Selasa, 6 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 06 Aug 2013 03:28 PM PDT

Apabila Datuk Seri Najib menyeru kepada Islam

Posted: 06 Aug 2013 04:20 AM PDT

Mohammad Faizal Che Yusof,

Teruja? Memang teruja bila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru untuk rakyat menerokai kandungan kitab suci al-Quran dengan membaca dan memahami ayat demi ayat seterusnya mengajak umat Islam menjadikan generasi sekarang sebagai generasi al-Quran.

Memetik daripada laporan Bernama 5 Ogos 2013 sewaktu merasmikan pusat percetakan Mashaf al-Quran di Kuala lumpur, antara lain beliau menyebut, "Jadikanlah pembacaan al-Quran itu sebagai budaya kita, mudah-mudahan kita akan memperolehi keberkatan dan petunjuk,".

Biarlah entah berapa kali kata-kata sedemikian telah dilontarkan oleh Datuk Seri Najib, saya tetap teruja dengan gesaan tersebut. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, saya mendoakan kata-kata yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut mampu menusuk ke jantungnya, tertanam di lubuk hati beliau yang paling dalam untuk beliau mendahului yang lain melaksanakan dan mengotakan apa yang dikata.

Biarlah ucapan beliau tersebut umpama manisnya kempen pilihan raya, itu tidak kisah. Nama pun ahli politik. Apatah lagi laporan tersebut juga dipautkan dalam ruang politik.

Mendahului gesaan tersebut sehari sebelumnya, dalam ucapan beliau di Pekan, Datuk Seri Najib telah menyeru agar seluruh umat Islam di negara ini bersatu dengan mencari titik pertemuan biarpun berbeza ideologi politik. Beliau nyatanya sedar bahawa politiklah antara punca membawa kepada umat Islam di negara ini berpecah lantaran gagal memahami al-Quran dan menhayati isi kandungannya.

Sejurus selepas Pilihan Raya Umum PRU 13 lalu, seorang ulama Umno ada menyebut kepada saya. "Alangkah baiknya apabila orang-orang PAS masuk Umno. Orang-orang PAS ni baik. Mereka berpegang kepada Islam. Masuk Umno, dakwahlah orang-orang dalam Umno supaya semua orang Umno jadi baik dan berpegang kepada Islam".

Satu persoalan yang boleh kita fikirkan, adakah perpecahan itu secara mutlaknya salah? Mari kita renung satu perumpamaan ini. Sepohon pohon jati ditebang. Dikerat dan dipotong batangnya. Maka pohon jati yang tadinya satu dan bersatu kini telah pecah dan terpisah.

Apakah kebaikan hilangnya kesatuan pohon jati tersebut? Akhirnya pohon jati yang dipecah dan dikerat tadi disatukan dengan pelbagai rupa bentuk yang dinamakan perabot dan pelbagai binaan.

Perbezaan pendapat dan perpecahan kesatuan itu adalah lumrah alam yang telah ditentukan Allah. Justeru, terpulang kepada kitalah untuk mengurus perbezaan dan perpecahan tersebut agar kebaikan akhirnya diperoleh.

Apabila politik dikatakan menjadi punca kepada perpecahan umat Islam, ia bukanlah menjadi masalah besar jika kita kembali kepada apa yang difirmankan Allah SWT agar kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Tidak perlu timbul gesaan untuk orang PAS masuk Umno kerana PAS sendirinya akan hilang apabila Umno ikhlas melaksanakan dan menegakkan hukum Allah. Itulah jaminan PAS sebagaimana yang sering disuarakan oleh Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Aziz Hj Nik Mat, mantan menteri besar negeri Kelantan.

Datuk Seri Najib pastinya sedar selama ini siapa yang menjadi mangsa kepada perbezaan ideologi politik ini. Siapa yang teraniaya dalam banyak isu apabila berbeza politik. Siapa yang dinafikan pelbagai hak apabila berbeza politik. Tentunya tiada individu muslim yan gakan menolak apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan langkah untuk benar-benar memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran secara menyeluruh dan tidak terpilih.

Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri seharusnya sedar dan faham apabila seruan kepada Islam dilaungkan, ia bermakna setiap individu muslim atas apa jua kapasiti wajip tunduk kepada setiap inci perintah dan larangan Allah dan sedia dipertanggungjawabkan pada hari mahsyar kelak.

Menyeru kepada Islam bermakna kesediaan permerintah menyediakan keperluan kepada setiap hamba rakyat, tidak terhad kepada mereka yang kita sayangi, bahkan juga kepada rakyat miskin, golongan OKU, permudahkan perjalanan rakyat yang bermusafir bukan kesulitan pelbagai saman  dan keperluan mereka yang bukan beragama Islam.

Menghayati al-Quran bermakna setiap janji mesti dikota, tiada lagi pengkhianatan atas apa jua alasan dan tiada lagi diskriminasi terhadap rakyat atas apa jua justifikasi.

Justeru, Datuk Seri Najib wajar memulakan langkah untuk rakyat sama-sama faham dan terus menghayati setiap isi kandungan al-Quran. Lunaskan setiap janji pilihan raya, tunaikan segala persetujuan termasuklah perjanjian royalti dan petroleum antara Petronas dan kerajaan negeri, pastikan rakyat menikmati pembangunan negara meskipun tidak menyokong Umno, benteras dan perangi setiap jenayah termasuk amalan rasuah.

Jika gergaji dan kapak yang menebang dan memecahkan pohon jati, gergaji dan kapak jugalah menyatukan kayu jati. Demikianlah halnya apabila politik dikatakan memecah belahkan rakyat, politik jugalah alatnya menyatu padukan rakyat.

Sekali pemimpin sedia melaksanakan keadilan, seribu kali rakyat yang cintakan Islam akan bersama. Sebaliknya, satu langkah menafikan keadilan, seribu penentangan bangkit menolak kepimpinan. Moga Ramadhan 1434H meninggalkan bekas-bekas takwa untuk bekalan menempuh hari mendatang buat Malaysia yang tercinta.

Dakwat kekal juga boleh diguna pada Hari Raya

Posted: 06 Aug 2013 04:18 AM PDT

 
KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya dakwat kekal bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

"Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya," tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada di ambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu ringgit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira di hari raya ini. Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentulah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabia mendapat duit raya seringgit dua dari kita. Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?

Kawan saya itu berjenaka, "Itulah, saya ingat saya hendak pergi ke SPR sahaja untuk mendapatkan dakwat kekal dari Suruhanjaya itu." Bila saya tanya apa kena mengena dengan dakwat kekal dengan duit raya itu dia menjawab, "Ialah…apabila anak-anak saudara atau kanak-kanak kampung datang menerima duit raya, kita suruh dia celup jari telunjuk mereka ke dalam dakwat kekal tu supaya kita dapat mengenali siapa yang sudah menerima duit raya dan siapa yang belum menerimanya!" Jawapannya ini amat menggelikan hati saya mendengarnya.

Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakanlah semasa Hari Raya. Kepada pemimpin UMNO pula dakwat ini boleh digunakan untuk mempastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal.

Didik Chetz, bukan hukum di media

Posted: 06 Aug 2013 04:14 AM PDT


Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum. Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu.

Chetz mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya. Video memuatkan video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia.

Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

Wajarkah Chetz dicemuh sebegitu rupa di media sehingga menimbulkan kemarahan melampau pada beliau seolah-olah beliau sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan?

Sebagai pelatih anjing, diyakini sekurang-kurangnya Chetz pernah menyelamatkan sebilangan anjing-anjing yang sedang kebuluran dan pernah berkata-kata baik dan melakukan benda baik dalam hidupnya, dan ada orang yang pernah mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Atas nilai ini sahaja wajar dipuji kerana majoriti manusia di dunia ini tidak lagi boleh bersifat sedemikian.

Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?

Tak salah orang Islam memiliki anjing, tapi mesti kena pada caranya dan mengenali cara untuk menghindari diri daripada perkara yang haram dan belajar membersihkannya menurut kaedah syarak. Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah. Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan niat menghina Islam.

Tidak dinafikan ada umat Islam yang tersinggung dengan perbuatan Chetz, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, saya mengesyorkan agar umat Islam di Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan Chetz untuk memaafkan beliau.

Mungkin ada pihak yang baik hati boleh memuatkan pula satu video untuk mengajar umat Islam mengenai anjing, dan cara membersihkan najisnya untuk tujuan mendidik daripada terus mencemuh Chetz.

Barangkali juga kalau ada yang sanggup mengambil risiko untuk memuatkan video seseorang Muslim menerima duit rasuah lalu diambilnya duit itu untuk memberikan sedekah kepada mereka yang susah dan alim, dan melihat apakah ia akan menimbulkan reaksi yang sama seperti video Chetz?

Jika ya, bagus, kerana ini menunjukkan perubahan pada umat Islam untuk melihat perkara yang haram pada nada yang sama. Jika tidak, tepuk dada tanya iman, apakah sikap dwi-standard umat Islam pada perkara yang haram ini telah menghina Islam itu sendiri kerana melanggar syariat Islam yang utama ialah  berlaku adil dalam semua perkara?

Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina Islam.

Apakah bilamana pemimpin negara yang melakukannya maka ianya dibolehkan tetapi apabila rakyat marhaen yang melakukannya seluruh media dan institusi agama mengecamnya? Mari kita didik rakyat agar lebih memahami tuntutan agama dari kita mencemuh mereka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Warga kota mula tinggalkan ibu negara

Posted: 06 Aug 2013 04:11 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Menjelang Aidilfitri yang dijangka diraikan Khamis ini, warga kota mula beransur meninggalkan ibu negara hari ini untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Ramai warga kota turut mengambil kesempatan untuk bercuti panjang memandangkan Aidilfitri tahun ini serentak dengan cuti persekolahan.

Tinjauan Bernama mendapati ramai warga kota memilih pengangkutan awam termasuk kereta api dan bas untuk ke destinasi mereka.

Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antarabandar Mohd Noordin Kimi berkata tiket bagi KTM Ekspres sudah banyak dijual manakala tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) masih lagi dijual.

"Tiket bagi ETS sentiasa ada berbanding tiket KTM Ekspres yang terhad.

Setakat ini, hanya 3,000 tiket daripada 33,000 yang ditawarkan KTM Ekspres yang belum dijual," katanya kepada Bernama.

Beliau yakin semua tiket akan habis dijual seperti tahun sebelum ini kerana ramai yang memilih pulang pada saat-saat akhir.

KTM juga menambah daripada 18 tren kepada 22 tren untuk ETS bagi memudahkan perjalanan dari Kuala lumpur ke Ipoh dan Ipoh ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang pelajar Institut Perguruan Kota Baharu, Syuhaida Sulaiman, 22, berkata beliau menggunakan perkhidmatan ETS untuk pulang ke Ipoh kerana ia cepat dan selesa.

"Saya telah beberapa kali menggunakan ETS kerana ia mempunyai banyak kemudahan termasuk kafeteria dan televisyen," katanya.

Di Hentian Putra, penjawat awam Nurul Husna Mohd Hamdan, 26, berkata beliau dan keluarganya akan pulang ke Dungun, Terengganu.

"Ini adalah kali pertama kami sekeluarga menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Kami membeli tiket pergi-balik kerana ia lebih senang, jimat kos dan tidak perlu memikirkan kesesakan jalan raya," katanya.

Pelajar Univerisiti Malaya Zaidatul Akma, 23, yang ditemui di Pudu Sentral di sini berkata beliau membeli tiket ke Taiping, Perak sebulan lebih awal sebelum Aidilfitri pada setiap tahun untuk mengelak kehabisan tiket. - Bernama

Maklumat keganasan: Koperal dipenjara 7 tahun

Posted: 06 Aug 2013 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.

Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.

Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.

Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas  Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. - Bernama

Rakyat dipelawa hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor

Posted: 06 Aug 2013 04:05 AM PDT


PKNS OpenHouse_Poster 21x15in-page-001
SHAH ALAM : Rakyat Selangor dijemput menghadiri Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari raya pertama ini.

Majlis berkenaan dijadual berlangsung di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 11 pagi sehingga dua petang.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat negeri ini boleh menggunakan peluang itu untuk beramah mesra bersama pimpinan kerajaan negeri.

"Saya berharap rakyat dari pelbagai kaum datang ke Rumah Terbuka ini dan menggunakan peluang untuk beramah mesra dengan barisan Exco Negeri Selangor di samping mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita," katanya.

Pada sambutan sama tahun lalu, seramai 20,000 rakyat berbilang kaum menghadirinya.-FZL

Puad Zarkashi mahu pertahan jawatan dalam MT

Posted: 06 Aug 2013 04:00 AM PDT

JOHOR BAHRU - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi bersedia mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini untuk meneruskan agenda dan perjuangan parti.

Biarpun tidak lagi menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, ia tidak menghalangnya untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

"Jawatan dalam Kabinet bukanlah tiket penting untuk menjadi anggota MT dan tidak semestinya mereka ada jawatan sahaja layak untuk bertanding, yang penting kita berani, ada idea dan mempunyai pandangan alternatif untuk kita sampaikan kepada parti dan kerajaan.

"Saya hendak mempertahankannya bukan sebab hendak panaskan tempat duduk dalam MT tetapi saya mahu menjadi seorang MT yang mampu menyemarakkan nilai tinggi dan menjadi suara kepada akar umbi," katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat turut menyifatkan MT sebagai satu platfom penting untuk mempengaruhi bukan sahaja dasar parti tetapi juga kerajaan.

Mohd Puad berkata, sejak dilantik MT sepenggal yang lalu, beliau amat berpuas hati dengan pencapaiannya yang banyak membangkitkan isu-isu bukan sahaja mengenai parti tetapi juga orang Melayu sehingga dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara di kalangan lawan dan kawan.

Mengulas tentang format baharu pemilihan Umno kali ini yang memberikan kuasa kepada 15,000 perwakilan untuk menentukan pimpinan parti, Mohd Puad berkata perubahan itu akan menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang lebih telus dan akan terus releven.

"Saya optimis perubahan ini akan menjadi Umno parti yang lebih mudah melahirkan pemimpin pelapis baharu kerana akar umbi diberi hak untuk memilih pemimpin yang mereka yakini mampu mengemudi parti.

Menurutnya perubahan itu juga menunjukkan Umno sebagai sebuah parti yang berani menghadapi perubahan dan pemimpin-pemimpinnya juga tidak gentar jawatan yang disandang dipertandingkan dengan lebih terbuka.

Dalam masa yang sama beliau turut mengharapkan mereka yang terpilih menjadi pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian, mahupun menjadi MT serta naib presiden supaya terus memperjuangkan Umno.

"Umno adalah parti perjuangan yang lahir dan terus bernyawa kerana ada matlamat perjuangannya. Siapa yang terpilih nanti kita harap mereka bukan sahaja mewarisi kepimpinan tetapi juga mewarisi dan memahami perjuangannya kerana jika tidak kita khuatir Umno akan tumbang suatu hari nanti," katanya. - Bernama

3 ditahan kes tembak Najadi

Posted: 06 Aug 2013 03:55 AM PDT

MALAYSIA KINI

Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita semalam berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 27 Julai lepas.

NONEKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah (kiri) berkata lelaki berumur 42 tahun yang dipercayai berada bersama suspek utama kes itu ketika kejadian, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 10 malam tadi.

"Sebelum itu, polis membuat serbuan di rumahnya di Selangor. Bagaimanapun, lelaki itu tiada di rumah. Namun, pada kira-kira 10 malam, dia menyerah diri," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata dua wanita berumur 47 dan 61 tahun, yang merupakan pemegang amanah tokong Cina berhampiran lokasi pembunuhan, ditahan pada 1.30 tengah hari semalam di sekitar kawasan itu bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, penahanan dua wanita itu dijangka dapat memberi maklumat penting berhubung motif pembunuhan.

"Kami difahamkan, Hussain terlibat dalam rundingan supaya tanah tokong itu tidak diusik, dijual atau dirobohkan. Maknanya mangsa cuba menyelamat atau melindungi tokong itu.

"Namun, ini hanyalah maklumat awal. Siasatan lanjut akan kita jalankan bagi mencari motif sebenar kes pembunuhan ini," katanya sambil menambah isteri Hussain belum dapat memberi keterangan berikutan kecederaan yang dialami dalam kejadian tembakan itu.

Sementara itu, Ku berkata pemandu teksi yang ditahan Selasa lepas di Sri Petaling menunjukkan polis sebuah rumah di Brickfields sebelum polis menemui pistol jenis Walther 9mm di dalam peti surat rumah itu.

"Bagaimanapun, pistol itu tidak digunakan dalam kes pembunuhan Hussain," katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai membantu menjejaki suspek utama kes itu, Kong Swee Kuan, 44, yang sebelum ini dikenali sebagai Sei Ngan Chai atau Ah Chian (nama samaran).

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari tokong Cina di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur.

Hussain terkena dua das tembakan di dada dan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.- Bernama

Peguam: Jakim tiada hak panggil jurulatih anjing

Posted: 06 Aug 2013 03:53 AM PDT

MALAYSIA KINI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya sebuah badan pentadbir dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memanggil jurulatih anjing Maznah Yusof atau "Chetz" tampil di hadapan mereka.

NONEJusteru itu, peguam kepada Maznah, N Surendran dan Latheefa Koya (gambar kiri) berkata, Maznah tidak tertakluk sama sekali dengan perintah badan itu.

"Kami seterusnya menegaskan, sebarang arahan oleh Jakim bagi memaksa Chetz hadir menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan," kata mereka dalam kenyataan semalam.

Jakim semalam dilaporkan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan lanjut diambil terhadap Maznah berhubung video hari raya kontroversinya bersama tiga ekor anjing.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepadanya.

Pemilik Facebook hina Kristian & Jesus dikesan

Posted: 06 Aug 2013 03:49 AM PDT

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, pemilik laman sosial Facebook yang menghina agama Kristian dan Jesus sudah dikesan.

Anggota Parlimen Ranau itu berkata, identiti pengendali itu dikesan setelah pihaknya mengambil maklumat penuh profilnya di Internet daripada Cyber Security, agensi pakar keselamatan siber kementerian.

NONEMenurut kenyataannya lewat malam tadi, siasatan juga mendapati, terdapat beberapa orang disyaki mengendalikan laman itu dan seorang daripadanya beralamat di Gombak, Selangor.

Ewon (kiri) berkata, laporan polis juga dibuat di Kota Kinabalu kelmarin ekoran artikel yang dimuat naik ke Facebook dikenali "Semenanjung Malaysia Anti Sabah & Sarawak" yang disifatkannya biadap, berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Menurut Ewon, ia antaranya menyiarkan gambar Jesus yang digantung pada tiang elektrik, yang baginya cuba mencetuskan hubungan tidak baik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di laman itu mendapati ia menerima sebanyak 584 "like" setakat tengah hari tadi.

