UMNO Cawangan Bukit Ampang Posted: 06 Nov 2010 01:08 AM PDT Alhamdulillah PM telah kembali sihat. Posted: 05 Nov 2010 08:18 AM PDT Daripada maklumat yang kami terima petang tadi kami amat bersyukur kerana YAB PM semakin pulih dan sihat walafiat. Insya-allah kalau tiada apa-apa kemungkinan YAB PM yang kita sayangi akan keluar wad dalam masa terdekat bergantung kepada nasihat doktor. Kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi dan semoga Allah s.w.t. senantiasa mengurniakan kesihatan kepada beliau dan keluarga beliau demi melaksanakan tugas dan amanah untuk Agama, Bangsa dan Negara. Kami akan senantiasa bersama mendukung perjuangan ini. Salam Perjuangan dari kami UMNO Cawangan Bukit Ampang. | |
Hamidah Osman Posted: 05 Nov 2010 11:16 PM PDT Selamat Meraikan Depavali Posted: 05 Nov 2010 03:55 PM PDT Selamat Meyambut Depavali
Diucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan.
Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Kak Midah Sekeluarga Batu Gajah, Pera | |
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN Posted: 05 Nov 2010 07:15 PM PDT Menang besar..wow! Posted: 04 Nov 2010 08:39 PM PDT Dengan majoriti besar, 6,359 undi ini sudah menunjukkan bahawa penduduk Batu Sapi amat menyokong BN, walaupun terpaksa berdepan dengan dua parti lawan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...Wow! Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah 3,414 undi. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang merupakan mendiang suami kepada calon BN meninggal dunia pada 9 Oktober lalu setelah terbabit dalam kemalangan maut di Kota Kinabalu.
Tercuit dan terfikir di benak ini akan insiden jeti roboh dua kali bila mana calon PKR datang buat kempen..tak perasan ke diorang akan petandanya...hhmmm..
Yang sorang lagi tuh..faham - faham saje la...gila kuasa gila meroyan..
UCGS ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua yang terlibat dan bekerja keras bagi memastikan kejayaan kita.
Kepada penduduk batu Sapi, Salam 1 Malaysia kepada anda semua!
| Hok Aloh weeehhh.. Posted: 04 Nov 2010 07:54 PM PDT Tahniah kepada calon Barisan Nasional DUN Galas, Encik Abdul Aziz Yusoff yang berjaya merampas kerusi ini daripada PAS dengan undian sebanyak 5,324 berbanding dengan calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed hanya mendapat 4,134 undi. Majoriti yang lebih tinggi dari PRU yang lepas iaitu 1,190. Tahniah juga UMNO Gombak Selatan ucapkan kepada Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, kejayaan BN juga didorong oleh kerja keras jentera parti itu dalam tempoh 48 jam sebelum kempen berakhir. Semua sayap parti UMNO yang turut menyinsing lengan baju turun padang dan tidak kurang juga kepada semua parti komponen terutamanya MCA yang turut berkerja keras hingga ke minit yang terakhir untuk menyakinkan dan memenangi hati pengundi Cina di Galas. Job Well Done!
Ini menunjukkan rakyat sudah muak, jelak dan bosan kepada pakat - pakat. Kita tunggu apa komen dan alasan serta tuduhan yang di lemparkan kepada kita nanti. Jangan tak tahu kan geng ni camne kan. Menang memanglah bising, kalau kalah lagilah akan meletus pelbagai cerita macam letusan Gunung Merapi di Indonesia. Cadangan UCGS, terimalah dengan hati terbuka dan belajar dari apa yang Tok Goku selalu cakap, redha dengan apa yang ada, ye tak. Kami mampu dan terima apa jua keputusan dengan hati terbuka dan redha, takkan la kelian takleh terima. Keputusan sudah keluar dan petanda sudah nampak. Jangan buat buta pula!
Apa pun, kita jangan rasa selesa. Ini hanya permulaan. Kita kena bekerja keras lagi bagi memantapkan kedudukkan kita lebih selesa di PRU akan datang.
