Sabtu, 6 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 06 Nov 2010 11:10 PM PDT

PAS TELUK INTAN


bantuan bencana banjir, pas negeri lancar bantuan ikhlas

Posted: 05 Nov 2010 11:34 PM PDT

PAS Negeri Kedah telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam dan akan mengkoordinasikan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir.
PAS Kedah juga, katanya, telah menyusun tenaga sukarelawannya terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal dan Nisa' untuk menjayakan bantuan tersebut.
Tambahnya, pada ketika ini pihak PAS Kedah amat memerlukan sumbangan orang ramai berupa air mineral, tuala wanita, lampin bayi dan biskut.
Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang prihatin untuk membantu usaha tersebut melalui sumbangan terus ke bilik gerakan banjir.
Katanya lagi, para dermawan yang berhasrat untuk turut serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir juga boleh terus berhubung dengan PAS Kedah agar kenderaan dan lokasi penyerahan sumbangan dapat ditentukan.
Sumbangan wang tunai juga boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 552170001133 atas nama Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK.
Sebarang pertanyaan boleh menghubunginya di talian 012-482 7563 atau Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya di talian 019-4704740 dan 04-748 1120.

Peghelih La...

Posted: 06 Nov 2010 11:02 PM PDT

Peghelih La...


Lagi foto banjir & Misi bantuan PAS Perlis

Posted: 05 Nov 2010 11:16 PM PDT

Markas PAS Kawasan Kangar (Selasa, 2 November)

Markas PAS Alor Kabung dan Rumah YDP Kangar turut dinaiki air

Markas PAS Panggau tenggelam

Di SK Sena... Jumpa Exco (YB Sena)

Mengayuh basikal untuk menghantar bantuan makanan

Ketua Pemuda PAS Perlis menaiki motosikal untuk sampaikan bantuan

Bantuan perlu disampaikan kepada mangsa banjir, tidak kira apa jua kaedahnya

Sumbangan makanan di Kg. Behor Masjid

Menyantuni mangsa banjir yang sedang membersihkan kawasan

Bantuan turut disampaikan kepada petuga s Hospital Tuanku Fauziah

Ustaz Hashim dan Ketua Pemuda bertanyakan khabar kepada mangsa banir di khemah Umno/BN di Wang Ulu

Hari ini kami bagi bubur lambuk pula, kata Ustaz Hashim

DPP PADANG TERAP

Posted: 06 Nov 2010 09:14 PM PDT

DPP PADANG TERAP


BANJIR - Sukarelawan Gotong royong Bersih Surau & Rumah Orang Tua

Posted: 06 Nov 2010 05:43 AM PDT








Sebahagian bantuan kepada mangsa banjir Padang Terap

Posted: 06 Nov 2010 05:36 AM PDT





DPPK PARIT

Posted: 06 Nov 2010 07:21 PM PDT

DPPK PARIT


PM dimasuk ke Hospital Kuala Lumpur

Posted: 06 Nov 2010 04:29 AM PDT

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.

Posted: 06 Nov 2010 04:19 AM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 06 Nov 2010 07:04 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


PASCA PRK GALAS : IMPLIKASI YANG BERLAKU

Posted: 06 Nov 2010 09:07 AM PDT

Makbulkah doa Tok Guru ??

Posted: 06 Nov 2010 05:56 AM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 06 Nov 2010 03:19 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Beli yang ori bro

Posted: 06 Nov 2010 10:14 AM PDT


Kulit album MZ yang terkoyak diselotep sebab sayang dan menghargai nilainya.


Dalam album MZ ini ada mesej khas

Demi menyokong industri nasyid antarabangsa ana telah membeli CD Maher Zain original di Batu Pahat petang tadi. Album MZ thank you Allah yang mencetuskan fenomena di Malaysia ini mengandungi 14 buah lagu ketuhanan yang amat sedap didengar dan penuh mengasyikkan, tak rugi beli walaupun harganya wow RM27.90.

Memang boleh kalau nak jimat dengan muat turun lagu tetapi buat apa menipu...kata minat, nak sokong, konon nak berjuang memartabatkan nasyid tetapi bikin cetak rompak,..jangan kita berpura-pura...

Di Malaysia hak edaran albun ni oleh Inteam record, tahniah anak muda ...teruskan usaha membawa idea yang segar ke dalam nasyid tempatan dalam keadaan industri muzik tempatan mengalami kejatuhan yang teruk, seperti syarikat gergasi terkenal EMI bubar, begitu juga BMG keluar pasaran...

Banyak album penyanyi tak laku, tak berani buat album penuh, komposer terpaksa peram lagu kerana tak ada orang ambil, hanya berani terbit semula lagu hits lama yang dikitar semula. tetapi berbeza dengan album bercorak nasyid dan ketuhanan ni yang steady dan bertahan di pasaran... inilah untungya menghiburkan manusia dengan mengajak mengingati Allah SWT, dapat pahala dan keberkatan. Insyaallah.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Nov 2010 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk'

Posted: 06 Nov 2010 07:41 AM PDT

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula Isnin ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Sime Darby.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".- malaysiakin

Mengapa PAS kalah di Galas

Posted: 06 Nov 2010 07:38 AM PDT

29 Zulkaedah 1431H.
Wan Nik Wan Yussof

Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah 'kerajaan kecil' di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?

Punca PAS kalah

Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.

Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus. Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?

Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang 'terkejut' apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.

Namun kemenangan PAS pada 2008 itu bukan bergantung sepenuhnya kepada faktor calon. Malah suatu faktor yang lebih bersifat strategik ialah gerakan kepartian dan penyusunan gerak kerja pilihan raya PAS di Galas antara 2004 sehingga pilihan raya 2008. Di antaranya nilaian strategik yang berjaya dilakukan ialah pendaftaran pemilih baru kalangan warga Galas, termasuk yang berada di perantauan. Hasilnya, pihak PAS dikatakan berjaya mendaftar lebih 1,000 orang pengundi baru. Justeru undi PAS tahun 2004 (kira-kira 3,000 undi) dijadikan teras ukuran sokongan rakyat apabila dicampur dengan 1,000 pengundi baru, maka logiknya PAS mencapai 4,000 undi pada pilihan raya umum 2008. Natijahnya, PAS mencapai kemenangan di Galas pada 2008 adalah tepat pada angka sokongan sebanyak 4,399 undi atau pada undi popular 53.96 peratus (54 peratus). Sedangkan undi popular PAS pada 2004 hanya 36 peratus. Bermakna PAS berjaya mencapai lonjakan agak besar iaitu 18 peratus.

Sehubungan itu, sumbangan 1,000 pengundi baru yang berjaya didaftarkan sepanjang 2004-2008 itu adalah bernilai 22.73 peratus apabila dinisbahkan dengan undi yang dicapai 4,399 pada pilihan raya umum 2008. Namun, selepas 2008 didapati usaha mendaftar pengundi baru tidak berlaku secara baik. PAS dikatakan hanya berjaya mendaftar sekitar 500 orang sahaja. Sedangkan pihak BN dikatakan berjaya mendaftar kira-kira 1,000 pengundi baru. Maka secara matematiknya, pihak BN sudah berjaya menyeimbangkan nilai undi yang dicapai tahun 2008 yang hanya kalah sebanyak 646 undi pada 2008. Justeru itu, semasa pilihan raya kecil Galas ini kekuatan PAS dan BN berada pada paras 50:50 dan pihak BN hanya memerlukan sedikit tambahan undi ke arah meraih majoriti.

Di atas rasionalisasi strategik tersebut, adalah amat mudah bagi BN meraih tambahan undi. Pendekatan rasional BN tidak lain ialah dengan cara memfokuskan faktor kekuatan dan peluang bagi BN meraih sokongan undi tambahan. Faktor kekuatan BN adalah jentera Kerajaan Pusat dan peluang bagi BN ialah pengundi Orang Asli dan pengundi terapung kalangan orang Melayu dan Cina. Pilihan raya kecil Galas kali ini jelas menyaksikan nilai rasionalisasi BN berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera Kerajaan Pusat sekali gus berupaya meraih tambahan undi baru kalangan Orang Asli dan pengundi terapung orang Melayu dan Cina. Logiknya, inilah punca kekalahan PAS.

Meskipun diketahui PAS turut berusaha melakukan pendekatan terbaik bagi memenangi hati Orang Asli dan sejumlah pengundi terapung. Apa yang jelas, jentera kempen PAS hanya berjaya mempertahankan jumlah undi yang dicapai pada 2008 sekitar 4,000 undi. Sedangkan pencapaian BN melebih 5,000 undi adalah disumbangkan oleh peningkatan undi di semua saluran mengundi.

Keputusan pilihan paya kecil (2010)

Walau bagaimanapun, pilihan raya kecil kali ini menyaksikan PAS mendapat 4,134 undi berbanding BN memndapat 5,324 undi. Maka BN ialah 1,190 undi. Pilihan raya kali ini pula menyaksikan 83 peratus atau 9,950 keluar mengundi dan 132 undi rosak.

Menariknya daripada trend pengundian kali ini ialah tingginya keluar mengundi seperti mana juga pilihan raya umum 2008. Hal ini juga mempunyai penilaian politik tersendiri dalam konteks menjawab kenapa PAS kalah pada pilihan raya kecil Galas kali ini. Antara yang jelas adalah penggunaan jentera Kerajaan Pusat, khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang berjaya memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu.

Analisis mendapati jumlah keluar mengundi kelompok Orang Asli meningkat agak besar, 7.73 peratus, iaitu daripada 77.79 peratus (2008) kepada 85.52 peratus (2010). Sedangkan di semua peti undi bukan Orang Asli peningkatan agak kecil hanya 0.50 peratus, iaitu daripada 81.05 peratus (2008) kepada 81.55 peratus (2010). Menjadikan peningkatan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 1.65 peratus, iaitu daripada 80.57 peratus (2008) kepada 82.22 peratus (2010).

Faktor agensi kerajaan pusat

Melihat kepada sosioekonomi di Galas adalah berada dalam situasi pesat membangun dengan penduduknya sekitar 37,600 orang. Ekonomi yang berasaskan ekonomi tradisi (perladangan, perkebunan, pembalakan, perlombongan dan perniagaan) membolehkan perkhidmatan agensi dan jabatan Kerajaan Pusat berperanan secara langsung menguruskan sosioekonomi rakyat Galas. Paling berkesan ialah agensi yang mewakili Kerajaan Pusat - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asal Malaysia (JHEOA).

Istimewanya Tengku Razaleigh dalam mencipta kemenangan semula BN ialah mengarahkan kesemua agensi Kerajaan Pusat sebagai agen BN. Kesan daripada peranan agensi Kerajaan Pusat telah banyak melakukan pendekatan pengundi kerana semua agensi tersebut memiliki peralatan cukup bagi membujuk dan menarik sokongan politik untuk manfaat calon BN.

