Jurulatih baru : Norizan Bakar (Cikgu Jan) Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt Jurulatih Piala Presiden : Abu Bakar Fadzim Pembantu Jurulatih : Shamsul Saad Senarai Pemain Terkini : 1 KHAIRUL AMRI 2 CHAN WING HONG 3 KHAIRI ZAINUDDIN 4 SYAHMAN ZAINUDDIN (MANDIN) 5 ARIFF ISMAIL 6 SYAZWAN ROSLAN (ATONG) 7 - 8 SHARULNIZAM MUSTAFFA (ARUL) 9 SYAFIQ JAMAL 10 NAZRI KAMAL (JELI) 11 MOHD SHAHRUL HAFIZ (BLACK) 12 KHAIRUL IZZAT JAMALUDDIN 13 - 14 AKMAL RIZAL 15 AZMEER YUSSUF 16 - 17 K.NATHAKUMAR 18 - 19 HAZRUL MUSTAFFA (o'oi) 20 HARIZUL IZWAN ABD RANI 21 KAMARUL EFFENDI (KE) 22 ISMA ALIF 23 RAZALI UMAR (EL TORNADO) 24 - 25 NASRIL NOURDIN 26 NURRIDUAN ABU HASSAN 27 NURUL NASRIQ 28 MOHD NASIR 29 - 30 KHALIS IBRAHIM
Jersi Perak tahun ini ditaja oleh Specs,Harap-harap pasukan Perak tahun ini lebih kuat.Kejor Yob Kejor.
Jangan lupa berikan sokongan anda terhadap skuad bola sepak Perak yang akan menentang Kuala Lumpur malam esok untuk perlawanan pembukaan Liga Super musim 2011.Semoga skuad Seladang menang....
PETALING JAYA: Politicians aren't generally known for their musical ability. But a new indie pop album by Anwar Ibrahim and Elizabeth Wong seeks to change all that.
Produced by a crew led by Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne, "Teratak" (translated as "house") is a family-based four-track album with songs on love and peace.
"The songs are, you know, a thanks to everybody who has supported us, and forgave us for some of the mistakes we made," Loh said, adding that the album was a form of gratitude to all Malaysians.
"It's not supposed to be a political thing. It's about family and love and a common language that we can give to everyone. It's about not giving up and continuing to work hard."
Teratak's titular track is sung by Opposition Leader Anwar Ibrahim, and "A Capella" group known as The Wayfarers. According to Loh, the group consisted of members of PAS-Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad's family.
Teratak's name, he added, was also a lot catchier than "rumah" (house) and not as overly used as "keluarga" (family).
The album's fourth track, "Feeling Fun" is sung by Bukit Lanjan assemblywoman Elizabeth Wong.
Loh also said that his voice was also featured in most of Teratak's songs.
The songs were co-written by the album's production team d*Crew, Loh himself, his girlfriend and DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim's special assistant, Faisal Mustaffa.
Initially launched on Jan 25 at Subang Parade, Loh said that Malaysian radio stations were afraid of playing Teratak over the airwaves.
Shoe-string budget
Although supposedly produced on a shoe-string budget, the Kelana Jaya MP said that his team didn't intend to make any returns on Teratak.
Loh added that he was also touched by Anwar's part in the album.
"Anwar wanted something a bit up-tempo, so I worked on that, and I got something for him. But he went on a completely different direction, and was going for something bolero-like. It was very emotional."
"I felt very sad when I heard it. It was not just about the voice, but how he brought himself up," the PKR MP said.
Asked if the album was expected to top Prime Minister's wife, Rosmah Mansor's cover of "If Never Tomorrow Comes", Loh disagreed.
"No, I think Rosmah has a very good voice, because I heard her singing a couple times. She's actually pretty good."
Speaking on possible BN criticism of the album, Loh said that Pakatan Rakyat's political rivals were free to say whatever they wished.
"We're letting everybody download the songs, and we don't really discriminate whether you're Pakatan or not," he added said.
The songs will be downloadable for free on the album's website (http://uni-tee.org/) from this evening onwards.
PETALING JAYA 27 JAN: Cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) melibatkan media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam satu kenyataan Pengarah Komunikasi PKR itu berkata sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC).
Tetapi beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana ketika ini pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.
"Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian "Green Dam" Di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat," katanya yang juga ADUN Seri Setia.
Nik Nazmi menambah, pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Najib Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang.
Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit di bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara.
Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet.
Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter.
Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang sebelum ini tertarik dengan jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan - termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diuar-uarkan selama ini - akan menjadi sia-sia.
"Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka," katanya.
PKR menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan mereka benar-benar mahukan perubahan.
Seorang pembantu ADUN Sri Muda, Mohammed Azmin Abdul Kadir akan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Shah Alam petang ini dipercayai berhubung siasatan ke atas wakil rakyat berkenaan Shuhaimi Shafiei.
Beliau disahkan akan hadir ke balai polis berkenaan pada jam 4 petang ini, menurut seorang lagi pembantu Shuhaimi, Azmizam Zaman Huri.
Azmizam berkata, polis telah menelefon ke pejabat DUN berkenaan bagi memaklumkan perkara itu pada petang semalam.
Ditanya lanjut, Azmizam berkata beliau percaya siasatan itu berhubung kait dengan siasatan ke atas Shuhaimi sebelum ini.
"Tapi kita pun tak tahu sebab polis dah umum kata siasatan dah habis.
"Kalau kita tak pergi, dikatakan tak beri kerjasama pula. Jadi kita tetap akan pergi," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 17 Januari lalu dilaporkan sebagai berkata, polis telahpun menyelesaikan siasatan terhadap Shuhaimi.
Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.
Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi "positif" khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.
Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.
"Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.
"Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.
"Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil," katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.
Mazlan berkata calon PAS Normala Sudirman berjaya mendapat respons positif dari pengundi di Kampung Payah Merah – tempat tinggal calon BN, Mohd Azahar Ibrahim (kiri).
Cikgu Mala disambut baik
Katanya, daripada 60 orang pengundi yang ditemuinya, mereka menyambut baik kehadiran calon PAS yang lebih dikenali dengan Cikgu Mala dan ada di antara mereka mempelawa masuk ke dalam rumah.
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya apabila pihaknya berhadapan dengan kekangan iaitu kesukaran pengundi Melayu dan Cina pulang ke kampung.
Ini kerana, mereka perlu berulang disebabkan tarikh pengundian 30 Januari diselangi dengan sambutan Tahun Baru Cina tiga hari selepas itu.
Sehubungan itu pihaknya kini sedang memikirkan starategi untuk merangsang pengundi Cina dan Melayu untuk pulang mengundi pada 30 Januari ini.
Ditanya mengenai strategi PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di ketiga-tiga Felda – Felda Tenang, Felda Chempelak, dan Felda Chempelak Barat – beliau berkata PAS memasuki fasa terakhir bagi menarik kumpulan tersebut.
Katanya, fasa pertama dilalui sejak penamaan calon sehingga hari ini, pihaknya mengadakan siri ceramah dan dialog dengan membarisi tokoh Pakatan Rakyat dan peguam memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk isu-isu Felda.
"Fasa terakhir ini kita fahamkan supaya mereka ada keberanian (untuk menuntut) apa yang mereka mahukan. Kita lontarkan isu berbangkit supaya mereka tahu apa komitmen kerajaan," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya kini menggiatkan kempen bertemu pengundi di kedai kopi atau gelanggang futsal dan memberi penerangan dalam ceramah kelompok mengenai isu berbangkit di Felda.
"Nampaknya pendekatan ini lebih positif supaya mereka lebih memahami (mengenai isu tesebut). Ada di antara mereka tidak tahu hak mereka sebagai warga Felda," katanya.
Mahkamah telah memberikan perintah interim kepada 15 komuniti rumah panjang Iban di Sebangan Hulu di Simunjan, Sarawak bagi menghalang Quality Concrete Holdings Bhd dan kontraktornya Loyal Billion Sdn Bhd daripada meneruskan segala aktiviti pembalakan, pembersihan kawasan dan aktiviti lain yang berkaitan di sana.
Pemegang lesen konsesi balak, Quality Concrete Holdings Bhd dimiliki sebahagian besarnya oleh adik Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud - Roziah. Ahli keluarga terdekat Taib juga di katakan memiliki saham di syarikat itu.
Menurut laporan tahunan syarikat itu tahun lalu mencatatkan sepupu pertama Taib, Hamed Sepawi, sebagai 28 daripada 30 pemegang saham terbesar Quality Concrete.
Seorang lagi pemegang saham yang berdaftar di tangga 24 adalah adik ipar Taib Abdul Aziz Husain, mantan setiausaha kerajaan negeri.