Kepada penduduk Galas, tahniah dan terima kasih di atas kepercayaan yang anda beri kepada BN dan Insya Allah, satu transformasi akan berlaku di tempat anda.
Psstt, jangan buat reformasi ya.
| |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 05 Nov 2010 03:17 PM PDT Konsep 1Malaysia Najib Diterima Cemerlang Dalam Ujian Politik Pertama Di Sabah Posted: 05 Nov 2010 11:32 AM PDT SANDAKAN - Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti diterima dengan cemerlang, dalam ujian politik pertama di Sabah, bila rakyat Batu Sapi bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen kawasan itu yang baru saja selesai. Dilihat sebagai kemenangan yang cukup sentimental dan manis buat calon BN Datin Linda Tsen, yang baru kehilangan suami, penyandang kerusi parlimen Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya 9 Okt lepas, parti pemerintah membuktikan bahawa BN sentiasa menjadi "pilihan nombor satu" rakyat Sabah. Berdepan dengan segala kemungkinan, Tsen menumpaskan dua calon pembangkang - presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dalam pilihan raya kecil itu dengan itu mengekalkan kerusi di tangan BN. Tsen, dari Parti Bersatu Sabah (PBS), memenangi kerusi itu dengan majoriti bertambah 6,359 undi. Beliau meraih 9,773 undi sementara Ansari dan Yong, masing-masing mendapat 3,414 dan 2,031 undi. "Kemenangan ini adalah sokongan begitu jelas dan ketara terhadap konsep 1Malaysia Najib serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah. "Ia juga membuktikan Sabah memang sebenarnya "fixed deposit" atau simpanan tetap buat BN," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada Bernama. Salleh berkata kemenangan BN menunjukkan bahawa rakyat Batu Sapi mahukan politik pembangunan menerusi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat. "Penduduk Batu Sapi mengetahui dengan pasti bahawa hanya Barisan Nasional boleh membawa pembangunan untuk mereka. Mereka juga berharap konsep 1Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. "Mereka tahu bawa mereka mempunyai masa depan lebih cerah dalam BN," kata beliau. Salleh, bekas Ketua Menteri, berkata majoriti besar yang tidak dijangkakan itu membuktikan penolakan terhadap stail politik konfrontasional dan kedaerahan (Sabah untuk rakyat Sabah) yang diamal oleh SAPP dan jenama politik pembangkang. "Ini adalah permulaan baru buat BN untuk meraih kembali keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, terutama di Semenanjung Malaysia. "Pengundi Batu Sapi termasuk masyarakat Cina memperakui bahawa BN adalah juga untuk rakyat Sabah. Kita harap rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional dan menentukan Sabah terus menjadi simpanan tetap untuk parti gabungan yang memerintah," kata beliau. Salleh berkata keputusan itu juga menunjukkan sentuhan ajaib Musa, selaku pengarah pilihan raya kecil BN. Musa, yang mengemudi BN negeri kepada kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2008, membuktikan kecekalannya untuk memenangi hati dan fikiran pengundi Batu Sapi. BN negeri hampir menyapu bersih dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri yang dipertaruhkan pada piliha raya umum itu. Para penganalisis politik melihat kekalahan yang cukup mengaibkan buat "Taiko" SAPP Yong dan Ansari, sebagai satu panggilan untuk mengejutkan parti-parti pembangkang agar mendengar gesaan penyokong supaya mereka membentuk satu gabungan dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Mereka berkata kekalahan ini satu pelajaran pahit buat mereka. "Kita tidak menjangka SAPP dan PKR kalah begitu teruk dalam pilihan kecil Batu Sapi," kata seorang daripada penganalisis itu Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Pas baru Posted: 05 Nov 2010 11:10 AM PDT
