SABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.
Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.
Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.
"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.
Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.
Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.
"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.
Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.
Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.
"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.
Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.
Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.
Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.
"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.
Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.
Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.
SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak "marah" jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.
"Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira," kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini. sinar
Najib disambut oleh murid-murid sekolah ketika sampai di Pantai Merdeka
Haha... saya tak marah!... sebab selepas PRU13 saya akan jadi ketua pembangkang pulak.
SAWAH SEMPADAN – Seorang pembonceng dan penunggang motosikal parah di kaki, dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di jalan ban lintang di Blok Q, Sawah Sempadan, Tanjong Karang, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi tu membabitkan sebuah motosikal yang ditunggangi dua beradik perempuan merupakan pelajar sekolah menengah dan sebuah lagi motosikal penjual sayur.
Menurut orang ramai di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi dua beradik terbabit, yang dalam perjalanan dari Sawah Sempadan untuk ke sekolah yang terletak di Seri Tiram Jaya, cuba mengelak lubang yang terdapat di jalan tempat kejadian sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal penjual sayur dari arah yang bertentangan.
Kejadian menyebabkan pembonceng motosikal yang ditunggangi pelajar terbabit mengalami patah sebelah kaki hingga terkulai, walaubagaimanapun penunggangnya yang merupakan kakak kepada mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Manakala penunggang motosikal penjual sayur terbabit yang dalam perjalanan untuk menjual sayur di sekitar kawasan itu turut parah di kaki akibat dirempuh oleh motosikal pelajar terbabit.
Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Tanjong Karang oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian bagi menerima rawatan selanjutnya.
Berdasarkan penduduk sekitar yang ditemui, mereka berharap pihak-pihak berkaitan dapat segera menyeleggara jalan tersebut bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang. Ini kerana, jalan tersebut telah menjadi laluan utama untuk mereka yang tinggal di sekitar Sawah Sempadan pergi ke kedai dan menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah yang terletak di Seri Tiram Jaya.
Rakan kongsi firma guaman, Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai pertubuhan sah.
Ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong berkata surat itu bagi meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili pertubuhan itu membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.
"Suaram terima berpuluh-puluh juta dan firma guaman ini seperti grand design untuk tutup kegiatan ini dan bagi memburukkan negara serta berniat jahat.
"Zain & Co yang berpejabat di Jalan Tun Perak juga memperoleh kontrak besar daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Kenapa Grand design kerana surat ini ditandatangani rakan kongsi syarikat guaman itu, Amir Hamzah. SUARAM bukan badan berdaftar, tidak sah tapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM adalah badan sah melalui Suara Inisatif tetapi tidak kata sendirian berhad.
Pendedahan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembagunan 2013 Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, semalam.
Choo Keong turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.
"Rakan kongsi firma itu, Amir Hamzah terlibat dalam kegiatan Majlis Peguam dan keadaan ini kritikal kerana ia berlaku dalam negara ini dan membabitkan firma guaman yang besar," katanya.
Beliau meminta Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap peguam itu kerana tidak profesional.
Choo Keong juga mempersoalkan kenapa Peguam Negara belum memutuskan sama ada siasatan terhadap SISB mempunyai bukti kukuh dan boleh dihadapkan ke mahkamah atau tidak kerana kertas siasatan sudah lebih sebulan dihantar.
Sementara itu, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kes itu akan diputuskan selepas Peguam Negara memperoleh kertas siasatan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS)
"Peguam Negara kata nak tunggu siasatan ROS baru tindakan bersama diambil (terhadap SISB), alasannya kerana ada hubung kait antara SISB dan SUARAM. Siasatan terhadap SUARAM dilakukan ROS dan ia bukan bawah kementerian ini," katanya.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati perniagaan SISB babitkan kegiatan seperti latihan, program pendidikan, perunding dan perdagangan (trading).
"Bagaimanapun dagangan membabitkan penjualan kemeja t hanya 0.06 peratus daripada kesuluruhan pendapatan syarikat itu dan ia sesuatu yang menghairankan, manakala semua punca pendapatannya daripada dana asing," katanya.
Perak yang dulunya kaya dengan bijih timah, kini dikejutkan dengan penemuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk emas.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang memiliki deposit emas yang berdaya maju.
Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian terperinci berhubung penemuan tersebut.
Menurutnya, satu laporan penuh perlu dibentangkan bagi memastikan kawasan yang dimaksudkan benar-benar berpotensi untuk dikomersialkan ataupun sebaliknya.
"Kita nak tengok juga sama ada kawasan itu ada banyak atau sedikit sahaja longgokkan emas dan kawasan itu kita telah pun kenal pasti, tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum, takut timbul pula masalah lain kelak.
"Setakat ini, kita serahkan jabatan berkaitan menjalankan kajian potensi itu dahulu dan kita tengok hasilnya nanti," katanya di sini, semalam.
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Pada Ogos 2009 lalu di Teluk Intan, Zambry dalam kenyataannya turut mengandaikan Perak mungkin muncul sebagai negeri pengeluar emas terbesar di negara ini berikutan kajian mendapati beberapa kawasan di negeri ini memiliki logam berharga berkenaan.
Katanya, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah setapak lagi untuk mengadakan kegiatan perlombongan emas bagi menggantikan industri lombong bijih timah yang menjadi kebanggaan Perak sejak beberapa dekad lalu.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan perbincangan bagi melakukan rombakan semula kategori bahan mineral, galian dan logam yang terdapat di Perak.
"Kita lihat setiap bahan itu perlu diperhalusi dan dikategorikan mengikut spesifikasinya yang betul bagi mendapat pulangan sebenar mengikut harga pasaran.
"Dulu kita guna istilah yang terlalu umum iaitu galian, sama ada bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas, sedangkan ia berbeza royalti dan premiumnya.
"Justeru itu, kita rasa perlu diperhalusi serta dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu dengan menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral," katanya.
Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan pelbagai masalah dihadapi dari segi bayaran premium daripada pengusaha terlibat. P/S: Ternyata allah lebih memberkati kepimpinan BN!!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.
Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).
Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.
"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.
"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.
"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.
Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.
"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.
Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.
"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.
Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.
"Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?
"Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya.
The story PAS-DAP's Verbal agreement regarding the situation if Pakatan Rakyat manages to rule has been spread, it is where PAS and DAP would ensure that Anwar would never become Prime Minister for too long. It might be even shorter than two years.
New source told that according to calculations, PAS and DAP would only provide two months for Anwar to be at Putrajaya before sending him back to jail.
This agreement was made between PAS and DAP because they are well aware on who Anwar really is and they cannot have him as a leader.Moreover, without Anwar, at least their power would not have to be split into three, instead, only two, PAS and DAP.
2008 GE showed DAP winning 28 seats and PAS 23 seats, that shows us that DAP has more over over PAS.
As for GE13, DAP is determined to compete with more seats, adding 43 more seats, making it 90. But this matter was denied by DAP who stated that the party would only compete for 60 seats compared to PAS 66.
Their denial seems to raise doubt considering their persistence in putting Malay candidates for the coming GE, thus, leaving even smaller chance for PAS. Knowing how kiasu and racist DAP is, the party would never let itself controlled by other parties, especially PAS, the party which represents Malays.
Looking at this scenario, PAS might not be able to surpass DAP in about every angle including number of seats, the ability to go against DAP as well as to manage. That is why, DAP can easily put PAS aside and appoint their leader as Prime Minister.
We cannot see how Hadi Awang could fight against the cunning Kit Siang, he cannot even fight against Anwarinas in PAS. Hadi Awang is more of a symbol instead of a real President. He even often leave his responsible to chair meetings to other people and he would only be around for the opening and closing.
If Hadi Awang is a symbol, then Nik Aziz is just a mascot to promote the image of Ulama. This mascot should be used as their 'logo' even though he is just too old to do anything. It is clear that Nik Aziz's existence in PAs is not to lead but to be held by others' hands as he walks. To where he walks, that is up to those who holds his hand.
With this sad fact, how could PAS go against DAP and ensure that all the vital posts would go to them?
Thus, the certain scenario which would happen if PR takes over the government would be Anwar becoming the Prime Minister for just about two months before the post is taken over by DAP, while PAS would become their puppet Deputies, ot they might not get any posts at all.
So DAP would then proceed with their agenda to eliminate Malay rights, Royal constitutions, Royal Malay Regiment as well as turning Malaysia into a secular country as soon as they can.
Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.
Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam, beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.
Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.
Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang, maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.
Dengan kata lain, negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut.
Berikutan itu, atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun.
Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Tanpa perlu mendesak, menyaman atau mengugut, mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.
Selain Pahang, negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.
Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.
Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Bezanya, di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.
Namun di Pahang pula, limpah kurnia rezeki dari Allah s.w.t ini InsyaAllah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.
PENEMUAN rangka manusia 'Lelaki Perak' di Lembah Lenggong, Perak pada tahun 2001 menarik perhatian dunia. Rangka manusia ini berusia 11,000 tahun .
Saya pernah mendedahkan dalam artikel Melayu Bukan Pendatang di SINI bahawa manusia yang mendiami bumi Malaysia ini adalah ibu segala bangsa. Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeology Global atau Global Archeological Research (CGAR) di Universiti Sains Malaysia baca SINI telah menemui kesan tamadun purba di Bukit Bunuh, Lenggong. Sementara itu Dr Stephen Oppheimer Pakar Genetik University Oxford mendedahkan "Peradaban agrikultur Indonesia dan Malaysia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia," dengan tapak penanaman padi tertua di dunia ditemui di tepi tasek purba Lenggong, Perak! Rujuk SINI
Team Dr Mokhtar Saidin dari USM di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah di mana hasil usaha Dr Mokhtar dan team dari USM selama 25 tahun telah berjaya membuktikan bahawa Lembah Lenggong adalah pusat bermulanya peradaban dunia. Dalam kajian arkeology, peradaban manusia diukur melalui aktiviti pertanian dan/atau penanaman padi (contoh di Lenggong, Perak, Malaysia) bagi membuktikan kehidupan bermukim (sedentary lifestyles). Maknanya leluhur manusia Melayu proto yang mendiami Bukit Bunuh, Lenggong 1.83 juta - 1,700 tahun dahulu sudah bertamadun kerana penemuan peralatan kapak genggam, workshop menempa logam dan bukti penanaman padi di tepi tasek purba di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak! Lelaki Perak yang ditemui berusia 11,000 tahun! Melayu bukanlah Pendatang di Malaysia seperti dakwaan pembangkang . Rujuk SINI dan SINI.
Keberadaan manusia di Lenggong itu melepasi beberapa zaman dari zaman Paleolithic (dibuktikan dengan penemuan kapak genggam). Hujan meteorite yang menjunam jatuh pada 1.83 juta tahun dulu telah menahan dan mengubah aliran sungai sehingga mengekalkan artifak zaman Palaeolithic di Bukit Bunuh. Kapak Genggam yang ditemui di Bukit Bunuh adalah yang tertua ditemui di luar Afrika. Inilah bukti tertua bahawa manusia sudah berada di Asia Tenggara dan Asia!
Letupan katastropik gunung berapi Toba sekitar 70,000 b.p. tahun dulu menyebabkan tertimbusnya workshop tertua menempa logam di Asia itu. Tinggalan arkeologi workshop ini boleh didapati di Kota Tampan. Workshop lain didapati di tempat yang berusia 200,000-100,000 BP adalah di Bukit Jawa, 40,000 BP di Bukit Bunuh dan 1000 BP di Gua Harimau dan bukti leluhur Melayu proto sudah berada di Lembah Lenggong di Zaman Logam. Lelaki Perak adalah lelaki tertua yang ditemui di Asia Tenggara. Karbon dating menunjukkan usia Lelaki Perak sekitar 10,120 BP (11.000 tahun) dan diidentifikasikan sebagai Australomelanesoid, iaitu manusia yang mendiami Asia Tenggara zaman Pleistocene dan awal Holocene.
Situs perkuburan pre historik didapati di Bukit Kepala Gajah iaitu di Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar and Gua Kajang. Inilah bukti secara berperingkat bahawa manusia iaitu leluhur bangsa Melayu sudah mendiami kawasan ini dan penemuan ini tiada bandingannya di Asia.-Terjemahan artikel UNESCO oleh penulis.
Berita dari News Straits Times dan Kosmo 31 Oktober 2012
Prof Mokhtar Saidin, the director of the Centre for Global Archaeological Research (CGAR) at Universiti Sains Malaysia, could not help but heave a sigh of relief at the culmination of more than 25 years of hard work.
"I've had sleepless nights and yesterday was one of the most anxious days in my life," he said, following the announcement by Minister of Information, Communications and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim yesterday.
Mokhtar was a member of the archaeological team which discovered the paleolithic site in Lenggong Valley and the Perak Man, which was unearthed in 1991, the first complete human skeleton so far discovered in Southeast Asia.
BUKIT MERTAJAM – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Lembah Lenggong yang terletak di Hulu Perak, Perak sebagai Tapak Warisan Dunia kelmarin.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penemuan rangka manusia purba iaitu 'Lelaki Perak' yang ditemui pada 2001 dan 'Wanita Perak' pada 2004 di kawasan terbabit menarik perhatian UNESCO dalam menyenaraikan kawasan tersebut sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.
"Pengiktirafan itu merupakan satu kejayaan paling membanggakan buat kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.
Rujukan
UNESCO Lembah Lenggong Warisan Dunia (Kosmo 31 Oktober 2012)
anakbukitgantang
gambar ehsan Tengku Fauzan -salah seorang team Dr Mukhtar.
Papers today reported how a legal firm, Zain & Co had worked alongside SUARAM to bring down the government which was chosen through a democratic process. Partner of the firm, Amir Hamzah was claimed to have signed a letter confirming that SUARAM is a legitimate organization to convince those French lawyers so that they would represent the organization in the Scorpene issue. The shocking thing about this firm is that it has been receiving a lot of legal contracts with Malaysian government. Thus, what this firm has done is not just treason to the country, they also committed treason to their clients. For a person who does not know much about politics, they would not think the headline I wrote is too much, based on newspaper reports. But, for those who are aware of Malaysian politics, the headline which I had chosen is simply funny. This is because, how can we demand the Bar Council to take actions against Zain & Co. for working with SUARAM to bring down the government when the Bar Council itself is a part of the same plan? No one can deny that Bar Council has always been biased and unprofessional when it comes to issues involving Malaysian government. For example, in the BERSIH demonstration issue, a few watchdogs revealed how Bar Council decided that police had used brutality with only evidence which benefits the opposition. While evidence provided by the police never really caught their attention. This attitude in a way supported the opposition's accusation for saying that Malaysian police are corrupt and that they do not have any integrity. But, their weird thing is, those points somewhat had given more points to the opposition. Things get worse when the Bar Council did not even show any interest in handling issues involving their problematic members such as those who cheated their clients, slow and was involved in criminal cases. The worrying part is, they are supposed to take actions against those people because it has always been their responsibility to seek for justice! The fact is, the actions committed by Zain & Co. is not a small matter. If no actions are taken against them, this would prove that there is something wrong either with the system, someone, or bodies that are responsible in this country's legal industry.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menyembelih haiwan amat mudah jika kita tahu cara-cara dan tekniknya, sedih melihat setiap kali menyambut hari raya korban, lembu dan kambing terseksa sehingga terbeliak mata kerana diseksa oleh manusia seperti mengikat dan meregang tali sekuat-kuatnya dihindik, dipijak, ditekan dengan kayu dan sebagainya.
