Khamis, 9 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Batu9kgtengah's Blog

Posted: 09 Dec 2010 10:19 PM PST

Batu9kgtengah's Blog


Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Posted: 09 Dec 2010 11:06 AM PST


Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Posted: 09 Dec 2010 11:03 AM PST


PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Dec 2010 09:58 PM PST

PAS Negeri Sembilan


MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM?

Posted: 08 Dec 2010 11:59 PM PST

Wednesday, December 8, 2010
NS MB 'building crazy' like PM (MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM)

By Zefry Dahalan


SEREMBAN: There is no difference between Negri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan and Prime Minister Najib Tun Razak, said Paroi rep Mohd Taufek Abdul Ghani.

The two were more interested in wasting funds on building projects instead of safeguarding the welfare of the people, added PAS' sole state assemblyman in Negri Sembilan.

He was referring to Najib's plan to build the 100-storey Warisan Merdeka tower and Mohd Hasan's announcement that a new state administration building would be constructed.

Speaking to FMT, Mohd Taufek said he opposed the plan to build the new state administration building in Bandar Baru Sendayan, some 20km from the existing building here.

Mohd Hasan had announced the plan to build the RM230 million building during the state assembly sitting last week.

"What irked me is that the current state adminsitration building known as Wisma Negeri which houses the menteri besar's office, state secretariat and state assembly hall is in good condition

"I don't see the need for another building which will be a waste of public funds. It will also be a hassle for people to liaise with state secretariat officials as the new location is far from Seremban," said the PAS rep.

Mohd Taufek felt that the RM230 million could be put to better use such as upgrading the infrastructure in rural areas and helping the hardcore poor.

133 years to settle debt

The PAS rep said that according to the state budget for 2011 that was tabled by the menteri besar, the total revenue for 2011 was RM298,184,000.

"This revenue is very average for a state if compared with the Klang Municipal Council which is earning almost RM400 million per year," he said.

"The state government's debt with the federal government so far is RM2.4 billion. According to the 2011 budget, the state government can only afford to pay the federal government RM18 million per year. This means the state needs 133 years to pay off the RM2.4 billion loan.

"This calculation does not include the RM230 million that is going to be spent for the new administration complex," he added.

Mohd Taufek urged the MB to focus on more pressing issues like poverty, improvement of public amenities, public transport and funds for religious, Chinese and Tamil schools.

"This project (new state administration building) is absolutely unnecessary at the moment especially with the current economic slump," he said.

Bandar Baru Sendayan is situated in Mohd Hasan's Rantau state seat.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/13940-ns-mb-building-crazy-like-pm-says-pas-rep-

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 09 Dec 2010 09:38 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Oh YB Pasir Salak.... aduzzz.....

Posted: 09 Dec 2010 07:03 AM PST

Anak Bapak vs Mak Tak de Bapak

Posted: 09 Dec 2010 06:24 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 09 Dec 2010 09:32 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


PEMBUKAAN PENGAMBILAN MURID PASTI 2011

Posted: 09 Dec 2010 03:35 AM PST

PEMBUKAAN PENGAMBILAN MURID PASTI 2011
MAKLUMAT AM PASTI KAWASAN SRI GADING


PEJABAT PENGURUSAN PASTI KAWASAN SRI GADING
No. 1, Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya,
Parit Raja, 86400, Batu Pahat, Johor

Tel : 07-4532462       H/p : 019-2110107


Terdapat 13 buah PASTI di Kawasan Sri Gading iaitu :-

  • PASTI Al-UwaeisTaman Universiti
(Tel : 019-7942634 / 013-7704501)

  • PASTI Al-Farabi – Pekan Pt Raja
(Tel : 013-7233800)

  •  PASTI An-Nur – Pt Daun, Pt Raja
 (Tel : 013-7542054)

  •  PASTI Pintar – Pt Raja Darat
 (Tel : 019-7371961)

  •  PASTI Hassan Al-Banna – Panchor
 (Tel : 013-7221600 / 0127351182)

  •  PASTI Nur Hidayah – Pt Yaani
 (Tel : 013-7234651)

  •  PASTI Al-Firdaus – Kg Baru, Sri Gading
 (Tel : 013-7755600)

  •  PASTI Nik Abdul Aziz – Parit Besar
 (Tel : 013-7434530)

  •  PASTI Nur Alddin – Parit Selulun
 (Tel : 07-4152830)

  •  PASTI Al-Ghazali –Pt Rasipan, Parit Raja
 (Tel : 013-7771219)

  •  PASTI HamkaTongkang Pechah
(Tel : 019-7417773)

  •  PASTI Nur Iman – Sri Gading
 (013-7234909)

  •  PASTI Perwira – Pt Imam
 (013-7124100)
*Sila hubungi nombor-nombor seperti yang tertera untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 09 Dec 2010 09:04 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Timbalan Menteri Marah Kerana Dituduh Penjual Ubat.

Posted: 08 Dec 2010 10:56 PM PST


Dua Pegawai DS Nizar pergi mendengar perbicaraan aduan penduduk di BPA Perak,Ipoh.Menariknya T.Murugiah marah sama penduduk yang menuduhnya jual ubat tahan bau busuk dari India. .Jabatan Kerajaaankhususnya Pejabat Tanah yang membiarkan kilang tahi ayam beroperasi secara haram tidak ditegur,TNB yang bekalkan tenaga tidak ditegur.MPT yang siasat alakadar tidak dikritik.



Pegawai Khas Nizar sedang memantau kes. Otak T.Murugiah seperti Pandikar Amin ,pengadu
duduk diam tidak boleh bercakap.


Pengadu tidak berpeluang berhujah.T.Murugiah beri masa pada taukeh sehingga 25 Diosember sebelum bertindak.Ikut peraturan kilang boleh beroperasi.Tidak dengar pula hendak sita bangunan haram atau roboh bangunan kilang?.

Bajet Zamry Kadir tambah hutang

Posted: 08 Dec 2010 10:52 PM PST

IPOH, 9 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mahu Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan kepada rakyat bagaimana perbelanjaan negeri diuruskan sehingga gagal meminima bahkan akan menambahkan hutang negeri yang sedia ada.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini Zambry gagal meyakinkan rakyat berhubung keupayaan kerajaan negeri untuk mempertahankan simpanan tetap negeri dari susut akibat bajet perbelanjaan yang tinggi.

"Malah apa yang lebih membimbanglan ialah ketidakmampuan Datuk Seri Dr Zambry memberi prospek jelas terhadap pendapatan kerajaan negeri hasil pelaburan asing bagi mengimbangi defisit bajet yang dibentangkan," katanya.

Ujarnya, kegagalan kerajaan menarik pelaburan asing, berikutan isu pergolakan politik kesan rampasan kuasa Barisan Nasional (BN), akan menjejaskan pendapatan kerajaan negeri ditambah dengan pembelanjaan tidak berhemah kerajaan yang pastinya mengakibatkan defisit yang lebih besar pada pembentangan bajet tahun depan.

Keadaan itu jelasnya perlu diawasi dan dipertegaskan kerana dibimbangi kemerosotan pelaburan asing ini berterusan sehingga berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Ini kerana faktor yang akan menentukan kelicinan pentadbiran kerajaan negeri kelak banyak bergantung kepada kukuhnya keadaan ekonomi sesebuah kerajaan tersebut.

"Walaupun Datuk Seri Zambry menafikan bahawa kerajaan negeri tidak akan muflis tetapi beliau tidak mampu menolak hakikat bahawa hutang pada tahun 2011 akan bertambah dengan hanya bergantung kepada sumber air Perak sebagai punca utama pendapatan sedia ada.

"Kesan pengurusan perbendaharaan negeri yang tidak efisyen oleh kerajaan BN akan secara langsung bakal terkena kepada rakyat jika tiada langkah drastik serta telus diambil. Sudah tentu pentadbir kerajaan negeri selepas PRU 13 nanti akan berhadapan dengan kesukaran yang sengaja dicipta oleh kerajaan sekarang," katanya.

PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Dec 2010 08:27 PM PST

PAS Kawasan Miri


Posted: 09 Dec 2010 04:59 PM PST

Janji, kuasa dan rasuah

Dr Jeniri Amir

Politik berkempen dalam puisi tetapi memerintah dalam prosa, kata Mario Cuomo, Gobernor New York. Maksudnya, ketika berkempen ahli politik bisa sahaja menjanjikan bulan dan bintang, tetapi tidak semudah itu untuk menunaikan janji. Apabila sudah mengenggam kuasa, mereka mungkin sahaja tidak menunaikan janji, tidak kira di pihak pemerintah atau pembangkang.
Jika tidak percaya, putarkan kembali segala ucapan dan ceramah politik mereka kira-kira lima tahun lalu? Telitikan juga manifesto pilihan raya mereka. Sejauh manakah kandungan ucapan atau manifesto dikotakan. Saya berani mengatakan bahawa sebahagian janji berkenaan gagal ditunaikan. Tetapi, bagi mereka, tidak mengotakan janji tidak menjadi masalah besar, kerana seolah-olah satu daripada sikap atau ciri yang perlu ada pada ahli politik ialah pandai berjanji, dan pandai tidak mengotakan janji.
Janji bagi sebahagian daripada mereka ini bertujuan untuk dilanggar atau tidak ditunaikan. Mereka lupa akan peribahasa Melayu, kerbau diikat pada hidungnya, manusia diikat pada janjinya. Kuasa begitu memabukkan. Mereka yang mabuk alkohol dapat pulih, tetapi tidak demikian bagi pemimpin politik yang mabuk kuasa. Mereka yang mabuk kuasa lupa akan prinsip dan integriti. Jadi, hubaya-hubaya dengan pemimpin politik yang bercakap tentang integriti dan pentingnya rasuah dihapuskan. Mungkin sahaja pemimpin yang bercakap tentang rasuah dan integriti itu tidak memiliki integriti dan sebenarnya mengamalkan rasuah. Sikap pemimpin sedemikian samalah seperti ayam yang berkokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang dengan tahi.
Malangnya, ada pemimpin lain yang sanggup mempertahankan pemimpin sedemikian meskipun hujah yang diberi langsung tidak masuk akal sihat melainkan menggambarkan kejelekan peribadi pemimpin terbabit. Pemimpin memang mudah tergoda dan terpesona dengan kuasa. Pemimpin yang mempunyai terlalu banyak kuasa, sukar ditegur kerana orang di sekitarnya takut untuk menegur atau menasihatinya, apatah lagi jika masa depan ahli politik berkenaan juga bergantung kepada pemimpin yang berkuasa itu. Benarlah kata Lord Acton, ''power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely.''
Malangnya, terdapat pemimpin yang bagai tidak sedar dengan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan mereka. Mungkin dia menganggap rakyat juga buta dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Tambah meyakinkannya ialah setiap kali pilihan raya dia menang. Kerusi yang diduduki bukan untuk memperkaya diri dan keluarga. Amalan kronisme dan nepotisme adalah barah yang perlu dibersihkan daripada tubuh ahli politik. Pemimpin lupa bahawa yang menjulang mereka ke puncak kuasa ialah rakyat dan pengundi. Tetapi sering apabila sudah berkuasa, mereka lupa akan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Ada yang sibuk memperkaya diri dan keluarga dan membiarkan rakyat miskin dan papa kedana. Pemimpin politik sebenarnya lupa bahawa yang berkuasa ialah rakyat yang memilih mereka dalam pilihan raya.
Pengaruh pemimpin politik sebenarnya tidak mutlak kerana mereka masih lagi bergantung kepada kuasa pengundi dan rakyat. Itulah sebabnya ketika kempen ada yang sanggup turun berjumpa dengan rakyat, tanpa sedikit pun rasa malu dan rasa bersalah, meraih undi, dan terus berjanji untuk membela nasib mereka. Pengundi dan rakyat diumpan dengan pelbagai janji termasuk projek pembangunan. Rakyat miskin dan tidak berpelajaran mudah dimanipulasi, diancam dan diperdaya melalui pelbagai strategi kempen dan komunikasi politik oleh tukang kempen yang tahu akan kelemahan golongan pinggiran ini. Mereka memanipulaskan pengundi melalui maklumat yang tidak ada pada pengundi.
Mereka misalnya menggunakan hujah-hujah palsu dengan mengatakan bahawa demi keselamatan dan keharmonian, peraturan tertentu perlu dilaksanakan, seolah-olah segala undang-undang yang sedia ada seperti Akta Kefitanahan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan lain-lain itu tidak memadai. Jadi, mereka berhujah bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan peraturan dan undang-undang lain itu adalah wajar demi melindungi kepentingan rakyat. Begitu mudahkah rakyat menerima hujah lemah mereka itu?
Begitu tidak selamatkah kita sehingga perlu undang-undang dan peraturan baharu untuk menyekat kebebasan dan pergerakan rakyat? Rakyat diberitahu bahawa subsidi perlu dikurangkan kerana kerajaan perlu menjimatkan duit untuk pembangunan jika tidak negara akan muflis. Tetapi, rakyat bertanya benarkan wang itu dapat diselamatkan? Bagaimana dengan amalan rasuah, kebocoran dan keciciran yang banyak; sudahkah disekat untuk menyelamatkan wang rakyat? Dua orang sarjana sains politik Amerika Syarikat, Daniel Hellinger dan Dennis R. Judd Brooks menyifatkan proses demokrasi seperti ini sebagai topeng yang digunakan untuk mendapatkan dan mengukuhkan kuasa sehingga berlaku apa yang dikenali sebagai democratic façade dalam sistem demokrasi. Golongan elit politik yang mempunyai segala kemudahan dan sumber ini menggunakan segala saluran dan strategi propaganda untuk menarik perhatian pengundi. Mereka sanggup menyebarkan fitnah dan membunuh perwatakan lawan semata-mata untuk meraih kemenangan. Malah, bukan menghairankan berlaku pertarungan sesama sendiri di dalam parti. Terdapat pemimpin yang sanggup membunuh masa depan pemimpin politik lain kerana tidak suka dengan pemimpin berkenaan. Ia sanggup memasang calon Bebas untuk memecah undi atau mengalahkan pemimpin berkenaan. Jika tidak percaya, baca balik buku sejarah pilihan raya di negara ini.
Dalam konteks demikianlah saya fikir peringatan oleh Pengerusi Parisan Nasional Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak tentang empat penyakit yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa diperkatakan. Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan.
Kata beliau: "Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan.
Seterusnya pula, yang keempat adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah."

Jadi, parti dan pemimpin politik yang bakal bertanding dalam pilihan raya akan datang perlu mengubati penyakit yang disebutkan itu. Jika penyakit berkenaan tidak segera diubati, jangan hairan, seperti kata Najib, rasa sayang akan bertukar menjadi benci dan sokongan menjadi penentangan. Kegagalan BN menguasai dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu turut berpunca daripada penyakit dan isu yang dibincangkan ini. Yang penting, pemimpin politik jangan beranggapan rakyat tolol untuk tidak tahu apa yang mereka lakukan. Jangan fikir pengundi dapat digula-gula dengan janji dan kata-kata manis. Rakyat memerlukan pemimpin politik yang bijaksanana, bersih, komited dalam tugas, dan memiliki sikap empati terhadap pengundi. Rakyat tidak mahu pemimpin politik yang suka berlagak, menunjuk-nunjuk kekayaan dan kuasa, enggan menerima teguran dan kritikan dan hanya bermain politik. - Penulis ialah penganalisis politik dan penulis prolifik.
PS: Jadikan artikal diatas sebagai panduan dan renungan kita semua. Kepada pemimpin2 PAKATAN RAKYAT hendaklah bersedia untuk mengambil alih kuasa dari kerajaan BN. Janganlah kita bersikap seperti yang dinyatakan diatas. Rakyat perlukan pemimpin yang adil,berjiwa rakyat dan mereka yang menunaikan janji2 yang telah mereka janjikan. Jadi ingatlah jangan suka berjanji yang bukan2 terhadap rakyat biarlah janji tersebut dapat ditunaikan. Kita doakan agar pemimpin PAKATAN RAKYAT tidak serupa macam pemimpin BN yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Bah mari kita sedia mengubah dari kerajaan BN kepada kerajaan PAS dan PAKATAN RAKYAT.



Kerajaan BN Tidak Kesah Penderitaan Rakyat Marhean

Posted: 09 Dec 2010 04:40 PM PST

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...
Dec 9, 10 6:03pm - Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut."Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat. - Bernama

PS: Nampak gaya Bn dah tidak kesah lagik tentang masalah rakyat, mereka tetap juga akan naik semua tarif keperluan rakyat. Baru saja harga minyak dinaikkan sekarang ini tarif elektrik juga akan dinaikkan. Ini baru permulaan kerajaan Bn naikkan harga barang keperluan harian kita, apatah lagik kalau Bn terus diberi kuasa memerintah 5 tahun lagik sudah pasti rakyat Malaysia akan terus menderita menanggung bebanan hutang yang dibuat oleh kerajaan Bn. Jadi sanggupkah tuan2 dan puan2 menanggung semua bebanan ini? Yang Kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan terus menderita menanggung semua bebanan yang dibuat oleh kerajaan Bn. Bah mari kita mengubah kerajaan Bn yang zalim terhadap rakyat ini kepada kerajaan baru PAS dan PAKATAN untuk kebajikan rakyat semua.

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 09 Dec 2010 08:18 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Majlis Berkhatan Peringkat DUN Hulu Kelang

Posted: 09 Dec 2010 07:35 AM PST


Tempat terhad. Hubungi segera:-
- Musa : 019-2676625
- Najmuddin : 019-6345376

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 09 Dec 2010 07:42 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Wajib Tolak BN !!!

Posted: 09 Dec 2010 06:42 PM PST

Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.


Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.

Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin.

Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.
Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi.

Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.
Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri.

Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

baca artikel penuh...di sini.

ADUN Sura Rai Pelajar Cemerlang UPSR Di Kg Telok Lipat

Posted: 09 Dec 2010 02:26 AM PST

DUNGUN 9 Disember, Khamis - Penghargaan kepada para pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A UPSR 2010, diteruskan di Kampung Telok Lipat.

Pihak PAS Cawangan Telok Lipat telah mengenalpasti seramai 00 orang pelajar cemerlang yang berada di bawah pentadbirannya.

Mereka ialah adik Anis Adilla binti Abd Fatah dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, adik Luqman Al-Hakim bin Azhar dari Sekolah Kebangsaan Bandar dan adik Nurul Aqiela binti Ramdzam dari Sekolah Kebangsaan Sura.

(Gambar - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sedang menyampaikan sumbangan kepada adik
Anis Adilla binti Abd Fatah di hadapan rumah ibubapanya di Taman Telok Lipat 1, di sini, baru-baru ini)

ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Telok Lipat, Haji Mohd Salim Uda.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 09 Dec 2010 03:48 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Hakim maksiat, astagfirullah...

Posted: 09 Dec 2010 03:23 PM PST

TU DIA PERANGAI HAKIM SYARIAH HASIL DIDIKAN ISLAM UMNO


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan kerana bersekedudukan

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

"Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

"Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh," katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Putrajaya

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

"Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

"Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan," katanya. -hmetro-

Note: Gambar di atas tiada kena mengena dengan entry ni.. cuma nama dia jer sama.. "hakim" kah..kah..kah..kah.

Ketuanan Melayu memperkayakan kroni

Posted: 09 Dec 2010 03:15 PM PST

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion




KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Arab ke Melayu ni) percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.- tvs.

Abu Jahal Abu Lahab lahir di Mekah

Posted: 08 Dec 2010 06:38 PM PST


Saya petik:

WikiLeaks Dedah Bahawa Pesta Liar Sesuatu yang Biasa di Arab Saudi



[HM] RIYADH: Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat, tetapi di sebalik kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.

keluarga raja

Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah. - AFP


P/s: Propaganda atau tidak, budaya hedonisme kini sudah menjajah generasi muda tanpa mengira sempadan politik, agama, dan negara!

RPK dedahkan aktiviti Yahudi APCO di Malaysia

Posted: 08 Dec 2010 06:28 PM PST


Inilah Tugasan APCO 6 Bulan Lalu


Kami tahu apa yang anda lakukan ketika musim panas yang lalu. Anda mengatur sesi fotografi dan rakaman video ditambah dengan acara-acara yang diorganisasikan untuk Wanita Pertama Malaysia. Anda juga mengatur acara-acara untuk Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Dan anda mengkoordinasi dan menganjurkan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke AS. Dan semua itu dilakukan dengan melibatkan berjuta-juta kos daripada RM wang pembayar cukai Malaysia.

Raja Petra Kamarudin


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIqY4xKxkQ7EG_wmozD3aKIpxC-UxS1Nx6TTRFrRbakBb3ovlQA-6BLOHYSUZ1ZvgJxzzdVmQO35Ko1nrF1LDt3Rj3hY_RWe90nmKfqLCGiq2ZKXkwmOg9u5RPCKA9pJ7KZvKux_95v2cT/s1600/1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8PmvlTWu1XUSj8HLvO9fE5HVHG9bzQW6r_Xh1z_JEFjf1q8gVqlVujEBHWSRTMCqZPCJ4lUa82YCyEOkeXizVI2GqtcmvXjA2Dws7yZsFc9E1yXuKYI7yaGBahvrRkak-Snp0gpUFBUQm/s1600/2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCiQ-MQvhGi0N2KSh4JAWOpWYqkZ8Xon1M5zabTS0IpXa3XHoPC1ex_G8XCMcQHAOktbjcvXkP_9LPs36bgfGuv69Ijh3Gj30FcdJjsUMvBaGnW1Rkeev5_xbTL3EtndnJZSmO8NPPEFuO/s1600/3.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7rdGF-qh9X_AJdOK_iFkJr68EfN7xq3XmCDhMXALCnIx_ghK_zXGEhPfi-J-pxbQnAjbjdULgqEPOYqcB1VDNX4uuw9QUmdpc8PGUNQ2T24Ji59WwGyNoyY3pLfG62Zpo2klWJ6tKrOIX/s1600/4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGfzwh2REMCawK5x-SxgTA2bDq_NLru1Miv6T1lgOpttRsSrp5WrpEl69jV2CjlHu6D-XQPr7p3bdrWYMOecF462eN8cw8_DHRIMK8cmWBlgTfttkUKAsPbp7YV9a4GSnL6lzfuIvUBlrx/s1600/5.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXZ1dL65EzY6az-doXWt0VTGv_2t3yA84zaSiBoTY41R2bHH2tzBlSCTKHweDqoecusMhI3oxl2N6fg5OZE51-vTzv-jSCQKxzq1iKvO-yP6MGYFpwj3bXvvt_cKo2jVDVAeit4DKHYGul/s1600/6.jpg

Tok Guru sihat walafiat

Posted: 08 Dec 2010 06:13 PM PST

Gambar Tok Guru MB Kelantan Sakit Tenat Hari Ini…


MENTERI Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan sihat menunjuk isyarat bagus ketika menaiki kereta selepas keluar dari rumahnya walaupun sebuah blog Umngok mendakwa beliau sakit tenat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu. 8 Dis. 2010.

Dakwaan yang menyatakan beliau sakit tenat dan dikejarkan ke hospital itu tidak betul – Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari

Usrah dan Ziarah

Posted: 08 Dec 2010 03:59 PM PST


Usrah semalam bersama rakan usahawan kecil sederhana di Simpang Renggam seramai 5 orang tazkirah mengupas tajuk hijrah, aqidah bincang rukun iman dan seerah nabi masuk bab zaman Jahiliyah. Tamat 11.00 malam. Jamuan capati Pakistan dan air Biocafe...rancak bersembang selepas tu di kawasan surau, tak sedar embun malam turun, lihat jam...patutlah dah jejak pukul 12.00 tengah malam...mungkin akibat penangan kopi kurma Biocafe.

Usrah remaja malam tadi seramai 4 orang terus bawa ziarah Abang Hamid di Ladang Sindora yang baru kehilangan anak perempuan berumur 32 tahun akibat jantung berlubang. Penyakit itu asbab kematian sahaja, yang sebenarnya dah sampai masanya untuk pergi mengahadap Ilahi. Takziah kepada keluarga Abg Hamid. Moga sabar atas segala ujian dan cabaran.

Apa yang menyedihkan ialah bebaban kos rawatan yang masih tertunggak, bayangkan, bil rawatan masuk daftar Institit jantung Negara (IJN) saja dah cecah RM300, masuk bil pemeriksaaan doktor pakar, rawatan, wad dan ubat dah melambung RM3200. Itu belum masuk kos perjalanan dari Johor ke KL, kos bayar tol dan petrol yang naik harga, kos pergi dan balik termasuk makan di R&R tak cukup RM200. Kerja estet macam Abg Hamid ni gaji bukan besar dan habis dah duit simpanan untuk membiayai kos rawatan.

Apa nak jadi dengan negara kita ni. Rakyat semakin terbeban, yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin disusahklan lagi dengan krisis ekonomi yang mengakibatkan harga barang dan bahanapi naik mendadak. Apalah erti kemajuan dengan bangunan pencakar langit kalau rakyat tidak terbela, jatuh sakit akibat tidak dapat rawatan sempurna dan duduk merempat di bawah jambatan.