Penduduk rumah panjang itu mendakwa tanah berkenaan adalah hak mereka berdasarkan hak-hak tanah bumiputera (NCR). Mereka mendakwa mengikut NCR mereka adalah pemilik sah tanah-tanah di Kampung Entanggor, Ensika, Lumut, Arus Dayak, Tongkah Dayak, Dayak Tongkah Lubuk Manta, Tongkah Dayak Atas, Tongkah Dayak Rumah Panjai, Lunying, Belimbing Besi, Ketimbong dan Bajong Ili, Ili Bajong Atas, Bajong Tengah Ili, Ili Bajong Baruh, - yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Kuching.
LABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.
Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.
"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.
Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.
Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.
Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.
"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.
Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.
"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.
Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.
Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana.
LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.
Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.
Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.
Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.
"Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.
Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.
Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.
Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai 'majistret', Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.
"Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.
LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.
"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.
Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.
"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.
Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.
"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.
Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.
"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.
"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.
Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.
KUALA LUMPUR 27 JAN: Isu cadangan Kementerian Dalam Negeri(KDN) memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984(PPPA) ke internet turut dibantah Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.
Menulis diblognya Ahli Parlimen Rembau itu, melahirkan rasa terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.
Baginya, sambil menasihati kerajaan agar jangan bersikap jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.
"Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan ini," tulis Khairy dalam www.rembau.net.my.
Bagi Khairy ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.
"Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain? Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.
"Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini," tulisnya lagi.
Malahan dakwa Khairy sebelum ini beliau sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.
Jika kita melihat kepada statistik siber, 84% daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah dan mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.
SHAH ALAM 27 JAN: Dua orang Menteri Kabinet, Datuk Seri Najib Razak dilabel sebagai dangkal ilmu apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.
Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.
"Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri(Tan Sri Muhyiddin Yasin) dan menteri kanan persekutuan(Datuk Noh Omar)," kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid semalam menolak keras gesaan Muhyiddin agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.
Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.
"Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen," kata Khalid.
Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.
Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.
"Ini disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia," katanya.
Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.
Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.
"Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.
"Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan," katanya.
Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.
"Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.
"Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat," katanya.
Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak sekian lama.
Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.
"Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.
"Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan 'Daulat Tuanku', namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan," katanya.
Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.
"Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.
"Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu," katanya.
Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh "lebih mengecewakan" apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.
"Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia," katanya.
Selangor yang mengadakan sidang khas Isnin lalu gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.
Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan oleh Khalid, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
PETALING JAYA 27 JAN: Cadangan Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984(PPPA) melibatkan media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam satu kenyataan Pengarah Komunikasi PKR itu berkata sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC).
Tetapi beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana ketika ini pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.
"Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian "Green Dam" Di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat," katanya yang juga ADUN Seri Setia.
Nik Nazmi menambah, pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Najib Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang. Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit di bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara.
Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet. Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter.
Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang sebelum ini tertarik dengan jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan - termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diuar-uarkan selama ini - akan menjadi sia-sia.
"Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka," katanya.
PKR menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan mereka benar-benar mahukan perubahan.
KUALA LUMPUR 27 JAN : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan lima bekas mahasiswa yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001.
Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM3,900 tiap seorang atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya.
Hakim Su berkata, beliau berpuas hati dengan kes pendakwaan dan menolak rayuan mereka.
Lima pelajar terbabit ialah Nik Nik Norhafizi Ibrahim, 31; Zulkefle Idris, 31; Ahmad Kamal Abdul Hamid, 30; Rafzan Ramli, 34, dan Khairul Amal Mahmud, 31.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda antara RM2,000 dan RM10,000 dan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, jika sabit kesalahan.
"Perkara 27(5)(a) Akta Polis tidak melanggar hak perlembagaan persekutuan untuk berkumpul dan ianya adalah sah dan mengikut berperlembagaan," katanya.
LABIS 27 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.
"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu? Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," ujar beliau ketika memberi ucapan pada sesi penerangan kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang malam tadi.
Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menyentuh pemerintahan Umno-Barisan Nasional yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.
Beliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.
Ini berikutan tanggapan negatif terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggap penentang dasar kerajaan dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab menaiktaraf kehidupan rakyat.
"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.
"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," jelas beliau kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas semalam.
Seterusnya, Nik Aziz menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.
Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.
"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.
Dalam pada itu Nik Aziz berpendapat calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman berkelayakan diangkat sebagai wakil rakyat kerana sifat kepimpinannya.
Beliau turut menyeru agar masyarkat di DUN Tenang memberi mandat dan tanggunjawab kepada calon wakil rakyat yang berkeupayaan mengangkat martabat Islam dan rakyat seperjuangannya.
Teman sebenarnya sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Ragunath Kesavan yang memegang jawatan Presiden Bar Council membuat kenyataan mempertahankan Karpal PooSingh mengenai kedudukan Karpal yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi dalam kes manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan menghadapi pertuduhan meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan.