Akhbar hari ini melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi. Rakan kongsi firma tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.
Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia. Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.
Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.
Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan. Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?
Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia. Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.
Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti. Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.
Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.
Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.
Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil. Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.
Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaras kan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antara bangsa Melaka (MITC) di Melaka Rabu.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Bernama melaporkan beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- 31/10/2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Majlis penyerahan lembu kedua pada hari Jumaat Masjid Kg Expo ( gambar dari fb Khalid Zan)
Penyerahan lembu korban bukan untuk buat kenduri
Akad
Cerita panas seperti kehilangan lembu di masjid Kampung Expo sehingga tok penghulu Azam buat repot polis pada malam Jumaat.
Kisah lembu dicuri oleh Umno riuh sampai ke mimbar Masjid Kg Expo. Selepas selesai khutbah solat sunat aidil adha, Tok Siak merangkap AJK Masjid Pak Mat Kastam Pencen telah membuat pengumuman kepada makmum, kata Pak Mat Kastam Pencen;
"Pihak masjid telah terima lembu kerajaan dalam jam 12 malam , lembu diikat dan diberi makan tetapi lembu itu hilang dari masjid pada jam 2.00 pagi. Saya pergi buat repot polis dan bila balik saya lihat lembu ditambat di bilik gerakan gerak gempur Umno Kamunting Jaya, kalau nak lembu minta, kalau tuan-tuan tak percaya boleh pergi tengok , lembu itu kita punya, kalau nak minta lah. bukan kita tak boleh bagi tapi mintalah. "
Cerita nya bermula apabila surat daripada YB Zahir kepada Penghulu Azam supaya pergi IPD untuk majlis akad dan penyerahan lembu.
Setiausaha Masjid sorok surat dan tak bagi kepada Penghulu Azam. ia seakan-akan Pas Kpg Expo tak suka dan tak mahu lembu yang diberikan oleh YB Zahir untuk buat korban.
Pada hari penyerahan Ketua Umno Kg Expo Saudara Muhd Radhi yang ada pada majlis tersebut telah menerima akad bagi pihak masjid. [sebelum ini pun Radhi pernah menerima wang moreh bagi pihak masjid tetapi bila Radhi serah sendiri kepada masjid mereka terima dan buat kenduri berbuka puasa, ramai juga orang Umno hadir untuk majlis berbuka dan moreh, tetapi muka Pas tak nampak masa makan moreh selepas maghrib , akan tetapi mereka pulun makan gulai ayam selepas selesai solat terawikh 8 rakaat]
Pada malam raya lori telah menghantar lembu tersebut ke masjid, tetapi diarahkan oleh Radhi supaya jangan serah kepada masjid sebab tak ada akad penyerahan kepada pihak masjid. Pada jam 2.00 pagi lori tersebut sekali lagi ke masjid dan mengambil lembu untuk diletak ditempat lain. tempat yang sesuai ialah di khemah kawalan malam gerak gempur Taman Kamunting Jaya.
Pak Mat Kastam Pencen si tok siak memanglah bengkeng orangnya. Tak sepatutnya dia mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa. Dia si tua kutuk ini sepatutnya merujuk kepada Penghulu Azam, kerana segala salah faham telah di perjelaskan kepada beliau oleh PA Zahir.
Dia tahu lembu tersebut YB Zahir yang bagi tetapi dia tak sebut nama YB sebaliknya sebut lembu kerajaan. Apa hina sangatkah kerajaan dan nama wakil rakyat ( Zahir) . Pak Mat Kastam patut sedar dia itu hidup makan pencen kastam. semasa dalam tugas pakai kereta besar dan miliki banglo besar dua tingkat di Kg Expo.
Kecoh jugalah hari Jumaat lepas. Bagaimana pun Penghulu Azam telah pergi ambil lembu tersebut pada hari tersebut dan bawa balik ke masjid. Hj Ibrahim memaklumkan bahawa pihak Pas Kg Expo ambil lembu bukan untuk tujuan korban seperti yang diamanahkan dalam akad tetapi pihak mereka telah buat kenduri untuk makan anak bini mereka
Blog yang tengah panas di Taiping, Ia menceritakan jamuan raya korban Dato Malik berbincang nak jatuhkan Dato Shalimin.
Ramai yang menghubungi Taipingmali bertanyakan tentang blog Taiping Aman Jaya. Blog politik milik Pas Taiping ( orangni blogspot) telah pun meletakkan link diblognya dan tak pasai-pasai mengaitkan dengan nama taipingmali.
Pada Isnin lepas hanya terdapat 2 posting, tetapi hari ini dah tinggal satu. Paling syok ialah dalam ayat di bawah ada menyebut "kami ada video" kalau ada elok lah di siarkan di youtube, biar semua orang tengok , apa nak sorok dan apa nak takut.
Taipingmali pun nak tengok, Shalimin dan Zahir pun nak tengok juga, bahkan Dr Zambry dan Muhyiddin pun berminat nak tengok.
Bagaimanapun esok taipingmali akan cuba menghubungi 5 nama yang disebut di atas untuk mencari penjelasan.
Taipingmali juga akan berjumpa dengan Dato Malik untuk minta penjelasan beliau.[ jika beliau ada di dalam kawasan].
Bila dah dapat maklumat yang sebenar dari 6 individu di atas barulah boleh sahkan siapa pemilik blog ini.
Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama. Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.
Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.
Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali. Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.
PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90. Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.
Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS. Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.
Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir. Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.
Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya. Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar. Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.
Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej 'Ulama'. Maskot ini terus digunakan sebagai 'logo' walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi. Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan. Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.
Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?
Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP, manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.
Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters' focus on their planned policies to the purported expose' of wrongdoings in ruling BN.
With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.
If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.
But the most important thing here for the oppositions is that voters would forget to ask their policies and how they would rule if given the chance because these voters are busy watching how the oppositions grill
Ministers on the issues raised. Smart and shrewd, the oppositions have in fact managed to divert the focus of voters from the real issues to the 'make believe world of 'blunders and abuse of power' in BN administration.
Voters already forgotten about the shadow cabinet the oppositions are supposed to announce so that voters know exactly what they will be getting if they vote the oppositions in power.
Anwar Ibrahim, the de facto chief will not announce the shadow cabinet line-up fearing that this would affect the oppositions' chance of being voted into power, he assumes probably.
Firstly, the shadow cabinet he has would comprise old veterans, the likes of Karpal Singh and Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat, and he himself as well as the old veterans in his party PKR. Secondly the line-up would reveal clearly cronyism and family dynasty such as Lim Guan Eng, Nurul Ezah and Karpal's sons and not to be missed Anwar's crony such as Azmin Ali and few others.
In short, announcing the shadow cabinet would 'turn off voters' as the young voters are looking forward to young fresh faces who are intellectuals, honest and wise.
The 'tastes' or criteria for people's representatives have changed the scenario and political outlook and the young voters, comprising some 3 million, are no longer 'limited to those who can talk' but more importantly those who are honest and talk with intelligence.
Forget about Hudud laws and racial debates, they want development that can benefit them in their daily life and families, Islamic state or not, so long they can live peacefully and harmoniously as well as earn a living that can give them and their families a comfortable life.
They are no longer taken in or attracted with the loud talks and promises that have no basis because they are more knowledgeable than the elder politicians assume. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menteri Besar Kelantan, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Kata Nik Aziz, soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang.
Entahlah setakat mana tajamnya pemikiran Nik Aziz kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan, hakikatnya beliau hanya lebih banyak berceramah politik siang dan malam berbanding kerja buat untuk kebajikan rakyat jelata.
Malah dalam banyak mesyuarat Exco Negeri yang penah dipengerusikannya, beliau lebih banyak mengangguk dan sesuka hati tandatangan itu ini tanpa mendalami dan memahami sesatu perkara berbanding menyumbang buah fikiran yang bernas yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat.
Pendek kata, hadirnya Nik Aziz dalam Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar sebagai simbol keramat hidup untuk kepentingan politik PAS disamping memanaskan kerusi MB sahaja sambil makan gaji buta.
Dalam pada itu, keeengganan Nik Aziz untuk berundur dari dunia politik yang sudah mendarah daging dalam dirinya sejak lebih 4 dekad lalu itu juga sebenarnya tersirat satu matlamat lain.
Ada ura-ura mengatakan, wujud perancangan dari pihak tertentu dalam PAS untuk meletakkan Nik Aziz bertanding di peringkat Parlimen sebagai persediaan kononnya untuk menjadi Perdana Menteri gantian selepas Ketua Umum PKR.
Misal kata PR berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat, Anwar Ibrahim dikatakan cuma akan menjadi PM untuk selama dua bulan sahaja, selepas itu pemimpin PR yang lain akan memaksa Anwar supaya meletakkan jawatan dengan ancaman pendedahan skandal peribadinya.
Bagi sesetengah pemimpin PAS, mereka melihat Nik Aziz sebagai calon yang serasi untuk menyatukan kelompok pemimpin dalam PR walaupun sebenarnya dari segi hal urus tadbir, beliau sebenarnya agak naif.
Selain Nik Aziz, calon lain yang dikatakan berada dalam posisi berhak untuk menyandang jawatan PM ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Mungkin ura-ura tersebut hanyalah sekadar gossip-gossip pilihanraya buat penyedap halwa telinga, namun bila dilihat pada nafsu duniawi Nik Aziz yang masih kemaruk untuk bergayut pada kuasa, tak mustahil memang benar orang tua haprak itu pun sebenarnya memang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.
Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam, beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.
Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.
Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang, maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.
Dengan kata lain, negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut.
Berikutan itu, atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun.
Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Tanpa perlu mendesak, menyaman atau mengugut, mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.
Selain Pahang, negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.
Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.
Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Bezanya, di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.
Namun di Pahang pula, limpah kurnia rezeki dari Allah s.w.t ini InsyaAllah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya Automated Enforcement System ni banyak menimbulkan isu dan bantahan dari pelbagai pihak. Hinggakan YB Rembau Khairy Jamaluddin mewakili Pemuda UMNO menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem tersebut dan menyemak serta menilai secara total sistem AES itu sendiri. Jadi bertiuplah angin kencang ke sana ke mari mengatakan yang AES akan ditangguhkan, ade pulak orang macam Mahfuz terus cakap mcm orang tak sekolah, suruh takyah bayar saman pulak dah (ini mesti balik kampung haritu kene tangkap AES 5-6 kali)
MyMassa sebenarnya menyokong usaha murni kerajaan untuk melaksanakan sistem AES.
Setiap tindakan dan perkara yang dilaksanakan pasti ada sebab musababnya. Idea sistem itu sendiri sebenarnya ialah untuk meningkatkan kesedaran serta ciri-ciri pemanduan berhemah yang sepatutnya ada dalam pemandu-pemandu di Malaysia.Melalui post entry semalam, MyMassa telah menunjukkan satu kes kemalangan yang melibatkan Tian Chua dan seorang anggota ASKAR MELAYU yang terkorban, kawasan itu kini telah dijadikan kawasan AES beroperasi. Kawasan-kawasan yang diletakkan AES sebenarnya kawasan yang berisiko tinggi, dan telah banyak memakan nyawa. Jadi bila AES diletak disitu, ia menjadi mata-mata pihak berkuasa untuk memantau serta mengurangkan risiko kemalangan jiwa.
AES ini sebenarnya menjadi satu isu kerana tahap kesedaran keselamatan jalan raya yang rendah dalam diri pengguna jalan raya di Malaysia. MyMassa sendiri pun kurang jelas mengenai peraturan keselamatan jalan raya secara total. Jadi, apa yang MyMassa boleh cadangkan ialah, cuba kita kaji dan selidik mengenai peraturan jalan raya. Kalau adalah anggota JPJ yang terbaca entri ni, cuba adakan kempen-kempen yang menerangkan kegunaan serta kebaikan AES ni pada kesemua pengguna jalan raya sebelum dilaksanakan sistem AES tersebut. Mesti pengguna-pengguna jalan raya sedar mengapa dan atas sebab apa sistem AES itu dilaksanakan. Semuanya ialah untuk menjaga keselamatan serta menggurangkan risiko kemalangan jiwa.
Contoh Kempen
Contoh Kempen
Semasa perjalanan pulang dan balik Raya Korban yang lalu, berduyun-duyun pengguna jalan raya melanggar kesalahan lalulintas, antara favourite mereka ialah memotong menggunakan laluan kecemasan dengan kelajuan tahap kereta Formula One kat litar Sepang. Cuba bayangkan larat ke PDRM nak scout jalan-jalan satu Malaysia yang memang sesak time tuh. Disinilah AES memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan jadinya pelanggaran peraturan jalan raya yang berisiko mengakibatkan kemalangan jiwa. AES dapat menggurangkan jumlah penggunaan anggota dan seterusnya menjimatkan kos tenaga dan wang ringgit anggota trafik, serta meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya ke tahap optimum.
Pandu laju dan langar peraturan
Pandu laju di lorong kecemasan
MyMassa berpendapat, tangguh atau tidak program AES sebelum nak dilaksanakan sistem AES, haruslah dikaji dan dibentang kepada kesemua rakyat jelata Malaysia tentang fungsi, kebaikan serta keberkesanan sistem AES itu. Dan tak lupa, tingkatkan didikan terhadap kesedaran peraturan keselamatan jalan raya dalam diri pengguna jalan raya Malaysia. Dah lepas terang semua tuh, baru laksanakan secara berperingkat. Dan secara lazimnya, rakyat akan menerima perubahan yang diakui berkesan.Kemudian barulah pengguna-pengguna jalan raya (TERUTAMANYA YANG PUAK FUCKATAN TU) faham, dan tak boleh nak bersuara nak memekak lagi dah ye tak :)
Alhamdulillah, kalau diikutkan moto "Janji Ditepati" memang naiklah gaji golongan penjawat semua, untunglah seramai 1.3 juta orang di Malaysia nih. Makin ringanlah beban, membantu sedikit sebanyak dalam kos perbelanjaan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.
Nilai semula
"Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan," katanya.
Kerajaan pimpinan DS Najib ni memang sangat prihatin.
Ni Petikan KSN
"Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat"Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
CUEPACS sambut baik
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata ianya akan menerima sambutan menggalakkan serta melegakan penjawat awam.
"Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,"
Jangan risau Datuk, Kerajaan pimpinan DS Najib Razak memang sangat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam nih.
MyMassa harap kalau jadilah bende yang memang akan jadi ni. Moga semua penjawat awam akan menjadi lebih efisien dan bekerja lebih mantap untuk membantu pentadbiran, pembangunan, serta kesejahteraan negara. Anda semua penjawat awam merupakan tulang belakang Malaysia, tanpa anda siapalah Malaysia!
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
Gambar Pak Lah yang sedang tidur sering kali dijadikan bahan jenaka Blogger Pakatan Rakyat suatu masa dahulu. Tapi dalam tak sedar, Pemimpin mereka sendiri kaki tido!
Gambar diatas Mymassa sengaja kumpul nak tunjuk dengan pencacai PR gelagat pemimpin mereka yang kaki tido. Ni ke nak pimpin negara? hancur la jawabnya.
Mahfuz Omar mahu rakyat menentang AES dengan tidak membayar saman.
Bagi MyMassa, cadangan Mahfuz hanya menggalakkan rakyat melanggar undang-undang jalan raya yang seterusnya meningkat jumlah kemalangan terutamanya kemalangan maut.
MyMassa imbas kembali kejadian pada 13 Mac 2010, kenderaan yang membawa Tian Chua telah melanggar seorang ASKAR MELAYU yang menunggang motosikal hingga maut. Puncanya, kerana Tian Chua tergesa-gesa hendak mengejar program ceramah politik.
JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi. Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.
Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi. "Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.
Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila kenderaan seorang anggota politik pembangkang yang tidak menghiraukan peraturan jalan raya sehingga terbabas ke lorong bertentangan. Kini rakan politik pembangkang Tian Chua menggalakkan rakyat untuk melanggar undang-undang jalan raya. Berapa ramaikah yang perlu mati sebelum rakyat Malaysia menyedari kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya?
Lupakan kes Tian Chua dari PKR. Kita ambil contoh pemimpin DAP pula yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat. Satu lagi lokasi kamera AES.
Pelajar yang koma akibat dilanggar pemimpin DAP
ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010. Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit. Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis. Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.
Jika AES telah dilaksanakan, besar kemungkinan Ng Sue Lim akan lebih berhati-hati di persimpangan lampu isyarat. Tidakkah kes kedua ini menyedarkan Mahfuz Omar bahawa amat bahaya jika pembangkang mengajar rakyat melanggar peraturan jalan raya?
Kita tinggalkan kes dari dua parti pembangkang yang bukan dari parti Mahfuz dan fokus kes kemalangan yang melibatkan pemimpin PAS.
Kereta Camry milik Nizar Jamaluddin yang kemalangan
Tidakkah pemandu termasuk ahli politik akan lebih berhati-hati bila AES dilaksanakan sepenuhnya nanti?
Pendirian blog ini mudah. MyMassa menyokong AES tetapi ianya perlu dikaji semula supaya pelaksanaannya tidak boleh dipertikaikan lagi. Contohnya, penentuan lokasi kamera AES perlu disertakan dengan statistik kemalangan.
Sepatutnya ahli politik yang matang akan berhujah seperti Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy yang menyokong AES tetapi meminta ianya dikaji semula.
Itulah bezanya antara pemimpin Kerajaan yang lebih rasional dan intelek jika dibandingkan dengan Mahfuz Omar yang lebih bersifat emosi dan menghasut. Yang MyMassa pelik, sebebal-bebal Mahfuz, boleh pulak golongan bijak pandai dalam PAS melantiknya menjadi Naib Presiden PAS. *Sepandai-pandai golongan profesional dalam PAS, 'pandai' lagi si Mahfuz yang tahap SRP.
Bukan MyMassa saja-saja reka berita ni, tapi Malaysiakini yang laporkan.
Teknologi membran dimulakan di Shah Alam
Bagi menambah bekalan air negeri, Selangor akan memperkenalkan teknologi penapisan membran yang dipertikaikan kerajaan pusat di sebuah loji lamanya di Shah Alam yang ditutup 17 tahun lalu, sebagai projek perintis.
Exco negeri Xavier Jayakumar berkata, dengan kos antara RM50 hingga RM80 juta untuk baik pulih dan naik taraf, Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang ditutup pada 1995 itu dijangka dibuka semula dalam tempoh enam bulan.
"Ini merupakan antara daya usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknologi yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor," katanya.
Menurut Xavier, semua kos akan ditanggung kerajaan negeri.
Dalam kenyataannya hari ini, Xavier berkata, pembukaan semula loji itu akan menghasilkan air terawat sebanyak 50 hingga 100 juta liter sehari (mld) dan menampung lebih daripada separuh permintaan air tambahan di Shah Alam.
Katanya lagi, kerajaan negeri juga mengarahkan syarikat perunding untuk menyiapkan laporan dalam masa dua bulan bagi diteliti dan dinilai oleh Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi (Upen) Selangor. Loji air tersebut dibina pada tahun 1963 dan ditutup pada awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara tercemar di tahap 4.
Sementara itu, Xavier juga memberitahu sudah melawat loji itu di seksyen 13 bersama pegawai Upen, yang disertai pegawai dari Konsortium ABBAS, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan syarikat perunding.
Kalau benar Kerajaan Selangor berjaya perbaiki loji ini, maka pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS perlu menggunakan air ini kerana mereka jugalah yang mencadangkan supaya air tercemar digunakan sebagai sumber air mentah.
Jangan bila dah siap, Menteri Besar dan para Exco menerima air terawat dari sumber air yang tak tercemar tetapi rakyat yang terpaksa menggunakan air dari loji Bukit Jelutong.
MyMassa masih ingat, Kerajaan Selangor pernah mencadangkan penggunaan air lombong sebagai sumber air mentah. Dalam kajian UKM yang didedahkan MyMassa di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/gila-babi-pkr-selangor-suruh-rakyat.html), lombong di Selangor tercemar dengan radionuklid yang lebih bahaya daripada nadir bumi Lynas.
Nampaknya tak serik-serik Kerajaan Selangor nak bagi air tercemar untuk rakyat negeri ini. Siapa suruh ambil kaki tidur sebagai Exco. Agaknya semua cadangan pelik-pelik ni dia dapat dari mimpi kot.
*Pembangkang sibuk bantah LYNAS, tapi mereka sendiri yang nak meracuni rakyat dengan air yang tercemar.
Sumber: Sinar Harian, Rabu 31 Oktober 2012 mukasurat 23
Kengkadang nak tergelak lihat betapa terdesaknya fuckatan rakyat di Selangor cuba tutup kemaluan mereka dengan helaian surat khabar sambil mereka pusing keliling negara membogelkan aurat orang lain.
Tapi inilah yang terjadi pada UNISEL dibawah kepimpinan tokoh-tokoh keparat yang menerima nasihat dari seorang Punaisihat Ekonomi yang grednya universiti sekadar cukup makan...opss lupa punaisihat ni ada ijazah kedoktoran falsampah pluralisme dari Amerika!
Kununnya selepas mempraktikkan pendaftaran online, bilangan pelajar UNISEL naik stim mencanak-canak dan dikhuatiri UNISEL tak dapat menampung bilangan pertambahan pelajar untuk sesi pengajian 2013 akan datang. Kununnya lagi kaedah online ini telah berjaya menampung kemerosotan kemasukan pelajar tahun 2009 dan 2010 lalu. Fuh dahsat!
Salahguna duit kerajaan
Umumnya mengetahui, UNISEL sejak diselia di bawah kerajaan PKR mengundang banyak masalah terutamanya dari segi kewangan. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor didapati hanya menggunakan 58 peratus daripada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk pentadbiran dan pembangunan negeri.
Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang 30 hb November lalu menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus. Inilah akibat kurang penyelenggaraan dan aktiviti sedut pasir secara haram di Selangor
Manakala baki selebihnya 42 peratus adalah wang daripada Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) yang tidak dibelanjakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri tersebut. Sebaliknya ia disalahgunakan oleh regim Khalid untuk menyelamatkan UNISEL.
Namun cara haram mereka ini tetap gagal membangunkan UNISEL yang terus-menerus kerugian dan bermasalah. Asrama pelajar tidak dapat digunakan, gaji pekerja penyelenggaraan tidak dibayar berbulan-bulan namun kakitangan UNISEL boleh dapat bonus pulak.
UNISEL terus defisit dan rugi
Berdasarkan Laporan Audit 2011, UNISEL kerugian RM 37.63 juta pada tahun 2010, dan RM13.56 juta adalah melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi UNISEL.
Syarikat milik regim Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai pada tahun 2010 sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009. Manakala pendapatan PIYSB terus merudum dari RM91.41 juta pada tahun 2008 kepada RM89.35 juta (2009) dan RM71.82 juta (2010). Penurunan ini disebabkan bilangan kemasukan pelajar semakin berkurangan.
Tanggungan perbelanjaan PIYSB sepanjang tempoh sama pula meningkat daripada RM83.53 juta pada 2008 kepada RM95.78 juta pada 2009 dan RM102.87 juta pada 2010. Belanja lebih tinggi dari pendapatan maknanya UNISEL sering mengalami DEFISIT PERBELANJAAN iaitu RM6.43 juta pada tahun 2009 kepada RM31.05 juta (2010).
Laporan Audit 2011 juga menyatakan tanggungan atau bebanan atau bahasa mudahnya liabiliti PIYSB pada 2010 meningkat sebanyak RM439.17 juta berbanding RM381.58 juta pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM57.59 juta. Jumlah liabiliti semasa sebanyak RM124.87 juta berbanding pendapatan tahun 2010 menunjukkan PIYSB tidak mampu menjelaskan liabiliti semasa itu.
Antara pemiutang utama adalah pemaju, kontraktor dan penyenggara (RM263.6 juta); 'Bai Bithamin Ajil Debt Securities' – Affin Bank Berhad (RM150 juta) dan kerajaan PKR Selangor (RM73.31 juta).
Belum tawan Putrajaya lagi dah rugi dan membazir...
Lihatlah banyak duit rakyat dibazirkan, tapi hasil UNISEL mengecewakan. Adakah PKR nak sembunyikan skandal mereka pada rakyat. Ataupun duit UNISEL habis disonglap untuk tampung belanja bas mewah dan jet peribadi Anwar?
Masih belum cukupkah lagi duit haram berlambak-lambak hasil rumah perjudian, rumah urut dan rumah pelacuran di Selangor sehingga terpaksa membelanjakan wang peruntukkan penyelenggaraan jalanraya untuk UNISEL? Macam ni tokey-tokey belaan Ronnie Liu pun boleh bangkrap ma!
Mungkin Khalid Gagap akan cakap UNISEL rugi tahun 2010, tapi sekarang telah mencatatkan keuntungan sebab kerajaan negeri ada formula tersendiri yang akan menambah duit UNISEL. Mungkin harta UNISEL melambak-lambak boleh diapungkan untuk tampung pelajar belajar. Tidakpun formula lama digunakan; korek lubang tampal lubang...duit peruntukkan Kerajaan Pusat untuk bina jalan dialihkan untuk tampung kerugian UNISEL. Lepas tu dakwa kerajaan negeri pandai urus kewangan....hahaha. Kita tengok sajalah nanti.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan akhbar Bekas Pengerusi KCB sambil dijeling oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok
SUNGAI PETANI - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian.
Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD.
Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.
Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir Pas ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB. "Isu ini timbul ekoran kegagalan KCB, bukan dalam projek yang dibuat sewaktu saya jadi Pengerusi Eksekutif sebaliknya selepas mereka (kerajaan negeri) gagal melaksanakan projek pelaburan (pembalakan) di Papua New Guinea," katanya.
Mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya, katanya mengikut perjanjian, TMD akan membayar pampasan ke atas tanah persendirian termasuk di kawasan penempatan setinggan.
Baru-baru ini Azizan mendakwa empat projek yang dijalankan ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah gagal sehingga menyebabkan kerajaan negeri menanggung beban hutang yang banyak. Projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai International Park.- Bernama
Gambar di atas penjenayah yang mati ditembak Selasa lalu selepas menembak anggota polis hingga parah di Kelantan.
Syabas kepada @PDRMsia yang telah berjaya menembak mati penjenayah yang nekad menembak anggota keselamatan demi melepaskan dirinya.
Antara yang menarik isi ini ialah ucapan tahniah Kerajaan Negeri Kelantan kepada polis di dalam Harakah.
Ia tindakan yang wajar dipuji kerana ia memberi mesej kepada ahli Pas bahawa pengorbanan anggota keselamatan perlu dihargai. Selain itu jenayah sudah pasti akan bertambah buruk jika hubungan baik kedua pihak gagal diwujudkan. Apatah lagi Kelantan negeri yang tinggi kadar jenayahnya disebabkan faktor sempadan dengan Thailand.
Sebelum ini anggota polis sering dihina dan dikutuk pembangkang jika berlaku kes kematian penjenayah menampakkan kekeliruan pembangkang untuk meraih populariti dengan membawa isu yang salah.
Kerana itu jangan menghina anggota polis yang bertugas dalam keadaan berdebar dan berdepan sepanjang masa dengan bayangan Malaikat Maut.
Mereka tidak meminta pujian melangit namun jangan menghina peranan mereka yang sanggup gadai nyawa demi negara.
Bukan gadai agama seperti kalimah Allah atau negara dengan menerima dana asing demi kuasa seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan dan konco-konconya.
KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
"Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
"Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
"Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
"Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
"Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami," katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
"Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
"Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak," katanya.
Siapa kata pelaksanaan AES hanya merugikan rakyat semata-mata kerana apabila gambar diambil dan kemudian saman dikeluarkan???
Adakah rakyat sedar betapa pentingnya AES demi mendisiplinkan para pemandu kenderaan di jalanraya hari ini???
Adakah rakyat sedar tentang statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan lebuhraya, jalan persekutuan, jalan bandar, jalan luar bandar dan sebagainya disebabkan kecuaian pemandu???
Pada dasarnya, sistem AES ini amat baik tetapi adakah lokasi serta halaju yang ditetapkan praktikal di sesebuah lokasi?
Rata-rata rakyat Malaysia selaku pengguna jalanraya merungut tentang pelaksaan sistem AES terutamanya di lokasi yang tidak sesuai dan dianggap merepek dengan kelajuan yang tidak munasabah.
SL berikan contoh Lokasi AES yang SL gunakan hampir setiap hari selama hampir 14tahun :- 1. Lebuhraya PLUS diantara susur keluar tol Bangi ke susur keluar tol Kajang berjumlah 3 lorong. 2. Sejarah kemalangan di kawasan berkenaan sejak 10 tahun kebelakangan - TIADA 3. Halaju yang ditetapkan dikawasan berkenaan adalah 90km/h. 4. Lokasi kamera AES dipasang pada lokasi menuruni cenuram. 5. Secara logik akal : pada kenderaan yang menaiki cenuram lebuhraya pada kelajuan 90km/h, sudah pastinya akan menuruni cenuram pada halaju melebihi 90km/h sekiranya pedal minyak ditekan secara konsisten. 6. Semestinya sebaik sampai berdekatan dengan lokasi kamera, ada kenderaan yang terpaksa brek mengejut dan membahayakan kendaraan lain (pernah beberapa kali berlaku 'near miss' accident) 7. Jumlah kenderaan yang melalui lokasi tersebut lebih tinggi terutama pada waktu 5.30ptg - 7mlm bagi pengguna-pengguna yang ingin mengelakkan kesessakan lalulintas di Bandar Baru Bangi.
Pada SL, sesuaikah untuk lebuhraya 3 lorong pada kelajuan 90km/h tiada statistik direkodkan sebagai lokasi kemalangan tinggi di pasang kamera AES terutamanya apabila turun bukit???
SL pernah menemubual beberapa pengguna Lebuhraya PLUS tentang sesuaikah dipasang kamera AES di lokasi berkenaan pada awal operasi.
