Ahad, 14 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 14 Nov 2010 11:19 PM PST

Idris Ahmad


Pas Tidak Akan Naik Kapal Bocor

Posted: 14 Nov 2010 06:11 AM PST

Parti Islam Semalaysia Pas menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN. Pas tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan Pas akan berusaha supaya  ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan Pas. Pas tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang umno  sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang hanya mementingkan" perutism" sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan Pas yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. Pas sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

Pas menganggap cukuplah umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai  rakyat yang tidak bertanah   Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.Pas tidak akan izinkan umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. Pas wajib ganti umno.


Filed under: Kerajaan Pakatan Rakyat, Politik

PemudaSikDaily

Posted: 14 Nov 2010 09:16 PM PST

PemudaSikDaily


Ucapan Dari Editor...

Posted: 14 Nov 2010 07:10 AM PST

Terima Kasih kepada semua pengunjung kerana memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk meneruskan gerak kerja Islam ini, dan kami mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 14 Nov 2010 09:10 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Satu lagi khidmat sosial sumbangan Ahli Parlimen

Posted: 14 Nov 2010 07:17 AM PST


Sampah-sarap di bawah Majlis Perbandaran Taiping.Nizar ambil langkah bantu ringankan kerja MPT.

Komuniti masyarakat Taman Sungai Mas,Dun Changkat Jering yang turut sama menyertai gotongroyong.Backhoe disewa oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen untuk mencuci longkang dan membersih perparitan.Terima kasih pembayar cukai meringankan tugas MPT.


Ahli Parlimen DS Nizar bersama Pas Kawasan melaksanakan tanggungjawan sosial untuk membantu penduduk di Taman Sg Mas.,kawasan Majlis Perbandaran Taiping.


DS Nizar pada 6 Nov lalu telah membuat Lawatan ke Taman Sg Mas.Setelah melihat sendiri ,tindakan MPT yang agak perlahan atas aduan masyarakat .Beliau minta PAS Kawasan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen mengambil tindakan proaktif membantu penduduk.,beliau telah mengarahkan petugas beliau dan Pihak Pas Kawasan mengambil tindakan membersihkan kawasan itu.


Lantas pada 13 NOV lalu satu program gotong-royong telah berlangsung.Pusat khidmat telah menyewa sebuah backhoe untuk melicinkan aktiviti sosial itu.


Terima kasih kepada pihak MPT kerana kerjasama mereka dan bantuan 2 buah lori dan sebuah Backhoe .



Gambar boleh dilihat di facebook.KLIK DISINI..


Majlis Korban Bersama DS Nizar Khamis ini.

Posted: 14 Nov 2010 06:31 AM PST

Ds Nizar akan menyertai masyarakat Parlimen Bukit Gantang untuk menyembelih beberapa ekor lembu korban.

Sejak Harakah mengeluarkan berita Majlis Qurban bersama DS Nizar minggu lepas,sambutan amat menggalakkan.

DS Nizar akan berada di Bukit Gantang pada 11 Zulhijjah 1432(Khamis 18 November).Nizar dijangka berada dalam Parlimen Bukit Gantang bermula pada pukul 8.00 pagi.

Banyak penduduk menunggu DS Nizar untuk menyembelih lembu korban mereka. Jumpa Nizar ...

Kuliah Perdana Nizar

Posted: 14 Nov 2010 04:03 AM PST


Ahli Kariah Masjid Assalam Pucong Perdana,Selangor sedang mendengar Kuliah DS Nizar.Kebiasaannya bulan Zulhijjah ini DS Nizar menyentuh isu korban dan haji.

DS Nizar Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Bukit Gantang memenuhi hajat penduduk Selangor.Mereka ingin mengetahui isu terkini Perak.Khususnya sidang DUN Perak pada 30 November ini.

Nizar Rasmi Mesyuarat Agung Anak Perak

Posted: 14 Nov 2010 03:51 AM PST



Pada pukul 5 petang tadi 14 November ,DS Nizar merasmikan mesyuarat agung anak Perak di perantauan.

Hari ini DS Nizar agak sibuk.Sebagai pimpinan nasional DS Nizar perlu memenuhi permintaan rakyat.Mereka kebanyakannya anak muda.

Nizar 10 pagi menghadiri mesyuarat AJK Pas Pusat. Kini sedang menyampaikan Kuliah Perdana di Masjid Assalam,Pucong Perdana.

Pada 9.20 malam ini DS Nizar berceramah di Dewan Serbaguna,Gombak.Semuanya di Lembah Klang.

Bersama DS Nizar di Kuliah Perdana Masjid Assalam Pucong Perdana.

Posted: 14 Nov 2010 03:45 AM PST


DS Nizar kini sedang menyampaikan kuliah Maghrib Perdana di Masjid Assalam ,Pucong Perdana Selangor.Mereka yang berdekatan bolehlah mendengar kuliah DS Nizar.

Pagi tadi DS Nizar menghadiri Mesyuarat Ahlijawatankuasa PAS Pusat.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Nov 2010 09:05 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah PR 20 Nov 2010 Tampin

Posted: 14 Nov 2010 06:58 PM PST

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 20 Nov 2010 , Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, N.Sembilan (rumah Abu Sufian)
Penceramah :
Ust Misbahul Munir Masduki, SU PAS Perak
YB Veerappan, ADUN Repah, Tampin
Lim Swee, Pengerusi DHPP Melaka

Penduduk dihujani carbon

Posted: 14 Nov 2010 06:58 PM PST

Sinar Harian 15 Nov 2010

TAMAN PD UTAMA – Sepanjang tempoh lima tahun menghuni rumah sewa di Jalan Mawar 18 Taman PD Utama, Abd Wahab Abd Hamid, 54, sekeluarga berhadapan masalah yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian serta bertambah buruk.

Abd Hamid berkata, masalah dihadapi adalah terpaksa menghadapi hujan carbon pada bila-bila masa terutama hari hujan.

Menurutnya, ditambah pada musim hujan sekarang ini, hujan carbon semakin kerap dan banyak.

"Daripada apa yang diperhatikan hujan carbon ini berpunca daripada sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

"Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) telah dilakukan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini saya sebagai pengadu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini.

Abd Wahab berkata, sebagai pengadu, dia berhak untuk tahu apa tindakan diambil pihak berkenaan, namun tiada maklum balas daripada Jas dan syarikat itu sehingga kini.

"Sementara itu, semua kawasan di rumah termasuk di dalam akan dibanjiri dengan habuk carbon ini dan menjadi kawasan rumah kotor hitam serta berminyak.

"Tapak kaki menjadi hitam berminyak dan hanya boleh hilang apabila dibasuh dengan sabun dan diberus. Begitu juga permukaan lantai, meja dan sebagainya perlu disental dengan berus dan menggunakan sabun.

"Menjadi keraguan kepada kami habuk itu akan masuk ke dalam makanan dan kami memakannya. Khuatir mampu mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang dan sekarang isteri saya sudah disahkan menghidap asma sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di sini.

Abd Wahab berkata, dia tahu dalam menangani permasalahan itu rumit kerana pelepasan carbon adalah satu daripada sistem dalam gerak kerja syarikat terbabit.

"Diharap pihak berkenaan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya turun bertemu penduduk yang mengalami masalah dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran carbon itu.

"Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, pemakanan yang bagaimana dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak terjejas dengan carbon terbabit," katanya.

Abd Wahab berkata, selepas aduan dibuat wakil syarikat terbabit hanya datang mengambil contoh dan kemudian balik seterusnya senyap begitu sahaja.

"Kami penduduk di sini tidak tahu mengenai langkah pencegahan, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Ia belum ditambah dengan kos untuk membeli sabun untuk membersihkan kawasan rumah yang sentiasa dihujani carbon.

