Isnin, 1 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 01 Nov 2010 11:06 PM PDT

Idris Ahmad


Ahmad Maslan Cerminkan DIri Sebelum Tuduh Pas Mundur

Posted: 01 Nov 2010 05:07 PM PDT

Parti Islam SeMalaysia Pas ingin menjawab cabaran Ketua Peneranagan Umno Datuk Ahamad Maslan yang mencabar  apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. Pas ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara  Malaysia,  bukan berada di bawah negara Mozambique.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewaangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1%  tahun 2008 berbanding 7.2%  pada tahun  2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar  kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini. Kadar kemiskinan  tegar di Kelantan hanya 0.6%  di mana lebih rendah kadar jumlah   kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana  Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Dakwaan Ketua Penerangan Umno  tidak ada pembangunan yang Pas laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manik Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula. Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak Pas mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.

Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan Pas mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan  hutang lapok zaman umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat rayalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan umno.

Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat  orang miskin, majoritnyai Melayu. Cabaran Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut. Sebelum beliau cabar apa Pas buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu kemana wang Felda telah mengucup daripada RM4.08 bilion (2004)  kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah.


Filed under: Ekonomi, Pilihanraya, Politik

Peghelih La...

Posted: 01 Nov 2010 11:04 PM PDT

Peghelih La...


Apabila Utusan disamatarafkan dengan Harakah, Suara Keadilan...

Posted: 01 Nov 2010 12:58 AM PDT

Oleh LanH


Jika Dr menyamatarafkan akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia pada kedudukan yang sama dengan Harakah, Suara Keadilan dan Roket, sebagai akhbar parti, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia perlulah antara lain;

1. Merayu, mengemis permit yang memang sukar didapati. Lihatlah bagaimana nasib akhbar Suara Keadilan, permitnya sudah digantung dan tidak diperbaharui sehingga hari ini. Jadi pertimbangkanlah untuk menggantung penerbitan Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia.

2. Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia adalah untuk ahli Umno saja. Sila tulis dengan perkataan besar di muka depan UNTUK AHLI UMNO SAJA.

3. Jika Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia dijual pada umum, terpampang di kedai mamak, pihak berkuasa hendaklah merampasnya. Kilang pencetakan juga boleh diserbu dan naskhah akhbar ditahan, tidak dibenarkan untuk edaran. Sediakan satu rak khas untuk jualan Utusan Malaysia/Utusan Malaysia dengan tertera perkataan besar UNTUK AHLI SAJA. Dan ingat, jual akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia di 'markas' Umno saja.

(Penulis adalah Pengarang Harakah)

Mangsa Banjir Di Utara Perlis Dipindahkan

Posted: 01 Nov 2010 12:36 AM PDT

KANGAR: Hujan lebat berterusan selama lebih 24 jam menyebabkan beberapa kawasan di utara Perlis dilanda banjir sejak malam tadi.

Sehingga 12.30 tengah hari ini, seramai 286 mangsa daripada 117 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pusat-pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir.

Hujan masih turun di seluruh Perlis dengan pasukan penyelamat bersedia untuk memindahkan lebih banyak mangsa.

Tinjauan mendapati kerja-kerja memindahkan mangsa sedang dilakukan dan antara kawasan yang teruk terjejas ialah Titi Tinggi, Panggas dan Batu Bertangkup.

Beberapa batang jalan raya juga dinaiki air termasuk Jalan Kaki Bukit di kawasan Beseri dan jalan Titi Tinggi.

Kesemua enam pintu pelepasan air di Empangan Timah Tasoh telah dibuka ekoranparas air di empangan itu yang meningkat. -BERNAMA-

DPP PADANG TERAP

Posted: 01 Nov 2010 09:28 PM PDT

DPP PADANG TERAP


RAYUAN BANTU MANGSA BANJIR PADANG TERAP

Posted: 01 Nov 2010 03:23 AM PDT


Rayuan
Bantuan Banjir. Terbaru sudah 295 keluarga dipindah. 25 pusat
pemindahan dibuka dan 981 mangsa. No akaun CIMB Sekretariat Ahli
Parlimen Padang Terap 0206-0000137-100

RAYUAN BANTU MANGSA BANJIR PADANG TERAP

Posted: 01 Nov 2010 03:10 AM PDT

Rayuan
Bantuan Banjir. Terbaru sudah 295 keluarga dipindah. 25 pusat
pemindahan dibuka dan 981 mangsa. No akaun CIMB Sekretariat Ahli
Parlimen Padang Terap 0206-0000137-100

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 01 Nov 2010 09:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Tiba Masanya, Pejuang Usno Bersama PAS

Posted: 01 Nov 2010 09:05 PM PDT




Batu Sapi
- Dewan Pemuda PAS Sabah mengajak kepada semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan perjuangan umat Islam di Sabah agar keluar dari Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasiakn cita-cita yang sama, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Salman Amin.

Sejarah telah membuktikan perjuangan awal Usno sejak ia ditubuhkan telah banyak memberikan sumbangan besar kepada perkembangan umat Islam di Sabah.

Penubuhan USIA yang ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha yang masih berperanan hingga ke hari ini menjadi salah satu bukti kesungguhan beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah ini.

Malangnya kata Salman, kemasukkan Umno yang dijangka boleh menjadi rakan untuk membantu umat Islam di Sabah bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan ini untuk mematikan inspirasi perjuangan rakyat Sabah.

"Ketika itu rakyat di Sabah mungkin terpedaya dengan Islam yang ada pada Umno padahal, ia tidak menggambarkan jatidiri seorang muslim sebenar mengikut Al Quran dan Sunnah"

Kita boleh lihat kesannya sehingga ke hari ini, betapa kefahaman Islam di Sabah masih di tahap yang rendah kerana pemimpin-pemimpin Umno tidak serius membela nasib umat Islam sebaliknya sibuk mengaut khazanah kekayaan bumi Sabah, kata Salman.

"laporan daripada Ngo-Ngo Islam yang masuk ke kampung-kampung mengatakan hampir 30 buah kampung di pedalaman Sabah berisiko tinggi terdedah kepada murtad. Malah di Sabah ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad'.

Umno sampai bila-bila tidak akan jadi pembela kepada umat Islam selagi dasar perjuangannya yang bersifat perkauman dengan cuba berselidung disebalik wajah Islamnya"

"Kita boleh lihat sendiri keadaan umat Islam di Batu Sapi yang begitu daif dari sudut pembangunan walaupun begitu setia menyokong Umno selama ini, tambah Salman.

"Walaupun terdapat beberapa jabatan-jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal umat Islam tetapi ruang lingkup gerakerjanya telah di kawal sepenuhnya oleh pemimpin umno sehingga membantutkan usaha jabatan-jabatan tersebut untuk membantu secara lebih meluas"

Ini terbukti kata Salman, apabila ramai dikalangan para ustaz tidak dibenarkan menyatakan pendirian mereka malah ramai juga yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun bertentangan dengan Islam.

"Berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al Quran dan Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS"

"Bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat"

"Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada dikalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh oleh kerajaan yang zalim dibawah pentadbiran Umno-Bn, ujar Salman.

"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud sebenarnya kerana sepertimana Islam yang pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam arab, Islam parsi atau Islam eropah kerana semuanya bernaung dibawah sebuah sistem keadilan Islam"

Justeru kata Salman, cukuplah keikhlasan Tun Datu Mustapha yang dikhianati oleh pemimpin Umno kononnya untuk membantu Usno memartabatkan umat Islam di Sabah menjadi satu sebab mengapa pejuang-pejuang Usno perlu bersama dengan PAS bermula di Batu Sapi ini.

Tidak Amanah, Batu Sapi mesti tolak Barisan nasional

Posted: 01 Nov 2010 02:08 AM PDT

Batu Sapi - Masyarakat di Batu Sapi mesti menolak kerajaan Barisan nasional kerana gagal menjalankan amanah mereka sebagai pemimpin yang dilantik oleh rakyat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika melakukan ceramah kelompok di Kg Cenderamata kelmarin disini.

Masyakat disini katanya perlu faham bahawa membuat perubahan bukanlah satu kesalahan malah ia merupakan hak rakyat untuk memilih siapa yang mereka akan pilih.

"Jika pemimpin Barisan nasional tidak menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, maka masyarakat di sini berhak untuk untuk tidak memilih mereka pada pilihanraya kali ini, kata Khalid.

Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada Bn sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat disini sangat menyedihkan.

Khalid berkata, jika rakyat di Selangor yang sudah pesat membangun dengan segala kemudahan yang ada boleh menukar kerajaan dari Bn kepada Pakatan Rakyat, rakyat di Sabah khusunya di Batu Sapi seharusnya sudah lama menolak Barisan nasional.

Jelas beliau lagi, antara faktor rakyat di Selangor menolak Barisan nasional pada Pilihanraya Umum 2008 kerana pemimpin-pemimpin mereka (Bn) mengamalkan rasuah dan penyelewengan.

Bekas Menteri Besar Selangor katanya, walaupun belum sampai setahun mentadbir tetapi sudah memiliki sebuah rumah yang berharga 4 juta ringgit.

Tambah Khalid, pendapatan royalty minyak Sabah setahun sebanyak 1 bilion ditambah dengan keluaran hasil balak, gas dan kelapa sawit sebenarnya menjadikan Sabah lebih kaya daripada Selangor tetapi malangnya apa yang berlaku iaitu rakyat Sabah masih di tangga termiskin dalam Negara ini.

Selain itu katanya, masyarakat disini jangan terpedaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilakukan oleh Bn terhadap 4 buah negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah Kelantan dan Pulau Pinang.

Walaupun Pakatan Rakyat di Selangor baru memerintah hampir 3 tahun tetapi perubahan begitu jelas telah dillaksanakan berbanding kerajaan Bn yang sudah mentadbir selama 50 tahun lebih.

Dalam jangka masa yang singkat itu jelas Khalid, kami (PR) sudah mampu melaksanakan pentadbir dan pengurusan yang terbaik dan mengutamakan kebajikan rakyat Selangor.

