Rabu, 1 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 01 Dec 2010 11:38 PM PST

Idris Ahmad


Tanah Melayu Terhakis Angkara Umno

Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST

 Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. 

Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah umno. Pemimpin umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, InsyaAllah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga tektik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu. Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu; •Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. •22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. •200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. •9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. •Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. •Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu. •26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. •300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. •Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. •13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno. •Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. · Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. •Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. · Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) •Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura. •Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing •217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat. · Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor.. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".


Filed under: Ekonomi, Politik

Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 01 Dec 2010 11:24 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


Program D.O Masuk Kampung

Posted: 01 Dec 2010 06:59 PM PST

Tempat : Kampung Kemubu
Tarikh : 6 Disember 2010 (ISNIN)
Masa : 8.30 Pagi - 2.00 Petang

Aktiviti :

1. Kaunter pejabat tanah untuk penduduk menyelesaikan masalah berkaitan hakmilik tanah
2. Kaunter Pejabat majlis agama menyediakan kaunter untuk hal berkaitan syariah
3. Kaunter Pejabat Majlis Daerah Dabong
4. Kaunter Klinik Kesihatan Dabong

Serta pameran yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kemubu.

Orang ramai dijemput hadir.

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 01 Dec 2010 09:42 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Taklimat dari BPPNJ

Posted: 01 Dec 2010 08:24 AM PST


Malam tadi BPPNJ mengadakan taklimat berkenaan dengan kaedah untuk mengumpul dana untuk BPPNJ dan kawasan.

Sesiapa yang berminat untuk beramal sila hubungi Bendahari atau Setiausah Kawasan.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Dec 2010 09:41 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Unit Amal N.Sembilan mengerah keringat di Kedah

Posted: 01 Dec 2010 05:26 PM PST

Gambar-gambar keadaan sebenar rumah-rumah mangsa banjir di Kedah serta misi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kedah oleh pasukan Unit Amal Negeri Sembilan pada 12 ke 14 Nov 2010 pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/misi-bantuan-banjir-tok-guru-ke-kedah.html

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

misbahul munir

Posted: 01 Dec 2010 09:36 PM PST

misbahul munir


Ketuanan Melayu - siapa salah?

Posted: 01 Dec 2010 04:37 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 01 Dec 2010 09:10 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 01 Dec 2010 06:42 AM PST

Meninjau Reruntuhan Rumah Rasululllah s.a.w.

Berikut adalah foto rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Kita dapat melihat apa yang pernah di sampaikan oleh sahabat-sahabat tentang keadaan rumah ini dan bagaimana keadaannya.

Di dalam rumah yang tidak ada apa-apa, kecuali kesederhanaan dengan modal iman. Zaid bin Tsabit, "Anas bin Malik, pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras yang di patri dengan besi, lalu Anas berkata, 'Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah.'" (HR. Tirmidzi) "Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu, dan susu." (HR. Tirmidzi) dari Anas bin Malik.

Sedangkan, perabot lain yang tampak adalah baju besi yang biasa di pakai Rasulullah saat perang. Akan tetapi, tak lama sebelum beliau meninggal, baju besi itu di gadaikan kepada seorang Yahudi dengan 30 sha' gandum seperti yang di ceritakan Aisyah. Dan ketika beliau wafat baju itu ada di tangan Yahudi dan belum di tebusnya.

Salah satu akhlak Rasulullah yang pelu dicontoh adalah jika datang dari bepergian di waktu malam, beliau tidak langsung masuk rumah secara tiba-tiba, agar tidak mengejutkan istri dan keluarganya, melainkan terlebih dahulu menunggu sampai pagi. Dan seperti biasanya, tidak lupa beliau mengucap salam ketika masuk ke dalam rumah.

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun

Foto ini adalah reruntuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw

Foto ini adalah sisa reruntuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah.

Di bawah ini adalah foto reruntuhan tempat Sayyidah Fatimah , putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Ini adalah foto reruntuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan solat.


Foto ini adalah makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut


Berikut ini pula kumpulan Foto Jubah Nabi Muhammad yang dipamerkan di Istambul, Turki. Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.

Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad.




KORBAN & AQIQAH

Posted: 01 Dec 2010 06:09 AM PST





Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 01 Dec 2010 07:58 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Penamaan Calon Hulu Selangor

Posted: 18 Apr 2010 06:05 PM PDT

Jalan raya mula sesak dengan penyokong masing-masing

Bertikam lidah bersama penyokong BN

Antara jentera Muslimat yang bertugas

Melihat reaksi penyokong BN yang tiada adab

Dr Azman Ibrahim

Posted: 01 Dec 2010 07:19 PM PST

Dr Azman Ibrahim


RON97 Naik Lagi

Posted: 30 Nov 2010 08:48 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 01 Dec 2010 03:44 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Semua Rakyat Dijemput Ke BANGKIT Di Kemaman - YDP PAS Kemaman

Posted: 01 Dec 2010 12:21 AM PST

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 01 Dec 2010 03:35 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu

Posted: 01 Dec 2010 08:30 AM PST

EMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

"Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat," kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

"Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

"Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada," ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

"Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari," Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

"Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina," ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

"Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi," katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Dec 2010 03:33 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


2 JAM MESYUARAT, 18 BULAN PEMULIHAN !

Posted: 30 Nov 2010 06:41 PM PST

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Selasa malam berjalan selama 120 minit.

Ramai Wartawan sangka ada rombakan pengerusi UMNO negeri atau rombakan jawatan penting di ibupejabat UMNO Malaysia.
Tup-tup sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan parti di semua peringkat selama 18 bulan.

Kalau ikut jadual , pemilihan cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO perlu diadakan tahun depan.
Presiden UMNO itu itu berkata langkah berkenaan untuk membolehkan UMNO memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti.
Menurutnya penangguhan itu dibenarkan oleh perlembagaan parti dan bukan kali pertama tetapi beberapa kali digunakan.

Beliau menjelaskan UMNO juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam UMNO walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

Untuk makluman ini bukan kali pertama MT UMNO menunda pemilihan parti contohnya pada tahun 1999, perhimpunan pernah ditangguh hingga Mei 2000 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya umum 1999.

Mulai awal tahun depan, semua ketua cawangan dan ketua sayap peringkat cawangan melibatkan lebih 50,000 pemimpin diwajibkan untuk menghadiri kursus parti.

Ramai pemerhati menjangkakan kemungkinan pilihanraya serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak yang mandat habis Julai tahun depan. Itupun jika DS Najib berani melakukannya.

Namun UMNO perlu fikirkan kata Tun Dr Mahathir Mohamad kenapa perlu terburu-buru kerana kerajaan pusat masih ada banyak masa.

Penyusunan dijangka akan melibatkan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri yang dipimpin oleh 'orang luar' iaitu Terengganu, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

DAH SAMPAI MASA RAKYAT LIHAT RUPA UMNO PENAKUT YANG TERAMAT SANGAT !

Posted: 30 Nov 2010 04:54 PM PST

baru-baru ini konvensyen BN ditangguh dan MIC juga tangguh.
Gamaknyer Pengerusi UMNO dah terasa pemilihan UMNO akan lebih teruk selepas ini kerana cara mereka tidak sebagus cara pemilihan PKR baru-baru ini. Walaupun PKR terdapat cacat cela semasa pemilihan namun harus dipuji kerana cara PKR itu terlalu sempurna kerana SATU AHLI SATU UNDI. UMNO pun tak berani nak buat. Memang ranjau dan halangan akan berlaku namun baru setahun jagung memanglah begitu jika dibandingkan UMNO yang dah berumur lebih 50 tahun tapi bila pemilihan sering bergaduh, rasuah sana-sana, beri hadiah rombongan dan sebagainya.

