Sabtu, 5 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Feb 2011 09:25 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


HARI MENGUNDI DI AYER PANAS, LABIS TENGAH

Posted: 31 Jan 2011 07:59 AM PST

 HARI MENGUNDI DI LABIS TENGAH

Hari Mengundi, Ahad 30 Januari 2011


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri serta anaknya terus ke Ayer Panas selepas melawat FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat. Jam sudah menunjukkan 2.00 petang dan belum ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Dalam perjalanan ke Pekan Labis air sudah mula menutupi jalan di Km2 Labis. Beginilah keadaan jalan:

Jalan dipenuhi air, mencemaskan !

Ladang sawit ditenggelami air di sepanjang jalan. Tawakkul demi tugas.

Keadaan di Ayer Panas sangat mencabar. Hujan turun dengan lebatnya dan banjir bermula.Pengundi di sini yang didaftarkan di Sekolah Menengah Kamrul Ariffin tidak jauh dari sini tidak dapat mengundi kerana banjir. Tiada kenderaan polis , tentera atau bomba yang datang mengambil pengundi. Terbayang kehampaan di muka pengundi yang rata-rata menyokong Pakatan Rakyat 

Petugas PAS dan Pakatan Rakyat terus bekerja dengan semangat membara untuk memenangkan Calon PAS. Kegigihan muslimat dan seluruh petugas sangat membanggakan. .
Alhamdulillah, selamat sampai di Ayer Panas.
Bersama YB Idham Lim dan  Sdr Shaari.

Pertemuan nostalgia dengan Sdr Hamka Hj Hassan.Beliau mengetuai konvoi
Calon DUN Maharani PRU 12 yang lalu.Maharani kehilangan  beliau yang sekarang
membantu PAS Paya Jaras !


 
Kenangan PRU 12 di DUN Maharani : Terima kasih Hamka 
yang mengetuai konvoi di hari mengundi.

Puan Rubiah dan petugas meraih undi.Kenderaan Pakatan Rakyat
terus berkhidmat dalam hujan lebat.


Perayu Puteri UMNO dan remaja (macam budak sekolah je ?)

Hebat muslimat, hujan tidak mematahkan semangat mereka.
Puan Rubiah terus merayu undi walaupun hujan.


Ayer Panas mula banjir.Ini kawasan di hadapan tempat mengundi.

Penduduk ini mengeluh, tiada bantuan datang.

YB Dr Mohammad bercadang melawat sahabat-sahabat di Sawah Baru, Redong dan Ayer Panas, malangnya banjir menyebabkan hubungan terputus.Beliau kembali ke Pekan Labis, di sambut oleh banjir........

 Dataran Labis dipenuhi air.

Banjir di Dataran Labis. Kelihatan dua buah kereta ditenggelami air.

 
 Kempen dalam banjir di Pekan Labis.




Petugas bersedia membantu.

Maklumat terkini : PAS menang di UPU ini ( Labis Tengah )
dengan majoriti 486 ! Tahniah semua .........







N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Feb 2011 07:49 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

Posted: 05 Feb 2011 09:10 AM PST



Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan


Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

  1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."
  2. Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
  3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
  4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
  5. Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.


Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 05 Februari 2011

ADUN Sura Ziarah Pesakit @ Hospital Dungun

Posted: 05 Feb 2011 02:51 AM PST

DUNGUN, 5 Februari Sabtu - Seramai lebih sepuluh orang pesakit di wad lelaki Hospital Dungun menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, petang Rabu 2 Februari, baru-baru ini.




Menjadi kelaziman, apabila menziarahi pesakit di wad, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun akan singgah bertanya khabar di semua katil pesakit semasa sesi ziarah dilakukan.



Tanpa mengira fahaman politik pesakit, beliau turut mendoakan mereka cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa sebelum dimasukkan ke wad.



Di antara pesakit yang turut berada di dalam wad ketika ziarah tersebut ialah Setiausaha PASTI Kawasan Dungun, Haji Zulkfly Abdullah dan bekas Pengerusi JKKK Padang Jambu, Haji Razak Mahmud.


ADUN Sura diiringi oleh Penolong Pengarah I DUN Sura, Ustaz Haji Wan Mohd Sufiyan Ismail, Setiausaha DUN Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed, Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Pengangkutan DUN Sura, Haji Hassan Abdul Aziz dan AJK PAS Kawasan Dungun, Encik Abdullah Mamat.

PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Feb 2011 07:15 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apabila Harta Awam Di Bolot Oleh Keluarga & Kroni BN, Apa Yang Tinggal Untuk Rakyat?

Posted: 05 Feb 2011 03:14 PM PST

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!
Saturday, February 5th, 2011 GMT This post is also available in: English - Petikan dari Sarawak Report
Ketika PM Najib Razak mengadakan sesi penilaian ke atas rekod-rekod BN di Sarawak pada hujung minggu ini, kami ingin mencadangkan beliau juga perlu mengambilkira suatu maklumat yang mengejutkan yang kami dedahkan mengenai siasatan kami ke atas rampasan tanah terkini yang dilakukan oleh Taib. Sejak 3 tahun kebelakangan ini Ketua Menteri itu telah memberikan kepada anaknya yang tampan, Mahmud Abu Bekir Taib, tanah-tanah NCR seluas kepulauan Singapura – semuanya diberikan secara PERCUMA!

Kebanyakan tanah-tanah tersebut telah menjadi milik syarikat yang ditubuhkan untuk Mahmud yang dikenali sebagai Titanium Management. Titanium Management pernah menjadi perhatian umum kerana terlibat dalam beberapa skandal mendapat kontrak-kontrak tanpa melalui proses tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Taib. Titanium Management pada asal terletak di sebuah pejabat dalam bangunan syarikat CMS yang dimiliki oleh Taib sendiri, yang kerapkali terlibat dalam skandal-skandal mencuri kesemua jenis perniagaan yang paling menguntungkan. Sebenarnya Titanium kini telah berpindah pejabat ke blok bangunan pejabat yang dinamakan Titanium Tower, yang berdiri megah sebagai suatu lambing kejayaannya menyedut segala keuntungan dari kontrak-kontrak Negeri dan juga rampasan-rampasan tanah NCR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana kami boleh mengesahkan keuntungannya mencecah beratus-juta ringgit. Walau bagaimanapun, selain dari Titanium Management, kami juga telah mengenalpasti berapa syarikat yang telah menerima tanah-tanah yang mana syarikat-syarikat itu dikawal oleh Taib Mahmud dan rakan kongsinya Chris Chung dan bekas Pengarah Kerjaraya, Michael Ting. Ke semua syarikat ini yang didaftarkan di bawah nama salah seorang atau ketiga-tiga mereka beroperasi dalam satu ruang pejabat dan berkongsi satu nombor telefon seperti yang digunakan oleh Titanium Management!
Dalam kes anak saya tanah harus diberikan secara PERCUMA!
Kami telah mendapati sebanyak 14 buah syarikat yang jelas dikawal oleh Titanium Management milik Mahmud Abu Bekir Taib, yang telah diberikan tanah-tanah berjumlah 70,000 hektar. Jumlah ini jauh lebih luas dari kepulauan Singapura. Pada setiap satu kes pemberian tanah ini dilaksanakan di bawah kategori "Payment in Kind". Ini merupakan salah satu cara menyebut tanah-tanah itu diberikan kepada anak Taib secara percuma. Tanah-tanah lain pula turut ditawarkan secara percuma. Kebanyakan pemanfaat dari rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib hanya akan diminta bayaran yang paling minima pada suatu tarikh di masa hadapan. Tetapi apabila tiba pada anak Taib, bayaran adalah dihapuskan!
Apabila kerabat Taib bermaharajalela, rakyatnya merana
Perdana Menteri Najib seharusnya menganggap kemewahan Taib hasil rampasan demi rampasan yang dilakukannya ke atas tanah-tanahnya sendiri terlalu kontra dengan kadar kemiskinan teruk yang dialami oleh rakyatnya, sedangkan rakyatnya itu hidup di sebuah negeri yang suatu ketika dahulu dikatakan negeri yang terkaya di Malaysia. Pada minggu-minggu yang akan datang Sarawak Report menjalankan siri-siri siasatan dan kajian terhadap akibat rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib. Perbuatannya itu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mereka di mana kayu-kayu hutan mereka ditebang, tanah-tanah mereka dijadikan ladang kelapa sawit dan sungai-sungai mereka menjadi cetek akibat lumpur dan pencemaran. Setiap kali musim piliharaya mereka dijanjikan bekalan air yang bersih, tenaga elektrik, jalanraya yang sempurna, pekerjaan yang baru dan elemen-elemen pembangunan yang lain. Tetapi setelah 30 tahun memimpin negeri ini, Taib masih gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk keselesaan rakyatnya sendiri.
Batang Ai sebagai contoh
Mari kita lihat keadaan di Batang Ai yang dihadapi oleh masyarakat Iban rumah panjang. Mereka telah dijanjikan RM70 juta dalam bentuk baikpulih prasarana dan perbelanjaan-perbelanjaan lain semasa pilihanraya kecil tahun 2009 oleh Taib dan BN. Sememangnya Taib mengumumkan perkara ini di depan para pengundi dan mencetaknya di akhbar-akhbar arus perdana sehari menjelang pilihanraya itu! Ini adalah suatu kesalahan dan cubaan merasuah pengundi, yang boleh mengakibatkan Taib dimasukkan ke penjara jika dia dihadapkan ke mahkamah. Namun para pengundi telah memilih BN tetapi tetap tidak mempercayai janji-janji ini, kerana dua tahun kemudian hingga sekarang janji-janji itu belum ditunaikan sepenuhnya! Jurucakap PKR Nicholas Bawin menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa orang-orang di Batang Ai belum melihat RM2, apa lagi RM70 juta yang dijanjikan itu! Kami telah menghubungi beberapa penduduk rumah panjang yang telah dipaksa oleh Taib dalam tahun 1983 untuk meninggalkan kawasan asal mereka kerana memberi laluan kepada pembinaan empangan hidroelektrik (Taib dan BN kini merancang untuk memindahkan 600,000 orang asal untuk membolehkan 12 buah lagi empangan dibina jika mereka memenangi pilihanraya kali ini). Orang-orang Batang Ai telah digalakkan berpindah ke penempatan yang baru dan dijanjikan bekalan air dan elektrik percuma, termasuk dijanjikan peluang-peluang mendapat pekerjaan yang sempurna dan pembangunan. Kami telah bertanya sudahkah janji-janji itu ditunaikan sepenuhnya? Kami terkejut kerana mendapati setelah hampir 30 tahun mengharapkan janji-janji tertunai, kebanyakan rumah panjang masih TIADA BEKALAN AIR! Malah di rumah panjang Wong Pandak dan Wong Panjai, para penghuninya masih menggunakan air hujan yang ditadah. Begitu juga kanak-kanak sekolah di asmara sekolah Nanga Kesit tiada bekalan air bersih untuk diminum, mana kala rumah-rumah panjang di Scheme 1 dan Scheme 2 di kawasan Sebeliau tiada air bersih untuk mandi kerana sungainya berlumpur dan berkelodak akibat hakisan dari ladang-ladang kelapa sawit yang telah kian lama memenuhi sungai di situ.

