Idris Ahmad Posted: 21 Dec 2010 11:20 PM PST JANJI 100 Hari, BN Resah Posted: 21 Dec 2010 12:36 AM PST Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara. Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat. Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada 'wayang politik' bagi menutup kegagalan mereka. Pas hendak cabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberi tahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen. Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti. Filed under: Pilihanraya, Politik | |
Salam Perjuangan Posted: 21 Dec 2010 11:18 PM PST 10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat Posted: 21 Dec 2010 03:49 PM PST 16 Muharram 1432 H | 22 Disember 2010 Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
- Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
- Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan palajar melanjutkan pengajian
- Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media
- Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
- Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
- Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
- Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
- Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan
- Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas
| |
DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG Posted: 21 Dec 2010 09:24 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 21 Dec 2010 09:20 PM PST Bekas ahli Umno N.Sembilan diugut kerana sertai PKR Posted: 21 Dec 2010 06:01 PM PST Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno 21 Dec 2010 KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti. Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka. "Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN. "Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan," katanya kepada Keadilan Daily. Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal. "Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka," jelasnya. Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain. "Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka," katanya. Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan. "Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku," kata Isa. Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa. http://www.keadilandaily.com/kami-diugut-kerana-sertai-keadilan-%e2%80%93-bekas-umno/ | Rakyat N.Sembilan bil elektrik RM200 sebab tiada kemudahan Posted: 20 Dec 2010 10:43 PM PST Demi keselamatan penduduk di Kampung Paya , Port Dickson terpaksa memasang sendiri tiang lampu jalan dan membayar bil elektrik hingga RM200 sebulan demi untuk menjaga keselamatan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kampung tersebut. Kampung ni mungkin kawasan selamat Umno agaknya? (Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.) BIL ELEKTRIK CECAH RM200 Sinar Harian 21 Dis 2010 Kampung Paya , Port Dickson – Seorang penduduk terpaksa membelanjakan lebih RM200 setiap bulan bagi melunaskan bil lampu jalan yang dipasangnya sendiri sejak dua tahun lalu berikutan permohonan mendapatkan kemudahan itu tidak dihiraukan. Syarifah Syarif, 58, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan sendiri bagi membiayai bil lampu jalan di hadapan rumahnya itu. Menurutnya, sehingga kini sudah banyak wang yang dikeluarkan bagi membiayai bil berkenaan disebabkan permohonan untuk membina lampu jalan di hadapan rumahnya tidak mendapat respons positif daripada semua pihak yang dirujuknya. "Dua tahun lalu, saya bersama suami mengambil inisiatif untuk memasang sendiri lampu jalan ini dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri. "Kos keseluruhan termasuk kerja pemasangan lampu jalan sahaja mencecah RM1,000," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini. Syarifah berkata, permohonan bagi kerja pemasangan lampu itu dibuat berikutan lorong kediaman rumahnya bersama lima lagi jiran yang lain tiada kemudahan lampu jalan. "Kawasan kediaman kami pada waktu malam sangat gelap, ditambah dengan kawasan berhampiran yang dipenuhi belukar. "Apatah lagi rumah saya terletak di hujung jalan dan paling hampir dengan kawasan belukar," katanya. Menurutnya, kejadian kecurian dan rompakan juga telah beberapa kali berlaku di sini berikutan kawasan yang gelap serta kawasan belukar memudahkan perompak melarikan diri. "Ada juga rakan tidak menjumpai lorong kediaman kami disebabkan kawasan yang gelap. "Walaupun lampu pagar rumah dinyalakan tetapi cahayanya tidak begitu terang," katanya. Syarifah berkata, lampu jalan yang dipasangnya itu tidak dinyalakan dengan kerap kerana khuatir dengan bil yang tinggi perlu dibayar setiap bulan. "Saya memohon agar pihak berkenaan dapat membantu penduduk di Lorong Bahagian 2, Kampung Paya bagi menyelesaikan masalah lampu jalan ini," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541165.asp | Masjid di N.Sembilan banyak daif, atap bocor, karpet basah Posted: 20 Dec 2010 09:41 PM PST Inilah nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Ada yang mungkin nak kena roboh, ada yang diserang kelawar, ada yang pakai kanvas sebab atap bocor teruk, ada yang tak siap-siap projek pembinaan masjid setakat pecah tanah je. Yang ini pula karpetnya basah, bukannya di ceruk pedalaman tapi di tengah kota Kuala Pilah. (Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Adakah kampung-kampung dan kawasan Felda di Negeri Sembilan ini kawasan selamat?) TIDAK SELESA KARPET BASAH Sinar Harian 21 Dis 2010 Kuala Pilah – Kebanyakan jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, di Pekan Kuala Pilah melahirkan rasa kecewa kerana sebahagian karpet masjid berkenaan basah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan. Keadaan itu berpunca daripada keadaan bumbung bocor dan setiap kali hujan, karpet bahagian jemaah perempuan dan lelaki sebelah kiri akan basah, sekali gus mengganggu jemaah bersolat. Zainal Ahmad, 55, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah berlarutan sehingga enam tahun dan masih tidak dibaiki sehingga kini. "Saya prihatin dengan keselesaan kemudahan di masjid ini. Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi ini untuk kebaikan dan keselesaan jemaah yang lain juga. "Ini kerana, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kedudukannya berhampiran jalan raya utama. Kadangkala ada juga jemaah yang datang dari Kuantan dan Kelantan bersolat, di sini," katanya. Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan, sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan imej masjid berkenaan, sekali gus nama Daerah Kuala Pilah. "Baru-baru ini ada seorang jemaah berketurunan Arab menunaikan solat di sini. Dia memanggil saya dan menunjukkan punca bau busuk pada karpet bahagian perempuan yang basah. "Malu pun ada juga tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi segera," katanya. Zainal berkata, bukan tidak pernah mengadu kepada pihak berkenaan tetapi ia seolah-olah dipandang sepi. "Aktiviti sentiasa diadakan di masjid ini dan boleh dikatakan setiap hari. Jemaah yang hadir juga amat menggalakkan terutama jika ada ceramah selepas Maghrib. "Sambutan daripada jemaah wanita tidak pernah mengecewakan. Saya bimbang, jika masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan jemaah wanita akan berkurangan," katanya. Dalam pada itu menurutnya, setiap kali solat Jumaat dan waktu hujan, kawasan karpet terbabit akan diletakkan tanda amaran supaya tidak bersolat di situ. "Bukan sahaja dalam masjid tetapi di luar juga terkena tempias hujan sehingga lantai basah walaupun mempunyai bumbung. "Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, bimbang mereka terjatuh atau tergelincir," katanya http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541134.aspBeberapa artikel nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan di bawah ini : MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.htmlADAKAH MASJID BONGEK NAK DIROBOH BUAT JALAN ? http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.htmlMASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR http://pasns.blogspot.com/2010/04/atap-masjid-nsembilan-guna-kanvas-uzur.htmlMASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWAR http://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.htmlAPA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSON http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html | |
misbahul munir Posted: 21 Dec 2010 09:07 PM PST |
PAS Youth Wing for Lembah Pantai Posted: 21 Dec 2010 09:04 PM PST Awasi kawasan flat dari gejala zina Posted: 21 Dec 2010 12:24 AM PST
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.
DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.
Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat.
Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah.
Dalam hal ini, DPPWP berharap agar kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik untuk mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan di samping ruang rumah serta bilik yang agak selesa untuk sebuah keluarga.
DPPWP juga ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta membenarkan rumah dijadikan tempat untuk mereka berjumpa. Ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak-anak, video-kamera, VCD serta komputer terutamanya akses kepada internet supaya anak-anak tidak menonton pornografi di rumah.
Selain itu, DPPWP mengharapkan Rukun Tetangga atau Persatuan Penduduk agar lebih aktif dalam menjalankan rondaan. Mana-mana aduan berhubung seks bebas atau pergaulan bebas perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Program motivasi remaja dan bimbingan fardhu ain perlu kerap diadakan di kalangan remaja selain kuliah ilmu dan tazkirah dihidupkan di surau flat.
Akhir sekali, DPPWP turut mengharapkan agar jiran menjadi mata dan telinga kepada masyarakat sekitarnya. Peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang' sudah tidak boleh digunapakai lagi di dalam suasana masyarakat sekarang. Islam mengajar kita 'amar ma'aruf nahi mungkar' dan peka terhadap apa yang berlaku di sekitar terutamanya rumah jiran mereka. Hanya dengan cara ini gejala zina, maksiat serta pembuangan bayi dapat dibendung di kawasan flat.
FADHIL OSMAN, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan | |
PAS KDAS 3 Posted: 21 Dec 2010 09:03 PM PST |
DPPK PARIT Posted: 21 Dec 2010 07:40 PM PST |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 21 Dec 2010 07:23 PM PST ADUN Sura Rai Kejayaan Pelajar UPSR Di Tanah Lot Posted: 21 Dec 2010 08:35 AM PST | Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-2 : UMNO Gagal Sekali Lagi... Posted: 21 Dec 2010 05:49 AM PST Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan. Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan. Hal ini jelas satu penyelewengan fakta oleh Umno yang tidak memahami persepakatan dalam Pakatan. Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor menyebut perkara itu menambah lagi keseronokan Umno untuk memainkan isu itu. Anwar dikemukakan oleh Umno sebagai memperkudakan parti-parti Pakatan dan kenyataan itu ditafsir terus oleh Umno sebagai penolakan agenda negara Islam oleh Anwar. Penerimaan agenda negara Islam, satu asas perjuangan PAS sebagai gerakan Islam bukan isu dalam konvensyen Ahad lalu. Pakatan telah memilih untuk tidak membincangkan perkara-perkara asas perjuangan parti komponen dalam konvensyen. Ini bermakna agenda negara Islam PAS tidak menjadi halangan kepada perjuangan Pakatan, dan tidak menghalang kesepakatan dicapai sehingga berjaya mengadakan konvensyen untuk kali kedua. Konvensyen kedua telah memutuskan untuk membincangkan agenda-agenda bersama, seperti yang dipersetujui pada konvensyen pertama di Shah Alam, Selangor tahun lepas. Selepas lebih dua tahun wujud sebagai sebuah gabungan parti yang beraspirasi menggantikan kerajaan Barisan Nasional, Pakatan telah semakin matang menangani soal ideologi. Parti-parti Pakatan tidak memaksa rakan-rakan lain menerima ideologi parti lain dalam gabungan, dan menyedari perbezaan-perbezaan setiap parti. Sebagai rakan dalam sebuah pakatan, parti-parti anggota menyedari keperluan menghormati satu sama lain, menyedari wujud perbezaan mendasar antara setiap parti dengan parti yang lain. Pemerhatian Harakahdaily terhadap konvensyen hujung minggu lalu menolak apa yang dikempen oleh Umno itu. Pakatan telah mempersetujui agenda-agenda bersama, yang telah ditandatangani sebelum konvensyen Ahad, 19 Disember lalu. baca artikel penuh...di sini.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 21 Dec 2010 07:16 PM PST Pengantin Termahal Untuk Tahun 2010 !!! Posted: 21 Dec 2010 02:40 PM PST Billion Ringgit Bride
Monday, December 20th, 2010 GMT This post is also available in: Iban, MalayDid she marry for his money or his morals? All we know of the bride is she is around 29 and from Lebanon We have an exclusive picture of Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud's, new young bride. Kuching has been aflame with interest and amusement at the leaked information that the 74 year old has found himself a second wife who is apparently still in her 20s. However, the government has refused to issue official confirmation of the wedding ceremony, which was celebrated at the weekend in the Chief Minister's vast mansion (the financing of which remains a mystery, like the rest of his properties). Even senior Government Ministers have been scouring the web for details of the new "Thief Lady", who has yet even to be announced by name. In desperation calls were even going out to Sarawak Report. We feel honoured to oblige.
Sarawak's wealth around her neck
Sarawakians will not fail to notice that several thousand hectares of irreplaceable jungle must have been felled and turned to oil palm to adorn this lady's neck. Addiction to gaudy baubles is a notable foible of Taib's female family members - Jamilah his daughter shows off these diamonds One top London jeweller today gave the opinion that the rubies in her diamond tiara, necklace, ring and broach are "likely to be fake glass". His reason was that if they were genuine cabochon rubies, like they appear to be, then they would be "priceless at such a size as that". When pressed the jeweller hazarded that they would be worth at least RM150 million. Since the Chief Minister has yet to release details about his bride we will leave Sarawakians to decide amongst themselves whether the Chief Minister has adorned his new wife in glass or cabochon ruby. Christmas is a time for sharing
As they depart for their Christmas honeymoon, doubtless utilising one of the Hornbill jets funded by Sarawak's hard-pressed taxpayers, we hope the happy couple spare a thought for the many hungry children in the longhouses who are hoping for a nice present this year. However, times are hard because more and more land has been snatched away from these communities by the Chief Minister's BN government, so their parents will have already told them not to expect too much. Showing off daughter Jamilah, nieice Anita and pals As ever, these parents will have to remind their children that the Chief Minister's favourite advice to the rural folks is that they "must learn to wait". Apparently, Taib is promising that at some stage he will begin to share his wealth with the people he took it from!
Low cut - sister and daughters
Reminder about posting comments: Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.
Pengantin perempuan bernilai berbillion-billion dollar
Tuesday, December 21st, 2010 GMT This post is also available in: English, IbanSarawak Report telah menjadi sasaran serangan siber, yang telah menyebabkannya berstatus off-line buat sementara waktu. Kejadian ini juga telah diikuti oleh beberapa ancaman bunuh menerusi email, dan ada yang akan mengancam untuk menggunakan format ilmu hitam terhadap kami. Merosakkan laman-laman web dengan jutaan serangan adalah proses yang mahal, lebih mahal dari mengupah peguam-peguam yang sangat berkaliber. Dengan ini kami boleh menjangkakan dan mengesyaki perkara ini hanya dilaku oleh seseorang yang tersangat kaya dan berhasrat untuk mengaibkan kami, tetapi tidak berani berhadapan dengan kami di mana-mana mahkamah terbuka. Kami membiarkan para pembaca kami untuk memikir siapakah yang sanggup melakukan perkara ini ke atas Sarawak Report. Pengantin perempuan bernilai berbillion-billion dollar Sementara itu, kami mempunyai beberapa gambar ekslusif isteri baru Ketua Menteri. Bandaraya Kuching telah diselubungi rasa riang dan geli pada berita yang dibocorkan mengenai orang tua yang berusia 74 tahun itu yang menikahi isteri keduanya yang berusi dalam lingkungan 20an. Walau bagaimana pun, kerajaan Negeri Sarawak enggan mengeluarkan pengesahan rasmi berita-berita mengenai majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung di kediaman mewah Ketua Menteri (yang dibina secara misteri, sama seperti harta-hartanya yang lain). Kami juga mendapati ada di kalangan menteri-menteri senior yang menggunakan internet untuk cuba mendapatkan beberapa maklumat peribadi si pengantin perempuan, yang belum diumumkan namanya. Kekayaan negeri Sarawak menghiasi badannya Rakyat Sarawak telah menyaksi beribu-ribu hektar hutan yang telah ditebang dan kemudian dijadikan ladang-ladang kelapa sawit untuk menghiasi pengantin perempuan tersebut. Salah seorang ahli peniaga barangan kemas terkemuka di London menjangkakan kesemua barangan kemas yang dipakai oleh pengantin perempuan itu adalah diperbuat dari "kaca". Alasannya, jika barangan tersebut adalah tulen, maka ianya nampak tidak bernilai kerana saiznya yang besar. Apabila kami 'memaksa' peniaga tersebut untuk meneka nilai sebenarnya, dia mengatakan bahawa nilai semua barangan kemas mungkin mencecah RM150 juta. Memandangkan Ketua Menteri belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isteri barunya itu, terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk meneka sama ada isterinya itu dihiasi dengan kaca atau pun intan berlian cabochon.
Hari Krismas adalah hari untuk berkongsi Ketika pasangan tersebut berbulan-madu meraikan perkahwinan mereka, yang sudah pastinya terbang menggunakan salah sebuah pesawat Hornbill yang dibiayai dengan wang pembayar cukai kerajaan, kami berharap mereka meluangkan sedikit masa mereka untuk memikirkan dan mengingati kanak-kanak yang kelaparan di rumah-rumah panjang yang mengharapkan buah tangan Krismas tahun ini. Walau bagaimana pun, semakin banyak tanah dirampas daripada masyarakat orang asli ini, justeru, ibu bapa kanak-kanak ini memberitahu mereka untuk tidak mengharapkan lebih dari apa yang ada. Seperti kebiasaannya, ibu bapa ini perlu mengingatkan anak-anak mereka, bahawa nasihat Ketua Menteri kepada orang-orang kampung supaya mereka "belajar menunggu". Nampaknya, kemewahan hasil dari apa yang telah dirampas Taib akan dikongsikannya dengan rakyatnya!
PS: Tengoklah bertapa mewahnya pembelanjaan pengantin orang yang kaya raya, demi harga erti sebuah perkahwinan bagi seorang pemimpin BN yang kaya raya sanggup buat apa ajak asal bergaya dan biar ajak rakyat marhaen bawahan yang miskin melopong melihat kemewahan tersebut. Walaupun dikatakan nilai perkahwinan tersebut sehingga mencecah berjuta-juta ringgit bukan ruppiah ya tapi bagi si kaya semua itu umpama belanja dua tiga puluh ringgit ajak bagi rakyat marhaen yang miskin lagi papa kedana (lebih kurang macam x ada dana). Kata perumpamaan orang melayu "biar miskin asal bergaya" tapi apalah gaya dan daya kita kalau kita terus memberi kekayaan dan kekuasaan kita kepada mereka yang tidak amanah dan menyalahgunakan kekuasaan mereka hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kalau masih lagik rakyat Sarawak tok sik sedar diri sik tau apa lagik mau dipadah dengan orang Sarawak tok...Bah mari kita sama2 rebahkan Bn dalam PR Swak ke 10 tok. Pakat2lah kita beri sokongan pada PAS dan PAKATAN RAKYAT demi kebajikan rakyat semua.
"Sekali lagik kita ucapkan selamat pengantin baru pada CM dan pasangannya, semoga kitak jangan lupa jua bagi2lah kebajikan dan bagi balit harta rakyat nok yang kena ambik ya kat orang2 debah (bawah) yang susah menderita tok. Kasian sidak mulut tergangak liat kitak org syuk2 kat atas sia"
| Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu Posted: 21 Dec 2010 03:19 AM PST Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.
1. Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
2. Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato' Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?
8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)
9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil
12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan " Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta dia ada bukti" (BH 11hb Jun 1993.)
13.Dato' Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.
14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato' Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.
15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.
16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan , memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.
17. Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campurtangan soal pelantikan raja-raja melayu. Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dnegan Raja-Raja melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993
Berita harian 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang. Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu.
Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
PS: Memang Umno/Bn suka menuduh PAS dan pembangkang apabila kedudukan Raja2 Melayu tergugat, semasa Mahathir memerintah dulu lagik Umno/Bn tidak menghormati Raja2 Melayu dan melucut kuasa2 Raja2 Melayu, apabila Umno/Bn sudah kalah dalam PR12 yang lalu baru mereka sedar bertapa pentingnya Raja2 Melayu buat mereka. Kununnya Umnolah perjuang mendaulatkan Raja2 Melayu tetapi hakikatnya merekalah yang sebenarnya yang memusnahkan institusi Raja2 Melayu. Banyak tanah 'reserve' Melayu habis dibagi2 sesama mereka sendiri dan juga buat kroni2 mereka. Bah mari kita sama2 merebahkan Umno/Bn dalam PR13 nanti.Sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT. | INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2 Posted: 20 Dec 2010 02:48 PM PST Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang 19 Disember 2010 Mukaddimah 1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.
2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.
3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ketetapan Konvensyen Pertama 4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.Firman Allah SWT :Maksudnya :Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]
10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.
12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Persidangan Shah Alam 201013. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.
14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Masa Bergerak Ke Depan 15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.
16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.
17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.
18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.
19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.
20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti 'api dalam sekam' yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.
21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Perlu muhasabah 22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.
Asas perubahan 23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.
24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.
25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.
26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.
27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.
28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat 'defensive' untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.
29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Persediaan Pilihan Raya 30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.
31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.
32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.
33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.
35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG PRESIDEN PAS | |
DUN CHINI Posted: 21 Dec 2010 07:04 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 21 Dec 2010 03:41 PM PST PARTI KITA MAMPU SAINGI PR??? Posted: 20 Dec 2010 07:40 PM PST UALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang.
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berkata, walaupun parti barunya kecil dari segi keanggotaan, tetapi mampu memberi saingan kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon-calon yang berkualiti.
"Sudah pasti kami boleh lakukan. Ya, kami sudah ada sejumlah calon. Saya tidak boleh mengatakan berapa ramai, tetapi ya, saya salah seorang daripada mereka.
"Kami ada keanggotaan yang kecil jumlahnya, hanya kira-kira 300 orang, tetapi bukan aspek keahlian yang menentukan sokongan, tetapi kualiti pemimpin-pemimpin kami," kata beliau.
Rabu lalu, parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang berpangkalan di Kelantan ditukar menjadi Kita selepas Zaid dipilih sebagai presiden yang baru.
Zaid , yang keluar PKR bulan lalu berkata, bilangan keanggotaan Kita dijangka meningkat berlipat ganda dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya umum ke-13.
Bekas menteri Kabinet ini juga mendakwa bahawa sementara musuh-musuhnya sudah pun menyangkal kesan kehadiran mereka dalam landskap politik negara, Zaid masih percaya pihaknya "sudah pun membawa kelainan" setakat ini. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 21 Dec 2010 03:38 PM PST AIEE ! TERGESA-GESA NAK JUAL, NAK GUNA DUIT KE? Posted: 20 Dec 2010 11:01 PM PST Ulung Tawar Ambil Alih PLUS Dengan Harga RM26 Bilion Secara Tunai Ini satu lagi, projek penjualan yang boleh dikategorikan macam win-win (entah apa yang menang ..tak tau lah). Rakyat jangan gila bila tengok RMbilion tu, tapi ambil tau kenapa PLUS nak dijual? BN nak lepas tangan ke? Dalam masa yang sama nak guna duit untuk pilihanraya? Inilah perbualan di kedai mamak hari ini. Pembelian PLUS disokong oleh Bank of China. Sukakah kita ? Siapnak jaga tol akan mencanak naik, kerana syarikat akan fikir keuntungan sahaja.
KUALA LUMPUR 21 DIS: Jelas Ulung Sdn Bhd, dengan sokongan Bank of China (BOC), menawarkan untuk mengambil alih semua perniagaan PLUS Expressway Bhd termasuk aset dan liabiliti dengan harga RM26 bilion. Pengarahnya, Tan Sri Ibrahim Zain berkata penilaian itu yang bersamaan dengan RM5.20 bagi satu saham PLUS, akan dibayar secara tunai. "Ini adalah janji niaga yang lebih baik bagi PLUS dan mempunyai 60 peratus peluang untuk berjaya. Kami telah menghantar surat tawaran kepada PLUS dan para pengarahnya ," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata tawaran itu yang sah sehingga 18 Mac, 2010, lebih baik berbanding yang lain kerana ia tidak akan meminta pengecualian cukai serta kenaikan seterusnya tol dan pampasan atau subsidi daripada kerajaan. "Janji niaga itu sudah pastinya memberi manfaat kepada pemegang saham minoriti kerana ia menawarkan lebih banyak tunai berbanding tawaran-tawaran lain yang diumumkan. Ibrahim berkata sokongan daripada BOC adalah menerusi unitnya yang berpangkalan di Hong Kong, Bank of China International. "Jelas Ulung menerima surat pengesahan akhir daripada BOC beberapa harilepas," katanya. Tawaran daripada Jelas Ulung itu dibuat hanya beberapa hari sebelum pemegang saham PLUS memutuskan tawaran RM23 bilion daripada UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau berkata Jelas Ulung akan meneliti keputusan daripada mesyuarat agung luar biasa PLUS pada Khamis dan bagaimana pemegang saham memberi maklum balaskepada tawarannya. "Apabila cadangan kami dibuat, yang mana lebih baik, apakah yang anda akan lakukan sebagai pengarah? Ini adalah isu tadbir urus korporat. Anda perlu realistik dan adil kepada pemegang kepentingan serta menjelaskan mengapa ia terserah kepada pemegang saham," katanya. Ibrahim berkata syarikat itu tidak mengetahui butir-butir terperinci cadangan yang ditawarkan oleh UEM dan KWSP. "Bagaimanapun, kami tahu bahawa kami mempunyai kepakaran dalam pengurusan prasarana, pengurusan aliran tunai dan apa yang paling penting, pengurusan keselamatan. "Pasukan kami akan terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam perniagaan seperti ini sebelum ini. Buat masa ini kami belum boleh mendedahkan nama-nama mereka," katanya. Ketika ini, hanya Ibrahim dan Datuk Ghazali Mat Ariff merupakan pengarah syarikat yang baru ditubuhkan itu. Dalam perkembangan lain, PLUS berkata ia menerima surat daripada Jelas Ulunguntuk mengambil alih perniagaan dan perusahaannya termasuk semua aset dan liabiliti. PLUS berkata ia akan mempertimbangkan mengenai terma-terma tawaran itu dan memutuskan tentang tindakan seterusnya, dengan mengambil kira tawaran daripada UEM dan KWSP yang diterima dan diumumkan pada 9 Nov. "Satu pengumuman akan dibuat sebaik sahaja lembaga telah membuat keputusan mengenai tawaran itu," kata PLUS dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia. Sebelum ini, Asas Serba Sdn Bhd mengumumkan rancangannya untuk mengambilalih syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini. Ia akan menubuhkan sebuah syarikat konsesi untuk menerbitkan bon dividen sehingga RM50 bilion bagi membiayai pengambilalihan itu. BERNAMA Posted by RAKYAT MARHAEN | BIASALAH RASUAH ORANG KECIK MENUTUP RISUAH ORANG BESAR ? Posted: 20 Dec 2010 10:50 PM PST PENGURUS SIME DARBY DAKWA DISEKSA Bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering telah dikenakan tuduhan rasuah yang melibatkan bayaran sejumlah RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau ialah Mazhazmi Jamaluddin (gambar) yang dihadapkan bagi menerima pertuduhan menerima bayaran tersebut daripada MLC Shipbuilding Sdn Bhd pada 31 Disember 2008 dengan mendakwa syarikat pembinaan perkapalan itu memperoleh kontrak bernilai AS$134.2 juta (RM421.6 juta) dari Sime Darby.
Beliau yang berumur 36 tahun dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah dan mengaku tidak bersalah dan memohon dakwaan beliau dibicarakan. Kontrak yang dilibatkan di sini adalah membina dan menjual satu pelantar dan beberapa perkakasan berkaitan dengan operasi pelantar tersebut. Jika beliau didapati bersalah, beliau boleh dipenjarakan tidak lebih dari 20 tahun, denda sekurang-kurangnya RM10,000 di bawah Akta Anti Rasuah. Beliau didakwa menerima rasuah tersebut daripada pemilik MLC, Redzuan Goh Mohamed Karian di pejabat MLC. Peguam Mazhazmi memohon mahkamah membenarkan jaminan pada harga RM10,000 dan memberitahu anak guamnya memberi kerjasama penuh selama ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam penyiasatan mereka. Tetapi pihak pendakwaraya diketuai oleh Kevin Morais memohon hakim meletakkan RM20,000 sebagai wang jaminan yang akhirnya dipersetujui oleh hakim Rozilah Salleh. Namun begitu, peguamnya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu telah dikenakan tekanan secara mental dan fizikal oleh para pegawai penyiasat SPRM. Antaranya beliau dipaksa berbogel, ditutup mata dan sebagainya. Mazhazmi mendakwa dirinya dipaksa untuk mengaku perbuatannya itu oleh pihak SPRM dan pegawai SPRM pernah menyebut perkataan 'Mampuslah kau nanti.'. Hakim berjanji akan membangkitkan isu penggunaan kekerasan SPRM nanti apabila perbicaraan dimulakan pada 7 Januari tahun hadapan nanti.-KLToday | PM KENA SAMAN RM200,000,000 Posted: 20 Dec 2010 06:36 PM PST KUALA LUMPUR : Dua peguam, M. Manoharan dan P. Uthayakumar hari ini memfailkan writ saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga tahun lalu.
Selain Perdana Menteri, plaintif turut menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keenam.
Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960. | BILA RISDA DAH DABIK DADA ? BUKAN FAKTOR HUJAN KE ? Posted: 20 Dec 2010 05:05 PM PST Harga getah yang kini melambung sehingga RM14.13 sekilogram (kg), iaitu paling tinggi dalam sejarah dijangka berkekalan sehingga pertengahan tahun depan berikutan kekurangan bekalan getah akibat perubahan cuaca di negara pengeluar utamanya.
Menurut Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), peningkatan harga getah juga memperlihatkan kecekapan pentadbiran kerajaan pimpinan DS Najib Razak dalam menguruskan sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit. Peningkatan itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada 350,000 keluarga pekebun kecil getah di seluruh negara.
Difahamkan, dengan harga sekarang, pekebun kecil getah kini boleh memperoleh pendapatan di antara RM1,500 hingga RM2,000 sehektar sebulan. satu angka yang lumayan yang menjadi durian runtuh buat mereka semua. | KARPAL SINGH DAH MULA TERIMA KONSEP NEGARA ISLAM, KAPAL UMNO AKAN TENGGELAM Posted: 20 Dec 2010 04:58 PM PST MELAKA, 20 Dis: Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, semalam. Asri Shaikh, 45, dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang tanpa asas yang kukuh. "Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif dan menunjukkan sikap keterbukaan beliau terhadap Islam. "Beliau mula faham dengan pendekatan dakwah yang kita bawa," ujar Asri yang juga Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah. Bagi Imran Abdul Rahman, 44, (kanan) dari Tanjung Bidara, kalau sebelum ini Karpal dilihat begitu keras menentang negara Islam kini beliau kelihatan bersedia untuk berbincang dan mendengar dengan teliti tentang isu tersebut. "Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga. "Tidak mustahil suatu hari mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi," kata Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka. Sementara itu, Kintan Man, 49, (kiri) dari Serkam berkata setelah 20 tahun isu ini menjadi bahan eksploitasi BN terhadap PAS dan DAP, kini ia akan berakhir dengan sikap dinamik dan terbuka pimpinan atasan PR. "Kejayaan ini merupakan suatu kejayaan yang manis dan membuktikan tahalluf siyasi yang diamalkan oleh PAS mula menampakkan kejayaan yang sukar untuk dipercayai sebelum ini. "Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan," ujar Kintan yang Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri. Karpal berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Menurutnya, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. "Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada konvensyen tersebut. | |
pas sembrong (bangkit membuat perubahan) Posted: 21 Dec 2010 03:14 PM PST Kemalangan bas ini akibat perbuatan orang gila? Posted: 20 Dec 2010 07:13 PM PST Tangkap saja pemilik syarikan Towing Kemalangan bas ini akibat
perbuatan orang gila? OLEH: JR Tengahari tadi saya masukkan posting dalam blog saya JR Shoppe (http://mycuteshoppe.blogspot.com) mengenai kenyataan Ketua Pengarah IKIM bahawa 10% atau 3 juta rakyat Malaysia ada masalah mental. Ketika menulis, saya belum mendengar kemalangan dahsyat di km 15, Jalan Simpang Kulai-Cameroon Highland lewat tengahari tadi yang menyebabkan 28 penumpang yang kebanyakannya rakyat Thailand terbunuh. Dan baru sebentar tadi dalam siaran berita Buletin Utama TV3, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menyatakan Kementeriannya sedang menyiasat punca kemalangan itu berlaku, termasuk kemungkinan ada unsur pengkhianatan. Unsur pengkhianatan yang dimaksudkan Menteri tersebut ialah kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggung jawab mencurah petrol ke atas jalanraya bagi mewujudkan kemalangan. suka kemalanganMengapa ada manusia yang suka melihat kemalangan berlaku, suka melihat ada yang meninggal dunia dan cedera? Mereka yang melakukan perbuatan tak bermoral itu kononnya daripada pihak syarikat penunda dan bengkel kereta yang mendapat 'durian runtuh' apabila kemalangan berlaku. Semakin banyak kemalangan berlaku, mereka makin seronok kerana banyak wang mengalir masuk ke dalam akaun mereka. Bila kemalangan jalan kurang berlaku, mereka susah hati kerana tidak banyak wang yang masuk..Justru mereka terpaksa 'mewujudkan kemalangan' dengan mencurahkan minyak (dan juga paku) ke atas jalan. Mereka tidak peduli ada yang mati atau cedera, yang penting wang masuk poket!! Jika apa yang dikatakan Pak Menteri berkenaan benar, ada orang yang demi duit sanggup mencurah petrol atas jalan, maka orang itu memang benar-benar gila! Hanya orang gila yang sanggup buat apa saja demi wang termasuk membunuh dan mencederakan orang yang tak bersalah. Justru, kenyataan Ketua Pengarah IKIM semalam bahawa 3 juta daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah mental memang benar dan pencurah petrol itu adalah salah seorang daripada 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu. Jika benar ada 3 juta orang sakit jiwa di Malaysia, maka lebih banyak hospital sakit jiwa perlu diwujudkan di negara ini. Hospital Bahagia, Hospital Permai dan wad-wad psikitrik di banyak hospital di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu. Jika tidak, terpaksalah kita menyaksikan lebih banyak kematian dan kecederaan orang-orang tak berdosa di negara ini di masa-masa hadapan akibat perbuatan orang-orang gila yang berada berhampiran kita!! | 60,240 mangsa banjir nak TILAM Posted: 20 Dec 2010 07:04 PM PST oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Pilihanraya umum 1999 Umno kalah di banyak kerusi majoriti Melayu gara-gara tilam yang diusung keluar masuk mahkamah. Pasca banjir di Kedah muncul pula cerita tilam versi baru yang tak kurang penangannya dalam menghakis sokongan rakyat terhadap Umno.
Sekembalinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar muncullah rungutan rakyat di sana sini kononnya agihan tilam untuk mangsa banjir hanya kepada ahli-ahli Umno sahaja. Orang bukan Umno termasuk yang di atas pagar hanya berputih masa sekalipun mereka adalah mangsa banjir yang terjejas teruk. Najib datang ke Kedah sebulan selepas banjir melanda untuk mengumumkan peruntukan pusat kepada mangsa banjir. RM60 juta diperuntukkan untuk mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Daripada jumlah itu sebanyak RM30.6 juta akan diagihkan kepada 32 ribu mangsa di dua negeri berkenaan. Setiap keluarga akan memperoleh RM500.
Najib berkata, sebanyak RM60 juta lagi akan disalurkan untuk bantuan pertanian kepada penduduk. "RM10 juta dari peruntukan itu akan diguna untuk memulihkan infrastruktur pertanian yang rosak akibat banjir, manakala RM50 juta disalurkan bagi membiayai kos penanaman semula termasuk membajak, benih padi dan racun," katanya.
Najib turun mengumumkan akan menaikkan pemberian wang penanaman padi daripada RM573 sebelum ini kepada RM876 mulai bulan ini.
Perdana Menteri itu turun ke Stadium Sultan Abdul Halim adalah versi Kerajaan Pusat. Tetapi stadium dipenuhi bendera dacing. Ketua Kelab Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim bertenggek di program kerajaan untuk menyampaikan bantuan berupa tilam dan dapur gas kepada mangsa banjir.
Tujuan Azeez, BN dan sekelian pemimpinnya amat mudah difahami iaitu supaya segala kerja kebajikan mereka yang 'tulus ikhlas' itu tercanang melalui semua media massa. Malang bagi BN kerana mangsa banjir di Kedah bukan seratus dua yang dipanggil berhimpun di stadium itu sahaja. Mangsa banjir yang berpindah sahaja seramai 60,240 orang. Yang tidak berpindah jumlahnya lebih besar. Ramai yang tertanya-tanya, "Mana tilam untuk kami?"
Setelah siasatan dibuat rupanya tilam propaganda itu hanya dihulur kepada ahli-ahli Umno sahaja. Itupun bukan semua ahli, tetapi ahli Umno yang menjadi pilihan JKKKP sahaja. Pengerusi JKKKP Suka Menanti, Zulkifli Saud memburukkan lagi keadaan BN apabila membuat komen terbuka bahawa sumbangan tilam itu adalah inisatif Kelab Putera 1Malaysia. Logiklah, katanya, mangsa banjir ahli Umno yang diutamakan. Apabila cerita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar harian bebas, maka mengamuk sakanlah mangsa-mangsa banjir di Kedah. BN dan Umno jadi bahan maki hamun mangsa banjir yang tidak dapat tilam.
Selama ini media-media propaganda BN mencipta fitnah kononnya agihan bantuan sama ada yang datang dari Kerajaan Negeri atau PAS hanya untuk 'penyokong mereka' sahaja. Kini fitnah jahat dicipta itu memakan diri sendiri keraja ternyata BNlah yang melakukan kerja berat sebelah itu.
Sebaik sahaja pusat penempatan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim ditutup dahulu, mangsa-mangsa banjir yang bukan ahli Umno melihat dengan mata kepala sendiri rakusnya Umno merampas ghanimah banjir. Cerita yang sama dapat dikutip di semua pusat penempatan, sehingga ramai yang geleng kepala melihat gelagat Umno. Segala bantuan yang belum teragih dan bahan mentah makanan yang berbaki habis disapu macam cerita 'Ali Baba Bujang Lapok'. Perangai ahli dan pemimpin bawahan Umno itu adalah pancaran fikrah madiyyah yang ditanam kukuh dalam jiwa ahli-ahli Umno sejak sekian lama.
Di Jerlun, Pengarah MTD Kota Siputeh Haji Ismail Wan Teh sehingga ke peringkat membuat laporan polis terhadap anggota Umno yang melarikan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir.
Bagi PAS yang memerintah Kedah, banjir besar ini adalah pengalaman pertama bagi ramai pihak yang menjadi rangkaian kerajaan sama ada Majlis Ketua Kampung (MKK), Ahli Majlis Kerajaan Tempatan mahupun Exco Kerajaan Negeri. Banjir pernah melanda beberapa tempat selepas Mac 2008, tapi tidak sebesar kali ini. Apabila sebaik penempatan banjir dibuka tiba-tiba JKKKP dan rangkaian Umno begitu 'berselera' untuk menguruskan pusat penempatan, ia mencetuskan dakwaan kononnya rangkaian mereka lebih cekap. Selepas banjir selesai barulah jentera PAS sedar bahawa tindak tanduk mereka rupanya bersebab.
Terdapat pusat penempatan di mana mereka mendaftarkan ahli-ahli mereka sebagai mangsa banjir sekalipun rumah langsung tidak terjejas banjir.
Perdana Menteri sudah umum pemberian RM500 untuk setiap mangsa banjir tidak kira yang berpindah atau tidak. Beliau turut mengumumkan bahawa bantuan tidak mengira pegangan politik. Maka isu yang akan muncul selepas ini ialah sama ada ahli-ahli PAS yang menjadi mangsa banjir turut menerima habuan.
BN semacam cuba memerangkap parti lawan mereka dengan mensyaratkan borang bantuan mestilah disahkan oleh JKKKP semata-mata. Pemimpin PAS arahkan ahli-ahli jangan segan untuk ambil tandatangan JKKKP kalau itu syarat mereka, kerana duit yang mahu diberi oleh Pusat itu berhak diterima oleh semua rakyat. Ia adalah duit cukai terkumpul yang dikutip dari rakyat juga, bukan duit dari tabung BN. Maka terdengarlah khabar angin kononnya JKKKP diarahkan menandatangani borang dengan dakwat pen yang berlainan warna; antara penyokong BN dan bukan penyokong BN.
Maka sekarang adalah masa rakyat Kedah yang menjadi mangsa banjir menunggu kedatangan wang RM500 setiap keluarga. Jika pemberiannya berblok macam penerima tilam juga, maka 'mudahlah sikit' kerja kempen Pakatan selepas ini. | |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 21 Dec 2010 03:12 PM PST |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 21 Dec 2010 01:34 PM PST Call to Claim your Won Fund of 1 Million USD. Posted: 20 Dec 2010 11:01 PM PST Ref: BTL/101OXI/02 Batch: 12/25/0340 Congratulations! Your e-mail address has won for you the sum of One Million United States Dollars($1,000,000.00) from the Microsoft Online Email Regular Users Lotto Award. If you want your Won Fund of $1,000,000.00 to be Transferred or Delivered to you, I want you to fill in the below information and get back to me for confirmation. So to Claim your Won fund of $1,000,000.00 you are advised to Fill in your Information Below. Your full Name....................... Your Delivery address................ Your Contact phone number........... Nationality......................................... Occupation........................................... Age........................................................... Please note: Claiming your Won Fund of $1,000,000.00 will cost you just the sum One Hundred and Five United States Dollars ($1o5) which will be the Bank Wire Transfer fee of your $1,000,000.00 into any of your Nominated Local Bank Account. Take note: Before We Can have your Won Fund of $1,000,000.00 Transferred to you, We shall need you to make the payment of just $105 for the Bank Wire Transfer Charges of your $1,000,000.00 to you. Yours in service Mr Goodman White Microsoft Award Team MICROSOFT AWARD TEAM COPYRIGHT ? 2010 ALL RIGHT RESERVED | |
Batu Gajah Mari Posted: 21 Dec 2010 11:13 AM PST Kem Remaja Intelek Siri 2 mendapat sambutan menggalakkan Posted: 21 Dec 2010 05:35 AM PST Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah bersama Nisa' Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Kem Remaja Intelek pada 17, 18 dan 19 Disember lalu. Kem ini adalah siri kedua lanjutan pada daripada tahun lalu. Oleh kerana mendapat sambutan pada tahun lalu dan permintaan ramai, kem ini diadakan sekali lagi pada tahun ini.
Program diadakan di Pusat Rekreasi Papan. Program ini disertai seramai 40 orang peserta dari sekitar Batu Gajah. Pelbagai program diadakan seperti kuliah umum daripada Ustaz- ustaz yang berwibawa, kembara jihad, debat, muhasabah diri dan sebagainya.
Alhamdulillah, program ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Rata- rata perserta sungguh gembira dan ingin menyertainyya lagi pada siri yang akan datang.
sessi pendaftaran para fasilitator | Jom Berubah!!! Posted: 21 Dec 2010 05:30 AM PST
10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek. Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat. Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas. "Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah. "Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan. "Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini. "Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya. Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat. "Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri. "Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya. "Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya. "Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya. Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini. "Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya. Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini. "Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya. | |
Pas CawanganSurada Posted: 21 Dec 2010 11:10 AM PST |
DUN Lembah Jaya Posted: 21 Dec 2010 11:09 AM PST Medan Selera Water Front Fasa 2: Tindakan Segera Bagi Atasi Masalah Peniaga Posted: 20 Dec 2010 08:39 PM PST YB Tuan Hj Khasim menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Sinar Harian Pelbagai spekulasi timbul berkenaan Medan Selera Ampang Water Front (AWF) Fasa 2 ekoran status terkini tempat tersebut yang semakin lengang. Ramai peniaga tidak mampu bertahan lama di situ. Antara punca utama yang menjadi rungutan ialah kekurangan pelanggan.
Menjawab soalan wartawan akhbar Sinar Harian, Tuan Hj Khasim menyatakan tersebut mesti segera diatasi demi kepentingan peniaga dan pengguna di Ampang dan Lembah Jaya khususnya. Menurutnya kurangnya laluan masuk ke tempat berkenaan sebagai punca utama tidak ramai pelanggan yang hadir. Katanya beliau telah mengajukan cadangan kepada Majlis Perbandangan Ampang Jaya untuk membuka laluan dari persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya besar Carrefour atau dari persimpangan Taman Seri Ampang bagi memudahkan orang ramai ke tempat berkenaan. Namun perkara tersebut masih dalam kajian.
Semoga keputusan yang diperolehi kelak menjadi berita gembira buat para peniaga dan penduduk Lembah Jaya.
| |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 21 Dec 2010 11:09 AM PST Sg Kemaman normal, Kerteh tahap amaran Posted: 20 Dec 2010 11:45 PM PST Banjir yang melanda beberapa kawasan di Kemaman beransur surut dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 243 berbanding 353 orang petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kemaman berkata mangsa yang masih berada di 12 pusat pemindahan adalah 152 orang di kawasan Kemasik dan 91 orang di kawasan Kijal.
"Mangsa belum boleh pulang kerana kawasan rumah mereka masih digenangi air," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pagi ini.
Jurucakap itu berkata paras air sungai Kemaman berada dalam keadaan normal, kecuali di Kerteh, iaitu di Batu Putih kini meningkat ke tahap amaran 2.84 meter (amaran 2.5 meter).
Katanya cuaca di Kemaman kembali mendung pagi ini dan hujan sekali sekala.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan keadaan paras sungai di semua sungai utama di Terengganu pagi ini berada dalam keadaan normal. | |
Pemuda Guchil Posted: 21 Dec 2010 09:24 AM PST |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 21 Dec 2010 09:22 AM PST Apa Rakyat Terenganu Perolehi??? Posted: 21 Dec 2010 08:57 AM PST Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir khamis 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011. Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri. Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan. Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh mengambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya. Dato' Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya. Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan. Ironinya dengan Bajet 2011 RM1.887 bilion, Bajet 2010 RM1.881 bilion, Bajet 2009 RM1.799 bilion, Bajet 2008 RM1.673 billion, bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam keseluruhan Bajet. Sungguh! suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukkan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di Negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu kita masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5. Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Dimusim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta. Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit. Hasilnya, samada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya. Sekarang, Sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh. Menyedihkan apabila dengan peruntukkan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan. Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana. Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk 'memahat sejarah mencipta tamaddun'. sumber : buletin online | Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan Posted: 21 Dec 2010 05:05 AM PST Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011. Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang. "Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
Empat, lima calon
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.
"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.
Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.
Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.
Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:
"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.
"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat.
sumber : malaysiakini
| |
PAS Kawasan Gerik Posted: 21 Dec 2010 09:17 AM PST |
Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka Posted: 21 Dec 2010 09:09 AM PST Call to Claim your Won Fund of 1 Million USD. Posted: 20 Dec 2010 11:06 PM PST Ref: BTL/101OXI/02 Batch: 12/25/0340 Congratulations! Your e-mail address has won for you the sum of One Million United States Dollars($1,000,000.00) from the Microsoft Online Email Regular Users Lotto Award. If you want your Won Fund of $1,000,000.00 to be Transferred or Delivered to you, I want you to fill in the below information and get back to me for confirmation. So to Claim your Won fund of $1,000,000.00 you are advised to Fill in your Information Below. Your full Name....................... Your Delivery address................ Your Contact phone number........... Nationality......................................... Occupation........................................... Age........................................................... Please note: Claiming your Won Fund of $1,000,000.00 will cost you just the sum One Hundred and Five United States Dollars ($1o5) which will be the Bank Wire Transfer fee of your $1,000,000.00 into any of your Nominated Local Bank Account. Take note: Before We Can have your Won Fund of $1,000,000.00 Transferred to you, We shall need you to make the payment of just $105 for the Bank Wire Transfer Charges of your $1,000,000.00 to you. Yours in service Mr Goodman White Microsoft Award Team MICROSOFT AWARD TEAM COPYRIGHT ? 2010 ALL RIGHT RESERVED | |
i n t a n h i j a u Posted: 21 Dec 2010 07:29 AM PST PAKATAN SIMPATI MANGSA KEMALANGAN / ڤاکتن سيمڤاتي Ù…Ú Ø³Ø§ Ú©Ù…Ø§Ù„Ú Ù† Posted: 21 Dec 2010 01:15 AM PST Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pakatan Rakyat Perak melahirkan rasa simpati terhadap semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, tragedi yang meragut 27 nyawa itu sangat mengejutkan dan menyedihkan seluruh rakyat di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa pampasan segera diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka.
"Walaupun nilai nyawa tidak dapat diganti dengan nilai wang, saya berharap pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga magsa secepat mungkin sesuai dengan peruntukan yang sedia ada," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Semalam, kemalangan terburuk itu berlaku pada 11.40 pagi apabila sebuah bas dua tingkat milik San Express Holiday membawa 37 pelancong dari Thailand sedang menuruni bukit. Tiga rakyat tempatan terdiri pemandu bas, penolong pemandu dan seorang pemandu pelancong turut terbunuh.
Selain itu, Pakatan Rakyat Perak juga mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera mengkaji secara terperinci terhadap lokasi tersebut dan sepanjang laluan dari Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan sering berlaku kemalangan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar pernah membangkitkan isu bahaya bas dua tingkat di lebuhraya sewaktu membahaskan usul memotong gaji Menteri Pengangkutan.
Beliau membangkitkan perkara itu ekoran beberapa kes kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam khususnya bas yang sering berlaku. |
|
|
|
| TIDAK MUSTAHIL PAKATAN MENANG DI TENANG / تيدق مستØيل ڤاکتن Ù…Ù†Ú Ø¯ ØªÙ†Ú Posted: 20 Dec 2010 06:43 PM PST
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Meskipun menyedari gelanggang saingan "tidak sama rata", Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu jentera Pakatan Rakyat meningkatkan usaha meraih sokongan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Sehubungan itu, kata Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat yang akan meletakkan calon PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kesemua jentera bekerjasama ke arah itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti Islam itu kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.
"Kita ada cawangan di sana, kita kini sedang membuat persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.
"Kita sedar untuk capai kemenangan tidak mudah kerana keadaan padang yang tidak sama rata yang kalau lihat memihak kepada BN.
"Tetapi walaupun tidak sama rata tidak mustahil bagi kita untuk mencapai kemenangan di sana," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Mengenai soal siapa yang akan menjadi calon PAS di DUN Tenang, Hadi bagaimanapun berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi menentukan siapa yang akan menggalas tanggungjawab itu.
"Mengenai soal calon kita masih belum tentukan, kita akan adakan mesyuarat dan kita serah kepada PAS Johor untuk menentukan calon.
"Setakat ini kita masih belum putuskan siapa calon kita di DUN Tenang," katanya.
BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan Rakyat pula PAS.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.
Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.(themalaysianinsider) | |