Khamis, 21 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 21 Jul 2011 03:24 PM PDT

Solat Pakai Gari? Polis Malaysia Baik

Posted: 21 Jul 2011 09:19 AM PDT

Suruhanjaya: HH tiada 'sentuhan' dalam kematian Teoh, tapi perlu tanggungjawab

Posted: 21 Jul 2011 08:13 AM PDT

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Seorang pegawai kanan SPRM Selangor telah melancarkan operasi skala besar-besaran untuk menyiasat satu dakwaan salah guna dan hanya berdasarkan kepercayaan seorang pemberi maklumat, tanpa fakta-fakta sokongan, demikian menurut suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Dalam laporannya, suruhanjaya mendapati Hishammuddin Hashim (HH), pengarah SPRM Selangor ketika itu, terlibat dalam operasi rasuah terhadap seorang Adun DAP, yang membawa kepada kematian Teoh, yang didapati membunuh diri.

"Tiada bukti langsung yang boleh membuktikan bahawa HH ada sentuhan dalam kematian TBH (Teoh Beng Hock).

"Bagaimanapun sebagai seorang pegawai paling kanan yang terlibat dalam operasi, beliau harus bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil olehnya dan pegawai-pegawainya, yang membawa kepada TBH, dengan membunuh diri," kata suruhanjaya ini lagi.

Dalam laporannya tambah suruhanjaya, pihaknya mendapati Hishammuddin sangat angkuh dan memberi maklumat tidak benar selain sikapnya yang tidak boleh berkompromi.

Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin secara berterusan menafikan pembabitan aktifnya dalam operasi ketika kejadian.

Panel suruhanjaya berkata pihaknya mengetahui keadaan sebenar apabila dua pegawai Hishammuddin memaklumkan bahawa bekas pengarah SPRM Selangor itu yang mengeluarkan segala perintah dan mengarahkan pegawai-pegawainya siapa dan bagaimana perlu disoal siasat.

Hishammuddin kini merupakan pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Syabas! Mat Sabu Tetap Lawan Fitnah Polis!

Posted: 21 Jul 2011 06:15 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

seterunya

http://www.malaysiakini.com/news/170651

Jangan Diperbodohkan! Lynas : Apa yang perlu anda ketahui

Posted: 21 Jul 2011 06:00 AM PDT

Lynas : Apa yang perlu anda ketahui
Huzir Sulaiman

KILANG Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals.

Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

Syarikat ini adalah 100% milik Lynas Australia.

Dijadualkan, kilang ini akan disiapkan Suku-ketiga tahun 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-pertama 2011 (iaitu Mac).

Lesen untuk dibina diberikan pada tahun 2008 oleh kerajaan tempatan dan beberapa pihak berkeuasa lain.

Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP
Lynas siap dibina.

2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng sekarang ini melalui pelbagai peringkat pembinaannya.

Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang sedang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan sekarang ini. Yang paling besar adalah BASF Petronas Chemical, Polylplastic (gambar) dan pusat latihan Agensi Meritim Malaysia (APMM) di saping kilang-kilang lain.

Kilang ini dijangka akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.

Nilai eksport kilang dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Kerajaan telah memberikan status bebas cukai selama 12 tahun kepada kilang ini berasaskan projek pioner.

Negada China merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

Harga satu tan rare earth sekarang adalah pada RM364, 800.

Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau 'rare earth'.

Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam 'gas mantle' sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.

Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.

Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan 'rare earth' atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.

Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 'letter of intent'.

Keseluruhan simpanan simpanan 'rare earth' atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.

Perlombongan 'rare earth' di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.

Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:

a. 'Ore' atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.

b. Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan. 'rare earth concentrate' inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan Kuantan.

c. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.

d. 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.

(CAP menerbitkan buku ini yang mencatatkan perjuangan penduduk Bukit Merak, Ipoh bagi menentang kilang Rare Earth disana ssehinggalah ia ditutup)

e. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan.

Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik. Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng.

'Light Rare Earth Elements (LREE)' akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk 'Heave Rare Earth Elements (HREE)'. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? 'Toxicity' atau tahap keracunan adalah amat tinggi.

Ia juga adalah 'corrosive' atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser.

Penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)).

Kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.

---------------------------------
Penulis adalah AJK Badan Bertindak Anti Rare Earth Rifinenary (Badar) dan juga anggota Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Mat Sabu Menggila! Cederakan Diri Sendiri

Posted: 21 Jul 2011 05:29 AM PDT

Polis dakwa Mat Sabu jatuh sendiri, bukan polis langgar

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan pada 9 Julai lalu, tetapi kerana "jatuh sendiri."

Menurut Salleh, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian iaitu di Sri Bukit Persekutuan secara jelas Mohamad mengalami kecederaan bukan disebabkan dilanggar Land Rover tetapi terjatuh selepas motorsikal diboncengnya hilang kawalan lalu jatuh.