Tiada bekalan elektrik
Seperti di kebanyakan kawasan di Sarawak, keluarga-keluarga miskin di Batang Ai kerap kali dipotong bekalan elektrik mereka kerana gagal menjelaskan bil-bil elektrik. Ini tidak menepati janji-janji BN semasa penduduk-penduduk itu ditempatkan di kawasan yang baru yang seharusnya menikmati bekalan elektrik percuma! Janji-janji Taib dan BN rupa-rupanya bohong-bohong belaka! Tambahan lagi, orang-orang tempatan pernah dijanjikan keuntungan hasil dari tanah-tanah mereka yang diambil dan diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan. Namun keuntungan walau kecil mana pun belum lagi mereka terima, dan kawasan yang kecil untuk mereka bercucuk tanam pula berada terlalu jauh dari tempat mereka.
Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakan komuniti tempatan di seluruh Sarawak, hutan yang pernah menjadi tempat mencari makanan dan tempat berteduh dahulu, telah pun dirampas dari mereka, tetapi keuntungan dan kemewahan yang terjana dari hutan-hutan itu telah disalurkan ke lain tempat. Sebaliknya Taib mempunyai rekod yang baik memenuhi janji-janji terhadap golongan orang-orang tertentu sahaja. Golongan ini terdiri dari ahli-ahli keluarganya sendiri dan juga kroni-kroninya dan rakan-rakanniaga yang kaya raya. Kemewahan hidup Ketua Menteri dan keluarganya amat jauh berbeza dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membelengu rakyatnya yang telah dirampasnya tanah-tanah. Inilah merupakan rekod-rekod yang perlu dinilai oleh PM Najib Razak semasa dia mengatur strategi-strategi menjelang pilihanraya negeri nanti. Rekod-rekod sebeginilah yang perlu dibandingkan dengan rekod-rekod pemimpin-pemimpin luar negara seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe … atau Hosni Mubarak dari Mesir, atau Zine El Abdine Ben Ali dari Tunisia, atau Ali Abdullah Salleh dari Yemen, yang pernah dipetik sebagai berjanji tidak akan menggugat kesabaran rakyatnya dengan minta dipilih semula untuk penggal seterusnya setelah 30 tahun berkuasa.

Cukuplah sudah untuk Taib
Namun Taib fikir dia masih boleh memimpin dan baginya orang-orang Sarawak masih memerlukannya sebagai pemimpin mereka lebih dari 30 tahun. Bagi dirinya juga beristeri muda akan menambahkan tenaganya untuk terus bekerja merampas hak-hak rakyatnya untuk diri nya dan keluarganya. Sedangkan Sarawak kini sudah dihangatkan dengan lebih 200 kes-kes mahkamah berkaitan dengan rampasan-rampasan yang dilakukannya. PM Najib harus memikirkan apakah sejauh manakah dan seberat manakah tahap kesabaran rakyat Sarawak sanggup bertahan dan berhadapan dengan semua ini?


As Much As You Want For Free, My Son!
Saturday, February 5th, 2011 GMT This post is also available in: Malay

Pretty boy, Mahmud Abu Bekir, is sitting pretty with 70,000 hectares of Native Lands given free by his Dad














As PM Najib Razak conducts his evaluation of BN's record in Sarawak over this weekend, we recommend that he considers the shocking information revealed by our latest investigation into Taib's Land Grabs. Over the past 3 years alone the Chief Minister has handed his own son, the fashion-dandy Mahmud Abu Bekir Taib, Native Customary Rights Lands totalling the area of Singapore – and all for FREE! Much of the land has gone to the company set up for Mahmud called Titanium Management. Titanium Management has been the subject of numerous recent scandals because of the enormous number of public contracts that it has been handed without any tendering process by Taib's government. Titanium Management was even originally located in the office buildings of Taib's own company CMS, which has itself scandalously stolen all Sarawak's most profitable businesses. The fact that Titanium has now moved into its own fancy new office block called 'Titanium Tower', demonstrates the huge wealth it has absorbed in recent years owing to profits from these state contracts and also the Land Grabs which we have now identified, which are all worth hundreds of millions of ringgit.

Titanium Management - Shareholders are Mahmud Abu Bekir Taib and cronies










However, besides Titanium Management, we have also identified numerous other companies that have received vast tracks of land which are also clearly controlled by Mahmud and his business partners Chris Chung and the former Director of Public Works Michael Ting. These are companies that are registered under the names of one or other of the three men and which, even more tellingly, are operated out of the same offices and use the same telephone number as Titanium Management!
In the case of my son the land should be given for FREE!

On file, some of the companies that operate out of Titanium's H Q, the new Titanium Tower in Brighton Square, Kuching

We have identified a raft of at least 14 companies which are clearly controlled by Mahmud Abu Bekir Taib's Titanium Management, which have been secretly handed lands totalling more than 70,000 hectares. This is greater than the entire land mass of Singapore and much of the land is also in higly valuable urban development areas.
Even more scandalously in each and every case these lands have been handed to the companies under the category of so-called "Payment in Kind". This is a polite way of saying that it has been given to Taib's son for free!
Very few other hand outs of land have been quite so blatantly offered for free. Most beneficiaries of the Chief Minister's Land Grab hand-outs are at least required to make a nominal payment at some future date. But when it comes to Taib's son in every case the payment is waived!

"PAYMENT IN KIND" - ie FREE!!






While the Taibs plunder the people suffer
While the Prime Minister considers this mass plunder of Malaysia's land mass by such a corrupt local politician and contemplates the fantastic wealth of Abdul Taib Mahmud, which so blatantly outstrips his own, he should contrast it with the poverty of the people living under Taib's BN government in what should be the country's richest state. Each and every land grab we have identified by the companies owned and controlled by Mahmud Taib represents poverty and misery for the native peoples, who once lived off these areas and who are the rightful owners through their established Native Customary Rights. Over the next few weeks Sarawak Report will be investigating the consequences of all of these Land Grabs for the individual longhouse communities, who have been deprived of their territories, watched their trees torn down, their lands ploughed into oil palm and their rivers clogged by mud and pollution. All of these inhabitants were fobbed off at the time with BN promises about water, electricity, roads and new jobs and development. Yet, after 30 years of Taib's rule virtually none of these promises have been fufilled for the native owners of the land.

Take Batang Ai
Progress and development under BN? - Longhouse life after 30 years of Taib

Let us as an example look at the situation facing the Iban longhouse people of Batang Ai. They were promised RM 70 million worth of improvements and expenditure by Taib and BN just before the by-election in 2009. In fact Taib made these promises publicly and printed them in the newspapers just the day before the voting! This was a highly illegal thing to do and a blatant attempt to bribe the voters, for which Taib should face a jail sentence should he be brought to court. Nevertheless the voters would have done well not to have believed such offerings, since of course two years later none of these promises have been fulfilled! The local PKR spokesperson, Nicholas Bawin, told Sarawak Report that the people had not seen 2 ringgit let alone 70 million!

We contacted some of the longhouse communities who were forced from their homes by Taib Mahmud way back in 1983 to make way for the Hydro-electric dam (Taib and BN are now proposing to move a further 600,000 native people to build 12 more dams if they win the next election). The people of Batang Ai were encouraged into their new homes with promises of free running water and electricity, as well as jobs and development. We asked how well those promises have been carried out?

Broken promises - the BN victors at Batang Ai promsed millions in development.... then laughed all the way back to Kuching.








To our astonishment Sarawak Report has learnt that nearly 30 years after those promises were made many of the resettlement longhouses still have NO WATER! at Wong Pandak and Wong Panjai the people are still forced to gather their water from the rain off their roofs. Likewise, children at the boarding school of Naga Kesit have no running water to drink and at the Scheme 1 and Scheme 2 longhouses at Sebelaiu there is no water to bath in because the erosion from the palm plantations have clogged up their streams. Currently, even the clinic at the main town of Lubok Antu is without water! The people of the area say that as often as not they are forced to wash themselves in ditches.

Cut off from electricity
Also, like so many places in Sarawak, the poor families of Batang Ai are frequently cut off from their electricity, because they cannot pay the bills. This is despite the original promises that because they were going to forced from their homes for the hydro-electric dam they would be entitled to electricity for free! Such promises from Taib and BN and such lies!

No running water - standard washing facilities in a Sarawak Longhouse











Again the local people were promised profits from their lands which were taken into oil palm plantations. However, the profits have not come and the small areas they have been given to farm are often to far from their longhouses. Like communities all over Sarawak, the people have found that their forests which provided them with food and shelter have been taken, but that all the wealth has gone elsewhere. Taib on the other hand has a very good record of fulfilling his promises and bringing vast wealth and development to a very small number of people. These are the members of his own family and his tiny circle of rich business partners.
The Chief Minister's wealth and that of his family therefore contrast shockingly with the poverty of the people whose lands he has taken. This is the record that Prime Minister Najib should be contemplating as he considers BN's Sarawak strategy towards the coming election. It is a record comparable to Robert Mugabe's in Zimbabwe…. or Mr Mubarak's in Egypt, or Tunisia's Zine El Abidine Ben Ali or indeed Yemen's President Ali Abdullah Saleh, who has just declared that he will not attempt to try his people's patience further by seeking another term after 30 years in power.
Compare and contrast. No water in the Kampong, but Mahmud business partner Chris Chung and his two brothers have three large houses all in a row in Kuching. No guesses where the money went!




Time's up for Taib
Her youth cannot disguise his age!

However, Taib seems to think he can do otherwise and that the people of Sarawak will welcome him to stay longer than 30 years and vote him in for another term of BN's Land Grabbing Government. He thinks a new young wife can brush up his image and help him finish off the job of taking the whole of Sarawak for himself and his family (for free).
Yet, Sarawak is already aflame with Land Grab conflicts that have led to some 200 cases now fighting their way through the courts. How much more does Prime Minister Najib really think the people of Sarawak can take?

PS: Kalau tanah dan hasil sumber negeri Sarawak dibalun oleh keluarga dan kroni CM@BN saja apa yang tinggal untuk rakyat Sarawak. Adakah kita sanggup membiarkan saja sumber hasil negeri Sarawak dibolot oleh satu pihak saja semacam bunyi slogan satu Malaysia, rakyat kena dulu, pemimpin BN menikmati hasilnya? Jangan biarkan diri kita dicengkam dan dikuasai oleh penguasa yang zalim dan yang menyalahgunakan kuasa. Kita adalah tuan pada tanah negeri kita sendiri bukannya menumpang tanah di negeri sendiri. Bah mari kita ramai2 berpakat sokong PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan ummah. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan pemerintah BN, kalau kita bersatu dan berpakat untuk berubah, Insya-Allah pasti ada perubahan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 05 Feb 2011 03:24 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DILEMA AHLI PARLIMEN BN MENGHANTUI NAJIB !

Posted: 05 Feb 2011 12:44 PM PST


Kebanyakan Ahli Parlimen BN sebenarnya tidak puas menikmati elaun wakil rakyat dan elaun keraian yang ada. Pada mereka kalau PRU13 dipercepatkan memanglah mereka terpaksa terima tetapi yang memeritkan adakah mereka akan terpilih sebagai calon lagi? Kesimpulannya mereka ini tidak berani mengambil risiko setuju pada Najib untuk melakukan Pilihanraya ke-13 lebih awal berikutan sokongan majoriti rakyat masih lagi ditahap membimbangkan. Ahli Parlimen BN yang dipanggil menemui Najib baru-baru ini menyifatkan peluang untuk Najib dan konco-konconya berkuasa adalah kurang dari 60%. Situasi mungkin lebih sukar diramal berbanding PRU-12, namun boleh dikatakan ke semua Ahli Parlimen belum berani menyatakan pendirian rasmi dan terpulang pada Najib untuk mendapatkan mandat rasmi rakyat dalam PRU.

Kini, Najib cuba mendapatkan mandat dan pendapat dari ADUN Sarawak pula. Untung2 boleh buat Pilihan Raya Sabah dan Sarawak dulu.

DI M'SIA KALAU PRESIDEN UMNO LETAK JAWATAN , JAWATAN PM KIRA HABISLAH !