[Mkini] Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katan Presiden Umno ini.
Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Langkah itu lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu.
Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.
"Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa," katanya.
Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.
"MT juga telah mengambil keputusan secara sebulat suara bahawa pemilihan pada tahun hadapan yang berlangsung di cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan.
"Ini satu peruntukan bawah perlembagaan yang telah digunakan beberapa kali, bukan pertama kali supaya proses pemantapan dapat difokuskan," katanya.
Pemilihan pusat lalu yang sepatutnya berlangsung Oktober 2008 diadakan Mac 2009.
Pemilihan tahun depan akan menggunakan sistem baru bukan perwakilan dan tidak menggunakan kaedah kuota bagi mendapatkan pencalonan.
Dalam pada itu, Najib juga menangguhkan pengumuman rombakan beberapa barisan kepimpinan negeri sehingga akhir bulan ini.
"Kita tidak mahu tahun depan jadi tahun pergelutan, kita juga tidak mahu keadaan jadi tertekan seperti parti politik lain.
"Penyusunan semula perhubungan negeri, saya dimaklumkan perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini," katanya.

Tambahnya, beliau perlu sedikit masa untuk membincangkan perkara itu dengan barisan kepimpinan.
"Ini kerana saya perlukan sedikit masa dengan timbalan presiden dan setiausaha agung untuk turun ke negeri-negeri dan berunding tentang apa yang mereka mahukan.
"Ada yang dilantik semula dan ada juga perubahan," kata Najib yang sebelum ini turut mengumumkan bahawa akan mengadakan kunjungan ke seluruh negara bersama timbalannya.
Najib yang juga Perdana Menteri akan mengumumkan perubahan itu sebelum awal tahun depan.
Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Najib berkata bahawa akan melakukan perubahan kepimpinan negeri khususnya melibatkan lima negeri yang disandang oleh presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

BERLAGAK BAIK TAPI RON NAIK !

Posted: 30 Nov 2010 04:21 PM PST


Minyak Petrol RON97 naik 15 sen jer!!!
Dalam pembentangan Bajet yang lepas diberitakan negara mencipta kekayaan, kemegahan dan telah juga akan membantu rakyat. Tetapi keputusan ini memberi berita duka kepada semua rakyat. Memang ramai yang tak guna RON97 tapi kesan lain macammana? Semuanya akan berbalik pada rakyat.

Saban hari sibuk bak buat bangunan pencakar langit nak mengalahkan pencakar langit PM Malaysia ke 4 . Tapi tiba-tiba naikkan harga minyak. Al-maklumlah! kununnya harga minyak Malaysia masih terendah dibandingkan dengan negara luar.
Harga minyak petrol RON 97 mengalami kenaikan 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi.
"Ya, harga minyak petrol RON 97 dah naik walaupun RON95 tidak mengalami perubahan.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON 97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun kenaikan harga itu tidak diumumkan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.


Ismail Sabri berkata, penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.
Komen : kalau bukan kerajaan yang tetapkan harga , bagaimana harga boleh naik?
Memang UMNO/BN perlukan wang dan juga ujian pada rakyat bila mereka dah menang 2 PRK baru-baru ini. Mereka dapat lihat momentum rakyat sama sahaja bila minyak dinaikkan dengan tidak, oleh itu why not mereka naikkan.

Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan," katanya.

Kata beliau, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Dec 2010 03:05 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TGNA : DAULATKAN KETUANAN ISLAM BUKAN BANGSA

Posted: 30 Nov 2010 11:40 PM PST

PASIR MAS : Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.


"Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja," ujarnya.



Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.


Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.


Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.


Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. -Hrkh

SYAHDU RASA MELIHAT JUBAH BAGINDA NABI SAW

Posted: 30 Nov 2010 11:17 PM PST

Foto Jubah Nabi Muhammad yang dipamerkan di Istambul, Turki. Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.
Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad.



RUPENYA TUAN GURU PRESIDEN KAKI PANCING

Posted: 30 Nov 2010 11:08 PM PST

Suatu pagi di Tasek Kenyir bersama Tuan Guru Presiden PAS


TAHNIAH, RON 97 NAIK LAGI!!!

Posted: 30 Nov 2010 11:04 PM PST

Harga petrol RON97  dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa  hari ini.


Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

MP Pendang

Posted: 01 Dec 2010 01:48 PM PST

MP Pendang


Siapa khianati siapa!!

Posted: 01 Dec 2010 12:08 AM PST

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962


Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.


Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen


Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura


Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061


Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.


PERJANJIAN AIR 1990


Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.


Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061


ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA


Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.


Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.


Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura


Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun


PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS


Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.


Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.


PULAU BATU PUTIH


Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.


Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850


Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.


ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)


Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.


Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.


ISU PULAU PISANG


Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.
Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.


ISU PENAMBAKAN LAUT


Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.


Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.


Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.


ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR


Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor


Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.


ISU JAMBATAN BENGKOK


Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.


Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

Ana petik dari Tun Telanai untuk sama-sama kita fikirkan.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 01 Dec 2010 01:17 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Jasa silap tokoh harus dinilai sewajarnya

