Adun Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim menyifatkan tindakan kerajaan BN menaikkan harga petrol RON97 dan minyak tanah secara serentak tengah malam tadi sebagai tidak keruan dan menipu rakyat.
tindakan itu juga menjelaskan kepada rakyat bahawa slogan 'Umno dahulukan rakyat' yang mahu diperkasakan pada tahun ini hanya pembohongan semata-mata.
Beliau yang juga ketua penerangan PAS Perak berkata, keadaan rakyat kini semakin terhimpit setelah berulangkali berlaku kenaikan harga barangan keperluan utama .
"Pakatan Rakyat ingin mengingatkan kepada rakyat bahawa undi BN bermaksud menempa kesengsaraan yang akan membawa kepada kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian kelak," katanya yang juga pengerusi sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendakwa kenaikkan terbaru itu merupakan tindakan terdesak kerajaan untuk mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Tenang.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan tersebut juga menunjukkan BN sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak menemui kegagalan.
"Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket Kerajaan Persekutuan sendiri,".
DPPP juga katanya,berpandangan kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan Barisan Nasional.
"Di kala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," Sehubungan itu, DPPP menyeru rakyat khususnya golongan muda menolak BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang dan pilihan raya umum akan datang.
"Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,"
Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen menjadikannya kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa hari ini.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Pengarah Pendidikan Negeri Johor turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera Barisan Nasional didalam menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang.
Terang dan jelas maksud Pengarah Pendidikan Negeri apabila menyebutkan warna-warna tertentu yang mewakili parti-parti tertentu. Saksikan.... kepincangan demokrasi didalam negara ini.
Parti Islam Semalaysia Pas merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.
Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.
Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN "Bala Nanti".
JEMPOL 5 Jan. - Daerah ini mencatatkan kes malaria tertinggi di negeri ini melalui 56 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, Datuk Mohd. Yusuf Yunus berkata, separuh daripada jumlah berkenaan membabitkan warga asing terutama Indonesia.
''Kebanyakan kes berkenaan melibatkan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia, yang diambil bekerja oleh peneroka Felda di ladang getah Felda Lui Selatan Satu dan Felda Lui Selatan Dua.
''Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut tiada kes kematian direkodkan, namun langkah berjaga-jaga harus diamalkan bagi mencegah penyakit ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan penghalau serangan (insect repellent) semasa berada di ladang getah serta mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami simptom demam.
Mohd. Yusuf juga memberitahu, sepanjang tempoh sama, daerah ini turut melaporkan sebanyak 57 kes demam denggi termasuk tiga kes denggi berdarah.
''Antara lokasi yang mencatatkan kes denggi tertinggi adalah Taman Seri Serting (lima kes), Felda Raja Alias Dua (empat kes) dan Felda Raja Alias Empat (empat kes).
''Sepanjang tahun lalu, sebanyak 22,452 premis diperiksa di daerah ini dan daripada jumlah tersebut 646 premis menunjukkan tanda kewujudan pembiakan jentik-jentik," katanya.
Jelasnya lagi, Pejabat Kesihatan daerah juga telah mengeluarkan 168 kompaun, 142 amaran dan 197 notis atas kesalahan tersebut.
''Sementara itu, 10 kes dibawa ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Yusuf memberitahu, dari aspek kebersihan pengendali makanan, sebanyak 594 premis diperiksa di daerah ini sepanjang 2010.
''Daripada jumlah tersebut, 447 restoran, gerai dan premis penjaja diperiksa,hasilnya sebanyak 28 premis di arah untuk tutup akibat pengendalian makanan tidak selamat.
''Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah tidak mengamalkan pengendalian makanan secara bersih serta tidak mendapatkan suntikan vaksin untuk demam tifoid," katanya.
59% penduduk Sarawak dapat manfaat projek Bekalan Air Luar Bandar BEKENU – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga kini kira-kira 59 peratus penduduk Sarawak mendapat manfaat daripada projek Bekalan Air Luar Bandar. Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan memperuntukkan RM212.18 juta untuk melaksanakan 101 projek membekalkan air bersih bagi 14,000 rumah di negeri itu. "Bagi projek bekalan air luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan telah mensasarkan sebanyak 90 peratus penduduk luar bandar di negeri ini akan menikmati bekalan air bersih pada akhir tahun 2012," katanya berucap merasmikan projek itu di Kampung Tiris, Bekenu, kira-kira 60 kilometer dari sini hari ini. Mengenai bekalan elektrik pula, Shafie berkata untuk tahun ini sebanyak 2,691 buah rumah telah mendapat manfaat di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar di seluruh negara. "Di Sarawak kita telah berjaya membekalkan elektrik kepada 1,090 buah rumah dan selebihnya masih lagi dalam pelaksanaan," katanya. Beliau turut menasihatkan penduduk kawasan luar bandar yang baru mendapat bekalan elektrik dan air bersih agar menggunakan kemudahan itu secara berhemah supaya tidak terbeban dengan bil utiliti yang tinggi sehingga tidak mampu dibayar. – BERNAMA
Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh. Perjalanan dari Bandaraya Miri menuju Ke Kampung Usaha Jaya Tukau mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di kampong tersebut terdapat ramai penduduk kampong yang bekerja sebagai petani dan rata-rata bekerja sendiri. Sebelum masuk ke dalam kampung tersebut terdapat sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK Tukau) di luar jalan persisiran pantai Miri – Bintulu. Kalau dipandang dari jalan luar sebelum masuk ke dalam kampong memang nampak indah dan cantik tetapi sebelum masuk ke dalam kampong tersebut kita akan melalui jalanraya yang berturap. Disebelah kiri jalanraya masuk ke kampong tersebut tersergam indah Pejabat SUPP Ranting Tukau. Bermula dari kawasan ini anda akan melihat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan juga jalanraya berturap.
Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut. Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong. Selepas jalan utama yang berturap,jalan untuk masuk ke kampung tersebut hanya di simpan dengan batu dan pasir sahaja. Penduduk kampoing rasa kecewa dengan sikap pihak yang berwajib mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan.
Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title' sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan. Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan. Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi 'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang berturap untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.
Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya. Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.
Cuba lihat dan amati gambar-gambar yang menunjukan keadaan dari perjalanan masuk ke Kampung Usaha Jaya,Tukau yang masih ketinggalan Jauh dari segi infrastruktur yang sepatutnya kampong dalam ketogeri pinggiran bandaraya Miri yang berstatus "Bandaraya pelancongan" sepatutnya lebih moden dan cantik bukan seperti keadaan negara yang belum maju. Bagaimana kita dapat mencapai Negara Maju menjelang Tahun 2020 kalau masih ada ramai lagi rakyat yang miskin??Kemana perginya peruntukan-peruntukan kerajaan untuk memajukan penduduk Kampong seperti Kampong Usaha Jaya, Tukau? Kita minta agar pihak yang berkenaan bertindak segera tanpa menunggu pilihanraya, baru nak bertindak. Kita mahu melihat penduduk Kampong sama sama menikmati arus pembangunan yang total agar hidup dalam keadaan yang selesa dengan peruntukan asas yang telah dijanjikan seperti jalan raya yang berturap,bekalan elektrik,air bersih dan sebagainya. Tanpa bekalan asas seperti ini boleh kah dikatakan kerajaan BN yang pandai memerintah! Kalau sudah tidak mempu lagi nak memberi keperluan asas kepada rakyat bagilah peluang orang lain pula memerintah. Biar rakyat sendiri yang menilai siapa yang sebenarnya pandai memerintah. Kalau sudah diberi peluang lebih dari 47 tahun memerintah masih lagi dalam ketegori negeri miskin di Malaysia, malulah kita sebagai rakyat Sarawak yang sanggup lagi memberi peluang kepada mereka yang ternayata gagal untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Sumber hasil galian,balak dan bumi kita subur tapi dimanakah perginya semua hasil tersebut???
Gambar Rajah 1 Beginilah keadaan jalan masuk ke Kampung Usaha Jaya, Tukau dimana jalanrayanya berturap, ada bekalan elektrik dan disebelah adalah Sekolah Rendah Kerajaan, Tukau . Memang jelas nampak ada kemudahan asas yang terdapat diluar kampong tersebut.
Gambar Rajah 2 Di sebelah kiri jalan masuk ke kampong tersergam sebuah Pejabat SUPP Ranting Tukau. Nampak gaya SUPP mengambil perhatian tentang masalah penduduk di luar kawasan kampong tersebut sehingga dapat membina Pejabat di luar kawasan kampong Tukau. Adak ah SUPP hanya membantu kroni2 mereka sahaja? Bagaimana pula dengan nasib penduduk kampong di belakang pejabat mereka?
Gambar Rajah 3 Sebelum Sebelum sampai ke persimpangan jalan masuk ke kampong tersebut terdapat tanda amaran "AWAS" supaya kita berhati-hati masuk kejalan tersebut. Jangan sampai ada kemalangan sebab didalam jalan kampong tersebut sangat bahaya bagi kenderaan kecil dan penunggang motor.
Gambar Rajah 4 Sebelum masuk ke kampung dipersimpangan jalan kpg Usaha Jaya terdapat sebuah papan tanda projek menaiktaraf Jambatan Kampung Tukau. Papan tersebut sudah lama berada di situ tapi sehingga kini projek membaiki jambatan dan jalanraya kedalam kampong tersebut masih belum siap sepenuhnya, Penduduk kampong terpaksa menggunakan jambatan sementara untuk masuk kedalam kampong.
Gambar Rajah 5 Beginilah keadaan tempat projek pembinaan jambatan yang belum siap sepenuhnya. Penduduk kampong terpaksa menggunakan jambatan sementara untuk masuk kampong sebelah Kampung Usaha Jaya.
Gambar Rajah 6 Inilah jalan masuk ke Kampung Usaha Jaya Tukau yang terdapat papan tanda mengata 500M masuk kedalam. Nampak gaya jalan masih elok. Mari kita teruskan perjalanan masuk kedalam kampong tersebut dan melihat apa kah jalan ini telah di Naik Taraf Jalan Kampung atau 'JKR' Jalan Kita Rosak!
Gambar Rajah 7 Sekarang dah masuk kedalam dan menyusur ke dalam kampong Usaha Jaya kita dah nampak keadaan jalannya yang berlobang dan berlopak.
Gambar Rajah 8 Di sebelah jalan masuk kampong tersebut terdapat sebuah rumah yang agak usang dan terpinggir dimana tiada kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih . Penduduk tersebut hanya menggunakan pelita minyak tanah dan air hujan yang ditadah dan disimpan dalam bekas tong untuk kegunaan kehidupan harian.
Gambar Rajah 9 Papan Tanda ini menunjukkan yang jalan kampong Usaha Jaya akan dinaiktarafkan tetapi sampai sekarang sudah masuk tahun 2011 Jalan Kampung Usaha Jaya masih belum dinaik taraf lagi, masih di bawah taraf Jalan Kampong Tahun 70an. Bila lagik nak siap? 10 atau 20 tahun lagik?
Gambar Rajah 10 Beginilah jalan kampong yang dikatakan di naiktaraf? Jalan berpasir dan berlumpur apabila waktu hujan sudah pasti jalan ini sukar untuk di lalui oleh penduduk kampong kecuali mereka mereka yang menggunakan kenderaan 4 roda. Bagi penduduk miskin Kampung ini mereka tidak mampu mengunakan kenderaan 4 roda untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk dipasarkan sekiranya jalan ini berlarutan berlumpur dan berlobang.
Gambar Rajah 11 Apalah nasib penghuni rumah ini bila keadaan jalan kampong mereka masih lagi mundur sedangkan mereka sudah lama menetap disitu berpuluh-puluh tahun yang lalu.Hasil dari Pertanian mereka juga sukar untuk dipasarkan kerana jalan penghubung ke Bandar amat menghampakan mereka.
Gambar rajah 12
Betapa sengsara dan sukarnya mereka menyara keluarga dan membawa hasil kebun mereka apabila waktu hujan begini, jalan berlopak dan berlobang disana sini.
Gambar Rajah 13 Tengoklah Budak kecil ini membantu orang tuanya menutupi sebahagian jalan yang berlobang.
Gambar Rajah 14 Tengoklah keadaan sebuah rumah usang yang terdapat di belakang kampong Usaha Jaya Tukau sungguh menyedihkan dan daif dengan tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Jalan masuk ke tempat rumah ini juga sungguh teruk lebih-lebih lagi waktu hujan. Bila lagi pihak berkenaan nak ambik perhatian tentang masalah penduduk kampong Tukau ini? Mereka dah menetap disini sudah berpuluh puluh tahun dan hak mereka dinafikan dengan tidak diberi grant tanah. Apa akan berlalu pada mereka sekiranya kawasan tersebut nanti di ambil alih oleh pihak swasta untuk projek perladangan sudah tentu nasib mereka bertambah parah. Dimanan slogan "Rakyak didahulukan, pencapaian diutamakan? Pencapaian siapa yang diutamakan dan siapa pula yang duhulu kena?
Gambar Rajah 15 Sebuah keluarga termiskin yang tinggal di sebuah pondok di dalam kawasan Kampung Usaha Jaya, Tukau. Menurut keluarga tersebut mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT ) tetapi malangnya permohonan mereka tidak dapat ditunaikan disebabkan mereka tidak mempunyai status tanah sendiri. Buat masa ini mereka di kira masih menumpang di tanah orang lain. Amatlah kesian melihat keadaan kehidupan anak-anak mereka yang masih kecil terpaksa tinggal dalam pondok usang ini.
Gambar Rajah 16 Tengoklah sendiri keadaan dalam pondok tersebut, disitu mereka tidur, disitu juga mereka memasak demi menyambung kehidupan seharian. Di mana keperihatinan pihak berwajib terhadap golongan termiskin ini? Sudahlah tiada kemudahan asas disediakan terpaksa pula hidup dalam keadaan berhimpit dalam pondok yang usang dan kecil ini. Sampaikan gambar mantan president Petronas pun masuk untuk dijadikan alat penutup meja makan.
Gambar Rajah 17 Gambar ini dirakam semasa lawatan YB BN yang datang berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk Kampung Usaha Jaya di Tukau beberapa bulan yang lalu. Lihat betapa mengharapnya penduduk kampong bila YB datang! Menurut penduduk kampong tersebut dah banyak kali pemimpin BN buat lawatan dan berjanji memberi kemudahan dan keperluan asas ke kampong tersebut tetapi sampai sekarang janji tinggal janji.Kata kata hanya Retorik sahaja. Lihat, jalan masuk kampung pun belum siap-siap lagi, ini datang lagi berjanji.Seperti biasa bila saja waktu hampir pilihanraya ada saja muka-muka pemimpin BN datang melawat kampong membuat janji baru. Asal ada pilihanraya adalah pemimpin BN datang dan asal ada pemimpin BN datang adalah pilihanraya. Janji standard mereka seperti biasa kata mereka "Hanya BN saja yang tahu memerintah,selain BN tiada lain pandai memerintah macam BN". Sering kali berkumandang Bahawa kalau undi BN dapat pembangunan tapi pembangunan apa yang penduduk kampong Usaha Jaya dapat. Nampak gaya penduduk kampong kena usaha sendiri baru berjaya baru ngam dengan nama kampong Usaha Jaya. Janganlah mengharapkan janji-janji kosong pemimpin2 BN untuk berjaya.
Kita memohon agar projek-projek yang sudah dijanji berpuluh-puluh tahun yang lalu hendaklah ditunaikan dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampong tersebut. Bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, kami hanya membantu penduduk kampong tersebut menyuarakan masalah mereka yang telah berlarutan selama ini kerana tidak ada tindakan susulan oleh pihak yang berkenaan . Jangan biarkan perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil kerana penduduk Kampung ini juga ada hak untuk sama sama menikmati keselesaan hidup seperti kita semua . Pas berjuang untuk semua kaum tanpa memilih bangsa,agama dan fahaman politik. PAS Untuk Semua
Rakaman Ceramah Umum Al-Fadhil Ustaz Kamal Ashaari dan Che' Gu Bard di Dewan Dusun Tua, 30hb Disember 2010 Hari Khamis lalu telah diupload dan boleh ditonton di sini...
Ada sesiapa pernah kecurian, dirompak, disamun, dirogol......? Apa perasaan anda ketika itu? Ada tak rasa nak kerat 18 orang yang melakukan jenayah itu? Pernahkah kita terfikir apa perasaan kita apabila orang kena cabul atau rogol itu adalah ahli keluarga kita? Bagaimana kalau ianya berlaku kepada isteri, anak perempuan, ibu, adik beradik atau mereka yang amat kita sayangi? Apa perasaan anda ketika itu?