Pihak polis turut menayangkan rakaman CCTV pada sidang media, mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki polis langsung tidak "menyentuh" motosikal yang dibonceng Mohamad.

"Kita nak menjawab tohmahan yang dilemparkan Mat Sabu (Mohamad tentang dia dilanggar land rover polis, Mat Sabu memboncengkan sebuah motosikal dengan diiringi sebuah lagi motosikal dan kita mengekori Mat Sabu yang mahu menuju ke ibu negara.

"Tetapi apabila tiba di Jalan Mahameru (yang ditutup) dia mengikut jalan lain dan polis terus mengekorinya, kita ada mengeluarkan arahan, namun tidak dipedulikan sehingga sampai di Sri Bukit Persekutuan.

"Di sana, motosikal yang diboncengnya telah membuat satu pusingan U, melanggar bahu jalan lalu terlanggar bahagian tepi kanan kereta Waja (milik polis) lalu terjatuh," kata Salleh pada sidang media yang diterangkan bersama rakaman CCTV itu.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah Waja mengekori Mohamad.

Kata Salleh, rakaman CCTV itu membuktikan Mohamad tidak dilanggar Land Rover seperti mana yang didakwa.

"Dia tidak langgar (polis), tiada pelanggaran yang berlaku... kita tidak langgar tapi kita tolong dia (selepas terjatuh).

"Tapi Mat Sabu kata dia dilanggar sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal langgar bahu jalan, hilang pertimbangan dan terus melanggar bahagian tepi kanan kereta polis," katanya.

Mohamad sebelum ini mendakwa beliau dilanggar Land Rover milik polis dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.

Jelas Salleh, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan.

"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya," katanya.

Peguam SPRM: Raja Petra Cakap Merapu

Posted: 20 Jul 2011 11:00 PM PDT

Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah, sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

"Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

"Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

"Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

"Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

"Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

Kesian Mahasiswa Malaysia Sebab Ada Menteri Pengajian Tidak Tinggi

Posted: 20 Jul 2011 10:00 PM PDT

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tidak mahu terheret secara langsung dengan kontroversi Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM berkata menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka.

"Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara, satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.

"Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).

"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya," katanya dalam satu sidang media.

Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur".

Malang la bagi penuntut dan pensyarah sebab ada pak menteri kaki bangang dan mengampu! Kesian. Dok tahap macam tu la dari dulu lagi

MCA Menyokong Isu Saman Judi Dan Loteri Di Kelantan. Umno Tepuk Tangan? Islam Jenis Apa?

Posted: 20 Jul 2011 09:30 PM PDT

Saman Kerajaan Kelantan dan MPKB Berhubung Pengharaman Judi dan Loteri : DPPNK Cabar UMNO Nyatakan Sikap

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar UMNO khususnya Pergerakan Pemudanya di negeri Kelantan untuk menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu yang menyaman Kerajaan Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) berhubung pengharaman judi dan loteri di negeri ini.

Ketiga-tiga individu berkenaan seperti yang dilaporkan oleh media massa pada hari 21 Julai 2011 ini telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai 2011. Mereka seperti yang dilaporkan ialah Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 telah menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai defendan pertama dan MPKB sebagai defendan kedua.

Dalam hal ini, DPPNK melihat kehadiran Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan menunjukkan sokongan MCA yang juga merupakan salah sebuah parti utama dalam komponen Barisan Nasional terhadap saman yang dikemukakan tersebut.

Sehubungan dengan itu, DPPNK melihat ini sebagai satu petanda bahawa UMNO pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan bahawa perjuangan mereka untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Jelas sekali dalam isu ini, UMNO tidak bersuara bahkan mungkin dalam masa yang sama merestui tindakan yang dilakukan oleh MCA tersebut.

DPPNK ingin mempersoalkan di manakah ketegasan UMNO dan juga NGO-NGO yang selama ini kuat mendakwa mempertahankan kesucian Islam. DPPNK mempersoalkan di manakah keris UMNO sewaktu undang-undang melarang judi dan loteri yang jelas bertepatan dengan syariat Islam sedang dicabar di mahkamah. Atau adakah sudah hilang kejantanan UMNO apabila berdiam diri seribu bahasa dengan tindakan MCA ini? Bukankah UMNO juga yang mendakwa cintakan Islam dan anti judi sehingga sanggup memulangkan wang pemberian kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas pada tahun lepas dengan mendakwanya sebagai wang hasil judi?

Dalam hal ini, DPPNK menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar menyedari hakikat bahawa UMNO sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam. Hakikatnya, jika UMNO diberikan peluang untuk menjadi kerajaan semula di Kelantan, pastinya akan subur semula premis-premis judi dan loteri seperti yang berlaku sebelum tahun 1990.

