Khamis, 13 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dato' Hj Mahfuz Omar

Posted: 13 Jan 2011 11:18 PM PST

Dato' Hj Mahfuz Omar


Khairi cabar Najib berdebat dengan Anwar

Posted: 13 Jan 2011 04:42 AM PST

Perdana Menteri memang jenis tebal muka walaupun disindir dan dicabar oleh Ketua Pemuda Umno supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang,
"Kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ada maruah dan tidak dari jenis tebal muka, beliau tentu akan melihat tindakan Khairy (Jamaluddin) yang terus mencabar (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat (PR) sebagai sindiran dan cabaran terhadapnya.

"Khairy bagaikan memberitahu Najib, 'aku pun tak takut langsung nak berdebat dengan Anwar, awat hang penakut sangat?!'

"Malunya jika Najib terus menikus," Sebelum itu, ketika mengkritik program 100 hari PR itu, Najib membayangkan program itu menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

"Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji (PR) itu tanpa mengambil kira kemampuan negara," dakwa Najib.

Kecaman Najib itu menyebabkan Anwar mencabar Najib berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Presiden Umno itu sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar PR serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi PR.

"Adalah amat memalukan jika Najib terus menikus dengan pelbagai dolak-dalik.

"Najib dakwa dia tak mahu berdebat kerana dia tak nampak ada hasil dari perdebatan itu. Jika Najib tak nampak, ia tidak semestinya tak ada sebab Najib yang tak nampak.

"Persoalannya, tak ada hasil atau tak ada berani?"

Mengulas dakwaan Najib kononnya program 100 hari itu akan mengakibatkan negara bankrap seperti Greece dalam masa dua tahun sahaja, beliau menyifatkan kata-kata itu sebagai modal lapuk Barisan Nasional (BN).

"Kalau nak bercakap biarlah nampak cerdik sedikit Perdana Menteri negara ini. Jangan memalukan negara dan mengulang-ulang modal lapuk yang telah dicanang berpuluh-puluh tahun dulu.

"Najib tak ada idea sendirikah sehingga tanpa rasa malu sedikit pun meniru kata-kata pemimpin Umno dan BN dahulu ketika PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990.

"Pada masa itu, para pemimpin Umno dan BN membuat ramalan penuh putus asa kononnya Kelantan akan bankrap dan musnah dalam masa enam bulan sahaja selepas PAS memerintah," katanya.

Bertentangan dengan apa yang diramalkan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Kelantan tidak bankrap walaupun sudah lebih 20 tahun diperintah PAS sebaliknya menteri kabinet Najib sendiri iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada 2019.

Mengulas ramalan Idris itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membuat ramalan yang lebih menakutkan apabila beliau berkata negara kita akan jatuh miskin.

Mengenai kenyataan mengelak Najib yang mahu rakyat menilai sendiri antara dua program iaitu program PR dan program BN, dan menyifatkan Najib seolah-olah meminta rakyat memberi undi dan peluang kepada PR supaya mereka boleh menilai sendiri programnya.

"Program BN rakyat dah tahu sehingga Dr Mahathir kata negara kita akan jatuh miskin.

"Untuk menilai program PR seperti yang dinyatakan oleh Najib, tentulah rakyat perlu mengundi dan memberi kepercayaan kepada PR terlebih dahulu.

"Tak apalah kalau begitu. Selepas ini kita akan kempen seluruh negara dan beritahu rakyat Perdana Menteri meminta mereka menilai program 100 hari PR dan tidak ada cara lain untuk menilai melainkan memberi peluang PR menggantikan BN terlebih dahulu,"

Beliau berharap Najib tidak marah jika rakyat menyangka beliau sendiri yang meminta mereka mengundi PR untuk menilai sendiri program 100 harinya.

Peghelih La...

Posted: 13 Jan 2011 11:14 PM PST

Peghelih La...


Himpunan 30000 Pemuda PAS di Kedah, 19 Februari 2011

Posted: 13 Jan 2011 12:58 AM PST

Logo Himpunan Pemuda PAS
Contoh T'shirt

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SILA HUBUNGI PEMUDA PAS KAWASAN ANDA

Salam Perjuangan

Posted: 13 Jan 2011 11:13 PM PST

Salam Perjuangan


ISLAM TIDAK IKTIRAF KETUANAN BANGSA

Posted: 13 Jan 2011 06:16 AM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 13 Jan 2011 09:29 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


TENANG......... KAMI DATANG LAGI !

Posted: 13 Jan 2011 10:11 AM PST

KUNJUNGAN SUSULAN YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI, KE KAMPONG SAWAH BARU DALAM DUN TENANG :




Hari ini, Khamis 13 Januari 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama isteri, Puan Rubiah Raffee,  dan rombongan ziarah Dewan Muslimat PAS Johor membuat lawatan susulan ke Kampong Sawah Baru untuk menyhambung Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Jika sebelum ini program diadakan di rumah Tuan Haji Omar, kali ini mereka bergerak dari rumah ke rumah. Berbekalkan ubat-ubatan, air zam-zam, kitab Asma al Husna dan lembaran zikir dan doa mereka menyambung tugas dakwah, menerang dan menyampaikan mesej Islam kepada penduduk setempat. Sebelum ini ahli-ahli IMIJ dari seluruh negara bergilir-gilir melakukan ziarah sambil membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.


YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee, dan AJK PAS
merakamkan rekod kehadiran mereka di UPU  Sawah Baru.

Lawatan dan pemeriksan kesihatan bermula.

Menziarahi, merawat, berdakwah dan beramah mesra.

Alhamdulillah nikmat sihat, iman dan islam terserlah.

 OKU tidak ketinggalan diberi perhatian.

 Ya, malam ini ceramah Ramah Mesra Rakyat bersama YBHG Ustaz Dato'
Tuan Ibrahim Tuan Man di UPU Sawah Baru. YB Kena balik meraikan majlis
ceramah Tuan Hj Mohamad Sabu di Pusat Tarbiyah PAS Simpang Jeram Bakri.


Tuan Hj Mohamad Sabu, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) dan YB Dr Mohammad Taslim  (ADUN Maharani)


DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 13 Jan 2011 09:28 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


BERLUMBA-LUMBALAH BERBUAT KEBAIKAN

Posted: 13 Jan 2011 05:40 AM PST

﴿ فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَتِ ﴾
Allah Ta'ala berfirman:

"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerja-kan berbagai kebaikan.

 (al-Baqarah: 148)


PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Jan 2011 08:03 PM PST

PAS Kawasan Miri


Antara Reality Dan Fantansi?

Posted: 13 Jan 2011 03:26 AM PST





Gambar hiasan : Sebuah rumah mewah


Parti Islam Se-Malaysia PAS berasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu merana kerana tidak ada kemampuan kewangan. Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.