Saperti yang telah berulanga kali teman sebut, Karpal PooSingh adalah orang yang mendedahkan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar semasa berucap di Parlimen pada 22.10.1997. Selepas itu beliau membuat pendedahan mengejut di Hotel Federal KL yang beliau punya bukti mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar. Beliua juga menjadi peguam menasihatkan Azizan (kakitangan Anwar yang mendakwa menjadi mangsa liwat Anwar). Beliau juga yang memberitahu kepimpinan PAS masa itu mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan mereka melabel "Anwar Al-Juburi". Beliau juga membuat kenyataan mendesak Anwar bertaubat dan berundur setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!
Dari segi perundangan, Karpal PooSingh adalah saksi yang relevan, dan keterangannya relevan dalam kes sekarang kerana dua faktor utama:
1. pertuduhan ini melibatkan seorang kakitangan iaitu Saiful Bukhori yang sama statusnya dengan Azizan dahulu; 2. ianya didakwa dilakukan oleh orang yang sama iaitu Anwar Ibrahim;
Keperluan memanggil Karpal sebagai saksi diperkuatkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang walaupun membebaskan Anwar (& Sukma) dalam kes meliwat Azizan, namun Mahkamah Persekutuan menegaskan "kami percaya kejadian liwat itu berlaku", tetapi disebabkan masalah teknikal Anwar dibebaskan.
Keterangan Karpal PooSingh penting untuk membuktikan "system & pattern", iaitu kegiatan meliwat kakitangan sendiri!! Dan ini konsisten dengan kenyataan Karpal PooSingh saperti yang teman sebut diatas.
Jadi atas alasan apa Ragunath Kesavan membuat rumusan Karpal tidak perlu dipanggil sebagai saksi. Malahan kenyataan Ragunath Kesavan boleh dipertikaikan kerana:
1. tiada sebarang aduan dibuat pun kepada Majlis Peguam mengenai salahlaku Karpal ini, jadi apa locus standi beliau mahu menggunakan platform Bar Council untuk membuat kenyataan menyebelahi Karpal Singh itu;
2. bila pula Majlis Peguam bermesyuarat untuk mengambil ketetapan pendirian yang dinyatakan oleh Ragunath Kesavan, sedangkan yang teman tahu tiada sebarang keputusan atau pendirian dibuat oleh satu mesyurata Majlis Peguam;
3. kalau ada pun salahlaku Karpal PooSingh, ianya terletak dibawah bidangkuasa Lembaga Disiplin (Disciplinary Board) yang perlu dibentuk untuk menyiasat sebarang aduan salahlaku mana-mana peguam;
4. soal samada seseorang wajar dipanggil sebagai saksi atau tidak adalah terletak kepada bidangkuasa Pendakwa Raya Malaysia yang mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan;
5. soal samada seorang itu layak memberi keterangan dan/ atau samada keterangannya relevan atau tidak adalah didalam bidangkuasa Hakim yang membicarakan kes.
Jadi teman langsung tidak nampak rasional tindakan Ragunath Kesavan membuat kenyataan membela Karpal PooSingh. Malahan teman mendesak Majlis Peguam membuat mesyuarat khas mencela Ragunath Kesavan kerana membuat kenyataan yang memberi bayangan seolah-olah semua peguam di negara ini mempunyai pendirian yang sama. Kegagalan Majlis Peguam membuat mengambil ketetapan mencela dan menyanggah kenyataan Ragunath Kesavan dikhuatiri akan memberi persepsi bahawa Bar Council bertindak saperti Bar-ua bagi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan!! Yang jelas, tidak semua peguam mengambil pendirian yang sama saperti Ragunath Kesavan!