Justeru katanya, masyarakat disini mesti buat keputusan yang terbaik demi masa depan generasi yang ada sekarang ini dengan memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat Tn Hj Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat pada hari membuang undi 4 November nanti.

misbahul munir

Posted: 01 Nov 2010 09:13 PM PDT

misbahul munir


MAZLAN CERMINKAN DIRI SENDIRI

Posted: 01 Nov 2010 08:00 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 01 Nov 2010 09:05 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


Posted: 01 Nov 2010 08:04 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 01 Nov 2010 07:14 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Pusat Khidmat Komuniti Muda Hulu Kelang Meraikan Ahli UKJ

Posted: 01 Nov 2010 06:53 AM PDT

Hulu Kelang - Pusat Khidmat Komuniti Muda (PKKM) UKJ Hulu Kelang meraikan ahli-ahlinya baru-baru ini:-

1) Saudara Zaharin Abd Wahab, SU UKJ Hulu Kelang yang dikurniakan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki, Afiq Haqimi bin Zaharin yang dilahirkan pada 20 Oktober 2010 (20.10.2010). Didoakan semoga saudara Zaharin terus diberi kekuatan dalam perjuangan dengan kehadiran cahaya mata kedua ini dan didoakan agar bayi dan seisi keluarga sihat dan diberkati-Nya...

2) Saudara Zainul Fadli Zaini, Timbalan Pengerusi PKKM UKJ Hulu Kelang dan adiknya, Mohd Iqbal Zaini yang akan menunaikan ibadah fardhu Haji. Mereka akan berangkat pada 7 November 2010 ini. Semoga mereka mendapat haji mabrur dan terus istiqamah dengan perjuangan...

(gambar) Ketua UKJ, saudara Habib menyampaikan sumbangan kepada saudara Zaharin

(gambar) Cahaya mata saudara Zaharin, baby Afiq Haqimi bin Zaharin

(gambar) Pengerusi PKKM UKJ Hulu Kelang meraikan saudara Zainul dan adiknya, Iqbal yang akan menunaikan fardhu Haji



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Khalid Samad

Posted: 01 Nov 2010 07:06 PM PDT

Khalid Samad


Video PRK Batu Sapi

Posted: 01 Nov 2010 05:57 PM PDT

Sandakan Hakka Association, 72 Jam sebelum PRK Parlimen Batu Sapi.

RAKYAT BERKUASA MENJATUHKAN KERAJAAN,BEMULA DI SINI (1/3)




PAKATAN RAKYAT UNITED UNDER RAKYAT MALAYSIAN SPIRIT (2/3)



KENAPA PAS MESTI LAWAN UMNO/BN (3/3)


Video courtesy of DAP Sabah
-Pejabat YB Khalid Samad-

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 01 Nov 2010 07:02 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Kenduri kesyukuran Tmn Wawasan B (2010-10-31) - Ucapan SM Ahmad Lutfi Ab...

Posted: 01 Nov 2010 06:51 PM PDT

Kenduri kesyukuran Tmn Wawasan B 2010 10 31 Tazkirah Ust Wahid Zainul ...

Posted: 01 Nov 2010 06:51 PM PDT

Kenduri kesyukuran Tmn Wawasan B (2010-10-31) - Ucapan Sdr. Mohamad Jan ...

Posted: 01 Nov 2010 06:47 PM PDT

Kenduri kesyukuran Tmn Wawasan B (2010-10-31) - Ucapan Sdr. Mohamad Jan ...

Posted: 01 Nov 2010 06:46 PM PDT

Kenduri kesyukuran Tmn Wawasan B 2010 10 31 Ucapan Sdr Mohamad Jan Su...

Posted: 01 Nov 2010 06:45 PM PDT

Sekitar majlis meraikan para bakal Haji 2010 danjamuan Aidilfitri di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua

Posted: 31 Oct 2010 09:29 PM PDT

Berita lewat...

Sekitar penghujung Syawal yang lalu berlangsung program sambutan Eid 2010 dan meraikan para bakal Haji 2010/1431H di Masjid Dusun Tua.

Majlis walaupun agak lewat diadakan namun kelihatan meriah dan turut diserikan dengan slot tazkirah dari Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shukri Mohd Amin (Wakil dari Tabung Haji), Ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua) di samping majlis penyampaian sumbangan kepada para bakal Haji oleh pihak Masjid dan sumbangan dari JPD. Penutup program diserikan dengan jamuan .

Sdr. Mohd Jan Sulong selaku Pengarah JPD merangkap Pengarah MTD Dusun Tua berkesempatan menyampaikan sedikit ucapan untuk para bakal Haji dan jemaah tentang hikmah ibadat Haji yang mesti diselami dan dihayati akan hikmat pensyariatannya. Ibadat yang sepatutnya meningkatkan semangat jihad terhadap perjuangan Islam apabila kita didedahkan dengan medan tempur sebenarnya perjuangan Nabi SAW dan para sahabat R.A di tanah suci.

Kepada semua para bakal haji, semoga ibadat diterima dan diredhai Allah.


Petikan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)

Tazkirah dari Ustaz Ahmad Shukri Mohd Amin (LUTH)

Para pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua


Ucapan ringkas dari Pengarah JPD, Sdr Mohamad Jan Sulong

Al-Fadhil Cikgu Hosni Timbalan Nazir Masjid, mempengerusikan majlis

Ucapan wakil para bakal Haji Kariah Dusun Tua, YBhg En. Mohd Yusop Haji Nordin

Sumbangan cenderahati tanda ingatan pihak Masjid kepada Al-Fadhil Ustaz penceramah

Pengarah JPD diiringi Tuan Nazir Masjid, Tuan Haji Ahmad Zainudin Salleh menyampaikan sumbangan kepada para bakal Haji







En. Zaralee Malik, AJK Masjid dan tenaga penggerak program...


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 01 Nov 2010 03:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Malaysia Mahu Generasi Takwa Atau Sebaliknya

Posted: 31 Oct 2010 05:08 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara ingin lihat dan dengar komen dari Pemuda UMNO.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Nov 2010 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BLOGGER UMNO TERDESAK... MAIN ISU ISTERI DR. ZUL

Posted: 01 Nov 2010 01:42 AM PDT

Nampaknya ke semua blogger percacai UMNgOk dah takda modal serta terdesak apabila menjadikan cerita box office berkenaan status Dr. Zulkifli serta kes khalwat (yang didakwa mereka) yang dirancang oleh ahli PAS sendiri bagi menjatuhkan beliau. Malah ada blogger pencacai seperti paropukari yang mendakwa hubungan sulit Dr. Zul dengan isterinya Zainab Binti Jalar (sebelum kahwin) menyebabkan Dr. Zul telah bercerai dengan isteri pertamanya.

Kalau benar telah bercerai… siapa isteri pertamanya? Nak gak tahu latar belakangnya?...

RASUAH UMNO DI BATU SAPI!!! SPR & SPRM BUTA KE???

Posted: 31 Oct 2010 11:06 PM PDT

BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.
Bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.
Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.
Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.
Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.
"Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.
Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,
ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. - MK

OK LAH... KITA AKUR NGAN SPR....

Posted: 31 Oct 2010 05:59 PM PDT

Ulasan saya : Apabila PAS berjanji untuk membayar sejumlah wang untuk kemudahan pengundi luar, maka hal ini sudah mewujudkan elemen "terhutang budi" kepada pengundi yang bakal menerima wang tersebut. Logiknya, orang yang terhutang budi lazimnya akan cuba membayar hutang itu dengan cara yang menguntungkan pihak yang berbudi. Justeru langkah itu walaupun kelihatan murni akan dilihat orang sebagai suatu bentuk rasuah.



Jadi sebelum hal ini dijadikan "peluru" dan "bom" oleh blogger dan pemimpin BN, baiklah PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat tersebut. Walaupun berniat baik, namun langkah tersebut mungkin akan digunakan oleh pihak yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan PAS dan sudah tentu hal itu akan menjejaskan peluang parti itu untuk mempertahankan kerusi DUN Galas.
.......................................................................................
 
Sambil mengulangi langkah menawarkan saguhati perjalanan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar Galas bukan satu sogokan, PAS memberi jaminan tidak akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ia satu kesalahan.


Bagaimanapun calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff mendakwa ia sebagai satu langkah terdesak PAS untuk mendapatkan undi pada pilihan raya kecil Galas Khamis ini.

"Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.

"Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum," kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman.

"PAS tidak akan melanggar mana-mana Akta Kesalahan Pilihan Raya, kalau SPR kata tidak boleh kita akan ikut," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberi jaminan PAS akan menghormati keputusan SPR dan tidak akan langgar akta tersebut.

LEPASAN UUM RUPANYA CALON BN!!! WAKAKAKA

Posted: 31 Oct 2010 05:45 PM PDT

Tak baik gelakkan orang... cerdik pandai tue anugerah Allah... sebab otak tue anugerah dia... cume perangai baik buruk je Allah beri kita pilihan... tapi kalu dah menipu tue.. padan le kalu kena gelak kat orang...wakakakaka

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 01 Nov 2010 03:21 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Ijtima' Tarbawi DPPKK ; Melonjak Tarbiyyah Memimpin Kemenangan

Posted: 01 Nov 2010 02:51 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik Hantar 40 Peserta Ke Ijtima Tarbawi DPPKK 2010

Posted: 01 Nov 2010 04:47 AM PDT

Siti Zailah | Home

Posted: 01 Nov 2010 03:19 PM PDT

Siti Zailah | Home


Soalan no 2 hari ini diParlimen isu Keganasan tehadap wanita

Posted: 31 Oct 2010 07:38 PM PDT

Puan Siti Zailah bt Mohd Yusoff (Rantau Panjang )minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA ,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masaalah keganasan dan jenayah terhadap wanita yang semakin meningkat dalam negara .
JAWAPAN MENTERI PELBAGAI PROGRAM DILAKSANAKAN UNTUK MENANAMKAN KESEDARAN DIKALANGAN RAKYAT DALAM ISU KEGANASAN TERHADAP WANITA,TERMASUK LATIHAN KESELAMATAN DIRI TERMASUK KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN UNTUK MENDIDIK KESEDARAN SEJAK AWAL LAGI DIKALANGAN KANAK KANAK>
Bila ditanya tentang statistik kes jenayah,menteri menjawab tidak ada statistik jenayah terhadap wanita kerana lapuran hanya dalam maklumat polis.pihak kementerian hanya menerima kes kaunseling saja.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Nov 2010 03:10 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SELAMAT TINGGAL UMNO , UCAPAN KEINSAFAN SEORANG TOKOH UMNO DI HOTEL ISTANA

Posted: 01 Nov 2010 05:25 AM PDT

Selepas 38 tahun, Soberi Shafii pun keluar Umno

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.
Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.
Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.
(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

SENANG BETUL MINTA PERUNTUKAN DI KALA MENTERI KEWANGAN SAKIT

Posted: 01 Nov 2010 05:10 AM PDT

PM walaupun dalam keadaan tidak sihat namun masih kuat dan bersungguh meluluskan RM16j untuk membesarkan jalan Sibuga.
Kami walau membangkangmu wahai DS Najib namun sebagai rakyat berPMkan kamu kami memang mendoakan kesejahteraanmu namun kalau Allah dah beri dugaan sakit tapi masih memberi rasuah maka minta maaflah kalau tak sembuh sakit.