Jika melihat video di bawah nampak jelas beza antara langit dan bumi antara seorang ilmuan bernama Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus dengan Jeming Hassan (duduk tengah atas kerusi)
Siaran ini telah disiarkan secara streaming di UTTV UStream.Dengan Wan Ahmad Fatihi sebagai moderator.
Sekali tengok golongan pertahan Nik Aziz yang menjadi teraju utama kempen Royalti 'R' ini tidak ada apa yang salah kecuali nampak agak rock penampilannya.
Tetapi bila tengok gambar ini
Kita nampak semakin keliru pegangan akidah orang yang mendokong perjuangan R dan kewahabian pemimpin PAS ini.
Untuk mengikuti perbincangan hangat ini sila layari video di bawah :
Tiga pokok perbincangan iaitu penghinaan Nik Aziz terhadap Nabi yang memanggilnya orang kampung, isu Allah bersila lendik atas Arasy dan juga isu Nik Aziz wahabi.
Bab wahabi bukan masalah fekah tetapi masalah akidah. Diulangi sekali lagi isu Wahabi isu akidah bukan fekah.
Keberanian Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus wajar dipuji dan mempertahankan kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan untuk memecah belahkan umat tetapi mengelakkan perpecahan lebih besar melanda umat.
Dengan melihat kedudukan beliau yang juga aktif menghentam Kickdefella http://jeminghassan.blogspot.com/ selain kuat mempertahankan MB Kelantan secara halus ternampak kaitan beliau dengan Husam Musa.
Projek royalti minyak ialah projek Husam Musa dan Jeming Hassan tidak mustahil disuruh untuk mempertahankan Nik Aziz dan juga perjuangan PAS yang makin dihakis selepas pendedahan pemimpinnya yang mengikut fahaman Syiah Wahabi semakin diketahui ramai.
Akhir sekali bila dilihat topeng Vendetta yang bangga dibawa oleh JH ini, nampak satu lagi kekeliruan Jeming Hassan. Adakah beliau pengikut setia Hishammuddin Rais Tukar Tiub ? Mari kita kaji lagi selepas ini.
Sudah tentu para penyokongnya tidak akan setuju bila dikatakan bahawa persepsi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap DAP sangatlah bercelaru. Tetapi pada hakikatnya yang bercelaru bukan sahaja persepsi beliau terhadap DAP, malah keseluruhan hubungan Pas dan DAP sudah penuh dengan kecelaruan sehingga hala tuju perjuangan Pas sekarang sudah semakin tidak tentu arah.
Banyak prinsip perjuangan asal Pas sekarang telah dikompromi sama ada sebagai sebab atau akibat daripada kecelaruan itu. Cita-cita untuk mewujudkan negara Islam sekarang seakan-akan sudah dilupakan. Pelaksanaan aspek-aspek tertentu berkenaan syariat Islam di negeri-negeri yang Pas turut berkuasa, khususnya Selangor dan Pulau Pinang, dirintangi oleh DAP dengan pelbagai helah dan cara. Kepentingan Islam dan Melayu yang untuk sekian lama menjadi pedoman utama atau lambang obor perjuangan Pas sekarang sudah "di-PR-kan" atau dikaburi oleh "semangat Pakatan Rakyat".
Kecelaruan itu membimbangkan banyak pihak yang simpati dan prihatin dengan prinsip asal perjuangan Pas seperti digagaskan oleh Ahmad Fuad, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Profesor Zulkifli Muhammad dan pemimpin lain di peringkat awal kemunculan Pas . Kebimbangan itu juga terbayang dalam reaksi seorang bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad (Utusan Malaysia, 15 Oktober 2012) yang mengingatkan supaya Abdul Hadi jangan terlalu ghairah bekerjasama dengan DAP semata-mata hendak mengejar undi Cina sehingga sanggup menggadaikan dasar perjuangan Islam parti itu selama ini.
Kebimbangan dan pandangan Nakhaie itu mengingatkan saya satu tamsil ibarat dalam loghat Minangkabau yang berbunyi: "Tukang panciang dilarikan ikan." Teringat juga ungkapan yang sering diulang oleh Dr. Burhanuddin dan tokoh pendidikan Melayu Allayarham Aminuddin Baki: "Menang sorak kampung tergadai." Satu lagi pepatah Melayu berkaitan: "Untung secupak rugi segantang."
Sesungguhnya keghairahan Abdul Hadi bekerjasama dengan DAP dengan tujuan "memancing undi Cina" tanpa perhitungan untung rugi matlamat perjuangan ummah dalam jangka panjang adalah satu strategi membahayakan yang akan memerangkap Pas dalam sindrom sebab-akibat "lingkaran setan" (vicious circle) yang semakin bercelaru.
Banyak contoh lain yang dapat diketengahkan untuk menunjukkan kecelaruan itu. Ini termasuklah perubahan matlamat perjuangan daripada mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan, percanggahan pandangan mengenai pelaksanaan hukum hudud, peminggiran tokoh-tokoh yang pernah memegang peranan penting dalam barisan kepimpinan Pas dan "kedayusan" menangkis serangan sesetengah pemimpin DAP terhadap usaha Pas memperkasa kedudukan Melayu dan Islam.
Saya semakin yakin dengan hakikat ini lebih-lebih lagi bila membaca pandangan dan saranan dua orang tokoh ternama yang pernah memainkan peranan penting dalam barisan kepimpinan Pas. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah: Sasterawan Negara, Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang pernah menjadi wakil Pas dalam Dewan Rakyat dan Datuk Dr. Hasan Ali yang bukan sahaja pernah menjadi Naib Presiden Pas malah juga pernah mewakili Pas dalam barisan Exco kerajaan negeri Selangor .
Shahnon dengan tegas mengatakan "politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam... apa yang dilakukan oleh Pas sekarang hanyalah menuruti kehendak politik DAP dan ini bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam." (Utusan Malaysia, 9 Oktober) manakala Hasan pula bukan sekadar memberi komentar tentang kebatilan yang berlaku dalam persekongkolan Pas dan DAP, malah tanpa gentar turut bertindak melaksanakan tanggungjawab yang diharapkan daripadanya sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) walaupun tidak disukai DAP. Akibat sikapnya yang tak gentar melaksanakan tanggungjawabnya yang bersesuaian dengan syariat Islam dan adat istiadat Melayu itu, beliau kehilangan kedudukan sebagai Exco. Demikianlah kecelaruan dalam Pas sudah semakin bertambah kalut akibat persekongkolan dengan DAP.
Untuk menyelami lebih lanjut unsur-unsur kecelaruan tanggapan Pas (termasuk tanggapan Abdul Hadi) terhadap DAP, saya ingin membuat sedikit sorotan terhadap dua tulisan yang masing-masing dihasilkan oleh sahabat lama saya, Subky Latif dan Abdul Hadi yang saya baca di sebuah akhbar maya. Tulisan Subky itu bertajuk "Anti Islam: DAP tidak bodoh." Reaksi spontan saya terhadap judul tulisan sahabat lama saya ini ialah: "Memanglah DAP tidak bodoh, malah sangat licik dan sangat pandai memperbodoh-bodohkan orang lain."
Keseluruhan tulisan Subky sepanjang lebih kurang 750 perkataan itu, adalah pembelaan terhadap DAP. Berulang kali dia mengatakan betapa rasionalnya parti yang anti DEB yang pengerusinya sedia mati ("langkah mayat saya") untuk menentang penubuhan negara Islam. Dengan ayat yang berlainan, berulang-ulang Subky mengatakan bahawa DAP itu "tidak anti Islam."
Tetapi walaupun seluruh tulisannya satu pujian yang melangit terhadap DAP, namun dalam ayat pertama perenggan ketiga, Subky dengan selamba mendakwa: "Saya tidak berhajat membela DAP." Pada hal keseluruhan tulisannya itu adalah "pembelaan" yang sangat kuat terhadap DAP. Inilah contoh yang sangat jelas tentang kecelaruan fikiran Subky terhadap DAP. Subky menafikan perkara yang terang-terang dia lakukan.
Dalam satu ayat lain di penghujung tulisannya itu, Subky menganggap DAP (bersama MCA, MIC, Gerakan) "tidak banyak bezanya dengan UMNO dalam aspek syariahnya". Adalah keterlaluan untuk menyamakan "aspek syariah" UMNO dengan DAP. Tetapi itulah satu contoh kecelaruan persepsi Subky (seperti juga tokoh-tokoh Pas tertentu) terhadap DAP.
Seterusnya saya ingin membuat sorotan ringkas terhadap satu tulisan Abdul Hadi untuk melihat kecelaruan persepsinya terhadap DAP dan kerana itu menghalalkan persekongkolan dengan parti yang tidak henti-hentinya menentang aspirasi bangsa Melayu dan umat Islam. Tulisan itu berjudul "Hubungan Pas dengan masyarakat majmuk" dan dimulakan dengan ayat tuduhan yang menuding kepada "anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siasah".
Berbeza dengan tulisan Subky yang lebih terfokus, lancar dibaca dan mudah difahami (walaupun tidak semestinya dapat dipersetujui), tulisan Abdul Hadi ternyata kurang terfokus, dipenuhi dengan ayat yang berbelit-belit serta contoh yang kurang relevan dan hujah yang melompat-lompat.
Jika diteliti dengan cermat, ternyata tulisan Abdul Hadi tidak menepati atau tidak selaras dengan judulnya. Ungkapan "thahaluf siasah" (kerjasama politik) diulang-ulang dalam tulisan itu beberapa kali. Tetapi tiada penjelasan yang tuntas bagaimana tatacara atau modus operandi kerjasama politik antara parti Islam dengan parti bukan Islam, khususnya bila DAP dan Pas berkongsi kuasa memerintah Malaysia nanti, takdirnya angan-angan mereka dikabulkan Tuhan.
Yang lebih tertonjol dalam penulisan Abdul Hadi ialah: peri kejahilan sesetengah orang terhadap Islam, contoh-contoh hubungan pemerintah Islam dengan masyarakat bukan Islam di zaman nabi, "kelemahan dan penyelewengan" UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun."
Tajuk tulisan Abdul Hadi itu seakan-akan menjanjikan penjelasan yang tuntas bagaimana Pas akan menangani pelbagai masalah masyarakat majmuk Malaysia sekarang yang penuh dengan kontradiksi dan keragaman dalaman (sesama kaum) dan keragaman luaran (antara kaum). Tiada penjelasan yang tuntas bagaimana hendak menghadapi jurang ekonomi, jurang sosial, jurang akidah dan jurang psikologi serta jurang politik yang semakin melebar dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini.
Ternyata Abdul Hadi lebih banyak "berkhutbah" dan membuat andaian-andaian negatif terhadap orang lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional dan kalangan anggota masyarakat yang beliau anggap 'terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam'.
Jika tulisan Subky mengakui dan mengingatkan kita bahawa "DAP tidak bodoh", ternyata tulisan Abdul Hadi mengandaikan seakan-akan DAP itu begitu naif dan akan menerima dan akur terhadap cita-cita Islam yang diperjuangkan Pas. Hadi seakan-akan mengabaikan hakikat bahawa "DAP itu cerdik dan licik" dan mempunyai agenda politik jangka panjang tersendiri yang bercanggah dengan cita-cita asal perjuangan Pas.
Contoh-contoh peristiwa di zaman nabi dalam tulisan Abdul Hadi lebih banyak merujuk kepada hubungan pemerintahan yang adil dalam masyarakat majoriti Islam dengan individu-individu bukan Islam yang patuh kepada undang-undang dan peraturan pemerintah. Abdul Hadi seakan-akan lupa realiti sosio politik serta struktur demografi zaman nabi berbeza dengan realiti yang wujud di Malaysia sekarang.
Dan yang lebih merunsingkan ialah Abdul Hadi lupa DAP itu mempunyai agenda politik sendiri yang bercanggah dengan cita-cita perjuangan Islam. Jika beliau menganggap orang lain "terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam", Abdul Hadi sendiri hendaklah memastikan beliau tidak "terbelenggu dengan kongkongan kejahilan" dalam memahami strategi semasa dan perancangan jangka panjang DAP.-UMO
Amat mudah untuk memahami perjalanan politik MB Khalid ini. Setelah merasakan diri nya sudah 'ditolak' oleh pengundi-pengundi sendiri di DUN Ijok, maka jalan terbaik untuk beliau 'selamatkan diri' adalah dengan berpindah ke kawasan yang difikirkan selamat!
Agak pelik juga apabila MB Khalid yang sebelum ini selalu mendabik dada mendakwa beliau adalah Menteri Besar terbaik untuk rakyat Selangor, tetapi amat mendukacitakan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan rakyat di DUN Ijok?
MB Khalid nampaknya terpaksa menggunakan 'talian hayat' iaitu SPR yang selama ini mereka tolak dan bangkang semata-mata untuk menyelamatkan 'sisa-sisa politik' beliau!
Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati.
Keputusan itu diputuskan dalam sesi perbicaraan awam yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 9 pagi di Pejabat Daerah Sabak Bernam di sini dan dikendalikan Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman.
Perbicaraan itu diadakan selepas penduduk setempat termasuk beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan bantahan kepada SPR kerana merasakan tindakan Abdul Khalid itu seperti ada 'udang di sebalik batu'.
Keputusan itu sekali gus memberikan bayangan bahawa Abdul Khalid mungkin tidak akan mempertahankan DUN Ijok yang diwakilinya sekarang, sebaliknya berpindah ke kawasan yang difikirkan lebih selamat iaitu DUN Bukit Melawati.
Difahamkan, Abdul Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya.
Pendaftaran tersebut akan meletakkan Abdul Khalid sebagai pengundi dalam DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.
Pembantah yang juga Pengerusi Aktivis Rakyat Bersatu Selangor (Akrab), Ahmad Hisham A. Manaf berkata, pihaknya melakukan bantahan tersebut kerana keliru dengan tujuan sebenar Abdul Khalid berbuat demikian.
"Abdul Khalid merupakan pemastautin tetap di Petaling Jaya, jadi mengapa beliau mahu mengundi di kawasan ini. Tindakan beliau itu kelihatan seperti mempunyai agenda tersembunyi.
"Adakah benar beliau mahu menjadi pengundi atau sebenarnya bercadang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati atau Parlimen Kuala Selangor," katanya selepas perbicaraan tersebut di sini.
Ahmad Hisham berkata, Abdul Khalid sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan sokongan di kawasan tempat tinggalnya.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, perbicaraan tersebut dibuat demi membuktikan ketelusan SPR dalam permasalahan seperti itu termasuk bantahan yang dikemukakan terhadap seorang Menteri Besar.
"SPR telah menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua pihak iaitu permohonan Abdul Khalid dan juga bantahan yang dikemukakan penduduk.
"Maka, bicara awam ini penting diadakan untuk mencapai persetujuan yang disenangi kedua-dua pihak sekali gus membuktikan ketelusan SPR dalam menangani permasalahan berkaitan," katanya.
Daripada pergerakan yang ditunjukkan oleh MB Khalid ini, mungkinkah desas-desus sebelum ini mengatakan yang PKR akan memberi laluan kepada DAP untuk bertanding di DUN Ijok, PKR di DUN Bukit Melawati manakala PAS di DUN Jeram akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita tunggu dan lihat semasa PRU ke-13 nanti!
Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.
"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.
"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.
"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.
"Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," tambahnya.
Elizabeth berkata, menteri-menteri kerajaan pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, yang didakwanya, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi terbabit.
Sebaliknya, tegas beliau, isu yang patut diberi perhatian oleh kerajaan pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada kerajaan Selangor yang didakwanya sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.
"Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan.
"Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," tambahnya.
Wahai 'Eli Bogel' : Tak payah lah memberi pelbagai alasan. Cakap saja kerajaan Selangor nak menguasai SYABAS supaya semua hutang tertunggak selama 4 tahun sebanyak lebih dari RM400 juta untuk air percuma dapat dilangsaikan! Ingat lah wahai 'Eli Bogel' bahawa kaedah pemberian air percuma ini juga tidak betul kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.
Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu.
Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini walaupun PRU ke 13 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Adakah ini 'adil' untuk mereka! Cuba tanya pada diri sendiri kenapa rakyat bangun menuntut hak mereka?
Contohilah cara SYABAS melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka. Ada faham ka 'Eli Bogel'!
Suara Politik Taminsari..
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor didakwa menyeleweng peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang diberikan oleh kerajaan persekutuan melalui geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (Marris) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri tersebut.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat hanya menggunakan 58 peratus daripada peruntukan tersebut dan selebihnya digunakan bagi pembangunan Universiti Selangor (Unisel).
"Kerajaan Selangor hanya pakai 58 peratus daripada peruntukan kerajaan pusat untuk kerja-kerja menyelenggara jalan. Mana pergi lagi 42 peratus yang harus diguna?
"Saya juga dapat maklumat, melalui laporan audit ini, RM5.1 juta peruntukan Marris dikeluarkan dan diguna untuk diberi pada satu syarikat di bawah anak syarikat Selangor untuk membiayai projek pembinaan Unisel," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat Mac lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa peruntukan Marris berjaya merealisasikan projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih di setiap kawasan.
Khalid dipetik berkata, setakat ini sebanyak RM 65,939,561.82 disalurkan untuk perlaksanaan projek Marris yang melibatkan sebanyak 1,065 projek pada tahun 2011.
Khalid turut mendakwa, satu pasukan audit turut ditubuhkan bagi memantau kerja-kerja Marris yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC turut mendakwa walaupun kerajaan negeri menggunakan wang Marris bagi membangunkan Unisel namun universiti tersebut terus mencatatkan kerugian.
Katanya lagi, berdasarkan laporan audit kerajaan Selangor mengalami kerugian berjumlah RM39.69 juta dalam tahun 2010, dan RM13.56 juta melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi Unisel.
"Walaupun wang Marris dikatakan diguna untuk membangunkan Unisel, namun Unisel tetap tidak membangun dan terus catat kerugian.
"Berdasarkan laporan audit Unisel mengalami kerugian. Pengurangan pelajar berdaftar berkurang dari 12,000 ke 10,000. Yang terkini ia menurun lagi," tambahnya.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Dari Laporan dari sebuah akhbar (Klik Sini), Nik Aziz menyatakan bahawa beliau masih boleh berkhidmat apabila ditanya mengenai keuzurannya dan bila beliau ingin bersara dari politik.
2. Jika kita masih belum lupa, Nik Aziz pernah menyatakan akan turut berundur dari jawatannya dalam politik jika Tun Dr. Mahathir berbuat demikian dalam usahanya mendesak Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Apakah Nik Aziz berpeggang pada janjinya? Apakah hukum ingakari janji?
3. Kata Nik Aziz kononnya Dr. Mahathir dah terlalu lama memeggang jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun siapa yang masih memeggang jawatan sehingga sekarang ini? Pada umur berapa Dr. Mahathir melepaskan jawatan ketika itu dan berapakah umur Nik Aziz sekarang ini?
4. Dari klip video diatas, kata Nik Aziz sihat tubuh badan bukanlah sesuatu yang sangat penting dan akal fikiran adalah lebih utama dalam kepimpinan. Nampaknya 'akal' Nik Aziz tetap berkeinganan untuk memerintah Kelantan selama-lamanya.
5. Rupanya yang menamakan dirinya sebagai 'Tok Guru' pun lebih mencintai dunia dan kuasa yang ada.
7. Membangun bersama Islam hanyalah slogan Pas bagi Negeri Kelantan dan slogan itu berubah-ubah kata Nik Aziz. Demikian juga dengan perlaksanaan hukum hudud.....ianya juga adalah slogan dan berubah-ubah seperti sekarang ini dan ianya bukan lagi perjuangan Pas.
9. Hahahaha! Pengikut totok Pas tertipu lagi...dulu, kini dan selamanya. Mungkinkah mereka menyesal kerana berguling-guling untuk pertahankan Pas sedangkan pemimpinnya sah HamPas.
Tahniah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana pandangan yang constructive dalam isu AES. Kami kepal nasi juga sudah luahkan perkara ini dalam entri yang lalu.
Dah naik muak dah dengar JPJ bagi panduan jalanraya kepada pengguna. Sekarang giliran pengguna pulak nak beri panduan kepada JPJ bagaimana cara mengendalikan pengurusan dan keselamatan pengguna di jalanraya.
Berikut adalah draf cadangan Standard Operating Procedure yang Kepal Nasi cadangkan selaku pengguna jalanraya untuk panduan JPJ.
SOP1: JPJ mesti letak papan tanda "had pemanduan" yang friendly, mudah dilihat dan dikesan oleh pengguna. Sekarang AES yang lebih friendly lebih dari papantanda. AES ada di mana-mana hingga kadang-kadang mendatangkan bahaya kepada pengguna yang mengalami "silau mata" akibat pancaran cahaya "saman" yang "mentergamangkan" pengguna kerana terlalu kerap dipancarkan melalui AES.
SOP2: JPJ mesti kaji kesesuaian had laju mengikut kesesuaian dan keadaan jalanraya. Ada lokasi highway yang menunjukkan papantanda 60KM/jam. Kakitangan JPJ sendiri pun ramai yang terperangkap dengan had laju ini. Lokasi sebegini pasti akan menjadi lokasi pengumpulan jumlah saman tertinggi dan pada masa yang sama menjadi lokasi yang mendatangkan pulangan tertinggi kepada syarikat AES. Lokasi pendapatan ke 2 yang mengalami kadar pertumbuhan pendapatan tinggi adalah pada lokasi had laju 80km/jam.
Dua kawasan had laju ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan sektor ekonomi yang mempunyai nilai pertumbuhan tinggi menjelang 2015. Industri saman had laju 60km dan 80km/jam adalah sektor ekonomi yang paling awal yang mampu dibangunkan dan berupaya mencapai sasaran pertumbuhan tinggi lebih awal dari sasaran 2015.
SOP3: menerima pakai lain-lain cadangan yang dikemukakan oleh Pemuda UMNO yang diputuskan dalam mesyuarat EXCO yang lepas.
SOP4: Cadangan lebih ekstrim iaitu mengikat enjin kenderaan berkapasiti tinggi pada had 110km/jam dan bukan pada had 180km/jam seperti yang terdapat pada sesetengah kenderaan jenama toyota seperti Alphard dan Harrier.
Nicky Minaj memulakan persembahan hebatnya di UK dengan paparan 'asetnya' dihadapan ribuan penonton.
Ketika membuat persembahan di Arena MEN di Manchester pada Isnin malam yang lalu, Nicky telah memperlihatkan sedikit dari bahagian buah dadanya yang tertutup dengan plaster berbentuk bunga!
Dengan persembahan bertenanga yang banyak melibatkan pergerakan, penyannyi rap itu langsung tidak menyedari penutup puting payudaranya itu terlihat oleh semua yang hadir pada malam tersebut.
Beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah tamat persembahan. Melalui akaun twitter, beliau cuba berjenaka mengenai kejadian tersebut.
Katanya: "Anda semua telah lihat payudara saya sebelum ini. Jangan beritahu sesiapa tau, boleh?"
KUALA TERENGGANU - Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.
Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.
"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam 'dashboard' keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.
Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.
"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata. - Bernama
Kim Karadashian, nama yang cukup popular dengan skandal video seks bersama seorang penyanyi rap, Ray J satu ketika dahulu. Malah, sebaran video tersebut juga telah melonjakkan dirinya di arena populariti ini walaupun dikhabarkan video tersebut dijual oleh ibunya sendiri!
Namun kini, heboh pula diperkatakan mengenai mengenai video seksnya bersama penyanyi rap itu mempunyai sekuel! Part 2! Video tersebut dikatakan terjual hingga $38 juta dan akan diedarkan dalam bentuk DVD berjudul "Kim Kardashian: Superstar"
"Sudah pasti Kim yang berada di dalam video tersebut," kata sumber seperti dipetik dari Daily Star.
Kim yang kini sedang dibuai cinta dengan Kanye West merasa terancam dengan pengedaran video tersebut. Jika ini benar, beliau risau hubungannya dengann Kanye West akan retak.
"Kim pasti sangat takut dengan video yang boleh hancurkan hubungannya dengan West," kata sumber. Kim sedang berusaha untuk mendapat perintah mahkamah supaya video tersebut tidak tersebar dan hancurkan impiannya untuk berkahwin dengan West.
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kesediaan mereka menyediakan khidmat peguam kepada penerima-penerima saman yang berpunca daripada pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman AES bermula 13 Oktober lalu diminta tidak membuat bayaran kompaun yang dikenakan sebanyak RM300 selepas tarikh pembayaran.
Menurutnya, penerima saman akan diberi pembelaan melalui peguam yang disediakan oleh Pas dan PR jika mereka dibawa ke mahkamah.
Dalam pada itu, Mahfuz berkata, pertubuhan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan PR turut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno yang bersama menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan AES.
"Kita akan sediakan peguam di seluruh Malaysia untuk membantu penerima saman (AES) yang pergi menghadiri perbicaraan di mahkamah.
"Kita minta penerima saman tidak membayar saman AES sebanyak RM300 dan hadir ke mahkamah, kalau bernasib baik mereka tak perlu bayar langsung kepada syarikat yang mahu kaut keuntungan.
"Kita juga nak ucap terima kasih kepada Pemuda Umno yang turut bersama kita gesa kerajaan supaya menangguhkan pemasangan AES walaupun mereka bertindak lambat," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan pihaknya sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Khairy berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pelaksanaan AES itu meragukan dan lokasinya juga tidak sesuai.
KUALA LUMPUR: A PAS lawmaker today urged road users not to pay off traffic summonses issued under the federal government's controversial Automated Enforcement System (AES), saying that they should claim trial to the offences instead.
"Now I want to ask, if the government refuses to delay the implementation of the AES and withdraw all summonses issued, everyone who receives the AES summonses don't need to pay the RM300 compound, instead follow this instruction to go to court..." PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said at a press conference today.
He said that Pakatan Rakyat (PR) was prepared to provide lawyers to represent those who chose to contest the summonses in court.
Yesterday, PR said it would suspend approval for the AES's implementation in the four states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan, to allow for further discussion and public feedback.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng yesterday said that PR's move would mean that 331 out of the planned 831 cameras under the nationwide AES scheme will not be installed.
The AES cameras, which detects speeding motorists and those who beat traffic lights, is in its pilot phase, with 14 installed in Perak, Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dari MIC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu sekiranya beliau enggan membuat permohonan maaf dalam masa terdekat berhubung isu projek kondominium di Batu Caves.
"Saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya tidak dengar apa-apa permohonan maaf daripada beliau, saya akan mulakan tindakan perundangan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Liu ketika dihubungi pagi tadi berkata, "isu minta maaf tidak berbangkit".
Bahkan katanya, beliau langsung tidak menyebut nama Kamalanathan berhubung isu projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu.
"Saya tidak sebut nama dia, kalau orang lain sebut, suruh orang itu yang minta maaf. Saya hanya sebut orang MIC. Saya pun tidak tahu siapa orang MIC yang jadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," ujar Liu.
Ketika ditanya penafian Liu itu, Kamalanathan menunjukkan laporan sebuah portal bertarikh 23 Oktober lalu.
Dalam laporan itu, Liu pada satu sidang media selepas melawat tapak projek berkenaan dilaporkan memberitahu wartawan, Kamalanathan dan Pengerusi Gerakan Selangor A.Kohilan Pillay - yang ketika itu antara Ahli Majlis MPS telah meluluskan cadangan projek berkenaan pada 2007.
"Bagus, mudah kerja saya (kalau dia kata tak sebut nama). Apa nak dibuktikan lagi. Dia fitnah saya, dia menipu," tegas Kamalanathan.
"Awak tanya dia betul atau tidak YB pada satu sidang media pada 23 Oktober 2012 ada menyebut nama saya, kalau dia tetap kata tidak ada, mudah kerja saya," katanya lagi.
Satu laporan polis sudah dibuat ke atas Liu oleh pegawai beliau di Balai Polis Brickfields, sehari selepas Liu didakwa berkata demikian supaya siasatan dapat dilakukan.
Sementara itu, Liu yang dihubungi Sinar Harian Online sekali lagi menegaskan bahawa beliau langsung tidak menyebut nama Kamalanathan pada sidang media yang dimaksudkan.
"Saya memang tidak sebut nama dia," katanya lagi sambil menambah, kemungkinan portal berkenaan telah salah memetik beliau.
Liu bagaimanapun memberi amaran berikut, "permohonan projek itu bila?"
"Permohonan tahun 2006. Dia jangan pandai-pandai sangat, dia kena jaga-jaga. Saya sedang cari dokumen bila permohonan projek itu dibuat," jawab Liu lagi.
Kamalanathan menjadi anggota MPS pada 2004 hingga 2006.
Pemuda PAS memutuskan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengetengahkan isu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkaitan hudud yang didakwa menghina Islam.
Tindakan itu diambil ekoran tempoh seminggu yang diberikan supaya Chua memohon maaf bermula 24 Oktober lalu bukan sahaja tidak diendahkan, tetapi juga didakwa "dibakulsampahkan".
NONE"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi (yang termaktub) dalam perlembagaan Malaysia," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (atas).
Dewan itu pada 24 Oktober lalu berhimpun dan menghantar memorandum bantahan kepada Chua di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur ekoran kenyataannya bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.
Dalam kenyataannya hari ini, Khairul Faizi berkata, pihaknya kini sedang mengatur himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka berhubung perkara itu.
Katanya, acara itu dirancang diadakan dalam masa terdekat sejurus Baginda berangkat pulang daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah.
Pengacara yang dimaksudkan ialah Chad, seorang dj radio Hot FM, semua orang sudah kenal kan? Ketika ditemui di majlis sempena Muzik-Muzik 27 yang bertempat di Ecoba Restaurant, kami berjaya mendapatkan penjelasan dari dj radio ini.
"Pertama sekali, saya minta maaf atas perkara yang berlaku sebab itulah cara Chad. Mungkin ada gurauan Chad yang orang tak boleh terima," ujar Chad.
Kejadian ini berlaku ketika dia mengacarakan rancangan "Battle Of The Band – Bola Kampung" pada awal Oktober ini. Jelas Chad lagi, dia cuba menghidupkan suasana namun mungkin ada yang tersinggung.
"Chad cuba menghidupkan suasana dan dari segi Chad bercakap, kawan Chad sendiri pernah tegur dengan 'pitch' Chad yang agak tinggi," jelas Chad lagi.
Atas perkara yang berlaku, Chad mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif kerana ini merupakan kali pertama dia menjadi hos untuk rancangan TV.
"Saya terima teguran seadanya dan dalam masa yang sama ini merupakan satu pengajaran dan kali pertama saya ke televisyen.
"Harapnya, saya akan belajar lebih banyak selepas ini. Mungkin sebelum ini Chad tak sedar, sebab itu Chad terbawa-bawa cara ketika di radio ke luar," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Chad kini digandingkan bersama Faiz untuk mengacarakan separuh akhir Muzik-Muzik edisi ke-27. Ditanya adakah dia mahu menjadi pengacara untuk Anugerah Juara Lagu jika diberikan peluang, pantas Chad menjawab, "Insyaallah, kalau diberi peluang, saya nak buat dan ambil cabaran ini. Sebab ini rancangan yang besar dan mungkin satu peluang untuk saya lebih maju."
Kalau sudah namanya anak kepada selebriti terkenal, tak mustahil tempias populariti itu akan turut terkena pada keluarga, lagi-lagi anak sendiri.
Terbaru, pada 28 Oktober lepas (Ahad), anak perempuan Rosyam Noor telah selamat bertunang dengan lelaki pilihan bernama Hafiz. Arniesha Azureen, 23, kelihatan cantik dimajlis pertunangannya, namun kelibat Rosyam Noor tidak kelihatan diantara gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman Twitter-nya.
Mari kita lihat foto-foto disekitar majlis pertunangan Arniesha Azureen dan Hafiz selepas ini ya.
Tidak dinafikan, pakaian yang dipakai artis negara China ni cantik, sama cantik macam orangnya.
Namun, tahap 'keterbukaan' pun boleh tahan jugak.
Mungkin wanita ini layak diberikan anugerah khusus kerana berani terover.
Dan tidak lama lagi, kemungkinan akan ada artis wanita tempatan kita yang tidak berapa terkenal tapi nak publisiti, bukan sahaja akan mengikut, tetapi bagi nampak lagi banyak.
"Saya tak perasan….jangan pertikaikan cara berpakaian saya….saya mohon maaf, minggu depan saya buat lagi k" – antara alasan yang mungkin diberikan.
Ehhhh…dah terlajak topik. Jom tengok gambar berkenaan.
KUALA LUMPUR: Justice may be blind, but it has ears sharp enough to tell the difference between the squeal of a whistle and the roar of a trumpet.
That appeared to be de facto law minister Nazri Aziz's message to Parliament today when he was trying to explain why PKR strategy director Rafizi Ramli could not use the Whistle Blowers Act 2010 as a shield against prosecution over his exposes of the NFCorp scandal.
Rafizi and former bank employee Johari Mohamad are facing charges under the Banking and Financial Institution Act (Bafia) over their exposure of bank documents related to the accounts held by the National Feedlot Corporation.
"They are trumpet blowers, not whistle blowers," Nazri said in response to a question from Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).
He said the Whistle Blowers Act was not meant to protect law breakers.
"You blow the trumpet to the whole world. So what protection do you need?
"This act cannot protect those who commit a wrongdoing. It protects whistle blowers. We can't protect him if he breached Bafia."
Responding to Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), who asked for a further explanation, Nazri said the Official Secrets Act and Bafia both described the kind of information that could not be divulged to the public.
Sekalipun Pakatan Rakyat menambah suara Melayu dalam parlimen, tidak semua mereka yang mampu berhujah dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat, kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed.
"Memang banyak orang Melayu dalam Pakatan ini berbanding kami (Umno) tetapi kebanyakannya mereka ini, hanya tunjuk muka.
"Mereka diakui mempunyai banyak pemimpin Melayu, namun banyak sahaja pun tidak guna kalau tidak bersuara," katanya dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
parliament pc jeyakumar and mustapha 171208 04Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno turut menafikan kekurangan ahli parlimen dari parti itu selepas pilihan raya umum ke-12 tidak menunjukkan parti itu kurang lantang dalam menyuarakan hak orang Melayu di Parlimen.
Menurutnya yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Umno adalah parti utama yang sering membela nasib orang Melayu sejak dahulu lagi.
Mustapha yang juga ahli parlimen Jeli mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa kemenangan Pakatan pada pilihan raya umum lalu adalah bukti kemampuan menambah suara orang Melayu dalam Parlimen berbanding BN.
Akhbar itu turut melaporkan pakar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan sebagai berkata kemenangan calon Melayu dalam Pakatan tidak boleh dinilai daripada aspek kualiti kerana kebanyakan calon pembangkang didakwa hanya "bidan terjun".
"Bagi saya ini hanya permainan statistik, bukan keupayaan sebenar calon Pakatan... Saya melihat, pemilihan calon Melayu dalam Pakatan juga agak tempang hingga menyebabkan kredibiliti Pakatan terjejas.
"Kualiti ahli parlimen Melayu dalam Pakatan amat rendah kerana mereka tidak boleh memimpin, apa lagi untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu," katanya dipetik dari akhbar yang sama.
PENDIDIKAN diiktiraf sebagai sesuatu yang amat signifikan dalam Islam yang akan mencorak seluruh perjalanan kehidupan insan di dunia ini. Juga, yang akan menentukan nasib dan tahap pencapaian mereka di akhirat kelak, sama ada berakhir dengan kesudahan yang baik ataupun sebaliknya. Sebab itulah, permulaan intipati wahyu yang pertama yang diturunkan di Gua Hira' kepada penyudah (khatimu) Nabi dan Rasul, Muhammad SAW bermula dengan terma 'iqra' yang membawa maksud 'bacalah'.
Lantaran itu, ruang dan manafaat pendidikan baik di peringkat rendah, menengah dan tinggi tidak wajar hanya terbatas kepada kelompok-kelompok tertentu semata-mata, atas faktor kekangan kewangan yang ada. Apatah lagi dengan menjadikan ianya sebagai orientasi keuntungan yang sewajarnya perlu diminimakan dengan sebaiknya. Dalam hal ini, kerajaan sebagai pemegang amanah rakyat, perlu menggalasnya sebagai tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan telus.
Wajarnya, adalah mustahil untuk meyediakan ruang dan manfaat pendidikan secara percuma dengan hanya pelaksanaan ataupun penghapusan mekanisme dan sistem yang sedia ada seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tanpa wujud satu gagasan dan pendekatan yang lebih inkulsif dan komprehensif agar tidak menimbulkan masalah yang lebih besar dikemudian hari. Ibarat nukilan pepatah Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran."
Dengan ini, Daya Fikir telah mengambil inisiatif untuk merumuskan beberapa pendekatan yang dianggap wajar dilaksanakan, dan bukan setakat 'cakap-cakap politik' yang sekadar ingin meraih sokongan semata-mata, khususnya ketika musim pilihanraya yang semakin hampir. Hasratnya agar ruang dan manafaat pendidikan peringkat tinggi dapat disediakan secara percuma sepenuhnya dan pada masa yang sama masih mengekalkan keupayaan kewangan serta tidak mengorbankan prestasi pelbagai pihak yang terlibat.
Pertama, Daya Fikir mencadangkan penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pendidikan Tinggi Negara (KWSPTN) yang akan berfungsi sebagai pemodal utama kepada keperluan kewangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Untuk peringkat permulaan, pihak kerajaan perlu menyediakan sejumlah tertentu geran asas bagi lonjatan permulaan kepada usaha ini. Kemudian, meregulasi potongan pendidikan tinggi kepada setiap pekerja dan majikan awam dan swasta yang akan menjadi sumber kewangan utama kepada KWSPTN. Ini dapat dilakukan, dengan menetapkan kadar potongan tertentu yang mesti disumbangkan oleh setiap majikan dan pekerja. Dan, sumbangan ini mestilah menerima pengecualian cukai seratus peratus daripada kerajaan.
Hasil sumbangan daripada potongan yang diterima oleh KWSPTN akan dilaburkan semula ke dalam pelbagai portfolio pelaburan yang dikawal selia secara telus oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar yang berkaitan yang dilantik oleh pihak kerajaan. Pulangan keuntungan yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya untuk menampung pelbagai kos diperingkat institusi pendidikan tinggi seperti yuran pelajar, gaji pensyarah dan pentadbir, fasiliti dan sebagainya. Manakala, pulangan dalam bentuk dividen diagihkan semula secara tahunan kepada pekerja dengan pengkhususan untuk tujuan pendidikan rendah dan menengah semata-mata. Di akhir umur persaraan, bagi pekerja yang tidak mempunyai anak yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi diberikan dua pilihan samada untuk mengeluarkan sepenuhnya jumlah sumbangan pokoknya ataupun menukarkan statusnya kepada waqf atau derma.
Kedua, selain daripada sumbangan wajib oleh rakyat Malaysia, terdapat juga beberapa dana lain yang disumbangkan oleh badan korporat, institusi berwajib, kerajaan dan juga individu-individu yang dibuat secara sukarela. Dana-dana ini boleh dikumpulkan di bawah satu 'pool of fund' yang dikenali sebagai dana 'waqf'. Bagi tujuan perkembangan dan pemantapan pengurusan dana ini, Daya Fikir mencadangankan ianya dibuat berdasarkan konsep Waqf Korporat. Waqf korporat khusus bagi pendidikan boleh diperkenalkan sebagai sokongan penting di dalam menjayakan perancangan pendidikan percuma. Waqf korporat yang dimaksudkan ini akan berfungsi sebagai salah satu punca suntikan kewangan yang diperlukan. Sumber kewangan ini dipercayai dapat melancarkan proses pendidikan yang mana pada kebiasannya ia akan menjadi halangan dan keterbatasan.
Dalam institusi waqf, pemilikan harta telah diserahkan kembali kepada ALLAh SWT manakala urusan pengendalian harta tersebut diserahkan kepada 'pemegang amanah' di mana mereka adalah bertanggungjawab di dalam mentadbir urus harta yang diwaqafkan berdasarkan peruntukan yang telah disediakan oleh agama dan juga orang yang mewaqafkan harta tersebut. Pemegang amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesinambungan harta yang diwakafkan dan adalah lebih baik sekiranya harta tersebut dapat dikembangkan dan menghasilkan lebih banyak perolehan. Justeru itu, Daya Fikir mencadangkan agar perlaksanaan waqf korporat perlu diperkasakan terutama di dalam melengkapkan dan menjayakan sistem pendidikan percuma.
Pelaksanaan waqf korporat secara profesional yang diuruskan berdasarkan tata-urus korporat yang cemerlang dijangka dapat menghasilkan perolehan yang lumayan. Waqf korporat ini adalah selari dengan tanggungjawab pemegang amanah untuk memastikan kesinambungan dan kesuburan harta waqf yang mana ianya dapat memanjangkan dan meluaskan manfaah harta tersebut. Memandangkan mereka yang memiliki kepentingan di dalam harta waqf adalah terdiri daripada penerima manfaah, lantas perolehan tersebut adalah dikhususkan untuk mereka. Justeru itu, dengan berkembangnya harta waqf dengan jumlah yang besar dijangka dapat menampung keperluan kewangan institusi pendidikan secara khususnya dan sistem pendidikan secara keseluruhannya.
Satu waqf khas pendidikan dicadangkan untuk diwujudkan. Ini bagi memastikan manfaah waqf dapat disalurkan untuk tujuan yang dimaksudkan. Kaedah pengwujudan waqf khas ini boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pertama pengwujudan waqf yang baru dan kedua dengan menggunakan kaedah 'istibdal' atau penukaran ke atas harta-harta waqf sedia ada (terutama harta-harta waqf yang terbiar) kepada harta yang baru (yang aktif dan sesuai untuk dikorporatkan. Transformasi waqf baru ini dijangka dapat meligatkan lagi pusingan harta dan menggalakkan lagi peningkatan keluaran dalam negara kasar.
Akhirnya, perolehan daripada aktiviti waqf korporat ini akan disalurkan kepada penerima faedah di mana di dalam kes ini adalah institusi pendidikan, guru-guru, pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Ketiganya, pemerkasaan pengagihan zakat dibawah 'asnaf fisabillah' yang digunakan untuk membiyai yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang datang dari latar belakang yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian, walaupun ibubapa mereka tidak membuat potongan dalam KSWPTN. Untuk mengelakkan pertindihan kewangan, potongan KSWPTN lebihan dikembalikan semula kepada penyumbang atau mereka diberi pilihan untuk menukar statusnya kepada waqf ataupun derma.
Keempat, peranan dan fungsi PTPTN mesti dikekalkan khusus untuk golongan pelajar yang kurang cemerlang yang tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), dimana mereka terpaksa meneruskan penggajian di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), yang secara umumnya kos pendidikan adalah lebih tinggi berbanding IPTA. Ini adalah wajar, sebagai stimulasi untuk pelajar meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan mereka, jika mahu menikmati pendidikan secara percuma sepenuhnya.
Untuk terus mengekalkan keberkesanan pencapaian dan produktiviti pihak-pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi ini, Daya Fikir mencadangkan:
Pertama, penggabungan mana-mana IPTA/IPTS yang dilihat fungsi dan matlamatnya bertindih antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan elemen kos pentadbiran dan pengurusan secara keseluruhan dan meningkatkan daya kualiti dan kecekapannya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2010 secara keseluruhannya terdapat 21 buah IPTA, 23 buah IPTS yang bertaraf universiti, lim buah IPTS yang bertaraf universiti cawangan luar negara dan 21 IPTS yang bertaraf kolej universiti.
Kedua, kemasukan ke IPTA mestilah berdasarkan kepada sistem merit sepenuhnya dan mana-mana pelajar yang tidak mengekalkan pencapaian mereka perlu menukarkan statusnya ke IPTS dengan sebahagian kos mestilah ditanggung oleh mereka sendiri, dan sebahagian yang lain akan ditanggung oleh KWSPTN.
Ketiga, bayaran balik PTPTN mestilah berdasarkan nilai CGPA yang diperolehi setelah tamat pengajian dan setelah enam bulan berada di alam pekerjaan. Sungguhpun begitu, berdasarkan merit-merit khas yang lain seperti CGPA yang cemerlang dan sumbangan yang signifikan dari sudut sosial dan praktikal, pembayaran balik PTPTN boleh dibuat secara langsung dari dana KWSPTN bagi pihak peminjam PTPTN yang mana ianya perlu diperolehi dari 'reserve' keuntungan pelaburan dana KWSPTN tersebut. Cadangan ini dibuat bagi membolehkan mereka yang tidak mempunyai kecemerlangan pendidikan semasa peringkat menengah terus diberi peluang semasa di universiti atau kolej untuk mendapatkan pendidikan percuma.
Akhir sekali, Daya Fikir merumuskan bahawa perlaksanaan pendidikan tinggi secara percuma secara signifikannya memerlukan kerjasama dan pengorbanan daripada pelbagai pihak, iaitu rakyat dan kerajaan. Ia tidak semudah menuturkannya di bibir, tanpa ada perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan telus.
Walau bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan, dimana pada masa yang sama tidak menyebabkan bebanan kewangan khususnya kepada rakyat dan kerajaan. Ibarat kata pepatah Melayu, ' nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.
* Abdul Hadi Jusoh dan Hashim Ahmad Shiyuti merupakan pengasas dan pengasas bersama Daya Fikir Solutions
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang layak digelar datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak jiranya berusia 10 tahun.
Tertuduh, Mohamad Soha Abdullah, 65, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah anaknya di sini dalam tiga kejadian berasingan sekitar awal bulan ini.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit kerap ke rumah tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan bagi mendapatkan duit untuk membeli makanan ringan dan abang mangsa yang berusia 12 tahun dilaporkan pernah melihat tertuduh yang berkahwin dua kali dan bercerai memasukan tangannya ke dalam kemaluan mangsa bagaimanapun tidak mendedahkan perkara terbabit.
Perbuatan terkutuk itu, hanya disedari mak cik mangsa yang meragui lalu menyoal murid tahun empat itu sehingga pendedahan mengenai kegiatan terkutuk lelaki terbabit.
Atas kesalahan itu, Mohamad Soha didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000.
Mohamad Soha yang memakai kemeja-T berwarna kelabu dan seluar panjang mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Nu'aman Mahmud Zuhdi.
Tertuduh yang diwakili peguam bela Mohd Asram Zakaria memohon dikenakan jaminan yang rendah memandangkan faktor usia tertuduh.
Nu'aman kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes 20 November ini.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.
Beliau berkata medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.
"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini Selasa.
Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.
Beliau berkata penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.
"Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.
"Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.
Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.
Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.
Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya.
NEW YORK - Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kota raya New York dan menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.
Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang kelmarin akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.
"Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam kelmarin.
Dia yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu berkata, air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumah.
Dia yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.
"Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja yang turut tinggal di kompleks yang sama," katanya.
KOTA BHARU – Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.
"Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.
"Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.
"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.
"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.
Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.
Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.
"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kah! Kahhh!!! Kahhh..!!! Kalau aku ada depan tok kadi ni, dah tentu aku ketawa guling-guling! Lelaki macam ni pun ada ke? Sampai sekarang aku dok gelak tak habis lagi kalau teringatkan gelagar pengantin lelaki ni...hahahahahaaaaaaa..!!!!
Apa daaaa..!!! Kasi malu lelaki betul laaa..!!! Orang sebelum akad tu get ready la betul-betul. Selawat banyak-banyak, mintak doa lancarkan lidah, fasih masa akad nikah. Tu laaa...gelojoh sangat nak berbini...! Heh!
Aku dulu senafas je..settled! Alhamdulillah....heh! Korang berapa kali gagap?
Ni apa cerita ni? Kat Kedah pulak tu? Ternak lembu guna duit rakyat sampai RM1 juta. Lepas rugi, bungkus, gulung tikar..PAS Kedah buat-buat diam pulak! Woiii...bagi balik duit rakyat tu woiii..!!!
Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC). Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan.
"Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.
"RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.
"Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard,".
P/s: Nak jadi Husam Jamnapari macam kat Kelantan tu kaa...???
Cuba tengok betul-betul gambar kat atas tu. Aku rasa puak-puak PAS mesti marah bila tengok kartun tu..kan? Tapi, depa tak marah pulak kat "Puppet Master" tu...heh! Agak-agak hangpa, siapa "puppet master" tu?
Semalam, aku ada bagitau..akan bagitau pasai "kambing hitam" PAS Kedah lagi, kan? Heh!
"Kambing hitam" puak-puak PAS Kedah seterusnya ialah seorang KCS yang bernama Man Lengkong. Lepas laporan audit baru-baru ni dipersoal, puak-puak blogger PAS balun Man Lengkong tak hengatttt punya...
Puncanya, depa kata Man Lengkong seleweng duit projek kat Sg Petani. Heh! Betoi ka cerita tu?
Menurut sumber aku, masa projek tu tengah nak buat, Man Lengkong ni rapat dengan Mr SSS kat Wisma Darulaman tu. Depa kerap lepak bincang pasal projek...heh!
Apa yang bestnya, apa yang Mr SSS ni suruh, semua Man Lengkong buat. Hantar dokumen pun Man Lengkong buat! Heh! Punya la baik depa dua orang ni...heh!
Lepas tu bila auditor kantoikan depa, Man Lengkong khabarnya disiasat SPRM. Sejak tu Mr SSS dah takmau jumpa Man Lengkong ni dah. Bukan kata tengok muka, jawab phone pun takmau dah...heh! Tapi depa selalu la jugak berselisih bahu kat Wisma Darulaman tu...hahahahaaaa...nak lari mana?
Tapi, memandangkang Mr SSS ni merupakan "Puppet Master" kepada MB Kedah dan ada kuasa gunakan blogger PAS Kedah, maka dia arahkan supaya Zul Yahya serang dan salahkan Man Lengkong sorang dalam skandal projek tu...heh! Projek mana tu hangpa cari la sendiri..heheheee..
Kawan-kawan aku kata, Man Lengkong marah sungguh kat Mr SSS ni. Dia nak buat sidang akhbar walaupun KCS memang tak boleh buat sidang akhbar, salah etika penjawat awam. Man Lengkong dah plan dah nak buat PC...
Tapi, Mr SSS dah hantar orang pulak dah pi pujuk Man Lengkong supaya tak buat sidang akhbar tu. Khabarnya, sebab tu la Man Lengkong masih dok teragak-agak nak dedahkan Mr SSS tu atau tidak. Khabarnya Mr SSS tawarkan jumlah yang LUMAYAN supaya Man Lengkong tutup mulut, betoi ka?
Kalau la betoi cerita ni, maka Man Lengkong layak bergelar "kambing hitam no.2" untuk Kerajaan PAS Kedah...heh!
Sapa Mr SSS? Alaaaa...Cuba pi tanya siapa "Puppet Master" MB Kedah. Selama ni Mr SSS ni la yang dok buat keputusan kat Wisma tu..Azizan tu bukan tau apa pun. Mr SSS tu auta dia, dia tak sedaq punya...asyik dok kena tipu ja Azizan ni..heh!
Paling best, yang dok muhong dia tu "orang kanan" dia sendiri! Heh! Dia sedaq ka? Muahahahaaaa...
Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" Ibrahim tetap mahu menegakkan benang yang basah meskipun tahu bahawa pelan teknologi penapis air membran yang cuba diimport masuk dari Kanada bukanlah satu penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi krisis air di Selangor.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mendapat maklumat tepat mengenai teknologi itu seolah-olah dia seorang saja yang tahu tentang perkembangan teknologi pemprosesan air tersebut.
Katanya, teknologi membran telah berkembang sejak kebelakangan ini di mana ia digunakan di beberapa buah negara untuk memproses air laut untuk menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.
Mempertahankan pelan bodohnya itu, Khalid dengan bongkak menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak memerlukan air dari Pahang dan masalah air yang sedang dihadapi oleh rakyat Selangor dapat diatasi dengan teknologi membran tersebut.
Saya tertanya-tanya, apakah Khalid cukup bodoh untuk memikirkan tentang selok belok perniagaan?
Kata Khalid, dirinya seorang "kampung boy" yang bertukar menjadi seorang "CEO" yang hebat dalam perniagaan, tapi dalam hal ini jelas menunjukkan betapa dia begitu mudah tertewas dengan beberapa "salesman" dari Kanada!
Saya ingin bertanya Khalid, dalam mempromosikan sesuatu perniagaan, apakah pernah dia temui seorang "salesman" yang berkata produk yang dipromosikan itu tidak boleh buat itu dan ini? Dan Khalid begitu mudah dibeli dengan pujuk rayu "salesman" tersebut?
Memang benar teknologi membran berkembang pesat di dunia. Tapi tahukah Khalid bahawa teknologi yang dia katakan itu sudah lama bertapak di selatan negara ini dan dipelopori oleh seorang ahli akademik di UTM, Johor?
Seperkara lagi, apakah Khalid "Gagap" itu fikir maklumat yang diperoleh seorang Timbalan Perdana Menteri bersumberkan dari kajian budak-budak tadika PASTI yang hanya tahu menghafal nama-nama pemimpin pembangkang?
Sudah tentu Muhyiddin memperolehi maklumat kelas pertama yang lebih terperinci tentang kelebihan dan kelemahan teknologi membran berbanding Khalid yang hanya mendapat maklumat dari sekumpulan "salesman" yang datang dari Kanada yang mahu menjual produk mereka!
Khalid memberi contoh bahawa teknologi membrannya itu mampu memproses air laut untuk dijadikan air mentah. Kalaulah benar begitu, maka tak payahlah Selangor memililik 34 loji rawatan air!
Sepatutnya, Khalid arahkan semua loji rawatan air itu ditutup dan dia boleh suruh syarikat dari Kanada itu duduk di persisiran pantai di Selangor untuk memproses air laut untuk disalurkan kepada penduduk negeri itu.
Apa yang Khalid tak tahu ialah negara-negara di Timur Tengah itu tidak mempunyai sumber air seperti Malaysia. Lagipun negara-negara itu merupakan negara-negara kaya yang mampu menanggung kos rawatan air laut yang mahal!
Tidakkah Khalid sedar bahawa dia kini sedang mencadangkan satu pelan yang mahal kosnya berbanding pembinaan loji Langat 2 yang terbukti lebih murah, berkesan dan praktikal untuk menampung keperluan bekalan air bersih untuk rakyat Selangor.
Kini beberapa pakar telah mengatakan teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air. Kos permulaannya memanglah tidak sebanyak Langat 2 tetapi perlaksanaannya memerlukan kos yang tinggi akibat dari penggunakan tenaga elektrik yang banyak. "Salesman" Kanada tu ada maklumkan ni tak agaknya.
Dalam akhir kenyataan Khalid, dia kononnya berlakon baik. Kononnya dia "tidak menentang" pembinaan Langat 2 dan mahu projek berkenaan dimasukkan ke dalam pakej penyusunan perstrukturan semula air di Selangor.
Kononnya lagi, Kerajaan Pusat dan syarikat-syarikat konsesi tidak memberikan komitmen untuk melaksanakan penstrukturan semula air. Kepala hotak dia! Tak habis-habis nak salahkan orang atas kebodohan diri sendiri.
Padahal, Kerajaan Pusat sudah memberikan kerjasama 300 peratus untuk mengatasi masalah kekurangan air dan sanggup merendahkan ego untuk berbincang mengenai penstrukturan tersebut.
Malah Kerajaan Pusat sudah meluluskan kehendak Khalid untuk membeli keempat-empat syarikat konsesi air di Selangor. Apa lagi yang dia mahu? Pergilah beli syarikat-syarikat itu cepat!
Syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tolak tawaran Khalid sebab dia menawarkan harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran. Sebagai "CEO terhebat", gunakanlah kehebatan itu untuk berunding harga yang sepatutnya.
Lagipun, Kerajaan Negeri Selangor ada pegangan saham dalam semua syarikat-syarikat konsesi berkenaan. Pandai-pandailah berunding! Takkanlah itu pun nak minta tolong Kerajaan Pusat? Katanya hebat sangat jadi CEO sampai buat buku "jilat diri sendiri"..!
Aku heran tengok puak-puak PAS kat Kedah ni. Makin hari, makin rendah pulak IQ depa. Terutamanya blogger-blogger pencacai PAS belaan Zul Yahya. Makin teruk otak depa kena polute pemimpin parti depa...
Baru ni giliran Ghani pulak perbodohkan blogger belaan Zul Yahya tu. Ghani kata, mana boleh bagi syarikat asing pegang saham besar dalam projek babitkan kerajaan. Ghani kata GLC perlu pegang saham terbesar. Puak-puak blogger PAS ni mengangguk...heh!
Aku nak tanya la kan. Kalau sebuah syarikat nak bangunkan kawasan yang kurang membangun dan agak mundur terkebelakang. Depa keluarkan semua modal, aset, dan segala-galanya. GLC hanya goyang kaki dan bantu sikit-sikit saja...
Agak-agak adil tak GLC tu dapat saham lebih besar dari syarikat pelabur tu?
Contohnya, kat Apple Inc nak buat kilang kat Gurun. Katakanlah Apple Inc nak melabur kat situ dan mintak Kerajaan PAS Kedah sediakan tapak sewa beli untuk bina kilang kat situ.
Balasannya, Apple akan bagi 20% pegangan saham dalam syarikatnya pada PKNK (GLC la tu!) dan Apple pegang 80% pegangan saham kilang tu...rasanya, offer tu agak menarik dan kerajaan yang bijak takkan tolak offer cam tu...
Walaupun kerajaan seolah-olah hilang tanah sikit, tapi GLC ada saham 20% dalam syarikat tu. Kerajaan Negeri boleh mintak satu peratus "golden share" untuk kepentingan rakyat dan tanah negeri tu.
Lagipun, bila kilang tu beroperasi, dah tentu kawasan tu akan membangun dan bagi peluang kerja kat anak-anak negeri Kedah. Itulah yang dikatakan pembangunan! You lost a bit, you gain a lot in the future..!
Tapi Ghani tak setuju. Dia nak semua GLC pegang saham lebih banyak. Dalam hal kat atas tu, dia nak PKNK pegang 80% dan Apple Inc 20%. Kalau macam tu la amalan Kerajaan PAS Kedah, agak-agak pelabur nak masuk melabur kat Kedah tak? Heh!
Tu pun jangannnn..puak-puak macam Zul Yahya ni "bijak" sangat sampai diperbudusss oleh IQ Ghani yang rendah tak tau apa-apa tu..! Heh! Kalau orang kata depa bengap depa marah..tapi depa memang hakikatnya bengap...so jangan marah la noooo..
P/s: Aku sekadar bagi pencerahan..tapi kalau hati tu benak hitam, takleh buat apa-apa lagi dah. "Langgah" la ayaq zam-zam 40 gelen pun...hati depa tu tetap benak, akai depa tetap tumpul..!!! Heh!
Kepada jutaan peminat Harimau Malaya serta brader2 kaki ciplak jersi , telah tersebar gambar jersi terbaru skuad kebanggaan negara yang akan dipakai nanti di AFF Cup 2012 .
Bagi GPB , kalau ada peminat yang tak berapa suka design baru oleh Nike ini ..boleh je pakai yang lama..yang penting kita sokong Harimau Malaya .
Bila dilihat design terbaru jersi ini , ia mirip jersi kelab terkemuka Portugal iaitu FC Porto yang mana ditaja juga oleh Nike . Ini menunjukkan jenis ini adalah pattern ini paling terbaru .
Tak sabar rasanya nak beli jersi terbaru ini ...........
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menafikan beliau boros dengan berbelanja besar bagi majlis perkahwinan anaknya, baru-baru ini. Sambil membidas Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang menjadikan perkahwinan anaknya itu sebagai modal politik, beliau menegaskan sikap dengki pembangkang tidak pernah berkesudahan.
Dalam wawancara dengan Antarapos, Ketua Menteri Melaka itu mengupas segala tuduhan pembangkang mengenai majlis perkahwinan itu, termasuk sumber pembiayaan dan jumlah hadirin yang begitu tinggi. Mohd Ali berkata pembangkang sengaja menidakkan budaya penduduk Melaka yang memberikan sagu hati wang apabila menghadiri majlis perkahwinan.
"Saya order nasi untuk 60 ribu orang.. DAP tanya berapa Datuk belanja? Surat khabar tulis 130 ribu (orang hadir)... kalau seorang bagi saya RM10? "Saya belanja makan (untuk) 60 ribu (orang), seorang RM10 nasi beriyani," katanya. Mohd Ali menafikan beliau melampaui pendapatannya sebagai ketua menteri.
Beliau berkata tohmahan pembangkang, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya mencerminkan keperibadian mereka yang angkuh dan cetek pengetahuan mengenai budaya Melayu.
"Lim Kit Siang kata belanja RM100 ribu... itu (kalau) 'shark fin soup' dan ada 'brandi' (arak). Saya minum air sirap sahaja, makan nasi beriyani. Mana ada RM100 ribu?" katanya. "Lim Kit Siang mana ada pergi kahwin rumah orang kampung.
Dia selalu pergi dalam hotel lima bintang, hotel air-cond (berhawa dingin) dengan (hidangan) brandi. "Itu (cara) DAP kahwin, saya orang kampung... saya buat pun di Dewan Tun Ali, dewan kampung saya," katanya. Beliau kesal dengan tuduhan pembangkang yang kononnya majlis itu diadakan dengan begitu mewah sekali.
"Anak saya naik beca, kahwin naik beca bukan kereta Rolls Royce...yang dia (DAP) nak dengki pasal apa?
Saya pun hairan," katanya sambil menambah majlis berkenaan kelihatan mewah disebabkan jumlah hadirin dilaporkan lebih 100,000 orang. Beliau yakin, apa pun, DAP akan tetap mencari kesalahan walaupun sekiranya beliau hanya membuat majlis kecil-kecilan.
"(Kalau) seribu orang sahaja datang, pun salah saya juga. Bila ramai datang, pun saya salah. Itu saya kata DAP ini tak habis-habis dengki," kata beliau.
Menurutnya lagi, beliau tidak mempunyai sebarang halangan terhadap orang ramai yang mahu hadir pada majlis berkenaan yang diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.
"Anak saya kahwin, ramai orang nak datang sebab saya pergi rumah orang kahwin sejak umur saya 11 tahun. Saya sudah pergi berpuluh ribu... saya (pergi rumah) orang kahwin. Ini hobi saya. Kalau saya ada masa, jauh pun saya pergi.
"Kawasan parlimen saya (Bukit Katil) sahaja pengundi 97 ribu, semua saya jemput... orang Melaka sejuta... (mereka) tanya boleh datang Datuk, saya kata boleh. Takkan saya nak tahan? (Takkan) nak jemput seribu sahaja?
"Kalau saya sekat nanti dia kata Datuk Ali ini anak kahwin pun tak nak jemput, kita tak payah undi dia. Tak berat?" soalnya.
Ali membidas DAP kerana menimbulkan pelbagai kecurigaan terhadap sumber perbelanjaan untuk majlis perkahwinan itu.
"Dia kata mana ambil duit? Orang datang 130 ribu (hadir di majlis), kalau seorang bagi RM10 tak cover ke? Memang kita kahwin macam itu. Dia kata tulislah berapa Datuk dapat berapa Datuk belanja...saya kata (bila) kau kahwin anak kau, tulislah di suratkhabar berapa dapat berapa belanja
. "Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) pun buat kahwin anak, tulislah dalam suratkhabar berapa dapat berapa belanja. Semua orang DAP kahwinkan anak, mengapa tak isytihar dalam suratkhabar berapa dapat berapa belanja?
"Mengapa saya pula yang disuruh isytihar? Itupun saya isytihar juga. Saya belanja untuk 60 ribu orang, seorang RM10 sama dengan RM600 ribu. Dia tanya mana ambil duit, saya cakap orang datang 130 ribu. Malaysia Book of Record cakap. Habis tak boleh bayarkah duit itu?
"Orang Melaka datang mesti bagi duit... Dia kahwin orang bagi duit dia ambil mengapa saya kahwin orang bagi duit saya tak boleh ambil?" ujar beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak 'gila kuasa' yang mahu mengambil alih jawatan yang dipegang oleh orang lain dengan memusnahkan apa yang telah dibina setakat ini. "Saya tidak marah jika mereka mahu jawatan saya dan orang lain, tetapi jangan mengkhianati rakyat dan negara.
"Jangan melaksanakan dasar-dasar yang boleh memusnahkan apa yang kita telah dibina hanya kerana mereka mahu mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap di majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka Kuala Muda Kedah Rabu.
Menurut beliau, rancangan pembangkang untuk menghapuskan kutipan tol lebuh raya, meningkatkan gaji minimum dan mengurangkan harga petrol hanya akan membawa negara ini ke dalam hutang yang lebih dan menyebabkan ekonomi akan lumpuh.
"Dalam Islam, ia adalah penting bagi kita untuk menyelesaikan hutang kita sebelum kita meninggalkan dunia ini, jika tidak waris kita terpaksa mewarisi hutang tersebut," katanya.
Najib juga mengecam pembangkang kerana "mengajar" rakyat Malaysia untuk menjadi tidak bersyukur. Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat dan meringankan beban mereka, pembangkang mempengaruhi rakyat supaya mereka tidak perlu mengucapkan terima kasih.
"Mereka pergi ke akar umbi untuk memberitahu rakyat untuk menerima segala-galanya pemberian kerajaan, tetapi tidak mengundi Barisan.
Ia adalah seperti memberitahu rakyat bahawa mereka tidak perlu menghargai pemimpin-pemimpin kita, apabila pada hakikatnya, kerajaan telah memperjuangkan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip Islam," katanya. Beliau berkata ia tidak salah bagi rakyat untuk menyokong pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
"Kami mempunyai rancangan yang jelas dan hala tuju untuk mengubah negara ke arah mencapai status negara maju. "Dan, kita perlu memastikan pembangunan seimbang supaya tidak ada kumpulan yang ketinggalan. "Tanpa dasar dan program asas, petani, nelayan dan penternak boleh ketinggalan daripada pembangunan negara," katanya.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Sebelum itu PM turut mengumumkan kelulusan cadangan pembinaan lebuh raya dari Empangan Pedu, Kedah ke daerah Kuala Muda. Lebuh raya untuk meluruskan sungai dari empangan itu yang bengkang bengok hingga sering menimbulkan masalah banjir kepada pesawah di kawasan berkenan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. PM dalam rangka lawatan sehari ke Kedah pada Rabu.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, dalam lawatannya ke perkampungan nelayan Tanjung Dawai, Merbok, Najib mengumumkan pelaksanaan projek perumahan nelayan di situ bagi menyelesaikan masalah petempatan nelayan di kawasan itu.
Najib berkata, program berkenaan sudah ada dalam perancangan kerajaan pusat. "Kita (kerajaan) akan bina perumahan nelayan tapi masa sudah semakin hampir, kita bagi menang pilihan raya (umum ke-13) dulu kita akan laksanakan projek ini dengan segera," katanya.
Difahamkan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai sudah berlarutan sejak sekian lama dan kira-kira 90 peratus tapak perumahan nelayan di kawasan itu bukan hak milik mereka. Najib dalam ucapannya turut menzahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat secara santai dan tanpa protokol.
Dalam lawatannya, Najib mengadakan walkabout mendekati penduduk di penempatan nelayan pekan Tanjung Dawai, beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga. Dari Tanjung Dawai, Najib kemudiannya menghadiri Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Pantai Merdeka dengan menaiki bot Polis Marin dari jeti Tanjung Dawai dan diiringi 40 buah bot nelayan. Manakala selepas majlis di Pantai Merdeka, Najib 'dihantar' pula kira-kira 600 buah anak muda menunggang motorsikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.-31/10/2012 - AGENDA DAILY
Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion. Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.
"Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.
"(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.
"Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).
Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.
Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.
Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai.- Bernama
Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.
Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net. Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.
Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.
Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.
Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.
Blogger pencacai utama Anwar , Milo Suam telah menyebarkan satu video ucapan Najib di Perhimpunan Agung MCA lalu kononnya menyebut hukum hudud lancau . Mereka melabel Najib telah menghina hukum Allah walhal kebenaranya video itu telah diedit untuk memburukan pemimpin No 1 negara ini .
Yang betulnya ternyata Najib sebut Hulu Lacau, iaitu nama tempat persinggahan antara Kuching dan Sri Aman. Bukannya Hudud Lancau seperti yang puak-puak Pakatan tuduh & fitnah .
Lihat video edit oleh kaki fitnah pencacai PR
Pemimpin agung mereka iaitu Anwar Ibrahim berceramah berkatan Pakatan akan membentuk kerajaan Pusat tanpa politik kotor ,habis itu ini politik fitnah apa ??
Spin ucapan yang tidak betul sama sekali dan jika rakyat yang tidak tahu akan hal sebenarnya tentunya akan marah kepada Najib .
Sekarang siapa sebenarnya yang main politik fitnah & kotor ini ?? Mereka kata kepada BN tapi sebenarnya mereka yang paling jahat ....
lihat pulak video yang sebenar ini...ini diambil oleh portal pro mereka ...
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.
Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.
Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.
"Saya juga ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.
Saya hendak tegaskan di sini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 bilion, diikuti Sabah dengan RM2.6 bilion dan kemudian baru Selangor RM1.9 bilion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil iaitu hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.
"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan menganggapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.
"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan dimasukkan semula ke dalam poket kiri.
"Ini juga apa yang dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.
Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor.
Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel), dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya.
Johor membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.
Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor. Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini.
Kehadiran pemain yang lebih dikenali dengan nama Daniel Guiza dan berusia 32 tahun itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam. Selain Guiza, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak, Azmi Muslim dan Mohd. Muslim Ahmad sah menjadi milik Johor, manakala Safiq Rahim dan Mohd. Nurul Azwan Roya sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu. Johor juga sedang menunggu keputusan daripada penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha.
Tunku Ismail berkata, Guiza yang merupakan pemain penyerang kini beraksi untuk Getafe dalam saingan La Liga, sudah hampir 95 peratus menjadi milik Johor dan pasukan mengalu-alukan kedatangan pemain itu.
"Nilai pemain itu di pasaran Eropah adalah 1.6 juta euro. Berapa jumlah yang PBNJ bayar untuk mendapat khidmatnya, saya tidak akan dedahkan.
Yang penting dia bakal memberi impak kepada skuad Johor dalam saingan musim depan. "Dia (Guiza) yang membantu Sepanyol muncul juara Piala Eropah 2008 sudah menyatakan persetujuan beraksi bersama Johor dan kami gembira dapat mengikat pemain bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.
Selain Mallorca dan Getafe, Guiza juga pernah beraksi dengan kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama kelab tersebut. Tunku Ismail juga memberitahu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.
"Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan. "Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi," katanya yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara.
Teman terkejut melihat demografi penduduk Sabah melalui fakta Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Ini kerana daripada 3,117,405 penduduk Sabah, 27.82% adalah bukan warganegara.
Lebih mengejutkan bila teman mendapati, daripada 146,987 penduduk Kinabatangan, 78.5% adalah bukan warganegara.
Tetapi teman lebih terkejut dengan sikap pembangkang negara ini yang buta dan tuli kerana seramai itu penduduk Kinabatangan, hanya 21,707 adalah pemilih berdaftar.
Ini bermakna, bukan warganegara tetap tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Namun apa yang pasti, integriti perlulah ada dan pemantauan haruslah dibuat ke atas mana-mana ahli politik memerintah mahupun membangkang yang cuba untuk menangguk di air keruh pada kehadiran warga asing yang menyesakkan negeri Sabah yang indah itu.
Selain politik fitnah, hentam dan politik benci, hanya politik sihatlah yang mampu membawa Sabah lebih ke terhadapan berbanding negeri lain.
Demografi Penduduk Sabah Mengikut Kaum (Banci 2010)
Populasi
Peratusan
Mel
Kad
Baj
Mur
LL Bumi
Cin
Ind
LL
Bukan Warga
Beluran
64350
20.86
17.19
5.20
2.58
40.05
5.70
0.21
2.06
6.14
Beaufort
104484
2.17
19.58
4.47
0.23
28.34
0.84
0.09
0.99
43.30
Keningau
173103
2.59
39.65
3.12
16.79
7.19
6.16
0.22
1.83
22.45
Kinabatangan
146987
0.86
1.706
1.27
0.12
15.02
0.34
0.09
2.10
78.50
Kota Belud
91272
1.50
41.74
34.52
0.19
13.82
1.28
0.08
0.45
6.43
Kota Kinabalu
452058
7.93
15.48
16.13
0.56
13.08
20.67
0.49
1.21
24.46
Kota Marudu
66374
1.91
62.27
15.28
0.14
14.07
2.62
0.10
0.77
2.84
Kuala Penyu
18958
21.17
31.86
9.93
0.46
29.57
1.42
0.32
0.61
4.66
Kudat
83140
2.99
4.419
21.28
0.19
54.63
5.93
0.08
0.43
10.06
Kunak
61094
2.13
1.73
21.48
0.13
20.52
0.89
0.11
3.16
49.84
Lahad Datu
199830
4.13
4.979
19.42
0.16
26.06
6.04
0.23
1.75
37.22
Nabawan
31807
0.80
2.512
0.93
77.70
2.04
0.89
0.02
0.91
14.20
Papar
124420
26.55
22.59
17.45
0.56
9.78
5.13
0.17
0.81
16.96
Penampang
121934
4.76
34.75
7.49
1.16
10.39
22.43
0.51
1.66
16.86
Pitas
37808
1.75
15.18
10.51
0.26
67.35
0.90
0.07
0.66
3.32
Putatan
54733
22.20
15.3
28.64
1.37
16.58
5.27
0.58
3.46
6.60
Ranau
94092
1.02
85.23
1.16
0.15
3.99
1.62
0.06
0.77
6.01
Sandakan
395930
5.62
4.197
9.82
0.13
25.32
15.96
0.25
2.21
36.49
Semporna
133164
1.89
0.632
56.99
0.03
8.51
0.80
0.06
0.92
30.16
Sipitang
34862
15.87
11.11
2.70
13.51
38.49
3.51
0.16
3.97
10.66
Tambunan
35667
1.19
85.59
1.20
1.23
3.38
1.05
0.03
0.44
5.87
Tawau
397673
2.94
1.618
7.68
0.70
33.81
10.07
0.21
1.55
41.42
Tenom
55553
3.74
11.73
2.26
51.74
13.03
8.44
0.07
0.98
8.00
Tongod
35341
1.12
23.83
2.34
1.83
41.85
1.13
0.07
0.96
26.88
Tuaran
102411
4.21
42.99
33.82
0.38
7.71
4.31
0.17
1.35
5.05
Mel
:
Melayu
Kad
:
Kadazandusun
Baj
:
Bajau
Mur
:
Murud
LL Bumi
:
Lain-Lain Bumiputra
Cin
:
Cina
Ind
:
India
LL
:
Lain-lain
Bukan Warga
:
Bukan Warganegara
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.