Menggunakan kekuatan agensi seperti Risda telah mampu menguasai semula minda ekonomi politik pengundi Cina di Kampung Pulai yang rata-ratanya adalah pekebun getah. Demikian pula Kesedar telah mengumumkan perumahan rakyat bernilai RM180 juta dan JHEOA membuat kurungan khas (menjamu) pengundi Orang Asli sebelum mereka dihantar ke pusat mengundi. Sementara agensi seperti jabatan KEMAS, Penerangan, Pembangunan Wanita, RELA dan tidak ketinggalan Jabatan Pendaftaran Negara telah secara terang-terangan digunakan untuk tujuan kempen terhadap pengundi mahu pun menyediakan perkhidmatan meraih sokongan pengundi.

Keseluruhan faktor agensi di bawah Kerajaan Pusat itu dilihat berperanan, maka kemudahan termasuk peralatan dan kewangan telah disalurkan untuk kepentingan kempen BN di Galas.

Prestasi 2010 dibanding 2008

Punca PAS kalah di Galas secara mudah boleh difahami daripada prestasi undi yang raih antara dua pilihan raya, iaitu daripada pilihan raya umum 208 kepada pilihan raya kecil 2010. Jadual 1 berikut menunjukkan PAS berkurang undi hanya 265 undi sahaja. Ini mungkin faktor undi terapung yang beralih kepada BN. Puncanya ialah kerana kekuatan jentera kempen PAS yang tidak dapat menguasai undi terapung yang pernah dicapai 2008. Maka nilai 265 undi itu jika dinisbahkan dengan undi PAS 2008 ialah 6 peratus. Impaknya PAS kekurangan undi popular 10.25 peratus.

Apa pun disebabkan upaya BN menarik 1,571 undi atau 41.85 peratus dibandingkan dengan undi BN 2008, maka undi terapung, malah undi peribadi yang pernah dicapai Arwah Chek Hashim telah beralih kepada BN.

Demikian pula, analisis khas seperti Jadual 2 mendapati populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau 66 undi dinisbahkan dengan undi PAS 2008 sebanyak 387 undi. Berbeza dengan BN yang mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi dinisbahkan dengan undi BN 2008.

Realiti tersebut membuktikan penggunaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dikira berkesan membawa kepada lonjakan undi maksimum pengundi Orang Asli keluar mengundi BN. Apakah isu ini wajar diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Sehubungan itu, pilihan raya kecil Galas kali ini menyaksikan suatu kerakusan kuasa state ke atas aparatusnya demi survival dominasi BN dalam mengukuhkan hegemoni! Jelas punca kekalahan PAS kali ini banyak disumbangkan oleh penggunaan maksimum jentera Kerajaan Pusat selain kelemahan persiapan dalaman PAS sendiri dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Penganalisis: Kuasai Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN ‘kian kuat’

Posted: 06 Nov 2010 07:37 AM PDT

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini.


Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa," kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

"Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

"Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ," katanya.

"Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan," ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

"Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya," ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

"Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih 'ganas', itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah," dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

"Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan "apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini."

"Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

"Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

"Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 06 Nov 2010 01:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


PAS Kedah perlu sumbangan bantu mangsa banjir

Posted: 05 Nov 2010 06:15 PM PDT

Izwan Abdul Halim

ALOR SETAR, 6 Nov: PAS Negeri Kedah telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam dan akan mengkoordinasikan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir.

PAS Kedah juga, katanya, telah menyusun tenaga sukarelawannya terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal dan Nisa' untuk menjayakan bantuan tersebut.

Tambahnya, pada ketika ini pihak PAS Kedah amat memerlukan sumbangan orang ramai berupa air mineral, tuala wanita, lampin bayi dan biskut.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang prihatin untuk membantu usaha tersebut melalui sumbangan terus ke bilik gerakan banjir.

Katanya lagi, para dermawan yang berhasrat untuk turut serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir juga boleh terus berhubung dengan PAS Kedah agar kenderaan dan lokasi penyerahan sumbangan dapat ditentukan.
Sumbangan wang tunai juga boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 552170001133 atas nama Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK.

Sebarang pertanyaan boleh menghubunginya di talian 012-482 7563 atau Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya di talian 019-4704740 dan 04-748 1120.

MENTERI KEBAJIKAN MAI JENGUK SAT LEPAS TU LESAP

Posted: 05 Nov 2010 06:13 PM PDT

BANJIR : SHARIZAT JANGAN BERMAIN POLITIK


Harakahdaily


ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.

"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau," ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.

Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

"Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.

"Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar," jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.
Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.
"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.

"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart," katanya.

Situasi penempatan banjir

Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.

"Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.

"Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat," ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 06 Nov 2010 01:13 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


TGNA: Kemenangan BN Di Galas Sudah Dirancang. BN Tanggung Dosa Sampai Akhirat.

Posted: 06 Nov 2010 02:10 AM PDT


Kemenangan BN di Galas diragui

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.

Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.

"Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu dari mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.

Eli Yousseff Najem Dakwa Dia Bukan Islam

Posted: 06 Nov 2010 02:08 AM PDT



Elie dakwa dia bukan Islam

KUALA LUMPUR – "Tolong buat semakan di gereja, saya pernah berkahwin di sana," itulah kata-kata Elie Youseff Najem dengan nada tinggi ketika hadir perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Elie, 50, kelihatan berpakaian seragam hadir kira-kira jam 8.30 pagi diiringi tiga pegawai Penjara Kajang.

'Hartawan Lubnan' itu mengaku dia bukan Islam dan tidak perlu dibicara di Mahkamah Syariah sebelum Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain yang menetapkan 20 Januari tahun depan untuk pembicaraan.

Elie yang tidak diwakili peguam syarie berbuat demikian kerana tidak berpuas hati kes itu dibicarakan dan kemudiannya meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin supaya menarik pertuduhan terbabit.:

Mohd Amran yang marah dengan perbuatan itu mengarah polis membawa 'jutawan' itu keluar dari mahkamah serta-merta. Elie bersama pasangannya, Roslin Tahar, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik di Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields, di sini, kira-kira jam 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Elie yang banyak menimbulkan kontroversi, pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah sama atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd Farid, 24.

Pasangan itu yang sudah bercerai, dikurniakan dua cahaya mata, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Jalan Duta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng, pada 19 September 2005.

Diculik, Dirogol & Diseksa Tanpa Diberikan Makanan Berhari-hari...

Posted: 05 Nov 2010 10:59 PM PDT

 

Warga Nigeria dijel 3 tahun

SHAH ALAM – Tujuan seorang wanita Filipina ke Malaysia untuk merancang perkahwinan, tetapi berakhir dengan detik ngeri setelah dia diculik, dibogelkan dan diseksa tanpa diberi makanan berhari-hari.

Peristiwa itu pasti pahit dirasakan Sophia De Jesus Kobayashi, 45, tetapi Mahkamah Tinggi di sini, semalam memberi keadilan kepada lelaki yang melakukan jenayah itu ke atasnya.

Oparaugo Uchenna Samuel dari Nigeria dihukum penjara tiga tahun setelah mengaku bersalah menculik Sophia di Blok E, Mentari Court, Jalan PJS 8/9 Taman Sri Mentari, Petaling Jaya.

Dia bersama seorang yang masih bebas melakukan perbuatan itu antara jam 5.20 petang, 12 Disember 2009 hingga jam 9.50 pagi, 17 Disember 2009.

Sementara itu, teman wanitanya, seorang gadis tempatan, Nurul Atika Baharuddin, 21, dan seorang pelajar kolej swasta, Khairun Azhan Mohammed Aziddin, 25, dihukum penjara enam bulan kerana tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sedangkan mereka mengetahui penculikan itu.

Mengikut keterangan kes, Sophia diperdaya Uchenna Samuel dan seorang lelaki masih bebas yang menyamar sebagai 'Edmond Wax', seorang duda warganegara Amerika Syarikat.

Perkenalan mereka melalui Internet dan Edmond dikatakan merancang untuk mengahwini mangsa.

Mereka berdua mendorong Sophia datang ke Malaysia untuk berbincang mengenai perkahwinan itu sekaligus meraikan hari lahir duda terbabit.

Sophia dari Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang 12 Disember 2009 dan me-ngambil teksi ke rumah kejadian.

Mangsa dipelawa masuk dan bermulalah tragedi itu setelah dia diterpa lalu diikat kaki dan tangan serta mulutnya disumbat dengan satu bahan yang menyebabkannya pengsan.

Setelah sedar, mangsa dapati berada dalam bilik, diikat dengan keadaan berbogel dan tidak diberi makan empat hari, malah dipukul sekiranya meminta makan.

Lebih kejam mangsa dimarahi, ditendang dan diterajang sekiranya cuba melarikan diri serta diseksa dengan pisau panas sekiranya cuba melarikan diri.

Setelah beberapa hari mangsa dipengsankan lagi, tetapi akhirnya ditinggalkan di tepi jalan di Petaling Jaya dan ditemui orang awam yang kemudian membawanya ke hospital untuk rawatan.


Bagaimanapun barang berharga mangsa seperti telefon bimbit dan komputer riba dirampas.

Dalam pada itu, Nurul Atika dan Khairun Azhan mengetahui mangsa dikurung tetapi tidak bertindak melaporkannya kepada polis dan mereka berdua mengaku salah terhadap perbuatan itu.

Bagaimanapun memandangkan mereka berdua selama ini berada dalam tahanan reman, bermakna kedua-duanya bebas semalam setelah hakim memerintahkan pelaksanaan hukuman penjara bermula dari hari tangkapan.

Selama tempoh reman itu, Nurul Atika melahirkan seorang bayi di penjara hasil hubungannya dengan Uchenna Samuel.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka masing-masing diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Salim Bashir dan Abu Dzarr Ab Karim manakala pendakwaan dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Roslan.

Double Standard: Pengerusi Dan Timb Pengerusi SPR Wajar Dipecat

Posted: 05 Nov 2010 10:56 PM PDT


Pilihanraya Galas dan Batu Sapi menyaksikan dengan jelas Suruhanjaya Pilihanraya mengamalkan sikap double standard.

Malah dalam banyak hal, apa yang disebutkan oleh orangramai sebelum ini bahawa SPR itu adalah kuda tunggangan kepada BN nampaknya adalah benar dan SPR kini bukan lagi badan yang berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya di dalam negara.

Kemenangan BN di Galas begitu meragukan. Penggunaan helikopter misalnya, untuk mengangkut peti undi dari pusat pengiraan ke pusat penjumlahan undi tanpa kehadiran wakil parti-parti bertanding ketara satu amalan buruk yang menyebabkan krediliti SPR dipersoalkan.