Ia dipenuhi dengan kata-kata cacian serta gelaran binatang terhadap masyarakat di Sabah dan Sarawak dan agama Kristian.

Selain memaparkan gambar Jesus digantung pada tiang elektrik, ia turut memuatkan gambar seekor katak dan monyet yang disalibkan.

Laman ini sudah tidak dapat ditemui apabila tinjauan dilakukan semula dua jam kemudiannya.

Kewujudkan laman itu mengundang kecaman hebat pengguna Facebook yang rata-rata tidak senang dengan pendekatannya, termasuk penganut agama lain, termasuk Islam.

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya

Posted: 06 Aug 2013 03:47 AM PDT

 

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

NONE"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Tony Pua : Amaran Kepada PM Jangan Hukum Rakyat Dengan GST

Posted: 05 Aug 2013 10:19 PM PDT


tony-pua

SHAH ALAM  : Setiausaha Publisisti DAP, Tony Pua berkata Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menghukum rakyat dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) sedangkan gejala rasuah, pembaziran dan ketirisan dibiarkan.

Sedangkan kerajaan sendiri yang menyebabkan Malaysia mengalami bajet defisit selama15 tahun dengan hutang yang melambung tinggi.

Dalam masa yang sama 85 peratus daripada rakyat negara ini tidak memperolehi pendapatan yang layak bagi membolehkan mereka membayar cukai.

Sehubungan itu, DAP memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan kedudukan negatif Malaysia dalam analisis 'Fitch Ratings' sebagai alasan melaksanakan GST.

"Langkah itu mungkin sesuai bagi tempoh jangka masa pendek seperti 'panadol' buat Malaysia namun ia pasti gagal mengubati 'kanser' dalam kewangan Malaysia.

"GST hanya bertindak menunda krisis dengan meningkatkan hasil kerajaan, namun jika kerajaan terus membazir dengan amalan kronisme dan rasuah, tiada jumlah cukai yang dapat menampung perbelanjaan negara," tegas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mengambil contoh negara Greece, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, negara Eropah itu tetap gagal mengatasi masalah kebankrapan sekalipun dengan mengambil langkah memperkenalkan GST pada kadar 23 peratus.

"Lebih banyak cukai dikutip, lebih banyak ketirisan akan berlaku.

"Sebaliknya, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan seperti mengurangkan pergantungan pembiayaan liabiliti luar jangka, mengamalkan tender terbuka serta meningkatkan ketelusan di semua peringkat proses belanjawan kerajaan untuk memerangi rasuah," tambahnya lagi.

Selangor sasar 20,000 unit rumah mampu milik

Posted: 05 Aug 2013 10:16 PM PDT

Projek ini juga mampu menstabilkan permintaan rumah kos rendah yang semakin berlebihan. 

SHAH ALAM: Selangor mensasarkan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dengan harga tawaran sehingga RM150,000 dapat disediakan dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara lokasi pembinaan sesuai yang dikenal pasti termasuk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang dan Kajang.

Projek rumah mampu milik itu akan dilaksanakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama syarikat

mega termasuk Sime Darby, SP Setia, IOI Properties serta syarikat pemaju hartanah lain.

"Kita percaya dengan adanya pembikinan rumah mampu milik tetap dengan harga tidak melebihi RM150,000 akan menstabilkan harga hartanah di Selangor," katanya selepas memperngerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, hasil perbincangan dengan kerajaan negeri dan industri mendapat respon positif kerana pihak pemaju berpandangan 'penawaran dan pembelian' di Selangor masih belum ditahap stabil.

Katanya, projek ini juga mampu menstabilkan permintaan rumah kos rendah yang semakin berlebihan.
"Mereka bersetuju dan ingin ubah konsep rumah kos rendah kepada rumah mampu milik," katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri mengumumkan pemberian sumbangan kepada pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee yang meninggal dunia akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China, pada 28 Julai lalu.

Exco Sukan,Belia Dan Adat Resam Melayu Dr Ahmad Yunus Hairi berkata RM5,000 jumlah sumbangan  itu akan diserahkan kepada keluarga mendiang.

Beliau turut mengumumkan pemberian insentif kepada atlet olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih emas dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Lyon, Perancis Julai lalu.

MB disaran tidak bertanding ahli majlis tertinggi Umno

Posted: 05 Aug 2013 10:14 PM PDT

Mereka selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri secara automatik akan dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata semua Menteri Besar tidak perlu bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini.

Katanya, mereka selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri secara automatik akan dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.

"Oleh itu saya rasa mereka tak perlu bertanding," katanya dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT di sini Jumaat lalu.

Menurut ahli majlis tertinggi Umno itu, perwakilan biasanya akan memilih menteri terlebih dahulu di peringkat pertama, di peringkat kedua mereka mengundi timbalan menteri dan menteri besar dan di peringkat ketiga baru orang yang tidak ada jawatan.

"Kali ini saya masuk bertanding di peringkat ketiga, tak ada jawatan dalam kerajaan," katanya yang berharap perwakilan dapat mengundinya untuk terus bersuara dalam majlis tertinggi.

Saifuddin mengakui bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan, ia akan menjejaskan undi beliau tetapi dengan pertolongan kawan-kawan dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dahulu, beliau berharap mereka dapat berkempen untuknya.

Beliau yakin cara baru pemilihan Umno dapat menghapuskan politik wang.

"Perwakilan seramai 146,000 orang. Mana mampu calon tabur duit kepada semua," katanya lagi.

Mengulas kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu di Temerloh, beliau tidak nampak sebarang konspirasi di kalangan pemimpin Umno Bahagian Temerloh untuk mengalahkannya.

"Di mana-mana pun ada orang tak keluar mengundi. Maka ia adalah fenomena biasa," katanya yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Bahagian itu diketuai Datuk Sharkar Shamsudin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau kalah kepada calon PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi. Nasrudin mendapat 28,267 undi manakala Saifudin mendapat 27,197 undi.

Pengumuman kaji semula AES disambut sinis

Posted: 05 Aug 2013 09:58 PM PDT

MALAYSIA KINI

Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas Aidilfitri ini disambut sinis sebuah kumpulan penentang saman ekor, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Kumpulan yang rapat dengan PAS itu berkata, kenyataan itu tidak lebih daripada "ungkapan lapuk" yang hanya indah khabar dari rupa.

Penasihat Undang-undang KASE Zulhazmi Shariff berkata, ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan terus meminta penerima saman AES membayar kompaun, sedangkan peguam negara pula menangguhkan semua prosiding sistem itu di mahkamah.

Menurut peguam itu, penangguhan prosiding itu dibuat sejak 18 Disember 2012 dan peguam negara menyebut, masalah berkaitan AES akan diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga hari dari tarikh itu.

Bagaimanapun, kataZulhazmi, sehingga hari ini, masih tidak diketahui apa keputusan kajian oleh Pejabat Peguam Negara.

"Baik kerajaan mahupun peguam negara, kedua-duanya tidak boleh diletakkan pengharapan untuk keadilan kepada pengguna jalan raya berkaitan AES ini," katanya.

Jumaat lalu, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa isu penguatkuasaan AES akan dibincangkan selepas raya ini demi keadilan kepada semua pihak.

Menurutnya, isu itu perlu diselesaikan kerana kementeriannya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai AES kerana ia dilakukan oleh "pihak ketiga" dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman.

Zulhazmi berkata, sejak 2010 pihaknya telah melancarkan bantahan dan aduan termasuk menghantar Memorandum Kepada Majlis Raja-Raja berkaitan perkara itu tetapi "semuanya dibakul sampahkan oleh kerajaan".

Katanya, sistem itu dilaksanakan pada 22 September 2012, pelbagai kumpulan, persatuan pengguna dan parti politik, termasuk Umno sendiri membuat aduan, kritikan dan cadangan tetapi "kementerian memekakkan telinga".

PERKASA desak k'jaan tarik kerakyatan Namewee

Posted: 05 Aug 2013 09:57 PM PDT

 

NGO pendesak Melayu PERKASA mendesak kerajaan menarik kerakyatan pembikin filem Namewee yang didakwa "biadap dan kurang ajar" susulan penerbitan posting blog videonya di Youtube yang mengkritik kerajaan.

Ia sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village.

Timbalan presidennya Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa pembikin filem itu dianggap "sudah melampau batas" kerana terus mengulangi "kenyataan biadap" sekalipun kemaafan diberikan atas tindakan beliau sebelum ini.

"Kita mendesak kerajaan dan pihak berwajib tidak lagi berlembut dengan tingkah laku Namewee. Banyak kemaafan (diberikan).

"Kami minta kerajaan benar-benar melaksanakan tindakan sewajarnya supaya keharmonian dapat berkekalan.

"Namewee sudah melampau, melebihi batas yang sepatutnya...(Kita desak) warga negara dia pun ditarik balik," katanya.

Bercakap dalam sidang medianya petang ini, Abdul Rahman turut memuji tindakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang mengecam Namewee susulan penerbitan posting blog video itu.

"Sedangkan beliaulah yang menyambut di parlimen dahulu, tapi dia (Namewee) tidak menghargainya," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim dilapor berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard' dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.

Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.

"Takkan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, serta membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman mempersoalkan peranan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang lambat mendakwa orang bukan Melayu yang membuat kesalahan sedangkan pendakwaan cepat dibuat terhadap kaum Melayu.

"Apabila kena pada orang Melayu tindakan begitu cepat diambil, bukan Melayu, perkara itu dibiar begitu sahaja.

"Kita tidak rasis, tapi sikap (dia) sudah melebih. Tidak ada rasa hormat dengan keharmonian dan apa juga kerajaan buat," kata Abdul Rahman.

MCA mahu belajar dari Parti Komunis China

Posted: 05 Aug 2013 09:55 PM PDT

 

MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.

NONE"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.

Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.

"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.

Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.

Nurul Izzah: Segerakan reformasi akta pilihan raya

Posted: 05 Aug 2013 09:52 PM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Tidak kira sama ada Pakatan Rakyat atau BN, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berpendapat mahkamah tidak wajar menolak sesuatu petisyen hanya bersandarkan bantahan awal.

Lantaran itu, beliau menyarankan agar  reformasi sistem pilihan raya beserta undang-undangnya perlu dilakukan segera bagi memastikan satu proses permohonan petisyen berjalan secara adil  di mahkamah.
Menurut beliau, kesemua permohonan petisyen sehingga kini ditolak pada peringkat awal dan tidak sampai ke peringkat merit untuk membentangkan hujah.

Izzah

"Kita bercakap tentang undang-undang petisyen pilihan raya yang diwujudkan sejak 1954 dan kebanyakan kes ditolak berdasarkan bantahan awal tidak sampai pun ke peringkat hujah mengapa kita bawa kes tersebut.

"Oleh itu, reformasi pilihan raya termasuklah undang-undang lapuk ini wajib dilaksanakan," katanya.
Beliau dalam pada itu sekali lagi mengulangi harapan supaya proses petisyen yang penting dapat disaksikan oleh rakyat melalui perjalanan mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur mengekalkan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Setiausaha Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.

Mahkamah memerintahkan Sazali membayar kos RM40,000.

Hairan akaun bank 'ditutup'

Posted: 05 Aug 2013 09:48 PM PDT

TEMERLOH – Hasrat seorang pesara guru berbelanja bonus pencen khas Aidilfitri tidak kesampaian apabila akaunnya di Bank Islam cawangan Temerloh didakwa  ditutup.

Pesara berkenaan, Umar Hashim Awang Kechik, 74, berkata, dia cuba mengeluarkan bonus pencen sebanyak RM250 di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Tabung Haji tetapi mendapati wang tersebut tidak dimasukkan.

Beliau kemudiannya pergi ke Bank Islam di sini dengan harapan dapat mengeluarkan wang tersebut melalui kaunter tetapi kakitangan cawangan bank berkenaan memaklumkan akaunnya telah ditutup.

"Selama ini akaun itu yang digunakan mengeluarkan wang pencen. Saya pun tidak tahu siapa yang menutup akaun tersebut, sedangkan saya sebelum ini tidak pernah meminta pihak bank menutup akaun saya.

"Selepas ini saya tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan wang pencen jika betul akaun bank saya ditutup," katanya.

Beliau yang tinggal di Taman Temerloh Jaya telah bersara sejak 19 tahun lalu berharap pihak bank atau jabatan berkaitan pengeluaran pencen membuat siasatan dan penjelasan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Perangkap sektarian dalam polemik Sunni-Syiah

Posted: 05 Aug 2013 09:46 PM PDT

 

ULASAN MAPIM mencadangkan agar pihak berkuasa menangani perbezaan aliran dalam Islam berdasarkan Deklarasi Amman atau Mesej Amman yang diisytihar dan disepakati oleh 552 pemimpin negara Islam, ulama serta cendekiawan sedunia pada 27 Ramadan 1425 Hijrah, bersamaan 9 November 2004.

Dokumen itu diisytiharkan oleh Raja Abdullah II Al Hussein di Amman, Jordan.

Deklarasi berkenaan diperakui oleh lapan wakil kepimpinan kerajaan dan ilmwuan Malaysia, termasuk Tun Abdullah Badawi yang hadir pada persidangan tersebut.

Raja Abdullah II menghantar tiga soalan kepada 24 ulama paling senior dari seluruh pelosok dunia untuk mengeluarkan fatwa masing-masing (10 ulama Sunni, 10 Syiah Jaafari , 2 Syiah Zaidi , seorang ulama Ibadi dan sepucuk surat HE Aga Khan) yang mewakili pelbagai cabang aliran Islam.

Soalan itu ialah: (1) Siapa Muslim? (2) Adakah dibolehkan untuk mengisytiharkan seseorang itu kafir (takfir)? (3) Siapa yang berhak mengeluarkan fatwa?

Berdasarkan fatwa yang disepakati oleh ulama tersohor (termasuk Sheikh Al-Azhar Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi) pada Julai 2005 , Raja Abdullah II mengaturkan sebuah Persidangan Antarabangsa yang dihadiri 200 ulama utama dari 50 negara.

Persidangan itu bersepakat mengeluarkan fatwa mengenai tiga isu fundamental yang digelar "Tiga poin Mesej Amman".

3 poin diakui OIC
Ia secara khusus mengesahkan kesahihan semua lapan mazhab dalam Sunni, Syiah dan Ibadi Islam; teologi Islam (Ash'ari); tasauf Islam (sufi), dan aliran Salafi tulin, serta merumuskan takrif tepat mengenai siapa itu Muslim.

Berdasarkan takrif tersebut, mereka melarang sebarang tindakan mengkafirkan sesama kaum Muslimin.

Berdasarkan aliran Mazhab tersebut, mereka juga meletakkan prasyarat kepada sesiapa yang layak mengeluarkan fatwa atas nama Islam.

Tiga poin itu juga diperakui oleh kepimpinan Islam sedunia di persidangan OIC di Mekah pada Disember 2005.

Dan dalam tempoh Julai 2005 hingga Julai 2006, ia disepakati dan diterima guna oleh enam buah persidangan ilmuwan Islam, termasuk Akademik Fikah Antarabangsa di Jeddah pada Julai 2006.

Jumlah akhirnya seramai 500 ilmuwan Islam tersohor bersepakat menerima rumusan tiga poin dalam Deklarasi Mesej Amman tersebut.

Kesepakatan ini menjadi asas untuk kesatuan umat dibangunkan dan penyelesaian kepada pertelingkahan antara sesama Islam. Ia juga boleh dijadikan hujah untuk golongan bukan Islam.

Musuh ambil kesempatan

Memandangkan isu ini hangat diperdebatkan, kami berpandangan ia harus dibincangkan dengan bijak berdasarkan ilmu dan hikmah agar tidak menimbulkan kesan yang merugikan umat Islam seluruhnya.

Mengikuti perbahasan yang dibangkitkan secara bertalu-talu mengenai isu ini melalui media cetak dan media elektronik, kami khuatiri umat Islam akan terjebak dengan sikap permusuhan antara sesama sendiri yang akan menghancurkan kesatuan.

Untuk membendung sesuatu fahaman yang dianggap salah sesama umat Islam, cara yang tepat ialah dengan hujah ilmu dan kaunseling yang bijaksana sesuai dengan perintah Allah, yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Kami berpendapat, dengan mengangkat persoalan pertelingkahan aliran faham dalam Islam secara tidak berhati-hati antara umat akan memerangkap umat Islam dalam konflik sektarian yang akan menghancurkan kekuatan perpaduan umat Islam.

Kami mengingatkan konflik sektarian antara umat Islam yang berpanjangan di negara seperti Pakistan , Iraq dan Syria - antara yang paling ganas yang berlaku sehingga hari ini.

Konflik ini diambil kesempatan oleh musuh Islam untuk menguasai negara-negara Islam.

Diheret ke gelanggang politik

Kami amat memandang serius betapa umat Islam sangat mudah berpecah, sedangkan perpecahan adalah haram di sisi Islam.

Yang jelas, permusuhan semasa sendiri akan diambil kesempatan oleh musuh untuk memusnahkan dan memecah belahkan lagi umat.

Sedihnya ia menimbulkan prasangka negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap kesucian dan kemuliaan Islam.

Pandangan kami, sebaiknya perbicaraan soal aliran pemikiran Islam ini dilakukan secara berdepan dan berhujah berdasarkan ilmu bukan dengan menyerang melalui media dan mengguna seluruh agensi kerajaan.

Labih parah lagi ialah apabila isu ini diheret ke gelanggang politik yang menambah tajam lagi perpecahan umat yang sudah sedia berpecah.

Kami melihat ada niat jahat untuk memfitnah satu kumpulan yang menjadi seteru politik dengan tuduhan yang tidak berasas.

Tuduhan bukan berdasarkan bukti tetapi hanya sentimen dan persepsi. Namun ia diguna habisan-habisan untuk mendapat keuntungan politik.

Didalangi Barat

Apa yang perlu diawasi, janganlah perbezaan yang dibahaskan oleh ulama sejak ribuan tahun yang terdahulu dibawa semula dan dipertajamkan sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan orang awam yang boleh merosakkan .

Bahaya kepada umat Islam yang jelas, bila kuasa imperialis Barat yang merosakkan faham Islam sehingga sekularisme menjadi aliran yang sangat dominan dalam masyarakat Islam.

Wujudnya khilaf dalam aliran yang ada dalam Islam hendaklah diselesaikan dengan secara muzakakah ilmu dengan sihat oleh mereka yang layak.

Mereka yang berbicara secara emosional dan bukan memiliki kearifan dalam disiplin Islam harus insaf dan akur kepada pandangan ulama bertaraf dunia yang jauh lebih layak untuk berbahas mengenai isu ini.

Ini jauh lebih baik untuk menjaga hal yang lebih utama iaitu kesatuan dan persaudaraan dalam Islam.

Kami berpandangan adalah bijak agar sebarang perselisihan pendapat diselesaikan dalam semangat disiplin keilmuan yang diteladani oleh para ilmuwan Islam terdahulu.