Inilah fenomena kemiskinnan di estet yang mengamalkan sistem kapitalis, buruh rakyat sendiri, gaji mahal, ambil buruh warga asing, murah, kebajikan pekerja, siapa yang peduli.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Dec 2010 03:45 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) PATUT LE POLIS MALAYSIA MAKIN ROSAK AKHLAK

Posted: 09 Dec 2010 01:12 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (duduk tengah) sedang memepelajari tips bagaimana untuk bermain kad permainan daripada Executive VP Genting Malaysia Bhd, Kevin Sim Kia Ju (kanan berdiri). Ini merupakan salah satu usaha untuk membendung aktiviti perjudian HARAM, PDRM telah membina satu casino olok-olok (mock casino) di Maktab PRDM, Cheras. 'Untuk menangkap pencuri, kita perlu berfikir seperti pencuri,' kata Ismail.



Mungkin selepas ini PDRM akan membina beberapa pusat seperti pusat pelacuran dan pusat rumah urut olok-olok bagi membolehkan anggota polis belajar cara-cara menjadi pelanggan pelacur.

(PANAS) DEBAT TPM DENGAN EXCO KERAJAAN S'GOR

Posted: 09 Dec 2010 12:50 AM PST

Penyaluran dana secara langsung oleh Putrajaya kepada jawatankuasa kampung di negeri-negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat, hari ini secara terbuka bertukar menjadi 'debat panas' antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari, yang mendakwa kerajaan pusat mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri.


Yaakob mengecam tindakan kerajaan pusat mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)di Selangor dan negeri-negeri lain yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.

Exco Kerajaan Negeri itu melahirkan pendirian kerajaan negeri itu ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Penghulu Semenanjung Malaysia, yang dirasmikan oleh Muhyiddin (gambar) selaku Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

"Ini tidak seharusnya berlaku. Dan, ia hanya bermula selepas pilihan raya umum ke-12 apabila Pakatan Pakatan memenangi Selangor, dan ini mengakibatkan persaingan tidak sihat," kata Yaakob yang mewakili Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis itu.

JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir.

Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP - satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit.
"Ini bukan serangan ke atas Barisan Nasional atau Tan Sri," kata Yaakob yang turut merayu kepada Muhyiddin agar membubarkan jawatankuasa persekutuan itu.

DIMANA PERKASA & UMNO DALAM PERTAHANKAN SURAU AL FALAH???

Posted: 09 Dec 2010 12:30 AM PST

Semalam kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan. Tetapi dalam ramai-ramai antara mereka tidak kelihatan seorang pun malah bayang-bayang puak-puak Perkasa & Umno yang kononnya membeli agama Islam dan bangsa Melayu tidak kelihatan. Dimana mereka? Atau mungkin mereka ini turut sama bersubahat untuk merobohkan rumah Allah atas tiket pembangunan?



WANITA 70 TAHUN TINGGAL BOGEL DI ALOR GAJAH (NEGERI UMNO)

Posted: 08 Dec 2010 05:48 PM PST

ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.

"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.

BUKTI BERGAMBAR TGNA SAKIT TENAT

Posted: 08 Dec 2010 04:57 PM PST

Mungkin gambar ini menyangkal dakwaan blogger pencacai tahi UMNgOk selepas mereka menyebarkan berita TGNA sedang sakit tenat. Gambar ini diambil semalam, 8 Dis, selepas TGNA menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya sebaik sahaja tiba di pada pukul 12 tengah hari di Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan sakit urat dibahagian pinggangnya.

MANA ADA POLIS BERTINDAK GANAS MAA...

Posted: 08 Dec 2010 04:53 PM PST

SHAH ALAM 8 DIS : Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menyelar tindakan pihak polis yang bertindak ganas ketika menyuraikan peserta perhimpunan rakyat anjuran kerajaan negeri, Ahad lalu.


Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail dalam kenyataannya turut meminta pihak polis tidak menjadi 'alat' Umno-Barisan Nasional untuk menghalang gelombang penentangan rakyat terhadap regim itu.

"Kita kecewa dengan sikap pihak polis yang menggunakan kekerasan secara keterlaluan semasa menyuraikan perhimpunan rakyat di hadapan Masjid Negara dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai.

"Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganinya." ujar beliau.

Tambahnya, tindakan itu akan menyebabkan pasukan polis akan terus dicemuh oleh orang ramai dan keadaan ini akan mengambil masa yang lama bagi rakyat menyakini 'keboleh percayaan' mereka terhadap mereka.

Beliau dalam kenyataan yang sama turut menyertakan beberapa keping gambar tindakan keterlaluan pihak polis terhadap Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Daman Huri, yang kemudiannya ditahan oleh pihak polis pada hari tersebut.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 09 Dec 2010 03:10 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Pejuang Hak Warga Felda

Posted: 08 Dec 2010 05:05 PM PST

Mazlan sanggup berjuang untuk nasib warga Felda biar pun di gari dan di tahan...

PAS KOTA TINGGI

Posted: 09 Dec 2010 01:42 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Kenalilah Ketuanan Melayu Umno

Posted: 08 Dec 2010 04:36 PM PST


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno? Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.


  • Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak.
  • Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?
  • Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.
  • Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.
  • Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.
  • Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.
  • Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.
  • Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.
  • Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 09 Dec 2010 01:34 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

Posted: 09 Dec 2010 08:54 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Dec 2010 11:58 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Putrajaya jatuh, Umno akan kelaparan Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam. hari ini. PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka. Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar. Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan umno mentadbir negara. “Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya. Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. “PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. “Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya. PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang. “Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya. Bookmark and SharePutrajaya jatuh, Umno akan kelaparan Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam. hari ini. PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka. Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar. Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan umno mentadbir negara. “Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya. Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. “PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. “Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya. PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang. “Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya. Bookmark and Share

Posted: 09 Dec 2010 07:12 AM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Dec 2010 11:30 AM PST

Batu Gajah Mari


Kamu ingat peserta demo binatang ke?

Posted: 08 Dec 2010 07:36 PM PST

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

"Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk "Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset" dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

"Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu," katanya.

Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. — Bernama







Pas CawanganSurada

Posted: 09 Dec 2010 11:14 AM PST

Pas CawanganSurada


PAS harus adil dan jujur dalam bentang kain rentang

Posted: 08 Dec 2010 09:48 PM PST

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Posted: 08 Dec 2010 08:01 PM PST

ansarullah

Posted: 09 Dec 2010 11:13 AM PST

ansarullah


Anugerah dari KERAjaan??????

Posted: 09 Dec 2010 07:14 AM PST

Semakan tarif elektrik ambil kira beban pengguna: Najib


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.


Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.
(Berita Harian)

P/S:-Ini berita yang kami kira amat bernilai kepada semua PENGGUNA ELEKTRIK @ RAKYAT MALAYSIA. Ini kerana KENAIKAN kadar tarif elektrik akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Tapi PM kata BUKAN dalam masa terdekat?ITU PUN NAK PERCAYA?
Macam harga minyak jugalah.TIDAK akan ada kenaikan sehingga tahun hadapan.Masihkah kau ingat ayat dan pernyataan itu?Akhirnya apa yang berlaku? Apa yang berlaku adalah rakyat terbanyak terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak samada RON97,RON95 atau DIESEL sekalipun.

Jadi kata BAPAK MENTERI ini ternyata tidak boleh diPAKAI!

Dan kami dari Dewan Pemuda PAS Jerantut ingin mengucapkan, Bersedialah untuk mendapat ANUGERAH Kenaikan Harga Elektrik pula selepas ini.

1 Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan!

PAS Kawasan Gerik

Posted: 09 Dec 2010 09:55 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Manyak tipu ini BN

Posted: 09 Dec 2010 07:33 AM PST

Salam,
Sebelum PRU 12, orang-orang Tionghua ( Cina ) merupakan penyokong kuat BN . Mereka percaya kepada pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Pemimpin Umno menabur fitnah terhadap PAS, manakala pemimpin MCA dan Gerakan mengunakan jarum Umno ini menakutkan orang Tionghua kepada PAS.

Macam2 fitnah buruk ditabur pemimpin Umno menyebabkan orang-orang Tionghua cukup gerun bila sebut nama PAS. DAP pun tak berani berbaik-baik dengan PAS akibat fitnah ini. Pendek cerita , orang-orang Tionghua pada masa tu mengambarkan PAS seperti Amerika gambarkan Taliban.

Pada masa itulah, PAS Pusat wujudkan Lujnah Hubungan Antara Kaum (Sekarang Lujnah Perpaduan Nasional) . Pengerusinya Dato' Hasan Ali bekas Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau meneroka usaha dekati orang Tionghua di Parit Buntar dengan pelbagai cara.

Salah satunya , lawatan untuk orang Tionghua ke Kelantan. Penulis akan sentuh berkaitan lawatan yang jarang dilakukan oleh PAS Kawasan lain tapi kerap dilakukan PAS Parit Buntar.

Peringkat awal adalah sesuatu yang mencabar kerana bukan senang nak mengajak orang Tionghua pergi ke negeri yang diperintah oleh PAS. Syukurlah, ada dua orang Tionghua Kuala Kurau Ah Teck dan Ah Wong yang banyak bantu dari dulu sampai sekarang.

Awal – awal nak tarik mereka pergi , tak kenakan duit pun janji mereka pergi Kelantan. Jawatankuasa Lawatan masa tu cari sponsor merata nak dapatkan duit bayaran dua buah bas dan makan. Ah Teck dan Ah Wong cari orang Tionghua , Jawatankuasa cari sponsor dan berhubung dengan urusetia penerangan Kerajaan Kelantan untuk cari penginapan dan susun aktiviti di sana.

Apabila dengar kata nak sponsor orang Tionghua , maka ada juga kedengaran cakap-cakap kenapa orang Tionghua ja sponsor , kenapa tak sponsor orang PAS juga,o rang PAS dah teruk berjuang.Inilah masalahnya, yang berbunyi ni tak faham tujuan nak tarik orang Tionghua. Bukan guna duit PAS Kawasan, tapi jawatankuasa ni cari merata sponsor tampung kos lawatan.

Jika ada lujnah lain nak sponsor orang PAS pergi Kelantan, buatlah jawatankuasa cari la sponsor . Ini tidak buat program hanya harap sumbangan PAS Kawasan, tak usaha cari sendiri. Orang PAS kat cawangan tak bising pun, yang selalu bising mereka yang duduk dalam jawatankuasa kawasan sendiri, malah pegang lujnah tapi tak jalan.

Akhirnya, dapat sponsor dan dapat cari orang Tionghua ke Kelantan. Maka bertolaklah ke Kelantan untuk pertama kali dalam sejarah PAS Parit Buntar buat lawatan orang Tionghua ke Kelantan.

Orang Tionghua yang pergi , dalam kepala mereka masih ada gambaran fitnah Umno terhadap PAS. Tahu apa yang mereka bawa sebagai bekal? Beras dan banyak barang makanan.

Bila tanya kenapa bawa beras? Sebab "itu paper cakap Kelantan tala cukup makan, kita olang bawa la ini beras mau masak sana" Itulah kesan fitnah sejak merdeka Umno kepada PAS.

Bawa orang Tionghua bukan sama macam bawa orang Melayu, budaya mereka lain. Kalau depa minta pasang lagu Cina dalam bas, pasanglah sebab hiburan depa suka dengar lagu Cina. Jika ada bau yang selalu orang Cina pakai, terima ja lah bukan teruk sangat pun.

Sampai Kelantan, pergi tempat penginapan kemudian pergi ke JKR 10. Tok Guru dah tunggu dengan pegawainya. Buat penerangan, makan pagi . Kemudian bergambar dengan Tok Guru.

Orang Tionghua cukup seronok pada hari itu sebab dapat jumpa menteri ( mereka anggap MB tu menteri ). Mana pernah jumpa menteri , selalu payah nak jumpa menteri.

Tok Guru pula layan mesra orang Tionghua ni, tak ada halangan langsung. Orang Tionghua mana yang jumpa Tok Guru tak jatuh hati dengannya. Sebab tu orang Cina seluruh Negara suka pada Tok Guru sampai hari ini.

Lepas tu pergi pula, rumah Tok Guru di Pulau Melaka. Turun cari rumah Tok Guru, tanya mana rumah menteri PAS sebab tak da pun rumah macam menteri BN.

Bila ditunjukkan , "Aya,ini rumah menteri PAS ka, gua punya rumah lagi busaq oo" . Orang Tionghua memang tak sangka, rumah Tok Guru hanya rumah kampung biasa.

Bawa pula ke pasar Cina , bercakap sendiri dengan orang Cina Kelantan. Tengok sendiri ada jual binatang yang orang Islam haram makan. Beli pula beras yang murah di pasar. Tahu apa yang depa kata, " Tala guna punya MCA, Manyak tipu kita olang"

Lepas tu bawa ke Tumpat . Bila tengok Budha besar , terus sembah ( cara orang Budha ) . Ada yang menangis depan patung Budha, tak tahu sebab apa ( mungkin pertama kali tengok patung Budha sebesar itu).

Orang Tionghua bagitahu, pemimpin MCA fitnah tak boleh buat amalan agama Budha di Kelantan sejak PAS perintah. Balik dari Kelantan, mereka inilah jadi jurubicara PAS di Parit Buntar.

Penulis nak bagi tahu dah lebih 20 buah bas yang di bawa ke Kelantan . Mula-mula memang percuma, lepas tu orang Tionghua kena bayar. Sekarang , bukan sahaja depa bayar mereka (DHPP) urus sendiri pula.

Semua urusan libat peserta orang Tionghua di Parit Buntar depa yang buat. Pengerusi Lujnah Cuma berhubung dengan urusetia penerangan negeri Kelantan sahaja.

Tok Guru pun dah kenal sangat , bila sebut sahaja orang Cina dia tahu dah dari Parit Buntar. Bila sampai terus sebut nama Hamdan ( nama Pengerusi Lujnah ). Tanyalah Ust. Adnan dulu Pegawai Urusetia Penerangan , jika orang Cina datang PAS Parit Buntarlah yang bawa. Tak tahulah PAS Kawasan lain ada buat ke tidak, mungkin ada.

Oleh kerana , orang Tionghua di Parit Buntar dah kenal dan suka kepada Tok Guru di Kelantan. Kemudian, ada cakap-cakap orang Tionghua kata Tok Guru Presiden keras tak sama macam Tok Guru Musyidul Am.

Sekarang Lujnah buat lawatan bukan sahaja ke Kelantan tapi juga ke Terengganu. Nak tunjuk kepada orang Tionghua bahawa pandangan mereka kepada Tok Guru Presiden salah dan merekapun nak pergi sangat rumah Tok Guru Presiden.

Maka, dua kali lawatan yang terakhir. Orang Tionghua di bawa ke rumah Tok Guru di Rusila. Orang Tionghua tengok sendiri sederhananya rumah Tok Guru, lihat sendiri Tok Guru bawa masuk rumahnya makan pagi bersama. Tengok sendiri betapa mesranya Tok Guru dengan anak-anak mereka. Barulah mereka tahu, pandangan mereka dah silap.

Penulis cerita ini bukan nak puji PAS Parit Buntar. Harapan penulis , PAS kawasan lain pun dapat buat program lawatan ini kerana kesannya menusuk kalbu. Bercakap , bukan semua orang Cina suka dengar ceramah. Menulis , siapa yang nak tolong tulis. Inilah praktikal terbaik kenalkan orang Tionghua kepada pemimpin dan pemerintahan PAS.

Pernah , PAS Parit Buntar melalui pengerusi lujnah tolong anjur lawatan kepada orang Tionghua dari kawasan Kuala Sepetang. Semasa berkempen PRK Bukit Gantang di pekan Port Weld , jumpa beberapa orang Tionghua PR terus buat hubungan dengan mereka.

Mereka berminat nak bawa orang Tionghua Kuala Sepetang ke Kelantan. Lepas PRK , minta orang hubungan cari orang Tionghua Kuala Sepetang dengan bayaran sekali. Kemudian buat lawatan seperti biasa ke Kelantan.

Sebenarnya, orang-orang Tionghua di Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Pekan Parit Buntar begitu mengharap Tok Guru Nik Aziz ke Parit Buntar. Mereka dah kenal Tok Guru, mereka dah buat jemputan tapi mungkin Tok Guru sibuk tak dapat bagi tarikh.

Pengerusi lujnah pun tidak mengharap apa-apa anugerah dan belum pun ada PAS bagi anugerah atas usaha dia. Dia cuma berharap Tok Guru dapat penuhi hajat orang Tionghua untuk bersama mereka di Parit Buntar.


Wassalam.

Sumber: http://tulahan.blogspot.com/

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Dec 2010 09:24 AM PST

KHIDMAT MERU


KURSUS USAHAWAN HEBAT

Posted: 08 Dec 2010 07:53 PM PST


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru bersama Exco YB Teresa Kok akan menganjurkan Kursus Usahawan Hebat bagi menggalakkan golongan bumiputera menyertai sektor perniagaan dan perindustrian. Pakej kursus lengkap selama 2 hari adalah pada 18 dan 19 Disember 2010 dengan penyertaan secara PERCUMA. Kepada yang berminat, maklumat dan permohonan terus kepada Pengarah Program, Cik Jumaiyah binti Amat (HP 012-2011711). Program akan dirasmikan YB Teresa Kok pada hari berkenaan.

PENDAFTARAN PTRS DUN MERU TAHUN 2011

Posted: 08 Dec 2010 07:29 PM PST


Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah mendapat sambutan dihati masyarakat Negeri Selangor diteruskan dengan perancangan yang lebih mantap pada tahun 2011, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru memulakan langkah awal dengan membuka pendaftaran PTRS tahun 2011 untuk pelajar SPM DUN ini. Pendaftaran terbuka untuk pelajar yang akan menduduki SPM 2011 dengan syarat pendapatan keluarga dibawah RM 1500.00. Pelajar yang ingin memohon skim tuisyen percuma anjuran kerajaan negeri agar datang mengambil borang di PKM Dun Meru atau menghubungi terus KPMI , Encik Baharom Basiron (HP 017-3255382)

BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI ANAK-ANAK FAKIR MISKIN

Posted: 08 Dec 2010 03:23 PM PST













Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Program Agihan Bantuan Pendidikan Asnaf Fakir Miskin di Masjid Kiyai Hj Abdullah Omar, Batu 4 Jalan Kapar.
Seramai 382 orang telah mendapat manafaat dari program ini yang melibatkan jumlah wang RM372,950.00

Ketua Operasi Daerah Klang, Ustaz Ahmad Mustafa memberitahu bahawa selain dari yuran persekolahan, barang-barang keperluan sekolah juga di bekalkan seperti beg dan pakaian sekolah.
YB Dr Rani dalam ucapan perasmiannya berasa sedih kerana masih terdapat di kalangan ibu-bapa yang sepatutnya menggunakan duit yang di sediakan bagi membayar yuran namun tidak menjalankan amanah tersebut malah menghabiskan wang tersebut kejalan yang tidak di redhai Allah.

PESERTA KEM HAFAZAN MENDAPAT PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Posted: 08 Dec 2010 02:34 PM PST











ADUN Meru, YB Dr Hj Abd Rani bersama Unit Amal Kg Meru telah memberikan pemeriksaan dan perubatan percuma kepada peserta-peserta kem hafazan di Masjid As Syarif Meru.

Rata-rata kesemua peserta-peserta kem tersebut yang terdiri dari pelajar seawal darjah 3 hingga ke Tingkatan 3 kelihatan ceria dan berasa bangga dapat menghadiri kem tersebut.

Mereka sihat-sihat belaka walaupun ada beberapa orang pelajar yang merasa demam yang ringan dan selsema serta batuk.

MASAALAH KECERUNAN PARIT DI ATASI

Posted: 08 Dec 2010 02:08 PM PST





Beberapa perparitan curam yang menimbulkan masaalah apabila hujan turun di Kampung Budiman alhamdulilah sebahagiannya dapat di atasi apabila pihak JKR Petaling melakukan kerja-kerja pembaikpulihan.
Menurut Ketua Kampung Kg.Budiman, Hj Mohd Noh, setiap kali hujan lebat, segala bahan pasir, tanah dan tanaman di sekeliling parit tersebut akan jatuh dan memenuhi parit tersebut dan ianya selain menyekat saluran tersebut, juga menyumbang kepada banjir kilat yang mendatangkan masaalah kepada kampung tersebut.
YB Dr Rani berharap usaha-usaha kebajikan begini dapat di teruskan bagi menangani beberapa masaalah yang di hadapi oleh pihak penduduk.

PELAJAR CEMERLANG UPSR KAUM INDIA DI RAIKAN

Posted: 08 Dec 2010 01:49 PM PST









Satu Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Anak-anak Pekerja Ladang telah di adakan di Dewan Raja Muda Musa , Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis yang di rasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin telah di hadiri oleh lebih dari 400 orang pelajar dan ibu bapa.

Bukan sahaja pelajar yang mendapat 7A di dalam peperiksaan UPSR mendapat sumbangan dari pihak Kerajaan Negeri, tetapi juga yang mendapat 6A dan 5A.

Selain memperuntukkan RM4 juta bagi prasarana sekolah-sekolah Tamil, Kerajaan Negeri juga memberikan subsidi bagi tambang pengangkutan pelajar india yang tinggal di ladang-ladang yang berjauhan dari sekolah mereka.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Dec 2010 09:11 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM?

Posted: 09 Dec 2010 12:00 AM PST

Wednesday, December 8, 2010
NS MB 'building crazy' like PM (MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM)

By Zefry Dahalan

SEREMBAN: There is no difference between Negri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan and Prime Minister Najib Tun Razak, said Paroi rep Mohd Taufek Abdul Ghani.

The two were more interested in wasting funds on building projects instead of safeguarding the welfare of the people, added PAS' sole state assemblyman in Negri Sembilan.

He was referring to Najib's plan to build the 100-storey Warisan Merdeka tower and Mohd Hasan's announcement that a new state administration building would be constructed.

Speaking to FMT, Mohd Taufek said he opposed the plan to build the new state administration building in Bandar Baru Sendayan, some 20km from the existing building here.

Mohd Hasan had announced the plan to build the RM230 million building during the state assembly sitting last week.

"What irked me is that the current state adminsitration building known as Wisma Negeri which houses the menteri besar's office, state secretariat and state assembly hall is in good condition

"I don't see the need for another building which will be a waste of public funds. It will also be a hassle for people to liaise with state secretariat officials as the new location is far from Seremban," said the PAS rep.

Mohd Taufek felt that the RM230 million could be put to better use such as upgrading the infrastructure in rural areas and helping the hardcore poor.

133 years to settle debt

The PAS rep said that according to the state budget for 2011 that was tabled by the menteri besar, the total revenue for 2011 was RM298,184,000.

"This revenue is very average for a state if compared with the Klang Municipal Council which is earning almost RM400 million per year," he said.

"The state government's debt with the federal government so far is RM2.4 billion. According to the 2011 budget, the state government can only afford to pay the federal government RM18 million per year. This means the state needs 133 years to pay off the RM2.4 billion loan.

"This calculation does not include the RM230 million that is going to be spent for the new administration complex," he added.

Mohd Taufek urged the MB to focus on more pressing issues like poverty, improvement of public amenities, public transport and funds for religious, Chinese and Tamil schools.

"This project (new state administration building) is absolutely unnecessary at the moment especially with the current economic slump," he said.

Bandar Baru Sendayan is situated in Mohd Hasan's Rantau state seat.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/13940-ns-mb-building-crazy-like-pm-says-pas-rep-

Lembu berkeliaran sumbang kemalangan maut

Posted: 08 Dec 2010 06:19 PM PST

Utusan Malaysia 9 Dis 2010

SAYA adalah pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan Simpang Pertang - Kuala Klawang (Jelebu) untuk ke Seremban.

Saya dapati semakin banyak kelompok haiwan seperti kambing dan lembu dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan raya. Masalah akan timbul kerana haiwan-haiwan ini kadangkala mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang mencemaskan di mana saya perlu brek kenderaan secara mengejut kerana haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan raya.

Sekiranya saya terlibat dalam kemalangan ketika itu, adakah pemilik haiwan tersebut akan bertanggungjawab dan menanggung kerugian saya? Haiwan ternakan ini paling banyak kelihatan dari Kampung Pradong sehingga ke pekan Kuala Klawang.

Memandangkan jalan raya tersebut adalah jalan raya utama, saya berpendapat adalah amat tidak sesuai haiwan-haiwan ternakan tersebut dibiarkan berkeliaran apatah lagi jalan raya di Daerah Jelebu ini yang sangat berliku serta banyak selekoh yang merbahaya.

Janganlah pemilik haiwan-haiwan ternakan tersebut membahayakan lagi keadaan tersebut.

Mohon pihak yang bertanggungjawab agar memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum berlaku kehilangan nyawa disebabkan haiwan ternakan ini.

Nyawa manusia lebih berharga dari keuntungan yang dijana oleh pemilik haiwan -haiwan ternakan ini.

NYARIS KEMALANGAN
Jelebu, N.S
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

PAS Kulaijaya

Posted: 09 Dec 2010 07:59 AM PST

PAS Kulaijaya


Kenalilah Ketuanan Melayu Umno.