Selain itu seperti yang GB utarakan sebelum PRK Galas dan Batu Sapi berlansung, bahawa tiang gol bakal dialih-alihkan oleh SPR menjadi kenyataan.

Cuba perhatikan dua kenyataan berbeza dari dua orang kuat SPR ini.


SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

"Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan," katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

"Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

"Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia."

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: "Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang."


Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.


"Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

"Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?"

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.


Itu undang-undang untuk UMNO BN. Yang bawah pula untuk PAS dan PKR


SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.

Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup," katanya.

Projek Landasan Keretapi Berkembar Punca Banjir Di Kedah

Posted: 05 Nov 2010 10:53 PM PDT



Kedah dakwa projek landasan berkembar punca banjir

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri ini adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata semasa banjir besar lima tahun lalu, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

"Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.

"Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda mengenai perkara ini supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) telah pulih sepenuhnya.

"Bagi daerah Pokok Sena, bekalan air bertambah baik. Petang ini, kita akan menerima 10 lori tangki dan sebuah lori besar air minuman dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sembilan lori tangki daripada Lembaga Air Perak.

"Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai," katanya.

Azizan berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan. - BERNAMA

Ulasan GB

GAMUDA. Satu nama syarikat yang agak terkenal. GB salin dari sebuah blog

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta… berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd.- pr

Apakah Ahli UMNO Ada Permit Untuk Pukul Orang?

Posted: 05 Nov 2010 10:51 PM PDT


YB Sekinchan tak dipukul jika patuh arahan polis'

SHAH ALAM: Kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, pagi kelmarin, tidak akan berlaku sekiranya wakil rakyat DAP itu mematuhi arahan polis dan undang-undang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata jika Ng mematuhi nasihat polis supaya beredar dan tidak melakukan demonstrasi, wakil rakyat berkenaan tidak akan dipukul orang kampung.

"Dia yang tak hormat undang-undang, tak dengar nasihat polis dan bertindak sendiri. Ciri-ciri ini ada pada (pemimpin) DAP. Dia tak ada permit untuk demonstrasi, polis nasihat bersurai dia tak mahu. Kalau dia mula jadi gangster, sebagai pemimpin dia mengajar rakyat jadi samseng," katanya.

Bercakap ketika dihubungi Berita Harian semalam, Noh berkata, tindakan Ng itu dilihat penduduk kampung sebagai berunsur politik dan bertujuan menghasut mereka sedangkan masalah berkaitan harga padi sudah diselesaikan pada 31 Oktober lalu.

Beliau mengulas dakwaan Ng yang menamakan Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafie Asmawi sebagai dalang kejadian kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin apabila ADUN Sekinchan itu dan pemandunya, Wong Ah Chia cedera diserang ketika mahu menemui sekumpulan petani di sebuah gerai berdekatan.

Sementara itu, Ng mendakwa, beliau mempunyai bukti Shafie terbabit dalam kejadian berkenaan yang menyebabkan beliau disahkan mengalami gegaran dalam otak. -BH


ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.

"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.-mk



Ulasan GB

Dalam keadaan apa sekalipun tidak sepatutnya sesiapa juga meletakkan undang-undang di dalam tangan.

Apa hak orang-orang Noh Omar untuk memukul seorang wakil rakyat?

Kita berharap polis bertindak adil dan telus, bahawa mereka yang terlibat memukul ADUN Sekinchan itu diambil tindakan.

Dan kenyataan Noh Omar juga perlu diberikan perhatian ia seolah-olah menggalakkan rakyat untuk mengambil tindakan sendiri ke atas mana-mana pihak atau individu yang kononnya dikatakan melanggar undang-undang.

Sebuah Keluarga Islam Sempurnakan Mayat Nenek Dengan Upacara Buddha. Apa Pendapat Mufti?

Posted: 05 Nov 2010 10:47 PM PDT


Johor Baharu: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.

Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.

Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.

Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.

"Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.

"Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.

"Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya," katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. "Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.

"Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha," katanya.

Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.

Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.

Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.

Moyang yang manja dengan panggilan 'Mama' itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

"Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.

"Paling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.

"Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga," katanya. -hm

Ulasan GB

Apa kata para mufti terutama Mufti Johor, Datuk Mohd Noh Gadut di dalam isu ini? Satu keluarga besar Islam menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya?

Di Perak, Mohd Nizar dan Idham Lim hanya barbertfakur dan pegang lilin untuk menhormati mendiang Teoh Beng Hock telah pun dituduh bermacam-macam oleh UMNO.

Sedangkan tuduhan itu hanyalah dihidupkan balik untuk menutup perbuatan syirik, murtad lagi khurafat oleh MB Rayuan Perak, Mohd Zambry yang telah iaitu meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

68 maut pesawat Cuba terhempas

Posted: 05 Nov 2010 10:39 PM PDT



BEBERAPA penduduk dan anggota penyelamat melihat pesawat Aerocaribbean yang terbakar dekat Kampung Guasimal di wilayah Santi Spiritus, Cuba, kelmarin.


HAVANA, Cuba - Sebuah pesawat yang membawa seramai 68 orang penumpang dan anak kapal dari Cuba, Eropah dan Amerika Latin terhempas dan terbakar di sebuah kawasan pergunungan kelmarin.
Pesawat itu terhempas selepas ia melaporkan isyarat kecemasan serta terputus hubungan dengan pihak pengawal trafik udara.
Insiden yang melibatkan pesawat AeroCaribbean penerbangan 883 itu menyebabkan semua penumpang termasuk tujuh krew maut.
Ia dalam perjalanan dari bandar Santiago de Cuba menuju ke Havana.
Pesawat malang itu terhempas berhampiran Kampung Guasimal di wilayah Santi Spiritus.
Pihak berkuasa menghantar sekumpulan doktor dan pekerja kecemasan ke kawasan pedalaman itu yang terletak 350 kilometer timur Havana.
Punca kejadian masih disiasat.
Pesawat itu merupakan yang terakhir meninggalkan Santiago de Cuba berikutan ribut tropika Tomas.
Insiden terakhir kapal terbang terhempas di pulau itu ialah pada Mac 2002.

Orang tua dari Hong Kong jadi pemuda di Kanada

Posted: 05 Nov 2010 10:38 PM PDT



TOPENG muka yang dipakai pemuda dari Hong Kong.


VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia ditahan pada 29 Oktober lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.
Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong.
"Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.
"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an."
Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada.

WAJAH sebenar pemuda yang memakai topeng.


Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain.
Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat.
Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu.

Kapten pesawat Qantas A380 dapat pujian

Posted: 05 Nov 2010 10:36 PM PDT




SYDNEY - Juruterbang pesawat Airbus A380 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura akibat kerosakan satu enjin pesawat itu menerima pujian ekoran kemampuannya mengendalikan pendaratan tanpa berlaku sebarang kemalangan jiwa.
Juruterbang kelahiran Australia, Richard Champion de Crespigny (gambar) berjaya mendaratkan pesawat yang membawa 459 orang dengan hanya mengalami kerosakan pada salah satu sayapnya.
Para penumpang memuji cara de Crespigny, 53, yang memiliki pengalaman selama 35 tahun dalam penerbangan, menenangkan mereka menerusi pemberitahuan melalui alat Intercom dalam pesawat Airbus ketika saat cemas itu berlaku.
"Saya memohon maaf. Saya pasti anda sedar bahawa enjin kedua pesawat mengalami masalah teknikal. Anda juga pasti tahu bahawa kita tidak akan meneruskan perjalanan ke Sydney.
"Buat masa sekarang, pesawat terbang dalam keadaan selamat. Terima kasih di atas kesabaran anda," kata de Crespigny menerusi rakaman mengenai insiden yang disiarkan di Internet.
"Kapten dan krewnya sangat hebat," kata seorang penumpang, Simon Johnson yang memberitahu para penumpang tidak berasa panik tetapi mengaku kecut perut apabila terdengar bunyi yang kuat dari dalam pesawat.
Isteri juruterbang itu, Coral Champion de Crespigny menyatakan, dia tidak terkejut dengan sikap tenang Richard ketika berdepan dengan situasi sebegitu.
"Saya boleh katakan bahawa para penumpang sangat bertuah kerana Richard yang menjadi juruterbang mereka," katanya kepada akhbar The Australian.

Kesilapan reka bentuk enjin

Posted: 05 Nov 2010 10:35 PM PDT


SEBUAH pesawat Airbus A380 milik Qantas Airlines dibawa masuk ke sebuah hangar untuk diperiksa di sebuah lapangan terbang di Sydney kelmarin.


SYDNEY – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Qantas Airways dari Australia, Alan Joyce semalam menyatakan, bahagian yang rosak atau kesilapan reka bentuk dipercayai menyebabkan letupan pada sebuah daripada empat buah enjin pesawat Airbus A380 miliknya sehingga memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas di Singapura kelmarin.
Letupan pada enjin itu menyebabkan sejumlah serpihan logam bertaburan di Pulau Batam, Indonesia dekat Singapura.
Enjin pesawat itu meletup selepas ia baru berlepas dari lapangan terbang tersebut untuk menuju ke Sydney.
Pesawat itu kemudian berlegar-legar di udara dan membuang minyak sebelum mendarat cemas di lapangan terbang sama.
Ia merupakan insiden paling serius melibatkan pesawat penumpang terbesar di dunia itu sejak ia beroperasi pada 2007.
Kejadian tersebut turut memaksa Qantas membekukan sementara perkhidmatan semua pesawat Airbus A380 miliknya manakala penerbangan-penerbangan lain memeriksa semula enjin pesawat itu.
"Kami percaya insiden berpunca daripada kegagalan bahan atau kesilapan reka bentuk," katanya dalam satu sidang media di sini.
Syarikat Qantas membekukan perkhidmatan semua enam pesawat A380 untuk pemeriksaan keselamatan yang melibatkan masa sehingga 48 jam.
"Jika pemeriksaan itu berjalan lancar, pesawat berkenaan akan kembali beroperasi seperti biasa," kata Joyce.
Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia semalam menyatakan, tiada tanda-tanda insiden pesawat A380 tersebut disebabkan oleh perbuatan khianat.
Pesawat Qantas A380 itu yang membawa 459 orang termasuk 26 krew mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada pukul 11.46 pagi waktu tempatan selepas satu enjinnya meletup di udara.

Lubang (dalam bulatan) pada sayap pesawat Airbus A380 milik Qantas Airways yang mendarat cemas di Singapura kelmarin.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Ekoran kejadian itu, syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa menyatakan, ia tidak menggunakan perkhidmatan sebuah pesawat A380 bagi laluan dari Frankfurt ke Johannesburg kerana tidak mempunyai masa mencukupi untuk melakukan pemeriksaan enjin.
Pembuat enjin pesawat Airbus itu, Roll-Royce telah mengeluarkan kenyataan meminta pemilik A380 melakukan pemeriksaan enjin.
Namun, syarikat penerbangan Singapore Airlines mengesahkan semua 11 pesawat A380 miliknya adalah selamat untuk digunakan. – Agensi

Kasmadi kini boleh tidur lena

Posted: 05 Nov 2010 10:33 PM PDT


KASMADI tidur nyenyak sambil mendengar surah Yassin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - "Saya bersyukur dapat tidur lena seperti dulu setelah 15 bulan berjaga pada waktu malam."
Itulah kata Kasmadi Jusoh, 35, dari Kampung Kubang Palas, Bukit Payung dekat sini yang menghadapi masalah tidak boleh tidur setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada April tahun lalu.
"Segalanya seperti mimpi. Selama 15 bulan ini, saya hanya berbaring dan bangun sekali sekala kerana badan saya lesu dan sering mengalami lenguh-lenguh sendi.
"Saya tidak mampu bekerja kerana belakang tengkuk saya sakit sangat dan terpaksa bergantung kepada isteri yang bekerja sambilan di tempat pemprosesan keropok lekor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurut Kasmadi, dia juga kini boleh melelapkan mata pada waktu siang seperti sebelum diserang penyakit misteri tersebut.
"Badan saya juga tidak lagi sakit. Selepas ini, saya akan kembali bekerja untuk menyara keluarga dan berharap penyakit tersebut tidak berulang lagi," ujarnya.
8 April lalu menyiarkan penyakit misteri yang menimpa Kasmadi sehingga tidak boleh tidur selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal di Seberang Takir pada April tahun lalu.

5 beranak sedih disisih masyarakat

Posted: 05 Nov 2010 10:32 PM PDT



ZURINA (dua dari kiri) menolong suaminya, Jasni, memakai kaki palsu sambil diperhatikan anaknya dari kiri, Muhammad Yusri, Muhammad Shah dan Azura semasa ditemui di rumahnya di Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH – Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.
Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.
Derita keluarga malang itu makin berganda apabila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.
Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu.
Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Kadang-kadang nak makan nasi, beras pun tiada. Saya dan isteri terpaksa ikat perut dan cari makanan untuk anak-anak," ceritanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Jaras Hilir di sini semalam.

Ditahan miliki senapang angin

Posted: 05 Nov 2010 10:30 PM PDT


MOHD. SABRI (tengah) mendengar taklimat yang diberikan oleh pegawainya mengenai senapang angin yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Bahau, Negeri Sembilan semalam.


BAHAU – Hasrat lima sekawan untuk memburu ayam hutan dengan menggunakan senapang angin buatan sendiri tidak kesampaian apabila mereka ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Raja Alias, Jempol di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kesemua suspek yang berusia di antara 21 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam Rabu lalu di Kilometer 4, Lebuh Raya Bahau-Keratong berhampiran Felda Raja Alias 4 di sini.
"Sebaik diarahkan berhenti, polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai lima laras senapang angin di dalam beg galas yang dibawa oleh kelima-lima lelaki terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, selain senapang, pihaknya turut merampas sebilah parang dan pisau serta hampir 200 bebola besi dan batu timah yang dipercayai hendak digunakan sebagai peluru.
Menurut Mohd. Sabri, soal siasat mendapati ketika ditahan suspek dari Jempol itu dalam perjalanan untuk memburu ayam hutan di satu kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan menggunakan senjata itu.
"Senjata tersebut mampu menembak dua bebola besi pada satu-satu masa. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 50 meter serta boleh mengakibatkan kematian jika mengenai sasaran," katanya yang memberitahu kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Maut sebelum sempat tegur pemandu

Posted: 05 Nov 2010 10:29 PM PDT


ORANG ramai melihat keadaan sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam sebatang tali air hingga menyebabkan Ismail Natayuddin maut di Pekan semalam.


PEKAN – Niat seorang lelaki untuk menegur sikap pemandu yang memandu sebuah bas ekspres dengan laju tidak kesampaian apabila kenderaan itu terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang di sini sehingga mengorbankan nyawanya.
Kejadian pukul 8.15 malam di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi di sini itu mengakibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik Universiti Tenaga Nasional, Ismail Natayuddin Hamdan, 25, mati di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, bas itu membawa 33 penumpang. Empat lagi penumpang cedera parah dan dirawat di Hospital Pekan di sini manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ismail Natayuddin dipercayai lemas selepas gagal diselamatkan apabila bahagian kiri bas itu terbalik ke dalam tali air tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian Ismail Natayuddin bersama seorang rakannya berada di barisan kedua tempat duduk di belakang pemandu. Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan selepas mengikuti kursus latihan jalur lebar di Senai, Johor sejak sebulan lalu.
Rakannya, Mohd. Shukri Zahat, 25, memberitahu, beberapa minit sebelum kejadian, mangsa memberitahu hasratnya untuk menegur cara pemanduan pemandu bas tersebut.

Sengatan maut tebuan tanah

Posted: 05 Nov 2010 10:28 PM PDT



DI teratak inilah Halimah dikatakan telah keluar untuk ke rumah iparnya sebelum dilaporkan hilang Ahad lalu.


KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah.
Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya.
Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan.
Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, siasatan awal mendapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
"Kami sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa.
"Bagaimanapun pagi tadi, (semalam) kami berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak," katanya ketika ditemui semalam.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Janin dibuang depan hotel

Posted: 05 Nov 2010 10:27 PM PDT



ANGGOTA polis melihat bungkusan berwarna kuning yang mengandungi janin yang masih bertali pusat di tempat letak kereta di hadapan Hotel Sentosa Regency, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Angkara manusia tidak berperikemanusiaan, satu janin yang masih bertali pusat dan beruri ditemui dalam satu bungkusan di hadapan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini semalam.
Bungkusan yang diletakkan di atas rumput dekat tempat letak kereta itu dijumpai dua pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Menurut seorang pekerja hotel itu, Nor Hamidah Che Long, 30-an berkata, hanya kawasan tempat letak kereta itu sahaja yang belum dinaiki air banjir yang menyebabkan dia terpandang bungkusan tersebut.
"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu saya ajak kawan saya, Saidatul Zainuddin, 32, untuk melihat kandungan beg plastik berwarna kuning tersebut.
"Bila saya buka bungkusan itu, saya nampak janin yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan tersebut dipenuhi darah," ceritanya di sini semalam.

Letusan Merapi paling dahsyat

Posted: 05 Nov 2010 10:26 PM PDT


para penunggang motosikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam.


JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.
Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.
Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.
Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas.

Pemuda PAS atur jadual bantu mangsa banjir

Posted: 05 Nov 2010 10:22 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menubuhkan Sekretariat Bantuan Mangsa Banjir melihat perkembangan banjir yang semakin teruk di Kedah dan Perlis.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sekretariat itu diketuai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang boleh dihubungi di talian 019-7701830.
Katanya, arahan bertindak telah dikeluarkan dan misi bantuan telah digerakkan di mana pada hari ini untuk tindakan segera dengan menghantar tenaga sukarelawan dari DPP Negeri Perak ke Kedah dan DPP Pulau Pinang ke Perlis.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Kedah di Kompleks PAS Negeri Kedah Batu 9. Tel: 019  470 4740 Ust Mad Ya/013 407 4295 Ust Ezzat Syauqi.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Perlis di Kompleks Tarbiyyah PAS Perlis MADI Jejawi Dalam. Tel: 019 457 4652 Ust Yaakob/013 420 3344 Ust Yusaini]
Sementara negeri-negeri lain dibahagi kepada jadual gerak kerja seperti berikut:
Syif Pertama: Bantuan tenaga manusia untuk tujuan membantu mangsa dan memindahkan mereka ke tempat yang selamat serta membekalkan air, makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan – untuk keperluan spesifik dan berkesan, ketua kontijen DPP negeri diminta hubungi terus Ketua DPP Perlis, Ust Ya'kub: 019 457 4652 dan Ketua DPP Kedah, Ust Mad Ya: 019 470 4740]
6 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
6 Nov ke Perlis . [2/3 hari]
Selangor, Wilayah dan Melaka
Syif Kedua: Jika banjir belum surut, maka bentuk bantuan sama seperti syif pertama , cuma tukar atau tambah tenaga manusia. Namun jika banjir telah surut maka bentuk bantuan ialah membantu mangsa membersih kediaman mereka serta membersihkan masjid dan tempat awam dsbnya.
9 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan
9 Nov ke Perlis [2/3 hari]
Selangor, Wilayah, Melaka dan Pulau Pinang.

Banjir: Shahrizat jangan bermain politik

Posted: 05 Nov 2010 10:20 PM PDT

Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam
membantu mangsa banjir.
"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau," ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.
Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.
"Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.
"Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar," jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.
Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.
"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.
"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart," katanya.
Situasi penempatan banjir
Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.
"Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.
"Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat," ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air.

PAS Kedah perlu sumbangan bantu mangsa banjir

Posted: 05 Nov 2010 10:13 PM PDT


PAS Negeri Kedah telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam dan akan mengkoordinasikan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir.
PAS Kedah juga, katanya, telah menyusun tenaga sukarelawannya terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal dan Nisa' untuk menjayakan bantuan tersebut.
Tambahnya, pada ketika ini pihak PAS Kedah amat memerlukan sumbangan orang ramai berupa air mineral, tuala wanita, lampin bayi dan biskut.
Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang prihatin untuk membantu usaha tersebut melalui sumbangan terus ke bilik gerakan banjir.
Katanya lagi, para dermawan yang berhasrat untuk turut serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir juga boleh terus berhubung dengan PAS Kedah agar kenderaan dan lokasi penyerahan sumbangan dapat ditentukan.
Sumbangan wang tunai juga boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 552170001133 atas nama Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK.
Sebarang pertanyaan boleh menghubunginya di talian 012-482 7563 atau Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya di talian 019-4704740 dan 04-748 1120.

Kerajaan perlu berterus terang kesihatan PM

Posted: 05 Nov 2010 10:11 PM PDT

Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.
"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.
"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.
Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.
"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.
Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.
Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.
Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.
Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai 'menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit'.
Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.
Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Nov 2010 11:25 AM PDT

Batu Gajah Mari


Mereka menang tidak bermakna mereka kuat

Posted: 06 Nov 2010 03:16 AM PDT

http://www.anwaribrahimclub.com/wp-content/uploads/2009/02/aziz-bari2.jpg

Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.


"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.
"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.
"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.
"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.
"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.
Bagaimanapun A. Aziz mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.
"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.
"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa," kata beliau.
Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.
"Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.
"Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ," katanya.
"Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan," ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.
"Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya," ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.
"Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih 'ganas', itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah," dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.
"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.
"Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.
"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama," tambah beliau.

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu. Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat

TG Nik Aziz- Jangan kecewa

Posted: 05 Nov 2010 08:35 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas .

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.t

Dupahang's Weblog

Posted: 06 Nov 2010 11:22 AM PDT

Dupahang's Weblog


Kutuk dan boikot FanPage Facebook hina Islam

Posted: 06 Nov 2010 10:39 AM PDT

"PERHATIAN PENTING BUAT PARA FACEBOOKER !!! Fanpage Facebook "I'm Proud To Be A Muslim" menghina Islam.Kepada sesiapa yang telah 'LIKE" fanpage ni sila 'UNLIKE'. Fan Page ini dibuat oleh musuh Islam dan banyak gambar-gambar lucah. 10 dari seribu lebih kepingan gambar dari FB tersebut telah dimuatkan di dalam blog http://zhuliana.blogspot.com/ Musuh-musuh Islam sering mencari peluang [...]

Analisis Penuh PRK GALAS…Syukurlah

Posted: 06 Nov 2010 10:21 AM PDT

Oleh: antihadhari92 “Teka-teki Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri N45 Galas Kelantan akhirnya terungkai juga.Setelah hampir tiga tahun ianya dipegang oleh Pas,UMNO telah berjaya mengambil kembali kerusi yang menjadi salah satu kerusi quo mereka dalam DUN Kelantan.Itulah Galas.Pas tidak pernah memenangi kerusi tersebut sejak daripada pilihanraya umum pertama lagi, malah kerusi tersebut hanya mampu dimenangi [...]

Herrington, “Jika Menginginkan Kebenaran, Bergaullah dengan Muslim”

Posted: 05 Nov 2010 06:29 PM PDT

http://www.eramuslim.com “Saya menyadari cara terbaik untuk merasakan bagaimana menjadi seorang Muslim adalah dengan menjalani hidup seperti mereka,” kata Cassidy Herrington, seorang mahasiswi, non-Muslim dan wartawan di harian Kentucky Kernel, sebuah media yang dikelola oleh mahasiswa di Universitas Kentucky, AS. Keinginannya untuk mengenal lebih dekat dan memahami kehidupan sebagai Muslim itulah yang mendorongnya untuk mencoba “menjadi [...]

Doktor Gigi Angkatan Laut AS yang Memilih Agama Islam

Posted: 05 Nov 2010 06:26 PM PDT

http://www.eramuslim.com Heather Ramaha baru tiga bulan ditugaskan di basis militer AS Pearl Harbour, Hawai ketika serangan 11 September 2001 terjadi. Ia bersuamikan anggota pasukan Marinir AS, seorang muslim Palestina asal San Francisco. Meski suaminya muslim, Ramaha belum masuk Islam dan masih memeluk agama Kristen. Peristiwa serangan 11 September 2001 membuat Islam dan Muslim menjadi pemberitaan [...]

Mengapa Malcom Memeluk Islam?

Posted: 05 Nov 2010 06:24 PM PDT

http://www.eramuslim.com Mengapa seorang anak muda berhaluan kiri dari salah satu negara di dunia yang paling sekuler dan liberal memilih untuk menjadi seorang Muslim yang saleh? Malcom, 34 tahun, adalah seorang guru musik di Stockholm, Swedia. Sepanjang hidupnya, ia selalu mencari kebenaran dari agama. “Saya tidak pernah meragukan keyakinan saya,” katanya kepada Babel & Beyond saat [...]

Lauren Booth: Mengapa Saya Mencintai Islam

Posted: 05 Nov 2010 06:21 PM PDT

http://www.eramuslim.com/berita Lauren Booth, dalam sepekan terakhir ini menjadi salah satu pembicaraan hangat di Inggris. Maklum, Booth sepekan yang lalu menyatakan bahwa ia telah masuk Islam. Bukan apa-apa, yang membuat berita ini seperti mengguncang Inggris, itu karena Booth adalah saudara ipar dari Tony Blair, mantan Perdana Menteri Inggris. Bagaimana sebenarnya proses dan kehidupan Booth sekarang? Berikut [...]

Pemuda Guchil

Posted: 06 Nov 2010 09:25 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 06 Nov 2010 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


CERITA SEBENAR KEMENANGAN UMNGOK / BEE END DI GALAS

Posted: 06 Nov 2010 01:35 AM PDT

DR.MOAZA CAKAP DALAM MIMPI ??

Posted: 06 Nov 2010 01:23 AM PDT

BALA MEMANG BAWA BALA

Posted: 06 Nov 2010 01:18 AM PDT

TARIF AIR 2010

Posted: 06 Nov 2010 12:59 AM PDT

DAR MEMALUKAN MELAKA DAN RAKYAT JELATA

Posted: 05 Nov 2010 09:23 PM PDT

NO KOMEN...

Posted: 05 Nov 2010 04:45 PM PDT

ALTANTUYA MENGANDUNG DAN DIBUNUH UNTUK HAPUSKAN BUKTI ??

Posted: 05 Nov 2010 04:37 PM PDT

TAIB MAHMUD :RAJA RASUAH MALAYSIA

Posted: 05 Nov 2010 04:27 PM PDT

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Posted: 05 Nov 2010 04:20 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 06 Nov 2010 09:05 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kekalahan Di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13

Posted: 05 Nov 2010 07:47 PM PDT



Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat.

PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

i n t a n h i j a u

Posted: 06 Nov 2010 07:38 AM PDT

i n t a n h i j a u


(video) BANJIR DI KEDAH 2010 (Hulurkan Bantuan Anda...!) / بنجير د قدح 2010.هولورکن بنتوان اندا

Posted: 06 Nov 2010 03:56 AM PDT

Banjir di Kedah semakin buruk. PAS Perak sedang berusaha mengumpulkan segala sumbangan para ahli dan orang ramai untuk disampaikan kepada mangsa banjir dalam tempoh terdekat ini.

Sumbangan anda boleh diberikan kepada PAS kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan masing-masing.

PAS PERAK TERUSKAN USAHA PERKASA PARTI / ڤاس ڤراق تروسکن اوسها ڤرکاس ڤرتي

Posted: 05 Nov 2010 10:12 PM PDT


TAIPING, 5 Oktober - PAS Perak akan terus meletakkan komitmen memperkasakan parti melalui pelbagai program yang telah dirancang melalui lujnah-lujnahnya seperti Lujnah Pemerkasaan Parti dan Lujnah Tarbiyyah. Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di dalam ucapannya di program bulanan Liqa Fikri peringkat negeri di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri, Air Kuning dekat sini.

Menurut beliau, Program Jom I.T.U yang merujuk kepada Infaq, Tambah dan Usrah akan diteruskan di seluruh PAS kawasan.

"Program Jom Infaq akan kita teruskan terutama bagi mengisi Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak dan pilihan raya. Begitu juga dengan Program Jom Tambah ahli dan cawangan. Kita mensasarkan dapat menambah seramai 15 000 ahli baru PAS bagi bulan November-Disember ini melalui nisbah seorang ahli dapat menambah seorang ahli baru," tambah beliau lagi.


"Di samping itu, Program Jom Usrah akan dipergiatkan lagi dengan meneruskan kempen satu usarah satu cawangan. Kita juga akan mengadakan kursus nuqaba kepada para naqib seluruh kawasan,".

Selain itu, PAS Perak juga akan meneruskan Kempen Sifar seperti sifar ponteng program parti. Ini amat penting agar pimpinan serta ahli sedar akan tanggungjawab mereka untuk menghadiri setiap program parti sama ada di peringkat pusat, negeri, kawasan mahupun cawangan.

Sebelum itu, naqib jemputan bagi liqa bulan ini ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat iaitu Dr. Hj. Wan Abdul Rahman bin Wan Ab. Latif. Beliau telah membentangkan tajuk 'Antara Reformasi dan Transformasi : Suatu Pandangan Islam.'

Pembentangan kertas kerja tersebut diselangseli dengan perkembangan terbaru tentang keputusan PRK Galas.

KEKALAHAN DI GALAS SEBAGAI LOCENG AMARAN PRU13 / PRU13 ککالاهن د ݢالاس سباݢاي لوچيڠ امران

Posted: 05 Nov 2010 06:10 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun,  hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja.  Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.
Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS  tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan  buang bayi meningkat.  PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.
  Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya  tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.
 
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 06 Nov 2010 01:20 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Gerai Sangkar terbiar...Satu pembaziran

Posted: 05 Nov 2010 10:58 PM PDT

Foto/Berita: Harakah

BESERI - Tiga buah gerai perniagaan ini yang terletak di Kampung Beseri Dalam berhampiran persimpangan Jalan Padang Melangit dekat sini kini terbiar dan menyakitkan pandangan mata.

Gerai yang lebih dikenali sebagai "gerai sangkar" oleh penduduk tempatan inisiap pembinaannya kira-kira lapan tahun lalu dan pernah diusahakan oleh peniaga di situ, namun ianya tidak lagi beroperasi sejak lebih dua tahun lalu.

Tinjauan Harakah mendapati gerai-gerai terbabit kinitidak terusus dengan pintunya yang sudah tercabut dan ada pula yang digunakan untuk menyimpan barangan dan juga dijadikan tempat menyidai pakaian.

Dalam jawapan kerajaan negeri Perlis bagi soalan lisan Ustaz Hashim (PAS-Sanglang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri 17 dan 18 April 2002, sebanyak 176 gerai sedemikian telah dibina di seluruh Perlis dengan kos RM4.3 juta.

Pada masa itu, pelbagai pihak mempertikaikan kos pembinaanya yang terlalu tinggi apabila didedahkan oleh PAS Perlis.

Ini bermakna setiap gerai dibina pada harga melebihi RM20,000.00 dan Di Kampung Beseri Dalam ini sahaja, tiga buah gerai yang tidak beroperasi ini telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM60,000.00.

Selain di sini, tinjauan Harakah di beberapa lokasi di negeri ini juga mendapati banyak lagi gerai seperi ini yang tidak beroperasi.

Harakah difahamkan bahawa gerai-gerai ini diuruskan oleh Unit Pembangunan Daerah dan disewakan kepada peniaga dengan harga RM90.00 sebulan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Nov 2010 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mengapa PAS kalah di Galas

Posted: 06 Nov 2010 03:15 PM PDT

29 Zulkaedah 1431H.
Wan Nik Wan Yussof

Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah 'kerajaan kecil' di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?

Punca PAS kalah

Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.

Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus. Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?

Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang 'terkejut' apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.

Namun kemenangan PAS pada 2008 itu bukan bergantung sepenuhnya kepada faktor calon. Malah suatu faktor yang lebih bersifat strategik ialah gerakan kepartian dan penyusunan gerak kerja pilihan raya PAS di Galas antara 2004 sehingga pilihan raya 2008. Di antaranya nilaian strategik yang berjaya dilakukan ialah pendaftaran pemilih baru kalangan warga Galas, termasuk yang berada di perantauan. Hasilnya, pihak PAS dikatakan berjaya mendaftar lebih 1,000 orang pengundi baru. Justeru undi PAS tahun 2004 (kira-kira 3,000 undi) dijadikan teras ukuran sokongan rakyat apabila dicampur dengan 1,000 pengundi baru, maka logiknya PAS mencapai 4,000 undi pada pilihan raya umum 2008. Natijahnya, PAS mencapai kemenangan di Galas pada 2008 adalah tepat pada angka sokongan sebanyak 4,399 undi atau pada undi popular 53.96 peratus (54 peratus). Sedangkan undi popular PAS pada 2004 hanya 36 peratus. Bermakna PAS berjaya mencapai lonjakan agak besar iaitu 18 peratus.

Sehubungan itu, sumbangan 1,000 pengundi baru yang berjaya didaftarkan sepanjang 2004-2008 itu adalah bernilai 22.73 peratus apabila dinisbahkan dengan undi yang dicapai 4,399 pada pilihan raya umum 2008. Namun, selepas 2008 didapati usaha mendaftar pengundi baru tidak berlaku secara baik. PAS dikatakan hanya berjaya mendaftar sekitar 500 orang sahaja. Sedangkan pihak BN dikatakan berjaya mendaftar kira-kira 1,000 pengundi baru. Maka secara matematiknya, pihak BN sudah berjaya menyeimbangkan nilai undi yang dicapai tahun 2008 yang hanya kalah sebanyak 646 undi pada 2008. Justeru itu, semasa pilihan raya kecil Galas ini kekuatan PAS dan BN berada pada paras 50:50 dan pihak BN hanya memerlukan sedikit tambahan undi ke arah meraih majoriti.

Di atas rasionalisasi strategik tersebut, adalah amat mudah bagi BN meraih tambahan undi. Pendekatan rasional BN tidak lain ialah dengan cara memfokuskan faktor kekuatan dan peluang bagi BN meraih sokongan undi tambahan. Faktor kekuatan BN adalah jentera Kerajaan Pusat dan peluang bagi BN ialah pengundi Orang Asli dan pengundi terapung kalangan orang Melayu dan Cina. Pilihan raya kecil Galas kali ini jelas menyaksikan nilai rasionalisasi BN berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera Kerajaan Pusat sekali gus berupaya meraih tambahan undi baru kalangan Orang Asli dan pengundi terapung orang Melayu dan Cina. Logiknya, inilah punca kekalahan PAS.

Meskipun diketahui PAS turut berusaha melakukan pendekatan terbaik bagi memenangi hati Orang Asli dan sejumlah pengundi terapung. Apa yang jelas, jentera kempen PAS hanya berjaya mempertahankan jumlah undi yang dicapai pada 2008 sekitar 4,000 undi. Sedangkan pencapaian BN melebih 5,000 undi adalah disumbangkan oleh peningkatan undi di semua saluran mengundi.

Keputusan pilihan paya kecil (2010)

Walau bagaimanapun, pilihan raya kecil kali ini menyaksikan PAS mendapat 4,134 undi berbanding BN memndapat 5,324 undi. Maka BN ialah 1,190 undi. Pilihan raya kali ini pula menyaksikan 83 peratus atau 9,950 keluar mengundi dan 132 undi rosak.

Menariknya daripada trend pengundian kali ini ialah tingginya keluar mengundi seperti mana juga pilihan raya umum 2008. Hal ini juga mempunyai penilaian politik tersendiri dalam konteks menjawab kenapa PAS kalah pada pilihan raya kecil Galas kali ini. Antara yang jelas adalah penggunaan jentera Kerajaan Pusat, khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang berjaya memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu.

Analisis mendapati jumlah keluar mengundi kelompok Orang Asli meningkat agak besar, 7.73 peratus, iaitu daripada 77.79 peratus (2008) kepada 85.52 peratus (2010). Sedangkan di semua peti undi bukan Orang Asli peningkatan agak kecil hanya 0.50 peratus, iaitu daripada 81.05 peratus (2008) kepada 81.55 peratus (2010). Menjadikan peningkatan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 1.65 peratus, iaitu daripada 80.57 peratus (2008) kepada 82.22 peratus (2010).

Faktor agensi kerajaan pusat

Melihat kepada sosioekonomi di Galas adalah berada dalam situasi pesat membangun dengan penduduknya sekitar 37,600 orang. Ekonomi yang berasaskan ekonomi tradisi (perladangan, perkebunan, pembalakan, perlombongan dan perniagaan) membolehkan perkhidmatan agensi dan jabatan Kerajaan Pusat berperanan secara langsung menguruskan sosioekonomi rakyat Galas. Paling berkesan ialah agensi yang mewakili Kerajaan Pusat - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asal Malaysia (JHEOA).

Istimewanya Tengku Razaleigh dalam mencipta kemenangan semula BN ialah mengarahkan kesemua agensi Kerajaan Pusat sebagai agen BN. Kesan daripada peranan agensi Kerajaan Pusat telah banyak melakukan pendekatan pengundi kerana semua agensi tersebut memiliki peralatan cukup bagi membujuk dan menarik sokongan politik untuk manfaat calon BN.

Menggunakan kekuatan agensi seperti Risda telah mampu menguasai semula minda ekonomi politik pengundi Cina di Kampung Pulai yang rata-ratanya adalah pekebun getah. Demikian pula Kesedar telah mengumumkan perumahan rakyat bernilai RM180 juta dan JHEOA membuat kurungan khas (menjamu) pengundi Orang Asli sebelum mereka dihantar ke pusat mengundi. Sementara agensi seperti jabatan KEMAS, Penerangan, Pembangunan Wanita, RELA dan tidak ketinggalan Jabatan Pendaftaran Negara telah secara terang-terangan digunakan untuk tujuan kempen terhadap pengundi mahu pun menyediakan perkhidmatan meraih sokongan pengundi.

Keseluruhan faktor agensi di bawah Kerajaan Pusat itu dilihat berperanan, maka kemudahan termasuk peralatan dan kewangan telah disalurkan untuk kepentingan kempen BN di Galas.

Prestasi 2010 dibanding 2008

Punca PAS kalah di Galas secara mudah boleh difahami daripada prestasi undi yang raih antara dua pilihan raya, iaitu daripada pilihan raya umum 208 kepada pilihan raya kecil 2010. Jadual 1 berikut menunjukkan PAS berkurang undi hanya 265 undi sahaja. Ini mungkin faktor undi terapung yang beralih kepada BN. Puncanya ialah kerana kekuatan jentera kempen PAS yang tidak dapat menguasai undi terapung yang pernah dicapai 2008. Maka nilai 265 undi itu jika dinisbahkan dengan undi PAS 2008 ialah 6 peratus. Impaknya PAS kekurangan undi popular 10.25 peratus.

Apa pun disebabkan upaya BN menarik 1,571 undi atau 41.85 peratus dibandingkan dengan undi BN 2008, maka undi terapung, malah undi peribadi yang pernah dicapai Arwah Chek Hashim telah beralih kepada BN.

Demikian pula, analisis khas seperti Jadual 2 mendapati populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau 66 undi dinisbahkan dengan undi PAS 2008 sebanyak 387 undi. Berbeza dengan BN yang mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi dinisbahkan dengan undi BN 2008.

Realiti tersebut membuktikan penggunaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dikira berkesan membawa kepada lonjakan undi maksimum pengundi Orang Asli keluar mengundi BN. Apakah isu ini wajar diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Sehubungan itu, pilihan raya kecil Galas kali ini menyaksikan suatu kerakusan kuasa state ke atas aparatusnya demi survival dominasi BN dalam mengukuhkan hegemoni! Jelas punca kekalahan PAS kali ini banyak disumbangkan oleh penggunaan maksimum jentera Kerajaan Pusat selain kelemahan persiapan dalaman PAS sendiri dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

ROSMAH PEMANGKU PM?

Posted: 06 Nov 2010 12:08 PM PDT

29 Zulkaedah 1431H.
Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 4 November :- Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

Menurut seorang peguam terkenal, Malik Imtiaz Sharwa, beliau mempersoalkan bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM.

Senario ini telah menjadikan pentadbiran BN semakin pelik, isteri perdana menteri bukan seorang ahli parlimen, adakah Malaysia ini milik najib dan rosmah, kejadian ini sedikit sebanyak membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia ini sememangnya sentiasa "Malaysia boleh" dalam apa jua hal termasuklah juara kejadian pelik dan aneh.

Satu ketika dahulu, jika Datin Seri Dr. Wan Azizah juga dipersoalkan tentang hal yang sama dalam hal "mengganti" DSAI ketika beliau meringkuk dalam penjara, persoalan ini tidak wajar kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan menang seterusnya layak selaku ahli parlimen, ini suatu yang sememangnya hak beliau untuk berada di posisi pemangku suaminya.

Akan tetapi Datin Seri Rosmah langusung tiada kaitan dengan sebarang jawatan dalam pepimpinan Negara, ahli parlimen juga tidak senator jauh sekali, masih ramai lagi mentari lain jika TPM juga tidak dapat hadir bagi mengganti PM yang berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.

"Saya mencadangkan beliau (Rosmah) perlu bertanding di mana-mana parlimen terlebih dahulu jika berminat lagi mahu menjadi "pemangku" PM lagi selepas ini," ujar Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Saya juga ingin mencadangkan agar beliau (PM) seharusnya peka dengan kewajipan melantik mana-mana menteri bagi mengganti beliau jika sekiranya beliau tidak sihat sekalipun dalam ketidaksanggupan hadir ke manamana jemputan, ini bagi menjaga imej PM Malaysia itu sendiri.

TERBUKTI UMNO/BN MULAI KUAT, ZAMBRY MULA FIKIR UNTUK BUBAR DUN PERAK?

Posted: 06 Nov 2010 12:02 PM PDT

29 Zulkaedah
Oleh: WFAUZDIN NS

"BN telah mantap, rakyat kini menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib". Itulah petikan dari kata-kata Muhyiddin sebaik sahaja Bn memenangi PRK di Parlimen Bt Sapi dan di Dun Galas. Kemenangan Umno di PRK Dun Galas dengan majoriti yang besar menewaskan calon PAS tentunya membanggakan Muhyiddin. Tahniah buat PAS dan PR yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kedua-dua PRK tersebut. Terlebih tahniah juga buat SPR yang `berjaya' kali ini.

Jika benar Bn telah mantap dan rakyat telah kembali menyokong Najib - Rosmah, maka inilah waktu yang sesuai buat `Kerajaan Negeri bukan pilihan rakyat' di Perak untuk dibubarkan agar benar-benar menjadi Kerajaan Negeri yang berdaulat dan demokrasi. Zambry tidak perlu gusar lagi kerana `terbukti' kini Bn telah mantap sebagaimana yang diperkatakan oleh Muhyiddin. Apakah Zambry mulai merasa seronok dengan menduduki `kerusi rompakan' di Pejabat MB Perak sekarang?

