Jumaat, 29 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 29 Jun 2012 03:17 PM PDT


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat 'warga Korea' itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: "Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini." Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat 'warga Korea' itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri 'pemain Korea' di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

"Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

"Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah," katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya 'sesat' apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

"Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. "

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang," katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi 'OB' (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

"Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ," katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia 'tercampak' semula ke arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

"Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk 'Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.'

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: "Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. "

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini," katanya.

aiyangdisayang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 29 Jun 2012 03:15 PM PDT

Besan syaitan: Maira cuba kawal keadaan, Najib dan Malaysia malu

Posted: 29 Jun 2012 06:16 AM PDT


Tidak sukar untuk menulis tentang Maira Nazarbayev, besan Perdana Menteri Najib Razak isterinya Rosmah yang kontroversi ini. Sementara itu, elit sosial yang berusia 50 tahun ini telah dituduh oleh suaminya sebagai penyangak bersiri antarabangsa justeru mengundang perhatian media, walau apa cara sekalipun pihaknya cuba untuk memutar belit cerita, Maira dan anaknya Daniyar adalah berita buruk bagi Malaysia dan keluarga Najib.

Maira telah menghantar satu siri 'penjelasan' melalui perundingnya kepada media Malaysia yang dipilih, di mana dia telah menafikan laporan yang ditulis oleh tabloid bereputasi tinggi New York Post dan disebarkan di seluruh dunia oleh media antarabangsa.

Dengan dirinya yang bergaya dan telatahnya tidak ramai pembaca yang bersimpati dengan Maira dan ini bukanlah suatu yang menghairankan.

Sehingga suaminya, Bolat Nazarbayev, saudara presiden Kazakhstan, mengeluarkan kenyataan penuh, ramai yang akan menganggap bahawa Maira terang-terangan menipu untuk membersihkan namanya, anaknya serta melakukan beberapa cara untuk mengawal keadaan untuk Najib dan keluarganya.

Dia berkata, Bolat mendakwa…


Berita terkini yang dikeluarkan oleh jurucakapnya yang cuba untuk membuktikan bahawa dia tiada dalam senarai Interpol, seperti yang didakwa oleh New York Post kerana dia bebas untuk bercuti panjang ke Eropah.

Sama ada dia benar-benar melancong, atau perintah Interpol telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, tiada siapa yang tahu! Sesungguhnya, agak menarik untuk diketahui jika ibu dan anak yang pernah berada dalam senarai orang yang dikehendaki itu.

"Saya tidak sabar untuk bercuti panjang pada musim panas bersama keluarga saya di Eropah.Kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik dakwaan-dakwaan ini dan tuduhan yang tidak masuk akal yang telah memalukan keluarga saya tanpa sebab, "Malaysian Insider melaporkan jurnalis di New York melaporkan Maira berkata dalam satu kenyataan.

" Dakwaan skandal ini sama sekali tidak benar dan telah dibuat tanpa bukti yang kukuh."

TETAPI apa dikatakan Maira sebagai, "dakwaan fitnah" datang dari dokumen yang difailkan oleh peguam yang bertindak bagi pihak Bolat di mahkamah Manhattan. Beliau juga tidak dapat menafikan ini mahupun peguamnya sendiri mampu untuk berbuat demikian. Bangkangan terbaik darinya adalah bahawa dia telah bercakap dengan Bolat di telefon beberapa minggu yang lalu, "dia amat terkejut apabila mengetahui tentang tuntutan mahkamah ini."

"Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen-dokumen mahkamah, dan dia terkejut mendengar bahawa ini telah berlaku," Maira memberitahu New York Times.

Bolat guna hubungan Maira dengan Najib untuk dapatkan semula hartanya?


Menurut kertas mahkamah di Manhattan, Bolat telah meminta Daniyar anak Maira - yang menjadi tunang anak perempuan Najib - untuk mencari apartmen baginya. Bolat, walaupun telah memberi kuasa wakil kepada Daniyar didakwa meletakkan nama ibunya sebagai pemilik. Dia kemudian menjual bahagian itu kepada anak lelakinya untuk hanya USD 1.

Mengapa kecoh? , Daniyar yang berusia 24 tahun bukan anak Bolat. Maira telah mengubah nama keluarga anaknya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev dalam sijil kelahirannya selepas dia berkahwin dengan ahli keluarga presiden Kazakh.

Selain itu, Maira menegaskan bahawa perkahwinannya pada 2001 kepada Bolat masih sah, walaupun dalam tuntutan mahkamah menyatakan Bolat diberi pembatalan perkahwinan pada bulan September tahun lepas.

Jadi siapa yang berbohong - Maira atau Bolat? Adakah Bolat memfailkan kes ini untuk mengugutnya menandatangani semula pemilikan pangsapuri? Adakah Bolat menggunakan sepenuhnya skandal ini DAN hubungan Maira kepada keluarga perdana menteri Malaysia - untuk memberi tekanan kepadanya untuk berbuat demikian? Adakah dia akhirnya mengakui kekalahan? Adakah perjanjian telah dibuat?

Siasatan antarabangsa


Semua telah terbongkar. Tetapi sama ada dia telah berjaya untuk menenangkan Bolat dan memulangkan kepadanya apartmen di New York bernilai USD 20 juta boleh dipertikai.

Walaupun dia dan anaknya bukan penyangak antarabangsa yang dikehendaki oleh polis Kazakh dan Interpol, ia masih tidak boleh mengetepikan kepedihan yang besar terpaksa ditanggung olehnya untuk memerah keluar wang dan harta bekas kekasihnya.

Rasa bersalah dirinya dan anaknya telah menjadi tatapan antarabangsa, dan berkemungkinan besar, kedua-duanya gagal dalam ujian. Adakah anda mahu mempunyai besan dan menantu seperti ini?

Skandal semakin teruk

Sementara itu, sekutu politik Najib dalam pakatan pemerintah Umno-BN telah menegaskan bahawa skandal itu merupakan perkara peribadi keluarga dan tidak akan meninggalkan kesan ke atas imej Malaysia. Jelas sekali, cara mereka mempertahankan ketua mereka tidak kena.

Penganalisis politik berkata Najib tidak menikmati imej yang baik di mata antarabangsa akibat daripada politik ala Jekyll dan Hyde, di mana dia menganjurkan kesederhanaan di forum-forum global tetapi menggalakkan kekejaman polis ke atas pendemonstrasi aman menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Washington Post yang berpengaruh tidak memanggilnya " champion of double " di samping pemimpin Saudi tanpa sebarang sebab.

Di Perancis, perbicaraan mahkamah ke atas beratus-ratus juta euro yang didakwa diterima Najib sebagai komisen haram untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia sedang berlangsung. Dia telah menyatakan bahawa dia tidak akan memberi keterangan – telah memburukkan lagi imejnya dihadapan rakyat.


Di Australia, orang yang berasal dari Malaysia gembira untuk menjadi pemberitahu dan memaklumkan rakyat di Malaysia apabila Najib dan isterinya pergi ke sana untuk berbelanja mengunakan duit rakyat, dan Rosmah yang mempunyai tabiat berbelanja yang meletakkan Imelda 3 ribu pasangan seperti tiada isu.

Di Mongolia, tidak jauh dari Kazakhstan, mereka agak syak pada Najib kerana salah seorang rakyat mereka bernama Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh bekas pengawal peribadi Najib kononnya kerana dia terlalu banyak tahu tentang perjanjian Scorpenes.

Dan kini skandal terbaru melibatkan Maira yang flamboyan, seorang yang tidak dikenali sebelum berkahwin dengan orang kaya yang mempunyai kuasa. Ia juga mesti diingatkan bahawa presiden Kazakh dianggap oleh ramai sebagai zalim dan kejam dan lebih teruk daripada Idi Amin atau Joseph Stalin.

Malaysia pasti merasa semakin marah apabila mereka tahu bahawa Najib mungkin telah menggunakan wang mereka untuk berbelanja besar bagi majlis pertunangan mewah di Kazakhstan dan kemudian di Putrajaya untuk Daniyar dan anak perempuannya. Sehingga kini, Najib tidak diberikan apa-apa jawapan yang memuaskan ke atas tuduhan bahawa dia menggunakan dana awam untuk tetamu peribadinya.
Daniyar, yang dikatakan bertemu dengan anak perempuan Najib di Columbia, lulus pada tahun 2010.
Dia telah dituduh menipu kelayakannya untuk mendapat tempat di Institusi Ivy League. Laporan terkini mengatakan bahawa dia kini berada di Sandringham UK, menaikkan spekulasi tentang siapa yang telah mengesyorkan dia untuk mendapat tempat dalam institusi tentera itu. Adakah Bolat, bekas bapa tirinya atau Najb, bakal bapa mertuanya? Malaysia Chronicle

Ketandusan Negarawan...

Posted: 29 Jun 2012 05:57 AM PDT

 

Penulisan kali ini adalah satu coretan minda saya sejurus apabila membaca beberapa laporan berita sosio politik negara tanah tumpah darah kita.  Saya menjurus kepada beberapa laporan seumpana ini, Khaled stands by earlier decision to freeze PTPTN for Selangor dan disusuli dengan ini A test for S'gor govt to provide free education.  Satu sandiwara politik perdana dipertontonkan kepada  warganegara berhubung isu ini.

Walau bagaimanapun, kritikan ini tidak hanya tertumpu kepada insiden ini sahaja tetapi juga kepada pelbagai lagi isu national dan lokal lain yang membingungkan serta membawa tafsiran bahawa kita tergolong dalam budaya dunia ketiga melalui perilaku politik sempit sedikian rupa.  Natijahnya, rakyat yang menjadi mangsa dan seumpama jatuh ditimpa tangga.

Persoalannya, mengapa aktor-aktor politik ini berkelakuan sebegini rupa dalam ruangan Geo-politik negara kita?  Sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.  Pelbagai kejayaan dan .... dalam pelbagai industri serta bidang sudah pun dikecapi.  Pada masa yang sama ramai individu berbakat, berpengetahuan dan berwibawa telah dilahirkan di sini, tetapi apabila menyatakan mengenai politik hanya sekerat sahaja yang dimartabatkan serta disegani.  Situasi ini berlanjutan kerana ketandusan individu-individu dalam senario politik negara untuk dijadikan rujukan dan contoh negarawan yang baik.  Terutamanya pada kerangka masa kini yang ternyata negara tanah tumpah darah ini memerlukan transformasi politik yang lebih dinamik.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku?  Bagi menjawab soalan ini, saya akan cuba mengkomunikasikan pengamatan dan pengetahuan terbatas saya untuk mengaitkan kepada situasi ketandusan negarawan ini.  Berikut adalah beberapa tenet mengapa fenomena ini berlaku:

1. Amalan politik partisan berlebihan
2. Praktis politik bersifat Neo feudal (patrion-client)
3. Sentiasa diselubungi dengan politik berasaskan kaum dan politik perkauman

Pertama, amalan politik partisan berlebihan telah mewujudkan satu andaian dan amalan politik yang sangat sempit yang mana sebarang cadangan, idea atau pandangan bernas yang datang daripada ahli politik parti lawan sentiasa diperlekehkan.  Malah ia juga dipersendakan dan dicemuh.  Tidak dilihat sebagai sesuatu yang konstruktif tetapi sering dilihat sesuatu yang membahayakan kedudukan politik dan kuasa mereka.

Sifat dan fenomena politik sedemikan melahirkan politik yang sangat konservatif serta anti-kreatif yang mana banyak idea-idea dan pandangan ahli politik lawan boleh diguna pakai demi kebajikan rakyat jelata tidak diambilkira dalam proses pembangunan nasional.  Kecenderungan yang amat tinggi sebegini dapat dilihat di negara tanah tumpah darah ini dengan mudah, lihat sahajalah kepada cara perdebatan di parlimen kita.

Yang merugikan ialah kepada pihak rakyat, yang perlu tanggung segala baik dan buruk perilaku mereka.  Jika dibenarkan amalan politik partisan berlebihan ini berlarutan ia akan melahirkan lebih banyak ahli politik yang kurang kaliber dan lebih bahaya lagi ialah pelaksanaan dasar-dasar negara yang kurang bersifat mesra rakyat dan hanya menjaga kebajikan golongan tertertentu sahaja.

Kedua ialah praktis politik yang sangat bersifat Neo feudal (patrion-client).  Maksud saya apabila merujuk kepada sifat patrion-client ialah sikap dan amalan ahli politik  yang seakan-akan Tuan besar yang mempunyai pengaruh dan kuasa besar terhadap  masyarakat yang diwakili mereka.  Kebanyakan ahli politik ini mempunyai askes kepada kehendak ekonomi, material dan infastruktur untuk mendapatkan sokongan politik mereka.

Fenomena politik ini adalah keadaan klasik di kawasan pedalaman dan luar bandar terutamanya.  Masyarakat setempat mudah termakan bidikan kemajuan yang dibawa oleh ahli politik ini dan mereka juga menjadi setia kepada mereka.  Malah konsep jasa dan budi harus dikenang hingga ke cucu-cicit ditanam dalam sanubari mereka supaya masyarakat setempat, sentiasa tidak berpaling tadah kepada ahli politik yang licik ini.  Melalui hubungan politik dan keadaan ini, ahli politik mudah manipulasi situasi untuk kepentingan politik mereka.

Hanya melalui beberapa kemajuan yang dibawa masuk oleh ahli politik, masyarakat setempat mengangkat tinggi dan mereka dilihat sebagai wira setempat kawasan yang  diwakilinya.  Ini memberi ruang yang selesa kepada ahli politik tersebut untuk terus mengekalkan kerusinya di kawasan tersebut.  Melalui permainan politik sebegini ahli politik tidak perlu bekerja keras untuk mengekalkan jawatan politiknya dan secara spontan keadaan ini merugikan rakyat di peringkat nasional jika terdapat ramai aktor politik seperti ini, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Ketiga ialah keadaan Geo-politik yang diselubungi dengan politik berasaskan kaum dan politik perkauman secara mendalam.  Boleh ibaratkan seperti isi dengan kuku bagi situasi ini.  Politik berasaskan kaum dan politik perkauman menjadi modal kapital dan ramuan utama bagi kejayaan parti politik negara ini sekian lama.  Janji- janji manis serta pemanipulasian bersalut perkauman ini masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanah tumpah darah sehingga masa kini.  Cara ini juga menjadi haluan mudah dan senang bagi mengekalkan kuasa politik mereka.  Hanya dengan memainkan isu dan memaparkan diri sebagai penjaga dan pengelola  kebajikan kaum tertentu ahli politik ini dapat melanjutkan kerusi politik mereka.

Keadaan ini juga membenarkan mereka berfikiran dan mengamalkan sikap acuh tak acuh kepada kaum dan angota masyarakat lain.  Malah soal kepentingan serta kebajikan angota masyarakat lain menjadi isu kurang relevan kepada ahli politik sebegini.  Keadaan seterusnya menyebabkan ahli politik sedemikan kurang perihatin dan tidak berfikiran bersehaluan dengan konsep seorang negarawan yang lantas mementingkan kebajikan rakyat pada setiap masa.

Merangkap ketiga-tiga tenet utama ini, menyebabkan ahli masyarakat negara ini terlalu bergantung kepada kepimpinan politik untuk merealisasikan kehendak mereka. Keadaan ini menjadi penyumbang besar kepada ketandusan negarawan dalam negara tanah tumpah darah ini.  Pada masa yang sama kerangka idea politik sebegini melahirkan budaya meninggikan ahli politik secara membuta tuli walaupun mereka  hanya sibuk perkayakan diri dan keluarga mereka sendiri.

Baiklah sehubungan ini, ternyata negara ini memerlukan lebih ramai Negarawan berbanding ahli politik bercabang lidah yang pandai mementaskan lakonan politik sahaja.  Ramai ahli politik yang mampu berfikir dan mengamalkan konsep Negawaran harus dipupuk yang mana kebajikan serta kepentingan rakyat diberi keutamaan berbanding menjaga politik partisan, kepartian dan aspirasi politik peribadi sahaja.  Hanya melalui pemimpin sedemikan banyak dasar yang benar-benar mesra rakyat, dapat dijana serta dilaksanakan secara saksama.

Berpijak di bumi yang nyata, rata-rata rakyat negara tanah tumpah darah ini tidak  bermimpikan untuk mendapat peneraju seperti, Pericles (Yunani), Abraham Lincoln (Amerika Syarikat), Mahatma Gandhi (India) atau Winston Churchill (Britain) tetapi  seorang yang mampu memandu rakyat jelata ke arah kehidupan yang lebih sejahtera  dan menghormati prinsip demokrasi.  Pada masa yang sama mentadbir dan mengendalikan negara tanpa gejala rasuah.

*Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.

Bukan Cina, tapi semua pengundi Malaysia jadi penentu PRU 13

Posted: 29 Jun 2012 05:54 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad sudah mulakan sandiwaranya semalam apabila mengungkitkan isu perkauman untuk menimbulkan prasangka buruk di antara kaum, ketidakpercayaan dan ketakutan dalam usahanya untuk "menyelamatkan" UMNO dan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa persekutuan apabila ditumpaskan dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan digantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir (gambar kiri, kiri) telah mengatakan bahawa pengundi Cina akan menjadi penentu dalam pilihanraya umum ke-13, dan bahawa pengundi Cinalah yang akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru kerana kaum Melayu berbelah bagi di antara tiga parti.

Katanya,"Majoriti Melayu sendiri telah berbelah bagi kepada tiga dan kini menjadi minoriti" dan pihak pembangkang PKR, PAS serta UMNO terpaksa berserah kepada tuntutan kaum Cina.

Akibatnya,"parti-parti Melayu yang kecil ini perlukan sokongan kaum Cina untuk memenangi pilihanraya yang akan datang".

Katanya lagi, "Mana-mana parti yang mendapat sokongan kaum Cina akan memenangi pilihanraya yang akan datang".

"Hakikatnya, dewasa kini, ketiga-tiga parti Melayu sedang cuba untuk 'menyanjung-nyanjung' pengundi Cina.  Jadi, mereka akan menjadi rasis dan akan berkelakuan rasis."

Apa yang telah Mahathir katakan semalam sudah tentu mendapat tempat di antara kenyataan dan komen yang tidak bertanggungjawab, tidak munasabah dan menjadikan impian Wawasan 2020 itu sesuatu yang karut dan juga Konsep Bangsa Malaysia yang telah memberi satu gambaran di mana rakyat Malaysia sebagai "beretika, berintegrasi dan hidup secara harmoni dengan satu sama lain secara saksama" menjelang 2020.

Mahathir telah mengungkitkan tiga isu perkauman dalam permainan barunya.

Pertamanya, adakah benar MCA, Gerakan dan SUPP akan meraih pengundi Cina yang kurang dalam PRU13?  Dan benarkah MCA, Gerakan dan pemimpin SUPP bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu?

Keduanya, rakyat Malaysia berbangsa Cina bukanlah "penentu" dan jelas tidak mahupun untuk menjadi "penentu" dalam pilihan raya umum ke-13.

Realitinya adalah secara lojiknya berdasarkan bilangan nombor, kaum Cina tidak akan menjadi "penentu" keputusan pilihan raya.

Dalam apa-apa keadaan pun, apa yang pengundi Cina mahukan adalah kebebasan untuk melaksanakan kewajipan asas seorang warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan supaya dapat menikmati kesaksamaan di tanahair sendiri daripada dipaksa untuk menyebarluaskan kira-kira dua juta warga Malaysia ke luar Negara disebabkan oleh pentadbiran yang korup, polisi-polisi yang tidak adil dan tidak berdemokrasi.

Kebetulan, Diaspora Malaysia tidaklah terbatas oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina tetapi kaum-kaum yang lain juga termasuklah bilangan kaum Melayu yang kian meningkat.

Ketiga, "penentu" yang paling kuat dalam pilihan raya umum ke-13 bukanlah tertakluk kepada pengundi Cina sahaja tetapi kaum Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk bersatu padu dan membawa peralihan kuasa persekutuan secara aman dan tenteram dalam sejarah 54 tahun dalam Negara ini dan mengakhiri jajahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Semalam, Mahathir telah memaklumkan bahawa pilihanraya yang akan datang adalah berdasarkan isu perkauman.

Inilah apa yang dimahukan oleh Mahathir, pemimpin UMNO dan para strategis yang mahukan pilihanraya umum yang akan datang didalangi isu perkauman agar mereka boleh terus menakut-nakutkan para pengundi.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, status mahupun negeri mesti membuktikan kepada Mahathir bahawa tanggapan beliau, pemimpin UMNO dan para strategis adalah salah sama sekali walaupun Mahathir sendiri telah menolak konsep "Bangsa Malaysia" seperti sindiran terhadap konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri kita sendiri Najib Razak.  Dan rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membuktikan yang rakyat Malaysia lebih patriotik sekarang berbanding dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dan akan menyahut seruan Pakatan Rakyat untuk menunaikan kewajipan mengundi sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

Pilihan raya umum yang akan datang ini bukanlah satu pertempuran di antara kaum Melayu dan bukan Melayu, tetapi di antara golongan rasis yang tetap membahagi-bahagikan rakyat Malaysia berdasarkan kaum berbanding dengan perjuangan warga nasionalis dan warga patriotik Malaysia yang mendahagakan kerajaan yang bersih, kemaslahatan ekonomi, demokrasi, hak asasi manusia dan perpaduan sebagai isu utama dalam pilihanraya umum yang akan datang.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

[BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia

Posted: 29 Jun 2012 05:45 AM PDT


KELAB GREENBOC

Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik

KUALA LUMPUR— Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.

"Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana "semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera."

"Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.

"Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri," kata laman web tersebut.

Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan.

Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York.

Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.

"Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya," kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.

"Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen," tambahnya.

Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu "penipuan" kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.

Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.

Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.

Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.

Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.

Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah "isu peribadi" dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.

Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.

"Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia," kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf.

Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan " memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang." -TMI

SUWEY MENIMPA NAJIB BERKALI KALI - APA PUNYA SIAL


KOMENTAR TUKAR TIUB

mengikut besan rosmah
daniyal menatu rosmah
kini sedang belatih di sandhurst england
ini adalah tempat latihan ternama dalam dunia

cuba perhatikan gambar gambar ini
perhatikan warna baju celorong celoreng
yang daniyal pakai
yang mat saleh pakai
perhatikan latar belakang sandhurst
perhatikan latar belakang daniyal

perhatikan lencana di beret mat saleh
perhatikan lencana di beret daniyal

MIRA BESAN ROSMAH DI TANGKAP DI DUBAI
nampaknya besan rosmah ini adalah lanun
nampaknya besan mira ialah perompak

inin adalah perkahwinan mahab agung
antara anak perempoak
kahwin dengan anak lanun

mira ialah rosmah di kazakhtan
rosmah ialah mira di malaysia
hanya lanun yang kenal perompak!


SANDHURST ATAU DI PD?


PENCERAHAN DARI PEMBACA

gambar 1: mungkin UK sebab sekarang UK summer. tapi gambar 2: dgn bumbung bangunan yg mcm tu rasanya cuma di Malaysia :)
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

http://everitas.rmcclub.ca/?p=74248 Check bangunan Sandhurst juga baju Team Sandhurst
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang macam Malaysia je? PD ka? Jadi betul la dia dapat kerakyatan Malaysia seperti yang dikatakan dalam notis pendakwaan?
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang kat Port Dickson
By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12
gambar tengah berkawat tu kat Kem Port Dickson
By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

Kalau tgk gambar dan susunatur bagunan, pokok, cuaca, suasana dan muka mamat di belakang daniyar aku yakin yang ini 100% kat Malaysia. Mana ada askar orang puteh yang berkulit sawo matang? Design kem pun bumbung bentuk minangkabau, mana ada design sebegini kat kem tentera england...
By Ahmades on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

ooo.. masuk kem askar malaysia rupanya. tambah lagi satu undi pos. celaka punya najib.
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

sah ni kat Malaysia, kalu tk silap PUSASDA Port Dickson, camna leh orang luar berlatih askar kt Msia..siapa punya arahan, dah rahsia navy jual..apa nk jadi nih woi..
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

NOTA:
masanya telah tiba
untuk muhyiddin ambil alih
masanya telah tiba malaysia wajib ada pm baru
masanya telah tiba untuk gerombolan dihumbankan!

PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA
pembaca yang tahu kem askar
sila beri laporan
jika ini betul di pd
atau di kem kem di malaysia
sila ambil gambar dan masukkan ke dalam fb

-sumber: tukartiub

Ulasan GB

Itu dia!
Jelas satu penipuan.


Baju celoreng itu sahaja sudah membuktikan ia di Malaysia. Bukan di Sandhurst. Baju celoreng berbeza diantara askar Malaysia dengan UK (perhatikan gambar baju celoreng di UK).

Kemudian bangunan yang menjadi latarbelakang pemuda itu. Ia adalah padang kawad di Malaysia, bukan di Sandhurst.

Kemudian pemuda-pemuda (askar?) yang ada bersamanya di gambar pertama, siap bermisai dan tingginya rendek-rendek belaka. Ia pemuda Malaysia!

Logo di topi yang digunakan: logo Kolej Tentera Darat Malaysia!

Siapa punya kerja mengatur dan melakukan penipuan ini?

Bakal bapak dan ibu mertua atau siapa?

GB sudah katakan sebelum ini, kenyataan-kenyataan penafian mengenai keluarga bakal besan PM Malaysia yang diterbitkan sebelum ini amat disangsi dan diragukan datang dari Kasazhtan, tetapi ia seperti datang dari pejabat di Malaysia!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Najib Perlu Bertanggungjawab Ke Atas 2 MP UMNO Yang Celupar & Rasis Ini - J/K BERSIH

Posted: 29 Jun 2012 05:39 AM PDT


KELAB GREENBOC

Apakah PM akan bertindak terhadap 2 MP Umno ini?

Walaupun Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz telah menarik balik kenyataan yang bertanya sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga patut digantung kerana menderhaka, tetapi gabungan itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memohon maaf terhadap tindakan wakil rakyat dari partinya itu.

Memandangkan tindak-tanduk Mohamad turut dikongsi rakannya dari Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli parlimen Lenggong, maka gabungan itu menegaskan bahawa Najib juga perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku, selaku pemimpin Umno dan parti pemerintah.

Menurut BERSIH lagi, melainkan BN sebuah parti yang sukakan keganasan, maka Najib atau whip BN sepatutnya segera mengarahkan mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada Ambiga, parlimen dan seluruh negara, dan segera mengenakan tindakan disiplin terhadap kedua-duanya.

Dalam satu kenyataan, Sekretariat BERSIH berkata, jika perdana menteri memilih untuk tidak berbuat apa-apa tentang, maka tidak ragu-ragu lagi ia akan menguatkan lagi label 'demokrasi palsu' yang diberikan kepadanya oleh akhbar Kanada, Globe and Mail.

"Dan rakyat Malaysia juga akan membuat penghakiman mereka bila tiba hari mengundi nanti," kata gabungan itu yang berkempen untuk pilihan raya yang bebas dan bersih. -mk

Say sorry, Bersih tells Najib

PETALING JAYA: Electoral reform watchdog Bersih wants Prime Minister Najib Tun Razak to apologise over a remark by a Barisan Nasional MP that its co-chairperson S Ambiga should be hanged for treason.

Sri Gading MP Mohamad Aziz said in Parliament on Tuesday night that Ambiga should be tried and hanged for treason for organising the Bersih 3.0 rally.

"We call on Najib to apologise over the call by two Umno MPs to have Bersih co-chairperson tried and hanged," Bersih 2.0 steering committee said in a statement.

Besides Mohamad, Lenggong MP Shamsul Anuar Nasarah also supported the suggestion to hang Ambiga for the "treasonous" act of organising the April 28 Bersih rally for free and fair elections.

The statement noted that Najib and BN chief whip Nazri Aziz were keeping quiet about taking disciplinary action against the duo, adding this meant "BN is a habitually violent party".

The steering committee said Najib's inaction and the "witch-hunt campaign against Bersih 2.0 leaders" had given the impression that Najib is a "false democrat".

The term "false democrat" was coined by Canadian journalist Mark MacKinnon on Sunday in an article entitled "A Roster of the Modern Democrats" published in The Globe and Mail.

Yesterday, BN secretary-general and Putrajaya MP Tengku Adnan Mansor said Mohamad's statement was his personal opinion and did not reflect the ruling coalition's stand.
But the Bersih committee rejected Adnan's statement, saying:

"No self-respecting prime minister would… expect to disown his coalition's responsibility with an excuse that it was the personal opinion [of the MP]."

Mohamad also later retracted his remark in the Dewan Rakyat when instructed to do so by Deputy Speaker Wan Junaidi Jaffar.

"… if the statement I made had hurt my Indian friends, the MIC or PPP. If it hurts my colleagues in BN, and affects our spirit of understanding, then I retract what I said…" he said.

But the committee brushed off Mohamad's retraction, saying "it shows his thinly veiled arrogance despite the nationwide outcry [against his remark]".

"Mohamad did not even bother to apologise to Ambiga, Bersih and 250,000 Malaysians who went to the street on April 28 for electoral reform.

"And Shamsul did not even withdraw his support for Mohamad's statement." -FMT


Ulasan GB

Bukan sahaja dua orang MP UMNO di atas, malah sewaktu kenyataan itu dilakukan di parlimen, hampir keseluruhan MP UMNO telah bersorak dengan menepuk tangan dan meja tanda sokongan mereka terhadap kenyataan (soalan?) Sri Gading itu.

Ia menunjukkan sebilangan besar MP UMNO adalah rasis.

Mereka (MP UMNO) hanya berselindung di sebalik slogan 1Malaysia, namun hakikatnya mereka paling perkauman.

Dituduh Pengkhianat Negara LGE Saman Akhbar RM50 juta

Posted: 29 Jun 2012 05:27 AM PDT


KUALA LUMPUR  : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan saman berjumlah RM50 juta kepada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.

Guan Eng juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dalam sidang media di Parlimen menegaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.

"Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya," kata Guan Eng.

Tambah Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.

"Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung)," kata Guan Eng.

Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.

"Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya," katanya.

16 SAR dan SRJK(c) di Sri Muda Terima RM 446 Ribu

Posted: 29 Jun 2012 05:24 AM PDT

SHAH ALAM : Sumbangan RM 170 ribu kepada Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun dari Selangor memberi makna besar bagi pembangunan kedua-dua sekolah berteraskan Islam itu.

Pengerusinya, Hamdan Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati menerima bantuan pendidikan itu buat pertama kali dan dana tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sekolah itu.

Hamdan mensasarkan pertambahan pelajar di kedua-dua sekolah itu sebanyak 400 hingga 500 orang bagi menjadikan populasi keseluruah lebih kurang 1,500 pelajar.

"Dengan peruntukan ini kita akan merancang pembangunan dengan penuh teliti untuk memanfaatkannya demi kepentingan anak-anak kita yang belajar di kedua-dua sekolah ini.

"Kita merancang membina 48 bilik kelas tambahan, kantin, dewan makan dan surau.

Ia bersesuaian dengan usia sekolah yang sudah lebih 20 tahun," katanya selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Sekolah-Sekolah DUN Sri Muda di SMI Ibnu Khaldun di sini hari ini.

Dalam majlis itu, SMI dan SRI Ibnu Khaldun masing-masing menerima sumbangan RM 100 ribu dan RM 70 ribu yang disampaikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi turut menghulurkan sumbangan sama kepada 16 sekolah lain iaitu 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan jumlah keseluruhan RM 446 ribu.

Kesemua sekolah itu masing-masing menerima sumbangan dari RM 5 ribu hingga RM 100 ribu.

Shuhaimi berkata, bantuan itu adalah sebahagian dari dana RM 9 juta yang disediakan bagi pembangunan pendidikan di seluruh Selangor.

"Peruntukan RM 446 ribu disalurkan bagi 16 SAR dan dua SJKC bagi DUN Sri Muda bagi Fasa Pertama tahun ini.

Kita akan terus memberikan bantuan ini kepada semua sekolah yang lain dalam Fasa Kedua nanti yang dijangka akan bermula pada Julai depan.

"Kita berharap sekolah yang belum menerima bantuan ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya, " katanya.

PKR: Kadar Jenayah Cemas, Menteri Perlu Respon

Posted: 29 Jun 2012 05:19 AM PDT


PETALING JAYA : Ketika Menteri Dalam Negeri mendakwa kadar jenayah di Malaysia turun dan antara negara paling selamat diduduki tetapi laporan media mendedahkan sebaliknya.

Oleh itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesa Menteri bertanggungjawab Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan polis menjawab dengan penuh tanggungjawab berhubung rungutan rakyat tentang peningkatan kadar jenayah.

Katanya, insiden ragut di Mid Valley Megamall minggu lalu, penculikan dan kegananasan terhadap Teoh Soo Kim seorang guru berusia 51 tahun dan penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Moodliar membangkitkan persoalan serius berhubung keganasan terhadap wanita.

"Jenayah perlu diukur kepada sejauh mana rakyat merasa selamat.Pada saat ini mereka(rakyat) tidak merasa selamat,"kata Wan Azizah.

Dr Wan Azizah mencabar kenyataan berkenaan indeks jenayah di negara ini sudah turun sedangkan realitinya rakyat kebanyakkannya berkongsi pandangan bahawa kadar jenayah di negara ini pada tahap mencemaskan.

"Rakyat tidak dapat menumpukan kepada aktiviti pembangunan dan ekonomi seandainya mereka tidak merasa selamat.

"Keselamatan merupakan tanggungjawab utama mana-mana kerajaan,dan pengaruh undi mereka juga bergantung kepada mana-mana pihak mana yang mampu untuk menjamin keselamatan mereka," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

PKR Buat Laporan Polis Kontrak Projek 1.1 Bilion

Posted: 29 Jun 2012 05:16 AM PDT


PETALING JAYA  : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.

Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Tropicana di Merchant Square,di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.

Rafizi juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum ini.

'Tetapi laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Dagangan yang lebih professional," katanya.

Jelas Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan skandal ini.

"Kita menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.

Krisis dalaman pemuda Umno Johor makin parah

Posted: 28 Jun 2012 05:20 PM PDT


JOHOR BAHRU: Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon.

Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera.
"Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang.

"Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi.

Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim.

Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil 'budak baik' dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan.

"Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat.

"Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.

Rumah Timbalan Pengerusi DHPP dipecah masuk

Posted: 28 Jun 2012 05:16 PM PDT

JERANTUT: Kediaman Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam di Taman Bukit Pedah, dekat sini, dipecah masuk semalam.

Menceritakan peristiwa tersebut, Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi selepas 10 minit beliau meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.

Menurutnya, anaknya telah diacu parang di leher oleh perompak terbabit dan mengalami sedikit kecederaan sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan.

"Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan. Beg sandang yang digunakan untuk kerja, komputer riba, telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak," katanya.

Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang menceritakan, anaknya Koshni pada mulanya tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil menghunus parang.

Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.

"Anak saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek. Mereka juga cederakan tangannya dan ugut sembelih lehernya jika tidak ditunjukkan tempat simpanan barang berharga.

"Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung Koshini dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan agak tenang, dia berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi saya memaklumkan kejadian itu," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jerantut.

Tawaran lompat parti tindakan terdesak Umno

Posted: 28 Jun 2012 05:12 PM PDT

ROSILAWATI ROSEDI

 

 

KUANTAN - Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ada pihak tertentu cuba menawarkan habuan lumayan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka melompat parti.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, ia adalah tindakan terdesak khususnya pihak kerajaan (Umno) yang dilihat terus menyuburkan politik wang dengan cubaan membeli pemimpin lain.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak terpedaya dengan janji dan tawaran yang diberikan kepada mereka.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dalam laporan muka depan Sinar Harian semalam bahawa beliau pernah ditawar jutaan ringgit untuk melompat parti.

"Ini bukan cara PR, sebaliknya kita mengalu-alukan pemimpin daripada mereka (kerajaan) yang ingin menyertai kita, bukan sogokkan dengan wang sebaliknya meminta mereka memahami dasar perjuangan PR," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran sistem SISPMEP 3.0 dan penyerahan bahan kempen pilihan raya peringkat negeri di sini, semalam.

Pahang adalah negeri terakhir untuk pelancaran dan penyerahan bahan kempen yang menyaksikan sebanyak 13 juta risalah memaparkan pelbagai isu seperti ekonomi, keselamatan dan Lynas bakal diedarkan.

Ditanya persediaan jentera parti itu, beliau memberitahu ia dalam peringkat akhir  bagi semua peringkat dan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selain menyatakan kemungkinan ia akan dijalankan sebelum Ramadan.

"Malah perbincangan bersama komponen PR lain juga dalam peringkat akhir dan semua rundingan dan rumusan boleh dibuat pada minggu depan.

"Kita optimistik dengan kewibawaan semua komponen parti dalam pakatan. Dan jika kerajaan membubarkan parlimen dalam minggu ini, kita sudah bersiap sedia," katanya.

Mengulas sistem SISPMEP 3.0, Azmin memberitahu, sistem tersebut adalah Sistem Pengkomputeran Membaca Data Pilihan raya dan mampu membuat analisa secara sistematik serta saintifik.

"Ia boleh menjadikan gerak kerja jentera parti tersusun dan teratur sama ada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan parlimen.

"Sebenarnya sistem ini sudah dilaksanakan pada 2008 dan menerusinya kita boleh mengesan pergerakan pengundi seperti pengundi hantu ataupun mereka yang sudah berusia 100 tahun ke atas," katanya.

Menurutnya, ia membantu petugas mengesan dan melaksanakan tugas mereka dengan menemui mereka dan mengedarkan risalah.

200 penyewa BB Plaza demo bantah UDA

Posted: 28 Jun 2012 05:09 PM PDT

KL TODAY

Peniaga dan penyewa BB Plaza di Bukit Bintang di sini, mengadakan perhimpinan aman membantah tindakan meroboh kompleks tersebut, mendakwa akan menutup periuk nasi mereka.Hari ini, kompleks berusia 38 tahun itu menjadi tumpuan apabila laungan "kami tidak mahu".


Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa-penyewa BB Plaza, Hassan Saad berkata, keputusan merobohkan premis itu dibuat tanpa rundingan bersama penyewa menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.

Hassan mendakwa MRT Corp sendiri tidak bertemu dengan pihak penyewa membincangkan perancangan tersebut, dan mereka hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Justeru satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri jam 2.30 petang ini.

Sebanyak empat bas disediakan Pertubuhan  Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang turut menyokong memperjuangkan peniaga, untuk peniaga-peniaga bergerak sama ke Putrajaya Pertubuhan  Ikatan  Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang turut menyokong memperjuangkan peniaga.

Katanya, mereka sedih dan kecewa apabila mendapat tahun agensi kerajaan Uda Holding Berhad mahu merobohkan tempat itu, seperti dilaporkan akhbar semalam.

"Mengikut perancangan asal pelan pembinaan stesen MRT itu, bangunan BB Plaza tidak terlibat.

"Tetapi semalam UDA secara mendadak setuju pengambilan tanah BB Plaza kepada MRT dengan tidak mengkaji kedudukan masa depan kami," katanya.

Hassan juga berkata, terhadap peniaga yang sudah berniaga hampir 30 tahun di bangunan itu.

Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan stesen MRT oleh MRT Corp Sdn. Bhd (MRT Corp).

Demonstrasi kira-itu diwarnai dengan sepanduk "BB Plaza periuk nasi kami, harap YAB PM bantu kami", "Kami sokong pembangunan, kami menentang penindasan", dan "UDA bantu ekonomi bumiputera bukan menjahanamkan ekonomi bumiputera"

Mereka juga melaungkan slogan "sokong PM" dan "UDA pembohong".

Kumpulan itu juga bercadang menghantar memorandum kepada perdana menteri petang ini bagi memohon campur tangannya, kata Hassan pada sidang media selepas mengadakan demonstrasi di hadapan BB Plaza.

Nik Aziz bersyukur mahkamah tolak saman cabar larangan aktiviti judi

Posted: 28 Jun 2012 05:04 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman empat individu termasuk wakil MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.

Menurut Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Fadhli Shaari, Menteri Besar beranggapan keputusan kelmarin satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan negeri itu.

Mahkamah Rayuan Malaysia secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB–BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Harakah Daily memetik Fadhli sebagai berkata, perkembangan itu kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.

"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Sehubungan itu kata beliau, di mana suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa?

"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.

Justeru, katanya, menjadi harapan Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.

Katanya, dasar itu selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990.

Isu Ambiga: MP Sri Gading tarik balik kenyataan

Posted: 28 Jun 2012 05:02 PM PDT

SINAR HARIAN

 

 

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataannya supaya pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka, walaupun diputuskan beliau tidak bersalah dalam hal itu.

"Saya seorang rakyat yang ada disiplin, parti saya parti yang berdisiplin dan berhubung kenyataan itu kalau ia menyinggung perasaan rakan-rakan saya orang India, pemimpin-pemimpin MIC, PPP (Parti Progresif Penduduk), dan dalam menghormati semangat persefahaman dalam BN, saya menarik balik semua kenyataan saya berhubung isu itu," katanya.

Beliau berbuat demikian selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memohonnya menarik balik kenyataan itu walaupun memutuskan kenyataan Mohamad itu bukan suatu kesalahan kerana ia hanya suatu persoalan dan tidak bersifat perkauman mahupun ugutan.

Terdahulu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) meminta Wan Junaidi memutuskan suatu tindakan terhadap Mohamad susulan kenyataannya mengenai hukuman gantung ke atas Ambiga yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 bagi Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lepas (26 Jun), Mohamad mengemukakan pertanyaan berbunyi 'Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?'.
 
Wan Junaidi dalam keputusannya berkata dalam isu itu Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan persoalan.

"Kenyataan itu berlandaskan persoalan...jadi ia bukan satu kesalahan.

Sri Gading (Mohamad) tanya boleh atau tidak.

"Yang Al-Maunah sudah dihukum di mahkamah, yang ini (Ambiga) dia (Mohamad) tanya boleh ke tidak. Sama ada menteri buat jawapan atau tidak, itu persoalan lain," kata Wan Junaidi yang turut meminta keputusannya tidak dipolitikkan.

Mohamad ketika bangun mempertahankan dirinya sempat menyelar Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kerana dianggap sengaja membangkitkan isu itu atas kepentingan politik demi menarik sokongan masyarakat India.

Beliau turut membidas Lim yang disifatkan telah memutar-belitkan isu itu bertujuan melaga-lagakan beliau dengan masyarakat India serta memburuk-burukkan nama Barisan Nasional (BN).
 
"Dalam kes Ambiga ini terang-terang DAP gunakannya sebagai isu perkauman.

Saya tidak terniat perkauman, saya tak sebut India, Hindu, saya sebut demi keselamatan negara.

"Tetapi DAP yang sudah ketandusan sokongan orang India cuba hendak kaitkan isu ini untuk politik kepentingan mereka, supaya mereka ini benci BN, ini sahaja masalahnya," katanya yang mengaitkan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang disifatkan telah menyebabkan DAP kehilangan sokongan kaum India.

Lim yang dilihat meninggalkan dewan persidangan sebaik Mohamad selesai memberikan penjelasan terus diselar beberapa anggota Parlimen BN termasuk Datuk Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatanagn) yang melabelkan parti pembangkang, khususnya DAP sebagai "hipokrit" dan "Raja Penghasut". - Bernama

Bilal, Siak Terkejut, Mayat Bayi Di Tangga Masjid

Posted: 28 Jun 2012 04:56 PM PDT

MSTAR ONLINE

KLANG: Seorang bilal dan siak Masjid Badariah Batu 12, Kapar di sini terkejut apabila mendapati bungkusan plastik hitam yang ditinggal di tangga masjid itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata kedua-dua mereka yang mahu membuat persiapan solat Subuh menemui mayat bayi berkenaan ditutup dengan kain lampin apabila membuka bungkusan tersebut.

"Apabila tiba di tempat kejadian kira-kira 6.30 pagi, kita (polis) mendapati bayi yang bertali pusat dan cukup sifat ditinggalkan di dalam bungkusan plastik.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati bayi itu sudah meninggal dunia," katanya di sini Khamis.

Mohd Shukor berkata mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA

PM Lancar Program iTR1M Bantu Pelajar Di Selangor

Posted: 28 Jun 2012 04:54 PM PDT

MSTAR ONLINE

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya, Seri Perdana di sini Khamis.

Hadir sama ialah Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Alimuddin berkata projek perintis yang dilaksanakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

"Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di sini Khamis.

Alimuddin berkata program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.

Beliau berkata seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jummat.

"Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan 'Netbook 1Malaysia' dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan," katanya.

Alimuddin berkata di bawah program ini, calon UPSR menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah, sekolah dan pusat komuniti (Perpustakaan Desa, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan medan Infodesa).

Beliau berkata bagi calon PMR dan SPM, bimbingan secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih diadakan dari pukul 3 hingga 5 petang, pada setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat.

Selain itu, beliau berkata calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah.

"Seminar dan bengkel persediaan menghadapi peperiksaan yang akan diadakan menjelang tarikh peperiksaan," katanya. - BERNAMA

Hero filem Leftenan Adnan sertai Pas

Posted: 28 Jun 2012 04:50 PM PDT

SINAR HARIAN

 

 

SHAH ALAM – Program Himpunan Hijau Pas Johor yang akan diadakan di Kempas, Johor Bahru esok bakal menerima seorang lagi artis - Hairie Othman, yang akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Dia akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara pemimpin parti yang akan hadir adalah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfoz Muhammad.

"Pihak jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada  10,000 peserta himpunan dari seluruh negeri Johor bagi menjayakan himpunan ini.

"Kehadiran Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini. Ahli-ahli dan penyokong Pas di luar Johor juga dijemput sama untuk menjayakan himpunan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hairie yang juga pelakon utama filem Leftenan Adnan sebelum ini dilaporkan akan menyertai Pas bersama-sama beberapa lagi artis dan juga beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan.

26 GRO warga asing ditahan imigresen

Posted: 28 Jun 2012 04:42 PM PDT

KOSMO

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 26 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Taman Impian, di Alma dekat sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, pihaknya menyerbu restoran berkenaan pada pukul 1.15 pagi semalam selepas melakukan intipan dan risikan sejak seminggu lepas.

"Semasa diserbu 24 wanita warga Thailand dan masing-masing seorang wanita warga Indonesia serta Myanmar berusia 20 tahun hingga 35 tahun sedang sibuk melayan pelanggan.

"Sebaik menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri bagaimanapun gagal kerana 30 penguat kuasa imigresen yang menyertai operasi itu telah mengepung restoran terbabit," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri, manakala selebihnya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial. – BERNAMA

Pas terus bangkit 'mood' rakyat

Posted: 28 Jun 2012 04:35 PM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

 

 

KUALA TERENGGANU – Pas terus membangkitkan 'mood rakyat' ketika ini melalui beberapa siri program yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan tahap keyakinan dan sokongan golongan muda bertambah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ia bermula dengan moto Pas Ganti Umno (PGU) yang diikuti beberapa program, antaranya Jelajah PGU 1.0 di Kemaman, PGU 2.0 di Jertih dan PGU 3.0 di Kuala Terengganu.

Menurutnya, kelangsungan itu diteruskan dengan sambutan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Kedah dan terbaru Ekspresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat yang diadakan di Terengganu.

"Kali ini kita akan adakan di peringkat negeri Terengganu bagi mengumpul seluruh petugas dan ahli Pemuda bagi menggerakkan kerja Pemuda dan menggerakkan 'mood' rakyat dan generasi 'Y' agar mereka dapat membuat perubahan.

"Kita akan gunakan satu moto iaitu 'Pakat Pangkoh Pas, Boh'. Kita ajak anak-anak muda kali ini ubahlah Umno-BN yang telah lama memerintah lebih daripada 50 tahun," katanya ketika berucap sempena program makan malam meraikan peserta Himpunan Bersih 3.0, di sini.

Hadir sama, Naib Ketuanya, Kamaruzzaman Abdullah dan Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong turut yakin golongan muda akan terus bersama pembangkang sebagaimana kehadiran yang memberangsangkan dalam program-program terdahulu.

"Kita tengok Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Kedah itu 80 peratus adalah anak-anak muda. Begitu juga dengan Himpunan Aman Bersih 3.0 'Duduk dan Bantah' adalah terdiri di kalangan anak-anak muda.

"Saya yakin Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Terengganu juga akan mendapat sokongan anak-anak muda," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menganggap pilihan raya sudah hampir dan mengharapkan menonjolkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memimpin Malaysia Baru.

Bunyi ular disangka perompak

Posted: 28 Jun 2012 04:33 PM PDT

AZIZAN INCHE HARUN

 

 

PASIR GUDANG – Kira-kira 40 keluarga penduduk Kampung Sepakat Masai, di sini gempar apabila bunyi bising yang disangka perompak rupa-rupanya seekor ular sawa sedang membaham ayam.

Wakil penduduk, Ismail Talib, 42, berkata, ular sawa seberat lebih kurang 25 kilogram dan sepanjang 14 meter itu sudah empat kali ditangkap sejak awal tahun ini.

Menurutnya, ular sawa itu dikatakan datang dari tanah kosong berhampiran yang pada asalnya tapak rumah, tetapi sudah dipenuhi semak-samun sejak setahun lepas.

"Kami pada awalnya menyangka ada orang hendak memecah masuk rumah apabila bunyi ayam dalam reban bising seperti terkejut. "Apabila dihampiri, ruparupanya ia seekor ular sewa yang sedang membelit untuk membaham ayam yang berada di dalam reban salah seorang penduduk kampung," katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, penangkapan buat kali keempat ular sawa itu sejak awal tahun ini menambahkan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan terutama kanak-kanak.

Menurutnya, tambahan kawasan perkampungan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat sehingga menambahkan kegusaran penduduk, selagi semak-samun di kawasan berhampiran tidak dibersihkan.

"Kami terlalu bimbangkan keselamatan terutama anak-anak kerana kebanyakan kami bekerja tidak menentu masa.

"Kami telah beberapa kali memberitahu kebimbangan ini kepada pemimpin setempat, tetapi kita tidak pasti apa tindakan yang telah dibuat kerana sehingga kini semak-samun itu masih belum dibersihkan.

"Kita mohon kerjasama pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera membersihkan semak-samun ini kerana kami tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini selepas ini," katanya

Dewan Rakyat: Kerajaan diminta batal keputusan roboh BB Plaza

Posted: 28 Jun 2012 04:32 PM PDT

SINAR HARIAN

 

 

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan digesa campurtangan untuk membatalkan keputusan merobohkan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang dilihat sebagai pusat perniagaan strategik orang Melayu di Kuala Lumpur.

Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata selain menjadi kerisauan peniaga, isu itu turut mengundang persepsi negatif orang Melayu yang mula merasakan kepentingan mereka semakin mudah terhakis.

"Kementerian ada kaitan dengan perancangan untuk membina MyRapid Transit (MRT). Jadi, setuju atau tidak kita minta kementerian campurtangan dan pastikan kalau betul serius dalam setiap agenda mempertahankan kepentingan Melayu dalam bandar, hentikan cadangan merobohkan BB Plaza," katanya.

Ibrahim berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012.

Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman dilaporkan berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT.

Ibrahim berkata kementerian dan pihak berwajib harus bertolak ansur demi kepentingan 167 penyewa Bumiputera.

"Sekarang ini peniaga bersedih, berdukacita dan macam-macam, malah saya terima SMS rungutan dan rasa tidak senang hati mereka. Carilah pilihan lain supaya ia tidak sentuh bangunan untuk orang Melayu berniaga," kata Ibrahim.

Bagi Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), walaupun jelas dengan kehendak kementerian iaitu untuk memudahkan perjalanan warga Kuala Lumpur, beliau sependapat dengan Ibrahim supaya tindakan merobohkan BB Plaza dibatalkan demi kebaikan peniaga Melayu.

Beliau kesal bagaimana pihak berkenaan boleh mengeluarkan notis berpindah sedangkan pusat itu menjadi lokasi peniaga mencari rezeki, lebih-lebih lagi ketika Ramadan yang membolehkan peniaga meningkatkan jumlah pendapatan, semakin hampir.

"Saya sehaluan dengan Pasir Mas supaya pihak berwajib batalkan hasrat untuk meroboh, mengambil alih BB Plaza sebab ada orang Melayu berniaga dan bergantung hidup di situ," katanya.

BB Plaza yang dibuka pada 1979 terletak di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong asing.- Bernama

ISA: "Kali ini anak saya, esok lusa anak siapa?"

Posted: 28 Jun 2012 04:29 PM PDT

"Kali ini mungkin anak saya Fadzullah yang kena (ISA), esok lusa tidak tahu siapa pula yang kena."  Kenyataan seperti ini sering didengar dari ahli keluarga tahanan ISA yang berani ke hadapan memprotes penahanan ahli keluarga mereka di bawah akta Zalim ISA.

Pada jam 11 pagi ini, 40 orang aktivis bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA berkumpul di hadapan bangunan parlimen bersama ahli keluarga tahanan ISA bagi mendesak kerajaan membebaskan segera ke semua 45 orang tahanan ISA yang masih merengkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting.

Turut bersama di dalam perhimpunan PROTES Desak Bebas Tahanan ISA 45 ialah Haji Abdul Razak ayah kepada Fadzullah, salah seorang tahanan ISA yang masuk tahun kedua berada di Kem Tahanan Kamunting.  Fadzullah adalah antara tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar masuk hari kelapan pada hari ini.  Mengikut maklumat dari pihak peguam yang telah menziarahi mereka, Fadzullah dan dua orang yang lainnya hanya minum sedikit dan langsung tidak menjamah sebarang makanan.

Abdul Razak memaklumkan bahawa kali terakhir mereka menziarahi Fadzullah di Kem Tahanan Kamunting tiga minggu yang lepas Fadzullah kelihatan termengah-mengah dan mengadu sakit perut.  Namun ketika itu beliau mengaku yang beliau sudah menghentikan mogok lapar kerana pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan bersama pihak SUHAKAM dan berjanji akan mendengar segala aduan mereka.

Mogok Lapar fasa kedua dilancarkan semula oleh tahanan ISA apabila pengaduan mereka tidak diendahkan dan mereka masih terus-terusan ditahan walaupun ISA sudah dimansuhkan.  Menteri Dalam Negeri tetap tidak memberikan sedikitpun perhatian kepada desakan mereka.

Menurut Khairunniza Md Akhir, isteri Mustawan Ahbab juga seorang tahanan ISA di Kamunting, tiga orang tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar sudah kelihatan lemah.  Pihak Kem Kamunting telah mengambil tindakan mengasingkan mereka dari semua tahanan yang lain atau dipanggil sebagai "solitary confinement".  Tujuan utama tindakan ini ialah agar tindakan mereka tidak diikut sama oleh tahanan yang lainnya.

Namun semangat perjuangan tahanan ISA yang dizalimi ini tidak dapat dibendung walau mereka telah diasingkan.  Maklumat terkini yang diterima oleh Gerakan Mansuhkan ISA, kini sejumlah tujuh orang tahanan telah melancarkan mogok lapar dengan tiga orang dari mereka sudah memasuki hari kelapan mogok lapar.

Gerakan Mansuhkan ISA dan para aktivis memandang serius akan perkara ini dan mahu pihak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri melalui Menteri Dalam Negeri melihat perkara ini dengan lebih serius dan menjawab segala persoalan yang timbul khususnya tentang dakwaan penderaan dan kezaliman yang didakwa dilakukan ke atas tahanan ISA ketika mereka ditahan selama 60 hari di Pusat Tahanan Reman Polis sebelum dihantar ke Kamunting.

Dakwaan penderaan dan penyeksaan ini ditulis sendiri oleh tahanan ISA dan berjaya dibolos keluar dari Kem Tahanan Kamunting.

Antara pengakuan mereka melalui nota bertulis tangan ialah dibogel, digantung terbalik dan dibelasah dengan objek tumpul selain didera di bahagian sulit dengan minyak panas dan puntung rokok.  Tahanan juga dilumur dengan pes cili dan dicabut bulu kemaluan dan dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel dalam tempoh sehingga 60 hari.

Desakan dari Gerakan Mansuhkan ISA yang mewakili 82 pertubuhan NGO dan parti politik pada perhimpunan yang diadakan ialah:

1. Mendesak pihak Kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri untuk segera membebaskan 45 orang tahanan ISA yang masih dipenjara di Kem Tahanan Kamunting.
2. Mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan isu penderaan terhadap tahanan ISA yang telah didedahkan oleh tahanan sendiri.

Turut bersama di dalam perhimpunan Desak Bebas 45 orang Tahanan ISA ini ialah beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Tian Chua, Nurul Izzah dan Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz Omar (gambar kanan, paling kanan), beliau kecewa dengan sikap Menteri Dalam Negeri yang masih mahu mempertahankan undang-undang zalim ini.  "Unsur-unsur ISA masih wujud.  Kelihatan tiada ruang kebebasan untuk rakyat. Penderaan dan penyeksaan terhadap tahanan ISA masih ada.  Tahanan dibogel dan dipukul masih berterusan hingga kini."

Nurul Izzah pula mempersoalkan tentang transformasi yang sering disebut-sebut di era pemerintahan Najib Razak, namun masih ada penderaan dan penyeksaan ke atas tahanan ISA.  "Perdana Menteri, Najib Razak mesti jawab, mesti memberi jawapan kepada isu mogok lapar yang diadakan."

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjanji akan terus membangkitkan persoalan ini di sidang parlimen dan membahaskan isu tentang penderaan dan penyeksaan ke atas tahanan ISA.

Malangnya pihak kerajaan masih mahu berselindung apabila hari ini Speaker Dewan Rakyat telah menolak usul yang diajukan dengan alasan ianya melibatkan keselamatan negara dan bersifat kerahsiaan dan tidak logik untuk dibahaskan.  Sekali lagi alasan keselamatan negara digunakan bagi menutup kesalahan pihak yang berwajib yang menyiksa tahanan ISA.

Gerakan Mansuhkan ISA bertekad untuk meneruskan bantahan bagi mendesak ke semua tahanan ISA dibebaskan segera.  Tiada apa yang harus dilengahkan lagi sekiranya sudah pasti mereka akan dibebaskan apabila tempuh tahanan mereka tamat. Ini bermakna mereka bukanlah menjadi ancaman kepada keselamatan negara atau sesiapa sahaja.

Kenapa sehingga tahanan yang mogok lapar sanggup hingga meletakkan nyawa mereka sebagai taruhan kalau tidak kerana kezaliman yang dikenakan ke atas mereka ditahan tanpa dibicarakan, dinafikan hak untuk hidup sebagai manusia bebas.  Maka satu saat mereka dipenjarakan juga adalah sesuatu yang zalim.  Mereka mempertahankan prinsip bahawa mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahan ke atas mereka dan mereka wajib dibebaskan segera.

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara.

Pengikut