Gambar hiasan :Rumah orang miskin tanpa tangga



Datuk Seri Najib cuba menimbulkan keraguan tentang kemapuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan. PAS mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampuan dahulu. PAS juga hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, janganlah kalau untuk kepentingan rakyat umum, tidak mampu, tetapi untuk kepentingan kroni mampu pula diluluskan peruntukan. Adakah Datuk Seri Najib sudah ambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadang untuk membina Menara Warisan 100 tingkat?. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang dan boleh menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir. Kenapa peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan. Apakah peruntukan untuk PERMATA yang dikendalikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta.

PAS berasa hairan dengan kenyataan seorang Perdana Menteri yang mengatakan negara kita akan menjadi seperti negara Greece kalau ikut perancangan PR. Kenyataan yang sama juga ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990. Pemimpin Umno mendakwa PAS hanya mampu memerintah selama 3 bulan sahaja. Dakwaan mereka hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidakcekapan dan salah urus. Begitu juga ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin Umno kata ini perbelanjaan membazir. Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengundi dalam setiap pilihanraya.

PAS ingin menjawab keraguan Perdana Menteri Malaysia ragu tentang daripada mana sumber yang akan PR perolehi. Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion. Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama seperti kendalian Datin Rosmah selama 3 hari hampir RM4.5 juta. Subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion perlu dikaji semula kerana membebankan negara.
PAS berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan rakyat mampu laksanakan, berdasarkan pengalaman di Kelantan yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun sumber yang terhad. Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat.







Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 13 Jan 2011 07:53 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


SEJARAH: Penderhaka Raja Yang Sebenar

Posted: 13 Jan 2011 03:17 AM PST


Gambar petikan Fikrah Harakah 10-12 Safar 1432 / 14-16 Januari 2011 | Fokus halaman F5, artikel bertajuk 'Umno-BN penderhaka Raja yang suka memutarbelit fakta' oleh Wan Nordin Wan Yaacob



Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 13 Jan 2011 07:51 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Posted: 13 Jan 2011 05:02 PM PST


Bagi yang berada di luar Pulau Pinang mungkin tidak mengetahui, ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang beliau dianggap sebagai Melayu oleh penyokong UmNo, kerana apabila Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mereka berkata "Elok la tu.. bagi kat Cina Pulau Pinang ni..." dan mereka juga bertanya "Awat hangpa bagi Cina jadi Ketua Menteri?"

Tazkirah Jumaat - Muslim Mukmin Muttaqin

Posted: 13 Jan 2011 04:28 PM PST

Muslim

Muslim adalah orang yang beragama Islam, berserah diri, tunduk dan taat kepada perintah Allah swt dan Rasul-Nya.

Allah swt berfirman: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Fushilat: 33)

Mukmin

Mukmin adalah orang-orang yang beriman dengan rukun iman dalam hati, perkataan dan perbuatanya.

Allah swt berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar." (QS. Al Hujurat: 15)

Seorang mukmin sejati memiliki iman yang teguh dan kuat, tidak mudah goyang atau rapuh, senantiasa mengerjakan kebaikan, sabar dalam menghadapi cobaan, dan meminta pertolongan hanya kepada Allah swt.

Muttaqin

Muttaqin adalah orang yang bertakwa kepada Allah swt dan takut kepada-Nya, serta menjauhkan diri dari neraka dan dari azab-Nya dengan senantiasa mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Muttaqi memiliki sifat sifat sebaimana tersebut dalam ayat berikut: "(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat." (QS. Al Baqarah 3-4)

Orang Islam Dilarang Kerja Di Tempat Jual Arak

Posted: 12 Jan 2011 08:31 PM PST

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas "inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan".

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Islam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

"Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini," kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

"Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

"Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 13 Jan 2011 07:48 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Merlimau, Melaka Dimasukkan Ke Hospital...Dilaporkan Stabil

Posted: 13 Jan 2011 08:01 AM PST

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia Online.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.


Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.


"Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang tadi.

sumber : malaysiakini.com

"Tiba-tiba" Robengah Nafi Dirogol ?

Posted: 13 Jan 2011 02:12 AM PST

Ia sangat sinonim malah dekat dengan hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan masyarakat Melayu. Samaada sedar atau tidak sedar; perkataan rogol (selain bunuh atau dibom- tetapi "dibom" sangat jarang berlaku di Malaysia) diulang hampir setiap hari oleh media arus perdana dan hari ini anda menemuinya di sini.

Isu ROGOL bukan sebagai strategi pemasaran murahan tetapi cuba untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri kira-kira empat tahun lalu. Menteri tersebut masih berkhidmat dalam Kabinet Najib sehingga detik ini.

Maklumat bocor anggota kabinet yang terlibat dalam jenayah rogol ini telah didedahkan kembali dalam WikiLeaks sebelum tersebar dengan meluas di kalangan blog-blog lokal dan laman sosial yang lain. Ia telah menjadi rahsia umum dan semakin rancak diperbualkan rakyat. Memang benar kata sesetangah dari kita; WikiLeaks menyusahkan orang!

Menurut pendedahan "Laporan Investigasi" yang dikeluarkan oleh Migrant Care Indonesia, Menteri yang tertuduh melakukan jenayah rogol ini adalah Rais Yatim yang memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kes ini dilihat sebagai "Pembuka 2011 yang panas".

Telah lama diketahui

Persoalan demi persoalan timbul. Anehnya, Menteri tersebut masih "selamat" walaupun laporan mengenainya telah lama sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

sumber : merdekareview.com

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Jan 2011 07:47 PM PST

Rembau Hari Ini


RAYUAN DANA PRK TENANG PAS REMBAU

Posted: 12 Jan 2011 08:08 PM PST

Rayuan sumbangan dana Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Johor anjuran PAS Kawasan Rembau.
Sila hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458 (Hamizi)
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Atau BSN, No Akaun 0511229878928137

PAS LENGGONG

Posted: 13 Jan 2011 07:24 PM PST

PAS LENGGONG


Ketokohan YDP PAS Lenggong

Posted: 13 Jan 2011 05:24 PM PST


Hanya yang buta hati dan dengki serta berakhlak buruk (munafik) sahaja sanggup merapu menghambur fitnah ke atas beliau.

Dakwah Tok Guru Nik Aziz Merentasi Sempadan Negara

Posted: 13 Jan 2011 05:12 PM PST


Manifestasi dari PAS for All dan Islam untuk kesejahteran sejagat. Ucapan simpati itu merupakan suatu syiar kerana semua manusia itu bersaudara.
Kezaliman dan menipu adalah musuh manusia. umno dan bn yang mengamalkan kezaliman dan penipuan adalah musuh kepada manusia.