Sebanyak RM16 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bagi melaksanakan projek membesarkan Jalan Sibuga, yang kerap mendatangkan kerumitan kepada pengguna jalan raya itu, mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga menteri pembangunan infrastruktur negeri, berkata berikutan rungutan penduduk kawasan itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong dalam kawasan parlimen Batu Sapi, beliau secara peribadi menghubungi Najib, yang juga menteri kewangan, pada jam 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf jalan sepanjang 2.75km itu.

"Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini.

"Kita akan membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ," katanya dalam satu sidang akhbar di Sandakan hari ini.

Menurut Pairin, jalan raya itu semakin sibuk dengan adanya lapan sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.

Beliau juga berkata kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM2.3 juta bagi kerja pembaikan dan penurapan 12 jalan kecil di sekitar Jalan Sibuga.

BUKTI BN GAGAL 2 KALI MENGALAS MALAYSIA TELAH DIJUMPAI

Posted: 01 Nov 2010 01:09 AM PDT

Sudah terbukti mereka tidak mampu memerintah dan menguruskan hasil mahsul negara dengan baik.

Dalam Laporan Audit 2009 yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mencatatkan bahawa, Kerajaan Persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu.

Ini merupakan defisit ke 2 tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

"Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan," Laporan Ketua Audit dipetik.

Lebih tegas Ambrin menegur Kerajaan Umno-BN, dengan memberi penekanan bahawa bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

Apabila Ketua Audit mencatatkan teguran sebegini, bermakna wujud secara berleluasa tindakan pihak-pihak tertentu membuat perbelanjaan tanpa mendapat kelulusan, sehingga ia menyumbang kepada lebih belanja, yang boleh menjejaskan pentadbiran ekonomi negara.
Ini sebenarnya suatu perkara besar dalam aspek pemerintahan. Iaitu pihak eksekutif (kerajaan) tidak harus membelanjakan wang milik negara dan rakyat sesuka hati.

Dalam Laporan Audit juga didedahkan mendedahkan ada 11 agensi kerajaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta – dicatat semasa BN berkuasa), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

Hakikatnya, pendedahan Ketua Audit Negara ini merupakan suatu pembongkaran salah laku dan ketirisan pengurusan yang amat serius dilakukan oleh Kerajaan Umno-BN.

Daripada bukti-bukti ini, jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mendabik dada kononnya berjasa besar membangunkan negara, sebenarnya adalah pemimpin yang sangat lemah dan tidak berkualiti.

Jelas Umno-BN sudah tidak mampu menguruskan wang negara, mereka begitu boros dan tidak tahu menjimatkan wang rakyat.

Fenomena ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin Umno-BN yang ada pada hari ini, hanya mementingkan diri sendiri lebih daripada rakyat jelata keseluruhannya.

Tiada jalan terbaik untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul, melainkan dengan menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

KERAJAAN BN BANGKIT MENGUNGKIT BILA SOKONGAN DAH SAKIT

Posted: 01 Nov 2010 12:41 AM PDT

GUA MUSANG 1 Nov. - Kerajaan pusat telah memperuntukkan RM23.5 juta untuk menaiktaraf peralatan perubatan di seluruh Kelantan sepanjang tahun ini.La... ini pun nak cerita juga. memanglah peruntukan ini dah diperuntukan sejak tahun lalu. Mesti nak bagi penyokong terhutang budi la nie? Betul tak? Bangang betul lah Kerajaan BN , nanti bila Kerajaan pakatan rakyat memerintah semua peruntukan adalah peruntukan tak perlu diungkit .Anggaplah dan memang wajib tahu ,itu semua memang tanggungjawab Kerajaan yang memerintah.

Sebanyak RM7.04 juta daripada jumlah peruntukan itu diguna untuk perolehan 24 ambulans, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk peruntukan sebanyak RM231 juta untuk pembangunan fizikal yang diberikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kelantan mempunyai 121 ambulans yang mana pembeliannya dibuat secara kontrak dan hari ini kita menyerahkan tujuh ambulans baru manakala 17 lagi akan menyusul selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan peralatan perubatan terdiri daripada 10 mesin thermal fog, 3 motosikal dan sebuah mesin ultrasound, yang keseluruhannya bernilai RM90,000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri di Hospital Gua Musang di sini hari ini. - Bernama

HARI INI RPK BEBAS DARI ISA ! ESOK BOLEH KE PRK GALAS?

Posted: 31 Oct 2010 08:45 PM PDT


PUTRAJAYA 1 NOV : Pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin kini bebas selepas Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan beliau daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA yang diputuskan ekoran permohonan habeas corpus dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan ISA selama dua tahun sudah pun tamat.

Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 membebaskan Raja Petra yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Awal September lalu,Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra.

Oleh itu ,Arifin yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra.

Apabila ditanya oleh Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra Tun Majid menjawab "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui " .

Ketika itu peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telah pun tamat.

"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun " katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010 Pada 7 November 2008 Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008 .

PEMUDA PEKEMBAR BEREBUT JAWATAN KP UMNO

Posted: 31 Oct 2010 07:25 PM PDT


Dengar citer Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata senarai akhir calon untuk menggantikan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali sudah dikenal pasti dan sedang dihalusi KJ.

Haji Megat Zulkarnain Omar Din, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang juga seorang EXCO Pemuda Malaysia dikatakan berada dalam top ranking. Megat yang berjaya tonjolkan pidato dengan baik pada Persidangan Pemuda di PAU dilihat sebagai calon febret febret.
Ditempat kedua pula dikatakan Safarizul Mustaffa, beliau kini merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor. Safarizul seorang yang agresif sering mendahului Suhaimi dalam pelbagai program UMNO dalam negeri Selangor termasuk menganjurkan demonstarasi bantahan dalam di Selangor.

Calon ketiga Ungku Salleh Ungku Jamal Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang. Beliau merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perhubungan Negeri Selangor, Datuk Noh Omar. ada kelebihan kot!
Walaubagaimanapun , wahai penyokong tegar Pemuda UMNO/PEKEMBAR Selangor bahawa perjuangan UMNO/PEKEMBAR sudah hambar.

CALON BN KENA BUKTIKAN TAAT SETIA DENGAN SATU BAHASA!

Posted: 31 Oct 2010 06:19 PM PDT

Apalah guna sebagai rakyat Malaysia tanpa berbahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
Apatah lagi sebagai wakil rakyat, memang bengong kalau penguundi Batu sapi memilih calon yang tidak hormatkan Bahasa Melayu. Dimana pejuang Melayu ... PERKASA?
Ingatlah sepatutnya seorang calon boleh kantoi semasa penamaan calon lagi.
Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

PM MC ! DOAKAN CEPAT SEMBUH

Posted: 31 Oct 2010 03:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya. - BERNAMA

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 01 Nov 2010 03:07 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


AWAS, bahaya sosej

Posted: 01 Nov 2010 10:50 AM PDT

Perkara yang kita tak tahu mengenai sosej

Sosej adalah makanan yang diperbuat daripada daging, garam, rempah ratus dan cili...tetapi pengeluar biasanya kalau nak sedap tambahkan 2 cawan darah babi...kembang tekak.

Cara tradisional bikin sosej (Source: Wikipedia)

Apakah sosej di Malaysia pun dibuat dari benda haram seperti darah, daging babi beserta komponen dalamannya?

Kajian Universiti Harvard menunjukkan penyakit jantung dan diabetes akan mudah terkena kepada penggemar sosej.

More Infographics.




Tahniah Yayasan Amal Negeri Sembilan

Posted: 01 Nov 2010 09:08 AM PDT


Dalam buku program tertera nama Yayasan Amal. tahniah, klik untuk besarkan.


Kluang : Sempena Sambutan Hari jabatan Penjara Malaysia 2010 yang diadakan di Penjara Kluang yang ana hadiri mewakili Yayasan Amal Negeri Sembilan yang menerima anugerah khas NGO/Swasta dalam program pemulihan.

Banyak peluang pemulihan diambil kesempatan oleh persatuan kristian dari Chatolic yang memberi ceramah dan kelas agama yang turut mendapat anugerah.

Majlis sepatutnya dirasmikan oleh Dato Hishamudin Tun Husin tetapi dirasmikan oleh timbalan menteri KDN Dato Lee Chee Leong (yang tak fasih cakap Melayu) menyebabkan hadirin mengantuk.

Perbarisan kawad kaki dan brass band memeriahkan majlis, tahniah dan smat. tapi koir yang menyanyikan lagu 'Allah peliharakan Sultan Johor' memang sumbang.

Point penting dalam ucapan perasmian yang boleh diambil ialah "hakikatnya bukan berapa banyak penjara yang kita boleh bina, tetapi berapa penghuninya yang kita boleh pulihkan dan menjadi anggota masyarakat yang baik selepas keluar" - lebih kurang begitulah maksudnya.

Penjara Kluang berada di Parlimen Sembrong menjadi tuan rumah hari Jabatan Penjara 2010 kali ini. Yang menjengkelkan ana ialah tunggu punya tunggu untuk dipanggil menerima anugerah, tapi sampai habis majlis langsung tak panggil pun.

Bertepatan dengan slogan Amal kerana Allah, tak kisah walaupun tak terima anugerah, hadiah bukan matlamat kita, biar Allah SWT yang membalas dengan Janntul Firdaus, yang penting kita komited untuk hadir dan bersama membantu dalam kerja kebajikan .

Ada majlis MOU Jabatan Penjara dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah bekerjasama dalam pembuatan songket. Lepas majlis perasmian terus sahaja balik tanpa menjamah jamuan yang disediakan.

Geran tanah kurnia

Posted: 01 Nov 2010 08:23 AM PDT

Nik Aziz: Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah - MInsider

GUA MUSANG, 1 Nov – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.

Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS (gambar) menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

"Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).

"Kita tidak suka cakap kosong," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini.

Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk.

Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin.

"Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah).

"Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya.

"Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja," katanya.

Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan.

"Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli.

"Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan," katanya.

Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.

Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Jom turun bantu mangsa bah

Posted: 01 Nov 2010 08:16 AM PDT


Amaran hujan lebat di timur, utara Semenanjung

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. – Bernama

Laporan audit dedah kepincangan

Posted: 01 Nov 2010 08:10 AM PDT

Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja - Mkini


Apabila Laporan Ketua Audit Negara 2009 dikeluarkan minggu lalu, pelbagai kepincangan dalam perkhidmatan awam yang membabitkan wang rakyat oleh kerajaan didedahkan.

Daripada papan tanda menunjukkan arah tandas berharga RM871 yang dibayar oleh Majlis Perbandaran Bentong hingga projek tergendala yang menelan kerugian perbelanjaan jutaan ringgit - tidak ada yang terlalu kecil kepada Jabatan Audit Negara.

NONEDi sebalik pendedahan semua itu, kekuatan dan teraju di belakangnya tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Audit Negara sendiri - Tan Sri Ambrin Buang.

Pejabatnya di Putrajaya bertimbun dengan kenyataan kewangan negeri-negeri, kementerian dan agensi kerajaan yang sesetengahnya membabitkan pelbagai bayaran yang 'agak merapu' pernah disaksikan.

Buat kali pertamanya, Malaysiakini berjaya menemubual Ambrin, baru-baru ini di mana beliau bercakap mengenai campur tangan politi, kakitangan awam dan bahaya kesihatan pekerjaan.

Berikut petikan temuramah itu.

S: Jadi, bagaimana proses audit setiap tahun?

J: Terdapat tiga jenis audit atau laporan yang perlu diterbitkan, audit pembuktian atau pengakusaksian, audit pematuhan dan audit prestasi.

Dalam audit pengakusaksian, ia berhubung kenyataan kewangan oleh badan berkanun atau syarikat kerajaan disediakan mengikut piawaian perakuana. Jika ia menepati piawaian, mereka diberikan sijil bersih. Jika tidak, mereka mendapat sijil layak tetapi ada yang beranggapan ia sebagai teguran.

Jika anda mendapat hanya sijil layak, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan cara akaun disediakan.

Jadi bagaiamana projek-projek dipilih?

NONEKami mengambil banyak perkara untuk pertimbangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan lombong pasir (kedua-duanya dimuatkan dalam laporan 2009). Perkara ini adalah kepentingan umum. Meskipun media membuat siasatan sendiri, kami juga menjalankan penyisatan sendiri. Mungkin kami meliputi perkara yang tidak diliputi. Kami cuba berlaku adil tetapi menjalankannya secara rawak. Ada kalanya kami mendapati panggilan dan cadangan untuk siasatan.

Bagaimana pula kes yang menjadi tajuk utama seperti kes enjin jet yang hilang dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang juga muncul tahun lalu?

Seperti enjin jet, ia dilaporkan dan disiasat oleh polis dan Jawatankuasa Kira-kira Awam. Oleh kerana sudah ada orang menyiasat, biarkan mereka kerana sesetengah siasatan itu memerlukan kaedah forensik.

Ia adalah tindakan jenayah. Bila sesetengah benda hilang, kita kena maklumkan kepada polis. Jadi ada perkara yang mereka dilengkapi dengan baik untuk menjalankan tugas, jadi mengapa membazir sumber tenaga saya?

Kita tidak membuat andaian. Kita tidak anggap seseorang itu bersalah hanya kerana seseorang membuat tuduhan. Kita tidak bertindak cara itu. Setiap perkara mesti disiasat oleh pihak berkecuali. Seperti 'barang' Kementerian Pertahanan, ia mesti disiasat oleh polis.

[Baca berita penuh]

Qurban di Sudan

Posted: 01 Nov 2010 07:54 AM PDT


Cikgu Husin

Misi kemanusiaan Yayasan Amal di Kassala, Sudan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan melaksanakan misi kemanusiaan di Kassala, Sudan dari 15 November hingga 20 November akan datang bersempena sambutan Aidiladha.

Misi kemanusiaan bagi membantu pelarian Eritrea di bandar sempadan Sudan itu akan disertai 15 anggota termasuk pegawai perubatan.

Amal Malaysia juga akan melaksanakan ibadah korban di khemah-khemah pelarian Islam di Kassala sepanjang berada di wilayah sempadan Sudan itu.

Presidennya, Husin Ismail ketika menghubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mensasarkan 50 ekor lembu bagi ibadah korban itu dan setakat ini berjaya mengumpulkan 20 ekor lembu bagi tujuan tersebut.

"Bagi program ibadah korban kita menetapkan RM295 untuk satu bahagian lembu dan RM500 untuk seekor kambing," jelasnya.

Sehubungan itu beliau mempelawa orang ramai yang berminat menyertai program ibadah korban bagi pelarian Eritrea di Sudan menghubungi Amal Malaysia di talian 019-951 1860 (Cikgu Husin) dan 019-664 4796 (Jamuluddin).

Kini terdapat 116,000 pelarian Eritrea di wilayah Sudan ekoran konflik etnik, politik dan agama di negara pinggir Laut Merah itu. Ia mewakili jumlah terbesar pelarian di wilayah Sudan.

Sudan turut menampung 25,000 pelarian dari Chad, Ethiopia (11,000), Uganda (7,800) dan Republik Afrika Tengah (5,000) selain konflik dalaman di wilayah Darfur yang membabitkan lebih 5.3 juta penduduknya.

Awang Selamat TAKUT guna nama sebenar

Posted: 01 Nov 2010 07:33 AM PDT


Tuduhan Utusan seperti penembak curi - DAP
Hazayani Zakaria - harakah

KUALA LUMPUR, 1 Nov: DAP hari ini mencabar wakil daripada akhbar Utusan Malaysia untuk berdebat secara terbuka berhubung tulisan akhbar berkenaan menggunakan kolum Awang Selamat bertajuk DAP dan Melayu.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Utusan boleh diwakili oleh sesiapa sahaja sebagai 'Awang Selamat' untuk perbahasan mengenai desakan-desakan Utusan dan Umno mengenai isu berkenaan.

Beliau menyifatkan Utusan yang dimiliki Umno semakin melampau membuat serangan terhadap DAP melalui tulisan-tulisannya.

"Penyerangan mereka termsuklah penyerangan terhadap Kerajaan Pulau Pinang atas dasar kebajikan, pengambil alihan tanah untuk membina hub pendidikan, isu penjaja-penjaja dan lain-lain perkara di mana kami dituduh menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang.

"Utusan Malaysia juga telah menyerang bertubi-tubi terhadap pemimpin DAP yang lain termasuklah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang difitnah memberikan tazkirah dalam surau, dan juga saya sendiri yang dikatakan berniat untuk menghapuskan hak diskaun beli rumah bumiputera," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mingguan Malaysia semalam menyiarkan tulisan Awang Selamat yang menuduh DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

Tony juga berkata, penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak sepatutnya menyembunyikan diri mereka yang sebenar di belakang nama pena dan meluahkan pelbagai tuduhan tanpa asas seperti penembak curi.

"Kami ingin memberikan peluang terbuka kepada pihak Utusan Malaysia untuk membela pendirian mereka seperti hulubalang kaum yang tulen, dan bukannya bertindak sebagai pengecut apabila menghadapi cabaran," katanya yang ditemani ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong.

Tegasnya, DAP berani membuktikan bahawa mereka tidak rasis, sebaliknya bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menambahbaikkan nasib orang Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di negeri lain yang sebahagian daripada kerajaan daripada DAP.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak Utusan berani untuk berhadapan dengan DAP yang dianggap musuh utama mereka.

"Pembahasan ini boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) ataupun TV3 dan format pembahasan boleh dipersetujui sebelum acara tersebut. Kami sedia menunggu berita baik daripada pihak Utusan Malaysia," katanya.

Nota : padanlah akhbar utusan pun tak berapa laku sekarang... berlonggok kat kedai suratkhabar sampai petang...

Kapitalis sewa

Posted: 01 Nov 2010 07:23 AM PDT


JANGAN SEWA KEPADA PENDATANG - melayau

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, k Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengingatkan peniaga dan penjaja tempatan supaya tidak menyewakan lesen kepada warga asing.

Menurutnya, lesen yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sebenarnya adalah peluang untuk mereka mencari rezeki secara sah dan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Dulu peniaga Melayu dikatakan selalu menjualkan lesen kepada orang Cina, sekarang tidak kira peniaga Melayu atau Cina, ada yang suka jual atau sewa lesen kepada warga asing.

"Jika berlaku lambakan peniaga warga asing ini, nanti kita akan ada juga Little Myanmar, Bangladesh dan sebagainya sebab jumlah mereka sudah terlalu ramai.

"Kita perlu hentikan segera tindakan sia-sia ini dan mereka yang dikesan melakukannya akan dibatalkan lesen yang diberikan dengan serta-merta," katanya.

TT kata

nota:
inilah yang dipanggil rentier capitalist
atau kapitalis pemungut sewa. ini adalah sebahagian
dari hukum dan ciri ciri sistem kapitalsima. tak ada
pemungut sewa ini maka kapitalisma tak boleh wujud.
pemungut sewa ini hidup diatas tenaga dan kerja orang
lain – kalau di chow kit semua warong telah diambil alih
oleh orang indon – kalau di jalan petaling telah diambil
oleh bangla dan nepal – kalau di pasar selayang telah
di ambil alih oleh orang burma.

ini hukum sistem ekonomi kapitalis. siapa jual tenaga kerja
murah maka mereka akan dilanggan. sistem kapitalis
tidak ada bangsa – tidak ada agama – tidak sifat kebangsaan –
hanya satu : untuk dapat untung maksima.

apa yang sedang berlaku ini dari pandangan mikro
dalam ekonomi sistem kapitalis

dalam pandangan makro yang lebih luas juga kerajaan
gerombolan juga mengamalkan sikap yang sama –
contohnya : tesco – carrefour, giant , mekdogal,
kentuki friek fak , avis rent a car –

yang ini bukan pendatang?
apa mereka ini semua datang dari jemapoh ?

ini juga rentier capitalist - yang memungut cukai
di sini ialah gerombolan sendiri - beberapa gedebe
gerombolan diberi saham lalu syarikat syarikat ini
buka perniagaan

persoalan yang sama timbul kenapa kerajaan sendiri
menjadi rentier kapitalis – memungut cukai – kenapa tidak
buat kan undang undang hanya warga sahaja yang boleh berjula beli
dalam negara ini - gedung gedung membeli belah ini
membunuh kedai kedai tempatan – membunuh kedai kedai kecil

kenapa yang di pasar selayang nampak?
kenapa yang di pasar chow kit nampak?
kenapa yang di jalan petaling nampak ?
yang besar tersergam macam gergasi tak nampak?
tak nampak tesco?
tak nampak carrefour?
takl nampak giant?
bangang sangat ke ? kah kah kah

nota:
cakap macam ini timbul kerana
tetiba brickfileld jadi little india ?
pasal apa jadi india pulak?
ini malaysia ?
di india tak ada pun little malaysia atau little melayu
cakap ketuanan melayu kah kah kah

Kamparin

Posted: 01 Nov 2010 01:38 PM PDT

Kamparin


PRK GALAS

Posted: 31 Oct 2010 11:40 PM PDT

Asalamualaikum Salam sejahtera!

