Isnin, 9 Julai 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 09 Jul 2012 03:01 PM PDT

 Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum

 

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network


Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 9, 2012

[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.

Muslimeen United

Posted: 09 Jul 2012 01:39 PM PDT

Betul ke neh? Cuba baca apa yang Dr Maza twitt kat atas neh.. Apa jadi negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib berubah dan mengubah. Kalau diperhatikan betul2, apa yang cuba disampaikan oleh dr asri seolah2 ada kaitan dengan apa yang telah berlaku ke atas uncle seekers. Sebab baru2 neh uncle seekers telah ditahan reman selama 4 hari sebelum disambung semula untuk 3 hari tak silap aku menjadikan jumlah keseluruhan hari uncle seekers dan teman wanitanya direman adalah sebanyak 7 hari.

Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini?

Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi 'dadah' jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar.

Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh.

Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat.


Jika kita boleh vote bn out, kita juga boleh vote pr out kalau mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah terlalu lama kita biarkan diri kita ditipu dan dimanipulasi oleh bn takan lah kita masih lagi nak mengharap pada yang tak boleh buat kerja sedangkan kita sudah diberikan satu pilihan yang lain?

Jika dulu boleh larh nak bersikap demikian ketika pas dan dap masih baru, masih belum mampu menyaingi kekuatan bn tetapi sekarang pas, dap dengan kerjasama dan bantuan dari pkr apa yang mustahil telah bertukar menjadi tidak mustahil lagi. Marilah kita sama2 berubah dan cuba melakukan perubahan dengan mengubah kerajaan kita sekarang. Orang kata if you don't try then you don't hope.

Jika kita takut mengambil risiko kita akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Sudah tentu hasilnya seperti yang kita tahu dan sedia jangka. Tetapi jika kita berani mengambil risiko sekurang2nya kita ada peluang sebanyak 50-50. Samada gagal mahupun berjaya. Tetapi itupun lebih baik dari mereka yang tak berani amek risiko. Sebab kita dah tentu2 terbukti gagal 100%.

Fikirkan.
Sumber


YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am, Tuan Guru Timb Al Mursyidul Am, Yb Tuan Guru Presiden, Ust Nik Zawawi Salleh dan Ust Syed Abd Kader al Jofree


Masihkah kita mengatakan Parti PAS sesat?

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Nasihat untuk pejuang

Posted: 09 Jul 2012 11:09 AM PDT

Jangan celik mata terus cari makan. Itu bagaikan haiwan.

Bangun pagi, kita harus ada fitrah Islam – celik mata sahaja ingat pada Allah.
Orang beriman celik mata, sembah Allah dulu.
Sebab apa? Sebab 8 jam tidur kita, kita tak pernah ingat pada Allah.

Jadi bila celik mata, kita mesti ingat pada Allah semula dengan ambil wuduk dan sembahyang.
Serahkan segalanya pada Allah – dan ingat Allah selalu.

Senyum.

:::Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man:::


PDRM ugut isteri mangsa ISA

Posted: 09 Jul 2012 10:48 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar sikap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang mengugut isteri mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Nunurheni Onim supaya menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai 2012. Nunurheni Onim membuat laporan polis ekoran kejadian suaminya, Radzali Kassan dipukul polis semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting.

DPPM merasa kesal kerana PDRM sanggup menjadi ‘kuda tunggangan’sesetengah pihak yang tidak senang berita mengenai siksaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa ISA di ketahui ramai. Ugutan terhadap isteri mangsa ISA menunjukkan PDRM telah menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan rakyat yang tidak berdosa bagi mencari keadilan. PDRM nampaknya lebih gemar membuli rakyat yang kerdil dan tidak bermaya daripada mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Apakah ini bidang tugas yang diberikan oleh kerajaan kepada PDRM selama ini?

Dalam pada itu, DPPM menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai insan ‘talam dua muka’ apabila enggan membebaskan tahanan ISA meskipun telah mengumumkan memansuhkan akta tersebut beberapa bulan lalu. Sehingga ke hari ini, masih ramai lagi tahanan yang merengkok dalam ISA bahkan mereka diseksa dengan seksaan yang tidak berperikemanusiaan. DPPM hairan, bagaimana ada insan ‘tidak berhati perut’ bernama Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Huseein yang sanggup melihat tahanan ISA melancarkan mogok lapar. Bagi mereka, tiada dosa jika membiarkan mangsa ISA mati kelaparan dalam tahanan serta diseksa dengan pelbagai seksaan yang tidak terperi sakitnya.

DPPM merasa kagum dengan kegigihan dan semangat juang yang dipamerkan oleh tahanan ISA. Meskipun tahanan telah melancarkan mogok lapar selama 15 hari dan menghentikannya, namun perjuangan mereka tetap mekar bagi pencinta keadilan di negara ini. DPPM mengharapkan semoga tahanan terus berdoa supaya kezaliman diruntuhkan dan keadilan akan segera tertegak dalam negara ini. Kerajaan BN sesungguhnya telah gagal memenuhi janji mereka memansuhkan ISA dan membebaskan semua mangsa di dalamnya, malah tiada riak sedikitpun mereka untuk membebaskan mangsa dalam masa terdekat.

DPPM menjanjikan komitmen perjuangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanannya serta merta sebaik mendapat mandat selepas PRU ke 13. Hanya kemenangan PR mampu menutup terus Kem Kamunting yang telah meragut kebebasan beribu bekas penghuninya!

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


XPRESI HIJAU ANAK MUDA SELANGOR

Posted: 09 Jul 2012 06:20 AM PDT

Ayuh Anak Muda....jangan ketinggalan...

XPRESI HIJAU ANAK MUDA SELANGOR

Posted: 09 Jul 2012 12:26 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR akan meneruskan kelangsungan momentum Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang telah disemarakkan di seluruh negara bermula daripada negeri Kedah pada 1 Jun 2012 yang lalu dan kini akan sampai ke negeri yang bersempadan dengan Putrajaya iaitu Selangor pada 15 Julai 2012, Ahad bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam di Stadium Kuala Selangor.

Pelbagai aktiviti dan agenda menarik telah disediakan oleh pihak penganjur untuk "Menghijaukan Selangor" dan mempastikan objektif program akan mencapai matlamat serta maksud sebenar penganjuran program.    

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor selaku pendokong utama terhadap penganjuran program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya akan bergandingan dengan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor untuk menunaikan amanah program yang telah diamanahkan oleh Urusetia Induk program iaitu penganjuran program Xpresi Anak Muda yang mendokong dan menyokong aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

Diantara program-program yang akan diadakan untuk Xpresi Anak Muda antara lain bermula jam 4.00 petang akan diadakan perarakan konvoi motosikal daripada 22 kawasan di dalam negeri Selangor yang berjumlah hampir 600 buah motosikal ke tapak program iaitu di Stadium Kuala Selangor. Program konvoi tersebut adalah di bawah seliaan Department of Arts, Culture & Sports (DACS) dan Alternative Riding Club (ARC). 2 NGO Belia yang aktif di dalam bidang permotoran di dalam negeri Selangor.

Seterusnya anak-anak muda belia akan dapat berinteraksi dan berekspresi dengan beberapa orang artis selebriti tempatan yang akan turut bersama-sama di dalam program tersebut seperti Bob Lokman, pelakon dan pelawak terkenal tanahair, Hairie Othman, pelakon filem "Leftenan Adnan", Ali XPDC, Yatt Hamzah dan beberapa orang selebriti lagi. Selain itu akan ada kejutan 'bakat seni terpendam' daripada pimpinan pemuda dan muslimat negeri Selangor di dalam program tersebut.

Antara lain majlis akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Belia untuk pelbagai bidang kepada anak belia Selangor yang telah memberikan jasa dan mengharumkan nama Selangor.

Pidato daripada Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga akan turut 'memanaskan' program selain kehadiran beberapa orang lagi pimpinan Pemuda Pusat dijangka akan memeriahkan dan menyerikan majlis tersebut.

Kemuncak untuk acara Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, Pertahan Selangor Menuju Putrajaya adalah Munajat Perdana yang akan dikepalai oleh pimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan diakhiri dengan Ceramah Umum oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, YB Dr Abdul Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan Menteri Persekutuan dan beberapa orang pimpinan lain.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menjemput kepada seluruh warga belia dan anak-anak muda di dalam negeri Selangor ini untuk hadir beramai-ramai ke program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, Pertahankan Selangor Menuju Putrajaya.

Semoga dengan kehadiran yang ramai akan lebih memeriahkan program yang dianjurkan selain memberikan 'signal' kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa anak muda dan belia Selangor akan tetap kukuh mempertahankan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.  