Tidak perlu dibimbang lagi kerana terbukti di Galas, undi kaum Cina telah kembali kepada Bn. Undi orang-orang Melayu kebanyakannya akan pergi kepada Umno, kecuali orang-orang Melayu Islam yang belum tentu lagi undi mereka. Jadi, waktu paling bijak untuk Zambry menunjukkan `kejantanan'nya. Mungkinkah Bn berani atau masih lagi was-was tentang sokongan rakyat terhadap mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Nik Aziz : Jangan kecewa

Posted: 06 Nov 2010 11:00 AM PDT

29 Zulkaedah 1431H.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas .

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.

GALAS : KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT PERAK

Posted: 06 Nov 2010 09:13 AM PDT

29 Zulkaedah 1431H.

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berpandangan kekalahan PAS di Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada semua pejuang dan penyokong parti serta Pakatan Rakyat. Berhubung dengan hal tersebut, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ingin membuat kenyatan media:

1. Pakatan Pakyat Perak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas PAS dan PR , khususnya mereka yang datang dari Perak, Sesungguh semangat juang yang tinggi dari semua petugas dengan tidak mengenal penat dan lelah serta pengorbanan wang ringgit amatlah dihargai.

2. Saya menyeru semua pihak supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka sebagai adat pertandingan. Kita sebenarnya menghadapi jentera kerajaan dan bukannya hanya jentera BN dan UMNO dan ini tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi , PR Perak juga mengingatkan bahawa kita mesti yakin terdapat hikmah di sebalik keputusan yang diterima semalam.

3. Disamping itu saya merasa kesal dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku, antaranya ialah seperti isu berikut :

i. Kejadian kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti.

ii. Isu habuan p'raya di DUN Galas : Ratusan beratur untuk mendapatkan RM250 dan Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun membisu bila diminta respon mengenainya.

iii. Isu SPR membenarkan logo parti memasuki pusat mengundi iaitu sebagaimana yang diulas oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

4. Pakatan Rakyat Perak juga ingin menyeru supaya semua bersiap sedia untuk PRU ke 13yang dijangkakan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Pakatan Rakyat Perak seterusnya menggesa para petugas supaya meningkatkan gerak kerja pilihanraya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Sekretariat PR Perak.


Konsep ketaatan kepada pemimpin

Posted: 06 Nov 2010 09:08 AM PDT

29 Zulkaedah 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Ketaatan kepada pemimpin sering diperbincangkan dalam kuliah pengajian di masjid dan surau tetapi kefahaman tentang konsep ketaatan itu selalunya tidak mencapai maksud sebenar. Maka pada kali ini, marilah kita cuba kupas sedikit mana-mana yang dilihat kurang tepat.

Taat kepada pemimpin adalah wajib berdasarkan firman Allah s.w.t.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa': 59).

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, maka tidak siapa yang boleh berpaling daripada mentaati kedua-duanya. Mereka yang ingkar daripada perintah itu dalam bahasa kasarnya boleh disebut sebagai kafir. Firman Allah s.w.t.

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: Katakanlah Muhammad kepada umat Islam, taatlah kepada Allah dan Rasul, maka jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang Kafir. (Surah Ali Imran : 32)

Jadi, ketaatan kepada Allah dan Rasul ini semua sudah maklum, dan semua umat Islam sudah akur dengan perintah itu. Cuma dalam hal ini, ketaatan kita masih rendah. Kita sembah Allah dalam solat sekadar perbuatan dan amalan, tidak pada hati dan jiwa. Kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mengumpat orang, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mendedahkan aurat, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih cuai dalam melaksanakan ibadah lain.

Bayangkan kalau ketaatan kepada Allah pun masih tidak boleh diberi 100 peratus, bagaimana ketaatan kepada pemimpin. Di sinilah barangkali kita lihat ramai umat Islam gagal untuk mentaati pemimpin mereka. Malah kadang-kadang kita taat kepada pemimpin kerana ada udang di sebalik batu, kita taat tetapi ada maksud yang kita harapkan daripada pemimpin itu.

Tetapi siapa pemimpin sebenar? Apabila menyebut pemimpin, tidak seharusnya kita rujuk hanya kepada pemimpin negara atau negeri sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَامْرَأَةُ الرَّجُلِ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، وَمَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ الرَّجُلِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، مِنْ هُنَا لَمْ يُخَرِّجَاهُ.

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. katanya, setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan.

Jelas di sini, pemimpin terdapat banyak jenis dan kategori. Maka bapa pemimpin kepada keluarga, isteri pemimpin kepada rumah dan anak suami, hamba juga pemimpin kepada harta tuannya. Dan setiap seorang itu ada tanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya.

Dalam kariah ada pemimpin, dalam masjid ada pemimpin dan dalam organisasi ada pemimpin. Itulah pemimpin yang boleh dinamakan dengan pelbagai gelaran mengikut kedudukannya: PM, menteri, YDP, ketua, pengerusi, presiden, nazir dan pegawai dll.

Ketaatan Tidak Mutlak

Ketaatan kepada pemimpin walaupun tidak mutlak tetap penting dalam proses pentadbiran dan pengurusan manusia. Tanpa ketaatan, pengurusan akan jadi tidak terurus malah boleh jadi pemimpin akan melakukan semua kerja seorang diri. Apalah ertinya sesuatu pentadbiran kalau arahan pemimpin tidak dipatuhi oleh orang bawahnya.

Walau bagaimanapun ketaatan kepada pemimpin ini ada syarat yang ditetapkan. Maka ketaatan yang dimaksudkan itu boleh gugur apabila pemimpin itu mengarahkan kepada perkara maksiat atau melanggar syariat. Sabda Rasulullah s.a.w:

لا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ

Maksudnya: Tiada ketaatan terhadap makhluk pada hal-hal maksiat kepada pencipta. (Riwayat Ahmad, Tabarani)

Sebaliknya ketaatan kepada pemimpin adalah pada arahan yang baik sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w:

لا طاعة لأحد فى معصية الله إنما الطاعة فى المعروف

Maksudnya: Tiada ketaatan kepada seseorang pada perkara dosa kepada Allah, sesungguhnya ketaatan pada yang baik sahaja. (Riwayat al-Bukhari Muslim dan Abu Daud, Nasai dan Ibn Hibban)

Berdasarkan dua hadis di atas, ketaatan kepada pemimpin di semua peringkat adalah kerana kebaikan perintah dan arahannya. Ciri-ciri kebaikan sesuatu arahan pemimpin ialah:

1.Arahannya tidak bercanggah dengan dasar Islam
2.Dasar dan arahannya memberi manfaat kepada umum/rakyat
3.Arahannya ada maslahah untuk menyelamatkan Islam dan umat
4.Tindakannya tidak merugikan Islam dan umatnya.

Ciri-ciri kebaikan itu jika dirujuk kepada pemimpin negara dan negeri wajiblah kita memberi ketaatan dan jika sebaliknya boleh ditolak. Oleh sebab tidak semua arahan yang datang daripada pemimpin kesukaan kita perlu ditaati dan tidak juga semua arahan yang datang daripada pemimpin yang dibenci boleh ditolak. Semuanya mestilah bersandarkan kepada ciri-ciri di atas.

Katalah suatu arahan beerbunyi begini: "Semua umat perlu bertolak ansur dalam soal amalan agama lain ketika menyambut perayaan demi perpaduan." Arahan ini jelas bertentangan dengan Islam kerana menggugat aqidah dan merugikan Islam dan umatnya. Menyedari keadaan itu, kita tidak wajib taat arahannya. Malah tidak berdosa kita abaikan arahan itu.

Walau bagaimanapun arahan lain yang baik daripada pemimpin yang sama masih wajib ditaati. Tidak wajarlah dengan penolakan satu arahan, maka semua arahan yang lain kita tolak juga.

Peraturan Bukan Menyusahkan

Sebenarnya kebanyakan dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin baik negeri mahupun pusat tidak berkait secara langsung dengan ibadah dan Islam. Sebaliknya arahan itu berkaitan dengan kehidupan yang melibatkan rakyat dan pembangunan.

Dalam hal ini kadang-kadang ada peraturan yang ditetapkan sama ada kerajaan pusat atau negeri dilihat seperti menyusahkan, tetapi kalau dilihat di sebaliknya akan kita temui kebaikan kepada rakyat secara umum. Oleh sebab itu peraturan tersebut wajib dipatuhi.

Sebagai contoh; untuk berkahwin sesuatu pasangan itu perlu mengikuti kursus pra perkahwinan, mengambil ujian saringan HIV, dan mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah tempatan. Peraturan itu memang seperti menyusahkan, tetapi kesannya adalah untuk kebaikan umat Islam walaupun peraturan itu tidak ada dalam Islam.

Jika arahan ini tidak dipatuhi, mereka tidak mahu berkursus, tidak mahu ambil ujian saringan hiv, kemudian berkahwin sendiri di rumah pengantin perempuan dengan berwalikan bapa sendiri dan dua saksi. Walaupun perkahwinan itu sah mengikut Islam, tetapi proses perkahwinan yang dijalankan itu adalah satu kesalahan. Pasangan itu telah tidak taat kepada pemimpin, hakikatnya mereka berdosa. Dan setiap yang berdosa ertinya ke neraka.

Begitu juga dengan peraturan lalu lintas, semua aturan itu jelas untuk kepentingan pengguna jalan raya. Jika kita membantah lalu tidak mahu ikut peraturan, selain berdosa, dia mendedahkan dirinya kepada bahaya. Bayangkan kalau dia meninggal dunia dalam keadaan melanggar peraturan jalan raya, sudah tentu dia berdosa.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Haji: Antara Falsafah, Tokok Tambah Dan Nas

Posted: 05 Nov 2010 09:53 PM PDT

28 Zulkaedah 1431H.
Email : zull mohd

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah ketika menunaikan haji dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ. Para hadirin yang mendengar huraian tersebut ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah tersebut pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia?.

Dia bertanya kepada saya tentang kekeliruannya itu.

Saya berkata syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu, walaupun dia jahat. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong?. Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras. Entah berapa banyak para penceramah yang 'sewaktu dengannya'.


Jangan Melampau

Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas terlebih dahulu, tentu dia tidak membuat huraian yang seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn `Abbas, katanya:

"Pada pagi Hari 'Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: "(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa'i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Nabi s.a.w dalam hadis ini memuji Ibn 'Abbas kerana telah mengutip batu-batu yang kecil kerana itu sudah memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran yang patutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para rasul. Dalam ertikata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama. Jika batu-batu yang dilontar di ketiga-tiga jamrah itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil itu. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jamaah haji dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh, yang akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jamaah lain yang cedera.

jamrah.jpg

Gambar Hiasan

Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama ini, hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempunyai latar sejarahnya seperti kisah Ibrahim melontar syaitan, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakannya dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w.