PRK Galas menyaksikan SPR menetapkan tarikh penamaan calun pada hari selasa(26/10) dan hari membuang undi pada hari khamis(04/11). Ini bermakna sekitar 450 pengundi berdaftar di Galas yg berkerja di luar negeri sprt  di Johor, KL, Putrajaya, Singapura, Ipoh dll.

Berbeza di masa lampau tarikh penamaan calun serta membuang undi di buat pada hari cuti hujung minggu bagi membenarkan dan memudahkan pengundi membuang undi. Namun di Galas agak berbeza kerana kemudahan sedemikian tidak diambil kira oleh SPR.

Biarpun pengundi diluar yang berdaftar mahu bertungkus lumus balik ke Gua Musang, namun tak dapat samada majikan(kerajaan dan swasta) tidak memberi kelulusan cuti. Ada diantara pengundi terpaksa tidak bergaji sejumlah hari mereka bercuti. Maka untuk itu terpaksa pula usaha dibuat bagi menampong kos pengundi yg tak dibayar gaji semata-mata mereka bercuti kerana pulang ke Galas untuk mengundi.

Dalam konteks ini bantuan berupa imbuhan RM250.00 seorang pengundi yg membuktikan mereka hilang gaji atau terpaksa bayar tambang dll kos, maka Pengarah PRK Galas  Ust Haji Abd Halim  mengumumkan imbuhan atau sumbangan RM250.00 seorang pengundi amat-amat dihargai dan disanjungi. Ini akan memudahkan pengundi. Maka diharapkan  SPR lain kali tidak mengadakan hari pembuangan undi pada hari kerja. Ini akan jauh lebih memudahkan pengundi dan menghormati hak bagi setiap pengundi menanmpongb kos perjalanan, tol dll.

Diharapkan perbelanjaan besar penyokong persatuan bola sepak kelantan yang menang 2-1 dengan N9 pada 30 okt, pergi ke Stadium Bukit Jalil dapat pulangan dengan calun PR Dr. Zulkifli Mohammad menang pada  4 Nov nanti, InshaAllah.

 

 

PEMUDA BESUT

Posted: 01 Nov 2010 01:05 PM PDT

PEMUDA BESUT


Syarikat Keluarga Osama, Bin Ladin Group Kontraktor Utama Pembesaran Masjid al-Haram

Posted: 31 Oct 2010 04:43 PM PDT

Makkah - Walaupun Osama yang didakwa menjadi ketua kumpulan al-qaeda terus diburu, ditanah tumpah darahnya, syarikat milik keluarga beliau, Bin Laden Group terus mendapat kepercayaan pemerintah Saudi.

Bin Laden Group dilantik sebagai kontraktor utama bagi pembinaan perluasan Masjid a-Haram oleh Raja Abdullah, dengan keseluruhan projek bernilai SR6.65 bilion (RM6 bilion).

Projek terbaru permodenan bandaraya Makkah itu seluas 'sayup panjangnya' sehingga lingkaran lebuhraya di utara Masjid al-Haram dan melebar ke barat sehingga Jalan Bukit Kaabah.


Pembesaran 'serambi utara' Masjid al-Haram seluas 3 juta meter persegi mencakupi pembinaan beberapa hotel dan kemudahan penginapan, pusat perdagangan dan kemudahan awam, dijangka dapat menempatkan 'tetamu' seramai 250,000 orang.

Selain itu pembesaran ruang ibadat masjid al-haram tersebut dijangka dapat menampung jamaah tambahan seramai 400,000 orang.

Project tersebut pula akan disambung dengan 'Mercu Tanda' Makkah yang baru menjadi 'Sentral' kepada Metro Makkah, rangkaian perkhidmatan 'monorel' sepanjang 20km menghubungkan Masjid al-Haram dengan Mina, Pdang Arafah dan Muzdalifah.

Bersambung........

Gambar : Final Piala Malaysia,Bendera Bulan Kuasai Bukit Jalil

Posted: 31 Oct 2010 04:53 AM PDT

Tahniah !!! anak muda bersama Pas,saksikan :












Gambar dari berbagai sumber di Facebook,kredit untuk pemilik DISINI,SINI ,SINI dan DISINI...

PRK Batu Sapi – Bagaimana Seorang Yang Tak Tahu Bahasa Malaysia Berhujah Di Parlimen.

Posted: 31 Oct 2010 04:45 AM PDT




Adik Perempuan Teoh Beng Hock Ditahan, Undi Masyarakat Cina Akan Pergi Ke PAS

Posted: 30 Oct 2010 07:28 PM PDT

>

Adik Teoh Beng Hock ditahan di Galas

Pihak polis menahan adik perempuan Teoh Beng Hock atas dakwaan terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Galas.

Supt Maszely Minhad daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang dan beberapa pegawainya menahan Lee Lan dan tiga lagi anggota kumpulan 'Malaysians for Beng Hock' di Kampung Baru Gua Musang.

Kumpulan itu, yang tiba di Galas semalam bagi "mencari keadilan" atas kematian Teoh - pembantu kepada seorang pemimpin DAP - dipercayai mengedarkan risalah berhubung kes mangsa kematian dalam tahanan polis tengah hari tadi.


Malam semalam dilaporkan abang ipar Teoh Beng Hock mendakwa dirinya diserang ketika cuba mendekati Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, di satu majlis di Gua Musang, Kelantan.

Soh Cher Hai, mendakwa dia ditolak dengan kasar dipercayai oleh ahli MCA sehingga terjatuh, apabila timbalan menteri itu enggan menemuinya untuk menyatakan sesuatu.

Cher Hai membuat laporan di IPD Gua Musang.

Tindakan-tindakan melampau tersebut dilihat akan memberikan impak negatif kepada BN di mana simpati masyarakat Cina terhadap mereka ekoran kekejaman polis itu akan menambahkan undi calon PAS di Galas. SUMBER

Biadab !!! Bekas Calon BN Tengking,Enggan Bersalam Dengan Tok Guru Nik Aziz

Posted: 29 Oct 2010 07:17 PM PDT

Haji Omar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar
Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.
"Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.
Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.Hrkh

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Nov 2010 12:52 PM PDT

Batu Gajah Mari


GAMBAR: Dr Hatta bersama-sama membantu menaikkan bendera gergasi PAS

Posted: 01 Nov 2010 07:05 AM PDT



lensa kamera Batu Gajah Mari

Sedang bersemangat para petugas menaikkan bendera 'gergasi' PAS, mereka terkejut dengan kedatangan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Beliau bersama-sama membantu menaikkan bendera 'gergasi' tersebut sehingga dapat mengibar dengan megah di udara. Inilah pemimpin yang diingini.


Dr Hatta mengikat tali bendera






beramal kerana Allah




bendera berjaya dinaikkan

berkibar dengan megah


penyokong PAS tidak ketinggalan bergambar




Tokoh veteran UMNO keluar parti

Posted: 01 Nov 2010 06:53 AM PDT

oleh:MSO Melayu

APABILA saya postingkan berita mengenai desas desus seorang tokoh Umno Kelantan akan keluar parti dengan menampilkan gambarnya dalam keadaan gelap, ramai orang bertanya dan tercari-cari siapakah gerangan orang itu. Ada yang membuat berbagai spekulasi mengenai tokoh berkenaan. Ada juga yang sudah dapat menekanya dengan tepat.

Beberapa nama disebut dan dikaitkan dengan rumours berkenaan. Kerana gambar yang ditampilkan itu gelap maka ramailah membuat andaian dalam gelap. Ada juga penjenguk membuat tuduhan ia sebagai spekulasi atau gimik saja. Tetapi tidak kurang juga yang menanti dan merasakan apa yang saya postingkan itu sebagai benar. Hari ini gambar itu saya terangkan.

Hari ini, tepat jam 10:45 pagi tadi apa yang dituliskan itu benar, seorang tokoh Umno Kelantan telah menghantar surat keluar dari parti berkenaan. Sang tokoh itu ialah Mohd Soberi Shafi dari Cawangan Kubang Mas, bahagian Ketereh Kelantan. Siapa yang tidak kenal Soberi? Beliau adalah seorang penggerak parti yang dikenali baik oleh kawan dan lawan. Seorang yang setia dan menjadi 'budak suruhan' kepada bekas Ketua Penerangan Malaysia, Tan Sri Hussein Ahmad.

Bagi mereka yang tidak 'berkenan' dengan Soberi menganggap pengumuman beliau hari ini tidak mengejutkan. Mungkin ada merasakan ia baik bagi membersihkan Umno dari orang sepertinya. Mereka menganggap Soberi adalah sampah di dalam mata, walaupun kecil tetapi kehadirannya menyebabkan mata untuk berkelip tidak selesa.

Makanya tindakan Soberi itu disambut sebagai orang mengantuk disorong bantal, terutama mereka yang dengki dengan beliau dan sudah lama mengasah golok untuk memancungnya terutama di kawasan Ketereh.

Tetapi sebaliknya bagi mereka yang mengenali dan tahu pengorbanan beliau di dalam parti berkenaan merasa terkedu dengan tindakan beliau itu. Bagi mereka tindakan Soberi itu merugikan Umno dan boleh menjejaskan tumpuan UBN di Galas.

Bagi mereka yang tahu menilai jasa dan baktinya akan merasakan Soberi memberi sumbangan besar kepada parti. Kalaupun jasanya tidak sebesar Tuanku Abdul Rahman atau Tun Razak rasanya dia lebih berjasa dan perananya lebih signifiken dalam Umno berbanding dengan orang lain sebaya dengannya.

Sebenarnya apa yang dilakukan Soberi selama beliau berada dalam Umno belum tentu sedia dipikul oleh oleh ahli yang lain. Soberi seorang yang setia kepada parti dan patuh kepada arahan ketua. Beliau bekerja dengan semangat tanpa mengharap apa-apa imbuhan dari parti. Baginya bekerja untuk parti dan tidak memikirkan apakah keuntungan peribadi dirinya.

Penglibatan atau jasa besar Soberi yang tidak diketahui ramai ialah semasa beliau berkawan dan bekerja dengan Hussein Ahmad. Beliau berkawan atau bekerja dengan Hussein sejak beliau belum aktif dalam Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sekitar akhir tahun 70-an. Beliau bersama Hussein ketika Hussein menjadi Ketua Persatuan Penulis Kelantan. Kerja-kerja psywar Hussein banyak dibantu olehnya.

Semasa Umno diharamkan dalam tahun 1987 beliaulah orang yang menjaga dan mengawal fail Umno di Ibu Pejabat Umno di PWTC. Ketika itu beliau menjadi Pegawai Khas kepada Hussein Ahmad. Siapa yang mahu bersetia dengan Umno yang dalam keadaan krtikal semasa itu. Beliaulah satu-satu anak muda dari Kelantan yang menyerahkan batang tubuhnya demi Umno.

Selama Umno dalam keadaan kritikal itu beliau berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hujung minggu beliau pulang ke Kelantan, manakala awal pagi Isnin beliau akan tercegak di Ibu Pejabat Umno. Tugas beliau di ibu pejabat itu nampak senang, hanya menjaga ibu pejabat Umno berkenaan. Tetapi ia mempunyai risiko besar kerana semua fail dan dokumen penting di ibu pejabat Umno itu dikawal olehnya. Tugas itu juga memerlukan orang yang benar ikhas dan setia.

Tugas itu mungkin kecil kepada sesetengah pemimpin Umno hari ini. Malahan baik Muhyiddin Yassin, Najib Razak, Zahid Hamidi hatta Anwar Ibrahim sendiri dan lain-lain tiak pun tahu akan tugas maha penting yang diamanahkan kepadanya. Tetapi sayang tugas dan tanggungjawab beliau itu seakan tidak pernah dikenang. Selepas saja Umno kembali pulih beliau dilupakan begitu saja.

Soberi bukan seorang mengejar kedudukan dan pengkat. Baginya pangkat dan kedudukan hanya kebetulan saja. Baginya yang penting berkhidmat kepada parti. Beliau bukan seorang oportunis yang menanti buah yang sudah ranum. Dia seorang pekerja yang rajin. Jika boleh diibaratkan beliau seperti seekor beruk yang kerjanya memanjat pokok kelapa tidak lebih dari itu. Tengkuknya dijerat tali dan dia akan naik bila disuruh naik dan akan turun bila disuruh turun. Beliau akan bekerja walaupun tidak diberi makan dan minum. Beliau tidak akan 'hingguk' selongen atau menerkam tuan walaupun lapar.

Tetapi kenapa beliau akhirnya keluar dari Umno? Kenapa hari ini tiba-tiba beliau menghingguk selongen? Seperti mana jelasnya dalam sidang akhbar siang tadi beliau kecewa dengan Umno. Kekecewaanya bukan kerana kalah dalam pertandingan atau tidak diberikan kekayaan seperti orang lain, tetapi kecewa kerana tiada perubahan di dalam Umno walaupun Presiden parti beriya mahukan perubahan.

"Saya mengambil keputusan ini kerana kecewa dengan amalan yang berlaku dalam Umno hari ini yang tidak bingkas kepada kehendak Presiden parti," katanya. Menurutnya presiden parti telah berusaha keras untuk merubahkan atau melakukan transformasi ke atas Umno termasuk menukar budaya kronisme dan nepitome tetapi nampaknya hanya sia-sia saja.

"Jadi biarlah saya keluar dari Umno kerana saya tidak mahu kecewa." katanya. soberi merujuk kekecewaan itu kerana usahanya untuk memperbaiki parti dinafikan ini termasuklah tidak memberi peranan sewajarnya kepada beliau untuk berkhidmat dengan parti.

Tindakan itu juga katanya berlaku kepada mereka yang lain. Manakala sikap pilih bulu terus diamalkan dalam Umno di mana budaya ini menyebabkan Umno masih kekal ditakuk lama.

Memahami apa yang tersendak di dalam hati Soberi itu, keputusan dibuat itu kerana sangat kesal dengan sikap tidak mahu berubah dikalangan pemimpin parti berkenaan. Di sini Soberi merasakan usaha presiden itu sia-sia saja kerana tidak diambut oleh ahli. Jadi keadaan itulah mengecewakannya dan menjadi antara sebab kenapa beliau merasakan tidak perlu lagi berada dalam parti yang tidak sedia untuk berubah.

Sepanjang menjadi ahli Umno Soberi juga telah memegang berbagai jawatan dari peringkat bawah hingga peringkat nasional. Antaranya ialah beliau pernah menjadi setiausaha kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan (1980 - 1986), Ketua Pemuda Bahagian Peringat (Ketereh) 1993. Ahlijawatankuasa Umno Bahagian Ketereh (2005 - 2008), ahli Biro Antarabangsa Pegerakan Pemuda Umno Malaysia, AJK Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan lain-lain.

Dalam tahun 1996 beliau diberi amanah oleh parti bertanding dikerusi Dun Kadak tetapi kalah.

Ditanya apakah tindakannya selas ini dan parti mana yang akan disertai, Soberi menjelaskan buat masa ini beliau belum memikirkannya lagi. Bagaimana pun sebagai seorang pejuang beliau tidak akan menolak akan meneruskan perjuangan. Sementara itu difahamkan tindakan beliau keluar Umno hari ini adalah permulaan kepada satu grand design kepada satu perubahan yang turut melibatkan Umno Kelantan.

Waaupun beliau cuba menafikannya, tetapi dari sumber dipercayai pertemuan beliau dengan sekurang-kurangnya tidak ketua bahagian Umno dan empat timbalan ketua bahagian Umno Kelantan di ibu negara beberapa hari lalu memberi erti dan natijah tersendiri ke atas apa yang diambil hari ini. Ada sumber mengatakan tindakan beliau meninggal Umno terilham selepas pertemuan berkenaan? [wm.kl. 4:00 pm 01/11/10]

Tokoh veteran UMNO keluar parti

Posted: 01 Nov 2010 06:53 AM PDT

APABILA saya postingkan berita mengenai desas desus seorang tokoh Umno Kelantan akan keluar parti dengan menampilkan gambarnya dalam keadaan gelap, ramai orang bertanya dan tercari-cari siapakah gerangan orang itu. Ada yang membuat berbagai spekulasi mengenai tokoh berkenaan. Ada juga yang sudah dapat menekanya dengan tepat.

Beberapa nama disebut dan dikaitkan dengan rumours berkenaan. Kerana gambar yang ditampilkan itu gelap maka ramailah membuat andaian dalam gelap. Ada juga penjenguk membuat tuduhan ia sebagai spekulasi atau gimik saja. Tetapi tidak kurang juga yang menanti dan merasakan apa yang saya postingkan itu sebagai benar. Hari ini gambar itu saya terangkan.

Hari ini, tepat jam 10:45 pagi tadi apa yang dituliskan itu benar, seorang tokoh Umno Kelantan telah menghantar surat keluar dari parti berkenaan. Sang tokoh itu ialah Mohd Soberi Shafi dari Cawangan Kubang Mas, bahagian Ketereh Kelantan. Siapa yang tidak kenal Soberi? Beliau adalah seorang penggerak parti yang dikenali baik oleh kawan dan lawan. Seorang yang setia dan menjadi 'budak suruhan' kepada bekas Ketua Penerangan Malaysia, Tan Sri Hussein Ahmad.

Bagi mereka yang tidak 'berkenan' dengan Soberi menganggap pengumuman beliau hari ini tidak mengejutkan. Mungkin ada merasakan ia baik bagi membersihkan Umno dari orang sepertinya. Mereka menganggap Soberi adalah sampah di dalam mata, walaupun kecil tetapi kehadirannya menyebabkan mata untuk berkelip tidak selesa.

Makanya tindakan Soberi itu disambut sebagai orang mengantuk disorong bantal, terutama mereka yang dengki dengan beliau dan sudah lama mengasah golok untuk memancungnya terutama di kawasan Ketereh.

Tetapi sebaliknya bagi mereka yang mengenali dan tahu pengorbanan beliau di dalam parti berkenaan merasa terkedu dengan tindakan beliau itu. Bagi mereka tindakan Soberi itu merugikan Umno dan boleh menjejaskan tumpuan UBN di Galas.

Bagi mereka yang tahu menilai jasa dan baktinya akan merasakan Soberi memberi sumbangan besar kepada parti. Kalaupun jasanya tidak sebesar Tuanku Abdul Rahman atau Tun Razak rasanya dia lebih berjasa dan perananya lebih signifiken dalam Umno berbanding dengan orang lain sebaya dengannya.

Sebenarnya apa yang dilakukan Soberi selama beliau berada dalam Umno belum tentu sedia dipikul oleh oleh ahli yang lain. Soberi seorang yang setia kepada parti dan patuh kepada arahan ketua. Beliau bekerja dengan semangat tanpa mengharap apa-apa imbuhan dari parti. Baginya bekerja untuk parti dan tidak memikirkan apakah keuntungan peribadi dirinya.

Penglibatan atau jasa besar Soberi yang tidak diketahui ramai ialah semasa beliau berkawan dan bekerja dengan Hussein Ahmad. Beliau berkawan atau bekerja dengan Hussein sejak beliau belum aktif dalam Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sekitar akhir tahun 70-an. Beliau bersama Hussein ketika Hussein menjadi Ketua Persatuan Penulis Kelantan. Kerja-kerja psywar Hussein banyak dibantu olehnya.

Semasa Umno diharamkan dalam tahun 1987 beliaulah orang yang menjaga dan mengawal fail Umno di Ibu Pejabat Umno di PWTC. Ketika itu beliau menjadi Pegawai Khas kepada Hussein Ahmad. Siapa yang mahu bersetia dengan Umno yang dalam keadaan krtikal semasa itu. Beliaulah satu-satu anak muda dari Kelantan yang menyerahkan batang tubuhnya demi Umno.

Selama Umno dalam keadaan kritikal itu beliau berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hujung minggu beliau pulang ke Kelantan, manakala awal pagi Isnin beliau akan tercegak di Ibu Pejabat Umno. Tugas beliau di ibu pejabat itu nampak senang, hanya menjaga ibu pejabat Umno berkenaan. Tetapi ia mempunyai risiko besar kerana semua fail dan dokumen penting di ibu pejabat Umno itu dikawal olehnya. Tugas itu juga memerlukan orang yang benar ikhas dan setia.

Tugas itu mungkin kecil kepada sesetengah pemimpin Umno hari ini. Malahan baik Muhyiddin Yassin, Najib Razak, Zahid Hamidi hatta Anwar Ibrahim sendiri dan lain-lain tiak pun tahu akan tugas maha penting yang diamanahkan kepadanya. Tetapi sayang tugas dan tanggungjawab beliau itu seakan tidak pernah dikenang. Selepas saja Umno kembali pulih beliau dilupakan begitu saja.

Soberi bukan seorang mengejar kedudukan dan pengkat. Baginya pangkat dan kedudukan hanya kebetulan saja. Baginya yang penting berkhidmat kepada parti. Beliau bukan seorang oportunis yang menanti buah yang sudah ranum. Dia seorang pekerja yang rajin. Jika boleh diibaratkan beliau seperti seekor beruk yang kerjanya memanjat pokok kelapa tidak lebih dari itu. Tengkuknya dijerat tali dan dia akan naik bila disuruh naik dan akan turun bila disuruh turun. Beliau akan bekerja walaupun tidak diberi makan dan minum. Beliau tidak akan 'hingguk' selongen atau menerkam tuan walaupun lapar.

Tetapi kenapa beliau akhirnya keluar dari Umno? Kenapa hari ini tiba-tiba beliau menghingguk selongen? Seperti mana jelasnya dalam sidang akhbar siang tadi beliau kecewa dengan Umno. Kekecewaanya bukan kerana kalah dalam pertandingan atau tidak diberikan kekayaan seperti orang lain, tetapi kecewa kerana tiada perubahan di dalam Umno walaupun Presiden parti beriya mahukan perubahan.

"Saya mengambil keputusan ini kerana kecewa dengan amalan yang berlaku dalam Umno hari ini yang tidak bingkas kepada kehendak Presiden parti," katanya. Menurutnya presiden parti telah berusaha keras untuk merubahkan atau melakukan transformasi ke atas Umno termasuk menukar budaya kronisme dan nepitome tetapi nampaknya hanya sia-sia saja.

"Jadi biarlah saya keluar dari Umno kerana saya tidak mahu kecewa." katanya. soberi merujuk kekecewaan itu kerana usahanya untuk memperbaiki parti dinafikan ini termasuklah tidak memberi peranan sewajarnya kepada beliau untuk berkhidmat dengan parti.

Tindakan itu juga katanya berlaku kepada mereka yang lain. Manakala sikap pilih bulu terus diamalkan dalam Umno di mana budaya ini menyebabkan Umno masih kekal ditakuk lama.

Memahami apa yang tersendak di dalam hati Soberi itu, keputusan dibuat itu kerana sangat kesal dengan sikap tidak mahu berubah dikalangan pemimpin parti berkenaan. Di sini Soberi merasakan usaha presiden itu sia-sia saja kerana tidak diambut oleh ahli. Jadi keadaan itulah mengecewakannya dan menjadi antara sebab kenapa beliau merasakan tidak perlu lagi berada dalam parti yang tidak sedia untuk berubah.

Sepanjang menjadi ahli Umno Soberi juga telah memegang berbagai jawatan dari peringkat bawah hingga peringkat nasional. Antaranya ialah beliau pernah menjadi setiausaha kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan (1980 - 1986), Ketua Pemuda Bahagian Peringat (Ketereh) 1993. Ahlijawatankuasa Umno Bahagian Ketereh (2005 - 2008), ahli Biro Antarabangsa Pegerakan Pemuda Umno Malaysia, AJK Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan lain-lain.

Dalam tahun 1996 beliau diberi amanah oleh parti bertanding dikerusi Dun Kadak tetapi kalah.

Ditanya apakah tindakannya selas ini dan parti mana yang akan disertai, Soberi menjelaskan buat masa ini beliau belum memikirkannya lagi. Bagaimana pun sebagai seorang pejuang beliau tidak akan menolak akan meneruskan perjuangan. Sementara itu difahamkan tindakan beliau keluar Umno hari ini adalah permulaan kepada satu grand design kepada satu perubahan yang turut melibatkan Umno Kelantan.

Waaupun beliau cuba menafikannya, tetapi dari sumber dipercayai pertemuan beliau dengan sekurang-kurangnya tidak ketua bahagian Umno dan empat timbalan ketua bahagian Umno Kelantan di ibu negara beberapa hari lalu memberi erti dan natijah tersendiri ke atas apa yang diambil hari ini. Ada sumber mengatakan tindakan beliau meninggal Umno terilham selepas pertemuan berkenaan? [wm.kl. 4:00 pm 01/11/10]

Ape deme bagi ambik je, tapi tetap undi bulan!!

Posted: 01 Nov 2010 01:58 AM PDT

GUA MUSANG 31 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN).

Yang penting, menurut beliau ialah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi parti yang membela rakyat tanpa mengira kaum, dan tanpa dibelenggui masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita dengar Umno datang, di kawasan Cina tadi. Saya sebut minta banyak-banyak sikit untuk sekolah Cina mintalah. Bila bagi cek bulan 12 jangan. bagi cek paling lambat 3 haribulan," berucap pada ceramah perdana di Galas.

Menurut Anwar lagi kesediaan Umno-BN untuk menjanjikan wang dan projek harus diterima oleh rakyat.

Namun undi mereka harus diberikan kepada parti yang mahu menegakkan keadilan dan membela rakyat secara berterusan dan bukan hanya pada musim pilihan raya.

"Kita minta sebab di Permatang Pauh pilihan raya kecil, masjid surau yang tak minta pun semua dapat. Paling kurang RM200,000. Jadi kalau ada masjid surau di Galas tak dapat ok kena dapat. Di Sibu semua sekolah Cina dapat. kena minta. Lepas dapat tulis surat terima kasih. Tiga haribulan hari bulan bagi ucap terima kasih. Empat haribulan undi PAS, undi bulan," saran beliau.

Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa pengundi Galas merujuk kepada rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau di Pulau Pinang sebagai bukti Pakatan Rakyat tidak meminggirkan mana-mana kaum.

"Bukti yang tak dapat dinafikan semasa pemerintahan tahun terakhir BN dibawah kawan baik saya, Koh Tsu Koon lah(Pulau Pinang). Dulu dia bagi peruntukan kepada hal ehwal Islam RM12.5 juta. Tahun pertama PKR memerintah kita naikkan kepada RM20.5 juta. Tahun ini naikkan lagi RM24.3 juta lebih besar dari apa yang diberi oleh Khoo Tsu Koon pada 2008," ujar Lim yang turut menangani tuduhan-tuduhan liar Umno dan MCA mengenai kerjasama PAS dan DAP.

"Bila BN mainkan perkauman, dia kata 'itu PAS dikuasai oleh DAP'. Tapi kalau dengar itu MCA, dia cakap 'DAP dikuasai oleh PAS'. siapa kuasa siapa? saya nak beritahu kita tak ada kuasa antara satu sama lain, yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR, yang berkuasa ialah rakyat," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

tvnews

Lensa Kamera BGM: Suasana di Galas

Posted: 31 Oct 2010 11:16 PM PDT

Kini, suasana di Galas amat meriah dengan kedatangan orang ramai dan para petugas pilihanraya terutama petugas Pas. Pelbagai suasana dapat dirakamkan oleh lensa Batu Gajah Mari yang sempat ke sana semalam.

Biarlah gambar berbicara



Gambar Tok Guru terpampang di salah sebuah rumah kaum tionghua



kereta milik tionghua


kualiti bukannya kuantiti


antara banner menarik






Bilik gerakan Pas


Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye turut turun berkempen walaupun sibuk dengan pemilihan parti yang sedang berjalan



Bekas menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng memberi penerangan




antara program diadakan sambil- sambil menonton bola


turut kelihatan kaum muslimah




tudia, pemuda DAP


Adun Air Lanas- YB Ustaz Abdullah Yaacob





di sekitar masjid di Gua Musang


kelihatan ramai muslimah yang hadir

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Nov 2010 12:30 PM PDT

Dupahang's Weblog


Boss ala cakap ow, kena letak itu bendela BN, kalau tilak susah ow lapat itu plojek

Posted: 01 Nov 2010 10:00 AM PDT

Boss cakap kena letak bendera BN, kalau tak lain kali susah dapat projek  “Maka betullah ungkapan bidalan Melayu; “Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Bila ada pilihan raya, maka sibuklah jentera pencacai Barisan Nasional meneruskan agenda menipu rakyat dengan kerja  pembangunan ala Me segera. Janji ditabur, bantuan mencurah2 datang, pelbagai barangan sampai ditanga rumah pengundi…..

Marah Masyarakat Cina sokong PR subsidi baja getah

Posted: 01 Nov 2010 09:53 AM PDT

Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat. Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS. Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan [...]

Berapa harga Terompah Kayu ini?.

Posted: 01 Nov 2010 09:47 AM PDT

oleh: http://www.tranungkite.net/v11/ Apa yang peliknya? Itulah tugas sebenar mereka. Tiada apa yang hendak di hairankan apabila Fathul Bari serta AJKnya dalam “Ulamak” Muda UMNO(ILMI) menempelak pelbagai pihak yang menentang perancangan PMNajib melalui Program Tranformasi Ekonomi(ETP) untuk “mengimarah”kan Malaysia sebagai Pusat Hub Hiburan Malam bagi memacu industri pelancong. Jika kes Rosmah menghina nama Nabi dalam Festival [...]

Jambatan usang pun tak terjaga, kata Anwar

Posted: 01 Nov 2010 09:43 AM PDT

“TARAK GUNA PUNYA KERAJAAN” – ANWAR Jambatan usang pun tak terjaga, kata Anwar Nov 1, 10 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan, [...]

Santa Claus kena ‘Chicken Pox’! Tiada wang besar di PRK

Posted: 31 Oct 2010 05:16 PM PDT

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/   Sudah Nasib Galas & Batu Sapi. Tidak sebagaimana pilihanraya di Sibu, Sarawak yang mencatatkan beratus juta peruntukkan dihamburkan buat pengundi di situ. Najib sendiri beberapa kali turun ke Sibu membahagikan 'mee segera'. Semacam Santa claus menggalas guni membahagikan projek apabila berlakunya setiap kali PRK. Tetapi mungkin tidak berlaku di Batu Sapi dan Galas.  [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Nov 2010 09:31 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS N.Sembilan mengalas tugas di Galas.