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
9 Julai 2012

Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS Selangor

Posted: 08 Jul 2012 09:49 PM PDT

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.
Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang."Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya."Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.

Amanah sedia anjur debat PAS-Umno Terengganu

Posted: 08 Jul 2012 09:35 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menyatakan kesediaan menjadi orang tengah bagi menganjurkan satu debat atau dialog terbuka di antara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. 
Koordinator negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah berkata banyak isu-isu mengenai negeri Terengganu tidak dijawab oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) antaranya isu royalti petroleum dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.

(Gambar: Raja Kamarul Bahrin pada sidang media, semalam).

Menurutnya, debat di antara kedua pihak pembangkang dan kerajaan adalah medan yang terbaik bagi rakyat mengetahui penjelasan dari kedua-dua belah pihak tentang isu terbabit.
Katanya debat atau dialog merupakan ciri-ciri demokrasi yang sihat di mana Malaysia sebagai negara yang semakin matang patut mendokong perbahasan dan kebebasan bersuara.

"Tuan Haji Wahid telah meminta Datuk Seri Ahmad Said (untuk) berdebat atau dialog terbuka sepaya isu semasa dapat dibincangkan dan diberi penjelasan di khalayak supaya orang ramai lebih memahami isu yang menjad kemusykilan.

"Ini adalah salah satu ciri demokrasi yang sihat, Malaysia negara yang bertambah matang patut mendukunginya (dengan) kebebasan untuk bercakap (dan) kebebasan melapor oleh pihak media apa jua yang berlaku," ujarnya.

Menurut beliau, antaranya isu penting yang boleh dibincangkan dalam debat tersebut adalah royalti dan hasil petroleum kepada negeri Terengganu dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.
Katanya, baru-baru ini tuntutan mahkamah ke atas lima peratus hasil royalti minyak yang buat oleh kerajaan Terengganu telah ditarik balik dan menimbulkan persoalan dari orang ramai.

"Tuntutan mahkamah yang dibuat untuk menuntut balik 5% royalti minyak telah ditarik balik, ini kembali kepada persoalan wang ehsan, jadi apakah bahagian (share) pendapatan Terengganu kalau kita bergantung dengan ehsan.

"Ini merupakan pertanyaan rakyat Terengganu, apakah sumbangan (hasil) kepada rakyat Terengganu kalau kita tidak menetapkan peratus (bahagian hasil) Terenganu dalam perjanjian," soalnya.
Beliau berkata dalam belanjawan 2012, kerajaan negeri telah meletakkan pendapatan negeri sebanyak 95% adalah dari sumber minyak dan gas.

Oleh itu, katanya, sekiranya kerajaan hanya mengharapkan kepada 'wang ehsan' bagaimanakah belanjawan tersebut akan dikendalikan.

Selain dari isu royalti, Raja Datuk Kamarul Bahrin berkata, rakyat bertanya tentang isu bumbung stadium yang runtuh yang hanya dibersihkan tetapi belum diperbaiki.

"Rakyat bertanya-tanya apakah masa depan, apakah nasib stadium ini? Kalau dah begitu lama bumbungnya runtuh, telah dibersihkan tetapi bilakah stadium itu dapat digunakan semula.

"Ini juga merupakan isu yang berlarutan (dan) tidak ada pendekatan yang lebih positif untuk memberi kefahaman yang sebaik mungkin kepada rakyat," jelasnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Ahad 8 Julai.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM300 juta namun masih bergantung kepada stadium lama yang hanya mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 orang.
Peningkatan sukan bolasepak negeri Terengganu adalah baik, namun kata beliau, adalah sayang kerana stadium baru tidak dapat digunakan.

Katanya, hasil kajian juruperunding bebas yang menyiasat kejadian stadium runtuh telah menyatakan semua pihak bersalah, tetapi tidak ada satu pihak pun yang benar-benar bersalah.

Selain, isu-isu terbabit menurutnya, pihak  pembangkang dan kerajaan juga boleh menggunakan medan debat tersebut sebagai wadah untuk membentangkan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh rakyat pada saat hampir kepada piliharaya umum.

Justeru, beliau berkata Amanah akan menghantar surat jemputan kepada  Datuk Seri Ahmad Said dan Mohd Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. Hrkh

Kartun hina Morsi: Harian Metro didesak mohon maaf

Posted: 08 Jul 2012 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mendesak agar akhbar Harian Metro menarik balik dan memohon maaf di atas penyiaran karikatur yang disifatkan telah menghina Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi.
Karikatur yang disiarkan pada 7 Julai yang lepas telah menggambarkan Dr Mohamed Morsi sebagai 'The Sphinx of Morsi' dengan menukarkan wajah Firaun kepada rupa presiden tersebut serta meletakkan simbol bulan sabit pada puncak piramid.

Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi menegaskan tindakan yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan kepada seorang presiden yang telah dipilih oleh rakyat serta menghina Islam. "Tindakan akhbar tersebut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka malah tidak memandang serius sensitiviti masyarakat Islam seluruh dunia.

"Bagaimana seorang presiden Islam dihina sedemikian dan saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab serta Harian Metro menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka," jelasnya.
Menurutnya lagi, Dr Mohamed Morsi adalah seorang yang menghafal Al Quran namun tindakan menyiarkan karikatur tersebut seolah-olah menyamakan Presiden Mesir itu dengan Firaun.

"Penghinaan ini adalah satu yang amat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas atas penyiaran tersebut.

"Kita tidak mahu disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh Mesir dan mungkin akan menyebabkan timbul ketidakpuasan hati rakyat yang telah memilih Dr Mohamed Morsi sebagai presiden mereka," sambung Adun Meru itu lagi.

Sebelum itu, rakyat Mesir menyambut kemenangan Dr Mohammed Morsi dari Parti Muslimin untuk menjadi Presiden Mesir yang baru. Perjuangan demokrasi di Mesir bermula dengan perhimpunan jutaan rakyat di Dataran Tahrir sehingga bekas Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun digulingkan.





Nizar fail saman Utusan dan TV3 esok

Posted: 08 Jul 2012 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR:Berikutan fitnah Utusan dan TV3 terhadapnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau dijangka akan memfailkan kes jam 11 pagi esok.

"Sidang media akan diberikan selepas menfailkan saman yang akan diketuai oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak itu.

Sebelum ini, Nizar beberapa kali mendakwa Utusan dan TV3 memfitnah beliau berikutan kenyataannya mengenai plat kereta WWW 1.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Sultan Johor telah mendapat plat nombor itu apabila menang bidaan dengan harga tertinggi iaitu RM520,000.Ekoran itu pelbagai pihak mempertikaikannya termasuk Nizar.

Nizar telah membuat laporan polis (gambar) terhadap TV3 yang menuduh beliau mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520 ribu.

"Ia adalah tidak benar kerana saya tidak pernah sama sekali membuat komen di Twitter saya bahawa 'Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1," kata Nizar, bekas MB Perak itu dalam laporan polisnya. Hrkh



Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro

Posted: 08 Jul 2012 11:01 AM PDT

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam!

Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah.

Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM .Nama yang digunakan bagi masyarakat Mesir Kuno untuk menyebut patung ini sama sekali tidak diketahui.

Nama "sphinx" yang biasa digunakan diambil dari nama makhluk mitologi Yunani dengan tubuh seekor singa, kepala seorang wanita, dan sayap seekor elang, walaupun patung sphinx Mesir memiliki kepala laki-laki. 

Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya.

Bagi beberapa orang, dipercayai bahwa nama ini merupakan perubahan kata dari bahasa Mesir kuno Shesep-ankh, sebuah nama yang diberikan kepada patung bangsawan pada Dinasti Keempat. 

Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas),"lebih banyak digunakan. -wikipedia

Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas seperti yang pernah didakwa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib satu ketika dulu?greenboc 



Syarikat Minyak Anak Mahathir Monopoli Bekal Minyak kepada MAS

Posted: 08 Jul 2012 10:54 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.

"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung."(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.

"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.

Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mkgreenboc 


Setiap Hari Haramjadah Menimpa Najib Akibat Enggan Tarik Balik Haramjadah Kepada Rakyat

Posted: 05 Jul 2012 11:18 PM PDT

Asal Bukan Najib - Interpretasi Kekecewaan Terhadap Pentadbiran Perdana MenteriSelepas menerbitkan dua buah buku kontroversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”

Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.

Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).

“Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib,” jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib,” tegasnya lagi.Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.“Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah.

”Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.

“Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.

“Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang,” tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.Bekas wartawan ini juga menjelaskan,” kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik.

”Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa “sayang kepada parti” yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.

“Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab “sayang” itu, mereka tetap bersama Umno,” tambahnya lagi.“Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi,” tegasnya.

Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang ‘Mengepung’ Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.“Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat,” katanya lagi. -TMI


Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Selangor

Posted: 05 Jul 2012 01:37 PM PDT


PEMUDA PAS SOKONG TINDAKAN KERAJAAN NEGERI SAMAN MCA

Posted: 05 Jul 2012 01:12 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melahirkan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengambil tindakan saman terhadap MCA berhubung dakwaan penyelewengan RM 1 billion untuk menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn. Bhd.

Tindakan ini diambil kerana dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum daripada itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri untuk mengemukakan pembuktian terhadap dakwaan penyelewengan tersebut tetapi masih gagal untuk berbuat demikian.   

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju supaya tindakan tegas ini di ambil  dengan kadar yang segera bagi menjadi iktibar pengajaran kepada pihak MCA, Barisan Nasional dan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab supaya tidak secara sewenang-wenangnya menabur dan menghamburkan fitnah terhadap Kerajaan negeri semata-mata untuk kelangsungan agenda politik sempit mereka. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat pihak MCA cuba untuk menjadi populis dengan agenda politik fitnah murahan.

MCA yang semakin ditolak oleh pengundi di Selangor di lihat semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat walaupun terpaksa bergantung dengan isu-isu yang kabur dan berunsur fitnah.  Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan pihak MCA dan Barisan Nasional supaya tidak lagi mencetuskan isu-isu yang berunsur fitnah dan kabur sebaliknya bertukar kepada perubahan politik yang lebih sihat berdasarkan hujjah ilmiah dan pembuktian isu yang sahih.

Janganlah disebabkan kebencian di atas kekalahan di dalam pilihanraya umum lalu maka segala tindakan yang diambil bukan disebabkan keperluan dan kehendak rakyat tetapi semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. 

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Dr Muhammad Mursi & Kebangkitan Islam

Posted: 05 Jul 2012 01:07 PM PDT





Siapa Presiden Mesir Sekarang -2012

Posted: 05 Jul 2012 12:40 PM PDT

Biodata Pof Dr. Muhammad Mursi.

Dr Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam.

Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu.Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975.

Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

--------------------------------------------------------------

Dakwah dan PolitikDr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam.

Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

--------------------------------------------------------------

Penjara dan PenangkapanDr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas.

Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah.


The Store Buat Promosi Carlsberg-Ramadhan Sale

Posted: 05 Jul 2012 12:04 PM PDT

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. 


Xpresi Rakyat - Dunia Muzik Kita

Posted: 22 Jun 2012 04:04 AM PDT


Selepas kejayaan penganjuran Xpresi Rakyat edisi indoor di Stadium Tertutup Serdang Jaya....

Kepada semua, dijemput hadir ke Program Xpresi Rakyat edisi outdoor,anjuran Dewan Pemuda Pas Puchong dgn kerjasama PKM Dun Seri Serdang & JKP Zon 13. 

Tarikh : 24Jun 2012 (Ahad)
Masa  : 9 malam
Tempat : Dataran Tasik, Puchong Perdana.


Program kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis terkemuka tanahair seperti Pelakon veteren Ust Helmi (PUJ) & Pak Jabit (watak dlm Hantu Kak Limah Balik Rumah). Mereka akan membuat persembahan Sketsa Rakyat.

Turut akan memeriahkan program, bekas penyanyi kumpulan Wings, Mel Wings dan Ali XPDC. Mereka akan membuat persembahan pentas dan juga Talk-Show bersama Sdr Bob KP.

Tajuk Talk-Show dan juga tema keseluruhan kali ini adalah "Dunia Muzik Kita".

Kami menjemput semua warga negara untuk hadir beramai2 bersama keluarga dalam program santai ini.


Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Posted: 09 May 2012 03:20 AM PDT


"1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS  serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.

2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.
 
3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya  BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah
 
4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu  [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing.
 
5.  Tentatif  Program.
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa
 
Sabtu [ 12 May 2012 ] 
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ]
 
Lokasi : Markaz Tarbiyah  PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.
 
Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh negara.
 
Sekian Terima Kasih.
 
Nasrudin bin Hassan 
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 

Xpresi Rakyat ~ tribute to Bersih

Posted: 09 May 2012 02:25 AM PDT

Pada tanggal keramat 28 April 2012, telah tercatit satu lagi catatan penting sejarah politik tanah air kita, apabila rakyat sekali lagi berkumpul di tengah Kuala Lumpur dalam menuntut kepada Kerajaan Malaysia supaya diadakan Pilihanraya yang telus,adil dan bersih. Maka perhimpunan aman melalui BERSIH 3.0 digerakkan dengan tema "Duduh Bantah" di Dataran Merdeka telah mendapat sambutan amat hebat daripada rakyat Malaysia dengan ratusan ribu rakyat yang hadir, namun telah mendapat layanan terburuk daripada Kerajaan Malaysia. Dimana rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki di Dataran Merdeka,bahkan telah dibelasah dengan begitu dasyat oleh anggota polis, diprovok dan lebih menyedihkan apabila peserta himpunan telah difitnah dengan pelbagai tohmahan kononnya perhimpunan aman telah bertukar kepada perhimpunan ganas dan cubaan menggulingkan kerajaan dengan cara yang rusuhan jalanan.

Justeru Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) menzahirkan rasa kekesalan dan kekecewaan atas apa yang berlaku khususnya keganasan dan kezaliman pihak polis yang telah dipergunakan oleh Kerajaan Umno & BN dalam usaha menyuraikan rakyat dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0.  

Program "Xpresi Rakyat" trubute to Bersih merupakan luahan anak-anak muda & rakyat yang cintakan Malaysia, daripada terus dikuasai oleh pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan zalim. Ekspresi Rakyat akan diadakan pada 13 Mei 2012 (Ahad), bertempat di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.

Xpresi Rakyat akan bermula dengan Solat Isyak berjemaah, disusuli dengan Solat Hajat Perdana, Persembahan Sajak, Sketsa Perjuangan dengan penampilan istimewa daripada Bob Lokman dan Dato Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan persembahan multimedia. Selain itu Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Al-Fadhil Ust Hasbullah B Mohd Ridzwan, akan turut berucap bersama dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Al-Fadhil Ust Nasrudin Hassan Tantawi.

DPPNS dengan ini menjemput seluruh warga Malaysia, khususnya anak-anak muda dan rakyat seluruhnya yang cintakan keadilan dan keamanan, sama-sama menghadiri dan menyertai Program Xpresi Rakyat ini sebagai tanda penyerahan diri sepenuhnya kita kepada Allah swt, dan membawa mesej yang jelas kepada kerajaan rakus Umno Barisan Nasional bahawa anak-anak muda tidak lagi rela berada dibawah kepimpinan rejim yang zalim dan sering menindas rakyat.

Ekspresi Rakyat ~ tribute to Bersih.

Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara

Posted: 20 Apr 2012 06:51 AM PDT


Global Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini.

"Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan.

Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN.

Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini.

Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib.

Talam dua muka

Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat.

Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya.

Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara.

Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan.

"Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih.

Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita.

Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia.

Rali bersejarah

Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi.

Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan

Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka.

Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia.

Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini.

Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya.

Kepimpinan masyarakat sivil

Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas.

Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi.

Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan.

"Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne.

Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik

Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular.

Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma.

Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib.

Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini. Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. -Malaysia Chronicle

Ketua Samseng Jalan Kebun Salam Cium Tangan Hassan Ali...Serang Mahasiswa

Posted: 20 Apr 2012 06:50 AM PDT

Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali ?

Kenyataan Terbuka
19 April 2012

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.



Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.
Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim
Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.
Ini penjenayah jalan kebun
Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam


Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?
Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN'
Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...



Samseng Serang Mahasiswa di Dataran Merdeka 19/4/2012

Posted: 20 Apr 2012 06:42 AM PDT

 
Samseng yang sama menyerang Ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam


Awas cara Terengganu tawan Selangor

Posted: 17 Apr 2012 08:58 AM PDT

Bersih 3.0 perlu dan mesti - Presiden PAS

Posted: 17 Apr 2012 08:54 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.

Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.

"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.

Himpunan tersebut akan diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.

"Mereka juga tidak menghormati pandangan-pandangan yang berhujah dengan menggunakan pandangan majoriti tanpa hujah yang kuat.

"Ini bukan cara demokrasi yang adil," kata presiden PAS itu. -Hrkh

KASEH ke 5 dalam Harakah

Posted: 17 Apr 2012 08:42 AM PDT

Pengikut