Tanya saja orang kampung di Rembau. Apa untungnya KJ jadi Menteri Belia dan Sukan untuk orang Rembau? Adakah KJ lebih banyak turun Rembau sebelum menjadi menteri atau selepas jadi menteri? Adakah peluang pekerjaan di Rembau bertambah sebelum KJ jadi menteri atau selepas jadi menteri? Adakah pasukan bolasepak N.Sembilan meningkat prestasi sebelum KJ jadi menteri atau selepas KJ jadi menteri?
PM: Mah sertai kabinet jika menang di Teluk Intan
30 Mei 2014
Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di Beijing.
"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.
Menurut laporan akhbar NST, anggota tentera yang ditembak oleh rakannya di Lahad Datu berpunca apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan 4 orang tentera yang ingin masuk ke "Pub" membawa minuman mereka sendiri tetapi dihalang oleh "Bouncer". Tak dinyatakan pula minuman apa yang dibawa dan "Pub" tersebut tempat apa.
Soldier shot dead after scuffle over drinks
30 May 2014
LAHAD DATU: An argument over drinks at a pub led to the death of an army commando who was shot after a scuffle outside a 24-hour shop here in the wee hours of Wednesday.
Lance Corporal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, was shot dead, while two bouncers, foreigners aged 31 and 38, were injured after being shot.
Sabah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Omar Mammah yesterday said: "The suspects were at the scene where the scuffle broke out between two groups. A firearm and several items were recovered."
Omar said the argument was over a request by a group of four soldiers, who wanted to bring their own drinks into the pub.
"A bouncer stopped them from doing so, which may have started the argument at the pub, located above the 24-hour shop."
Komando maut, 2 cedera terkena tembakan
KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Muhamad Fiffixzafey Mat Hussin, 28, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, cedera di bahagian kiri dadanya sebelum meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua orang awam yang cedera itu berusia 31 dan 38 tahun serta bekerja sebagai penjaga kelab malam.
Hamza berkata, semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) di daerah berkenaan.
[AA] KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.
"Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas," katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Astro Awani.
Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi.
"Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kuala Lumpur.
Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.
"Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,".
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
"Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini,".
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
"Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,".
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
"Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan,".
Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut.
"Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,".
Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -Alzat Sharif/30/5/14
Jika sesetengah daripada kita yang jarang menonton filem hitam putih era 50-an dan 60-an, persoalan
mungkin timbul tentang apakah dakwah yang disampaikan di kala aktres yang membintangi filem tersebut boleh dikatakan 'berbungkus nangka' belaka?
Sebelum kita berbicara persoalan sejarah tentang sesuatu perkara, premis pertama yang harus diambil kira untuk difahami ialah berkenaan latar masa dan tempat yang mewujudkan satu suasana kepada seseorang seniman untuk menghasilkan sesebuah karya.
Beberapa persoalan harus diambil kira, adakah Islam benar-benar dihayati ketika itu? Apakah ada penggiat industri filem lain yang turut menghasilkan karya yang 'Islamik' seperti beliau? Kenapa sesuatu tema itu digarap dalam sesebuah filem? Ini semua perlu diberi ruang dan peluang untuk diberikan penjelasan.
Pada separuh pertama abad ke-20, perkembangan dan penghayatan tentang agama Islam tidaklah sesegar yang kita hirup hari ini. Islam ketika itu hanya tertumpu di masjid, surau, pondok-pesantren di mana tok-tok guru (tradisionalist) mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan tasawuf dan feqah.
Masyarakat kurang menghayati unsur-unsur di 'dalam masjid' itu untuk dibawa keluar supaya dapat diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Maka tidak hairanlah kenapa kita jarang melihat wanita zaman itu menutup aurat dengan sempurna. Dan jika kita masih memiliki foto lama keluarga, lihatlah cara mereka berpakaian dan ia menceritakan sedikit sebanyak tentang zaman tersebut.
Saya pernah melihat sekeping gambar Perhimpunan Muslihat Parti Islam di awal 1960-an yang dihadiri oleh perwakilan yang rata-ratanya tidak memakai tudung! Itu 'muslimat' zaman tersebut, jadi apalah nilai Islam yang hendak diharapkan kepada insan seni yang bermain wayang ketika itu. Tetapi kalau seseorang anak wayang yang tampil dengan idea-idea Islamik ketika itu, ia merupakan sesuatu yang luar biasa! Dan itulah P Ramlee yang kita kenal.
Permulaan jalan seni
Pada awal tahun 1940-an, industri seni tanah air mula berkembang. Teater bangsawan (troupe) mengambil tempat di pentas awam dengan tema jenaka dan tragedi. Kebanyakan bakat baru yang menyerlah ketika ini antaranya ialah Daeng Harris, A R Tompel, Siti Tanjung Perak dan lain-lain.
Ketika ini juga, industri filem tanah air mula berkembang mengikuti perkembangan filem luar yang semakin mendapat tempat terutama dari Hong Kong dan India. Shaw Brothers melihat satu potensi besar dengan merintis pembukaan studio baru di Jalan Ampas, Singapura.
Di awal perkembangan Malay Film Production (MFP) Jalan Ampas, filem kebanyakannya diarah oleh pengarah dari India seperti B S Rajhans dan L Krishnan. Kemudian lahirlah bintang-bintang filem (film stars) produk Jalan Ampas seperti S Roomai Noor, Maria Menado dan Siput Sarawak.
Persoalannya, di manakah filem arahan mereka sekarang? Kenapa tidak diputar di kaca televisyen seperti filem arahan dan lakonan P Ramlee? Aktor yang membintangi filem ini tidak kurang 'star' nya. Dan jika di ukur daripada sudut nilai filem samada jenaka atau air mata tidak kurang hebatnya. Maka di sinilah timbul kajian tentang idea serta pemikiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam menerapkan sesuatu elemen dalam sesebuah filem arahan beliau.
Pertama, tema dalam filem-filem arahan P Ramlee sangat dekat di hati masyarakat. Konflik rumah tangga antara bapa dan anak, ibu mertua dengan menantu, cinta yang tidak kesampaian kerana darjat dan keturunan, kehidupan anak bujang, kedaifan hidup seorang miskin dan banyak lagi unsur yang menjadikan filem beliau begitu dirasai oleh setiap insan yang mewakili tema tersebut dalam setiap zaman. Inilah antara sebab mengapa filem beliau tidak lekang dek zaman.
Kedua, elemen 'Islamik' digarap dengan baik oleh beliau dalam beberapa filem seperti Anakku Sazali, Ahmad Albab, Tiga Abdul, Semerah Padi, Nasib Labu Labi dan Ali Baba Bujang Lapok. Jika ditinjau filem lain yang sezaman dengannya baik keluaran Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers mahupun Cathay Keris milik Ho Ah Loke, hampir tidak ada seorang pun pengarah lain yang berani menampilkan idea berunsur Islamik untuk digarap dalam filem mereka.
Ketiga, beberapa filem lakonan dan arahan P Ramlee kurang mendapat sambutan kerana tema yang cuba digarap merupakan satu idea dan percubaan baru. Ini terbukti dengan filem Sitora Harimau Jadian, Sesudah Suboh dan Gelora yang kurang mendapat sambutan baik ketika ditayangkan ketika itu mahupun diputarkan di kaca televisyen hari ini.
Memang benar filem-filem ini diterbitkan di Studio Merdeka yang kurang mahir daripada segi kepakaran dan teknologi yang digunakan. Bagaimanapun, idea pengarah merupakan sesuatu yang paling menonjol dalam sesebuah filem.
Pemikiran dakwah P Ramlee
Jika diimbas secara sepintas lalu, filem Tiga Abdul, Ahmad Albab dan Ali Baba Bujang Lapok merupakan babak yang paling banyak menerapkan unsur Islamik berbanding filem lain arahan beliau yang lebih merupakan pentas kritik sosial tanpa kita sedar.
Walaupun P Ramlee cuba menerapkan elemen keagamaan dalam Semerah Padi, versi hudud yang dilaksanakan masih boleh diberikan kredit walaupun tidak mencerminkan pelaksaan hudud yang sebenar. Di dalam filem Tiga Abdul, P Ramlee menggunakan latar Isketambola yang mungkin boleh dirujuk Istanbul dalam keseluruhan cerita tersebut.
Melalui watak Abdul Wahub, beliau berjaya menghimpunkan segala sifat kebaikan dan nilai positif dalam menghadapi kejahatan abang-abangnya, Sidek Segaraga dan Kassim Patalon.
Di dalam filem ini juga, P Ramlee mengajar kita supaya menyantuni anak-anak yatim, berkahwin dengan orang yang tidak disukai pada awalnya tidaklah menandakan tidak bahagia pada akhirnya, membalas dendam kepada orang yang mengkhianati hanya semata-mata untuk menyedarkan mereka dan banyak lagi unsur Islamik yang digarap melalui watak-watak tersebut.