"Jika saya biarkan sahaja, seluruh permukaan lantai, meja dan sebagainya akan hitam, kotor dan berminyak. Walaupun hari hujan, kesan carbon itu tidak akan hilang kecuali jika dicuci dengan sabun dan diberus," katanya.

Abd Wahab berkata, kebiasaannya carbon hanya akan dilepaskan oleh syarikat berkenaan pada waktu malam, awal pagi dan ketika hujan.

"Kain atau baju putih yang dijemur akan bertukar menjadi tompok hitam akibat carbon yang melekat.

"Hujan carbon ini bertambah teruk apabila berlaku tiupan angin dan :keadaan ini memaksa dalam sehari dua atau tiga kali kawasan lantai perlu dicuci dan diberus.

"Dalam masa lima tahun saya menetap di sini, hanya sekali sahaja pihak syarikat itu menyumbangkan sabun dan berus," katanya.

Abd Wahab berkata, dia berharap sesuatu yang drastik dapat dilakukan semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan penduduk tidak terus hidup dalam serba tidak tahu dan hanya menadah hujan carbon sahaja

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8406202.asp

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 14 Nov 2010 07:42 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Ketua ARC Selangor meninggal dunia

Posted: 14 Nov 2010 04:22 PM PST

Dalam kenangan......
Harakahdaily
SERDANG, 14 Nov:

Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi (Ahad) setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.

ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.

Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.
Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan.

Berita dipetik dari Harakahdaily.

Untuk makluman, Almarhum juga merupakan sebahagian dari anggota AJK Pemuda PAS Hulu Langat dan Majlis Pemuda DUN Semenyih.

Almarhum merupakan seorang pejuang istiqamah dan berjaya melaksanakan sebaiknya amanah tugas yang telah diberikan. Selaku peminat jentera bermotor beliau menggunakannya sebagai wadah untuk menyampaikan mesej Islam melalui platform ini. Banyak program yang telah beliau usahakan antaranya menyediakan wadah riadhah alternatif untuk peminat motosikal melalui Kelab ARC yang mempunyai pengisian rohaniah dalam kebanyakkan programnya.

Saya sendiri (S/U MTD) pernah dijemput beliau untuk memberikan pengisian tazkirah dan tarbiah untuk anggota serta ahli-ahli ARC Selangor dalam satu program BBQ ahli ARC baru-baru ini.

Di DUN Dusun Tua, Almarhum selain menjadi tonggak utama memeriahkan pengisian program GEMS di Batu 14 kelmarin Sabtu 14hb November 2010 bagi slot pameran motor besar serta sesi bersama mantan juara dan pelumba Cub Prix Malaysia Sdr. Yasir Said, Almarhum turut menjayakan beberapa program lain di DUN Dusun Tua seperti Pemanduan Berhemat di Batu 16 Dusun Tua dan mengetuai konvoi motor mengiringi konvoi kembara Lajnah Kebajikan PAS Selangor bagi mengedarkan bantuan Ramadhan mengedarkan di sekitar DUN Dusun Tua.

Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan semoga pemergian Almarhum sebagai pejuang yang syahid dalam aqidah perjuangan menegakkan agama Allah


Berita MTD kembara Ramadhan lalu yang mengandungi foto Almarhum yang turut membantu pasukan MTD Dusun Tua:

http://mtddusuntua.blogspot.com/2010_09_01_archive.html


Almarhum berdiri di belakang berkopiah hitam bergambar bersama YB ISkandar Samad (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) dan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah MTD dan JPD Dusun Tua) serta pasukan Kembara Ramadhan MTD Dusun Tua


Almarhum sedang membaca akhbar ketika konvoi berhenti seketika



Almarhum bersama pemuda Kampung Dusun Tua Hulu Langat di sebelah Sdr. Yasir Said. Turut kelihatan Sdr. Gadaffi (Belia JKKK Batu 16) dan Sdr. Mohamad Azlan (Belia JKKK Batu 17 & ARC DUN Dusun Tua)


Almarhum ketika menyelia program Pemanduan Berhemat bersama Sdr. Yasir Said.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 14 Nov 2010 07:39 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Tuanku Sultan ucap tahniah kepada Menteri Besar di atas kecekapan pentadbiran

Posted: 14 Nov 2010 06:21 PM PST

Ditulis oleh AMELIA HASSHIM

http://www.wartakedah.net/images/dsc_0233.jpg

ALOR SETAR, 14 November - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya menerajui pentadbiran negeri Kedah dengan penuh keadilan, amanah dan proaktif.

Bertitah merasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011, KDYMM Tuanu Sultan memuji Kerajaan Negeri kerana memberi layanan yang adil dan mengeratkan hubungan antara kaum melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

"Beta dapati kerajaan memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama kepada semua pihak bagi memajukan negeri ini,

"Atas semangat inilah kerajaan beta telah bersetuju supaya tempoh hayat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dilanjutkan tempoh 10 tahun lagi. Beta berharap agar kedua-dua institusi ini akan melipatgandakan usaha bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat disamping membawa perubahan dan kemajuan fizikal," titah baginda.

Sehubungan baginda bertitah, keputusan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kedah sebagai jelapang makanan negara adalah tepat pada masanya. Baginda menyeru agar para petani dan penternak melakukan transformasi kaedah pertanian secara kecil-kecilanm kepada kaedah pertanian bercorak komersil dengan lebih agresif.

Titah baginda, kerajaan telah menyediakan beberapa pertanian berskala besar yang melibatkan kerjasama GLC, syarikat swasta, para petani dan penternak.

KDYMM Tuanku Sultan sukacita dengan inisiatif Lembaga Pertanian Muda (Mada) yang melaksanakan program peningkatan hasil padi atau lebih dikenali sebagai projek Estet Padi secara berterusan. Hasil pelaksanaan Projek Estet Padi ini telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi sebanyak 5.8 tan sehektar. Di samping itu kerajaan juga terus memaju dan menaiktaraf kemudahan prasarana pengairan dan saliran kawasan sawah padi di luar kawasan Mada sebagai cara untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

"Langkah seperti ini bakal mempercepatkan program transformasi perladangan secara berskala besar yang dirancang,

"Kerajaan beta juga merancang menjalankan ternakan akuakultur dan penanaman tanaman kontan secara berskala besar yang melibatkan peranan aktif syarikat GLC dan syarikat swasta. Dalam hal ini beta menyeru petani-petani yang berkemampuan menceburkan diri secara usahasama dalam program ini," titah baginda.

Baginda turut menyentuh mengenai kemasukan pelaburan asing yang memberangsangkan yang bagi tempoh Januari hingga Julai 2010 jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan ialah sebanyak 1.8 bilion ringgit. Ini menggambarkan negeri Kedah merupakan destinasi pelaburan yang menarik dan menguntungkan di kaca mata pelabur asing.

Baginda juga berasa lega apabila mendapati Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan kutipan hasil pada tahun ini.

"Seperti yang beta sarankan dalam ucapan bajet lalu kerajaan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat bayaran hasil dengan pelbagai langkah dan wadah dilaksanakan seperti pembayaran secara online, kaunter bergerak serta tindakan penguatkuasaan yang aktif dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.

"Ini telah memberi kesan positif kepada kutipan hasil yang dapat dapat dilihat melalui pertambahan kutipan hasil tanah, bagi tempoh sehingga Ogos 2010 sebanyak RM180 juta berbanding RM155 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu," titah baginda.

Baginda menyeru semua pihak agar dapat melaksanakan tanggungjawab membayar cukai dan mengelakkan daripada tindakan penguatkuasaan.

Selain itu baginda juga sedar mengenai tunggakan permohonan tanah kerajaan, namun Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif tindakan proaktif untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan tanah.

"Alhamdulillah sehingga September 2010 kerajaan beta telah meluluskan sebanyak 3,403 permohonan tanah kerajaan yang berkeluasan 2430.45 hektar dan pada tahun 2011 Insya-Allah kerajaan beta akan memproses kelulusan pengeluaran hak milik 1,508 peneroka tanah Rancangan Felda yang masih belum mendapat hak milik tanah," titah baginda.

Sempena Persidangan Bajet 2011 ini baginda amat berharap agar Ahli-Ahli Majlis Dewan Undangan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat menyumbang, menjana dan menzahirkan idea-idea baru bagi membolehkan ekonomi dan pembangunan negeri terus berkembang secara holistic dan pesat.

"Beta menyeru kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri dan Jabatan Persekutuan yang berada di bawah kerajaan beta agar tidak alpa dan leka serta sentiasa selesa dengan kemudahan yang dinikmati selama ini. Usaha gigih dan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di dalam mengurus dan mengatur urus aspek pentadbiran dan kewangan jabatan masing-masing," titah baginda.

Sehubungan itu, amalam berbelanja secara berhemah hendaklah diutamakan dan dijadikan teras bagi mengawal pembaziran di dalam perbelanjaan. Pada masa yang sama, usaha meningkatkan kutipan hasil negeri hendaklah digiatkan di samping meneroka punca-punca hasil yang baru.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 14 Nov 2010 07:21 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Pemuda UMNO Dungun hina JKKK dan UMNO cawangan

Posted: 14 Nov 2010 10:04 AM PST

N.19 MTD PANCHING

Posted: 14 Nov 2010 07:11 PM PST

N.19 MTD PANCHING


MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN

Posted: 13 Nov 2010 07:03 PM PST


Kita telah berada di penghujung suku terakhir 2010. Pada musim cuti sekolah yang bakal menjelang tentu sekali pelbagai program peribadi telah diatur sejak awal lagi. Mungkin ada yang merancang pulang ke kampung halaman bersama keluarga atau percutian ke tempat-tempat peranginan.

Walau apa pun perancangan untuk keseronokan diri dan keluarga, janganlah kita lupakan untuk merancang pengisian bagi anak-anak kita menjalani proses tarbiah ke arah merapatkan diri mereka dengan perjuangan yang kita dokongi ini.

Memang terdapat pelbagai program untuk dimanfaatkan oleh anak-anak kita sepanjang bermula bulan November dan Disember yang dianjurkan oleh pihak swasta sama ada dalam daerah atau di luar daerah. Bagi yang mampu mengeluarkan belanja dan ingin melihat anak-anak mengisi kekosongan masa cuti dengan berfaedah tentulah tidak menjadi masalah menghantar anak-anak ke mana sahaja. Bagi ahli yang tidak berkemampuan tentulah masa cuti anak-anak akan berlalu begitu sahaja tanpa pengisian yang boleh menguntungkan perjuangan PAS untuk jangka masa panjang,

Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan agar semua cawangan mengambil inisiatif untuk memulakan pendaftaran anak-anak ahli yang berada di sekolah rendah dan menengah serta yang berada di universiti tempatan agar mereka dapat digabungkan dalam majlis yang boleh di buat di peringkat cawangan ataupun MTD. Maklumat anak-anak ahli yang berada di pusat-pusat pengajian pondok atau Maahad Tahfiz juga perlu ada di peringkat cawangan. Apabila tiba saat di mana kita perlu kumpulkan semua pelajar ini untuk program rasmi, kerja kita akan menjadi lebih mudah. Inilah "simulasi" sebagai persediaan aset kita meneruskan kesinambungan perjuangan Islam- yang sepatutnya diteruskan oleh anak-anak kita.

Buat permulaan, sama-samalah kita mulakan di cuti sekolah tahun ini. Adakan majlis sehari bersama pelajar sekolah rendah dan sehari bersama pelajar sekolah menengah. Kenapakah sehari? Tidak buat kerja tanpa objektifkah? Kita boleh bermula sehari kerana objektif kita hanyalah untuk MEMBIASAKAN anak-anak ahli bertemu dahulu, sekadar taaruf awal. Ini disebabkan sudah lama majlis-majlis seperti ini seakan dilupakan.

Jangan sedih dengan sambutan kurang memberangsangkan.Jika kita tidak bermula, maka kita tidak akan bermula sampai bila-bila dan dibuai angan-angan. Gunakan ustaz-ustaz yang ada
dalam kawasan kita untuk memberikan tarbiah pada anak-anak. Fikir boleh...Insya Allah boleh..

DPPK PARIT

Posted: 14 Nov 2010 07:08 PM PST

DPPK PARIT


UMNO Buta Sejarah Perlembagaan -Guan Eng

Posted: 14 Nov 2010 01:36 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 14 Nov 2010 07:05 PM PST

PAS Kawasan Miri


PAS Miri Desak BN Tunai Janji Pada Mangsa Kebakaran

Posted: 14 Nov 2010 04:26 AM PST

MIRI: Lebih 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang setelah enam rumah kayu dua tingkat yang menjadi kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan setinggan berhampiran RPR Batu 6, Jalan Pujut-Lutong di sini pagi semalam.

Menurut sumber, api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah setinggan tersebut sebelum merebak ke lima rumah lain yang terletak berdekatan antara satu sama lain dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.20 pagi itu.Sementara itu Penguasa Bomba Zon Miri Unjar Lum ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu bahawa pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 9.25 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

"Hasil tindakan pantas para anggota bomba, api yang marak dan hampir merebak ke sebuah rumah konkrit dua tingkat di RPR Batu 6 di sini berjaya dikawal dalam masa 35 minit sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 12.25 tengah hari," katanya.
Menurut Unjar, seramai 13 anggota masing-masing lapan dari Balai Bomba Lopeng dan lima dari Balai Bomba Miri serta empat pegawai dengan diketuai beliau sendiri bersama tiga jentera pemadam telah bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan tentang kejadian itu.Katanya, walaupun beberapa saksi yang ditemui di tempat kejadian memberitahu sebelum kejadian ada melihat seorang kanakkanak bermain mancis dan membakar tilam lama di sebuah bilik di salah sebuah rumah berkenaan, namun pihaknya perlu membuat siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

"Setakat ini, punca kejadian dan nilai kerugian masih belum diketahui dan kami akan menjalankan siasatan terperinci termasuk mengumpul segala data daripada kesemua mangsa untuk mengetahui punca sebenar kejadian," jelasnya.

Dalam kejadian itu, seorang wanita mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan leher akibat bahang api ketika cuba mencari tiga anaknya yang disangkanya masih terperangkap dalam rumah mereka yang terbakar. Bagaimanapun, keadaan kembali reda setelah wanita terbabit diberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya selamat.

PAS Miri diketuai pimpinan Kawasan, yang dalam kerangka program kebajikan berkala di sekitar Tudan dan Kg Tukau,bergegas bertemu dengan mangsa . Semua ditempatkan kini di PBSM Miri. PAS Miri dengan nada tegas mahu bantuan segera diberikan pihak kerajaan BN. Janji ADUN BN sejak kejadian kebakaran di Kg Sealine , Padang Kerbau dan Pujut 9 sedang dipantau. Beberapa mangsa kebakaran sebelum ini telah bertemu kepada pimpinan Pakatan meluahkan kekesalan mereka atas janji BN yang masih belum ditunaikan dalam membantu membina hidup baru mereka.

Ziarah Pemuda PAS Selangor dan Sabah

Posted: 13 Nov 2010 11:32 PM PST

AlhamduliLLAH. Minggu ini dalam kerangka lawatan kerja Pemuda PAS Negeri Sabah dan Selangor,atas nama ukhwah sesame Islam pelbagai aturcara Siasah dan Dakwah dilaksanakan. Rombongan seramai 10 orang dari kedua –dua negeri tiba pada Khamis malam Jumaat .

