Sabtu, 14 Mac 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Taipingmali (tm)

Posted: 14 Mar 2015 01:11 AM PDT

Belantan

Posted: 13 Mar 2015 11:41 PM PDT

Belantan


Kehakiman dihina, apa istimewa pembangkang?

Posted: 13 Mar 2015 05:08 AM PDT

Suasana di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bertitah merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen, 9 Mac lalu. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 9 April diikuti sidang Dewan Negara dari 13 hingga 28 April.

Di atas kertas, undang-undang Malaysia dalam banyak perkara diakui antara terbaik dan menyeluruh. Ini termasuk dalam hal berkaitan perlindungan kepada mahkamah daripada ditohmah secara sewenang-wenangnya.

Malah, perihal hakim juga dila­rang daripada disentuh secara terbuka pada persidangan Dewan Rakyat. Imuniti Ahli Parlimen untuk bercakap apa sahaja dikecualikan daripada perkara ini melainkan terdapat usul khas.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Perkara 36 (8) menyebut dengan jelas larangan ini yang di­sandarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 127 mengenai sekatan perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.

Namun realitinya, seperti mana dalam banyak hal, aspek pelaksa­naan undang-undang sering menjadi tanda tanya kerana adakalanya tinggal di atas kertas.

Sesi perbahasan Sidang Dewan Rakyat yang bermula Selasa lalu menyaksikan institusi kehakiman dilemparkan pelbagai tuduhan terutama yang paling berat oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Nurul Izzah berpeluang berucap, menuduh hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dibeli oleh syaitan hanya kerana mendapati bapanya bersalah.

"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

"Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah yang menjelaskan ucapannya itu seperti apa dinyatakan Anwar.

Tuduhan sama ada oleh Nurul Izzah atau Anwar, sememangnya amat serius. Undang-undang jelas melarang tapi mereka tidak mempedulikannya. Biarpun bagi mempertahankan bapa sendiri, namun siapa yang boleh mengatasi undang-undang.



Sebab itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dengan lantang menyelar tindak-tanduk pembangkang yang hanya mahu menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka tetapi akan menuduh yang bukan-bukan jika sebaliknya.

"Tak ada siapa yang kentut akan mengaku," tegas Azalina dan ini membuatkan wakil pembangkang panas telinga terutama Nurul Izzah.

Hakikatnya, apa yang dilakukan pembangkang mempertikaikan ke­putusan hakim sesedap rasa politik bukan sahaja mengelirukan rakyat bahkan menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman.

Sedangkan segala undang-undang dibuat melarang daripada membicarakan secara terbuka kelakuan hakim adalah bagi melin­dungi badan kehakiman yang menjadi satu daripada teras pemerintahan negara menerusi doktrin pengasingan kuasa.

Namun di mana tindakannya. Baik Anwar, Nurul Izzah atau wakil pembangkang lain menggunakan peluang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencerca lima hakim terlibat demi menegakkan benang yang basah.

Kenapa penjenayah lain perlu me­­nurut perkara ini tetapi tidak Anwar dan pembangkang? Hakim dicerca dengan pelbagai tohmahan. Apa istimewanya Anwar, anaknya dan sekutu mereka?

Sedangkan seperti kata Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), semua tertakluk kepada prinsip tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini akan berlangsung banyak minggu lagi, apakah akan terus dibiarkan wakil-wakil pembangkang terus 'membelasah' hakim-hakim terlibat.

Walaupun ada juga wakil pembangkang seperti seorang dua daripada Pas yang tidak pun menyentuh mengenai kes Anwar, namun yang lain tetap mengatakan mahkamah terlibat dalam konspirasi ke atas Ketua Pembangkang itu.

Dalam perkara ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang turut berbahas nampaknya lebih cermat dan cerdik. Beliau mengelak daripada beremosi sebaliknya menyentuh badan kehakiman secara umum iaitu soal meningkatkan imej.

Seperti kata Gobind, beliau menyedari Peraturan 36 (8) yang melarang hakim disentuh dalam ucapan pada Sidang Dewan Rakyat kecuali terdapat satu usul mengenainya.

Kepada wakil pembangkang yang lain, contohilah Gobind setidak-tidaknya. Matlamat semua melihat Parlimen Malaysia berada dalam kelas pertama, tetapi jika peraturan dewan tidak dihormati mereka sendiri, apa akan jadi dengan `dewan yang mulia'?

Selain itu, tinggalkanlah isu Anwar, hormatilah institusi kehakiman seperti mana menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka. Berlaku adillah kepada semua termasuk mangsa.

Lagipun, serangan bertubi-tubi kepada hakim tanpa melalui satu usul khas yang ditetapkan peraturan dewan akhirnya membuang masa mereka yang sepatutnya menyuarakan lebih banyak isu rakyat dan masalah di kawasan.

Bukannya selepas Anwar, Anwar dan Anwar. Memang sampai kiamat pun tak akan habis sedangkan amanah pengundi lagi penting.-UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 13 Mar 2015 11:34 PM PDT

The Unspinners


Kenapa Guan Eng takut hudud?

Posted: 13 Mar 2015 09:30 PM PDT



Kalau hudud boleh dijalankan terhadap bukan Islam seperti zaman nabi muhammad, pasti lim guan eng dah patut dipotong tangan.

Gambar ini membantu kita bayangkan keadaan guan eng lps dipotong kerana menyamun.

Pakatan rakyat tak puashati. Mulai 18hb ini DuN kelantan akan bahaskan hudud.

Penat sangat ke kerja? Kuat kerja?

Posted: 13 Mar 2015 06:16 PM PDT


Kuat kerja atau kuat menyamun dan menindas?


Kutuk polis tidor tapi dap pun sama

Haron DIn dilantik Mursyidul Am, Rancangan PASMA kacau

Posted: 13 Mar 2015 08:21 AM PDT



PasMa bantah Dr.Haron Din jadi Mursyidul Am PAS?

FMT | March 13, 2015

Antara kriteria calon Mursyidul Am adalah dikenali sebagai ahli ilmu, ketara mendukung prinsip ulama, berakhlak dan tidak kontroversi

Oleh Mc T (MYKMU.net)

Bukan jawatan sembarangan

Umum dah tahu bahawa Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, sudah sepakat melantik Datuk Dr Haron Din untuk mengisi jawatan Mursyidul Am PAS yang kosong disebabkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Jawatan Mursyidul Am ini bukan jawatan sembarangan yang boleh dipilih dengan mudah, kerana ia mempunyai syarat dan kriterianya tersendiri.

Kriteria calon Mursyidul Am hendaklah "individu itu mestilah dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat-sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.

Perlembagaan PAS tidak menyebutkan kriteria khusus siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am.

Persetujuan Majlis Syura Ulama

Fasal 8(6) Perlembagaan PAS hanya menyebutkan bahawa:

Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun.

Peruntukan ini jelas bahawa mursyidul am itu dilantik oleh ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) di dalam mesyuarat mereka. Maka jelas Perlembagaan memberikan kuasa kepada seluruh ahli MSU untuk melantik siapa yang difikirkan paling layak untuk mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.

Ahli MSU lebih arif untuk mengetahui siapa yang paling layak di antara mereka, untuk diangkat. Dalam keputusan mesyuarat, ternyata mereka membuat pilihan yang tepat kerana memilih Datuk Dr Haron Din. Kerana beliau memenuhi kriteria yang dimaksudkan dalam perlembagaan PAS.

Bukan penghormatan, tapi kesempatan penipuan

Tapi bukan semua orang senang dengan keputusan itu. Lebih-lebih lagi di pihak PasMa, mereka menerima berita lantikan itu bukan satu berita yang baik untuk mereka.

Mereka di PasMa pernah memberi cadangan kononnya jawatan Mursyidul Am itu patut dipegang oleh Haji Hadi (Presiden PAS). Atas alasan, tiada siapa yang lebih hebat daripada Haji Hadi dan kata mereka ianya satu penghormatan.

Benarkah ianya penghormatan? Atau ianya satu penipuan untuk mengambil kesempatan.

Penulis berpendapat, jika Haji Hadi menjadi Mursyidul Am, sudah tentu jawatan Presiden PAS secara automatik akan kosong dan terbuka luas untuk 'Abang Mat' Sabu menduduki kerusi tersebut.

Ianya mencerahkan lagi peluang PasMa, meletak pemimpin mereka disana. Maka tercapailah cita-cita PasMa untuk mengambil alih parti PAS.

Baca sepnuh di FMT SINI

Azmin sila jelaskan kenapa babi lebih utama dari air rakyat

Posted: 13 Mar 2015 05:32 AM PDT









Nafi tak cukup, Jho Loh perlu saman pihak yang menuduh

Posted: 13 Mar 2015 02:33 AM PDT

Malaysian businessman Jho Low, pictured in Hong Kong, says he is a victim of the cross-fire of Malaysian politics. Photo: Sam Tsang

http://www.scmp.com/news/asia/south-east-asia/article/1735651/well-connected-malaysian-jho-low-living-hk-denies-fraud
MyMassa

Pendedahan Jho Loh telah cemarkan nama Dato Najib sekeluarga. Nafi saja tak cukup ... jelaskan dengan detail atau saman semua media dan pihak yang membuat tuduhan.

Imejnya sebagai playboy tidak memberi keyakinan

Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Mar 2015 11:19 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Blog JUST READ!: Letter To FBI - An agenda against @Zahid_Hamidi ? CC @Malaysiakini

Posted: 13 Mar 2015 02:27 AM PDT

An agenda against Zahid?

Pro-Opposition news portal Malaysiakini and Malaysia Chronicle - despite understanding that nothing was wrong with the letter Zahid Hamidi sent to the FBI over Paul Phua case - continue mounting attacks on the minister.

Not able to distinguish the 'undertone' in the Home Minister's speech in Penang yesterday, they leveraged on it by pitting Zahid against other Umno ministers, notably his predecessors Hishammuddin Hussein and Syed Hamid Albar.


During his era, former premier Tun Dr Mahathir Mohamad himself was Home Minister. During Pak Lah's, Azmi Khalid was. But Zahid was not shooting at them.

What he said during a function at USM was just an 'em-passing' remarks to note how the letter was deemed as a doom for his politics, and how some conscience-blinded friends in Barisan Nasional (especially Umno) were easily-gullible by the Opposition.

Yes, he did say it yesterday, as carried by news portal Malaysiakini:
Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's popularity has dwindled following the saga over a letter he penned to the Federal Bureau of Investigation (FBI) for gambling kingpin Paul Phua.

However, the Umno vice-president said his predecessors had also done the same.
"If I reveal the stack of letters and agreements they had signed with that country (US), they would suffer great shame. But these ministers have denied, nevermind," he said during a speech at Universiti Sains Malaysia (USM) in Penang today.

Zahid drew laughter from his audience when he used the term "besar kemaluannya" to indicate embarrassment, which in the Malay language refers to male genitals.

"Let me suffer the embarrassment, but I don't want to implicate others," he added.
However, Zahid told reporters after the event that he would reveal the support letters penned by other ministers in Parliament.
Anybody will take what he said as something to enlighten the floor, not more than that.

He did not mean to rake the past but he was serious about 'there were letters from the past'. But still, nothing was wrong with the letters written by previous ministers to any governments or foreign agencies if they were meant to provide assistance to Malaysians abroad.

Foreign Minister Anifah Aman, in standing up for Zahid at the height of Paul Phua case, even said that it was our responsibility to help our countrymen abroad, regardless of who they are and what they are.

Taking the 'Bali 9' case in Indonesia, the governments of Australia and other countries too have been applying their diplomatic tools to secure the release of their people although the Indonesian court found them guilty of drug peddling and sentenced them to death.

When anti-Putrajaya NGOs and lawyers gave some hands to fugitives Alvin Tan and Ali Abdul Jalil, nobody said anything against it.

So, what's wrong with Zahid's letter to the FBI. And what's wrong with letters written by former Home Ministers (if any) to help Malaysians in trouble abroad? I think we used to take similar approach to help a few Malaysians duped into working as 'kaldai dadah' in China, Japan and Latin America.

What Zahid and former ministers had done did not cross any line. If we don't help our countrymen abroad, who else would?

The Opposition was only interested to pin down Zahid by linking him to the gambling kingpin, trying to implicate how the Umno vice-president gets 'some sidekicks'.

However, Zahid has denied it. He never asked a single sen from any gambling tauke in Malaysia and abroad. I personally believe there were some offers but he turned it down. Nobody can proof anything about it.

I don't want to say anything about other ministers, deputy ministers and VVIPs who 'got some'...let them! I know, the police knows, some people also know.

To some Malaysians, what Zahid had wrongly done is what the Opposition had done it right and lawful. To pro-Pakatan Rakyat politicians, lawyers, NGOs and media players, they can always do it better that what Putrajaya and Zahid had.

Remember MH370 crisis when Anwar Ibrahim and friends said they could have solved the mystery in 24 hours?

http://justread-whatever.blogspot.com/2015/03/an-agenda-against-zahid.html?m=1


Sent from my iPhone

APANAMA

Posted: 13 Mar 2015 11:11 PM PDT

APANAMA


Apa kata Dr M sehingga blog Chedet digodam?

Posted: 13 Mar 2015 03:41 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Mar 2015 09:19 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Terimalah Fakta Ini, GST Lebih Baik Dari SST

Posted: 13 Mar 2015 08:01 PM PDT



1MDB Stories You Must Read

Posted: 13 Mar 2015 08:55 AM PDT

During the 1990s, the 1st Generation Independent Power Plants (IPP) were set-up and during that time there was much anger from TNB and the late TNB boss, Ani Arope who refused to sign and then resigned.

The original IPP players then were Tan Sri Syed Mokhtar's group, YTL, Genting and Ananda Krishnan.

Sime Darby was the other one but since it was seen as a government company, it did not attract as much attention as the other four but needless to say that these plants raked in billions per year in profits.

For many years, these four IPPs together with Tun M has been attacked by opposition for years saying that these are crony deals and why the government had to subsidize these IPPs.

In fact, in May 2011 Lim Guan Eng called these IPPs as "Big Opium" plants that requires RM19 Billion of subsidies per year. http://tinyurl.com/lkl6t4h

In quick succession, 1MDB bought over Ananda's power plants business (March 2012) and Genting's IPP plants (Aug 2012).

Then in October 2012. The Energy Commission announced the results of the latest IPP Power Purchase Agreement (PPA) concessions:

The results were a big surprise.

No extension allowed for Ananda's power plant (now under 1MDB - and which is why Ananda had to pay back the RM2b bridging loan for 1MDB) nor YTL.

No new plants or new concessions granted for Genting, TS Syed Mokthar, YTL or Ananda Krishnan - none of the original 4 alleged "cronies".

The only new concessions or power plant awards were either to 1MDB or Tenaga - no other parties.

Maybank research had remarked that the "Sweetheart deals are over." and that all renewed deals were done on a commercial basis at competitive rates. http://tinyurl.com/mdqlgdn

"The new IPP IRRs are now in mid-single digits, a vast improvement from the mid-teen IRRs enjoyed by the first-generation IPPs.".

Much of the mistakes of the past that cost Malaysians, Petronas and TNB tens of billions per year (and possibly more than RM100billion over the two decades) have been fixed by Najib, the Energy Commission and 1MDB.

In fact, Malaysia was supposed to have a scheduled electricity tariff increase in July 2014 and Jan 2015 under the "fuel cost pass through (FCPT)" mechanism implemented in Jan 2014 but 1MDB and other IPPs say no need because of the revised and corrected power purchase agreements.

And electricity rates were even reduced starting from March 2015 - due to falling coal prices as well as the much cheaper IPP tariffs.

And TNB started to record big profits starting in 2013, 2014 and in 1st Quarter 2015, broke the record to register RM2.3 billion net profit for just 3 months!

TNB gets to enjoy much bigger profits while Malaysians get to enjoy cheaper electricity rates when fuel prices drop while Petronas no longer needs to subsidize as many private interests.

TNB interests protected, Petronas interests protected.. Malaysian electricity users interests protected - These are the winners.

But who loses? Who are the biggest losers when such sweetheart deals are no more and who would these rich and powerful losers complain to?

What would they want to do?

Perhaps this is why there is so much anger towards 1MDB and PM Najib - even from senior UMNO leaders. After read these stories, hopefully they will get a better picture.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Mar 2015 03:23 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Anak pemuas nafsu bapa tiri celaka

Posted: 13 Mar 2015 06:09 AM PDT

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang mekanik tergamak menjadikan dua anak tirinya yang juga OKU kategori lembam sebagai pemuas nafsu serakah dalam satu kejadian di Kampung Seberang Limbongan, Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek, 41, terbongkar apabila kedua beradik malang yang berusia 14 tahun dan 12 tahun mengambil keputusan ponteng sekolah untuk melarikan diri sebelum diselamatkan oleh seorang wanita, pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi adik lelaki mereka yang berusia 8 tahun yang ketika itu sedang menunggang basikal sebelum terserempak dengan seorang wanita tidak dikenali di bahu jalan, lebih kurang jam 9 pagi.

"Melihatkan gelagat ketiga-tiga beradik ini dalam keadaan mencurigakan, wanita tersebut kemudiannya menghampiri mereka sebelum bertanyakan hendak ke mana.

"Salah seorang daripada kanak-kanak itu terus meminta tolong agar dapat menghantar mereka bertiga ke balai polis kerana mendakwa tidak tahan didera oleh ayah tiri mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, terkejut mendengar dakwaan tersebut, wanita berkenaan terus membawa mereka ke Balai Polis Kampung Raja, Besut, untuk membuat laporan sebelum mereka dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Jelas beliau, laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan lama pada kedua-dua mangsa dirogol, bagaimanapun tiada sebarang tanda kecederaan fizikal pada ketiga-tiga beradik berkenaan.

Katanya lagi, ibu kepada ketiga-tiga beradik itu mendakwa langsung tidak mengetahui tragedi yang berlaku ke atas anaknya itu yang turut mengalami masalah pembelajaran.

"Dia yang bekerja di sebuah chalet di Kampung Raja, Besut, mendakwa pada hari kejadian (kelmarin), dia hanya mengetahui yang anaknya itu tidak hadir ke sekolah setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah.

"Sebaik dimaklumkan anaknya tidak ke sekolah, si ibu mendakwa terus pergi mencari anaknya itu sebelum terserempak dengan pihak polis yang memberitahu anak-anaknya berada di balai polis," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, suspek yang berkahwin dengan ibu kepada ketiga beradik ini pada 2011 kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pegawai majlis agama cabul tiga wanita dalan tadika

Posted: 13 Mar 2015 12:01 AM PDT

KUANTAN - Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam atas tiga pertuduhan mencabul tiga orang wanita.

Tertuduh dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa mahkamah hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Nor Aisah Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan yang berasingan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di pejabat Pengurus Tadika Pintar Al-Quran, Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.

Dengan itu, tertuduh boleh disabitkan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya.

Mahkamah mengarahkan tertuduh di hantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental dan menetapkan 10 April depan untuk laporan mental.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar

Jadi lesbian selepas kahwin lagi

Posted: 12 Mar 2015 11:01 PM PDT

Kredit foto Instagram Ieda Moin @Iedamoin79
Perceraian mungkin perkara yang menyakitkan wanita tetapi tidak kepada pelakon dan penyanyi Ieda Moin.

Redha dengan kententuan Tuhan, wanita berusia 34 tahun ini meneruskan kehidupan bersama anak perempuan kesayangannya, Nur Dhia Dania yang kini berusia tujuh tahun.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd. Moin, 34, berkata, sejak bergelar ibu tunggal kira-kira tiga bulan lalu, dia tetap menjalani rutin hariannya seperti biasa.

Mengakui serik dengan apa yang dilaluinya, Ieda tidak menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi seandainya dia bertemu dengan lelaki yang benar-benar sesuai.

"Tiada apa yang berubah pun dalam kehidupan saya kerana ketika menjadi isteri saya sering ditinggalkan. Cuma, bezanya kami berpisah cara baik.

"Saya bekerja seperti biasa. Alhamdulillah, tawaran berlakon ada, rezeki saya murah selepas apa yang terjadi.

"Sebenarnya, menjadi ibu tunggal tidaklah seperti yang selalu digambarkan orang iaitu satu status yang mudah saja dipandang negatif.

"Bagi saya status itu hebat. Bukan mudah untuk sesorang itu melaluinya kalau dia tidak kuat.

"Serik itu memang ada tetapi untuk saya mengatakan tidak mahu berkahwin lagi, itu bohong.

"Sebagai seorang wanita yang ada anak, saya masih lagi mengimpikan seseorang yang menjaga saya dan anak saya dengan seadanya tetapi dengan siapa, saya serahkan pada takdir," katanya kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Bila Hati Telah Hitam di Damansara, Selangor, semalam.

Tambahnya, apa yang penting dia kini mahu menjaga hati Dania kerana sebagai ibu dia memahami perasaan anaknya yang mengetahui apa yang berlaku antara dia dan bekas suaminya.

"Anak saya okay. Saya jadi kuat pun sebab dia. Dia pun sudah biasa bila ayah dia tak ada di rumah sebab ayahnya orang produksi jadi dia selalu bekerja luar Kuala Lumpur dalam tempoh lama.

"Namun, saya tahu yang dia tahu apa yang terjadi cuma, setiap kali saya cuba mahu menjelaskan pada dia situasi antara saya dengan ayahnya, dia mengelak untuk mendengar.

"Bagaimanapun, saya tidak memaksa dia dan saya pun tidak mahu dia tertekan. Jadi, saya biarkan dia dan saya tahu dia faham," katanya.

Ieda sah bercerai dengan Mohamad Naquib Idris dengan talak satu pada 19 Disember tahun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga.

Dalam perkembangan lain Ieda bakal muncul menerusi drama Bila Hati Sudah Hitam bermula 20 Mac ini setiap Jumaat, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis (saluran 106).

Selain itu, dia juga bakal melancarkan single terbaharu berjudul Kahwin Lagi. Mengulas mengenai judul single tersebut Ieda berkata, lagu tersebut tiada kena mengena dengan dirinya malah, ia sudah dirakamkan sebelum dia bercerai.

"Lagu itu saya sudah dapat awal. Ia tiada kena mengena dengan hidup saya.

"Sepatutnya lagu tu dinyanyikan penyanyi lain tetapi dia mempunyai komitmen lain, jadi penerbit lagu itu merasakan saya yang sesuai menyanyikan lagu tersebut," katanya.

Ieda juga bakal sibuk di lokasi penggambaran filem arahan M. Subash berjudul Kamar Seksa. Dalam filem itu dia akan memengang watak sebagai seorang lesbian.

- mD


(Foto) Tasha Shila pula tayang perut gebunya!

Posted: 12 Mar 2015 08:01 PM PDT

Ingatkan selepas kontroversi yang melanda Diana Danielle dan Ainul Aishah, rakan selebriti yang lain akan mengambil pengajaran serta lebih berhati-hati dalam pemakaian. Nampaknya harapan tersebut hanya tinggal harapan sahaja. Kini tiba pula giliran Tasha Shilla menayangkan perutnya untuk tatapan umum ketika menghadiri satu majlis. Gambar-gambar ini telah pun dimuatnaik oleh Tasha sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Abang Nara akui perut Tasha Shilla memang cantik, nampak macam ada six packs dan menjadi idaman ramai wanita. Kalau Wak Doyok tengok, pasti akan merecik. Agak pelik juga dengan sesetengah selebriti yang tidak sensitif bab-bab pemakaian ini. Mungkin bagi mereka pakaian sebegini adalah biasa. Yang penting, kritikan-kritikan pedas telah pun dilemparkan kepada Tasha Shilla oleh para peminat yang tidak senang dengan tayangan percuma ini.
tasha shila
Mungkinkah pihak berkuasa seperti JAKIM dan JAIS perlu bertindak lebih tegas dan menetapkan garis panduan pemakaian kepada selebriti tanah air? Apa pendapat anda? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
tasha shila
tasha shila
5
tasha shila

tasha shila
Sumber: Beautiful Nara

Artis cilik didera secara seksual

Posted: 12 Mar 2015 07:18 PM PDT

Gambar hiasan
ARENA muzik serantau gempar selepas seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang popular dengan lagu 'Aku yang dulu bukan yang sekarang' mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pengurusnya yang merupakan warganegara Singapura, Muhammad Arif Dollah.

Memetik laporan portal hiburan Indonesia, Kapan Lagi, Tegar dilaporkan telah membuat aduan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Menurut laporan itu, kejadian dilaporkan berlaku sekitar awal November sehingga pertengahan Januari 2015 ketika kedua-duanya berada di Malaysia untuk memenuhi undangan persembahan.

Selesai membuat persembahan, pengurusnya tidak segera membawa penyanyi itu pulang ke Indonesia sebaliknya menahan Tegar untuk tinggal di Malaysia.

Ekoran kejadian, Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan kepada Komnas PA.

Bercakap pada sidang media di Indonesia, Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait mengesahkan berlaku serangan seksual oleh pengurus peribadi terhadap mangsa (Tegar).
Tegar

"Selain itu, ada barang-barang yang hilang antaranya gitar kesayangan mangsa yang merupakan sumber inspirasi untuk menghasilkan lagu-lagunya. Turut hilang, laptop dan kamera yang ada di apartmen Tegar," ujar pada sidang media di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, di Jakarta Timur, semalam.

Sementara itu, Tegar dipetik sebagai berkata, pengurusnya memaksa dirinya tidur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja dan akan menemani Tegar ketika mandi serta beberapa lagi perkara yang lain.

"Ketika hendak tidur, Tegar tidak dibenarkan memakai seluar pendek. Kata Abang Arif, seluar itu kotor. Jadi tidur pakai seluar dalam. Dia juga turut memakai seluar dalam. Apabila Tegar ingin mandi, dia juga akan teman," katanya.

Tidak cukup dengan itu, barangan peribadi Tegar seperti gitar, laptop dan kamera turut dilarikan.

Baru-baru ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.

Bagaimanapun pengurus tersebut menafikan dakwaan itu dan mengatakan perkara itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia.

Apa Yang Tersirat

Posted: 13 Mar 2015 01:39 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Tulisan Chedet Yang Menyebabkan Laman Itu Tidak Dapat Dilayari

Posted: 13 Mar 2015 04:44 AM PDT

1MDB

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum 'due diligence' dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Categories: Uncategorized
http://chedet.cc

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Mar 2015 11:14 AM PDT

PEJUANG BANGSA


ARAHAN PERTAMA MURSYIDUL AM HARUN DIN ....PERTAHAN PRESIDEN PAS

Posted: 12 Mar 2015 05:00 PM PDT




Sakit kepala lagi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS berikutan rasminya Datuk Dr Haron Din dilantik menjadi Mursyidul Am PAS.
Semua makluam, penyokong Anwar dalam PAS, yang dipanggil 'Anwarinas' kurang ngam dengan Haron Din yang lebih pro ulama daripada Anwar.

ketika musim-musim pemilihan ini, kenyataan pertama Mursyidul Am PAS itu memang langsung tidak menguntungkan kelompok Anwarinas.

"Belum masa untuk PAS menukar presiden," demikian kenyataan pertama Haron Din.

Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli PAS perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

"PAS Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu)," katanya.

Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan PAS mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti.

"Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden?

"Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden," katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai Mursyidul Am PAS, Haron mengucapkan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang memilihnya mengisi jawatan itu dan berjanji akan menggalas amanah itu sebaik mungkin.

"Telah berlangsung mesyuarat (Majlis) Syura Ulama PAS dua hari lalu dan telah berbincang (mengenai) jawatan Mursyidul Am PAS.

"Saya beri pandangan bahawa elok kita biarkan ia kosong sehingga Muktamar PAS yang terdekat ini (dijadualkan Jun depan).

"Pada ketika itu, barulah buat keputusan untuk isi semua jawatan termasuk (jawatan) mursyidul am," katanya.

Namun, katanya, ahli lain berpandangan kekosongan jawatan Mursyidul Am PAS perlu diisi segera dan tidak seharusnya ditunggu sehingga Muktamar PAS.

"Saya cuba namakan beberapa orang untuk isi jawatan dan untuk galas amanah yang begitu besar ini.

"Kesanggupan (terima jawatan mursyidul am) memerlukan kepada kemuliaan yang ketara. Saya (suarakan saya) ada kelemahan yang ketara.

"...Tetapi semua hujah ditolak dan sebulat suara pilih saya. Atas kehendak itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Berdiam diri dan dalam kata lain protes senyap sahaja," katanya. 

Pengikut