Sabtu, 6 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 06 Nov 2010 07:24 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


Petikan Perbahasan Bajet 2011 Di Parlimen Pada 27hb Oktober

Posted: 06 Nov 2010 03:28 AM PDT

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan menyebut bahawa bajet ialah satu perkara yang kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh rakyat dan tidak kurangnya pada tahun ini, saya dimaklumkan bahawa sejumlah lebih kurang 10 juta rakyat telah mendengar atau menonton televisyen dan radio untuk mengetahui apakah bajet tahun ini akan memberi harapan terhadap mereka pada tahun 2011.

Pendapat umum berbeza-beza tetapi yang nyata adalah mereka kurang puas hati dengan apa yang dibentangkan oleh kerajaan. Banyak persoalan yang timbul dalam bajet kali ini dan secara ringkasnya saya rujuk kepada carta dalam bajet ini yang menyebut di antara lain, pendapatan kerajaan akan datangnya daripada pinjaman dan penggunaan asset kerajaan.

Memanglah pinjaman ini tahun demi tahun menjadi sumber pendapatan kerajaan dan tidak kurangnya pada tahun ini pinjaman dan penggunaan asset kerajaan yang mana kebanyakannya ialah pinjaman yang berjumlah lebih daripada RM46 bilion dan ini secara langsung meningkatkan hutang kerajaan sampai kepada lebih kurang RM400 bilion. Dalam masa yang sama dalam perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan ada peruntukan sebanyak lebih daripada RM18 bilion mengenai dengan bayaran khidmat hutang. Bermakna kita tidak mampu membayar hutang dan meminjam lebih daripada yang kita mampu untuk membayar. Jadi ini tidak mencerminkan satu usaha kerajaan untuk menentukan supaya hutang kerajaan itu dikawal dan kita meminjam mengikut kemampuan kita untuk membayarnya.

Dalam hal ini, saya ingin rujuk kepada cara kita membelanjakan dana negara. Kita pernah dengar dalam Dewan ini di mana perbelanjaan lebih daripada RM2 bilion yang tidak dapat dijelaskan. Ini yang disebutkan sebagai angka ketirisan dana kerajaan. Dalam masa yang sama juga kita membelanjakan kewangan dan beberapa projek yang dilaksanakan tidak mengikut peruntukan yang dibenarkan, sering berlaku pertambahan kos, penambahan variation orders dan juga tambahan tambahan yang tidak munasabah yang meningkatkan harga kos projek itu yang kadang-kadang melibatkan lebih daripada 50%. Ini satu tanda bahawa kita tidak boleh mengawal, tidak mengamalkan good governance dan accountability. Ini melibatkan pertambahan yang sia-sia yang perlu dicari oleh kerajaan yang boleh digunakan untuk projek-projek yang lain – projek projek yang terbengkalai.

Umpamanya projek-projek seperti yang disebutkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Umpamanya, saya sebut Politeknik Muadzam Shah di Pahang – RM295 juta yang sekarang ini hanya siap 87%. Projek ini dimulakan pada 2003. Ini tahun yang kelapan dan projek ini masih lagi tidak siap. Untuk menyiapkannya, sudah pasti pertambahan pada perbelanjaan dan kos pada projek. Satu lagi, umpamanya Kompleks Bridget Kem Skudai, Johor Bahru – RM256 juta yang sudah lebih sepuluh tahun dan tahun ini kemajuannya hanya 18.3%. Akan tetapi apa yang lebih merunsingkan ialah tanah itu sudah dicagarkan kepada bank dan kita tidak mampu menarik bon pelaksanaannya yang sebanyak lebih kurang RM13 juta dan juga bon tanah yang sebanyak RM256 juta kerana tempoh bon itu sudah tamat. Jadi di sini kehilangan lebih kurang RM300 juta dan projek hanya siap 18.3%.