Rombongan Sabah hadir setelah mengharungi cabaran perjalanan darat selama hampir 12 jam dari Kota Kinabalu.rombongan diketua sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri,Saudara Lahirul Ratigu. Rombongan tiba semasa majlis Iftar Jamaei dan Talaqi Kitab PAS Kawasan Miri yang diadakan setiap Khamis malam di pejabat PAS Kawasan. Rombongan biarpun penat mengharungi perjalan sukar dari sabah tetap membuai wajah kemanisan membuktikan nilai persaudaraan tinggi sesama ahli Jemaah Islam.


Rombongan Pemuda PAS Selangor pula diketuai Exco Pemuda PAS Pusat, Saudara Sany Hamzan. Program disusun atur PAS Kawasan Miri pada Jumaat termasuk Liqa Fikri seluruh ahli PAS Miri.lebih menarik kehadiran ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri yang menarik perhatian hadirin dalam ucapan sulungnya tentang keindhan akhlak yang dipamer pemimpin PAS khasnya Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa menjiwai kepayahan rakyat. Saudara John sempat menceritakan pengalaman p[eribadi melawat Kelantan semasa mengikuti NGO kemasyarakatan pada era 90-an ,beliau pernah bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantana. Semasa itu rombongan beliau menginap di Kediaman Rasmi MB diwaktu pemerintahan BN dan dilayan bagai VIP sedangkan Tok Guru dengan pakaian berjubah menyantuni semua tetamu tanpa ada darjat dan kawalan keselamatan yang ketat untuk rakyat bertemu muka. Disaat ini Saudara John berasa amat terharu dan menjadi satu motivasi kuat untuk petugas PAS Miri dalam menghadapi urusan Siasah dan Dakwah.


Pengisian utama pada malam Jumaat ialah Perancangan Strategik PAS dalam menghadapi Pilihanraya disampaikan oleh Cigku Razi;Setiauasaha Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Dengan perkongsian mantap disusuli dialog ia menjadi pemandu arah penting pada para petugas PAS Miri demi memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Negeri dan Umum mendatang. Dengan penggunaan teknologi ICT dan Sistem Komunikasi Canggih mengatasi Media Perdana;suasana kini berpihak pada PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 14 Nov 2010 07:04 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


Wajib Mengaji Dulu Sebelum Belajar Benda Lain

Posted: 14 Nov 2010 05:57 AM PST

MEDIA HIPOKRIT .. PADAN MUKE KO

Posted: 14 Nov 2010 05:27 AM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Nov 2010 03:11 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MAJLIS TAZKIRAH & PELBAGAI SUMBANGAN PKM JALAN SEMARAK

Posted: 13 Nov 2010 10:24 PM PST


13 November Bertempat di pejabat No.70 Jln Semarak,Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Semarak yang juga rumah Pengerusinya Tn. Hj Zulkifli Dawam terdapat majlis pendaftaran IT(Ibu Tunggal) dan sumbangan orang miskin serta penerima sumbangan menunaikan umrah di mana 23 orang telah terpilih.






DSAI MEMANG BEBAN PADA BN/UMNO BUKAN BEBAN PADA PKR

Posted: 13 Nov 2010 10:15 PM PST


Tok Guru Nik Aziz Dan Anwar Tersenarai Antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010
SHAH ALAM 13 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi tersenarai antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre turut menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada edisi kali ketiga buku itu.

Dalam laporan itu, Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada dibawah penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Buku itu turut mengiktiraf Nik Aziz pula yang disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

Buku 'The Most Influential Muslim 2010' turut dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian tersebut membuktikan kepimpinan politik dan peranan besar ketiga-tiga pemimpin dalam gagasan Pakatan Rakyat yang mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.SK

DPP Gopeng

Posted: 14 Nov 2010 03:09 PM PST

DPP Gopeng


Jamuan Kesyukuran PASTI AL Ehsan

Posted: 14 Nov 2010 04:35 AM PST





Alhamdulillah, Pasti Al Ehsan berjaya mengadakan Majlis jamuan kesyukuran pada hari Jumaat yang lalu 12 November 2010. Jamuan yang bermula selepas maghrib itu dihadiri sekitar 30 ibu bapa serta anak-anak mereka sempena beberapa kejayaan anak-anak murid Pasti ini dalam Ihtifal Peringkat Negeri Perak 2010.

Peserta daripada Pasti Al Ehsan berjaya memenangani Johan dalam acara Nasyid dan Puisi peringkat Negeri. Semoga pasti terus menjadi pilihan masyarakat dan menjadi pusat penjanaan generasi Al Quran yang unggul.




Umat Islam tidak perlu bersetuju dengan Gerakan Sederhana Global Malaysia

Posted: 14 Nov 2010 04:33 AM PST

Umat Islam tidak perlu bersetuju dengan Gerakan Sederhana Global Malaysia

Tidak terkejut jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pada 2 November yang lalu menyatakan sokongan kepada falsafah Gerakan Kesederhanaan Global (GKM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Hujah beliau lagi, sejarah membuktikan semua agama mempunyai golongan pelampau yang boleh mencetuskan konflik walaupun tidak berupaya menggugat kestabilan, keamanan dan demokrasi.


Memang kini, malaysia antara destinasi hab pemikiran Amerikanisasi yang mendokong tinggi cara pandang sarwa ala barat-sekular. Pertemuan demi pertemuan antara pemimpin dua negara ini cukup menjelaskan bahawa kitab sekular Amerika masih belum dikhatamkan oleh pemimpin-pamimpin tempatan kita.


PM juga ada memberi cadangan supaya diwujudkan "Pergerakan Kesederhanaan Global" adalah bertujuan mengajak pemimpin, ulama serta cerdik pandai dunia Islam tampil secara berani untuk menyuarakan pendirian secara terbuka dan tegas, sekali gus mengekang fahaman ekstremis. Cadangan ini telah disuarakan di Perhimpunan PBB di New York dan Sidang ASEAN ke 17 yang baru berlalu baru-baru ini.


Persoalannya sekarang, adakah Malaysia ingin mempopularkan aliran pemikiran baru? Dalam teks ucapan Datuk Seri Najib ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke 50 PERKIM pada 6 November, beliau mengambil PERKIM sebagai contoh kumpulan sederhana. Apakah kayu ukur sebenar gerakan sederhana yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib? Adakah cara perjuangan NGO islam atau gerakan dakwah selain PERKIM adalah ekstrim?


Perdana Menteri sendiri telah melabelkan Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan progresif, ketika sidang media hari terakhir lawatan kerja beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB, mesyuarat ke-2 ASEAN-Amerika Syarikat serta pertemuan dua hala dengan pemimpin asing dan rundingan bersama sektor perniagaan di New York sejak Khamis lalu. Lawatan ini disifatkan sebagai global bagi Malaysia untuk menampilkan peranan dalam isu antarabangsa seperti Islamphobia dan penyelesaian konflik antarabangsa. Dengan itu, penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global juga dilihat sebagai salah satu metod utama bagi merealisasikan 'konsep sederhana' yang dibawa oleh Perdana Menteri.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sederhana? Adakah sama dengan konsep wasatiyah atau istilah ummatan wasatan yang Islam gariskan?


Sederhana di mata Datuk Seri Najib adalah berlawanan dengan ekstrim. Adakah ekstrim yang dikempenkan oleh kerajaan Malaysia sejajar dengan kempen Obama boleh disamakan pula dengan perbuatan ghulluw atau melampau batas di dalam Islam?


Meletakkan kayu ukur perbuatan yang melampaui batas bukanlah suatu perkara yang mudah biarpun perbuatan ini ada disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran. Menurut Imam Al-Qurtubi, di dalam Surah Al-Maidah, ayat 99, Allah s.w.t. telah mengharamkan sikap ghuluw dengan memberi contoh sikap Yahudi yang menuduh Maryam binti Imran berzina dan sikap Nasrani yang menganggap Maryam pula sebagai Tuhan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.:


'Wahai manusia, waspadalah kamu sekalian terhadap ghulluw di dalam Islam. Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu hanyalah sikap ghulluw dalam agama mereka.'


Ghulluw semestinya telah terpesong daripada cara pandang Islam yang meletakkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras sesuatu perbuatan Muslim. Berlawanan pula dengan tahasul yang membawa maksud terlalu beringan-ringan dalam meletak hukum, sikap ini turut tidak berlandaskan hukum syarak hingga kelihatan memperlekehkan agama yang telah tersedia dengan rukhsahnya. Tasahul boleh membawa kepada perilaku fasiq kerana memudahkan syariah dan fatwa.


Idea yang dilontarkan Perdana Menteri kelihatannya seperti ingin menjernihkan atau membetulkan pandangan Barat yang kurang memahami Islam dan melabel Islam dengan istilah pengganas atau ekstrimis. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, seperti ada perkara yang tidak kena berlaku ketika penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu yang telah menimbulkan bantahan dan kecaman dari ramai pihak. Festival ini dalam konteks Islam adalah memudahkan agama sehingga merosakan pandangan kaum bukan islam terhadap syariah islam. Tiada beza syariah islam dengan perilaku kaum bukan Islam.


Adakah Datuk Seri Najib ingin menjustifikasikan tindakan Datin Seri Rosmah sebagai selari dengan fahaman beliau tentang konsep 'bersederhana' dalam Islam, Malaysia adalah negara yang sederhana atau sebenarnya disebabkan dasar ingin menjaga hati negara Barat, festival dengan pakaian sedemikian dianjurkan? Adakah ini yang dikatakan tidak ekstrim dan tidak melampau dalam beragama?


Apa yang berlaku kini, apabila berlangsungka festival Busana Muslim di Malaysia yang cukup memalukan agama, dicadangkan pula Malaysia sebagai Hab Hiburan Malam antarabangsa menunjukkan gerakan sederhana ini bukan gerakan wasatiyyah. Gerakan sederhana ini termasuk ketegori tasahul dan terkeluar daripada kayu ukur wasatiyyah-ghulluw. Ia tidak layak dibahas secara islamis melainkan menggelarkan gerakan ini sebagai gerakan sekular yang ingin menjinakkan gerakan dakwah Malaysia.


Apalah yang dipentingkan sangat dengan labelan Barat jika dibandingkan dengan tindakan umat Islam sendiri yang sanggup merendah-rendahkan martabat Islam dengan mengabaikan syarat pemakaian Islam agar sesuai dengan pakaian Barat dengan harapan Barat akan melihat Islam itu dengan cara yang lebih baik. Realitinya, pandangan Barat tetap tidak akan berubah kerana mereka sendiri yang mencipta istilah ekstrimis tersebut.


Label yang diberikan Barat tidak harus terlalu diambil berat kerana menurut catatan rasmi FBI, hanya 6% dari serangan pengganas di wilayah AS (1980-2005) dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol lebih menguatkan bukti dengan terbitnya laporan 'EU Terrorism Situation and Trend'. Di lama web rasmi Europol, laporan seawal tahun 1998 hingga 2010 boleh diakses dengan mudah.


Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok non-Muslim dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai hubung kait dengan Islam. Maksudnya, hanya sejumlah 0.4% kes sahaja mempunyai kaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan dan lain-lain.


Perlebalan umat Islam sering dilakukan melalui cara fikir dan pandang akademik cara barat. Fundamentalisme Islam merupakan satu terma popular dan lumrah diguna pakai sama ada di kalangan pelajar, pengkaji, sarjana, dan ulama baik di dunia Timur mahu pun Barat. Kalimah fundamentalisme Islam bukan berasal daripada dunia Islam tetapi ia diberikan oleh dunia Barat (tidak merujuk pada keseluruhan Barat) kepada penganut Islam. Istilah ini sebenarnya berasal dari bahasa Inggeris, begitu juga dengan termanya bukan berasal dari dunia Islam, ia merujuk kepada golongan Kristian, American Protestant, yang menentang dengan kekerasan pemikiran modenisme dan liberalisme, khususnya evolusionisme dan Darwinisme.


Asal-usul kelahiran dan doktrin pegangan fundamentalisme (Kristian) berkait langsung dengan sejarah dan pengalaman yang berlaku dalam agama Kristian Protestan di Amerika Syarikat. Fundamentalisme seperti yang disebutkan di atas adalah gerakan militan dan (ultra) konservatif Protestan yang muncul di Amerika Syarikat

sebagai satu tindakbalas terhadap kemajuan Kristian moden dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia juga sebagai respon menentang teori evolusi dan pengkajian secara sejarah kitab Bible serta pentafsiran. Ini jelas berdasarkan petikan berikut:


'During the 1920s fundamentalists actively fought against medernism in their churches and against evolution in their schools. They lost those battles but retreated and reorganized into a network of instituitions that has housed much of the conservative wing of American Protestantism ever since.''


Jelas di sini, fundamentalisme dalam konteks asalnya (Kristian) merupakan satu nama yang digunakan bagi merujuk kepada satu golongan penganut agama Kristian yang muncul sebagai satu tindakbalas terhadap

kemajuan Kristian moden dalam abad ke-19 terutamanya di Amerika Syarikat.


Ulama' Islam yang tegar mempertahankan syariah secara kaffah (holistik) bukannya fundementalis. Mereka adalah pejuang ummatan wasatan yang erat menggenggam sunnah bukannya ekstrim menurut kayu ukur sekular.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 14 Nov 2010 03:09 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hari Anugerah Akademik PASTI PJU ke-14, Tahun 2010

Posted: 14 Nov 2010 05:25 AM PST

Hari Anugerah Akademik PASTI PJU berlangsung pd 7 Nov dan di rasmikan oleh YB Tony Pua MP PJU. Turut hadir YB Lau Weng San Adun Kampung Tunku dan Hj Abd Rahman Sadikin Nydp PAS PJU merangkap Pengerusi PASTI PJU.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 14 Nov 2010 01:28 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Media Umno....

Posted: 14 Nov 2010 05:10 AM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 14 Nov 2010 01:26 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Hishamuddin Tak Pandang Serius Kejadian Warga Nigeria Loloskan Diri

Posted: 13 Nov 2010 09:47 PM PST


Kejadian dua warga Nigeria lolos diri tidak jejas keselamatan negara - Hishamuddin

KLUANG -- Kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagaimanapun, kementeriannya memandang serius perkara itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap dua pegawai Imigresen yang mengiringi kedua-dua tahanan berkenaan.

"Dalam hal berkaitan negara, saya sudah kata, kita (KDN) akan mengambil tindakan tegas, tidak kira orang luar atau pegawai kita sendiri sekiranya tindakan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Sudah tiba masanya kita serius hal-hal berkaitan pintu masuk negara dan saya cukup yakin mereka yang terlibat bukan sahaja bertaubat, tetapi menjadi pengajaran kepada pegawai lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Parlimen Sembrong dekat di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata, kedua-dua pegawai berkenaan kini digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Insiden pada 11.30 malam itu berlaku ketika dua warga Nigeria berkenaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebelum itu, mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis, supaya kekal di kedua-dua negeri untuk tempoh seminggu lagi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Kebanyakan anggota ini datang dari negeri lain. Kalau air sudah surut, kita izinkan mereka pulang, tetapi kita juga tidak menghadapi masalah untuk menggerakkan mereka semula sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata anggota polis, JPAM dan Rela yang berada di Kedah dan Perlis kini menumpukan usaha membersihkan tempat ibadat, sekolah dan taman perumahan di kedua-dua negeri. 



Dua Tahanan Warga Nigeria Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke KLIA

Dua warga Nigeria berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal, Rabu malam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran.