Malaysia tidak harus terperangkap dalam agenda mempertajamkan perselisihan sektarian yang didalangi oleh Barat.


MOHD AZMI ABDUL HAMID presiden MAPIM.

Siasatan Scorpene juga siasat kemasukan Najib ke Perancis

Posted: 05 Aug 2013 09:39 PM PDT

Susan Loone

 Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.

Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.

Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".

Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada 'Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.

Mohd Shukri Dahlan Bakal Ketua Polis Selangor Baru

Posted: 05 Aug 2013 09:35 PM PDT


PETALING JAYA: Polis Selangor bakal menerima Ketua Polis Perak Timbalan Komisioner, Datuk Mohd Shukri Dahlan sebagai ketua mereka yang baru.

Sumber mendedahkan Mohd Shukri akan dipindahkan ke Selangor dan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Komisioner Senior Kanan (SDCP)

Bukit Aman telah mengumumkan pangkat terbaru SDCP, akan diberikan kepada semua ketua polis negeri yang dinaikkan pangkat.

Begitu juga dengan semua timbalan ketua polis negeri mereka akan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Komisioner (DCP).

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar dijangka akan mengambil alih jawatan Shukri sebagai Ketua Polis Perak dengan pangkat sebagai Timbalan Komisioner.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk A. Thaiveegan akan menggantikan Abdul Rahim sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

SAC Thaiveegan juga akan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Komisioner.

'Saya Diperlakukan Seperti Banduan' - Bekas Ratu Cantik

Posted: 05 Aug 2013 09:32 PM PDT

 

PETALING JAYA: Bekas ratu cantik, Pauline Chai mendakwa suaminya yang juga seorang jutawan, Tan Sri Khoo Kay Peng memperlakukan hidupnya seperti banduan di sebuah estet berkeluasan 404 hektar (ha) di Britain.

Bercakap di khalayak ramai buat pertama kalinya selepas memfailkan petisyen penceraian berprofil tingggi ke atas Khoo pada Februari, Chai, 66, mendakwa dia tidak boleh meninggalkan rumah tanpa kebenaran Khoo.

Beliau berkata, pekerjanya turut memaklumkan kepada Chai dalam satu e-mel bahawa dia hanya boleh membelanjakan £50 (RM248.38) seminggu untuk membeli makanan.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran dibenarkan untuk makan tetapi saya tidak boleh makan sesetengah makanan yang diingini. Anak perempuan saya berkata kepada saya bahawa saya diperlakuan seperti seorang hamba," katanya dalam satu laporan oleh sebuah tabloid British, Daily Mail.

Chai, yang juga Miss Malaysia/International 1969, meluahkan rasa gembira selepas memfailkan penceraian dengan berkata dia berasa terlalu 'dikongkong dan sunyi' sepanjang perkahwinannya suatu ketika dulu.

"Sepanjang perkahwinan kami, dia terlalu mengongkong saya tetapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya lebih bebas," katanya.

Beliau berkata tidak pernah bercakap dengan suaminya selama setahun dan mereka tinggal berasingan di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM149 juta) di sebuah estet di Rosway Park, dekat Berkhamsted, Hertfordshire.

Akhbar tabloid itu turut melaporkan Khoo dan Chai mempunyai pengawal keselamatan Gurkha sendiri untuk melindungi kawasan mereka di estet itu di mana Khoo tinggal dalam rumah agam dengan lima bilik tidur manakala Chai di ruang utama yang menempatkan 15 bilik tidur.

Buat masa ini, Khoo, 74, yang turut tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia yang disenaraikan Forbes dan Chai, terlibat dalam penyelesaian kes penceraian terbesar dalam sejarah Britain.

Chai mungkin menerima pampasan sehingga 500 juta pound (RM2.375 bilion) oleh Mahkamah Tinggi London, separuh daripada harta kekayaan Khoo ketika para peguam berusaha keras untuk membahagikan sama rata harta asas mereka.

Chai menyatakan 'tingkah laku yang tidak munasabah' sebagai alasan untuk penceraian itu.

Khoo memiliki 40 peratus pemilikan ke atas jenama antarabangsa, Laura Ashley.

Beliau juga merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kumpulan Syarikat Malayan United Industries serta Pengarah Corus Hotel Limited di Britain.

Mereka berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima orang anak.

Akhbar itu turut melaporkan Khoo mahu kes itu dibicarakan di Malaysia di mana Chai akan menerima pampasan yang lebih sedikit berbanding yang bakal diterima di Britain.

Bagaimanapun, Chai menentang keputusan itu kerana dia tidak menjadi rakyat Malaysia selama 30 tahun dan berkata dia amat menyukai England dan segalanya di negara itu.

"Saya tinggal di sini untuk tempoh lama. Saya mahu pengadilan di England kerana ia adil. Itu permintaan saya," katanya.

Chai akan diwakili peguam penceraian terkenal Britain, Ayesha Vardag manakala Khoo diwakili Fiona Shackleton.

Baru-baru ini Shackleton mewakili chef Britain, Nigella Lawson untuk kes penceraiannya dengan jutawan pengiklanan, Charles Saatchi.

Turut menggunakan khidmat Shackleton adalah Putera Charles dan mendiang isterinya, Puteri Diana.
Perbicaraan awal kes ini akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Purata Trafik Harian Di Lebuh Raya Latar Dijangka Meningkat 10,000 Pengguna Menjelang 2015

Posted: 05 Aug 2013 09:27 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Lebuh raya KL-Kuala Selangor, yang lebih dikenali sebagai Lebuh raya Latar (Latar), menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ijok di Kuala Selangor, dijangka mengalami peningkatan 10,000 pengguna setiap hari setelah siapnya persimpangan bertingkat menghubungkan Bandar Tasik Puteri Rawang pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi KL-Kuala Selangor Expressway Berhad, Amran Amir berkata lebuh raya itu kini mencatatkan purata maksimum 60,000 pengguna terutama pada hujung minggu.

"Persimpangan Bandar Tasik Puteri itu yang menghubungkan satu daripada perbandaran kediaman terbesar di Selangor akan menjadi pemangkin kepada Lebuh raya LATAR dari segi peningkatan trafik di sepanjang lebuh raya.Ini kerana jumlah penduduk dijangka mencecah 120,000 dalam perbandaran berkenaan pada 2028," kata Amran.