Khurafat

Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara 'bawa turun' ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

kiswah.jpg

Gambar Hiasan

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?. Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka. Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Tiada Unsur Keberhalaan

Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Ka'bah, sebaliknya mereka hanya menghadapkan wajah ke arah Ka'bah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w memohon agar dipilih Masjidil Haram sebagai arah kiblat kaum muslimin. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah untuk kita. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala. Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek atau insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan mengadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjid Haram dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempah yang diperintahkan Allah. Firman Allah:

(maksudnya): Kerap kali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya (Surah al-Baqarah 144).

Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehimgga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji mereka ketika itu, pergi ke negara Qaramitah tersebut. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, 'Umar bin al-Khattab r.a. apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata:

"Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya Mencontohi Rasulullah

Oleh kerana Rasulullah s.a.w menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sa'i, wukuf dan kesemuanya dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan dengan akidah yang diajar oleh baginda. Jika ini tidak fahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah. Firman Allah:

(maksudnya): "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah al-Nisa 115).

Berkat Dan Rahmat

Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih tersebut. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya merasa lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini untuk dilimpahi rahmatNya di situ melebihi tempat yang lain seperti Mekah dan Madinah, Zam-Zam dan Kaabah, Mina dan Arafah dan seumpamanya. Seperti mana Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmatNya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, Hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji. Maka insan muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehinya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripadaNya sahaja. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.

Untuk Allah Semata

Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancung dan berseronok suka. Firman Allah:

(maksudnya): "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (surah Ibrahim: 37)

Perjuangan Tauhid

Dalam ibadah haji dan umrah, seorang muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim a.s. sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun. Firman Allah:

(maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: "Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka al-Kitab (Al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Baqarah 127-129)

Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi berbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai penderitaan yang lain. Namun, para penerus perjuangan Ibrahim a.s. tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim a.s. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini telah bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya bagi setiap zaman. Nabi Muhammad s.a.w adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jamaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim a.s. mula perjuangannya.

Usaha penubuhan Kaukus Pemuda Partai Islam Se-Asean berjaya

Posted: 05 Nov 2010 09:50 PM PDT

28 Zulkaedah 1431H.
SAFARIZAL SALEH

JAKARTA, 29 Oktober 2010:- Dengan penglibatan dan usaha Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Lajnah Antarabangsa telah berjaya menubuhkan Kaukus Pemuda Partai Islam Se-Asean bersama Dewan Pimpinan Pusat Pemuda Partai Bulan Bintang, Dewan Pimpinan Pusat Generasi Muda Pembangunan Indonesia Partai Persatuan Pembangunan dan juga Dewan Pimpinan Pusat Pemuda Partai Kebangkitan Nasional Ulama.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Malam Sambat Ka'ban atau MS Ka'ban, Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Partai Bulan Bintang di kantor Dewan Pimpinan Pusat Partai Bulan Bintang, Jakarta. Serentak dengan itu juga diadakan Latihan Kepimpinan secara bergerak disemua parti yang terlibat di Jakarta.

Semua Ketua Umum Dewan Pimpinan Pemuda termasuk Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat hadir sama. Rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat ini turut bersama 20 orang kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang diketuai oleh Zawawi Hassan sebagai Ketua yang turut hadir bersempena lawatan kerja di sana.

Pelbagai pengisian program sempena Latihan Kepimpinan tersebut yang mendekatkan antara Malaysia - Indonesia diadakan. Menurut Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang mengatakan akan berusaha pula mengembangkan Kaukus ini di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Pemuda PAS Perak adakan program kebajikan sempena Deepavali

Posted: 05 Nov 2010 09:48 PM PDT

28 zULKAEDAH 1431h.
SAFARIZAL SALEH

LARUT, 3 November: - Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut telah menganjurkan program kebajikan bersempena perayaan Deepavali sekali lagi pada tahun ini.

Program kebajikan yang telah disalurkan kepada masyarakat India yang memerlukan berupa barangan dapur telah disediakan oleh Pemuda PAS larut. Serahan telah disempurnakan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Turut hadir ialah Mohd Nazri Din, Ketua Pemuda PAS Larut yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak. Antara yang hadir sama di dalam majlis tersebut ialah pimpinan masyarakat India Larut.

Seramai 80 orang penerima yang terdiri daripada penduduk miskin di sekitar Larut telah dipilih. Majlis yang telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Larut ini telah menghadirkan juga pekerja-pekerja ladang di situ yang turut bersama untuk mendengar beberapa ucapan pada majlis tersebut.

Majlis yang diadakan bagi meraikan penduduk yang amat memerlukan menjelang Deepavali. Program tahunan ini tidak melupakan mana-mana pihak yang amat memerlukannya terutama menjelang perayaan di dalam negara kita.

Antara program kebajikan yang dilaksanakan di Larut juga ialah tusyen percuma, menjaga kebajikan masyarakat miskin, sumbangan khas untuk orang kurang upaya (OKU), kematian dan berbagai-bagai lagi.

Masyarakat india yang hadir terharu dengan keprihatianan Pemuda PAS Larut kepada mereka dan tidak melupakan mereka dengan meraikan satu majlis jamuan bagi mereka yang turut diadakan.

Aminah binti Wahab (bonda rasulullah s.a.w)

Posted: 05 Nov 2010 08:43 PM PDT

28 Zulkaedah 1431H.

1. Aminah Bonda Rasulullah SAW . eorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir. Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. "Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab.

Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik." Dengarlah sabdanya lagi, "Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik." Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia.

Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. "Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy." Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. "Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya."

Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy. Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan orang.

2. KEWAFATAN AMINAH, IBU RASULULLAH SAW Setelah Rasulullah SAW berada di bawah jagaan Halimatus Sa'diyyah selama empat tahun lamanya, anak itu dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Menurut adat Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya dekat kota Madinah itu. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah, tidak berapa lama kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu bersama-sama dengan anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama pula dengan budak pusaka ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi Aiman.

Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu menemui ajalnya. Dia meninggal dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa', suatu dusun di antara kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu pindahlah ke dalam gendungan Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke Makkah. Anak itu kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh datuknya 'Abdul Muttalib. Berkata Ibnu Ishak : "Maka adalah Rasulullah SAW itu hidup di dalam asuhan datuknya 'Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka'bah. itu. Anak-anaknya semuanya duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada seorang pun anak- anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat kepada orang tua itu.

Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia duduk saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu hendak mengambil tangannya menyuruhnya undur. Demi kelihatan oleh 'Abdul Muttalib, dia pun berkata : "Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya. Demi Allah sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.' Lalu anak itu didudukkannya di dekatnya, dibarut-barutnya punggungnya dengan tangannya, disenangkannya hati anak itu dan dibiarkannya apa yang diperbuatnya."

IBU BAPA RASULULLAH SAW Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan. Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke atasnya menjadi perselisihan. Tetapi sepakat pula ahli tarikh mengesahkan bahawa Adnan itu keturunan Nabi Ibrahim al-Khalil. Yang jadi perselisihan ialah berapa orangkah nenek-nenek Baginda di antara Ismail dengan Adnan itu. Kata setengahnya banyaknya 40 orang, setengahnya pula mengatakan hanya 7 orang. Berkata Abu Abdullah al-Hafiz : "Tentang berapakah bilangan nenek-nenek moyang Rasulullah SAW sejak dari Adnan menjelang Ismail dan Ibrahim itu tidaklah ada suatu riwayat yang muktamad."

3. Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan nasab ibunya. 1 PERKAHWINAN 'ABDULLAH DENGAN AMINAH Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah. Ketika itu umur anaknya, 'Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhra - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. 'Abdul Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan bapa saudaranya.

Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh keluarga Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi kedua-dua pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkawinan 'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW. 'Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan.

Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abdul Muthalib. 5 Muhammad Al-Amin, dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi'ul awal tahun gajah atau bertepatan dengan tahun 570 Masehi. Terlahir dari Ibu bernama Siti Aminah Binti Wahab dan ayahnya Abdullah Bin Abdul Muthalib, keturunan Bani Ismail, putra Nabi besar Ibrahim as yang dijanjikan oleh Allah, dan sekaligus merupakan kakak dari Nabi Ishak, putra Nabi Ibrahim dari Siti Sarah yang menurunkan Nabi-nabi besar untuk umat Israel.

Sang ayah, Abdullah, meninggal di Yastrib dalam perjalanan berdagangnya, jauh hari sebelum Muhammad dilahirkan. Ketika beliau masih bayi, selain menyusu kepada ibu kandungnya, Muhammad juga pernah disusui oleh Tsuwaibah Al Aslamyah dari Bani Aslam yang juga budak dari Abu Lahab, bersama-sama dengan Hamzah bin Abdul Muthalib pamannya yang sebaya usianya dengan Muhammad, dan selanjutnya menyusu kepada Halimah Al- Sa'diyah, dari Bani Sa'ad yang terletak antara Mekkah dan Thaif yang bersuamikan Abu Zuaib. Sejak dari kandungan ibunya, hingga ia lahir, Muhammad sudah menunjukkan berbagai mukjizatnya sebagai tanda-tanda kenabiannya kelak dikemudian hari. Setelah masa penyusuannya usai, Muhammad kembali kepelukan ibunya, Siti Aminah.

4. Setahun kemudian, Muhammad kecil beserta ibunya dan seorang inang pengasuhnya bernama Ummu Aiman melakukan ziarah kemakam Abdullah, ayah Muhammad dan suami Aminah di Yastrib. Selama satu bulan mereka tinggal di Yastrib dengan menumpang dirumah keluarga mereka dari Bani Najjar. Dalam perjalanan pulang kembali kekota Mekkah, tepat disebuah desa bernama Abwaa', Aminah jatuh sakit dan wafat disana, waktu itu usia Muhammad sudah 6 tahun. Karena jaraknya kekota Mekkah masih cukup jauh, akhirnya jenazah Aminah dikuburkan didesa Abwaa' tersebut dan Muhammad beserta inangnya, Ummu Aiman kembali kekota Mekkah berdua.

Abdullah telah pergi, Aminah pun telah pula pergi setelah keduanya melakukan kewajiban yang diamanatkan kepada keduanya. Anak yang mulia itu kini menjadi yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.

http://www.slideshare.net/rizam75

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 06 Nov 2010 01:14 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Pertunjukkan Drif Kereta

Posted: 05 Nov 2010 02:54 AM PDT

Drif kereta di Balik Pulau sempena Program Tune Engine bersama Pak Bakar anjuran Lujnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang pada 30 Okt 2010

Gambar Program Tune Engine Bersama Pak Bakar

Posted: 05 Nov 2010 02:49 AM PDT

DACS Penang bersama basikal tua

Pengikut