Posted: 08 Dec 2010 05:17 PM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 09 Dec 2010 07:33 AM PST

i n t a n h i j a u


NEGERI PALING BERINTEGRITI / نݢري ڤاليڠ برينتݢريتي

Posted: 09 Dec 2010 02:12 AM PST


KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam  tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di  Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.(harakahdaily)

HAPPY ENDING BUAT KHIR TEMPE...?

Posted: 08 Dec 2010 04:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ramai yang seolah-olah sudah mampu membuat jangkaan bagaimana penghujung jalan cerita kes pendakwaan Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo.

Tanpa perlu membuat analisis terperinci, bekas Menteri Besar Selangor itu sendiri sudah memberi pembayang berhubung kesudahan kesnya apabila dengan penuh yakin mendakwa kes ini akan 'membersihkan' namanya.

Bagi beberapa pemimpin PAS, kenyataan itu sudah cukup untuk menjelaskan status sebenar pendakwaan yang dibuat ke atas Khir Toyo itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali contohnya turut melahirkan rasa hairan apabila Khir seperti mengetahui nasib yang sedang direncanakan ke atasnya.

"Awal lagi (Khir) dah kata: Ni peluang saya nak bersihkan nama.

"Maknanya dia sudah dijanjikan happy ending, kalau tak, tak kan relaks sahaja kata begitu," katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Bagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula, beliau tidak mahu meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi terhadap pendakwaan yang telah dibuat ke atas Khir itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini mendakwa, kes Khir tersebut hanya satu peratus dari kes jerung yang dilaporkan.

Tambahnya, beliau risau trend yang sama semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kini berulang.

Abdullah ketika zaman pemerintahannya juga turut membuat pendakwaan rasuah kepada Eric Chia dan Kasitah Gadam, namun akhirnya digugurkan apabila berlaku pilihanraya.

Bagi seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, beliau juga melahirkan rasa hairan dengan kenyataan penuh yakin Khir bahawa perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya.

"Ataukah sudah ada 'kira-bicara' dibuat sebelum Khir didakwa di mahakmah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Selain itu, banyak pihak juga merasakan tindakan terhadap Khir itu hanya gimik berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat cuba menonjolkan imej menentang rasuah bagi membersihkan imej Umno yang selama ini terpalit dengan isu itu.(harakahdaily)

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 09 Dec 2010 03:42 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Mulakan segera JANGAN tunggu

Posted: 08 Dec 2010 04:50 AM PST

Wa'ala pada pimpinan, itu syarat untuk mencapai kemenangan. Apa tunggu lagi, arahan oleh Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia, AF Ustaz Idris Ahmad.

Naikkan lah banner seperti dicadangkan oleh beliau, antara tulisan banner yang menarik tumpuan ramai yang anda boleh pilih ialah;-

1. "Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula"

2. "Barang Naik,Rakyat Kena Dulu"

3. "Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat"

4. "Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat"

5. "Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa"

6. "Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli"

7. "Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat"

8. "Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya"

9. "Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN"

10. "Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah"

11. "Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat"

12. "Selamatkan Negara Daripada Muflis"

13. "Mana Wang Petronas Dihabiskan?"

14. "Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil"

15. "Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?"

16. "Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini"

17. "Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN"


~ al-bakistani

DPP Padang Besar

Posted: 09 Dec 2010 03:19 AM PST

DPP Padang Besar


Perutusan Maal Hijrah 2 Tok Guru

Posted: 08 Dec 2010 11:01 PM PST

Perutusan Maal Hijrah dari 2 Tok Guru Kita

Klik di sini

Klik di sini

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Dec 2010 01:41 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Speaker gantung wakil Pakatan Rakyat lagi

Posted: 09 Dec 2010 12:34 AM PST

03 Muharam 1432H

Dua Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan, digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal-jawab.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, membuat keputusan itu selepas kedua-dua Ahli Parlimen terbabit mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) (kiri) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur ahli Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut.

"Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya.

Ooi sebelum itu meminta Timbalan Menteri Pengangkutan menjelaskan mengapa projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tergendala sehingga ke tahun 2011.

Fong (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga 2.30 petang.

"Tingkah laku speaker mengsia-siakan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beliau tidak dapat mengawal emosi. Ini lebih teruk daripada 'Kangaroo court'," kata Ooi pada sidang media di lobi parlimen, kemudian.

Semalam, Pandikar turut menggantung enam ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan beliau menghalang Anwar daripada membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide.

Malaysiakini/-

"MELIMPAH RUAHNYA GANJARAN ALLAH"

Posted: 09 Dec 2010 12:24 AM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : eSpAcE 9808

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"

Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu dengan izin Allah. Sebagai contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran.

Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu juga orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah ( Al-Quran ), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuloh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan mengatakan Alif Lam mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huru f"

(Riwayat At-Tarmizi )

Selain dari itu niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Nabi s.a.w telah bersabda:

" Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang apa yang dia niat "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah s.a.w bersabda:

" Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya "

Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi bersabda:

" Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya "

Iktikaf di dalam masjid misalnya tidak semestinya melakukan sesuatu amalan baru mendapat ganjaran. Apabila seseorang itu masuk ke masjid dan berniat iktikaf lalu dia duduk berdiam diri pun sudah berhasil mendapat pahala kerana dikira sebagai beriktikaf.

Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah S.W T telah menetapkan beberapa kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan satu kebaikan, namun dia belum/tidak dapat melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya.

Tetapi barangsiapa berniat melakukan satu amal kebaikan lalu ia melaksanakannya maka Allah akan menuliskan 10 kali ganjaran kebaikan hingga sampai 700 kali kebaikan, bahkan berlipat ganda yang banyak sekali di sisinya.

Dan barangsiapa berniat melakukan satu kejahatan, namun dia belum/tidak dapat melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang penuh kepadanya. Tetapi jika dia berniat melakukan satu amal kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatnya satu keburukan satu keburukan padanya"

(Buhkari dan Muslim)

Setiap manusia ada malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Apabila manusia itu mati, malaikat yang mencatat amalan manusia akan diperintah oleh Allah s.w.t supaya berdiri diatas kubur si mati untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir dan menuliskan pahalanya kepada simati.

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat ( kiri dan kanan) untuk menulis segala apa yang dilakukan oleh hambanya. Kemudian apabila orang itu mati, maka Allah perintahkan kepada kedua malaikat itu dengan firmannya: " Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku, maka hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaku sehingga hari Kiamat dan tuliskan apa yang diucapkan itu sebagai pahala untuk hambaku "

( Riwayat At-Tabrani)

Pada satu athar ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat simati sehingga hari Kiamat jika mayat itu kafir.

Begitu juga jika seseorang yang sentiasa beramal kebaikan lalu ia sakit dan tidak dapat melakukan amalan sebagaimana biasa maka Allah akan memberikan pahala walau ia tidak melakukannya. Ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya:

Dari Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan satu bencana pada tubuhnya, maka Allah berfirman kepada malaikat penulis amalannya: " Tulislah juga untuknya amalan-amalan solih yang biasa ia lakukan, kemudian jika Allah sembuhkannya dari penyakit itu maka bersihkan dan sucikan dari dosanya. Jika sekiranya dia mati maka allah akan ampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya"

( Ibnu Abi syaibah, Imam Ahmad dan Baihaki)

Bangunlah! Bertahajudlah!

Posted: 09 Dec 2010 12:15 AM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : muhamad agus syafii

Teman, Bangunlah! Bertahajudlah! Merapatkan kaki disisi Allah pada pertengahan malam. Tidak ada seorangpun mengetahui kecuali Allah. Air mata mengalir membasahi pipi dan mencuci bersih hati yang terkotori.

Berlindung dan berharap kepada Allah memenuhi segala kebutuhan mendambakan ridha Allah meridhai kita dengan kilauan cahaya disetiap wajah, anggota tubuh, istiqomah dalam beramal, ikhlas dalam hati dan senantiasa berpikir positif.

Nikmatilah! sholat malam melebihi dalam tidur lelap, sholat malam menjadikan berarti dalam hidup kita sebagai amal yang konsisten. Bahkan menjadi bagian yang tak terpisahkan. jadikan hati senantiasa gelisah karena merindukan sholat malam dan senang menyambut malam karena berdiri dihadapan Allah dengan tenang dan khusyuk.

Teman, hidupkanlah malam dengan tahajud dan berdzikir kepada Allah. Allah menggambarkan dengan indahnya bagi hamba-hambaNya yang senantiasa menunaikan sholat tahajud. 'Orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah yang apabila diingatkan dengannya mereka tersungkur sujud, bertasbih, memuji Tuhan, serta tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka.' (QS. Al-Sajadah : 15-16).

Tahajud Yuk!

Syabab Race Pemuda Pas Parit Menggegar Lagi

Posted: 09 Dec 2010 12:02 AM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : SUK DPPN PERAK

Parit, Disember 2010 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi dengan jayanya telah menganjurkan program Syabab Race bagi Parlimen Parit yang mencakupi Dun Bota dan Dun Belanja pada 5 Disember 2010 yang lalu. Program yang dianjurkan berkonsepkan seperti pertandingan Explore Race dan Amazing Race ini telah berjaya mengumpulkan 11 buah kereta peserta menghamipiri sasaran awal sebanyak 15 buah kereta.

Program yang diadakan ini memberikan fokus utama untuk mendaftarkan seramai mungkin pemilih baru dengan menjadikannya sebagai satu bentuk pertandingan. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan pemilih baru yang teramai telah dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 300 beserta hamper.

Pengarah program , Ustaz Mohd Al-Hakimi bin As-Syah Alami ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa puas hati dan berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta Syabab Race kali ini. Menurut beliau, objektif program telah berjaya dicapai apabila para peserta telah mendaftarkan ramai pemilih baru dalam masa yang singkat selain telah menaikkan syiar PAS apabila para peserta melakukan aktiviti kebajikan masyarakat di setiap checkpoint yang disediakan.

Program yang telah dianjurkan buat kali kedua ini juga telah disertai oleh kawasan yang berhampiran iaitu Batu Gajah dan Bukit Gantang. Video program Syabab Race yang telah dimuat naik ke laman web Youtube juga telah mendapat banyak respon positif dari para pengunjung laman web tersebut.

laman web youtube:

1) ucapan pengarah : http://www.youtube.com/watch?v=mBp1KDwInQg

2) montaj : http://www.youtube.com/watch?v=1wMKIxXOmFk

3) teaser : http://www.youtube.com/watch?v=KOY70h_MX0s&feature=related.

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 3)

Posted: 08 Dec 2010 11:58 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

21. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

22. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

23. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek Kerajaan Negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku-janji yang ditandatanganinya dihadapan Sultan Selangor.

24. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn. Bhd. melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

25. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat EXCO ke 25/2001 pada 26hb. September, 2001 tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya.

26. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Mercedes S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharan kepentingannya.

27. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat EXCO dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat EXCO yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh EXCO lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota EXCO sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap EXCO duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "EXCO Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

28. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn. Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

29. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang Kerajaan Negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak buat kroni dan suku-sakatnya.

30. Mengeksploit Mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran EXCO lain. Mesyuarat EXCO esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas Penasihat Undang-Undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat EXCO.

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 2)

Posted: 08 Dec 2010 11:43 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb.

Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir.

Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb.

Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang.

Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

HAK MILIK TANAH: ZAMBRY DAHULUKAN IBUNYA

Posted: 08 Dec 2010 11:39 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan penjelasan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir berhubung dakwaan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan pembelian tanah oleh Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan Kampung Masjid, Pulau Pangkor kerana Ibunya turut tinggal di situ sekarang ini.

Oleh kerana Ibunya turut berada di situ, maka Kerajaan Negeri telah membelinya daripada tanah hak milik persendirian dan memberikan hak tanah tersebut kepada semua yang sedia tinggal di situ. DPPN Pk pertamanya ingin mempersoalkan, mengapakah sebelum ini banyak kawasan Perkampungan Setinggan terutama di Bandaraya Ipoh masih belum diberikan hak milik tanah mereka sedangkan perkampongan setinggan ini juga perlu diselamatkan.

Manakala yang keduanya, perkara tersebut jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry berkepentingan di dalam memastikan Ibunya turut mendapat hak milik tanah tersebut. Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak membuat siasatan adakah Datuk Seri Zambry turut terlibat meluluskan pemberian tanah tersebut serta terlibat dalam usaha pembelian tanah tersebut bagi pihak kerajaan negeri.

Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa ada unsur rasuah telah berlaku di dalam pemberian tanah tersebut di dalam kelompok ahli keluarga beliau. Dalam konteks masalah tanah yang telah lama menjadi tempat tinggal Ibu Datuk Seri Zambry, mengapakah beliau yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lumut pada tahun 1992 dahulu tidak memperjuangkan agar semua penduduk di situ diberikan tanah?

Datuk Seri Zambry yang turut pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pulau Pangkor pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali dilihat tidak juga memperjuangkan masalah tanah di mana Ibunya tinggal sekarang. Alasan Datuk Seri Zambry jelas membelakangkan hak rakyat terlebih dahulu dan tindakannya juga tidak mengutamakan rakyat yang amat memerlukan.

Tanda Kebaikan Islam Seseorang

Posted: 08 Dec 2010 11:07 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Nur Ihsan

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat
bagi orang-orang yang beriman. [QS: Adz-Dzaariyat: 55]
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang
memberi peringatan. [QS:Al-Ghasyiyah:21]

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

"Termasuk dari kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak penting baginya."

(H.R.Tirmidzi dan yang lainnya)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan dalam kitab Al Arba'in bahwa hadits ini derajatnyahasan. Syaikh Salim Al Hilali menyatakan dalam buku "Shahih Al Adzkar wa Dhaifuhu" hadits inishahih lighairihi… Kesimpulannya hadits ini benar adanya dari Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam.

Imam Ibnu Rajab rahimahullah (wafat tahun 795 H) mengatakan:

"Hadits ini merupakan fondasi yang sangat agung dari fondasi-fondasi adab".

Beliau juga menyatakan pula tentang pengertian hadits ini:

"Sesungguhnya barangsiapa yang baik keislamannya, pasti ia meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak penting baginya, ucapan dan perbuatan dia terbatas dalam hal yang penting baginya." (Jami'ul Ulum wal Hikam)

Standar penting di sini bukan menurut rasa atau rasio kita yang tidak lepas dari pengaruh hawa nafsu, akan tetapi berdasarkan tuntunan syari'at Islam.

Termasuk meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak penting adalah meninggalkan hal-hal yang haram, atau yang masih samar, atau sesuatu yang makruh, bahkan berlebihan dalam perkara-perkara yang mubah sekalipun apabila tidak diperlukan, termasuk kategori hal-hal yang tidak penting.

Imam Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan pula:

"Kebanyakan pendapat yang ada tentang maksud meninggalkan apa-apa yang tidak penting adalah menjaga lisan dari ucapan yang tidak berguna sebagaimana disebutkan oleh Allah : "Tidaklah seorang mengucapkan satu ucapan, kecuali padanya ada malaikat yang mengawasi dan mencatat." (Surat Qaaf: 18)

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah berkata:

"Barangsiapa yang membandingkan antara ucapan dan perbuatannya, tentu ia akan sedikit berbicara, kecuali dalam hal-hal yang penting"."

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam kitab Al Adzkar:

"Ketahuilah, sesungguhnya setiap mukallaf (muslim) diharuskan menjaga lisannya dari segala ucapan, kecuali yang mengandung maslahat. Apabila sama maslahatnya, baik ia berbicara atau diam, maka sunnah untuk menahannya, karena kata-kata yang mubah dapat mengakibatkan akhirnya kepada yang haram atau makruh, dan ini yang seringkali terjadi pada umumnya, padahal mencari keselamatan itu tak ada bandingannya."

Artinya mencari keselamatan itu sangat penting sekali.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (wafat tahun 751 H) berkata:

"Menjaga lisan adalah agar jangan sampai seseorang mengucapkan kata-kata yang sia-sia, apabila ia berkata hendaklah berkata yang diharapkan terdapat padanya keuntungan padanya dan manfaat bagi dien (agama)nya.

Apabila ia akan berbicara hendaklah ia pikirkan, apakah dalam ucapan yang akan ia keluarkan terdapat manfaat dan keuntungan atau tidak? Apabila tidak bermanfaat hendaklah ia diam, apabila bermanfaat hendaklah ia pikirkan lagi, adakah kata-kata yang lebih bermanfaat atau tidak? Supaya ia tidak menyia-nyiakan waktunya dengan yang pertama." (Dinukil dari kitab Ad Da'u wad Dawa')

Selanjutnya beliau juga mengatakan dalam kitab yang sama:

"Adalah sangat mengherankan bahwa manusia mudah sekali untuk menghindari dari memakan barang yang haram, berbuat zhalim, berzina, mencuri, minum-minuman keras, memandang pandangan yang diharamkan, dan lain sebagainya, tetapi sulit untuk menjaga gerakan lisannya, sampai-sampai seseorang yang dipandang sebagai ahli agama, zuhud, gemar ibadah, tetapi dia berbicara dengan ucapan yang membuat Allah murka padanya, disebabkan ucapannya tersebut tanpa ia sangka-sangka menyebabkan ia terjerumus ke neraka jahannam lebih jauh antara jarak timur dan barat.

Betapa banyak orang yang demikian yang engkau lihat dalam hal wara', meninggalkan kekejian dan kezhaliman, tetapi lisannya diumbar ke sana kemari menodai kehormatan orang-orang yang hidup dan yang telah meninggal dunia, tanpa mempedulikan akibat dari kata-kata yang diucapkannya."

Ancaman yang disebutkan tadi berasal dari sabda Nabi shallallhu 'alaihi wa sallam:

"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kata-kata, ia tidak memikirkan (apakah baik atau buruk) di dalamnya, maka ia tergelincir disebabkan kata-kata itu ke dalam api neraka sejauh antara timur dan barat." (Muttafaq Alaihi)

Terakhir sebagai penutup marilah kita simak nasehat dari Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin hafizhahullah yang diringkas dari karyanya Syarah Riyadhus Shalihin:

"Seorang muslim apabila ia ingin baik keislamannya, maka hendaklah ia meninggalkan apa-apa yang tidak penting baginya. Contoh: Apabila engkau bingung terhadap suatu amalan, apakah engkau kerjakan atau tidak? Lihatlah amalan itu apakah penting untukmu dalam hal dien dan dunia atau tidak penting?

Jika penting maka lakukanlah, kalau tidak maka tinggalkanlah, karena keselamatan itu harus lebih diutamakan.

Begitulah, janganlah engkau ikut campur dengan urusan orang lain, jika kamu tidak memiliki kepentingan dengannya, tidak seperti yang dilakukan oleh sebagian manusia pada hari ini berupa rasa ingin tahu terhadap urusan orang lain, apabila ada dua orang yang sedang berbincang-bincang, maka engkau datangi keduanya, ingin tahu apa yang sedang diucapkan oleh mereka berdua, atau terkadang mengutus orang lain untuk mendengarkannya.

Contoh yang lain, jika engkau berjumpa dengan orang lain, engkau bertanya kepadanya, "darimana kamu?", "apa yang dikatakan si fulan kepadamu?", "apa yang kamu katakan kepadanya?", dan lain-lain sebagainya dari perkara-perkara yang tidak penting, dan tidak ada faedahnya, bahkan ia menyia-nyiakan waktu, membuat hati gelisah, dan mengacaukan pikirannya serta menyia-nyiakan kebanyakan dari perkara-perkara penting dan bermanfaat.

Engkau dapatkan seorang yang dinamis, aktif dalam beramal, memiliki perhatian penuh terhadap kebaikan bagi dirinya dan hal-hal yang bermanfaat baginya, maka engkau dapatkan dia sebagai orang yang produktif.

Maka kesimpulannya, jika engkau ingin melakukan atau meninggalkan suatu pekerjaan, perhatikanlah! Apakah hal itu penting bagimu atau tidak? Jika tidak penting, maka tinggalkanlah. Apabila penting, maka kerjakanlah sesuai dengan prioritasnya.

Begitulah manusia yang berakal, ia sangat perhatian dengan amal kebaikan sebagai persiapan menghadapi kematian, dan dia selalu menginstropeksi diri terhadap amal-amalnya selama ini. Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua."

Adab Minum Rasulullah S.A.W

Posted: 08 Dec 2010 08:19 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Markisa Razak

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

10 bandar terkotor di dunia.

Posted: 08 Dec 2010 07:18 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : roslan mohd

Ten Filthiest Cities In The World
The world has to face the fact that dirt costs, and dirty cities cost big time. Today over half the world lives in urban as opposed to rural environments. This means ever more concentrated dirt.

The list of dirtiest cities has been compiled by Mercer Human Resource Consulting Worldwide Health and Sanitation rankings that ranked 215 cities worldwide based on levels of air pollution, waste management, water potability, hospital services, medical supplies and the presence of infectious diseases. Here is the top 10 filthiest cities in the world:

10. Dar es Salaam, Tanzania

Mercer Health and Sanitation Index Score: 40.4

The capital of this east African country continues to grow populationwise, putting a stress on the city's sanitation programs. Solid waste, entering the Msimbazi River, contributes to widely spread infectious diseases among the population.

9. N'Djamena, Chad

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.7

Ndjamena, the capital city of Chad, faces multi-faceted water management challenges. A main site for concern here is the Conventional Basin of Lake Chad, upon which the country's main fisheries greatly depend. Also noteworthy-- the continual influx of population growth, accelerated by the migration of neighboring Sudanese refugees from Darfur, which places an unexpected strain on water management.

8. Brazzaville, Congo

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.1

Air pollution from emissions, lack of potable water and the contamination of the city's water from raw sewage contribute to the laundry list of health and sanitation concerns for Brazzaville, the capital of Congo. Each of these press upon the life expectancy of the local population.

7. Baghdad, Iraq

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39

Poor water quality in Baghdad threatens to exacerbate the the transmission of water-borne diseases in the city. Fatal outbreaks of cholera struck several provinces of the country, including Baghdad from August 2007 to December 2007. The United Nations Environment Programme (UNEP) also says air pollution, resulting from burning oil and aggravated by war, is cause for concern.

6. Mumbai, India

Mercer Health and Sanitation Index Score: 38.2

India's government hopes to transform Mumbai back into a burgeoning metropolis after recent economic decline. A recent private-sector report, Vision Mumbai, proposed changes in infrastructure, pollution control and economic growth strategy, which contributed to the seeking of approximately $1 billion of aid from Indian government.

5. Addis Ababa, Ethiopia

Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.9

Addis Ababa, the capital of Ethiopia, faces one of the worst sanitation problems on both the continent of Africa as well as in the world. The lack of adequate sanitation programs results in infant mortality, low life expectancy and the transmission of water-borne diseases.

4. Mexico City, Mexico

Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.7

Mexico City, the capital of Mexico, and the capital of North American air pollution, estimates unhealthy ozone emissions nearly 85% of the year. Mexico's geographical location--in the center of a volcanic crater and surrounded by mountains--only serves to lock in the air pollution, causing smog to sit above the city.

3. Port au Prince, Haiti

Mercer Health and Sanitation Index Score: 34

The country's politically inspired violence and corruption are well documented. Equally dangerous: its air and water. Serving as one of the main ports on the island of Hispaniola, Port au Prince is central to Haiti's economic development. A lack of pollution controls, however, contributes to the widespread environmental problems confronting the Haitian city.

2. Antananarivo, Madagascar

Mercer Health and Sanitation Index Score: 30.1

Madagascar, located off of the southeastern coast of Africa in the Indian Ocean, makes this year's list with its capital city, Antananarivo. Well known for its variety of unique flora and fauna, Madagascar has often been referred to as the world's eighth continent, but the effects of the human population are quickly leaving their footprint.

Dirtiest City in the World - Dhaka, Bangladesh

Mercer Health and Sanitation Index Score: 29.6

Located in southern Asia, between Burma and India, Dhaka, the capital of Bangladesh battles with the constant threat of water pollution. Surface water is often thick with disease and pollutants from the use of commercial pesticides. With an estimated 150 million people living in a relatively small area, cleaning up the problem won't be easy.

Lagi usul potong gaji menteri ditolak

Posted: 08 Dec 2010 06:50 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof hari ini mengemukakan usul memotong gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di atas kegagalan menguruskan program-program berhubung kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Siti Zailah sewaktu mengemukakan usul di bawah perkara 66 (9) petang tadi mendakwa demikian berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan berlakunya kepincangan dalam pengurusan bantuan kepada rakyat miskin.

"Menyentuh mengenai pengurusan program bantuan am, laporan audit negara menunjukkan ia sangat tidak memuaskan apabila bantuan yang diterima mengalami kelambatan pada setiap bulan termasuk pemberian bantuan kepada penerima yang telah meninggal dunia," kata beliau.

Beliau berkata, daripada laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diterimanya juga, tidak terdapat pantauan yang serius mengenai wang yang diagihkan itu sehingga berlakunya baki wang yang diagihkan dikembalikan semula kepada akaun kerajaan.

Menurutnya juga, sebanyak RM8,825 dibayar kepada penerima yang telah meninggal dunia dan sebanyak RM12,673 berlaku kelewatan pemberian lebih dari dua bulan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai membuktikan Pakatan Rakyat memandang serius isu yang membabitkan kebajikan rakyat.

"Saya buat usul ini bukan saja suka-suka tapi sebagai bukti kita amat menitik beratkan kebajikan rakyat yang tidak sepenuhnya terbela akibat sikap angkuh Menteri," katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya lagi,Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sengaja mengalihkan isu sebenar apabila mengaitkan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat negeri itu terlalu sedikit jika dibandingkan peruntukan yang diberikan Kerajaan Persekutuan.

"Menteri memang pandai memutar belit dan mengalihkan isu sebenar. Kita bincang pasal kegagalan pengurusan bantuan kepada rakyat miskin, dia pula cuba memburuk-burukkan Kelantan," katanya.

Shahrizat ketika menjawab dakwaan Siti Zailah juga membuat tuduhan bahawa Siti Zailah tidak turun membantu rakyat di kawasannya.

Siti Zailah ketika ditemui selepas itu berkata, wakil wanita BN menunjukkan sikap yang emosional dalam berhujah namun mengenepikan isu rakyat yang sebenar.

Beliau juga berkata, segala kenyataan yang dibuat Shahrizat menunjukkan seolah-olah wang yang digunakan itu adalah wang BN sedangkan ianya wang rakyat hasil pelbagai cukai yang dibayar.

"Dia kata kita tidak boleh bercakap besar tapi dia tak sedar yang dia sendiri bercakap besar seolah-olah rakyat tidak boleh hidup tanpa kerajaan BN sedangkan segala rezeki itu datangnya dari Alah," katanya kesal.

Usul potong gaji itu juga tidak dipersetujui wakil BN.

Harakahdaily/-

Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN

Posted: 08 Dec 2010 06:42 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka ternyata hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikan segala janji-janjinya kepada rakyat sejak dulu, melainkan hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Lebih jauh dari itu, slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri juga, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak boleh dipegang oleh rakyat kerana slogan tersebut hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak pula dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan itu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat, petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun ia telah dijanjikan tidak akan dinaikkan.

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka," katanya.

"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sobri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya pada 3 Disember lalu, berkuatkuasa pada jam 12.01 minit pagi, harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen menjadikannya berharga RM1.90 seliter. Dua hari setelah itu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu dikatakan kerana harga minyak dunia yang diapungkan sejak Julai lalu.

Selain itu, harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Pada hari yang sama, Bernama melaporkan Menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyatlah yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," tegas Nuridah ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, katanya, sememangnya amat menyusahkan rakyat di semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.

Selain itu, beliau juga kesal kerana kerajaan BN turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang sedang dizalimi oleh kerajaan BN.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen hari ini antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.

Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang berhari raya di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

"Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," ujar beliau.

Harakahdaily/-

Kajian - Anwar masih releven !

Posted: 08 Dec 2010 06:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis ─ Orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat dilihat masih meletakkan harapan ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pun begitu krisis dalaman yang melanda PKR ─ yang dikaitkan dengan pemilihan secara langsung - ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Anwar dan keyakinan terhadap parti pimpinannya.

Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya menunjukkan 43 peratus responden yang ditemui masih menaruh keyakinan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berbanding 41 peratus responden berpendapat sebaliknya. Peratusan kadar persetujuan berhubung soalan itu tidak jauh berbeza. Sebanyak 16 peratus responden pula menyatakan tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan iaitu kerelevenan Anwar dalam politik negara berikutan krisis dalaman yang melanda PKR dan serangan peribadi terhadap beliau yang hebat oleh pelbagai pihak dengan menggunakan media arus perdana dan televisyen.

Persoalan itu menurut pusat tersebut dikemukakan bagi menguji tahap keyakinan masyarakat terhadap beliau dan PKR ketika ia baru selesai mengadakan pemilihan langsung julung kali, yang turut tercalar dengan dakwaan kecacatan dan kepincangan proses pengundian.

"Respons yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa walaupun dengan kempen dan usaha dilakukan bagi menghakis pengaruh beliau, namun peratus anggota masyarakat yang masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Anwar masih tinggi.

"Apabila ditunjukkan hasil kajian yang memperlihatkan 41 peratus responden berpendapat bahawa beliau sudah tidak releven dengan politik negara, Datuk Seri Anwar menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah diduga, dan malahan berpendapat bahawa usaha memburukkan beliau dan PKR masih tidak begitu berjaya kerana masih terdapat peratus yang tinggi yang menaruh keyakinan kepada kepimpinan beliau," kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu.

Sebaliknya menurut beliau, kempen oleh media arus perdana terhadap PKR dan beliau telah memberikan publisiti kepada parti tersebut yang selama itu sukar medapat liputan.

"Beliau juga menaruh keyakinan bahawa dengan masalah rumah tangga PKR yang akan secara proaktif akan diselesaikan setelah berakhirnya pemilihan parti dan gerak kerja seluruh negara yang akan dipergiatkan, beliau yakin prestasi parti akan dapat diperbaiki," katanya.

Kajian persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR dijalankan bulan lalu ketika ia masih mengadakan pemilihan pusat.

Kata pusat itu, kemelut dalaman yang melanda PKR membabitkan beberapa orang Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bertanding atas tiket parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 meninggalkan parti dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan pimpinan parti baru-baru ini telah menarik perhatian rakyat secara umumnya.

Gambaran terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PKR ini diperburukkan dengan gembar-gembur dan serangan secara besar-besaran oleh media arus perdana yang turut menjadikan Anwar, yang juga penasihat PKR, sebagai sasaran.

Kajian lapangan membabitkan 1,124 responden telah dijalankan antara 19 hingga 21 dan 27 hingga 28 November lalu ketika isu ini hebat dipaparkan oleh media arus perdana dan televisyen.

Kawasan yang menjadi tumpuan kajian ialah di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang melibatkan kawasan Parlimen seperti Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju dan Lembah Pantai.

Kawasan ini dipilih memandangkan penduduknya secara relatif agak terdedah kepada perkembangan politik yang lebih dinamik dan menunjukkan sikap menyokong politik pembangkang.

Selain itu, kawasan yang dipilih terletak di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan kawasan yang merekodkan paling ramai ahli PKR yang terlibat dalam proses pengundian dan pemilihan pimpinan parti.

Di samping itu, Selangor merupakan negeri yang ditadbir kepimpinan PKR dan perkembangan semasa yang berlaku secara langsung atau tidak mempunyai kaitan dengan masa depan parti tersebut, khususnya di negeri tersebut.

Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen dan penasihat ekonomi bagi kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu berhubung soalan sama ada kemelut dalaman PKR menghakis keyakinan terhadap parti dan kepimpinan Anwar, seramai 52 peratus responden bersetuju manakala 29 peratus berpandangan sebaliknya.

Seramai 19 peratus mengatakan tidak pasti.

"Krisis dalaman yang melanda PKR ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar.

"Namun, jumlah 29 peratus yang berdiri teguh di belakang PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar menunjukkan bahawa terdapat peratus yang tinggi yang masih merupakan penyokong tegar parti dan kepimpinannya," kata beliau.

Redzuan juga berkata kajian pihaknya juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat mengalami penghakisan dengan kemelut dalaman yang melanda PKR dan sekali gus turut menghakis keyakinan terhadap Anwar.

"Respons yang diberikan oleh responden juga menunjukkan bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkembangan dalaman PKR dan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap parti tersebut dan kepimpianannya," katanya.

Bagi persoalan sejauh mana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, Redzuan berkata, 49 peratus responden menyatakan kehilangan keyakinan pada parti tersebut berikutan kemelut yang berlaku.

"Walau bagaimanapun, 30 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada parti tersebut, meskipun dengan pelbagai kemelut yang melanda.

"Walaupun tahap ketidakyakinan terhadap PKR secara relatifnya tinggi, tetapi peratus tidak pasti juga agak tinggi iaitu sebanyak 21 peratus," katanya lagi.

Kata beliau, peratus yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa saingan kepada PKR masih belum mampu meraih sokongan yang meyakinkan berikutan pendirian masyarakat yang prihatin terhadap kemelut yang melanda PKR.

Jelas beliau, peratus yang ditunjukkan oleh responden juga memperlihatkan bahawa kempen anti-PKR yang dilakukan oleh saingan PKR dalam politik negara masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan.

"Di pihak PKR pula peratus ini jelas memperlihatkan bahawa krisis dalaman yang berpanjangan yang melanda parti tersebut menyebabkan masyarakat terhakis keyakinannya terhadap parti tersebut," katanya lagi.

Redzuan juga berkata, kajian ini menunjukkan ekoran krisis dalaman parti semasa 43 peratus responden hilang keyakinan kepada PKR dan ini akan mempengaruhi pendirian mereka apabila mengundi kelak.

"Walau bagaimapun, sebanyak 35 peratus responden masih menaruh kepercayaan kepada PKR dan akan terus menyokong parti tersebut manakala 22 peratus berpendirian tidak pasti," katanya.

Kata beliau, walaupun dari segi peratus sokongan mengikut angka memperlihatkan PKR jauh tercicir, namun medan masih terbuka luas kerana peratus yang menolak PKR masih belum mencapai jumlah yang meyakinkan iaitu lebih 50 peratus dan jumlah mereka yang dikategorikan sebagai "atas pagar" agak tinggi.

"Prestasi yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bersaing menjelang pilihan raya umum ke-13 masih merupakan faktor penentu sebelum pengundi membuat keputusan muktamad apabila berada di peti undi menjelang hari membuang undi tiba," katanya.(Malaysian Insider)

Happy ending buat Khir?

Posted: 08 Dec 2010 06:15 PM PST

03 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ramai yang seolah-olah sudah mampu membuat jangkaan bagaimana penghujung jalan cerita kes pendakwaan Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo.

Tanpa perlu membuat analisis terperinci, bekas Menteri Besar Selangor itu sendiri sudah memberi pembayang berhubung kesudahan kesnya apabila dengan penuh yakin mendakwa kes ini akan 'membersihkan' namanya.

Bagi beberapa pemimpin PAS, kenyataan itu sudah cukup untuk menjelaskan status sebenar pendakwaan yang dibuat ke atas Khir Toyo itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali contohnya turut melahirkan rasa hairan apabila Khir seperti mengetahui nasib yang sedang direncanakan ke atasnya.

"Awal lagi (Khir) dah kata: Ni peluang saya nak bersihkan nama.

"Maknanya dia sudah dijanjikan happy ending, kalau tak, tak kan relaks sahaja kata begitu," katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Bagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula, beliau tidak mahu meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi terhadap pendakwaan yang telah dibuat ke atas Khir itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini mendakwa, kes Khir tersebut hanya satu peratus dari kes jerung yang dilaporkan.

Tambahnya, beliau risau trend yang sama semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kini berulang.

Abdullah ketika zaman pemerintahannya juga turut membuat pendakwaan rasuah kepada Eric Chia dan Kasitah Gadam, namun akhirnya digugurkan apabila berlaku pilihanraya.

Bagi seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, beliau juga melahirkan rasa hairan dengan kenyataan penuh yakin Khir bahawa perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya.

"Ataukah sudah ada 'kira-bicara' dibuat sebelum Khir didakwa di mahakmah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Selain itu, banyak pihak juga merasakan tindakan terhadap Khir itu hanya gimik berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat cuba menonjolkan imej menentang rasuah bagi membersihkan imej Umno yang selama ini terpalit dengan isu itu.

Khir, Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam,

daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Harakahdaily/-

Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya PR Perak

Posted: 08 Dec 2010 06:00 PM PST

Mohon kepada semua blogger Pakatan Rakyat/PAS agar dapat memberi pautan banner di blog masing-masing kepada program besar Ceramah Perdana 11 Disember ini.

Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak di Ayer Tawar, Perak.

Untuk poster ceramah bagi tujuan sebaran, boleh ambil dari tampalan di bahagian kiri (hitam putih) manakala banner utk blog sila copy paste banner dibawah. Semua di Jemput Hadir. - Sekretariat


MP ustralia pantau kes Liwat II

Posted: 08 Dec 2010 05:56 PM PST

03 Muharam 1432H

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara berhubung kes liwatnya apabila mengundang Anggota Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.

"...Oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan," katanya.

Xenophon yang juga seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.

Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan ketua pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku.

"Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau.

"Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," kata Xeonophon.

Malaysiakini/-

Saksi: Kereta Aminulrasyid himpit kereta polis

Posted: 08 Dec 2010 05:47 PM PST

03 Muharam 1432H

Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak di kepala, bukan sahaja ingkar arahan polis supaya memberhentikan kereta yang dipandu, malah bertindak menghimpit kereta peronda polis sehingga hampir terbabas di tepi jalan.

Konstabel Mohd Izham Mahayadin yang bertugas di cawangan kereta peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Seksyen 11 di sini, berkata beliau telah memberi arahan kepada pemandu Proton Iswara putih bernombor pendaftaran BET 5023 supaya memberhentikan kenderaan di tepi jalan tetapi pemandu kereta itu enggan berbuat demikian malah meningkatkan kelajuan pemanduannya.

"Kereta Iswara itu memintas kami dalam keadaan laju di Persiaran Dato' Menteri berhampiran dengan Kompleks PKNS dan pemandu kereta peronda Koperal Azhar Hashim terus kejar kereta Iswara setelah memberitahu kereta itu telah langgar lampu isyarat merah.

"Azhar telah pasang siren dan lampu beacon manakala saya telah keluarkan arahan melalui mikrofon di kereta peronda kira-kira tiga kali supaya pemandu kereta Iswara itu perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan tetapi tidak ada tanda untuk berhenti malah nampak semakin laju," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mohd Izham memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas.

Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Saksi ke-28 pendakwaan itu berkata setelah kereta Iswara itu enggan berhenti, beliau dan Azhar terus mengejar kenderaan tersebut sehingga berlaku himpit-menghimpit antara mereka di Persiaran Masjid.

"Ketika kereta kami cuba memintas ke arah kanan kereta Iswara, kereta itu menghimpit kami supaya kami tidak dapat memotongnya dan perkara itu berlaku kira-kira tiga kali. Ada ketika kereta peronda kami hampir terbabas naik ke pembahagi jalan," katanya sambil menambah beliau turut meminta bantuan daripada kereta peronda polis lain yang berada berhampiran.

Seterusnya, Mohd Izham berkata tiba di simpang empat lampu isyarat berhadapan dengan Hotel Concorde di Seksyen 9, kereta Iswara tersebut sekali lagi melanggar lampu isyarat merah dan membelok masuk ke Persiaran Kayangan di mana sebuah lagi kereta peronda polis dilihat turut mengejar kereta Iswara tersebut.

Saksi itu berkata ketika di Persiaran Kayangan, kedua-dua kereta peronda tersebut beberapa kali cuba memintas kereta Iswara itu namun gagal sehinggalah mereka tiba di Bulatan Kayangan di mana kereta Iswara tersebut sekali lagi gagal berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Di Bulatan Kayangan, kedua-dua kereta peronda dalam keadaan bersaing di kiri dan kanan di belakang kereta Iswara itu. Apabila kami cuba menghimpit, kereta Iswara itu menghimpit kembali menyebabkan kereta peronda hampir terbabas.

"Ketika kereta peronda saya berada di belah kanan kereta Iswara itu, saya telah keluarkan separuh badan saya dan lepaskan tembakan ke arah tayar kanan belakang kereta itu. Saya tidak pasti berapa das tembakan saya lepaskan tetapi selepas saya pulangkan semula senjata kepada stor persenjataan barulah saya dimaklumkan 10 butir peluru telah digunakan semasa tembakan itu," katanya.

Sementara itu, Muhamad Azamuddin Omar, 15, rakan Aminulrasyid yang turut berada di dalam kereta dipandu mangsa semasa kejadian, ketika menyambung keterangannya berkata beliau pada bila-bila masa tidak pernah melihat parang di dalam kereta Iswara itu.

Ketika Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani menunjukkan sebilah parang yang merupakan barang kes dalam perbicaraan itu, saksi ke-29 pendakwaan itu berkata beliau tidak pernah melihatnya.

Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, lapor Bernama.

Muhamad Azamuddin seterusnya berkata beliau telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam pada malam kejadian bagi membersihkan nama beliau dan mangsa yang dituduh sebagai penyamun.

Saksi itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam Salim Bashir, yang mewakili Jenain, bahawa polis mungkin mempunyai andaian bahawa beliau dan Aminulrasyid adalah penyamun berdasarkan kepada tindakan mangsa lari daripada polis dan penemuan parang dalam kereta Iswara itu.

Ditanya mengapa Aminulrasyid enggan memberhentikan kenderaan walaupun disuruh berbuat demikian oleh polis, Muhamad Azamuddin berkata: "Saya rasa Aminulrasyid takut... dia tak nak menyusahkan maknya dan dia tak nak buat hal sebab ini kali pertama buat hal paling teruk."

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar disambung esok.

Malaysiakini/-

Signal PRU13 - Mahathir tunggu Anwar dipenjarakan ?

Posted: 08 Dec 2010 05:30 PM PST

Oleh Hj. Subky Latif
APAKAH mungkin Pilihan Raya Umum Sarawak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 13? Inilah jawapan yang sedang dicari oleh sekalian pemerhati. Ia sudah diagak oleh media bahawa kedua pilihan raya itu akan diadakan serentak. Ia bererti pilihan raya umum disegerakan dalam tahun 2011.

Ia disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai suatu ramalan. Tetapi ia tidak dinapikannya dan tidak juga disahkannya.Maka kemungkinan tahun depan itu tidak boleh ditolak. Apa pun Tun Dr. Mahathir mengingatkan Perdana Menteri Najib jangan gopoh, kerana masih banyak bagi membuat persiapan. Kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jangan dijadikan petunjuk sangat bahawa suasana sudah memihak semula kepada BN.
Pernah Perdana Menteri Edward Heath tertipu oleh iklim politik yang baik baginya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut di Great Britain. Angka ekonomi yang baik di England ketika itu dikira memihak kepadanya bagi mengadakan pilihan raya.Masa matang bagi pilihan raya itu masih banyak. Justeru yakinnya pada ramalan sedap itu Heath mengadakan pilihan raya mengejut. Rupanya ia jadi penamat kepada kuasanya.Maka bila agaknya pilihan raya ke 13? Adakah diserentakkan dengan pilihan raya Sarawak yang tempohnya hampir matang?

Ia banyak bergantung kepada bila kes liwat-2 diselesaikan. Pilihan raya Sarawak tidak boleh ditangguhkan. Sama ada mahkamah sempat menyelesaikan kes itu atau tidak, pilihan raya Sarawak jalan terus. Jika ia selesai sebelum pilihan raya Sarawak, maka pilihan raya serentak mungkin diadakan. Jika tidak selesai, maka ada masa bagi semua pihak membuat persiapan.Maka perhatian sekarang ialah bilakah mahkamah akan berakhir?

Pada Anwar Ibrahim kes liwat-2nya itu adalah lanjutan konspirasi politik yang lalu. Ia adalah dikira usaha bagi memenjaranya lagi.

Dalam dua pilihan raya umum yang Anwar dijadikan banduan, maka Barisan Nasional berjaya mempertahankan pretasi baiknya. Bila keluar saja dia dari penjara sekali pun dia masih dalam idah bila pilihanraya umum ke12 diadakan, dia dapat mendorongkan ledakan tsunami atas keputusan pilihan raya itu.Bagi mengelakkan tsunami berulang, mungkin lebih parah, maka dipercayai konspirasi memenjarakannya semula dirancang. Manusia hanya merancang. Tetapi manusia tidak berupaya menentukan rancangan itu berjaya atau tidak.

Konspirasi sekurang-sekurangnya boleh mengganggu tumpuan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Orang-orang yang buta maklumat dan kurang hidayat mudah dikelirukan oleh gema konspirasi itu. Ia tidak mengelirukan semua orang, tetapi ia mengelirukan setengah orang. Antara yang sudah dikelirukan itu adalah aktivis reformasi. Mereka putus asa, lalu tidak menyambung kempen reformasi. Tetapi ia tidak mematahkan kempen meneruskan reformasi. Kempen reformasi berjalan terus, tetapi sudah ada kecederaan.

Kalau Anwar dapat dipenjarakan segera, kekeliruan akan bertambah dan kecederaan pun bertambah. Tetapi harapannya ialah supaya reformasi itu terbengkalai.
Bagaimana pun gerakan anti konspirasi muncul sebagai sebahagian dari kempen melucutkan kuasa Putrajaya yang sudah lama goncang dan beertambah goncang. Kesan kempen anti konspirasi itu lebih ketara di peringkat antara bangsa.

Banyak pihak di dunia tidak mengira dakwaan kes liwat-2 itu suatu yang jenuin. Ia sepatutnya tidak diadakan. Baik golongan apa yang dikatakan anti keganasan global dan golongan kontra anti keganasan global, adalah sepakat kes itu tidak diperlukan.
Dakwaan itu tidak popular bagi Amerika, tidak populer bagi Nato dan Kesatuan Eropah, tidak pupuler bagi Hisbullah Lubnan, tidak popular bagi Turki pimpinan Erdogen dan ulama dunia yang diketuai oleh Syaikh Yusuf Qardawi.

Amerika dan Hisbullah Lubnan itu adalah berseteru tetapi mereka sekata bahawa kes Anwar itu bukan kes yang jenuin. Justeru itu kuasa di Putrajaya amat cemas kalau Anwar berangkat ke luar negeri. Anwar tidak perlu keluar negeri untuk memberitahu pekung konspirasi dalam negeri.

Pro anti konspirasi itu tahu untuk berbuat apa seperti apa yang mereka tahu tentang wanita anti junta Myanmar. 20 tahun wanita itu terkurung, tidak ke mana-mana, apa yang terjadi padanya dalam kurungan itu bergema di dunia seluruhnya.
Sementara pemimpin wanita Burma itu sudah keluar dari penjara, Anwar pula sedang berdepan dengan proses untuk dipenjara atau tidak. Banyak yang percaya dia tidak dapat mengelak dari dipenjara lagi.

Sementera dia belum dipenjara, dia boleh pergi ke mana-mana dalam negara ini. Dan di mana-mana pun dia mendapat sambutan baik. Semua orang mahu menengoknya dan mendengarnya. Antara yang suka mendengarnya ialah penyokong BN yang selalu mendengarnya semasa dia bersama BN dulu. Maka buah mulutnya tetap dirasa berbisa oleh penunggu-penunggu di Putrajaya. Sekali pun sama naik Najib suami isteri untuk menghadapi Anwar suami isteri, selagi Anwar bebas ke sana ke sini, tetap ia suatu yang menyusahkan Najib dan isterinya.

Walau pun BN menang tiga pilihan raya kecil masa setahun ini, Dr. Mahathir tetap merasakan jangan Najib tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya baru. Kalau boleh pilihan raya Sarawak itu sendiri patut ditangguhkan. Kerana tempoh matang pilihan raya Sarawak hampir tamat, tiada cara ia dapat ditangguhkan. Terpaksalah ia diadakan juga. Tapi kalau boleh, ia juga patut ditangguhkan.

Itulah yang dirasakan oleh Dr. Mahathir dan itulah mesej yang disampaikannya kepada Najib. Mungkin Dr. Mahaathir tidak tahu apa yang Najib tahu, tetapi Mahathir sendiri ada kebimbangan dengan suasana menjelang pilihan raya akan datang. Walau pun media arus perdana memberikan gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang tertekan, tetapi tetap Mahathir tidak begitu yakin pilihan raya itu wajar dicepatkan.

Apa yang Mahathir tunggu?
Ialah untuk melihat Anwar dipenjara lagi. Kemungkinan Anwar dipenjarakan itu memerlukan masa yang lambat, maka tunggulah kemungkinan itu dulu.
Jika pilihan raya diadakan sebelum Anwar dipenjara, ia bererti negara ada pilihan calon Perdana Menteri. Dia adalah calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti.

Tiada peraturan dapat menyekatnya jika dia belum disabitkan bersalah. Walaupun dia menghadapi kes, tetapi selagi mahkamah tidak menjatuhkan dia bersalah, maka dia belum bersalah. Dalam keadaan demikian dia boleh menjadi calon Perdana Menteri.
Tetapi kalau dia dipenjarakan, maka dia sudah tidak lagi boleh jadi calon Perdana Menteri. Apabila dia tidak boleh calon Perdana Menteri, maka Pakatan belum ada calon yang sepakati bagi menjadi Perdana Menteri. Dalam keadaan itu macam-macam boleh berlaku.

Pengundi mahu tahu siapa calon Perdana Menteri kalau Pakatan menang pilihan raya? Apabila rakyat tidak nampak siapa bakal Perdana Menteri itu, maka ia memberi banyak pilihan kepada pengundi.

Apa gema Anwar dipenjara lagi, adalah hal yang lain, tetapi yang penting ialah BN mahu meraih keuntungan dari kekosongan calon Perdana Menteri Pakatan. Itulah perlu ditunggu dulu sehingga perbicaraan itu selesai. Kalau ia cepat selesai maka mudahlah pilihan raya diadakan segera.Detikdaily

Kenali Ketuanan Melayu UMNO

Posted: 08 Dec 2010 05:00 PM PST

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah. Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak.

· Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

· Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

· Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

· Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

· Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

· Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pengikut