Pernahkah anda singgah sembahyang di masjid dan meninggalkan kasut Timberland yang baru dibeli di tepi tangga masjid? Atau pernahkah anda tertinggal jam tangan Rolex yang dihadiahkan oleh syarikat di tempat wuduk? Adakah anda merasa tenang ketika solat?
Bila saya menulis seperti ini pastinya orang UmNo melenting. Dan saya yakin mereka tidak puas hati. Tetapi itulah kenyataannya. UmNo diberi amanah memerintah negara lebih 53 tahun. Kenapa masih gagal memberi keamanan kepada rakyat? Kenapa masih mencari alasan untuk enggan melaksanakan perintah Allah yang jelas terpampang di dalam Al-Quraan? Kenapa masih mahu berdalih? Kenapa masih menolak perintah Allah?
Bila kita berdepan dengan perintah Allah kita ada dua pilihan sahaja iaitu ingkar atau patuh. Ingkar-kufur dan patuh-iman. Mana yang anda pilih? Tiada pilihan atas pagar.... di akhirat kelah juga hanya dua pilihan Syurga dan neraka. Tiada pilihan lain. Sama ada anda memilih untuk kufur atau beriman kami semua yang menanggung akibatnya. Bila pemimpin memilih Iman maka amanlah kita tetapi bila pemerintah memilih kufur maka inilah yang kita tanggung sekarang.
Ramai (penyokong UmNo) yang berkata bersyukurlah kita hidup di Malaysia ini dapat cari makan hidup aman..... Tetapi benarkah kita cukup makan? Cukupkah gaji yang kita dapat? Sedarkah ramai yang hidup mendapat gaji di bawah paras kemiskinan RM1,500.00. Atau kita tidak sedar yang dapat gaji RM1,500 itu adalah miskin.
Benarkah kita hidup aman?
Amankah kita dari perompak?
Amankah kita dari penyamun?
Amankah kita dari peragut?
Amankah kita dari pembunuh?
Amankah kita dari penipu?
Amankah kita dari perogol?
Amankah kita dari perasuah?
Amankah kita dari penderhaka?
Amankah kita dari pendusta?
Amankah kita dari pencabul?
Amankah kita dari pemabuk?
Amankah kita dari penghianat?
Amankah kita dari seribu satu masalah?
Ingatlah janji Allah..... Sekiranya kita beriman dan bertakwa nescaya Allah akan bukakan segala keberkatan dari langit dan bumi..... dan ingat jika sekiranya kita ingkar Allah pasti akan membalas segala keingkaran kita itu.
Kita ingkar dan kita dibalas mungkin sesuatu yang semua terpaksa terima. Tetapi bagaimana kalau pemimpin yang kita lantik yang melakukan keingkaran dan melanggar perintah Allah? Oleh kerana kita yang mengundi mereka kita terpaksa menanggung akibat dan azab diatas keingkaran mereka... Bagaimana perasaan kita ketika itu?
Tiada yang lebih baik dan selamat dari meninggalkan UmNo yang telah menipu kita dan menderhakai Allah sejak sekian lama. Ayuh pakat sama-sama tinggalkan UmNo. Mereka ini tidak akan berubah selama-lamanya. Dulu kini dan selama-lamanya. derhaka kepada Allah... Sehinggalah hari yang dijanjikan Allah tiba. Pasa masa itu tidak guna menyesal dan tidak guna menangis. Tidak guna kesenangan, anak pinak, harta, isteri dan kedudukan.......
Pada masa itu kita hanya mengharapkan keredhaan dan perlindungan Allah sahaja. Adakah kita akan memperolehi redha Allah sekiranya sepanjang hidup kita hanya taat sebahagian dari perintah Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Fikirkanlah dan renungkanlah.
Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah di kesan berlaku semenjak sebelum kejatuhan Melaka lagi.
Silatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemah kitab-kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri daripada penjajah menjelang akhir abad ke -15. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Othmaniyah Istanbul bagi memastikan bumi Islam dapat di pertahankan daripada serangan Barat.
Menjelang akhir 1492, iaitu ketika jatuhnya Kerajaan Islam Cordova di Eropah, usaha-usaha penaklukan ke atas bumi Islam telah di lakukan. Kerajaan Islam di Utara Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara menjadi sasaran Barat. Menyedari perkembangan kebangkitan Barat ini, pada 1482, Sultan Melaka telah mengirimkan Hang Tuah untuk mengadakan hubungan dengan Syarif Mekah dan juga Sultan Rom (Istanbul). Antara isu utama yang di perbincangkan ialah usaha-usaha untuk menyelamatkan negara Islam di Asia Tenggara daripada serangan Barat. Rombongan diplomatik Hang Tuah telah di berikan bantuan meriam dan bedil untuk mempertahankan Melaka daripada serangan musuh.
Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.
Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.
Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.
"Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.
"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.
'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.
Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.
Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.
"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.
"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Himpunan 30,000 pemuda PAS hadapi p'raya - Malaysiakini
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan satu himpunan besar sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir.
Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil, yang juga pengarah himpunan tersebut, berkata ia mengumpulkan para pemuda PAS dari seluruh negara.
Bertemakan "Masa Untuk Berubah" perhimpunan 30 000 pemuda PAS itu akan diadakan pada 19 Februari depan di Kota Sarang Semut, Kedah.
Menurutnya, ini merupakan perhimpunan kali ketiga selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada 2002 yang mengumpulkan 5,000 Pemuda PAS.
Manakala perhimpunan kedua pula di Kota Bharu, Kelantan pada 2006 yang berjaya mengumpulkan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara, kata Khairul dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, perhimpunan kedua itu telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu.
"Seramai lima pemuda dari setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai perhimpunan tersebut," tambahnya.
Manakala perhimpunan bulan dirancang dengan jangkaan 30,000 peserta - sekali ganda lebih besar daripada jumlah peserta tahun 2006, kata Khairul.
Menurutnya, bagi merealisasikan kehadiran 30,000 peserta, sasaran kali ini ahli baru dan anak muda yang menyokong PAS dari semua kawasan di seluruh negara.
"Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," katanya.
Perhimpunan sehari itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Abu Bakar Chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut meraikan program tersebut
"Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu.
"Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang," tambah Khairul.
Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang
GAMBAR fail, Ali Reza bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada upacara pengebumian Puteri Monaco, Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005.
Kematian bapa, pergolakan politik negara dikatakan punca tembak diri sendiri
BOSTON: Anak bongsu Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia akibat menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya dan pergolakan politik yang berlaku di negaranya yang didakwa abangnya turut menjadi punca.
"Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pihak kematian Putera Ali Reza Pahlavi," kata abang sulung putera itu Reza Pahlavi dalam laman webnya.
Beliau berkata, Ali Reza yang sedang belajar di Universiti Havard, dikatakan mengalami kemurungan dan tekanan berikutan pelbagai masalah politik yang berlaku di Iran, Ali juga menghadapi tekanan berikutan kehilangan bapa dan kakaknya dalam usia muda.
"Walaupun Ali Reza berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama untuk mengatasi kesedihannya, adik kami akhirnya mengalah dan pada malam 4 Januari, beliau mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan keluarga dan rakan rapat dengan kesedihan yang amat sangat," kata Pahlavi.
Polis tidak dapat mengesahkan kematian putera itu tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan: Saya boleh mengesahkan seorang lelaki dewasa berusia pertengahan 40-an ditemui mati di 141 West Newton Street di Boston.
"Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan. Punca kematian masih disiasat, tetapi kami yakin ia bukan pembunuhan," katanya.
Agensi berita Iran (IRNA) bagaimanapun hanya menyiarkan laporan ringkas dengan tajuk "Anak lelaki bekas diktator membunuh diri".
Perginya seorang lagi pewaris bekas diktator yang pernah melakar sejarah hitam dalam lipatan sejarah Iran.
Memetik laporan akhbar harian pada hari ini (5 Januari 2011), Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji kemungkinan menaikkan kadar cukai pintu bandar raya ini dalam usaha meningkatkan prasarana dan perkhidmatan kepada warganya.
Menteri Besar juga dilaporkan berkata bahawa kadar cukai pintu sedia ada dalam zon pentadbiran MBKT tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun lalu walaupun telah dua kali melaksanakan kajian terhadap cadangan itu.
Katanya lagi, jika kenaikan tersebut dapat dilaksanakan, kerajaan negeri yakin dapat mengurangkan beban kerajaan sebanyak RM50 juta setahun untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM366 juta untuk membantu PBT di negeri ini bagi membolehkan perancangan bandar dan daerah dilaksanakan. Daripada RM366 juta tersebut, RM50 juta diperuntukkan untuk MBKT, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
Menteri Besar juga memaklumkan bahawa setakat ini hanya tiga buah PBT iaitu Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Hulu Terengganu dilihat berpotensi untuk berdikari seperti yang berjaya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Bermakna MBKT bukan setakat tidak mampu berdikari malah belum dilihat berpotensi untuk berdikari.
Membaca kenyataan ini, timbul dua persoalan besar:
Pertama, jumlah pendapatan tahunan sesebuah PBT adalah antara kriteria yang diambil kira sebelum sesebuah bandar layak diistiharkan sebagai bandaraya. Saya tidak mempunyai data lengkap tentang jumlah pendapatan tahunan MBKT. Tetapi mudah difahami apabila kerajaan negeri terbeban dengan peruntukkan tahunan sebanyak RM50 juta kepada MBKT, bermakna jumlah pendapatan PBT ini masih jauh dari mencukupi dengan makna lain belum mampu berdiri sendiri.
Mempertikaikan statusnya sebagai bandaraya mungkin sekadar seumpama rumah siap pahat berbunyi. Ianya tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat. Tambahan pula tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sesebuah bandar ditarik balik status bandarayanya kerana sebab-sebab tertentu.
Tumpuan fokus dalam konteks permasalahan ini adalah bagaimana perancangan kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk bandaraya. Mungkin bukan suatu langkah yang tepat dan bijak dalam rangka untuk mengurangkan bebanan kerajaan bagi menyalurkan peruntukan tahunan kepada PBT amnya dan MBKT khususnya, cadangan kenaikan cukai pintu dikemukakan. Natijahnya, rakyat dipaksa menanggung beban cukai tambahan di samping berbagai lagi beban kenaikan kos sara hidup yang telah sedia dipikul.
Kedua, Ahmad Said menyatakan bahawa kadar cukai pintu ini tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun dulu, tetapi beliau tidak memaklumkan bahawa cukai pintu ini pernah dimansuhkan ketika era pemerintahan PAS 1999-2004. Tentunya pemansuhan ini dibuat setelah melalui suatu proses kajian teliti dengan semua faktor diambil pertimbangan sewajarnya. Kelangsungan pentadbiran di semua PBT mampu diteruskan seperti biasa ditambah lagi dengan kengkangan kewangan apabila royalti hak rakyat Terengganu dirampas kerajaan pusat Umno/BN.
Lantas bagaimana mungkin Ahmad Said dengan peruntukan bajet negeri tahun 2011 sebanyak RM1.887 bilion masih tergamak merancang untuk menambahkan beban yang sedia digalas rakyat.
Setelah melalui perbicaraan panjang akhirnya Mahkamah Koroner membuat keputusan tidak pasti samada TBH dibunuh atau bunuh diri. Dengan lain ungkapan, tiada siapa yang bersalah. Logik atau tidak inilah keputusan Koroner. Kenapa dia jadi Koroner kalau tak tahu nak buat keputusan atau dia memang diarah untuk tidak buat keputusan. Apapun beliau tidak boleh menyalahkan masyarakat atas persepsi buruk terhadapnya selepas ini. TBH telah mati. Ada pepatah Inggeris yang menyebut, paling mudah adalah untuk menyalahkan orang yang telah mati tanpa dia mampu membela diri. Persoalan kekal sebagai persoalan...
Tak ada apa lagi yang boleh diucapkan, hanyalah sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang menyokong dan mengundi BN. Sebentar tadi sms Berita Harian yang diterima mengumumkan kenaikan 10 sen untuk petrol RON 97 dan minyak tanah berkuatkuasa tengah malam ini. Tahniah! anda telah membuat pilihan yang sangat tepat dan tahniah kerana membiarkan diri anda terus diperbodohkan oleh BN.
Apa pun para penyokong Umno/BN usah bimbang. Tunjukkan kad ahli Umno anda untuk mendapatkan potongan khas apabila anda mengisi petrol di stesen-stesen minyak atau pun satu lagi cadangan supaya kenaikan ini tak begitu terasa, jangan beli minyak dengan kapasiti yang banyak. Beli cuma seliter sahaja, garenti tak terasa kenaikkannya dan jangan lupa sematkan azam dan tekad untuk terus mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang. Selamat malam...
Gambar Ehsan Terengganu Explore: Demo penduduk di hadapan Flat Ladang Gemilang
Status penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air yang dimiliki oleh penduduk Bandaraya Kuala Terengganu bukanlah suatu kemegahan andai suasana kehidupan semakin menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sepatutnya pengistiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya pada pada 1 Januari 2008 daripada Majlis Perbandaran ketika itu akan membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk, menambahbaik segala kemudahan, , meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dan seterusnya membentuk ke arah kehidupan bandar yang lebih sejahtera.
Bukanlah perkara yang patut berlaku andai kemegahan dengan status Bandaraya akhirnya memangsakan rakyat bawahan. Tambahan pula Ahmad Said meletakkan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' sebagai motto Kerajaan Negeri. Mudah difahami, kepentingan rakyat tentunya menjadi keutamaan bagi setiap agenda pentadbiran dan pembangunan. Disokong dengan Bajet tahunan negeri yang melebihi RM1.8 bilion, tentunya tidak sukar bagi Ahmad Said untuk memastikan janji mampu dikota.
Jangan sampai rintihan rakyat kecil di kesampingkan, nanti slogan akan tinggal slogan. Lebih malang kalau rakyat mula menyindir benarkah 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' atau lebih tepat 'Mengkronikan Pentadbiran dan Pembangunan'?
Dilema yang dihadapi penghuni Flat Ladang Gemilang, Kuala Terenggganu adalah antara siri retetan rintihan rakyat berpendapatan rendah yang rata-ratanya terdiri dari nelayan, peniaga kecil dan pemandu teksi.
Sebahagian besar dari penduduk yang menghuni Flat yang dibangunkan oleh Terengganu SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) ini adalah penduduk yang dipindahkan ekoran pengambilan balik tanah oleh kerajaan di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang, Kuala Terengganu dengan kadar bayaran pampasan yang tidak seberapa. Keseluruhan penduduk amat menyesali kadar pampasan yang diterima hanya sebanyak RM6,000.00 sahaja apatah lagi dengan lokasi tanah mereka terletak di pusat bandar dan mereka telah mendiaminya semenjak turun temurun.
Faktor pertimbangan kemanusian juga mungkin tidak diambil kira apabila arahan supaya penduduk berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu, seolah-olah bagaikan ada projek penting dan mustahak perlu didirikan segera di atas tanah tapak rumah yang telah begitu lama menyimpan suka duka memori kehidupan mereka sekeluarga. Rayuan penduduk agar diberikan sedikit masa untuk berpindah sekurang-kurangnya selepas menyambut hari raya, sampai hati tidak diendahkan. Malangnya sehingga hari ini belum ada sebarang projek yang bermula.
Walaupun menyedari beban yang dipikul untuk berpindah amat berat, penduduk secara paksa rela berpindah juga ke Flat ini dengan janji kadar bayaran sewa sebanyak RM126 sebulan secara sewabeli. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti unit-unit Flat ini akan menjadi milik mereka dan mereka akan memiliki sebuah kediaman.
Kelegaan penghuni nyata tidak berpanjangan apabila baru-baru ini mereka mendapat sepucuk surat dari Terengganu SEDC memaklumkan bahawa semua penduduk perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM300 dan status sewabeli flat hanya akan dilaksanakan selepas berlalu tempoh tiga tahun mereka menduduki flat, bukannya serta merta sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.
Penduduk sebelumnya amat berharap, dengan duit bayaran pampasan itu, walaupun tidak seberapa akan membantu sedikit sebanyak mereka memiliki kediaman sendiri tetapi segalanya hampa apabila janji dimungkiri dan mereka kini hanya berstatus penyewa dengan kadar sewa melebihi dua kali ganda dari yang dijanjikan.
RM300 mungkin murah bagi yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown, Kuching atau Bandaraya-Bandaraya lain tapi bukan bagi Bandaraya Kuala Terengganu yang sehingga kini masih terdengar suara-suara yang mempertikaikan kelayakkannya dari segi kemudahan infrastruktur, bilangan penduduk dan jumlah perolehan hasil tahunan untuk melayakkannya bergelar Bandaraya. Sesiapa pun yang pernah berkunjung ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu tentu dengan mudah, tanpa ragu-ragu boleh menyatakan bahawa Kota Bharu lebih besar dan lebih ketara pembangunannya walaupun cuma bertaraf Majlis Perbandaran.
Apatah lagi penghuninya adalah rakyat bawahan ditambah lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang mencengkam di segenap sudut kehidupan. Tolonglah Dato' Seri Menteri Besar dengar rayuan dan rintihan rakyat. Jangan ulangi kesilapan sama yang dilakukan Idris Jusoh.
Kertas ini adalah suatu cadangan Lujnah Kebajikan DUN untuk kemaskini dan penyusunan semula Tabung Khairat Kematian DUN Jabi dariyangtelah sedia wujud dan beroperasi sebelum ini. Tabung Khairat Kematian dan Kebajikan ini akan berfungsi di bawah pengurusan Jawatankuasa yang dilantik oleh mesyuarat Jawatankuasa DUN. Keahliannya adalah disasarkan kepada seluruh ahli dan penyokong PAS di dalam DUN Jabi dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.
Borang keahlian sebagaimana lampiran Tujuan Penubuhan Tabung Khairat Kematian DUN Jabi
1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris simati.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara ahli dan penyokong PAS.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di qariah-qariah DUN Jabi. Mereka yang menetap di luar DUN Jabi boleh didaftarkan sebagai ahli jemputan.
2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
a. Ahli.
b. Isteri/suami.
c. Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
d. Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal bersama.
3. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK Khairat Kematian Dun Jabi dan yuran pendaftaran serta yuran tahunan telah dibayar.
4. Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian tidak membolehkan diberi sumbangan untuk kematian tersebut serta merta. Walaubagaimanapun keahliannya boleh diterima.
5. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
6. Mereka yang tidak layak menerima sumbangan –nama tanggungan yang tidak didaftarkan dalam Borang Pendaftaran. Bagi kematian bayi yang baru lahir atau kematian bayi dalam kandungan ahli, sumbangan akan diberikan dengan jumlah berdasarkan pertimbangan AJK Tabung.
7. Penerimaan sebagai ahli jemputan/kehormat adalah atas budibicara AJK Khairat Kematian. Ahli kehormat/jemputan akan menerima kemudahan-kemudahan yang sama seperti ahli biasa.
8. Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa.
9. Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini, keputusan AJK Tabung Khairat Kematian adalah muktamad.
Yuran
1. Yuran pendaftaran adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua puluh Sahaja). Yuran tahunan adalah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) setahun dengan tidak mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal pada tahun tersebut. Yuran tahunan juga boleh dibayar untuk jangka panjang. Bagi pendaftaran baru yang belum menjadi ahli PAS, pihak pengurusan tabung akan menguruskan pendaftaran keahlian PAS mereka dan sebahagian dari yuran pendaftaran keahlian Tabung akan digunakan untuk menjelaskan yuran keahlian PAS.
2. Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum 31 Mac tahun yang berkenaan. Ahli yang gagal membayar yuran tahunan selepas 31 Mac bagi tahun berkenaan akan hilang kelayakan daripada menerima sumbangan kewangan yang ditentukan dalam peraturan ini. Sekiranya ahli tersebut masih gagal membayar yuran tahunan sebelum 30 Jun bagi tahun berkenaan maka ia akan hilang keahliannya setelah diberi surat peringatan.
3. Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu mendaftar semula dan membayar yuran tahunan jika mahu menjadi ahli semula.
4. Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan daripada menjadi ahli seterusnya.
5. Apabila berlaku kematian, kutipan khas sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja) akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian untuk mengisi kembali Tabung ini.
6. Tanggungan bermaksud anak-anak atau mereka yang berada di bawah jagaan ahli serta berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin. Sekiranya telah berumur melebihi 21 tahun atau telah berkahwin, mereka perlu mendaftar sebagai ahli.
7. Jumlah yang minimal daripada Tabung akan digunakan untuk pengurusan Tabung.
Sumbangan Kepada Waris Simati Apabila Berlaku Kematian
1. Sumbangan bagi satu kematian:
· Ahli berdaftar : RM1,000
· Suami/isteri : RM750
· Anak/tanggungan kepada ahli : RM500
· Ibubapa/mertua kepada ahli : RM250
2. Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga/rumah (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh sumbangan kewangan.
Akaun
1. Satu akaun bank akan dibuka khusus untuk Tabung ini. Akaun bank ini akan didaftarkan sebagai Tabung Khairat Kematian DUN Jabi
2. Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira. Penyata Kira-Kira akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Khairat Kematian yang akan diadakan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.
Kemudahan
Pihak pengurusan Tabung Khairat Kematian DUN Jabi akan membantu waris simati dalam mendapatkan kemudahan bagi pengurusan jenazah seperti berikut:
SetiausahaAgongUmnomengumumkanrombakanjawatanPengerusiPerhubunganUmnoNegeribagitigaNegeri; Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.Sekadarcatatan, selain Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah, dualaginegeriiaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan jugabukandipengerusikanolehanaktempatannegeri. MenariknyakeranasebeluminiPengerusiPerhubunganUmnonegeri-negeri yang dirombaktersebutdisandangoleh 3 orangNaibPresiden, Hishamuddin, ZahidHamididanShafieAfdhalsementara Selangor dan Wilayah Persekutuan dipengerusikansendiriolehPresidendantimbalanPresidenUmno.
Apakahmisiketiga-tigaNaibPresideniniuntukmemulihkanmasalah yang melandaUmnodinegeri-negeritersebuttelahberjaya (mission accomplished)lalumelayakkanianyadikembalikansemulakepadaanaknegeriuntukmemimpinatauhakikatsebaliknya, merekagagalsehinggaNajibterpaksaakurkepadadesakansupayamerekabertigadigantikan.
Sayaberpendapatfaktorkegagalanmerekalebihmenjadipenyebabutamakepadaperubahanini.Persoalan yang mungkintimbul, apakahNajibsendiridanMuhyiddinberjayadalammisimerekauntukmemulihkanUmno Selangor dan Wilayah Persekutuan sehinggamerekamasihkekalsebagaiPengerusiPerhubunganbagiduanegeriberkenaan.KenapaJawatanPengerusiPerhubunganbagi Selangor dan Wilayah Persekutuan tidakturutdikembalikankepadaanaknegerisamaseperti Terengganu, Kedah danPulau Pinang. Mustahiltidakadadikalanganpemimpinnegeri yang bermimpidanbercita-citacumamerekabelumberaniuntukmengistiharkansecaraterbukasebagaimanaberaninyaMukhriz.
BerbandingdenganUmno Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dilihatlemahdanbermasalahsetelahnegerimerekadikuasaiPakatan Rakyat dalamPilihan Raya Umumke 12 lalu, senariodi Terengganu agakunikdengannegerikekaldikuasaiUmno/BN tetapikrisisperebutanjawatanMenteriBesarmembawaperpecahanparahdalamUmnonegeri. Ahmad Said yang disokongolehminoriti ADUN UmnonegeritetapidengansokongandandokonganistanamembolehkanbeliaumendudukikerusiMenteriBesarmengatasikemahuan Pak Lah yang masihinginkanIdrisJusohmenerajuinegeri.
Episodpanjangperbalahankekalberterusansekalipunkerajaannegeriberjayajugaakhirnyadibentuksehinggasengketa yang tidakmampulagidirungkaimengundangcampurtanganUmnoPusatdenganperlantikanPanglimaKerisPancaDelimasebagaiPengerusiPerhubunganUmno Terengganu.Perlantikaninidilihatsebagaikompromijalantengahwalaupunianyaterlalujauhuntukmenujutitikpenyelesaian.Apatahlagibilapihak yang bertelingkahsebenarnyabukanmengambilkira agenda rakyattetapilebihmemikirkankepentinganpuak, bukanuntukmencaridamaitetapiuntukmembuktikansiapalebihhandaldanjaguhdalampermainanini.
Berulang-aliklahHishamuddinke Terengganu kononnyauntukmenyusunsemulabarisan.Kadang-kadangMuhyiddin pun campurtangansekaliwalaupunkerap program merekadiboikotbegitusahaja. Setiap kali berkunjungkenegeriangkatnya, HishamuddinmencanangkansegalamasalahtelahberlaludanUmnosedangdiperkuatkansemula.Tetapirealiti yang dilihatberlakuamatberbeza.
Senario 10 budakhitam yang bisudiSidang DUN masihberterusan, kemudiannyaberkurangankepada 4 budakhitamsahaja.Mungkin 6 budakhitamlagi yang mulabersuaramelihatmerekaperlubersuarawalaupunbercakapdengan nada menghentamkerajaansendiri, lebihterukdaripembangkang.KehadiranMuhyiddinmerasmikanPersidanganAgongUmnoBahagianSetiutahuninidiboikotdenganketidakhadirankesemuaempat ADUN dariParlimenSetiu.Isuagihankontrakdanprojek yang mementingkankronidanpuakmenjadikankudislebihbernanah.IdrisJusohtentusamasekalitidakakanmengalah. Puak-puaksekelilingnya yang sanggupmembujurlalumelintangpatahmempertahankannyawalaupunsehinggaBaginda Sultan yang bersemayandigelar 'natang'.Majlisperdamaiandemiperdamaiandiaturtetapilebihkepadasimbolikdanretorik. Kita berdamaididalammajlis, diluarnanticerita lain. Kamupuakkamu, akupuakaku!
Dengankedudukan Ahmad Saidsebelum 1 Januari 2011 hanyasebagaiTimbalanPengerusiPerhubunganNegeritentuianyaakanmencetusdilemabagiseorangMenteriBesar yang tidakmenerajuikepimpinanpartidinegerisendiridalamrangkamenghadapi PRU 13 nanti. Tentusekalipercaturansusunaturcalon-calontidakberadaditanganyaapatahlagidengankedudukanIdrisJusohsebagaiPengarahPilihanrayaUmno Malaysia.HubunganrapatIdrisdenganorang yang berkuasadiPutrajayabolehmenggugatpeluangorang-orang Ahmad Said.Apatahlagikepimpinan Ahmad Said dilihattidakbegitudihiraudandihormatiolehkerajaanpusat.Timbuljugacakap-cakappolitik, apakahpenggalini, penggalpertamadanterakhir Ahmad Said mendudukikerusiMenteriBesar?
Mungkinatassenarioinibeberapaorang ADUN Umnodilihatberanimenjadipembangkangkepadakerajaansendiritanpamerekabimbangdenganpeluangmerekauntukdicalonkansemulananti.Pernahterdengarmerekaberkata, "Apakitanaktakutdengan Mad Said, diabukanPengerusiPerhubungan. Kita lok (biar) diaduduk situ penggalnisaja, lepasinikitabubuh (letak) diadalam Zoo Kijal."Begitulahoptimisnyamerekatentangsingkatnyahayatpolitik Ahmad Said. Itu pun belumdiambilkirapeluangUmno/BN untukkembalimemerintah Terengganu selepas PRU 13 nanti.
KetikaperwakilanUmno Kedah mendesakdidalamPersidanganAgongUmnosupayadikembalikanjawatanPengerusiPerhubunganUmnoNegerikepadapemimpindarinegerijelapangpaditersebut, perwakilan Terengganu nyatamembisu.Apakahbetulbagaidikata, perwakilan Terengganu sendiritidakmenghendaki Ahmad Said dikembalikanjawatantersebut?KalaubukanMenteriBesar, makasiapalagi yang layakdilantikkejawatanini.IdrisJusoh, Nasir Ibrahim Fikri, Ahmad Razif Abdul Rahmanatausiapalagi...?
MampukahpengumumanTengkuAdnanMansorsemalam (Isnin 27 Disember 2010) memberikannafasbarukepadahayatpolitik Ahmad Said? MungkinkahinikhabardukauntukIdrisJusohdanpenyokongsetianya?Episodnyamasihterlalupanjang...
GAMBAR - Teman-teman SMAM 1987-1991 bersama keluarga. Renggo duduk di tengah berkaca mata hitam.
Selepas hampir 20 tahun terpisah dengan teman-teman Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), Besut, apabila masing-masing membawa haluan membina kehidupan setelah kali terakhir bertemu sekitar 1991, semalam mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan yang masih berbaki, satu program reunion bekas-bekas pelajar SMAM diadakan di Shah Alam, Selangor. Walaupun kehadirannya tidaklah ramai kerana hanya teman-teman yang bekerja sekitar negeri Selangor berkesempatan hadir tetapi saya cukup teruja, maklumlah hampir empat tahun kami melalui tempoh suka duka bersama di alam persekolahan, terlalu banyak memori untuk dikenang dan diimbas kembali.
Semuanya masih seperti dulu, mengambil berat, mesra dan masing-masing telah berkeluarga sehingga dirasakan tempoh singkat 1 jam bersama mereka terlalu cepat berlalu. Paling membanggakan, apabila dalam ucapan ringkas saya mengajak mereka bersama perjuangan Islam, respon yang saya perolehi amat memeranjatkan. Walaupun masing-masing datang dengan gaya simple yang sukar dinilai latar belakang kefahaman politik, rupa-rupanya keseluruhan mereka menyokong perjuangan Islam tanpa terkecuali malah ada yang berjawatan agak penting dalam hieraki politik PAS di peringkat Parliman. Alhamdulillah...
Reunion ini diserikan lagi dengan persembahan Renggo, bekas penyanyi kumpulan 'Arrow' yang suatu ketika dulu popular dengan lagu 'Niat Hati Tak Nak Berpisah'. Suaranya masih mantap, tapi ada yang berbeza. Renggo kini bukan lagi Renggo suatu ketika dahulu. Beliau tampil dengan album dan mengalunkan lagu-lagu berunsurkan dakwah mengajak hamba-hamba Allah membesarkan penciptanya. Saya yang agak kurang mengikuti perkembangan para artis agak terkejut kerana rupanya saya ketinggalan maklumat. Telah terlalu kerap beliau tampil di atas pentas PAS dan PR memanfaatkan bakat anugerah Allah kepadanya untuk memperjuangkan kebenaran. Syabas! Renggo dan sekalung tahniah. Kesempatan berbual seketika dengannya berkenaan isu politik semasa jelas mengambarkan keprihatinan beliau tentang persoalan politik semasa dan kebobrakan UMNO/BN memanipulasikan kuasa yang mereka miliki.
Jelasnya, perjuangan Islam adalah milik semua hamba Allah dan setiap hamba Allah wajib bersama perjuangan Islam sebagaimana wajibnya kita sembahyang dan berpuasa tanpa terkecuali.
Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir khamis 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011.
Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri. Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan. Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh mengambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya.
Dato' Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya.
Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan.
Ironinya dengan Bajet 2011 RM1.887 bilion, Bajet 2010 RM1.881 bilion, Bajet 2009 RM1.799 bilion, Bajet 2008 RM1.673 billion, bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam keseluruhan Bajet.
Sungguh! suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukkan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di Negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu kita masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5.
Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Dimusim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta.
Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit. Hasilnya, samada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya.
Sekarang, Sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh.
Menyedihkan apabila dengan peruntukkan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan. Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana. Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk 'memahat sejarah mencipta tamaddun'.
Ketika melangkah meninggalkan bumi Mekah tercinta dalam peristiwa hijrah, Nabi s.a.w bersabda; "Wahai bumi Mekah, engkaulah bumi yang aku cintai dan dicintai Allah. Kalau tidak kerana pendudukmu menghalauku keluar, nescaya aku tidak akan meninggalkanmu." Suatu sabda yang mengambarkan kecintaan Rasulullah kepada tanah tumpah darah tempat dilahirkan dan dibesarkan serta di sinilah panji-panji syiar Islam mula dikibarkan. Walaupun kecintaan kepada tanahair adalah fitrah manusia tetapi kerana tuntutan perjuangan Islam yang lebih besar, maka Islam menjadi galang ganti dengan segalanya walaupun terpaksa mengorbankan perkara yang paling dicintai.
Imam As syahid hassan Al Banna ada menyatakan, kecintaan kepada tanahair adalah sebahagian dari agama. Seorang Muslim dituntut untuk berbakti dan mempertahankan tanahair dari sebarang pencerobohan. Sekiranya bumi ummat Islam dicerobohi, seruan jihad wajib diistiharkan, kita dijanjikan ganjaran syahid di jalan Allah.