Beliau berkata pemaju perbandaran Bandar Tasik Puteri telah melantik KL-Kuala Selangor Expressway untuk membina persimpangan bertingkat.

Amran berkata lebih banyak lagi pembangunan dijangka muncul pada masa akan datang, mengambil kesempatan daripada kemudahan dan sambungan strategik lebuh raya Latar ke destinasi utama dan bandar.

"Latar bersambung terus ke Lebuh raya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS," katanya.

Pada masa akan datang, beliau berkata, Latar juga akan mempunyai sambungan terus ke Lebuhraya Pantai Barat sebaik sahaja ia siap dibina pada 2019 dan akan menyediakan akses langsung dan aliran ke utara sehingga ke Taiping.

Projek Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan oleh West Coast Expressway Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Europlus Bhd.

Menurut Amran, projek lebuh raya berkenaan juga akan menjadi satu lagi pemangkin bagi Latar untuk menyaksikan jumlah trafik meningkat.

"Kutipan tol Latar dan jumlah trafik telah mencatatkan pertumbuhan positif sejak mula dibuka kepada orang ramai pada 2011," katanya.

"Sejak 2011 hingga 2013, lalu lintas telah meningkat sebanyak 50 peratus dan bagi tempoh antara 2012 dan Jun 2013, aliran trafik mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus," kata Amran.

Sehingga kini, Amran berkata beberapa projek hartanah dilihat mendapat manfaat daripada pembangunan atau penambahbaikan yang dibawa oleh Latar, yang meningkatkan jumlah purata trafik harian selama ini.

"Secara keseluruhannya, diramalkan bahawa pada 2013 Latar akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dari segi trafik purata harian," katanya.

Projek pembangunan perumahan baharu dan pasar raya besar di Bandar Puncak Alam, merupakan antara pemangkin untuk merangsang jumlah trafik dan nilai pelaburan hartanah yang sedia ada di sepanjang lebuh raya, katanya. - BERNAMA

'Saya tanding demi perjuangan Islam dalam Umno'

Posted: 05 Aug 2013 09:21 PM PDT

SHAH ALAM – Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut  jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.

Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.

"Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam," tulisnya.

Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.

Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.

Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.

Biaqpila

Posted: 06 Aug 2013 03:17 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:17 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


GEMPAQ!!! RAMAI KANAK-KANAK AKAN KANTOI PADA HARI RAYA

Posted: 06 Aug 2013 05:00 AM PDT

IMAM BESAR MATI DITEMBAK

Posted: 05 Aug 2013 08:08 PM PDT

Masjid Jamek Pattani

PATTANI,5 Aug 13– Usaha mencari keamanan di selatan Thai menerima satu lagi tamparan selepas pemimpin agama berpengaruh, Yakub Raimani iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani, dibunuh hari ini.

Beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala ketika membeli makanan berbuka puasa di pasar Ramadan di pekan Pattani kira-kira 4.30 petang waktu tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pattani, Kolonel Polis Tuandir Jutanon ini adalah kali kedua Yakub ditembak.

Dalam kejadian pertama pada 2011 yang berlaku di hadapan rumah, mangsa hampir maut, katanya.

Imam Yakub antara pemimpin agama yang memberi kerjasama baik kepada kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara itu. – Bernama

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelajar sekolah rendah kena tikam di sekolah

Posted: 06 Aug 2013 12:46 AM PDT




Sekolah pun tak selamat ! Seorang pelajar sekolah rendah berusia 10 tahun ditikam dengan pisau oleh pelajar lain yang berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Tawau, Sabah.

Boy stabs primary schoolmate
NST 6 August 2013
           
KOTA KINABALU: A boy stabbed his primary schoolmate at a school in Tawau, last Friday.

The incident occured around 11.30am after the two boys aged 10 and 13 had a heated argument over some mis understanding.

State Criminal Investigation Department Chief Senior Assistant Commissioner Omar Mammah said the older pupil stabbed his younger friend on the head with a knife.

Victim was taken to Tawau Hospital and police remanded his schoolmate.

Remaja 15 tahun serang wanita setelah lama mengendap

Posted: 05 Aug 2013 11:54 PM PDT




Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini? Di rumah sendiri pun tidak selamat. Mangsa seorang wanita Melayu 26 tahun telah diserang oleh jirannya sendiri yang baru berumur 15 tahun yang sekian lama telah mengendap wanita berkenaan. Mangsa telah dipukul dengan teruk, ditikam dengan pisau dan dicekik. Ingatkan cerita macam ini hanya berlaku di negara barat !

Teen stalker attacks woman
6 August 2013
           
SEPANG: An AirAsia ground staff member went through 40 minutes of hell when she was pounced on and attacked by a 15-year-old stalker in her apartment in Taman Kota Warisan here on Sunday.

In the 10.45am incident, Nur Fadilah Rosman, 26, who suffered injuries to the on her head, hands and feet, was in the toilet when the the suspect, who is from the neighbourhood, quietly broke into the apartment.

"He then struck me with it before proceeding to the kitchen to grab a knife and stabbed me several times on my head, hands and feet. The only thing that went through my mind was 'I'm going to die' but I knew I had to defend myself and that was what I did,"  Nur Fadilah told the New Straits Times  yesterday.

She said the suspect, who had been stalking her for the past two years ago, also bit and choked her.

Perompak bunuh peniaga pasar malam dengan lori

Posted: 05 Aug 2013 08:10 PM PDT




Semakin menggerunkan dan kejam penjenayah. Puan Rohani Harun, 50 tahun, peniaga pasar malam di Taman Serdang Raya telah dilanggar oleh perompak yang melarikan lori miliknya. Rohani dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berniaga pada jam 9.35 malam apabila dia dihalang oleh perompak yang menggunakan parang dan menarik Rohani keluar dari lori.

Rohani cuba menghalang namun dilanggar dan diheret beberapa meter yang menyebabkan kematiannya

Robbers kill woman with her own lorry
6 August 2013  
 
SERDANG: A 50-year-old woman was killed after she was ran over when she tried to stop robbers from driving away her lorry in Taman Serdang Raya here last night.

MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China

Posted: 05 Aug 2013 08:10 PM PDT




Kita tunggu apa reaksi Perkasa dan Umno akan rakan sekutu mereka dalam Barisan Nasional yang menjalinkan hubungan dengan Parti Komunis China.

MCA mahu belajar dari Parti Komunis China
5 Ogos 2013

MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.


Pengikut