Bagaimanapun, difahamkan van Jabatan Imigresen yang membawa Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu, bersama seorang lagi warga Palestin, singgah di sebuah stesen minyak sebelum dua lelaki yang bergari itu bertindak melarikan diri.

Mahmood berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, dua pegawai Imigresen yang mengiringi tahanan tersebut telah digantung tugas dan usaha menjejak dua warga Nigeria itu sedang berjalan dengan bantuan polis.

"Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Bagaimanapun, katanya, warga Palestin yang berada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri dan dia rela dihantar pulang ke negara asalnya. -BERNAMA


Ulasan GB

Kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara itu amat merbahaya.

Ini bererti beliau tidak memandang kejadian seumpama itu sebagai serius.

Kini, dimana anda nak cari dua warga kulit hitam yang dah lepaskan diri itu? Ia seperti menunjukkan kepada kita betapa lemah Jabatan Imigresen dan lemah juga kementerian dan menterinya!

Menteri KDN sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan. 

Projek Mega Telan Nyawa, Mayat Beum Ditemui

Posted: 13 Nov 2010 09:44 PM PST


Johor Bahru – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Gambar: SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

"Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Tangan Kiri Kanak-kanak Yang Ditetak Disambung Semula

Posted: 13 Nov 2010 09:43 PM PST


Adik nak air

KUANTAN: "Adik nak air," demikian kata Anas Safian Efa Rizal, 3, kanak-kanak malang yang menjadi mangsa amukan 'ala mafia' seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bermotifkan cemburu di rumah pengasuhnya di Flat Alor Akar, di sini, kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Suhana Mohamad, 33, memaklumkan Anas berkata demikian sejurus sedar selepas sembilan jam menjalani pembedahan menyambung semula tangan kirinya yang cedera parah akibat terkena libasan pedang samurai lelaki berkenaan dalam kejadian mengerikan itu.

Katanya, Anas mula sedar kira-kira jam 6 pagi semalam selepas menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin yang berakhir kira-kira sembilan jam kemudian.

"Perkara pertama dia katakan kepada saya yang dia nak air selain memaklumkan yang dia sakit. Dia cakap hendak minum saja tapi tidak mahu makan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Suhana (gambar) berkata, doktor yang melakukan pembedahan memaklumkan tangan kiri Anas berjaya disambung dan menunjukkan perkembangan baik.

"Kata doktor darah mula mengalir dan ibu jarinya yang hampir terputus berjaya disambung.

"Sebelum pembedahan dilakukan, doktor memaklumkan jika ia tidak dapat disambungkan, kemungkinan besar pergelangan tangan kirinya dipotong, namun saya bersyukur semuanya selamat," katanya yang turut memaklumkan doktor memberi tempoh seminggu untuk mengetahui perkembangan lanjut keadaan itu.

Menurutnya, sehingga kini Anas masih diberi pengawasan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.

Sementara itu, pengasuh Anas, Suziana Hopiah, 24, memaklumkan Metro Ahad, beliau menafikan tuduhan suspek yang mendakwa dia dan suami, Mohd Taufik Abdul Razak, 36, menyembunyikan isteri lelaki berkenaan di rumah mereka.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengatakan adik saya menyorokkan isterinya (suspek) di rumah saya, kami tak pernah sembunyikan sesiapa, apatah lagi isteri orang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Suhana berkata, dia tidak pernah mengenali isteri suspek dan tidak tahu sama ada adiknya mempunyai hubungan dengan wanita itu seperti didakwa.

"Saya dan suami memang tak kenal wanita itu dan tidak tahu menahu mengenai hal adik saya yang menetap di Rantau Abang, Terengganu," katanya.

Difahamkan, sehingga kini polis masih meneruskan usaha memburu suspek berusia 30 an itu

Sepasang Kekasih Dicekup Ketika Tidur Berduaan

Posted: 13 Nov 2010 09:41 PM PST


Pandan Indah - Sepasang kekasih yang sedang lena dibuai mimpi terkejut apabila Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam kerana disyaki berkhalwat.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat serta aduan orang awam.

"Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah tidak dikunci dan keadaan ruang tamu agak gelap. Setelah lampu rumah dibuka, kami mendapati pasangan tersebut tidur di ruang tamu.

"Anggota penguat kuasa terus memperkenalkan diri setelah mengejutkan pasangan terbabit," katanya.

Menurutnya, sebelum pihaknya menyerbu rumah dipercayai disewa teman wanita pasangan itu, pegawai Masjid Al-Azmin mendapati pintu rumah itu ditampal 'angpow' Tahun Baru Cina dan beberapa tanglong bertujuan bagi mengaburi jiran tetangga dan pihak penguatkuasa.

Ahmad Nawi berkata, ketika tangkapan, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek.

"Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membolehkan pihaknya membuat laporan.

"Kami hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada masa sama, pegawai Masjid Al-Azim turut menjalankan Operasi Cegah Maksiat yang bermula pada jam 12.30 malam hingga jam 7 pagi di beberapa kawasan tumpuan seperti di Bukit Langat, Bukit Permai dan pihaknya turut memantau di beberapa kawasan sekitar taman permainan dan padang di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Perdana dalam usaha memerangi aktiviti tidak bermoral.

"Seramai 90 remaja ditahan di dalam operasi itu di beberapa lokasi berasi- ngan, pihak kami turut berhadapan dengan beberapa remaja yang 'keras kepala' ketika kami melakukan operasi di Bukit Langat.

"Bagaimanapun perkara tersebut berjaya dikawal setelah kami memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit dan mereka perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

"Tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut," katanya.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

"Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa memberi alasan kukuh.

"Saya berharap mereka dapat memberi kerjasama atau berhadapan tindakan tegas daripada Jais," katanya.

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak

Posted: 14 Nov 2010 01:21 PM PST

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak


MAJLIS QURBAN 1431H

Posted: 14 Nov 2010 06:23 AM PST

Majlis Qurban PAS Caw.Batu Masjid akan diadakan pada 11 Zulhijjah 1431 H bersamaan 2 hari raya haji diMarkaz PAS Tanah 1000,Kg.Batu Masjid. Semua jemputan pastikan telah menerima surat jemputan masing-masing. Disini saya sebagai setiausaha Majlis Qurban menjemput Tuan puan dari AJK PAS Kawasan Tapah untuk hadir sama kemajlis kami bermula jam 8.30 pagi(18.11.10). Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih(25 panggu Qurban dan 3 panggu akikah,
semua yang terlibat ajk qurban dan unit-unit khas dan orang-kampong yang terlibat secara langsung dan tidak langsubg diucapkan terima kasih. Terima kasih Khas kepada peserta Qurban/Aqiqah kerana sudi menyertai Majlis ditempat kami, Semua sumbangan tenaga dan kewangan diucapkan terima kasih tidak terhingga. Akhirkata jika ada ahli atau penyokong PAS yang tidak dijemput kerana teralpa,saya disini menjemput Tuan puan,cik untuk hadir keMajlis kami, semua urusan sedaya upaya akan dijalankan mengikut ibadat Qurban/Akikah yang sebaik mungkin yang dapat kami adakan.

WASSALAM.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 14 Nov 2010 01:11 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


MB KEDAH sumbang RM10 ribu setiap keluarga mangsa mati lemas

Posted: 13 Nov 2010 10:51 PM PST

14 NOVEMBER 2010
MB KEDAH sumbang RM10 ribu setiap keluarga mangsa mati lemas
Ditulis oleh AZMAN AHMAD
ALOR SETAR, 13 November – YAB Dato' Seri Ustaz Azizan meluangkan masa menziarahi dua keluarga kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.

Bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.

Mayat Nur Irshah telah dijumpai manakala Awwad Hakimi yang dipercayai turut lemas masih belum dijumpai.

YAB Menteri Besar melahirkan rasa simpati dan menasihati kedua-dua keluarga supaya bersabar.