Sejarah yang benar telah mencatatkan, perjuangan menentang penjajah kuffar yang menguasai bumi ummat Islam dipelopori oleh mujahid-mujahid Islam yang berani di medan juang. Perang untuk membebaskan Terusan Suez diterajui di saf hadapan oleh sukarelawan perang Ikhwanul Muslimin. Gerila Ikhwanul Muslimin inilah yang mencetuskan masalah besar kepada pasukan penjajah Inggeris. Sangat menghairankan tentera penjajah kerana apabila diperiksa mayat-mayat syuhada' yang gugur, kesemua mereka terkena tembakan dari bahagaian hadapan. Tentunya tidak ada dalam kamus perjuangan mereka, berpaling belakang, lari dari medan perang.
Ketika pendudukan penjajah Francis di Algeria, kebangkitan rakyat Algeria mengusir penjajah di kepalai oleh seorang ulama' Syeikh Abdul Qadir Al Jazairi. Walaupun harga yang mahal terpaksa dibayar dengan jutaan syuhada' telah gugur tetapi penjajah Francis berjaya dihalau. Malangnya setelah penjajah dihalau, golongan sekular menerajui pemerintahan, walaupun mereka bukanlah pejuang.
Penjajah Itali di bumi ummat Islam Libya ditentang atas nama jihad oleh pejuang-pejuang yang dipimpin oleh Syeikh Umar Mukhtar yang digelar singa padang pasir. Keberaniannya memimpin pasukan yang serba kekurangan berhadapan dengan angkatan tentera Itali serba lengkap tidak mampu dibohongi oleh sesiapa. Jihadnya diterima Allah. Syeikh Umar Mukhtar syahid ditali gantung setelah didapati bersalah kerana menentang penjajah Itali.
Di Indonesia, Ummat Islam bangkit juga atas nama jihad fisabilillah, bersenjatakan buluh runcing, dengan penuh keberanian berhadapan penjajah Belanda. Sayangnya, apabila negara berjaya dibebaskan, Islam tidak memerintah, tetapi seorang sekular seperti Soekarno menerajui negara.
Di tanahair kita, kenapa insan-insan pejuang seperti Haji Abdul Rahman Limbung, Tok janggut, Mat Kilau,Tok Gajah, Rosli Dhoby dan ramai lagi dilabel sebagai pemberontak? Penjajah Inggeris melabelkan mereka sebagai pemberontak dan pengacau keamanan, malang sekali bila penulis-penulis sejarah kita juga menulis dengan nada yang sama. Anak cucu kita perlu disedarkan semula bahawa mereka ini adalah pejuang-pejuang yang bangkit atas nama Islam menentang penjajah kuffar yang menjarah bumi ummat Islam.
Sir Henry Gurney, yang jelas adalah seorang Yahudi yang berperanan besar dalam penubuhan negara haramYahudi di Palestin pula diagung-agungkan seolah-olah dialah wira dalam menentang pengganas komunis. hakikat yang disembunyikan, dia adalah salah seorang yang tangannya berlumuran dengan darah ummat Islam palestin.
Seorang muslim dituntut untuk melakukan yang terbaik buat tanahairnya. Ini adalah tuntutan aqidah yang kita anuti. Haram kita menjadi pengkhianat. Kalau ada parti yang berjuang demi bangsa dan agama, PAS tentunya lebih hebat dan syumul kerana Islam menjadi dasar perjuangan kita. Islam dengan sendirinya akan melindungi bangsa dan negara. Selagi PAS berpegang dengan dasar Islam, mustahil PAS akan mengkhianati negara.
Harakah daily: KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dana Pendidikan PAS mensasarkan untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu pembiayaan para pelajar dan prasarana sekolah agama rakyat (SAR). Timbalan Pengerusi Lembaga Amanahnya, Datuk Abu Bakar Chik berkata, objektif penubuhan dana itu untuk membantu SAR dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti. Ini, katanya kerana walaupun negara telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan tetapi urusan pendidikan Islam masih menjadi tanggungjawab rakyat. Menurutnya, tidak ketinggalan kedaifan prasarana SAR serta tidak ada pembelaan terhadap sekolah pondok. Justeru, ujarnya dana itu juga bertujuan membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan kebajikan guru dan pelajar serta pelaksanaan program berorientasikan pendidikan. "Dana Pendidikan PAS ini akan dikawal selia oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS sementara pengurusannya diamanahkan kepada Lembaga Pengurusa Dana (LPD) yang dianggotai oleh profesional berkelayakan di dalam parti," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, memulakan langkah bagi pengumpulan dana, satu program dengan konsep makan malam bersama Mursyidul Am dan Presiden PAS akan diadakan pada 29 Januari depan di Shah Alam. "Kami mensasarkan untuk mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat serta para penyumbang untuk mengumpul RM1 juta bersempena dengan program makan malam itu," ujarnya yang turut disertai pengarah program, Dr Azman Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu. Tambahnya, dengan dana RM1 juta yang diizinkan Allah dapat dikumpulkan dengan sokongan dan dukungan para penyumbang, LPD akan mula mengorak langkah bagi melaksanakan pelan tindakan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan. "Kepada Allah kami berserah dan memohon semoga diberkati setiap usaha dan sumbangan yang disumbangkan demi untuk kebaikan bersama," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
Selama 11 tahun berturut-turut, tanpa pernah ketinggalan program tahunan DUN Jabi yang diuruskan oleh Penyelaras Pemuda DUN diteruskan lagi tahun ini. Alhamdulillah, sambutannya sentiasa memberansangkan. Setiap tahun kita berjaya mengumpulkan tidak kurang dari 80 orang peserta di kalangan anak-anak ahli dan penyokong malah ada dikalangan penyokong BN yang tumpang sekaki. Semuanya kita alu-alaukan. Program kemasyarakatan sebegini memudahkan ibu bapa menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak masing dengan kos yang sangat minima, RM50 sahaja. Semenjak sepuluh tahun dulu kita mengenakan caj RM50, sehingga sekarang ianya masih tidak dinaikkan walaupun satu sen. Ketika kos berkhatan di klinik-klinik swasta mencecah paling minima RM80.
Setelah lebih 10 tahun meneruskan penganjuran, kita hampir mencapai tahap penganjuran sempurna. Kelihatan panitia begitu cekap menguruskan perjalanan majlis sehingga hampir tidak terdengar rungutan tidak puas hati para ibu-bapa atau penjaga. Syabas Pemuda Jabi! Tahun ini kita tidak ada acara menyiram air dengan pili bomba. Musim hujan,nanti anak-anak semua kesejukanGAMBAR- cenderahati untuk anak-anak peserta khatan.
Saya mengambil sedikit kesempatan ketika membuka majlis untuk mengingatkan para ibu-bapa agar mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak supaya mereka kenal tuhan dan kenal diri mereka sendiri. Dalam zaman yang serba mencabar, agama akan menjadi benteng diri. Tak perlu kita bimbang samada anak kita akan jadi guru, loyar, doktor, jurutera, arkitek atau apa saja kerja. Paling penting mereka mesti kenal Allah, tahu tanggungjawab diri sebagai seorang hamba. Insya Allah, kita selamat.
Tahun hadapan kemungkinan besar subjek pendidikan seks akan diperkenalkan di sekolah-sekolah. Matlamat daripada pendidikan seks ini adalah untuk mengajar bagaimana untuk melakukan seks dengan selamat, taapa berlaku jangkitan penyakit atau mengandung (safe sex) bukannya untuk mengajar anak-anak bahawa seks bebas itu adalah zina dengan ganjaran dosa besar dan kemurkaan Allah. Nampaknya sekolah bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak. Sekolah seolah-olah akan menjadi tempat untuk mengajar anak-anak mencuri, bagaimana untuk mencuri secara selamat. Tanggungjawab ibu bapa tentunya akan bertambah berat.
Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok berikutan harga pasaran minyak dunia semasa. Begitulah bunyi mesej ringkas yang saya terima dari BERNAMA jam 11.37 malam tadi ketika sedang berada sekitar Kuala Lipis ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. "Naik lagi..." rungut hati saya dalam keadaan letih dan mengantuk memandu seorang diri. Padahal baru saja dinaikkan RM0.15 beberapa hari sebelum pilihanraya kecil DUN Galas baru-baru ini, hasilnya BN menang walaupun dibantu oleh undi orang asli yang rata-ratanya hanya memiliki motosikal.
Mungkin melihat mood sokongan rakyat tetap menyembelahi BN sekalipun harga minyak dinaikkan, maka kerajaan berani mengambil risiko tanpa takut kehilangan sokongan. Apatah lagi mereka cuba melebelkan RON97 sebagai barangan mewah yang digunakan oleh rakyat berkereta besar, berjenama mewah. RON95 untuk rakyat biasa tetap tidak dinaikkan untuk masa ini. Sehingga pernah terdengar percakapan di kedai kopi, "Peduli apa kita, orang yang pakai kereta besar mesti poket tebal, kalau kena beli minyak mahal pun apa salahnya, kereta beratus ribu ringgit boleh beli, tak kan minyak RM2 lebih seliter tak boleh bayar..."
Realiti sebenar yang berlaku, bukan semua kereta sesuai menggunakan RON95, walaupun bukan kategori kereta mewah. Pengalaman menggunakan RON95 untuk CRV saya, enjin terasa berat dan bergetar dan terasa sukar untuk memotong kenderaan lain di hadapan sehingga dinasihatkan oleh servis advisor Honda untuk menggunakan RON97 dan nasihat tersebut ternyata benar. Kelancaran enjin, daya pecutan, kereta terasa ringan sehingga saya terfikir tentang rendahnya kualiti RON95 terutamanya keluaran Petronas. Walaupun harga RON97 lebih mahal, terpaksalah dipejamkan mata dengan harapan alah membeli, menang memakai.
Berita RON97 dinaikkan lagi tentu bukan suatu berita yang ingin didengari oleh sesiapa saja termasuk mereka yang tidak memiliki sebarang kenderaan bermotor kerana sedia difahami, kenaikan harga minyak akan disusuli dengan kenaikan harga barang keperluan. Ketika ini tidak akan timbul lagi hujah, RON97 hanya untuk pengguna kenderaan mewah lantaran tuan kedai runcit, pasaraya, peniaga pasar malam, peniaga pekan sehari hatta pemilik gerai menjual ikan sekalipun tak akan bertanya, "kereta apa yang anda guna?" sebelum kita menjelaskan harga barangan yang dibeli dengan diskaun khas untuk mereka yang tidak berkereta mewah.
Semalam, ibu mertua yang baru balik dari menemani cucunya menerima e-book di SMK Hamzah, Machang menceritakan, ketua Umno bahagian Machang, Jazlan Yaakub, anak kepada jutawan Yaakub Mohamad atau dikenali sebagai Yamud berucap dalam majlis tersebut menyatakan, kenapa kita terlalu bising bila harga minyak dan harga barang naik tetapi kita diam saja bila harga getah naik. Sepatutnya bila harga getah naik pun kita mesti bising memuji kerajaan. Ini tidak, masa kita dapat banyak, diam! Begitulah kiranya leteran beliau dalam majlis tersebut seolah-olah mempertikaikan sikap rakyat bawahan, penoreh getah yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.
Bagi saya, inilah mentaliti seorang pemimpin Umno yang bertaraf jutawan dan telah 2 kali tewas dalam pilihanraya. Mana mungkin beliau mampu memahami jerit perih seorang penoreh getah. Kenyataan menghina tersebut, saya biarkan ibu mertua saya sendiri menilainya kerana kebetulan beliau juga seorang penoreh getah.
Setelah terputus hubungan hampir 20 tahun apabila masing-masing membawa haluan sendiri setelah menamatkan SPM di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin pada tahun 1990, baru-baru ini saya ditemukan semula dengan seorang bekas rakan sekelas yang sekarang menjalankan perniagaan jualan langsung produk kecantikan. Saya masih mengingatinya dan beliau juga masih mengingati era zaman persekolahan kami dulu. Agak mengejutkan, kerana beliau dulu dengan penampilan seorang muslimah bertudung litup, bersopan kini beliau tampil berseluar jeans ketat, rambut diwarnakan kemerahan dengan gaya ranggi kononnya sebagai seorang usahawan wanita.
Sempat saya bertanya dalam nada bergurau, tapi dengan maksud serius. "Kita dulu kan sama-sama sekolah agama, kenapa sampai jadi macam ni? Mana pergi ilmu kita belajar dulu atau saya yang masih berfikir secara kolot dalam dunia yang hebat berkembang?"
Agak mengejutkan jawapan yang saya terima darinya. "Jangan ukur saya dari penampilan luar, yang penting hati kan. Don't judge a book by its cover." Jawapnya yakin. Hati kecil saya merugut. "Astaghfirullah... dah jauh terpesong budak ni. Mana dia belajar ilmu lagu ni?" Nampaknya terpaksalah saya berkhutbah panjang hari ni.
Hujjatul Islam, Imam Ghazali ketika membincangkan persoalan akhlak dan kesannya kepada tingkah laku manusia menyatakan. Akhlak adalah suatu yang sebati dengan diri manusia, yang dihadamkan seiring dengan perlakuan dan amal perbuatan. Ibarat sebatang pokok yang berdiri teguh kerana mempunyai akar tunjang yang terpacak teguh ke dalam bumi. Walaupun akar tersebut tidak dapat dilihat tapi ia menjadi sebab teguh berdirinya sebatang pokok. Begitu juga manusia. Apa yang dizahirkan dalam bentuk amal dan perlakuan adalah cerminan apa yang tersimpan di dalam diri, baik percakapan, berpakaian, akhlak dan tingkah laku, muamalat, gaya pemikiran, prinsip hidup, amal baik atau buruk semuanya adalah cerminan langsung dengan apa yang tersimpan dan terpendam dalam hati manusia.
Seseorang tidak boleh mendakwa, "Saya ni memang nampak jahat, tapi sebenarnya hati saya baik, Allah tengok pada hati kan, bukan pada luaran." Ada juga yang berkata, "saya memang tak bertudung, tapi jangan ingat saya jahat, yang bertudung belum tentu baik." Malah kita pernah mendengar, "Ala... orang sembahyang pun belum tentu baik, yang tak sembahyang macam saya jangan ingat jahat..."
Betul! orang bertudung belum tentu seorang yang baik, tapi yang tak bertudung, sahih! memang tak baik. Yang bertudung sekurang-kurangnya telah mengerjakan satu perintah Allah. Kalau masih ada kekurangan di sana sini, ianya boleh diperbetulkan. Yang tak bertudung dengan jelas melanggar perintah Allah. Bagaimana boleh dikatakan baik?
Betul... orang yang sembahyang belum tentu baik, tapi yang tak sembahyang, sahih! memang tak baik. Orang yang sembahyang telah melaksanakan satu rukun Islam, yang meninggalkan sembahyang telah mencuaikan satu rukun Islam. Berdosa besar, malah boleh menjadi kufur sekiranya kita menafikan kefardhuannya. Mana mungkin orang yang mengerjakan dosa besar dengan meninggalkan sembahyang boleh dikatakan seorang yang baik.
Termenung panjang teman lama saya ini mendengar khutbah yang tidak dirancang. "Awak perlu berfikir semula berdasarkan iman dan ilmu bukan mengikut pertimbangan logik akal. Don't judge a book by its cover betul dalam konteks buku, tapi tak betul dalam konteks manusia..." Saya akhiri khutbah sambil disambut senyum kelat teman saya ini. Katanya, "Awak masih tak berubah, sama seperti dulu, dulu awak ketua kelas yang suka bersyarah pada kami, sekarang pun masih suka bersyarah. nasib tak baik saya jumpa awak hari ni..."
Tahniah kepada pasukan hoki negara atas kejayaan layak ke final Sukan Asia untuk pertama kali dalam sejarah. Tidak dinafikan bermain dalam perlawanan akhir seterusnya muncul juara adalah idaman setiap ahli sukan apatah lagi di sebuah kejohanan besar seperti Sukan Asia. Stadium yang penuh dengan sorakan penonton serta bayangan kilauan pingat emas ditambah lagi dengan penonton setia di tanahair yang pastinya setia di hadapan kaca TV untuk melihat pasukan negara mencipta sejarah. Semua keadaan ini pastinya membangkitkan aura tersendiri di kalangan pemain. Apatah lagi dengan janji ganjaran kewangan sekiranya pulang dengan pingat. Begitulah beruntungnya ahli sukan sekarang.