Posted: 01 Dec 2010 03:03 AM PST

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Chong Eu yang berkhidmat untuk 21 tahun (selaku Ketua Menteri) meninggal dunia pada 24 November pada usia 91 tahun, diberikan penghormatan pengebumian negara.  Penghargaan, pujian dan sanjungan melimpah dari pemerintah mahupun pembangkang, pertubuhan dan media.  Dari sumbangan politik beliau, hinggalah layanannya terhadap orang bawahan - berita-berita ini menghiasi ruang dada akhbar.  Namun, perkara yang sensitif sentiasa tercicir daripada lambakan pujian ini.
Selama 39 tahun Lim Chong Eu (gambar kiri) berkecimpung dalam arena politik, pernah mengetuai Parti Radikal Malaya, MCA, United Democratic Party dan Gerakan.  Seandainya diimbas riwayat politiknya, Lim Chong Eu sememangnya seorang tokoh politik yang dikagumi.  Pentadbiran beliau selama 21 tahun di Pulau Pinang telah menjadi asas kemajuan dan kemakmuran negeri ini, dan sumbangan ini sentiasa dikenang dan disanjung sehingga kini.
Biarpun tempoh jawatan Presiden MCA yang disandang Lim Chong Eu tidak genap 18 bulan (Mac 1958 hingga Julai 1959), namun ia merupakan detik yang penting dalam sejarah politik kaum Cina di tanahair ini.  Lim Chong Eu menegaskan bahawa MCA harus bertanding 40 daripada 104 kerusi parlimen, memandangkan bilangan pengundi Cina telah melebihi 1/3 jumlah pengundi.  Malah, beliau mahu perkara pendidikan Cina dimasukkan ke dalam manifesto Perikatan, memandangkan ada tuntutan daripada masyarakat Cina.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman tidak menyetujui kedua-dua permintaan Lim Chong Eu tersebut, maka Tunku memilih untuk menyokong sekta Tan Siew Sin dalam MCA.  Pada tahun 1959, Lim Chong Eu bukan sahaja tidak tahu-mengetahui senarai calon MCA yang bakal bertanding, malah dirinya tidak disenarai sebagai calon.  Akhirnya, beliau meletak jawatan dan keluar parti.  Tan Siew Sin yang disokong Tunku Abdul Rahman menerima peruntukan 31 kerusi (untuk ditanding MCA) sebagai kompromi.
Prestasi Lim dalam MCA tidak dinilai sewajarnya
Sabotaj "sekta kompromi" dalam MCA menjadi faktor utama ketidaksampaian hasrat Lim Chong Eu dalam dua perkara di atas.  Dan ini mungkin titik permulaan MCA tunduk kepada UMNO untuk puluhan tahun kemudian.  Seandainya kedua-dua tuntutan Lim Chong Eu berjaya, mungkin ia merupakan satu jasa untuk menyekat dominasi UMNO, dan menjurus ke arah kesaksamaan antara kaum.  Peristiwa ini menjadi detik hitam yang gagal dihapuskan MCA untuk selama-lamanya.
Namun, ketika memperkenalkan bekas Presiden ini dalam laman rasmi MCA, penilaiannya berbunyi, "tidak tepat ketika memutuskan untuk mara atau undur, dan akhirnya terpaksa berundur setelah menyedari rintangan di depan."  Jelas, penilaian ini menafikan ketetapan beliau, malah mungkin bertujuan untuk menjustifikasikan sikap pemimpin MCA seterusnya yang tunduk kepada UMNO.
Malah, sesetengah penilaian daripada penganalisa politik dalam media juga bertitik tolak dari perspektif "arus perdana" MCA.  Misalnya, "Berikutan kegagalan rundingan Lim Chong Eu dengan Tunku Abdul Rahman dalam isu pengagihan kerusi dan pendidikan Cina, maka ia menjadi tanda mulanya beliau tersisih dari pucuk kuasa.  Malah, (Lim Chong Eu) kehilangan peluang terakhir untuk memperjuangkan keperwakilanan MCA yang lebih adil dalam Perikatan".  Dengan kata lain, media mempersalahkan Lim Chong Eu untuk kelemahan MCA kemudiannya, dan bukannya Tan Siew Sin yang mengambil kesempatan untuk menggulingkan Lim Chong Eu dengan sokongan UMNO.  Penilaian sebegini sekali lagi mengesahkan kata-kata bahawa "sejarah ditulis oleh pemenang".
Jasa silap dalam sejarah hanya mencapai kata dua apabila seseorang itu disemadikan.  Salah satu peristiwa yang belum diputuskan sama ada "jasa" mahupun "silap" adalah - Lim Chong Eu yang memimpin Gerakan, yang merupakan parti pembangkang pada PRU tahun 1969, berjaya mengambil alih kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, malah memperolehi 2/3 kerusi DUN.
Namun, beliau membentuk kerajaan bersekutu dengan Perikatan pada tahun 1972 setelah mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri.  Bahkan, beliau memimpin partinya menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974.  Tindakan ini, setidak-tidaknya bercanggah dengan matlamat asal penubuhan Gerakan dari kaca mata pengasas parti seperti Syed Hussein Alatas, Tan Chee Khoon dan lain-lain lagi.  Lebih-lebih lagi, tindakan ini menyebabkan Gerakan yang berdikari pada mulanya, bertukar menjadi pak turut kepada UMNO.  Ia juga tindakan yang bercanggahan dengan niat pengundi yang menyokong Gerakan untuk menafikan Perikatan dalam PRU tahun 1969.
Jasa silap ahli politik bakal dinilai ahli sejarah, namun penilaian terhadap tokoh politik tidak boleh hanya dilakukan sekadar dari perspektif pembangunan ekonomi, misalnya meningkatkan pendapatan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.  Mengambil contoh Lim Chong Eu, pada ketika beliau berjasa untuk kononnya pembangunan ekonomi, apakah pula nilai penting yang telah ditinggalkan?  Misalnya, sejauh manakah bangunan warisan sejarah dirobohkan, sepanjang proses pembinaan bangunan KOMTAR yang setinggi 65 tingkat?  Semua ini perlu penilaian yang objektif, supaya dijadikan ingatan dan iktibar untuk generasi yang akan datang.  Sesungguhnya, jasa silap tidak boleh dinilai hanya dari perspektif ekonomi.

Sejarah baru buat latar politik wanita di Malaysia

Posted: 01 Dec 2010 03:03 AM PST

Zuraida KamaruddinKejayaan Kongres Nasional dan Pemilihan PKR 2010 baru-baru ini telah mencipta satu sejarah baru buat latar politik wanita di Malaysia, demikian menurut Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.
Menurut beliau, kejayaan enam Cabang yang diterajui wanita-Ampang, Johor Bharu, Pasir Mas, Lembah Pantai, Kuantan, Permatang Pauh dan dua calon Naib Presiden wanita adalah suatu yang amat membanggakan dan sebagai bukti pencapaian berterusan Wanita PKR.

"Matlamat Perlembagaan 18.3 PKR yang menetapkan agar 30% kedudukan jawatan di setiap peringkat, menampakkan kejayaan apabila secara keseluruhannya, seramai sembilan pimpinan wanita telah dipilih untuk menerajui jawatan-jawatan utama di Pusat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kejayaan Pemilihan 2010 yang lalu juga menunjukkan bahawa ruang-ruang diskriminasi dalam PKR telah berkurangan.
"Anggota yang semakin bijak dan matang dalam menilai tidak lagi hanya memilih berdasarkan keutamaan jantina dan lebih memihak kepada penilaian merit, keupayaan dan kredibiliti calon," tambahnya.
Namun katanya, demi meneruskan kemantapan organisasi Wanita PKR khususnya dan PKR umumnya, diharap supaya parti bersifat lebih fleksibel agar laluan buat kepimpinan wanita berkebolehan untuk melibatkan diri dalam organisasi akan lebih terbuka dan mudah.
Beliau mencadangkan supaya satu garis panduan disediakan dan peruntukan tetap jawatan buat wanita harus diambil perhatian.
"Bersemangatkan perpaduan yang lahir dari Pemilihan 2010, pimpinan Wanita Pusat PKR akan terus komited dalam memperjuangkan hak, martabat dan kedudukan wanita di Malaysia," ujar beliau.

Tangguh Pemilihan: Umno Takut Berdepan Realiti Kata Saifuddin

Posted: 01 Dec 2010 03:02 AM PST


Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran jelas bahawa parti itu berada dalam keadaan lemah di samping ketidakyakinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahli untuk melalui proses demokrasi.

Mengulas hal itu, ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, Najib hakikatnya bimbang pemilihan yang bakal diadakan nanti menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," ujar Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, ia menjadi bukti kukuh bahawa Pakatan Rakyat merupakan parti yang menghormati hak anggotanya dan tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda," tambah Saifuddin lagi.

Najib malam tadi mengumumkan bahawa pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan pada Mac tahun depan ditunda selama 18 bulan lagi bagi memberi ruang parti itu mengukuhkan kedudukannya.

Sementara itu menurut Saifuddin, penangguhan itu juga memberikan gambaran bahawa Najib sendiri tidak yakin dengan pengaruhnya, walhal pemilihan ini hanya menyaksikan tidak sampai separuh ahli parti berkenaan turun mengundi.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan Najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding  pemilihan PKR pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," tambah Saifuddin lagi.

Malah ujar Saifuddin, rekod Umno juga jauh lebih buruk apabila mesyuarat Umno Bahagian di Kelantan hanya dapat dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

" Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Setiausaha Agung PKR itu lagi kepada media.

Gaps serah Agong, Sultan Jumaat memo bantah Selangor seleweng

Posted: 01 Dec 2010 03:01 AM PST


SHAH ALAM, 1 Dis — Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan PKR Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi Gaps Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan yang dijadualkan, Jumaat ini.
"Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong (gambar) pada Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Gaps merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.
Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.
Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Berkenaan isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hamizun berkata kenyataan itu disifatkan sebagai kenyataan yang tidak dikehendaki oleh pemimpin politik.
"Kenyataan itu tidak perlu dikeluarkan memandangkan rakyat di negara ini telah hidup aman dan makmur sejak dahulu lagi jadi kita tidak perlu sesiapa untuk mengganggu keadaan ini," katanya.
Sementara itu, Belia 4B Selangor mengadakan demonstrasi memprotes kenyataan Presiden PKR Datuk Seri wan Azizah PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana mempertikai konsep ketuanan Melayu dalam ucapannya di Kongres Tahunan Ketujuh parti itu di Petaling Jaya Sabtu lepas.
Naib Pengerusinya Norazlisham Mohd Ramli berkata isu berkenaan tidak perlu dibangkitkan kerana ia sensitif dan menghina agama dan bangsa.
Lebih 30 orang menyertai demonstrasi selama 10 minit di depan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seskyen 7 di sini dengan beberapa sepanduk tertulis "Anwar Balik Kampung Buat Kerja Sendiri" dan "Parti Anak Beranak: Wan Azizah Jangan Main Api".