Banyak lagi boleh disebut dalam pelaksanaan projek-projek yang tidak siap. Umpamanya soalan saya dalam Parlimen tempoh hari berkenaan Projek Lebuh raya Seremban-Port Dickson-Linggi yang mana walaupun sudah empat hingga lima kali dilanjutkan, masih lagi tidak siap. Sudah enam tahun dan sekarang ini kontraktor projek itu telah ditamatkan dan akan ditawarkan semula kepada kontraktor baru yang sudah semestinya akan meningkatkan kos pada projek yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, disebut juga dalam bajet ini mengenai dengan private sector investment yang melibatkan RM86 bilion. Saya curiga bagaimana kerajaan boleh memberi angka mengenai dengan private sector investment melainkan ia melibatkan perbelanjaan yang dianggarkan oleh syarikat-syarikat GLC. Bagi saya, GLC bukanlah sumber ataupun diklasifikasikan sebagai private sector investment.

Pada hemat saya, ini ialah termasuk dalam perbelanjaan yang akan dilakukan oleh kerajaan. Ini kerana selalunya dan sering dilakukan. Mengikut pengalaman kita bahawa projek GLC yang besar-besar akan mendapat jaminan daripada kerajaan apabila mereka mengeluarkan bon untuk melaksanakan projek-projek ini.

Projek seperti PKFZ misalnya – ini bon telah dikeluarkan. Projek Syarikat Perumahan Negara – apabila mahu pinjaman, dikeluarkan bon sehingga RM10 bilion dan perlu dibayar dan bon ini dijamin oleh kerajaan. Kita tahu kemampuan SPN tidak boleh membayar bon ini dan akhirnya kerajaan yang menanggungnya. Syarikat Prasarana Negara mengeluarkan bon RM10 bilion juga dan ini dengan jaminan kerajaan. Kita dimaklumkan mengenai dengan pelaburan PNB dan ini melibatkan wang pelabur-pelabur iaitu orang awam termasuk kita semua. Wang ini dilaburkan dalam sektor-sektor seperti yang disebutkan. Di antara lain, disebutkan juga bahawa portfolio KWSP akan meningkat daripada 7% kepada 20% untuk pelaburan luar negara. Saya tidak mahu panjang lebar mengenai pelaburan ini. Pelaburan PNB mengenai dengan RM5 bilion menara 100 tingkat itu sudah banyak diperkatakan.

Apa yang saya mohon dan cadangkan ialah supaya kerajaan mewajibkan syarikat-syarikat berkanun yang melibatkan pelaburan orang ramai perlu mengisytiharkan keuntungan atau pulangan yang akan didapati daripada pelaburanpelaburan ini dan juga memberi jaminan kepada pelabur kalau seandainya dividen dalam KWSP 6% atau 7%. Dengan pelaburan ini, maka KWSP boleh menjamin bahawa dividen ini akan mendapat peningkatan sekurang-kurangnya 1% atau 2%. Ini seperti apa yang dilakukan oleh Bursa Saham Malaysia ataupun pasaran saham – Securities Commission yang memerlukan public listed company (PLC) mengisytiharkan pelaburan dan memberi anggaran keuntungan atau pulangan. Maka dengan itu, saya mohon supaya diwajibkan badan-badan berkanun yang melibatkan kewangan rakyat ini untuk membuat pengisytiharan dan memberi jaminan mengenai pulangan-pulangan.

Saya juga ingin menyentuh mengenai dengan beberapa pampasan dan ini mengakibatkan aliran tunai kerajaan akan tergugat dan perlu kerajaan mengambil peruntukan daripada sektor-sektor yang lain untuk membayar pampasan-pampasan mengenai projek-projek yang pada mulanya dirancang dan pada akhirnya dibatalkan. Kita juga menyebut mengenai dengan pelaburan nuklear. Kelmarin ada pengumuman mengenai dengan rancangan untuk mengadakan reaktor nuklear pada tahun 2014 yang dijangka akan siap pada tahun 2021. Saya ingin maklumkan di dalam laporan IEA bahawa tidak boleh reactor nuklear ini dioperasi secara komersial sebelum 15 tahun. Maknanya, jangka masa untuk membuat satu reaktor ini akan mengambil masa 15 tahun. Dalam masa yang sama, saya juga menyebut mengenai dengan keperluan kita untuk memikirkan pelaburan dalam perlombongan uranium. Ini keperluan loji nuklear. Jadi...

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya hendak bertanya Yang Berhormat Telok Kemang. Saya difahamkan dengan cerita loji nuklear yang pertama tapaknya akan diadakan di Port Dickson. So, saya hendak bertanya sama ada ini berita yang betul atau tidak. So, sebagai Ahli Parlimen di Telok Kemang, boleh terima atau tidak rakyat di sana, bagi menerima satu loji nuklear yang pertama kalau dibuat di Port Dickson?

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: Saya juga ada membaca mengenai dengan perkara ini dan belum dapat pasti bahawa ia akan diletakkan di Port Dickson. Akan tetapi, saya juga dimaklumkan melalui beberapa risalah bahawa seandainya diadakan di Port Dickson, saya mengalu-alukan pembinaannya kerana sudah dijamin keselamatannya asalkan ia mengikuti spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh IEAE. Setakat ini di seluruh dunia, kita juga dimaklumkan bahawa ada 400 nuclear reactors seluruh dunia. Lebih kurang 376,000 megawatt iaitu 13% ataupun 14% keperluan tenaga elektrik dunia sekarang. Jadi, memang itu satu tindakan yang baik sekiranya kita mempunyai perancangan kerana ini telah menjadi satu usaha yang dilakukan oleh negeri China, India dan negara-negara yang lain. Jadi, pelaburan mengenai uranium tadi, perlombongan uranium – ini tidak ada di semua negara melainkan beberapa Negara seperti Kazakhstan, Namibia, Australia dan saya mencadangkan supaya kita fikirkan Petronas misalnya ataupun Khazanah Nasional memperuntukkan untuk melabur kerana negara seperti Kazakhstan atau Namibia menjemput negara-negara luar atau sesiapa yang mempunyai minat untuk membeli saham dalam perlombongan uranium. Inilah satu bahan yang perlu dalam projek nuklear.

Jadi, pendek kata Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat bajet ini umpama perancangan negara untuk melihat supaya matlamat kita yang sekarang ini seharusnya meliputi semua kaum. Apa yang disebutkan sering dalam bajet ini hanya meliputi kebanyakannya ialah projek-projek yang besar-besar dan tidak langsung melibatkan ataupun diperjelaskan apakah projek-projek yang besar-besar ini memberikan manfaat kepada orang ramai. Ini kerana kebanyakan rakyat kita masih lagi di desa.

Umpamanya, kita dalam ucapannya menyebut mengenai dengan untuk meningkatkan kemajuan industri. Akan tetapi dalam masa yang sama, ia industry pertanian diturunkan peruntukannya. Tiga tahun atau empat tahun dahulu, melebihi RM10 bilion. Sekarang ini hanya RM3.8 bilion. Bermakna tidak ada keutamaan kita memberi pada industri pertanian untuk membangun. Kalau kita lihat negara-negara yang lain, Korea, Taiwan, Thailand yang mempunyai keseimbangan antara industri pertanian dan juga industri berat. Jelas sekarang ini mereka lebih maju daripada kita. Jadi, kita harus kembali pada asas pembangunan yang memberikan keseimbangan yang membangunkan, yang akan memberikan manfaat pada yang di bandar dan di desa.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, hanya setakat ini. Kesimpulannya ialah kita masih menumpukan kepada good governance, akauntabiliti, kita mesti kawal ketirisan, kita tingkatkan produktiviti kita supaya jangan beberapa bulan lagi kita datang di sini untuk memohon Parlimen meluluskan tambahan pada bajet kerana untuk menampung perkara yang tidak diambil kira ataupun perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan perbelanjaan kosnya supaya projek itu akan siap selagi sikap kita menganggap bahawa asalkan setiap saat itu minyak itu mengalir bahawa kita tidak mempunyai masalah kerana kita mempunyai wang tunai. As long as there is flow of oil, we think that we will not be affected by short falling cash flow. Jadi, sikap ini yang melemahkan kita dan tidak memberikan kita semangat untuk memikirkan soal yang lain untuk mendapatkan dana hasil daripada pertumbuhan daripada projek-projek yang kita laksanakan. Sekian, terima kasih.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 06 Nov 2010 03:04 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 06 Nov 2010 03:03 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


PKR GALAS, BATU SAPI BUKTI PAKATAN TEGUH

Posted: 05 Nov 2010 09:54 AM PDT


KUALA LUMPUR, :
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

"Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

"Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan," ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan. Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan. Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Nov 2010 07:19 PM PDT

Anwar Ibrahim


Surat Terbuka Dato Mat Zain Ibrahim

Posted: 05 Nov 2010 02:59 AM PDT

Kepada,

Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.

Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas

(selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes "Mata-Lebam" satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam

Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala

Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan

menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT.

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan  berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.

5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang "Estate Boy to ACA Chief". Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param

Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal "What happened to the probe on Dr. Mahathir?". Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; "And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)" Surah Al

Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk "Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula" yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan  dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.

7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato' Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk "The aftermath") (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa "simple dan humble serta peramahnya" Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah "on a one to one basis". Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.

"Rampasan" Kertas Siasatan BPR.

7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes "mata-lebam" (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis "merampas" kertas siasatan BPR.

"Jikalau kail panjang sejengkal".

7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, "on a one to one basis" dalam suasana yang lebih "tense" lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah "self-inflicted". Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang "disyakki" melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan "self-inflicted" pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang "transpired" dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun  telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah "Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi". Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan  sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;

"Ketua Bahagian Pendakwaan,

Jabatan Peguam Negara,

Bangunan Bank Rakyat,

Kuala Lumpur.

………….

Para 5: RUMUSAN.

Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai "evidential value" oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan "hearsay"sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk "hearsay" atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,

Ibu Pejabat Polis Kontinjen,

Kuala Lumpur."

Kenyataan tidak benar  oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

"Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case."

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

"The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations"

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka "flood-gates" untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah "undermine" penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes "mata-lebam", yang bukan sahaja mereka telah "undermine" siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.

7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus "tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.

Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.

8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM.

9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah "mendedahkan" sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.

10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.

10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat "rampasan" dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat "rampasan" dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh "mengaitkan" sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh "mensabitkan" kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih ("cleared") dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak "dibersihkan" sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM  dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..

"Para 48.

Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)"

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat "pengistiharan" yang berbunyi antaranya;

"Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;……."

10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan "complications" dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi "isyarat awal" berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan "scape-goat" sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada "precedent" yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;

"Para 32.

Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.

Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP

15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.

Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; "And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.

Yang Benar,

t.t

(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)

8 hb Oktober 2010.

Siasatan Jenyah: Pendedahan Pegawai Kanan Polis

Posted: 05 Nov 2010 01:22 AM PDT

SAC II Dato Mat Zain Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur menulis surat panjang Oktober lalu kpd Datin Kalsom Taib, pengarang buku The Shafee Yahaya Story – Estate Boy To ACA Chief.
Saya menelaah semula warkah tersebut kerana Dato Mat Zain merupakan ketua pegawai penyiasat kes “mata lebam”, “pemalsuan keterangan Dr Abdul Rahman dari Hospital Kuala Lumpur”, penglibatan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail. Beliau juga bertanggungjawan menyiasat kes berkaitan keterangan Dato Shafie Yahaya di mahkamah tinggi yang mendakwa Tun Dr Mahathir mengarahkan beliau menutup siasatan rasuah terhadap Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu Tan Sri Ali Abul Hassan.

Dalam mana saja sistem yang telus dan adil, surat sebegini pasti menggemparkan kerana tampak menjejaskan sistem siasatan jenayah polis; perana BPR (kini SPRM); Jabatan Peguam Negara dan badan Kehakiman. Dato Mat Zain menegaskan lagi kebenaran keterangan saya dalam suratnya kepada Timbalan Ketua Polis Negara. Malah beliau menyoal: “siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah kita menjadi kucar kacir…?”

Saya menggesa saudara semua meneliti surat tersebut dalam semangat ayat al Quran yang disebut oleh Datin Kalsum dan diulang oleh Dato Mat Zain.

“Dan jgnlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan; dan jgnlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya” –Al Baqarah: 42

ANWAR IBRAHIM

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Posted: 04 Nov 2010 10:48 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.

2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

Wee Choo Keong

Posted: 05 Nov 2010 03:30 PM PDT

Wee Choo Keong


HAPPY DIWALI TO ALL

Posted: 04 Nov 2010 06:33 PM PDT

Wee Choo Keong

Posted: 05 Nov 2010 01:12 PM PDT

Wee Choo Keong


HAPPY DIWALI TO ALL

Posted: 04 Nov 2010 06:33 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Nov 2010 11:34 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Projek landasan keretapi punca banjir buruk di Kedah

Posted: 05 Nov 2010 12:52 AM PDT

MENTERI SALAHKAN PROJEK LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR TERBURUK LANDA KEDAH/PERLIS. PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.

Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!

Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!

"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.

Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.

Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.

Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

Sumber dari Blog http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/wajib-baca-menteri-salahkan-projek.html

Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor

PETALING JAYA: The floods in Alor Setar had been worsened by the electrified double-tracking railway project, Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said.

He added the outflow of the water was affected by the tracks themselves, adding that contingency plans to allow water to flow out should be in place.

Chor said he had informed Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha on the matter.

As a result of the poor outflow, areas which were not seriously flooded before were now submerged in several feet of water, he added, citing Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat and Taman Malaysia as examples.

Chor, who is Alor Setar MP, stay with his family in Taman Lumba Kuda.

"My house is now under four feet of water. We have been staying there since 1985, and this is the first time water has come into the house. There had been floods before, but only the roads were inundated," he said.

Chor had not been back to his house since Thursday as he was visiting other flooded areas and directing the Fire and Rescue personnel on the rescue work.

He said his relatives had to come to offer help to his wife.

Chor also attributed the poor rescue work in the flooded areas to the lack of experience by the PAS-led state government in dealing with the situation.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/5/nation/20101105123917&sec=nation

Senawang Pusat E Judi, MPS, Jabatan Agama tak kerja ke ?

Posted: 05 Nov 2010 12:21 AM PDT


Pusat judi internet tumbuh bak cendawan lepas hujan di Senawang, Seremban dan hamper semua pekan dan bandar di Malaysia. Kenapa dibiarkan pihak polis terkonteng-konteng menjalankan operasi. Mana usaha bersepadu pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Seremban dan Jabatan Agama ? Musim cuti sekolah ni , lagi ramailah remaja Melayu akan rosak otak mereka melanggani kedai judi internet dan melayari laman web lucah.

Tanya budak sekolah rendah pun tahu mana kedai judi internet dan siber kafe yang ada game dan laman web lucah. Apa PBT, MPS, dan Jabatan Agama tak Nampak ke ?

Atau pun MPS dan PBT satu Malaysia ni tak kisah orang Melayu rosak dek siber kafe lucah dan kedai judi internet , asalkan yang PENTING kain rentang ucapan Selamat Hari Raya milik wakil rakyat PAS, PKR dan DAP mesti diturunkan SEGERA ! Seperti laporan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html

Macam ni ROSAK 1MALAYSIA ! PBT TAK BOLEH HARAP ! Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban sampai sekarang MEMBISU ISU Kain Rentang milik wakil rakyat Pakatan Rakyat diturunkan seperti laporan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/09/pbt-turun-kain-rentang.html

********************
16 termasuk suami isteri ditahan ketika leka berjudi

Utusan Malaysia 5 Nov 2010

RASAH 4 Nov. - Seramai 16 kaki judi termasuk sepasang suami isteri diberkas ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di dua pusat judi Internet di Taman Seri Pagi, malam semalam.

Pusat judi itu yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu dipercayai mampu meraih sehingga RM68,000 sehari bergantung jumlah pertaruhan.

Turut ditahan dalam serbuan pukul 9.30 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu ialah tiga penjaga premis terbabit.

Pegawai Operasinya, Asisten Supritendan Khairi Anuar Ruslan berkata, kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun.

Katanya, pihaknya turut merampas 68 buah komputer yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian serta wang tunai sebanyak RM1,500.

"Siasatan mendapati premis itu sering menjadi tumpuan kaki judi dikawasan ini," katanya ketika ditemui selepas operasi semalam.

Menurut Khairi Anuar, premis berkenaan turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau keadaan sekeliling dan pelangan.

"Sebelum serbuan beberapa anggota terpaksa menyamar sebagai pelanggan kerana premis itu dilengkapi pintu besi bagi menghalang kemasukan pihak berkuasa.

"Namun, semua taktik yang digunakan pemilik premis itu tidak dapat menghalang pihak berkuasa dan akibatnya semua mereka berjaya ditahan," jelasnya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Saman ekor aniaya pengguna

Posted: 05 Nov 2010 12:20 AM PDT

Kosmo 5 Nov 2010

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan saman ekor dilihat tidak mampu meningkatkan kesedaran pengguna untuk mematuhi peraturan lalu lintas, sebaliknya hanya membuatkan pengguna merasakan diri mereka dianiaya.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berpendapat, saman ekor adalah saman yang tidak adil kerana dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna.

"Saman seharusnya dibuat secara terang-terangan dan dikeluarkan di tempat kejadian, bukannya mengambil kesalahan orang lain secara sorok-sorok, kemudian dihantar melalui pos.

"Saman yang diambil dengan cara menyorok ini dilihat seperti hendak menganiaya, bukannya memberikan kesedaran kepada pengguna dan ini sangat tidak adil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman ekor adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Nov 2010 11:19 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Tangguh pemilihan PKR, gantung JPP - MUSTAFFA KAMIL AYUB

Posted: 05 Nov 2010 10:22 AM PDT

PETALING JAYA – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rak:yat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub memohon supaya status Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan kerana ketelusan dan integriti badan bebas yang mengawal selia hal ehwal pemilihan parti itu diragui.
Menurutnya, status JPP perlu digantung dan proses pemilihan parti ditanggung sehingga kewibawaan badan bebas itu diyakini sepenuhnya untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua.
Oleh itu, untuk tujuan tersebut, Mustaffa akan menghantar memorandum cadangan kepada Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.
"Memorandum akan dihantar dalam masa terdekat kerana kami sedang menyiapkan beberapa dokumen tambahan.
"Kami ingin menegaskan, bentuk tindakan yang dilakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti di atas dan supaya ia tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010," katanya.
Beliau yang juga calon Naib Presiden berkata, ketelusan terhadap JPP terus dipertikai pelbagai pihak dengan pelbagai insiden salah laku di mana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat berat sebelah, termasuk penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutama kedudukan jawatan Timbalan Presiden.
"Majoriti calon di peringkat cabang dan pemilihan pusat mempertikai urus kendali yang dijalankan JPP, namun ramai di kalangan mereka mengambil sikap berdiam diri.
"Jika tidak ada tindakan proaktif daripada JPP, kami khuatir akan menimbulkan masalah besar terutamanya melibatkan pemilihan bagi cabang-cabang di Selangor yang dianggarkan minimum satu cabang ada 1,000 ahli," katanya.
Mustaffa berkata, sebelum ini, bantahan pernah dikemukakan kepada JPP berikutan berlakunya masalah ketidakseragaman melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

s

Posted: 05 Nov 2010 09:11 AM PDT

s


Selamat Hari Deepavali

Posted: 04 Nov 2010 09:41 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 05 Nov 2010 09:02 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


TERBUKTI UMNO/BN MULAI KUAT, ZAMBRY MULA FIKIR UNTUK BUBAR DUN PERAK?

Posted: 05 Nov 2010 06:42 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


"BN telah mantap, rakyat kini menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Najib". Itulah petikan dari kata-kata Muhyiddin sebaik sahaja Bn memenangi PRK di Parlimen Bt Sapi dan di Dun Galas. Kemenangan Umno di PRK Dun Galas dengan majoriti yang besar menewaskan calon PAS tentunya membanggakan Muhyiddin. Tahniah buat PAS dan PR yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kedua-dua PRK tersebut. Terlebih tahniah juga buat SPR yang `berjaya' kali ini.

Jika benar Bn telah mantap dan rakyat telah kembali menyokong Najib - Rosmah, maka inilah waktu yang sesuai buat `Kerajaan Negeri bukan pilihan rakyat' di Perak untuk dibubarkan agar benar-benar menjadi Kerajaan Negeri yang berdaulat dan demokrasi. Zambry tidak perlu gusar lagi kerana `terbukti' kini Bn telah mantap sebagaimana yang diperkatakan oleh Muhyiddin. Apakah Zambry mulai merasa seronok dengan menduduki `kerusi rompakan' di Pejabat MB Perak sekarang?

Tidak perlu dibimbang lagi kerana terbukti di Galas, undi kaum Cina telah kembali kepada Bn. Undi orang-orang Melayu kebanyakannya akan pergi kepada Umno, kecuali orang-orang Melayu Islam yang belum tentu lagi undi mereka. Jadi, waktu paling bijak untuk Zambry menunjukkan `kejantanan'nya. Mungkinkah Bn berani atau masih lagi was-was tentang sokongan rakyat terhadap mereka?

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 05 Nov 2010 07:19 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Tahniah Barisan Najis...

Posted: 04 Nov 2010 09:28 AM PDT

Kalah dan menang adat pertandingan.

Di P185 Batu Sapi....

Ansari Abdullah [PKR] 3414 undi
Linda Tsen Thau Lin [BN] 9773 undi
Datuk Yong Teck Lee [PMS] 2031 undi

Majoriti: 6359 undi
Undi Rosak: 371 undi

Di N45 Galas....

Dr Zulkifli [PAS] 4134 undi
Abdul Aziz [BN] 5324 undi

Majoriti: 1190 undi

Dulu, kita menang di Galas. Kini, mereka menang pulak. Who knows, isyaAllah.... PRU13 nanti, Galas kita punya semula. Tak mustahil, kan?? Tak per.... Tak per... Galas jatuh pun, kerajaan Tok Guru Nik Aziz tak goyah sedikit pun. Apa-apa pun, usaha keras serta doa mesti diteruskan. Bak kata, Muhyiddin Yassin... bulan tak kan jatuh ke riba. Tetapi.... bulan boleh mengambang semula di Galas, insyaAllah.

Nun... di Batu Sapi pula, BN berjaya mempertahankan kemenangan mereka. Janda MP dulu yang tak berapa nak tahu berbahasa Malaysia, dipilih bagi menggantikan mendiang suaminya. Well... apa nak buat, terpaksa ler kita menerima ketentuan Allah SWT. After all... rakyat Batu Sapi, mahukan nyonya tersebut, apa yang kita boleh buat. Kita kena accept dan respek pilihan rakyat.

Kalau rakyat di Batu Sapi masih menaruh kepercayaan kepada BN untuk memperjuangkan nasib mereka., biarkan.... biarkan... Ini bermakna, Pakatan Rakyat kena mencuba lebih kuat lagi untuk convince Sabahans yang mereka lebih berupaya dan lebih baik daripada BN untuk mengubah nasib rakyat Sabah. Inilah cabaran bagi Pakatan Rakyat. Jangan mudah putus asa.

Lawan Tetap Lawan!! Lawan sampai menang!!

untuk pengundi umngok

Posted: 04 Nov 2010 09:27 AM PDT

Menyokong dan mengundi UMNO seolah-olah menghalalkan segala perbuatannya. Anda perlu tahu apa hukum menyokong orang yang menolak Islam sedangkan anda tahu perbuatan mereka.

anda perlu tahu...


1. UMNO kufur!!

Kufur ada 2 jenis. Kufur hakikat dan kufur nikmat.

Kufur Hakikat :

- Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w

- Contoh :
* Tidak mengakui balasan diakhirat
* Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
* Menyatakan solat fardhu merugikan masa
* Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.

2.Umno tolak hukum Islam

Umno masih menolak firman Allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud

Kami turunkan Al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)
Cara "bersosial" diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebas
Cara menguruskan "ekonomi"....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagi
Cara "ibadah".....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadah
Cara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul'h lakukan dalam "Piagam Madinah".


3. Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..
UMNO=YAHUDI

Al-Baqarah ayat 85
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..

mereka umno melakukan
<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...
<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…
<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.
<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….
<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)
<>sudah nyata melanggar perintah allah….

ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan haji
dan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisas
sama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain

umno seperti:-
1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat
2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...

maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85
Labtech tak kater pun....tapi allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....lab tech tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...

Adakah benar….
UMNO= KAFIR

Al-maidaah di akhir ayat 44
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….

Adakah benar…..
UMNO = MAHAZALIM

Al-maidah di akhir ayat 45
……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


4.UMNO dikira Murtad?

Murtad boleh terjadi melalui tiga cara . Salah satunya melalui perkataan.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W.


renung-renungkan..
fikir-fikirkan...

Galas.... Keputusan yang menghairankan

Posted: 04 Nov 2010 09:20 AM PDT

Kalau dilihat, undi PAS cuma berkurang sebanyak -265 sahaja. Namun, undi Barisan Nasional NAIK sebanyak 1571. Kenaikkan undi BN yang begitu mendadak ini juga kita lihat berlaku di Hulu Selangor.

Ia adalah keputusan yang SANGAT menghairankan. Maklumat lain yang diperolehi, kenaikan mendadak adalah juga disebabkan oleh kenaikan mendadak penduduk orang asli dari 4 pos mengundi. Tidak hairanlah SPR tidak mahu mengira undi orang asli di tempat pembuangan undi dan mahukan undi2 tersebut diangkut ke Dewan Gua Musang.

Kegagalan jentera PR adalah menghalang penipuan Barisan Nasional ini. Hikmah kekalahan ini adalah supaya PR seluruh Malaysia muhasabah dan memperdalamkan serta menguatkan jentera serta kerja keras memenangi undi bukan Melayu.

Kalau kita gagal menghalang penipuan UMNO, kita akan kalah pilihanraya. Jangan patah hati dengan kekalahan yang datang dari penipuan UMNO ini.

KU LImenang di Galas, bukan UMNGOK

Posted: 04 Nov 2010 09:19 AM PDT

Galas memang kubu Kuli dari muda sampai tua, anak raja ni menguasai semua tok-tok batin dan selama ni PAS tak pernah menang kecuali PRU2008. Tahniah Kuli, PAS tak putus asa, terus berjuang, kerajaan Kelantan tetap bawah Tok Guru.
GALAS ...APA IMPLIKASI???
umNO ternyata berjaya dalam konspirasi PRK di kedua dua tempat, Galas dan Batu Sapi. SPR yang secara konsisiten dilihat menyebelahi umNO dalam isu rasuah telah berjaya sedikit sebanyak membantu kemenangan umNO. umNO kembali merampas DUN yang pernah menjadi kubu kuat mereka.

Apa implikasi kemenangan uMNo dalam dua PRk tersebut? Kerajaan Kelantan langsung tak terusik. Ia berjalan seperti biasa. Cuma PAS kehilangan kerusi yang baru ingin dijinakkan oleh Almarhum ADUN PAS yang lalu Che Hashim. umNo pula mengembalikan DUN yang berada di bawah parlimen yang diwarisi secara tetap oleh Ku Li.

Keputusan Galas pastinya memberi impak besar kepada nama KULi. kemenangan di Galas sebenarnya adalah kemenangan Ku Li yang secara langsung memadamkan hasrat umNO baru menguasai Parlimen Gua Musang. jika umNO kalah di Galas, tentunya Ku Li orang pertama menanggung bahananya. Bahkan ia mungkin menjadi perintis menyingkirkan Ku Li sebagai ketua Bahagian Gua Musang dan seterusnya MP Gua Musang.

umNO ternyata gagal dalam ujian mereka terhadap Ku Li. Kemenangan ini langsung tak beerti kepada uMNO selaian mengecewakan mereka yang ingin menyingkirkan Ku LI mungkin termasuk Perda Menteri.

Walaubagaimana pun perubahan undi terutamanya dari kaum Cina sewajarnya dinilai oleh Pakatan rakyat secara jujur dan terbuka. Apakah boleh diharap undi Cina selamanya secara konsisten kerana sikappolitik mereka yang bijak dalam mencatur kepentingan mereka. Tempoh masa yang masih baru untuk memahamkan sebahagian masyarakat Cina dalam mengenali perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS mungkin sebahagian faktornya kerana kedudukan Gua Musang yang jauh dari sumber maklumat terkini dan adil.

Tiada ulasan:

Pengikut