Posted: 31 Oct 2010 11:54 PM PDT






1. Markas Besar PAS N.45 Galas Terletak di bandar Gua Musang


2. PAS N.S dan PAS Pasir Puteh menganjurkan tayangan Perdana perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan N.Sembilan di UPU Kg. Batu Papan, Gua Musang



3. Tidak ketinggalan para petugas menyaksikannya.



4. Hampir 30 orang Pemuda Kg. Batu Papan memberi sokongan kepada Pasukan Kelantan.


5. Hj. Ghazali menyampaikan Cenderahati kepada Tuan rumah Pak cik Had dan ucapan terima kasih kepada seluruh keluarga beliau.


6. Hadiah cabutan bertuah kepada Pemuda Kg. Batu Papan


7. Sdr Hassan Tamby memberi ucapan tahniah kepada wakil Pemuda Kg. Batu Papan.


8. Jamuan makan daging kambing salai dan ayam panggang disediakan kepada hadirin.



9. Diantara Petugas PAS Kaswasan dari seluruh N.Sembilan hadir bagi membantu jentera PRK N.45




10. Kerja-kerja gotong royong Petugas PAS NS bersama penduduk mengecat Surau Kg. Batu Papan


11. Taklimat PRK kepada Petugas PAS N.Sembilan


12. Muslimat PAS N.Sembilan sedang berkempen, edar risalah dan ziarah bertemu dengan pengundi-pengundi UPU Kg. Batu Papan. Walaupun UPU Kg. Batu Papan kubu kuat UMNO, PRK yang lalu PAS menang di UPU ini dengan sokongan pengundi-pengundi muda.



13. Kg. Batu Papan berlatar belakang gua batu kapur.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 01 Nov 2010 09:03 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Akhir Piala Malaysia 2010 : Temubual Tuan Guru Nik Aziz di Hot FM

Posted: 31 Oct 2010 10:59 AM PDT

Temubual dari Radio Hot Fm bersama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pesanan buat penyokong dan pemain pasukan Kelantan.. -




atau tonton video di sini :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=456075334270&oid=97137415549




mtdchenderoh

Posted: 01 Nov 2010 07:10 AM PDT

mtdchenderoh


DUIT SUMBER JUDI... UMNO PATUT KUTIP SEMULA DI SELURUH MALAYSIA

Posted: 31 Oct 2010 09:38 AM PDT

Bila kerajaan Pulau Pinang memberikan bantuan kewangan kepada warga emas, UMNO tak senang duduk kerana bimbang rakyat semakin menyokong Pakatan Rakyat. Lalu diperbodoh- bodohkan warga emas di Pulau Pinang bahawa wang bantuan tersebut dari sumber judi. Kemudian dihebahkan ke seluruh negara bahawa golongan yang berjaya diperbodohkan itu memulangkan semula wang tersebut disebabkan termakan hasutan UMNO.

Yang menjadi kemusykilannya kini, ke mana perginya wang yang telah dipulangkan kerana hingga setakat ini kerajaan Pulau Pinang belum pun menerima kembali wang tersebut. Jangan golongan warga emas berkenaan ditipu dua kali sudah.... Yang pasti wang tersebut kini dalam simpanan UMNO... Nasib engkaulah duit...

Keprihatinan UMNO dalam perkara- perkara halal dan haram SECARA TIBA- TIBA tersebut sangatlah terpuji. Tapi bagaimana pulak hasil judi dari kerajaan pusat berjumlah 2.3 bilion pada tahun 2009 dalam akaun kementerian kewangan yang tidak diasingkan?

Bukankah wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam, menyalurkan bantuan- bantuan, serta projek- projek pembangunan?

Apa yang dilakukan UMNO di Pulau Pinang hanyalah sandiwara semata- mata. Keprihatinan tentang soal halal dan haram yang ditunjukkan oleh UMNO hanya menyerlahkan sifat keMUNAFIKan yang telah lama menebal dalam darah daging UMNO itu sendiri.

Jika UMNO benar- benar ikhlas... nah !!! bawaklah tabung tersebut ke seluruh negara agar rakyat Malaysia mengembalikan segala bentuk bantuan dan pemberian kewangan oleh kerajaan pusat kerana jelas segala jenis cukai dan sumber yang haram tidak diasingkan akaunnya.

i n t a n h i j a u

Posted: 01 Nov 2010 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


DIBAYAR RM100 KE MAJLIS 1MALAYSIA DI GALAS / دباير رم100 ک مجليس 1مليسيا د ݢالاس

Posted: 31 Oct 2010 11:13 PM PDT

Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.(malaysiakini)

JANGAN TAKUT UGUTAN UMNO JIKA PANGKAH PAS / جاڠن تاکوت اوݢوتن امنو جک ڤڠکه ڤاس

Posted: 31 Oct 2010 11:00 PM PDT






GUA MUSANG, 1 Nov - Rakyat diminta tidak termakan dengan taktik lama Umno semasa proses mencalit kertas undi pada 4 November ini.

YB Zaki Ibrahim menegaskan perkara itu di hadapan kira-kira 50 orang pengundi di Dun Galas di Tapak Pasar Lama Gua Musang.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, pengundi tetap tidak berganjak untuk mendengar sambil berteduh di bawah bumbung warung berhampiran.

Tegas beliau lagi, dalam keadaan negara demokrasi sebegini, rakyat berhak membuat pilihan dan tidak perlu takut dengan ugutan jentera-jentera Umno yang menggertak mereka dengan pelbagai helah.

"Rakyat jangan tertipu dengan kata-kata bahawa jika memilih PAS, anak-anak mereka bakal tidak mendapat pekerjaan, segala kemudahan ditarik balik, tidak mendapat wang serta pelbagai ugutan lagi."

"Putera, Puteri Umno menakutkan masyarakat dengan mengatakan mereka boleh melihat undi rakyat melalui skrin televisyen."

Perkara ini telah menceroboh keamanan pengundi sehingga mereka takut untuk memangkah PAS, jika mereka mahu. Sekiranya mereka memangkah PAS, mereka takut menghadapi kesukaran-kesurakan di hari-hari seterusnya.

Menurut beliau, ini kerja jahat, menipu orang-orang kampung.

Rakyat juga diingatkan supaya keluar mengundi awal supaya tidak menghadapi masalah terutamanya berhadapan dengan pengundi hantu. Sebelum ini, ada beberapa kes di pilihanraya lepas yang mana apabila mahu mencalit undi, nama dan nombor kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh orang lain. Ini adalah kerja-kerja hantu.

Menurut beliau lagi, satu lagi taktik Umno telah dikenalpasti menipu pengundi. Mereka meminta rakyat menyerahkan kad pengenalan dan memberikan hadiah televisyen, mencuri kad pengenalan dan membuat kad pengenalan palsu.

"Rakyat bebas mengundi parti mana yang mereka mahu. Negara kita negara demokrasi. Tidak perlu takut mempertahankannya. Umno pun jangan takut sangat dengan PAS sampaikan perlu menipu rakyat. Kalau ada kes-kes sebegini, segera lapor pada polis. Sekarang kita berlawan secara baik. Jangan takut sangat kepada PAS sampai membuat taktik-taktik khianat."

Beliau turut meminta Umno meyemak janji-janji yang mereka taburkan kepada rakyat di kempen-kempen pilihanraya mereka. "Di Manek Urai, mereka berjanji untuk membina jambatan menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai baru. Sehingga kini tapak tanah pun belum ditetapkan lagi, malah rundingan dengan kerajaan negeri pun belum mereka buat. Pengundi-pengundi di peti undi Manek Urai lama banyak yang kena tipu."

"Begitu juga yang berlaku di Pengkalan Pasir. Umno janji nak membina longkang besar dan bermacam-macam lagi untuk rakyat di sana. Sudah lima tahun rakyat Pasir Mas menunggu. Namun tidak ada langsung usaha untuk mengotakan janji-janji tersebut."

"Inilah Umno. Kini datang menabur janji pula di Galas."

Beliau turut mengingatkan hadirin tentang kerajaan Islam PAS Kelantan yang sifar rasuah selama dua dekad pemerintahannya. "Kita meletakkan Allah di  hadapan. Kita takut dengan hanya rasuah seringgit dua lalu kita mendapat imbalan dua tiga tahun dibakar api neraka."

Tegas beliau di majlis yang turut dihadiri YB Chan Ming Kai (ADUN SImpang Pulai), YB Abdullah Mohd Nawi (Adun Wakaf Bharu), YB Azman Shapawi (Dungun) dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

YB Abdullah Md Nawi yang berucap di majlis yang sama turut mengingatkan pengundi bahawa kerajaan PAS yang telah memerintah selama 20 tahun dengan segala tekanan telah berjaya menyempurnakan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama. Sehingga kini masyarakat Cina berbondong-bondong menyertai PAS kerana mereka merasa selamat di dalamnya.

Beliau turut mengembalikan memori terhadap arwah bekas ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, "Beliau sanggup memberikan dirinya untuk kepentingan rakyat. Sehingga  di saat-saat akhir beliau di mana beliau sedang tenat pun, apabila diberitakan seorang rakyat sedang sakit, beliau sempat berkata 'kita kena pergi melawat segera.'"

"Sekarang ini PAS menghantar Dr Zul kepada rakyat. Dr Zul sanggup menyambung segala kerja-kerja yang ditinggalkan oleh arwah sebelum ini. Kalau rakyat memberi kuasa tersebut kepada Umno, kerja-kerja ini akan tertunggak dan menyusahkan rakyat kerana kerja-kerja di Gua Musang  banyak melibatkan hubungan dengan kerajaan negeri seperti projek-projek tanah. Untuk memudahkan urusan mengendalikannya, seharusnya ADUN yang bakal dilantik adalah daripada pihak kerajaan negeri," tekan beliau.

NAJIB TAKUT KE GALAS ? / نجيب تاکوت ک ݢالاس ؟

Posted: 31 Oct 2010 07:40 PM PDT

Najib diserang simptom awal demam campak
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.(malaysiakini)

PAS Kulaijaya

Posted: 01 Nov 2010 07:03 AM PDT

PAS Kulaijaya


Apa ada di Batu Sapi dan Galas.

Posted: 31 Oct 2010 08:47 PM PDT

MAKNA DAN TUJUAN KURBAN DI HARI RAYA IDHUL ADHA

Posted: 31 Oct 2010 08:40 PM PDT

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.

Posted: 31 Oct 2010 06:52 PM PDT

PAS TAMBUN

Posted: 01 Nov 2010 01:15 AM PDT

PAS TAMBUN


PBS BERTANDING PUTERI UMNO TOLONG BAGI DUIT

Posted: 31 Oct 2010 08:16 AM PDT



Tak tau le duit aper, tp yg ya nya puteri bagi duit kat petugas PBS.. cantek...

Pengikut