Seterusnya YAB Menteri Besar menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM10 ribu setiap keluarga.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan seterusnya menziarahi satu lagi keluarga yang kehilangan dua anak sekaligus di Kampung Telaga Emas, Daerah Pokok Sena.

Dua beradik yang dikhuatiri lemas terseut telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang hari berikutnya.

Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.

Dalam kejadian tersebut, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.

Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.

YAB Menteri Besar turut malahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada bapa mangsa daripada Kerajaan Negeri.

Keluarga terakhir yang di ziarahi adalah keluarga seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat Siam di Jitra.

Mangsa, Ahmad Hamizan Ahmad Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam dan dilihat oleh orang awam.

Orang awam terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras.

YAB Ustaz Azizan meluangkan masa bersama keluarga mangsa yang masih bersedih diatas kehilangan ahli keluarga. YAB Menteri Besar seterusnya menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM10 ribu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 14 Nov 2010 01:03 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Gambar-gambar Sekitar Ihtifal PASTI Kawasan Ampang 2010

Posted: 13 Nov 2010 02:11 AM PST


Doa dipimpin oleh Ustaz Azman Mohd Arif

Pengerusi PASTI Ampang Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang merangkap Penasihat PASTI Ampang Ustaz Fazlulrahimi Maarop

Persembahan pentomen pelajar 5 tahun PASTI Taman Uda Jaya

Persembahan nasyid 5 tahun PASTI Uda Jaya

Ustaz Amir menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pelajar

Encik Abdul Latif Shaari, Ahli Majlis MPAJ menyampaikan hadiah

Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan cenderahati


Johan Sajak Hari Bakat peringkat Negeri Selangor, Muhammad Furqan Bin Sazalee, 5, menerima hadiah daripada Ustaz Fazlulrahimi

Damiya Syazwani, no. 7 terbaik peperiksaan peringkat Negeri menerima hadiah

Ustaz Amir (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Fazlulrahimi


Aturcara, senarai PASTI Ampang dan senarai pelajar cemerlang


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 14 Nov 2010 11:43 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


CABAR KERAJAAN BN TERENGGANU LAKSANAKAN HUKUM HUDUD

Posted: 14 Nov 2010 03:15 AM PST



GELIGA – Pas mendakwa kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO menekankan aspek keagamaan termasuk dalam didikan awal menyebabkan daerah Kemaman kini dikenal sebagai daerah 'Serambi Maksiat'.

Pengarah Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, perbuatan maksiat secara terang-terangan dapat disaksikan di Pusat Beli-belah Kemaman atau Centre Point apabila golongan muda secara terbuka meminum arak dan bergaul bebas tanpa batasan.

"Tidak cukup dengan itu, pembukaan pusat karaoke yang tumbuh 'bagaikan cendawan selepas hujan' di daerah ini pada masa sama menggalakkan perbuatan maksiat yang tidak terkawal.

"Gejala penagihan pil kuda dan kes curi motosikal di daerah ini juga seolah-olah seperti sudah tidak dapat dibendung lagi kerana hampir setiap hari kes berkenaan berlaku," katanya.

Menurutnya, pengaruh pelancong asing yang bercuti di sempadan Kemaman iaitu di Cherating, Pahang turut meresap dalam diri generasi muda sehingga mereka turut mengamalkan gaya hidup bebas sebagaimana orang Barat.

Bagi membendung gejala keruntuhan moral dalam kalangan remaja di daerah ini, Hanafiah mencabar kerajaan BN dan UMNO melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (hukum hudud) yang diluluskan pada 2003 ketika kerajaan Pas memerintah Terengganu.

"Saya yakin pelaksanaan hukum hudud dapat memastikan perbuatan maksiat dibendung dan tidak akan berlaku sama ada di Kemaman mahupun di seluruh Terengganu sendiri," katanya.

SUDAH SAMPAI MASA PAS GANTI UMNO

Posted: 13 Nov 2010 11:42 PM PST

SHAH ALAM, 14 Nov: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno dimana rakyat khususnya Melayu diseru bersama PAS.

Bercakap sewaktu membentangkan kertas kerja 'PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan' di sini hari ini, beliau berkata Umno sudah hilang arah dan tidak mampu lagi untuk menjaga Melayu di negara ini.

"Orang Melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS," katanya.

Beliau juga menggariskan 23 sebab mengapa rasional Umno perlu diganti, antaranya kerana Islam bukan dasar Umno malah Islam hanya menjadi kuda tunggangan.

Umno kata Idris hanya menjadikan Islam tidak lebih sebagai alat politik mereka.

Selain Islam, Umno juga jelasnya turut memperalatkan Melayu untuk kepentingan peribadi.

"Mereka guna perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri.

"Di mana tempat Umno kuat, di situ Melayu merempat," tambahnya.

Umno juga dakwanya mengamalkan dasar Umno Putera bukan bumiputera.

Ianya satu bentuk diskriminasi bangsa hanya kerana berlainan ideologi yang menyebabkan peratus kemiskinan bumiputera meningkat.

Tambahnya lagi, Umno juga mengkhianat bahasa sendiri apabila memperkenal Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Dari segi pembangunan modal insan pula, Umno katanya gagal mengatasi masalah sosial dan akhlak.

Ianya juga antara lain disebabkan peranan masjid yang turut dimatikan Umno malah meyuburkan pula industri maksiat.

Tambah Idris lagi, sejak 50 tahun memerintah juga, rasuah di bawah Umno terus meningkat malah sudah membarah di kalangan pemimpin dan ahli mereka.

"Sebenarnya punca kerosakan besar sebuah negara dan tamadun berpunca dari rasuah sehingga keselamatan negara terancam," katanya.

Paling teruk katanya Umno juga sanggup menggadai harta negara ke tangan asing.

Ianya termasuk menyerahkan telaga Blok L dan M kepada Brunei dengan nilai RM320 bilion, pulau Batu Putih kepada Singapura, dan juga memberi 217 hektar tanah KTMB kepada republik itu.

Sehubungan itu, ahli PAS perlu menerangkan perkara tersebut kepada rakyat agar mereka sedar siapa Umno sebenarnya.

Sebagai pelan tindakan, penjelasan perlu dibuat bagi menangkis fitnah Umno yang mendakwa kedudukan Islam, hak Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu tergugat.  

Batu Gajah Mari

Posted: 14 Nov 2010 11:22 AM PST

Batu Gajah Mari


Bangga dengan kemenangan 2-0

Posted: 14 Nov 2010 08:58 AM PST


Bangga
Menang dua kosong
Di Galas
Di Batu Sapi
Di akhirat menanti api
Iblis sedia menanti
Syaitan sedia menanti
Bagi manusia yang busuk hati
Sanggup merosakkan parti
Berani melanggar etika parti
Ahli akar umbi tetap perhati
Gelagat pimpinan ini
Menggunakan teori Macviavelli
Mahu kekal berkuasa undi boleh beli
Tabur duit sana sini
Takut pula pada bini
Banyak di zaman ini
Zaman Transformasi
Berleluasa korupsi
Menang di dua kerusi
Boleh diuji
Bila ahli Y.B. mati
Rakyat menanti
Duit dapat lagi
Biarpun di akhirat rugi

Yayasan Perak perlu Adil

Posted: 14 Nov 2010 02:14 AM PST


Dermasiswa pelajaran bagi para mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke menara gading ditawarkan oleh Yayasan Perak.Ini adalah salah satu bentuk sumbangan yang diberikan oleh pihak yayasan tersebut.

Menurut Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ), Saudara Mohd Hafez Sabri, pihaknya mendapat belbagai rungutan daripada beberapa mahasiswa akan ketelusan didalam pemberian pinjaman atau biasiswa kepada mahasiswa yang berkelayakan.

Beliau menyatakan antara tujuan dermasiswa pendidikan ini adalah untuk membantu mahasiswa untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan semester pertama di tahun pertama ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA),IPTS terpilih,Kolej Komuniti,Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil,Diploma,Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.

Isu yang timbul berkenaan dermasiswa ini ialah bilamana Pendapatan bagi ibu bapa dibawah rm1500 sebulan tidak melayakkan anak mereka untuk memperoleh dermasiswa akan tetapi Golongan ibu bapa berpendapatan tinggi yakni melebihi rm1500 mendapat peruntukkan dermasiswa tersebut.

Perkara ini jelas tidak adil dan menunjukkan sifat tidak professional Yayasan Perak, tegas beliau.

Menurut beliau juga, ramai ibu bapa yang kecewa dengan pihak yayasan tersebut kerana anaknya tidak dapat memperoleh sumbangan dermasiswa berkenaan.

Memetik ucapan beliau "Saya ingin mempersoalkan tentang sistem pengagihan dermasiswa kepada pihak yang layak ini kerana terdapat ibubapa yang mempunyai anak yang ramai tidak dapat untuk menerima dermasiswa itu sedangkan ada ibubapa yang berpendapatan sebulan melebihi rm5000 dapat dermasiswa tersebut."

Melihat kepada perkara ini, pihak IPMM menggesa kepada pihak Yayasan Perak agar membuat penelitian dan pemerhatian semula bagi menentukan mahasiswa-mahasiswa yang berhak memperoleh dermasiswa tersebut, tegas beliau.

Kita perlu berlumba dengan UMNO!!

Posted: 14 Nov 2010 12:06 AM PST


SHAH ALAM – Ahli Pas perlu berlumba dengan UMNO dan berusaha mengaktifkan semula cawangan supaya menjadi kukuh demi mencapai matlamat menggantikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, untuk menggantikan UMNO, setiap ahli dituntut bergabung tenaga untuk menggiatkan usaha memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep politik Islam yang dibawa Pas.

Ia bukan sahaja perlu disampaikan kepada mereka yang beragama Islam, malah kepada yang bukan beragama Islam.

"Dengan pendekatan baru, kita sudah sampai kepada peringkat masuk ke tempat-tempat yang kita tidak fikir. Contohnya di Sibu, majlis yang dianjurkan menerima kehadiran lebih kurang 5,000 orang yang terdiri daripada bukan Islam.

"Kita kena berlumba dengan UMNO dalam memberi pemahaman perjuangan Pas. Sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi.

"Jadikan perlumbaan itu sebagai kunci kejayaan," katanya dalam ucapan penutup seminar :Pas Sedia Ganti UMNO di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, semalam.

Katanya, Pas tahu UMNO mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Pas.

"Tetapi kita sendiri nak berlumba dengan UMNO, itu tandanya kita ingin menjadi lebih baik daripada dia (UMNO)," katanya.

Jika sudah kalah, terimalah kenyataan!!

Posted: 13 Nov 2010 09:30 PM PST


SHAH ALAM – UMNO perlu berundur secara terhormat jika tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, sekali gus mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada masa yang sama katanya, UMNO perlu bersikap terbuka menerima kekalahan dan tidak menggunakan taktik kotor seperti yang dilakukan di Perak apabila bertindak 'merampas' Kerajaan Negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).

"Parti yang memerintah, kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kami untuk memerintah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pas Sedia Ganti UMNO, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat, Nuridah Mohd Salleh; dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Abdul Hadi berkata, walaupun UMNO cuba menyembunyikan masalah yang berlaku dalam parti itu, tetapi lama-kelamaan terdedah juga.:

"Pas ada kekuatan dan strategi yang baik, bukannya menumpang kelemahan UMNO untuk menang dalam pilihan raya," katanya.

Menurutnya, kekuatan Pas perlu dibina kerana cabaran paling besar bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kalau nak lawan, Pas kena ada kekuatan sendiri. Strategi sendiri dan kena ada cara untuk berlawan dengan musuh. Pas kena gerakkan di peringkat akar umbi," katanya.

Abdul Hadi secara sinis berkata, menyedari bahawa UMNO tidak boleh memerintah selama-lamanya, parti itu menawarkan diri memerintah supaya UMNO boleh 'berehat'.

Beliau turut menggesa jentera pilihan raya Pas mendapatkan sokongan daripada semua pengundi, termasuk bukan Melayu dan ahli UMNO.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Hadi menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam Pas agar parti itu mampu memerintah negara.

Perkara itu adalah kekuatan akidah dalam kalangan ahli, kekuatan pada organisasi termasuk cawangan yang aktif dan banyak di samping bilangan keahlian tinggi, serta strategi baik untuk digerakkan ke akar umbi.

Gambar sekitar Seminar PAS sedia ganti UMNO (2)

Posted: 13 Nov 2010 08:38 PM PST



Forum PAS ganti UMNO Harapan dan cabaran oleh Prof Madya Dr Shaharudin Baharuddin dan Tuan Ghazali Mahyudin




seorang peserta bertanyakan soalan kepada ahli panel


Ustaz Nasaruddin memberi cendera hati kepada Ahli Panel






Ucapan penutup oleh Timbalas Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa


Dupahang's Weblog

Posted: 14 Nov 2010 11:15 AM PST

Dupahang's Weblog


Teks Khutbah EidulAdha 1431

Posted: 14 Nov 2010 09:34 AM PST

http://ulamak.pas.org.my/v2/ Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk tujuan hari raya yang bakal menjelang. Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:- 1) Teks khutbah dari Dewan Ulamak PAS Pusat 2) Teks khutbah dari [...]

Jasindaily Online

Posted: 14 Nov 2010 09:22 AM PST

Jasindaily Online


BENARKAH BANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA DIJUAL KEPADA TAUKEH CINA ???

Posted: 13 Nov 2010 10:13 PM PST

ISLAM TERTINDAS DI MELAKA, TAK BOLEH PAKAI TUDUNG

Posted: 13 Nov 2010 10:11 PM PST

Pemuda Guchil

Posted: 14 Nov 2010 09:17 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 14 Nov 2010 09:17 AM PST

KHIDMAT MERU


PENYERAHAN 3 ANAK KUNCI RUMAH PRIHATIN

Posted: 14 Nov 2010 05:45 AM PST

Kuliah Dhuha yang di jalankan di sebuah surau di Bukit Kapar pagi ini di serikan lagi dengan sumbangan beras dan anak kunci rumah prihatin kepada asnaf yang layak menerimanya.

Kuliah dhuha yang di sampaikan oleh Ustaz Yusri menekankan betapa perlunya maanusia kembali kepangkuan ajaran Allah swt memandangkan kes-kes gejala sosial yang semakin meningkat dewasa ini.

YB Dr Abd Rani selain mengikuti kuliah berkenaan juga di jemput untuk menyampaikan sumbangan beras dan anak kunci rumah-rumah prihatin yang telah siap di bina bagi golongan yang layak menerimanya.

KONVOKESYEN PUSAT TAHFIZ AL-FUDHAIL

Posted: 14 Nov 2010 01:24 AM PST









YB Dr Abd Rani telah di jemput untuk merasmikan Konvokesyen Pusat Tahfiz Al Fudhail yang di adakan di Dewan Serbaguna Meru.

Pusat Tahfiz berkenaan yang menyediakan kelas tahfiz bagi pelajar dari umur 5 tahun, mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Islam DUN Meru dan juga Shah Alam. Sepuluh tahun lalu hanya lebih kurang 30 orang murid sahaja yang berdaftar dengan Pusat Tahfiz Al Fudhail, namun sekarang jumlahnya mencecah 300 orang.
Dr Rani dalam ucapannya menyentuh tentang kelebihan para-para hufaz seperti yang di beritakan oleh Rasulullah saw di dalam hadith-hadith baginda.

Pengikut