Khamis, 25 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 24 Dec 2014 11:35 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Perhatian Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan...

Posted: 24 Dec 2014 06:00 PM PST


Kepada mangsa banjir di Kelantan, kami akan berada di lokasi di bawah untuk menghulurkan bantuan bersama sukarelawan. Tolong repost status ni.  #‎share4unity   #‎prayforall   #‎darurat   #‎kelantan   #‎banjir

Jumaat, 3.00pm-10.00pm, 26 Dec 2014 (Lokasi Utama)
Sekolah Kebangsaan Bunohan, Kampung Bunohan, Tumpat 16200, Kelantan

Anatara barangan yang akan diedarkan:
- Sleeping Bag
- Tent
- Tshirt
- Nasi Lemak, Nasi Goreng Nasgera
- Borang Penerimaan


Sabtu, 9.00am – 6.00pm 27 Dec 2014
Lokasi
9.00am – Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, 16200, Tumpat, Kelantan
11.00am - Sekolah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
1.00pm - Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
3.00pm - Sekolah Kebangsaan Chabang 4, Kampung Chabang 4, 16210, Tumpat Kelantan
5.00pm - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Belakang Masjid Pengkalan Kubor, 16080 Kelantan
7.00pm – Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Jalan Kota Bharu, 16200, Tumpat Kelantan

Belantan

Posted: 24 Dec 2014 11:19 PM PST

Belantan


Beli cincin berlian dengan mengutip sampah!

Posted: 24 Dec 2014 04:34 AM PST


XINJIANG - Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah telah membeli cincin berlian bagi isteri kesayangannya dengan menggunakan wang simpanan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu telah membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya.

Menurut pengguna Weibo @zhelishixinjiang, lelaki yang berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.

"Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya," lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.

Kejadian itu menunjukkan kasih sayang yang berpanjangan antara pasangan berkenaan dan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Dec 2014 11:18 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANJIR BESAR: KEPRIHATINAN KERAJAAN PUSAT TERLALU BANYAK MEMBUATKAN ADA YANG PANAS PUNGGUNG!

Posted: 24 Dec 2014 09:09 PM PST


Sapa kata kerajaan BN-UMNO tak prihatin membantu rakyat ketika kesusahan banjir? 

Banyak bantuan dihulurkan kepada rakyat yang kesusahan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

Dari mana segala bantuan kelengkapan dan perkhidmatan itu datang?

Semuanya hasil dari kedudukan kewangan negara yang kukuh hasil pemerintahan negara yang cemerlang.

Semuanya juga hasil koordinasi tersusun antara agensi, jabatan, pihak swasta dan NGO sejak berbulan-bulan lamanya bagi memastikan kesempurnaan sebaik mungkin dalam menghadapi musibah banjir.


Rakyat dipindahkan dari kawasan banjir menggunakan segala kelengkapan agensi kerajaan ke dewan-dewan sekolah dan dewan orang ramai dengan begitu teratur.

Di sana mereka telah disantuni sebaik mungkin. Nama mereka didaftarkan, diberi makan minum serta kelengkapan secukupnya.

Soal kebajikan tak dilupakan ada saja agensi kerajaan pusat dan negeri yang sedia membantu.

Agensi kerajaan seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang  bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa banjir. Agensi ini adalah agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya di zon-zon merah. Kordinasi yang baik membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik.

Sebelum banjir melanda mereka diberi peringatan agar segera berpindah ke pusat pemindahan. Kawasan rumah mereka dijaga oleh agensi keselamatan.

Selepas banjir nanti mereka sekali lagi akan disantuni. Agensi, jabatan kerajaan, swasta dan segala NGO telah dikoordinasikan untuk membantu mangsa membersihkan kediaman-kediaman mereka.

Insya Allah pelbagai bantuan akan menyusul selepas itu sama ada berbentuk khidmat tenaga sukarelawan, barangan kegunaan harian, wang dan perkhidmatan kebajikan.

Semuanya tak akan sempurna berlaku jika tidak ada kecekapan hasil penyelarasan agensi-agensi kerajaan yang cekap.

Dulu ada pihak yang dakwa pembelian trak-trak besar ini membazir wang rakyat dan bilangan penjawat awam yang ramai membazirkan perbelanjaan negara. Namun bila banjir berlaku trak-trak inilah yang paling banyak berjasa menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.
Meskipun kadang kala ada ketidaksempurnaan atau kecatatan sana sini namun ia tidak boleh dijadikan ukuran sistem pengurusan banjir kita lemah. 

Kononnya di negara lain lebih baik. 

Jika begitu molek kiranya sesiapa yang bising itu angkat kaki berpindah ke negara yang dimaksudkan dan berharap agar diri mereka ditimpa musibah di negara berkenaan dan boleh merasai sendiri cara negara tersebut mengendalikan bencana banjir.


Dalam menghadapi bencana banjir semua orang ada peranannya. Tak semua orang boleh turun menyelamat mangsa di zon merah.

Mereka boleh tolong masak, tak pun jadi sukarelawan mengumpul barang keperluan harian untuk diserahkan pada mangsa banjir. 

Paling tidak pun kita boleh berdoa dan sentiasa memberi semangat kepada anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan berdoa untuk keselamatan mangsa-mangsa banjir.

Bekalan makanan mudah dihantar kepada mangsa-mangsa banjir dan pusat-pusat pemindahan banjir jika cuaca elok. Namun kadangkala  faktor cuaca yang tidak menentu menyukarkan penyaluran bantuan. Ia tidak ada kaitan kononnya akibat kelemahan kordinasi antara agensi sepertimana yang didakwa segelintir manusia yang tak tahu tetapi berlagak pandai...

Namun ada juga pihak yang opportunis gila publisiti. Apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul, mengutuk tak habis-habis. Inilah puak penghasut dan pengkufur nikmat.

Dalam Allah beri ujian dan musibah mereka masih mencari apa jua ruang kesalahan orang. 

Bantuan lambat dituduhnya kerajaan lembab bertindak. Makanan kononnya tak semegah mana sebab kerajaan sorok makanan dan kerajaan tak de duit sebab rasuah dan penyelewengan...

Anggota tentera adalah antara pasukan penyelamat yang berada di zon-zon merah yang bertanggungjawab mengangkut dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.  Semua ini boleh dilakukan jika ATM mempunyai peralatan yang sempurna dan boleh guna sepanjang masa. Suatu pelaburan aset jangka panjang yang adakalanya segelintir orang tak faham 
Tiada aktiviti keagamaan di pusat banjir sebab kerajaan lebih mementingkan hiburan lagha dan sibuk bagi bantuan hingga soal aurat tidak dipedulikan, tiada pengasing antara bukan muhrim...masya Allah...inilah yang sedang bising di media-media sosial dan ceramah oleh puak-puak pengkufur nikmat!

Ntah samada mereka mangsa banjir atau hanya sekadar keyboard warrior yang tugasnya hanya mempelekeh setiap usaha kerajaan.

Betuilah hadis Nabi s.a.w bersabda ujian-ujian berbentuk kefakiran dan kesusahan mudah membuatkan seseorang menjurus kepada kekufuran.       

IM4U antara agensi Kerajaan Pusat yang konsisten membantu mangsa bencana banjir dengan menyediakan khemah, peralatan keperluan diri dan makanan. Adakah bantuan ini membazir sepertimana dakwaan puak-puak yang kononnya membayar 'begitu banyak' cukai kepada kerajaan???

Tahun lepas, semasa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang, kecoh kononnya kerajaan sengaja membiarkan mangsa-mangsa banjir yang dibiarkan di pusat-pusat pemindahan. 

Tak banyak NGO menyediakan bantuan sebab kita tak sangka banjir begitu teruk ketika itu.

Tapi datanglah segerombolan puak-puak tertentu yang kononnya hebat berceramah sana sini yang menuduh bukan-bukan. 

Sambil membawa seguni beras, sekampit gula dan setin biskut mereka menjual nama parti mereka kononnya ini saja sumbangan yang mereka mampu. 

Tetapi jika mereka diberi mandat memerintah mereka akan beri lebih lagi berbanding kerajaan sedia ada. 

Parti lawan diperlecehkan kononnya beri bantuan kerana nak undi nak tunjuk baik sebab nak sembunyikan penyelewengan ...nauzubillah.

Anggota Jabatan Pertahanan  Awam (JPA3) antara agensi Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Mereka bersabung nyawa dan mengorbankan cuti tahunan demi memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Apakah ini tanda kerajaan Malaysia tak cekap menghadapi musibah banjir???

Lepas banjir mereka akan berbondong-bondong tolong membersihkan rumah-rumah mangsa. 

Tak salah tolong mangsa tetapi salah jika menfitnah kononnya kerajaan langsung tak bantu mangsa banjir dengan meninggalkan mangsa terkontang-kanting membersihkan rumah. 

Hanya puak-puak mereka saja yang prihatin membersihkan kediaman mangsa. Sambil beramal, sambil menfitnah kerajaan tak buat apa-apa sambil-sambil menjual nama kononnya merekalah juara yang selama ini membantu rakyat mencuci rumah. 

Selit tazkirah sana sini pasal harga barang, kos sara hidup, penyelewengan itu ini...fuh mangsa dah mula goyah dan terpengaruh dengan dakyah...

Habis lupa jasa dan khidmat kerajaan yang menyantuni keluarganya di pusat-pusat pemindahan banjir! 


Puas dihati puak-puak itu hanya buat kerja amal sikit, datang last minute ketika banjir surut tunjuk rajin dan publisitikan secara meluas nanti rakyat akan nampak keprihatinan mereka membantu meringankan beban rakyat....tak susahkan jadi puak-puak ini! 

Dan pasti akan begitu banyak gambar selfie puak-puak ini menghulur sekampit beras akan memenuhi akhbar-akbar nyamuk dan media sosial mereka sambil-sambil perli kerajaan. Kami prihatin...ko ade?

Tahun depan ini, mungkin perkara itu akan berulang lagi selagi puak-puak itu gilakan publisiti...




PUISI KEPADA PEJUANG BANJIR

Posted: 24 Dec 2014 03:17 PM PST


PEJUANG BANJIR

Wahai Pejuang Banjir di lapangan
Anda adalah Insan mulia
Berkorban diri selamatkan jiwa-jiwa
Tanpa kira makan dan minum
Tanpa hirau tidur di apa-apa sahaja
Tanpa berkira di mana dan ke mana

Teruskan wahai Pejuang Banjir

Rakyat jelata dambakan tanganmu
Menggapai erat jari-jemarimu,
Tiada siapa mereka menanti
Melainkan anda Pejuang Banjir,
Ketika arus menggila
Tatkala air mencanak naik
Semasa runtuh segala macam
Andalah harapan mereka...

Pejuang Banjir tidak didendang

Kerana mereka bukan artisan
Mencari sesiapa sahaja tanpa warna
Di pelusuk seantero negara
Tiada letih bagai alasan
Kerana jiwa sudah diraga
Untuk rakyat jelata yang tercinta...

Pejuang Banjir usah gundah-gulana

Negara mengerti anda Patriot
Rakyat menjiwai andalah Hero,
Bumi ini bumi kita
Banjir ini tidak pernah berdusta
Bahawa di sebalik kegetiran
Ada hikmah memberi senyum
Ukhuwah erat tiada putusnya,
Tanpa ragu tanpa berkira-kira
Kerana kita adalah kita
Satu negara
Satu Malaysia...

Selamat Berjuang Duhai Pejuang Banjir

Tabik rakyat kepada anda
Sepenuh Jiwa dan Raga kami...

Sumber

PUAKA MENGILAI BALIK DARI NEW ZEALAND...TUDUH BN LEMBAB TAK BANTU MANGSA BANJIR???

Posted: 24 Dec 2014 09:01 AM PST


Masa banjir berlaku di Kajang tempoh hari, Anwar sekeluarga dilihat begitu sibuk bersantai sakan naik beskal meronda-ronda bersama keluarga di New Zealand.

Bini dia plak lepas tangan cakap banjir di Kajang hanya sekejap saja berbanding banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Yang dipersalahkan adalah kerajaan BN juga, kononnya buat sistem perparitan tak ikut spesifikasi.


Kerana ingin menunjuk sifat keheroannya, Anwar telah bersuara minta Putrajaya lulus segera bantuan bencana banjir....

Semasa orang susah basah kuyup kebanjiran dia pergi melancong bergumbira. Bila balik Malaysia dia main arah-arah itu dan ini tuduh kerajaan tak betul itu dan ini...

Senangkan hidup sebagai pembangkang. Asal salah tuduh kerajaan BN lembab. Asal kerajaan BN semuanya lembab.

Hakikatnya Anwar sungguh berjasa walaupun dia bersama keluarga di New Zealand tetapi dia dalam diam sempat pergi ke lokasi banjir menolong orang. 

Kita ada bukti bergambar kalau dikatakan Anwar menipu rakyat!

Anwar begitu prihatin hingga sanggup berenang dan basah kuyup memberikan seguni beras kepada mangsa banjir yang terperangkap!

Sebenarnya lokasi yang dimaksudkan Anwar bukanlah New Zealand tetapi di kampung New Zealand yang terletak di negeri Pahang jadi mudahlah untuk Anwar bergerak ke lokasi banjir membantu rakyat di negeri-negeri di Pantai Timur.

Kampung New Zealand yang menjadi lokasi percutian berbasikal Anwar bersama keluarga. 

Jadi jangan percaya dengan tuduhan kononnya Anwar culas membantu rakyat. Itu semua fitnah belaka.

Wan Azizah pun ada turun ke Kajang waktu banjir untuk menjenguk aliran air lepas tu beliau perlu hadiri dua tiga buah majlis kenduri sebelum berpatah balik ke kampung New Zealand menyambung balik aktiviti berbasikal bersama Anwar.


