Parti Islam SeMalaysia Pas membantah langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi tol 50 peratus kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari lalu, akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN. Pas mendesak kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti. Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya
CERAMAH UMUM Tarikh : 31 Januari 2011 (ISNIN) Masa : 9 Malam Tempat : PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Seremban-Jelebu, Seremban Penceramah : Tn Hj Mohd Sabu , AJK PAS Pusat YB Ravi , ADUN Port Dickson
LABIS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.
"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.
Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.
Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.
"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.
Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.
Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.
Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.
"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.
"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.
Beberapa hari yang lepas telah berlaku rusuhan di Tunisia sehingga tergulingnya pemerintah diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim menyebabkan rakyatnya bangkit menentang bagi menuntut hak mereka. Antara perkara-perkara yang membangkitkan rasa kemarahan rakyat adalah :-
Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
Tahap rasuah yang melampau.
Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.
Beliau dan isterinya serta keluarganya dikatakan telah melarikan diri ke Jeddah, Arab Saudi. Terkini kerajaan sementara Tunisia telah memerintahkan agar beliau dan isterinya serta keluarga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan harta negara.
DPPB SEKALI LAGI AKAN BERGERAK KE TENANG UNTUK KEMPEN PRK DUN TENANG BERTOLAK JAM 3.30PETANG INI.JOM BERSAMA UNTUK KEMENANGAN DUN TENANG MERUPAKAN PERMULAAN MEROBOHKAN KUBU UMNGOK BEE END. TAKBIR!!!!! ALLLAHUAKHBAR!
Posted: 28 Jan 2011 01:50 AM PST
22/1/2011 SABTU DPPB KE TENANG DENGAN TENANG PERNAMAAN CALON DUN TENANG
Program perasmian pusat komuniti taman sri putra, kuala kedah oleh yab menteri besar kedah.turut hadir yb dato phahrolrazi,yb nasir mustafa,yb ahmad kassim dan pemimpin tempatan.pusat komuniti akan berperanan utk aktiviti2 pembangunan insan
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari. Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.
Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.
"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.
Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.
BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR
UMNO dan BN kini cukup kian tertekan, demikianlah yang boleh disimpulkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng apabila meneliti pandangan dan kecaman pimpinan BN terhadap sikap optimistic dan agresif PR untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan am.
Berdasarkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan yang mencabar Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya mengawal dan menurunkan harga minyak seperti yang disiar dalam Sinar Harian 26 Januari 2011, rakyat perak semakin menragui kemampuan BN membela rakyat.
Beliau bercakap sebelum pertemuan dengan Pimpinan MCA Labis, "Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….""… Kelantan cari duit, Pulau Pinang cari duit, Kedah cari duit sendiri, Selangor cari duit sendiri, bagi subsidi jangan tuduh (kerana) kita (BN) harga barang naik…"
Melalui ungkapan sebegini, jelas pemimpin UMNO-BN melatah dan cukup melenting apabila ada kelompok lain yang sudi mengambil tempat mereka 'membela rakyat'.
Pemuda PAS Gopeng juga sedih melihat ramai rakyat DUN Tenang yang cuba dialih pandang berkenaan isu harga barang. Rata-rata media massa elektronik hanya menemubual rakyat (pro BN) dan rakyat kelihatannya 'bersyukur' kerana barang makanan masih mampu dibeli dan masih ada dalam pasaran. Adakah ini cara BN mendidik ekonomi kepada rakyat sehingga rakyat disorokan fakta petaka indeks harga barang yang bakalpada masa akan datang?
Mengapa Ahmad Maslan tidak dedahkan kenyataan Dato' Seri Idris Jala bahawa kerajaan akan hapuskan subsidi barang terkawal sehingga tahun 2015 !
Malah FOMCA juga mengakui barangan makanan asas di Malaysia tiada stok penimbal menyebabakan krisis tidak cukup barang boleh berlaku. Malah lebih buruk FOMCA juga mendedahkan tiada amaran awal kerajaan terhadap kenaikan harga menyebabkan jika import harga naik, pembekal alternatif tidak dicari. Mengapa hal ini BN membisu malah menyarakankan rakyat menanam sayur untuk mengatasi keniakn harga bawang.
Isu harga barang bukan isu mainan seperti yang Ahmad Maslan fahami. Cabarannya kepada kerajaan PR jelas menampikjan kejahilannya terhadap sistem federalisasi dan ruang kuasa kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat. Besar kemungkin beliau ingin menjahilkan rakyat melalui cabarang kebudak-budakan tersebut.
Jika benar ramalan Merdeka Center berdasarkan laporan pada sekitar Disember 2010 bahawa sokongan terhadap BN purata menurun dari angka bulan Mei 2010. Sokongan pada bulan Mei 2010 terhadap kerajaan BN adalah 72 persen telah jatuh dalam kajian Disember 2010 kepada 69 persen. Mengikut pandangan itu penurunan peratusan ini adalah disebabkan kenaikan harga, berpunca dari kenaikan harga bahan bakar dan gula.
UMNO tidak mampu menyelesaikan isu harga barang lantaran sejak 12 tahun hanya mendedahkan bajet defesit dalam Parlimen. Rakyat mahukan perubahan dan PRU-13 adalah medan paling baik untuk realisasikan hasrat rakyat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
You are subscribed to email updates from DPP Gopeng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
... kalu betul la Cikgu Ma'arof nie menipu ... awat Muhyiddin tak ambik port pasal benda nie... hang kan Menteri Pendidikan... dakwa je terus Cikgu Ma'arof... boleh tambah modal kempen korg...wakakakaka
... xde rupa ceramah UMNO tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan... cari le mane-mane blog pencacai angkat najis UMNO... xde pun gambar org yang gie dengar ceramah... yang ade gambo di snap jarak dekat... cube snap dengan penonton sekali... mesti kantoi lah....
...yang gie dengar pun puak-puak blogger pencacai mereka... tue pun sebab nak buat cerita bodo dalam blog... tak habis-habis kisah MC suami Cikgu Mala yang ditulis sendiri oleh puak-puak pencacai angkat najis UMNgOk...
... ini pulak ceramah PAS yang didakwa mereka xde sambutan... majlis tak start lagi memang la takde org woi!!!...
Kita rehat kejap dari cerita di Tenang, kita beralih pula kisah Piala Sumbangsih pada Sabtu ini antara pasukan negeri PR iaitu pasukan Selangor dan Kelantan . Kami menasihatkan agar para penyokong kedua-dua pasukan Selangor dan Kelantan diminta mengawal emosi dan mematuhi arahan keselamatan ketika menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, jangan gaduh-gaduh kerana kitakan satu PR.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan itu agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam mahupun di luar stadium berkenaan.
Sebagai langkah keselamatan, pihak polis dan RELA akan mengadakan pemeriksaan badan pada setiap penonton bagi memastikan mereka tidak membawa masuk barang larangan seperti objek tajam dan mercun ke dalam stadium.
Seramai 745 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan di dalam dan luar stadium pada hari perlawanan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Piala Sumbangsih di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari Isnin.
Katanya Kelantan dan Selangor akan diperuntukan 40,000 tiket masing-masing dengan setiap satu berharga RM20 untuk orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.
Katanya tiket mula dijual di kaunter stadium pada Jumaat ini mulai jam 9 pagi hingga 7 malam.
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik.
Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.
"Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok.
"Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif.
"Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India," katanya
Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
...yang kena buang logo 1 m'sia tue kat kulit depan...wakakakaka
...Rupenye banjir yang melanda kawasan Tenang adalah disebabkan oleh projek 'mee segera' BN APCO... turap jalan tak tengok dulu tempat... main turap je sampai tak tengok kawasan tue lembah ke tidak....
SHAH ALAM, 27 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari dan kemudian akan mengadakan sidang media bersama berhubung kedudukannya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menteri Besar Selangor menzahirkan pendirian ini lima hari selepas usaha meminda perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri gagal.
Khalid sebelum ini pernah berkata kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan Khusrin menjalankan tugas-tugas rasmi.
Selepas sidang khas Isnin lalu, Khalid berkata kerajaan negeri akan membuat permohonan semakan.
Pindaan tempoh hari dibawa ekoran kemelut pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh persekutuan tetapi kerajaan negeri mendakwa peranan menteri besar telah diketepikan.
Khusrin, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pada sidang media hari ini Khalid enggan berkongsi butiran isu yang bakal disentuh pada pertemuan yang dirancang untuk diadakan dengan Khusrin.
"Tidak adil bagi Khusrin," kata menteri besar.
"Kami akan adakan sidang media bersama pada hari berkenaan," katanya.
Jumaat Januari 28, 2011 Najib Umum Tiada Kenaikan Tol Lebuhraya KL - Karak PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol untuk lima tahun akan datang untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.
Beliau juga mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught yang dijangka berkuatkuasa Mei ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Najib pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya di sini. - BERNAMA
Jumaat Januari 28, 2011 Najib Umum Tiada Kenaikan Tol Lebuhraya KL - Karak PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol untuk lima tahun akan datang untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.
Beliau juga mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught yang dijangka berkuatkuasa Mei ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Najib pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya di sini. - BERNAMA
Pinda Interlok dengan pindaan yang akan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Itulah pengumuman akhir Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran. Melayu menggigit jari lagilah. Lihat selepas ini apa lagi yang mereka minta dan mereka minta pinda.
Kita menyokong GAPENA membantah langkah Kementerian Pelajaran melakukan pindaan. PENA juga mengatakan, hujah pihak MIC telah dibahaskan dan kementerian telah "mematahkan" hujah mereka. Satu lagi Muhyiddin menyatakan ia akan dipinda, persetujuan dari Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussin belum lagi diperolehi. Tuannya belum pun menghalalkannya. Muhyiddin dah mula nak buat kerja 'haram'. UMNO/BN perlu ajar siki Presiden MIC yang baru G. Palanivel kerana mengusul sesuatu yang pelik kerana cuba mengubah sejarah. Yang UMNO melalui Presiden UMNO dan Timb. nya terdesak sangat untuk mendapat sokongan dari orang India. Apa yang diminta semua nak bagi sampai benda dah jadi sejarah boleh dilayan untuk dipinda. Sedangkan semasa Tun Mahathir buat kenyataan Melayu haprak, Melayu Malas ada NGO atau Pejuang Melayu nak tegur apatah nak pinda dalam akhbar. Ini novel nak pinda, orang luar negara tentu tertawa pada Kerajaan malaysia yang boleh setuju mengubah karya agoong penulis tempatan yang sudah mashur hingga luar negara. Malunya !!!!
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik. Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut. "Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok. "Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif. "Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India," katanya Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Untuk makluman kes perlantikan Kushrin sebagai SUK Selangor ini,kita perlu tahu Kushrin tidak lulus dalam proses temuduga untuk mencari calon yang terbaik untuk menjawat jawatan SUK yang kekosongan itu.Yang lulus adalah 3 orang sahaja iaitu 1. Dato' Noordin – Timbalan SUK 2. Dato' Roslan – Dato' Bandar MBPJ 3. Dato' Adnan – YDP MBSJ Tak lulus 4. Kusrin Mereka yang 3 orang ini sahajalah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan berharap pihak KSN memilih salah seorang dari itu.Perlu kita ketahui juga antara sebab Kushrin tidak lulus dalam temuduga itu kerana Kushrin adalah pegawai Jusa Gred C manakala jawatan SUK adalah perlu dipilih dari pegawai Jusa Gred A atau B.
Manakala Calon UMNO (Tok Ai/Azhar) DUN Tenang Rupanya duduk rangking no 6! Senarai calon Umno ikut rangking pilihan untuk jadi calon PRK Dun Tenang. Kesemua nama calon: 1. HJ ROSDIN MAHMUD,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis 2. HASHIM DAUD,Naib Ketua UMNO Bahagian Labis 3. MOHD SAHIR BIN ALI HUDDIN,Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis 4. JAIM BIN YUNUS,mencabar Sulaiman jawatan ketua bahagian tetapi kalah 11 undi, penyokong TPM 5. HASLINDA BINTI SALLEH,Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis (belum kahwin, 38) 6. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM.ADO Rengit (pegawai awam, tidak pimpinan parti) 7. MASRAN BIN AHMAD SAYUTI,AJK Pemuda UMNO Bahagian Labis 8. HARUN BIN SALEH,Anak Peneroka Chempelak, bekas Setiausaha Politik 9. AZLAN HALIN,bekas guru, rapat dengan MB 10. SYED OSMAN SYED ABDULLAH,bekas Setiausaha bekas ADUN.
Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Perdana Menteri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden UMNO itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah. Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan UMNO-BN, memunculkan rasa takut Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan UMNO-BN kepada rakyat. Presiden UMNO itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.
Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan UMNO-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.
*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen merangkap Ketua Umum PKR.
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT... DIJEMPUT KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT KITA BERMUNJAT KEPADA YANG MAHA BERKUASA MEMOHON BANTUAN ALLAH Di N05 DUN TENANG
1. MEMOHON SUPAYA DTEGUHKAN DAN DIBERI KEKUATAN KEPADA SELURUH PETUGAS JAMAAH di DUN TENANG. 2. DIHINDARKAN DIRI DARI UJIAN BENCANA PETAKA YANG TIDAK DIINGINI. 3. DISELAMATKAN SELURUH PETUGAS DAN PENGUNDI YANG INGIN MELIHAT ISLAM DIJULANG MEMERINTAH. 4. DITHABATKAN & DITEGUHKAN CALON DAN KELUARGA JAMAAH SERTA DILINDUNGI MEREKA
INILAH SUMBANGAN KITA KEPADA SELURUH PETUGAS PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG.... DATANG BERAMAI..
DISERTAKAN JUGA DENGAN TAYANGAN VIDEO DAN SLIDE BERKAITAN PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG YANG SEDANG BERLANGSUNG.
DI DUN tenang, calon UMNO mengharap akan menang PRK N5 kununnya agar dapat sesuatu keajaiban akan berlaku di mahkamah tinggi muar pasal kes beliau(Azhar) melelong cara zolem/zalim akan dibicara pada 7 februari akan datang selepas PRK N5 tersebut.
Manakala di selangor pula pada 7 Februari 2011 MB NAK JUMPA KHUSRIN.
SHAH ALAM, 27 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari dan kemudian akan mengadakan sidang media bersama berhubung kedudukannya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor menzahirkan pendirian ini lima hari selepas usaha meminda perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri gagal. Khalid sebelum ini pernah berkata kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan Khusrin menjalankan tugas-tugas rasmi. Selepas sidang khas Isnin lalu, Khalid berkata kerajaan negeri akan membuat permohonan semakan. Pindaan tempoh hari dibawa ekoran kemelut pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh persekutuan tetapi kerajaan negeri mendakwa peranan menteri besar telah diketepikan. Khusrin, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu. Pada sidang media hari ini Khalid enggan berkongsi butiran isu yang bakal disentuh pada pertemuan yang dirancang untuk diadakan dengan Khusrin. "Tdak adil bagi Khusrin," kata menteri besar. "Kami akan adakan sidang media bersama pada hari berkenaan," katanya.
PAS telah mengadakan majlis makan tengah hari bersama pimpinan di Dataran Cikgu Mala. Antara yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim dan Mahfuz Omar, Mazlan Aliman dan calon PAS sendiri, Cikgu Mala.
LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu.
Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.
Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas.
Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman telah membuat orang UMNO di Pejabat Labis gelabah apabila beliau berani sampai ke tempat pemimpin dan ahli UMNO berkubu. Beliau bersama suami dan muslimat serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bersarapan dan bermesra dengan masyarakat di gerai makan bersebelahan Pejabar UMNO Bahagian Labis. Ternyata penyokong UMNO di gerai tersebut tidak senang duduk dan gelisah dengan kedatangan Cikgu Mala yang mempunya aura yang mantap membolehkan pengundi bersama dengannya.
LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu "serangan terdesak" untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.
Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.
Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.
Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai "modal" dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.
"Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).
"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
"MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk," kata beliau.
Kehadiran Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin disambut meriah oleh masyarakat tionghua di Majlis Makan Malam bersama masyarakat Tionghua di Pekan Labis. Hadirin yang hadir di majlis itu menyambut kedatangan DS Nizar dengan penuh meriah dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan Ikon Rakyat Perak itu. DS Nizar melayani rakyat- rakyat yang mahu bersalaman, bergambar dan bertanya khabar.
Dato' Seri Nizar telah menyampaikan ceramah pada majlis itu. Hadirin yang hadir sangat terkejut dan teruja apabila DS Nizar petah berdialog dalam bahasa mandarin. Hadirin yang hadir bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Dato' Seri juga tidak melepaskan peluang menyanyikan sebuah lagu dalam majlis itu setelah diminta oleh hadirin.
Dato' Seri Nizar memang benar-benar pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat. Pemimpin sebegini yag digeruni oleh puak UMNO/BN.
YB Hj Khasim menyampaikan cek sumbangan kepada Ustazah Saliah
24 Januari 2011, Sri Taman Baru - Dengan pertambahan pelajar baru pada sesi persekolahan tahun ini, sekolah KAFA Integrasi Al-Irshad mengambil keputusan untuk membina blok baru iaitu bangunan surau yang telah dirangka sekian lama. Pembinaan ini adalah bertujuan memastikan keselesaan para pelajar memandangkan kelas sedia ada tidak mencukupi berbanding dengan pertambahan pelajar.
Namun, kerja-kerja menyiapkan bangunan tersebut agak perlahan ekoran masalah kewangan yang agak terhad. Pihak DUN Lembah Jaya mengambil kesempatan menghulur sedikit bantuan berupa wang tunai berjumlah RM5000.00. Sumbangan disampaikan sendiri oleh YB Tuan Hj Khasim kepada Ketua Guru KAFA berkenaan Ustazah Saliah Mohamad.
Pengerusi Badan Keluarga Al-Irshad Encik Che Yusof Che Mat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak DUN dan pihak-pihak lain termasuk individu dan swasta yang menyumbang bagi tujuan pembangunan sekolah tersebut.
Sumbangan kaum Muslimin Muslimat masih diperlukan. Bagi sesiapa yang berhasrat untuk beramal jariah boleh berhubung terus dengan Che Yusof di talian 017 335 1915. Semoga apa dihulurkan akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.
Felda Chemplak, LABIS - Setelah membuat kecoh pada malam kelmarin sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berceramah di Felda Chemplak, petang Khamis, 27 Januari, 'Samseng Umno' membuat kecoh lagi.
Kali ini mereka membantah program 'Semalam di Chemplak, satu program malam kesenian Islam yang dianjurkan bersama oleh jentera PAS Terengganu bersama ANAK.
Ketegangan secara berdepan yang bermula kira-kira jam 5.30 petang, apabila seorang lelaki yang difahamkan selaku Pengerusi Belia Felda berkenaan memberitahu para petugas PAS dan ANAK supaya tidak mengadakan program di padang bola tersebut.
Kebetulan, sebuah bangunan yang didakwanya sebagai pusat belia terletak berhampiran pentas dimana para petugas sedang membuat persiapan program.
Selain 'pengerusi belia' itu, seorang lelaki yang dimaklumkan sebagai 'ahli Rela' telah bertindak memberi amaran.
Para petugas PAS dan ANAK berkeras akan meneruskan program kesenian tersebut kerana ANAK telah mendapat kebenaran 'permit' dari pihak polis.
Atas campurtangan 'pihak atasan' sekumpulan polis telah datang ke lokasi kira-kira jam 6.30 petang.
Atas alasan, BN telah membuat persiapan untuk suatu program yang akan dihadiri oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, polis telah meminta ANAK berpindah ke lokasi lain.
Timbalan Presiden ANAK saudara Shamsul dalam menghadapi tekanan pihak keselamatan tersebut mengambil langkah berundur setapak dan berjanji bekerjasama untuk memindahkan program ke suatu lokasi lain.
KOTA - Penduduk Kampung Tiga Nenek, di sini resah dengan bau kurang menyenangkan di kawasan itu berikutan air longkang yang mengalir tidak sempurna.
Penduduk, Ali Mohd Yunus ,58, berkata masalah perparitan berlaku bermula dari surau berhampiran sehingga ke beberapa rumah penduduk.
Menurutnya, longkang yang dibina di bahagian kiri jalan masuk ke kampung itu dirasakan tidak sesuai kerana pengaliran air nampak tidak sempurna.
Menurutnya, ketiadaan longkang yang kukuh menyebabkan masalah limpahan air terutama semasa hujan lebat.
"Apabila keadaan ini berlaku, air bertakung itu turut menyebabkan sampah sarap. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan keadaan sekeliling tetapi mengundang bau busuk," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, Ali berharap satu sistem perparitan lebih sempurna dibina di situ supaya air bertakung dapat dialirkan dengan baik.
"Apa yang membimbangkan penduduk adalah aliran air di permukaan jalan kerap berlaku terutama ketika hujan lebat di jalan utama masuk ke kampung itu.
"Ketiadaan sistem perparitan lebih sempurna menyebabkan takungan air dikhuatiri menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Ia akan mengundang masalah lain kepada penduduk terutama menjejaskan kesihatan.
"Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan lanjut membina segera longkang," katanya.
KULIAH MAGHRIB Tarikh : 29 Jan 2011 Penceramah : Ust Abd Basit Tajuk : Tasawuf Tempat : PASTI Al-Ikhwan, No 166, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, Seremban http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com
LABIS 28 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang yang mengelirukan masyarakat.
Menurut Muhyiddin, tidak wajar Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.
Umat Islam di negara ini, kata Muhyiddin, mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri tidak menyokong Pas bukan bermakna mereka bodoh. "Apakah penduduk Labis jahil kerana tidak sokong Pas? Sebagai seorang bertaraf tok guru beliau tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang, kita di Johor berasa tersinggung,"
katanya. – Utusan
sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_36.htm
Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah Klang telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid nya.
Guru Besar Puan Hjh Mezlene berasa bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar sekolah tersebut yang menunjukkan peningkatan.
Ir Kasim bin Ahmad, YDP PIBG SRAI tersebut juga berharap komitment dari ibu bapa juga berterusan dalam memastikan anak-anak mereka terus berjaya dalam persekolahan mereka.
YB Dr Rani sebagai perasmi juga berharap pelajar-pelajar SRAI tersebut dapat menyumbangkan kearah membentuk masyarakat yang beriman, berintegrasi dan berpelajaran pada masa akan datang.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau selama ini ular asyik memakan katak, datang satu masa nanti, mulut katak yang kecil boleh mengajar keturunan ular supaya menghentikan tabiat memakan keturunannya!
Bismillah. Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Kekuatan yang sebenar bukan dari seorang atau semua orang manusia. Kekauatan hakiki bersumber daripada ALLAS swt. Maka kita pasrah kepada YANG MAHA SATU.Usaha,usaha,usaha, doa kemudian tawakkal kepadanya.
PRK N5 TENANG... ***Sedang dalam proses berkempen...dalam proses ini banyak pertikaian dan penghinaan ke-atas Islam..bahan kempen dari BN terutama MCA menghina Islam dengan berani dan lantang,sedangkan kita orang Islam tidak sedikit pun menyentuh hal-hal ugama lain bangsa,tambah mengecewakan tiada sebarang tindakan sewajar ataupun tegur diberi oleh UMNO yang kunun-nya memperjuangankan Bangsa Melayu yang semua berugama Islam. ****Sebagai seorang muslim,mari-lah kita menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Agung sepanjang tempoh berkempen ini hingga hari terakhir..semoga Allah memberi apa yang sepatut-nya kepada mereka. *****Menang atau kalah dalam perjuangan bukan-lah ukuran,tetapi Islam itu wajib terus dijaga hak-nya. Takbir..!!!!!
QUNUT NAZILAH SEMPENA PRK N5 TENANG...
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!
Sungguh biadap kelakuan penyokong jumud Umno ini..mentang-mentang berada di tempat mereka (kubu BN), berlagak samseng..kalian baca laporan Malaysiakini pada tajuk, "Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng"...
Jika kalian merantau di setiap facebook dan blog pro-Umno, mereka menjaja berita kononnya rakyat tempatan (Chempedak barat) bangkit membantah kehadiran pemimpin DAP..rakyat tempatan menolak dan mengusir orang luar (PR) dari kampung mereka..
Persoalan kini, benarkah yang memekik melalak ini adalah orang tempatan??..benarkah mereka semua anak muda tempatan mewakili penduduk Chempelak Barat??
BN memperbodohkan rakyat dengan cabaran turunkan harga barang terhadap kerajaan PR
UMNO dan BN kini cukup kian tertekan, demikianlah yang boleh disimpulkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng apabila meneliti pandangan dan kecaman pimpinan BN terhadap sikap optimistic dan agresif PR untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan am.
Berdasarkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan yang mencabar Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya mengawal dan menurunkan harga minyak seperti yang disiar dalam Sinar Harian 26 Januari 2011, rakyat perak semakin menragui kemampuan BN membela rakyat.
Beliau bercakap sebelum pertemuan dengan Pimpinan MCA Labis, "Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….""… Kelantan cari duit, Pulau Pinang cari duit, Kedah cari duit sendiri, Selangor cari duit sendiri, bagi subsidi jangan tuduh (kerana) kita (BN) harga barang naik…"
Melalui ungkapan sebegini, jelas pemimpin UMNO-BN melatah dan cukup melenting apabila ada kelompok lain yang sudi mengambil tempat mereka 'membela rakyat'.
Pemuda PAS Gopeng juga sedih melihat ramai rakyat DUN Tenang yang cuba dialih pandang berkenaan isu harga barang. Rata-rata media massa elektronik hanya menemubual rakyat (pro BN) dan rakyat kelihatannya 'bersyukur' kerana barang makanan masih mampu dibeli dan masih ada dalam pasaran. Adakah ini cara BN mendidik ekonomi kepada rakyat sehingga rakyat disorokan fakta petaka indeks harga barang yang bakalpada masa akan datang?
Mengapa Ahmad Maslan tidak dedahkan kenyataan Dato' Seri Idris Jala bahawa kerajaan akan hapuskan subsidi barang terkawal sehingga tahun 2015 !
Malah FOMCA juga mengakui barangan makanan asas di Malaysia tiada stok penimbal menyebabakan krisis tidak cukup barang boleh berlaku. Malah lebih buruk FOMCA juga mendedahkan tiada amaran awal kerajaan terhadap kenaikan harga menyebabkan jika import harga naik, pembekal alternatif tidak dicari. Mengapa hal ini BN membisu malah menyarakankan rakyat menanam sayur untuk mengatasi keniakn harga bawang.
Isu harga barang bukan isu mainan seperti yang Ahmad Maslan fahami. Cabarannya kepada kerajaan PR jelas menampikjan kejahilannya terhadap sistem federalisasi dan ruang kuasa kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat. Besar kemungkin beliau ingin menjahilkan rakyat melalui cabarang kebudak-budakan tersebut.
Jika benar ramalan Merdeka Center berdasarkan laporan pada sekitar Disember 2010 bahawa sokongan terhadap BN purata menurun dari angka bulan Mei 2010. Sokongan pada bulan Mei 2010 terhadap kerajaan BN adalah 72 persen telah jatuh dalam kajian Disember 2010 kepada 69 persen. Mengikut pandangan itu penurunan peratusan ini adalah disebabkan kenaikan harga, berpunca dari kenaikan harga bahan bakar dan gula.
UMNO tidak mampu menyelesaikan isu harga barang lantaran sejak 12 tahun hanya mendedahkan bajet defesit dalam Parlimen. Rakyat mahukan perubahan dan PRU-13 adalah medan paling baik untuk realisasikan hasrat rakyat.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.
"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.
Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan perdana menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.
"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus.
"Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.
Tindakan ini katanya, bukti penerimaan perdana menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.
"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Begitu pun, demi rakyat saya menyeru kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," kata Azmin.
PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.
Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;
1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.
2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.
3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.
4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.
5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.
Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau "Wanita pertama Malaysia".
Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan
Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".
Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.
Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.
Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.
Menipu rakyat
Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.
Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.
Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.
Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.
"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.
Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.
"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.
"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.
"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan.
"Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya.
Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya.
"Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.
LABIS, 28 Jan : Blogger PAS konsisten menjalankan penerangan melalui media baru masakini seperti jaringan sosial, twitter, facebook dan blog dan amat berkesan serta berpotensi menyentuh hati rakyat dengan maklumat terkini mengenai pelbagai isu .Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Perak, YB Khalil Idham Lim,
Tambahnya, menurut laporan media, di Malaysia, internet kini menjadi media pilihan 61% pengguna, menewaskan media TV, radio dan surat khabar dan fakta ini dipetik dari akhbar BBC dan ia adalah hasil kajian yang telah dilakukan.
"BN gentar dengan perkembangan ini, memandangkan maklumat mudah sampai kepada rakyat, kerana itu sepatutnya media cetak dan eletronik jangan terlalu ghairah mengeluarkan fitnah terhadap PR kerana mereka harus sedar ada media baru yang mampu menjelaskan perkara yang sebenarnya," katanya.
Menurutnya yang juga ADUN Titi Serong, sebagai contoh BN dengan angkuhnya menyebarkan fitnah terhadap calon PAS, Normala Sudirman di Tenang dengan mengatakan Calon Pas ada mengunkapkan "kenapa jual arak?" di Tenang kepada pekedai bukan Islam .
"Sepatutnya Ahli Parlimen Labis yang mengeluarkan kenyataan itu membuktikan kenyataannya setelah didesak namun kenyataannya sering berubah demi menyelamatkan diri" katanya.
"BN juga pasti susah hati dengan perkembangan terbaru Malaysia sebagai hab multimedia serantau sehingga cuba mengusulkan undang-undang pengawalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang melibatkan kepada media baru di internet" katanya lagi.
Dalam pada itu, Khalil menjelaskan Google telah membuka satu pejabat di Malaysia pada tahun ini setelah Google membuka pejabat cawangannya di Korea dan Singapura dan bilangan pengguna Internet di Malaysia hari ini dicatatkan 17 juta.
"Satu perkembangan baik, syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia, dan perkembangan positif ini perlu dimanfaatkan untuk memperoleh serta menyebar informasi terkini tentang apa yang berlaku di Negara," katanya ketika menutup sesi temu ramah.
LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu.
Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.
Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas.
Malam ini beliau dijangka akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dijangka memberikan ucapan di Ceramah Perdana di depan Dataran Wayang Pacak ini.
Ini adalah ceramah umum terakhir menjelang hari pengundian pilihan raya kecil ini Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Anwar, laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai beliau untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Katanya, laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha mereka demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.
Katanya, Najib sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.
Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan, dakwa beliau.
"Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
"Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.
"Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," kata Anwar lagi.
AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.
Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.
Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar.
Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?
Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.
Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali.
Inilah Firaun yang pernah diceritakan pada zaman Nabi musa a.s. Dengan kuasa Allah Yang Maha Hebat dan dengan perintah Allah kepada Nabi Musa a.s agar mengangkat tongkatnya dan hentakkan dibumi untuk membelah lautan.
Dimana setelah NAbi musa dikejar oleh Firaun dan askarnya menemuai jalan kebuntuan untuk melarikan diri. Dan ketika Nabi Musa dan pengikutnya melalui laut Merah yang terbelah dari izin dan kuasa Allah yang tiada tandingannya hingga baginda sampai diseberang tanpa didatangi masalah.
Tapi dalam perjalanan firaun dan askarnya merentasi lautan yang terbelah itu, mereka merasa kagum dan gementar melihat seakan-akan ada kuasa yang membantu Nabi Musa. Akhirnya Firaun berkata............
"Jika benar inilah kuasa tuhannya Musa! aku sanggup untuk menyembahnya dan bertaubat kepada tuhannya." .......tapi kenyataan Firaun telah pun didengar oleh Allah s.w.t.
Maka Allah pun berkata dengan keras kepada Firaun yang dilaknat-Nya. "Baru sekarang kau ingin bertaubat! baru sekarang kau sedar akan kuasa-Ku! Sedangkan kau mengaku diri kau adalah Tuhan! terimalah pembalasan dariku! akan Aku timbulkan jasad kau agar menjadi teladan dan iktibar kepada semua manusia di dunia ini".
Begitulah cerita sejarahnya Firaun yang patut kita bersama mengambil iktibarnya. Sejarah mereka yang terdahulu amatlah bermakna buat kita sekarang ini. Agar kita tidak menjadi angkuh seperti Firaun dan melampui batas yang keterlaluan.
Begitu juga dengan syirik/memperduakan Allah. Maka Allah tidak akan mengampuni dan menerima taubatnya. Hati-hatilah dalam kehidupan kita, syaitan sentiasa berusaha merosakkan rancangan yang baik malahan memberi kita ilham atau menerbitkan rasa kesombongan seperti Firaun. Semoga Allah melindungi kita semua ke jalan yang benar. AMeeeeeen! Alhamdulillah! Wasalam!
Tulisan Arab di gambar itu bermaksud "Ambillah Iktibar wahai para pemandang (gambar)".
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu.
Khalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.
"Ada bincang (soal Khusrin). Saya akan jumpa beliau selepas Tahun Baru Cina, pada 7 Februari depan," katanya yang enggan mendedahkan maklumat lain berhubung pertemuan itu.
Didesak beberapa kali oleh pemberita, Khalid tetap enggan mengesahkan sama ada pertemuan itu akan membincangkan soal angkat sumpah Khusrin sebagai SUK.
Sambil ketawa, Khalid berkata: "Tak nak jawab."
Diminta mengulas laporan sebuah harian berbahasa Cina semalam yang mendakwa bahawa Khusrin akan diberikan enam bulan tempoh 'percubaan' terlebih dahulu, Khalid tetap enggan mengulasnya.
Bukan isu besar
"Tak payahlah kita cerita, itu bukan isu besar," katanya yang memakai batik merah dalam sidang media 'bertemakan' Tahun Baru Cina itu.
Namun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.
Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula pada jamuan Tahun Baru Cina negeri pada 12 Februari ini, pihaknya akan memulakan usaha itu.
"Kita akan kempen untuk dapatkan majoriti dua pertiga (dalam DUN). Kita akan kempen supaya kuasa federalisme memberi keadilan di negeri-negeri," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini, Khalid berkata langkah itu adalah reformasi yang cuba dibawa bagi "mengembalikan kuasa kepada rakyat".
Beliau juga yakin usaha itu akan mendapat sokongan rakyat, terutamanya golongan berpendidikan dan generasi muda.
"Saya rasa, ya (membantu). Sebelum ini sering ada hujah bahawa Umno menjuarai isu Melayu dan sultan, tetapi yang sebenarnya tidak begitu," katanya ketika ditanya sama ada usaha itu akan membantu Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di negeri itu.
Khalid berkata, beliau yakin dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan akan menguasai majoriti dua pertiga di DUN memandang kini mereka sudah mempunyai 35 kerusi.
Lima kerusi lagi
"Kita hanya perlu lima kerusi sahaja lagi," Kata Khalid yang juga ADUN Ijok.
Ditanya tentang pendapat peguam terkenal Datuk Salehuddin Saidin yang berpendapat undang-undang membenarkan Khusrin 'meminta' menteri besar menjalan angkat sumpahnya, Khalid terus bersikap sinis.
"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.
Sementara itu, mengulas penubuhan suruhanjaya diraja untuk kes Teoh Beng Hock, Khalid berharap ia dapat menghasilkan keputusan yang dihormati.
"Harap tidak jadi macam kes 'correct, correct, corect'...," katanya.
Penerbangan antara Kunming, Nanning dengan Singapura dan penerbangan antara Kunming, Nanning dengan Kuala Lumpur masing-masing dipulihkan pada 26 dan 27 Januari ini. Penerbangan berkala ini berjalan pada setiap Rabu, Sabtu dan setiap Khamis, Ahad. Demikian dinyatakan oleh Kumpulan Lapangan Terbang Guangxi. Pada masa ini, penerbangan langsung dari Guangxi ke negara ASEAN sperti Guilin-KL, Guilin-Singapura, Naning-Vientiane, Nanning-Yangon, Nanning-Bangkok dan Nanning-Phnom Penh.
Menurut cerita yang dicatat dalam buku sejarah China, kira-kira 2,000 tahun yang lalu, Puan Li, gundik yang paling dicintai oleh Maharaja Wu Dinasti Han meninggal dunia kerena penyakit. Maharaja Wu merasa sangat sedih hingga tidak mahu menguruskan pentadbiran.
Seorang pegawai kanan, Li Shaoweng merasa bimbang terhadap keadaan tersebut. Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat bebeapa kanak-kanak sedang memainkan boneka, bayangan boneka di bumi nampaknya seperti orang yang benar.
Li Shaowen segera mengarah tukang melukis gambar Puan Li, dan membuat patung yang diperbuat daripada kain menurut gambar itu, mengikat batang kayu pada kaki dan tangan patung itu. Selepas itu, beliau mempersilakan baginda duduk di belakang tirai sutera.
Setelah lilin dinyalakan, bayangan Puan Li mulai bergerak pada tirai tersebut, seperti orang yang benar. Ini sangat menggembirakan Maharajan Wu. Perkara ini dianggap merupakan catatan terawal tentang wayang kulit di China.
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.
"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.
"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.
"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.
Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.
Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.
Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang.
TEMERLOH, 27 Jan: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimati setem dan tiada tarikh tamat.
Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.
Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.
Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.
"Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.
"Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda," katanya.
Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.
Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.
Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.
Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.
Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.
"Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.
"Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang," katanya.
Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.
Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.
Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90.
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.
Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang.
"Apapun alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak, saya lihat ianya tidak lebih dari persiapan awal BN menghadapi PRU ke 13," kata beliau.
Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata, cadangan kerajaan itu kerana pemimpin BN mula bimbang dengan keberanian pengamal media baru mendedahkan maklumat sebenar kepada pengguna internet.
"Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, saya lihat ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab.
"Kita keluarkan sesuatu yang sebenarnya dan inilah yang membimbangkan pemimpin BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara.
"Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya.
"Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur," katanya.
Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran.
"Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini"," katanya.
Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.
"Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.
"Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan," katanya.
Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah.
"Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menunggu lama bagi menghentikan pelbagai tindakan yang sudah tidak masuk akal ini," katanya.
Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter.