Rabu, 8 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KDAS 3

Posted: 08 Dec 2010 10:12 PM PST

PAS KDAS 3


Wasilah Menghampirkan diri Kepada Allah Swt Dan Mencapai cinta-nya

Posted: 08 Dec 2010 02:59 PM PST

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : "Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."
 
(Al-Bukhari)



 
Huraian
1) Wali adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah SWT semata-mata kerana Allah SWT. Ini tersebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar." (Yunus: 62-64)
2) Apabila hati penuh dengan kebesaran Allah SWT maka dihapuskan apa yang selain darinya. Dia tidak akan berbicara melainkan dengan zikir kepada Allah, tidak mendengar melainkan tentang Allah SWT, tidak melihat melainkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
3) Setiap orang yang menyakiti wali Allah, contohnya seorang yang fasik memusuhi wali disebabkan sentiasa menegahnya daripada melakukan kejahatan dan maksiat, maka Allah SWT akan memusuhinya. Ini disebabkan seorang wali merupakan mereka yang benar-benar mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri pada-Nya maka sebagai balasannya Allah akan memeliharanya dan mengawasinya daripada segala ancaman yang tidak baik kerana ia seolah-olah telah menyakiti Allah juga.
4) Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah mengerjakan perintah-perintahnya dan menjauhi larangannya serta banyak mengerjakan amalan-amalan sunat dan kebajikan. Antara doa yang selalu dibaca oleh untuk menjadikan diri kita dekat kepada Allah ialah sebagaimana doa Rasulullah SAW yang bermaksud:" Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hati ku, cahaya di dalam penglihatan ku dan cahaya di dalam pendengaran ku." Sesungguhnya doa seorang wali adalah mustajab.
5) Golongan wali-wali yang paling utama di sisi Allah SWT ialah para Nabi dan Rasul yang maksum disusuli pula oleh para sahabat dan mereka yang datang selepasnya.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 08 Dec 2010 09:37 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


HEBOH..satu Pulau..Emak MB..Miskin Tegar..?

Posted: 07 Dec 2010 09:51 PM PST

oleh Bijan

Dalam satu lagi siri ceramah anjuran PasKawasan.pd 5hb dis.DS Nizar..memberitahu bagaimana Zamberi Metalik..klasifasikan IBU beliau dalam golongan Miskin tegar.
bukan cakap dalam pasar borong atau pasar malam..tapi dalam sidang dewan undangan negeri baru baru ini..bagaimana zamberi mempertahankan tindakan beliau membeli sebidang tanah menggunakan wang rakyat dan memberi pampasan kepada tuan punya tanah itu dimana ibu beliau tinggal sebagai pendatang atau setinggan di tanah seluas 4 ekar itu.
isu menariknya kerana simetalik menebus Tanah atau membeli tanah itu atas alasan Penduduk2 setinggan yang menetap disitu adalah dari golongan MISKIN TEGAR...dan salah seorang penduduk yang dimaksudkan zamberi adalah Ibu beliau sendiri..

bukan soal beliau membeli tanah itu menggunakan wang rakyat..kita mengalualukan beliau mempertahankan golongan miskin walau pun ibu beliau turut dikatogerikan sebagai miskin tegar..soalnya kenapa selama ini sebelum beliau menajadi MB mahkamah dah pun menjadi yb beberapa penggal..kenapa tidak dia membela dimasa itu..kenapa dimasa ini sewaktu menjadi MB beliau gunakan kuasa MB untuk membeli tanah itu guna wang rakyat..dan kenapa dikahskan hanya tempat ibu beliau saja..ramai lagi kes kes macam ini..dikawasan aku dihadapan masjid tanah seluas 2 ekar milik cetti..dimana ada seramai 23 keluarga..setiap saat dok risau..kerana bebaru ini siceti nak jual tanah itu..sepatutnya mendapat pembelaan..cerita ini satu Taiping tahu..kenapa tidak dibela..bukan banyak pun rm400 ribu saja nak jual..

pampasan yang dibayar kpd pemilik tanah dipulau itu..uhhh cukup mewah..senyum sampai ketelingale sizainal itu..rm400 ribu,2 lot tanah ditapak itu..2 lot tanah kg tersusun ditempat yang lain..dan 20 ekar diladang rakyat..wooooi..hanya kerana adanya IBU SIMETALIK...senyum sokmo si zainal...

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Dec 2010 09:34 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN

Posted: 08 Dec 2010 08:23 AM PST

Pengkalan Bentayan,sebuah pengkalan nelayan di Kuala Sungai Muar  merupakan sebuahpengkalan nelayan dalam daerah Muar yang telah beroperasi melangkaui sekurang-kurangnya 3 generasi.Lebih 50 boat nelayan berlabuh di sini.Mereka menyumbnag kepada produk makanan laut segar kepada penduduk Muar.

Menurut nelayan di sini, pada tahun lepas  mereka dimaklumkan oleh LKIM bahawa kelulusan telah diberi untuk menaik taraf jeti di sini  dengan kos RM500,000.00.Merka telah ditunjukkan pelannya dan kerja-kerja mengukur telah dibuat.Malangnya sehingga sekarang tiada perkembangan positif.

Baru-baru ini, pada 7 Disember 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh PA masing-masing telah bertemu nelayan-nelayan di jeti  Bentayan untuk memeklumkan perkembangan terkini status jeti mereka.Kehadiran mereka disambut mesra oleh para nelayan yang berpeluang meluahkan masalah mereka terus kepada wakil rakyat mereka.

Dalam Pesidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2009  yang lalu YB Gwee mengajukan soalan tentang pembinaan Jeti Pengkalan Bentayan ini.Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, "Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti yang sedia ada di Pangkalan Bentayan,Muar.Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar,"  

Setelah menunggu sekian lama, YB Dr Mohammad pula telah membawa perkara tersebut sekali lagi dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November- Disember 2010 yang lalu.Kali ini jawapan yang diberi oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani sangat menghampakan.Inilah jawapannya:
"Sememangnya pada peringkat awal terdapat peruntukan bagi pembinaan jeti nelayan Sungai Muar (Bentayan) sebanyak RM350,000.00 dan sebutharga juga telah dibuat oleh pihak ibu pejabat.Memandangkan terdapat arahan daripada Majlis Perbandaran Muar di mana tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sepanjang muara Sungai Muar. 


Pihak Majlis mempunyai perancangan untuk memajukan  kawasan tersebut dan jika cadangan pembinaan ini dilaksanakan ianya akan menyebabkan perancangan pihak Majlis terganggu/tidak dapat dilaksanakan.


Oleh yang demikian keputusan ini telah dipanjangkan  ke pihak ibu pejabat LKIM untuk dibincangkan di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga LKIM dan mesyuarat tersebut memutuskan supaya panggilan sebutharga tersebut dibatalkan.Pihak LKIM belum pernah melantik sebarang kontraktor bagi tawaran kerja tersebut."


Inilah yang mengejutkan seluruh nelayan Bentayan.Jeti nelayan di kawasan lain telah dinaiktaraf tetapi mereka masih di takuk lama.


Untuk menyelesaikan masalah nelayan di sini YB Dr Mohammad dan YB Gwee akan mengatur pertemuan para nelayan dengan Yang Dipertuia Majlis Perbandaran Muar dengan kadar segera.Diharapkan sesuatu yang positif akan dilaksanakan.


Tunggu perkembangan selanjutnya......

Beginilah keadaan Jeti Bentayan.
 
Menyedihkan....begitulah keadaan jeti ini.Kayu sudah reput,
menunggu mangsa jatuh ke dalam sungai.
Kelihatan YB Dr Moahammad berdialog dengan para nelayan.
 
 YB Dr Mohammad dan YB Gwee tekun mendengar rintihan para nelayan.



PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Dec 2010 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Lembu berkeliaran sumbang kemalangan maut

Posted: 08 Dec 2010 06:20 PM PST

Utusan Malaysia 9 Dis 2010

SAYA adalah pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan Simpang Pertang - Kuala Klawang (Jelebu) untuk ke Seremban.

Saya dapati semakin banyak kelompok haiwan seperti kambing dan lembu dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan raya. Masalah akan timbul kerana haiwan-haiwan ini kadangkala mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang mencemaskan di mana saya perlu brek kenderaan secara mengejut kerana haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan raya.

Sekiranya saya terlibat dalam kemalangan ketika itu, adakah pemilik haiwan tersebut akan bertanggungjawab dan menanggung kerugian saya? Haiwan ternakan ini paling banyak kelihatan dari Kampung Pradong sehingga ke pekan Kuala Klawang.

Memandangkan jalan raya tersebut adalah jalan raya utama, saya berpendapat adalah amat tidak sesuai haiwan-haiwan ternakan tersebut dibiarkan berkeliaran apatah lagi jalan raya di Daerah Jelebu ini yang sangat berliku serta banyak selekoh yang merbahaya.

Janganlah pemilik haiwan-haiwan ternakan tersebut membahayakan lagi keadaan tersebut.

Mohon pihak yang bertanggungjawab agar memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum berlaku kehilangan nyawa disebabkan haiwan ternakan ini.

Nyawa manusia lebih berharga dari keuntungan yang dijana oleh pemilik haiwan -haiwan ternakan ini.

NYARIS KEMALANGAN
Jelebu, N.S
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Terowong kotor: Majlis Perbandaran Seremban harus buka mata

Posted: 08 Dec 2010 05:31 AM PST

Utusan Malaysia 8 Dis 2010

LALUAN terowong pejalan kaki dari stesen Keretapi Seremban ke stesen bas Terminal One Seremban agak kotor, berbau dan berbecak dengan pelbagai wayar tercabut sana dan sini yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna pejalan kaki.

Begitu juga di stesen bas Terminal One kebersihan tempat itu tidak diselenggara dengan baik dan ditambahkan lagi dengan tandas awamnya yang berkeadaan kotor dan berbau serta peralatan dalamnya juga banyak yang rosak dan tidak berfungsi.

Tandas-tandas awam yang lain juga di bandar yang bertemakan 'bersih dan indah' ini didapati tidak terurus sepatutnya.

Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu prihatin dan berusaha untuk menjaga kebersihan di sekitar tempat-tempat awam serta mampu menyelenggarakan segala harta benda awam di kawasan bandar.

Masih ada pondok telefon yang hanya tinggal pondoknya sahaja kerana perbuatan tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam masih juga berlaku.

MPS dan warganya perlukan suntikan akan bagaimana untuk menjaga nama baik dan memulihkan bandar Seremban ini setanding dengan bandar-bandar yang terkenal akan kebersihannya.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

n12selinsing

Posted: 08 Dec 2010 09:03 PM PST

n12selinsing


PENGHARGAAN KEPADA JPS

Posted: 07 Dec 2010 09:17 PM PST

Kampung Selinsing; 7 Dis 2010, Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Parit dan Saliran Bagan Serai kerana perihatin dengan masalah penduduk setempat. Setelah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di Kampung Selinsing yang disebabkan hujan lebat dan sistem perparitan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak, pegawai dari JPS segera turun melihat sendiri masalah tersebut dan terus bertindak membekalkan pam air untuk mengepam air ke parit bersebelahan. YB Husin Din mengucapkan jutaan terima kasih kepada JPS kerana cepat bertindak. Dari tinjauan yang dibuat keadaan ini berlaku disebabkan oleh saiz culvert ( gelong) yang kecil dan tidak mampu mengalirkan jumlah air yang banyak oleh itu YB Husin menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya mengantikan gelong tersebut kepada yang lebih besar.


Parit di depan SK Dato' Alauddin, Selinsing

Pekerja JPS mengepam air ke Taliair bersebelahan

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 08 Dec 2010 08:43 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Akan Datang....

Posted: 08 Dec 2010 07:23 AM PST

DULU...

Pada 13 Feb 2004, Tan Sri Kasitah Gaddam yang merupakan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia telah dikenakan dakwaan di Mahkamah Sessions Kuala Lumpur kerana tuduhan penipuan. Menteri kabinet yang pertama didakwa di mahkamah.

KEMUDIAN....

Pada 12 Ogos 2009 Hakim Suraya binti Othman telah dapati Tan Sri Kasitah Gaddam tidak bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (penipuan) oleh Pendakwa Raya. Dia (Kasitah) tidak dipanggil untuk membela diri.

KINI....Bekas Menteri Besar UMNo@BN Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, didakwa di atas kes rumah dan mahligainya...

AKAN DATANG


Adakah menjadi kesalahan membeli hartanah dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.....??? Jawapan : Suka hati lah orang nak menjual dengan harga berapa pun.....

Yang manjadi kesalahan adalah membeli hartanah dengan harga murah dengan syarat memberikan sesuatu imbuhan kepada penjual. Umpamanya dengan memberi diskaun RM3 juta oleh penjual hartanah untuk tujuan beliau mendapat kontrak dari Khir sebanyak RM300 juta.

Nampaknya ini jalan mudah bagi Khir menang kes..... Dan satu lagi kes diputuskan Hakim tanpa memanggil tertuduh untuk membela diri. Kita saksikan kesudahan kes ini...

RON95, Bercakap Bohong Lama-lama boleh jadi Menteri

Posted: 08 Dec 2010 07:12 AM PST

Harga RON95 Kekal Tahun Ini – Ismail Sabri (3 Nov 2010) , inilah bukti pepatah "Bercakap Bohong Lama-lama boleh jadi Menteri". Macam pernah ku dengar kenyataan yang sama seperti ini dari menteri yang sebelum ini... Shahril Samad.

Ataupun mungkin ada tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada mereka yang mempunyai data dan kepakaran. Kementerian pengguna pastinya mempunyai maklumat dan data yang mencukupi untuk membuat keputusan. Namun ada yang lebih suka membuat keputusan kerana hendak kambus lubang lain dengan gali lubang yang baru..... Keputusan hanya berdasarkan pengalaman bahawa orang Melayu tetap sokong UMNo walau apa pun yang di putuskan.

Saat tibanya Awal Muharram 1432H (catatan S/usaha MTD Dusun Tua)

Posted: 07 Dec 2010 08:41 PM PST

Teringat saya, haa.. hari ini kan awal Muharram... ya tabung saya! tabung pilihanraya yang saya mula menabung selepas PRU-12 Mac 2008 yang lalu. Kalau buka hari ini, maknanya ini kali kedualah...

Tabung saya

Sikit lagi nak penuh

Wang kertas itu simpanan setelah tabung penuh kali pertama

Alhamdulillah, mencapai RM160


Petikan dari maksud ucapan YB Saifuddin Nasution di Stadium Kajang malam 6hb Disember 2010 lepas:

Kenaikan gula 20 sen sekilo akan menjimat belanja subsidi kerajaan pusat sebanyak RM120 juta. Ke mana RM120 juta itu digunakan? RM 65 juta utk mengubahsuai kediaman PM di Seri Perdana dan RM70 juta lagi untuk membina 500 liang kubur VVIP di Dataran Tugu Negara. 250 liang kubur utk VVIP beragama Islam dan 250 lagi utk VVIP non-muslim...

Di zaman Pak Lah, Ubahsuai kediaman sudah menelan kos RM17.00... ehhh! RM17 juta... Inilah nilai yang perlu dibayar rakyat kepada pemimpin yang tersangatlah bijak mengurus wang rakyat.

Hijrah edisi 1432 kali ini, saya mengingatkan diri saya sendiri untuk antaranya memperkasakan kekuatan dana bagi menjayakan kerja amal dan jihad dalam usaha menegakkan kerajaan Islam dan yang Adil serta berjaya menegakkan syariat Allah.

Selaku orang yang berpendapatan kecil, mudah-mudahan sumbangan kecil ini diibaratkan burung kecil yang tetap berusaha mengisi air diparuhnya untuk memadam api marak yang membakar Nabi Allah Ibrahim a.s. Biarpun api yang membakar sangat marak namun usaha dan mujahadah burung kecil itu tetap diiktiraf Allah SWT. Daku harapkan sumbangan kecil ini diiktiraf Allah SWT dalam usaha menghadapi kekuatan, kekayaan umno dan BeEnd serta angkatannya.

Marilah kita menginsafi, kuat dan kayanya Kerajaan Firaun yang dipinjamkan Allah segala macam nikmat, apabila mereka ingkar dengan peringatan Allah melalui Rasul-NYA Nabi Musa, mereka tumbang dan hancur walaupun dalam suasana kekayaan, kekuatan tentera dan pembangunan yang tiada tolok banding berada dalam genggaman mereka.

Insya Allah buat teman-teman seperjuangan, berbekalkan istiqamah dan ikhlas demi agama Allah kita jua bisa mencapai kemenangan jika tidak di dunia insya Allah kita semua bakal menang di akhirat kelak dengan bekal amal dan pengorbanan duit ringgit, masa dan tenaga kita dalam menyambung kerja-kerja Nabi.

Jom teman-teman bersama kita infakkan harta, masa dan tenaga kita untuk Islam.
Membangun Bersama Islam. Takbir

Catatan dan pandangan dari S/usaha MTD Dusun Tua

Dr Azman Ibrahim

Posted: 08 Dec 2010 07:51 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Dana Pendidikan Pas Sasar RM1 Juta

Posted: 08 Dec 2010 06:17 PM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 08 Dec 2010 07:34 PM PST

PAS Kawasan Miri


Hasil Bumi Sarawak Hanya Dikaut Oleh Pemimpin BN

Posted: 08 Dec 2010 03:22 PM PST

Abdul Karim: Tak adil halang Taib kumpul kekayaan
Keruah Usit Dec 8, 10 4:29pm
Abdul Karim Hamzah, ketua setiausaha politik kepada Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memberitahu Radio Free Sarawak (RFS) bahawa adalah "adil" bagi membenarkan Taib mengumpul kekayaan semasa memegang jawatan. Dalam wawancara dengan RFS, sebuah radio gelombang pendek yang di luar kawalan kerajaan negeri, Abdul Karim menolak laporan sesawang Sarawak Report bahawa keluarga Taib telah mengumpulkan kekayaan yang agak luar biasa. Beliau juga membincangkan Kertas Putih yang kontroversial berhubung 'amalan politik yang tidak sihat' seperti yang dicadangkan oleh Abdul Karim sendiri."Secara peribadi, saya lihat mesti ada had kepada segala-galanya, awak tidak boleh ada kebebasan mutlak... kebebasan bersuara, ada batasnya. Maksud saya untuk bertindak (bagi kes fitnah) bukan sesenang yang difikirkan... ada kalanya lebih baik membiarkannya saja, selepas seketika, ia akan lenyap."Beliau juga menafikan laporan di Sarawak Report yang memaparkan kekayaan Taib dan keluarganya yang dikumpul di Eropah, Amerika Utara dan juga beberapa skim tanah yang dibolotinya di Sarawak."Cara saya lihat, tiada masalahlah.

Apa masalah Sarawak Report? Adakah mereka memperkatakan sesuatu yang berbentuk fitnah atau berniat jahat? Saya tidak fikir menjadi kesalahan kerana menjadi kaya," kata Abdul Karim.Apabila ditanya bagaimana gaji Taib sebagai ketua menteri dan anak-anaknya mampu mengaut kekayaan sebegitu rupa, jawapannya: "Bagaimana anda boleh menggunakan gaji sebagai kayu pengukur? Maksud saya, setiap orang harus diberi peluang, jika Taib adalah ketua menteri, saya tidak fikir kita patut hentikan anak-anaknya daripada menjadi kaya ataupun kelurga itu dari menjadi kaya."




PS: Memang kita tidak kesah siapa2 pun boleh jadi kaya tapi apakah hasil kekayaan itu hasil dari usaha sendiri atau hasil rampokan???
Cuba tengok sendiri gambar di sebelah, masih ada lagi rakyat Sarawak yang tinggal di rumah usang yang serba kekurangan. tiada kemudahan asas seperti api elektrik,bakalan air bersih dan sebagainya. Mereka hidup dalam keadaan daif sedangkan pemimpin Bn hidup mewah hasil dari sokongan rakyat Sarawak yang setia kepada Bn selama ini tapi apa yang mereka dapat? Adakah mereka juga dapat menikmati hasil bumi Sarawak yang kaya dari sumber galian seperti minyak, kayu balak, kelapa sawit dan lain2. Siapa yang menguasai semua itu? Kalau bukan pemimpin Bn dan kroni2nya. Inilah yang menjadi persoalan rakyat Sarawak bukan mereka cemburu melihat kekayaan pemimpin Bn, cuma mereka terasa tersingkir dari segi pembangunan. Sepatutnya negeri Sarawak bukan dalam ketegori negeri miskin dalam Malaysia kiranya pemimpin Bn pandai menggunakan hasil sumber bumi Sarawak ini dengan baik. Oleh sebab hanya pemimpin Bn dan kroni2nya saja yang menikmati hasil bumi Sarawak ini maka rakyat marhean jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan hasil pendapatan di mana mereka hidup dalam kesusahan.
Kalaulah hasil kekayaan bumi kenyalang ini dinimakti bersama tiada siapa yang nak mempersoalkan kekayaan pemimpin Bn. Rakyat hanya memerlukan kemudahaan asas seperti api letrik, bakalan air bersih, jalan perhubungan yang baik, pendidikan yang cangih dan tempat kesihatan yang memberi keutamaan kepada golongan yang miskin dan kurang kemampuan. Jadi fikir2lah rakyat Sarawak sampai bila kita nak jadi hamba kepada Bn dan menumpang dibumi sendiri sedangkan orang yang kita amanahkan menjaga kebajikan kita selama ini mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bah mari kita merubah dari terus jadi hamba Bn kepada tuan tanah dibumi sendiri. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu oleh Bn.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Dec 2010 03:35 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MAJLIS FATWA 1 MALAYSIA MABUK KELUAR FATWA UNTUK BUKAN ISLAM?

Posted: 07 Dec 2010 09:54 PM PST

Mungkin majlis fatwa nie sudah semakin pening dengan port folio yang baru yang kene lebih kearah konsep 1 Malaysia bila semakin banyak fatwa dikeluarkan kepada BUKAN ISLAM... sebelum nie fatwa pasal larang orang bukan Islam masuk surau/ masjid ... sekarang nie pulak pasal baca Quran.... mereka dia dah kene daun ketum ke? atau pun pil kuda???

Apa dah takde fatwa nak diwartakan kepada orang Islam ke sampai soal haram dan halal pun bukan Islam ke ikut... mungkin lepas nie majlis fatwa akan larang bukan Islam makan babi pulak sebab Islam larang makan babi... dan depa nie semua WAJIB ikut sebab Majlis Fatwa 1 Malaysia. Tak ikut berdosa masuk neraka....

Saya petik....

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.


Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

"Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

"Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

"Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

ZAHID TAKNAK MINTA MAAF ISU PATROTISME BUKAN MELAYU

Posted: 07 Dec 2010 09:42 PM PST

Selepas kira-kira sebulan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini membuat penjelasan di Dewan Rakyat mengenai kenyataan kontroversi isu patriotisme bukan Melayu dan penyertaan mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia, tetapi enggan memohon maaf.


Menteri Pertahanan memberitahu bahawa beliau tiada niat sama sekali untuk menyinggung perasaan kaum bukan Melayu apabila memaklumkan kurangnya sambutan bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan adalah disebabkan rendahnya semangat patriotisme.

"Saya rasa malang jika jawapan saya di Dewan ini pada November lalu telah menyinggung perasaan mana-mana kaum," kata beliau ketika bangun membuat penjelasan selepas sesi soalan lisan hari ini.

Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau sedar sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat bukan Melayu termasuk Cina, India, Kadazan dan kumpulan-kumpulan lain telah menyertai perjuangan menentang pemberontakan komunis pada 1960-an.

"Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu," katanya lagi.

Bagaimanapun apabila Ahli Parlimen DAP dari Ipoh Barat M. Kulasegaran menggesa agar meminta maaf, Zahid tidak menghiraukan gesaan itu.

THE ECONOMIST : NAJIB BAKAL KERINGKAN POKET RAKYAT!!!

Posted: 07 Dec 2010 05:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.


"Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. "Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

"Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

(GAMBAR) 5 POLIS SIASAT PELACUR DALAM KEADAAN BOGEL

Posted: 07 Dec 2010 04:45 PM PST

Berita AP melaporkan 5 anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip videp itu kemudiannya tersebar di internet.


Jangan saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota polisVietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu. Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.

Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.

Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut.

Klip itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.

WAJARKAH ZETI TOKOH MA'AL HIJRAH???

Posted: 07 Dec 2010 04:28 PM PST

WAJARKAH TAN SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ dipilih sebagai tokoh Ma'al Hijrah? Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1432H. Ia diumumkan pada majlis sambutan Ma'al Hijrah 1432H/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.


Ahh...pelik, Maal Hijrah adalah berkaitan dengan Islam, tentu kesempurnaan Islam yang ingin ditonjolkan. Betul, Zeti seorang tokoh yang perlu diketengahkan tetapi cacatnya seorang Tokoh Maal Hijrah yang dipilih, auratnya terdedah. Di manakah sempurnanya Islam kalau begitu, janganlah hanya melihat ke satu arah sahaja, Islam itu merangkumi seluruh kehidupan. Kalau tokoh yang terdedah auratnya dipilih, peliklah nampaknya.

Jadi ketokohan Zeti perlu dihargai, jadi pilihlah pada masa yang lain, pada acara lain, Tokoh Tahun Baru pun boleh. Ahh...pening! Malaysia macam-macam pun boleh.

KENYATAAN MEDIA : JADIKAN SAHAJA SEMUA RAKYAT MALAYSIA PENGUNDI POS!

Posted: 07 Dec 2010 04:22 PM PST

KENYATAAN MEDIA
JADIKAN SAHAJA SEMUA RAKYAT MALAYSIA PENGUNDI POS!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos. DPPWP berpendapat, menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional ini menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

DPPWP menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan UMNO-BN. Cadangan SPR seakan mahu menambah lagi jangka hayat pemimpin UMNO-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan UMNO-BN dalam PRU ke 13?

Sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat. Apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka. Dalam Pilihanraya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan dimana-mana termasuk di kompleks beli belah. Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan. Hampir setiap pilihanraya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang. Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?

Dalam kes anggota tentera, DPPWP mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian. Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain.


Alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional ini sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima. Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif. DPPWP tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas. Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos. Dalam hal ini, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi.


Sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, DPPWP mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos. Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi. Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke 13 akan datang!


Disediakan oleh;

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Siti Zailah | Home

Posted: 08 Dec 2010 03:30 PM PST

Siti Zailah | Home


USUL POTONG GAJI MENTERI PEMBANGUNAN WANITA

Posted: 08 Dec 2010 12:08 AM PST

DEWAN GAMAT DALAM PERBAHASAN USUL DIBAWAH PERATURAN MESYUARAT 66(9)DALAM PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT MENCADANGKAN BAHAWA PERBELANJAAN DILULUSKAN DENGAN SYARAT DIKURANGKAN SEBANYAK RM100.00 BAGI MAKSUD B48 DIBAWAH KOD1000.
KELEMAHAN PENGURUSAN PROGRAM BANTUAN AM KURANG MEMUASKAN,ADA PENERIMA YANG TELAH MENINGGAL MASIH TERIMA BANTUAN.LAPURAN AUDIT MELAPORKAN BAHAWA RM 8825 TELAH DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG MENINGGAL DUNIA,RM12,673TELAH DIBAYAR LEWAT TEMPOH SEHINGGA MELEBIHI DARI 8 BULAN.LAPORAN AUDIT JUGA MENDEDAHKAN BAHAWA 77.3 PERATUS PERMOHONAN YANG LEWAT DIPROSES SEHINGGA 19 BULAN.
KAJIAN MENDAPATI PUNCA KELEMAHAN DALAM PENGAGIHAN BANTUAN ADALAH KERANA KEKURANGAN PEGAWAI KEBAJIKAN.NISBAH ANTARABANGSA 1:35 KES,TAPI DIMALAYSIA NISBAH 1:957 KES.
PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT,SEMUA PERMOHONAN MESTI DISIASAT DALAM TEMPOH 2 MINGGU DAN KELULUSAN PERMOHONAN MESTILAH SELESAI DALAM TEMPOH 1 BULAN.TETAPI APA YANG BERLAKU ADA YANG MEMOHON LEBIH DARI 9 BULAN TAPI BELUM DAPAT DISELESAIKAN.
ISU KEROSAKKAN MORAL WANITA SEMAKIN TERUK,MEMBUKTIKAN KETIDAKBERKESANAN PROGRAM KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERIBADI WANITA MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 08 Dec 2010 03:27 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Isteri Tersayang Kepada YDP PJ Utara Kembali Kerahmahtullah

Posted: 23 Sep 2010 06:58 PM PDT

10 Ogos 2010, Damansara Utama - Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara (DPPPJU) ingin merakamkan takziah kepada Yang di-Pertua PAS Kawasan Petaling Jaya Utara di atas pemergian isteri tersayang Allahyarhamah Puan Normah yang telah kembali keramahtullah pada 9 Ogos 2010, sekitar 7.00 malam di Hospital Selayang.

Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pada 10 Ogos 2010. Ramai tetamu dan sahabat handai telah hadir untuk menziarahi jenazah.

Tn Hj Kamarudin Suhaimi, TYDP turut sama ziarah jenazah
Tn Haji Ahmad Yusof Ludin menatap isterinya buat kali terakhir
 



KENYATAAN MEDIA:ISU LESEN JUDI BOLA

Posted: 27 May 2010 03:15 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
21 Mei 2010 (JUMAAT)

ISU LESEN JUDI BOLA



Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, antara teras utama ialah memacu pembangunan modal insan. Pelbagai program telah dirancang untuk melahirkan satu masyarakat cemerlang yang mampu mendokong aspirasi semua mencapai kemuncak kejayaan berada di dalam sebuah negeri 'baldatun tayyibatun wa robbun ghafur' yang bermaksud negeri yang baik, maju, selamat, sejahtera dan diampun dan dirahmati oleh Allah SWT.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sentiasa berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai penjana pembangunan lestari dan rabbani. Dalam masa yang sama, pelbagai program mitigasi 'insan liabiliti' yakni kategori insan yang terjebak dalam aktiviti penagihan dadah, mencuri, merompak, menyamun, merasuah, merogol, merosak harta benda, gian arak dan lain-lain, termasuk judi, disusun untuk meminimakan kerugian kepada masyarakat.


Segala perancangan yang baik, segala pelaburan wang ringgit, masa, tenaga manusia, aset dan sumber lain tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan sekiranya kegiatan negatif yang menghancurkan kelompok manusia yang menduduki negeri itu tidak ditangani dan dikawal. Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah kompleks yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa. Ini perjudian kecil-kecilan.

Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil keputusan mengiktiraf perjudian dengan memberi lesen kepada syarikat gergasi judi maka ini akan memberi petunjuk yang teramat negatif dan membimbangkan khususnya generasi muda. Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar ini akan menjadi ibarat pepatah 'guru kencing berdiri anak murid kencing berlari'. Jangan marah kalau rakyatnya terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'.

Maka, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor dengan ini meminta kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan lesen judi Piala Bola kepada Syarikat Berjaya serta merta.

YB Dr Puan Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Dec 2010 03:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MEMANG PERCUMA TAPI SIAPA TANGGUNG KOSNYA?

Posted: 07 Dec 2010 09:09 PM PST

7 program terbitan TV Al-Hijrah yang akan ke udara pada bulan ini ialah Ejen Halal, Majalah Islam, Bicara, Nota Al-Zahra, Assalamualaikum, Menu Alam dan Berita Al-Hijrah.

Stesen yang boleh ditonton secara percuma ini telah bersiaran secara penuh pada 1 Muharam 1432H, 7 Disember 2010 bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tvalhijrah.com/.
Dicatat oleh Mohd Khalil

KERETA DIHUJANI PELURU MACAM MUSUH BERIBU

Posted: 07 Dec 2010 09:05 PM PST

Kes Aminurasyid: Bunyi tembakan 'pop, pop, pop' - Azamuddin
Saksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata kereta yang dinaikinya itu dihujani peluru pada kejadian 26 April lalu sehingga menyebabkan kematian rakannya itu.

Menurut Azamuddin, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Aminulrasyid cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejarnya.

"Saya dengar bunyi tembakan 'pop, pop, pop, pop'," katanya pada perbicaraan Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya, Idham Abd Ghani.

Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid ketika dijumpai di kereta putih Proton Iswara selepas berlanggar dengan sebuah tembok ketika dikejar.

Remaja itu berkata kedudukan berkenaan jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik.

Menurut Azamuddin, kali terakhir dia ternampak badan rakannya terdampar di kerusi pemandu dengan kakinya masih di pedal di bawah kerusi.

Remaja berusia 15 tahun itu juga berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.

Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde."

-malaysiakini-

BUKAN PENDIRIAN SAJA, PERBUATAN PUN KURANG AJAR

Posted: 07 Dec 2010 07:36 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Dis. : Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat,
juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada
sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat.

Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan
profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian
dipertikaikan rakyat.
"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat
kerajaan Umno-BN.
"Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di
kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti
komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan
Umno-BN dalam PRU ke-13?" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin
muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan
dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat
mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan
mereka.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata,
pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa
pilihan raya dalam kategori pengundi pos.
Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan. Kata
beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu
memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu
melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.
Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos
iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar
sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.
"Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan
daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk
di kompleks beli-belah.
"Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan
balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan," kata Fadhil sambil menambah,
hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih
melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang.
"Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di
mana-mana kawasan?" katanya lagi.
Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR
menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang
tidak mendesak sedemikian.
"Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka
seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana
pengundi yang lain," katanya.
Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai
pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk
mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima.
"Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.
"Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual
sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka
terjejas.
"Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka
tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos,"
katanya lagi.
Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari
mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru
ini.
"Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi," kata
beliau lagi.
Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor,
jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS
mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.
"Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun,
pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan
sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak
mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi.
"Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan
datang," katanya lagi.

KES POYO AKAN BERAKHIR , KES YOYO RAKYAT YANG SENGSARO

Posted: 07 Dec 2010 06:59 PM PST

Rakyat semakin terkepit dan terhimpit dengan masalah kewangan, BARISAN NASIONAL PARTI pemerintah yang kononnya dahulukan rakyat dengan bebanan kenaikan yang terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Bila perbanding dengan harga luar negara sebagai daya penarik. Semuanya kenaikan kununnya atas nama pembangunan.
Kes Dr Khir Toyo memang kes poyo yang akan ditamatkan bergantung kepada ...???.Tetapi kes yoyo seperti harga barang tidak akn berakhir sekiranya hayat Barisan Nasional yang diterajui UMNO tidak berakhir.Harga barang akan jadi seperti alat permainan yoyo yang akan dimainkan sekejap turun sekejap naik dan terus naik dan walaupun yoyo itu turun tetapi pemain yoyo itu akan naik ketempat yang lebih tinggi.


Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita atau rakyat yang senantiasa dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Nak potong RM10 dari elaun mereka selalu ditolak siang-siang oleh speaker dewan rakyat (Patutnya ditukar kepada speaker ahli parlimen). Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Bayangkan sebagai contoh Dr Khir Toyo boleh bina rumah berjuta-juta RMnilainya walau baru jadi MB selama 8 tahun. Bayangkan Adun beliau yang sebelum jadi wakil rakyat hanya jaga Stesyen Keretapi boleh bina rumah jutaan ringgit juga walau baru 1 penggal. Adakah mereka menunjukkan jimat cermat? Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Pada mereka persetankan harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Harga gula naik atau harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil peduli kerana mereka ada rakyat yang akan kaver (cover) kekurangan keuntungan yang akan berlaku.
Mereka pemimpin BN dan kroni mereka yang tak sedar diri sanggup istihar keuntungan glc masing-masing dan lepastu naikkan kadar harga air, api, gas dan petrol.
Apa guna istihar keuntungan berbilion kalau lepastu nak naikkan harga? Dan rakyat yang menanggungnya?

SULTAN MUHAMMAD V

Posted: 07 Dec 2010 06:47 PM PST



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas 'kalimah tauhid'.
Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai 'khaira ummah' dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak.
Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah.
"Sudah tiba masanya kita sebagai satu ummah melaksanakan muhasabah diri dan menilai semula tahap perpaduan yang diamalkan di kalangan umat Islam pada hari ini, sekaligus melakukan anjakan perubahan atau 'penghijrahan' ke arah suatu tahap yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia," titah baginda pada Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432 Hijriah di Balai Islam, Lundang dekat sini, malam tadi.
Baginda mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan 'hijrah' yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam.
"Sejarah Hijratul Rasul sendiri telah membuktikan kejayaan kita menempa kegemilangan hasil kerjasama erat antara kaum Ansar dan Muhajirin.
"Di hadapan kita terbentang masa depan yang tidak diketahui untung nasibnya, bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing. Kita semua bakal mencorakkan wajah kejatuhan atau kebangkitan semula umat Islam," titah baginda.
Pada sambutan Hijratul Rasul bertema "Satu Ummah, Satu Matlamat" itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik.
Bagi menjunjung kegemilangan Islam, baginda menaruh penuh harapan agar umat Islam sama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan umat Islam dan bangsa dengan bertaqwa kepada Allah.
"Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu 'faqiihan', 'rahiiman', 'ilman' dan 'salaaman' dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar," titah baginda.Hrkh

TOKOH MAAL HIJRAH SELANGOR DARUL EHSAN !

Posted: 07 Dec 2010 06:43 PM PST



Ust Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - 'Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 08 Dec 2010 01:36 PM PST

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


"Tolong Jaga Parti"- Ustaz Mohd. Soffiean Ismail

Posted: 08 Dec 2010 08:52 AM PST


Subang Jaya (7 November). YDP PAS Puchong, Ustaz Mohd. Soffiean Ismail menasihatkan semua ahli PAS Puchong untuk menjaga parti ini walau apapun yang berlaku.

      Beliau mengungkap kenyataan ini ketika pembentangan kertas kerja yang bertajuk Fiqh Ikhtilaf selepas pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad bertajuk Tarbiyah di era Pakatan Rakyat  di dalam Ijtimak Tarbawi PAS Puchong di kompleks 3C, Subang Jaya.

     Pembentangan beliau berkisar mengenai adab-adab menangani masalah perselisihan pendapat dikalangan ahli yang mana PAS Puchong tidak terkecuali mengalaminya.

   Beliau menegaskan bahawa pentingnya ahli memahami konsep ikhtilaf di dalam jemaah kerana jika tersilap ia akan membawa keretakan dan perpecahan parti.

   Ijtmak Tarbawi ini ditutup dengan ketua Urusan Ulamak, Ustaz Hayazi membacakan Resolusi Ijitmak kali ini.














PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 Dec 2010 01:25 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Posted: 07 Dec 2010 04:13 PM PST



Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan rakyat dapat "sekolahkan" pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.

Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

PAS mengharapkan seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan PAS mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Di antara perkataan yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang. " Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula" "Barang Naik, Rakyat Kena Dulu""Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat" "Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat" "Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa" "Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli" "Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat""Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya""Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN" "Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah" "Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat" "Selamatkan Negara Daripada Muflis""Mana Wang Petronas Dihabiskan""Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil""Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?""Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini""Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN".





Perutusan Maal Hijrah dari Presiden PAS

Posted: 07 Dec 2010 04:10 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.


Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.



Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 08 Dec 2010 01:05 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Berita ringkas bergambar

Posted: 07 Dec 2010 03:23 PM PST


Majlis tahlil dan doa selamat pada tanggal 1 Muharam 1432 bersamaan dengan 7 Disember 2010 anjuran keluarga Encik Jidin di Kampung Bukit Pulau. Kelihatan Ustaz Norkhairi Yusuf ( berbaju melayu hijau ), Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Bukit Katil memimpin bacaan Yasin.


Antara hadirin yang hadir. Majlis doa selamat disusuli dengan jamuan makan dihadiri oleh penduduk kampung, saudara mara dan sahabat handai keluarga Encik Jidin.

Anak - anak keluarga Encik Jidin yang diraikan pada majlis tersebut. Alhamdulillah telah selamat bersunat seminggu yang lepas. Tahniah diucapkan.


Bergambar kenangan bersama AJK PAS Majlis Tindakan DUN Bukit Baru


Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab menyantuni anak – anak yang diraikan sambil menghulurkan sedikit sumbangan.

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Dec 2010 11:11 AM PST

Batu Gajah Mari


Alhamdulillah, Tok Guru Sehat

Posted: 08 Dec 2010 05:12 AM PST

ALHAMDULILAH ternyata Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi pujaan dan disayangi ramai. Sejak tengah malam tadi hingga ke saat ini telefon saya tidak habis berdering untuk bertanya khabar tentang keadaan Tok Guru. Semuanya berpunca dari laporan blog liar mengatakan Tok Guru sakit dan kini terlantar di hospital.

Dalam perjalanan ke pejabat tadi (eik ada opis pulak), bekas orang kuat Umno Kelantan yang baru berhijrah untuk mencari lemah baru, Sabree Shafii telefon dengan nada bimbang bertanya fasal Tok Guru. "Betul ke Tok Guru tenat?" tanya beliau cemas.

"Tenat apa?" tanya saya menawarkan perasaan beliau. Layan tak layan saja sebab sedang pulas stering kereta.

"Kata dia sakit, masuk sepital?" kata dan tanyanya.

"Sapa kata?" tanya saya sedikit tidak terkudis dengan pertanyaan itu.

"Ada dalam blog?" jawab beliau.

"Blog mana?" tanya saya. Saya sudah tahu apa-apa blog yang menyiarkan berita bohong mengatakan Tok Guru masuk hospital.

Beliau menyebut nama blog. "Ohh.. itu blog Umno...dalam blog Merah Tinta ada?" runggut dan tanya saya.

"Tak ada," katanya.

"Jadi kalau Merah Tinta tak ada anggaplah apa yang dikatakan itu sebagai bohong saja." balas saya melegakannya.

Tetapi beliau nampak tidak mudah hendak tenangkan dia minta saya hubungi orang dalam Tok Guru. Dapat saya rasanya Sabree ini mula sudah jatuh kasih kepada Tok Guruku. Baru ini dia ada bertemu Tok Guru meminta Tok Guru mendoakan kesejahtraan hidup beliau dan anak beranaknya. Sabree ini walaupun dulu orang kuat Umno tetapi dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata busuk dan buruk kepada Tok Guru.

Pertemuan selepas Subuh itu juga sungguh mesra dan membawa seribu makna buatnya.

Sesampai di opis beberapa lagi call masuk bertanyakan hal yang sama.

Saya menghubungi orang dalam Tok Guru termasuk anak-anaknya. Tiada jawaban, mungkin mereka sedang bersiap sedia untuk mendirikan solat Dhuha. Baru sekejap tadi salah seorang keluarganya menghubungi saya dan meminta agar membuat sikit pengumuman.

"Enta jelas sikit dalam blog, kata Tok Guru sakit tenat tu tak betul," minta anggota famili Tok Guru berkenaan. Beliau lantas menjelaskan; semalam ayah ada mengurut dengan tukang urut baru. Entah guana (macam mana) dia urut kuat ba'kali mungkin kerana tak serasi tangan, ayah sakit urut. Dia jadi tidak boleh bergerak... tetapi Alhamdulilah pagi tadi sudah solat Subuh tetapi tak jadi tok imam."

Oh rupanya Tok Guru sakit urat sahaja bukannya tak sihat seperti mana lapor blog. Mudah-mudahan blog yang merlaporkan Tok Guru sakit tenat dan kini terlantar di hospital itu bukan blog celaka. Dan bila orang tahu yang Tok Guru dilaporkan sakit menyebabkan orang ramai akan menandah tangan memohon kepada Allah minta Tok Guru jadi lagi kuat.

by MSO

Menteri Kaki kencing

Posted: 07 Dec 2010 10:42 PM PST


Klik pada gambar untuk besarkan.



CAKAP TAK SERUPA BIKIN sini sini
BOLEH JUGA DIPANGGIL KAKI KENCING
APA NAK BUAT
KETUANAN MELAYU PUNYA PASAL
MELAYU MUDAH LUPA
KAH!KAH!KAH!

HANGPA PERNAH DENGAQ PANTUN NI?

SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG
LAMA-LAMA JADI MENTERI



Jasindaily Online

Posted: 08 Dec 2010 09:37 AM PST

Jasindaily Online


Muhyiddin Berpegang Kepada Ideologi Apa?

Posted: 07 Dec 2010 10:49 PM PST

SELAMA ISLAM TIDAK DIDAULATKAN ...

Posted: 07 Dec 2010 10:46 PM PST

Najib Konon Berlagak Membela Islam

Posted: 07 Dec 2010 10:43 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Dec 2010 09:18 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Terowong kotor: Majlis Perbandaran Seremban harus buka mata

Posted: 08 Dec 2010 05:31 AM PST

Utusan Malaysia 8 Dis 2010

LALUAN terowong pejalan kaki dari stesen Keretapi Seremban ke stesen bas Terminal One Seremban agak kotor, berbau dan berbecak dengan pelbagai wayar tercabut sana dan sini yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna pejalan kaki.

Begitu juga di stesen bas Terminal One kebersihan tempat itu tidak diselenggara dengan baik dan ditambahkan lagi dengan tandas awamnya yang berkeadaan kotor dan berbau serta peralatan dalamnya juga banyak yang rosak dan tidak berfungsi.

Tandas-tandas awam yang lain juga di bandar yang bertemakan 'bersih dan indah' ini didapati tidak terurus sepatutnya.

Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu prihatin dan berusaha untuk menjaga kebersihan di sekitar tempat-tempat awam serta mampu menyelenggarakan segala harta benda awam di kawasan bandar.

Masih ada pondok telefon yang hanya tinggal pondoknya sahaja kerana perbuatan tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam masih juga berlaku.

MPS dan warganya perlukan suntikan akan bagaimana untuk menjaga nama baik dan memulihkan bandar Seremban ini setanding dengan bandar-bandar yang terkenal akan kebersihannya.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

i n t a n h i j a u

Posted: 08 Dec 2010 07:40 AM PST

i n t a n h i j a u


DAKWA KHIR : GIMIK POLITIK / دعوا خير : ݢيميق ڤوليتيک

Posted: 07 Dec 2010 08:55 PM PST


KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuktikan keengganan kerajaan memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun bekas Menteri Besar Selangor didakwa atas tuduhan rasuah, ia hakikatnya membuktikan keengganan kerajaan memerangi rasuah.

"Tuduhan ke atas Khir adalah yang paling lemah dari begitu banyak pendedahan kes rasuah ke atasnya.

"Ia hanya gimik (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang kelihatan sedang mencari-cari waktu yang memberi kelebihan kepadanya untuk mengadakan pilihan raya," kata Mahfuz.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keengganan kerajaan Najib memberi jalan supaya siasatan dapat dibuat ke atas pelbagai kes lain menguatkan lagi keyakinan bahawa ia bukan sahaja tidak mahu memerangi rasuah malah begitu selesa dengan rasuah.

"Sekatan apa yang dibuat oleh pihak kerajaan sehingga tidak boleh disiasat kes-kes seperti penyalahgunaan kuasa dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, penyerahan medan minyak Blok L dan M, pembelian senjata dengan harga yang luar biasa mahal di Kementerian Pertahanan, penggunaan wang ihsan kepada Terengganu dari 2004 hingga 2008 dan terlalu banyak kes lain kalau disenaraikan sepenuhnya," kata Mahfuz.

Malah, katanya, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau lebih berani bertindak walaupun pemerintahannya disepakati sebagai paling buruk termasuk oleh sebahagian besar orang-orang Umno sendiri.

"Sekurang-kurangnya di zaman Abdullah, mata yang diperolehi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak merudum ke peringkat paling buruk dan beliau berani bertindak ke atas mereka yang masih berkuasa dan memegang jawatan tinggi seperti Tan Sri Kasitah Gadam.

"Najib hanya berani memperalatkan orang yang tidak ada kuasa seperti Khir untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat kononnya beliau juga bertindak ke atas kes rasuah.

"Setakat itu sahaja keberanian Najib untuk gimik pilihan raya," kata beliau.

Khir sendiri tidak menolak tindakan terhadapnya itu ada kaitan dengan pilihan raya.

"Saya tidak tahu, sebagai seorang ahli politik, saya mungkin berfikir begitu," kata bekas Menteri Besar Selangor itu.

Mahfuz juga mempersoalkan adakah sudah ada "kira-bicara" dibuat sebelum Khir didakwa di mahakmah memandangkan beliau begitu yakin perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya.

Khir berkata, kes mahkamah terhadapnya akan dapat membersihkan namanya berhubung isu kediaman mewahnya di Shah Alam.(harakahdaily)

PAS Kulaijaya

Posted: 08 Dec 2010 07:23 AM PST

PAS Kulaijaya


Islam Dagang Kali Kedua.

Posted: 07 Dec 2010 07:39 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 08 Dec 2010 03:15 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H

Posted: 07 Dec 2010 07:36 PM PST



Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Dis:
Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.


Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.


Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.



"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - 'Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).



Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.



Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') yang terletak di Bangi.




--
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
( DARUSSYIFA )

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 08 Dec 2010 01:19 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula

Posted: 07 Dec 2010 07:01 PM PST

Ayuh semua pengundi terutama pengundi di Kawasan Tg Malim. Kita bangkit menolak BN yang terbukti membawa bencana dan melacurkan rakyat untuk kepentingan perjuangan peribadi mereka..

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Dec 2010 01:23 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)

Posted: 08 Dec 2010 12:40 AM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

Beruntunglah Kita Yang Mensucikan Jiwanya!

Posted: 08 Dec 2010 12:37 AM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : muhamad agus syafii

Kita sebagai khalifah Allah dilengkapi dengan pelbagai kelebihan, tetapi sebagai hamba Allah, ia juga memiliki berbagai kelemahan. Disamping potensi untuk kebaikan, pada diri kita juga terdapat potensi yang menjerumuskanya ke lembah kehinaan.

Di satu sisi, kita sebagai manusia memiliki fitrah berketuhanan seperti yang disebut dalam surat ar Rum/ 30: 30 yang menyebabkan ia rindu untuk mendekatkan diri (taqarrub dan taraqqi) kepada Allah, tetapi pada sisi yang lain ,manusia memiliki hawa nafsu yang cenderung suka mengejar kenikmatan sesaat yang sifatnya rendah yang jika diturut, akan menjauhkan hubungan manusia itu dengan Nya.

Dalam surat Ali Imran 14 disebutkan bahwa manusia memiliki kecenderungan untuk mengikuti dorongan syahwatnya manyangkut wanita, anak-anak, perhiasan emas perak, kendaraan, ternak dan tanah ladang. Kesemua hal tersebut bagi manusia mengandung makna kenikmatan, kebanggaan dan manfaat, dan kesemuanya itu merupakan harta yang bersifat duniawi.

Salah satu penghambat hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah cinta harta atau hubb ad dunya, mencintai hal-hal yang berskala dekat. Untuk mendekat kepada Allah, terlebih dahulu manusia harus bersih jiwanya, dan cinta harta merupakan salah satu daki yang mengotori jiwanya itu.

Salah satu bentuk sifat orang yang cinta harta adalah kikir, dan ia benar-benar merusak jiwa manakala dipatuhi, seperti yang dikatakan dalam hadis Nabi Riwayat Tabrani bahwa satu dari tiga hal yang merusak manusia adalah sifat kikir yang dipatuhi .

Oleh karena itu metode melawan kekikiran adalah tidak mematuhinya yakni dengan cara mengeluarkan sebagian hartanya untuk sadaqah, meski hawa nafsunya menyuruh yang sebaliknya. Perlawanan terus menerus terhadap sifat kikir itu merupakan proses tazkiyyah, dan karena kuatnya pengaruh hawa nafsu maka Al-Qur'an mengisyaratkan perlunya campur tangan kekuasaan untuk melakukan perlawanan terhadap sifat kikir manusia dalam bentuk perintah mengambil zakat bagi yang sudah berkewajiban seperti yang disebut dalam surat at Taubah/9:103 Alqur'an sangat konsisten dalam menganjurkan pengeluaran harta, baik yang diwajibkan (zakat) maupun yang dianjurkan (sedekah), sampai nafs yang sudah tercemar dapat kembali menjadi nafs zakiyyah, seperti pendapat Abu Amr Ibn al A'la yang dikutip oleh ar Razi, yakni nafs yang tidak lagi terbelenggu oleh dorongan-dorongan syahwat.

Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar Siddik ketika beliau mengeluarkan harta untuk membebaskan Bilal, seorang budak muslim yang sedang disiksa oleh majikannya karena keislamannya dipandang sebagai perwujudan dari jiwa yang sudah bersih. Seperti yang banyak disebut oleh para mufassir bahwa turunnya surat al Lail/95:18 - adalah berkenaan dengan perbuatan Abu Bakar tersebut.

Dapat disebut sebagai puncak tazkiyyah adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ketika beliau siap melaksanakan perintah Allah menyembelih puteranya, Isma'il, karena posisi Isma'il bagi Ibrahim adalah harta yang tak ternilai, melebihi nilai seluruh hartanya.

Sebagaimana halnya kodrat kita di hadapan kekuasaan Allah, kita tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya melakukan tazkiyyah, sebagaimana Rasul juga tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya berdakwah sampai-sampai pamannya sendiri tidak beriman seperti yang disebut dalam surat al Qasas/28 : 56.

Dalam hal ini Al Qur'an disamping memuji orang yang berusaha melakukan tazkiyah juga menyebut tentang adanya hak otonomi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Surat anNur 21 dan anNisa/5: 49 menyebutkan bahwa Allah mensucikan jiwa dari orang-orangyang dikehendaki Nya.

Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah

Posted: 08 Dec 2010 12:30 AM PST

02 Muharam 1432H

Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah

Asal Usul:

Dalam buku "Han Shu", iaitu "Catatan Sejarah Zaman Dinasti Han", terdapat sebuah cerita tentang seorang lelaki kaya yang sangat gemar akan barang-barang antik. Menurut ceritanya, antara koleksi yang disimpan oleh si kaya itu, ada sebiji balang yang diperbuat daripada jed, yang jarang ditemui di tempat lain. Balang itu sangat halus buatannya, dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Si kaya itu benar-benar sangat sayang kepada balang itu.

Pada suatu malam, si kaya itu terlihat seekor tikus yang melompat ke dalam balang antik kesayangannya itu untuk makan baki makanan yang tertinggal di dalamnya tanpa disedarinya. Si kaya itu menjadi berang. Dia segera mengambil seketul batu, lalu melontarnya ke arah tikus itu. Pastinya tikus itu terbunuh. Bagaimanapun, sayang sekali, balang jed yang sangat berharga itu juga pecah.

Peristiwa tersebut menjadikan si kaya itu berasa sangat sedih. Dia amat sesal dengan perbuatannya yang mengikut rasa marahnya itu hingga menyebabkan kerugian yang begitu besar, yang tidak dapat ditebus lagi dengan apa jua. Pada ketika itu, barulah dia sedar bahawa tindakan yang hanya mementingkan keuntungan yang ada di depan mata sahaja tanpa memikirkan akibatnya, akan membawa bahaya atau kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Dia mahu menggunakan pengalamannya itu untuk mengingatkan orang lain supaya menahan diri daripada bertindak dengan melulu, dan jangan merosakkan barang-barang berharga milik sendiri semata-mata kerana mahu membunuh seekor tikus.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tou Shu Ji Qi" atau "Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah" ini membawa erti, menahan diri daripada mengambil tindakan terhadap orang jahat semata-mata kerana takut membawa bahaya kepada orang baik. Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang terlalu berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.

CRI/-

Nik Aziz sakit tenat, fitnah

Posted: 08 Dec 2010 12:23 AM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini.

Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat.

Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.

Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat.

"Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata," ujarnya.

Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa.

Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau.

"Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut.

Harakahdaily/-

Saya tak mahu Speaker Dewan dibeli Umno BN

Posted: 08 Dec 2010 12:20 AM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar meminta penjelasan berhubung hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri.

Usul di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) itu dibawa oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Beliau dalam sidang media sejurus keluar dari dewan, mempersoal keputusan Pandikar yang didakwa bercanggah dengan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 22 April lalu.

"Keputusan Tan Sri Speaker ini melanggar keputusan yang dibuat beliau sendiri pada 22 April 2010 dalam hansard di mana Tan Sri Speaker menegaskan bahawa seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa akan diberikan hak untuk memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksi.

"Ini adalah keterangan yang dibuat oleh speaker sendiri dalam Dewan Rakyat namun keputusan ini pun dilanggar oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR.

Menurutnya juga, beliau berhak meminta penjelasan berhubung keputusan itu memandangkan Anwar dan saksi-saksi langsung tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Yang paling mengejutkan kami ialah apabila Tan Sri Speaker menggunakan peraturan mesyuarat 83 (11) di mana berbunyi, jawatankuasa itu jika baik pada timbangannya boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tiada perkaitan sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh berkaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

"Bagaimana tafsirannya boleh begitu jauh menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh peraturan mesyuarat dan berkata mendengar cakap saksi yang degil sedangkan belum pun tertuduh dan saksi dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jawatankuasa telah menghukum bahawa keterangan itu tidak relevan," katanya lagi.

Sementara itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata, berlaku 'conflict of interest' dalam perkara berkenaan kerana Pandikar yang merupakan speaker sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyifatkan keputusan itu sebagai mencemar nama baik Parlimen.

"Sepatutnya jawatankuasa perlu memperlihatkan satu prinsip demokratik. Bukan menghukum Anwar tanpa memanggil beliau memberi keterangan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Azmin di dalam dewan sebelum itu membidas Pandikar kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin yang menimbulkan kekecohan apabila wakil Barisan Nasional meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan itu menyebabkan lima wakil Pakatan digantung dari persidangan sehingga jam 2.30 petang.

Selain Azmin mereka ialah Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau), Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Harakahdaily/-

INFO : Buah-buahan dan khasiatnya

Posted: 07 Dec 2010 11:56 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : BawangGoreng

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.

Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

3. Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus.

Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15. Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

PERHIMPUNAN GAPS YANG MEMALUKAN, SATU PENGAJARAN

Posted: 07 Dec 2010 11:51 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan?

Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan.

Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya mengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan.

Perhiasan yang diharamkan dalam Islam

Posted: 07 Dec 2010 11:27 PM PST

02 Muharam 1432H

Perhiasan disini adalah umum termasuklah pakaian, barang hiasan, barang kecantikan dan seumpama dengannya.

Firman Allah swt " Wahai manusia ambillah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid dan makan serta minumlah dan jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas." Ayat 31 surah al-A;raf

1.Dilarang perhiasan diperbuat dari Bekas emas dan perak.

Nabi saw bersabda " Sesiapa yang minum dari bekas emas dan perak, sesungguhnya akan berpusing2 api neraka dalam perutnya." Hr Bukhari dan Muslim.Dikecualikan barang kemas utk perempuan, cinicin perak untuk lelaki untuk keperluan dan emas perak yang menggantikan anggota seperti gigi emas.

2. DilarangMemakai sutera bagi lelaki.

" Sesungguhnya kedua benda ini untuk lelaki dan harus kepada perempuannya." Hr Tirmizi 4057.

3.Dilarang Melabuhkan pakian dengan sombong.

" Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan maka neraka tempatnya." Hr Bukhari.

4.Dilarang Patung dan perhiasan yang bergambar manusia atau haiwan .

Hadis Nabi saw "Sesungguhnya azab yang paling dahsyat adalah orang yang membuat gambar dan patung." Hr Bukhari 5950

5.Dilarang Penipuan dan pengubahan seperti menghitamkan rambut, renggang gigi, tatu, sambung rambut dll.

Nabi saw bersabda: "Allah melaknat pembuat tatu dan orang yang dibuat tatu, orang yang dicukur keningnya, orang yang merenggang gigi yang mengubah ciptaan Allah swt." Hr Bukhari dan 5931 dan Muslim 2122
Nabi berkata kepada Abu Bakar yang beruban rambut dan janggutnya "Ubah warna rambut ini dan jauhi dari warna hitam." Hr Muslim 2102
Dilarang mencukur janggut (haram bagi jumhur dan makruh bagi mazhab syafie)

6.Dilarang Menyerupai lelaki dan perempuan.

Nabi saw bersabda " Rasulullah saw melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki." Hr Bukhari 5886.

7.Dilarang Menyerupai orang kafir dan jahat.

Nabi saw bersabda " Siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari mereka." (Hr Abu Daud).

Nik Aziz mahu pihak berkuasa tempatan utamakan kebersihan

Posted: 07 Dec 2010 11:19 PM PST

02 Muharam 1432H

KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengutamakan aspek kebersihan ke arah menjadikannya sebagai Perbandaran Islam.

Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menaiktaraf semua PBT di negeri ini tidak lama lagi.

"Dalam usaha kerajaan negeri menaikkan taraf Pihak Berkuasa Tempatan, kita mahu Pihak Berkuasa Tempatan turut mengutamakan aspek kebersihan sesuai dengan kehendak Islam," katanya dalam teks ucapannya pada majlis pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai Majlis Perbandaran Islam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Majlis Perbandaran Ketereh merupakan PBT pertama yang dinaiktaraf selepas Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Islam (BRI) pada 2005.

Sinar Harian/-

Nik Aziz terima anugerah daripada Sultan

Posted: 07 Dec 2010 11:15 PM PST

02 Muharam 1432H

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan tokoh Hijratul Rasul 1432H Kelantan atas sumbangan beliau menyebarkan dakwah di negeri itu.

Nik Aziz menerima hadiah wang tunai RM5,000, dinar emas dan sijil penghargaan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V.

Beliau yang merupakan bekas guru adalah tokoh ulama yang pernah disenaraikan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul 'The 500 Most Influntial Muslims'.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui selepas majlis itu enggan mengulas mengenai anugerah itu.

Sementara itu, Tokoh Saudara Kita, Ridhuan Foo Abdullah, 53, menyifatkan anugerah yang diterima sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan begitu bermakna buat dirinya.

Katanya, beliau tidak sempat ditemani isteri dan empat daripada enam anaknya untuk berkongsi kegembiraan pada majlis ini kerana mereka berada di Mesir sejak lebih sebulan lalu.

"Mereka sudah lebih sebulan berada di Mesir dan saya bercadang untuk mengikuti mereka ke sana, Insya-Allah pada 15 Disember ini saya akan ke sana," katanya.

Sinar Harian/-

Rasis: Najib perlu bertindak pada Muhyiddin

Posted: 07 Dec 2010 11:08 PM PST

02 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Najib Razak seharusnya menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankan dalam ucapannya di Konvensyen Barisan Nasional, Ahad lepas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap Muhyiddin yang jelas seorang anti nasional kerana sering kali membuat kenyataan berunsur rasis dan menimbulkan amarah dan kebencian rakyat.

Justeru, katanya dakwaan Najib yang sewenangnya menyelar pemimpin Pakatan Rakyat sebagai "sangat merbahaya dan anti nasional" sewaktu konvensyen itu adalah suatu tindakan yang biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai seorang Perdana Menteri.

Menurutnya, hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana telah dibuktikan dalam Deklarasi Pakatan Rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan.

"Sebagai pentadbir nombor 1 negara, PM seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, Najib asyik bermain retorik dan fitnah dengan harapan agar rakyat akan lupa pada segala perlakuan sumbang dan penindasan Umno BN selama ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siri fitnah PM itu adalah suatu strategi desperado PM bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat 'pakej kenaikan harga 4 dalam 1 PM Najib Razak" (Air, Gula, Ron 97, Ron 95) dan isu dalamannya sendiri, seperti konspirasi penangguhan pemilihan Umno dan rombakan Kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.

Tambahnya, penghinaan kepada kapasiti rakyat sebagai pendukung kerajaan apabila PM sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata.

Baginya, ingatan Najib kepada empat "penyakit" yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa, iaitu khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan adalah suatu pendedahan dan pengakuan kepada kebobrokan dan kepincangan Umno BN selama ini.

"Andai benar ini petanda awal kepada tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya, kerana nampaknya Najib sendiri sudah sedar bahawa rakyat semakin membenci Umno-BN dan keyakinan pada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat terus meningkat.

"Lebih lama Umno BN di Putrajaya, lebih banyak rasuah, kronisme dan salah guna akan berlaku," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Harakahdaily/-

Sultan gesa bersatu atas kalimah tauhid

Posted: 07 Dec 2010 09:47 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Dis: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas 'kalimah tauhid'.

Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai 'khaira ummah' dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak.

Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah.

"Sudah tiba masanya kita sebagai satu ummah melaksanakan muhasabah diri dan menilai semula tahap perpaduan yang diamalkan di kalangan umat Islam pada hari ini, sekaligus melakukan anjakan perubahan atau 'penghijrahan' ke arah suatu tahap yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia," titah baginda pada Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432 Hijriah di Balai Islam, Lundang dekat sini, malam tadi.

Baginda mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan 'hijrah' yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam.

"Sejarah Hijratul Rasul sendiri telah membuktikan kejayaan kita menempa kegemilangan hasil kerjasama erat antara kaum Ansar dan Muhajirin.

"Di hadapan kita terbentang masa depan yang tidak diketahui untung nasibnya, bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing. Kita semua bakal mencorakkan wajah kejatuhan atau kebangkitan semula umat Islam," titah baginda.

Pada sambutan Hijratul Rasul bertema "Satu Ummah, Satu Matlamat" itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik.

Bagi menjunjung kegemilangan Islam, baginda menaruh penuh harapan agar umat Islam sama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan umat Islam dan bangsa dengan bertaqwa kepada Allah.

"Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu 'faqiihan', 'rahiiman', 'ilman' dan 'salaaman' dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar," titah baginda.

Harakahdaily/-

Pemimpin patut berlapar kerana rakyat

Posted: 07 Dec 2010 09:43 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

"Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

"Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya," ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros.

Harakahdaily/-

Berundur: Samy Vellu 'sudah terlambat'

Posted: 07 Dec 2010 09:35 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur awal tiga bulan dari perancangan asal, namun ianya tetap dianggap 'sudah terlambat' untuk meyakinkan masyarakat India kembali semula kepada perjuangan parti itu.

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Balendran berkata, Samy Vellu sepatutnya berundur sejurus Pilihan Raya Umum 2008 lagi jika mahukan semula sokongan masyarakat India.

Namun katanya, keadaan itu sangat sukar untuk berlaku sekarang ini kerana masyarakat India sudah selesa dan yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Dia (Samy Vellu) sepatutnya meletak jawatan lepas PRU 2008 lagi.

"Sekarang ini sudah terlambat apabila Pakatan Rakyat sudah meyakinkan masyarakat India dengan pentadbiran berkebajikan mereka di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu juga, beliau yakin, pengunduran Samy Vellu itu tidak memberi banyak kesan kepada politik masyarakat India yang masih dibelenggu kebencian, bukan sahaja terhadap peribadi bekas Menteri Kerja Raya itu, malah juga kepada MIC itu sendiri.

Datuk G Palanivel yang menggantikan Samy Vellu sebagai Presiden MIC ke-8 pula katanya, masih dilihat dari kumpulan sama, dan masyarakat India pula tidak ramai mengenalinya.

"Masyarakat India secara umumnya tak kenal Palanivel.

"Palanivel mungkin akan tarik semula ahli MIC yang dulu, tapi saya yakin hanya sedikit akan kembali semula ke pangkuan MIC, itu pun atas sebab mahukan jawatan tertentu," katanya lagi.

Biarpun begitu, Pemuda DHPP katanya akan turun padang memberi penjelasan kepada masyarakat India untuk terus bersama Pakatan Rakyat menjelang PRU ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung tahun hadapan.

Mereka kini mensasarkan 60 parlimen yang ditandingi PAS yang berpotensi untuk menang pada PRU 13 nanti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Samy Vellu semalam yang melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Palanivel setelah memegangnya selama 31 tahun.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput.

Harakahdaily/-

Pemimpin pakatan rakyat perlu bantu blogger!

Posted: 07 Dec 2010 08:44 PM PST

02 Muharram 1432H.
http://milosuam.blogspot.com

Saya tertarik dengan satu posting dari blogger milosuam berkaitan dengan kedudukan dan prestasi blogger pro pakatan dan blogger pro kerajaan yang memerlukan penilaian dan tindakan segera dari semua pihak. Berikut adalah tulisannya yang diterbitkan kembali untuk tatapan pembaca blog cinaislam.

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia 28 Nov lalu, top 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa rangking, menunjukkan senarai blogger mesra kerajaan / pro kerajaan, mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pembaca (memiliki traffic yang tinggi).

Kalau dilihat senarai ini menggambarkan blogger mesra kerajaan kini berjaya mendominasi senario media baru di dalam melancarkan serangan cyber dan propaganda dari kedua-dua pihak. Apa yang jelas, prestasi blogger pakatan rakyat kini semakin menurun.

Menyedari kepentingan media baru yang menjadi penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, blogger pro kerajaan tampak bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan balas bagi pihak kerajaan.

Senarai kedudukan blog-blog politik ini menggambarkan betapa tersusunnya koordinasi blogger-blogger yang pro kerajaan. Apa yang jelas, mereka sering kali mengadakan pertemuan, forum, diskusi, secara bersua muka di dalam merancang serangan demi serangan kepada kerajaan pakatan rakyat.

Justeru itu pergerakkan mereka dilihat lebih teratur dan sistematik berbanding blogger pakatan rakyat yang kebanyakkannya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menulis tanpa koordinasi yang sistematik.

Nampaknya sudah sampai masa blogger pakatan rakyat merapatkan saff, mengatur strategi secara berjamaah untuk melakukan perang cyber yang lebih tersusun dan berkesan terhadap blogger-blogger mesra-kerajaan.

Bagi pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, anda sedar bukan betapa pentingnya media baru hari ini? Betapa berkesannya serangan blogger-blogger mesra-pakatan didalam mendedahkan ketirisan kerajaan dan menjawab serangan serta fitnah blogger-blogger dari blogger pro kerajaan?

Bukankah anda sedia maklum sumbangan besar kemenangan Pakatan Rakyat merampas beberapa buah negeri pada PRU lalu? Tidak nampakkah bagaimana blogger pakatan menyampaikan maklumat kepada rakyat? Mengapa senjata tajam ini dibiarkan tumpul?

Maklumat yang baik, tepat, dan benar sekiranya tidak dibaca akan hanya menjadi maklumat yang tidak berguna. ReJaM© menyeru kepada pemimpin pakatan rakyat memikirkan jalan untuk koordinasi yang lebih baik merebut kembali dominasi media baru oleh blogger-blogger kerajaan.

Kami tidak kalah di dalam mengumpul maklumat serta membuat pendedahan, namun kami hanyalah terdiri daripada orang perseorangan yang kurang teratur hasil kerjanya, mana nak cari maklumat? Mana nak menulis blog? Mana nak menjawab serangan? Mana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri?

Bukan wang ringgit yang dipinta, namun tindakan tertentu di dalam menyusun atur blogger-blogger sukarelawan ini.

Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

Posted: 07 Dec 2010 08:30 PM PST

02 Muharam 1432H

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

"PAS mengharapkan rakyat dapat 'sekolahkan' pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

"Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan.

"Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?" soalnya.

Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula"

"Barang Naik,Rakyat Kena Dulu"

"Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat"

"Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat"

"Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa"

"Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli"

"Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat"

"Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya"
"Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN"

"Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah"

"Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat"

"Selamatkan Negara Daripada Muflis"

"Mana Wang Petronas Dihabiskan?"

"Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil"

"Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?"

"Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini"

"Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN"

Malaysiakini/-

Melacur, Gigolo. Halal untuk biayai IPT?

Posted: 07 Dec 2010 07:30 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Ustaz Saiful Bahri

Sesetengah Negara, penyediaan pelajaran untuk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah dan Negara. Ini merupakan perkara asas teras pembangunan Negara. Sebab itu kebanyakan Negara memebri pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga keperingkat ijazah tertinggi atau mereka dikenakan bayaran minima bahkan biasiswa dianugerahkan khususnya kepada yang tidak mampu.

Bagi Malaysia, kini pendidikan menjadi sumber perniagaan. Semua berbayar bahkan dikenakan kadar faedah terhadap setiap pinjaman untuk pelajaran. Ia kini menjadi beban kepada rakyat.

Bagi sesetengah masyarakat yang prihatin, rakyat akan bangkit jika yuran pengajian membebankan seperti yang berlaku di Britain sekarang. Para pelajar berdemontrasi membantah isu kenaikan yuran pengajian.

Tetapi bagi Malaysia, mereka takut untuk mengatakan tidak. Bukan hanya yuran pengajian dan pembelajaran meningkat disemua peringkat bahkan keperluan dan barangan asas naik pun mereka masih lagi diam semata. Seolah-olah para pemimpin yang dilantik untuk menjaga hak dan keperluan rakyat memerintah mengikut hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan keperluan rakyat. Apatah lagi rakyat akan terus member kekuasaan kepada mereka.

Inilah akibatnya sehingga timbulnya isu para pelajar IPT terpaksa melacur untuk membayar yuran pengajian dan juga keperluan sebagai pelajar. Yang wanita menjadi pelacur bahkan yang lelaki menjadi gigolo. Ini bukan isu baru tetapi apa tindakan pemerintah khususnya UMNO-BN?

KPT diminta siasat dakwaan pelajar IPT melacur untuk biaya pengajian

KOTA KINABALU. 4/12/2010: Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan mereka terbabit.

"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terbabit datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.

"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil internet," katanya.

Persoalannya, ahli dan pimpinan UMNO merujuk kepada fatwa Ustazah Masyitah. Mereka bukan peduli dengan mufti. Apatah lagi para ulama maupun ustaz dikalangan penyokong Pas. Apa kata Masyitah?

Kerja pelacur 'halal' jika dharurat - Ustazah Masitah

Merujuk ruangan `Anda Musykil, dari Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. halaman 3. Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala Lumpur.

Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"

Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:

" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

" "Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan." "Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa." "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'

Berapa ramai fatwa beliau ini mempengaruhi orang-ramai. Bagaimana orang yang jahil? maka fatwa ini jadi sandaran yang akhirnya mereka terjebak dilembah hina untuk alasan darurat. Kalau inilah pandangan yang dipakai? Apa mau kata? Bagi mereka pendidikan itu dharurat dan untuk menjelaskan yuran maka jalan penyelsaian adalah melacur atau menjadi gigolo.

Tidakkah haru-biru jadinya. Mana dia tanggungjawab Kementrian Pendidikan? Kementrian Pengajian Tinggi? Apa pandangan mufti dan ulama dalam hal ini? Apakah penyelsaian sebenar? Mampukan pemerintahan sekular UMNO-BN menyelsaikan masalah yang sekian lama ini? Tepuk dada Tanyalah kertas undi. Anda nak pangkah siapa dalam pru nanti?

'Along' beri 'islamic loan' ?

Posted: 07 Dec 2010 07:05 PM PST

SUNGAI BULOH 8 DIS 10: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem 'Pinjaman Islamik' bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai 'bank segera'. Lapor myMetro Online.

Taktik terbaru itu dikesan di sekitar bandar ini apabila terdapat iklan dan risalah mengenai kegiatan terbabit ditampal di pokok dan papan tanda. Modus operandi baru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.

Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.
Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman. Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan. Katanya, tindakan melampau pengiklan yang mahu mengejar keuntungan tanpa menggunakan modal itu perlu dihentikan kerana ia bukan saja menyusahkan orang awam, malah menjatuhkan imej bandar berkenaan.

"Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.

Yazit berkata, kegiatan memasang iklan pinjaman haram terbabit semakin berleluasa kerana lebih banyak iklan ditampal setiap kali ia ditanggalkan pihak berkuasa. "Jika ditanggalkan pada sebelah petang, keesokan paginya, pasti lebih banyak iklan ditampal di tempat sama," katanya.

Pelajar sebuah kolej swasta, Zaharah Nordin Zakaria, 24, pula berpendapat masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membolehkan mereka bertindak segera.

"Orang ramai perlu mengadu dan jika sudah mengadu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tak ambil peduli, sekurang-kurangnya kita sudah tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Hal selebihnya terpulang kepada PBT untuk melaksanakan peranan mereka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 35,000 iklan haram sudah diturunkan MBSA sejak Januari hingga Oktober lalu.

"Di Sungai Buloh saja, kami menurunkan 4,500 iklan haram seperti iklan lelongan bank, khidmat perubatan tradisional, pinjaman wang dan ubah suai rumah melalui beberapa operasi secara berkala yang dilakukan pejabat cawangan MBSA kami di sana.

"Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan banyak masalah seperti mengganggu dan menghalang pandangan jika iklan di tampal di papan tanda jalan. Oleh sebab itu kami akan terus memerangi kegiatan ini," katanya.

Menurutnya, pihak yang menggantung aktiviti itu boleh dikenakan tindakan Undang-Undang Kecil Iklan MBSA 2007. Justeru itu, beliau meminta kerjasama masyarakat supaya tidak membuat tampalan iklan sesuka hati mereka tetapi sebaiknya memohon permit dari jabatan pelesenan sebelum menggantung iklan atau kain rentang yang mempromosikan produk mereka. (Sumber: myMetro/AK)

Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 07 Dec 2010 06:30 PM PST

02 Muharam 1432H
Oleh : Topeng Perak® Unmasked

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri.

Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.

Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik.

Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Bangun Rakyat, BN bodohkan kita !

Posted: 07 Dec 2010 06:00 PM PST

Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.

Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini.

Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.

Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.

Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.

Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!! (DragSuperstar blog)

Catu Subsidi : Saku rakyat bakal kontang !

Posted: 07 Dec 2010 05:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

"Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. "Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

"Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

"Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu," kata laporan tersebut.

"Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat," kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

"Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

"Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015," kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau. {Malaysian Insider)

Rosmah pernah berlapar ?

Posted: 07 Dec 2010 05:00 PM PST

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

"Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

"Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya," ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros ( Ibnu Hasyim blog)

Pengikut