Rabu, 25 Februari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 25 Feb 2015 07:45 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


CARA MEMIMPIN HATI (2)

Posted: 25 Feb 2015 12:17 AM PST


Untuk lebih jelas, biar kita senaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia. Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat, begitu juga nafsu. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah. 

Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan mengikut aturan tingkatannya: 
i. Nafsu ammarah 
ii. Nafsu lawwamah 
iii. Nafsu mulhamah 
iv. Nafsu mutmainnah 
v. Nafsu radhiah 
vi. Nafsu mardhiah 
vii. Nafsu kamilah 

Orang yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada di taraf yang kedua iaitu nafsu lawwamah.

Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga ia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima, nafsu mutmainnah. Nafsu mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada seksaan Neraka.

Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya: 

Maksudnya: "Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba- Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30) 

Di sini diperpanjangkan lagi, bagaimana mahu membersihkan sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati itu. Sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati sepertilah daki yang melekat di badan. Kalau kita malas menggosoknya, akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan bersihlah badan. Begitulah mazmumah (daki) hati. Jika kita rajin meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hati itu, malah ia bercahaya. 

Bagaimanakah cara membuang sifat-sifat mazmumah dari hati? Tentulah tidak sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru mursyid. Yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu. Malangnya di akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid. Ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah bahawa di akhir zaman yang banyak adalah mubaligh tetapi sukar mencari guru mursyid. 

Nasib kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, dia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu. Untuk jelasnya saya buat beberapa contoh, cara membersihkan hati yang jahat ini: 

Contoh 1: 



Rasa Bakhil 

Biasanya nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan dibenci oleh Allah. Kerana Allah mahu kita jadi pemurah. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda 
Maksudnya: "Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil." (Riwayat Al Khatib) 

Oleh itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah hati memberi atau menderma selalu, terutamanya waktu rasa bakhil itu menguasai diri. Yang paling baik, waktu duit tinggal sedikit, waktu itulah kita latih berkorban kerana waktu itulah nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu yang sebaik-baiknya untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya, fungsi menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan itu sekadar dapat pahala. 

Katakanlah kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil. Kita pun tahu bahawa Allah tidak suka pada orang yang bakhil. Kerana itu kita berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu. Maka kita perlu cuba membiasakan dan membanyakkan sedekah, memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita.

Sebagai pendorongnya, kita hendaklah selalu membaca firman-firman Allah dan Hadis- Hadis yang banyak menganjurkan kita berkorban. Di sini dipetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menunjukkan Allah dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat pemurah itu. 

Firman Allah SWT: 
Maksudnya : "Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul- Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari hartamu, memperolehi pahala yang besar." (Al Hadid: 7) 

Maksudnya: "Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak." (Al Hadid: 11) 

Bersabda Rasulullah SAW: 
Maksudnya: "Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka." (Riwayat Bukhari) 

Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta bahkan orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat mendidik akhlak mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah. 

Allah SWT berfirman: 
Maksudnya: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Al Baqarah: 263) 

Rasulullah SAW pernah memberikan garis-garis panduan berikut dalam satu riwayat Hadisnya:

Maksudnya: "Segala perbuatan yang baik itu sedekah."(Riwayat Ahmad dan Bukhari dari Jabir) 

Maksudnya: "Senyuman kepada saudaramu itu adalah sedekah." (Mashabi Assunah) 

Maksudnya: "Aku khabarkan kepadamu, yang lebih tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan sedekah. "Khabarkanlah," kata Sahabat-Sahabat. "Mendamaikan dua golongan yang bergaduh itu sedekah." (Riwayat Ahmad dari Abi Dardak) 

Dengan menggunakan panduan-panduan di atas, orang yang menyedari ada padanya sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri untuk mengubatnya. Bila ada saja peluang untuk sedekah dan sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja. Paksalah hati untuk mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan kepada orang lain dengan bermacam-macam cara itu. 

Di waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu itulah perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang disayangi itu dengan segera dan sebanyak-banyaknya. Latihan ini akan jadi lebih berkesan kalau kita sanggup mengeluarkan harta itu semasa kita sendiri kekurangan. Katakanlah kita didatangi oleh peminta derma di waktu kita hanya ada RM5 di poket. Waktu itu, paksakan hati supaya mengeluarkan separuh yang ada. Tentulah hati rasa berat tetapi keluarkanlah juga.

Insya-Allah, kalau ini dibuat dan sanggup kita buat selalu, kita akan jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap terus dari hati kita. Katakanlah kita ada duit RM10,000 tetapi yang kita dermakan hanya RM10 sahaja, tentu tidak akan berkesan apa-apa di hati kita. Di waktu duit sedikit, rasa bakhil sangat kuat maka waktu itu kita akan rasa berat untuk menderma. Ketika itulah kita perlu lawan sifat bakhil itu. Itulah yang dikatakan latihan. Itulah caranya untuk suburkan sifat-sifat pemurah. 

CARA MEMIMPIN HATI (1)

Posted: 24 Feb 2015 05:53 PM PST

"Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan. Perasaannya pula sering bertukar ganti .Perasaannya yang bertukar ganti itu hendak ditadbir atau hendak didisiplin sungguh sulit sekali. Sedangkan hati adalah raja di dalam diri .Baik hati, baiklah seluruh rakyat di dalam diri (anggota lahir)"
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya.
Di antara cara-cara memimpin hati ialah:

Pertama :
Ada ilmu tentang hati atau roh.
Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.

Kedua :
 Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid

A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli - mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.

Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi. Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu.

Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau." (Riwayat Al Baihaqi)

Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu.
Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:

Maksudnya: "Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya." (Al Jasiyah: 23)

Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat- Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:

Maksudnya: "Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar."
Bila para Sahabat bertanya: " Peperangan apakah itu?"
Baginda berkata: "Peperangan melawan nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)


Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.

bumiyang

Posted: 25 Feb 2015 04:03 AM PST

bumiyang


Kes Khalwat Mat Sabu Bakal Dibicarakan Semula???

Posted: 24 Feb 2015 05:00 PM PST

Aziz, Lee Kwan Yew Berbangsa Melayu.....

Posted: 23 Feb 2015 04:30 PM PST

sekupangdua

Posted: 24 Feb 2015 11:49 PM PST

sekupangdua


KARMA ANWAR DAN SIAPA SEBENARNYA TUHAN?

Posted: 12 Feb 2015 09:33 PM PST


KORANG PERASAN TAK? Teriba parti PUkie R nie tetiba jadi lebih alim dari PaS, hari inirata-rata dilaman sosial seperti terancang posting semuanya membabitkan potongan Nas dan Hadis yg mahu memberikan rakyat kesal kononnya ini satu dosa besar dengan merujuk hadis dan nas sebagai rujukan. Mengalah PAS alimnya dengan lontaran bukti hadis dan Nas supaya semua umat akan terasa melakukan dosa kerana menyebabkan Bang Non kesayangan dihukum penjara...

