi bukti yang dikemukakan amat daif dan tiada kredibiliti. Malah sebahagian besarnya tidak berbukti pun. Mereka hanya kata ada bukti dan akan didedahkan tapi tak juga didedah-dedah.
Contoh terbaru ialaha kegilaan Budak Rafizi tu membuat tuduhan demi tuduhan untuk menjejaskan kredibiliti PM. Selepas melempar tuduhan, keesokan harinya disusuli dengan desakan letak jawatan. Ini saja kaedah yang sedang cuba dijadikan budaya oleh pembangkang. Cubalah kaji bagaimana liciknya mereka menjejaskan kredibiliti setiap pemimpin kerajaan.
TAPI bila sampai ke mata, dipicingkan. Bila sampai ke perut dikempiskan.
Dalam banyak-banyak pertuduhan dalam sejarah Malaysia, pemimpin yang paling terok terjejas dengan pelbagai tuduhan dan sabitan tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Umum mereka sendiri. Sabitan dari segi moral dan undang-undang sama banyak, tapi tak usahkan untuk meletak jawatan. Dia tambah jawatan lagi ada la. Ambik kerusi isteri sendiri sebagai ahli parlimen.
Cuba bukak mata besar-besarlah. Ada ke geng-geng pembangkang ni letak jawatan jika ada isu atau skandal yang membabitkan dia. Lu yang kecing dan berak tak mau cuci, flush jamban pun tak mau, tapi lu yang paling bising pertikai kerajaan gagal urus kebersihan jamban, pasal itu wang sudah kasi seleweng sama kroni. Pundek!
Jadi apa kelayakan pihak pembangkang untuk meletakkan tahap mereka menjadi "tukang desak supaya orang lain letak jawatan"?
Dafuq!! Tiga Penari Tarian Tiang Didenda RM 25 Sahaja??
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
eXception tak pasti apa sudah jadi dengan sistem mahkamah di Malaysia... Mengapa kesalahan dua orang Islam ini dirujuk ke mahkamah sivil?? Tidak di mahkamah syariah... Ini disebabkan terdapat unsur kemaksiatan di dalam kes ini... Undang-undang perlu digubal supaya kes-kes dari mahkamah sivil yang melibatkan maksiat, judi, khurafat yang melibatkan orang yang beragama Islam... Segera dipindahkan ke mahkamah syariah...
eXception faham dengan bidang kuasa mahkamah sivil adalah menyeluruh tidak mengira Islam atau tidak... Jika penari tarian tiang tersebut bukan beragama Islam dan didenda RM 25, eXception tidaklah endah sangat... Tapi jika melibatkan orang Islam... Ianya sesuatu yang memalukan... Apatah lagi hakim yang menjatuhkan hukuman ialah orang Islam sendiri...
Nampaknya undang-undang hudud, qisas dan taqzir sememangnya wajar dilaksanakan di Malaysia jika perkara ini masih berlaku lagi... Fungsi mahkamah syariah dilihat hanya terhad untuk hal berkaitan maksiat dan perceraian sahaja...
Gempar!! Lotong Betina Terlepas Dari Zoo Negara...
Al kisahnya... Nak dijadikan cerita... Segerombolan lotong-lotong bjantan dan betina yang terlepas dari zoo telah menceroboh masuk ke kawasan padang yang telah disewa untuk tujuan melatih budak-budak bermain ragbi... Maka coach yang sedang melatih budak-budak ni bengang la... Mau tak bengangnya... Beruk-beruk ni masuk ke kawasan yang dia sewa semata-mata nak buat demo...
Siap bawak sepanduk 'Children Rights' (minit ke 2:42) tapi sikit pun tak hormat kat budak-budak sedang berlatih...
Macam ni sikap Pakatan Rakyat... Budak kecik pun sudah menyampah sekarang... Sebab tak nampak kematangan langsung... Ikut sesuka tekak masuk ke padang yang orang lain sewa... Inilah namanya bila kaduk dah naik junjung...
Pulak tu ada lak hamlau dok melolong macam lotong... Korang tengok minit la kat 1:23...
Gambar yang dipercayai lotong betina yang terlepas dari zoo...
Apapun terima kasih kepada Malaysiakini kerana berjaya menepek tahi lembu ke muka sendiri dengan menyiarkan video di atas ini... Banyak komen-komen yang mengutuk tindakan beruk-beruk ni yang takde tamadun...
The teacher has all the right to get angry. Yes, you have the right to march, but you have to respect other people's rights as well. The teacher was there before you arrived, and he was not doing anything else but to train the school kids. He is right when he said to control your crowd. Moreover, you said not to shout to the teacher, but who is shouting and provoking ie 1:23? I support the march unreservedly, but please, the teacher is doing his job. so please respect that.
banebittii 1 week ago Ape ke bangang aktivis wanita ni.. dah cikgu tu sewa dulu padang tu.. hormatlah sikit.. budak-budak tu tgh praktice.. jangan la langgar kawasan orang.. benda macam tu pun takleh fikir ke.. kalau nak org hormat hak kita.. kita pun kena la hormat hak orang lain..
tokjeng 1 week ago Tgklah sendiri apa akan berlaku andai PEROSAK KEAMANAN RAKYAT(PKR) ini yg memeritah bumi Malaysia ini..Fikir2kanlah wahai rakyat xkiralah Melayu atau Cina atau India sekalipun...
ghimaakar Somebody said from the shirts worn by the coaches, they're from Bintang Rugby Club. Every weekend they'll conduct free rugby training for kids at Padang Utara PJ.
Respect for the coach on what he has done and hope he continues what he is doing...
To those people who disrespected him and the children there... no you are not helping protecting our rights... you helping your own agenda... same coin, different sides...
foolkiller Salute kepada anda coach..... anda menegakkan hak anda dan anak2 anda.... kita dapat menilai samada yang menjerit2 tu wanita atau betina.... yang pastinya betina2 ni dah sampai tahap bangsat....
fariss03 "we are the leaders of tomorrow"?! Yeah rite! We dont need leaders with this kinda attitude...!
sunainapillai coach who are you man... please add me as your friend ....HAT's OFF TO YOU... A MAN WITH PRINCIPLE!!!!!
drhameeth I respect the teacher. For the activists, if this is the manner shown, haiyooo, your children hopefully not grown up to be monkeys like u.
soulwarriors OOOOHHHHohohohoho....memalukan...diri sndiri menidakkan hak org (kanak2 pulak tu), nk justice konon...demo ni khas untuk kaum wanita tp mane sifat@naluri keibuan seorg wanita!!!!?...hahahahaa...
radzu
Kepada coach Bintang Rugby Club... WA SALUTE SAMA LU!!