ISA : SUARAM Dan GMI Kecewa Sikap Kerajaan

Posted: 01 Dec 2010 03:00 AM PST


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini melahirkan kekecewaan yang amat mendalam berikutan pendedahan kerajaan mengenai pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 
Mengikut Menteri Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz seperti dilaporkan akhbar 'Malay Mail' semalam, bahagian paling signifikan dalam perancangan pindaan itu ialah pengurangan tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari.
SUARAM dan GMI mendakwa alasan yang diberikan Nazri dalam pengurangan tempoh tahanan itu gagal untuk mengatasi isu sebenar iaitu tahanan tanpa perbicaraan dan hak undang-undang.
"Pengurangan tempoh tahanan itu sia-sia kerana akta (ISA) tersebut tetap membenarkan penahanan sesorang itu selama dua tahun selepas itu dan boleh dipanjangkan tanpa had atas arahan Menteri," jelas koordinator SUARAM dan Sekretariat GMI E. Nalini dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Nalini lagi, Kedua-dua SUARAM dan GMI telah mengumpul dan menerbitkan pelbagai bukti dokumentari mengenai penderaan ke atas tahanan ISA, namum pihak berkuasa menjustifikasikan penderaan ini dengan mengatakan ia perlu bagi menyelesaikan penyiasatan.
"Kami sekali lagi melahirkan kebimbangan serius berikutan langkah kerajaan untuk kembali ke retorik lama menggunakan alasan keamanan dan kestabilan untuk menjustifikasikan dan menghalalkan pencabulan hak asasi dan layanan teruk terhadap manusia. Kami menganggap kenyataan (Nazri) itu tiada merit dan bukti tapi hanya sekadar alasan mengesahkan tindakan kerajaan bagi menggunakan Undang-undang tidak demokratik itu sebagai alat politik," tegas beliau lagi.
Justeru menurut beliau, SUARAM dan GMI tetap beranggapan ISA bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta melanggat artikel 9, 10 dan 11 Deklarasi hak asasi manusia Universal yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Umno Sorok Masalah Dalam Kain

Posted: 01 Dec 2010 02:59 AM PST

Pemilihan Umno tangguh 18 bulan, itu umum presiden mereka merangkap PM 1Malaysia. Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan akan ditangguhkan. Maknanya pilihanraya umum akan diadakan dalam tempoh itu dan bukan tempoh terdekat seperti yang diramalkan.

Mengapa tangguh terlalu lama? Bukankah Umno kini kuat dan Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang bergolak? Semua ini membuktikan sebenarnya bahawa Umno/ BN berada dalam keadaaan terumbang-ambing dan berpecah.

Mereka cuba menjaga tepi kain orang lain kerana bimbang masalah dalam kain sendiri terdedah. Walaupun Umno cuba sorok masalah dalam kain dengan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, masalah dalam kain mereka tetap diketahui kerana Umno pakai kain jarang!

Sorok macam mana pun 1Malaysia tahu, Umno kini sudah hampir nak karam! Jika Umno betul-betul kuat buatlah pengumuman pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Tetapi saya cukup yakin Umno tak mampu untuk buat pilihanraya umum dengan pelbagai masalah yang melanda mereka sekarang.

Sebaliknya Pas, PKR dan DAP lebih berani dan terbuka untuk mengdakan pemilihan parti tanpa perlu bimbang perpecahan dan pergolakan yang mungkin melanda. Tindakan PAS, PKR dan DAP meneruskan pemilihan parti tanpa membuat sebarang penangguhan merupakan satu tindakan tepat dan bijak. Ini kerana dapat menyikirkan sebarang petualang atau pun musang berbulu ayam yang mungkin ada dalam parti. Sekaligus sebagai satu proses pembersihan untuk memastikan mereka yang betul-betul setia dan jujur sahaja yang masih tinggal. Berbeza dalam Umno yang luar kainnya nampak molek tetapi dalam kainnya penuh dengan keserabutan dan segala kudis, nanah, kurap dan panau.

Justeru itu rakyat tidak perlu ragu-ragu untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang untuk meneruskan kemaraan ke Putrajaya selepas PRU ke 12

Saat-saat sukar bagi DS Najib, satu bulan seperti satu tahun

Posted: 01 Dec 2010 02:59 AM PST

Apabila DS Najib menyatakan penyusunan semula jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini rasanya seperti begitu lama sangat pada hal hari ini sudah masuk bulan December dan hujung bulan ini adalah hujung tahun 2010.
Kata Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memerlukan masa untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri.


Hakikatnya di negeri-negeri UMNO berhadapan gawat kuasa itu lah yang sukar bagi Najib untuk umumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Bagi mereka yang sedang terloncat-loncat macam kera kerana tergila-gilakan jawatan itu, satu bulan seperti satu tahun begitu lambatnya. Kuncu-kuncu yang lebih camca dari bubur di sekeling mereka seperti cacing kerawit kepanasan kesana-kemari bercatur untuk Tauke mereka. Kalau Tauke dilantik mereka senang jalan mendabik dada hidung tinggi bak seludang.

Menurut rakan dari Kedah semalam, rupa-rupanya ramai yang dok "qayan" (loghat Kedah yang bermakna Mimpi/ Fantasi") untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Mana tidaknya jika dilantik menjadi PPUNK mereka automatik bakal menjadi MB kelak "kalau-kalau-kalau" BN kembali perintah Kedah.

Yang sebenarnya yang dok qayan nak jadi PPUNK itu pun tak tentu lagi nak jadi MB kerana yang depa dok qayan nak jadi MB pun tak tentu lagi BN dan UMNO akan kembali memerintah Kedah.

Apapun tidak salah mereka nak qayan hanya takut kalau tinggi sangat qayan mereka, jika tidak dipilih muka mereka jadi seperti tempayan dan bila sampai PRU13 mereka akan sabotaj rakan-rakan.

Biarkan qayan tinggal qayan dan DS Najib jangan dok layan.

Perhimpunan UMNO 2012 buat bawah kanopi?

Posted: 01 Dec 2010 02:58 AM PST

Nampaknya PKR lebih bersedia mengharung badai dalam proses pengukuhan ahli dan kepimpinan mereka. Parti yang barus berusia 7 tahun itu berjaya menyelesaikan konvensyen mereka dengan baik.
Meskipun media menerjah disetiap penjuru macam nak terlingkup parti PKR tetapi pemilihan satu ahli satu undi yang berjalan diperingkat setiap cabang berjaya diselesaikan.


Meskipun banyak kekurangan, munasabah dah sebagai pemilihan kali pertama dengan ahli yang pelbagai ragam disetiap lapisan akar-umbi dan bukannya cara pemilihan perwakilan, bagi penulis ia sudah cukup baik.
Selepas pemilihan DAP, kini sepatutnya rakyat ingin melihat bagaimana pula UMNO yang akan menghadapi Perhimpunan Agung mereka dengan pemilihan disemua peringkat. Tetapi pemilihan UMNO ditangguhkan…

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.
Ketetapan itu dibuat oleh MT yang bermesyuarat malam ini dan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, penangguhan berkenaan bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.
Najib turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya menjelaskan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti
"Kita tidak mahu tahun depan dan berikutnya dijadikan medan pergelutan politik yang boleh timbulkan perbalahan dalam parti walaupun kita percaya ia boleh dibendung dan tidak berlaku keadaan tertekan sebagaimana parti politik lain.
"Kita nak UMNO tumpu kepada pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan model baru politik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn.