DPPNK berharap agar seluruh umat Islam terus memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam menjaga kesucian syariat Islam dan terus mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 21 Julai 2011

Bangga Najib Dan Bini Jumpa Paderi

Posted: 20 Jul 2011 09:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW4oPXXG36B67QabbG8jIhWJSlzDihhm4P0Vu6g_IUhRWOc7l6AIqtojJti3U3MscXP9hGmoRJOHv38oarRjle0JF4F5JOtrZ3QS79WFaKrtqDw2Oj0UZto_ti82gdhOzS7jIYrRhV2Ft_/s640/282683_135210929896320_100002222415673_244400_3098531_n.jpg

Gua menyampah dengan rosmah mansur dan konco-konconya!

blogger umno mesti cayang sama dia

habis satu keluarga najib bawa pergi jumpa pope. buat menatang apa aku tak tahu. Berapih duit rakyat je kerjanya.

hehehe..

Apa yang dimaksudkan dengan media bebas semasa pilihan raya?

Posted: 20 Jul 2011 08:00 PM PDT

Oleh Abu Firdaus

Pertama-tamanya yang perlu diambil perhatian ialah kebebasan media adalah tonggak kepada demokrasi. Sudah dapat difahami bahawa demokrasi bukan hanya mengadakan pilihan raya. Ia mestilah meliputi kebebasan menubuhkan pertubuhan termasuk parti politik. Kebebasan berhimpun dan tentyunya kebebasan bersuara. Apabila disebut bersuara, tentulah termasuk kebebasan menulis, membaca, mendengar dan menonton. Maknanya media wajib bebas dalam sebuah negara demokrasi.

Itulah yang berlaku di negara-negara Barat dan maju khususnya Britain yang menjadi penjajah negara ini, dan menjadi tanggungjawab demokrat untuknya membantu Tanah Melayu menjadi sebuah negara demokrat. Maka apabila menggubal perlembagaan, sememangnya diadakan cara-cara proses pilihan raya. Masalahnya ialah ketika penggubalan perlembagaan dan seterusnya mencapai kemerdekaan negara ini dalam keadaan Darurat. Justeru banyak pertimbangan Darurat perlu diambil kira dalam menjadikan tanah Melayu sebagai negara demokrat.

Maka akibatnya demokrasi di Tanah Melayu jadi tidak sempurna. Pertamanya oleh kerana Darurat, maka berlakulah Ordinan Darurat menyebabkan kebebasan biasa yang dikecapi oleh aktivis-aktivis politik mempunyai had yang boleh menjejaskan demokrasi itu sendiri.

Tetapi konsep darurat itu sendirui adalah ciptaan penjajah Britain. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Perang Saudara antara pihak komunis dengan bukan komunis. Oleh kerana penjajah tidak mahu ekonomi negara terjejas, maka ia tidak mengisytiharkan perang tetapi sebaliknya dianggapkan sebagai Darurat. Maka dapat dilihat betapa orang ditahan tanpa perbicaraan atas nama keselematan.

Dalam keadaan begini, sudah tentu parti-parti politik tidak dapat benar-benar aktif. Mereka sentiasa dibayangi oleh undang-undang darurat. Banyak aktivis politik ditangtkap dan akibatnya organisasi-organisasi lumpuh. Perkara ini berlaku menjelang perisytiharan kemerdfekaan. Parti-parti seperti Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin lumpuh kerana aktivios-aktivisnya ditahan melalui undang-undang darurat.

Tentunya dalam keadaan begini juga media tidak bebas, iaitu demi keselamatan negara.

Sedangkan sepatutnya apabila Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka diisytiharkan dengan komitmen kepada demokrasi, maka sewajarnya media dibebaskan. Maksudnya di sini, sekurang-kurangnya media tidak memihak kepada kerajaan atau dikuasai oleh mana-mana parti politik.

Sebagai contoh ketika negara ini mencapai kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, hanya terdapat dua jenis media iaitu Radio Malaya dan akhbar-akhbar. Untuk memudahkan perbincangan, akhbar utama negara ketika itu ialah Utusan Melayu bertulisan jawi dan Berita Harian bertulisan rumi. Ada juga akhbar Melayu yang lain. Juga akhbar ldalam bahasa Inggeris, China dan Tamil. Tapi mereka perlu dilihat sebagai akhbar. Tetapi untuk memudahkan perbincangan, perhatian diberikan kepada akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian dahulu.

.Radio Malaya adalah milik dan diuruskan oleh kerajaan. Sebagai negara yang mengikut Britain, maka cara Radio Malaya adalah menurut Radio BBC. Tetapi kalau Radio BBC itu badan bebas, walaupun ia milik awam, tetapi ai bukanlah suara kerajaan British. Tetapi Radio Malaya dilihat sebagai sebahagian daripada alat pro[paganda British dan kemudian kerajaan Kuala Lumpur untuk menentang komunis.

Sebab itulah Radio Malaya dan juga Unit Filem yang kemudian menjadi Filam Negara adalah sebahagian daripada alat propaganda bagi menentang komunis dalam konteks negara dalam peperangan. Maka media ini kena berpihak.

Begitu juga dwengan akhbar. Utusan Melayu. Ia merupakan akhbar perjuangan untuk orang Melayu, termasuklah menuntut kemerdekaan dan membela kepentingan Melayu. Atas nama Melayu dengan cogan kata Penyambung Lidah Melayu, akhbar ini membela orang Melayu secara umum dan tidak berpihak pada mana-mana parti.

Sungguhpun ketika itu kebanyakan wartawan Utusan Melayu adalah dari kalangan orang kiri tetapi ia memberi ruang yang setimpal kepada semua parti politik Melayu, baik UMNO, PAS, Parti Negara mahupun Parti Rakyat menjelang pilihan raya umum tahun 1959.

Berita Harian pula adalah terjemahan kepada The Straits Times yang walaupun dimiliki secara swasta tetapi adalah secara awal lagi memihak kepada penjajah British. Jadi, masa awal lagi, kedua-dua akhbar ini mempunyai agendanya. Utusan Melayu untuk orang Melayu dan The Straits Times untuk menjaga kepentingan penjajah. Namun kedua-duanya tidaklah memihak pada mana-mana parti politik.

UMNO menang dalam pilihan raya walaupun ekdua-dua akhbar itu tidaklah memihak pada mana-mana parti politik. Cumanya mungkin dapatb dipertimbangkan mana parti politik yang berkesan bagi membela orang Melayu dan juga penjajah British, sudah tentu kecenderongannya adalah kepada Perikatan UMNO-MCA-MIC.

Bagaimanapun, terdapat dua parti Melayu yang tidak disenangi oleh British ketika itu kerana mereka terang-terang menentang penjajahan dan dari segi fahaman, mempunyai sikap simpati kepada pihak sosialis. Mereka ialah PAS pimpinan Dr Burhanuddin AL-Hilmi dan Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam.

Penjajah mahu memastikan kedua-duia parti ini akan gagal. Masalahnya ialah wartawan Utusan Melayu ketika kebanyakannya penyokong Parti Rakyat. Maka langkah yang diambil adalah menyekat kegiatan parti-parti itu, menangkap opemimpin-pemimpinnya dan menghalang akhbar daripada dipengaruhi oleh golongan ini. Justeru, berlakulah pengambilalihan Utusan Melayu oleh UMNO.

Apabila media sudah dipegang dengan pelbagai sekatan lain, dapatlah penjajah British memastikan hanya parti-parti yang dikehendaki menang dalam pilihan raya. Maka Perikatan menang secara berterusan. Tetapi adakah pilihan raya ini benar0-benar demokratik? Malah bukan saja Daruiurat sudah berakhir, komunis pun sudah tanda tangan perjanjian damai, malah Kesatuan Soviet syudah tumbang dan China menjadi kapitalis, lebih penting lagi Britain pun sudah pulang, maka tidak ada sebab media hendak diurus dengan cara-cara Darurat dahulu.

Sekat Anwar? Ramai Prof Kangkong Mengulas

Posted: 20 Jul 2011 07:30 PM PDT

Sekat kegiatan Anwar beri tekanan kepada Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kerajaan perlu bertindak menyekat segala kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungan dengan Indonesia.

Ini kerana kegiatan Ketua Pembangkang itu dalam memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia sangat berbahaya kepada keselamatan negara.

Pensyarah Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, jika benar kegiatan seperti itu berlaku maka ia bukan sahaja akan memporakperandakan hubungan antara kedua-dua negara malah turut menjejaskan imej kerajaan di peringkat global.

"Jika kemungkinan ini berlaku, ia satu petanda yang tidak sihat. Saya lihat tindakan itu tidak sesuai dengan status beliau sebagai ahli politik kanan. Ini kerana kalau masalah negara kita diperjelas, dibentang dan dikritik di luar negara, ia sudah pasti akan memberi gambaran tidak baik.

"Negara umpama sebuah keluarga, buat apa nak bercerita keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain. Kenapa mesti meminta pandangan pihak luar untuk menyelesaikan masalah negara sendiri?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' dengan mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.

Mohd. Fuad berkata, tindakan memburukkan nama negara itu juga seakan-akan memberi ruang kepada pihak luar untuk mencabuli urusan dalaman negara.

Ini memandangkan, kata beliau, banyak ruang yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah tanpa perlu merujuk kepada pihak luar yang belum tentu memihak kepada negara.

"Mereka (pihak luar) boleh memberi pandangan tetapi penglibatan mereka mesti paling minimum serta tidak boleh mempengaruhi rakyat dan keamanan negara," ujarnya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar beranggapan hanya segelintir pihak sahaja yang masih mempercayai Anwar.

Ini kerana kata beliau, kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah jatuh merudum dan tidak lagi dilihat sebagai seorang intelek sebaliknya sebagai pemberontak yang berhadapan dengan keruntuhan moral.

"Itu (membina dan memperkukuhkan rangkaian dengan negara luar) memang taktik Anwar untuk kata dia masih berkuasa. Tetapi keyakinan orang semakin luntur kerana perbuatan memberontak dan tabiat peribadi yang tidak bermoral.

"Sebenarnya yang percaya (dengan Anwar) sedikit, malah boleh dibilang dengan jari. Yang lain diupah," katanya.

Utusan Meloya

9 Julai dan pemikiran baru: satu renungan

Posted: 20 Jul 2011 07:00 PM PDT

Oleh Dinsman

Tengahari 9 Julai yang dinanti-nantikan dengan penuh resah dan debar itu telahpun berlalu. Saya pun sempat mencatatkan resah dan debar pemikiran sendiri melalui Wacana Budaya (WB) 10 Julai, bahawa: "Pemikiran dan suasana selepas 9 Julai tentunya sangat berbeza. Apa yang sebenarnya berlaku pada 9 Julai tentunya sangat mempengaruhi pemikiran dan suasana selepasnya."

Seterusnya wacana itu mencatatkan: "Apa pun yang berlaku, dan bagaimanapun yang berlaku; suasana politik kita tak akan sama lagi. 9 Julai menjadi garis pemisahnya. Nama Ambiga Sreenevasan dan Samad Said melonjak paling tinggi dan telah terpahat dalam sejarah Malaysia baru. Tak siapa pun terduga hal ini sebulan yang lalu."

Maka hari ini 11 Julai, saya duduk merenung semula catatan WB itu – apakah telah benar-benar wujud apa yang saya maksudkan sebagai "pemikiran baru selepas 9 Julai" itu? Apakah Himpunan Bersih 2.0 pada hari itu benar-benar telah terjadi seperti yang dijangkakan, atau seperti yang diharap-harapkan? Apakah benar ia "sangat mempengaruhi pemikiran dan suasana selepasnya"?

Malam 10 Julai sengaja saya hadir ceramah 'Meraikan Kemenangan' anjuran PAS Kawasan Batu, di Taman Melewar, untuk meninjau pandangan tokoh-tokoh yang bercera-mah – Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Siti Zailah, Lee Boon Chye, Charles Santiago dan A Samad Said – apakah ada atau telah muncul 'pemikiran baru' yang saya maksudkan itu?

Nampaknya seperti tidak ada. Masih seperti pemikiran sebelum 9 Julai juga. Hanya dakwaan-dakwaan mengatakan "Kita telah berjaya", "Bersih 2.0 mencapai kejayaan", "Rakyat telah menang", "Walaupun polis menutup semua jalan ke Kuala Lumpur, 50 ribu rakyat tetap berjaya berhimpun" dan sebagainya.

Satu perkara yang nampaknya diperkatakan di mana-mana ialah kekasaran dan kebiadapan pihak polis. "Polis lebih kasar kali ini." Itulah kesan dan impak yang menjadi topik perbualan. Tapi itu bukannya perkara baru. Sama sekali itu bukan pemikiran baru.

Apakah perhimpunan yang terjadi di persimpangan Hentian Pudu dan Menara Maybank, di KL Sentral, KLCC dan di depan jalan ke Stadium Merdeka itu mempunyai kesannya terhadap senario politik Malaysia?

Barangkali masih terlalu awal untuk kita membuat penilaian dan apalagi rumusan. Tetapi walau apa pun, saya percaya demo Bersih 9 Julai itu akan memberikan kesan yang agak besar kepada politik Malaysia. Ada beberapa insiden penting telah berlaku di dalamnya, yang mungkin belum lagi menonjolkan kepentingannya sekarang, tetapi akan menonjol sedikit hari lagi.

Misalnya saya menyaksikan sambutan orang ramai terhadap kehadiran Sasterawan Negara A Samad Said di hadapan halangan kawat berduri dan barisan polis di jalan masuk ke Stadium Merdeka tengahari itu, sungguh luar biasa. Kebetulan memang tidak ada pemimpin yang dikenali ramai di situ, kecuali Cikgu Azmi (Teras). (Kebanyakan pemimpin sudah ditangkap di KL Sentral). Mereka melaung-laungkan nama Pak Samad. Dan saya lihat wajah-wajah di situ ramai yang bukan Melayu.

Ternyata Samad Said sudah diterima sebagai 'ikon' di kalangan rakyat Malaysia hari ini, tanpa mengira kaum. Begitulah juga Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah. Mereka sudah lahir sebagai tokoh-tokoh baru, atau tenaga-tenaga baru dalam politik Malaysia, sedangkan mereka bukan orang politik. Tetapi mereka sedang memberi cabaran yang besar terhadap kepimpinan Najib Tun Razak.

Memang ini satu perkara yang sudah agak lama saya ulang-ulangi dalam tulisan – tentang betapa perlunya orang bukan politik turut memainkan peranan dalam menentukan corak dan arah kehidupan masyarakat; tentang betapa perlunya kita mengurangkan keadaan yang seolah-olah semuanya hendak 'dipolitikkan' di negara ini. Bahawa politik bukanlah penyele-saian kepada segala masalah. Bahkan kadang-kadang politiklah yang menyebabkan masalah.

Tidak pasti apakah tokoh-tokoh pendokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ini akan mampu meneruskan gelombang yang telah mereka wujudkan ini atau tidak? Perhimpunan 9 Julai itu hanya sekadar permulaannya sahaja. Ia mesti diteruskan.

Berbeza dengan Bersih pertama (2007) dulu yang digerakkan oleh orang-orang politik, Bersih 2.0 ini walaupun didokong oleh orang-orang politik juga, tetapi penggeraknya dan yang menentukan perjalanan atau organisasinya adalah bukan orang-orang politik. v Saya sendiri tidak tahu bagaimanakah prosesnya Datuk Ambiga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0, dan bagaimanakah mereka membentuk jawatankuasa tersebut. Memang tidak penting pun untuk tahu perkara itu. Yang pentingnya ialah kita hendak melihat Bersih 2.0 ini meneruskan perjuangannya, hingga tercapai apa yang dituntut dan diperjuangkan, iaitu mewakili tuntutan dan perjuangan rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya bersih dan adil.

Perhimpunan Bersih juga dilaporkan diadakan serentak di beberapa bandaraya penting di seluruh dunia. Ertinya dunia memerhati dan menyokong apa yang dilakukan oleh Bersih. Media-media pro-Umno/BN hanya boleh menipu orang-orang mereka sendirilah sahaja. Mereka – media mereka, polis mereka, hakim mereka, menteri mereka – sedang berjalan di atas jalan yang menuju ke jalan mati. Kita hanya perlu menguruskan gelombang Bersih ini agar ia tidak dicemari atau diselewengkan di tengah perjalanannya. Itu saja.

Seniman-sasterawan sudahpun bangun mengambil tanggungjawab mereka. Para peguam pun semakin ramai yang tampil menghulurkan khidmat mereka kepada perjuangan ini. Hanya kita menunggu golongan cendekiawan dan ulamak pula! Bilakah lagi?

Bilakah akan tampil ulamak dan cendekiawan yang berani dan nekad seperti ditunjukkan oleh Samad Said ketika dia berjalan bersama kira-kira 30 orang lain melalui Jalan Kampung Atap menuju ke arah Istana Negara, dan berdialog dengan pegawai polis yang menyekat perjalanan sambil menunjukkan wajah bengis dan biadap mereka menghalang misi untuk menyampai-kan memorandum kepada yang Dipertuan Agong, pada petang Sabtu itu?

Saya dan kawan-kawan turut berbangga sempat bersama dengannya dan menjadi saksi kepada aksi beraninya itu.

Dan apabila pulang, terfikir satu perkara lalu saya sms kepada kawan-kawan, begini: "Pejuang yang bergerak di saf paling depan memerangi kezaliman penguasa jahat itu ialah sasterawan yang dikatakan novelnya tidak Islamik kerana membela pelacur. Tapi di manakah tokoh sastera yang mengkritik Samad itu, dan sasterawan Islamik serta para agamawan kita yang moralis, ketika Samad sedang bergelut dengan pelbagai risiko bahaya kerana mewakili rakyat mengatakan yang hak kepada penguasa yang zalim agar stop zalim dan berbuatlah yang adil."

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

PRU-13: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen

Posted: 20 Jul 2011 06:44 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.

Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan "wakil rakyat lompat" berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

"Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

"Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

"Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi," katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang "dipinjam" dipertimbangkan untuk "dipulangkan" semula kepada parti yang layak.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak.

Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

SIASAH

Posted: 21 Jul 2011 03:17 PM PDT

Oleh JAMAL AWWAL

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu memang telah memberi pengaruh besar hingga boleh memberi tempias juga kepada hubungan persahabatan.

Ironinya, pada ketika Sasterawan Negara, A Samad Said secara terang-terang berada di baris hadapan dengan dua buah puisi perjuanganya, Unggun Bersih dan Peludah Warna, majoriti golongan intelektual dan penulis tanahair mahupun penggemar sastera dan pencinta buku terutamanya angkatan muda mengambil sikap yang didakwa "berkecuali."

Namun, apabila diteliti pada daripada kenyataan lisan mereka jelaslah pendirian golongan berkecuali itu sebenarnya adalah tidak bersetuju dengan tindakan dan reaksi Pak Samad malah perhimpunan aman Bersih 2.0 itu sendiri.

Antara hujah popular mereka yang menentang perhimpunan rakyat itu ialah tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai pengerusi gabungan Bersih 2.0; dakwaaan demonstrasi tiada dalam kamus politik Islam serta himpunan rakyat yang mengemukakan lapan tuntutan untuk proses pilihan raya yang lebih adil itu hanyalah tindakan mahu menggulingkan kerajaan!

Hairannya, golongan penulis dan intektual sebelum ini sudah cukup banyak resah gelisah dan kecewa dengan dasar serta tindakan kerajaan yang hanya banyak "membantu" merencatkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu; membiarkan industri penerbitan tempatan bergerak tanpa banyak sokongan kerajaan; menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Tetapi, mengapa mereka yang telah banyak membaca termasuk mendalami banyak pemikiran falsafah Barat masih melihat Bersih 2.0 dalam tempurung yang sempit?

Kedudukan Ambiga sebagai pengerusi untuk sebuah gabungan yang menggesa kepada pilihan raya yang adil tidak sepatutnya dijadikan isu besar sehingga menutup tuntutan rakyat supaya Suruhanjaya Pilihan Raya adil dalam proses pilihan raya.

Kita sendiri pun sebagai rakyat adalah "pemimpin" untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sungguhpun selepas Pilihan Raya Umum ke-13, ditakdirkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, desakan dan tuntutan yang sama malah lebih dahsyat lagi pasti akan diadakan jika kerajaan ketika itu bersikap tidak adil.

Tidak tepat sama sekali juga apabila ada yang menganggap Bersih 2.0 suatu tindakan mahu menggulingkan kerajaan. Salahkah rakyat menegur kerajaan pada ketika banyak bukti menunjukkan kerajaan bertindak tidak adil kepada rakyat?

Yusuf al-Qaradawi pun sudah lama menegaskan bahawa kekuatan rakyat yang bersatu ibarat kekuatan ombak di lautan atau pun banjir besar merupakan salah satu cara jika berdepan dengan kemungkaran daripada pihak pemerintah.

Malah, Prof Dr Syed Hussein al-Attas dalam bukunya Kita dengan Islam (1979:83) juga telah mengingatkan "rakyat wajib menggulingkan pemerintah yang zalim."

Rasuah dan seleweng kuasa tidakkah zalim kepada rakyat? Begitu juga tindakan menghalang rakyat daripada bersembahyang semasa masuk waktu Zohor pada 9 Julai lalu di beberapa masjid utama sekitar Kuala Lumpur. Adakah itu tidak cukup zalim?

Reaksi mereka yang tidak senang dengan Bersih 2.0 hingga menggangap itu hanya tindakan menjatuhkan kerajaan barangkali lupa akan fitrah dan ketetapan-Nya bahawa hidup ini ada pasang ada surutnya.

Samalah halnya dengan soal kuasa sebagai kerajaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional. Kita tahu bahawa apa sahaja yang ada di dunia ini akan berubah. Tidak ada yang kekal kecuali Allah. Bezanya hanya sama ada perubahan itu berlaku pada kadar cepat atau pun lambat.

Oleh itu, penting untuk kita yang bersetuju bahawa masyarakat perlu berubah kepada keadaan yang lebih baik untuk berubah diri sendiri terlebih dahulu dengan ikhlas dalam saling memberi dan menerima pandangan; mempertimbang baik buruk sesuatu cadangan pilihan; berfikiran terbuka serta sedia memaafkan seterusnya mencari kesepakatan atau titik persamaan dalam menentukan apa tindakan selanjutnya yang hendak dilaksanakan tanpa terlalu banyak mencari alasan yang lebih menjurus kepada perpecahan umat dan kegagalan pelaksanaan. Usah berdiam diri dengan kezaliman dan penindasan!

Jamal Awwal ialah pembaca SiasahDaily. Beliau percaya bahawa golongan yang berfikir perlu menyatakan pendirian tegas dalam suasana politik yang panas pada masa kini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


Gambaran Hari Qiamat

Posted: 21 Jul 2011 04:16 AM PDT

(dipetik daripada TRANUNGKITE)
 



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
① Sedekah/amal jariahnya. 
② Doa anak²nya yang soleh. 
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tiada demokrasi di Negeri Sembilan?

Posted: 20 Jul 2011 11:23 PM PDT


Begitulah nasib NGO, parti politik serta individu yang tidak berpihak kepada BN di Negeri Sembilan ini. Umno bebas menggunakan premis kerajaan termasuk Pusat Dakwah Islamiah Paroi untuk mesyuarat agung Umno. Akan tetapi nasib NGO SAMM untuk mengadakan program santai bersama anak-anak muda di Dataran Senawang dihalang dengan pelbagai cara, seolah-olah SAMM adalah merupakan penjenayah atau kumpulan pengganas.

Walaupun Dataran Senawang terletak dalam DUN Paroi di mana wakil rakyatnya adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sendiri, namun program tersebut telah dihalang dan disekat dengan pelbagai cara, akhirnya program tersebut telah diubah tempat ke Pejabat ADUN Paroi yang serba daif dan sempit.

Sambutan adalah lebih hangat apabila program diubah tempat dengan hadirin yang datang melimpah kawasan perkarangan pejabat hingga atas jalan.

Nasihat kita kepada BN terutamanya pemimpin Umno di Negeri Sembilan ini, selepas ini halanglah lebih hebat lagi program sebegini, kerana tindakbalasnya akan ramai lebih simpati kepada kami dan benci Umno.

Dan Umno, gunakanlah semua kemudahan kerajaan, pusat dakwah, masjid untuk program Umno agar lebih ramai rakyat akan benci anda.

Saksinya sendiri hadirin yang melimpah ruah tanpa perlu diupah di pejabat ADUN Paroi pada pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2011/07/blog-post.html

Ayuh bangkit pencinta keamanan, pencinta keadilan, pembenci kezaliman !


Tak ada duit nak urus jenazah suami, terlalu miskin

Posted: 20 Jul 2011 05:56 PM PDT



Berita Harian 21 Jul 2011. ZAINI kini tinggal sendirian selepas kematian suami Oktober lalu."Selain memenuhi permintaan arwah supaya tidak memaklumkan kepada sesiapa, saya juga tidak ada sesen pun untuk menguruskan jenazahnya. "Duit yang ada ketika itu hanya cukup untuk membayar tambang bas pergi dan balik kerja pada hari berkenaan,"

..kata Zaini Malek, 48, wanita yang dijatuhi hukuman denda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin kerana menyembunyikan kematian suaminya, Abd Halim Manan, 70, selama empat hari di rumah mereka di Kampung Batu Berendam, Melaka, pada Oktober lalu.

Menceritakan lanjut kejadian itu, Zaini berkata, beliau berpatah balik dari tempat kerjanya di Hospital Melaka (HM) selepas tidak sedap hati meninggalkan arwah yang menghidap sakit buah pinggang dan terlantar seorang diri di rumah. "Sebaik tiba di rumah kira-kira jam 3 petang, saya dapati arwah sedang berbaring. Saya rapati dan mendapati arwah masih bernafas biarpun sangat perlahan. Kemudian saya duduk di tepinya sambil mengurut-ngurut tangan dan kakinya.
"Namun, pada kira-kira jam 6 petang, saya dapati dia tidak lagi bergerak biarpun saya memanggil namanya banyak kali. Tidak cukup dengan itu, saya cuba menggerakkan badannya tapi tidak ada tindak balas dan saya percaya dia sudah meninggal dunia.

"Selepas itu saya langsung tidak terfikir untuk meminta bantuan sesiapa termasuk jiran dan saudara-mara sebelah suami yang menetap di Alor Gajah. Yang saya ingat hanya pesanan arwah.

"Ketika hayatnya, arwah tidak suka menyusahkan orang, sehinggakan kematiannya pun dia minta tidak dihebahkan. Kebetulan pula ketika itu saya kesempitan wang dan segan pula untuk memohon pertolongan orang di sekeliling," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Pada 7 Oktober lalu, akhbar melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas berhampiran sebatang pokok pisang berdekatan kediaman wanita itu, dalam keadaan busuk dibungkus dengan plastik sampah.

Siasatan awal polis mengesyaki mayat berkenaan dibuang oleh seorang wanita dipercayai isterinya. Zaini kemudian ditahan untuk membantu siasatan, sebelum dibebaskan pada kira-kira jam 11 malam, pada hari sama.

Sambil mengakui menyesal dengan perbuatannya beberapa hari selepas kejadian, Zaini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, reda dengan apa yang berlaku dan berharap masyarakat memaafkan kesalahannya.

"Saya sayangkan arwah yang saya kahwini 13 tahun lalu dan saya juga bukan sengaja menyimpannya. Malah, saya bukan mendera atau membunuhnya. Saya tersepit dengan keadaan ketika itu," katanya yang kini hidup sebatang kara dan hanya ditemani lima ekor kucing di rumah sewanya di Kampung Batu Berendam.

Sementara itu, seorang jiran Zaini yang ditemui, Jaliah Dol, 62, berkata pasangan itu sudah menetap di kampung berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikenali penduduk serta tidak pernah mendatangkan masalah kepada sesiapapun.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takadaduitnakurusjenazahsuami_/Article



Pengikut