Di dalam Anakku Sazali, ia memberi teladan kepada bapa yang terlalu memberikan kesenangan kepada anaknya atas nama ingin mencurah kasih sayang sehingga ia memberi kesan buruk kepada kehidupan si anak. Melalui watak Haji Bakhil lakonan Udo Umar (Nasib Labu Labi) P Ramlee ingin menegur orang kaya supaya ikhlas dalam menginfaqkan harta mereka kepada rumah anak-anak yatim.
Selain itu, menurut kenalan yang rapat dengan beliau, P Ramlee memang seorang yang pemurah. Dan sifat kepemurahan ini ditonjolkan dalam filem beliau melalui watak Abdul Wahub yang menghadiahkan rumah kedai kepada persatuan anak yatim, watak Ali Baba (Ali Baba Bujang Lapok) yang menderma wang emas kepada orang ramai, watak Ramli (Bujang Lapok) yang ditipu oleh seorang wanita tetapi selepas mengekori, beliau membiarkannya setelah menyedari wanita itu adalah orang miskin, watak Harun (Anak Bapak) yang menjaga kebajikan pekerja ladang milik bapanya, watak Syawal (Ahmad Albab) yang mengadakan kenduri kesyukuran setelah diberi kesenangan.
Ini merupakan sebagai elemen yang digarap oleh P Ramlee di dalam kebanyakan filem arahan beliau.
Begitu juga lagu-lagu beliau di mana lirik-lirik tersebut cukup bermakna yang memberi bekas kepada pendengarnya.
Kita tidak tahu sampai bila tulisan berkenaan P Ramlee akan berhenti. Ia akan terus-menerus dinukil oleh pengkaji dan peminat filem kerana akan ada sisi-sisi baru yang dapat dianalisis daripada pemikiran beliau.
Ia bergantung kepada kita bagaimana kita melihat sesebuah filem itu. Adakah kita ingin tahu tentang jalan ceritanya, atau adakah kita ingin melepaskan tekanan dengan menonton filem humor? Atau adakah kita ingin mengkaji apakah idea pengarah di sebalik wayang yang dpertontonkan kepada orang awam? Terpulanglah.
Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (22 March 1929 – 29 May 1973). Semoga roh beliau ducucuri rahmat.
Thailand dah bergolak sejak 10 tahun yang lalu. Tempoh pergolakan ini antara yang paling menghancurkan Thailand jika dibandingkan 60 tahun yang lalu..
Asas cerita pergolakan Thailand ini mudah. antara isunya bermula dengan protes rakyat terhadap Thaksin yang membenarkan Temasek Holdings dari Singapura menguasai syarikat telekomunikasi terbesar Thailand.
Kata protestan, syarikat milik negara harus di safe guarddan dimiliki oleh rakyat sendiri, bukannya pemilik luar.
Kata umat Islam pula, pergolakan Thailand yang huru hara sejak 10 tahun lalu adalah siri pembalasan Tuhan terhadap Thaksin yang membunuh ratusan umat Islam di Thakbai.
Sebelum itu, Thailand adalah negara penuh menjunjung demokrasi dan hak asasi.
Seks itu halal diperdagangkan.
LGBT itu halal diperdagangkan.
Cita-cita ini sama sepertimana yang Pakatan Rakyat mahu ia berlaku di Malaysia.
Langit terbuka dan pemikiran akal itu lebih tinggi dari hukum Tuhan, maka bala lah yang bakal menimpa.
Lepas puak kuning demo, puak merah boikot. Lepas merah demo, kuning pulak boikot.
Sampai mati-mati lah dorang bersilih ganti..
PENING DENGAN HURU HARA DEMOKRASI MELAMPAU, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA THAILAND PRAYUTH CHAND OCHA AMBIL KEPUTUSAN MELAKUKAN KUDETA.
Panglima Tentera telah keluarkan kenyataan;
Kami nak selamatkan Thailand dari demokrasi yang terlalu melampau.
Kami tak nak perang saudara berlaku di antara rakyat Thailand..
Kami tak nak Thailand mengulangi silap perang saudara di Iraq,Mesir dan Syria.
Hahahahaha... akhirnya pendekatan rasis dan semangat bangsa jugalah dijadikan alasan untuk menghentikan kerosakan yang demokrasi fatwakan...
Akhirnya Facebook pun disekat, pemimpin yang galak berdemonstrasi dipenjarakan, darurat diisyitiharkan. Rakyat yang langgar larangan dan buat kacau kena bantai dek tentera...
Baguskah kalau ini terjadi di Malaysia?
Anwar pikir jika Barisan Nasional dan UMNO tumbang maka dia boleh memerintah dengan aman damai?
Lim Kit Siang dan DAP ingat senang-senang mereka boleh hapuskan hak keistimewaan Melayu dan Islam? Ingat orang Melayu-Islam akan diam sajakah???
Jadi untuk apa kita masih mahu menyokong Pakatan pembangkang yang suka buat huru hara tapi langsung tak boleh diharapkan membantu rakyat?
Sunthep berdarah Siam pribumi bangkit menentang pendatang dan pemimpin politik Cina yang mahu menggadai Thailand pada Singapore. Apakah DAP mahu ini terjadi di Malaysia?
KELUARGA MANGSA MENUNTUT KEADILAN DI KELANTAN, AKIBAT HUKUM HUDUD DITANGGUHKAN
AKIBAT IKUT TELUNJUK DAP, TANGGUH HUDUD, ULASAN KHAS - DUA minggu ini dua kes menyayat hati berlaku di negeri Kelantan Darul Naim, sebuah negeri yang diagung-agungkan sebagai Serambi Mekah Malaysia, dengan ramainya tokoh-tokoh ulamak politik yang kononnya menjadikan Kelantan negeri dinaungi awan kesejahteraan dan awan kebahagiaan. Kes pertama, seorang anggota polis dilanggar oleh penjenayah sehingga mati. Kes kedua, yang paling menyayat hati dalam dunia apabila 38 makhluk bernama manusia merogol seorang kanak-kanak sekolah berumur 12 tahun. Bayangkan jika ianya anak anda? Apakah komen Mat Sabu? Barangkali Mat Sabu tidak kisah kerana itu Mat Sabu bersungguh-sungguh meyakinkan Dewan Ulama PAS supaya menangguhkan perlaksanaan Hudud kerana DAP tidak bersetuju. Salllehudin Ayub yang tewas itu juga berkata berkawanan dengan DAP lebih utama daripada melaksanakan Hudud. Kalaulah tidak ditangguh-tangguh, kalaulah tidak mengalah kepada DAP, barangkali seorang gadis berusia 12 Tahun itu tidak dirogol bergilir-gilir satu demi satu malah khabarnya dirakam aksi merogol ramai-ramai itu. Sungguh sadis peristiwa itu! Mat Sabu berdiam diri, Sallehudin Ayub berdiam diri melihat 38 manusia Iblis meranapkan mahkota maruah seorang pelajar sekolah rendah seusia 12 tahun. Sehingga ke hari ini, Mat Sabu lebih senang bergoyang kaki menerima Elaun Bulanan sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Air Pulau Pinang yang baru saja dinaikkan tarif airnya 100% itu. MB Kelantan, Nik Aziz terkedu, terdiam, tak tahu hendak berkata apa apabila ditunjukkan berita 38 orang merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun itu. Dalam hati mereka pasti menangis menyasal mengapa PAS tunduk kepada desakan DAP untuk melaksanakan Hukum Hudud ini. Kalaulah anak perempuan 12 tahun itu cucu Nik Aziz? Kalaulah budak perempuan 12 tahun itu anak pasangan Mat Sabu dan Normah? Kalaulah anak sekolah kecil itu anak Sallehudin Ayub? Kalaulah murid sekolah Tahun 6 itu keluarga kepada Menteri Besar Kelantan?
DYANA SOFYA TOLAK HUDUD, 38 LELAKI SETAN JUGA TOLAK HUDUD, MEREKA SERUPA Kepada Dyana Sofya kenapa kamu Tolak Hukum Hudud? Bagaimana kalau kamu berada di tempat si anak perempuan 12 tahun itu? Bayangkan kamu kena rogol 38 orang lelaki bernafsu binatang? Kamu suka kah dek kerana kamu menolak Hukum Hudud? Kamu mahukah menggantikan dara si anak kecil 12 tahun itu yang hancur dirosakkan oleh binatang-binatang bertopengkan manusia? Kalaulah PAS di Kelantan berjaya melaksanakan Hukum Hudud bulan Mei baru-baru ini, di mana boleh diluluskan di Parlimen pada bulan April yang lalu, setidak-tidaknya sudah ada Undang-Undang Islam yang boleh menghalang kejadian merogol budak 12 tahun itu? Sekurang-kurangnya sudah ada hukuman yang menanti 38 orang setan itu? Sekurang-kurangnya di tengah bandar Kota Bharu kesemua 38 lelaki bernafsu binatang itu ditanam dan direjam sampai mati selepas solat Jumaat, disaksikan oleh seluruh umat Islam untuk memberikan keadilan kepada si anak berusia 12 tahun itu, dan menjadi pengajaran kepada lelaki-lelaki bernafsu binatang iblis itu. Kamu belum menang sudah pun awal-awal menolak Hukum Hudud? Kalau begitu buat apa undi kamu? Kamu Dyana, sama sahaja dengan 38 lelaki setan itu, mereka semua Tolak Hudud dan kamu juga Tolak Hudud. Kita ahli PAS di Telok Intan mesti berkorban untuk mengajar Dyana Sofya yang terang-terang menolak Hudud termasuklah memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin kita seperti Mat Sabu dan Sallehudin yang tidak tetap pendirian. Dalam hal sebegini berat, kita tidak patut Wala' dan membuang Bai'ah kita. Kita mesti mengajar mereka di Teluk Intan. Assalamualaikum ww. Anak-anak PAS Kawasan Teluk Intan. -------------------------------------- Emel yang tersebut di atas tidak diedit. Terima kasih. (Admin)
Pelakon muslimah yang teramat solehah semenjak berhijrah ke alam dakwah semalam telah diceraikan melalui SMS oleh suaminya.
Ostazah Abby Abadi yang terkenal dengan jeri jemari, lidah dan mulut yang penuh kontroversi kelihatan sugul apabila mengetahui dirinya kini menjadi janda buat kali kedua.
Apakah ini mungkin kifarah atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan dulu. Harap insiden ini menjadi pengajaran kepada kita bahawa perbuatan yang tak baik mesti orang tak suka, Allah pun akan murka.
Apapun diharapkan Abby tidak patah semangat untuk berkahwin buat kali ketiga. Sementara ada waktu bolehlah memenuhi undangan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti jemaah yang diikuti. Untuk pengetahuan Ostazah, isu tengah tip top sekarang isu GST, kenaikan kos sara hidup, penyeludupan diesel, kenaikan harga barang, harga getah jatuh, MH 370 hilang, Panda, Cadbury, UiTM, Dyana bla...bla...bla...
Harap Ostazah Abby dapat turun ke lapangan memberikan pencerahan berkaitan isu-isu berkenaan kepada para pengikut jemaah sekalian sambil-sambil bercerita tentang masalah rumah tangga Ostazah yang disebabkan oleh campurtangan pihak UMNO dan Barisan Nasional. Insya Allah para jemaah akan berduyun-duyun datang dan redho untuk mengorek kocek memberi sedekah bertin-tin meskipun di saat-saat kesulitan menghadapi kos sara hidup akibat GST ini.
Makkah police denied rumors circulating on social media sites on Thursday that three pilgrims were killed in a stampede inside the Grand Mosque. Officials clarified that four people sustained injuries after they were caught up in a melee.
"Three of them — all women — were treated on the spot and the fourth person was transferred to a local hospital," said Makkah police spokesman Aati Al-Qurashi.
According to another official, the man sustained a deep cut to his head. He said as soon as the Kaaba door was opened for the washing ceremony, there was a heavy rush of onlookers trying to get a glimpse of the inside of the Kaaba. "That is when the man fell down on his head."
Earlier, Makkah Gov. Prince Mishaal bin Abdullah took part in the washing ritual of the Holy Kaaba on behalf of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah.
The House of God is washed from inside twice a year in Muharram and Shaaban, the first and eighth months of the Hijri calendar. "We are honored that our country serves pilgrims throughout the year," said a statement issued by the General Presidency of the Two Holy Mosques Affairs quoting the governor.
The governor was welcomed by Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, head of the presidency, and Mohammed Al-Khozaim, vice-president, said the statement. The governor performed prayers at the Grand Mosque and then went on to wash the inside of the Kaaba with zamzam water mixed with "oud" perfume and rose water with companions.
Culture and Information Minister Abdulaziz Khoja, Makkah Mayor Osama Al-Bar and several princes, ministers, members of the diplomatic corps and a group of citizens also participated in the washing ritual.
Gambar itu dipetik dari laman minaq-jinggo.fotopages.com, yang menunjukkan Dyana turut terlibat sama dalam program "Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara," pada 22 Mei 2009 yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, blog jinggo-fotopages turut mendedahkan gambar Dyana bersama ibunya, Yammy Abdul Samat sedang sibuk melayani hadirin yang ingin menjadi ahli NGO itu sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21 Oktober 2008.
"Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI, "kata Minaq Jinggo.
Minaq Jinggo berkata Setiausaha Agung Perkasa telah mengesahkan pembabitan Dyana bersama ibunya dengan mengirimkan email butiran lanjut program tersebut :
Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail.
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur; Masa : 4.00 petang; Tarikh : 21 Oktober 2008
Setiausaha Agung Perkasa juga turut mengesahkan ibu Dyana, Yammy Abdul Samat adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Penaja NGO itu.
Blog aboudiabydoo mendedahkan satu lagi gambar calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud terlibat dalam program
Pertubuhan Bumiputera Perkasa (Perkasa).
"Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 Mei 2014 menyatakan yang dia turut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.
"Dalam kenyataan akhbarnya, dia menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.
"Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2009," kata blogger itu.
Syukur pada Allah swt Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dimasyurkan sebagai Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan dan daerah-daerah jajahannya yang ke 35.
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.
Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah.
Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku. Semoga Allah s.w.t membantu Tuanku memerintah Negeri Perak dengan adilnya mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Insya Allah.
Bila director cakap "ACTION" dia pun purak-purak menangis...
Logik ke betina nie, nak menangis dan berasa sedih atas kemangkatan DYMM Sultan Azlan?
Pada aku tak logik, pasal dalam diri dia, tak ada jati diri melayu, dalam kempennya habis semua hak orang melayu dan Islam dia gadai, bermula dengan HUDUD, UiTM, DEB, RAMD (renjimen askar melayu) lepas nie kalau dia jadi ahli parlimen tak tau la apa dia nak gadai lagi...
Jadi, buat muke sposen, konon-konon menangis masa ziarah jenazah tu, pada aku itu hanya lakonan semata-mata, pasal nak masuk facebook, boleh bodohkan orang...
Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.
Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.
"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.
Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.
Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.
Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.
Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.
"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.
Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.
1. Mah Siew Keong mempunyai empat ijazah dari tiga universiti. Calon DAP ada 1 ijazah. Mah lebih baik daripada segi pendidikan.
2. Mah pernah menjadi Adun Pasir Bedamar, ahli Parlimen Teluk Intan dua penggal. Calon DAP tiada pengalaman.
3. Mah pernah menjadi ketua Gerakan Teluk Intan, pimpinan gerakan Perak, setiausaha agung parti, ketua pemuda dan sekarang presiden parti. Calon DAP hanya ahli biasa sahaja.
4. Di belakang Mah ialah jentera kerajaan yang kuat seperti Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir. Di belakang calon DAP hanya Lim Kit Siang.
5. Mah adalah anak jati Teluk Intan tetapi calon DAP bukan.
Calon Dap Prk Teluk Intan, yang terlajak laris kononnya cantik. Rupa-rupanya Pengkhianat melayu.
Sudahlah lupa asal usul, lupa diri, lupa jasa kerajaan yang membantu dan mengambil berat tentang kebajikan, persekolahan, pengajian di IPTA dan segala yang diterima dalam hidupnya.
Dek kerana terlebih sudu dari sudu, kini calon yang terlebih makan benda haram itu menggemparkan negara kerana akan menghapuskan dan menghancurkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekiranya Dap berjaya memerintah Malaysia.
Zahid Selar Media Yang Manipulasi Ucapan Dan Kenyataannya
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan media tertentu yang dengan sengaja memanipulasikan kenyataan serta ucapan yang dibuat oleh beliau.
Zahid menambah, tindakan media berkenaan sekaligus menunjukkan kedangkalan penulisnya yang tidak cerdik dalam mentafsir fakta-fakta yang diberikan.
"Terima kasih kerana mereka memberikan keprihatinan terhadap ucapan saya dan saya tahu mereka berminat dengan saya dengan memutarbelitkan kenyataan yang telah saya keluarkan.
"Saya ucapkan tahniah kerana mereka cukup kreatif di dalam melakukan penyelewengan fakta dan memutarbelitkan apa yang saya perkatakan.
"Saya amat sukacita kerana ianya memperlihatkan kedangkalan penulis berkenaan dan bagaimana mereka tidak cerdik mentafsirkan apa yang saya perkatakan," katanya pada sidang media di Teluk Intan, semalam.
Menurut Zahid, dengan penyelewengan fakta yang dilakukan media berkenaan, ia sekaligus menunjukkan bahawa dirinya mempunyai kelebihan tertentu.
Jika tidak katanya, segala ucapan serta kenyataan yang dikeluarkan tidak akan dimanipulasikan dengan sengaja.
"Ini telah memberikan kelebihan kepada ucapan saya berbanding dengan ucapan-ucapan yang saya buat pada pilihanraya lain.
"Saya ucapkan tahniah dengan kebolehan mereka yang cukup kreatif di dalam memanipulasikan ucapan dan fakta-fakta saya," katanya lagi.
Apa sudah jadi dengan orang islam di Malaysia ini, kerana politik kita lupa tentang agama. Perseteruan PAS dan UMNO sudah berada di fasa kesesatan. Orang islam membiarkan orang kafir menggunakan ayat Al-Quran berkempen, lebih menyedihkan orang kafir ini menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi untuk memenangkan calon DAP yang telah berikrar untuk menolak hudud di Parlimen. Dimana bijak pandai agama PAS dalam isu ini.
"Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi 190): "Apakah kamu (mau) masuk Islam". Jika mereka memeluk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." [Ali 'Imran (3): 20]
Bukan setakat berkempen meminta umat islam berhenti berdakwah, malah berkempen untuk memenangkan calon yang akan MENOLAK HUKUM ISLAM. Paling menyedihkan orang islam yang mendengar kempen ini, berTEPUK TANGAN tanda setuju dan ada yang menyebut Allahuakabar.
Cukup sedih melihat perkara ini berlaku. Kita umat islam berpecah sehingga begini sekali. Sanggup kita biarkan orang kafir menggunakan islam secara salah asalkan saudara seislam kita yang kita musuhi itu kalah. Apa yang penulis lihat umat islam di pihak PR meletakkan dendam kepada BN mengatasi keimanan kepada Allah SWT.
Selain isu Steven Sim ini, banyak lagi isu berkaitan agama yang nampaknya PAS mempertahankan yang batil hanya kerana memenangkan DAP. Agak-agak parti DAP ini didaftarkan di padang masyar nanti ke?. Pada PRK Teluk Intan kali ini parti PAS banyak menyimpang dari ajaran islam, dan menyebabkan penyokongnya terikut-ikut kesilapan itu.
Penulis ingin menyeru kepada umat islam supaya menjaga kemuliaan agama islam mengatasi politik tidak kira anda dari parti mana sekalipun. Sekiranya perkara yang dilakukan adalah salah disisi islam, katakan ia berdosa. Janganlah berdolak dalih hanya kerana mempertahankan parti. ingatlah akhirnya kita akan dihisab oleh Allah, bukan parti politik. Sekiranya UMNO buat salah, cakap sahaja dia salah. Kalau PAS salah, sebut sahaja dia salah. Jangan berdolak dalih kerana politik. merugikan umat islam.
Penulis teringat kepada kisah kerajaan Pagaruyung, dimana golongan adat dan golongan agama bergaduh sesama sendiri. Akhirnya pihak belanda mengambil kesempatan untuk menakluk kerajaan itu. Akhirnya golongan adat kalah dan golongan agama pun kalah yang menang Belanda. Kalau kita tidak berjaga-jaga, UMNO dan PAS akan kalah. dan yang menang DAP. Parti yang ingin menolak islam dan melayu. Renungkan lah....
Sebagai rakyat negeri Perak, teman ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Perak dan seluruh rakyat negeri Perak dengan kemangkatan Sultan yang kita kasihi.. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukminin... Teman bersedih atas pemergiannya. Teman dan rakan-rakan amat terasa pemergiannya. Seorang Sultan yang mempunyai latar belakang yang hebat dan pernah menjadi ketua Hakim negara. Seorang Sultan yang hebat, adil dan saksama. Walaupun pelbagai tohmahan kepada baginda ketika zaman politik yang bercelaru ini, baginda tidak pernah melatah malah mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang bukan secara sembrono.
Ketika mayat baginda di bawa keluar, hujan renyai-renyai di sekitar Kuala Lumpur. ia seperti hujan rahmat yang mengiringi pemergian baginda.
Bersemayamlah tuanku disana sehingga dibangunkan kembali di hari Akhirat kelak. Bacaan Al-Fatihah buat Tuanku sebagai hadiah dari rakyat tuanku.
BEIJING 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan akan dilantik ke dalam Kabinet jika menang dalam pilihan raya itu. - UTUSAN ONLINE
AWAS!!! Bocor... satu lagi kerja terkutuk dirancang oleh roket yang akan mengedarkan risalah yang ada gambar calon mereka yang jelas gunakan salib bagi meraih simpati pengundi yg kononnya ini semua kerja jahat UMNO dan BN.
Risalah ini difahamkan cuba diedarkan dimerata-rata masjid di Teluk Intan semasa sembahyang Jumaat nanti. Untuk menang apa saja akan dilakukan sekalipun mereka membuat fitnah dan kerja terkutuk dan akan membuat tuduhan bahawa ini semua kerja jahat oleh UMNO ataupun BN kononnya...
Apapun sekali semua Perancangan yg sulit akhirnya bocor apabila dimaklumkan atau didedahkan kepada kami tentang perancangan jahat mereka tersebut.... jadi jangan sesekali terpedaya... teman percaya mereka memantau dan masih melihat kalau ada ketirisan maklumat perancangan jahat nie... sekalipun terpaksa bertidak membatalkan saat akhir kerja terkutuk yg sebati dengan hidup mereka....
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Walaupun Haji Hadi muncul dimajlis kempen Dyana, tapi disebalik tabir, dia tidak berkenan untuk menyokong. MyMassa melaporkan Hadi menegur Dyana:
Abdul Hadi Awang pada Ahad dilapor menegaskan pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejaskan orang lain yang jahil mengenai undang-undang Islam itu.
Beliau berkata pihak berkenaan perlu tutup mulut sebelum mencelarukan lagi keadaan sedia ada.
"Ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan malah ia merosakkan… Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya… Saya tak tuju kepada sesiapa," kata Abdul Hadi yang memberi teguran itu selepas Majlis Ulama PAS menegur Dyana Sofya kerana menolak pelaksanaan hudud di Malaysia.
Pemangku ketua dewan itu, Datuk Ahmad Yokib berkata, tindakan Dyana bakal "mengelirukan" masyarakat dalam PRK Teluk Intan.
Dalam menolak hudud, Dyana berkata beliau mendokong pendirian DAP bahawa syariat Islam itu bertentangan dengan perlembagaan dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Pada Ahad juga, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.
Ekoran pendirian Dyana yang berdolah dalih, Hadi kononnya telah mengeluarkan arahan melalui SMS agar penyokong PAS tidak keluar mengundi.
SMS ini telah bocor ke wartawan.
Semalam jentera PAS dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Terengganu telah pulang kerana DAP seolah-olah tidak memerlukan jentera PAS.
DAP yang menguasai kempen mahu memastikan tiada langsung peluang untuk PAS menyelitkan sebarang agenda mereka atau sebarang sentuhan ugama Islam dalam kempen ini.
Malah Dyana sendiri enggan komen bila ditanya wartawan manifestonya tiada elemen pembangunan ugama.
Dyana jelas tidak akan menyokong hudud tapi berpura-pura depan PAS mengatakan dia tidak menolak hudud.
Sebaik saja nama Dato Mah disebut-sebut sebagai calun, ramai dari kalangan pengundi Cina tempatan mahu melihat kemenangannya kali ini supaya anak Telok Intan itu akan dinaikkan Menteri.
Ini telah menimbulkan gelombang awal buat Dato Mah di pra PRK Telok Intan.
Untuk menangani ini, DAP telah menjaja mengatakan Dato Mah tetap akan jadi Menteri walaupun dia kalah. Najib akan lantiknya melalui jalan belakang dengan perlantikan sebagai Senator.
Malah malam tadi, Lim Guan Eng masih menjaja spin sama di Tapak Bazaar Ramadhan
Nampaknya DAP sudah boleh packing untuk balik Pulau Pinang seperti dikatakan sebuah blog SINI kerana Dato Najib sudah umumkan dengan jelas bahawa Mah akan jadi Menteri jika dia menang.
Kalau tidak menang, tak ada cara backdoor seperti yang dikatakan DAP.
Hmmm ... macamlah DAP berkuasa untuk tentukan perlantikan.
DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.
Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.
Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.
Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."
Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.
Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri.
Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri.
Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain?
Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini.
------------------
Sambil itu, khabarnya DAP Perak begitu bengkak dengan cara kumpulan Lim Kit Siang melayani pemimpin DAP Perak.
Ngeh Koo Ham dan pemimpin DAP Perak asalnya malas nak menyertai kempen di Telok Intan terutama bila balu mendiang Dr Seah yang pro Kit Siang memulangkan sumbangan pengkebumian sebanyak RM3 ribbu dari DAP Perak.
Oleh kerana dah jadi buah mulut, mereka sertai demi parti untuk menunjukkan kesatuan parti pada pengundi. Tapi Ngeh berkecil hati apaila asyik diletakkan di hujung ketika ceramah atau duduk atas pentas.
Ikutkan cakap-cakap DAP masih leading dan pasti menang. Cuma majoriti kurang sedikit. Tapi kenapa Dyana nampak stress dan hilang keyakinan?
Kenapa pula perlu DAP lakukan kerja bodoh seperti menconteng sepanduk Dato Mah? Adakah DAP terdesak sangat?
Mungkinkah ia disebaban risalah yang kini tersebar ke rumah-rumah orang cina di Telok Intan yang bermaksud:
Sejarah membuktikan pemimpin DAP Melayu dalam politik suka jadi katak seperti Tunku Aziz dan Zulkifli. Orang Melayu tetap orang Melayu. Tak boleh percaya! Tak boleh harap!!!
DAP mungkin gelabah bila menyedari cina tempatan belum yakin mahu undi DAP kerana letak calun Melayu yang latarbelakang dirinya dan ibunya boleh dipersoalkan.
Untuk menangani masaalah ini, DAP cuba membawa mesej baru bahawa mengundi Dyana adalah mengundi DAP. Dimana Dyana berada sugar daddy yang muka pecah pintu sentiasa ada untuk sampaikan mesej sama.
Satu lagi langkah adalah mengharapkan pengundi luar kembali mengundi dan ternyata mereka begitu bersungguh-sungguh mahu mereka kembali.
Tidak hairan dalam mereka konon-konon nak bawa pengundi luar tetapi ianya pengundi hantu yang mana orang bukan Telok Intan, Bangla dan Myanmar telah di daftarkan di Telok Intan.
Sementara itu, DAP sedang meningkatkan usaha untuk menipu orang Melayu untuk mendapatkan undi.
Sudahlah dijaja calun muda wanita Melayu kini mereka cuba menukar imej Dyana kaki menipu dengan mengeluarkan sepanduk baru yang mahu menghantar mesej bahawa undi Dyana adalah undi untuk DAP.
DAP lagi galak menjaja gambar DYana memakai tudung dan konon anak muda yang sayang orang tua tapi ia hany amenunjukkan dia takk beradab kerana tak tahu cara hormat orang tua..
Tak tolak kemunginan inilah cara DAP... parti cauvanis yang tidak tahu adab sopan orang Melayu yang halus.
Setahun yang lalu, Tentera Laut AS telah mencipta sejarah, apabila melancarkan ujian paling sempurna ke atas pesawat pejuang mereka dengan mengaplikasi teknologi drone tercanggih milik tentera AS. Dari atas kapal perang USS George H. W. Bush - mereka telah menerbangkan sebuah X-47B - sebuah pesawat tempur terkini milik Tentera Laut AS dengan menggunakan remote kawalan jauh bagi meninjau kemajuan sistem peperangan udara generasi baharu yang dikenali sebagai Unmanned Combat Air System (Sistem Pertempuran Udara Tanpa Pemandu).
X-47B yang diterbangkan tanpa pemandu itu telah dikawal sepenuhnya oleh pengendali misi dari atas kapal USS George H.W Bush yang berada di lokasi luar pantai Virginia. Pesawat tempur tersebut berjaya terbang di seluruh Teluk Chesapeake sebelum kembali mendarat ke Pangkalan Tentera Laut AS di pinggir Sungai Patuxent. X-47B bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan ia bergerak dengan sangat pantas dan senyap, serta akan muncul secara mengejut di kawasan sasaran musuh. Ia ibarat sebuah pesawat tempur berciri halimunan yang mampu terbang berjam-jam tanpa henti dengan paras ketinggian yang mengagumkan. Di sebalik segala kisah kejayaan tentera AS dalam pembangunan teknologi drone, rupa-rupanya tanpa sesiapa menyedari, Israel telah pun mengisytiharkan kejayaannya mencipta pesawat tempur halimunan yang jauh lebih canggih daripada AS - pesawat yang tidak hanya dapat dikesan oleh rada dan satelit, bahkan ia secara fizikalnya juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. AS nampaknya masih jauh ketinggalan.
Utusan Malaysia 12 Mac melaporkan, sebuah laman web yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com mendakwa, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar. Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh. Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS. "
Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektronik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, AS, menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan. "Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi 'halimunan' dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera, jelas laporan tersebut. Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status 'tidur', sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.
Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera. Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar, jelas portal berita itu. Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin 'dihilangkan'. Pakar tentera AS mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.
Di sisi lain, sejak tahun 2012 lagi, China sudah pun melakukan ujian demi ujian terhadap pesawat tempur halimunannya - Chengdu J-31 yang dikatakan semakin matang dan mendapat bantuan tidak langsung daripada Israel, sekali gus membuktikan bahawa China sudah pun menguasai sepenuhnya teknologi halimunan (Stealth technology) yang menjadi kebanggaan AS selama ini. Bahkan, tidak mustahil, pada waktu kini, pesawat J-31 sudah pun mencapai tahap teknologi drone yang mampu dikawal dari jarak jauh.
Semua cerita ini menggambarkan kepada kita bahawa - hanya Israel, AS, China dan Rusia sahaja yang benar-benar telah menguasai teknologi halimunan dan drone - maka, apakah kita bersalah untuk berasa sangsi bahawa negara-negara ini mungkin terlibat secara langsung atau setidak-tidaknya mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku ke atas MH370? Malah, bukankah sebahagian besar daripada 7,000 satelit yang berselerak di angkasa merupakan kepunyaan keempat-empat buah negara tersebut, tetapi aneh, tidak ada satu satelit pun yang mampu menerangkan secara konkrit di manakah lokasi sebenar MH370.
Seperti mana yang dijelaskan oleh Ravi Madavaram seorang Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan dari syarikat Sullivan Asia Pacific, bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan MH370 hilang dan terhempas begitu sahaja, sebaliknya terdapat gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku di dalam pesawat MH370. Manakala kami pula cenderung menyakini bahawa - teknologi, konspirasi dan rampasan pesawat - sebagai elemen gabungan yang telah melenyapkan MH370 bagi mencapai agenda tertentu dan menghapuskan "bukti" yang mungkin berada di dalam pesawat tersebut.
"Rampasan palsu" mungkin telah dirancang lebih awal bagi mewujudkan suasana panik di dalam pesawat MH370 - para perampas yang telah diberi upah ini sama sekali tidak mengetahui bahawa mereka hanyalah sebagai alat dan kambing hitam, bagi menghalalkan tindakan untuk mengaktifkan teknologi drone yang telah lama dipasang di muncung pesawat Boeing MH370. Apabila unsur rampas sudah "dihidu" berlaku di dalam pesawat - sistem teknologi drone akan bertindak balas secara automatik dan menghantar isyarat kecemasan ke ibu pejabat Boeing dan Pentagon bagi mengaktifkan sistem pesawat kawalan jauh (RPA).
Teknologi drone, apabila diaktifkan ia membawa bermaksud bahawa semua sistem komunikasi di dalam pesawat akan dimatikan secara berperingkat melalui pusat kawalan jauh bagi menghalang sebarang cubaan perampas daripada berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan sebarang bantuan. Maka, mungkin sebab itulah - kita dapati semua sistem komunikasi di dalam MH370 telah dimatikan dengan "sengaja" dan secara berperingkat iaitu bermula pada jam 1.07pagi diikuti pada pukul 1.21 pagi. Ia sebenarnya bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, sebaliknya ia mungkin telah dilakukan oleh sistem kawalan jauh.
MH370 telah "dilarikan" jauh ke Lautan Hindi untuk dimusnahkan kerana ia disyaki telah dirampas oleh sekumpulan pengganas. MH370 berkemungkinan besar telah diletupkan oleh peluru berpandu sehingga tidak berupaya menghantar apa-apa isyarat. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pesawat komersial mempunyai alat pengesan Emergency Locator Transmitters (ELT) yang akan diaktif secara automatik apabila pesawat terhempas, namun demikian bagaimana jika MH370 sebenarnya tidak terhempas sebaliknya ia telah meletup terlebih dahulu di udara?
Harapan yang tinggal hanya kepada kotak hitam atau dipanggil sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang mula menghantar isyarat sebaik sahaja ia tersentuh air, hayat kotak hitam hanya mampu bertahan selama 30 hari - dan tempoh tersebut sudah lama berakhir. Kini, satu-satunya harapan yang tinggal adalah mencari dan menemui serpihan atau bangkai pesawat MH370. Tetapi, menurut Saintis David Mearns, adalah mustahil untuk menemui bangkai MH370 setelah begitu lama masa berlalu. Bahkan beliau juga turut meramalkan bahawa kotak hitam yang dicari juga tidak akan dijumpai sampai bila-bila.
Ikuti sambungannya dalam judul Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu! (Episod ke-14)
Bukti Dyana amat takut pada Kit Siang yang berada di sebelahnya. Amat malang sekali orang Islam yang sepatutnya ada prinsip akidah dan kuat berpegang teguh pada ajaran lentur prinsipnya bila berada di sebelah DAP.
Lebih lebih lagi orang Islam itu mahu mencalonkan dirinya sebagai wakil kepada rakyat. Lebih lebih memalukan lagi bila dia lebih takut kepada Kit Siang berbanding Allah SWT.
Moga Dyana ini kembali ke pangkal jalan. Video ini bukti kuat mengapa orang Islam di Teluk Intan perlu tolak Dyana sebagai bakal wakil rakyat mereka.
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada jam 6.25 petang tadi.
Sebelum itu, jenazah Almarhum diusung menggunakan Siraja Diraja dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang.
Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Jenazah Almarhum tiba di pekarangan Masjid Ubudiah pada jam 4.25 petang diiringi Pasukan Istiadat Angkatan Tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.
Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru diisytiharkan, Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah disembahyangkan pada jam 5.10 petang.
Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Syarikat mengarahkan aku supaya menghabiskan cuti tahun lepas sebelum 1hb July. Pening kepala aku. 5 hari cuti tahun lepas tak clear lagi. Dah la sekarang aku ada banyak projek. Lagi mau habiskan cuti.. huhuhuh
London: Sebuah akhbar Jerman berdepan dengan kemarahan keluarga diraja Britain apabila ia menyiarkan gambar punggung Kate Middleton.
Gambar itu dirakam ketika lawatan Kate ke Australia apabila gaunnya terselak kerana ditiup angin.
Seluar dalam nipis yang dipakainya tidak dapat membantu melindungi punggungnya.
Akhbar tabloid Bild am Sonntag menyiarkan imej berkenaan dengan tajuk yang kurang enak didengar. Gambar itu turut digandingkan bersama pelakon realiti televisyen Amerika Syarikat, Kim Kardashian dan adiknya Khloe yang terkenal kerana bentuk pinggul mereka dengan kapsyen bermakna: "Khloe, Kim dan Kate – punggung yang menarik perhatian kita sejak beberapa hari lalu."
Pencabulan privasi itu berlaku kurang dua tahun selepas Putera William dan Kate memfailkan tindakan undang-undang terhadap majalah Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel Kate ketika bercuti.
Gambar terbaru itu diambil ketika Kate hendak menaiki helikopter ke Sydney selepas melakukan lawatan rasmi ke Blue Mountains bersama William bulan lalu.
GAMBAR yang disiarkan akhbar Bild.
Seorang jurugambar sempat merakam gambar ketika gaun Kate terselak dan menawar menjualnya kepada beberapa akhbar antarabangsa.
Ia dilaporkan dijual kepada pembida tertinggi selepas akhbar Britain enggan menyiarnya.
Bild turut menyiarkan gambar itu di laman webnya dengan kapsyen nakal bermaksud: "Terima kasih kepada angin kerana menampakkan dalaman keluarga diraja." - Agensi
PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.
Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. - Bernama
MIRI: Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.
Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya, di sini.
Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.
"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Gan.
Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis.
KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu menggantikan Almarhum Ayahandanya, Sultan Azlan Shah.
Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini.
Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang tadi.
Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Tindakan seorang wartawan Kosmo mengambil gambar selfie di rumah kosong yang dikatakan tempat berlakunya kejadian kes 2 gadis di#per-kosa 38 lelaki di Kelantan menjadi bahan bualan di laman sosial.
Tindakannya itu dikecam orang ramai kerana didakwakan sebagai tidak sensitif.
Kecewa dengan respon negatif yang diterima dari masyarakat mengenai tindakannya itu, Julia Ismail dalam statusnya di laman Facebook:
"Sebabkan gambar selfie kt lokasi..tetiba i jadi pemes..kalau tak suka jangan la tgk..pejam mata je…banyak lagi gambar selfie ntah apa2 kat luar sana tu..knp la selfie i gak korang nk hencap…"
Menurut Julia lagi, gambar selfie itu satu-satunya cara untuk membuktikan beliau berada di tempat kejadian. Barangkali sebagai bukti kepada bos yang dia buat kerja?
Siapa tahu?
Tidak kurang juga, ada yang menghantar mesej kepada Julia apakah dia mangsa kes #ro-gol berkenaan.
Ekoran dari tersebarnya gambar selfie yang dianggap agak pelik itu, Julia menerima banyak permintaan untuk menjadi rakan mayanya di Facebook. Yang peliknya, rata-rata yang ingin menjadi rakannya itu majoritinya dari golongan lelaki-lelaki bujang.
Seorang penguna akaun media sosial yang dikenali sebagai "Vladimiro Montesinos" dikesan memuatnaik status yang menghina Almarhum Sultan Perak yang mangkat tengahari tadi.
Tindakan tidak bertanggungjawab dan provokasi ini dilihat seperti sengaja dilakukan untuk mengundang kemarahan pengguna media sosial yang lain.
Beberapa komen daripada pengguna media sosial lain turut mengutuk tindakan tidak bertamadun pemegang akaun media sosial ini dan ada yang mencabar supaya pemegang akaun ini meletakan muka sebenar didalam profil gambar akaun media sosial tersebut.
Sebelum itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Kuala Kangsar, 29 Mei - Di saat rakyat seluruh negara berdukacita dengan kemangkatan baginda Sultan Perak, Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Baharom pula didalam laman sosial Twitternya menyifatkan Almarhum Sultan Perak akan dikenang oleh rakyat sebagai orang yang membantu Umno/BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.
Tindakan menghina secara terang-terangan terhadap Sultan dan sentiasa beranggapan pentadbiran serta pemerintahan yang sedia ada perlu dihapuskan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa pemimpin PKR ini sanggup menderhaka demi mencapai matlamat didalam dunia politik kotor mereka.
Tindakan beliau ini juga jelas menunjukkann bahawa kebencian terhadap pemerintahan beraja, kejelikan terhadap apa-apa sahaja sistem selain sistem komunis dan sosialis di negara ini begitu terserlah. Beliau yang sepatutnya menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub didalam prinsip kedua Rukun Negara perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya agar ia dapat menjadi tauladan dikemudian hari.
Sementara itu, tindakan penghinaan terhadap Sultan ini juga telah mengundang kemarahan rakyat kepada pemimpin PKR tersebut dan mahu pihak yang berwajib menyiasat dengan segera perkara ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebiadapan pemimpin PKR tersebut walaupun beliau dikenali sebagai Ustaz dalam parti berkenaan.
Tindakan beliau ini juga telah mencemarkan imej agama Islam yang mengajar umatnya supaya taat dan menghormati Raja serta imej gelaran Ustaz yang bermaksud mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam yang dihormati oleh masyarakat sebelum ini. -UtaraNews.com
MEKAH – Tindakan kurang ajar seorang anggota polis di Arab Saudi yang menyandarkan badan dan meletakkan sebelah kaki yang berkasut di atas dinding kaabah telah mencetuskan kecaman dan cemuhan ramai.
Ia merupakan perbuatan biadap yang tidak menghormati kesucian Kaabah.
Susulan itu, Gabenor Mekah, Putera Mishal Abdullah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden tersebut.
Beliau juga memaklumkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berkenaan.
Selain siasatan, Putera Mishal juga mahu tindakan disiplin diambil ke atas anggota polis terbabit kerana gagal menjaga kesucian kaabah.
Dalam pada itu, media di Arab Saudi melaporkan orang ramai terkejut dengan imej tersebut dan kecaman serta hentaman diterima oleh anggota polis terbabit dalam media sosial.
Iklan untuk kempen penyusuan susu ibu telah mendapat kecaman ramai kerana ia tidak menggambarkan langsung mengenai aspek penyusuan.
Sebaliknya iklan yang memaparkan selebriti aktres Camila Sodi dan peninju La Barby Juarez itu seolah-olah satu pertunjukan badan.Dalam iklan itu Sodi tidak berbaju dan hanya menutup dadanya dengan banner . Ia dikecam kerana iklan itu lebih bersifat provokatif dan seksi.
Kempen penyusuan ibu di Negara itu terpaksa diadakan bagi menggalak kaum wanita menyusu badan bayi mereka. Mexico merupakan antara negara di Amerika Tengah yang mempunyai kadar penyusuan badan yang rendah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan ibu-ibu menyusu bayi mereka sehingga usia bayi enam bulan namun hanya 14 peratus wanita di Mexico menyusukan bayi mereka.
Faktor seperti kekurangan zat, cuti bersalin yang tidak sempurna dan ketiadaan peluang untuk mengepam susu di pejabat menyebabkan wanita memberi susu formula kepada bayi mereka.-mynewshub
Ipoh: Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, semalam, diratapi kerabat, pemimpin negeri dan negara serta rakyat jelata.
Pemerintahan baginda akan terakam kemas dalam lipatan sejarah negara, sebagai antara Sultan yang hebat, berjiwa rakyat, dihormati dan disegani di dalam dan luar negara.
Almarhum bukan sahaja menjadi pemerintah yang adil dan saksama, malah pandangan bernas baginda sentiasa menjadi pedoman kerajaan dan rakyat dalam pentadbiran berkerajaan, politik, ekonomi dan sosial.
Baginda yang pernah mengetuai Institusi Kehakiman dengan menjadi Ketua Hakim Negara, turut dihormati dalam dunia kehakiman.
Pada 3 Februari lalu, genap 30 tahun pemerintahan baginda. Majlis kesyukuran genap 30 tahun pemerintahan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada hari berkenaan.
Pada hari bersejarah itu, Almarhum menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan yang disampaikan melalui anakanda baginda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pemangku Raja Perak.
Tujuh peringatan berkenaan adalah: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta, berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat tawaduk, kemanusiaan serta kasih sayang sesama insan, di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi. Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi. Setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al An'Aam;
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas setiap sesuatu."
Hargai anugerah Ilahi
Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dilaksana dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat, begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar, selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali 'Imran bermaksud; "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya." Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji."
Negeri Perak dan negara Malaysia dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan rakyat disejahterakan.
Perpaduan rakyat hendaklah senantiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini adalah pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa. Kepelbagaian itu adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami, saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak yang berfikiran sempit dan memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu agama, kaum, budaya dan bahasa.
Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang. Undang-undang tidak sahaja perlu digubal, tetapi lebih penting dihormati, dikuatkuasakan secara adil, saksama, malah dipastikan dilaksanakan secara adil tanpa prejudis, tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar, tanpa pilih kasih.
Tonggak kestabilan
Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan, keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan. Raja pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak, tidak partisan, tidak berkepentingan demi menjamin keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan demokrasi, bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa.
Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.
"Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya," katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Saat-saar bahagia
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Persiapan istiadat pemakaman giat dijalankan di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubbudiah di Kuala Kangsar, malam Rabu. Jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan dimakamkan selepas solat Asar, Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam Rabu, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.
Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Manifesto untuk rakyat Teluk Intan. Dap dah gagal laksana sesuatu yang bermakna sejak tahun 2008
Apa jasa calon Barisan Nasional kepada rakyat Teluk Intan sebelum ini?
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli
• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir Perak secara berasingan.
Apa yang Calon BN boleh buat tetapi Calon Dap tak mungkin dapat buat? Tonton video untuk mendengar sendiri janji dan komitmen Dato Mah...
Jelas kemenangan calon Dap dalam DUA PRU yang lepas hanya membantutkan pembangunan dan kemajuan rakyat Teluk Intan.
Apa track record pemimpin Dap? Lim Kit Siang sendiri melarikan diri dari Pulau Pinang ke Ipoh Timor dan kemudiannya lari sekali lagi ke Gelang Patah. Apa jasa Kit Siang kepada rakyat yang mengundi beliau?
Amat jarang Demang salin bulat-bulat artikal daripada blog lain. Jika Demang suka, Demang akan buatkan link sahaja ke sumber asal.
Namun kali ini Demang salin satu artikal yang Demang rasa amat penting untuk kita fikirkan apakah tindakan dan strategi yang perlu kita ambil berdasarkan situasi yang disentuh dalam artikal ini.
Satu lagi alasan Demang salin bulat-bulat artikal ini ialah kerana ia merekodkan kenyataan beberapa orang penting dan kenyataan tersebut boleh dijadikan rujukan kemudian.
Selamat membaca.
Hasrat kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu telah menyebabkan gabungan Pakatan Rakyat goyang, kata pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional pusat Datuk Dr Mujahid Rawa.
Beliau berkata walaupun isu itu dianggap sebagai isu negeri tetapi ia telah memberi kesan kepada PR terutama di Semenanjung kerana kanun jenayah Islam ini tidak pernah dibincangkan semasa pembentukan gabungan itu pada 2008.
Katanya hudud juga bukan sebahagian daripada agenda apabila PAS, PKR dan DAP menandatangani rangka dasar bersama atau pun dimasukkan dalam “Buku Jingga” yang menggariskan dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam keseluruhan aspek pentadbiran negara untuk jangka panjang.
“Saya juga harus berterus-terang dan mengaku bahawa secara realiti, masyarakat menganggap PR tidak dapat menyelesaikan perbalahan. Masyarakat juga tidak mempunyai keyakinan bahawa kami boleh mencapai persefahaman bersama mengenai hudud,” kata beliau.
Beliau berkata demikian sebagai speaker pada forum tentang “Perspektif Kemunculan Mengenai Hudud di Malaysia”, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini, Selasa.
Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar berkata Pakatan Rakyat mesti mencari penyelesaian bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
“Ya, PAS amat komited untuk melaksanakan hudud tetapi kami juga menghormati proses demokrasi. Kami mengamalkan politik yang matang dan sebab itulah kami terbuka kepada perbincangan dan mendengar kritik,” kata beliau.
Sementara itu, anggota Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia sehingga rakyat memberi restu dan menerima bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.
Hanifa, seorang peguam bersetuju bahawa masyarakat mungkin menganggap hudud sebagai bercanggah dengan perlembagaan kerana adalah lumrah untuk bercanggah pendapat tetapi percanggahan itu harus disalurkan melalui saluran yang betul dan menyerah kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya mencadangkan supaya golongan bukan Islam dibenarkan untuk menganggotai Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud supaya mereka mendapat penerangan yang jelas dan diberikan ruang untuk menyuarakan kebimbangan berhubung undang-undang Islam itu.
“Pada perbincangan jawatankuasa itu kita boleh bertanya secara terus terang mengenai soalan yang mungkin boleh menyentuh sensitiviti mereka jika dilakukan secara terbuka, seperti mengapa mereka takut dengan pelaksanaannya?,” katanya
Artikal asal http://mymassa.blogspot.com/2014/05/hasrat-kerajaan-kelantan-pimpinan-pas.html
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Memang betul, Abby Abadi diceraikan suami "muda"nya, Farhan. Dah masuk mahkamah Syariah hari ni. Dah kecoh pun pasal Abby bakal menjanda lagi... khabarnya dah 2 kali Farhan ceraikan dia...
Saya mohon kawan-kawan supaya tak kutuk Abby. Walaupun bakal disahkan berstatus janda sekali lagi, tak payah la kutuk dia dalam hal janda menjanda ni... awat berdosa kat mana jadi janda ni..kan? Islam pun tak bagi kita kutuk yang bukan-bukan...
Cuma saya pesan la sikit kat Abby... jaga la diri tu lepas menjanda. Dah jadi macam budaya, orang kat Malaysia ni kadang-kadang pandang serong kat janda. Apatah lagi janda yang macam Abby..selebriti yang lompat jadi "ustazah segera" bila masuk PAS...
Hati-hati bila berbicara... takut tersalah fatwa...orang kecam habis-habisan. Lagipun Abby bukannya ada background pengajian Islam secara mendalam. Baru nak berjinak-jinak.. cuma PAS saja yang gopoh dok letak Abby atas pentas.. tu yang terkeluar "fatwa karut marut" tuuu...heh! Culture shock kot? Biasa laaa...
Seperkara lagi, hati-hati dengan pak-pak lebai PAS bila dah menjanda ni. Depa tu bukan boleh tengok janda dahi licin merelit macam Abby ni... meleleh ayaq liyoq depa tengok... ternganga mulut tengok Abby lalu depan depa... biasa la pak-pak lebai PAS... depa kalau boleh na kawin lebih dari 4! Heh!
Kalau Abby nak terus menjanda sampai mati pun boleh. Tak salah dari segi hukum Islam. Rabiatul Adawiyah pun dulu janda sampai meninggal dunia. Tapi kalau Abby nak kawin kali ketiga, pastikan lelaki tu nak kawin dengan Abby ikhlas kerana Allah... bukan sebab nafsu atau terliyoq tengok Abby...heh!
Kesian pulak saya tengk Abby ni... Dia nak berubah, tapi dia biarkan dirinya diubah dengan cara yang salah... Orang yang nak ubah dia tu pun tak berapa nak betoi... cakap saja pasai Islam... tapi buatnya tak melambangkan Islam pun... politik je lebihhh...
Mungkin Abby dah termakan dakyah depa kononnya PAS tu Islam dan Islam tu PAS... Salah tu Abby... PAS tu sama macam UMNO.. PAS tu parti politik... PAS tu bukan Islam... Islam tu pulak bukan PAS sebab Islam tu sebenarnya ialah agama.. parti politik dengan agama mana boleh sama...kan?
Harap Abby maklum dan gunakan akal yang Allah berikan untuk berfikir... Selamat maju jaya. Tutup buku lama dan bukak la buku yang baru dengan azam menuju ke jalan Allah yang sebenar.. insyaAllah...
Tu diaaa..!!! Betul saya taktau bahawa kesalahan merempuh, memanjat atau melanggar pagar Dewan Undangan Negeri atau yang seumpamanya mampu membuat kita dihukum penjara seumur hidup!
Ingatkan kena denda RM300 ke... penjara setengah hari ke... tapi rupanya sampai kena penjara seumur hidup tu broooo..!!!
Maksudnya, kesalahan tu lebih kurang sama dengan mengedar dadah, bunuh orang dan sebagainya, kan? Besar betul la kesalahan merempuh pagar DUN ni rupanya....
Adoi laaaa... belum bercerai lagi pun dah nak tuntut anak dari suami? Apa punya "tuuuurrrrrr.." la Nurul Izzah ni... Mahkamah belum settle lagi masalah rumahtangga dia dengan Raja Shahrir... tapi dia sebok dah failkan tuntutan custody anak-anak... apa raaaaa...
Relaks la Izzah... awat? Nak sangat bercerai dengan Raja tu apahal? Buruk sangat ke Raja tu? Jahat sangat ke Raja tu sampai beriya-iya sangat nak bercerai dengan dia?
Izzah tau tak penceraian tu adalah perkara halal yang paling dibenci Allag SWT? Tahu tak? Takkan papa Izzah tak ajar kot? Badrul Amin pun tak ajar ke? Oooo.. lupa pulak.. kalau nak Badrul Amin ajar nanti dia suruh pi hotel pagi-pagi buta pakai towel pulakkkk..kan?
Saya ni bukan la nak campur tangan hal ehwal rumahtangga orang. Tapi pasal selalu terjumpa dengan Izzah dan Raja masa cover court case Papa Izzah dulu, rasa kesian tu timbul pulak bila tahu Izzah nak bercerai dengan Raja...
Apa kurangnya Raja tu? Dia cool je saya tengok.. Atau memang masalah tu timbul dari Izzah sendiri? Dah cerita kat kaunselor syariah ke? Biasa laaa... rumahtangga mana yang tak pernah bergaduh..kan? Settle la elok-elok...
Atau Izzah nak bercerai dengan Raja ni pasal Papa? Papa Izzah ada buat salah ke? Awat? Papa Izzah cuba nak liwat Raja ke? Atau Papa dah liwat Raja dan Raja tak puas hati? Ceciter...ceciter... Ooo.. Tak mau cerita.. takpa la macam tu... heh!
Tapi saya pesan laaa... settle la elok-elok. Jaga nama baik family. Kesian kat anak-anak tu. Depa kecik lagi... Lagipun tokwan depa dah nak masuk "kandang" dah... takkan nak biarkan anak-anak tu kurang kasih sayang... kesian la kat depa...
Terserah la Izzah na terima ke tidak nasihat ni. Bukan rugi apa pun. Cuma... kalau boleh tu buat la segala perkara berpandukan Islam... bukan hati dan perasaan...kan? kan? kan? Wallahu'alam.
Menyirap betul darah saya bila baca kat sini. Memang marah sangat. Apa jenis manusia pun saya tak tahu. Mungkin Allah SWT dah hilangkan sifat kemanusiaan pada kedua suami isteri ni...
Yang lebih membuat saya marah, kedua-dua suami isteri tu dipercayai beragama Islam dan berbangsa Melayu. Kasihan arwah adik Mohamad Akhil... umurnya baru 6 tahun... tapi di belasah teruk hingga hilang nyawa... Astagfirullahil'azim...
Anak tu amanah Allah SWT pada kita. Kenapa perlu kita marah dia? Apa yang anak tu tahu? Akil baligh pun belum.. mumayyiz pun belummmm..! Kita perlu la ajar dia... bukan marah...
Kalau anak-anak buat perangai sekali pun, sabar je laaa.. anak-anak kecil tu mana reti nak fikir apa tu sabar, boleh atau tidak, sedih atau kecewa... apa yang depa tau ialah kalau lapar depa nak makan.. kalau kita tak bagi makan depa menangis...
Kat situ la terbentuknya emosi anak-anak tu dalam proses tumbesaran depa...Kalau kita marah depa menangis pasal lapar, anak tu akan lain sikapnya dengan anak yang kita layan, beri perhatian dan suap makanan kalau dia beritahu dia lapar...
Namun, saya tak tuduh kedua suami isteri tu bersalah sebelum dibuktikan oleh pihak polis atau mahkamah. So far depa hanya suspek utama... tapi kalau base on maklumat yang ada dalam cerita tu, memang betul la angkara mak ayahnya...kan?
Korang tak hangin ke baca cerita tu? Betul saya marah sampai sekarang... suami isteri tu wajar diajar sebab kurang ajar...
Takdak sapa-sapa nak pi demo depan JAKIM suruh ambik tindakan kat syarikat ni ka?
Kalau umat Islam "ter"makan daging babi kisar ni macamana? Tak ke haru kena "samak mulut", "tukar darah", "tukar daging tubuh" kita...kan? Haru wooooo....
Raja Muda Perak , D.Y.T.M. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan Shah, telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke 35 menggantikan Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.
Baginda memakai gelar SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.
Daulat Tuanku.
Berikut adalah biodata Sultan Nazrin Muizzuddin Shah:
He also holds a Masters in Public Administration from the Kennedy School of government, Harvard; and Ph.D in Political Economy and Government from Harvard University.
Raja Nazrin's research interests are in the area of economic and political development in South-East and North-East Asia, historical national income accounting and economic growth in developing countries.
The prince has also written articles and spoken on a wide range of issues including the role of the constitutional monarchy in Malaysia, education, Islam, ethnic relations and economic development.
He has assumed the role of Financial Ambassador of the Malaysian International Islamic Financial Centre (MIFC), has been Pro-Chancellor of Universiti Malaya since 1989 and is the chairman of the Board of Governors of the Malay College Kuala Kangsar.
He recently consented to becoming an Eminent Fellow of the Institute of Strategic and International Studies (Isis) Malaysia effective 1 May.
He was proclaimed the Raja Muda (Crown Prince) of Perak on 15 April 1984, taking over from his father, Sultan Azlan Shah, who just two weeks earlier became the Sultan of Perak.
Raja Nazrin's full name including official titles is as below:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin D.K., D.K.II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).[1]
He was appointed Regent of Perak when his father became the ninth Yang di-Pertuan Agong from 1989 to 1994.
The Raja Muda of Perak married Zara Salim Davidson at Istana Iskandariah, Bukit Chandan, on 17 May 2007. This was announced by the Comptroller of the Perak royal household, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman.
Raja Nazrin and Zara have known each other for eight years.
A day after the solemnisation of their vows, there was a special proclamation ceremony to bestow Zara with the official title of Raja Puan Besar of Perak. Sultan Azlan Shah had consented to the proclamation of Raja Nazrin's bride Zara Salim Davidson as the Raja Puan Besar of Perak and the conferment of the Darjah Kerabat on her.
The royal wedding reception took place on 19 May 2007.
The first child of the couple, Raja Azlan Muzaffar Shah, was born on 14 March 2008. The second child, a princess, Raja Nazira Safya Shah was born 3 August 2011.
1. Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia tur ut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.
2. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.
3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu tahun 2009.
4. Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009, iaitu pada hari Majlis Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara. Bukankah itu gadis yang sama? Siap baju nya pun sama. Jika tak percaya, lihat sumber gambarnya di Photopages ini.
5. Gambar di atas ialah di Hari Majlis tersebut iaitu pada 22 Mac 2009. Itu pun sudah cukup bukti bahawa Dyana menipu lagi.
7. Tetapi apakah komitmen seseorang itu jika dia juga turut hadir RAPTAI atau dalam bahasa Inggerisnya "rehearsal! Bukankah boleh dipanggil Aktivis!
8. Lihat gambar-gambar in di hari Raptai pada 20 Mac 2009.
9. Imej di atas ialah tajuk artikel di http://pribumiperkasa.blogspot.com/2009/03/persediaan-perhimpunan-perkasa-berjalan.html pada 20 Mac 2009.
10 Jika scroll ke bawah sedikit dalam artikel yang sama, kita akan nampak imej ini.
11. Hmm, fokus kepada gadis baju hijau.
12. Jom besarkan gambar.
13. Eh, bukankah itu Dyana lagi?
14. Lagi satu.
15. Gadis yang sama, bukan di majlis seperti yang dijelaskan dalam Kenyataan Akhbar Dyana Sofya dan DAP pada 27 May 2014. Tidak, ini RAPTAI Majlis PERKASA lama selepas itu.
16. Ini Aturcara Majlis.
17. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP lain tahu tentang Majlis yang ini?
18. Kenapa Dyana hadir RAPTAI? Bukankah ini bermakna dia betul-betul aktif dalam Perkasa, dan bukan sekadar "ibunya minta datang untuk tolong daftarkan ahli".
19. Ini bukan Majlis daftar ahli!
20. Lihat Dyana. Dia memakai tag kuning. Ini kelihatan seperti tag rasmi penganjur. Maknanya dia aktif dalam Perkasa.
21. Adakah Dyana menipu lagi? Mengapa dia hanya mendiamkan saja perkara ini, dan hanya menjawab seolah-olah penyertaannya dengan Perkasa hanya setakat satu Majlis Pendaftaran Ahli itu saja?
22. Adakah Dyana sebenarnya Aktivis PERKASA?
23. Mohon sahabat-sahabat press yang sempat ber'press conference' dengan Dyana tolong tanyakan ini.
24. Anda boleh buat research sendiri di link yang saya berikan. Cepat sebelum macai Pakatan buat aduan pada blogspot untuk padamkan blogsopt perkasa itu.
[gambar-gambar ini kita kenal siapa jurukameranya. Malahan Minaq Jinggo mungkin ada di Teluk Intan! Jika ada jurukameranya, maka gambar ini malah boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Jadi INI BUKAN GAMBAR PALSU ATAU FITNAH]
Seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh. "Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini. "Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas hari ini. Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.
Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu. Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya. Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.
Walaupun PM DS Najib Tun Razak berada di China selama 6 hari dalam lawatan sempena hubungan Malaysia- China selama 40 tahun , tetapi beliau tiba juga pagi ini di bumi Perak bagi ziarah jenazah Al Marhum Sultan Perak , Sultan Azlan Shah .
Program lawatan beliau pagi di China akan diwakili Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Tun Hussein dan sejurus selepas ziarah jenazah , beliau akan terus berangkat semula ke Beijing .