Nik Aziz simpati mangsa banjir di Queensland
Harakahdaily

KOTA BHARU, 13 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Queensland, Australia.

"Saya mengucapkan takziah dan menyatakan rasa simpati bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir di Queensland, Australia," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Justeru, beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berharap semoga mereka bersabar dengan ketentuan Allah Taala.

"Insya allah, kita akan mempertimbangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menyampaikan bantuan setakat termampu kepada warga Malaysia di sana," ujarnya.

Harakahdaily difahamkan terdapat kira-kira 500 warga Malaysia di Queensland.

Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane.

Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini.

Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir.

Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuhraya kebangsaan. Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda banjir.

Pakatan yakin komitmen PAS

Posted: 13 Jan 2011 05:09 PM PST

Pakatan yakin komitmen PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno.

"Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Sebelum mesyuarat itu, Lim Kit Siang bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar.

Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengenai pertemuan itu.

Bagi Anwar, Umno terlalu terdesak sehingga membuat perancangan untuk bertemu pemimpin PAS sedemikian rupa.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, pertemuan yang diadakan di Istana Terenganu di Kuala Lumpur itu diadakan atas jemputan Yang Dipertuan Agung.

Ia dibuat menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebagai 'posmen' semasa kunjungannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ekoran pertemuan itu timbul pelbagai spekulasi di dalam blog sehinggalah dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini dan penjelasan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan hari ini.

Zaman cabar mencabar mencabar

Posted: 13 Jan 2011 05:02 PM PST

DSAI cabar PM, PM kata no tiada faedahnya.
tapi Khairy pula cabar DSAI.
Yang menghantar cabaran itu ialah Naina. yang terima surat cabaran itu Cikgu Burd.
Rakyat boleh tengok siapa yang jujur.
Khairy nampak nak bodek Najib.
Kalau Khairy betul anak jantan cabar saja cikgu burd atau ketua AMK.
Baru gentleman. ini apa?
Hantar naina siapa naina lawan naib ketua pemuda pun kalah.
yang menang jadi naib ketua pun sengap dia pula yang kalam kelibut. sememangnya dia selalu kelam kelibut.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 13 Jan 2011 07:18 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Khir Toyo Bohong; Sultan Selangor Arah Gelaran 'Datuk Seri' Khir Toyo Digantung

Posted: 13 Jan 2011 12:11 AM PST



Penyerahan semula Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad. Khir Toyo sebenarnya adalah titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dan bukannya penyerahan sementara seperti yang didakwa.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang belum lagi diizinkan mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memaklumkan bahawa, keputusan berkenaan telah dibuat oleh baginda selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang telah memutuskan supaya darjah kebesaran itu digantung.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini (Khamis).

Menurut SUK lantikan SPA ini (baca Umno), keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Mohamad Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

"Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Semalam Mohd. Khir mendakwa beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan gelaran berkenaan bagi menghormati darjah kebesaran itu serta mengelakkan ia terpalit dengan keaiban berikutan kes tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.
"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," katanya menerusi blognya www.drkhir.com.
Beliau mendakwa menghantar surat kepada Sultan Selangor pada pertengahan Disember lalu menyatakan hasrat untuk memulangkan darjah kebesaran itu.

Beliau berkata Dewan Diraja juga telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut dan meminta semua media serta penganjur program hendaklah menggugurkan gelaran 'Datuk Seri' dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

Pada 6 Disember lalu, Mohamad Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

Kekejaman Yahudi Tiada Batasan

Posted: 12 Jan 2011 11:25 PM PST

Katil tempat tidur Omar Kaswani dipenuhi kesan darah
Kekejaman Tentera Regim Zionis Yahudi terbukti tiada batasannya apabila mereka menembak mati seorang lelaki tua berumur 65 tahun semasa mangsa sedang tidur di rumahnya di Hebron minggu lalu.

Gambar hiasan- Kekejaman Israel tak mengenal tempat, usia dan jantina
Pembunuhan tidak berperikemanusian itu berlaku semasa tentera Israel menyerbu sebuah rumah di Hebron, Tebing Barat 7 Januari lalu, diawal pagi.

Mangsa, Omar Kaswani dibunuh semasa sedang tidur di atas katil di rumahnya apabila askar Israel menyerbu kediamannya bagi menahan beberapa pejuang Hamas.

Lebih 10 peluru menembusi tubuh warga emas tersebut dan tentera regim menembaknya tanpa bertanyakan identiti atau nama mangsa terlebih dahulu.

Tentera Israel mendakwa bahawa pembunuhan ini adalah satu kesilapan sasaran.

DPPK PARIT

Posted: 13 Jan 2011 07:11 PM PST

DPPK PARIT


PUTARBELIT DARI MALAYSIAKINI

Posted: 13 Jan 2011 05:41 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Jan 2011 03:23 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Masjid Diruntuhkan,Muslimin India Bangkit Menentang

Posted: 12 Jan 2011 11:56 PM PST


Ratusan umat Islam di New Delhi menentang sekeras kerasnya pemerintah India kerana merobohkan masjid di kota itu.Mereka terpaksa menentang polis secara fizikal ketika perobohan dilakukan,pada hari semalam (Rabu,12/1).

Masjid Noor,merupakan masjid yang diimarahkan oleh majoriti penduduk Islam yang tinggal di Nizamuddin,di kota India itu.Menurut pihak berkuasa,masjid itu didirikan di atas tanah kerajaan dan dibina secara haram.

Polis telah menggunakan kekerasan ketika muslimin datang membantah perobohan masjid tersebut.Polis telah melepaskan gas pemedih mata untuk menghalau mereka pergi.

Ini merupakan satu lagi penindasan terhadap rumah ibadat umat Islam di India,setelah beberapa bulan lepas Masjid Babri telah diberikan sebahagiannya ke atas penganut Hindu atas alasan tanah kelahiran Dewa Ram.

Vaksin HPV:Satu Lagi Konspirasi US dan Kerajaan Malaysia Terhadap Rakyat Malaysia???

Posted: 12 Jan 2011 11:40 PM PST


Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.

Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:

  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.

Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan

  1. 1. Guillain-Barre Syndrome
  2. 2. Thromboembolic Events
  3. 3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
  4. 4. Seizures and/or Epilepsy
  5. 5. Paralysis
  6. 6. Severe Allergic Reactions

Wallahu'alam …

MCA MINTA AZAN PELAN2... MANA PERKASA/ UMNO? KATA WIRA!!!

Posted: 12 Jan 2011 08:09 PM PST

Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.


Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.

.
...bayangkan kalu yang buat tue PR... habis dia riuh....
..