Pas kluk klek selepas kalah di N45(Dun Galas) telah mengeluarkan fatwa baru.. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Ada Tanda Kaum Cina Dan Golongan Muda Kembali Sokong BN Posted: 05 Nov 2010 09:58 AM PDT SEREMBAN: Kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam, memberi petanda bahawa golongan muda dan kaum Cina sudah mula memberikan sokongan semula kepada kerajaan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak pernah percaya isu sentimen walaupun semasa pilihan raya umum ke-12, kaum Cina sudah tidak lagi menyokong kerajaan. "Di Batu Sapi yang mempunyai majoriti Cina, kita telah 'double up' kita punya majoriti dan ini adalah satu yang di luar dugaan. Kita nampak jelas sekali manifestasi pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina telah memberikan kemenanganyang amat besar di Batu Sapi dan juga di Galas," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Deepavali Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang Datuk V.S. Mogan di Rantau, pada Jumaat. Kemenangan ini juga membuktikan pengundi muda sudah kembali kepada kerajaan kerana mereka ini hanya akan menyokong pihak yang benar dan yang mampu membela nasib mereka. Beliau juga melihat rakyat sudah mula menolak politik ekstrem dan ganas yang sering dimainkan oleh parti pembangkang. Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya itu semalam menunjukkan kematangan rakyat dalam membuat pilihan. Ahmad berkata walaupun mempunyai pilihan, nyata rakyat khususnya pengundi di situ tidak terpengaruh dengan hasutan dan permainan politik sempit bersifat peribadi yang boleh menghancurkan negara, yang diamalkan sesetengah pihak. "Ia membuktikan mereka (rakyat) ingin bersama-sama nikmati kemajuan dalam suasana aman dan harmoni yang telah dikecapi selama ini," katanya dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat. Mengulas lanjut beliau berkata kemenangan itu juga sebagai tanda sokongan rakyat di kedua-dua kawasan itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Ia juga isyarat perpaduan dan pembangunan rakyat keseluruhannya di bawah konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri mendapat sokongan rakyat," katanya. Sementara itu di SARAWAK, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kemenangan berganda itu membuktikan lebih ramai rakyat kini memberi sokongan terhadap kepimpinan Najib. Abdul Taib berkata berdasarkan keputusan itu juga menunjukkan kredibiliti pembangkang kini kian merudum. "Kini ramai yang menyedari bahawa terdapat perubahan besar selepas kepimpinan negara diambil alih oleh Perdana Menteri yang baru (Najib)," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota Persatuan Suku Tiang Chuan di Miri. Sejak mengambil alih kepimpinan negara, katanya Najib telah menunjukkan kebolehannya untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan yang sekali gus membantu meningkatkan keyakinan rakyat. Beliau berkata Najib menggunakan cara imaginatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan ia menjadi salah satu faktor mengapa semakin ramai rakyat kini memberi undian kepada BN. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | MASALAH AKAR UMBI PARLIMEN JASIN. Posted: 04 Nov 2010 06:49 PM PDT - FB Orang Jasin
masalah2 orang Jasin.. krn ianya lebih jelas dr akar umbi.. Mohon jasa baik Admin ya!
- Details 2010-10-28 12:12 PM
- FB Orang Jasin
Salam kpd Admin Blog.. Harap dpt maklumkan kpd YB2 Adun dan Parlimen Jasin supaya dpt Add FB Orang Jasin. Sekurang2nya dapat tau (Sambung kat atas")
Admin Jasin ucapkan terima kasih atas cadangan ini. Akan ambil perhatian sewajarnya.
|
| MENGALAS HARAPAN PENGUNDI GALAS. Posted: 04 Nov 2010 06:28 PM PDT Oleh Dr Novandri Hasan BasriKemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah hanya boleh menjadi kenyataan jika rakyat percaya kepada Barisan Nasional. Ini adalah satu perkara asas yang perlu kita akui dan fahami. Secara keseluruhannya, tidak ada faktor negara yang boleh dijadikan isu besar di dalam ceramah pilihanraya pati pembangkang kali ini. Atmosfera dan ambience politik, ekonomi dan sosial negara berada di dalam tahap yang terkawal.Malah, segala pendedahan yang menunjukkan parti PAS telah melakukan kezaliman dan penindasan di negeri Kelantan sepatutnya akan mengunci mulut penceramah-penceramah parti PAS selepas ini. Ianya kerana mereka sendiri melakukan segala tuduhan dan penghinaan yang telah mereka lemparkan kepada UMNO selama ini.Bagaimana lagi mereka mahu berceramah dan cuba menegakkan benang yang basah? Sogokan pilihanraya buatan parti PAS. Malah, kelantangan mereka sebelum ini berselitkan hadis dan Al-Quran tentu akan dipandang sinis oleh ramai orang termasuk penyokong-penyokong parti PAS itu sendiri. Apa tidaknya, selama ini penyokong-penyokong parti PAS sangat berkeyakinan yang parti itu benar-benar islamik dan adil tetapi rupa-rupanya tidak.Maka, kekecewaan mereka itu pasti akan lebih mendalam kerana parti PAS telah mempermain-mainkan kepercayaan dan akidah mereka bertopengkan Islam. Parlimen Batu Sapi pula menyaksikan parti SAPP bakal terjerumus jatuh dan mungkin tidak akan bangkit lagi. SAPP telah 'bermusuh' dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kekalahan teruk Yong Teck Lee, Presiden SAPP jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah sudah tidak memerlukan beliau lagi.Yong Teck Lee yang digelar 'Taiko' Sabah tersungkur tersembam di tangan seorang wanita yang baru kehilangan suami beliau.Tsen Thau Lin, calon BN yang menang pula mempunyai tugasan dan perubahan di dalam aktiviti seharian beliau. Beliau bukan sahaja seorang ibu tetapi sekarang berjawatan ahli parlimen yang mewakili pelbagai kaum di Batu Sapi. Makanya, komunikasi dan komitmen perlu ditingkatkan selepas ini. Akan tetapi, kemenangan Thau Lin juga sebenarnya telah mengangkat martabat kaum wanita di arena politik Sabah. Kemenangan beliau itu juga menidakkan kenyataan dangkal Fauziah Salleh, penyelaras pilihanraya PKR yang memperalatkan status 'balu' Thau Lin untuk menjatuhkan kredibiliti calon BN itu. Klik siniFauziah Salleh - Entahlah dia ni. Tetapi akhirnya, Fauziah Salleh itu yang mengigit jari. Satu tamparan hebat kepada penyelaras pilihanraya PKR yang merendah-rendahkan kaum gender beliau sendiri! So, penulis sarankan kepada Fauziah Salleh supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau lebih baik letak jawatan dan jaga makan minum orang di rumah sahaja!Akhirnya, Barisan Nasional perlu sentiasa diingatkan bahawa kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukanlah sesuatu yang perlu dimegah-megahkan. Kemenangan itu sepatutnya dituruti dengan perasaan rendah diri dan menimbulkan keazaman yang lebih tinggi untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat. Segala kelemahan parti perlu diperbaiki dengan kadar segera!TRANFORMASI PPUBJ.KONSEP KESEDERHANAAN YANG DIAMALKAN SEWAKTU BERKEMPEN TERNYATA AMAT BERTEPATAN DENGAN SUASANA TEMPATAN. NAMUN MASIH TERDAPAT PERBEZAAN ANNTARA AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PARTI DI ANTARA NEGERI. TIDAK MELIHATNYA SEBAGAI MASALAH SEBALIKNYA SEBAGAI SATU PERBEDAAN YANG MEMBERI KITA LEBIH BANYAK LAGI PILIHAN. | AKU, GALAS DAN PRK. Posted: 04 Nov 2010 06:18 PM PDT Kampung Pulai - BN Menang - 44 Majoriti
Bandar Lama Gua Musang - BN Menang 37 Majoriti
Kampung Batu Papan - BN Menang - 108 Majoriti
Kampung Baru - BN Menang - 41 Majoriti ( MELAKA / KUALA KRAI )
Pos Brooke - BN Menang - 346 Majoriti
Sungai Ber - BN Menang - 160 Majoriti
Belatim - BN Menang 108
Sungai Terah - PAS Menang - 258 Majoriti
Balar - BN Menang - 112 Majoriti
Bihai - BN Menang - 228 Majoriti
Hau - BN Menang - 49 Majoriti
Bandar Baru Gua Musang - BN Menang 16 Majoriti
Lepan Tupai - BN Menang - 80 Majoriti
** Terima kasih pengundi di Galas dan Batu Sapi . Anda telah membuat pilihan yang tepat. | SELAMAT MENYAMBUT DEPAVALI DARI PPUBJ. Posted: 04 Nov 2010 06:07 PM PDT Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin serta seluruh warga Pemuda Bahagian Jasin mengucapkan Selamat Hari Depavali kepada semua masyarakat India yang beragama hindu. Semoga perayaan Depavali tahun ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kita.
Tidak ketinggalan Selamat Hari Depavali kepada Pengerusi MIC negeri Melaka serta rakan seperjuangan saya Ketua Pemuda MIC Jasin dan Negeri Melaka. |
| TAHNIAH KEPADA DATUK HAJI MOHD SAID YUSOF DAN KONTIJEN MELAKA. Posted: 04 Nov 2010 05:50 PM PDT Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin merakamkan ucapan syukur dan tahniah kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin dan rombongan kontigen Melaka kerana turut menyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional N 45 Galas dalam PRK. Semoga ini memberi pengajaran dan pengalaman kepada jentera parti Melaka untuk dijadikan motivasi menghadapi PRU 13 nanti. Tidak ketinggalan juga UMNO Bahagian Kuala Krai, Kelantan yang telah menjadi Bahagian Angkat Peti Undi Kg Baru. Malah juga kepada Ketua Peti Undi dan juga petugas tempatan. PRU 2008 peti undi ini kalah 200 undi , PRK 2010 menang dengan majoriti 41 undi. |
| 1 MALAYSIA BERJAYA, MIDDLE MALAYSIA GAGAL? Posted: 04 Nov 2010 05:29 PM PDT DAP akui kempen 1Malaysia berjaya di Galas Lee Way Loon Nov 4, 10 8:42pm Kongsi 15 DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.
Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).
Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.
"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.
"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.
Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.
Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.
"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.
"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."
Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.
Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.
Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.
Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.
Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.
Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi. |
| |
YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri Posted: 05 Nov 2010 11:07 AM PDT RAKYAT SUDAH SEDAR Posted: 04 Nov 2010 12:52 PM PDT Assalamualaikum, Apa pun tafsirannya, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dan merampas semula kerusi DUN Galas di Gua Musang Kelantan telah memberikan makna yang tersendiri terhadap iklim politik di negara kita.
Sebagai seorang pemimpin rakyat dan parti BN, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN di Galas, Abdul Aziz Yusoff yang telah menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi.
Ucapan tahniah juga kepada Datin Linda Tsen Thau Lin yang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang agak besar iaitu 6,359 undi.
Walaupun mungkin selepas ini pembangkang boleh menyatakan pelbagai alas an bagi menyejukkan hati mereka dengan kekalahan tersebut, namun saya percaya, rakyat juga ada tafsirannya tersendiri. Bagi BN saya fikir, ia adalah satu permulaan kepada transformasi politik negara untuk melihat BN terus kukuh dan utuh di negara ini.
Mengapa saya katakan sedemikian?. Pembangkang telah diuji, diberikan peluang dan ruang melalui sistem demokrasi yang mereka sendiri sentiasa pertikaikan. Jika dahulu mereka melalak tanpa kuasa tetapi hari ini mereka telah menguasai beberapa negeri, malah berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga kerajaan BN di Parlimen.
Maksud saya ialah, rakyat telah menilai pembangkang dengan baik dari segenap sudut – keupayaan mereka sebagai kerajaan dan kemampuan mereka membela nasib rakyat. Akhirnya selepas dua tahun, ternyata rakyat telah melihat dengan jelas KEGAGALAN pembangkang.
Lalu mereka menyampaikan mesej itu melalui dua PRK di Batu Sapi dan DUN Galas. Itu tidak syak lagi bagi saya. Oleh itu, saya merakamkan ucapan tahniah kepada majoriti rakyat di dua kawasan berkenaan yang telah memilih BN pada PRK itu semalam.
Orang boleh berkata apa sahaja tetapi bahawa hanya BN yang mampu memimpin rakyat di negara ini tidak boleh disangkal sama sekali. Rakyat sendiri telah melihat keadaan tersebut.
Bagi saya, rakyat di dua kawasan berkenaan telah membuat pilihan yang bijak dan tepat dengan memilih BN. Hanya mereka di kawasan berkenaan sahaja yang tahu dan faham apa yang saya maksudkan. Oleh itu, BN harus meningkatkan keupayaan dan kemampuan mereka untuk memikat hati rakyat di kawasan berkenaan.
BN adalah parti yang dipimpin oleh mereka yang bekerja untuk rakyat dan bukannya berpolitik 24 jam sehari. Oleh kerana itu anda boleh melihat pemimpin BN sentiasa memberikan perhatian terhadap kepentingan negara dan kebajikan rakyat. Ini bukan cakap-cakap kosong.
Berbeza dengan pembangkang yang melihat BN dari satu persepsi sahaja iaitu apa sahaja yang dibuat BN adalah salah. Pembangkang hanya bermain politik dalam semua perkara termasuk memperalatkan agama sendiri.
Hakikatnya, perbezaan BN dengan pembangkang amat jauh sekali. Umpama langit dengan bumi. BN adalah parti yang terasas sejak dahulu dan sehingga kini telah terbukti kejayaan dan keupayaannya membangun, membina negara tercinta ini dan menjaga kebajikan rakyatnya.
Kepada rakyat, terima kasih dan berharap seluruh rakyat Malaysia juga kembali sedar bahawa mereka selama ini telah terbuai dengan agenda politik kosong yang dipalu pembangkang. Ia tidak pernah mendatangkan keuntungan kepada mereka.
Oleh itu, rakyat perlu terus bersama BN. Percayalah, hanya BN yang mampu menjadi payung kepada anda semua.
Tahniah!
| |
LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK Posted: 05 Nov 2010 07:10 AM PDT |
UMNO CAWANGAN KAMPUNG BARU SG LUI HULU LANGAT SELANGOR DARUL EHSAN Posted: 05 Nov 2010 07:08 AM PDT GALAS & BATU SAPI : BN kembali mendapat tempat di hati rakyat Posted: 04 Nov 2010 09:05 PM PDT Tahniah diucapkan kepada calon BN di Galas dan Batu Sapi. Kemenangan ini menunjukkan BN kembali mendapat kepercayaan rakyat.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada petugas2 yang telah bertungkus lumus membantu memenangkan BN kali ini. Terutama Ku Li selaku Pengarah jentera PRK DUN Galas , tak tau apa nak cakap tentang Ku Li...sememangnya hebat!!!
Kepada Calon yang menang tu..buat kerja molek2. Jangan bongkak dan sombong bila dah menang.PRU13 sedang menanti. Kerja kuat lagi.
PL merumuskan, kemenangan BN kali ini disebabkan :
1. PAS@Pakatan Rakyat jelas sudah tidak boleh lagi memperjuangkan nasib rakyat, mereka hanya lebih kepada omong2 kosong sahaja. Lebih banyak memburukkan orang lain sedangkan keburukan sendiri lebih dahsyat dan banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku dan telah berlaku.
2. Agama menjadi alat untuk kepentingan politik sahaja.
3. BN sememangnya adil dalam memperjuangkan nasib rakyat dan berada dipihak yang benar.
4. Keganasan dan kesamsengan menjadi trend PR bial berkempen..rakyat jelek dan jijik.
PL : walaupun tak ke Galas & Batu Sapi..sentiasa doakan BN menang
| SALAM PERJUANGAN Posted: 04 Nov 2010 08:59 PM PDT Sudah lama rasanya tidak memblog...apa pun posting ini memberikan semangat baru kepada aku. Kemungkinan juga disebabkan kehangatan Facebook yang menjadi alat hubungan dan mencurah pendapat dan pandangan pelbagai
Selamat bertemu kembali kepada rakan-rakan yang masih ada mengunjungi blog aku ni..terima kasih kerana masih sudi singgah di sini, walaupun tiada posting terbaru
PL :.....salam perjuangan | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan