Rabu, 8 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 08 Dec 2010 03:08 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

MELAYU BERMARUAH

Posted: 07 Dec 2010 10:19 AM PST

"Gegar gempita TV3 dan juga UMNO apabila DS Wan Azizah menyeru supaya KETUANAN ...MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH. Berduyun-duyun, para pemimpin UMNO termasuk Zul Kulim memberi pandangan betapa DS Wan Azizah dengan dokongan DS Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebagai pengkhianat.

Baru Ini , ditayangkan betapa Sultan Selangor dukacita dengan beberapa pendatang melayu di Selangor yang mempertikaikan KETUANAN MELAYU dan INSTITUSI DIRAJA.Sebagai seorang Melayu, wajar untuk saya memberi jawapan kepada DYMM Sultan Selangor bahawasanya, pada masa dan ketika ini, saya malu menjadi melayu. Saya malu menjadi MELAYU yang diperbodohkan oleh KERAJAAN PIMPINAN MELAYU yang telah memerintah sejak dari 53 tahun dahulu.

Kekadang saya bertanyakan pada diri saya apakah kelebihan saya menjadi MELAYU???? Apakah dengan menjadi MELAYU, saya pasti mendapat kehidupan yang mewah dan dirahmati ALLAH. Apakah dengan menjadi MELAYU, saya mendapat kelebihan dalam mengharungi kehidupan didunia ini.

Selama 45 tahun saya hidup dimuka bumi Malaysia ini, saya telah melihat betapa ramai MELAYU menjadi mangsa MELAYU. Selama 45 tahun ini, saya melihat betapa ramai MELAYU diainaya oleh MELAYU.

Kita lihat sendiri bagaimana Negeri Kelantan yang diperintah oleh orang MELAYU tetapi dinafikan hak oleh kepimpinan MELAYU Negara. Bukan Choi Soi Lek atau Samy Vellu atau Koh Su Koon yang menafikan hak orang MELAYU Kelantan, tetapi Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang melakukannya. Mereka ini adalah orang MELAYU.

Apabila ramai MELAYU Murtad, pemimpin MELAYU Negara juga yang mengatakan angka tersebut tidak membimbangkan kerana mereka masih lagi MELAYU walaupun tidak beragama Islam. Jadi dimanakah rasionalnya kita memperjuangkan KETUANAN MELAYU?????

Kelmarin, 5hb. Disember 2010, penyokong PAKATAN RAYKAT menunjukkan betapa mereka menghormati KETUANAN MELAYU dengan keluar beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Tuanku Mizan, Yang Dipertuan Agong yang merupakan KETUANAN MELAYU yang tertinggi di Negara MALAYSIA pada masa ini dengan harapan KETUANAN MELAYU yang diagung-agungkan oleh pihak UMNO, PERKASA dan NGO-NGO serta mengurangkan ketakutan DYMM Sultan Selangor perihal KETUANAN MELAYU, dapat mendengar rintihan rakyat yang ditindas oleh pihak SYABAS. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya….. Polis MELAYU yang menendang MELAYU yang menghadiri perhimpunan itu. Polis MELAYU yang menyembur air kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Menteri MELAYU yang memberi arahan supaya kekerasan digunakan kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Ketua Polis Negara MELAYU yang mengarahkan polis MELAYU menzalimi orang MELAYU yang hadir disitu. Jadi dimanakah rasionalnya pihak UMNO dan PERKASA memperjuangkan KETUANAN MELAYU kalau MELAYU yang menzalimi MELAYU.

Bila DS Wan Azizah menyatakan KETUANAN MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH… ramai orang UMNO dan PERKASA marah sehingga Peguam UMNO mencadangkan supaya DS Wan Azizah di ISAkan. Memang ramai pemimpin MELAYU UMNO dan PERKASA tidak dapat menerima MELAYU BERMARUAH kerana sejak merdeka lagi mereka tidak memliki maruah. Sejak dulu UMNO sukakan judi dan ianya sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU. Sejak dulu pemimpin MELAYU UMNO sukakan rasuah dan ia juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU dan sejak dulu juga pemimpin UMNO tidak menghormati Islam dan itu juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU.

Pihak UMNO dan PERKASA tahu sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung maka puak-puak UMNO ini akan menerima tekanan dari orang MELAYU. Apabila orang MELAYU tahu bagaimana untuk hidup BERMARUAH….maka segala perilaku pimpinan MELAYU UMNO akan dipertikaikan dan segala-galanya menjadi sesuatu yang menyeksakan kepada pihak MELAYU UMNO.

Kita tidak akan melihat lagi MELAYU seperti ZUL KULIM jika MELAYU BERMARUAH… Kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti ZAHRIN jika MELAYU BERMARUAH…. Dan kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti EZAM jika MELAYU BERMARUAH. MELAYU seperti ZUL KULIM, ZAHRIN, EZAM dan beberapa lagi MELAYU yang seangkatan dengan mereka ini lahir disebabkan KETUANAN MELAYU dan bukannya MELAYU BERMARUAH…. Dengan Slogan KETUANAN MELAYU, mereka-mereka ini boleh MEMBODOHKAN MELAYU tetapi jika MELAYU BERMARUAH…. Mereka-mereka ini menjadi anjing dimata orang MELAYU.

Terkini, Menteri MELAYU jugalah yang telah mengungkap kata-kata / janji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini tetapi sebaliknya yang terjadi. Kalau Menteri MELAYU itu seorang MELAYU BERMRUAH…beliau akan menjaga tutur katanya atau janji-janjinya. Tetapi disebabkan KETUANAN MELAYU lah maka harga minyak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Semasa Robert Kuok menjadi RAJA GULA di MALAYSIA, harga gula stabil sehinggalah MELAYU FELDA mengambil alih dan kini rakyat Malaysia terutama orang MELAYU kampong merasa kenaikkan harga GULA berkali-kali dalam setahun. Dalam hal ini, saya lebih menghormati CINA BERMARUAH daripada KETUANAN MELAYU UMNO yang menindas rakyat.

KETUANAN MELAYU yang memerintah Negara pada masa ini jugalah yang menaikkan harga GAS walaupun mengikut asas penubuhan PETRONAS adalah untuk rakyat MALAYSIA. Sekiranya pemimpin itu MELAYU BERMARUAH…. Maka sudah pasti rakyat akan diPENTINGKAN, tetapi dengan KETUANAN MELAYU UMNO, rakyat didahulukan untuk membayar segala hutang yang dilakukan oleh puak-puak ini.

Akhir kalam, saya memohon kepada DYMM Sultan Selangor supaya memahami terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. Fahami betapa beruntungnya DYMM Raja-Raja MELAYU diseluruh NEGARA MALAYSIA ini jika memiliki rakyat MELAYU BERMARUAH… Sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung, KETUANAN MELAYU tidak akan hilang dibumi MALAYSIA.. Sebaliknya sudah terbukti KETUANAN MELAYU telah menyebabkan MALAYSIA kehilangan Pulau Batu Putih dan juga Singapura. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa MELAYU, saya sekali lagi ingin bertanya kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor, Apakah itu yang DYMM Tuanku Sultan Selangor kehendaki…..

Oleh: Dio Sani Samm

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 08 Dec 2010 03:07 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA

GAPS PATUT INSAF DAN AMBIK PENGAJARAN !! JANGAN MENIRU!!!

Posted: 08 Dec 2010 12:40 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 07 Dec 2010 11:22 PM PST

Suara Sri Andalas

Gelombang Merah Demo Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

Posted: 05 Dec 2010 07:50 AM PST

Polis menangkap 52 orang, manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia bagi menyuraikan perhimpunan bantah kenaikan harga air anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin lain Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menyampaikan memorandum itu kepada wakil Istana Negara sebagaimana yang dirancangkan.

Lebih 15,000 berpakaian baju merah hadir pada perhimpunan itu untuk menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan restu kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional (BN).

Lebih 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka dilihat sebagai memberi isyarat kepada Umno-BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang sekiranya kezaliman dan kerakusan terus mereka perlakukan.

Antara tempat yang menjadi sasaran serangan polis adalah Masjid Negara, dan di hadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB).

Perhimpunan aman itu bertukar menjadi kecoh apabila polis mengangkat senjata dan meriam air untuk menyuraikan hadiran yang tidak melakukan sebarang provokasi.

Sebilangan orang ditangkap dalam Masjid Negara manakala yang lain dalam perkarangan masjid itu dan Stesen KTM.

Polis bertindak liar apabila cuba menghalang Tan Sri Khalid sendiri daripada mengadakan sidang media di depan pintu utama Istana Negara.

Meskipun menjadi sasaran pelbagai provokasi oleh polis, Tan Sri Khalid dan barisan kepimpinan Pakatan Selangor mencapai hasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Istana Negara, sebagaimana yang telah diatus dengan wakil Istana.

Antara yang mengiringi Tan Sri Khalid ke Istana Negara ialah Exco kerajan negeri  Dr Xavier Jayakumar, Yaakob Sapari, Elizabeth Wong, Iskandar Abdul Samad serta Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Tan Sri Khalid berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha Kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air. Mereka sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi sedangkan kebajikan dan kepentingan rakyat terus dilupakan," kata Menteri Besar.

Menteri Besar juga kesal dengan polis yang tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman diadakan sehingga berlaku tangkapan melebihi 50 orang.

"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata Menteri Besar.

Tindakan Polis Keterlaluan - SUHAKAM

Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara sebagai keterlaluan.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya."

"Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik," kata beliau kepada wartawan di sini.

Beliau turut berjanji akan menghantar laporan Suhakam mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.

Bahkan beliau turut mengulangi tekad Suhakam akan terus berjuang untuk kebebasan hak asasi manusia.

"Kita rasa perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat," tambah beliau.

Wanita Tua Juga Dipukul – Charles Santiago

Ahli parlimen Klang, Charles Santiago adalah antara mangsa yang diheret dan ditendang oleh beberapa anggota polis apabila beliau cuba membantu seorang warga emas.

Ketika kejadian itu, Charles melihat seorang wanita dipukul dan bajunya koyak-rabak akibat kekasaran polis.

Mereka menjadi sasaran polis walaupun berhimpun secara aman untuk mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon supaya hak menguruskan air dikembalikan kepada rakyat.

Tanpa sebarang provokasi, tiba-tiba ribuan orang diserang oleh FRU, menyebabkan ramai yang cedera.

"Seorang wanita berhampiran saya sedang menangis tetapi polis terus memukul orang, merobek baju, dan mereka benar-benar di luar kawalan.

"Wanita di sebelah saya dipukul, wanita tua juga dipukul, baju dirobek. Mereka pukul untuk apa? Adakah ini arahan Ketua Polis Negara yang baru?," katanya lagi.

Polis Serbu Secara Tiba-tiba, Lelaki 51 Tahun Patah Kaki, Wanita Pitam

Dalam pada itu, penyelaras kempen, Dr Badrul Amin Bahron berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba menyerbu para peserta yang berada di pekarangan Masjid Negara menyebabkan seorang lelaki bernama Azami Ismail patah kaki dan seorang wanita pitam ketika cuba menyelamatkan diri.

"Ketika polis menyerbu ke Majis Negara lelaki itu yang berusia 51 tahun telah jatuh di tangga menuju ke masjid dan patah kaki.

"Saya difahamkan lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang oleh ahli keluarga untuk pemeriksaan. Dia kini sedang dirawat."

"Selain itu, seorang wanita yang pitam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, dia sekarang masih lagi dalam keadaan lemah,"

Tambah Badrul Amin, pihaknya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Istana Negara sebalik bertindak kejam kepada penyokong.

"Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.

"Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.

"Tetapi dalam proses bersurai itu, polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari," katanya.

Kesemua penyokong yang berada di Masjid Negara mula bersurai kira-kira pukul 4 petang tadi.

Usul Kekerasan Polis Terhadap Orang Awam Ke Parlimen

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli turut mengecam tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap penyokong baju merah di sekitar Masjid Negara.

Dr Dzulkefli berkata, beliau akan membawa usul kekerasan polis terhadap orang awam ke parlimen pada sesi akan datang.

"Amat malang tindakan polis bertindak keterlaluan dalam kezaliman."

"Kalau polis boleh benarkan Menteri Besar ke Istana Negara mengapa tidak benarkan masyarakat di sini berhimpun," kata beliau.

"Pihak polis mengizinkan empat kereta, Menteri Besar dan Exco diiring polis ke istana. Jelas mereka mempunyai niat jahat, kerana belum pun kereta kami melepasi kawasan selamat itu, pihak FRU telah menembak ke arah kami. Menteri besar, Exco dan saya sendiri terperangkap dalam asap gas pemedih mata dalam kereta kami," tambahnya lagi.

Seramai 52 peserta perhimpunan telah ditahan dan dibawa dengan trak ke balai polis,  mereka kemudiannya dibebaskan sekitar jam 6.00 petang semalam.

Kronologi Penyerahan Memorandum Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

2.58pm: Polis mula menyerbu ke dalam pekarangan Masjid Negara. Dilaporkan dua peserta ditangkap

2.55pm: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu media, kerajaan Selangor akan menawarkan sejumlah RM6 bilion kepada konsesi air Syabas.

"Kita telah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang bersetuju supaya kerajaan negeri membuat tawaran penstrukturan semula air di negeri Selangor.

"Kerajaan Selangor akan menawarkan secepat mungkin kepada kementerian," kata beliau.

Keadaan masih terkawal sementara pasukan FRU kelihatan telah bersurai.

2.40pm: Dua lagi ditahan di bulatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

2.30pm: Sedikit kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid mengadakan sidang media di depan pintu utama Istana Negara.

Tindakan polis bagaimanapun dibantah oleh Exco Selangor yang turut mengiringi Khalid menyerahkan petisyen dan memorandum, dengan alasan bahawa polis langsung tidak mengganggu ketika kumpulan bertentangan, GAPS, mengadakan sidang media di tempat yang sama sebelum itu.

Turut mengiringi Khalid ialah Dr Xavier Jayakumar, Yaakob Sapari, Elizabeth Wong, Iskandar Abdul Samad serta Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

2.20pm: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan memorandum dan petisyen 150,000 ribu rakyat Selangor kepada wakil istana.

Beliau kini sedang memberikan kenyataan kepada wakil media. Sementara itu, lapan ditahan di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

2.10pm: FRU melepaskan tujuh das gas pemedih mata dan meriam bagi menghalang lautan manusia. Para peserta kini mengarah ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Kereta yang dinaiki Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin bagaimanapun dibenarkan menuju ke Istana Negara.

2.03pm: FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta dan merempuh perarakan tanpa sebarang amaran.

1.55pm: Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, penswastaan air pada 2004 lalu membebankan rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Usaha kerajaan negeri katanya, adalah untuk menghentikan episod kerakusan rejim terdahulu demi kebajikan rakyat.

Tan Sri Khalid juga menyeru ribuan peserta supaya berjalan berarak ke Istana Negara dengan tenang dan berdisiplin

1.53pm: Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan lebih 150 ribu tandatangan diperolehi bagi memorandum 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' dihadapan lebih 15 ribu peserta yang membanjiri Masjid Negara

1.50pm: Pembantu Menteri Besar kelihatan sedang berunding dengan pihak polis bagi menetapkan laluan perjalanan peserta himpunan aman ke Istana Negara.

1.40pm: Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Badrul Amin, seramai 15,000 orang sudah berkumpul di Masjid Negara.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menyampaikan ucapan.

Bercakap kepada perhimpunan dengan menggunakan 'hailer' dari tingkat atas masjid, Tan Sri Khalid berkata cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikkan tarif air tidak oleh dibenarkan kerana akan hanya membebankan golongan berpendapatan rendah rakyat apatah lagi kini terus menanggung kenaikan harga barangan keperluan.

"Memorandum yang ingin diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong memohon baginda menggunakan kuasa yang ada pada baginda untuk menyekat penindasan ke atas rakyat oleh syarikat korporat yang hanya mementingkan keuntungan," kata beliau. 

Dalam pada itu, isyarat baik diterima dari Istana Negara dengan menyaksikan pintu utama Istana Negara dibuka luas dan pihak polis juga dilihat memberi laluan kepada rombongan rakyat menuju ke istana.

1.10pm: Semua jalan menuju ke Istana Negara dan Masjid Negara ditutup.

Sementara itu, laungan 'tolak Syabas, tolak BN, hancur Syabas, hancur BN' terus bergema di pekarangan Masjid Negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa atau Perwasis, Mohamad Izuddin Zaini memberitahu pihaknya berkumpul bersama-sama kerajaan negeri atas tiket 'student power' dalam usaha menyokong kempen 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat'.

Lebih 400 wakil mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) turut menyertai perhimpunan pada hari ini.

1.00pm: 5 lagi peserta demo berpakaian merah sambil membawa sepanduk ditahan di Muzium Negara.

12.55pm:
Lebih 10,000 mula membanjiri Masjid Negara untuk menyertai perarakan menyerahkan memorandum 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' kepada pihak Istana Negara.

12.45pm: 10 ahli GAPS diketuai Hamizon Khairuddin tiba di pekarangan Istana Negara menaiki dua kenderaan MPV menyerahkan memorandum mereka kepada wakil pegawai Istana. Polis dilihat memberi kerjasama sepenuhnya dan membenarkan kedua-dua kenderaan terbabit memasuki pekarangan istana.

12.10pm:
Dalam perkembangan terbaru, Exco Selangor, Elizabeth Wong menulis dalam twitternya, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, S. Arutchelvan dan seorang lagi anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di KL Sentral, ketika dalam perjalanan ke Istana Negara.

Sementara itu, Penyeleras Kempen Air untuk Rakyat, Badrul Amin Bahrom melahirkan kekesalannya di atas penangkapan ketiga-tiga mereka. Menurut beliau, ini adalah usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi menyertai perhimpunan aman tersebut.

Kira-kira 3,000 rakyat mula membanjiri Masjid Negara. Turut kelihatan di pekarangan Masjid Negara ialah Badrul Hisham Shaharin, Elizabeth Wong, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobind Sing Deo.

11:45am: Orang ramai kelihatan mula membanjiri Masjid Negara. Sementara itu,  Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan seramai '50 marsyal demo' memaklumkan dalam twitternya bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membatalkan hasrat berarak dengan berjalan kaki ke Istana Negara, sebaliknya ke sana dengan menggunakan kenderaan.

11.15am: Polis kini mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara
.
11:10am: Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang. Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Batu 3. Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3 Shah Alam juga turut terjejas.

10.50am: Polis telah menutup Jalan Kinabalu. Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara.

Sekumpulan 20 anggota polis turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan. Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat lliputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoal siasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian.

10.30am:
Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers.

10.00am: Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. Semua pintu masuk ke pekarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat.

Memorandum Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Kepada Yang Di-Pertuan Agong
Berikut adalah kandungan memorandum oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong yang diserahkan melalui wakil Istana Negara.

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
2010

Dengan nama Allah SWT Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah.

Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)
Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya.

Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4) Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri
Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Kredit Foto:
Yuisri Yus
Orenji Ren Oren

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 07 Dec 2010 11:09 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Gelombang Merah Demo Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

Posted: 07 Dec 2010 04:11 AM PST

Tindakan Polis Keterlaluan - SUKAKAM

Anwar Ibrahim

Posted: 07 Dec 2010 07:15 PM PST

Anwar Ibrahim

BN’s Polls Preamble Not ‘Real Change’

Posted: 06 Dec 2010 10:13 PM PST

From Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim said that the slew of "good news" coming from BN recently were merely an attempt to win votes ahead of polls and not address the core problems faced by the country.

He was referring to the authorities decision to charge former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo for graft, the resignation of MIC president S Samy Vellu and the announcement that the Unified Examination Certificate (UEC) will be recognised by teacher training colleges.

These three events took place yesterday. For Anwar, they were an attempt by BN to address grouses of the Malay, Chinese and Indian communities ahead of the 13th general elections, rumoured to be held early next year.

"The difference with Pakatan Rakyat is, we consider these to be policies and will cannot be given as piecemeal (to different groups) to lull them (into supporting us).

"For example, there are many cases of corruption but they were put aside. But only one case (saw action taken). Eric Cheah was arrested over the Perwaja Scandal before the last general elections.
"It is actions like these that does not bringing about real change," he told reporters after officiating a seminar on Maal Hijrah and launching of Prof Yusof Al Qaradhawi’s book titled Kesederhanaan Dalam Islam: Satu Penerangan Ringkas dan Penanda Aras.

He was accompanied by Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Deputy Chief Minister I Mansor Othman, state legislative assembly speaker Abdul Halim Hussein and state exco for religious affairs Abdul Malik Abdul Kassim.

BN follows obvious pattern

Anwar said the government should address all issues affecting the rakyat, regardless of whether the problems involve the Malays, Chinese or Indians, or the land issues affecting the indigenous communities of Sabah and Sarawak.

He promised that under a Pakatan administration, the rule of law would be enforced, corruption will be rooted out and the judiciary would be made independent in order to bring change to the country.

Anwar said that currently, the criminal justice system practices selective prosecution and this cannot be allowed to continue.

"Some people can be gullible, probably swayed by the prosecution (of Mohd Khir), but we will remind them, that before the election there would be one prosecution involving a VIP, and there would be some concession to the Chinese, Malays or Indians.

"This is Umno and BN’s pattern. They would give some leeway to the MCA to say certain things but the essence is, it is Ketuanan Melayu (Malay supremacy) and not Ketuanan Rakyat (People’s supremacy), not rule of law and distributive justice," he said.

Meanwhile, Lim said despite all the gimmicks by BN come election time, the BN cannot answer the most basic question of why it rejects Ketuanan Rakyat.

"Instead it upholds Ketuanan Melayu by Umno, Ketuanan Cina by MCA and Ketuanan India by MIC… I do not know what Gerakan holds… this is the basic question," he said during the same press conference.

"Why can’t they (BN) accept Ketuanan Rakyat for all. This the most important question, as long as they do not answer this, these gimmicks cannot instil confidence in the people," he added.

Rekod Buruk Pertama KPN Baru

Posted: 06 Dec 2010 09:10 PM PST

Tindakan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan semalam (05 Disember 2010) dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

Insiden buruk ini juga jelas telah mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti Ketua Polis barunya, Tan Sri Ismail Omar. Rekod buruk pertama Ketua Polis baru ini membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap "double standard" dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN-Umno.

Malah, penafian dan sikap angkuh kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam 'rompakan besar-besaran hak rakyat' oleh Syabas

Sikap tidak adil PDRM, apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat.

Perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN

Wee Choo Keong

Posted: 07 Dec 2010 03:34 PM PST

Wee Choo Keong

YB Raja Nong Chik perlu meminta balik diskaun RM36.8 juta demi kepentingan rakyat. Siapakah yang meluluskan diskaun RM36.8 juta?

Posted: 07 Dec 2010 06:01 AM PST

Update mengenai kes tanah Bukit Kiara terlibat RM36 juta diskaun “diberikan” kepada Sime Darby oleh DBKL! Pada petang 01 Disember 2010 saya telah membangkitkan masalah-masalah terlibat DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejeteraan Bandar semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Raykat. Objektif-objektif utama Kementerian adalah: Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan system penyampaian perkhidmatan [...]

Wee Choo Keong

Posted: 07 Dec 2010 01:26 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 07 Dec 2010 11:44 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

BN akan tumbang dengan isu Pendidikan Seks?

Posted: 06 Dec 2010 03:27 PM PST

Apakah Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang hanya dengan isu Pendidikan Seks jika ianya tidak ditangani dengan cermat ibarat menarik rambut dari tepung? Semakin banyak protes mengenai isu ini. Di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan berZINA.

Ulasan lanjut pendidikan seks di barat untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja di http://amkns.blogspot.com/2010/11/pelajar-akan-diajar-guna-kondom-tahun.html

Juga bantahan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia isu Pendidikan Seks di http://amkns.blogspot.com/2010/12/pendidikan-seks-mesti-berteraskan-agama.html

SYOR PENDIDIKAN SEKS TAHUN 4

Utusan Malaysia 7 Dis 2010

KUANTAN 6 Dis. – Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelajaran supaya subjek pendidikan seks diajar seawal tahun satu di sekolah mulai tahun depan.

Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, sebaliknya, pihaknya mengesyorkan supaya pendidikan itu diajar bermula tahun empat selepas murid-murid menguasai aspek membaca menulis dan mengira (3M) dengan baik.

Menurut beliau, pada usia tersebut, murid-murid boleh berfikir dan membezakan yang baik dan buruk serta memikirkan kesan akibat sesuatu perlakuan.

''Pada usia ini, mereka telah masuk usia pramatang terutama bagi anak-anak perempuan.

''Penumpuan kepada subjek yang diajar akan lebih fokus kerana telah wujud perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang diajar, dilihat atau didengar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang mengumumkan subjek pendidikan seks akan diajar seawal tahun satu melalui pendidikan jasmani dan kesihatan mulai tahun depan.

Mengulas lanjut, Mohamed Sabri berkata, pihaknya juga kurang bersetuju jika pendidikan seks diajar melalui pendidikan jasmani dan kesihatan.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pendidikan seks sewajarnya diajar menerusi pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan dalam Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

''Pendidikan seks perlu dikaitkan dengan pendidikan agama dan moral bangsa kita supaya apa yang diajar tidak tersasar daripada tujuannya dalam kurikulum sekolah,'' jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm

Pendidikan seks mesti berteraskan agama

Posted: 06 Dec 2010 03:17 PM PST

Oleh Zainul Rizal Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Berita Harian 2010/12/06

Sukatan pelajaran perlu ambil kira adat ketimuran demi pengukuhan jati diri, sahsiah pelajar

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran. Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi. Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.

Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: "Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya."

Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.

Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.

Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.

Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.

Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.

Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.

Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.

Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.

Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.

Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.

Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui zainul.rijal@abubakar.my

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendidikanseksmestiberteraskanagama/Article

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Posted: 07 Dec 2010 11:29 AM PST

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Anwar: Gimik Umno Dakwa Khir Toyo

Posted: 07 Dec 2010 07:56 AM PST

GEORGETOWN 7 DIS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya sebahagian daripada sandiwara Umno untuk membersihkan imejnya di mata rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Begitu juga dengan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) bersabit pendidikan Cina dan kemudahan untuk kaum India.

Anwar berkata Umno-BN sekadar mengulangi taktik lama untuk membuaikan pengundi dengan pelbagai imbuhan dan tindakan, namun asas-asas parti itu yang berpaksi kepada perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa tidak berubah.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah bersabit pembinaan istana ala Bali di seksyen 7 Shah Alam.

Pendakwaan itu dicanang oleh Umno sebagai bukti parti itu serius dalam memerangi rasuah.

Namun ramai pemerhati mengingatkan bahawa pemimpin-pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi pernah menggunakan taktik mengheret tokoh tertentu ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan kemudian dilepaskan.

Anwar berkata pendakwaan Khir Toyo tidak boleh memadamkan hakikat ramai lagi tokoh terlepas dari sebarang tindakan pendakwaan walaupun wujud bukti-bukti jelas terhadap mereka.

"Yang kita tak boleh bagi itu pismil kerana nak buai mereka menjelang pilihanraya atau rasuah, ada tuduhan puluh-puluh yang serius itu diketepikan, diambil satu kes seperti yang berlaku kepada Eric Chia sebelum pilihanraya yang lalu," katanya.

Anwar juga ditanya oleh pemberita mengenai pengunduran Datuk Seri Samy Vellu dari MIC, dan pengiktirafan kerajaan terhadap sebuah peperiksaan Cina.

Beliau berkata perkara yang jelas ialah langkah-langkah itu diatur sebagai gula-gula politik untuk mendapatkan semula sokongan pengundi India dan Cina.

"Ini semua gimik pilihanraya, sedikit bagi orang Cina, sedikit bagi orang India, tindakan rasuah. Ini gimik pilihanraya, piliharaya tentu dekat. Apa beda Pakatan Rakyat, ini bagi kita dasar kita, kalau masalah mengangkat kedudukan orang Melayu, atau memberikan ruang kepada orang Cina dalam segi pendidikan untuk India, Iban, Kadazan, itu dasar kita," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar: Umno Lihat Jawatan TPM Dari Sudut Rasis

Posted: 07 Dec 2010 07:20 AM PST

GEORGETOWN 7 DIS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas Umno dan media kawalannya yang bersikap rasis bersabit pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri(TPM) jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Anwar menegaskan jawatan TPM tidak harus dilihat dari sudut perkauman dan pemimpin-pemimpin berkaliber seperti Lim Kit Siang mempunyai hak sama dengan warganegara lain untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan.

"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina," kata Anwar.

"Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?

"Saya tidak boleh menerimanya. Juga, siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin (timbalan perdana menteri) boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan," kata Anwar. "Mereka (Umno) adalah hipokrit... Mereka bercakap mengenai 1Malaysia, dan kemudiannya mengecam sebarang kemungkinan seorang Cina dinaikkan kepada sebuah jawatan yang lebih tinggi," kata Anwar.

"Mana letaknya konsep 1Malaysia. Mereka bercakap pasal 1Malaysia tetapi menggunakan konsep ketuanan Melayu, maknanya, jika kita letakkan seorang Cina sebagai TPM, tak kira TPM Satu, Dua atau Tiga, ia pula dijadikan penghinaan kepada konsep ketuanan Melayu," tambah Anwar.

Anwar berkata media kawalan Umno begitu taksub mengkritik Pakatan Rakyat dengan memutarbelitkan isu-isu perkauman wal hal ia sepatutnya memerinchi dasar-dasar yang diperjuangkan oleh gagasan pembangkang itu.

"Berapa lamakah harus kita terus mengamalkan politik perkauman sebeginin. Kenapa ada usaha halus untuk meniupkan api kebencian terhadap Lim. Kenapa beliau harus digambarkan sebagai pelampau Cina dan justeru orang Melayu mesti menolak beliau," kata Anwar.

"Adakah dia mendesak supaya Perlembagaan atau pun kedudukan Islam ditukar. Tidak. Tetapi Umno dan Perdana Menteri Najib Razak kata ya (untuk menbakar sentimen perkauman orang Melayu)," tambah Anwar. Anwar menegaskan bahawa Umno meremehkan kematangan rakyat jika mengharapkan kemenangan pada pilihanraya umum akan datang dengan menjual slogan ketuanan Melayu kepada kaum Melayu dan konsep 1Malaysia kepada bukan Melayu.

"Jika mereka meneruskan pendekatan ini, saya rasa mereka amat ketinggalan. Rakyat adalah jauh lebih matang sekarang, contohnya di Pulau Pinang. Saya percaya bukan sahaja Cina tetapi Melayu sudah jauh lebih matang," tambah beliau.

Siti Aishah : Sekat Laman Sosial Facebook Cuba Tutup Pemikiran Rakyat

Posted: 07 Dec 2010 07:15 AM PST

SHAH ALAM 7 DIS : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaikh Ismail membidas sikap pimpinan Umno yang mencadangkan agar laman sosial facebook disekat yang disifatkan cuba menutup pemikiran rakyat daripada menerima sebarang maklumat dan mengeluarkan pendapat.

"Umno berpolitik secara tidak matang apabila mereka takut dan menerima tekanan dipihak mereka,mereka cuba untuk menutup suara rakyat,cuba menutup sesuatu info kepada rakyat dengan cara tidak menghormati hak rakyat dan kita percaya Umno ini bersikap terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan info yang dikeluarkan oleh rakyat secara seluruhnya," jelas Aishah ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat kononnya boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

Aishah juga menegaskan cadangan menyekat laman sosial facebook itu hanya menyerlahkan Umno cuba menutup suara rakyat.Penggunaan laman sosial facebook di Malaysia dianggarkan mencecah lapan juta pengguna.

"saya rasa Umno tidak harus mengkhususkan laman facebook itu untuk ancaman kepada keselamatan negara,kerana saya lebih memandang mereka lebih gusar dan takut bahawa laman tersebut dijadikan sebagai satu yang lebih menggugat kredibiliti Umno dan Barisan Nasional,saya rasa laman facebook bukan laman politik yang menyeluruh dan kita faham penggunanya daripada pelbagai peringkat dan sebagai sebuah kerajaan mereka perlu menghormati hak-hak individu yang terkandung di dalam negara kita," katanya.

Aishah juga membidas sikap dan mentaliti pemimpin Umno yang tidak menghormati hak rakyat dan ia bukti bahawa Umno tidak layak memimpin sebuah kerajaan.

"Jika beginilah standart pemimpin Umno yang ada,saya rasa sahlah kerajaan ini mementingkan parti politik tetapi tidak mementingkan langsung hak rakyat dan saya rasa sebagai anak muda dan pengguna facebook adalah anak muda saya harap Umno tidak menggunakan politik yang cetek dan menunjukkan mereka tidak layak untuk bergelar kerajaan," katanya.

Aishah juga menjangkakan bahawa ini adalah petanda-petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.

"Saya rasa juga merasakan salah satu petanda-petanda awal bahawa kita akan menghadapi PRU-13 dengan merasakan kekuatan jentera media tersebut dan menunjukkan ia sesuatu untuk PRU ke 13 itu semakin hampir," jelasnya lagi.

blog.yusmadi.com

Posted: 07 Dec 2010 11:20 AM PST

blog.yusmadi.com

Press Release : ‘Hijrah’ in Palestine-Israel Diplomacy

Posted: 06 Dec 2010 06:45 PM PST

Press Release

‘Hijrah’ in Palestine-Israel Diplomacy

The lost of 41 innocent lives in Israel's worst forest fire in its history that started five days ago in the Carmel mountains outside the northern city of Haifa is indeed a sad human tragedy.

The raging fire has thus far destroyed more than five million trees and 12,000 acres of land while displacing 17,000 residents with losses estimated to be more than USD74 million (RM222 million).

The international community spared no effort to offer humanitarian assistance to the Israeli government and the people of Israel to grapple with the crisis.

Even Palestinian firefighters put aside historical and political differences with their nemisis to join international effort from the US, Russia, Greece and Turkey in controlling the spread of the environmental disaster.

Such move albeit small can indeed open a new vista in the 63-year Palestinian-Israeli conflict that has claimed thousands of lives on both sides of the political divide and untold damages to property and misery to both populations.

It is time for the international community especially Malaysia who have long supported the just cause of the Palestianian people for a state of their own to find a permanent, amicable, win win solution to this unending conflict.

What better opportunity to seize than the time of such crisis that brings together both the Palestianians and Israels as brothers that not only share the same line  of  Abrahamic faith, blood relations and cultural background but also the same desire to live in peace and harmony, side by side.

History has countless examples, the most prominent being the help offered by the Ansars in Medina to the Muhajireen lead by the Holy Prophet (pbuh) in their flight of what is known as 'Hijrah' from Mecca to escape the oppression of their fellow  Arab brethren.

The Ansars including the Jewish community of Medina  welcomed the Holy Prophet (pbuh) in the spirit of brotherhood and not only offered shelter and food but defended their guests from deadly threats from the Meccans.

It is in this same spirit that the Palestianian-Israel conflict can be unravelled and bring to a peaceful end.

As a first step, I strongly urge the members of the Organization of Islamic Countries (OIC) to immediately dispatch rescue teams and other humanitarian aid to the affected area.

OIC's  goodwill and stature will certainly be greatly enhanced in the global community and its standing in future negotiations in the peace process will be respected and considered by their Israeli counterpart.

On the auspicious occasion of the Muslim's new year, I wish to call upon my Muslims brothers and sisters throughout the world to lend their moral and material support to their brothers-in-humanity in their time of need.

MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF
Member of Parliament for Balik Pulau, Malaysia
7 December 2010/ 1 Muharram 1432

Tiada ulasan:

Pengikut