Umno yang dikatakan parti hebat, berusia dah lebih separuh abad masih lagi takut dan tidak percaya kepada kemampuan mereka untuk mengurus pemilihan diperingkat akar-umbi. Umno parti je besar tapi telor kecik. Sememangnya setiap kali pemilihan pelbagai isu pasti timbul dengan perebutan jawatan, rasuah dan sebagainya.

Dan pemilihan kali ini Najib sendiri pun takut dan bimbang bahawa partinya akan bergolak dan berbalah serta berebut pimpinan. Nak hadapi pilihanraya Pru-13 lagi. Nak jaga parti lagi.. Nak selesaikan kepimpinan UMNO di Terengganu sahaja pun tak selesai-selesai… macamana nak selesaikan seluruh Negara.

Penyelesaiannya adalah tangguh. Media kerajaan semua jadi macam biawak kabok. Diam membisu. Apabila parti lain memgadakan konvensyen dan pemilihan, mereka serang macam nak terlingkup. Selepas PKR, DAP juga telah selasai. Sepatutnya rakyat nak tengok pula UMNO. Apatah lagi hak ahli-ahli nak memilih dan menentukan kepimpinan mereka. Tetiba giliran UMNO tangguh. Rakyat juga nak tengok bagaimana kali ini pemilihan dibuat diperingkat akar umbi. Macamana UMNO nak uruskan. Rasuah banyak mana. Retak macamana.

Tapi rakyat kecewa. Umno takut dan terpaksa tangguh. Bukan sebulan dua, tetapi setahun setengah wooo… ikut ko le labuuuu…. Tangguh lama-lama, tangguh lepas pilihanraya, bukan apa... Bimbang-bimbang pemilihan UMNO akan datang tak boleh buat kat PWTC dah… UMNO dah jadi pembangkang??? Macamana? kalau kat bahagian-bahagian tu, UMNO memperalatkan bagunan kerajaan. Kalau kalah macamana? Ke kena buat bawah kanopi je? kang! Naye..

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 01 Dec 2010 01:15 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


PAS: Tidak perlu takut bukan Islam dekati al-Quran

Posted: 30 Nov 2010 11:28 PM PST

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Dec 2010 11:37 AM PST

Dupahang's Weblog


PERKUKUHKAN PARTI SEBELUM BINCANG JALAN KE PUTRAJAYA

Posted: 30 Nov 2010 09:13 PM PST

http://tuanibrahim.blogspot.com/ Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Dec 2010 11:23 AM PST

Batu Gajah Mari


Bajet Ancak

Posted: 01 Dec 2010 08:40 AM PST



oleh: Khalil Samad

Kali ini teman nak ulas sikit aje….bagi teman biar kita berprinsip ` sikit yang diberikan lebih baik dari banyak yang dijanjikan….maka sikit yang teman berikan adalah lebih baik daripada banyak yang umNO dan Bn janjikan.

Teman ikuti Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang masuk hari ke 2 tapi tidak berniat berada didalam dewan kerana lebih baik teman ikuti daripada info dari blog Cina Islam kerana mengelakkan ` getek `teman kepada dewan yang mulia itu bertambah getek dengan gelagat speaker dan lain – lainnya.

Lebih – lebih getek bila terkenangkan laut dan pantai Teluk Rubiah yang akan menjadi milik syarikat Brazil untuk mendirikan kilang besi, malah bertambah getek kerana tangan – tangan yang menguasai kerajan itulah yang menukarkan Teluk Rubiah dari Zon Pelancungan kepada Zon Industri.

Ada kekawan teman mengusik kalau bajet negara digelar ` bajet seluar dalam ` tapi untuk bajet negeri ini digelar pula ` bajet ancak ` pula….itu kekawan teman kata tapi bukan teman kata.

Jika masin mulut orang kampung pagi petang siang malam berdoa dan membantah projek itu… silap – silap jika ada majlis ` ancak ` dan ` tiang seri ` untuk naikan ibu tiang bangunan kilang tu …. mintak - mintak datanglah pulak tsunami yang hebat daripada yang berlaku sebelum ini….tak kan pemimpin Islam boleh buat…jadi apa salahnya pula orang kafir dari negara yang terkenal dengan kopi dan bintang – bintang bola tu lakukannya.

Nampaknya sempena sidang DUN itu bersungguh – sungguh DS Zambry dibantu oleh ADUN Manong yang jugak exconya mempertahankan bahawa isu ` ancak ` yang panas diperkatakan itu tidak SYIRIK ianya dianggap insiden itu berlaku tanpa NIAT oleh mufti negeri ` kejor harta kejor `itu.

Justeru itu teman nak berkongsi ilmu seorang tokoh ulama muda yang teman terbaca dalam blognya mengenai tajuk, ancak, tiang seri, tepung tawar dalam Islam oleh Ustaz Wan Tarmizi [ Dengan izin ] untuk kali ini.

Mengikut Kamus Dewan :
ancak - tempat menjamu jin
tepung tawar - sejenis beras yang telah dijampi dan direnjiskan agar tiada gangguan dari jin
tiang seri - tiang utama sebuah rumah
Ketiga-tiga benda ini adalah khurafat dan syirik kepada Allah. Macam mana umNO kata dia beriman sedang yang dilakukan adalah perkara syirik dan menentang Allah
Perkara syirik tidak memerlukan niat. Syirik boleh berlaku dengan
1) perkataan
2) perbuatan
3) iktikad
So begitu maka salahlah alasan mufti bahawa Zambry tiada niat sedang perkara niat dalam mungkar, syirik dan kezaliman tidak memerlukan niat.
Tambah teman lagi walaupun kita duduk ` baguih ` punya bersila dan boleh bergurau dalam majlis yang ada unsur - unsur syirik itu....tapi tanpa niat dibolehkan. Inilah kesesatan.

Negara Islam: PAS akui ada kekangan tetapi akan laksana secara berperingkat

Posted: 30 Nov 2010 06:50 PM PST




KUALA LUMPUR, 1 Dis — Sambil menyedari wujudnya tentangan berhubung idea negara Islam daripada kalangan sesetengah pihak, PAS menegaskan, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berusaha ke arah negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai asasnya secara berperingkat jika dapat menawan Putrajaya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui konsep itu belum menerima tarikan kalangan parti komponen PR sendiri tetapi mendakwa bangkangan terhadap idea itu hanya kerana kurangnya fahaman mengenai konsep negara Islam.
Pemimpin veteran ini memberitahu The Malaysian Insider, PAS akan memfokus usaha memperkenalkan undang-undang seperti yang diamalkan di Kelantan dan Kedah terlebih dahulu bagi membolehkan rakyat Malaysia menilai merit prinsip Islam dan undang-undang hudud. "Kita akan melaksanakan peringkat demi peringkat kerana kita perlu sedar bahawa yang pertama perlu difahami adalah perkataan Islam itu sendiri," katanya.
Hadi menjelaskan Islam tidak boleh diterjemahkan kerana perkataan agama itu sendiri tidak memenuhi makna Islam dengan menyeluruh.
"Islam bukan sahaja agama tetapi adalah satu cara hidup bagi orang Islam yang melibatkan segala aspek.
"Yang kedua, kena sedar bahawa negeri kita mengamalkan sistem federalisme iaitu adalah ada bidang kuasa negeri-negeri," katanya.
Kata Hadi, jika federalisme ini dapat diamalkan dalam konsep yang tepat yang mana PAS diberi peluang untuk menunjukkan konsep Islam yang sebenar dalam perjuangan dan negeri yang memerintah seperti Kelantan dan Kedah, ia dapat dilihat seluruh rakyat Malaysia mengikut pandangan mereka.
Kini PR memerintah empat negeri dengan Kelantan dan Kedah Menteri Besarnya adalah pemimpin PAS.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pernah menerajui Terengganu antara 1999 dan 2004.
"Ini boleh menyebabkan kita mendirikan sebuah negara yang diterima semua, oleh sebab itu kita tidak mahu dari segi slogan sahaja sebagai negara Islam tetapi isinya tidak Islam.
"Ia perlu dilakukan secara peringkat," kata bekas Menteri Besar Terengganu ini, dari 1999 hingga 2004.
Pada Julai lalu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari berkata, debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam.
Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.
"Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.
"Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).
"Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi," katanya mengulas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu yang mengatakan bahawa PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.
Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.
Nik Aziz menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider awal Julau lalu juga Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan di pejabatnya di bangunan Parlimen kelmarin, Hadi menambah, sudah tentu pihaknya akan membuat perubahan berasaskan daripada konvensyen sulung PR Disember 2009 di Shah Alam iaitu berpegang teguh pada prinsip perlembagaan diterima oleh semua.
PR akan mengadakan konvensyen kedua pertengahan bulan ini di Pulau Pinang.
"Kita akan terjemahkan prinsip Perlembagaan, ini sangat penting yang mana kita perlu meletakkan Islam sebagai Islam yang sebenar, agama yang memerintah, agama yang memerintah yang membuktikan keadilan kepada semua," kata Ahli Parlimen Marang ini.
Hadi menambah, apa yang berlaku hari ini ialah Umno mewarisi sekularisme yang ditinggalkan British yang tidak boleh menunjukkan model Islam kepada bukan Islam.
Oleh itu kata beliau, penting bagi pihaknya memastikan Islam menunjukkan model yang baik bukan sahaja kepada orang Islam tetapi bukan Islam juga iaitu "model tak rasuah, model bersih dan model pemimpin yang adil dan baik... ini yang perlu kita tunjukkan." Hadi juga yakin perubahan model ini akan menghasilkan satu anjakan besar kepada politik negara apabila orang bukan Islam melihat konsep yang sebenar.
"Ini yang perlu dilakukan yang mana keadilan untuk semua dapat dibuktikan.
"Perubahan ini kita akan lakukan termasuk melibatkan institusi diraja, kita tidak mahu raja ini jadi tempat mengampu, kita mahu raja ini adalah seorang raja yang berdaulat, seorang raja yang hebat, raja yang boleh bersama rakyat bukan raja seperti yang dibuat Umno sekarang ini," kata beliau lagi.
"Umno sesekali guna raja, sesekali tendang raja... itu kita tidak lakukan," kata beliau dilihat merujuk kepada pindaan perlembagaan pada 1980-an dan 1990-an untuk mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu.
Ditanya jika PAS memenangi kerusi daripada Umno, adakah ia akan menjadikan parti itu mendapat kerusi majoriti, Hadi menjelaskan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuj menjadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno, maka ia boleh berlaku.
"Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi," kata beliau yang pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan," kata Hadi.
Mengenai kedudukan di Sabah dan Sarawak pula, kata beliau, PAS akan berbincang dalam PR.

Pakatan Rakyat akan bentang bajet alternatif hari ini

Posted: 30 Nov 2010 05:24 PM PST



Pakatan Rakyat akan membentangkan BAJET alternatif hari ini berikutan bajet yang dibentangkan MB haram telah dilihat sebagai BELANJAWAN DEFISIT. RM30 juta itu bukan jumlah yang kecil dan figurnya terus bertambah setiap tahun.

Bajet Perak 2011 Bajet Pilihanraya ?
Kjaan Negeri telah memberi tambahan RM50 ringgit kepada ketua JKKK di Perak sedangkan sebelum ini RM750 telah sedia diberikan oleh Kjaan Perseketuan, malah elaun RM150 bagi perbelanjaan keraian juga diberikan.

Rakyat melihat bahawa pertambahan perbelanjaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk MEMBELI dan MENGULA-GULAkan rakyat Perak khususnya.

Rakyat tidak bodoh untuk menilai bajet ini dari sudut ketulinan hasrat atau bajert ini lebih kepada kepura-puraan kerajaan Perak bagi mengekalkan kuasa 'haram' mereka terus memerintah. - editor CIL@Cina Islam

Pemuda Guchil

Posted: 01 Dec 2010 09:52 AM PST

Pemuda Guchil


Jurang pendapatan luas tidak bermoral, kata NUBE

Posted: 01 Dec 2010 06:40 AM PST

Ketuanan bangsa undang permusuhan

Posted: 01 Dec 2010 04:21 AM PST

Nasib 39,000 Penduduk Kampung Baru Menjadi Tandatanya

Posted: 30 Nov 2010 09:29 AM PST

Posted: 30 Nov 2010 09:25 AM PST

Minyak naik lagi : Ron 97 kini Rm 2.30 seliter!

Posted: 30 Nov 2010 09:23 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 01 Dec 2010 09:29 AM PST

Jasindaily Online


JOM SERBU RAMAI -RAMAI

Posted: 30 Nov 2010 10:51 PM PST

BUKTI KONONNYA BN SELANGOR 'BIJAK MEMERINTAH' DIBAWAH PEMERINTAHAN KHIR TOYO

Posted: 30 Nov 2010 04:25 PM PST

PAS Kawasan Setiu

Posted: 01 Dec 2010 09:25 AM PST

PAS Kawasan Setiu


Masa Berbulan Madu Untuk PAS Dan Pakatan Rakyat Sudah Berlalu.

Posted: 30 Nov 2010 09:12 PM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 01 Dec 2010 07:18 AM PST

i n t a n h i j a u


LAGI PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK / لاݢي ڤرکمبڠن سيدڠ دون ڤراق

Posted: 30 Nov 2010 10:00 PM PST

Dicatat daripada twitter DS Nizar :


mbnizar profile
mbnizar Throughout my bajet debate interruptd by BN 17X, mic was switched off 23X, allowed 3 PR adun to interject, by ganesan 11X. Gosh!all in 50min.
mbnizar profile
mbnizar Just completed bajet speech with numerous interruptions by BN, not getting fair treatment as OP Leader by Ganesan. 
 
changlihkang Behrang frog stood up n accused former Keadilan state chairman got RM250k frm DS Nizar. I stood up but not given chance to rebut.

idhamlim profile
idhamlim Ds nizar bantah jangan main-main mic kerana akan rosak merujuk mic nya ditutp beberapa kali.

idhamlim profile
idhamlim Mohon rakan bn dan mufti tegur isteri pm tidak bertudung.

idhamlim profile
idhamlim Pengkalan hulu bangun mencelah kata dakwah belum sampai.

PERKEMBANGAN TERKINI SIDANG DUN PERAK / ڤرکمبڠن ترکيني سيدڠ دون ڤراق

Posted: 30 Nov 2010 09:14 PM PST


Berikut adalah petikan daripada twitter YB Chan Lih Kang (ADUN Teja) :
  • Ganesan hanya membenarkan pembahas pertama (ketua pembangkang) utk berucap selama 30 minit, dan yang lain 15 minit sahaja. Kenapa pendek sangat?
  • It seems Ganesan could not control UMNO adun such as Kubu Gajah who continuously harass the sitting.
  • Sesi soalan lisan bermula selepas adun2 UMNO mendesak Ganesan jangan layan adun Pakatan Rakyat.
  • "Berlawan dgn bacul perlukan kesabaran yg tinggi", ini adalah antara ayat2 pertama yg saya dengar pd pgi ini

KENAPA UMNO TAKUT BUKAN ISLAM DEKATI AL QUR'AN / کناڤ امنو تاکوت بوکن اسلام دکتي القرءان

Posted: 30 Nov 2010 09:05 PM PST

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

"Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

"Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka," katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

"Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

"Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan," ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya.

PRESIDEN PAS LUANG MASA LAWAT MAHA 2010 / ڤريسيدن ڤاس لواڠ ماس لاوت مها 2010

Posted: 30 Nov 2010 04:58 PM PST

SERDANG, 30 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah hari ini meluangkan masa melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2010.

Turut serta ke pameran yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan isteri.

Mereka tiba di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dan meluangkan masa hampir tiga jam melawat tapak pameran.

Kehadiran mereka disambut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, timbalannya, Datuk Johari Baharom dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Nordin Ahmat di dewan khas.

Mereka kemudian diberi penerangan mengenai penganjuran MAHA kali ini.

Selepas itu mereka dibawa ke Laman Jentera sebelum dipertontonkan persembahan aksi lasak bagaimana koboi menumbangkan lembu liar.

Pertunjukan hebat itu dilakukan sekumpulan penunggang Rodeo profesional dari Australia Bushmen's Campdraft and Rodeo Association Ltd (ABCRA) yang didatangkan khas untuk pameran MAHA.

Selepas menyaksikan pertunjukan bahaya itu, mereka kemudiannya pula dibawa melawat ke kawasan laman sayuran.

Di sini, rombongan Tuan Guru Abdul Hadi bertembung dengan rombongan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesempatan itu diguna dengan saling bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang sayur-sayuran.

Setelah berada di situ hampir 10 minit, mereka kemudiannya dibawa melawat ke kawasan laman penternakan sebelum dijemput menikmati jamuan khas yang disediakan oleh MOA.

Selesai menikmati juadah yang disediakan, mereka kemudian mengakhiri sesi lawatan dengan berkunjung ke bazar agro di dewan pameran.

Pameran MAHA bertemakan `Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan' akan berlangsung sehingga 5 Disember ini.(harakahdaily)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 01 Dec 2010 03:42 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


RON97 Naik 15sen

Posted: 30 Nov 2010 06:10 PM PST

Slogan "Rakyat Didahulukan" masih kuat berkumandang di corong-corong radio dan televissyen. Penghujung 2010 "Rakyat Didahulukan" lagi dengan kenaikan RON97 sebanyak 15sen. Inilah Kerajaan yang berjiwa rakyat sanggup melihat rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak dan secara automatik harga barang akan naik. Inilah PERDANA MENTERI idaman MALAYA

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 01 Dec 2010 03:19 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu

Posted: 30 Nov 2010 11:31 PM PST

Harakahdaily

TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

"Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat," kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

"Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya," katanya.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

"Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada," ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

"Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari," Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

"Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina," ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

"Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi," katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Dec 2010 01:41 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Negara Islam - PAS akui ada kekangan tapi..

Posted: 30 Nov 2010 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Sambil menyedari wujudnya tentangan berhubung idea negara Islam daripada kalangan sesetengah pihak, PAS menegaskan, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berusaha ke arah negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai asasnya secara berperingkat jika dapat menawan Putrajaya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui konsep itu belum menerima tarikan kalangan parti komponen PR sendiri tetapi mendakwa bangkangan terhadap idea itu hanya kerana kurangnya fahaman mengenai konsep negara Islam.

Pemimpin veteran ini memberitahu The Malaysian Insider, PAS akan memfokus usaha memperkenalkan undang-undang seperti yang diamalkan di Kelantan dan Kedah terlebih dahulu bagi membolehkan rakyat Malaysia menilai merit prinsip Islam dan undang-undang hudud. "Kita akan melaksanakan peringkat demi peringkat kerana kita perlu sedar bahawa yang pertama perlu difahami adalah perkataan Islam itu sendiri," katanya.

Hadi menjelaskan Islam tidak boleh diterjemahkan kerana perkataan agama itu sendiri tidak memenuhi makna Islam dengan menyeluruh.

"Islam bukan sahaja agama tetapi adalah satu cara hidup bagi orang Islam yang melibatkan segala aspek.

"Yang kedua, kena sedar bahawa negeri kita mengamalkan sistem federalisme iaitu adalah ada bidang kuasa negeri-negeri," katanya.

Kata Hadi, jika federalisme ini dapat diamalkan dalam konsep yang tepat yang mana PAS diberi peluang untuk menunjukkan konsep Islam yang sebenar dalam perjuangan dan negeri yang memerintah seperti Kelantan dan Kedah, ia dapat dilihat seluruh rakyat Malaysia mengikut pandangan mereka.

Kini PR memerintah empat negeri dengan Kelantan dan Kedah Menteri Besarnya adalah pemimpin PAS.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pernah menerajui Terengganu antara 1999 dan 2004.

"Ini boleh menyebabkan kita mendirikan sebuah negara yang diterima semua, oleh sebab itu kita tidak mahu dari segi slogan sahaja sebagai negara Islam tetapi isinya tidak Islam.

"Ia perlu dilakukan secara peringkat," kata bekas Menteri Besar Terengganu ini, dari 1999 hingga 2004.

Pada Julai lalu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari berkata, debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam.

Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.

"Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.

"Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).

"Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi," katanya mengulas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu yang mengatakan bahawa PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Nik Aziz menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider awal Julau lalu juga Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan di pejabatnya di bangunan Parlimen kelmarin, Hadi menambah, sudah tentu pihaknya akan membuat perubahan berasaskan daripada konvensyen sulung PR Disember 2009 di Shah Alam iaitu berpegang teguh pada prinsip perlembagaan diterima oleh semua.

PR akan mengadakan konvensyen kedua pertengahan bulan ini di Pulau Pinang.

"Kita akan terjemahkan prinsip Perlembagaan, ini sangat penting yang mana kita perlu meletakkan Islam sebagai Islam yang sebenar, agama yang memerintah, agama yang memerintah yang membuktikan keadilan kepada semua," kata Ahli Parlimen Marang ini.

Hadi menambah, apa yang berlaku hari ini ialah Umno mewarisi sekularisme yang ditinggalkan British yang tidak boleh menunjukkan model Islam kepada bukan Islam.

Oleh itu kata beliau, penting bagi pihaknya memastikan Islam menunjukkan model yang baik bukan sahaja kepada orang Islam tetapi bukan Islam juga iaitu "model tak rasuah, model bersih dan model pemimpin yang adil dan baik... ini yang perlu kita tunjukkan." Hadi juga yakin perubahan model ini akan menghasilkan satu anjakan besar kepada politik negara apabila orang bukan Islam melihat konsep yang sebenar.

"Ini yang perlu dilakukan yang mana keadilan untuk semua dapat dibuktikan.

"Perubahan ini kita akan lakukan termasuk melibatkan institusi diraja, kita tidak mahu raja ini jadi tempat mengampu, kita mahu raja ini adalah seorang raja yang berdaulat, seorang raja yang hebat, raja yang boleh bersama rakyat bukan raja seperti yang dibuat Umno sekarang ini," kata beliau lagi.

"Umno sesekali guna raja, sesekali tendang raja... itu kita tidak lakukan," kata beliau dilihat merujuk kepada pindaan perlembagaan pada 1980-an dan 1990-an untuk mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu.

Ditanya jika PAS memenangi kerusi daripada Umno, adakah ia akan menjadikan parti itu mendapat kerusi majoriti, Hadi menjelaskan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuj menjadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno, maka ia boleh berlaku.

"Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi," kata beliau yang pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan," kata Hadi.

Mengenai kedudukan di Sabah dan Sarawak pula, kata beliau, PAS akan berbincang dalam PR.(Malaysian Insider)

KUNUNNYA AKULAH PEJUANG ISLAM......

Posted: 30 Nov 2010 07:00 PM PST

24 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

KECOH puak-puak tu apabila seorang Perwakilan PKR bukan berugama Islam membaca terjemahan dari ayat Al-Quran yang tidak tepat. Membaca terjemahan ayat Al-Quran dengan silap, dibandingkan dengan sengaja memutar-belitkan ayat Al-Quran, mana lebih besar salahnya? Jawab sendiri.

Perwakilan tersebut bukan berugama Islam, cuba membaca terjemahan dari ayat Al-Quran tetapi kerana kejahilannya tanpa merujuk kepada yang arif di kalangan orang Islam, maka pada saya salahnya kerana tidak bertanya atau merujuk ayat tersebut terlebih dahulu.

Niatnya baik, iaitu ingin memetik apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Beliau sedikit pun tidak menghina mana-mana hukum atau ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, cuma beliau salah dari segi membaca terjemahan. Itu saja.

Bagaimana pula mereka yang mengaku Islam, arif tentang terjemahan malahan tafsir Al-Quran itu dengan sengaja memutarbelitkan ayat Al-Quran demi politik dan kepentingan mereka? Golongan ini menolak hukum Islam, menghalalkan Akta zalim ISA, tidak menggunakan Mahkamah Syariah di dalam satu-satu kes tertentu seperti kes Qazaf DS Anwar, dan banyak lagi yang mereka langgar ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Bagaimana dengan kerja Khurafat seorang pemimpin politik di Perak? Golongan manakah yang selama ini memutarbelitkan ajaran Islam sehingga tercetusnya isu orang bukan Islam memasuki masjid dan tidak menutup aurat? Ajaran Islam secara terang-terang mengharamkan judi tanpa ada khilaf, tetapi golongan mana yang menyokong dan membenarkan lesen judi ini?

Siapa lebih tidak berakal? Perwakilan bukan Islam tadikah atau golongan ini? Jadi, usahlah cuba menjadi seolah-olah pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang membenarkan maksiat berleluasa dan tangan itulah yang menentang hukum Islam dulu, kini dan selamanya.

ETIKA ORANG YANG TERLIBAT DENGAN URUSAN PERTUKARAN HARTA (MUAMALAT)

Posted: 30 Nov 2010 06:29 PM PST

24 Zulhijjah 1431H
Oleh : AKHISALMAN

Jujur dan Amanah (akhlak yang baik)

Nabi saw bersabda: " Peniaga yang Jujur dan Amanah bersama para Nabi, orang-orang Siddiq dan orang-orang syahid." Hr Tirmizi.

Tidak ada penipuan (gisy) pada harga dan barang (sembunyikan aib).

Tidak melalaikan dari ibadah.

Firman Allah: ayat 37 surah an-Nur(24).

Bermuamalat dalam barang yang halal

Firman Allah "Dan Rasul menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang keji." 157 surah al-A'raf

Menunaikan Hak

Firman Allah " Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu menunaikan akad-akad" (ayat 1 surah al-Maidah). Sama ada hak manusia seperti hutang, bayar upah, serah barang dan sebagainya atau hak Allah seperti zakat (ayat 34, 35 surah at-Taubah).

Menjauhi riba

Allah mengisytihar perang kepada pemakan riba dalam ayat 278 surah Al-Baqarah. Ia ada dalam peminjaman, pertukaran, pelaburan dan sebagainya.

Tidak memakan harta manusia dengan cara haram

Ia jelas dalm firman tuhan dalam ayat 29 surah an-Nisa. Ia seumpama penipuan (gisy), Ketidakpastian (gharar), penyebab naik harga (najasy), Jual atas jual dan monopoli.

Tidak memudaratkan manusia lain

Firman Allah ayat satu surah al-Mutaffifin.

Belajar hukum muamalat

Umar berkata: " Tidak ada yang berurusan di pasar kami dan tidak mendalami ilmu agama kecuali dia akan memakan harta riba sama ada senghaja ataupun tidak."

Nizar anggap Speaker aniaya Kesavan

Posted: 30 Nov 2010 05:57 PM PST

IPOH, 30 Nov: "Kita dapati ada penganiayaan Speaker (Ganeson) dengan apa kesalahan sebenar Hutan Melintang (Kesavan) dihalau keluar (dewan)," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Adun Pasir Panjang itu menyifatkan R Ganesan kurang arif berkaitan peraturan dewan yang telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar pada persidangan Dun hari ini.

"Hal ini sangat mendukacitakan. Beliau (Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan di mana rujuknya," ujarnya pada sidang media petang ini yang diadakan di Wisma DAP, di sini selepas pembentangan bajet negeri 2011 oleh menteri besar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, apa yang berlaku itu adalah satu penganiayaan yang jelas lagi terang kepada anggota dewan dari Pakatan Rakyat.

Katanya, kes yang dibawa oleh Kesavan adalah persoalan besar mengenai penempatan penduduk.

"Apakah kerana usul besar yang diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku ke atas beliau," soalnya.

Mengenai bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry, beliau mempersoalkan bajet defisit itu.

"Kita hendak tanya dari mana akan diambil mana bajet tambahan," ujarnya.

Baginya, bajet itu ada unsur bajet pilihan raya seperti pertambahan elaun baru kepada ketua JKKK selain mengandungi unsur untuk beli dan mengula-gulakan rakyat.

"Kami akan jawab dalam ucapan dan akan bentang bajet alternatif," katanya lagi.

Katanya, isu-isu besar mengenai permasalahn rakyat masih tidak dibentang dan bajet itu menggambarkan tidak ada peruntukan yang menyeluruh. (Harakahdaily)

11 undi selamatan RM 10 Peter Chin

Posted: 30 Nov 2010 07:07 AM PST

23 Zulhijjah 1431H.

KUALA LUMPUR: Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir "tercalar"' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 Ahli Parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul berkenaan berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan. Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara ''terpaksa'' menukar rentak apabila kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling ''berperang mulut'', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

Terdahulu Dzulkefly dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand.

Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.

Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan. (Sumber: Bernama)

Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi

Posted: 30 Nov 2010 07:01 AM PST

23 Zulhijjah 1431H.

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Nampaknya sayalah antara rakyat Malaysia yang malang kerana dalam tahun ini sahaja berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak yang menjadi kegunaan semua kenderaan saya. Namun saya tidak hairan kerana itulah hakikatnya BN iaitu barang naik dan slogan yang sering dilaungkan oleh BN iaitu "rakyat didahulukan".

Dalam pembentangan bajet 2011 Perak yang dilakukan oleh MB Zambry tadi dia beberapa kali menyebutkan slogan "rakyat didahulukan" dan ternyata menjadi bukti apabila lewat malam ini RON97 naik lagi.

Resolusi sidang MB dan KM Pakatan Rakyat

Posted: 30 Nov 2010 06:58 AM PST

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

"Meneruskan Cita-cita Rakyat"

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;

2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);

3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;

4.Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan

5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.


C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk "meneruskan cita-cita rakyat" berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;

4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;

7. Menjamin 'security' makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.

8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam "dana kelab" (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;

10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi
visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk
mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Lim Guan Eng
(Ketua Menteri Pulau Pinang)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
(Menteri Besar Kedah)

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 01 Dec 2010 01:32 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Mat Sabu

Posted: 30 Nov 2010 08:24 PM PST


Bersedia hadapi PRU 13

Posted: 30 Nov 2010 07:49 PM PST

Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir menyeru agar jentera parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umm akan datang.
Beliau yang singgah sebentar di majlis taklimat Ops Gempur Daftar Pemilih di DUN Santan sempat bertemu dengan AJK MTD Santan dan AJK Pemuda yang hadir di markas DUN malam tadi.


"Jentera kita kena bersiap sedia. Biar apa sahaja isu semasa yang timbul, kita tetap kena bersiap sedia. Tak boleh duduk dalam gear satu lagi dah, kena masuk top gear .

"Pemuda juga kena memainkan peranan dengan aktif ," katanya.

Ijtimak Korban DUN Santan

Posted: 30 Nov 2010 07:42 PM PST

Ijtimak Korban DUN Santan diadakan pada hari raya pertama di rumah seorang ahli di Padang Pauh. Sebanyak 6 ekor lembu ditumbangkan untuk ibadat korban pada tahun ini.



Pengikut