Walaupun dalam keghairahan, jangan lupa mereka adalah duta negara. Persembahan, gaya, akhlak dan tingkah laku yang diperagakan akan ditonton oleh jutaan manusia. Kerana itulah kita pernah mendengar kisah di era kegemilangan bolasepak negara dulu, ada pemain yang tidak dibenarkan menyertai pasukan kebangsaan kerana keengganannya memotong rambut yang panjang. Saya yakin penonton bijak menilai ahli sukan berdasarkan bakat, kebolehan, kesungguhan berjuang di atas gelanggang serta semangat patriotik yang ditunjukkan. Kalau pun tampil bergaya, biarlah seiring dengan bakat dan skill. Lihatlah Ruud Gullit dengan gaya rambut 'maggie' atau Carlos Valderama dengan gaya rambut 'sarang tebuan' tetapi mereka diminati dengan bakat di atas padang. Apatah lagi pemain yang tampil dengan gaya kemas bersopan seperti Zinedine Zidane. Melihat gaya rambut sebahagian pemain hoki kita yang tampil di pentas final menentang Pakistan, ada sedikit pertanyaan, apa yang ingin mereka pamerkan sebenarnya. Nak kata budaya kita, tentu sekali tidak dengan gaya rambut ala Ronaldo edisi Piala Dunia 2002 dengan jambul sejemput di dahi. Apakah keghairahan melampau sehingga sebahagian mereka tidak cerdik dalam membuat pertimbangan. Tak kisah walaupun kita tidak menang kerana menang kalah adat pertandingan apatah lagi bila lawan ternyata tampil dengan corak persembahan lebih kemas dan lincah. Janganlah kita mencipta pepatah baru 'Biar kalah asal bergaya'...
Semalam diadakan satu pertemuan Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH menangani isu projek kolam udang i-SHARP dengan penduduk Kampung Banggol Permaisuri dalam rangka membincangkan perkembangan-perkembangan terkini terutamanya isu-isu yang berkait langsung dengan kepentingan penduduk.
Setelah beberapa siri perbincangan dan maklum balas antara pihak Jawatankuasa dan pemaju projek, Blue Archipelago Berhad, saya melihat ruang perbincangan dan saling membina persefahaman dalam rangka untuk mewujudkan situasi menang menang terbuka luas. Dua fokus utama, pemaju boleh meneruskan kerja-kerja pembinaan infrastruktur projek dalam masa yang sama isu-isu berbangkit berkaitan kepentingan rakyat dan masyarakat setempat ditangani dengan baik.
Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH telah menjelaskan kepada penduduk bahawa dalam proses perbincangan dan rundingan tidak semua tuntutan kita boleh dipenuhi oleh pemaju kerana mereka juga terikat dengan karenah birokrasi pentadbiran dan polisi kerajaan negeri yang memerintah tapi sedaya upaya dalam ruang lingkup kemampuan yang ada, kami berbincang supaya penduduk mendapat hak yang setimpal dengan kehilangan tanah yang menjadi punca pendapatan di samping beberapa kesan sampingan lain yang timbul ekoran dari perlaksanaan projek. Kita tidak akan memperolehi semua perkara yang dituntut, tapi kita tidak kehilangan semua.
Saya merasa gembira dan terharu apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai Blue Archipelago Berhad bahawa proses penilaian bagi pembayaran pampasan berada di peringkat akhir dan nilai yang akan dibayar sangat setimpal dengan satu ingatan dan penelitian supaya dipastikan hanya mereka yang berhak sahaja mendapat bayaran tanpa diberikan peluang kepada orang-orang yang tidak berkenaan mengambil peluang dan kesempatan. Pengalaman lalu memberikan peringatan bagaimana campur tangan Umno berlaku dalam kes pembayaran pampasan tanah yang tidak mempunyai geran seperti ini, sehingga individu sebenar yang mengusahakan tanah berputih mata tetapi nama ahli-ahli Umno yang tidak berkenaan pula yang timbul. Kalau ini berlaku, dua pihak akan teraniaya. Yang pertama pemaju sendiri, dengan jumlah wang yang mereka keluarkan bagi pembayaran pampasan tentu mereka berharap proses ini akan selesai dan kerja-kerja infrastruktur dapat diteruskan. Yang kedua tentunya individu yang mengusahakan tanah tersebut dengan belanja dan keringat yang dikeluarkan serta harapan untuk membina masa depan yang diletakkan.
Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh seorang pegawai pemaju yang berada di lapangan bahawa beliau biasa bersarapan diawal pagi bersama para nelayan yang akan turun ke laut di Pantai Penarik, berbual-bual dan bertanya khabar mereka. Akhirnya beliau mengakui bahawa apa yang dinyatakan oleh i-BANTAH adalah satu kebenaran. Penduduk sama sekali tidak menentang perlaksanaan projek tetapi isu-isu yang berbangkit dengan kepentingan langsung penduduk perlu ditangani.
Masyarakat Melayu Islam memang terkenal dengan sikap cakna dan prihatin dengan persekitaran. Sikap ambil tahu dan bertanya khabar sebahagian nilai murni dalam masyarakat sehingga tidak timbul soal menjaga tepi kain orang atau suka menyibuk mengikut istilah masyarakat Kelantan. Lantaran sikap inilah, biasa kita melihat seorang tua menegur atau menasihati anak-anak orang lain sekiranya melakukan sesuatu yang tidak elok dipandang mata walaupun bukan anaknya dan biasanya ibu bapa anak-anak yang berkenaan akan berterima kasih. Tidak ketinggalan apabila berlaku sakit demam atau kesusahan. Tanpa diundang akan ada yang datang menziarahi dan membantu. Indahnya hidup sebegini ketika nilai material belum menjadi raja. Memang tidak dinafikan nilai-nilai ini semakin pudar diketika kehidupan mula berubah dengan nilai kebendaan mula menguasai.
Pengalaman yang saya lalui semalam memberikan gambaran bagaimana sikap sebahagian masayarakat kita telah berubah walaupun sebenarnya mereka masih berada dalam kategori suasana kehidupan luar bandar ataupun sebenarnya masyarakat bandar yang lebih prihatin?
Dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Jabi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan DUN kira-kira jam 9.00 malam, ketika melalui jalan Kota Bharu - Jerteh di Kampung Bukit Belah, Pasir Puteh, tanpa menyedari kewujudan satu lubang dalam yang digenangi air dalam suasana gelap dan hujan renyai-renyai, tayar sebelah kiri kereta terperosok ke dalam lubang menyebabkan rimnya rosak dan tayar hadapan pecah serta merta. Alhamdulillah, ianya tidak mengakibatkan tragedi yang lebih parah. Dalam suasana gelap dan hujan renyai-renyai saya menjadi mekanik tak bertauliah, memasang jip, membuka skrew tayar tapi ada lagi episod yang belum berakhir... tayar spare pula kempis. Jarak stesen minyak yang terdekat kira-kira 1 km dari lokasi. Dengan berjalan kaki sambil membawa tayar spare ke stesen minyak untuk diisi angin saya memerhati motor kereta yang lalu-lalang kalau-kalau ada yang sudi membantu, tapi saya silap. Saya masih berfikir seperti 15 atau 20 tahun dulu. Menakjubkan!!! tidak ada seorang pun yang berhenti bertanya khabar. Walaupun saya tidaklah terlalu suntuk mengharapkan bantuan kerana saya seorang lelaki yang sudah biasa dengan kerja-kerja lasak, tapi bagaimana kalau ini berlaku berlaku kepada seorang wanita yang mungkin mereka sebaya dengan ibu kita atau kakak kita atau adik kita atau isteri kita atau anak kita atau mak saudara kita dan atau... atau... lagi. Tambah melucukan, ketika hampir selesai mengetatkan kembali skrew tayar, datanglah seorang hamba Allah bermotosikal berumur lingkungan 40 an. Saya catatkan lebih kurang pertanyaannya... "Guano abe, tayar bocor ko?" "Jatuh lubang." Jawab saya ringkas. "Abe tok sir jual ko kereta ni? ambo lamo doh cari nak beli kereta Kelisa serupa ni. Nak pulak hok dok tangan ore. Kalu abe nak jual ,ambo nak ambik ni" Saya pandang kawan tu atas ke bawah sambil berfikir, betul ke tak betul kepala otak dia ni. Tanpa disedari saya menjawab, "kalu demo nak spanar atas kepala, boleh ambo bagi..." Jawapan yang kasar sehingga menyebabkan hamba Allah itu berlalu pergi.
GAMBAR-PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN ADALAH PENGHAYATAN KEPADA SEMANGAT UNTUK MELAKUKAN PENGORBANAN YANG LEBIH BESAR *Antara intipati khutbah eidul adha yang saya sampaikan di Masjid As Syakirin Kg Bukit Tanah.
Allah meletakkan kepada kita seorang muslim, tanggungjawab yang sangat berat.
Demikian kami jadikan kamu ummat pertengahan untuk menjadi saksi atas manusia dan rasul pula menjadi saksi atas kamu… Al Baqarah 43
Dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini, Allah memfardukan jihad ke atas setiap muslim, sama seperti Allah memfardhukan sembahyang ke atas kita. Kewajipan Sembahyang dicatat dalam Quran, kewajipan jihad pun dicatat dalam quran. Jihad menurut makna yang luas, makna yang syumul, sehingga hidupnya dakwah Islam. Jihad secara berterusan, demi untuk meninggikan agama Allah.
Pas, bukan setakat sebuah parti politik, kita juga adalah gerakan dakwah. Suatu kaedah yang tidak boleh diubah.Tiada dakwah tanpa jihad, Tiada Jihad tanpa pengorbanan. Ummah dulu telah dapat izzah, dapat kebaikan dengan jihad dan pengorbanan. Kita ummah sekarang mustahil kita akan dapat izzah dan kebaikan melainkan dengan kita lalu melalui jalan sama yang menyebabkan yang menyebabkan ummah dulu mendapat izzah dan kebaikan. Inilah JALAN JIHAD DAN PENGORBANAN. Kata Hassan Al Banna: Orang yang bercita-cita nak kepada kebaikan, nak buat islah (baik pulih), nak dapat kegemilangan dan izzah tapi tak nak berjihad dan tak nak berkorban, orang ni adalah orang yang tengah mimpi dan khayal.
Syair Arab kata:
Sapa yang cari ketinggian tanpa susah payah, dia telah sia-siakan usahanya untuk cari suatu yang mustahil.
Sapa yang tidak bersedia untuk berkorban, dia kena bersedia untuk menjadi mangsa korban.
Berkorban wajib. Wajib bagi setiap kita yang redha, Allah tuhan kita, Wajib bagi kita yang redha Islam ugama kita, Muhammad Nabi kita.Samada harta, masa, kehidupan semuanya kita perlu jadikan cagaran untuk dapat redha Allah.
Kisah seorang pemuda Ikhwan, As Syahid Muhammad Asshawabi, ditarbiyyah oleh Hassan Al Banna, Mahasiswa fakulti Syariah Universiti Al Azhar tahun 1954, dia pernah jadi sukarelawan Ikhwan di Medan Perang Palestin dan Perang Terusan Suez menentang penjajah Inggeris dan Israel. Bila Presiden Gamal Abdul Nasir buat gerakan besar-besaran tangkap anggota Ikhwan. Ribuan anggota Ikhwan disumbat dalam penjara, diseksa dengan sangat kejam, dihukum gantung. Yang sempat lari, lari sembunyi menyelamatkan diri. Antara yang sempat lari, As Syahid Muhammad Asshawabi. Sebulan dia sembunyi di kawasan tanah perkuburan. Siang sembunyi, malam keluar cari sisa-sisa makanan di tong-tong sampah.
Akhirnya dengan tubuh kurus kering, rambut dan berjanggut panjang, dia pergi ketuk pintu rumah seorang ulama yang mulia, mufti Mesir ketika itu, Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf. Syeikh Hasanain adalah besan kepada Ustaz Hassan Al Hudaibi, Mursyid Am Ikhwan yang sedang ditahan di penjara tentera Mesir ketika tu.
Syeikh Hasanain cerita, saya siapkan makanan untuk pemuda ni dan dia makan dengan begitu bersungguh seolah-olah telah lama tak jamah makanan. Kemudian pemuda ni cerita, perkenalkan diri "saya adalah mahasiswa fakulti syariah Al Azhar, sukarelawan Ikhwan di medan perang Palestin dan Perang Terusan Suez, sekarang sedang berdepan ujian berat, diburu pemerintah, saya sembunyi di kawasan perkuburan selama hampir sebulan, malam keluar cari sisa makanan, saya benci hidup di tengah orang mati, saya nak hidup di tengah orang hidup, sudikah tuan terima dan lindungi saya."
Permintaan ni sangat berat sebab undang-undang Gamal Abdul Nasir menetapkan, penjara 15 tahun serta kerja berat bagi sapa yang melindungi anggota ikhwan yang jadi buruan pemerintah.
Tapi anak-anak Syeikh Hasanain kata, "wahai ayah, kami yakin pemuda ni adalah orang yang jujur, dia berkata benar, lakukanlah apa yang Islam suruh untuk lindungi orang yang dianiaya, Allah melindungi kita. "
Tinggallah Muhammad As Shawabi di rumah mufti Mesir, ditukar identiti dia supaya tak dikenali, diberi nama baru, Shadiq Afandi, dilantik jadi setiausaha peribadi mufti. 8 bulan dia kerja dengan mufti, disayangi dengan sebab akhlak dan ilmu, sedangkan nama dia terus ada dalam senarai buruan pemerintah. Selepas 8 bulan kerja, dia minta izin nak ke Arab Saudi, nak hidup sebagai orang bebas dari jadi orang buruan. Walaupun berat, Syeikh Hasanain terpaksa lepas dia pergi dengan naik kapal di pelabuhan Suez. "Dah sampai di Arab Saudi, hantar telegram." Pesan Mufti. Selepas sebulan berlalu , tak dak khabar berita dari Muhammad As Shawabi,tak kan tak sampai lagi di Arab Saudi , hinggalah satu hari menantu dia Dr Shuad Al Hudaibi, anak Ustaz Hassan Al Hudaibi dengar berita dari siaran radio Inggeris, pemerintah Mesir telah tangkap 2 orang anggota Ikhwan di pelabuhan Suez ketika nak berangkat ke Jeddah. Walaupun radio tak sebut nama, dia cukup yakin, yang ditangkap adalah Muhammad As Shawabi.
Anak Mufti kata, "Kita dalam bahaya. Mesti polis mari tangkap kita, ayah perlu persiapkan bekal untuk ke penjara.Tapi kasihan, terlalu berat bagi ayah yang telah berumur lebih 60 tahun untuk berhadapan siksaan berat di penjara tentera." Setiap hari keluarga Mufti ni duk tunggu polis mari, tunggu punya tunggu, tak mari. Lepas sehari, sehari. Tak dak polis mari. Pelik jugak ni. Sedangkan mereka dah buat salah ikut undang-undang Gamal Abdul Nasir, melindungi anggota Ikhwan yang diburu pemerintah. Anggota Ikhwan tu pulak dah ditangkap. Tentu dia akan cerita di mana dia berlindung selama ni. Tunggu punya tunggu, sampai sudah tak dak polis mari. Rupanya ada cerita tersembunyi.
Seorang anggota Ikhwan yang ditahan sama dalam penjara, Wahbi Faisyawi cerita kisah sebenar. Muhammad As Shawabi ditahan bersama kami dalam penjara nombor 4, dia dikurung dalam sel yang khusus bagi penyiksaan kelas berat. Dikenakan seksaan yang sangat kejam, tak dak sebarang belas kasihan, tak diberikan peluang tidur sama sekali dan dialah orang yang paling berat berhadapan penyeksaan berbanding kami. Wahbi Faisyawi cerita lagi, Saya cukup kagum, tukang seksa hanya tanya satu soalan, mana kamu sembunyi selama ni. Siapa yang melindungi kamu. Dia tak jawab, kecuali dengan ayat-ayat quran. Tukang seksa ni geram, lalu dipatahkan tulang belakang dia, sampai tulang belakang dan tulang rusuk nampak menonjol, dipukul sehingga luka sangat parah, akhirnya, pada suatu tengah malam yang gelap, dia pergi bertemu Allah sebagai seorang syuhada. Semoga Allah merahmatinya. Sungguh mereka adalah pejuang berani di medan perang, mempertahankan setiap jengkal bumi Mesir dari pencerobohan Inggeris, tetapi Gamal Abdul Nasir adalah manusia berhati binatang yang tak kenal belas kasihan.
Mufti Mesir menangis bila dengar cerita tu. "Saya sama sekali tak sangka, dia mampu menahan siksaan luar batasan kemanusian untuk lindungi keluarga kami. Saya kira dia telah korbankan hidup dia untuk kami. Sungguh! ini tarbiyah Islam yang benar.
Siapa yang rasa diri dia mampu berkhidmat untuk Islam, mampu beri saham untuk dakwah, sedangkan kita bakhil terhadap jiwa kita, bakhil harta kita, bakhil waktu kita, malah apa jua sekalipun, kita perlu periksa semula diri, baca quran dengan teliti, kaji sirah perjalanan Rasulullah dan generasi yang telah dapat kemulian, nescaya kita akan dapat tengok, hakikat yang lebih terang dari cahaya matahari di siang hari.
Imam Hassan Al Banna kata; "Siapa yang duduk dan enggan melakukan pengorbanan bersama kami, mereka berdosa."
Firman Allah;
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu, pergilah beramai-ramai berperang pada jalan Allah, kamu rasa berat dan suka tinggal di tempat masing-masing, menikmati kesenangan dunia.Apakah kamu lebih suka hidup dunia dari akhirat? Perbuatan kamu salah, kerana kesenangan dunia berbanding akhirat, sangat sedikit. Jika kamu tidak pergi berjihad di jalan Allah, Allah akan azab kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan dia akan ganti kamu dengan suatu kaum yang lain."
Ayat ni cerita tentang kisah perang Tabuk. Sebahagian ulama' panggil dengan nama perang 'Asirah. Perang yang penuh kesukaran. Sukar sebab ketika tu musim panas yang sangat terik. Sukar kerana jarak perjalanan ke Tabuk sangat jauh kira-kira 625 km ke utara Madinah. Payah nak tinggal rumah, sebab berlaku pada musim panas . Musim panas, musim buah masak. Kalau di Iraq, musim panas buah tamar masak, buah anggur, buah epal, buah lai masak. Orang lebih suka duduk di rumah sambil kutip dan makan hasil tanaman.
Ada juga ulama' panggil dengan nama perang fadzihah. Perang yang membongkar identiti sebenar, antara orang yang benar-benar kukuh beriman, orang yang lemah iman dan orang-orang munafik.
Allah mula ayat ni dengan panggilan yang sangat lembut, khusus untuk orang-orang yang beriman. "Wahai orang-orang yang beriman." Sahabat-sahabat nabi bila dengar nabi baca ayat ."wahai orang-orang yang beriman…" tinggal belaka kerja. Tuhan panggil kita ni, mari kita pakat gi dengar gapo tuhan nak royat. Hak duk niaga tinggal barang, hak duk nyakul tinggal cok, hak duk mera tinggal kambing, tinggal unta. Mari-mari dengar rupa-rupanya tuhan murka, "bakpo gak kamu ni, bila nabi ajak gi perang tak sir gi, sayang ko harta benda dunia, sayang ko kebun, sayang nak tinggal rumah. Padahal kalu kamu tahu banding senang dunia dengan senang akhirat, sikit sangat senang dunia ni. Kalu kamu tak nakgi jugak, aku akan azab kamu dengan azab yang pedih dan aku akan ganti kamu dengan kaum yang lain.
Tak Pelik bagi tuhan. Kalu kita tak nak buat kerja Islam, Tuhan akan ambik orang lain sebagai ganti. Perjuangan Islam tetap tuhan pelihara dan tak akan mati. Bila orang Arab tak nak ko Islam, tuhan ambik orang Kurdi, Salahuddin Al Ayubi, Nuruddin Zengi, ni orang Kurdi. Bangsa Turki, Sultan Muhammad Al Fatih yang buka kota Konstantinople, pusat kekuasaan empayar Rom Timur. Orang Mongul pernah pimpin Islam dan mereka sebarkan Islam sampai ke benua India. Ulama'-ulama' muktabar, ramai yang bukan Arab. Syeikh Sibaweh, pakar dalam ilmu tata bahasa Arab, orang Iran, Imam Bukhari, Ulama' hadis terkenal, lahir di Bukhara, dekat dengan Rusia. Imam Al Qurthubi, pengarang tafsir Al Qurtubi, lahir di Cordova, Spanyol. Tak pelik bagi tuhan, bangsa apa pun, hamba dia belaka. Sekarang ni, perkembangan Islam di Eropah sangat-sangat memberansangkan, tak mustahil suatu hari nanti orang Eropah pulak akan pimpin Islam, kalu bangsa lain tak bersedia untuk berjihad dan berkorban.
Kisah pengorbanan orang dulu, patut kita renung supaya boleh jadi inspirasi untuk kita. Imam Hassan Al Banna pernah cerita, ada seorang petani ahli Ikhwan daftar nama untuk jadi sukarelawan perang palestin dan Perang Terusan Suez, bukan setakat daftar diri untuk jadi pejuang, dia jual pulak kerbau dia, untuk buat modal beli senjata. Kerbau ni nisbah untuk seorang petani, serupa modal untuk seorang peniaga. Hassan Al Banna nasihatkan dia. "Wahai saudara, cukuplah saudara berkorban dengan nyawa dan tinggalkanlah kerbau untuk kegunaan keluarga kamu." Petani ini jawab; "bukankah Allah nak beli daripada kita nyawa dengan harta sekaligus, dan tuhan janji nak beri syurga, bukan tuhan nak beli suku-suku."
Dia baca ayat Allah;
"Sesungguhnya Allah telah beli dari orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta mereka dan Allah akan bayar dengan syurga." At taubah 111
Hak ni orang UMNO tak faham dan tak akan faham. Kerja orang Pas, Rasuah syurga.
Duit bukan segala-galanya di dunia ini. Tapi zaman sekarang segala-galanya perlu duit. Kalau ditanya mana pitis gerakan Islam macam Pas. Jawapan yang paling tepat, pitis ada dalam poket ahli dan penyokong.
Kalah pilihanraya bukan bermakna kalah berjuang. Kekalahan sebenar adalah apabila jiwa kita dilanda kekalahan. Pejuang sebenar akan bangkit sebagai seorang pemberani, memperkemaskan langkah, menyusun saf, mengerat ukhuwwah. Selagi matlamat kita jelas, tiada istilah kekalahan yang perlu ditangisi.
SETIU - Tiga beradik dan bayi berusia setahun antara LIMA terbunuh dalam satu kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan, sebuah Proton Wira dan sebuah van di Kilometer 67.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Nyatoh di sini, 1. 30 tengah hari, Ahad. 10 lagi dilaporkan cedera.
Bagi Pihak PAS Kawasan Setiu, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Semoga Allah menempatkan mereka yang terkorban di kalangan hambanya yang beriman.
Tuan Pengerusi, ashaabul fadilah saf kepimpinan, para peserta ijtima' yang dihormati.
Pas Kawasan Setiu menerima amanah menjadi tuan rumah dan berbesar hati menerima serta mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan dan peserta ijtima'. Harapan kami dengan penganjuran acara yang sebegini hebat boleh mencetuskan gelombang dan lonjakkan setempat supaya Setiu juga bergerak seiring dengan hasrat Presiden untuk memperkasakan jihad demi kedaulatan Islam.
Setiu, kawasan bongsu dari segi usia, tapi bongsu bukan bermakna manja, cuma rasa izzah dan bangga kerana mesej Islam yang dibawa. Dari PRU pertama 1959 hingga PRU ke 6 1982, Setiu masih dikenali sebagai DUN Setiu, PRU ke 7 1986 barulah Setiu wujud sebagai parlimen.
Setiu berpendapat apa yang telah dibentangkan oleh Presiden dalam ucaptama tadi, adalah antara pra syarat untuk mencapai kemenangan demi melihat Islam didaulatkan. Mematuhi pra syarat, kita layak mendapat anugerah kemenangan dari Allah, tanpa memenuhi pra syarat, kalau menang sekalipun, mungkin kita tidak bertahan lama. Pra syarat ini wajib dipatuhi samada oleh pimpinan atau pengikut. Setiu berpegang dengan konsep yang dinyatakan oleh Syaidina Umar Al Khattab r. a. "Tidak tertegak Islam melainkan dengan berjamaah, tiada jamaah melainkan dengan kepimpinan, tiada kepimpinan melainkan dengan ketaatan."
Kerana itulah, Setiu tidak bersetuju sekiranya pentas Ijtima' ini dijadikan medan untuk mengkritik kepimpinan semata, tetapi lebih murni, inilah medan muhasabah antara dua pihak, yang di atas dan yang di bawah kerana jamaah dibina dengan kepimpinan yang diperkuatkan dengan ketaatan para pengikut. Pemimpin tegur pengikut, ibarat ibu bapa tegur anak kerana sayang, tapi jangan sampai anak lari dari rumah. Pengikut tegur pemimpin juga kerana sayang, tapi jangan jadi serupa beruang sayangkan tuan dia. Tengok ada lalat hinggap di muka tuan dia, pap! Dia tampar dengan tangan sekali dengan kuku, berdarah muka tuan dia.
Semua kita pasti sepakat bahawa Islam wajib didaulatkan, dalam konteks Terengganu khususnya, yang paling layak dan berkemampuan tanpa diragui untuk memikul amanah ini adalah PAS. Kita adalah pemimpin, kita adalah ahli dan kita penyokong PAS. Maka, di atas bahu kitalah terbebannya tugas untuk mendaulatkan Islam. Kalau bukan kita, siapa? Mengharapkan Islam berdaulat melalui keris UMNO, amat mustahil. Keris itu tidak lain hanyalah bertujuan merobek keharmonian demi mengenyangkan perut orang-orang tertentu. Di antara kecelakaan yang menimpa ummat Islam pada hari ini, mereka berpolitik dengan tidak mengira apa yang akan mereka hadapi di dalam kubur kelak. Inilah dia politik duniawi.
Perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah suatu pilihan, tetapi merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua. Tanamkan kukuh dalam hati, menjadi seorang pejuang Islam benar-benar satu tuah yang dianugerahkan oleh Allah Taala.
Atas keyakinan ini, atas semangat untuk mencapai kemenangan demi melihat Islam didaulatkan maka Setiu mohon mencadangkan;
Pertama: Penyelesaian segera dan tegas segala masalah dalaman parti samada di pihak pendokong atau pimpinan. Soal pertelingkahan sesama sendiri, soal wala' yang masih berbelah bagi, soal perlakuan serta tindak tanduk yang menjejaskan parti apabila tidak dapat apa yang dihajati, soal penyakit dalaman ahli yang memberikan gambaran negatif kepada parti, supaya kita tidak menjadi beban dan penghalang kepada perjuangan kita sendiri. Kalau perlu dikerat anggota yang berpenyakit barah dan tidak lagi dapat diubati demi untuk menyelamatkan anggota yang lain, maka keratlah, supaya barah tidak merebak. Mungkin suatu masalah yang memerlukan tindakan tegas tidak akan selesai kalau kita sekadar bermain tarik tali.
Atas sifat kita sedang melakukan kerja jihad untuk mendaulatkan Islam, mendukacitakan untuk mendengar dan melihat, ada perarakan ke Pejabat Perhubungan, ada pos yang ditutup lampu, ada bendera yang diturunkan, setiap kali calon pilihanraya diumumkan.
Yang kedua: PRU 13 terlalu hampir. Mari kita mengambil ketetapan sempena Ijtima' pada hari ini untuk kita terus bergerak ke hadapan tanpa mengambil peduli lagi kemuncup yang menganggu perjalanan. Ucaptama panjang lebar Presiden seumpama meletakkan papan tanda arah perjalanan. Ikut tanda arah, insyaAllah, kita selamat tiba. Tuan pengerusi, bila dah tiba tempat yang dituju, cabutlah kemuncup, tapi jangan berhenti dalam perjalanan semata-mata kerana nak cabut kemuncup, nanti kita ketinggalan jauh ke belakang.
Kata Hassan Al Banna: Orang yang bercita-cita nak kepada kebaikan, nak buat islah (baik pulih), nak dapat kegemilangan dan izzah tapi tak nak berjihad dan tak nak berkorban, orang ini adalah orang yang tengah mimpi dan tengah khayal. Syair Arab menyebut, siapa yang cari ketinggian tanpa susah payah, dia telah sia-siakan usahanya untuk mencari suatu yang mustahil. Kesungguhan ini penting supaya apa yang tersurat dalam teks ucaptama Presiden boleh diterjemahkan menjadi apa yang dapat dilihat. Kita perlu bersikap optimis dan jangan jadi pesimis. Jangan jadi kalah sebelum bertarung, jangan mati sebelum ajal.
*Perbahasan Ucaptama Presiden yang telah saya sampaikan mewakili PAS Kawasan Setiu
Pembebasan tertuduh kes-kes rasuah dan pecah amanah berprofil tinggi akhir-akhir ini banyak mendatangkan tandatanya di kalangan rakyat dan mencetuskan keraguan para pelabur berkaitan sistem undang-undang dan kehakiman di negara ini. Apatah lagi SPRM sebagai badan penyiasat kes-kes rasuah dan salah guna kuasa mendakwa mereka telah melakukan kerja yang terbaik untuk mengumpulkan fakta dan bukti sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi urusan pendakwaan dan mereka menegaskan bahawa memang mereka mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan tertuduh.
Tetapi, mendukacitakan. Setelah melalui proses perbicaraan panjang dimahkamah, ada tertuduh yang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, ada pula yang berjaya membebaskan diri di peringkat rayuan. Dengan istilah lain, pasukan pendakwaan kalah, tertuduh tersenyum lebar menikmati kebebasan dari hukuman dunia. Apabila ini berlaku, kredibiliti pasukan pendakwaan Jabatan Peguam Negara mula dipersoalkan.
SPRM tentunya menafikan bahawa proses penyiasatan dan proses pengumpulan bukti mereka mempunyai kelemahan. Kalau benar sebegini duduk perkara, maka apakah pasukan pendakwaan melakukan kerja sambil lewa atau dek kerana tertuduh semuanya kaya raya dan mampu mengupah peguam yang terhebat mewakili mereka atau pun sistem undang-undang kita yang sememangnya mempunyai kecacatan sehingga tidak mampu untuk menghukum seorang tertuduh kelas jerung tapi dengan mudah menghukum tertuduh kelas bilis.
Disenaraikan beberapa kes untuk imbasan kembali.
Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Abdul Wahid Mohd Dom dibebaskan dari tuduhan rasuah berjumlah RM60,000 untuk mempercepatkan kelulusan visa pekerja asing.
Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kapten(B) Abdul Kudus Ahmad dibebaskan dari 24 tuduhan rasuah melibatkan jumlah RM59,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tan Sri Eric Chia Eng Hock, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Lumpur atas tuduhan jenayah pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM76.4 juta akhirnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Alasan hakim, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chia. Dia sempat menikmati hari-hari bebas di hujung usia sebelum meninggal dunia di Park Avenue Hotel Miliknya.
Bajet 2011, jumlah RM213b, RM162.8b belanja mengurus, RM49.2b untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15b berbanding RM78j untuk parlimen.
Bajet ni satu pertunjuk yang sangat jelas, pilihanraya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk dapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap. Apa perlunya dibina Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion tetapi beban hidup rakyat tidak diringankan.
Menarik kononnya untuk menghargai kaum wanita, cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke 90 hari, ada orang kata kerajaan pusat tiru dasar cuti bersalin 90 hari kerajaan PR Selangor. Sebenarnya tidak. Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari, maknanya kakitangan awam wanita boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan. Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan, cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari. Tak ada tambahan apa-apa. Maknanya boleh beranak setakat 3 orang saja. Lepas itu tak ada dah cuti. Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300. Tak sama dengan dasar cuti bersalin 90 yang kerajaan Selangor buat. Jangan cepat rasa seronok. Kena kira betul-betul.
First Lady Rosmah bukan menteri kabinet tetapi Program TADIKA PERMATA PINTAR Rosmah seakan ambil alih dan mengecilkan peranan kementerian Shahrizat. Walaupun Rosmah tak ada sebarang jawatan rasmi, tapi program PERMATA yang dia urus dapat bajet istimewa. 111 juta peruntukan hasil duit rakyat diberikan seorang suami kepada first lady tersayang sedangkan untuk SAR rendah dan menengah hanya 95 juta diperuntukan. Satu lagi projek kerajaan BN. Isteri didahulukan, SAR dianak tirikan.
Duti import antara 3 hingga 5 peratus dimansuhkan untuk kira-kira 300 jenis barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti beg tangan berjenama, kasut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian dalam, seluar dalam, minyak wangi. Mampukah rakyat biasa beli beg tangan berjenama? Kalau mampu pun, apakah ini keperluan mendesak. Penyembur rambut, minyak wangi, seluar dalam import. Semua ni keperluan siapa? Keperluan orang kampung atau keperluan mak datin. Seluar dalam pun masuk bajet. Ada orang kampung pakai minyak wangi import, penyembur rambut import? Berapa ramai rakyat biasa pakai dompet berjenama? Kalau Bajet untuk rakyat, rakyat mana? Apakah rakyat dengan makna kita masyarakat bawahan atau dengan makna ahli politik dan kroni. Kalau bukan untuk rakyat biasa maknanya ia satu lagi bajet untuk kemudahan dan keselesaan warga yang berada. Mereka sebut projek mega di situ, projek mega di sini, hakikatnya berbillion ringgit akan dapat kepada kroni, rakyat hanya dapat ratusan ringgit.
Masa Najib bentang bajet kelmarin, saya tengah memandu di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Perak, sambil mengikuti perbentangan bajet di dalam kereta. Menarik bila diumumkan, untuk pengguna-pengguna Lebuh Raya PLUS saya dengan sukacitanya mengumumkan… PM berhenti sekejap, saya menjangkakan kalau tak dimansuhkan tol mesti sekurang-kurangnya kerajaan mengurangkan kadar tol. Rupa-rupanya… dengan sukacitanya saya mengumumkan kadar tol di semua 4 lebuh raya kendalian PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ingatkan nak diumumkan tol dimansuhkan atau sekurang-kurangnya diturunkan. Mungkin ada pemandu di lebuhraya PLUS yang senak perut, tergelak dengar pengumuman ini. Rupanya nak bagi tahu tol tak naik. Tak naik tak payahlah diumumkan. Saya yakin PLUS tak terjejas apa-apa ekoran kadar tol tidak dinaikkan kerana mereka mempunyai perjanjian dengan kerajaan: Sebarang kekurangan pendapatan PLUS ekoran kadar tol yang tidak dinaikkan akan ditampung pihak kerajaan. Ditampung pihak kerajaan maknanya duit rakyat akan digunakan.
Apa pula keperluan ubah suai Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dengan kos mencecah RM65 juta. Bukankah ia baru saja diubah suai. Apakah ubah suai ini atas kehendak Rosmah? Sekiranya begini duduk perkara maka amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai 'First Lady' yang berselera dan bernafsu tinggi sehingga sang suami perlu membelanjakan puluhan juta ringgit duit rakyat demi memenuhi selera isteri tercinta.
Termasuk tahun ini telah 14 tahun berturut-turut kerajaan BN membentangkan bajet defisit. Untuk Bajet 2011, jumlah defisit kira-kira RM 1 billion. Menjadi persoalan kenapa perlu kerajaan berbelanja melebihi pendapatan. Berbelanja melebihi pendapatan bermakna negara perlu berhutang. Setakat tahun ini sahaja jumlah hutang Negara telah mencapai hampir RM400 billion. Kalau kita terus berhutang tanpa mampu menjelaskannya, memang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Idris Jala, Negara kita menuju bangkrup menjelang 2019, setahun sebelum kita mencapai status Negara maju 2020.
Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu atau mana-mana bangsa. Islam agama Allah, tuhan semua bangsa. Allah sebagai tukang buat manusia menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan dan Allah jugalah yang menurunkan Islam untuk menjadi pegangan manusia. Tiba-tiba mana mungkin boleh jadi Islam sesuai untuk satu bangsa tapi tak sesuai untuk satu bangsa lain, seolah-olah bangsa lain ada tuhan lain yang buat, bukan Allah.
GAMBAR-Ceria dalam perjuangan. Dari kiri YM Tengku Ahmad, Dr Azman, YB Drs Khalil Idham, Ustaz Pauzi dan Haji Hassan Karim.
Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan. Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam. Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan.
Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong. Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka. Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan.
Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.
YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah. Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah.
Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno. Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi. Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh.
Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno, apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai.
Lantas, apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan. Kononnya Najib menawarkan bantuan kepada Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia tanpa dia sedar Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam.
"Idris Jusoh tak tanya khabar orang Kelate ko sebelum jemput penceramah?" Itulah reaksi sahabat-sahabat di Kelantan setelah tersiarnya artikel saya berhubung ceramah anjuran Umno Besut pada 1 Oktober lalu yang diisi dengan acara maki hamun oleh seorang hamba Allah bernama Abdullah Sa'amah yang diundang khusus sebagai penceramah jemputan. "Ajaklah kerap sikit Haji Loh ni pergi ceramah di Besut, biar Umno Besut lagi cepat lingkup." Komen seorang lagi sahabat. "Sebab apa pulak tak boleh mari, bukankah dia Tok Guru, mulut Tok Guru ni masin, cakap dia orang percaya." Sindir saya dalam rangka nak memancing sahabat ni bercerita lebih lanjut. "Tok Guru Haji Loh ni, Umno Kelantan pun dah tak bagi ceramah, lagi dia ceramah, lagi orang benci ko Umno. Sebab tu, amat tak cerdik Idris Jusoh jemput hamba Allah ni mari ceramah." Panjang lebar sahabat saya bercerita. "Ooh... begitu rupanya duduk perkara." Saya mengiyakan perkara yang sebenarnya saya sudah dengar sebelum ini. Tapi kali ini, terang lagi bersuluh.
Sahabat baik saya, blogger Cina Islam, YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong mengirimkan pesanan. "Saya akan jawab dalam ceramah di Setiu esok (4 Oktober) siapa sebenarnya gila dan siapa sebenarnya pengkhianat yang mengadaikan bangsa dan negara, DAP atau Umno!" Ujarnya merujuk kepada program ceramah umum anjuran Pas Kawasan Setiu di Sungai Bari, Langkap malam esok.
Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar yang ditemui oleh editor Buletin Online, Saudara Sazali Mohd Noor mengulas bahawa tidak ada salahnya memberikan tanah kepada orang Cina atau bangsa lain yang berhak kerana mereka juga adalah rakyat di dalam negara ini. Kewajipan pemerintah untuk memberikan keadilan kepada semua rakyat. Memaki orang lain dengan perkataan gila adalah perbuatan biadap dan tindakan orang yang kehabisan modal.
Ternyata Umno bukanlah wadah perjuangan untuk mereka yang dengan maaf saya ingin panggil 'ulama'. Di mana Dr Yusof Noor, Dr Hamid Osman, Dr Mashitah Ibrahim, Abdul Hamid Zainal Abidin, Jamil Khir Baharom, Haji Ghazali Ahmad, Abdul Latif Mohamad yang terkenal dengan program STP (Selamat Tinggal Pas), Nakha'ie Ahmad dan ramai lagi. Kesian mereka... Apatah lagi kalau setakat Abdullah Sa'amah.
Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.
Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.
Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya. Dari Malaysiakini.
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.
Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.
"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.
Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.
Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.
Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.
"Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.
2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.
2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.
2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.
3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;
3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;
3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.
3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.
4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.
4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.
5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;
5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.
"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."
5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.
6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;
6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.
6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.
6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.
(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.
6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).
(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;
a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).
b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.
c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.
6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.
6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.
6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.
YBhg.Datuk,
7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999,Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.
7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.
7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.
8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.
8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.
9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.
9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.
10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.
Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.
Terima kasih.
Yang benar,
(Mat Zain bin Ibrahim)
5hb.Januari 2011.
( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi 5.1.2011)
KUALA LUMPUR 13 Dis - 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.
Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.
Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.
Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.
Semalam semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.
Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu.
Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannbya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas.
Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.
Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.
"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.
"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FLDA," kata Dr Samarudin.
Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.
Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.
"Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan...sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. 'Mission' bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan," menurut laporan bank tersebut.
Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan.
Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.
"Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
"Objektif utama FLDA ialah memudahkan pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan," kata Dr Samarudin dalam artikelnya.
Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958.
RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.
Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.
"Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda," jelas Dr Samarudin.
Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan skim tanah rancangan Lembah Bilut.
Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun.
Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... SALAM SEJAHTERA.. SALAM KEADILAN.. SALAM KEBENARAN.....SALAH TETAP SALAH... HUKUM TETAP HUKUM...LAWAN TETAP LAWAN......TIADA SIAPA PUN DALAM NEGARA KITA MENGATASI UNDANG-UNDANG.....BERANI KERANA BENAR...SENYAP KALAU AKUI LAPORAN ITU BENAR....
KEHEBATAN WIRA ANAK MUDA KEADILAN CHE GU BARD TERSERLAH BILA BELIAU DENGAN GAGAH DAN BERANINYA MENGOTAKAN APA YANG BELIAU JANJI....TEPAT JAM 10.45 PAGI CHEGU BARD TELAH MEMBUAT SATU LAPORAN POLIS DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEREMBAN DI SEREMBAN 2....YANG HADIR UNTUK MENYAKSIKANNYA TERMASUK WARTAWAN DARI TV3/RTM/BERNAMA/UTUSAN MELOYA/BERITA HAIRAN/SIN CHEW JIT POH/NANYANG SIANG PAU/STAR..... BERANI KAH AKHBAR-AKBAR DAN STESEN TV INI MENYIARKAN LAPORAN POLIS CHEGU BARD TERHADAP TOMAHAN DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM MEROGOL AMAH INDONESIA.....ADA BERANI?....KALAU INSIDEN YANG MELIBATKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT AKAN DIJADIKAN TAJUK UTAMA MUKA DEPAN....RAKYAT AKAN MEMERHATIKANNYA...JANGAN INGAT RAKYAT BODOH DAN PEKAK DAN BUTA MAKLUMAT....
INGAT UMNO INGAT FITNAH... INGAT UMNO INGAT HIDUP RAKYAT SEMAKIN SUSAH.. INGAT UMNO INGAT MENTERI ROGOL AMAH... INGAT UMNO INGAT ROBENGAH.....TAHNIAH CHEGU BARD...YOU ARE OUR HERO....NO RETREAT..WE WILL STAY TOGETHER AND WILL NEVER SURRENDER...
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.
Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.
Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.
Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.
Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.
"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.
Berikut adalah surat penuh Mat Zain
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.
Barisan Nasional
Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)
REMBAU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diminta menunaikan semua janji dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, sebelum penggalnya sebagai Ahli Parlimen Rembau berakhir.
Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, antara janji yang belum kelihatan hingga sekarang adalah pembinaan sebuah hospital kerajaan, pusat tuisyen, masjid baru, kampus cawangan sebuah institusi pengajian tinggi awam dan lapangan terbang.
"Selain itu, terdapat beberapa isu dibangkitkan rakyat seperti pengambilalihan tanah untuk projek kerajaan dan keluhan peniaga kecil di daerah ini.
"Sebagai Ahli Parlimen, Khairy sepatutnya memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan persekolahan di Kampung Batu, dekat sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Khairy yang membayangkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU ke-13 akan datang menerusi laman Twitternya, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua PKR Rembau, Yusop Tapar dan Setiausaha PKR Rembau, Norazizi A Aziz.
Pada PRU ke-12 lalu, Badrul Hisham yang juga calon PKR tewas kepada Khairy dengan perbezaan 5,746 undi.
Berhubung kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempelawa Khairy menyertai parti itu, beliau berkata, hanya Khairy yang berhak mengulas.
"Saya tidak tahu apakah maksud sebenar tawaran Nasrudin, namun kenyataan Khairy baru-baru ini mungkin sekadar gimik untuk menutup kelemahannya.
"Walaupun Khairy menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, saya bersimpati kerana beliau mungkin tidak boleh terima tekanan terhadapnya," katanya.
Badrul Hisham berkata, perkembangan terbaru Khairy itu juga tidak mendatangkan kesan terhadap kempen PKR menjelang PRU ke-13.
"Siapa pun calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat tetap bersedia meletakkan calon terbaik bagi merampas kerusi Parlimen Rembau," katanya.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ke atas gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir beberapa hari lalu yang telah mengorbankan lebih dari 20 nyawa. Bagi pihak PAS, letupan bom yang dilakukan ke atas gereja tersebut sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah-rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan. Malah Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran supaya umat Islam tidak mencela berhala-berhala sembahan penganut agama lain.
Tambahan pula sebilangan besar golongan Kristian Coptic di Mesir ini sejak sekian lama bersama dengan komuniti antarbangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penaklukan regim haram Israel. Maka mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Tindakan memusnahkan rumah ibadat sebegini adalah tindakan paling tidak bertamadun dan amat dikutuk oleh ajaran Islam.
PAS mengharapkan insiden ini bukanlah satu sabotaj yang bertujuan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. PAS juga berharap supaya penganut semua agama di Malaysia bersikap toleransi sesama mereka dengan meningkatkan kefahaman beragama sesama kita. Ia selaras dengan usaha untuk membangunkan negara yang harmoni yang diterima oleh semua.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 29 Muharam 1432 H / 4 Januari 2011
Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :
Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.
Terima kasih. Wassalam.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.
Ulasan - Penyokong PAS ramai yang makin hilang adab dan siqqah pada pimpinan. Mereka ini perlu ditarbiah semula. Lupa kah mereka bahawa mereka mendokong Gerakan Islam?
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan hampir 1/4 juta ringgit membeli itik dan angsa demi memenuhi hasrat Menteri Besdar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.
Sebanyak 11 jenis itik dan angsa kesemuanya berjumlah 101 ekor telah dibeli oleh kerajaan bernilai RM223, 750 untuk ditempat di Pulau Burung Tasik Kenyir yang dibina dengan kos RM6 juta.
Antara yang termahal adalah ;
1. Whooper Swan, angsa putih dibeli dengan harga RM5,600 seekor 2. Red Brested Goose, sejenis itik dibeli dengan harga RM4,200 seekor 3. White Swan, angsa putih dibeli dengan RM3,800 seekor 4. Black Swan, angsa hitam dibeli dengan RM3,800 seekor 5. Ashy Headed Goose, sejenis itik, dibeli dengan harga RM3,800 seekor
Jawapan bertulis yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.
ANWAR DEDAH DOKUMEN KAITAN APCO, SATU MALAYSUA KETIKA DI TENANG – beita hairan
LABIS: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa kononnya mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO) mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan satu Malaysia dan Kempen 'One Israel', walaupun kerajaan sudah mendedahkan dokumen membuktikan dakwaannya tidak benar.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berjanji dokumen berkenaan iaitu kontrak yang ditandatangani antara APCO dengan Kerajaan Malaysia dan Israel akan didedahkan ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
"Saya ada satu lagi isu besar, kerana digantung (disebabkan) isu APCO, jadi bila saya datang sekali lagi, saya mahu membawa perjanjian APCO dengan Israel dan APCO dengan Amerika. Saya nak bawa perjanjian yang (menyebabkan) saya dihalau.
"Saya nak bawa APCO itu ada kaitan dengan Israel, perjanjian Malaysia dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Kerajaan Malaysia," katanya ketika berceramah di Pusat Jentera Pas Felda Chempelak, dekat sini.
Datuk Ismail Sabri menteri yang menjaga "Kementerian Barang Naik" perlu memberi penjelasan dan mencari jalan untuk mengawal harga barang naik. Kerajaan cukup kejam menaikkan harga bahan bakar dan harga barang pengguna yang lain. Bulan lepas RON 97 dan RON 95 dan diesel dah naik. Awal bulan Januari ini RON97 naik lagi. Harga gula dah naik, santan pun naik , harga bawang pun dah naik dan sayur gak naik ! Inikah yang dibangg oleh penyokong tegar dan pengundi tegar UMNO/BN?
Datuk Ismail dan kabinet kerajaan Barang naik (BN) tidak ambil peduli tentang isu harga barang pengguna naik dipasaran. Ismail Sabri perlu meletak jawatan kerana gagal dan cukup lemah. Kementerin Barang Naik (BN) dibaratkan seoarng yang pekak, bisu dan celik tapi buta hati dan perasaan.
Siapa belakang DS Rais, ooo itulah orang yg kamu nak saman dulu pasal tuduh anak kamu dapat projek besar?
Komen : Nape lambat sangat bersuara, orang dah buat laporan polis baru terhegeh nak nafi. Hate, kamu ingat polis tak yah siasatke laporan tu sebab dah nafi? Nasihat teman, bersiaplah kamu (Wahai DS Rais ) untuk samada menyaman atau letak jawatan secara sukarela.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.
"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik," katanya dalam satu kenyataan.
Rais menyifatkan perkara itu sebagai "tuduhan liar" terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.
Bukti Pemalsuan Ujian DNA Dalam Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim Tahun 1998
SURAT RAYUAN TERBUKA 5/1/1998
Kepada;
Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.
2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.
2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.
2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.
3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;
3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;
3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.
3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.
4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.
4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.
5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;
5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.
"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."
5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.
6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;
6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.
6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.
6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.
(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.
6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).
(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;
a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).
b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.
c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.
6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.
6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.
6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.
YBhg.Datuk,
7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.
7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.
7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.
8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.
8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.
9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.
9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.
10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.
Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.
Terima kasih.
Yang benar,
(Mat Zain bin Ibrahim)
5hb.Januari 2011.
( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi 5.1.2011)
Santan Pulak Naik Harga.. Oi hangpa nie reti perintah Malaysia kaa..???
KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.
Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.
Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.
Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.
"Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian," katanya.
SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan "terbuka" sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
SHAH ALAM, 5 Jan — Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei bersedia memohon maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung dengan kenyataan dikeluarkan wakil rakyat PKR itu dalam blognya minggu lalu.
Pendirian itu dilahirkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja Azmizam Zaman Huri tengah hari ini.
Namun Azmizam berkata, pihaknya tetap mempertahankan kenyataan Shuhaimi kerana beliau tidak pernah mengugut Sultan Selangor dalam laman blog yang dikeluarkan pada 30 Disember lalu seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
"YB Shuhaimi bersedia minta maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung, kalau baginda panggil menghadap beliau (Shuhaimi) akan pergi.
"Kita menghormati pihak Istana, sebenarnya YB Shuhaimi tiada niat mengugut... beliau cuma menasihat.
"Cuma penasihat Sultan Selangor yang salah tafsir (kenyataan) dan beri nasihat kepada Sultan Selangor. Saya percaya Sultan Selangor adil cuma penasihat Baginda sahaja," katanya pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Adun Sri Muda di Kota Kemuning di sini.
Syiar Islam kini mulai tumbuh subur di Serbia, negara di semenanjung Balkan yang semula berhaluan komunis. Salah satu indikatornya, makin banyak Muslimah yang tak takut lagi menunjukkan identitinya dengan mengenakan jilbab.
Awal bulan ini, tujuh perempuan muda dan satu wanita dewasa memutuskan untuk membiasakan pemakaian jilbab hari itu juga setelah menghadiri debat yang berjudul "Bagaimana Muslimah Berbusana" yang diselenggarakan oleh Universiti Internasional Novi Pazar. Mufti tempatan, Muamer Zukorlic, tampil sebagai pembicara.
Keputusan mereka serta-merta didukung hadirin. Mereka bertepuk tangan setelah kelapan wanita itu keluar dengan penampilan baru mereka, berbalut busana Muslimah. Secara keseluruhan, hanya sejumlah kecil wanita Muslim di Serbia yang mengenakan jilbab. Namun meningkatnya perempuan berjilbab baru-baru ini telah membuat polemik: apakah perlu penggunaan jibab dilarang atau tidak.
Corovic Aida, seorang aktivis hak asasi manusia di Novi Pazar mengatakan pemakaian jilbab lebih soal fashion daripada iman. Namun jilbab juga merupakan respons terhadap tekanan dari keluarga dan lingkungan. "Kebanyakan perempuan muda di bawah 18 tahun memakai jilbab, dan sebagian besar bahkan tidak menyedari ertinya," katanya.
Muhamed Jusufspahic, wakil Reis-ul-ulama dari Komuniti Islam Serbia mengatakan negara tak perlu mengatur pakaian warganya. Sebagaimana kaum Muslimah, katanya, pilihan mengenakan jilbab semestinya diserahkan pada mereka.
Selama era Komunis di Yugoslavia, sebuah undang-undang pada tahun 1950 melarang perempuan mengenakan pakaian yang menutupi wajah. Peraturan itu akhirnya dicabut. Saat ini, tidak ada hambatan seperti itu untuk wanita di Serbia. Mereka bahkan menjadikan gambar untuk dokumen identiti dalam pakaian Muslimah.
Dalam perang Balkan, serbia menempatkan kaum Muslim sebagai musuh utama. Genosida warga Muslim dilancarkan dan ribuan Muslim syahid dibantai.
Parlemen Serbia tahun lalu menyampaikan permintaan maaf atas peristiwa pembantaian ribuan warga Muslim Bosnia pada Perang Balkan pada 1995. Namun mereka menolak aksi kekerasan saat itu disebut sebagai sebuah peristiwa genosida.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
"Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
"Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
"Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain," katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
"Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut," katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Foto diatas diambil semasa membeli barangan keperluan dapur di salah satu supermarket besar di Lembah Klang.
Yang kelihatan kosong ialah minyak masak 5 kg dan yang tinggal hanya lah 1kg dan 3 kg. Kebanyakan pengguna termasuk aku akan membeli minyak 5kg berbanding 3kg kerana harga nya. Minyak 5kg berharga lebih kurang RM13.00 dan 3kg berharga RM9.00 lebih. Oleh itu lebih untung kalau beli yang 5kg.
Kalau ikut pengalaman lampau, keadaan begini menunjuk kan bahawa minyak masak akan naik harga. Betul atau tidak ?. Wallahhualam!!!.
Tanya menteri UMNO yang bodooooo?... mesti cakap yang jangan didengar khabar angin... ye ke khabar angin??? setahu aku ini info daripada para pengeluar minyak masak...
Apa apa pun bersiap sedia lah supaya apabila harga naik nanti tak lah terkejut beruk, marah sana sini. Aku dah lali dah dengan janji KERAjaan ni....., banyak yang auta dari yang betul. Pastu mengaku dia saja yang pandai perintah, orang lain bodoh tak reti perintah...
Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani (gambar) sama ada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam perlembagaan.
"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke Persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.
Beliau berkata, kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam, yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
"Kalau dah peruntukkan itu dipinda, maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan, khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.
Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.
Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.
Aziz mendakwa, upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan SUK yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.
"Anehnya pula, terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku, jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?" katanya.
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ke atas gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir beberapa hari lalu yang telah mengorbankan lebih dari 20 nyawa. Bagi pihak PAS, letupan bom yang dilakukan ke atas gereja tersebut sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah-rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan. Malah Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran supaya umat Islam tidak mencela berhala-berhala sembahan penganut agama lain.
Tambahan pula sebilangan besar golongan Kristian Coptic di Mesir ini sejak sekian lama bersama dengan komuniti antarbangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penaklukan regim haram Israel. Maka mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Tindakan memusnahkan rumah ibadat sebegini adalah tindakan paling tidak bertamadun dan amat dikutuk oleh ajaran Islam.
PAS mengharapkan insiden ini bukanlah satu sabotaj yang bertujuan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. PAS juga berharap supaya penganut semua agama di Malaysia bersikap toleransi sesama mereka dengan meningkatkan kefahaman beragama sesama kita. Ia selaras dengan usaha untuk membangunkan negara yang harmoni yang diterima oleh semua.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 29 Muharam 1432 H / 4 Januari 2011
Apalah malangnya Ahli parlimen di Malaysia macam ana dan rakan-rakan nih, kata pegawai penyiasat mata lebam DSAI ni, kami kena tipu oleh Menteri dalam Parlimen pada 14/12/2010 baru lalu sebelum Ketua Pembangkang dan 3 lagi kawan-kawan kena gantung 6 bulan. Kalau sahih apa yang ditulis oleh ACP Mat Zain ni, maka lepas ni kena rujuk Menteri kepada JK Hak dan Kebebasan pulak nampaknya, dan kali ni tengok pulak pengerusi nak panggil bela diri ke tidak macam yang dibuat pada Ketua Pembangkang tu. Tapi ana rasa usul tu pun tak boleh nak lulus, maklumlah dedpa majority lagi. Dibawah ana pastekan surat bekas Pegawai Penyiasat Mata Lebam berkenaan ACP Datuk Mat Zain dibawah ini. KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.
Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.
Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.
Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.
Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.
"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.
Berikut adalah surat penuh Mat Zain
SURAT RAYUAN TERBUKA
Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011
Kepada;
Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.
2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.
2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.
2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.
3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;
3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;
3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.
3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidentalmengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.
4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.
4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.
5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;
5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.
"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."
5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.
6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;
6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.
6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.
6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.
(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.
6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).
(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.
(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;
a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).
b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.
c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.
6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.
6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.
6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.
YBhg.Datuk,
7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.
7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.
7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.
8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.
8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.
9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.
9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.
10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.
Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.
Terima kasih.
Yang benar,
(Mat Zain bin Ibrahim)
Posted: 05 Jan 2011 05:43 AM PST
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada jam 8.15 malam tadi, Astro Awani membincangkan dengan panjang lebar tentang isu Terminal Bersepadu (ITT) Selatan di Bandar Tasik Selatan. Antara yang menjadi topik perdebatan adalah mengenai Perintah daripada Datuk Halimah Mohd Sadique (Pengerusi LPKP) yang mengarahkan semua bas operator (bas ekspress ke Selatan) memulakan operasi di Terminal Bersepadu Selatan selewat-lewatnya 16 Januari 2011 ini atau bakal dikenakan tindakan.
Maka dalam perbincangan tadi saudara Razali Endun (wakil Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia) dan saudara Muhammad Zulkarnain Hamzah dari TRANSIT - Malaysia bersepakat menyatakan rasa tidak kepuashatian mereka terhadap caj yang bakal dikenakan oleh Maju Holdings terhadap bas – bas yang masuk ke terminal tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, projek Terminal Bersepadu (ITT) yang dibina di Bandar Tasik Selatan merupakan antara 3 ITT yang bakal dibina oleh kerajaan dalam mengambil alih peranan Hentian Puduraya.
Dua lagi ITT yang bakal dibina adalah di Gombak dan Kota Damansara yang mana pembinaannya bakal dilaksanakan penghujung tahun ini. Tujuan Bandar Tasik Selatan dipilih sebagai lokasi terminal pengangkutan bersepadu adalah kerana kedudukan geografinya yang mudah diakses daripada Selatan yang mana ia juga berperanan mengelak bas – bas daripada Selatan ini memasuki Bandar (Baca:Puduraya). Di samping itu juga, ia dipilih kerana lokasi ini mudah dicapai oleh pelbagai rangkaian mod pengangkutan yang sedia ada seperti LRT, Komuter, ERL dan teksi. Mengikut perancangan asal juga, sebaik sahaja terminal ini siap PRASARANA akan meningkatkan kekerapan basnya ke terminal tersebut.
Mengikut kertas dasar asal terminal ini, projek ini dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan Kontraktor Turnkey nya adalah Maju Holding. Manakala perundingnya pula dari KLIA Consultancy Services Sdn Bhd yang pernah terlibat secara langsung dalam mengurus Projek Pembangunan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dan apabila siap, Terminal Bersepadu ini akan diurus oleh PRASARANA selaku anak syarikat Minitsry of Finance.
Mengapa PRASARANA dan bukannya Maju Holding? Ini kerana mengikut dasarnya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, bagi memudah, melaksana dan mempercepatkan projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh kerajaan. PRASARANA dan syarikat kumpulannya adalah pemilik dan pengendali kepada beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang
Apa yang malangnya, dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh politik, Maju Holding berjaya mendapatkan hak selaku pengendali terminal ini dan menafikan peranan PRASARANA yang turut terlibat sedari awal lagi dalam merancang pembangunan terminal ini. Kesan daripada pelacuran ekonomi dan politik ini mengakibatkan pengusaha bas ekspress dan pengguna bakal dibebani kos yang meningkat. Pengusaha – pengusaha bas ekspress terpaksa melaksanakan 'cross subsidy' bagi membolehkan semua bas mereka bergerak atau mereka terpaksa berhadapan permit mereka ditarik balik. Dan apabila Maju Holding cuba menangguk air keruh dalam industri pengangkutan ini, ia merupakan tindakan kurang ajar dan tidak berperi kemanusian
Semua dari kita sedia maklum, industri pengangkutan awam bukan industri yang kaya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa mengeluarkan Billion ringgit untuk mengambil alih Syarikat Bas Intrakota, Putra LRT dan STAR LRT bagi memastikan rakyat tetap menikmati pengangkutan awam dengan harga yang mampu bayar. Dan berapa billion lagi yang perlu kerajaan tanggung untuk berdepan dengan satu lagi kegagalan dek tangan – tangan yang rakus ini.
Di samping itu juga, LPKP dan SPAD yang sepatutnya berperanan sebagai payung yang mendasari pengangkutan awam negara, tidak berperanan dengan sewajarnya. Sehingga berita ini ditulis, Pengerusi SPAD tidak langsung bersuara dalam permasalahan 'caj' yang dikenakan oleh Maju Holding ini. Hanya kelibat Pengerusi LPKP yang bersuara, itupun untuk memberi kata dua kepada 'penguasaha bas eskpres' ini.
Malah yang paling mengecewakan, mengikut sumber En Zaharin terminal ini tidak mempunyai CF daripada DBKL. Entah apa yang nak jadi dengan negara ini, apabila negara diurus dengan keadaan caca marba sehinggakan Menteri Kabinet langsung tidak punya kuasa dan melihat harta rakyat dirompak sebegitu sahaja.
Justeru itu, saya mendesak supaya operasi Terminal Bersepadu Selatan ini dikembalikan kepada PRASARANA supaya segala kos yang tidak perlu dapat dikurangkan dan pengusaha bas serta rakyat tidak akan terbeban dengan segala kos yang melampau. Di samping itu juga segala pencabulan undang – undang perlu disiasat bagi mengenal pasti bagaimana Maju Holding dipilih sebagai Pengendali Terminal Bersepadu ini seraya menafikan peranan PRASARANA selaku GLC Kerajaan.
Akhir kalam, sesungguhnya bumi yang kita diami sekarang bukanlah hak milik kita, tetapi kita hanya meminjam dari generasi akan datang. Oleh itu, janganlah kita menjadi tangan – tangan hantu yang merosakkannya. ikhqoi MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR (IKHQOI) BBA(HONS)TRANSPORT, UiTM Mantan Bendahari Sekretariat Pemuda Dun Selat Klang.
Ana sengaja memasukkanntulasan ini didalam blog ini agar dapat diingati kerana kita sudah pun menjangkakan bahawa inlah yang akan terjadi, kerajaan buat, taukeh yang kaut untung, rakyat yang akan tanggung beban. Masa Pak Lah jadi PM, harga minyak telah dinaikkan agak mengejut dan tinggi, kononnnya untuk melakukan penjimatan melalui penarikan subsidi dan dapat menjimatkan 4.4 billion duit negara dan akan digunakan untuk MENINGKATKAN PRASARANA PENGANGKUTAN AWAM NEGARA, tetapi apa yang rakyat dapat adalah saperti keluhan diatas. Tak kanlah kita nak dikelentongkan oleh puak yang sama dalam semua masa, bangkitlah aduhai rakyat sekelian.
PUTRAJAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini memutuskan tiada kenaikan harga minyak masak dan meminta orang ramai menghentikan segera pembelian panik.
Mengumumkan demikian di sini sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menafikan dakwaan harga barangan itu akan naik sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.
P/S:-Dah lama tak menulis.Bukan apa,sibuk dengan bukak sekolah,mana nak bayar yuran,beli peralatan sekolah,dan berbagai-bagai lagi.Tiba-tiba minyak NAIK LAGI!!!!
Rasa memang dah lama marah dengan pentadbiran yang hanya bijak dalam MENDAHULUKAN RAKYAT.Tapi suara kecil seperti kami ini kurang dapat perhatian di tempat-tempat tertentu.Tambah pulak di Jerantut.
Jerantut ini amat istimewa keadaannya.Di sini KETUANAN MELAYU DIJULANG TINGGI.Dapat dilihat dari segi PEMILIKAN HARTANAH dan juga PERNIAGAAN.Sangat ramai orang MELAYU di Jerantut memilik tanah-tanah sekitar bandar Jerantut.Dan ramai juga Orang MELAYU memiliki Premis Perniagaan yang di kawasan yang cantik dan tersusun.Jadi perjuangan UMNO Jerantut untuk mempertahankan HAK dan TANAH orang MELAYU di Jerantut SSSAAANNNGGGAAAT BERJAYA!Tahniah UMNO Jerantut!
Dan untuk permulaan tahun ini,rakyat telah DIHADIAHKAN dengan kenaikan harga minyak PETROL.Dan Pak Menteri telah berjanji yang harga MINYAK MASAK tidak akan naik.Serupalah macam JANJI Pak Menteri yang mengatakan HARGA PETROL tidak naik tahun lepas.Dan PASTINYA harga barangan LAIN seperti minyak masak tidak akan naik walaupun harga PETROL naik untuk kesekian kalinya!
Tunggu aje lah!!!!!!
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.