Posted: 05 Feb 2011 11:46 AM PST

Mubarak letak jawatan parti

06/02/2011 2:16am

KAHERAH 5 Feb. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

DI M'SIA KALAU PRESIDEN UMNO LETAK JAWATAN , JAWATAN PM KIRA HABISLAH !

Posted: 05 Feb 2011 11:46 AM PST

Mubarak letak jawatan parti

06/02/2011 2:16am

KAHERAH 5 Feb. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.

Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

PASTIKAN ADUN TENANG TAK AMBIL MC 7 FEBRUARI INI!

Posted: 05 Feb 2011 05:09 AM PST

Adun BN DUN Tenang akan menghadapi satu kes mahkamah pada 7 Februari ini kerana di saman semasa bertugas sebagai ADO Segamat sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Kecil Rengit.
Rakyat DUN Tenang terutama pengundi memang silap besar mengundi dan memilih Mohd Mohd Azahar Ibrahim sebagai YB mereka yang terbukti cuai dan lalai ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu.

Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar.

Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar.

Mohd Azahar tempohari berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Bagaimanakan YB Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

RAFIZI ULAS DENGAN STEADY MALAM TADI DAN JELAS INTIPATI JINGGA HINGGA WAKLI BN TERNGANGA !

Posted: 05 Feb 2011 12:46 AM PST

Subsidi gas RM19b ibarat negara hilang hasil, perlu dihentikan

KUALA LUMPUR, 5 Feb — PKR menyasarkan isu subsidi gas tahunan RM19 bilion pada forum TV malam tadi dengan menegaskan, ia harus dihentikan atas alasan pembiayaan itu satu kehilangan hasil negara meskipun pakar strategi kerajaan menganggapnya sebagai membantu menjana peluang pekerjaan.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kajian Prof Jeff Rector dari Universiti Stanford pada 2005 menunjukkan 81 peratus subsidi gas pergi kepada industri dan bisnes manakala hanya 19 peratus kesannya dirasai rakyat.

Kata beliau, manfaat subdisi gas berakhir dengan "pengeksportan keluar" oleh industri.

"Pergantungan pada subsidi gas mesti dihentikan," kata Rafizi pada forum yang disiarkan menerusi RTM1 malam tadi.

"Ia daya saing buatan bagi negara," kata beliau.

Pemansuhan subsidi gas merupakan salah satu inisiatif disyorkan Pakatan Rakyat (PR) jika mereka mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

Inisiatif itu disenaraikan dalam Buku Jingga dikeluarkan Disember lalu.

Ia juga menawarkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa inisiatif itu jika dilaksanakan akan menjadikan Malaysia muflis.

Bagaimanapun menurut Rafizi, pemansuhan subsidi gas akan membantu usaha pembaharuan sistem yang ada sekarang.

"Kerajaan akan memperoleh RM19 bilion dalam bentuk hasil jika tidak lagi memberi subsidi," katanya.

Kerajaan diwakili oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan.

Seorang lagi anggota panel forum ialah ketua eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin yang berhujah, subsidi gas akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan.

"Meskipun 81 peratus subsidi gas pergi kepada kepada industri berorientasikan eksport, tetapi ia masih menjana pekerjaan," kata beliau.

"Jika eksport terjejas, maka (bermakna) hilang pekerjaan," katanya.

Mahani, salah seorang penggubal Model Baru Ekonomi (MBE) pentadbiran Najib bagaimanapun mengakui bahawa subsidi gas adalah sesuatu yang tidak diingini dalam jangka panjang tetapi bukan sesuatu yang boleh diubah dengan serta-merta.

"Ya, kita mahukan harga gas yang tinggi tetapi perubahan segera adalah sukar," kata beliau.

"Ia isu yang kompleks," katanya.

Syarikat minyak nasional Petronas yang terpaksa memikul subsidisi menerusi harga gas yang kekal pada November lalu berkata ia mahukan kajian semula harga gas.

Pada tahun kewangan 2009, kos subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion ataupun sembilan peratus keseluruhan pendapatannya dan ia meningkat kepada RM10.1 bilion pada separuh tahun pertama tahun kewangan 2010.

Isu subsidi gas juga satu kontroversi selama ini memandangkan pihak utama mendapat manfaat daripadanya ialah pengeluar tenaga bebas (IPP), yang mana kebanyakannya memperoleh keuntungan tinggi dan dilihat dimiliki oleh pihak-pihak memihak parti pemerintah.- TMI

JIKA SHARPSHOOTER DIGODAM KITA JANGAN DUDUK DIAM

Posted: 04 Feb 2011 06:52 PM PST

5 Februari 2011
Sharpshooter diserang
Sharpshooter mohon maaf kepada semua pengunjung Sharpshooter kerana sudah 2 hari tidak dapat update blog kerana telah diserang dan digodam. Ini gunakan hp black berry saja. Apa mungkin ini adalah kerja juak2 murahan upahan pak menteri amah indon? Mujur ada hp black berry masih boleh update twitter dan terus secara auto akan terbit dalam FB.
Anda blogger mungkin masih selamat namun musuh kita ada di mnana-mana dan sentiasa cuba menyerang dan melumpuhkan perjuangan kita. Sedemikian kita wajar bersedia dengan plan B dan plan C hingga plan z kalau perlu.

PLAN ke 2 atau PLAN B kita ialah menyediakan klon atau kembar atau pendua blog masingm-masing.pastikan kita salin sama artikel dalamnya sekali seminggu atau sebulan sekali. Mungkin nama blog lain tetapi nama tajuk kita pastikan sama dengan nama blog pertama.

PLAN ke 3 Pastikan antivirus komputer kita dikemaskini dan ditapis sekerap yang mungkin . Gunakan PC tool spyware untuk tapisan tambahan. Kurangkan pakai ikon alamat blog jika diserang malware atau virus.

BILA PM ZIARAH MASJID DAN RASMI ZIKAY (BUKAN ZIKIR)

Posted: 04 Feb 2011 05:48 PM PST

PM Akan Buat Pengumuman Penting Di Kampung Baru Hari Ini?
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang dijangka menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan mengimarahkan Masjid Jamek Kampung Baru sempena program Ziarah Masjid pada Sabtu. Pengerusi jawatankuasa masjid itu Datuk Idris Shaari Mat Deris berkata Najib juga bakal membuat satu "pengumuman penting" pada majlis itu.

Bercakap dalam sidang media di masjid berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim, Idris berkata Perdana Menteri akan merasmikan program itu selepas menunaikan solat Asar berjemaah.

Pelbagai program diatur sempena majlis itu seperti bacaan Al-Quran, tadarus, ceramah oleh juara progam realiti Imam Muda musim pertama, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan pengagihan kira-kira 6,000 paket bubur lambuk kepada orang ramai, katanya.

Najib juga dijadualkan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan 40 tingkat yang mempunyai 250 bilik hotel, kondominium 130 unit dan 16 unit kedai komersil di kawasan berkenaan.

Projek itu, yang terletak di sebelah bangunan Zikay di Jalan Raja Alang, membabitkan kos pembangunan kira-kira RM190 juta. Mohd Khay berkata Zikay Group telah menerima arahan pembangunan dari DBKL bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun ini. -BERNAMA

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Feb 2011 03:24 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Keganasan Polis Malaysia

Posted: 04 Feb 2011 10:39 PM PST

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 05 Feb 2011 03:07 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


PAS GANTI UMNO

Posted: 05 Feb 2011 07:45 AM PST

PAS GANTI UMNO

Posted: 05 Feb 2011 07:44 AM PST

BERI PELUANG ISLAM MEMERINTAH

Posted: 05 Feb 2011 07:37 AM PST

MARANG - Ekoran kegagalan kerajaan-kerajaan pro-barat yang gagal memerintah di negara-negara umat Islam, PAS membuka peluang mempelawa masyarakat antarabangsa agar memberi peluang kepada Islam memerintah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata situasi ketegangan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir menuntut perubahan kerajaan yang memerintah kerana kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah

"Di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman, sudah beberapa orang pemimpin yang syahid di tali gantung, yang dibunuh, yang hilang. Akhirnya, berlakukan satu ledakan yang dahsyat pada hari ini.

"Rakyat Mesir keluar ke jalan raya. Mereka keluar bagi menunjukkan kemahukan mereka untuk membuat perubahan di Mesir

"Mereka mendesak supaya Hosni Mubarak berundur dan menubuhkan kerajaan peralihan yang tidak melibatkan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat," tegasnya ketika berucap pada demonstrasi aman menyokong kebangkitan rakyat Mesir, dedakt sini semalam.

Himpunan itu juga adalah bertujuan memeberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya jangan campur tangan dalam krisis yang melanda negara-negara Timur Tengah kini.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Amerika dan sekutunya telah mula bersuara agar Hosni Mubarak berundur dengan meletakkan orang yang boleh meneruskan dasarnya.

Katanya, pihak barat dan sekutu Amerika mahukan kerajaan berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah.

"Dan telah ada kenyataan-kenyataan Amerika dan sekutunya supaya Mubarak berundur dengan meletakkan orang-orang yang dasarnya sama dan caranya sama, semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika.

"Sudah ada kenyataan mereka (barat) mahu kerajaan (Mesir) berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah (Mesir)," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan oleh rakyat Mesir akibat tindakan zalim dari pemerintahnya.

Katanya, meski pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya tetapi pelbagai penipuan dilakukan bagi mengekalkan kerajaan Mubarak di Mesir

PERSIAPKAN JENTERA PRU 13

Posted: 05 Feb 2011 07:10 AM PST

Bukit Payung, MARANG - Ahli dan penyokong PAS diingatkan jangan berasa selesa dengan kemenangan PAS di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sikap itu akan menyebabkan ahli PAS leka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka bagi meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di negeri ini.

"Sehubungan itu, setiap Unit Peti Undi (UPU) PAS di negeri ini perlu menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya dipetik Sinar Harian

Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong Terengganu berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya DUN Bukit Payong, semalam.

Hadir merasmikan majlis pelancaran itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Mohd Nor turut menyarankan setiap jentera PAS memulakan tugas dengan melakukan 'post mortem' menyeluruh di atas jentera kempen mereka di setiap kawasan.

"Kita perlu mula bergerak dan memperbaiki mutu usaha serta strategi kempen bermula dengan melakukan 'post mortem' di setiap UPU bagi menghadapi pili-han raya umum akan datang.

"Malah, kejayaan kita sedikit-sebanyak bergantung kepada usaha awal ini," katanya.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 05 Feb 2011 01:05 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Nik Aziz sahut cabaran Ulama Umno

Posted: 04 Feb 2011 09:27 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 05 Feb 2011 11:39 AM PST

Batu Gajah Mari


Polis Malaysia dah macam rejim Zionis???

Posted: 05 Feb 2011 04:23 AM PST

Polis Memukul & Meludah Ke Arah Peserta Perhimpunan Anti Mubarak Atas Arahan Siapa???



KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.

"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.

"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.

"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.

Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.

Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.

"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.

Sumber:TVS NEWS



Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

Mahathir akui UMNO tidak lagi perjuangkan Melayu

Posted: 04 Feb 2011 02:50 PM PST

Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mungkin akan menyedarkan para penyokong tegar UMNO yang selama ini berjuang bermati-matian demi mempertahan dan memartabatkan bangsa Melayu. Namun begitu, kenyataan terbaru Tun Mahathir ini jelas sekali mendedahkan bahawa para penyokong UMNO selama ini ditipu hidup-hidup oleh pemimpin atasan.

Dalam satu kenyataannya di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider [M'sian Insider], Tun Mahathir mengakui bahawa parti United Malays National Organization, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan.

Di bawah ini screenshot yang petikan berita yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image.

Tun Dr Mahathir Mohamad criticised his own party today, saying Umno no longer stood for the struggle of the Malays. The former Umno president said the party struggle now was only about contracts, APs and licences.

Terjemahan:

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik partinya sendiri, dengan mengatakan bahawa UMNO kini tidak lagi memperjuangkan bangsa Melayu. Bekas presiden UMNO itu berkata, perjuangan parti itu kini hanyalah terhadap kontrak-kontrak, AP dan lesen-lesen.


Seperti biasa "Sambil menyelam, minum air", Mahathir mengambil kesempatan menuduh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sebagai penyebab kepada perpecahan Melayu yang dilihat pada pandangannya mengakibatkan Melayu UMNO tidak kuat.

Apa yang jelas, Mahathir lupa bahawa kedua-dua pemimpin utama parti politik pembangkang lebih mengutamakan ketuanan rakyat, bukannya ketuanan Melayu yang dicanangkannya. UMNO yang sibuk memainkan sentimen Melayu rupanya sekadar taktik untuk menguntungkan pemimpin atasan meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa sekaligus memperoleh kontrak-kontrak dan lesen-lesen.

Adakah penyokong-penyokong UMNO akan tetap rela berkorban, terkorban dan dikorbankan demi manfaat perut pemimpin-pemimpin atasan? Tepuk kepala tanyalah akal!




ReJaM©"Penyokong UMNO semua sudah-sudahla tu, cukuplah diperbodohkan..."

Milo suam

Pemuda Guchil

Posted: 05 Feb 2011 09:42 AM PST

Pemuda Guchil


Gelombang Merah Ganti Gelombang Biru Untuk Tawan Kelantan

Posted: 05 Feb 2011 05:04 AM PST

Jalan Untuk Negara Islam Senantiasa Ada

Posted: 05 Feb 2011 04:53 AM PST

TGNA: Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya

Posted: 05 Feb 2011 03:19 AM PST

Tenungan Yang Membuatkan Urat Taib Menjadi Tegang

Posted: 05 Feb 2011 03:13 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 05 Feb 2011 09:28 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Ijtima Tarbawi Dewan Pemuda PAS Sabah

Posted: 05 Feb 2011 05:49 AM PST

5hb Feb, Kundasang: DPP Sepangar hari ini telah bersama-sama lebih 350 peserta Ijtima Tarbawi dari seluruh pelusuk Sabah, anjuran DPP Sabah telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kunsang. Turut hadir sama pada Ijtima pada kali ini ialah Ust Nasaruddin Hassan (Ketua DPP Pusat) Ust Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat) dan Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pengarah Akademi Tarbiah DPP Pusat) sebagai penceramah jemputan.

Program yang bermula pada 3hb dan berakhir 5hb ini telah membuahkan semangat kepada seluruh anggota jamaah untuk meneruskan agenda tarbiah di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya sebagai sebahagian agenda perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Pada majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ust Nasarudin, beliau menegaskan kepada seluruh peserta yang hadir agar memahami apakah tujuan menyertai PAS. Menyertai PAS mestilah bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ingin mendaulatkan Islam dan melaksankan syariat Allah s.w.t.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang telah mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik kerana dengan itu sahaja PAS dapat meletakkan diri pada peringkat tertinggi iaitu menguasai Persekutuan (parlimen) atau Dewan Undangan Negeri, kerana disanalah terletaknya kuasa menggubal undang-undang, akta, enekmen dan sebagainya. Maka, sifat PAS bukanlah sebagai parti politik sebagaimana UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti politik, kerana PAS merupakan sebuah gerakan Islam. Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS menpunyai tanggunjawab besar bagi memelihara Islam dan memastikan Islam diletakan pada tempatnya sebagaimana perintah Allah dan RasulNya.

Pada Ijtima' ini juga, tafsir surah Al-Hujarat telah disampaikan oleh Ust Nik Zawawi Nik Salleh kepada seluruh peserta yang hadir. Antara pengajaran dari surah ini ialah, berhati-hati dan berwaspada didalam menerima berita, kerana dikhuatiri ianya dari mereka yang berniat jahat (fasik). Selain dari itu surah ini mengingatkan orang-orang beriman agar tidak bertindak melebihi Allah dan Rasul. Ini diterangkan dari kisah pada sahabat yang gopoh kerana bertanya kepada Rasulullah, bilakah Allah akan syariatkan untuk mereka berperang sedangkan belum turun perintah tersebut dari Allah s.w.t.

Manakala Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz pada slot beliau, mengingatkan kepada seluruh anggota jamaah agar menunjukan akhlak yang terpuji di dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyeru kepada para peserta agar menjadi golongan awal kepada kebangkitan dan kemenagan Islam. Ini adalah kerana di bumi Sabah, mereka yang berjuang untuk agama Allah merupakan golongan awal disebabkan belum lagi ada kemenangan PAS dimana-mana kawasan. Maka, beruntunglah bagi mereka yang tergolong golongan awal ini kerana ganjaran dan pahala dari Allah sangat besar berbanding golongan yang telah mengecapi kemenangan.

Pada akhir program Ijtima', seluruh peserta telah bersama-sama berikrar untuk meneruskan agenda tarbiah dalam segenap kehidupan dan akan memastikan Islam didaulatkan sebagai Deen wa Daulah.

-Gambar sepanjang program Ijtima' Tarbawi-
akan diupload pada masa terdekat

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 05 Feb 2011 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KENYATAAN KONSUL JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH: PEMINDAHAN WARGA MALAYSIA DARI JEDDAH KE MALAYSIA

Posted: 04 Feb 2011 09:55 PM PST




KENYATAAN WISMA PUTERA: PEMINDAHAN PELAJAR/WARGA MALAYSIA

Posted: 04 Feb 2011 09:03 PM PST


SITUASI TERKINI DI MESIR
(Sumber:Wisma Putera)

JADUAL PENERBANGAN BAGI 4 FEBRUARI 2011


Situasi terkini di Mesir masih tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan terutamanya di bandar raya Kaherah dan Iskandariah.

Gerakan pemindahan (evacuation) diperlukan dan sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat.

Evakuasi pelajar Malaysia telah bermula pada 3 Februari 2011.

Seramai lebih kurang 3,600 pelajar/rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah akan dipindahkan dari Mesir ke Jeddah pada hari ini, 4 Februari 2011. Ia melibatkan sebanyak sembilan (9) penerbangan RMF (tertakluk kepada kelulusan penerbangan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah), dua (2) penerbangan MAS dan dua (2) penerbangan AirAsia X.

Pesawat pertama membawa pelajar Malaysia iaitu pesawat MAS (MH8010) telah selamat mendarat di Jeddah pada jam 6.15 pm (waktu tempatan), 3 Februari 2011 dengan membawa 365 orang pelajar Malaysia. Kesemua pelajar telah diberikan Visa on Arrival (VoA) oleh pihak Berkuasa Arab Saudi. MAS akan mengadakan penerbangan ulang-alik dari Jeddah-Kaherah-Jeddah dua kali sehari.

Pesawat Air Asia X telah mendarat di Jeddah pada jam 12.30 am (waktu tempatan), 4 Februari 2011 dengan membawa 312 pelajar Malaysia. Proses dokumentasi (VoA) sedang dijalankan.

Tiga pesawat C-130 TUDM, RMF 497; RMF 498; dan RMF 499 telah selamat sampai di Jeddah pada 2.15 am, 4 Februari 2011. Pesawat-pesawat tersebut dijangka akan memulakan operasi pemindahan pada hari ini.

Kapal Bunga Mas (BM5) akan sampai ke Suez Anchorage pada 5 Februari 2011, jam 4.00 pm (waktu tempatan) dan 9.00 pm (waktu Malaysia). Kapal ini boleh memuatkan 500 orang penumpang.

Kesemua 677 pelajar dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir telah dan akan ditempatkan di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Al Hujjaj, Jeddah yang boleh menempatkan seramai 2,000 orang. Makanan dan minuman sepanjang tempoh mereka di sana akan disediakan oleh Tabung Haji. Segala kos penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Keputusan berhubung status rakyat Malaysia sama ada akan dibawa balik ke Malaysia selepas itu adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

Nota:
Semua dakwaan berhubung rakyat Malaysia perlu membayar wang bagi membolehkan Kerajaan memindahkan mereka keluar dari Mesir ke Jeddah adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Malaysia juga tidak perlu membayar untuk makanan dan minuman serta penginapan semasa di Jeddah.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 05 Feb 2011 09:19 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Cerita sebenar daripada peserta demo

Posted: 04 Feb 2011 10:09 AM PST


Saya menerima SMS yang mendakwa seorang peserta himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur hari ini yang menceritakan detik-detik yang membawa kepada kekecohan. Berdasarkan pemerhatian saya, suasana kecoh itu sengaja diwujudkan melalui provokasi.

Di bawah ini saya perturunkan SMS berkenaan.

"Polis sembur dengan gas dan dua orang kena tangkap masa kecoh itu kerana jalan sempit dan polis sekat pula. Yang kesian ada bapa yang dukung anak kecil, nasib baik orang ramai lindungi dia masa semburan polis itu. Polis suruh kami turunkan sepanduk kutuk Hosni Mubarak tetapi tak dipedulikan.

"Masa itu polis berseragam dan SB terus serbu dan menangkap orang ramai yang masih berada di depan bangunan TH. Ada yang lari masuk dalam bangunan, itupun polis kejar. Ada polis yang masuk ikut pintu belakang TH. Di dalam bangunan, saya nampak betul seorang kena pukul oleh dua atau tiga orang, kemudian kena gari oleh polis sedangkan mereka tak buat apa-apa, itu yang saya kesian.

"Dalam hati saya tertanya-tanya, polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?

"Bayangkan kat tingkat bawah bangunan TH ada dewan tempat keluarga menunggu rombongan pengantin.Mereka tunggu di luar dewan. Itupun kena tengking polis dan suruh mereka balik. Saya lihat takut budak kecil perempuan tu. Kat situ ada makcik, budak kecik dan mereka yang tak sepatutnya diherdik."


sumber : http://selamatkanpahang.blogspot.com

i n t a n h i j a u

Posted: 05 Feb 2011 07:07 AM PST

i n t a n h i j a u


PAS PERAK LANCAR KEMPEN INFAQ PENGHAPUS DOSA / ڤاس ڤراق لنچر کيمڤين انفاق ڤڠهاڤوس دوسا

Posted: 04 Feb 2011 06:04 PM PST


TAIPING, 4 Februari - Demi menyuburkan budaya menginfaq atau bersedekah dalam kalangan ahli PAS maka PAS negeri Perak telah melancarkan Kempen Infaq Penghapus Dosa (IPD). Pelancaran kempen telah dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Hussein. Pelancaran telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri di Air Kuning dekat sini bersempena program bulanan Liqa Fikri negeri.

Di dalam ucapan pelancaran, Ustaz Abu Bakar telah menekankan aspek infaq yang perlu menjadi budaya ddalam kalangan ahli PAS di mana budaya tersebut perlu diamalkan sebagai satu cara menghapus dosa iaitu bertaubat, sedekah dan istighfar. Ia juga adalah berdasarkan kepada sebuah hadith riwayat Ahmad, Al Tarmizi yang bermaksud : "Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api."

Menurut beliau lagi, selain menanamkan sikap suka bersedekah, kempen ini juga bertujuan untuk menampung kos pengurusan PAS Perak di mana kos operasi semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berharap, kempen yang dilaksanaka secara "one-off" ini akan mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli PAS seluruh negeri. Kempen tersebut akan berlangsung selama sebulan iaitu di sepanjang bulan Februari. PAS Perak mensasarkan kutipan sebanyak RM100 000 bagi kempen selama sebulan ini.

Antara kaedah pelaksanaan kempen ini ialah setiap kawasan melantik ejen-ejen yang berfungsi menyelaras aktiviti penerimaan sumbangan di cawangan-cawangan. Setiap sumbangan adalah bernilai RM2, RM5 dan RM10 di mana setiap sumbangan akan diberikan sebuah penanda buku yang menarik dan berkualiti.

"Budayakan sikap suka bersedekah kerana inilah peluang untuk kita mencari pahala dan menghapus dosa. Tanamkan sikap 'hidup mesti bersedekah' di dalam diri masing-masing," tambah beliau lagi.
Ustaz Abu Bakar melancarkan gimik kempen.
Promo Kempen IPD.

Penyampaian penanda buku kepada setiap ejen kawasan.

Kemudian, Ustaz Abu Bakar telah melancarkan Kempen IPD melalui tayangan promo kempen serta penyerahan penanda-penanda buku kepada ejen-ejen kawasan.
Sebelum itu, para ahli telah mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Mohd. Lutfi bin Ariffin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah berkenaan konsep infaq dan kepentingannya dalam perjuangan Islam. Beliau merupakan naqib jemputan bagi program Liqa Fikri bagi bulan Februari.

intanhijau.blogspot.com

(video) ANGKUHNYA POLIS MALAYSIA SEANGKUH MUBARAK / ﴿ۏيدياو﴾ اڠکوهڽ ڤوليس مليسيا سأڠکوه مبارک

Posted: 04 Feb 2011 04:15 PM PST


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 05 Feb 2011 03:23 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Qunut Nazilah Dan Demonstrasi Menyokong Himpunan Rakyat Mesir Di Masjid Titian Baru, Kedai Buluh

Posted: 05 Feb 2011 01:07 AM PST

YB Tuan Guru sedang berucap.

4 Februari – Satu demonstrasi aman di perkarangan Masjid Titian Baru, Kedai Buluh telah berlangsung sebaik sahaja selesai solat Jumaat diketuai oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS dan berlangsung selama hamper setengah jam.

Sebelum itu dalam khutbahnya, YB Tuan Guru menyarankan agar ummat Islam berqunut Nazilah dalam rakaat terakhir setiap solat fardhu bagi memohon bantuan daripada Allah dalam menghadapi kemelut ummat Islam pada hari ini sebagaimana yang dianjurkan dan dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa Ar-Raji' dan Bi'ru Ma'unah.
 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong merangkap Ketua Pemuda Negeri Terengganu memulakan ucapan dengan memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku di Mesir dalam episod perjuangan rakyat menumbangkan presiden Hosni Mubarak yang zalim dan anti Islam di seluruh Mesir.

Seterusnya Ustaz Haji Abu Bakar Chik membacakan hadith tentang sesiapa ang tidak menghiraukan urusan kaum muslimin, dia bukanlah terdiri daripada kalangan mereka dan himpunan pada hari ini sebagai lambang kebersamaan kita sebagai saudara Islam dengan rakyat Mesir.

YB Tuan Guru berucap memuji keberanian rakyat Mesir yang bangkit menentang kezaliman pemerintah Mesir sehingga menyeksa dan menghina pejuang-pejuang Islam selama puluhan tahun sehingga ada di kalangan mereka mati di tali gantung walaupun pada asalnya mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Sebahagian ucapan boleh di dengar di sini.





Para jemaah pada permulaan demonstrasi.

Kain rentang.

Ustaz Mohd nor hamzah memulakan ucapan.

Semakin ramai menyertai demonstrasi dan memegang kain rentang menentang Mubarak.



Ustaz Mohd Nor dengan ucapan yang berapi-api sebelum ketibaan dua penceramah lain.

Sebahagian daripada para pendemostran.

Rakyat daripada pelbagai lapisan umur turut bersama menyokong rakyat Mesir.


Bersama menyatakan sokongan dalam panas terik.



Berpusu-pusu mendengar ucapan demonstrasi sokongan.


Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Haji Abu Bakar Chik menaiki Kenderaan Pacuan empat roda yang menjadi pentas berucap.

"Kami bersama Ummat!!!"


Ustaz Abu Bakar berucap.







YB Tuan Guru Presiden menaiki pentas ketika Ustaz Abu Bakar Chik sedang berucap.

Masjid Titian Baru, Kedai Buluh menjadi saksi sokongan ummat Islam Bukit Payong terhadap usaha rakyat Mesir mengubah nasib mereka daripada pemerintahan diktator Mubarak.



Mendengar dengan khusyu' ucapan Presiden PAS yang menghuraikan kemelut yang melanda Mesir hasil daripada rakyat yang hanya mahu berubah kepada pemerintahan oleh anak bangsa sendiri tanpa menetapkan matlamat agar perubahan dilakukan mengikut ajaran Islam.

Takbir!!!




Permandangan di belakang "pentas".


Ustaz Zainal Abidin Al-Hafiz turut turun berdemonstrasi.

Jemaah dalam masjid pun memegang kain rentang untuk kebangkitan ummat Islam.



Ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Datuk Seri Tuan Guru selesai sahaja demonstrasi.

Majlis Pelancaran Gerakerja Jentera Pilihanraya DUN Bukit Payong

Posted: 04 Feb 2011 10:26 PM PST

4 Februari - Majlis Pelancaran Gerakerja Jentera Pilihanraya DUN Bukit Payong telah dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang bertempat di halaman Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh yang dihadiri oleh para aktivis parti daripada cawangan-cawangan di DUN Bukit Payong.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah disambut oleh Jawatankuasa MTD DUN Bukit Payong yang diketuai oleh Ustaz Baharudin selaku Pengerusi MTD DUN dan Saudara Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang, di mana Majlis dimulakan dengan pemeriksaaan perbarisan Briged Amal Muda daripada Madrasah oleh YB Tuan Guru.

Sesi ucapan dimulakan dengan ucapan Saudara Yahya Ali selaku YDP PAS Kawasan dan ucapan Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku ADUN Bukit Payong, seterusnya disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Tuan Guru.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah menyentuh tentang salisilah perjuangan Islam yang panjang bermula daripada sejarah para rasul dan para penenang mereka sehingalah realiti perjuangan menegakkan Islam dalam realiti hari ini berhadapan dengan musuh akan terus berusaha untuk menggagalkan perjuangan Islam.



Beliau juga meminta kita bersyukur kerana dipilih untuk menjadi pendokong perjuangan Islam yang penuh ujian dan mehnah pada saat ramai orang hanya ingin menjadi penyokong sahaja, namun kempen mengajak rakyat kepada perjuangan Islam adalah usaha dakwah yang akan diganjari oleh Allah Taala dengan ganjaran yang sangat besar.

Majlis selepas itu menyaksikan sumbangan derma kepada MTD DUN oleh cawangan-cawangan dan ahli korporat, seterusnya penerahan bendera kepada wakil cawangan dan gimik banner pelancaran.


 Perbarisan Amal 'cilik'.

 Antara pimpinan yang hadir, YB Ustaz Mohd Nor, Ustaz Baharudin, Saudara Yahaya Ali, Ustaz Ariffin Deraman dan Saudara Nasir selaku pengacara majlis.

 Pemeriksaan barisan Amal 'cilik'.


 Menerima laporan daripada ketua perbarisan Amal.





















Daripada Pekan Bukit Payong.

Ni masa sesi latihan terakhir sebelum ketibaan YB Tuan Guru.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 05 Feb 2011 03:10 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PEMUDA PAS KECEWA UMNO POLITIKKAN BANTUAN KE MESIR

Posted: 04 Feb 2011 09:09 PM PST

1. Pemuda PAS Selangor merasakan cukup kecewa kerana menurut maklumat dari pelajar Malaysia yang masih lagi berada di Mesir, selain dari pelajar yang sakit dan bekeluarga, pelajar pro UMNO juga akan di dahulukan dalam misi menyelamat untuk memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah, manakala pelajar lain dikemudiankan, hal ini cukup mengecewakan kerana bantuan yang dihantar atas nama Malaysia dan hasil dari wang rakyat tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sebegini, pihak kami minta supaya kerajaan Malaysia menafikan hal ini dengan buktikan dalam bentuk tindakan bukan omongan janji kosong semata.

2. Maklumat yang menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir kerana keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan berbuat demikian menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar, kami mendesak supaya kerajaan Malaysia mengeluarkan belanja untuk menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia, berapalah sangat kos ini jika dibandingkan dengan kos
sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini yang dilaporkan menelan jutaan ringgit begitu juta dengan perayaan-perayaan yang lain.

3. Ibu bapa pelajar yang datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir di Lembaga Zakat Selangor/ JAIS membuat aduan yang mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, "Encik datang dari UMNO Bahagian yang mana?", hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat dari wisma putera tentang nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar dan berhati perut untuk di tanyakan pada saat-saat sebegini.

4. Sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga di ugut akan di ambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa pelajar  di wisma putera pada hari rabu (2 Feb 2011) yang lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir Berdasarkan kepada beberapa insiden di atas Pemuda PAS Selangor merasa cukup kecewa kerana Kerajaan Malaysia bersama kelab Putera dan beberapa agensi yang lain mempolitikkan bantuan pelajar Mesir ini dalam keadaan kebajikan pelajar perlu diutamakan tanpa mengira fahaman politik sempit. Dewan Pemuda PAS Selangor mengharapkan agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik. Diharapkan juga kepada seluruh ummat islam di Malaysia agar berdoa seupaya segala-galanya selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan yang baik.

Kepada ibu bapa yang ingin membuat semakan dan bertanya perkembangan lanjut berkitan pelajar di Mesir khususnya pelajar Selangor bolehlah berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan MAIS, Shah Alam, Selangor. Selama 24 jam di talian: 03-55143520/3534/3538/3539/3576.

Ahmad Zaidy Abdul Mutalib
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

SENARAI PELAJAR KE JEDDAH ; KELANTAN/ KL/ SEL

Posted: 04 Feb 2011 08:57 PM PST


Senarai Nama Pelajar Berlepas Ke Jeddah

PERHATIAN ! AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

KELANTAN

1.ZATY ASMA' SALSABIELA BT. ZAINONDIN
2.NIK ZAHARAH AKMAL BT. NIK ISMAIL
3.NIK NUR ATIE BT. MOHAMAD ASRI
4.SYAHIDATUL QIATINA BT. SYAHLAN
5.WAN NUR SYAMILAH BT. WAN MOHD NASIR
6.NURUL SHUHADA BT. ABDUL AZIZ
7.IZZATI BT. NAWAWI
8.NOR ASYKIN BT. MUSA
9.NOR JANNAH BT. ASEK
10.NOR MUSMIRAH BT. CH. MEGAT
11.RAIHAN BT MOHD ZIN@MUHAMAD
12.WAN NUR AMIRAH BT. WAN YUSOFF
13.RADIAH HAMRA BT. SALLEH
14.NOR AIDA BT. MOHAMAD
15.SITI NUR EZAH BT. MAMAT
16.WAN NOOR ANIS FARHANA BT. WAN ABDUL MUNAF
17.NIK NUR SYAMIMI BT. NIK YUSOF
18.NIK SYAMILA BT. NIK YUSOF
19.RAJA ASMA' BT RAJA YUSUFF
20.NOR ASWANIDA BT. MOHD UZITA
21.MURSIDA MUKSIN BT. MUNAWAN
22.ADAWIYAH BT. ISMAIL
23.BALKIS BT. MOHD GHANI
24.NOR HEDAYAH SHUHADA BT. AMARAN
25.NIK NORAYUNI BT. ABDUL RAHIM
26.NUR HIDAYAH BT. MOHD RAFE
27.AZLINA BT. ABDUL RAHMAN
28.SALSABILA BT. HASHIM
29.NUR AZRAH BT. MOKHTAR
30.AWAATIF BT. ISMAIL
31.FASIHAH BT. MOHAMMAD
32.NORHAYATI BT. SAMSUDDIN
33.ROBIATUL ADABIAH BT. ISMAIL
34.NURUL JANNAH BT. ZAKARIA
35.FAUZIAH BT. SALLEH
36.NOR HIDAYAH BT. MUHAMAD NOR
37.NOR NAJWA NABILAH BT. MOHD ZAKI
38.IZA NADYANA BT. MOHAMAD NOOR
39.SITI ALFIRALAILA BT. MOHD NOOR
40.SITI NOOR AQMA BT. MOHD AMIN
41.SITI NADHIRAH BT. JAMAL ABDUL NASIR
42.NUR WASILAH BT. AZMI
43.NOORSIHAM BT. DAUD
44.NOR NASUHA BT. ZAHRAN
45.WAN NURUL AIMAN BT. WAN ISMAIL
46.NURUL HUSNA BT. ZAHRAN
47.SOLEHAH BT. ISMAIL
48.ZUNAIRAH BT. ZAKARIA
49.SYAIMA' BT.ISMAIL
50.ZU AIN NAJWA BT. ZUHAN
51.SITI RAZAN BT. RAMLI
52.NURMARJAN BT. MOHD KHAIDZIR
53.SITI FADHILAH BT. MOHAMAD ANIPA
54.NUR HIDAYATULLAH BT. HAZRI
55.WAN NUR NADIA BT. WAN ZAINUDDIN
56.SITI HAFIZAH BT. RUSNAN
57.SYIFA' BT. HARIS
58.AMAL BT. TARMIZI
59.NABIHAH HUSNA BT. MOHD BUKHARI
60.SHABNA BT.MOHD KHUSAIRI

WILAYAH PERSEKUTUAN

1.AIN NADZIRAH BINTI BUKHARI
2.AISHAH RAUDHAH BINTI SALIM
3.ANATI FATIMAH BINTI MOHAMED@SALIM
4.ASHIRAH HAZIRAH BINTI HASSIM
5.ASILAH BINTI KHAIRUL ANUAR
6.AZIANA BINTI AZIF
7.FARIZAH HANIS BINTI MD WAKIF
8.FARIZATUL AINI BINTI KAMARUL NIZAR
9.FATIHIN NABILAH BINTI MOHD NAZALI
10.FATIMAH ANNABAWYYAH BINTI HAIRUL NIZAM
11.FATIMAH NABILAH BINTI BAHARUDDIN
12.HAIRUL NIZAM MD HUSSIN
13.HALIMATUN SAWIRAH BINTI MOHD FAIRUS
14.IZMI INARAH BINTI MOHD HANAFI
15.KHAIRUL BARIYYAH BINTI AZHAR
16.KHIRUNNISA ZULAIKHA BINTI ABDUL HAMID REDZA
17.MOHD FAIRUS B SOIED
18.NABILAH BINTI AHAMAD SHALEH
19.NASUHA BINTI IDRIS
20.NAWWAR BINTI HASHIM
21.NIK AISHAH BT NIK MOHD ZAID
22.NOOR ADILAH HALWA BINTI BAHARUDDIN
23.NOOR HAFIZAH BINTI SHAMSUDIN
24.NOOR HAZWANI BINTI MOHAMED
25.NORIZZAH NABILAH BINTI ABDUL HALIM
26.NUR FARHANA BINTI RAZALI
27.NUR IFFAH BINTI ROZANI
28.NURAKMALYANA BINTI ZAMIL
29.NURAZIZAH BINTI MOHAMAD ZAIDI
30.NURDIANAH BINTI FIRUZ
31.NURFARAHIN BINTI ISMAIL
32.NURFILZAH BINTI ZULKARNAIN
33.NURSYAMEME IDAYU SHAH
34.NURUL AIN BINTI RUSLI
35.NURUL ASHIKIN BINTI KAMARUDDIN
36.NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROSLAN
37.NURUL NADIRAH BINTI BAHARU
38.NURUL SAKINAH BINTI AZMI
39.NURUL SHAZWANI BINTI AZMI
40.NURWAHIDAH BINTI MOHD NOOR
41.OSMAN B PUTIH
42.PUTERI NURUL SANIM SYAHAMAH BINTI SAMSUDIN
43.QIBLAT AMNI BINTI HISHAM
44.RAFIDAH BINTI HANIFFAH
45.RAJA ZARIN BINTI RAJA MUSZAFFAR SHAH
46.RASHIDAH BINTI KHAIRUDDIN
47.RASHIDAH BINTI MUHAMMAD RAZIF
48.AIN ZUBAIDAH
49.EMILYZA BINTI MOHD SARJADI
50.SYAFIQAH AMIR RAMLI
51.AMEENATUL SHAHEERA
52.NURUL FARHANA

SELANGOR

1.MUHAMAD HAKIMI B.HUSSAIN
2.UMMI SALWA BT NORDIN
3.NURUL IMAN MOHAMAD HAKIMI
4.ASRAF B.ABDUL WAHAP
5.SITI FAHRINA BT AHMAD
6.AMRU AL ASR ASRAF
7.MUHAMMAD HAIRULLAH B.HASSIM
8.FATIN BT KHAIROLLAH
9.ABDUL HALIM B. BAHRUN
10.SITI KHALIJAH BT MOHAMMAD
11.ABDUL AZIZ ABD HALIM
12.RABIATUL ADAWIYAH ABD HALIM
13.MOHAMAD SYAFIQ ABD HALIM
14.MOHD LUKMAN HAKIM ABD HALIM
15.MAHATHIR B. AHMAD
16.NOR FARIZAH BT DARNO
17.MOHAMAD AINUR RABBANI NASOHA
18.SITI SUMAYYAH BT NASOHA
19.MUHAMMAD AMMAR IMTIYAZ FARID
20.AULIYA QISTINA FARID
21.MUHAMMAD FIKRI B.BOSTANUDDIN
22.MAZIAH BT JALALUDDIN
23.SITI NADIA MOHD ANIP
24.SITI NUR HAYATI ABDUL RAHMAN
25.SITI NUR HAWA HUSNAH RUSMAN
26.SITI FARHANI AHMAD FUAD
27.KHALESAH KHALIL
28.FATEHAH ASROR
29.SITI ERNA SELAMAT
30.NURUL BAZILAH HUSSIN
31.AIMUNI BINTI AHMAD
32.NURAINI BINTI SALIM
33.AYESYHAH BIN AWALLUL AZMI
34.FADHILAH BINTI ABDUL HAMID DAHLAN
35.KHAIRUIZZAH BINTI HELMI AZHAR
36.MARDHIAH BINTI IBRAHIM
37.NABIELAH BINTI RAMLAN
38.NORFANIHA BINTI SAWAL
39.NOR SHAKIRAH BINTI ABDUL AZIZ
40.NOR LATIFAH BINTI MOHD JUPRI
41.NURSYAFIKAH BINTI ABDUL RAZAK
42.NUR NASIHAH SAKINAH BINTI MAHYUDIN
43.NUR ADILAH HUSNAH BINTI AHMAD AZMI
44.NUR AISYAH BINTI KAMALUDIN
45.NUR ATIAH BINTI ROSLAN
46.NURAMALINA BINTI ABDUL MALIK
47.NUR AMNAH BINTI MOHD SOLEH
48.NUR FAIQAH BINTI BAHARUDIN
49.NUR HERIYANA BINTI SAMURI
50.NUR HAFIZAH BINTI MASTRO
51.NURUL HUDA BINTI HUSSIN
52.DYANA EZLYN EZLINDA MUHYIDIN

Demo anti Mubarak 4 Feb. 2011

Posted: 04 Feb 2011 08:00 PM PST

Hari ini, kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.



Turut serta di barisan hadapan ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Himpunan hari ini selain daripada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, ia disertai kira-kira 50 NGO di negara ini.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.





Sebelum itu, kira-kira 30 anggota polis simpanan Persekutuan (FRU) berbaris di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.





FRU yang lengkap dengan meriam kemudiannya mengepong ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun untuk memperjuangkan hak rakyat Mesir dan Malaysia.

Difahamkan empat orang ditahan dalam himpunan tersebut.





Tiga desakan yang dibuat ialah menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Himpunan besar-besaran ini pada masa sama juga mengutuk kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol RON97 tanpa memikirkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 05 Feb 2011 01:42 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


kebangkitan rakyat mesir inspirasi rakyat malaysia

Posted: 04 Feb 2011 04:44 PM PST


Air kuning, 5 Februari, dalam mengulas isu kebangkitan rakyat di Mesir dan dunia arab yang lain, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memulakan dengan memetik firman Allah SWT. dalam Surah Ali-Imran:

"Katakanlah: `Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. 3:26)

Memetik ucapan beliau " Dalam ayat ini, Allah sebut bahawa Allah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia khendaki dan menggulingkan sesiapa yang dikhendaki"

" Ayat ini merupakan suatu renungan kepada mana-mana kerajaan bahawa mereka hanya berkuasa atas pemberian Allah dan bukan atas kehebatan mereka sendiri. Buatlah tembok besi ke, tentera yang canggih dan ramai ke, pengaruh yang luas ke, semua itu hanya kecil dibandingkan dengan kekuasaan Allah"

" Benda-benda itu tak dapat menyelamatkan mereka daripada ketentuan Allah. Apabila kita faham konsep ini, sepatutnya pemerintah bersifat adil dan saksama. Kena bertanggungjawab kepada rakyat dan membantu hidup mereka."

Menurut beliau, di Mesir kita lihat rakyat di sana sudah tidak tahan ditindas. Bagaikan air panas yang terpendam dalam bumi, tunggu masa sahaja hendak keluar dan meletus. Jurang taraf hidup antara golongan berada dan golongan berpendapatan rendah semakin luas. Kerajaan Hosni Mubarak dengan zalim menangkap dan menghancurkan musuh politik mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa. Lebih zalim lagi, pemimpin Mesir bekerjasama dengan musuh utama umat islam iaitu israel. Mereka membantu israel menyerang Gaza dengan menutup sempadan untuk membawa bekalan makanan. Tindakan mereka ini sangat kejam dan zalim. Selain itu, pempimpin mesir mengambil amerika dan israel sebagai wakil mereka sedangkan Allah telah melarang perbuatan tersebut

Beliau juga menyatakan bahawa, semua perkara yang berlaku ini di bawah kekuasaan Allah. Peristiwa yang berlaku ini Allah nak jadikan ikhtibar kepada pemimpin zalim di negara lain. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan padahal menindas dan menipu rakyat. Berwaspadalah sebab Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran sebelum ini bahawa jika pemimpin tidak melaksanakan kandungan Al-Quran, Allah akan wujudkan perbalahan di kalangan mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan, suatu perkara lain yang menjadi ikhtibar ialah kesanggupan rakyat Mesir menentang pemimpin zalim mereka walaupun mereka tahu nyawa dan ketenteraman hidup mereka mungkin terganggu. Kalaulah rakyat Mesir mengambil sikap tak kisah, dan tak sanggup keluar daripada zon selesa, tentulah mereka akan duduk di rumah dan membiarkan kerajaan zalim mereka terus memerintah. Inilah sikap yang perlu dicontohi rakyat Malaysia.

Sikap sanggup keluar daripada zon selesa demi menegakkan keadilan. Manfaat kesusahan kita hari ini akan membantu anak cucu kita merasa kesenangan di masa hadapan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Feb 2011 01:14 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pas Miri : Ziarah muhibbah sempena Tahun Baru Cina

Posted: 04 Feb 2011 05:28 PM PST

2 Rabiul Awal 1432H.

MIRI : PAS Kawasan Miri melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Miri dan Dewan Muslimat PAS telah menganjurkan ziarah muhibbah ke keluarga masyarakat Tionghua di sekitar DUN Senadin dan Krokop. Program ini bertepatan dengan slogan "PAS For ALL" yang telah diadaptasikan dalam perjuangan PAS selama ini.

Program bermula dari malam tahun baru Cina dengan sebaran sms "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat Miri khasnya yang menyambut perayaan tersebut.

Program ziarah Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee, Setiausaha DHPP Miri,Mr Yeo dan pimpinan Muslimat dan Pemuda Kawasan. Rombongan yang mulakan ziarah sejak tengahari sehingga waktu Asar disambut meriah dan penuh ceria oleh masyarakat Tionghua sekitar DUN Senadin dan Krokop. Lebih manis
lagi;program kali ini turut mendapat tetamu istimewa iaitu Dr Halimah Ali,Exco Kerajaan PR Selangor dari PAS ,yang merupakan anak jati Sarawak ,juga berbangsa Tionghua yang turut hadir di Miri bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan keluarga asal beliau di sini.

Bagi Dr Halimah,program Ziarah sebegini menzahirkan konsep PAS for ALL yang lebih relevan dan mendahului konsep BN 1Malaysia. Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan pelbagaian,tambahnya lagi.Turut mendapat perhatian dalam Ziarah kali ini adalah keluarga miskin dan Ibu tunggal sekitar Kg Sealine yang turut menerima sedikit buah tangan dari rombongan Muslimat PAS kawasan Miri. Sebanyak 7 keluarga menerima bantuan
barangan keperluan.

Pada sebelah malamnya, PAS Kawasan Miri telah menganjurkan Sesi Taklimat "PAS Ganti UMNO/PBB" di Pejabat PAS Kawasan Miri. Dr Halimah ali dalam pengisian 1.5 jam menegaskan sekiranya di DUN Selat kelang ,yang selama 50 tahun BN tidak pernah tumbang,tapi akhirnya dirampas oleh PAS melalui kemenangannya pada PRU yang lalu,maka tidak mustahil situasi sama akan berlaku pada PR DUN Sarawak akan datang khasnya kerusi DUN Miri.

Malah sejarah turut membuktikan kerusi DUN khasnya di Miri pernah tewas ketangan pembangkang. Beliau mengingatkan jentera khasnya DHPP dan Dewan Muslimat agar meneruskan program turun padang mendahului BN bagi memastikan maklumat dan dasar PR disebarluaskan pada rakyat disamping menunjukkan fakta kegagalan BN Negeri khasnya dalam mengurus tadbir ekonomi Sarawak yang mengakibatkan negeri yangkaya ini,tapi rakyatnya antara yang termiskin di Malaysia.

Secara simboliknya,beliau menegaskan bahawa Dacing(BN) kini sudah tidak lagi digunakan,malah disimpan dalam Muzium,tetapi peniaga lebih gemar menggunakan timbang elektronik yang berbentuk empat segi,dengan bulatan (PAS) ditengah.Jelaslah masa untuk rakyat memilih PAS sebagaipilihan terbaik untuk kini dan masa hadapan. Secara sinis beliau menyatakan BN ..0,PAS/PR...1,disebabkan beliau lebih awal sampai di Miri sebelum PM Najib.

Video: Ditangkap Selepas Demo?

Posted: 04 Feb 2011 05:11 PM PST


2 Rabiul Awal 1432H.
http://kijang59.blogspot.com/





Sesudah selesai demo sudah ada lapan orang yang ditangkap termasuk dalam video ini. Provokasi ini berlaku daripada pihak keselamatan yang cuba mencari 'penyakit' seperti yang berlaku di Mesir. Selain itu, pakcik dalam video ini telah dikasari oleh pihak keselamatan.

Pihak polis telah menahan anaknya dan dibawa menaiki trak polis. Pada masa sama pihak berkuasa cuba memprovokasi pakcik tersebut.

Video: Keganasan FRU

Posted: 04 Feb 2011 05:00 PM PST


2 Rabiul Awal 1432H.
http://kijang59.blogspot.com





Disangka perhimpunan berlangsung secara aman namun telah diganggu oleh FRU yang meleraikan para pendemostran dengan cecair yang menyebabkan sesak nafas dan pedih mata iaitu "water canon". Tindakan tersebut telah menyebabkan peniaga telah disembur sama dikala peserta sedang minum dan menjamah makanan berdekatan dengan bangunan Tabung Haji.

Tindakan ganas ini membuktikan bahawa FRU Malaysia sama seperti dengan FRU di Mesir. Kemungkinan juga didalangi oleh UMNO/BN yang bersekongkol melihat parti politik terutamanaya Pakatan Rakyat berdemonstrasi. Sepatutnya perhimpunan iu aman namun telah diprovokasi oleh pihak berkuasa sehingga keadaan jadi tidak aman.

Krisis Mesir, Israel semakin bimbang

Posted: 04 Feb 2011 05:00 PM PST

[MOD] -
Krisis Mesir, mereka meneriakkan yel-yel, "No Sulaeman, No Shafiq". Mereka menolak Wapres Jenderal Sulaimen dan Perdana Menteri Ahmed Shafiq, yang baru diambil sumpahnya ole Mubarak.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan tegas melarang anggota pemerintahannya untuk tidak memberikan komentar apapun tentang krisis politik yang terjadi di Mesir. Karena, Israel masih belum melihat jelas kemana arah perubahan politik di Mesir nantinya.

Mesir di bawah Presiden Hosni Mubarak mengikat perjanjian 1979, yang merupakan warisan pendahulunya Anwar Sadat, yang tewas saat mengikuti parade militer Oktober 1978. Rakyat Mesir marah terhadap Sadat yang membuat perjanjian perdamaian dengan Israel, dan kemudian dibunuh, bersamaan dengan hari ulang tahun militer Mesir.

Sunguh, Mesir dibawah Mubarak ikut melakukan blokade terhadap Hamas. Mesir membangun tembok baja, di sepanjang perbatasan antaras Mesir - Gaza, di Rafah. Bukan hanya tembok baja, tetapi juga Mesir menggali parit yang dalam di sepanjang tembok, diairi dan dialirkan aliran listrik. Sehingga tidak mungkin rakyat Palestina di Gaza dapat membuat terowongan lagi dari Mesir. Mesir terang-terangan membantu Israel memberikan informasi penting kepada Israel, saat sebelum berlangsungnya invasi militer Israel ke Gaza.

Di bawah Mubarak bagaimana Mesir memainkan peranannya sesuai dengan keinginan untuk menghadapi Iran, dan terus melakukan tekanan terhadap Iran, agar tidak mengembangkan senjata nuklirsnya. Mubarak benar-benar menjadi pecundangnya Israel. Mubarak memasok 40 persen gas kepada Israel dan dengan harga yang murah. Israel dengan keberadaan rezim Mubarak seperti mendapatkan mukjizat dan berkah. Mesir menjadi tulang-punggung Israel untuk mengeliminasi semua kekuatan yang menjadi ancaman Israel di dunia Arab.

Tentu yang lebih paling lagi, bagi negara kecil, seperti kecil dengan perjanjian perdamaian dengan Mesir itu, kiranya negera Yahudi itu dapat mengurangi resiko ancaman keamanan. Menurut para analis dengan postur Mesir yang berpenduduk terbesar di kawasan Arab itu, Mubarak bertugas menjaga kepentingan keamanan Israel dari ancaman negara-negara Arab. Tak ada lagi ancaman militer yang berarti sejak Mesir menandatangani perjanjian dengan Israel. Langkah Mubarak ini sangatlah tidak populer dimata rakyatnya yang berjumlah 80 juta itu. Umumnya rakyat Mesir mempunyai sikap yang negatif terhadap Israel. Tetapi, Mubarak benar-benar telah menjadi 'anjing penjaga' Israel.

Sungguh sangat ironis. Pernyataan mantan Dubes Israel di Cairo, yang mengatakan, "Siapapun pemerintah baru mungkin akan muncul dari demonstrasi yang bersejarah di Mesir - yag sangat populis, baik Islam atau persatuan nasional - "tidak ada keraguan bahwa rezim baru akan berusaha untuk kesepakatan perdamaian dengan Israel ," ujar Eli Shaked, mantan duta besar Israel ke Mesir. Lebih lanjut Eli Shaked yang menulis di harian Yedioth Ahronoth, menambahkan, "Satu-satunya orang di Mesir yang berkomitmen untuk perdamaian adalah orang-orang di lingkaran dalam Mubarak", tambahnya. Pernyataan Eli Sahked itu menggambarkan rezim Mubarak adalah peliharaan Israel.

Israel sangat antusias dan respek atas penunjukan kepala intelijen Mesir Omar Sulieman oleh Mubarak, sebagai wakil presiden, danm ini pertamakalinya dalam sejarah pemerintahannya selama 30 tahun. Kepala intelijen yang berkumis adalah tokoh intelijen yang secara ajek mengunjungi Israel. Di mana Omar Sulaeman melakukan konsultasi dengan menteri pertahanan Israel dan pejabat intelijen, yang membahas banyak isu kedua negara yang berlangsung selama tiga dekade.

"Mesir dan Israel memiliki kepentingan strategis bersama. Mesir menjadi sekutu Israel, dan telah membuat komitmen untuk tidak saling menyerang ", kata Shlomo Avineri, seorang ilmuwan politik di Universitas Ibrani. "Ini adalah negara Arab utama, dan tidak ada negara Arab lainnya akan melakukan perang dengan Israel, tanpa Mesir. Jadi ada kepentingan strategis bersama", tambahnya.

Avineri, yang memegang posisi senior di kementerian luar negeri di masa zamannya Perdana Menteri Yitzhak Rabin, menjelaskan dua kemungkinan, pertama ada camur tangan militer Militer, atau tanpa Mubarak sebagai "boneka," atau "kekacauan dan disintegrasi" yang berakhir dengan pemerintahan Islam, ujarnya. Israel paling takut kemungkinan Ikhwanul Muslimin, oposisi politik yang paling terorganisir di Mesir, yang akan mengambil alih kekuasaan di Mesir. Menurut Avineri, menilai, bahwa Ikhwan telah berhasil mengubah masyarakat Arab berubah lebih religius dan konservatif dalam beberapa dekade terakhir, tutur Avineri.

"Apa yang tidak akan terjadi adalah Israel akan memiliki tetangga yang menganut sistem demokrasi, karena demokrasi tidak muncul dalam semalam," kata Avineri. "Lihatlah Rusia anda membutuhkan masyarakat sipil.. Anda perlu tradisi politik, pluralisme, toleransi, adanya pihak yang efektif." Ini khas pandangan para pemimpin Zionis Israel, demokrasi itu identik dengan menerima kehadiran Israle yang menjajah tanah-tanah Arab.

Media Israel melaporkan terjadinya kepanikan yang sangat luar biasa dikalangan pejabat tinggi Israel, akibat krisis politik yang terjadi di Mesir saat sekarang ini. Angkatan Bersenjata Israel (IDF), yang sebagian besar terkonsentrasi di perbatasan Libanon dan Gaza, sekarang mulai digerakkan ke arah selatan. Di mana Israel telah empat kali berperang dengan Mesir. Kabel diplomatik Amerika yang diterbitkan oleh Wikileaks tahun lalu, menunjukkan adanya keluhan diplomat Israel, bahwa militer Mesir terus menganggap Israel sebagai musuh utama, dan siap untuk perang di Gurun Sinai.

"Saya tidak ragu bahwa pembentukan seluruh pertahanan sekarang akan meminta anggaran yang lebih besar", kata Oded. " Nah, kita harus menyesuaikan diri dengan situasi, di mana Mesir bukan mitra kami lagi, '"kata Oded Aren, Direktur Institute for National Security Studies, sebuah lembaga think tank di Tel Aviv, yang anggota adalah para pensiunan jenderal. "Mesir adalah semacam suar atau penanda untuk ketegangan keamanan, untuk bahaya dengan dunia Arab."

Perspektif Israel, yang penuh dengan sikap paranoid itu, di mana Al Jazeera menyiarkan wawancara dengan Tentara Islam militan, ketika terjadi kekacauan beberapa hari terakhir ini, telah berhasil meloloskan dari penjara Kairo dan kembali ke Gaza, di mana mereka berjanji untuk melanjutkan serangan terhadap Israel. Kata seorang anggota militan Islam, ribuan melarikan diri dari penjara Cairo.

"Ya, kami sangat, sangat khawatir tentang situasi ini," kata seorang Jenderal Israel. Krisis yang sekarang terjadi di Mesir, membuat nyali Israel menjadi mengkeret, dan saatnya negara Zionis itu harus musnah, karena menjadi kanker di dunia Arab.(Eramuslim)

Karnival Anak Muda dan Jualan Selangor 2011.

Posted: 04 Feb 2011 04:50 PM PST

2 Rabiul Awal 1432H.

Anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia
dengan sokongan Majlis Perbandaran Sepang
dengan kerjasama Angkatan Muda KEADILAN Sepang

5 - 16 Feb. 2011
di dataran Prima Avenue, Cyberjaya

5- 16 Feb : Gerai Jualan dan Pameran dibuka ada banyak acara sepanjang karnival seperti jualan murah, cabutan bertuah, persembahan artis jemputan dan antara acara besar ialah

Forum Perdana dan Konsert
10 Feb 2011, 8.45 malam
bersama YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ust. Badrul Amin dan Ust. Ghani Abd Rahman
moderator Syed Mikael Rizal Aidid
Mini Konsert bersama Akhil Hayy

Malam Debat/Diskusi Anak Muda
11 Feb 2011, 8.45 malam
bersama wakil siswa dari 7 IPT tempatan berhujah dengan wakil Pemuda Umno, Wakil AMK,Wakil DPPAS, Wakil DAPSY dan Wakil MIC
moderator : che'GuBard (SAMM)

Pesta Futsal Rakyat Karnival Anak Muda
12 Feb 2011, 8.45 pagi - 8.45 malam
penyertaan terbuka kpd 32 pasukan pertama
Yuran RM35/pasukan
Hadiah wang tunai pertama RM800, Kedua RM500, Ketiga RM300, tempat ke 4-10 Hamper
penyampaian hadiah YB Dr. Yunus
berminat sertai hubungi : 0126794704 (Yaser)

Pidato Umum 'Selangor dan melakar masa depan negara'
12 Feb 2011, 8.45 malam
bersama YAB Tan Sri Khalid ,
YB Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor), YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Selangor) , Mazlan Aliman, (Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan) dan beberapa pimpinan muda Selangor.
Kemunculan khas Azhan (Juara Akedemi Nasyid TV9) membuat persembahan

Konvoi Anak Muda bersama Yasir Said (Juara Cub Prix Asia)
13 Feb 2011, 9.00 pagi (mula Labu Lanjut) 4.00 ptg (tamat tapak karnival)
berminat sertai hubungi : 0129781707 (Sani)

Sepetang sembang anak muda
13 Feb 2011, 4.45 ptg
bersama
Yasir Said - kongsi pengalaman budak kampung kuasai litar asia,
S. Arutchelvan (pengasas NGO Suara Rakyat Malaysia) - hak anda di depan polis,
YB Amirudin - peluang belia di Selangor
moderator : Norazizi (SAMM)

Malam Kesenian
13 Feb 2011, 8.45 malam
bersama Kumpulan The Society, Blank (vokalis GAMMA), Pyanhabib, Dinsman, Azhan (Juara Nasyid), Ami Jagat, YB Janice Lee (ADUN Teratai), che'GuBard (SAMM) dan ramai lagi.

Sepanjang karnival sebanyak 35 buah khemah jualan dan pameran dibuka. 20 gerai untuk tujuan kormesial perniagaan disewakan dengan kos berpatutan sesuai dengan program ini yang bukan bersifat keuntungan, bagi peniaga atau pihak korporat dijemput bersama dengan Karnival yang akan menghimpunkan ribuaan anak muda di Dataran Prima Avenue, Cyberjaya. Berminat sila hubungi Yaser 0126794704 atau Rizal 0123535698

Siapa Biadap Polis atau Pendemostran?

Posted: 04 Feb 2011 04:29 PM PST


[MOD]. Polis telah menggunakan kekerasan melampau dalam melakukan tindakan menyuraikan peserta demonstran. Ada yang disembur, dibelasah dan diludah sedangkan semua peserta sudah beredar selepas berjaya menyerahkan memorandum di kedutaan AS.

Polis seakan-akan mahu bermusuh dengan peserta demonstrasi. Jika benar peserta itu merusuh mengapa ia berlaku ketika peserta ingin bersurai. Provokasi ini berlaku apabila barisan paling belakang telah diprovokasi oleh pihak polis.


Ada yang cuba mempertahankan diri turut disumbat dalam trak polis atas sebab bertindak ganas terhadap polis termasuklah seorang peguam hampir ditangkap kerana mempertahankan anak guamnya yang ditangkap polis tanpa punca. (kijang59)

Krisis Mesir : Inspirasi rakyat Malaysia tukar kerajaan.

Posted: 04 Feb 2011 03:46 PM PST

2 Rabiul Awal 1432H.
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 5 Februari, dalam mengulas isu kebangkitan rakyat di Mesir dan dunia arab yang lain, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain memulakan dengan memetik firman Allah SWT. dalam Surah Ali-Imran:

"Katakanlah: `Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. 3:26)

Memetik ucapan beliau " Dalam ayat ini, Allah sebut bahawa Allah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menggulingkan sesiapa yang dikehendaki"

" Ayat ini merupakan suatu renungan kepada mana-mana kerajaan bahawa mereka hanya berkuasa atas pemberian Allah dan bukan atas kehebatan mereka sendiri. Buatlah tembok besi atau tentera yang canggih dan ramai atau pengaruh yang luas , semua itu hanya kecil dibandingkan dengan kekuasaan Allah"

" Benda-benda itu tak dapat menyelamatkan mereka daripada ketentuan Allah. Apabila kita faham konsep ini, sepatutnya pemerintah bersifat adil dan saksama. Kena bertanggungjawab kepada rakyat dan membantu hidup mereka."

Menurut beliau, di Mesir kita lihat rakyat di sana sudah tidak tahan ditindas. Bagaikan air panas yang terpendam dalam bumi, tunggu masa sahaja hendak keluar dan meletus. Jurang taraf hidup antara golongan berada dan golongan berpendapatan rendah semakin luas. Kerajaan Hosni Mubarak dengan zalim menangkap dan menghancurkan musuh politik mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa. Lebih zalim lagi, pemimpin Mesir bekerjasama dengan musuh utama umat islam iaitu israel. Mereka membantu israel menyerang Gaza dengan menutup sempadan untuk membawa bekalan makanan. Tindakan mereka ini sangat kejam dan zalim. Selain itu, pempimpin mesir mengambil amerika dan israel sebagai wakil mereka sedangkan Allah telah melarang perbuatan tersebut

Beliau juga menyatakan bahawa, semua perkara yang berlaku ini di bawah kekuasaan Allah. Peristiwa yang berlaku ini Allah nak jadikan ikhtibar kepada pemimpin zalim di negara lain. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan padahal menindas dan menipu rakyat. Berwaspadalah sebab Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran sebelum ini bahawa jika pemimpin tidak melaksanakan kandungan Al-Quran, Allah akan wujudkan perbalahan di kalangan mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan, suatu perkara lain yang menjadi ikhtibar ialah kesanggupan rakyat Mesir menentang pemimpin zalim mereka walaupun mereka tahu nyawa dan ketenteraman hidup mereka mungkin terganggu. Kalaulah rakyat Mesir mengambil sikap tak kisah, dan tak sanggup keluar daripada zon selesa, tentulah mereka akan duduk di rumah dan membiarkan kerajaan zalim mereka terus memerintah. Inilah sikap yang perlu dicontohi rakyat Malaysia.

Sikap sanggup keluar daripada zon selesa demi menegakkan keadilan. Manfaat kesusahan kita hari ini akan membantu anak cucu kita merasa kesenangan di masa hadapan.

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 06:11 AM PST

1 Rabiul Awal 1432H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya

Harakahdaily/-

MAS Dibenarkan Berlepas/Mendarat Di Lapangan Terbang Mesir dan Arab Saudi

Posted: 04 Feb 2011 06:09 AM PST

1 Rabiul Awal 1432H.

JEDDAH: Malaysia Airlines (MAS) mendapat kebenaran pihak berkuasa Mesir dan Arab Saudi untuk berlepas dan mendarat di lapangan terbang kedua-dua negara itu sehingga Isnin depan untuk misi memindahkan pelajar dan warga Malaysia dari Mesir yang sedang bergolak.

"Kebenaran ini penting bagi melicinkan proses pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir ke Jeddah," kata Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang.

Chef de Mission MAS itu berkata hubungan akrab MAS dengan pihak berkuasa lapangan terbang Arab Saudi dan Mesir adalah antara faktor penyumbang kepada kelancaran proses membawa keluar warga Malaysia di Kaherah.

"MAS memang mempunyai perjalanan ke Jeddah dan kita mempunyai sistem di situ.

Bagaimanapun di Kaherah, kita menjalin hubungan baik dengan EgyptAir yang turut membantu kita memperoleh kebenaran untuk mendarat dan berlepas.

"Sememangnya MAS boleh melakukan penerbangan ke mana sahaja tetapi apa yang penting ialah kebenaran untuk mendarat dan berlepas perlu ada," katanya kepada wartawan Malaysia yang meliputi misi tersebut di sini, Jumaat.

Mengakui misi ini agak mencabar, Mohd Nawawi bagaimanapun berkata MAS kerap berhubung dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendapatkan maklumat dan situasi terkini di Kaherah.

Kumpulan pertama 365 rakyat Malaysia termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah dan tiba di Jeddah dengan pesawat Boeing 747 milik MAS.

Mohd Nawawi berkata penerbangan MAS membawa kumpulan pelajar dan warga Malaysia untuk hari ini bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) manakala penerbangan kedua pula bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Dalam pada itu, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa Malaysia sedang berbincang tentang urusan membawa pelajar dan warga Malaysia pulang terus ke tanah air dari Jeddah.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada keputusan dibuat mengenainya.

"Apa yang penting sekarang, kita akan sedaya upaya membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah," katanya.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura. -BERNAMA

Kumpulan Pertama 356 Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat Tiba Di Jeddah

Posted: 04 Feb 2011 06:01 AM PST

Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Jumaat. Foto BERNAMA

1 Rabiul Awal 1432H.

JEDDAH: Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di sini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.

"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.

Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.

Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.

"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.

"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.

Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.

"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.

Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia dua tahun.

Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di sini.

Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - BERNAMA

Ribuan berdemonstrasi kecam Mubarak, 8 ditangkap

Posted: 04 Feb 2011 05:52 AM PST

1 Rabiul Awal 1432H.

Lapan orang dikatakan ditangkap selepas ribuan orang berkumpul hari ini di Kuala Lumpur, memprotes tindakan ganas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi pro-demokrasi di Mesir.

Wajuk-wakil kumpulan tersebut meminta peguam datang ke balai polis Dang Wangi, untuk membantu pembebasan mereka.
Laporan tidak jelas, tetapi Malaysiakini difahamkan Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Menurut satu laporan, ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, kelapan-lapan mereka ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika

Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Malaysiakini/-

Pengikut