Sebaik mula bang non berkrusus panjang selama 5 tahun di akedemik Penjara Sg Buluh mak bermulalah gerakan protes badan kehakiman serta diakaitkan dengan kerajaan terutama yg sentiasa disebut dan dikaitakan seolah UMNO dan BN sekali pun bukan hanya UMNO sahaja parti yg dalam parti Barisan Nasional. Memang pelik kenapa tak pulakdikaitkan dengan konspirasi rakan kompenan seperti Gerakan, MCA,MIC dan lain-lain... Kenapa UMNO? memang dari mulalagi si per lee what nie cuba mengheret UMNO bagi mengusar dan memecah belahkan UMNO yg terdiri dari orang Melayu kebanyakannya yg juga merupakan kuasa besar di negara yg pernah di gelar THE MALAYA  atau TANAH MELAYU...


Mahu meletakan kekesalan kepada sesiapa sahaja yg mempercayai Per lee What dipenjarakan walaupun tidak bersalah, sinonim dan kebiasaan umat yg akan percaya dengan hadis dan nas sebagai rujukan akhir zaman, percubaan nampaknya teratur dan dikaji kesan pengunaan hadis dan nas supaya umat akan yerasa berdosa kerana menyokong sehingga big boss mereka ke sg Buluh...

Bagaimanapun bukan pelik jika kita lihat kembali mereka yg viralkan pelbagai cerita supaya rakyat mempercayai kisah karut dan rekaan ini nampaknya terdiri dari kalangan yg terpilih, tak kira facebooker, bloggers dan lain-lain medium akan mengunakan kaedah keluarkan isu dan viralkan sekata semua sekali, kebanyakannya pun orang yg sama, bagai mendapat upah kekadangnya orang tertentu sahaja yg kosisten dalam penyebaran fitnah dan fokus dan ikut satu persatu isu yg dirancangkan dan mengheret selama mana yg boleh, seolah makin kerap dan banyak viralkan isu dan hasil tuaian akan makin besar dan bertambah... Kerja nie tak UBAH MENAFIKAN KARMA keatas kesalahan si Per Lee What nie, apa yg mereka mahu ialah semua rakyat WAJIB bulat-bulat percaya, dan karma itu bukanketentuan Allah swt sebaliknya mestilah dari tangan dan fitnah mereka sahaja yg layak dijadikan KARMA...

Mereka masih bertanggapan rakyat seperti lembu, percaya rumput yg diragut bagai memakaikan lembu dengan kacamata hijau, meragut rumput kering yg disangkakan masih hijau, sebelum ini juga seperti isu altantuya bila mereka meletakan sekeping gambar yg diedit kononnya bersama DS Najib  dan diwajibkan percaya, sebaliknya video penuh bagai mana big boss toron si China Dolls dikatakan semuanya fitnah dan bukan boleh jadi bukti isu... 

Siapa sebenarnya tuhan? Mereka atau Allah swt, dan terfikirkah mereka bagaimana pula hukumnya jika kita pula menafikan kejadian yg memang benar-benar berlaku? bagaimana pesanan Allah swt melalui nas dan hadis terhadap menyokong kerja Lee what.

Itu kata mereka yg mahu fikiran rakyat rosak dan terikit dengan hasad keji mereka, apa pula dosanha jika kita menyokong kerja terkutuk dan membela pekara yg ditegah oleh Allah swt, menafikan hukum karma Allah swt, siapa sebenarnya Tuhan yg kita kena percaya dengan segala janji Allah swt yg akan menghukum kepada mereka yg menyokong segala kerja terkutuk itu... 

Sekali lagi teman bertanya... Siapa sebenarnya tuhan? Nauzubillahiminzalik...

APANAMA

Posted: 24 Feb 2015 11:47 PM PST

APANAMA


Where did the 'inheritance' come from Mister Prime Minister?

Posted: 24 Feb 2015 05:31 AM PST

The Unspinners

Posted: 24 Feb 2015 11:08 PM PST

The Unspinners


Sekolah demokrasi: Strategi segmentation wanita, muda dan Dyana (Bhg 2)

Posted: 24 Feb 2015 08:27 PM PST








Sekolah demokrasi: Strategi DAP lalaikan Melayu (Bhg 1)

Posted: 24 Feb 2015 04:30 PM PST















Sekolah demokrasi duplikasi strategi Kuan Yew tipu Melayu

Posted: 24 Feb 2015 07:22 AM PST



Lee Kuan Yew merapati orang Melayu untuk dapatkan sokongan. Sebaik saja mereka dapat rapati dan ada balaci Melayu seperti Othman WOk [baca kisah di SINI], PAP yang dipimpin cina berjaya berkuasa dan menguasai Singapura.


Dari situ, mereka jalankan agenda untuk haluskan dan dilute orang Melayu menjadi tidak releven di Singapura.




Cara yang sama sedang digunakan di Mallaysia oleh DAP. Matlamatnya sama ...






Cara mereka memujuk orang Melayu adalah melalui sekolah demokrasi.


Tapi ianya bukan setakat hanya mengubah mereka seperti Dyana ...


Strateginya akan di dedahkan satu persatu esok....

Nurul susah bezakan jenayah dan politik, Belajar kuat dan blow job sedap

Posted: 24 Feb 2015 04:30 AM PST


Maafkan lah dia sebab dididik ayah yang tak boleh bezakan salah dan betul. Demi kuasa, halal dan haram dilanggar saja.

Malah Nurul pun tak boleh bezakan antara belajar kuat dan goda pensyarak kuat-kuat untuk jalan mudah dapat A.





Bila ditanya, Nurul macam orang salah cepat nak lari.


Si Emak pula kerja membela baik si ayah peliwat  atau pun si anak penggoda pensyarah.


Anak yang sama goda, salahkan pensyarah seorang pula!!!

Nik Nazmi terlalu POYO, Misi Reformasi 2.0 pimpinannya GAGAL ... !!!

Posted: 24 Feb 2015 01:22 AM PST


Alahai budak jamu ini nak jadi Ketua Demo ...

Dengan ramai ahli exco AMK tidak menyokong pemilihannya sebagai Ketua AMK dan kini tiada sokongan dari PAS serta sokongan DPA hanya acuh tak acuh, Himpunan Sogo ke 2 gagal lagi. Hanya 70 orang saja yang hadhir.











Gambar semua close shot.


Adam Adli lagi nampak menyerlah.


 






Namun Adam Adli tak membantu imej Reformasi 2.







Dah jadi lost cause. Tambah lagi kena main dengan DAP.



Apa ppunya poyo nak buat dinner pulak? Dari reformasi jalanan ke bakar lilin dan kini dinner pulak?


Pasti orang PAS ketawa gelak.


Baik masuk dan kekal dalam lokap saja. Pasti ramai ahli AMK suka ... Minggu depan dah minta bantu si jambu anwar Rapussy yang satu batch Nik Nazmi di MC Gay Gay..




Masih tak ramai juga baik Nik Nazmi resign!!!


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Feb 2015 11:07 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PORTAL MILIK PAS DEDAHKAN LIM GUAN ENG DALANG JATUHKAN PRESIDEN PAS?

Posted: 24 Feb 2015 04:41 PM PST


Pertemuan Dan Mesyuarat Antara Lim Guan Eng Dengan Pasma 12 Januari Lalu Diperincikan!!! Perjumpaan Diantara Pasma Dan Lim Guan Eng Di Komtar Pada 12 Jan 2015.

1. Satu perjumpaan diantara PASMA dan LGE telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Jan 2015, jam 11 pagi.

PASMA diwakili :-
1. Dato Phahrolrazi Zawawi
2. Nasir Ahmad
3. Taib Zakaria
4. Dzulqarnain
5. Rahman Talib
6. Hazmi Hassan
7. Sayuthi Omar
8. Mohd Yusof Mohd Noor
9. Zolkifly Md Lazim
10. Nordin Majid
11. Taib Ahmad
12. Yusny Mat
13. Muhaimin Sulam
14. Yacob Ali
15. Roshidi Husin

DAP diwakili :-
1. Lim Guan Eng
2. Ramasamy
3. Chow Kon Yeow
4.Jeff Ooi
5.Lim Hock Seng
6. Zairil Khir Johari
7. Ong Ah Teong
8. Harvinder singh
9. Ng Wik Aik
10. Chong Eng

4. Majlis bermula dgn ucapan aluan dari LGE. LGE sangat gembira dgn kedatangan PASMA.

5. Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada LGE yang PASMA akan membantu DAP dlm segala urusan yang diminta oleh DAP.

6. PASMA memberi commitment 100% utk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dlm pemilihan PAS tahun ini.

7. PASMA akan membantu DAP di Sarawak dikawasan Islam

8. PASMA memohon kepada LGE supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kpd ahli PAS yang sokong PASMA, begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

9. LGE menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kpd PASMA.

10. LGE sangat berharap agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dlm pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.

11.LGE juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dlm bulan Februari ini, segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Johor next target utk ditawan dlm PRU 14.

12.Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.

13. PASMA dan DAP telah merangka strategi bersama utk menghadapi PRN SARAWAK dan PRU14

14. Mereka memberi tumpuan khas dikawasan Melayu. DAP akan gunakan PASMA utk masuk ke kawasan Melayu lepas ini.

15. DAP amat yakin Hadi Awang akan tumpas kali ini.

16. DAP dan PASMA bersetuju MAT SABU jadi Presiden PAS yang baru.

Mesyurat tamat pada pukul 12.50 tengahari dan makan tengahari.


*Padanlah Mat Sabu diperkudakan kalau betul kawan baik Mat Sabu ni dalangnya.

PERBINCANGAN SULIT PEMIMPIN PAS MELALUI SMS JADI VIRAL

Posted: 24 Feb 2015 05:44 AM PST


Print Screen berkenaan perwakilan yang tidak bermesyuarat Agung hadir Muktamar Pemuda lalu telah menjadi viral dalam media sosial mempersoalkan cara Suhaizan Kaiat memang sebagai Ketua Pemuda.

Ramai minta Suhaizan menjawab berkenaan isu ini tetapi setakat ini masih belum ada sebarang respon.

Suhaizan juga dikatakan membisu dalam banyak isu membabitkan permasalah PAS dan suara Pemuda PAS dilihat lemah terutama bila ada suara lantang menghentam dasar dan perjuangan PAS seperti Hudud dan Islam.

Kepemudaan mestilah agresif dan bertindak cergas dan disusun dengan baik agar aliran gerakan reformasi seiringan. Selain daripada itu Pemuda juga harus bersama ulama kerana ulama adalah pembimbing kepada gerak kerja pemuda sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. bagaimana Pemuda menjadi pengerak gerakan dakwah Islamiyyah.


*Menjelang muktamar yang ada pemilihan, banyak pula benda-benda sulit macam ni tersebar. Takkan yang ini pun salah UMNO jugak?



DOKUMEN RASMI KERAJAAN DAP HAPUS KEISTIMEWAAN MELAYU PULAU PINANG.

Posted: 24 Feb 2015 01:42 AM PST

Blogger Gadis Penang mendedahkan surat ini yang diedarkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.


Sumber ; http://bicarapenang.blogspot.com/2015/02/guan-eng-nak-usir-bumiputera-dari-pulau.html

Jika surat ini asli, maka ber'gembira'lah orang-orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong DAP kerana ternyata Khalifah Lim Guan Eng sememangnya mengotakan janji DAP untuk hapus keistimewaan orang Melayu.



Nasi sudah menjadi bubur, kalau bersuara akan kena pecat sebagai mana salah seorang pemimpin PAS.


*Kelu lidah tak terkata....

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Feb 2015 11:06 PM PST

Panglima Perang Cyber


Bolehkah @cmlimguaneng sahkan pertemuan DAP PASMA Pada 12 Jan 2015 Lalu ????

Posted: 24 Feb 2015 06:43 PM PST

Surat Kerajaan Pulau Pinang @cmlimguaneng Semalam Mansuh Diskaun 5% Lot Bumiputera - Kebetulan Pada Ulangtahun Peristiwa Bukit Kepong !!!

Posted: 24 Feb 2015 01:20 AM PST





Harap Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan atas pemansuhan ini dan jika benar maka ia adalah detik malang untuk Bumiputera yang mungkin telah diperdaya untuk menyokong PR pada PRU yang lalu.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.


Kebetulan, semalam juga tarikh peristiwa Bukit Kepong di mana ramai anggota keselamatan ditembak mati oleh komunis. Pada 23.2.1950.

Adakah ia ada kaitan ?

Wallahu A'lam.



Selesaikan krisis dalaman MIC dengan cara politik - @Zahid_Hamidi

Posted: 24 Feb 2015 12:53 AM PST



Astro Awani |Kemas kini:Februari 24, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 24, 2015 13:49 MYT) 



Selesaikan krisis dalaman MIC dengan cara politik - Zahid Hamidi
ZAHID: KDN sememangnya tidak mahu campur tangan dalam kemelut dan pengurusan parti MIC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri menasihatkan supaya krisis dalaman MIC diselesaikan dengan persefahaman politik dan bukan dengan tindakan perundangan.

Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas tindakan pihak tertentu dalam parti itu menerusi peguam mereka yang mengemukakan satu kertas semakan kehakiman dilakukan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut Zahid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sememangnya tidak mahu campur tangan dalam kemelut dan pengurusan parti MIC.

"Masalah politik harus diselesaikan cara politik melalui kaedah politik. Jika persetujuan telah dibuat supaya pemilihan diadakan semula maka ikutilah pemilihan itu cara demokratik dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghantar pemerhati.

"Dengan tidak ingin campur tangan dalam urusan MIC. RoS juga akan menghantar pemerhati untuk membantu apa yang tercatat dalam perlembagaan iaitu dalam peraturan parti tidak lebih daripada itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Ab Samad.

Jelasnya lagi, beliau meminta masalah yang berlaku kini diselesaikan dengan kaedah politik seperti yang dipersetujui menerusi pertemuan antara pemimpin atasan parti itu sebelum ini.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K.Ramalingam pada Isninmengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)dan Ketua Pengarah RoS Mohammad Razin Abdullah.

Ramalingam yang juga Pengarah Strategik MIC memfailkan semakan tersebut secara ex-parte di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Selvam Shanmugam & Partners.

Beliau menamakan RoS dan Mohammad Razin sebagai responden dan memohon kebenaran semakan terhadap kenyataan dan tindakan yang dinyatakan menerusi empat pucuk surat bertarikh 5 Dis 2014, 31 Dis 2014, 6 Jan 2015 dan 6 Feb lalu terhadap MIC.

RoS sebelum ini mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan daripada presiden hingga ke peringkat cawangan, bermula April hingga Julai depan.

Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - @Zahid_Hamidi #dszh

Posted: 24 Feb 2015 12:23 AM PST

Baiki tahap Malaysia

Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

THOMAS CHONG  |  24 Februari 2015 2:08 AM
 AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) menerima kunjungan  Maria Grazia Giammarinaro di Putrajaya, semalam. Tur

AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) menerima kunjungan Maria Grazia Giammarinaro di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

 

PUTRAJAYA 23 Feb. - Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada sidang Dewan Rakyat bulan depan akan membantu menambah baik kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain mengukuhkan penguatkuasaan, pindaan itu juga memastikan Malaysia dapat mengambil tindakan berkesan selari dengan amalan-amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Pindaan yang dijadual dilakukan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang adalah selari dengan peranan Malaysia sebagai negara anggota Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional serta Protokol Mencegah, Menentang dan Menghukum Pemerdagangan Orang Khususnya Wanita dan Kanak-Kanak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pemerdagangan Wanita dan Kanak-Kanak, Maria Grazia Giammarinaro di sini hari ini.

Jabatan Negara AS pada tahun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 dalam laporan pemerdagangan orang iaitu lebih rendah berbanding Tahap 2 pada tahun sebelumnya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia dengan sebanyak 1,925 mangsa telah diselamatkan sejak 2008 dan diberikan Perintah Perlindungan (PO).

Beliau berkata, sebanyak 4,788 orang mangsa pula diberi Perintah Perlindungan Interim (IPO) manakala 1,058 orang telah ditahan dalam 752 kes yang berjaya dikesan pihak berkuasa.

"Selain menguatkuasakan undang-undang, kerajaan juga bekerjasama dengan negara jiran bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tapak untuk menyeludup manusia ke negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata, empat jawatankuasa tertinggi yang dianggotai wakil daripada enam kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Giammarinaro telah membangkitkan isu pemutihan pelarian supaya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dibenarkan bekerja di negara ini.

"Undang-undang kita bagaimanapun tidak mengizinkan pelarian bekerja. Kita akan terus mengadakan rundingan supaya perkara ini diperinci secara teknikal," katanya.


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Feb 2015 09:31 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Pondanlah Rafizi Kalau Tolak Tawaran Debat Ini

Posted: 24 Feb 2015 08:08 PM PST






Rafizi Ramli seperti kita semua tahu dia pernah menjadi Pengarah Strategi PKR, dan kini menjadi Naib Presiden PKR dan juga Setiausaha Agung PKR. Dia terkenal dengan kegagalan 'Kajang Move'. Rafizi Ramli merupakan pengarah strategik PKR ketika itu. Kedudukannya sepatutnya menggambarkan beliau merupakan pakar strategi. Namun, semenjak "Kajang Move" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong.

Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia.

Rafizi ada mengatakan 'jika harga minyak turun, harga barangan juga akan turun'. Sejauh manakah kebenaran di sebalik teori ini?

Namun Rafizi terbukti gagal dalam teori ekonominya. Seperti yang dijangka, Rafizi kerap kali kalih kepada GST (Goods & Services Tax) apabila teori ekonominya menemui kegagalan. Beliau sering menggunakan GST sebagai alasan punca kenapa harga barang tidak turun walaupun minyak sudah semakin murah.

Maka tidak hairanlah mengapa sekarang rakyat mengingati Rafizi sebagai ikon "Minyak Murah, Harga Barang tidak murah-murah".

CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah 'Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim'.

Saya melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk berdebat dgn YB Menteri.

Namun saya sedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar bagi kepentingan rakyat.

Bukan sahaja soal penghakiman kes peribadi Anwar Ibrahim, malah saya juga melontarkan cabaran debat kegagalan 'Kajang Move' dan arahan yang dikeluarkan beliau baharu ini untuk mengadakan
satu demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Kerajaan BN.

Rafizi sebaiknya didesak supaya berundur kerana beliau telah meletakkan nyawa PKR di hujung tanduk. Saya berharap kepimpinan PKR melihat tindakan Rafizi yang hanya populis dan tidak menguntungkan parti.

Saya ingin bertanya kepada Rafizi, apakah kelebihannya berdemonstrasi? Adakah ini satu bentuk politik kotor PKR? Apakah nilai tambah 'value add' berdemonstrasi bagi menumbangkan Kerajaan kepada kehidupan rakyat Malaysia?

Ibdilillah Ishak
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI BIRO MEDIA SOSIAL

Luahan Rasa Bekas Penyokong Tegar PKR

Posted: 24 Feb 2015 07:17 PM PST


Hadiah Untuk Orang Melayu Penang Dari Guan Eng

Posted: 24 Feb 2015 08:30 AM PST


Kalau Nik Abduh Bertanding Di Chempaka, DAP Akan Taja Calon PasMa?

Posted: 24 Feb 2015 06:30 AM PST


Nampaknya tulisan Nik Abduh terhadap DAP ini makin keras. Tanpa sekali ragu ragu dengan amaran yang dikeluarkan oleh Gobind Singh Deo, Nik Abduh terus menyerang DAP tanpa belas kasihan. 

Pertembungan yang menarik antara anak Nik Aziz dengan anak Karpal Singh. DAP digelar seolah macam anak oleh Nik Abduh. 

Nik Abduh antara nama popular disebut sebagai calon di DUN Chempaka, jika Nik Abduh terpilih sebagai calon apakah akan ada calon bebas dari PasMa ditaja oleh DAP di Chempaka? 

Jika PasMa tidak bertanding di Chempaka, ianya akan membuka ruang luas untuk Nik Abduh menjadi bakal MB Kelantan pada PRU14. Itulah juga yang dimahukan oleh golongan ulama di Kelantan untuk menyambung legasi Nik Aziz. 

Apa sahaja boleh jadi, DAP boleh datang terus bantu mangsa banjir di Kelantan tanpa melalui MB Kelantan. Segalanya juga berkemungkinan berlaku dalam PRK Chempaka. 

Kemuncak pertembungan sesama sendiri antara PAS dengan PasMa akan berlaku di DUN Chempaka. Siapa bakal terkorban? Ulama atau PasMa?

Penyokong PasMa Gelar MB Kelantan Sebagai Taliban Dalam Facebook

Posted: 24 Feb 2015 04:00 AM PST


 Di bawah ini adalah komen komen berkaitan artikel di atas yang dipaparkan dalam Facebook PasMa, nampak sangatlah betapa "hodohnya" wajah wajah orang orang PAS ini bila bergaduh sesama sendiri. 

MB Kelantan dituduh sebagai Taliban dan Mat Sabu pula dilemparkan dengan ayat ayat yang amat keras sebagai balasan. Rakyat dan pembaca nilaikanlah sendiri. 

Pakatan pembangkang baru dapat 3 negeri, Selangor, Penang dan Kelantan sudah bergaduh bagai nak gila. Belum lagi mereka diberi peluang memerintah Malaysia. Kalau diberi, mereka akan bergaduh lebih teruk daripada ini.




Video Ini Mirip ADUN DAP Yang Didakwa Berjudi

Posted: 24 Feb 2015 12:26 AM PST


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Feb 2015 03:33 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Separuh telanjang di 'red carpet'

Posted: 24 Feb 2015 01:01 AM PST


SEBAIK berlabuhnya tirai Anugerah Akademi ke-87 yang mengiktiraf kejayaan pengkarya seni filem Hollywood, sebuah parti anjuran majalah Vanity Fair diadakan bagi meraikan pemenang yang berjaya mengondol trofi dalam anugerah berprestij berkenaan.
Dalam banyak-banyak selebriti yang tampil manis dengan gaun minimalis mereka, dua selebriti wanita ini menarik perhatian media di sana apabila tampil hampir separuh bogel dalam persalinan hitam yang hampir serupa rekaannya.
Jika dilihat dari depan memang busana hitam rekaan Donna Karan Atelier ini tidak nampak 'kecacatannya', tapi bila Rita Ora mengiringkan badannya ke sisi, jelas kelihatan bahagian punggungnya yang terdedah.
Sementara itu, bekas kekasih Christiano Ronaldo, model kelahiran Rusia, Irina Shayk pun mempunyai taste yang sama dengan Rita apabila tampil dengan busana yang lebih kurang serupa.
Fesyen yang digayakan mereka ini yay or nay pada pendapat anda? – MYNEWSHUB.CC
RITA
Rita Ora
RITA1
IRINA
Irina Shayk
IRINA1
Mynewshub

Kecundang nafsu ikut kawan...

Posted: 24 Feb 2015 12:17 AM PST

ANGGOTA penguat kuasa JAIK menyoal siasat tiga daripada empat yang ditahan dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Putra, Mergong.
Alor Setar: Sepasang remaja berusia 15 dan 16 tahun memberi alasan mengikut dua rakan mereka yang juga pasangan kekasih menyewa sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Putra, Mergong, di sini, untuk berehat sebelum ditahan kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 petang, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu sanggup terjun dari tingkap bilik setinggi kira-kira lima meter untuk melarikan diri, tetapi berjaya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menunggu di tingkat bawah hotel dua tingkat berkenaan.

Malah, pelajar perempuan berusia 15 tahun itu yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini dan bersekolah sama dengan pasangannya di Kuala Nerang, mendakwa hanya mengikut dua rakan mereka yang masing-masing berusia 18 dan 23 tahun ke bandar raya ini.

Mereka yang menetap di Kuala Nerang memberi alasan menyewa di hotel itu untuk berehat selama satu jam dengan bayaran RM20, tetapi menimbulkan syak melakukan maksiat berikutan pintu bilik tertutup rapat dan berkunci daripada dalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mengesyaki terdapat pasangan dalam bilik berkenaan dan sebaik pintu bilik dibuka, anggota penguat kuasa menemui dua remaja perempuan serta seorang lelaki.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32736#sthash.f8P0D9qD.dpuf

Isteri Cari Nafkah, Suami 'Ratah' Adik Ipar Di Rumah

Posted: 23 Feb 2015 07:01 PM PST

Gambar hiasan
HULU SELANGOR - Niat seorang pelajar perempuan yang ingin membantu kakaknya menjaga anak-anak mengundang bala apabila dia menjadi hamba sek's oleh abang iparnya.

Mangsa yang berusia 15 tahun di telah diperkosa semenjak Mei 2014 membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung pada minggu yang lalu kerana sudah tidak tahan sering dir0gol oleh lelaki itu.

Mangsa yang berasal dari Pahang difahamkan sebelum ini bersetuju untuk membantu kakaknya yang menetap di Seksyen BB8, Bukit Beruntung.

Mangsa diminta menguruskan anak saudaranya yang masih kecil ketika kakaknya tiada di rumah kerana keluar berniaga.

Bagaimanapun, semasa ketiadaan kakaknya di rumah, abang iparnya mengambil kesempatan untuk memperk0sanya.

Mangsa juga mendakwa dia telah dir0g0l berulang kali oleh lelaki yang berusia 30'an itu. Mangsa pernah cuba melarikan diri tetapi gagal kerana suspek menyembunyikan kunci rumah.

Suspek juga telah mengugut mangsa agar tidak menceritakan kejadian yang berlaku kepada kakak atau keluarganya di kampung.

Mangsa bagaimanapun bertindak membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap abang iparnya itu yang didakwa kerap menyeksa dan memukul kakaknya," katanya.

Sumber

Datin dicekup separuh bogel berasmara dengan lelaki 'warak' dalam kereta

Posted: 23 Feb 2015 06:01 PM PST


KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Bayi jadi mangsa cabul pengasuh

Posted: 23 Feb 2015 05:02 PM PST

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.

Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.

Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.

"Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu," katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.

"Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.

"Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul," katanya.

Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Feb 2015 02:01 PM PST

Apa Yang Tersirat


Belum Sempat Berasmara Datin Dicekup Dalam Kereta

Posted: 24 Feb 2015 02:08 AM PST

ZIP pasangan seorang lelaki sudah dibuka, kemaluan lelaki itu sudah tegang,sementara Datin tersebut masih belum membuka seluar dalam, tetapi seluruh pakaian sudah dilepas, belum lagi sempat berasmara, sudah ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 

Kejadian tersebut berlaku pada 11.50 isnin di tepi jalan di Bandar Damansara, apabila sebuah kereta bercermin gelap dipercayai kepunyaan datin tersebut praking di tempat letak kereta di kawasan itu.

Datin yang berumur 40 tahun itu masih berstaus isteri seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mempunyai tiga anak berumur 10-15 tahun.

Difahamkan datin tersebut telah menjalin hubungan lelaki suami orang tersebut lebih setahun lalu. Mereka dipercayai pengamal anjaran songsang.

Pembunuhan Sadis Di Keningau- Belum Ada Tangkapan

Posted: 24 Feb 2015 12:19 AM PST

PADA pagi isnin, Sairah Fitri Tifanus, sampai ke Pejabat Daerah, tempatnya menjalankan praktikal selama 4 bulan dan akan tamat dalam masa terdekat sampai di pejabat tepat jam 8 pagi. Dia meletakkan bag sandangnya di kaunter dan terus ke tandas. Setengah jam kemudian, dia tidak keluar-keluar, malah pintu tandas terkunci daripada dalam. Kunci jenis tekan, di mana sesiapapun yang keluar daripada tandas boleh menekan butang kekunci.

Pihak keselamatan Pejabat Daerah terpaksa menyelongar pintu, dan sungguh memeranjatkan Sairah terlentang di tandas dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi.

Laporan postmortem belum diketahui, namun berasaskan foto mangsa semasa kejadian, kematian besar kemungkinan disebabkan oleh beberapa tikaman di bahagian dada dan leher.

Pihak polis masih "puzzle" berkaitan kematian mangsa. Pihak keluarga meminta agar penjanyah dapat ditangkap dan dihukum setimpal dengan perbuatannya.

Mangsa yang merupakan penduduk Keningau, sedang menuntut di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor.

Pembunuhan seperti ini, seharusnya tidak berlaku, apatah lagi di tempat selamat seperti Pejabat Daerah.

Duke of UMNO

Posted: 24 Feb 2015 01:50 PM PST

Duke of UMNO


ADOIII LAAA... AWAT NIK NAZMI NI BUAT POYO PULAKKKK...

Posted: 24 Feb 2015 06:17 AM PST

Amboi... marah sungguh Nik Nazmi kat abang-abang polis yang tangkap dia kat rumah baru-baru ni... sampai mengadu kat media woooo...

Bila saya baca kat sini... rasa menyampah pulak tengok komplen dia... mengada-ngada... poyo je lebih... 

Macam-macam dia kata kat abang-abang polis tu... persoal..pertikai macam-macam... hek elehhhh...


Saya nak tanya la... Nik Nazmi nak abang-abang polis tu jemput dia pakai red carpet dengan kompang ke?

Pukul 10 malam tu dikira larut malam ke? Oooo.. dia pi ceramah melalak hal politik sampai pagi macam selalu tu tak kira larut malam ye?

Time dia ceramah kat kawasan perumahan, kat kampung-kampung... pakai loud speaker tu dia tak ingat pulak ganggu anak kecik orang nak tidur? Deyyy... lu cakapa apa ni deyyy?

10 orang polis datang rumah nak jemput dia ke balai. Adoooiii bro... hang tu anak buah Anwar Berahim la... kalau boss hang dulu sampai lari masuk kedutaan Turki, tak mustahil hang pun boleh lari jugak...kan? 

Lagi pun, kalau itu procedure dan arahan yang diberikan abang-abang polis kita, depa nak buat macamana? Takkan dua orang saja yang ke rumah Nik Nazmi dan lagi 8 orang lepak kedai mamak tengok bola kot?

Oooo... marah polis tahan kat rumah ye? Tahu malu ye? Time dok gebang besaq kat depan SOGO hari tu tak malu pulakkkk... Alo brader... berani buat berani tanggung laaa.. belajaq la bertanggungjawab bro... boleh lagu tu?

TERKINI..!!! AKHIRNYA ANWAR MENGAKU SALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI..!!!

Posted: 24 Feb 2015 02:54 AM PST


Yeahhhhh! Alhamdulillah... Akhirnya Anwar mengaku juga dia meliwat Saiful Bukhari, kan?

Kenapa saya kata begitu?

Nak tahu kenapa?

Cuba baca kat sini....

Dah mohon ampun tu... maka secara automatik la dia mengaku dia bersalah liwat Saiful...kan?

Kalau tak salah, pasai apa pulak nak mintak ampun? kan? kan? kan?

Hahahahaha... kan dah kena sebijikkkkk....

WOW..! MAHFUZ DAH PI OSTOLIA BELUM? NI ADA "MAGIK" KAT POKOK SENA NIHHH...

Posted: 23 Feb 2015 10:15 PM PST

Astaghfirullahil'azim... ni betul-betul magik nihhhh... memang saya tak pernah tengok... mungkin perkara ni hanya berlaku kat Pokok Sena di Kedah saja... kat tempat lain belum tentu ada...

Bayangkan kalau perkara ni berlaku kat rumah kita... rasanya boleh terbeliak biji mata... panas hati... ye laaa... bayaq beratus ribu... tapi ini yang kita dapat...

Err.. mana Datuk Mahfuz kita? Dah terbang ke Ostolia pi jumpa Sirul Azhar ke belum? Ka dok tiusyen intensif belajaq English for Communication? Sat Datuk sat... ni ada masalah rakyat kat Pokok Sena ni... Sirul bukan dok parlimen Pokok Sena kottt... 

 

Ni cuba Datuk Mahfuz tengok kat sini... kesiannnn kat rakyat kat parlimen Datuk ni...

Errr.. kat rumah Datuk ada dak magik macam ni? Agaknya kalau berlaku kat rumah Datuk lagu mana? Tak mau ajak rakyat buat demo menuju ke Putrajaya ka?

Datu toksah la dok sibuk sangat hal Sirul tu... biaq la Kerajaan Ostolia handle kes undang-undang international tu... Datuk bukannya faham sangat pun... nanti senang-senang lepas settle masalah rakyat kat Pokok Sena tu Datuk pi la melawat Sirul... boleh?

Camana Datuk? Dah tengok ka? Bandar Sejahtera tu Datuk... "Sejahtera" ni faham-faham la zaman sapa punya projek... khabarnya sampai RM230 juta... kesian la kat rakyat Datuk...penat depa beli..bayaq.. tapi itu yang depa dapat?

Alaaa... Datuk cuba la selesaikan sat... malu la kalau Mukhriz atau Badrol yang selesaikan... Datuk kan hebat.... heh! 

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Feb 2015 01:35 PM PST

Cucu Tok Selampit


@AnwarIbrahim & Keluarga Lidah Bercabang - Kejap Mengaku Tidak Bersalah, Kini Merayu Pengampunan YDP Agung

Posted: 24 Feb 2015 03:03 AM PST


Inilah contoh keluarga lidah bercabang. Contoh keluarga yang tidak berprinsip. KETUM Anwar Ibrahim ketika diwawancara Malaysiakini pada 24/02/2015, berkata walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan Di Raja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, KETUM Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan tersebut. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Penatlah penyokong berhimpun di depan Sogo setiap Sabtu menjerit dan melalak. Ini ditambah ramai yang berjaga malam kerana terpaksa bermain lilin dalam upacara 'vigil' mendoakan Ketum Anwar Ibrahim dibebaskan. Tup tup Ketum Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sering berbohong dan 'flip flop' membuat permohonan mendapatkan pengampunan Yang Di Pertuan Agung atas kesalahan Anwar Ibrahim meliwat! Hari ini portal yang sama mendedahkan keluarga Anwar Ibrahim bersama Rafizi Ramli terhegeh-hegeh ke Istana Negara untuk membuat rayuan.

Maca-macai tertipu lagi ... Ketum Anwar Ibrahim memang seorang peliwat. Kalau tidak bersalah kenapa minta pengampunan? Lawan tetap lawan! Hahahahaha.


Reformasi PKR Ala @RafiziRamli Alaf Baru - Siap Ada 'Reservation' Tu ... LOL!!!

Posted: 23 Feb 2015 05:59 PM PST



Semenjak Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pondan ... err maaf Pandan, mengambilalih tampuk Setiausaha Agong PKR, PKR kelihatan lesu dan lemah. Ini ditambah dengan perlantikan seorang lagi Mat Skema, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memegang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR menjadi parti badut yang sering menjadi mainan kami, blogger-blogger pro Kerajaan. 

Melihat kepada memo dalaman yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli mengesahkan lakonan badut di dalam PKR. Bagi sesiapa yang membesar di dalam Reformasi tahun 1998, pastinya akan menggeleng kepala melihat reformasi yang diadakan kini. Siap ada memorandum dalaman dikeluarkan, siap ada 'reservation', siap ada kuota berapa penunjuk perasaan yang hendak dihantar dan paling kelakar siap ada 'slip pengesahan kehadiran'!!!

Terbaiklah Rafizi Ramli. Anda telah memodenkan Reformasi alaf baru. Oh ya, untuk pengetahuan YB Rafizi Ramli ejaan sebenar adalah "Februari" dan bukannya "Febuari". LOL!

PKR Sarawak 'Flip Flop' Lagi - Akhirnya Setuju Dengan Persempadanan Semula Oleh SPR

Posted: 23 Feb 2015 05:33 PM PST


Akhirnya ADUN PKR mengalah dan buat keputusan 'flip flop'. Untuk menutup malu dan menyembunyikan drama yang dilakonkannya sebelum ini, ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula.

See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan Pauls Baya Baram sebelum ini pada 28/01/2015, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi Kuching telah diberi kebenaran untuk mendengar semakan kehakiman dan menetapkan 19/03/2015, bagi kes yang berkenaan akan disebut.

See dalam perjumpaan dengan Pengerusi SPR di Dewan Masyarakat di Kuching, berkata terdapat prosedur dan prinsip bahawa SPR perlu ikuti untuk penggarisan sempadan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen II Jadual ke-13, seperti prinsip 'satu orang, satu undi, satu nilai'. Beliau memberikan beberapa syarat untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman. 

Antara syarat-syarat berkenaan adalah bahawa SPR mestilah menerbitkan maklumat terperinci mengenai cara-cara persempadanan itu dijalankan, wajaran yang diberikan kepada undi luar bandar, jumlah pengundi yang terjejas, mewujudkan kawasan baru dan bagaimana pengundi dipindahkan daripada satu bahagian pilihan raya yang lain.

Permintaan daripada ADUN PKR Batu Lintang ini bukanlah merupakan perkara baru. SPR sebelum ini telah, sedang dan akan melaksanakan perkara yang telah dibangkitkan oleh PKR. PKR Sarawak cuba mewujudkan drama sinetron di Sarawak dengan dengan mengadakan persepsi bahawa SPR tidak telus dan berpihak. Kalau betul See berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya membiarkan Mahkamah Tinggi Kuching untuk mendengar semakan kehakiman yang ditetapkan pada 19/03/2015. 

Kenapa beliau menarik balik keputusan membawa kes tersebut ke mahkamah yang akan diperdengarkan dalam masa tidak sampai sebulan? Kenapa beliau perlu takut sekiranya beliau mempunyai kesemua bukti penyelewengan SPR untuk didedahkan? Ironinya, PKR dan mana-mana pihak yang mempertikaikan SPR selama ini tidak pernah memfailkan injunksi untuk menghalang SPR dari meneruskan persempadanan semula.

Bila Hubungan PAS-UMNO Bertambah Baik, PKR-DAP Pula Tak Senang Duduk

Posted: 23 Feb 2015 05:00 AM PST



Biar gambar menceritakan segalanya, kerana gambar berbicara seribu kata. Pertemuan Perdana Menteri, DS Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Ahmad Yaakob petang tadi di Putrajaya untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan amat menyentuh perasaan. Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan Rakyat paling utama dalam sebarang perkara.

Kita tahu pihak yang paling sakit hati kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun hanya sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah pastinya DAP. Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.

Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di dalam tulisan beliau di dalam Sinar Harian, baca di sini, berkata sejak kenyataan terbuka dibuat oleh Datuk Hussamuddin Yaacub bulan lalu, yang menganjurkan Pas dan Umno bersatu demi kepentingan rakyat Kelantan dan umat Islam negara ini, beberapa pihak telah memberi respons positif, terutama tokoh-tokoh Kelantan sendiri, termasuk ahli akademik, aktivis sosial dan pemimpin masyarakat serta rakyat dan pemimpin kedua-dua parti.

Dr Mashitah menambah, Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua parti berhubung cadangan itu, umumnya hubungan antara Pas dan Umno masa kini adalah baik. Pemimpin kedua-dua parti kini berjumpa lebih kerap dan boleh duduk berbincang bersama, tidak seperti dulu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, PAS dan Umno boleh bekerjasama secara pentadbiran antara kerajaan dengan kerajaan, justeru membuktikan perbezaan ideologi tidak menghalang kedua-dua pihak dalam urusan membantu mangsa banjir, misalnya. 

Katanya lagi, jika kedua-dua pihak ikhlas, perbezaan parti adalah perkara kecil, tegasnya. Ada pihak melihat cadangan Umno Kelantan tidak meletakkan calon untuk merebut kerusi Dun Chempaka, yang kosong ekoran kematian Nik Aziz minggu lalu, kerana tidak mahu berlaku pertelingkahan politik ketika berkempen, sebagai langkah munasabah.

Namun, Dr Mashitah turun menekankan bahawa ada juga pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Mereka tidak mahu melihat Pas dan Umno menjadi rapat, apatah lagi bekerjasama baik di peringkat pentadbiran mahupun politik. Paling sakit hati ialah DAP dan PKR, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Dr Mashitah ada kebenarannya. Hari ini, di sebalik pertemuan Dato Ahmad Yaakob dengan DS Najib Abdul Razak, turut didedahkan adalah rakaman audio suara bughah Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar DS Hadi Awang dijatuhkan dengan seberapa segera. 

Ada sebab dan musababnya, Dato Ahmad Yaakob bertemu dengan DS Najib Abdul Razak selain daripada untuk kepentingan Rakyat Kelantan. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan umat Melayu Islam yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Joseph Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

Majlis "Kai Gung" Diharap Membuka Tahun Yang Penuh Bermakna Untuk MCA

Posted: 23 Feb 2015 01:00 AM PST



Dengan paluan irama gendang dan simbal yang kuat dan bertenaga, kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti DS Liow Tiong Lai telah mengadakan majlis "Kai Gung" pagi ini. "Kai Gung" yang bermaksud majlis memulakan kerja, diadakan pada hari kelima Tahun Baru Cina, yang merupakan tahun kambing mengikut kepercayaan kaum Cina. Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat MCA yang terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Sekumpulan penari singa dan naga memberikan persembahan yang meriah dan bertenaga di pintu masuk wisma berkenaan. Seperti tradisi masyarakat Cina, Ketua Parti dan Timbalan beliau, Dr Wee Ka Siong kemudiannya turut memberikan ang pau kepada "singa" berkenaan dengan harapan tahun berkenaan membawa tuah kepada MCA.

Antara pemimpin-pemimpin MCA yang turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Agung, DS Ong Ka Chuan, Pengerusi Pemuda MCA Kebangsaan, Senator Chong Sin Woon, Pengerusi Wanita MCA kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa MCA Pusat.

Pelancong asing dan penyewa di Wisma MCA turut terpesona dengan persembahan penari naga dan singa berkenaan dan mereka kelihatan mengambil gambar dengan kumpulan penari berkenaan di pintu masuk Wisma MCA.

Sebagai menyambut tahun yang penuh kemakmuran, dipenuhi dengan tenaga positif, dianugerahi dengan nama baik untuk parti, diberikan kesihatan yang baik untuk pemimpin dan kakitangan untuk Tahun Baru Cina yang baru dan penuh bermakna, kumpulan penari naga dan singa berkenaan kemudiannya mengadakan persembahan di setiap tingkat bangunan berkenaan yang terdapat jabatan-jabatan di bawah MCA.

Untuk memupuk ikatan yang lebih rapat dengan kakitangan, kepimpinan parti turut meraikan kira-kira 50 kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam makan tengah hari di mana majlis "yang yee sang" turut diadakan. Majlis ini diharap akan memberikan semangat baru kepada pimpinan MCA untuk terus berusaha untuk mengambil hati masyarakat Malaysia khasnya kaum Cina untuk sama-sama bersama parti Barisan Nasional memajukan negara.

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Feb 2015 11:19 AM PST

PEJUANG BANGSA


BILA MELAYU HILANG KUASA , INILAH PADAHNYA BERLAKU DI P.PINANG

Posted: 24 Feb 2015 01:24 AM PST



Tahniah dan pada muka  pengundi Melayu PR...ubah lagi ...dasar samarata samarasa DAP  yang dipejuangkan terus rakus  dilaksanakan di P.Pinang  .

Dahulu semasa awal pemerintahan dasar DEB dihapuskan tetapi masuk penggal kedua pemerintahan terus dihapuskan hari diskaun 5 % bagi lot Bumiputra untuk semua rumah kos rendah , sederhana dan mampu milik

Sudah terang lagi bersuluh, apa sahaja yang berkaitan dengan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan satu persatu DAP di negeri ini dan itu perjuangan mereka .

Kalau ditanya kepada ikon Melayu DAP seperti Dyana , Rara .. mereka ini pasti berkata tak perlu sebab  ini  baru adil kepada semua kaum di Malaysia .

Bila  Bumi sudah dipijak orang dan Melayu dah hilang beginilah jadinya ...

PAS KATA DAP BOLEH KELUAR PR JIKA TAK SETUJU HUDUD

Posted: 23 Feb 2015 11:50 PM PST




Pas memberi amaran kepada  DAP supaya tidak mengugut parti itu keluar dari komponen PR  kerana  mahu meneruskan ageda perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan  cara dan perjuangan  yang dilakukan  oleh Pas.
 
Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di sidang Dun negeri pada 19 Mac  serta membawa ke parlimen dalam tempoh terdekat.
 
"PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,"katanya semasa memberi penerangan kepada media  berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II  Kelantan di sini semalam.
 
 
Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah bergantung kepada tindakan DAP.
 
"Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak,  kalau suami boleh ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada  istilah suami isteri," katanya.

WARTAWAN PUN SYAK BETUL KE SIRUL CUBA DIHUBUNGI MR BEAN MAHFUZ

Posted: 23 Feb 2015 05:30 PM PST




"Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul," jawab Mahfuz sebelum dia cuba mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.

Demikian jawapan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean sewaktu ditanya oleh pihak wartawan yang hadir sewaktu mengadakan sidang media di Ibupejabat PAS Pusat tengahari tadi.

Laporan media hari ini mengatakan bahawa Si Mahfuz Bean tu GAGAL untuk menghubungi Sirul selepas membuat 15 kali panggilan, namun ianya tidak dijawab oleh individu berkenaan.
Ternyata, pihak media juga meragui sama ada benar atau pun tidak panggilan itu dibuat kepada lelaki yang turut dikaitkan dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, persidangan media yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian akibat gangguan 'line' telefon yang didakwa dihalang oleh pihak berkuasa.

Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan pihak Polis.

Laporan dilaman media mendapat tajaan asing ini kemudiannya turut melaporkan bahawa Si Mahfuz Bean tu berjaya menghubungi lelaki yang dinamakan sebagai Sirul sekitar jam 1.30 petang tadi.

Namun malangnya, individu yang dinamakan sebagai bekas anggota Komando Polis itu enggan memberikan sebarang kenyataan kerana menghormati Kerajaan Australia pada ketika ini.


 "Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia. Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini," kata Mahfuz
.

KANTOI !! CUKUP LA PENIPUAN COVER LINE KERETA CM JUGA DISAMAN !! ..

Posted: 23 Feb 2015 04:30 PM PST




Seperti kata Ucop Wilcha.. " nampak berbenor menipuu" .. sekarang ini penguatkuasa MPPP pakai alat spt TNB yg print terus saman tapi agak pelik masih lagi guna saman tulis tangan.
Apakah ini saman backdated ini  untuk cover malu selepas gambar kereta CM DAP didedahkan di facebook ?
Kalau tak ada facebook maka tak dapat saman la kereta LGE ..haha
Lagi satu ..driver dia cakap duduk dalam kereta masa kena saman ..selalunya bila ditegur oleh penguatkuasa terus beredar dari situ . Macam tak logik la saman tulis tangan ini dikenakan ..

Nampak sangat menipu ...

Rakyat P.Pinang tak bodoh la LGE ...



Pengikut