Teman mengambil kesempatan ini menyeru pihak berkuasa supaya:
1. memanggil Karpal PooSingh dan mengambil kenyataan beliau dibawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan pengetahuan, maklumat, bukti & dokumen yang beliau ada mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim;
2. pernyataan Seksyen 112 itu hendaklah dihantar segera kepada Pendakwa Raya Malaysia untuk dikaji dan diselidik samada sesuai dan relevan digunapakai didalam prosiding pertuduhan Anwar meliwat Saiful saperti yang dikenakan sekarang;
3. Jika Pendakwa Raya Malaysia berpendapat ianya relevan, sesuai dan boleh digunapakai, satu sapina hendaklah dipohon untuk memanggil Karpal PooSingh sebagai saksi;
4. Mahkamah hendaklah mengeluarkan sapina tersebut dan memerintahkan Karpal PooSingh hadir sebagai saksi;
5. Dalam keadaan itu, Karpal PooSingh hendaklah menarik diri daripada terus mewakili Anwar Ibrahim kerana konflik kepentingan saperti yang diperuntukkan dibawah Peraturan Guaman;
6. Karpal PooSingh berhak mencabar sapina tersebut dengan membuat permohonan supaya ianya dibatalkan. Jika Mahkamah menerima bantahan tersebut, bolehlah Karpal terus mewakili Anwar. Jika Mahkamah menolak bantahan tersebut, maka Karpal tiada pilihan selain menarik diri daripada mewakili Anwar;
7. Sekiranya Pendakwa Raya Malaysia, atas sebab yang tertentu, tidak mahu memanggil Karpal sebagai saksi, maka Saiful Bukhori Azlan, melalui peguamnya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapinan memanggil Karpla sebagai saksi.
Secara ringkasnya, teman berpendapat kenyataan Ragunath Kesavan itu sangatlah tidak wajar dan sepatutnya menarik balik kenyataan tersebut. Lebih baik beliau mengambil sikap berdiam diri, tunggu 7 lihat. Beliau tidak sepatutnya mengheret lebih 13,000 peguam lain ke kancah percanggahan ini kerana tidak semua peguam bersetuju dengan beliau. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa ahli saperti Roger Tan (bekas Exco Majlis Peguam), YB Wee Choo Keong (seorang peguam kanan & veteran), Sdr. Zainul Rijal (Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia), Sdr. Hasnal Redzua Marican (peguam yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah) dan ramai lagi membuktikan bahawa tindakan Ragunath Kesavan itu sangat dicurigai dan kemungkinan mempunyai matlamat lain.
Teman bersetuju dengan kenyataan sebagaimana yang disebut oleh YB Wee Choo Keong, kalau Ragunath Kesavan berminat hendak menceburi bidang politik, tiada salahnya, Tetapi teman cabar Ragunath Kesavan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menyertai aman-mana parti politik pilihannya (jika berminat) dan bertanding di mana-mana kerusi semasa pilihanraya nanti. Jangan cetuskan persepsi bahawa BAR COUNCIL sebagai BAR-ua mana-mana pihak.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Khamis 20 Safar 1432 27 Januari 2011
Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Sri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Sri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Sri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.
Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar Rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.
Laporan CNN yang dipetik The Malaysian Insider ternyata menjelaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas. Manakala itu kami berpendapat judul The Malaysian Insider iaitu “Muslim group with ties to Anwar accused of terror connections, says CNN” adalah mengelirukan dan tidak tepat. Di bawah adalah rencana CNN tersebut
————————————– by Nic Robertson
Beirut, Lebanon (CNN) — In August last year, Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak was not happy with Saudi Arabia. He complained that the Saudis appeared to be funding an opposition candidate, Anwar Ibrahim, in upcoming elections.
What’s more, the Malaysian authorities suspected two senior Saudi princes of involvement. The Saudis launched an investigation, and uncovered something very different — and more alarming.
A secret report seen by CNN concludes: “There is no evidence any Saudi official ever supported Anwar Ibrahim” and “claims of support from the Saudi royals named in the initial report [names redacted] were found to be without basis.”
But the investigation found that hundreds of millions of dollars of Saudi money had been funneled to leading Islamist politicians and political activists overseas. It also found that al Qaeda and the Taliban were still able to use Saudi Arabia for fund-raising, despite numerous measures to choke off those sources of cash.
According to a Saudi source who is not authorized to speak publically, “People close to the senior leadership of the Taliban live in Saudi Arabia and send money back” [to the Taliban].
Today he estimates the money reaching al Qaeda is “in the region of tens of thousands of dollars possibly hundreds of thousands.”
The nine-page summary of the secret report states that the Muslim Brotherhood, an Islamist political group present in many Muslim countries, was trying “through its many affiliated charities and organizations — often with the funding of unwitting private Saudi citizens — to spread its influence by providing support for candidates in Islamic democracies.”
According to the report the payback was simple. “Once in power these candidates are expected to further the Brotherhood’s goals.” Al Qaeda was able to benefit from these secret funding mechanisms, according to the source, because some in the Muslim Brotherhood had “historic sympathies and connections” with members of the terror group — dating back to when Saudi Arabia and the CIA covertly funded the Afghan mujahideen to fight the Soviet occupation of Afghanistan.
The connections meant that money in Muslim Brotherhood hands was “occasionally” given to al Qaeda, the source said.
The report reveals a complex web of Islamic charities and banks — often involved in funding legitimate humanitarian projects — as unwitting facilitators of the illicit transfers. And it says that over several decades “a handful of Saudi and other Arab individuals and organizations” were supporting “the same groups that Arab, U.S. and European governments have long suspected of having close ties to extreme militant organizations that have been accused of supporting terrorist activities around the world.”
The problem facing Saudi authorities is huge, the source told CNN. “Eighty-six percent of all Islamic charities are based in Saudi Arabia” making “monitoring all their activities difficult.” The problem was compounded by several other factors, he said. Saudi Arabia “has the world’s fourth largest migrant workforce, 7 million legal workers, 3 million illegal.”
Many of them use unregulated Islamic Hawala money transfer banks where a deposit in one country can immediately be picked up in another with no paper trail to trace it. The Hawala networks were identified by the U.S. Treasury Department last year as a significant channel for funding the Taliban and other insurgent groups.
Funds are also collected from innocent unsuspecting pilgrims on the Hajj that attracts millions of Muslims to Mecca, Islam’s holiest site every year. The report says Saudi Arabia has made a major effort “to block terrorist financing” that has been “monumental in scope and far reaching in their success.” But it concluded: “Increased diligence and efforts are warranted.”
The Saudi source tells CNN that the country still has a fundamental problem which shows how money channeled through the Muslim Brotherhood could evade detection for so long and why al Qaeda can still get funding from the desert Kingdom.
“Despite promises since 2002 that Saudi would put in place institutions to thwart funds getting to AQ, nothing has happened to build an oversight agency,” he says. The money being funneled illegally he says is “not the amount of money it was 4 or 5 years ago,” but without a national agency “like the U.S. Securities and Exchange Commission” to oversee the charities further progress is going to be limited.
Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.
Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.
Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?
Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai "dasar talam dua muka." Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.
Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.
Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.
Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.
Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.
Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.
Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.
Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.
*Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul "Will Tunisia Be the First Domino?" tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011*
I was honoured last month by the Australian Corporate Lawyers Association with an invitation to deliver the International Keynote Address at their 2010 Conference at the Sydney Hilton.
Three hundred corporate lawyers participated in the two-day conference, with some 400 attending the ACLA Awards Dinner. I was invited to perform a similar task last year by the association, but to my regret and utter shame, I was forced to cancel, at great cost to my Australian hosts, my appearance in Melbourne, their 2009 conference venue.
I found myself a reluctant patient at the Gleneagles Hospital in Kuala Lumpur, with a serious lung infection. The doctor pumped, yes, pumped enough antibiotics into my body to float a destroyer and maybe keep our two valiant submarines happily submerged forever.
It transpired that I had picked up a virus in the Netherlands while attending an ethics conference at the Amsterdam Free University. I was very surprised, to say the least, when I received a repeat invitation from ACLA very early this year. I asked the organisers, in jest, if they realised that they were taking a risk as the same thing might happen again.
Overcoming Corruption: A Regional Challenge was the title of my address. I assured them that there was really no need to feel concerned about the state of health of corruption in the region. In Malaysia, in particular, in spite of a flurry of activity to put on display the full panoply of anti-corruption paraphernalia, it is all form and no substance, as with most things we see in this land of the Morning Glory. If they wanted my honest opinion, I would say without fear of violent contradiction that corruption in Malaysia was not only alive and well: it was in indecently robust good health. The latest TI Corruption Perceptions Index says it all.
I treated them to a amusing little anecdote about the then newly appointed President of the World Bank, James Wolfensohn, who at a meeting with senior colleagues, said that something had to be done to reduce corruption in borrowing countries in Asia, Africa and South America. He said that many saw the Bank as part of the problem of corruption. His advisers told him that he should not ever again mention "corruption" as this would upset the Bank's many clients. The fact that they were all corrupt, and kleptomaniacs to a man, did not seem to matter.
The subject was a taboo in polite society. When Wolfensohn, feeling a little hot under the collar, asked what he should call it then, he was told, quite unabashedly, to refer to it as a 'C' word. The point of this true story is that we have all come a long way since and, in a perverse sort of way, so has corruption. Corruption never sleeps.
Malaysia is, ethically speaking, in dire straits. Mahathir founded his administration on corruption, lies and subterfuge. He lied to the nation about the many schemes that were blatantly dishonest. Worse, they were criminal, such as gambling with the EPF money, your money and mine, to corner the international tin market and later the country's reserves to speculate on the currency market, pitting himself in the latter case against George Soros. The country lost billions. Mahathir succeeded in planting and nurturing a culture of impunity and disinformation that, even long after he left office, has continued to flourish. Of course, the man who cut his business teeth minding a stall at the Pekan Rabu in Alor Setar during the Japanese Occupation can explain all this away by saying that whatever he did, it was done in the national interest. We have heard it all before.
The lawyers represented, and advised, many large Australian companies. They knew their stuff, kept themselves abreast of the region's economic, social and political developments. There was not an awful lot I could tell them that they did not know already about our appalling standards of public ethics, and the pervasive nature of corrupt practices that both define and circumscribe the way we conduct our business transactions both in and out of the corridors of power. They had heard about our many agencies that provide ample opportunities for the acquisition of personal wealth and abuse of power.
What amazed them, though, was the report about some of our frontline immigration officers stashing away millions of dollars of bribe money. Corrupt officials do not enforce the law, and this has led to easy access into the country of drug and human traffickers and other illegals. And our corruption has turned Malaysia into a conduit for human trafficking into Australia. When we add to this the corruption in the ruling elite, the police, the judiciary, the customs and other key institutions, we have a thoroughly ugly picture of a country fuelled and driven by ethically reprehensible behaviour. I warned the Australians that we welcome their investment, but it is only fair to warn them that doing business in Malaysia required more than the usual due diligence because Malaysians were surprisingly adept at turning corruption into a low risk and high return business venture for themselves, "leaving you holding the baby." The system tolerates and encourages it. We have, as a nation, been truly sold down the "river of no return" by Mahathir, who now continues to set his version of the moral tone of this country. In what capacity I neither know nor care anymore. Flood or pestilence, it is business as usual. In this country, we privatise and politicise everything, including corruption.
A lady in the audience asked if there was anything that could be done to take Malaysia back to the pre-Mahathir values. The short answer is yes, there is. It is possible by turfing out the present administration so that a thorough and complete review of policies and procedures could be put in train to ensure relevance, with mechanisms for checks and balances firmly put in place. All institutions will have to justify their existence and those that are no longer relevant will be closed down. Institutions that have been rendered dysfunctional will be strengthened. The deadwood and the corrupt will be encouraged to take early retirement and meritocracy will be the sole criterion used to determine suitability to lead.
I am absolutely convinced that transforming the administration is not only desirable, but absolutely essential if this country is to succeed in claiming its right to a seat at the top table, among the clean nations that will shape the future of the world. Change, and complete change, is the answer. Malaysians must decide the kind of future they want.
I am anti-national by Najib's latest definition because I speak the truth in a foreign country about Malaysia's unsavoury reputation for massive corruption. I suppose living off corruption as many of our leaders do with panache and impunity is part of being a true Malaysian. — mysinchew.com
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
Kematian terbaru dalam tahanan, M. Krishnan di Balai Polis Bukit Jalil membuktikan sekali lagi ketidakpedulian terhadap rakyat oleh pihak berkuasa. Usaha berkali-kali masyarakat sivil dan Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan pihak berkuasa dalam isu reformasi polis tidak dihiraukan. Sebuah sidang media pimpinan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil akan diadakan dengan desakan khas kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bagi menyelamatkan nyawa rakyat kita. Statistik mendalam tentang kematian dalam tahanan yang tidak didapati sebelum ini akan diterbitkan.
Tarikh: 28 Januari 2011 Masa: 11 pagi Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN ====
The latest death in custody of M.Krishnan at the Bukit Jalil police station highlights the increasing lawlessness and disregard for human life by the police authorities. The countless attempts by civil society and Pakatan Rakyat to engage the authorities on reform of the police force has been completely disregarded. A press conference by Pakatan Rakyat leaders and civil society groups will be held at which a special demand will be made upon the Home Minister and IGP in order to save human lives. Previously unavailable detailed statistics on deaths in custody in Malaysia will be produced.
Date: 28 January 2011 Time: 11 am Place: KEADILAN Headquarters
On 24-01-2011 after the hearing of the Lotus dispute in the High Court in London was adjourned and 10 days full trial was fixed for March 2011, Datuk Seri Tony Fernandes immediately sent a message on Twitter as follows: “Very very happy over the judgment today." “And extremely happy that full trial brought forward to [...]
On 24-01-2011 after the hearing of the Lotus dispute in the High Court in London was adjourned and 10 days full trial was fixed for March 2011, Datuk Seri Tony Fernandes immediately sent a message on Twitter as follows: “Very very happy over the judgment today." “And extremely happy that full trial brought forward to [...]
Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.
JETI PANGKALAN NELAYAN RUNTUH Sinar Harian 27 Jan 2011
SUNGAI TIMUN, Rembau - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.
Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.
"Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada Sinar Harian.
************ NELAYAN KECEWA KERJA NAIK TARAF Sinar Harian 30 Julai 2010
SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan.
Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot ditenggelami air terutama ketika hujan lebat.
************ MENARA CONDONG Berita Harian 28 Mei 2010
Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak
LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.
Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.
************ SUMBER DITARAH, NELAYAN TERJEJAS Sinar Harian 1 Feb 2010
LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.
Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.
Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.
Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.
Berita Harian 27 Nov 2010. LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.
Dari Blog Singalautmetro KISAH SEDIH KELUARGA MISKIN PAPA KEDANA DI PONTIAN, JOHOR
Wednesday, January 26, 2011
KITA BACA PERLAHAN-LAHAN, KEMUDIAN KUNYAH HALUS-HALUS. KEMUDIAN SIMPAN DALAM HATI CERITA ANAK MELAYU INI!
SEPASANG kembar berusia 18 tahun dan kakak mereka yang berusia 20 tahun, di Kampung Jalan Haji Tahir, Tanjung Piai, Kukup, Pontian, terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk menjadi anak Melayu yang berpendidikan tinggi kerana berdepan kehidupan sulit kedua-dua ibu bapa yang sakit.
Si kakak, Norasiah, anak sulung pasangan Rosli Mohd Amin, 46 dan Norsidah Ahmad, 41, bergenang air mata bercerita sebuah keterpaksaan melupakan cita-cita menjadi seorang guru demi dihamparkan kemiskinan hidup keluarganya itu.
"Saya terpaksa melupakan impian semuanya kerana kesusahan keluarga. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM di SMK Sri Kukup.
"Saya tak tergamak melihat ayah dan ibu menderita. Jika mereka boleh menjaga saya dan adik-adik saya sejak kecil, kenapa pula kami tidak boleh menjaga mereka (ketika dalam keadaan susah dan sakit sekarang)" demikian antara kata-kata Norasiah ketika NST menemui mereka pada satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk untuk memperbaiki rumah keluarganya yang telah uzur.
Penduduk kampung yang simpati di atas kesusahan hidup keluarga berkenaan telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,000 bagi membiayai kos membeli barangan memperbaiki rumah keluarga Norasiah.
Norasiah juga memberitahu kedua-dua adik kembarnya, Mohd Razak dan Norizan, terpaksa berhenti sekolah selepas tamat tingkatan tiga lima tahun lalu.
"Saya faham pelajaran amat penting (untuk masa depan) tetapi adik-adik tiada pilihan terpaksa korbankan pelajaran mereka demi menjaga aya dan ibu.
"Saya berharap sangat akan ada seseorang (dalam dunia ini) yang sudi membantu agar kedua-dua adik saya kembali menyambung pelajaran mereka kerana saya tidak mampu membayangkan masa depan mereka tanpa pendidikan yang tinggi," kata Norasiah saya petik dan olah dari laporan NST.
Untuk pengetahuan, ayah mereka, Rosli kini hanya bekerja kampung dan mengidap sakit misteri, manakala ibu mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail kerana mengidap barah usus.
Nah...apa yang boleh dikatakan tentang kehidupan ini. Barangkali Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh meluangkan sedikit masanya di Tenang untuk melawat keluarga Norasiah ini.
Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi teringat pesan datuk nenek moyang saya dulu bahawa katanya, Melayu tidak akan miskin, masih segar dalam ingatan ini.
2011/01/27 LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata peruntukan itu dipersetujui Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika berjumpa dengan ahli jawatankuasa tokong berkenaan sebelum ini. "Saya bagi pihak kerajaan negeri berharap sumbangan ini membolehkan dewan serbaguna dibina untuk kemudahan aktiviti tokong selain dapat dimanfaatkan masyarakat setempat," katanya pada pertemuan dengan ahli jawatankuasa tokong terbabit di sini, semalam. Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim; Pengerusi Tokong Yong Hock Kiong, Datuk Tan Thian Lai dan ahli jawatankuasanya.
Thian Lai yang ditemui berkata, pembinaan dewan serbaguna tokong berusia 78 tahun itu sudah dimulakan sejak tiga bulan lalu dengan keseluruhan kos dianggarkan hampir RM1 juta termasuk pembelian peralatan.
"Jawatankuasa tokong amat gembira dengan sumbangan kerajaan negeri yang prihatin dengan keperluan khususnya masyarakat Cina di Tenang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan