Sapa kata kerajaan BN-UMNO tak prihatin membantu rakyat ketika kesusahan banjir?
Banyak bantuan dihulurkan kepada rakyat yang kesusahan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.
Dari mana segala bantuan kelengkapan dan perkhidmatan itu datang?
Semuanya hasil dari kedudukan kewangan negara yang kukuh hasil pemerintahan negara yang cemerlang.
Semuanya juga hasil koordinasi tersusun antara agensi, jabatan, pihak swasta dan NGO sejak berbulan-bulan lamanya bagi memastikan kesempurnaan sebaik mungkin dalam menghadapi musibah banjir.
Rakyat dipindahkan dari kawasan banjir menggunakan segala kelengkapan agensi kerajaan ke dewan-dewan sekolah dan dewan orang ramai dengan begitu teratur.
Di sana mereka telah disantuni sebaik mungkin. Nama mereka didaftarkan, diberi makan minum serta kelengkapan secukupnya.
Soal kebajikan tak dilupakan ada saja agensi kerajaan pusat dan negeri yang sedia membantu.
 |
Agensi kerajaan seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa banjir. Agensi ini adalah agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya di zon-zon merah. Kordinasi yang baik membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik. |
Sebelum banjir melanda mereka diberi peringatan agar segera berpindah ke pusat pemindahan. Kawasan rumah mereka dijaga oleh agensi keselamatan.
Selepas banjir nanti mereka sekali lagi akan disantuni. Agensi, jabatan kerajaan, swasta dan segala NGO telah dikoordinasikan untuk membantu mangsa membersihkan kediaman-kediaman mereka.
Insya Allah pelbagai bantuan akan menyusul selepas itu sama ada berbentuk khidmat tenaga sukarelawan, barangan kegunaan harian, wang dan perkhidmatan kebajikan.
Semuanya tak akan sempurna berlaku jika tidak ada kecekapan hasil penyelarasan agensi-agensi kerajaan yang cekap.
 |
Dulu ada pihak yang dakwa pembelian trak-trak besar ini membazir wang rakyat dan bilangan penjawat awam yang ramai membazirkan perbelanjaan negara. Namun bila banjir berlaku trak-trak inilah yang paling banyak berjasa menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir. |
Meskipun kadang kala ada ketidaksempurnaan atau kecatatan sana sini namun ia tidak boleh dijadikan ukuran sistem pengurusan banjir kita lemah.
Kononnya di negara lain lebih baik.
Jika begitu molek kiranya sesiapa yang bising itu angkat kaki berpindah ke negara yang dimaksudkan dan berharap agar diri mereka ditimpa musibah di negara berkenaan dan boleh merasai sendiri cara negara tersebut mengendalikan bencana banjir.
Dalam menghadapi bencana banjir semua orang ada peranannya. Tak semua orang boleh turun menyelamat mangsa di zon merah.
Mereka boleh tolong masak, tak pun jadi sukarelawan mengumpul barang keperluan harian untuk diserahkan pada mangsa banjir.
Paling tidak pun kita boleh berdoa dan sentiasa memberi semangat kepada anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan berdoa untuk keselamatan mangsa-mangsa banjir.
 |
Bekalan makanan mudah dihantar kepada mangsa-mangsa banjir dan pusat-pusat pemindahan banjir jika cuaca elok. Namun kadangkala faktor cuaca yang tidak menentu menyukarkan penyaluran bantuan. Ia tidak ada kaitan kononnya akibat kelemahan kordinasi antara agensi sepertimana yang didakwa segelintir manusia yang tak tahu tetapi berlagak pandai... |
Namun ada juga pihak yang opportunis gila publisiti. Apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul, mengutuk tak habis-habis. Inilah puak penghasut dan pengkufur nikmat.
Dalam Allah beri ujian dan musibah mereka masih mencari apa jua ruang kesalahan orang.
Bantuan lambat dituduhnya kerajaan lembab bertindak. Makanan kononnya tak semegah mana sebab kerajaan sorok makanan dan kerajaan tak de duit sebab rasuah dan penyelewengan...
 |
Anggota tentera adalah antara pasukan penyelamat yang berada di zon-zon merah yang bertanggungjawab mengangkut dan memindahkan mangsa-mangsa banjir. Semua ini boleh dilakukan jika ATM mempunyai peralatan yang sempurna dan boleh guna sepanjang masa. Suatu pelaburan aset jangka panjang yang adakalanya segelintir orang tak faham |
Tiada aktiviti keagamaan di pusat banjir sebab kerajaan lebih mementingkan hiburan lagha dan sibuk bagi bantuan hingga soal aurat tidak dipedulikan, tiada pengasing antara bukan muhrim...masya Allah...inilah yang sedang bising di media-media sosial dan ceramah oleh puak-puak pengkufur nikmat!
Ntah samada mereka mangsa banjir atau hanya sekadar keyboard warrior yang tugasnya hanya mempelekeh setiap usaha kerajaan.
Betuilah hadis Nabi s.a.w bersabda ujian-ujian berbentuk kefakiran dan kesusahan mudah membuatkan seseorang menjurus kepada kekufuran.
 |
IM4U antara agensi Kerajaan Pusat yang konsisten membantu mangsa bencana banjir dengan menyediakan khemah, peralatan keperluan diri dan makanan. Adakah bantuan ini membazir sepertimana dakwaan puak-puak yang kononnya membayar 'begitu banyak' cukai kepada kerajaan??? |
Tahun lepas, semasa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang, kecoh kononnya kerajaan sengaja membiarkan mangsa-mangsa banjir yang dibiarkan di pusat-pusat pemindahan.
Tak banyak NGO menyediakan bantuan sebab kita tak sangka banjir begitu teruk ketika itu.
Tapi datanglah segerombolan puak-puak tertentu yang kononnya hebat berceramah sana sini yang menuduh bukan-bukan.
Sambil membawa seguni beras, sekampit gula dan setin biskut mereka menjual nama parti mereka kononnya ini saja sumbangan yang mereka mampu.
Tetapi jika mereka diberi mandat memerintah mereka akan beri lebih lagi berbanding kerajaan sedia ada.
Parti lawan diperlecehkan kononnya beri bantuan kerana nak undi nak tunjuk baik sebab nak sembunyikan penyelewengan ...nauzubillah.
 |
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) antara agensi Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Mereka bersabung nyawa dan mengorbankan cuti tahunan demi memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Apakah ini tanda kerajaan Malaysia tak cekap menghadapi musibah banjir??? |
Lepas banjir mereka akan berbondong-bondong tolong membersihkan rumah-rumah mangsa.
Tak salah tolong mangsa tetapi salah jika menfitnah kononnya kerajaan langsung tak bantu mangsa banjir dengan meninggalkan mangsa terkontang-kanting membersihkan rumah.
Hanya puak-puak mereka saja yang prihatin membersihkan kediaman mangsa. Sambil beramal, sambil menfitnah kerajaan tak buat apa-apa sambil-sambil menjual nama kononnya merekalah juara yang selama ini membantu rakyat mencuci rumah.
Selit tazkirah sana sini pasal harga barang, kos sara hidup, penyelewengan itu ini...fuh mangsa dah mula goyah dan terpengaruh dengan dakyah...
Habis lupa jasa dan khidmat kerajaan yang menyantuni keluarganya di pusat-pusat pemindahan banjir!
Puas dihati puak-puak itu hanya buat kerja amal sikit, datang last minute ketika banjir surut tunjuk rajin dan publisitikan secara meluas nanti rakyat akan nampak keprihatinan mereka membantu meringankan beban rakyat....tak susahkan jadi puak-puak ini!
Dan pasti akan begitu banyak gambar selfie puak-puak ini menghulur sekampit beras akan memenuhi akhbar-akbar nyamuk dan media sosial mereka sambil-sambil perli kerajaan. Kami prihatin...ko ade?
Tahun depan ini, mungkin perkara itu akan berulang lagi selagi puak-puak itu gilakan publisiti...