PROTON EXORA SANGAT CANTIK DI INDONESIA

Posted: 24 Dec 2014 06:07 AM PST

Jakarta, KompasOtomotif – Komunitas pemilik mobil Proton, Exora Owners Club Indonesia (EOCI) sukses menggelar touringbertema "Mikawanoh Budaya" yang diikuti 29 unit Exora dan 120 peserta pada 13 – 14 Desember lalu. Perjalanan keluarga mendalami kebudayaan suku Sunda di Garut ini diisi dengan kegiatan menyambangi berbagai lokasi wisata khas sambil menikmati keindahan alam.
Di hari pertama rombongan bertolak dari Tol Cikampek KM57, panitia pelaksana mengatakan konvoi dibagi menjadi tiga grup dengan jeda waktu 10 menit. Tujuannya, agar iring-iringan tidak terlalu panjang sekaligus memberikan empati buat pengguna lalu lintas lainnya. Hal seperti ini baik dilakukan kala touring karena lebih aman buat konvoi ataupun masyarakat lainnya.
Garut terkenal dengan kuliner lokal, dodol, maka tidak aneh bila EOCI mengatakan di hari pertama seluruh anggota mengunjungi pabrik Dodol Picnic untuk mengetahui lebih dekat cara pembuatan penganan manis ini. Sebagai bagian dari toleransi masyarakat, EOCI memberikan santunan berupa pakaian layak pakai dan sembako kepada Panti Asuhan Ibu Aledja Anggapradja.
Di hari-hari berikutnya, EOCI mengunjungi lokasi menarik lain seperti Pusat Kerajinan Kulit Garut di Kawasan Sukaregang, wisata kuliner di restoran Asep Stroberi, Rumah Coklat Chocodot, dan objek wisata Darajat Pass di kaki Gunung Papandayan.
Poin penting dalam jalan-jalan kali ini, EOCI mendapat jamuan makan siang dari Bupati Garut Rudi Gunawan SH, MH di kediaman beliau di Gedung Pendopo Alun-alun Garut. Obrolan santai pun terangkai bersama Rudi dan istri.
"EOCI punya harapan agar di Garut banyak pengguna Exora sehingga bisa membentuk chapter EOCI Garut dan bukan hal yg mustahil agenda ulang tahun EOCI bisa diadakan di Garut dan tentunya kehadiran saudara-saudara dari EOCM (Malaysia) saat Ultah, bisa meramaikan acara dan juga sebagai ajang promosi pariwisata Garut. Semoga doa dan harapan kita terkabul," demikian seperti tertulis dalam cerita perjalanan yang disampaikan EOCI, Rabu (24/12/2014).  
Di hari terakhir seluruh peserta kembali konvoi untuk pulang, sebelum itu tentu tidak lupa momen diabadikan dengan kamera agar bisa suasana kekeluargaan bisa menjadi penanda EOCI tetap eksis. (Kompasiana)

TIADA DARURAT DI KELANTAN

Posted: 24 Dec 2014 12:18 AM PST



Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keadaan banjir di negeri itu masih terkawal dan tidak memerlukan perintah darurat dikeluarkan.

Beliau berkata, ketika ini pasukan menyelamat masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan sedaya upaya membantu mangsa banjir di semua sembilan jajahan terbabit.

"Cuma ada kawasan yang kritikal iaitu di Manek Urai, Lalok dan Karangan yang semuanya di jajahan Kuala Krai kerana untuk sampai ke sana, sukar buat masa ini disebabkan arus deras.

"Bagaimanapun, mereka berusaha sedaya upaya dan melakukan pelbagai cara supaya mangsa dapat diselamatkan dan bantuan keperluan serta makanan dapat dihantar.

"Banjir ini ketentuan Allah. Keadaan tidak teruk lagi berlaku pada 1967 dan 2004 tetapi tiada perintah darurat dikeluarkan kerana masih terkawal," katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Mohd Amar juga berkata, darurat tidak boleh diumumkan sewenang-wenangnya dan perlu mengambil kira pandangan semua agensi yang terbabit dengan bencana.

Katanya, turut berharap semua pihak bertenang dan tidak menyebar maklumat yang salah mengenai situasi banjir di Kelantan.

Maklumat tepat boleh diperolehi menerusi bilik gerakan banjir Kelantan dan portal eBanjir yang sentiasa dikemaskini setiap satu jam.

ISU HUDUD : DAP TAK HADIR KALAU ADA PAS

Posted: 23 Dec 2014 11:48 PM PST



DAP memberi kata dua kepada rakan mereka, PAS supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember ini.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata jika kerajaan Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut, Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai pilihan selain mebatalkan kerjasama dengan PAS serta merta.

"Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," kata Gobind dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata jika PR mahu menjadi sebuah kuasa kuat dan dipercayai rakyat, mereka perlu kekal kepada pendirian bersama.

"Jika PR mahu kekal menjadi kuasa politik yang disegani, dihormati dan dipercaya rakyat, kita perlu tunjukkan komitmen menegakkan rangka kerja polisi bersama.

"Walaupun terpaksa putuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang mengancam semangat kerjasama PR selama ini," katanya.

Gobind menyifatkan PAS seolah-olah cuba memaksa perpecahan dalam gabungan pembangkang tersebut dengan meneruskan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

"PAS mahu mencetuskan perpecahan dalam PR dengan meneruskan rang hudud pada 29 Disember ini walaupun mengetahui bantahan daripada DAP dan tiada perbincangan dengan PKR serta DAP mengenai perkara tersebut," katanya.

Gobind menyifatkan PAS melanggar rangka kerjasama dalam PR.

Awal hari ini, Ketua Pembangkang Parlimen DAP Lim Kit Siang juga memberi amaran untuk memboikot mesyuarat gabungan tersebut pada masa depan jika kerajaan PAS Kelantan meneruskan pelaksanaan hukum hudud.

Pengumuman kerajaan Kelantan untuk mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah tersebut.

DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.

Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya semasa berlaku krisis menteri besar Selangor

The Unspinners

Posted: 24 Dec 2014 11:18 PM PST

The Unspinners


Ada gereja dan pemimpin kristian berdosa pada jiran Islam mereka

Posted: 24 Dec 2014 08:00 PM PST


Penganut ugama Kristian sepatutnya mengikut ajaran ugama mereka untuk mengasihi jiran dan tidak menyakiti hati mereka untuk wujudkan suasana aman dan gembira dalam masyarakat.

Berikut adalah antara kata2 bible yang dimaksudkan:


Mark 12:31

The second is this: 'You shall love your neighbor as yourself.' There is no other commandment greater than these."

Leviticus 19:18

You shall not take vengeance or bear a grudge against the sons of your own people, but you shall love your neighbor as yourself: I am the Lord.

Luke 6:27

"But I say to you who hear, Love your enemies, do good to those who hate you,

Matthew 22:36-40

"Teacher, which is the great commandment in the Law?"

And he said to him, "You shall love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind. This is the great and first commandment.

And a second is like it: You shall love your neighbor as yourself. On these two commandments depend all the Law and the Prophets."

Banyak lagi di


Malangnya ada pihak gereja dan pemimpin gereja Kristian di Semenanjung sengaja memprovokasi dan menimbulkan kemarahan orang Islam untuk kalimah Allah yang jadi amalan orang Islam sebagai nama tuhan tapi mahu diguna dalam bible melayu dan gereja.






Orang Islam marah kerana ini usaha terancang yang bertujuan tidak baik.





Dan ada pemimpin beragama Kristian yang saja memecah belahkan masyarakat dan membakar kebencian dalam masyarakat untuk membuat membenci sesama sendiri.




Bukankah mereka ini semua engkar pada ajaran Kristian????



Selamat menyambut Krismas ...

Posted: 24 Dec 2014 04:38 PM PST


Nak selesai isu kalimah Allah mudah ...

Posted: 24 Dec 2014 12:19 AM PST





Bukan semua umat kristian setuju dengan gereja katolik mainkan isu kalimah Allah. Ada penganut protestan pjn tak setuju.

Buar apa sengaja provokasi orang Islam sedangkan Allah tidak diguna oleh kebanyakkan gereja dan tuhan diterjemah Allah memang terjemahan salah!!!

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Dec 2014 11:08 PM PST

Panglima Perang Cyber


Senarai Nombor Telefon Penting Perlu Disebar Kepada Mangsa Banjir @KDNPutrajaya @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Posted: 24 Dec 2014 09:08 PM PST

TNB Nafi Kelantan Akan Terputus Eletrik

Posted: 24 Dec 2014 05:12 AM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Dec 2014 09:13 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BANJIR : JADUAL 1M4U BANTU MANGSA..MOHON SEBARKAN KEPADA SEMUA

Posted: 24 Dec 2014 07:08 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Dec 2014 09:10 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Moga Semuanya Selamat Di Pantai Timur, Mari Doakan

Posted: 24 Dec 2014 06:01 PM PST



melayuangkat

Posted: 24 Dec 2014 03:29 PM PST

melayuangkat


Spesifikasi Lengkap Huawei Premia 4G M931

Posted: 24 Dec 2014 08:51 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Dec 2014 03:02 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Amar: Hudud lebih penting dari Putrajaya

Posted: 24 Dec 2014 03:00 PM PST

Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

"Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

"Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.

"Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.

Foto jururawat seluar jarang nampak seluar dalam di hospital jadi viral

Posted: 24 Dec 2014 05:01 AM PST

PUTRAJAYA - Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia tersebar di laman Twitter yang kini tersebar pula di laman Facebook.

Gambar yang menunjukkan 'seluar dalam' bercorak belang-belang, seorang jururawat jelas kelihatan berikutan kain seluar yang dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak sepatutnya.

Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali dibangkitkan di media sosial. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan seksi.


Bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan mereka yang ramping.

Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain.

Ada juga yang berpendapat, uniform jururawat sepatutnya dilabuhkan sedikit di bahagian pinggang agar dapat menutupi aurat.

Apa pandangan anda?

Sumber- MYMEDIAHUB

10 keping foto aksi ghairah pasangan mahasiswa tersebar

Posted: 23 Dec 2014 10:16 PM PST

Sepuluh keping foto lucah seorang mahasiswi di Malang yang berasal dari Pulau Flores, Semenanjung Nusa Tenggara TImur yang sedang bercinta dengan seorang lelaki berasal dari NTT menjadi topik perbincangan hangat di dunia maya.

Foto tidak senonoh itu pertama kali dimuat naik oleh admin Baliemcenter di laman blog dengan tajuk 'Foto Skandal Mahasiswa Asal NTT (Flores) di Malang'. Foto-foto itu mempunyai kesamaan, diambil secara selfie oleh mahasiswi yang belum diketahui identitinya.

Hingga saat ini, pihak polis masih menyiasat keaslian foto berkenaan termasuk individu yang memuatnaiknya.

"Saya sudah menyiasat Unit PA Polresta Malang, dan masih belum ada laporan berkenaan foto-foto itu. Tapi kita akan terus memantaunya," kata Kabag Humas Polresta Malang, AKP Nunung Anggraeni, Selasa lalu.

Kenyataan yang sama disuarakan oleh Kesatreskrim Polres Malang, AKP Wahyu Hidayat. "Buat masa sekarang, kita sedang menjejaki siapa pemilik laman blog yang memuat naik fot0-foto lucah itu. Pihak yang bertanggungjawab akan didakwa di bawah UU IT Tahun 2008 mengenai Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE)," tegasnya.

Sementara itu, foto lucah yang tersebar luas itu mendapat kecaman pedas dari netizen.

Gadis diperkosa dua nelayan terselamat dari cubaan bunuh diri

Posted: 23 Dec 2014 10:01 PM PST

Seorang gadis di India yang mengaku dirinya telah diperkosa dua nelayan terdampar di tepi pantai selepas gagal dalam cubaan membunuh diri bersama keluarganya.

Beliau dan keluarganya nekad untuk membunuh diri setelah diusir dari rumah mereka di Puducherry, India.

Berdasarkan laporan Daily Mail Selasa lalu, ibu dan kedua adiknya maut selepas lemas, manakala dua saudaranya yang lain terselamat bersama ayah mereka.

Mereka ditemui terdampat di sebuah batu yang jaraknya 1 kilometer dari lokasi kejadian.

Kedua-dua suspek rogol itu telah dikenal pasti sebagai S Raja, 35 dan adiknya, K Vijaykumar, 32 berasal dari Pillaichavadi, daerah Villupuram, India. Kedua-dua mereka telah ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan tersebut.

"Mereka mengaku memperkosa gadis tersebut ketika disoal siasat," ujar Ketua Polis Daerah, VJ Chandran.

Chandran menambah, keluarga gadis tersebut sebelum ini tinggal di Ashram, sebuah biara kecil untuk penduduk awam di India. Mereka diusir dari situ atas perintah Mahkamah Agung.

Daily Mail

Lee Chong Wei Bukan Lagi Pemain Badminton No. 1 Dunia

Posted: 23 Dec 2014 09:27 PM PST

SELEPAS diduga dengan hukuman digantung menyertai perlawanan gara-gara sangkut kes doping, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur apabila kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia tidak lagi jadi miliknya.

Gelaran tersebut kini beralih kepada pemain China, Chen Long yang baru sahaja memenangi Siri Super Akhir 2014 minggu lalu di Dubai.


Mengulas hal ini, ikon badminton negara tersebut memberitahu dia tidak boleh berbuat apa-apa selepas dikenakan hukuman penggantungan sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF).

Buat masa ini Chong Wei masih menunggu perbicaraan kes dopingnya yang dijangka berlangsung awal bulan depan.

"Saya harus menerimanya selepas enam tahun berada di ranking nombor satu dunia, ia terganggu disebabkan kes doping saya.

"Bukan mudah untuk kekal kedudukan pemain perseorangan nombor satu dunia selama enam tahun, saya harap kes ini dapat diselesaikan segera," ujar Chong Wei.

Pengumuman ranking baru BWF mencatatkan, pemain nombor satu dunia milik Chong Wei telah dipintas Chen Long selepas berjaya mengalahkan pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus. - MYNEWSHUB.CC

Suami cabul budak, isteri bunuh diri

Posted: 23 Dec 2014 07:01 PM PST

London: Seorang wanita membunuh diri di landasan kereta api selepas tidak dapat menerima perbuatan suaminya mencabul budak perempuan berusia sembilan tahun.

Jenny Mullinger, 62, mengambil tindakan drastik itu selepas suaminya, David, mengaku 'menyentuh' budak terbabit dua kali - masing-masing sekali di atas dan di dalam seluar dalam mangsa.

Mullinger, 64, pada mulanya menafikan tuduhan cabul itu namun kemudian menghubungi polis mengakui perbuatan itu dan dipenjara tiga tahun.
Hakim Mahkamah Crown Bristol Martin Picton menyifatkan kes itu sebagai "amat menyedihkan."

"Saya pasti kamu kini dihantui akibat perbuatan itu," katanya ketika menjatuhkan hukuman.
Mullinger juga mendapat perintah melarangnya daripada berhubung dengan budak di bawah usia 16 tahun tanpa pengawasan.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang terus menghubungi polis.

Pendakwa Kenneth Bell turut membacakan kenyataan ibu mangsa kepada mahkamah.

"Sebelum kejadian ini dia periang dan tidak tahu apa-apa mengenai seks. Semua itu kini berubah.

"Dia menyimpan marah yang mendalam dan mungkin tidak akan mempercayai lelaki lagi.

"Saya sedih mengenangkan betapa sukar untuk dia mengatasi serangan seksual ini," katanya.

Jenny, 62, yang kecewa dengan perbuatan suaminya membiarkan dirinya dirempuh kereta api dan diisytiharkan mati di tempat kejadian pada 16 September lalu. - Agensi

Pensyarah seks wanita jadi sami

Posted: 23 Dec 2014 06:01 PM PST

Beijing: Seorang pensyarah seksologi hangat diperkatakan di Internet selepas memilih menjadi penganut Buddha dan menjadi sami di Sichuan, minggu lalu.

Pilihan Peng Lulu, 30, mencetuskan polemik dengan ada yang mengucapkan selamat, namun ramai juga yang meragui pilihannya itu. Tidak kurang juga menggesa supaya masyarakat lebih terbuka menerima pengkaji seksologi.

Bekas mentor Lulu, Peng Xiaohui - pakar seksologi paling aktif di China - menulis surat sepanjang 3,000 perkataan menyatakan sokongan terhadap anak didiknya itu.

"Lulu antara pelajar terbaik dan paling disukai saya sepanjang 20 tahun mengajar," katanya.

Tindakan Lulu menjadi penganut Buddha bukan kerana melarikan diri dari masalah hidup atau realiti, sebaliknya "mahu mendapat pemahaman lebih mendalam mengenai alam semesta." - Agensi

Hukum Pembelian Emas Secara Tempahan Berdiskaun - Fatwa Kebangsaan

Posted: 23 Dec 2014 05:31 PM PST


ISU:

Apakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.


PENJELASAN:

Pemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar dengan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD).

Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tamāthul (persamaan) pada kadarnya.

Dalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia.

Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan. Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taqābudh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan.

Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

Justeru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas)

Wallahu a'lam.

e-Fatwa

Gian curi seluar dalam

Posted: 23 Dec 2014 05:01 PM PST

Gambar hiasan
Kajang: Seorang lelaki dikesan memiliki tabiat aneh apabila gemar mencuri seluar dalam dari pasar raya sekitar Balakong di sini, dengan berpura-pura sebagai pelanggan.

Dalam kejadian terbaru jam 8.30 malam kelmarin, suspek berusia 51 tahun sekali lagi dikesan cuba mencuri tiga helai seluar dalam dari sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu dilihat masuk ke dalam premis berkenaan dan terus menuju ke bahagian pakaian dalam lelaki.

Menurutnya, suspek kemudian dilihat memilih tiga helai seluar dalam berjenama sebelum mengambilnya.

"Suspek kemudiannya membawa tiga helai seluar dalam itu ke dalam bilik persalinan dengan alasan ingin mencuba pakaian dalam itu.

"Lelaki itu kemudian dilihat keluar dan meninggalkan premis itu dengan memakai sehelai seluar pendek baru tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.

Menurutnya, seorang penjual wanita memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan pusat beli-belah itu sebelum suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan di kawasan meletak kenderaan berhampiran.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun cuba melawan selain menafikan tuduhan dia mencuri pakaian di pusat beli belah itu.

"Pengawal keselamatan itu kemudiannya membawa suspek ke pejabat pengurusan untuk membuat pemeriksaan badan dan mendapati suspek ada memakai tiga seluar dalam curi dan seluar pendek.

"Pemeriksaan itu turut menemui dua dompet dipercayai turut dicuri dari premis berkenaan yang semuanya dianggarkan bernilai RM400," katanya.
Rashid berkata, soal siasat ke atas suspek mendapati dia sengaja melakukan jenayah itu malah mengaku mempunyai wang untuk membayar barangan berkenaan.

"Suspek seolah-olah menjadikan kegiatan jenayah itu sebagai hobi. Dia kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18696#sthash.UvJ3ODoB.dpuf

Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Dec 2014 01:49 PM PST

Apa Yang Tersirat


Antara Hudud dan 1MDB mana Yang Berimpak Pada Rakyat?

Posted: 23 Dec 2014 09:02 PM PST

HUDUD hanya berimpak pada hubungan antara DAP dan PAS. Hudud perkara yang sudah biasa rakyat dengar. Ada yang setuju, ada yang tidak ada yang diam-bukan berkecuali.

Akan tetapi 1MDB berkaitan dengan wang. Kalau wang semua orang mudah tersentuh. Sehingga asas berfikirpun kadang-kadang terlupa aqidah.

Isu 1MDB bukan sahaja isu pembangkang, malah isu penyokong Bn, ertinya isu rakyat. 

Mengapa 1MDB menjadi isu? sebabnya cara operasi syarikat itu MISTERI.

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Dec 2014 01:23 PM PST

Cucu Tok Selampit


Kelantan Tengah Banjir, Kerajaan PAS Boleh Buat Konsert Lagi!!

Posted: 24 Dec 2014 08:35 AM PST


Hebat betu Kerajaan PAS Kelantan. Dikhabarkan dua hari lepas berlangsungnya Konsert BPR di Tambatan Di Raja Kota Bharu. Konsert ini kononnya untuk menarik kedatangan pelancong sempena cuti sekolah. Agak-agaklah kalau nak buat konsert pun. Kerajaan PAS Kelantan agak-agak tahu tak bahawasanya Rakyat Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang sedang bergelap dalam serba kekurangan dalam menghadapi gelombang banjir luar biasa yang sedang melanda negeri berkenaan. Berat nanang sudah kalau begini.

Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak Banjir, Selangor Masih Boleh Anjur Temasya #Selangor15 YAB @AzminAli ?

Posted: 24 Dec 2014 06:55 AM PST


Mungkin Temasya Selangor 15 yang bakal diadakan dari 26 hingga malam ambang tahun baru nampak molek sekiranya diadakan dua minggu atau sebulan yang lalu. Sekiranya perayaan gilang gemilang ini diadakan sehari dua lagi bersemperna sambutan ambang tahun baru, 100 hari pentadbiran MB Baru dan pelancaran Tahun Melawat Selangor, nampak seperti ada yang tidak kena. 

Dalam kita bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak dan beberapa negeri lain yang dilanda banjir yang luar biasa, kita di Selangor bersuka ria dengan temasya. Malu saya Dato Menteri Besar untuk sama-sama bersukaria sedangkan saudara-sudara saya yang lain menderita. Dua hari tangan ini tidak boleh membuat posting disebabkan sebak melihat penderitaan saudara-saudara yang dilanda cubaan di gambar-gambar yang dipaparkan di media-media sosial. 

Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?




PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Dec 2014 11:30 AM PST

PEJUANG BANGSA


MACAI PR KANTOI SEBAR CERITA FITNAH BAS BANJIR KONON DIBELI TERENGGANU #PRAY4PANTAITIMUR

Posted: 24 Dec 2014 05:04 AM PST


Di ketika keadaan meruncing bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri Pantai Timur , macai-macai PR di media sosial terus menyebar berita fitnah bagi memburukkan kerajaan . 

Hari ini mereka mendakwa kerajaan Terengganu diperintah BN telah membeli BAS AMPHICOACH bernilai RM6 juta dan mempersoal di mana bas terbabit ketika banjir  ini .





Tanpa mengetahui cerita sebenar tentang bas ini , mereka terus menyebarkan fitnah ini . Pelbagai maki dan cacian dilemparkan kepada kerajaan Terengganu disebabkan fitnah ini . 

Kebenarannya tentang status pembelian bas ini sebenarnya  masih lagi diperingkat rundingan dan belum dibeli lagi !!

Jadi apa yang disebarkan oleh fan page pembangkang ini satu pembohongan dan dilihat ramai macai2 mereka percaya  .


GPB sarankan kepada Astro , buat rancangan " Kalau Dah Bodoh " agar puak-puak ini boleh sertai .Ini kerana mereka terus percaya bulat-bulat segala yang tersebar tanpa memeriksa kesahihan beritai ini . 




Proses pembelian dua buah bas "amphicoach" (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.  

"Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat. 

 "Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. 

 Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas. 

Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara. 

 "Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan. "Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin. 

 Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. – Bernama, 3 April, 2014.




Ini penipuan KETUM mereka di twitter 


HUDUD : DAP GESA PAS DISINGKIR KELUAR PR

Posted: 24 Dec 2014 04:34 AM PST




bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS.

Dan sekarang Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini.

Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama.

"Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013.

"Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama," katanya.

Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama.

"Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah," katanya.

Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya.

Tiada ulasan:

Pengikut