(GAMBAR) HIMPUNAN SOKONG SULTAN & MB

Posted: 12 Jan 2011 08:01 PM PST

SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dr Badrul Amin, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, hancur Umno dan reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

POK JIB KATE TAKDE PEKDAH DEBAT NGAN NUAR

Posted: 12 Jan 2011 07:12 PM PST

PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.

Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.

Najib (gambar) enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.

"Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.

"Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik," kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.

Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 13 Jan 2011 03:18 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


PAS YAKIN TAWAN TERENGGANU

Posted: 13 Jan 2011 07:24 AM PST

CHUKAI - PAS berkeyakinan tinggi mampu menawan kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan 'mood' rakyat yang kini marahkan kerajaan, rentetan kenaikan harga petrol sekali gus menyebabkan beberapa barangan keperluan harian turut melambung tinggi ketika ini.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Chukai, Hanafiah Mat berkata, rentetan kenaikan harga petrol, beberapa barangan keperluan termasuk bawang naik mendadak sehingga rakyat semakin susah dan menderita.

Katanya, kenaikan harga barang yang bertembung dengan musim pembukaan sesi persekolahan baru menyebabkan rakyat semakin terbeban disebabkan di sesetengah sekolah, yuran persekolahan turut naik.

"Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun ini cukup hebat dengan bahang kenaikan harga barang. Malah, rakyat juga semakin tidak yakin dengan sistem pengurusan Kerajaan Negeri yang berkecamuk.

"Paling teruk, pertukaran pegawai kanan Kerajaan Negeri pada tahun lalu. Pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan ini sehingga ada yang melangkau beberapa gred turut mencetuskan rasa tidak puas hati," katanya yang memantau kerja persiapan program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan Pas Ganti UMNO di Dataran Tok Guru, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, berdasarkan beberapa faktor berkenaan, Pas yakin mampu meraih sokongan daripada golongan pegawai, rakyat kelas sederhana (yang terbeban dengan fenomena barang naik) dan pengundi atas pagar.

Katanya, rakyat juga sudah muak dengan isu perbalahan antara pemimpin UMNO negeri yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

"Justeru, Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan dalam tempoh 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat, kami akan menyelesaikan segala masalah mereka.

"Dalam 100 hari mendapat mandat rakyat kami akan merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat," katanya.

Sementara itu, menurutnya, setakat semalam persiapan bagi menjalankan program mega itu telah siap kira-kira 95 peratus.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Jan 2011 03:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KOMANDO BONGKAR UMNO, JANJI DAPAT TAK KIRA KURAFAT

Posted: 13 Jan 2011 11:18 AM PST

Komen : Bila baca kisah yang dipaparkan Cikgu Din ini teringat pengalaman teman semasa menuntut ilmu mengurut dengan seorang bomoh yang dipanggil Pawang Azri di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Tapi belajar separuh jalan dan puas teman cari pawang ini tapi tak tahu mana beliau pindah. Kisahnya, semasa teman berkursus itu Pawang Azri yang muda lagi pada masa itu beliau menceritakan ramai orang politik dari UMNO berjumpa dengan beliau meminta tangkal dan doa untuk kempen semasa pertandingan jawatan UMNO dan kempen pilihanraya. Masa tu sekitar tahun 1998.
Tapi masa tu teman tak ambil pot(kisah) sebab tak percaya semua tu hinggalah kisah pembunuhan mayat dipotong berbelas di Ulu Dong , Jerantut Pahang.
Masa tu baru teman, UMNO ni sanggup terlibat dalam kerja-kerja kurafat demi mencapai hajat dalam politik

Memang tidak heran bila teman ikuti kisah komando yang diceritakan cikgu Din ini.

Malam tadi bertemu dengan seorang Pak Cik yang dulunya komando UMNO.Kita tidak kenal beliau,tetapi terdapat satu peristiwa yang dia masih ingat.Tetapi kini menjadi Ahli PAS.

Pada pilihanraya umum 1999 mereka menjadi orang kuat calon Trong dan bekas YB Trong Shaharudin Jabar.Beliau memberitahu kes rampas filem kerana mengambil gambar calon Umno rayu undi dalam pusat mengundi.

Kita pun beritahu ,filem yang dirampas itu kita punya.'Saya dengan Pak Hamid yang rampas' ."Kami masa itu semua orang pun takut".Kita pun menjawab ,kita pun pada masa itu muda ,jika kena pukul ,kita pun akan lawan..Kami ketawa mengenang peristiwa 1999 di SK Toh Johan Trong.

Kita bertanya macamana boleh masuk PAS. "Puncanya pada satu pemilihan UMNO,saya dan Pak Hamid ,jumpa bomoh untuk bertanding Ketua dan TimbalanKetua"jelas Pak Cik itu lagi. "Bomohpun ahli UMNO ,tetapi lawan kami juga guna bomoh yang sama" tambah Pak Cik lagi."Bomoh itu dua-dua dia sapu duit" tambah Pak Cik itu lagi.Jadi Allah gerakkan hati kami masuk PAS"

"Cikgu nak tau, mereka yang rebut jawatan Ketua UMNO semua guna bomoh"jelas Pak Cik dari Kampung Tebuk."Semua khurafat,Allah s.w.t memudahkan kami untuk bertaubat"kata Pak Cik itu lagi.

BENARKAH TEKUN DI TENANG UNTUK SEMUA RAKYAT TANPA BEZA BANGSA?

Posted: 13 Jan 2011 01:01 AM PST


TEKUN Luluskan RM2 Juta Untuk Beli Pengundi

Maklumat terbaru yang diterima, kini strategi di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu bakal digunakan pula di Tenang kali ini. Difahamkan, satu mesyuarat anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor bertajuk "Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri bil 2/10 di bawah Portfolio Y.B Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan & Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor" di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah diadakan pada 6 Januari 2011 yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut pihak TEKUN memaklumkan bahawa TEKUN telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang. RM2 juta ini akan diberikan dalam bentuk pinjaman mudah di mana setiap seorang layak memohon hingga RM5 ribu (400 pengundi layak memohon) dan TEKUN tidak akan memberatkan bayaran balik bagi pinjaman mudah ini. Maknanya kini, sah TEKUN juga sudah dipolitikkan oleh UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka di DUN Tenang nanti. Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan senario ini.

Posted by RAKYAT MARHAEN

SUK SELANGOR PECAHKAN TEMBELANG KHIR TOYO ! MEMANG REAL PUNYA UMNO MELAYU PENIPU

Posted: 13 Jan 2011 12:04 AM PST


HAK!!! KHIR TOYO BOHONG!! KATA SERAH DATO' SUKA RELA TAPI SEBENARNYA KENE SURUH!!

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran "Dato' Seri" kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. -MK

RAKYAT SELANGOR SOKONG SULTAN & MB PAKATAN RAKYAT

Posted: 12 Jan 2011 10:30 PM PST



MEMANG REZEKI RIMAU!

Posted: 12 Jan 2011 08:14 PM PST




Perdana Menteri mengumumkan ganjaran bernilai RM65,000 seorang kepada pemain dan jurulatih seramai 25 orang dalam majlis meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki AFF di Seri Perdana, Semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa serta menteri-menteri kabinet.
Ganjaran yang diberikan kepada skuad itu adalah dalam bentuk unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) bernilai RM50 ribu, Insentif Khas Kerajaan sebanyak RM10,000 tunai dan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) sebanyak RM5,000 tunai.

Ini tidak termasuk ganjaran seperti tanah atau rumah atau wang dari negeri pemain itu datang. Memang lumayan dan orang kata "Memamng rezeki Harimau" dan kebetulan pasukan bola ini pun dinamakan pasukan harimau Malaya.
Unit AWS2020 itu bagaimanapun tidak boleh ditunaikan sehingga 10 tahun kata PM.
Najib turut mengumumkan Kementerian belia dan Sukan juga akan memberi bantuan bernilai RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mempertingkatkan kemudahan gimnasium dan sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu setelah mengalahkan Indonesia 4-2 berdasarkan agreget setelah menumpaskan mereka 3-0 di Stadium Bukit Jalil dalam perlawanan pusingan akhir pertama dan tumpas 1-2 pada perlawanan kedua yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
"Banyak juga kejayaan dicapai dalam kejohanan lain di peringkat Asia Tenggara dan Asia. Tetapi kejayaan pada Piala Suzuki berbeza kerana ia mencetus satu semangat patriotisma yang luar biasa di kalangan rakyat Malaysia.

KALAU FAKTA INI MASUK DEBAT, NAJIB KENA PERAMBAT RAKYAT!

Posted: 12 Jan 2011 08:09 PM PST

Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam). "Ini dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut," ujarnya.

Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.

"Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana? "Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?" soalnya.

Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan berhubung perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30322:rmt-kerajaan-nafi-hak-pelajar-miskin&catid=1:utama&Itemid=50

HAH ! SELAMA NI JABATAN PENDAFTARAN BUTA-TULI JER?

Posted: 12 Jan 2011 07:15 PM PST


(DARI kiri) Nur Ayuni Layla Witra; Mohd. Akmal; Mohd. Amirul dan Nur Alia Maisara sukar meneruskan kehidupan kerana tidak memiliki sijil kelahiran.

Komen : Sewajarnya kes begini tiada lagi, di zaman komputer canggih ini.
Sepatutnya semasa kelahiran perlu dipertikaian oleh pihak polis dan seterusnya jabatan pendaftaran, JAIS, JAWI dan JAKIM dan cari penyelesain,

AMPANG - Akibat perkahwinan tidak diiktiraf gara-gara menggunakan sindiket nikah, empat daripada lima anak kepada seorang bekas pengawal keselamatan di sana terpaksa hidup tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ibunya, Duanah Abdul Latif, 38, berkata, lebih malang, bagi mengelak perkara yang sama berulang anak kelima mereka, Nur Arishah Natalia, 6, terpaksa berbinkan Abdullah bagi mendapatkan sijil kelahiran dan tidak menerima nasib seperti abang dan kakaknya yang lain.

Duanah yang berasal dari Tawau memberitahu, permasalahan itu timbul apabila dia dan suaminya bernikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998.

Katanya, sindiket itu menjelaskan akan menguruskan segala urusan dalam mendapatkan surat pendaftaran pernikahan namun ternyata ia mengecewakan..

Posted by crewz

TERIMA JAM TANGAN HARGA RM30,000 RASUAH, HADIAH JAM TANGAN RM150,000 TAK RASUAH !

Posted: 12 Jan 2011 05:30 PM PST

Dr Khir Toyo (Maaf pangkat Dato Seri dah diserah sementara kepada Sultan) pernah didakwa terima hadiah jam tangan berharga lebih RM150,000 semasa jadi Menteri Besar selangor lagi. Padahal etika kakitangan kerajaan tak boleh terima hadiah leboh-lebih lagi dengan harga melampau. Kes jam Dr Khir Toyo akhirnya tak dikira rasuah, tapi bagaimana kes Pengurus Besar Sime Darby yang terima jam tangan dengan harga lebih RM30,000? Benar kata DSAI , ada 2 undang-undang dalam Malaysia untuk caj kes yang sama dalam satu masa.Kalau orang biasa hanya beberapa gram dadah disabit kena hukum bunuh manakala polis yang mengambil berkilo dadah hanya dikenakan hukuman tatatertib.

Bekas pengurus besar Sime Darby hadapi tuduhan baru
TERKINI @ 03:20:43 PM 12-01-2011Oleh Melissa Chi January 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor, Mohd Zaki Othman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan rasuah.

Zaki didakwa meminta rasuah dan bersetuju menerima suapan berupa dua utas jam tangan berjenama berjumlah RM92,980 daripada seorang kontraktor.

Pada 3 Jan lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen, Johor Baharu terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,300 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan satu kontrak bernilai RM23.9 juta.

Selepas didakwa di sini, Mohd Zaki (gambar) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta suapan RM30,600 daripada seorang kontraktor bagi bayaran set perabot.

Bagaimanapun Zaki tidak mengaku salah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah dan dibenarkan ikat jamin RM10,000.

Hakim juga mengarahkan kes itu dipindah dan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.

Dalam prosiding di sini, bagi pertuduhan pertama Zaki, 49, didakwa meminta suapan berupa seutas jam tangan berjenama IWC berharga RM32,980 daripada seorang kontraktor (nama dirahsiakan) di Hour Glass Sdn Bhd, Lot G1, S.C Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 1.30 hingga 2.30 petang, 13 Mac 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu kontraktor berkenaan mendapatkan Surat Hasrat bagi projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat milik kontraktor itu yang mengendalikan kejuruteraan minyak dan gas.

Bagi pertuduhan kedua, Zaki, didakwa menyetuju terima suapan berupa jam tangan berjenama Hublot berharga RM60,000 daripada kontraktor yang sama, pada 10 pagi, 15 Mei 2009.

Suapan itu sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak 'EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms' di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat kontraktor itu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Zaki didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dibaca bersama mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan Seksyen 17(a) akta yang sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Hizwen Azleena Othman Kamal dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua tuduhan itu dengan seorang penjamin.

Hizwen juga memohon kepada mahkamah bagi merahsiakan nama dan syarikat kontraktor berkenaan atas alasan individu tersebut akan dikemukakan sebagai saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Zaki diwakili oleh peguam, T. Vijaya Sandran.

Pada 21 Disember, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama, terhadap pertuduhan menerima RM200,000 berhubung pembabitannya dalam penjualan dan pembinaan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai AS$134.2 juta (RM467.9 juta). — Bernama

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 13 Jan 2011 01:41 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


SEJARAH: Penderhaka Raja Yang Sebenar

Posted: 13 Jan 2011 03:17 AM PST


Gambar petikan Fikrah Harakah 10-12 Safar 1432 / 14-16 Januari 2011 | Fokus halaman F5, artikel bertajuk 'Umno-BN penderhaka Raja yang suka memutarbelit fakta' oleh Wan Nordin Wan Yaacob



MP Pendang

Posted: 13 Jan 2011 01:36 PM PST

MP Pendang


Siapakah yang jaga bab pelajaran ni?? MY ke RM?.

Posted: 13 Jan 2011 08:11 AM PST

183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR

Berita Harian 6 Dis 2010

Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara

JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini.

Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006.

Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink. Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula.

Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas.

"Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri," katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/183pelajarmandipeluhketikabelajar/Article

La ingatkan ikhlas, rupanya kena paksa.

Posted: 13 Jan 2011 07:32 AM PST

Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran "Dato' Seri" kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.


Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

Malaysiakini

Menteri jaga KPI. eruk Malaysia macam ni, bankrap sungguh.

Posted: 13 Jan 2011 06:58 AM PST

Rakyat rugi RM30 juta skandal Pulau Jerejak
Harakahdaily
GEORGETOWN, 13 Jan: Skandal Pulau Jerejak sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta dengan RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh Syarikat Tropical Island Resort (TIR) di samping kerugian Penang Development Corporation (PDC) sebanyak RM19 juta.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata skandal pemberian Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di bawah pemerintahan kerajaan BN sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta.

"Ini adalah kerana selain daripada kerugian RM19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Skandal pemberian Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di bawah pemerintahan kerajaan BN sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta. Ini adalah kerana selain daripada kerugian RM 19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon telah membuat tuduhan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang tentang salah pengurusan jeti berlepas Pulau Jerejak dan Bayan Bay serta syarikat Tropical Island Resort (TIR) semasa menghadiri bengkel BN pada hari Ahad ini. Beliau tidak puashati kerana tidak bot ke Pulau Jerejak lambat dan ada ular dalam bilik stor di TIR.

Semalam saya telah mengingatkan Koh Tsu Koon bahawa jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak adalah di bawah TIR dan bukan di bawah pengurusan kerajaan negeri PR. TIR dimiliki 51% oleh UDA dan 49% oleh PDC. Hampir semua tanah yang boleh digunakan di Pulau Jerejak telah pun diserahkan oleh Koh kepada UDA semasa BN memerintah. Yang teruk lagi ialah pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta dalam TIR dan pinjaman kepada TIR RM3.6 juta menjadikan keseluruhannya RM19juta tidak boleh didapat balik.

Malangnya saya telah buat kesilapan kerana kerugian keseluruhan kepada kerajaan negeri bukanlah setakat RM 19 juta oleh PDC. Tetapi ada lagi kerugian RM10.6 juta oleh kerajaan negeri menerusi Pentadbir Tanah & Galian Pulau Pinang kerana kegagalan TIR membuat bayaran premium tanah untuk 80 ekar tanah di Pulau Jerejak yang diberikan.

Macam mana Tan Sri Dr Koh boleh menjadi Menteri KPI yang professional, bertanggungjawab dan baik sekiranya beliau tidak mahu bertanggungjawab atas skandal RM 30 juta ini dan enggan memberi penjelasan. Sebaliknya beliau terus mempersalahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang atas masalah dalam jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak serta pengurusan syarikat TIR bila semua diluluskan di bawah BN oleh beliau dari tahun 1992-2007 kepada UDA menerusi TIR.

Laporan kedudukan tanah adalah dikepilkan bersama.

LAPORAN SKANDAL HUTANG PREMIUM TANAH RM10.6 JUTA:-

ISU GERAN TANAH DIKELUARKAN KEPADA TROPICAL ISLAND RESORT SDN BHD (TIR) SEBELUM PREMIUM TANAH DIJELASKAN

Isu Tanah RM10.6 Juta

Permohonan tanah di Pulau Jerejak telah dibuat oleh TIR pada 19 November 1997 dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri telah diperolehi pada 15 Januari 2001. Tempoh pajakan adalah selama 60 tahun yang akan tamat tempohnya pada 10 Oktober 2062.

Jumlah premium tanah yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun). Setakat ini, jumlah yang telah dibayar oleh TIR adalah sebanyak RM4.63 juta (termasuk faedah sebanyak RM0.47 juta). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik.

Pada 3/1/2001, Exco telah membuat keputusan bahawa TIR diberikan geran hak milik sebaik sahaja ansuran pertama sungguhpun tidak dijelaskan dengan sepenuhnya. Ini berlawanan dengan amalan biasa di bawah seksyen 180 Kanun Tanah Negara bahawa Pentadbir Tanah hanya boleh keluarkan geran apabila bayaran premium dijelaskan dengan sepenuhnya.

Sebagai rumusan geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sehingga premium tanah dibayar penuh supaya tidak berlaku hutang bayaran premium. Keputusan Exco meluluskan geran tanah dikeluarkan tanpa bayaran penuh dikutip menyebabkan tunggakan hutang RM10.6 juta daripada TIR sejak tahun 2004 yang tidak pasti sama ada akan dibayar atau tidak.

Kos Pelaburan PDC RM 15.435 Juta

Modal berbayar TIR adalah sebanyak RM31.5 juta. Kos pelaburan PDC berdasarkan ekuiti 49% adalah sebanyak RM15.435 juta.

Pinjaman Pemegang Saham oleh PDC RM3.6 Juta

Pada 28 Disember 2007, PDC telah memberi pinjaman pemegang saham sebanyak RM3.41 juta kepada TIR untuk menampung kos operasi syarikat. Keseluruhan jumlah tersebut sebanyak RM3.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM193,553 atas kadar faedah 3.5% setahun) masih belum dijelaskan. Kadar faedah yang sama juga dikenakan oleh UDA bagi pinjaman mereka kepada TIR.

Rumusan

Dengan kata lain, jumlah keseluruhan besar kerugian yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri (menerusi PTG) berkaitan dengan skandal kelulusan tanah Pulau Jerejak kepada TIR adalah sebanyak RM30 juta

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 13 Jan 2011 01:06 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


50 Orang GAPS Nak Desak Adun Letak Jawatan???

Posted: 13 Jan 2011 05:22 AM PST

AHLI MCA PULA TAK PUAS HATI TENTANG AZAN DI MASJID PANTAI DALAM

Posted: 12 Jan 2011 04:45 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Jan 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Penduduk taman bantah pembinaan jalan

Posted: 13 Jan 2011 08:46 AM PST

MELAKA: Belum pun reda isu perobohan surau dan markas PAS Kawasan Bukit Katil atas alasan pembinaan jalan raya dari jalan Bukit Katil-Duyong ke persimpangan jalan Bukit Bruang kini timbul pula bantahan daripada penduduk taman yang terlibat.

Penduduk Taman Merak Mas yang terbabit dengan pembinaan itu membantah cadangan laluan jalan utama melalui taman perumahan yang mereka duduki sejak lebih 10 tahun itu kerana ianya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan mereka selama ini.

Menurut Salleh Ahmad, 49, bekerja sendiri, bahawa sebelum ini mereka sudah terganggu dengan kesibukan lalu lintas di dalam taman perumahan itu dan jika ianya dilaksanakan bakal meningkatkan kesibukan yang sedia ada.

"Ianya akan mengganggu kententeraman kami, bising dengan bunyi kenderaan, kalau tak buat pun tak apa bukannya ada keperluan sebab laluan keluar ke jalan utama yang sedia ada dalam taman ini sudah cukup," katanya.

Seorang pesara, Kasim Abd Samad, 67, berkata bahawa beliau sangat tidak bersetuju kerana laluan tersebut akan membahayakan keselamatan kanak-kanak di dalam kawasan perumahan itu.

"Masa buat taman dulu mereka tak kata pun akan dibuat jalan raya utama merentangi kawasan taman ini dan kita bersetuju beli kerana merasakan kawasan ini sesuai untuk tinggal sebab jauh dari hiruk-pikuk jalan raya," ujar beliau.

Menurut Md Jas Abd Rahman, 63, pesara, penduduk membantah cadangan ini kerana ianya tidak sesuai dan praktikal memandangkan banyak kawasan perumahan yang terdapat di dalam laluan itu berbanding kawasan lain yang kosong serta lebih sesuai dibina jalan raya.

"Kita sangat tak setuju bina jalan raya dua lorong di dalam kawasan taman ini kerana bukannya banyak sangat kenderaan yang nak lalu sini," tegasnya.

Pelan terbaru yang diterima oleh pemilik tanah bagi cadangan pembinaan jalan utama dari persimpangan Jalan Bukit Beruang- Jalan Tun Razak Ayer Keroh ke persimpangan Kampung Bukit Bayan dan persimpangan Jalan Bukit Katil Duyong ini adalah pelan ketiga di mana Markas PAS Bukit Katil bakal dirobohkan.

Sumber : HARAKAH Keluaran 3 - 5 SAFAR 1432 / 7 - 9 JANUARI 2011

Tingkatkan program kebajikan kepada masyarakat – Ustaz Ghani

Posted: 12 Jan 2011 02:12 PM PST

MELAKA: Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman meminta ahli PAS di semua peringkat meningkatkan program kebajikan kepada masyarakat sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Islam khususnya kepada golongan bukan Islam.

"Program sebegini mampu mempromosikan pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS kerana mereka selama ini telah dikelirukan Umno-BN yang tidak mahu orang bukan Islam mendapat maklumat yang sebenar tentang Islam termasuk PAS," kata beliau ketika turun padang bertemu masyarakat Tionghua di Taboh Naning, baru-baru ini.

Menurutnya, Islam memperjuangkan keadilan dan membela nasib semua bangsa di dalam negara ini termasuk golongan bukan Islam yang dinafikan haknya oleh Umno-BN walaupun berlainan kaum atau agama kerana Islam rahmat untuk seluruh alam ini.



"Jadi walaupun yang susah atau miskin itu bukan orang Melayu, bukan orang Islam, sebagai pemimpin yang berkuasa atau pemerintah di dalam sesebuah negara perlu membantu mereka agar mereka juga dapat hidup bahagia seperti orang lain. Tapi Umno-BN hari ini tak kira apa bangsa, apa agama sekalipun kalau tak sokong mereka, tak undi mereka dalam pilihan raya nanti bantuan atau sumbangan walaupun berhak akan disekat dan dinafikan," katanya.

Beliau turut kesal dengan kegagalan kerajaan negeri Melaka meningkatkan keselesaan hidup kepada rakyat Melaka kerana masih ramai lagi golongan susah yang tidak mendapat pembelaan sedangkan kononnya Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju.

Tambahnya, sepatutnya kerajaan menghentikan segera pembaziran yang dilakukan menerusi pelbagai projek mega yang dilaksanakan di Melaka kerana ianya langsung tidak membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat sebaliknya hanya menguntungkan kroni Ketua Menteri sahaja.

"Lihatlah apa dah terjadi pada 'Eye On Malaysia' rugi jutaan ringgit, air terjun buatan di Bukit Sebukor menelan kos RM1.7 juta duit rakyat dan belum termasuk kos penyelenggaraannya setiap bulan, bukankah itu satu pembaziran wang rakyat.

"Kalau PAS diberi peluang memerintah pada PRU-13 nanti perkara utama yang akan kita beri perhatian adalah kebajikan kepada semua rakyat sebagai contohnya bantuan sumbangan kepada waris simati yang dilaksanakan di negeri Pakatan Rakyat," ujarnya.

Sumber berita : Harakah keluaran 25 - 27 MUHARAM 1432 / 31 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011

Pas CawanganSurada

Posted: 13 Jan 2011 11:35 AM PST

Pas CawanganSurada


Wawancara Merdekareview bersama Anwar

Posted: 12 Jan 2011 08:51 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Jan 2011 11:15 AM PST

Batu Gajah Mari


Cadangan Anwar Melangkaui Sempadan Politik

Posted: 13 Jan 2011 12:48 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLr51luGt2EYACXTNXF-83IWi7asgKr6KeLA1iLrmqAVQu1XFD_nn60g1JjEPG5UcOxJ4tvV9kywDMnJrRh6YSRX2wM7jPvtqt1Z4k4TGY9agH2HJ0Q-Po5iNFEdpdgXNH9DIyqpsO-dQQ/s1600/100%2520Hari.jpg

SHAH ALAM 13 JAN: Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'Program 100 Hari Pakatan Rakyat' dilihat melangkaui sempadan politik.

Justeru, perbincangan intelektual pemulihan ekonomi negara harus diketengahkan kepada umum bagi memberi gambaran awal arah tuju negara.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah yang dihubungi Tv Selangor berkata, persepsi rakyat kini menjurus ke arah kepimpinan yang mampu mengorak perubahan meningkatkan sektor ekonomi yang menjadi asas kesejahteraan.

Oleh itu, katanya cadangan debat Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri dialu-alukan.

Menurut beliau rakyat tidak mempunyai saluran selain kepimpinan tertinggi membentangkan hujah seraya membuka laluan untuk mengetahui perkembangan yang mampu dilakukan oleh pemimpin kerajaan termasuk pembangkang.

"Masyarakat memang mahukan melihat satu perdebatan ilmiah, intelektual yang mengatasi kepentingan sentimen politik yang sentiasa terjadi seharian. Masyarakat ingin tahu apakah nasib mereka di masa depan yang dibawa oleh negara ini.

"Dan tidak ada orang yang layak bercakap kecuali pemimpin-pemimpin politik sebab mereka yang pasti akan menguruskan kehidupan masyarakat pada masa hadapan sebab mereka pembuat dasar dan polisi," kata beliau.

Tambah Abu Hassan lagi, perbahasan sihat seumpama ini harus dikembangkan dalam konteks negara demokrasi bagi menghulurkan maklumat terus kepada masyarakat.

Justeru tambah beliau, perdebatan mencari percaturan dan strategi mengembangkan kesejahteraan rakyat akan wujud menerusi kematangan politik yang telah wujud di negara ini.

"Kita mendoakan dan rakyat berharap agar perdebatan itu berlaku secara intelektual, akademik bersungguh-sungguh dan tidak hanya digerakkan dalam melalui sentimen dan kepercayaan politik," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Abu Hassan menyifatkan tekanan ekonomi yang dilalui negara menerusi krisis kenaikan harga barang dan petrol seolah-olah tidak diuruskan dengan baik justeru usaha memulihkan situasi merupakan penyelesaian yang sedang dicari pemimpin.

Janji BN- Antara realiti atau fantasi

Posted: 12 Jan 2011 10:35 PM PST



SHAH ALAM 12 JAN : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas Umno-Barisan Nasional(BN) yang terus-menerus memainkan isu pembangunan sedangkan apa yang dijanjikan di negeri itu tidak dilangsaikan sehingga kini. Menurut beliau, politik menjanjikan pembangunan semata-mata ini ialah warisan politik jahiliyyah yang mirip kepada politik yang dibawa oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang Nabi Muhammad SAW.

"Suka saya tegaskan, Umno-BN tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan.
Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk kerajaan pusat pimpinan Umno-BN untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan. Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan Pusat dan proses tender pun diuruskan oleh kerajaan Pusat. Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari kerajaan negeri," ujar beliau.

Nik Aziz dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak menolak pembangunan yang dijanjikan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN ke negeri itu.



"Apa yang saya lihat yang menjadi masalahnya ialah sikap tidak serius sebahagian dari pimpinan Umno-BN atau mungkin juga ada sabotaj dari pimpinan Umno-BN dari negeri Kelantan sendiri. Contohnya, projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah banyak kali taklimat disampaikan, tetapi hanya tinggal setakat taklimat. Atau mungkinkah juga masih ada pemimpin Umno Kelantan yang tergamak menyekat pembangunan dari sampai ke Kelantan? Datuk Seri Mustapha Mohamed tentu faham maksud kenyataan saya ini," katanya.


Apa yang lebih menariknya lagi kata beliau, antara faktor yang akan membantu kejayaan BN nanti ialah kegagalan PAS untuk mengatasi masalah rakyat terutama isu air, banjir dan juga kemudahan asas.

"Tabiat pimpinan Umno-BN Nasional rupanya masih belum berubah. Betullah kata pepatah Melayu, 'rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati'.
Sejak dari dulu lagi inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada kerajaan Kelantan. Bukan hari ini bahkan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Menteri Besar dua dekad yang lalu, sudah ada yang meramalkan kerajaan Kelantan hanya akan kekal selama tiga bulan!" tegasnya lagi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Jan 2011 09:40 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


RAYUAN DANA PRK TENANG PAS REMBAU

Posted: 12 Jan 2011 08:09 PM PST

Rayuan sumbangan dana Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Johor anjuran PAS Kawasan Rembau.
Sila hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458 (Hamizi)
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Atau BSN, No Akaun 0511229878928137

Jom AMAL, Macam Macam Ada 20 Jan 2011 Seremban

Posted: 12 Jan 2011 07:05 PM PST


PROGRAM CUCI KERETA, ROTI CANAI DAN JUALAN AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Info hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
CIMB 05020693061526
Bank Islam 05012010065457

Peta ke Pasti Hasanah di http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/

Pemuda Guchil

Posted: 13 Jan 2011 09:32 AM PST

Pemuda Guchil


Beranikah rosmah najib terima cabaran debat?

Posted: 13 Jan 2011 12:23 AM PST

Peruntukan RM1 juta Untuk Seorang ADUN, PR Mampu Melakukan.

Posted: 13 Jan 2011 12:19 AM PST

Najib Salah Tafsir

Posted: 13 Jan 2011 12:18 AM PST

Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

Posted: 13 Jan 2011 12:17 AM PST

Dakwaan rasuah: Karpal mahu CJ dibicarakan

Posted: 13 Jan 2011 12:16 AM PST

Analisis: Najib Altantuya Takut Berdebat. Kenapa??

Posted: 13 Jan 2011 12:15 AM PST

Najib perlu sedar, negara akan muflis jika kerajaan pimpinannya terus memerintah

Posted: 13 Jan 2011 12:14 AM PST

Si bodoh saja yang layak kena tipu .. wakakak !!!

Posted: 13 Jan 2011 12:13 AM PST

Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Posted: 13 Jan 2011 12:09 AM PST

Debat BN-Pakatan: Demam cabar-mencabar bermula

Posted: 12 Jan 2011 05:34 PM PST

Motif jahat Najib di Selangor

Posted: 12 Jan 2011 05:34 PM PST

Gambar Kemalangan Ustaz Misbahul Munir

Posted: 12 Jan 2011 05:33 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Jan 2011 09:29 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


TERIMA KASIH TAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN ANDA

Posted: 12 Jan 2011 05:50 PM PST


Jika media melaporkan hanya seratus orang sahaja yang menyertai
  Perhimpunan  Sokong Kerajaan PR pimpinan TS Khalid Ibrahim namun Kami tetap menghargai kehadiran serta sokongan yang telah anda berikan.

Kedatangan anda tidak dibiayai, segala perbelanjaan dan keperluan datang dari poket sendiri. Tiada bas menanti  tiada baju T diberi, silap hari bulan mungkin dikasari ataupun tangan digari.   

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang  sebelum berarak  ke  pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.

Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.

Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Nazri Abdullah/ Harakahdaily

Pengikut